Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Page 1

Malayan Law Journal Unreported/2011/Volume /Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin bin Baharudin
dan satu lagi - [2011] MLJU 1422 - 21 July 2011
[2011] MLJU 1422

Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin bin Baharudin dan satu lagi


MAHKAMAH SESYEN (AMPANG)
ROSZIANAYATI AHMAD HMS
KES JENAYAH NOS S2-62-36 TAHUN 2010 DAN S2-62-37 TAHUN 2010
21 July 2011
Noor Fadzlin bt Abd Zawawi (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwa raya.
Salim bin Bashir Bhaskaran bagi pihak OKT pertama.
Rasshidi bin Syed bagi pihak OKT kedua.
Roszianayati Ahmad HMS:
ALASAN PENGHAKIMAN
[1] Perbicaraan OKT 1 dan OKT2 telah dijalankan bersama-sama atas permohonan pihak pendakwaan. Di
akhir kes pembelaan, OKT 1 dan OKT 2 telah disabitkan bersalah di bawah seksyen 376(1) Kanun
Keseksaan dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh penghakiman. Ini adalah rayuan OKT 1 dan
OKT 2 yang tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tersebut.
Kes pendakwaan
[2] OKT 1 telah dituduh merogol seorang perempuan bernama Nurul Aqilah Athirah binti Noryuszaidi (SP1)
yang berumur 12 tahun 6 bulan pada 25 Februari 2010 manakala OKT 2 pula telah dituduh merogol SP1
pada 1 Mac 2010.
[3] Menurut SP1, pada 25 Februari 2010 iaitu pada tarikh yang beliau tidak datang ke sekolah kerana
merancang dengan sepupunya Nabila (SP2) untuk pergi mandi di Bukit Belacan, beliau telah ke rumah
ibubapanya di nombor 5, Tingkat 6, Flat Desa Lembah Permai (selepas ini dirujuk sebagai rumah tingkat 6)
untuk bersalin baju. Tiada orang di sana semasa mereka sampai. SP1 dan keluarganya sebenarnya tinggal
di Kampung Melayu Ampang. Rumah tingkat 6 di Flat Desa Lembah Permai ini adalah rumah ibubapanya
yang hanya dikunjungi pada hujung minggu atau sekali sekala.
[4] Pada 25.2.2010, selepas bersalin baju, SP1 dan SP2 telah nampak OKT 1 dan OKT 2. OKT 1 dipanggil
Hafiz manakala OKT2 dipanggil Tomok. OKT1 dan OKT 2 telah meminta nombor telefon SP1 yang
kemudiannya telah diberikan oleh SP2 kepada mereka.
[5] SP1 dan SP2 kemudiannya telah pergi mandi di Bukit Belacan dan dalam perjalanan ke Bukit Belacan,
OKT 2 telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada SP1 bertanyakan tentang nama dan umur SP1.
Selepas SP1 dan SP2 mandi selama satu jam lebih di Bukit Belacan dan balik ke rumah tingkat 6 itu, OKT1
pula menghantar khidmat pesanan ringkas bertanyakan perkara yang sama seperti OKT 2. Pada waktu
tengahari, hari yang sama, OKT 1 telah ajak SP1 untuk berjumpa. Mula-mula mereka berjumpa di tangga flat
di tingkat 5 rumah. Tetapi, oleh kerana tangga itu panas, SP1 telah mengajak OKT 1 naik ke rumah tingkat 6
itu. Setelah 5 minit sampai di rumah tersebut, SP2 telah pergi ke kedai untuk membeli makanan. Pada masa
ini SP1 telah masuk ke bilik dengan diikuti oleh OKT1. Di dalam bilik ini SP1 telah membuka pakaiannya,
begitu juga OKT1. OKT1 kemudiannya telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Setelah
memakai baju, SP1 dan OKT1 telah memakai baju dan keluar ke ruang tamu bersama. SP2 kemudiannya
telah balik dari kedai. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5.30 petang, Menurut SP1, OKT1 telah keluar

Page 2

rumah lebih kurang pukul 6 petang.


