Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012


PRAKTIKUM FASA 3 (FEBRUARI-APRIL 2014)
IPG KAMPUS PERLIS

Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis


Jalan Kuala Perlis
02000, Kuala Perlis
Perlis, Malaysia

PENYATAAN PRAKTIKUM (SEBELUM)


Sebagai seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), saya
akan menjalani latihan praktikum selama sebulan bagi semester tujuh ini bermula 2
Februari hingga 1 Mei 2015. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala
Perlis. Sebelum menjejakkan kaki ke sekolah, saya meletakkan satu garis pencapaian
untuk diri saya sendiri dan juga untuk murid-murid yang akan saya hadapi kelak.
Bagi diri saya sendiri, saya meletakkan beberapa sasaran. Antaranya ialah :
1. Sasaran : Menyesuaikan diri secepat mungkin dengan persekitaran dan
keadaan sekolah.
- Tempoh
: 2 minggu
- Cara Pelaksanaan
:a) Membuat pemerhatian terhadap infrastruktur, budaya dan iklim sekolah.
b) Memperkenalkan diri dan bertegur sapa dengan semua guru dan staf
sekolah.
c) Mendapatkan maklumat berkaitan sekolah daripada warga sekolah.

2. Menambah baik aspek kawalan kelas berbanding praktikum Fasa 1 dan 2.


- Tempoh
: 12 minggu (sepanjang praktikukm)
- Cara Pelaksanaan
:-

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID


PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 3 (FEBRUARI-APRIL 2014)
IPG KAMPUS PERLIS

a) Penggunaan Kotak Ajaib yang mengandungi nama murid bagi


mengelakkan murid-murid berebut semasa ingin menjawab soalan atau
melaksanakan aktiviti.
b) Penerapan inovasi Konsep Negara bagi menggalakkan setiap kumpulan
bersaing secara positif dan saling menjaga tingkah laku antara ahli
kumpulan.
c) Menyediakan profil bergambar setiap murid bagi memudahkan guru
mengenali dan memanggil nama murid. Ini menjadikan murid-murid lebih
peka dan berwaspada kerana guru mengingati diri mereka.
3. Mengaplikasikan

teori

pedadogi

sewaktu

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran (p&p) di dalam kelas.


- Tempoh : 8 minggu (sepanjang praktikum)
- Cara pelaksanaan : a) Membimbing murid membina sendiri pengetahuan melalui penerapan
kemahiran berfikir dan pengajaran berfokuskan murid (Teori Kognitif Jean
Piaget).
b) Memberi murid kasih sayang, penghargaan dan motivasi (Teori Keperluan
Maslow).
c) Memberi ganjaran sebagai peneguhan atas perbuatan baik serta
hukuman bagi kesalahan yang dilakukan murid (Teori Pengajaran Tingkah
Laku Skinner).
d) Menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa seperti perbincangan,
permainan bahasa, teknik soal jawab, kuiz, simulasi dan main peranan.

4. Sasaran : Menonjolkan imej positif diri selaku guru yang berwibawa.


- Tempoh : 12 minggu (sepanjang praktikum)
- Cara pelaksanaan : e) Menjaga disiplin diri dari segi segenap aspek merangkumi ketepatan
masa, penampilan dan mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.
f) Sentiasa bersedia memberikan kerjasama dan bantuan kepada warga
sekolah yang memerlukan pertolongan.

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID


PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 3 (FEBRUARI-APRIL 2014)
IPG KAMPUS PERLIS

g) Membuktikan kesungguhan dalam pengajaran dengan cara membuat


perancangan rapi dari segi objektif, isi pelajaran, aktiviti, bahan bantu
mengajar dan lain-lain bagi setiap sesi p&p yang dijalankan.
5. Sasaran : Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap,
menyeluruh dan mengikut format yang betul.
- Tempoh : 12 minggu (sepanjang praktikum)
- Cara pelaksanaan : a) Berkolaboratif dengan guru dan pensyarah pembimbing.
b) Merujuk buku-buku, laman-laman sesawang, senior-senior dan rakanrakan.
Saya berharap, melalui pernyataan praktikum ini, saya dapat memberi ganjaran
lebih jelas kepada diri sendiri terutamanya tentang sasaran pencapaian yang ingin saya
perolehi sepanjang praktikum ini. Malah setiap sasaran telah saya tetapkan cara
pelaksanaannya agar saya lebih fokus bertindak untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan. Secara keseluruhan, saya positif dapat mencapai semua sasaran ini kerana
saya percaya bahawa saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang
praktikum ini.

You might also like