Akhbar Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Akhbar Majlis

Pada dalam tahun 1931, akhbar 'Majlis' mula diterbitkan. Sehingga bulan Mac 1937, ia
dikeluarkan dua kali seminggu, kemudian tiga kali seminggu sehingga tahun 1939 dan
dikeluarkan sebagai akhbar harian sehingga tahun 1941. Majlis merupakan akhbar Melayu
yang pertama dicetak di Kuala Lumpur. Untuk beberapa tahun yang awal (1931-1935), Abdul
Rahim Kajai menjadi pengarang Majlis yang pertama1.
Selepas Perang Dunia Kedua pula pengarangnya yang paling giat dan paling lama
membimbing akhbar ini ialah Abdul Samad Ahmad iaitu antara tahun 1949-1954. Majlis telah
memenuhkan halamannya dengan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kepentingan
orang-orang Melayu. Ini memang telah dinyatakan sendiri di dalam naskhah sulungnya. Di
antara perkara-perkara pokok yang mendapat perhatian 'Majlis' ialah soal pelajaran orangorang Melayu, ekonomi orang-orang Melayu dan kegiatan politik orang-orang Melayu yang
mulai jelas kelihatan menjelang akhir tahun 1930-an. Dalam hal ini kebolehan para
pengarangnya mengeksploitasi persoalan-persoalan ini menyebabkan Majlis menjadi akhbar
terkemuka di Tanah Melayu.
Akhbar-akhbar Melayu sebelum perang terutamanya dan juga akhbar-akhbar selepas perang
juga turut bertanggungjawab dalam menyedarkan orang-orang Melayu di dalam mengharungi
kehidupan di tanahair yang selalu berubah.2 Memang banyak bilangan akhbar dan majalah
Melayu yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua, tetapi umurnya tidak panjang. Masalah
pokok yang dihadapi oleh akhbar dan majalah Melayu itu ialah soal kewangan. Bagaimanapun
'Majlis' yang lahir pada hari ini dalam tahun 1931 dapat bertahan hingga meletusnya Perang
Dunia Kedua. Ini bukan sahaja kerana kedudukan kewangan yang kukuh tetapi juga kerana
kebolehan pengarang-pengarangnya memaparkan perkara-perkara yang membangkitkan
semangat orang-orang Melayu.
Dari apa yang telah ditunjukkan oleh 'Majlis' maka ia dapat dianggap sebagai akhbar
kebangsaan Melayu yang unggul yang dapat memenuhi selera pembaca waktu itu, kerana
perhatian yang ditumpukannya kepada kedudukan orang-orang Melayu keseluruhannya.
1 Mansor Ahmad Saman, Satu Kumpulan Esei; Media di Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1983,Hlm.14

2 William R.Roff, Sejarah Surat-Surat Khabar Melayu, Kuala Lumpur: Siri MonoGraf
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, 1967

The Star
Diasaskan pada 9 September 1971 dan dikenali sebagai akhbar berbahasa
Inggeris dengan jumlah edaran melebihi 300,000 nashkah sehari. Kini, The
Star beroperasi di Menara Star, Petaling Jaya. Penyunting akhbar ini ialah
Dato Wong Chun Wai. Akhbar ini merupakan akhbar pro-kerajaan dimana
majoriti sahamnya dimiliki oleh MCA3.

Harga jualannya adalah RM1.20 bagi Semenanjung Malaysia untuk setiap


hari dan RM 1.50 untuk hari minggu manakala di Sabah & Sarawak akhbar
ini beharga RM 1.80 untuk setiap hari, RM 2.00 untuk hari minggu
The Star (harian) dan Sunday Star diterbit dalam empat edisi dua edisi merangkumi negerinegeri utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis , Kelantan dan Perak utara,
manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.
Terdapat dua buah premis pencetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi The Star
setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di Bayan Lepas, Pulau Pinang,
manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam,
Selangor.
Pada 31 Oktober 2005 syarikat Star Publications turut memperkenalkan mSTAR Online,
akhbar dalam talian berbahasa Melayu. Laman web Bahasa Malaysia mStar Online telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi di pejabat beliau di
Putrajaya.
The Star merupakan akhbar 4 dalam 1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star
Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.

StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran,


laporan kewangan dan kemaskini pasaran saham.

StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban
sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual
tayangan panggung wayang dan intisari rancangan televisyen.

3 Akhbar The Star, 7 Oktober 1995

Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal
ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

Star Maritime (setiap Isnin) meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut

Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) menumpu kepada komputer dan teknologi maklumat

Youth 2 (Khamis) gaya hidup dan gaya terkini remaja

StarWeekend menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi,


percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.

The Star BizWeek majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu,
menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang
dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

Seksyen Sunday Star termasuk:

StarMag memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan
kereta, surat dan sebagainya.
StarMag Fit4Life rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat

StarMag hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album


muzik, sudut manga/anime OtakuZone, intisari rancangan panggung wayang dan
televisyen.

TheStar Education hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat.

Akhbar Watan

Merupakan akhbar tabloid politik Melayu yang popular dan sangat laris di kalangan pembaca
Melayu kerana keberaniannya menyiarkan laporan-laporan dari dalam kain yang tidak terdapat
dalam akhbar-akhbar lain. 4Keluaran terakhir Watan sebelum digantung penerbitan ialah edisi
22 (30 Oktober 1987) yang memuatkan cerita utama Kim Sai temui MT Umno yang dijual
dengan pada harga 80 sen.
Watan beroperasi di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara dengan jumlah edaran 60,000 hingga
70,000 naskhah itu ialah Fickry Yaakub, manakala pengarangnya adalah Mohd Khairune Ali.
Akhbar tersebut mempunyai hampir 20 wartawan. Ia diterbitkan pada setiap hari Rabu dan
Sabtu dan diharamkan selepas Operasi Lalang pada tahun 1987.
Pada tahun 1988, iaitu setahun selepas diharamkan, lesen penerbitan diberikan semula kepada
pengeluar akhbar ini. Akibat kekurangan jualan, penerbitannya terpaksa dihentikan pada tahun
1996.

Harian Metro
Merupakan akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991
dengan cetakan awal sebanyak 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari
seminggu pada hari Isnin hingga hari Sabtu oleh Berita Harian Sdn Bhd. Setahun kemudian
iaitu pada tahun 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bharu.
Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi
Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan
edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan, Harian Metro mencatatkan jualan
tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi
lengkap apabila ia mengeluarkan edisi mingguannya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995
dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya
sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.
Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk
Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun,
berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran

4 Pusat Rujukan Persuratan Melayu : Dewan Bahasa dan Pustaka

akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga
menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

You might also like