Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Filem Talentime adalah salah satu karya terbaik Yasmin Ahmad dan sesuai untuk dikaitkan isu

perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Struktur penceritaan yang
tersusun dan disertai oleh sub-plot yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat meletakkan
filem ini di dalam kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan lain di
Malaysia.
Talentime menceritakan tentang program pencarian bakat yang sinonim dengan kebanjiran
program-program realiti di Malaysia yang menggunakan latar belakang sebuah kampung
terpencil di ibu kota sebagai lokasi utama penceritaan filem ini. Ia mengisahkan satu
pertandingan pencarian bakat yang menemukan dua hati iaitu seorang gadis Melayu kacukan
bernama Melur dan seorang pelajar lelaki berbangsa India yang bernama Mahesh.
Bagi pendapat saya, saya bersetuju bahawa filem ini sesuai untuk dikaitkan dengan
kesepaduan sosial kerana penekanan pengarah filem itu sendiri iaitu Yasmin Ahmad melalui
babak-babak dialog yang berbaur sinis yang bertujuan mengkritik persoalan sosial rakyat
Malaysia yang meliputi kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Sebagai contoh, keharmonian
keluarga Harith dan anaknya Melur digambarkan dalam suasana aman dan kemesraan antara
ibu bapa dan anak dan keluarga Malaysia yang mempunyai pembantu rumah mewakili salah
satu gambaran realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.
Dalam suasana kemesraan keluarga Melayu yang menetap di bandar, terdapat masih lagi sikap
prejudis terhadap kaum-kaum yang lain walaupun setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan. Di sinilah filem Talentime dapat memainkan peranan penting untuk memecah
tembok perbezaan yang ketara di kalangan kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia melalui
kisah cinta dua individu yang berbeza kaum dan agama .
Di dalam filem ini pula digambarkan pula bagaimana suasana kepelbagaian kaum melalui
pemilihan pelakon yang meliputi semua kaum di Malaysia. Tambahan pula, hasil perkahwinan
campur antara kaum yang berlaku di Malaysia juga dipaparkan melalui watak Melur yang
merupakan individu berbangsa Melayu yang bercampur dengan bangsa lain. Selain itu,
suasana murid-murid di sekolah menengah kebangsaan juga merupakan saksi utama
bagaimana kepelbagaian kaum dapat hidup bermasyarakat di bawah satu bumbung.

Kita tidak harus lupa bahawa tujuan asal penubuhan sekolah kebangsaan adalah untuk
merapatkan jurang perbezaan di antara kaum. Oleh itu filem Talentime amat sesuai dan tepat
untuk dikaitkan kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia dengan penceritaan kisah dan
lokasi yang dipilih seperti sekolah kebangsaan.
Filem Talentime juga menunjukkan bukti bahawa perpaduan berbilang kaum yang ada di
Malaysia seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni tanpa
ada sikap bersangka buruk terhadap kaum lain. Dari segi aspek yang lain, sikap bertolak ansur
antara kaum juga dapat memberi satu kesan positif untuk mendapatkan kestabilan dari segi
sosial, ekonomi, politik di Malaysia.
Hasil daripada perpaduan sosial di antara kaum juga dapat mempelajari dan menghayati
budaya sesebuah kaum dan akan menimbulkan rasa hormat terhadap budaya mereka dalam
keadaan harmoni. Seperti diceritakan dalam filem itu sendiri di mana seorang gadis Melayu
bernama Melur secara tidak langsung dapat mempelajari budaya kaum India melalui
perkenalan Melur dengan Mahesh.
Rasa kasih sayang dari segi percintaan juga dapat disatukan walaupun berbeza kaum dan
agama. Filem Talentime dapat memberi satu gambaran jelas yang akan berlaku di negara kita
sekiranya tidak ada jurang perbezaan di antara kaum dan agama. Kita jarang melihat
bagaimana dua kaum dan agama yang berbeza dapat mengenali antara satu sama yang lain
dari segi aspek sosial dan ini cuba diketengahkan melalui filem Talentime dan juga filem-filem
lain di bawah arahan Yasmin Ahmad.
Mesej ini amat berguna bagi seluruh rakyat Malaysia bahawa kita tidak harus meletakkan
jurang perbezaan di antara kaum sebagai sebab utama mengapa kita tidak boleh mengenali
dan bertolak ansur antara satu sama yang lain. Hampir kesemua babak di dalam filem
Talentime mempamerkan kaum Melayu, Cina dan India dalam semua aspek kehidupan seperti
babak di sekolah kebangsaan, babak Melur beriadah bersama rakan-rakannya yang berlainan
kaum dan babak cikgu-cikgu yang sedang bermesyuarat dan menjadi juri dalam pertandingan
Talentime. Tidak lupa juga kepelbagaian murid pelbagai kaum dalam pertandingan bakat
Talentime menunjukkan satu sisi yang tidak dapat kita lihat setiap hari dalam suasana seharian
di Malaysia.

You might also like