Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KERTAS CADANGAN

SURAUTHON
SMK BUKIT RAHMAN PUTRA,
SG. BULOH, SELANGOR
D.EHSAN

KERTAS CADANGAN SURAUTHON


SMK BUKIT RAHMAN PUTRA,
SG.BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

1.

PENDAHULUAN
Perkembangan dalam pendidikan Islam telah memberi kesedaran kepada keperluan

pembinaan tempat bagi pelajar-pelajar menunaikan solat di waktu persekolahan. Hampir semua
sekolah di Malaysia, khususnya sekolah-sekolah di bawah bantuan kerajaan,

mempunyai

surau atau musolla mereka sendiri. Kemudahan surau ini membolehkan murid-murid Islam
menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktivitiaktiviti keagamaan di sekolah.
Keperluan surau adalah amat penting kerana di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
KBSM, aspek penghayatan dan amali telah menjadi salah satu komponen utama di dalam
pelaksanaannya.
2.

RASIONAL
SMK Bukit Rahman Putra merupakan sekolah harian yang menampung seramai

2178 orang murid yang mana seramai 1500 orang daripadanya adalah murid-murid
beragama Islam. Bilik sembahyang yang berada di tingkat empat, Blok D hanya boleh
menampung 50 orang jemaah sahaja untuk satu-satu masa. Kesempitan ruang ini tidak
dapat menampung keperluan untuk murid-murid

beragama Islam terutamanya murid-murid

sesi petang untuk menunaikan Solat Zohor dan Asar. Oleh itu, sekolah perlu mempunyai
sebuah surau yang lebih besar untuk menampung keperluan murid-murid menunaikan
solat secara serentak atau dalam kumpulan yang lebih besar.

3.

NAMA AKTIVITI
Selaras dengan permasalahan di atas, PIBG SMK Bukit Rahman Putra bersama Ahli

Jawatan Kuasa Pembinaan Surau bercadang untuk mengadakan program SURAUTHON SMK
BUKIT RAHMAN PUTRA bagi mengumpul dana untuk menampung sebahagian kos
pembinaan surau tersebut.
4.

5.

TARIKH, TEMPAT DAN MASA PROGRAM DIJALANKAN


Tarikh

: 1 APRIL HINGGA 30 SEPTEMBER 2013

Masa

: SEPENUH MASA

Tempat

: SEKITAR NEGERI SELANGOR

MATLAMAT
Program ini bertujuan:
5.1 Mewujudkan satu tempat ibadah yang lebih selesa untuk keperluan jemaah SMK
Bukit Rahman Putra
5.2 Program aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dirancang dapat dijalankan
dengan lebih teratur
5.3 Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan
murid
5.4 Mengeratkan hubungan antara guru-guru, ibu bapa dan murid

6. OBJEKTIF KUTIPAN WANG


Menampung sebahagian kos pembinaan Surau SMK Bukit Rahman Putra (Bangunan dua
tingkat) yang dianggarkan sebanyak RM 700,000.00.

7. SASARAN KUTIPAN
Sasaran pendapatan ialah RM 250,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Ribu)
Sumbangan dari guru-guru

: 160 x RM 200.00

RM 32.000.00

Sumbangan dari ibu bapa

: 1500 x RM 150.00

RM 225,000.00
RM 257,000.00

Jumlah Kutipan

8.

________________________________

KAEDAH KUTIPAN
8.1 Setiap pelajar akan diserahkan sekeping kad ( seperti Lampiran ) untuk diserahkan kepada ibu bapa
/ penjaga pelajar. Nama pelajar dan no siri kad akan direkodkan oleh guru kelas untuk mengelakkan
penipuan.
8.2 Cara edaran : Setiap guru kelas akan diserahkan sejumlah kad mengikut bilangan terkini pelajar
berdaftar yang ada di dalam kelas mereka.
8.3 Kutipan wang dibuat setiap hari oleh guru tingkatan.
8.4 Pada tarikh akhir kutipan, kad diserah kepada Bendahari Surau melalui Guru Tingkatan.

9.

PELAN TINDAKAN KUTIPAN


9.1 Pungutan derma akan dilaksanakan oleh ibu bapa / penjaga murid.
9.2 Pelajar tidak dibenarkan membuat kutipan derma
9.3 Sekiranya pembawa kad gagal menyerahkannya pada masa yang ditetapkan atau kad hilang,
kehilangan kad hendaklah dilaporkan kepada polis.
9.4 Kad hanya sah dengan nombor siri dan cop sekolah

9.5 Bagi penderma yang menderma dengan menggunakan cek, mereka dikehendaki menggunakan
cek berpalang atas nama SURAU SMK BUKIT RAHMAN PUTRA.

