Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara
lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan
yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh
seseorang sebagai anggota masyarakat.
Islam turut mempunyai takrif tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya
menurut islam ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat
yang lahir dari akidah dan petunjuk islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan
masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang
pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah swt.
Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan
budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dr. Mohd. Arshad hj. Taib telah
menyatakan budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat tersebut.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja
dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop
yang lebih besar. Oleh itu, saya akan menerangkan tentang implikasi kepelbagaian
sosiobudaya didalam bilik darjah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya juga saya akan merangka rancangan pengajaran pendidikan islam dan
menerapkan nilai kebudayaan kepada murid. Sesungguhnya, saya ingin menyatakan
bahawa subjek pendidikan islam bukan hanya untuk orang islam tetapi kepada semua.
Ianya jelas apabila setiap yang islam amalkan itu menerapkan nilai keharmonian dan
menanam sikap toleransi dan menghormati sesama manusia.

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Didalam Bilik


Darjah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran.
Kini, kita telah mengetahui bahawa setiap murid mempunyai latar budaya yang berbeza
mengikut keluarga, etnik, dan masyarakat yang berlainan. Oleh itu, setiap individu itu
mempunyai keunikan tersendiri dan perlu dikaji agar sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar tanpa meminggirkan murid itu sendiri.
Menurut Alder (1948) didalam buku Perkembangan Kanak-kanak, personaliti
merupakan gaya hidup seseorang individu. Apa yang ingin dijelaskan ialah guru perlu
memerhati personaliti setiap murid kerana ianya dapat membantu didalam merancang
pembelajaran yang sesuai di dalam kelas. Contohnya dengan mengetahui kepelbagaian
budaya setiap murid, guru akan merancang sesuatu pembelajaran yang mampu diterima
oleh setiap murid.Hal ini kerana dengan memerhati dan menyelidik personaliti murid dari
aspek agama,budaya serta gaya hidup mampu memberi guru satu jalan untuk mencapai
pengajaran yang berkesan.
Kepelbagaian sosiobudaya telah memberi implikasi yang meluas kepada
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya member kesan kepada murid,
guru,sekolah dan kurikulum tersirat. Apa yang ingin difokuskan kini ialah implikasi
sosiobudaya terhadap murid. Sesungguhnya gaya belajar dan berfikir murid juga amat
memberi kesan kerana murid yang bersifat auditori, visual dan kinestetik mempunyai
cara pembelajaran yang berbeza. Melalui gaya berfikir, kita dapat lihat bahawa murid
lelaki tidak memerlukan bantuan latar berbanding perempuan. Oleh itu, sikap ini amat
member kesan kerana guru perlu member lebih pendedahan dan penekanan serta
mengenalpasti tahap penerimaaan murid didalam kelas.
Kaum etnik juga merupakan implikasi yang jelas kerana murid yang belajar
dikalangan satu kaum etnik akan berfikir dengan pandangan yang sama kerana mereka
hanya mengamalkan satu budaya sahaja. Nyatalah bahawa mereka akan menghadapi
kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan etnik yang lain kerana pemahaman dan
kesedaran konsep mereka hanyalah melalui bacaan dan bukannya amalan yang dilakukan
dan dilihat disekelilingnya.

