Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Khairul Helmi bin Md. Muslim.

Pos 15, Kampung Sungai Kelat Laut,


83610 Semerah,
Batu Pahat,
Johor.
___________________________________________________________________________
Ruj
: 2014(bil 3)
Ruj Tuan : JAJ.PEND.010/511/1Jld 4 (10)
Tarikh :
September 2014/
Zulkaedah 1435
Ketua Penolong Pengarah,
Jabatan Agama Johor,
Bahagian Pendidikan,
Tingkat 3 & 4, Blok B,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bharu.
Melalui dan salinan
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bharu,
Jalan Larkin Perdana,
80350 Larkin Perdana,
Johor Bharu,
Johor
Melalui dan salinan
Guru Besar
Sekolah Agama Dato Omar Yusof
Jalan Durian, Kampung Pasir,
81200 Tampoi,
Johor Bahru.
Tuan/Puan,
RAYUAN PERTUKARAN KE DAERAH BATU PAHAT
Dengan ini merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas ingin merayu
pertukaran ke daerah Batu Pahat.
2. Tujuan rayuan ini dikemukakan kerana beberapa sebab yang boleh mengurangkan prestasi
kerja saya untuk jabatan tuan. Antara sebab-sebabnya:2.1 Untuk menjaga ibu saya yang sedang sakit dan baru sahaja menjalani pembedahan
kedua-dua mata akibat penyakit yang dihidapinya. Di samping itu juga, hanya saya
sahaja dan tiada adik beradik lelaki untuk menjaga ibu saya. Ini menyebabkan saya
yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara ibu saya. Saya juga sering
menghantar ibu untuk menjalani rawatan susulan di HUKM di Kuala Lumpur, disini
juga saya sertakan lampiran rekod rawatan ibu saya sebagai rujukan pihak tuan.

2.2 Kos sara hidup saya juga miningkat kerana terpaksa berulang-alik dari Daerah
Batu Pahat ke Daerah Johor Bharu tiap-tiap hari yang mengambil kos perjalanan RM
40 (petrol/hari) dan ditambah lebih kurang RM 25 untuk duit tol pergi dan balik. Ini
menjadikan kos perjalanan saya meningkat RM 65 (sehari) X 22 hari bekerja =
RM1430 untuk sebulan.
2.3 Tempoh perjalanan saya mengambil masa 2 jam 40 minit hingga ke 3 jam setiap
perjalanan pergi dan 2 jam 40 minit hingga ke 3 jam lagi bagi perjalanan balik dan
juga risiko dalam perjalanan dan menyebabkan saya terpaksa keluar dari rumah seawal
jam 4.15 pagi untuk sampai ke sekolah sebelum jam 7.10 pagi, ini boleh menjejaskan
kualiti kerja dan tanggungjawab saya sebagai kakitangan kerajaan amnya dan sebagai
pendidik di sekolah khasnya.
2.4 Untuk makluman pihak tuan, saya juga telah membeli sebuah rumah di kawasan
daerah tersebut. Untuk makluman pihak tuan juga, kini isteri saya sedang sarat
mengandung 8 bulan.
3. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan
dan perhatian terhadap rayuan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berkerja bersungguhsungguh demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam
yang cemerlang. Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_________________________
(Khairul Helmi bin Md. Muslim)
830831-01-5995
Sekolah Agama Dato Omar Yusof.
S.k

Ketua Penolong Pengarah,


Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bharu,
Sekolah Agama Dato Omar Yusof

You might also like