[6] Kejadian rogol dengan Tomok iaitu OKT 2 pula berlaku pada 1 Mac 2010 di rumah OKT 1 dan OKT 2 di
tingkat 4 di flat yang sama (selepas ini dirujuk sebagai rumah tingkat 4) Walaupun SP1 mengatakan bahawa
beliau kenal dengan OKT2 pertama kali pada 25 Februari 2010 tetapi menurutnya, kejadian rogol dengan
Tomok berlaku pada 1 Mac 2010. Menurut SP1, pada 1 Mac 2010 dalam pukul 11 pagi, SP1 telah pergi
berjalan kaki untuk menjemput SP2 di rumahnya yang terletak di Taman Dato Ahmad Razali. Pada hari
tersebut menurut SP1 beliau hendak ke sekolah tetapi telah singgah di Flat Desa Lembah Permai untuk
mengambil kemeja dari kawannya. Namun SP1 tidak ke rumah tingkat 6 kerana tiada kunci.
[7] Menurut SP1, OKT2 telah memberikan khidmat pesanan ringkas mahu berjumpa dengannya. SP1 dan
SP2 kemudiannya telah pergi ke rumah ke rumah tingkat 4 pada pukul 12 tengahari. Masa sampai rumah
tersebut, menurut SP1, OKT 1 ada di rumah itu. Apabila sampai, OKT 1 telah terlebih dahulu melihat
sekeliling rumah samada ada orang atau tidak. Selepas itu barulah OKT 1 membenarkan SP1 dan SP2
masuk rumah. Semasa itu SP1 tahu yang OKT 2 bekerja. SP1 telah tunggu OKT 2 balik dan OKT2 sampai
pada pukul 3 petang. Apabila OKT2 sampai, dia telah tukar baju dan memakai tuala sahaja dan mengajak
SP1 masuk bilik nombor dua rumah tersebut. OKT1 pula pada masa itu sedang bermain game di ruang
tamu dan SP2 pula turun untuk pergi ke kedai untuk mencuci rambut. SP1 telah ikut OKT2 masuk ke bilik. Di
dalam bilik OKT2 telah bertanya tentang nama dan umur SP1. SP1 telah beritahu yang namanya Aqilah dan
berumur 13 tahun. SP1 pada masa itu memakai baju kurung sekolah tanpa tudung. OKT2 telah menyuruh
SP1 membuka baju dan SP1 telah menuruti suruhan tersebut dengan membuka baju, kain sekolah, singlet
dan seluar track beliau termasuk pakaian dalamnya. OKT2 telah buka tualanya dan memasukkan
kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Kejadian rogol ini berlaku 15 minit. Selepas itu OKT2 telah
mengambil sehelai baju T-Shirt dan mengelap air mani yang ada atas perut SP1. Selepas itu OKT 2 telah
memakai baju dan seluar dan kemudian keluar dari bilik dan beritahu SP1 yang dia hendak pergi bekerja.
SP1 telah pakai baju dan keluar ke ruang tamu. Apabila keluar, beliau nampak OKT1 dan SP2 ada di ruang
tamu.
[8] Pada hari tersebut terdapat 2 orang lagi di rumah tingkat 4 itu iaitu Fairus dan Zudin. Menurut SP1,
Fairus juga ada melakukan hubungan seks dengannya manakala Zudin ada memegang buah dadanya
tanpa melakukan hubungan seks dengannya. Menurut saksi-saksi iaitu ayah SP1 iaitu SP3 dan juga
pegawai penyiasat, Fairus dan Zudin gagal ditangkap pada hari tersebut sehingga ke hari ini.
[9] Selepas kejadian di rumah OKT1 dan OKT2 itu, SP1 dan SP2 telah turun ke bahagian bawah flat dan
semasa di lif flat tersebut telah terserempak dengan ayah SP1 iaitu SP3 yang datang ke situ mencari SP1
kerana telah dimaklumkan bahawa SP1 telah tidak ke sekolah pada hari itu. Pada hari tersebut juga SP3
telah melempang anaknya itu kerana tidak bersekolah. Menurut SP3 juga beliau telah pergi ke rumah tingkat
4 dan telah berjumpa dengan OKT 2 dan bertanyakan sama ada ada atau tidak orang yang bernama Tomok
di situ tetapi dinafikan oleh OKT2. SP3 mengesahkan ada mengambil beg sekolah SP1 dari rumah tingkat 4
tersebut. Pada hari itu juga, SP1 telah dipukul oleh bapanya dengan getah paip. SP3 juga telah bertindak
menangkap OKT 1 dan OKT 2 pada malam tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis.
[10] SP2 juga mengesahkan bahawa pada 25 Februari 2010, OKT1 ada berjumpa dengan SP1. Apabila
beliau naik ke rumah SP1, SP2 nampak SP1 sudah berada di ruang tamu manakala OKT1 pula sedang
keluar dari bilik tengah iaitu bilik yang dimasuki oleh SP1. SP2 lihat rambut SP1 berserabai dan hanya
memakai singlet. SP2 juga mengesahkan bahawa pada 1 Mac 2010, SP2 ada pergi lagi ke flat Lembah Jaya
itu bersama SP1. Mereka sampai di flat itu dalam pukul 12 lebih mereka terus ke rumah tingkat 4 tersebut.
Di dalam rumah itu ada OKT 1, Zudin dan Fairus. Tidak lama kemudian OKT 2 telah balik dari kerja. SP2
telah memberi keterangan bahawa OKT2 telah masuk ke bilik dan keluar dari bilik tengah dengan memakai
kain tuala. SP2 juga mengesahkan bahawa OKT1 mengajak SP1 masuk ke bilik dan pintu di tutup. Selepas
15 minit, SP2 telah nampak SP1 keluar dari bilik dengan rambut berserabai tanpa memakai baju sekolah lagi
tapi hanya memakai baju singletnya. Selepas dari kejadian itu, OKT1 dan OKT2 telah keluar. SP2 juga
mengesahkan pada hari itu SP1 juga dipanggil masuk ke bilik oleh Fairus dan juga Zudin.
[11] Keterangan SP2 juga mengesahkan bahawa ada terjumpa dengan bapa SP1 di bahagian lif flat dan
telah bersama-sama pergi ke rumah tingakat 4 untuk mengambil beg sekolah SP1. Semasa pergi ke rumah

Page 3

tersebut, SP2 mengatakan ada berjumpa dengan OKT2.


