Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman

--------------------------------------------------------------------------

1.

SURAH AL-ANAM AYAT 6


Manusia perlu bersyuiur

1.1

Terangkan terjemahan ayat


Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umatumat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat
itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan
kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan
Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan
sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan
mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah
mereka, umat yang lain?

1.2

Gambaran ayat
Kaum musyrikin Mekah menolak kebenaran Islam
Allah memberi peringatan kepada mereka supaya mengambil iktibar
daripada kaum terdahulu yang dikurniakan pelbagai nikmat kemewahan
hidup tetapi tidak bersyukur
Mereka akhirnya dibinasakan dan digantikan dengan kaum yang lain .
Segala harta dan kekuasaan tidak dapat meyelamatkan mereka
Jelaskan bentuk balasan umat terdahulu yang dibinasakan Allah swt
Kaum Ad zaman Nabi Hud telah diberi nikmat tanah yang subur dan
kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur , menolak ajaran Nabi Hud
mereka dimusnahkan dengan dikenakan puting beliung
Kaum Tamud zaman Nabi Salleh telah dianugerahkan dengan
kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka angkuh dan menuduh nabi
Soleh as pendusta.; Mereka dibinasakan dengan halintar yang kuat dan
gempa bumi yang dahsyat
Kaum Lut yang mewah dengan kurniaan Allah telah terlibat dengan
Homosex mereka dibinasakan dengan cara Allah menterbalikkan negeri
mereka.

1.3

1.4

Terangkan bentuk nikmat Allah yang dikurniakan oleh Allah swt


Nikmat beragama Islam yang suci
Nikmat iman iaitu beriman kepada Allah yang Esa dan Maha berkuasa
Nikmat sihat tubuh badan di mana dapat menjalani hidup dengan
sejahtera
Nikmat kesempurnaan fizikal
Nikmat kemakmuran
Nikmat keamanan

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

1.5

1.6

Nikmat Kemerdekaan
Nikmat akal fikiran
Nikmat ilmu pengetahuan iaitu dapat menuntut ilmu untuk
kesejahteraan hidup mengikut jalan yang diredai Allah swt
Nikmat pancaindera iaitu dapat menggunakannya untuk berusaha
mencapai kemajuan hidup
Nikmat kejadian alam cekerawala untuk manusia manfaatkan bagi
menjalani hidup
Nikmat harta benda supaya manusia bersyukur dengan cara
mengeluarkan zakat dan bersedekah.
Jelaskan sebab-sebab Allah membinasakan umat terdahulu
Kerana mereka mengingkari perintah Allah dan Rasul dengan
melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Kerana mereka tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya
Kerana mereka tidak mahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah swt
kepada mereka.
Mereka sombong dan mengakui diri mereka sebagai tuhan.
Kerana mereka menyalahgunakan nikmat dan kurniaan Allah dengan
melakukan perkara keji.
Kerana mereka melakukan kezaliman dan penindasan ke atas
manusia.
Terangkan langkah-langkah untuk menjamin nikmat Allah berterusan dalam
kehidupan seseorang
Cara bersyukur iaitu;
Dengan hati
- Sentiasa mengingati Allah swt yang memberi nikmat
Dengan lidah / lisan
- Mengucapkan al-hamdulillah ketika mendapat nikmat
Dengan perbuatan
- Menggunakan nikmat untuk kebaikan.

1.7

Perkara yang patut dilakukan setiap hari sebagai tanda kita bersyukur
kepada Allah.
Menggunakan nikmat pemberian Allah swt dengan cara yang baik dan
diredai olehNya
Melakukan amal ibadat seperti melakukan solat
Sentiasa berzikir bertujuan untuk menghampirkankan diri kepada
Allah.
Sentiasa membuat amal kebajikan seperti bersedekah, bantu
membantu sesama manusia.
Berakhlak mulia dan tidak melakukan kejahatan dan maksiat
Tidak melakukan kerosakan terhadap segala kurniaan Allah swt dan

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

tidak membazir
Sentiasa mengadakan hubungan Ihsan sesama manusia dan dengan
makhluk lain.
1.8

Peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi


Melaksanakan perintah Allah swt dengan cara melakukan amal
ibadat seperti melakukan solat dan puasa
Memelihara dan memuliharakan nikmat kurniaan Allah dengan baik
dan bertanggungjawab.
Memelihara dan memakmurkan alam dengan berlandaskan syariat
Allah dan menjaganya supaya tidak berlaku pergaduhan dan pencemaran
alam
Melaksanakan syariat Allah di muka bumi untuk kesejahteraan
manusia.
Sentiasa berlaku ihsan sesama manusia.
Mempergunakan hasil bumi kurniaan Allah kepada jalan yang diredhai
Allah dan untuk kepentingan bersama.