Ianya berbeza dengan murid yang hidup dengan pelbagai etnik kerana mereka
akan terdedah dengan amalan, adat resam, pandangan, dan cara berfikir yang berlainan
sama ada sedar ataupun tidak. Mereka juga akan belajar secara tidak langsung sama ada
formal ataupun tidak.
Penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi juga memberi kesan kepada murid.
Ianya jelas bahawa murid yang hanya menguasai satu bahasa iaitu bahasa ibunda atau
dialeknya sahaja akan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran serta kurang faham
akan bahan yang dibaca dan penerangan oleh guru lalu akan mengakibatkan mereka
ketinggalan di dalam pelajaran.
Ianya berbeza dengan pelajar poliglot dimana mereka menguasai banyak bahasa
dan kelebihan itu akan memudahkan mereka untuk mudah menguasai pembelajaran jika
dididik dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaan murid itu sendiri. Maka,
pendedahan KOMSAS perlu bagi semua lapisan murid terutamanya murid sekolah
rendah. Menurut Othman Puteh (2002) didalam Jurnal Akademik Tahun 2004,
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di peringkat sekolah menengah lebih
menitikberatkan konsep dan definisi genre sastera yang dasar. Oleh itu, guru perlu
memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah bagi memberi kemudahan
kepada mereka kelak.
Selain itu, kelas sosial serta penempatan juga merupakan implikasi sosiobudaya
terhadap murid. Terdapat tiga golongan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Iainya wujud
daripada taraf pendidikan dan sosioekonomi keluarga. Murid yang berkelas sosial rendah
akan mengalami kesukaran dalam pembiayaan pembelajaran serta pendedahan meluas
terhadap pendidikan. Mereka kebiasaannya bertempat dikawasan luar Bandar seperti di
pendalaman. Berbeza dengan golongan sederhana dan tinggi kerana penempatan mereka
di pinggir Bandar dan Bandar memberi impak kepada pendedahan pendidikan yang lebih
luas dan jelas.
Akhir sekali ialah gender murid itu sendiri. Secara jelasnya bahawa murid lelaki
dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara di dalam penerimaan pembelajaran.
Murid lelaki kebiasaannya akan mendapat lebih perhatian dan mempunyai interaksi yang
baik terhadap guru berbanding murid perempuan. Tetapi murid perempuan mempunyai
daya ketekunan yang tinggi didalam kelas berbanding murid lelaki dan ini akan memberi

tamparan yang hebat kepada seorang guru dalam mempelbagaikan pengajaran dan
pembelajaran terhadap mereka.
Seterusnya ialah implikasi sosiobudaya kepada guru. Guru perlu menerima
kepelbagaian budaya dan memberi layanan yang adil kepada semua murid mengikut
keperluan individu itu sendiri. Disamping itu, guru perlu memahami situasi pelajar
daripada aspek latar belakang keluarga dan sebagainya bagi memudahkan guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada murid itu sendiri bagi
mengelakkan daripada terlepas pandang terhadap keperluan dan tahap penerimaan murid
didalam pelajaran.
Guru yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif juga memberi kesan
terhadap hasil pembelajaran murid kerana mereka akan berbincang didalam satu
kumpulan dan mempunyai idea yang pelbagai. Kagan(1992) didalam Jurnal Pendidikan
Guru Tahun 2002 mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai satu set proses yang
membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai matlamat khusus atau
mendapatkan suatu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan
pelajaran. Oleh itu, ianya serba sedikit akan mendidik pelajar untuk bersikap toleransi
dan kerjasama yang diperlukan dalam masyarakat majmuk.
Sesungguhnya pembelajaran secara koperatif tidak akan Berjaya jika guru lemah
didalam pengurusan hubungan diantara murid. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti setiap
murid melalui tahap penerimaan dalam pembelajaran dan menggabungkan mereka
didalam satu kumpulan yang terdiri daripada murid yang lemah, sederhana dan tinggi.
Hal ini bagi menggelakkan murid agar tidak terpinggir dan ketinggalan didalam kelas.
Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah sosiogram.
Seorang guru akan memberikan aspirasi atau jangkaan yang berbeza terhadap
setiap murid kerana mereka datang daripada pelbagai budaya. Oleh itu, guru perlu
menjaga setiap murid dan tidak memberikan pandangan yang negatif terhadap sebilangan
murid terutamanya murid yang datangnya daripada latar belakang sosioekonomi yang
rendah. Hal ini kerana kebiasaannya guru akan membentuk pandangan yang negatif
kepada murid yang lemah manakala murid yang pandai akan dianggap sebagai permata
yang berharga kepada sekolah.