[12] Keterangan dari doktor yang memeriksa SP1 juga mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan lama
pada hymen SP1 dan juga terdapat kesan lebam di posterior forchette kemaluan SP1. Kesan koyakan ini
adalah konsisten dengan kesan kemasukan objek tumpul ke dalam kemaluan SP1 seperti kemaluan lelaki.
Di akhir kes pendakwaan saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie
terhadap OKT 1 dan OKT2 dan memanggil mereka membela diri seperti pertuduhan pindaan.
Kes pembelaan
[13] Pembelaan OKT 1 adalah pembelaan alibi. Menurut OKT1, beliau telah pergi ke rumah teman
wanitanya pada pukul 1 petang hingga pukul 4 petang. Dari pukul 4 petang pula, OKT1 telah pergi ke Kelang
iaitu rumah pakciknya untuk makan malam. Menurut OKT1, dia berada di rumah pakciknya sehingga
selepas Isyak pada hari tersebut. OKT1 juga mengatakan bahawa pada 1.3.2010, memang SP1 dan SP2
ada datang ke rumah sewanya tetapi dia telah pergi keluar bekerja dengan meninggalkan SP1 dan SP2.
Menurut OKT1 di dalam rumah tersebut ada Fairus dan Zudin. Menurut OKT1, Fairus adalah teman lelaki
SP1. OKT1 juga mengatakan bahawa OKT2 tiada di rumah pada hari tersebut.
[14] OKT1 telah memanggil saksinya iaitu SD4 iaitu bapa kepada teman wanitanya yang mengesahkan
bahawa OKT1 ada datang ke rumahnya dan beliau mendengar OKT1 menelefon pakciknya mengatakan
hendak datang ke Kelang. Menurut SD3 juga, beliau telah diberitahu oleh OKT1 bahawa OKT1 hendak ke
Kelang pada hari tersebut.
[15] Saksi OKT1 iaitu SD3 iaitu pakciknya juga mengesahkan bahawa ada menerima kunjungan OKT1 pada
hari tersebut iaitu 25.2.2010.
[16] OKT2 juga memberikan pembelaan alibi iaitu pada 1.3.2010, beliau pergi bekerja di Metro Parking PNB.
Menurut OKT2, dia bekerja pada 1.3.2010 dari jam 7 pagi hingga 3 petang. OKT1 telah mengemukakan
dokumen iaitu buku catatan masuk dan keluar kerja dari Syarikat Metro Parking. Menurut OKT1 apabila dia
balik ke rumah sewanya dia mendapati rumah sewa itu kosong sahaja. Dia sampai ke rumahnya pada pukul
4 petang dan terus menonton TV. OKT 2 mengesahkan bahawa SP3 ada datang ke rumah itu untuk
mengambil beg anaknya. 0KT2 menafikan mengenali SP1 dan SP2 atau pernah berjumpa dengan SP1 dan
SP2.
[17] JOKT2 telah memanggil penyelia tempat bekerjanya iaitu SD5 yang mengesahkan bahawa 0KT2 ada
datang bekerja pada 1.3.2010 dari jam 1 petang hingga jam 3 petang dan telah balik pada pukul 3 petang.
Keputusan Mahkamah
[18] Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa bagi kes-kes seksual, adalah pruden satu keterangan
sokongan dikemukakan dan diterima di mahkamah sebelum mensabitkan OKT bersalah bagi sesuatu
pertuduhan itu. Ini seperti diputuskan di dalam kes Din v PP [1964] 1 MLJ 300. Menerima pakai prinsip ini,
mahkamah telah mensabitkan OKT 1 dan OKT 2 bersalah di akhir kes pembelaan apabila kes telah
dibuktikan di luar keraguan yang munasabah.
Keterangan SP1 adalah konsisten dan terdapat keterangan sokongan
[19] Di dalam kes ini saksi utama iaitu SP1 yang bernama Aqilah, semasa kejadian berusia 12 tahun 6
bulan. Ini telah dibuktikan melalui keterangan lisan saksi-saksi, disokong oleh kad pengenalan SP1 yang
telah dikemukakan di mahkamah dan dijadikan ekshibit P1. Semasa memberikan keterangan beliau berusia
lebih kurang 14 tahun. Beliau telah memberikan keterangan secara bersumpah di mahkamah. Saya telah
meneliti keterangan SP1 dan mendapati SP1 telah memberikan keterangan yang konsisten. Dari keterangan
keterangan yang diberikan saya mendapati bahawa beliau adalah seorang saksi yang cerdik dan berterus
terang kepada mahkamah tentang apa yang telah terjadi pada 25.2.2010 dan pada 1.3.2010. Dari awal
semasa memberikan keterangannya, SP1 telah dengan konsisten memaklumkan kepada mahkamah
bahawa beliau telah dirogol oleh Hafiz iaitu OKT 1 di rumah tingkat 6 Flat Desa Lembah Permai tersebut

Page 4

pada 25.2.2010.
[20] Bagi kejadian pada 25.2.2010 ini, SP1 malah dapat memberikan keterangan mengapa beliau dapat
mengingatkan tarikh ini. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut, beliau telah tidak datang ke sekolah dan
telah pergi ke rumah ibubapanya di Flat Desa Lembah Permai untuk pergi mandi di sungai di Bukit Belacan
yang jaraknya hanya dengan berjalan kaki sahaja dari flat Desa Lembah Permai itu. Apatah lagi, perbuatan
SP1 yang telah mengadakan hubungan seks dengan OKT1 dan OKT2 telah diketahui oleh bapanya iaitu
SP3 pada 1.3.2010 iaitu hanya 4 hari selepas kejadian rogol antara SP1 dan OKT1 berlaku. SP1 telah
memaklumkan kepada SP3 bahawa OKT1 adalah orang pertama yang merogolnya dan kejadian tersebut
berlaku pada 25.2.2010. Tarikh kejadian ini dan nama OKT 1 yang merogol SP1 pada 25.2.2010 telah
dinyatakan di dalam laporan polis yang dibuat oleh SP3 iaitu P2. Keterangan SP1 tentang siapa yang telah
merogolnya pada 25.2.2010 adalah konsisten sejak awal lagi iaitu semasa beliau memaklumkan kepada
bapanya sehinggalah beliau memberikan keterangannya di mahkamah. Keterangan SP1 di mahkamah
adalah sama dan kukuh sejak awal perbicaraan sehinggalah akhir perbicaraan dan tidak pernah berubah.
Apatah lagi keterangan SP1 ini adalah konsisten juga dengan keterangan saksi-saksi lain iaitu keterangan
bapanya dan juga keterangan dari laporan polis yang telah dibuat iaitu P2.
[21] Disamping itu, keterangan SP1 berkenaan dengan apa yang terjadi pada 25.2.2010 ini tidak berdiri
dengan sendirinya tanpa apa-apa keterangan sokongan. Keterangan SP1 ini telah disokong oleh keterangan
sepupunya iaitu Nabila (SP2) yang mengesahkan ada berjumpa dengan OKT 1 dan OKT 2 pada 25.2.2010.
SP2 juga mengesahkan bahawa disitulah bermulanya perkenalan antara OKT1, OKT2 dengan SP1. SP2
juga pada masa tersebut telah diarahkan oleh SP1 untuk memberikan nombor telefon SP1 kepada OKT1
dan OKT 2 yang mana SP2 telah mengikut arahan SP1. SP2 juga telah mengesahkan bahawa pada hari
yang sama dia ada menemankan SP1 pergi berjumpa dengan OKT1 yang mana pertemuan tersebut telah
berakhir di rumah tingkat 6 tersebut. SP2 juga menyatakan bahawa semasa berada di rumah tersebut, SP2
telah turun ke bawah untuk ke kedai, tetapi menurut SP2 semasa beliau balik ke rumah itu, beliau telah
temampak OKT1 baru keluar dari bilik tengah iaitu bilik SP1. SP2 juga lihat SP1 di ruang tamu dalam
keadaan rambutnya berserabai dan memakai singlet.
[22] Saya juga melihat kepada keterangan SP1 yang juga secara konsisten telah memberikan keterangan
bahawa pada 1.3.2010, beliau telah ke rumah di tingkat 4. Rumah tingkat 4 adalah rumah dimana OKT1 dan
OKT 2 tinggal. Semasa pergi ke situ, didapati OKT1 ada di rumah itu sedang bermain game manakala OKT
2 pula dikatakan telah pergi berkerja. OKT2 dikatakan hanya balik pada lebih kurang pukul 3 petang.
Selepas OKT 2 balik, SP1 telah diajak untuk masuk ke biliknya. Pada masa itu, OKT2 hanya bertuala. Di
dalam bilik tersebut, telah berlaku rogol oleh OKT2 terhadap SP1. Kejadian ini juga telah diceritakan oleh
SP1 kepada SP3 yang telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut seperti yang terdapat di
P2. Keterangan SP1 tentang siapa yang telah merogolnya pada 1.3.2010 adalah konsisten sejak awal lagi
iaitu semasa beliau memaklumkan kepada bapanya sehinggalah beliau memberikan keterangannya di
mahkamah. Keterangan SP1 di mahkamah juga kukuh sejak awal perbicaraan sehinggalah akhir
perbicaraan dan tidak pernah berubah. Apatah lagi keterangan SP1 ini adalah konsisten juga dengan
keterangan saksi-saksi lain dan laporan polis iaitu P2.
[23] Keterangan SP1 ini telah disokong oleh keterangan SP2 juga yang pada hari tersebut telah pergi ke
rumah tingkat 4 itu bersama dengan SP1. SP2 pada masa tersebut duduk di ruang tamu rumah itu. SP2
telah mengesahkan bahawa pada tarikh tersebut, beliau telah nampak OKT1 berada di ruang tamu. Apabila
OKT2 balik ke rumah, OKT2 telah bertukar pakaian dan dengan hanya bertuala OKT 2 telah memanggil SP1
masuk ke bilik tengah. SP1 telah ikut masuk ke bilik dan menutup pintu. Selepas 15 minit, SP1 yang
sebelum itu masuk dengan memakai baju kurung sekolah, telah keluar dengan hanya memakai singlet dan
rambutnya berserabai. Keterangan SP2 ini menyokong keterangan SP1 bahawa beliau telah dipanggil oleh
OKT2 masuk ke bilik tengah. Menurut SP1, di bilik tengah itu SP1 telah melakukan hubungan seks dengan
OKT2.
Keterangan sokongan berkaitan penetrasi
[24] SP1 mengatakan bahawa kemaluan OKT 1 masuk ke kemaluannya pada hari kejadian 25.2.2010. Pada
masa itu OKT1 berbaring di atas badannya dan SP1 rasa sakit di kemaluannya. OKT1 juga telah henjut