1.9

Jelaskan sebab-sebab manusia wajib bersyukur dengan nikmat Allah.


Supaya nikmat yang dikurnia Allah dapat berkekalan di dunia dan di
akhirat.
Sebagai tanda menghambakan diri kepada Allah swt.
Supaya tidak dibinasa oleh Allah seperti mana umat terdahulu.
Sebagai tanda kita beriman dan bertakwa kepada Allah.
Supaya kita tidak bersifat sombong dan takbur

1.10 Terangkan nikmat-nikmat kemakmuran yang dikurniakan kepada manusia


Bumi yang subur
Menurunkan hujan untuk menyuburkan bumi.
Binatang ternakan yang mendatangkan faedah kepada manusia
Bahan galian yang berharga seperti emas
Tumbuhan yang pelbagai jenis dan bermutu tinggi
Sungai bagi menyuburkan kawasan yang tandus dan gersang.
1.12

Bentuk kemungkaran (kerosakan) yang sering dilakukan oleh manusia di


muka bumi kini
Kufur kepada Allah dengan cara mengakui dirinya sebagai tuhan
Mengingkari RasulNya iaitu tidak menerima apa yang disampaikan
oleh baginda
Melakukan kezaliman dan penindasan ke atas manusia atau makhluk
lain seperti penderaan ke atas kanak-kanak dan penganiayaan ke atas
isteri dan lain-lain lagi
Melakukan kejahatan dan maksiat seperti melakukan zina, homoseks
dan main judi.

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

Terpesona dengan harta kekayaan sehingga lupa kepada Allah

1.13 Terangkan bentuk-bentuk malapetaka yang sering berlaku di dunia akibat


manusia tidak bersyukur kepada Allah.
Diturunkan gempa bumi dahsyat
Tanah runtuh
Banjir besar
Runtuhan bangunan
Hakisan tanah
Kebakaran
Diturunkan angin puting beliung memusnahkan kampung dan harta
benda
Diturunkan halilintar yang kuat
1.14 Jelaskan sebab-sebab pelbagai malapetaka sering berlaku di muka bumi
Kerana manusia tidak bersyukur di atas nikmat yang diberi oleh Allah
- dapat kekayaan tidak mengeluarkan zakat
Kerana manusia menyalahgunakan nikmat Allah pada jalan yang
dibenci Allah seperti berjudi
Kerana mereka kurang iman kepada Allah dan tidak membuat amal
ibadat.
Kerana mereka melakukan perkara maksiat
Kerana mereka kurang membuat amal kebajikan
Kerana mereka tidak sedar bahawa amalan mereka sentiasa dicatat
oleh para Malaikat bagi menentukan syurga atau neraka.
1.15

Nyatakan bukti-bukti menunjukkan bahawa masih ada lagi manusia yang


mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
Mereka masih tidak patuh perintah Allah seperti minum arak dan main
judi
Mereka masih melakukan pebagai kemusnahan dan mencemarkan
alam dengan sesuka hati seperti jenayah, asap-asap kilang
Mereka memakmurkan alam ini dengan tidak berlandaskan syariat
Allah seperti rasuah
Mereka melakukan perkara yang men

1.11

Terangkan pengajaran ayat di atas


- Allah membinasakan kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan
mendustakan agama Allah
- Pengkat, kedudukan dan kekayaan kita tidak dapat menghalang Allah
daripada menurunkan azab
- Kebinasaan dan kemusnahan yang berlaku keopada mansia adalah akibat
perbuatan mereka sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Allah
- Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baik nya
berpandukan syariat Allah

