Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PELAJARAN 13

KEFAHAMAN TEKS PUISI


1.0 Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan salah
satu daripada aspek kefahaman teks iaitu bentuk-bentuk
puisi. Bentuk puisi yang akan dibincangkan di sini ialah
sajak.
2.0 Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajian ini, pelajar akan:
2.1 Memahami maksud puisi.
2.2 Memahami maksud sajak dan ciri-cirinya.
2.3 Mampu menghasilkan sajak yang baik.
3.0 Senarai Tajuk
3.1 Puisi
3.2 Sajak
4.0 Istilah
4.1 Puisi
Karangan yang berbentuk sajak seperti syair, pantun
dan sebagainya.
4.2 Puitis
Bersifat puisi.
4.3 Klise
Klise ialah ungkapan-ungkapan yang selalu sangat
digunakan orang sehingga tidak lagi terdapat
keistimewaan atau kesannya.
4.4 Pantun
Sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat
baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama
1

merupakan pembayang dan dua baris kedua adalah


maksud.
4.5 Melankolik
Unsur sedih atau kepiluan pada perasaan seseorang.
4.6 Sajak
Puisi moden yang berbeza daripada pantun dan syair
yang yang digubah dalam bahasa yang indah untuk
menyatakan fikiran dan perasaan.
5.0 Tajuk
5.1 Puisi
5.1.1Persembahan
Puisi ialah tulisan-tulisan berirama yang terikat oleh
bentuk lahir yang tertentu dan mengutamakan
keindahan bahasa dan imaginasi untuk mencapai
kebenaran. Puisi adalah seni bahasa yang paling halus
sifatnya. Kehalusan sifat bahasa puisi ini sering
disamakan seperti keindahan muzik dan lukisan. Puisi
juga adalah jalinan fikiran yang bercorak falsafah dan
logik. Puisi mempunyai irama, bunyi, rima dan kiasan.
Antara contoh puisi ialah pantun, syair, gurindam,
seloka dan sajak.
Pantun
Pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua
baris pertama merupakan pembayang dan dua baris
kedua adalah maksud.
Sajak
2

Sajak pula merupakan puisi moden yang berbeza dari


pantun dan syair yang yang digubah dalam bahasa
yang indah untuk menyatakan fikiran dan perasaan.
Syair
Syair ialah karangan bersajak yang mana setiap
rangkap terdiri dari empat baris yang sama bunyi
hujungnya.
Seloka
Seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran
seperti sindiran, jenaka dan sebagainya.
Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi yang terdiri dari dua baris
yang berisi berbagai-bagai pengajaran.
5.1.2Aktiviti
Sila layari laman sesawang ini untuk melihat contohcontoh puisi.
http://penyair.wordpress.com/

5.2 Sajak
5.2.1Persembahan
Sajak ialah puisi Melayu moden. Sajak bebas daripada
ikatan tradisi. Inilah yang membezakan sajak dengan
pantun dan syair.
3

Ciri-Ciri Sajak
1. Tema
Tema
ialah
persoalan
utama
yang
hendak
disampaikan dalam sajak oleh penyajak. Contoh
tema ialah tentang kemanusiaan, kasih sayang, cinta
kepada Negara dan sebagainya.
2. Persoalan
Persoalan ialah perkara sampingan yang hendak
disampaikan dalam sesebuah sajak. Misalnya,
sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih
sayang, kemarahan, atau kekecewaan.
3. Bentuk
Bentuk sajak bermakna jenis sajak, bilangan rangkap
dalam sajak, jumlah baris, jumlah suku kata dalam
baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir
setiap baris.
4. Gaya Bahasa Perbandingan
Terdapat banyak gaya bahasa perbandingan yang
digunakan dalam sajak. Tujuan penggunaan bahasa
perbandingan ini adalah untuk menambahkan
sesuatu kesan pada pembaca. Antara contoh bahasa
perbandingan
ialah
metafora,
hiperbola,
personafikasi, dan simile.
(a)
Metafora
Metafora ialah perbandingan yang tidak jelas.
Penggunaannya adalah secara langsung tanpa
menggunakan perkataan seperti
bak atau
umpama. Contoh metafora:
4

