Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Filem Talentime adalah salah satu karya terbaik Yasmin Ahmad dan sesuai untuk dikaitkan isu

perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Struktur penceritaan yang
tersusun dan disertai oleh sub-plot yang mempunyai maksud tersendiri meletakkan filem ini lain
daripada filem-filem tempatan di Malaysia.
Talentime menceritakan tentang program pencarian bakat yang sinonim dengan kebanjiran
program-program realiti di Malaysia yang menggunakan latar belakang sebuah kampung yang
terpencil di ibu kota sebagai lokasi utama penceritaan filem ini. Satu pertandingan pencarian
bakat menemukan dua hati iaitu seorang gadis Melayu kacukan bernama Melur dan seorang
pelajar lelaki berbangsa India yang bernama Mahesh.
Bagi pendapat saya, saya setuju filem ini sesuai untuk dikaitkan dengan kesepaduan sosial
kerana penekanan pengarah filem itu sendiri iaitu Yasmin Ahmad melalui babak dialog-dialog
yang berbaur sinis mengkritik persoalan sosial rakyat Malaysia yang meliputi kepelbagaian
etnik, budaya dan agama. Sebagai contoh, keharmonian keluarga Harith dan anaknya Melur
digambarkan dalam suasana aman dan kemesraan antara ibu bapa dan anak dan keluarga
Malaysia yang mempunyai pembantu rumah mewakili salah satu gambaran realiti yang berlaku
dalam masyarakat Malaysia.
Dalam suasana kemesraan keluarga Melayu di bandar, terdapat masih lagi sikap prejudis
terhadap kaum-kaum yang lain walaupun setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka. Di sini,
filem Talentime memainkan peranan penting untuk memecah tembok perbezaan yang ketara di
kalangan kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia melalui kisah cinta dua individu yang
berbeza bangsa dan agama .
Di dalam filem ini pula digambarkan pula bagaimana suanana kepelbagaian kaum melalui
pemilihan pelakon yang meliputi semua kaum di Malaysia. Tambahan pula, hasil perkahwinan
campur antara kaum yang berlaku di Malaysia juga dipaparkan melalui watak Melur yang
merupakan individu berbangsa Melayu yang bercampur dengan bangsa lain. Selain itu,
suanana di sekolah menengah kebangsaan juga merupakan saksi utama bagaimana
kepelbagaian kaum hidup bermasyarakat di bawah satu bumbung.

Kita tidak harus lupa bahawa tujuan asal penubuhan sekolah kebangsaan adalah untuk
merapatkan jurang perbezaan di antara kaum. Oleh itu filem Talentime amat sesuai dan tepat
untuk dikaitkan kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia dengan penceritaan kisah dan
lokasi yang dipilih.
Filem Talentime ini menunjukkan bahawa perpaduan berbilang kaum yang ada di Malaysia
seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni tanpa ada sikap
bersangka buruk terhadap kaum lain. Sikap bertolak ansur antara kaum juga dapat memberi
satu kesan positif untuk mendapatkan kestabilan dari segi sosial, ekonomi, politik di Malaysia.
Hasil daripada perpaduan sosial di antara kaum juga dapat mempelajari dan menghayati
budaya sesebuah kaum dan akan menimbulkan rasa hormat terhadap budaya mereka dalam
keadaan harmoni. Seperti diceritakan dalam filem itu sendiri di mana seorang gadis Melayu
bernama Melur telah mempelajari budaya bangsa India melalui perkenalan Melur dengan
Mahesh.
Rasa kasih sayang dari segi percintaan juga dapat disatukan walaupun berbeza kaum dan
agama. Filem Talentime dapat memberi satu gambaran jelas yang berlaku di negara kita
sekiranya tidak ada jurang perbezaan di antara kaum dan agama. Kita amat jarang melihat
bagaimana dua bangsa dan agama yang berbeza dapat mengenali antara satu sama yang lain
dari segi aspek sosial dan ini cuba diketengahkan melalui filem Talentime dan juga filem-filem
lain di bawah arahan Yasmin Ahmad.
Mesej ini amat berguna bagi seluruh rakyat Malaysia bahawasanya kita tidak harus meletakkan
jurang perbezaan di antara kaum sebagai sebab utama kita tidak dapat mengenali dan bertolak
ansur antara satu sama yang lain. Hampir semua babak di dalam filem Talentime
mempamerkan bangsa Melayu, Cina dan India dalam aspek kehidupan seperti babak di
sekolah kebangsaan, babak Melur beriadah bersama rakan-rakannya yang berlainan kaum dan
babak cikgu-cikgu yang sedang bermesyuarat dan menjadi juri dalam pertandingan Talentime.
Tidak lupa juga kepelbagaian murid pelbagai kaum dalam pertandingan bakat Talentime
menunjukkan sisi yang tidak dapat kita lihat dalam suasana kini di Malaysia.

You might also like