Page 5

selama 5 minit. Bagi OKT 2 pula, pada 1.3.2010, SP1 mengatakan nampak kemaluan OKT2 tegak. OKT 2
telah berbaring di atas badan SP1 dan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Pada masa itu
SP1 rasa sakit. OKT 2 juga telah henjut dan memancutkan air maninya atas perut SP1. Keterangan ini
adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa kemaluan OKT 1 sebenarnya memang telah masuk ke
kemaluan SP1 pada 25.2.2010 dan kemaluan OKT2 telah masuk ke kemaluan SP1 pada 1.3.2010.
Walaupun SP1 tidak nampak kemaluan OKT1 dan 0KT2 masuk, keterangan SP1 adalah logik dan
munasabah bagi kedudukan posisinya seperti yang digambarkan oleh SP1 dan rasa sakit di kemaluannya
menunjukkan bahawa kemaluan lelaki yang masuk ke dalam kemaluan SP1. Ini seperti yang diputuskan di
dalam kes Razi Amnin v PP [2010] 7 CLJ 771 dimana YA Hakim Asmadi Asnawi memutuskan:
Now, as far as sexual intercourse is concerned it is governed by nature. One need not be married to know what is
inside and what is outside. Equally, there is no necessity of gaining experience for a woman to know whether the
male's private parts or other foreign objects had entered into her private parts, as nature would have taken its own
course. As an analogy if one were to close his eyes and another were to put a piece of wood into his mouth, he would
know instantly that a piece of wood was put into his mouth. Likewise if an iron rod or banana or finger or hot water or
stone or sand was put into his mouth he would instantly recognise what was the object that was put into his mouth
even though his eyes were tightly shut. Such was human instinct and nature.
It thus behoves that the courts should be practical and adopt the common sense principle when dealing with crimes of
this nature and not putting the victims of such crimes under unnecessary innuendoes, ridicule and derision. In this
appeal before me, the learned Sessions Judge has seen and heard the testimony of PW1 himself. He concluded that
PW1 was a credible and truthful witness and accepted her testimony that it was the appellant's private parts that had
penetrated into her private parts and not any other foreign objects. This is a finding of fact by the learned Sessions
Judge.

[25] Saya juga melihat kepada keterangan doktor (SP5) yang mengesahkan bahawa terdapat koyakan lama
pada hymen SP1. Koyakan tersebut mengikut SP5 usianya lebih dari 72 jam. Koyakan tersebut boleh
disebabkan oleh apa-apa objek tumpul termasuklah kemaluan lelaki. Keterangan SP5 ini adalah konsisten
dengan keterangan SP1 yang mengatakan bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan OKT1
pada 25.2.2010 dan itu adalah hubungan seks kali pertama beliau.
[26] SP5 juga memberikan keterangan bahawa terdapat kecederaan iaitu 'bruises at the 3 o'clock position of
the hymen and redness at the posterior forchette.' SP5 juga telah melukis kecederaan yang dialami dan
ditandakan sebagai P6.
Menurut SP5, kecederaan ini usianya adalah kurang dari 72 jam. la boleh disebabkan oleh trauma iaitu satu
tekanan oleh objek tumpul ke kawasan tersebut. Objek tumpul ini menurut SP5 termasuklah kemaluan lelaki.
Menurut saksi ini, beliau telah mengambil sejarah dari mangsa dan mendapati ia konsisten dengan
kecederaan yang dialami oleh mangsa di bahagian kemaluannya. Dalam kes ini SP1 telah memberikan
keterangan bahawa pada 1.3.2010, beliau telah mengadakan hubungan seks dengan OKT2. Beliau juga
memberikan keterangan bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan seorang bernama Fairus
pada hari itu. Walaupun Fairus tidak dapat ditangkap, tetapi ia tidak sama sekali menafikan keterangan SP1
bahawa beliau ada melakukan hubungan seks dengan OKT2 pada hari tersebut. Keterangan doktor
berkenaan kecederaan yang dialami oleh SP1 ini adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh
SP1.
[27] Tarikh berkenaan kehadiran OKT1 di rumah tingkat 6 pada 25.2.2012 itu tidak pernah berubah semasa
keterangan oleh SP1 dan SP2. SP1 atau SP2 tidak pernah mencadangkan atau pada bila bila masa
memberikan keterangan bahawa kejadian rogol atau perjumpaan dengan OKT 2 berlaku pada 25.2.2010
atau kejadian rogol dengan OKT1 berlaku pada 1.3.2010. Walaupun disoal balas oleh peguam-peguam,
SP1 dan SP2 dengan kukuhnya memberi keterangan bahawa kejadian yang berlaku dengan OKT1 adalah
pada 25.2.2010 dan kejadian yang berlaku dengan OKT2 adalah pada 1.3.2010. Masalah mengenai tarikh
kejadian, saya dapati adalah secara tulennya berlaku disebabkan oleh kesilapan pihak pendakwaan sendiri
dan hanya merupakan kesilapan teknikal. Perkara ini akan saya bincangkan di dalam alasan penghakiman
ini di bawah tajuk khusus.
OKT 2 berbohong