Hal ini akan menjadikan murid yang dianggap bermasalah ini untuk memberontak
kerana ianya berasal daripada tanggapan pertama guru itu terhadap murid tersebut. Oleh
itu, guru perlu menjaga setiap murid dari segi kebajikannya serta sosial murid melalui
kaedah pastoral care. Menurut Hornby etc. al. (2003) didalam buku Pengurusan Bilik
Darjah Dan Tingkah Laku, pastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang
berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi,
perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Kesimpulannya,
guru perlu memberi murid bantuan yang sepenuhnya agar tiada murid yang rasa dirinya
lemah dan terus lemah serta tidak mampu untuk berada diatas dan indah dimata guru.
Guru perlu bijak di dalam penggunaan bahan sumber yang sesuai kepada murid.
Hal ini bagi mengelakkan dan menjaga sensitiviti setiap murid didalam kelas. Hakikatnya
murid sudah terdedah dengan suratan yang tercatat pada buku teks maka guru perlu
memberi sumber tambahan seperti menampal info didalam kelas. Info ini berkaitan untuk
menambah serta mencambahkan pemikiran murid itu sendiri.
Hakikatnya, guru perlu menjadi mentor dan pada masa yang sama mengajar
murid utntuk menjadi mentor kepada rakan yang lain. Edge (1992) didalam Jurnal
Pendidikan Guru 1996 menghuraikan secara meluas berhubung dengan kemahiran
komunikasi interpersonal dalam proses perkembangan kendiri. Komunikasi interpersonal
yang mengutamakan sikap saling menghormati,empati dan keikhlasan. Ianya akan
membantu kejayaan dan kelancaran didalam pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada sekolah boleh dilihat pada beberapa
aspek iaitu jenis sekolah, lokaliti sekolah dan kepimpinannya. Kini , terdapat pelbagai
pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan Negara. Pada peringkat
rendah,terdapat SK, SJKC, SJKT. Manakala pada peringkat menengah pula
terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Dengan adanya
pelbagai jenis sekolah maka wujudlah pelbagai jenis hubungan berdasarkan
murid di sekolah itu sendiri.

Apa yang ingin disampaikan adalah diperingkat sekolah menengah terdapat


Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari

kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan
menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari
segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan
pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Ini adalah untuk
menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.
Tambahan pula, Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah
dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak
penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan
memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang kebanggaan
negara kerana kecemerlangannya. Hakikatnya, Sekolah Bestari merupakan sekolahsekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya.
Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan
terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep
baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid-murid yang
berpotensi di kawasan luar Bandar. Berbeza dengan Sekolah Pendidikan Khas yang
menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran,
autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya
adalah supaya mereka
Jelasnya adalah apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat
berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu
generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan
semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku
sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat
di masa akan datang.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa seorang guru perlu memainkan peranan
penting bagi menyuntik dan mendidik murid didalam menjaga hubungan dan
menghormati sesama manusia. Hal ini kerana kita hidup didalam sebuah negara yang
pelbagai agama, budaya dan kaum. Oleh itu, guru sendiri yang akan mencorak murid
sama ada menjadi insan yang baik ataupun tidak.
Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan
mereka. Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna.
Hakikatnya, jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid
didalam pembelajaran maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang
teratur dan baik.
Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang ingin
dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu
menyelitkan elemen budaya. setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang
baik mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.
Akhir

sekali,

pengetahuan

tentang

budaya

perlu

diperluaskan

dan

menghormatinya perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan
bebas dari keburukan dan perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu bendera
iaitu Malaysia.

Bibliografi
Edge(1992). Sistem Mentor Untuk Guru-Guru Permulaan : Antara Cabaran
Dan

Harapan Oleh Salhah Binti Abdullah. Jurnal Pendidikan Guru. Bil 11/1996

Kagan(1992). Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 Dan Profesionalisme Guru Dr.
Kartini Bt. Baharom. Jurnal Pendidikan Guru 2002. Bil 15
Othman Puteh(2002). Pengajaran Bahasa Melayu : Suatu Kerjaya Professional Oleh
Hasnalee Bin Tubah. Jurnal Akademik Tahun 2004, MPTAR , Jilid 1 , Ms. 11-20

You might also like