lautan fikiran
panas membara
pipinya pauh dilayang
gigi biji mentimun
dunia ombak mengganas
(b)
Hiperbola
Hiperbola ialah gaya bahasa yang keterlaluan.
Kenyataan yang berlebih-lebihan itu bukanlah
benar dan bukan juga untuk dipercayai tetapi
adalah untuk memberikan kesan makna yang
lebih kuat. Biasanya digunakan untuk memberi
penekanan maksud berkaitan dengan perasaan
atau suasana. Contoh: matanya berapi.
(c)
Personafikasi
Personafikasi
ialah
pemberian
unsur-unsur
manusia pada benda-benda bukan manusia.
Contoh: melambai & mengigit
pohon itu melambai diriku;
bunyi loceng itu menggigit telingaku.

(d)
Simile
Simile ialah perbandingan sesuatu keadaan,
suasana, peristiwa dengan manusia. Simile
memperlihatkan perbandingan dua objek yang
mempunyai sifat dan nilai yang sama. Simile
menggunakan perkataan bagai, sebagai, serupa,
umpama, sama, laksana, macam, semacam,
seperti, umpama, bak, ibarat dan sebagainya.
5

Contoh: putih bak kapas, licin macam belut, bijak


seperti kancil.
(e)
Klise
Apakah itu klise? Klise ialah ungkapan yang sering
sangat digunakan orang sehingga sudah tidak lagi
mempunyai keistimewaan atau mendatangkan
kesan.
Contoh
klise
dalam
puisi
ialah
bersemangat waja, bunga harapan, dan
pejuang bangsa. Kata-kata seperti ini sering
sangat diucapkan. Sajak-sajak yang mempunyai
banyak klise akan menjadi kurang menarik. Sajak
tersebut akan menjadi pudar. Kesan yang
diinginkan oleh penyajak mungkin tidak akan
wujud lagi. Sajak yang mempunyai klise adalah
sajak yang tidak bermutu.
(f) Melankolik
Melankolik ialah gaya bahasa yang dipenuhi
dengan emosi yang sedih dan pilu. Unsur
melankolik akan menimbulkan perasaan kesedihan
dan kepiluan. Tujuan penyajak menggunakan
unsur melankolik dalam sajak-sajak mereka ialah
untuk menarik simpati pembaca.
Penyajak
berharap agar pembaca akan turut merasa pilu
seperti mereka juga.
Sajak yang terlalu melankolik tidak akan
memberikan kepuasan kepada pembaca. Oleh itu,
penyajak wajar mengurangkan unsur melankolik
dalam sajak-sajak mereka.
Contoh sajak
6

Gadis Kecil
Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi
Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
7

Aku jadi terpaku


dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
- Usman Awang
Pengemis Kota
Dari mana anak itu?
hati keras bicara sayu
merentas buih-buih hati keras
minta seteguk ihsan unggas kota
dihulur sejadah ikhlas selaut impian
agar kocek kosong rasa nikmat.
Wanita itu sujud di kaki lima
bekas kosong lagu sunyi
menanti hujan emas segunung rasa
untuk anak kecil di dangau usang
terus bermimpi.
Lelaki kaki kayu
lompat di dahan palsu tidak jemu
minta dipeluk dalam sesaat
pada bajingan kota mulut celupar
mulut manis mengucap syukur
bila tangan mulia hulur salam.
8

Bila aku raba mereka hilang


dirantai gergasi biru
dibawa ke tembok bisu
agar kota bebas meredeka.
- Nas Nasuha, Skudai, Johor
5.2.2Aktiviti
Sila layari laman forum ini untuk melihat pelbagai
contoh puisi khususnya sajak.
http://halaqah.net/v10/index.php?board=45.0

6.0 Ringkasan
1. Puisi ialah tulisan-tulisan berirama yang terikat oleh
bentuk lahir yang tertentu dan mengutamakan keindahan
bahasa dan imaginasi untuk mencapai kebenaran.
2. Puisi adalah seni bahasa yang paling halus sifatnya.
Kehalusan sifat bahasa puisi ini sering disamakan seperti
keindahan muzik dan lukisan.
3. Puisi juga adalah jalinan fikiran yang bercorak falsafah
dan logik.
4. Puisi mempunyai irama, bunyi, rima dan kiasan.
5. Antara contoh puisi ialah pantun, syair, gurindam, seloka
dan sajak.
6. Sajak ialah puisi Melayu moden. Sajak bebas daripada
ikatan tradisi.
9