Page 6

[28] Disamping itu, jika dilihat kepada keterangan SP3, SP3 mengatakan bahawa semasa beliau berjumpa
dengan OKT2, SP3 telah bertanya kepada OKT2 "adakah awak Tomok". Jawapan OKT2 pada hari itu ialah
"tiada orang bernama Tomok dalam rumah ini." Keterangan OKT2 yang terang terangan menipu ini adalah
salah satu faktor sokongan yang menunjukkan kebersalahan OKT2. Tiada sebab untuk OKT 2 menipu
tentang namanya pada masa itu jika tidak kerana OKT2 takutkan kebenaran pada masa tersebut. Di dalam
kes Syed Ali bin Syed Abdul Hamid & Anor v Public Prosecutor, [1982] CLJ 188, Mahkamah Persekutuan
melalui YAA Hakim Saleh Abas menyatakan :
We accept the decisions in these cases to be good law. In this case we hold that the representation he made to PW4
regarding the purpose of borrowing the car was a deliberate lie and is therefore a corroborative evidence against him
for which he must explain. Such lie is a reflection of his consciousness of guilt as regards the use he intended to make
of the car in question.

Faktor SP1 dipukul oleh SP3


[29] Saya juga memutuskan bahawa faktor SP1 hanya mengaku kepada bapanya selepas dia dipukul tidak
menjejaskan keterangan bahawa SP1 memang telah dirogol oleh OKT1 dan OKT 2. Ini adalah kerana
seperti yang saya katakan, keterangan SP1 berkenaan perlakuan rogol ini tidak berdiri dengan sendirinya
tetapi disokong oleh keterangan lain. Selain itu keterangan SP1 berkenaan siapa yang merogolnya tidak
goyah walaupun disoal balas oleh peguam-peguam. SP1 malah berterus terang dengan mengatakan
bahawa mengapa dia tidak memberitahu bapanya tentang kejadian rogol adalah kerana takut dimarahi oleh
bapanya. Saya dapati jawapan ini logik memandangkan kejadian rogol ini berlaku dengan kerelaan SP1
sendiri. Tetapi oleh kerana SP1 bawah umur, kerelaan SP1 bukanlah menjadi isu. Saya juga memutuskan
berkenaan isu seorang bernama Fairus yang gagal ditangkap dan dibawa ke mahkamah kerana melarikan
diri gagai juga menimbulkan keraguan di dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana keterangan SP1 adalah
konsisten juga tentang Fairus, bahawa SP1 juga ada melakukan hubungan seks dengan Fairus pada
1.3.2010. Ini disokong oleh keterangan SP2 yang nampak SP1 masuk ke bilik bersama Fairus. Ini juga
konsisten dengan laporan polis iaitu P2. Saya dapati SP1 adalah seorang saksi yang berterus terang dan
konsisten dalam keterangannya.
Pindaan pertuduhan dan isu notis alibi
[30] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memohon untuk meminda pertuduhan diakhir kes
pendakwaan. Permohonan pindaan ini adalah untuk meminda tarikh untuk OKT1 dari 1.3.2010 ke 25.2.2010
dan bagi OKT2 untuk menukar tarikh dari 25.2.2010 ke 1.3.2010. Saya telah membenarkan pindaan ini.
Saya melihat kepada pertuduhan-pertuduhan pindaan yang dikemukakan ini, saya mendapati bahawa
pertuduhan ini pada awalnya telah bertukar, iaitu pertuduhan yang sepatutnya dilampirkan kepada borang
'Mahkamah 114' OKT 1 telah dilampirkan di borang 'Mahkamah 114' OKT 2 dan begitulah sebaliknya. Saya
percaya bahawa ia hanyalah kesilapan teknikal sahaja. Pihak peguam telah membantah permohonan
pindaan ini dengan mengatakan bahawa mereka telah diprejudiskan untuk memasukkan pembelaan alibi ke
atas anak guam mereka. Setelah saya menimbangkan hujahan pihak-pihak, saya memutuskan bahawa
kesilapan pertuduhan ini adalah satu kesilapan tulen akibat pertukaran kertas pertuduhan yang dilampirkan
ke borang 'mahkamah 114' OKT-OKT dan ia berlaku sejak awal lagi dan bukan oleh Timbalan Pendakwa
Raya yang menjalankan perbicaraan kes ini dan sebelum saya mendengar kes ini lagi. Saya juga mendapati
ia sama sekali tidak memprejudiskan OKT-OKT kerana dari keterangan yang ada di dalam kes ini saya
mendapati bahawa OKT 1 dan 2 sebenarnya tidak dikelirukan oleh pertukaran pertuduhan-pertuduhan
tersebut kerana sepanjang perbicaraan tersebut, OKT 1 dan 2 telah bertindak mempertahankan diri mereka
dan meletakkan pembelaan mereka melalui soal balas saksi-saksi termasuklah pembelaan mengenai
tarikh-tarikh seperti pertuduhan pindaan. Ini dilakukan seawal soal balas terhadap SP1 lagi.
[31] Kesilapan teknikal ini saya dapati tidak seharusnya menggagalkan kes pihak pendakwaan kerana dari
awal lagi saksi-saksi telah memberikan keterangan secara konsisten bahawa kejadian dengan OKT1 adalah
pada 25.2.2010 dan kejadian dengan OKT 2 adalah pada 1.3.2010. Saksi-saksi ini iaitu SP1, SP2 dan SP3
telah disoal balas oleh peguam OKT 1 dan OKT 2. Jika dilihat kepada seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah

Page 7

mengatakan bahawa:
No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the
offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact
misled by such error or omission.