10.

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SMK BUKIT RAHMAN PUTRA

Bagi menyelaras usaha dan proses pembinaan surau yang dicadangkan, sebuah jawatankuasa yang
terdiri pelbagai pihak akan ditubuhkan mengikut struktur seperti berikut::
Penasihat

Puan Norha Binti Hamzah, Pengetua, SMK Bukit Rahman Putra

Penolong Penasihat

Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman, Pen. Kanan


Encik Mohd Shah Bin Pilus, Pen. Kanan Kokurikulum
Encik Bukhari Bin Ramli, YDP PIBG, SMK Bukit Rahman Putra

Pengerusi

Encik Abd Rashid Bin Sarti, Pen. Kanan HEM

Timbalan Pengerusi :

Encik Nasarudin Khair Din ,NYDP PIBG,SMK BRP

Setiausaha

Puan Herniza Binti Hashim,,

Penolong Setiausaha :

Puan Yuwaida Binti Mat

Bendahari

Puan Rosita Binti Mat Isa

Pen. Bendahari

Puan Norani Binti Wahid

Ahli Jawatankuasa

Encik Mohamad Shokri Bin Ghazali


Encik Md Aris Bin Markom
Puan Khairiah Binti Kadzri
Puan Nor Azimah Binti Samikin
Puan Rapidah binti Abdul Rahman
Puan Siti Sara Binti Mohamad Aziz
Puan Sharifah Fareza Binti Syed Omar
Puan Suhaini Binti Hussin
Puan Siti Aini Binti Jamil
Puan Nor Azlina Binti Ahmad

11. JADUAL KEGIATAN


Mac 2012

Usul Program Surauthon dikemukakan dalam Mesyuarat PIBG


Pelancaran Tabung Surau SMK Bukit Rahman Putra
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau SMK Bukit
Rahman Putra

April 2013

Permohonan dikemukakan kepada PPD


Permohonan dikemukakan kepada IPPD Gombak

Jun 2013

Permohonan dijangka akan diluluskan dan permit pungutan


akan diberikan oleh IPK Selangor

Julai -Ogos 2013

30 September 2013

Pungutan akan dijalankan

Majlis Perasmian Penutup dan pengumunan jumlah pungutan


terbanyak akan dilaksanakan

ANGGARAN PERBELANJAAN (URUSAN KUTIPAN)


1. Urusan surat menyurat

= RM

2 .Kos mencetak kad (1700 keping)

= RM 1700. 00

3. Hadiah Peserta / Cenderahati

= RM

300.00

4. Promosi

= RM

300.00

5. Jamuan

= Rm

200.00

JUMLAH

SUMBER KEWANGAN SEBELUM KUTIPAN

100. 00

RM 2600. 00

Tabung Surau SMK Bukit Rahman Putra/ PIBG SMK Bukit Rahman Putra.

RUMUSAN
Mudah-mudahan dengan adanya usaha pengumpulan dana ini, projek
surau sekolah

pembinaan

ini akan menjadi realiti. Ini kerana surau mempunyai peranan yang sangat

penting khususnya murid-murid dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang


Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah dengan lebih teratur.
Surau sekolah perlu dijadikan sebagai tempat yang paling tenteram, harmoni dan sesuai bagi
pendidikan dan penyampaian ilmu pengetahuan ke arah membentuk sahsiah yang beriman,
berilmu dan berakhlak mulia.
Disediakan oleh :

(HERNIZA BINTI HASHIM)


Setiausaha Jawatan Kuasa Pembinaan Surau
SMK Bukit Rahman Putra,
47000 Sg. Buloh,
Selangor Darul Ehsan
Disemak oleh
Disemak oleh:

(ABD RASHID BIN SARTI)


Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Surau
SMK Bukit Rahman Putra
47000 Sg. Buloh,
Selangor Darul Ehsan
Disahkan oleh :
(NORHA BINTI HAMZAH)
Pengetua,

SMK Bukit Rahman Putra,


Sg. Buloh, Selangor D.Ehsan

LAMPIRAN

Tapak Kawasan Cadangan Surau


Pelan Tapak
Pelan Bangunan

TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SURAU


SMK BUKIT RAHMAN PUTRA
JALAN BRP 7/1 BUKIT RAHMAN PUTRA
47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR

PELAN BANGUNAN

You might also like