7. Antara ciri-ciri pada sesebuah sajak ialah mempunyai


tema, persoalan, bentuk, dan gaya bahasa.
8. Antara contoh gaya bahasa ialah metafora, hiperbola,
personafikasi, simile, klise dan melankolik.
9. Metafora
ialah
perbandingan
yang
tidak
jelas.
Penggunaannya
adalah
secara
langsung
tanpa
menggunakan perkataan seperti, bak atau umpama.
10. Hiperbola ialah gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya
digunakan untuk memberi penekanan maksud berkaitan
dengan perasaan atau suasana.
11. Personafikasi ialah pemberian unsur-unsur manusia
pada benda-benda bukan manusia.
12. Simile ialah perbandingan sesuatu keadaan, suasana,
peristiwa dengan manusia.
13. Klise ialah ungkapan yang sering sangat digunakan
orang sehingga sudah tidak lagi mempunyai keistimewaan
atau mendatangkan kesan.
14. Melankolik ialah gaya bahasa yang dipenuhi dengan
emosi yang sedih dan pilu.

10

7.0 Latihan Kendiri


1. Perhatikan sajak di bawah dan jawab soalan-soalan
berikitnya:
Aku Menjadi Lebih Berani
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.
Latifah Haji Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000.

1. Apakah maksud yang cuba disampaikan oleh penyajak?


2. Nyatakan cirri-ciri sajak tersebut.
3. Apakah tema dan persoalan sajak tersebut?
4. Ceritakan tentang nada sajak tersebut.
5. Apakah nilai yang cuba di tonjolkan dalam sajak ini?
Jawapan untuk soalan Sajak 1:
11

1. Apakah maksud yang cuba disampaikan oleh


penyajak?
Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih
penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran.
Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih
memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga
memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
2. Nyatakan cirri-ciri sajak tersebut.
Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap,
rangkap pertama mempunyai tujuh baris, rangkap kedua
lima baris dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.
3. Apakah tema dan persoalan sajak tersebut?
Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita.
Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam
percintaaan
dan
pengalaman
pahit yang
dilaluinya
menjadikan dia lebih berani.
4. Ceritakan tentang nada sajak tersebut.
Sajak ini bernada kecewa.
Gaya Bahasa - Asonansi: bajuku ungu (pengulangan vokal
u) Aliterasi: tidak setulus hatiku (pengulangan konsonan t)
5. Apakah nilai yang cuba di tonjolkan dalam sajak ini?
Nilai 1: Peribadi kawan atau kekasih.
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan
fizikal (seperti kecantikan dan ketampanan), tetapi yang
penting ialah kejujuran.
Nilai 2: Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah, tetapi akan bangkit
menghadapi cabaran apabila dicabar.
12

Nilai 3: Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani
menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Sajak 2
Dipetik daripada blog Cikgu Abdul Ghalib
Baca puisi di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan
berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri.
Keindahan Yang Hilang
I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
13

pungguk tersedu pilu di atas batu


bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.
II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa kemilau danau
disinar mentari?
2. Pada pandangan anda, mengapakah sungai-sungai perlu
dipelihara daripada pencemaran?
3. Huraikan gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam
sajak tersebut.
Jawapan untuk sajak 2:
1.

Maksud frasa kemilau danau disinar mentari ialah tasik


bersinar disuluh suria.

2. Pada pandangan saya, sungai-sungai perlu dipelihara


daripada pencemaran kerana sungai merupakan sumber
air minuman yang utama, sungai sebagai sumber
pertanian, dan sungai merupakan habitat hidupan akuatik.
14

3. Gaya bahasa personifikasi ialah gaya bahasa yang


memberikan sifat manusia kepada unsur-unsur bukan
manusia. Contoh-contoh gaya bahasa personifikasi dalam
sajak ini ialah malam hiba dadanya ungu luka, pungguk
tersedu pilu di atas batu, dan bulan tiada lagi
mendandan wajah.

15

You might also like