Telah juga diputuskan di dalam kes Ho Ming Siang v PP (1966) 1 LNS 181 dimana YA Hakim menyatakan:
With regard to the first of these charges, the dates are wrong and the charge was at no time amended but, as was
pointed out in Law Kiat Lang V Public Prosecutor [1965] 1 LNS 81 this is without importance. As was said by Atkin J in
the case of Severo Dossi [1918] 13 Cr App R 158, 159.
From time immemorial a date specified in an indictment has never been a material matter unless it is actually an
essential part of the alleged offence.

[32] Malah Hakim Mahkamah Persekutuan YA Rahmah Hussain dalam penghakiman menentangnya di
dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal (2004) 3 CLJ 737 memutuskan:
And the judges of the Court of Appeal agreed with the trial Judge by stating that "there are authoritative decisions of
our Courts wherein time and date in a charge were held to be immaterial". They then referred to the case of Hussin
Sillit v PP [1988] 1 CLJ 128 (Rep); [1988] 2 CLJ 9; [1988] 2 MLJ 232, where Mohd. Azmi SCJ has this to say at p. 236:
It should be borne in mind that where the charge relates to only one offence, merely amending the date, place or time
in the charge would not necessarily constitute amending the offence, and under section 156 of the Criminal Procedure
Code no error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to
state the offence or those particulars shall be regarded at any stage of the case as material unless the accused was in
fact misled by such error or omission..." Clearly, each situation must depend on the facts and circumstances of the
particular case in determining whether any amendment as to time, date or place affected before or in the course of the
trial entails changing the offence with which the accused is charged into an entirely different offence. There is no
reason to suppose that every amendment, either before or after commencement of the trial, must necessarily change
the occasion in the original charge into an entirely different occasion so as to exclude evidence pertaining to it from
being 'evidence in support of a defence of alibi'.

The Court of Appeal also expressed its view on the issue of the date in relation to the charges preferred
against the appellants and specifically on the issue of alibi. This is what it says: (at p. 442 [2003] 4 CLJ 409)
On the issue of the amendment to the charges in respect of the date alleged in the commission of the offences
subsequent to the notice of alibi, we need only to adopt the view expressed by the majority in the Supreme Court of
Canada in the case of Regina v P (MB) ; [1994] CCC LEXIS 2454; ; 89 CCC (3d) 289;; 113 DLR (4th) 461, where
Lamer CJ opined thus (at p. 297):
The fact that an accused may have an alibi for the period (or part of the period) described in the indictment does not
automatically 'freeze' the dates specified in the indictment. That is to say, there is no vested right to a given alibi. Alibi
evidence must respond to the case as presented by the Crown and not the other way around.

Now, in sexual offences, as in this case, the essential ingredients are the sexual act and the identity of the
offender. Therefore, it is incorrect to say that the date is a vital ingredient of the charge. In the case of R v
Richard Beynon [1999] EWCA Crim. 1172, where the charges framed against the accused did not have the
time and place but only the breath of the period when the indecent assault was alleged to have taken place,
the Court of Criminal Appeal of England had this to say:
We are not saying that that is uncommon; indeed it is very common in allegations and charges of this sort.
And our own Federal Court in the case of Ku Lip See v PP [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194, had said this: (at p.
196 - para. I)
With reference to question (1), we are constrained to observe that although the charge has not stated exactly when the

Page 8

offence was committed during the months of May and June 1978 it has nevertheless specifically defined the time and
place sufficiently to enable the applicant to answer the charge.

[32] Malah jika dilihat kepada penghakiman majoriti di dalam kes tersebut, isu berkenaan tarikh itu timbul
kerana keterangan Azizan adalah tidak konsisten yang menyebabkan mahkamah memutuskan bahawa
Azizan bukanlah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Ini menyebabkan pemindaan tarikh di dalam
pertuduhan menjadi satu isu dan dipersoalkan. Ini seperti penghakiman yang telah disampaikan oleh Hakim
YAA Abdul Hamid Mohamad, dimana beliau mengatakan bahawa:
The fact that the amendments were lawfully made is of no consequence. We accept that the amendments were lawfully
made. But, we are talking about the consistency of Azizan's evidence regarding the date of the commission of the
offence.
In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trial
judge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan's evidence as a whole, we are unable to agree with
the "firm finding " of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan "is a wholly reliable, credible and truthful
witness ". Evidence does not support such a finding. He was most uncertain, in particular about the "date " of the
offence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an "outright liar" as Mr.
Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kind
of witness described by the learned trial judge.

[33] Berbeza dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan di dalam kes ini terutamanya keterangan dari SP1
dan keterangan dokumen iaitu laporan polis P2 yang jelas menunjukkan bahawa pada 25.2.2010, SP1 telah
dirogol oleh 0KT1 dan pada 1.3.2010 SP1 telah dirogol oleh OKT 2. Keterangan-keterangan ini adalah
konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain dan saya merasakan bahawa keadilan tidak harus
dikorbankan atas sebab-sebab teknikal begini. OKT-OKT telah dibicarakan bersama dan telah mendengar
keterangan saksi-saksi dari awal hingga akhir dan telah mengemukakan pembelaan mereka sejak dari kes
pendakwaan, oleh yang demikian, saya tidak nampak bagaimana OKT 1 dan OKT 2 telah diprejudiskan dari
kesilapan teknikal ini.
[34] Salah satu sebab mengapa notis di bawah seksyen 402A KTJ perlu diberikan adalah untuk membantu
dan memudahkan tertuduh-tertuduh dalam pembelaannya dan saya merasakan ia tidak sepatutnya
beroperasi untuk menghukum tertuduh. Jika dilihat kepada sebuah kes lama sebeium penggubalan seksyen
402A KTJ iaitu Rex v Chhui Yi ( Privy Council Hong Kong) [1936] 1 LNS 56 Whitley A-G CJ memutuskan :
He is, of course, at liberty to reserve his defence but if he does and says nothing about this defence of an alibi, then he
cannot expect any help from the police, because it is the duty of the police, if he gives the names of witnesses, to see
that those witnesses are made available for him. It is also difficult, after several months, to get people to be certain as
to exactly what happened on a particular date, while if the evidence is called immediately it is all the more valuable.

Selepas penggubalan seksyen 402A KTJ, peruntukan undang-undang menghendaki notis alibi diberikan
sebeium ia boleh diterima sebagai keterangan. Saya percaya penggubalan pindaan terhadap seksyen 402A
KTJbaru baru ini (walaupun masih belum berkuat kuasa) adalah untuk mengelakkan ketiadak adilan ini
berlaku.
[35] Melihat kepada keadaan kes ini yang ganjil iaitu pertuduhan OKT1 dan pertuduhan OKT2 telah bertukar
semasa kes bermula, saya telah mendengar keterangan OKT 1 dan keterangan OKT2 termasuklah
keterangan berkaitan dengan pembelaan alibi mereka. Saya juga telah mempertimbang keterangan mereka
dan mendapati keterangan mereka adalah berbentuk penafian semata-mata. Mereka mengatakan kononnya
mereka tiada di tempat kejadian bagi OKT1 - pada 25.2.2010 dan bagi OKT2 - pada 1.3.2010 jam 3 petang.
Malah OKT1 menafikan di mahkamah bahawa dia mengenali SP1.
[36] Saya mendapati ia tidak dapat menimbulkan apa-apa keraguan di dalam kes pendakwaan. Ini adalah
kerana jika diteliti keterangan saksi penting sokongan alibi bagi OKT 1 iaitu SD3, saya mendapati
keterangan pembelaan OKT3 gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan. Ini adalah kerana adalah diragui
bahawa OKT 1 telah berjumpa dengan SD3 pada tarikh tersebut (25.2.2010). Beliau juga gagal untuk
menjawab soalan peguam OKT1 sendiri mengapa dalam banyak-banyak tarikh, beliau boleh ingat tarikh

Page 9

25.2.2010 sebagai tarikh di mana OKT 1 hadir ke rumah beliau. Beliau kelihatan teragak-agak semasa
memberi keterangannya. Keterangan beliau haruslah saya terima dengan berhati-hati apatah lagi OKT1
adalah anak saudara beliau sendiri. Saya juga mendapati keterangan SD4 iaitu bapa kepada teman wanita
OKT1 yang kononnya mendengar perbualan telefon antara OKT1 dan SD3 adalah terlalu baik untuk
dipercayai. Meneliti keseluruhan keterangan SD3 ini saya mendapati beliau bukan seorang saksi yang
memberi keterangan dengan adil, tetapi dari jawapan-jawapan yang diberikan jelas menunjukkan
kecenderungan beliau untuk membantu OKT1.
[37] Manakala keterangan SD 5 pula iaitu penyelia kepada OKT2, beliau hanya mengesahkan bahawa OKT
2 telah hadir bekerja pada 1.3.2010. SD5 juga mengesahkan bahawa 0KT2 telah keluar berkerja pada
1.3.2010 jam 3 petang. Adalah menjadi keterangan pihak pembelaan OKT2 sendiri iaitu dari SD5, bahawa
tempoh perjalanan dari tempat kerja OKT2 di PNB Jalan Ampang ke Lembah Jaya hanya mengambil masa
Vz jam sahaja. Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP 1 sebenarnya bahawa OKT 2 telah balik ke
rumah dari tempat kerja pada hari tersebut iaitu 1.3.2010 dalam jam 3 petang. Begitu juga keterangan SP2.
Perbezaan masa !4 jam atau 1 jam yang di katakan oleh saksi-saksi saya dapati tidak menyebabkan
keterangan mereka tidak boleh di percayai. Apatah lagi tempoh masa kejadian di dalam pertuduhan pindaan
OKT 2 adalah dari jam 12 tengahari hingga jam 6 petang. Perbezaan keterangan tentang masa antara
seorang saksi dengan saksi yang lain dan dengan laporan polis P2, tidaklah menjadikan keterangan mereka
tidak boleh dipercayai. Perbezaan ini saya dapati hanyalah perbezaan kecil yang tidak mencacatkan
kredibiliti saksi-saksi ini malah ia menunjukkan bahawa saksi-saksi tersebut bercakap benar. Ini seperti kes
yang telah diputuskan oleh YA Raja Azlan Shah di dalam kes PP V Datuk Harun bin Haji Idris (2) (1976) 1
LNS 97 :
In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also
there are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses
giving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there will
always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same
thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be
better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was
said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there
are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what
had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain
discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either
be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the
testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as
this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.
Apatah lagi di dalam kes ini, OKT 2 hanya dituduh dengan satu pertuduhan sahaja dan bukannya dengan banyak
pertuduhan dan sewajarnya perbezaan masa antara seorang saksi dengan seorang saksi yang lain berkenaan bila
OKT 2 balik ke rumah tingkat 4 itu tidak menjejaskan kes pendakwaan.

[38] Disamping itu, seperti yang saya katakan, keterangan SP 1 adalah konsisten dari awal hingga akhir
berkaitan dengan perlakuan rogol yang di lakukan oleh OKT 1 pada 25.2.2010 dan oleh OKT 2 pada
1.3.2010. Keterangan SP 1 tidak berdiri dengan sendiri tetapi di sokong oleh keterangan SP 2 yang juga
memberi keterangan bahawa pada 25.2.2010, SP 2 telah sahkan nampak OKT 1 keluar dari bilik di rumah
SP 1.Keterangan SP 2 juga menyokong keterangan bahawa OKT 2 pada 1.3.2010 telah balik rumahnya di
tingkat 4 dan masuk bilik bersama SP1. Apabila keluar bilik, rambut SP1 berserabai dan hanya memakai
singlet. Terdapat keterangan perubatan yang tunjukkan kesan koyakan lama pada hymen SP 1 dan 'bruises
at paranium' yang konsisten dengan keterangan SP 1 berkaitan kejadian rogol tersebut. Terdapat juga
keterangan dari SP 3 iaitu bapa SP 1 yang telah mengambil beg sekolah SP 1 dari rumah tempat kejadian
menunjukkan memang benar SP 1 telah ke rumah tersebut. Pada masa itu juga bapa SP1 juga ada melihat
OKT2 di rumah tersebut. SP3 juga telah membuat laporan polis yang kandungannya sama dengan
keterangan SP1.
[39] Di dalam kes ini identiti OKT1 dan OKT 2 tidak pernah dipertikaikan. SP1 dan SP2 memang kenal
dengan OKT1 dan OKT2 sejak dari perkenalan mereka pada 25.2.2010. OKT1 telah datang ke rumah SP1
begitu juga SP1 dan SP2 telah datang ke rumah OKT1 dan OKT2. Walaupun OKT2 menafikan mengenali
SP1, tetapi keterangan ini sukar untuk dipercayai memandangkan SP2 juga mengecamkan OKT2 sebagai

Page 10

orang yang beliau jumpa pada 25.2.2010 dan 1.3.2010. Tarikh dan masa yang telah diberikan adalah tarikh
yang tertentu. Tiada keraguan berkaitan orang yang merogol SP1 dan SP2 menyebabkan saya merasakan
pembelaan berkenaan alibi oleh OKT1 dan OKT2 hanyalah rekaan OKT1 dan OKT2 sahaja.
[40] Pendek kata, jika pun OKT 1 dan OKT 2 telah memfailkan notis alibi tersebut, tetapi setelah saya
meneliti keterangan alibi pihak pembelaan, saya masih mempercayai keterangan pihak pendakwaan dan
memutuskan bahawa keterangan pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah tidak boleh
dipercayai.Keterangan-keterangan itu juga gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan. Mengikut kesTan Kim Ho & Anor v PP (2009) 3 CLJ 236 YA Abdul Aziz
Mohamad hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan:The gist of Mr. Karpal Singh's submission now seems to be that the Court of Appeal should have found that the trial
was incurably defective because the learned trial judge, by failing to consider the second appellant's defence, had
deprived him of his right to put up a defence. The reason why Mr. Karpal Singh submits that the learned trial judge had
not considered the defence is a perverse one, namely, that the learned judge could not have considered the defence,
having held that the evidence in support of it was inadmissible by reason of non-compliance with the requirement of
notice of s. 402A.
The submission is clearly devoid of merit. Even if the entire defence of the second appellant was one of alibi, the
learned trial judge did in fact consider it. But in truth the judge viewed the defence of alibi as confined only to the
second appellant's evidence that he was outside the lounge during the crucial ten minutes. It was that evidence only
that the learned trial judge treated as inadmissible and did not consider by reason of s. 402A, but having considered
and rejected the other defence, that of mistaken identity, he could not have accepted the alibi evidence even if he had
considered it. The two defences went hand-in-hand. If one failed the other must fail. As the judge, after considering the
defence of mistaken identity, still accepted the evidence for the prosecution that it was the second appellant who was in
the lounge with the first appellant during the crucial space of time, he could not have accepted that the second
appellant was outside the lounge during that time.

Atas alasan ini saya mensabitkan OKT 1 dan OKT 2 atas pertuduhan pindaan yang di kemukakan.
Alasan kepada hukuman
[41] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh penghakiman bagi setiap OKT.
Alasan kepada keputusan ini ialah:

Faktor utama yang perlu mahkamah ambil kira ialah kepentingan awam. Tidak dinafikan bahawa
melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur telah menyebabkan keruntuhan moral di
kalangan masyarakat. Masyarakat yang rendah moralnya bukan sahaja memberi kesan yang negatif
kepada sebuah institusi keluarga, tetapi juga kepada generasi akan datang dan melumpuh dan
melemahkan sesebuah kerajaan. Parlimen sejak awal penggubalan s. 375 Kanun Keseksaan telah
menetapkan bahawa adalah salah melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun
walaupun gadis itu rela dengan perlakuan seks tersebut. Ini adalah kerana gadis di bawah umur 16
tahun senang untuk diambil kesempatan terhadap mereka. Di dalam kes ini, semasa kejadian seks
tersebut berlaku, SP1 berusia 12 tahun 6 bulan iaitu dalam tingkatan 1. Ada juga keadaan dimana
SP1 berpakaian baju sekolah semasa pergi ke rumah OKT1 dan OKT2. Saya dapat melihat ada unsur
pengambilan kesempatan oleh OKT1 dan OKT2 terhadap SP1 walaupun dalam perbualan mereka
dengan SP1, mereka tahu SP1 masih berusia 13 tahun dan masih bersekolah. Oleh yang demikian,
satu isyarat yang jelas perlu diberikan kepada OKT-OKT dan bakal-bakal pesalah lain bahawa
hukuman berat menanti mereka apabila disabitkan salah melakukan hubungan seks dengan gadis
bawah umur ini.
OKT1 dan 0KT2 di dalam kes ini telah disabitkan selepas perbicaraan dijalankan. Oleh yang
demikian, OKT-OKT tidak sewajarnya dilayan seperti tertuduh yang mengaku salah yang telah
menjimatkan masa dan kos mahkamah. Tiada sebarang bentuk diskaun wajar diberikan kepada
OKT-OKT dalam kes seperti ini. Untuk membuktikan OKT-OKT bersalah, pihak pendakwaan terpaksa
memanggil saksi-saksi dengan kos dan masa mahkamah terpaksa digunakan. Oleh yang demikian,
hukuman 10 tahun penjara adalah hukuman wajar dan setimpal untuk OKT-OKT.
Namun begitu saya telah mengambil kira bahawa OKT1 dan OKT2 adalah pesalah pertama. Di dalam
hal ini, mahkamah tidak mengenakan hukuman maksima terhadap OKTIdan OKT 2. Saya merasakan
hukuman yang telah dikenakan adalah setimpal sebagai hukuman dan satu bentuk pemulihan dimana
tempoh masa pemenjaraan tersebut boleh digunakan oleh OKT-OKT untuk merenung nasib diri dan
menginsafi diri terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.

Page 11

[42] Justeru, saya telah menjatuhkan hukuman tersebut.

You might also like