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

- Kita hendaklah mempelajari sejarah kaum Ad dan Lut serta mengambil


ikhtibar daripadanya
2

SURAH AL-ANAM AYAT 50


Rasul Penyampai wahyu

2.1 Terjemahkan ayat di atas ke dalam Bahasa Melayu


Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu
(bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan
kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan
apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah
sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu
berfikir?"
2.2

Terangkan kandungan perbendaharaan Allah yang dicapai oleh


pancaindera manusia
Wahyu Allah
- Melalui wahyu manusia sedar hakikat kebenaran Allah swt
- Manusia mengetahui cara beribadat yang betul
- Manusia mempelajari nilai-nilai akhlak yang mulia
- Manusia tahu perkara-perkara samiyat
- Manusia hidup sempurna mengikut hukum yang ditentu oleh Allah

2.3 Jelaskan maksud khazanah Allah


Ilmu pengetahuan yang wajib di tuntut oleh manusia untuk mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat
2.4 Mengapakah Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu
Untuk meningkatkan iman dan takwa kepada Allah
Supaya umat dan agama Islam dipandang mulia oleh umat-umat lain
Dapat memajukan umat Islam setanding dengan kemajuan yang dicapai
oleh bangsa-bangsa lain di dunia
Dapat meningkatkan syiar Islam ke seluruh dunia
Akan mendapat keredaan Allah swt untuk mencapai kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat
Untuk membangunkan negara dan masyarakat Islam
2.5

Terangkan maksud perkara ghaib


ialah perkara yang tidak dilihat oleh pancaindera dan tidak terjangkau
melalui akal munusia termasuk para nabi dan rasul kecuali mendapat

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

keizinan daripada Allah swt .


2.6

Nyatakan perkara ghaib yang terkandung dalam ayat tersebut


Bahagian perkara ghaib
Perkara yang hanya diketahui Allah sebagaimana yang diterangan
al-Quran dalam surah Lukman ayat 34 iaitu masa berlakunya hari kiamat,
penentuan rezeki seseorang , bentuk kejadian manusia, aktiviti yang akan
dilakukan pada masa akan datang dan ajal mau seseorang
Perkara yang telah berlaku seperti kisah-kisah nabi-nabi,
kemusnahan umat yang menderhaka kepada Allah.
Sesuatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera
seperti kewujudan malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka.
Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan nabi Isa as, Dajal dan
yakjuj dan makjuj
Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti
jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan jenis jenis logam
berharga di dalam bumi.

2.7 Terangkan tujuan-tujuan Allah swt merahsiakan perkara ghaib daripada


pengetahuan manusia
Untuk membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt.
Untuk mengetahui sejauhmana keimanan hambaNya terhadap
perkara-perkara ghaib
Untuk memantapkan keimanan hambaNya terhadap kekuasaan dan
kebesaran Allah swt
2.8 Apakah maksud wahyu
Pengajaran yang peroleh seseorang dengan keyakinan bahawa ia
semata-mata daripada Allah swt melalui perantaraan atau sebaliknya
2.9 Terangkan tujuan-tujuan wahyu disampaikan kepada manusia
Untuk memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw
Untuk membimbing manusia bagi memperoleh kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat
Untuk menyuruh manusia melaksanakan syariatNya dalam semua
aspek kehidupan manusia
Untuk memberitahu khabar gembira tentang balasan syurga kepada
mareka yang melakukan kebaikan dan khabar dukacita kepada mereka
yang melakukan kejahatan.
Untuk memdidik manusia kepada akhlak yang mulia kerana manusia
sering bertindak mengikut hawa nafsi
Sebagai panduan diri nya dan umat seluruh dalam melaksanakan
ajaran Allah swt.

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

2.10 Jelaskan sebab-sebab manusia memerlukan pimpinan wahyu dan para


rasul
Kerana wahya adalah perkara benar yang datang daripada
Allah swt
Kerana akal manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara
ghaib melainkan melalui wahyu Ilahi
Kerana manusia tidak mengetahui hakikat sebenar mengenai
sesuatu perkara kecuali perkhabaran dari wahyu Ilahi
Kerana wahyu membimbing manusia pada jalan yang benar
dan selamat di dunia dan di akhirat
2.11 Terangkan kesan daripada pimpinan wahyu kepada manusia
Menyelamat manusia daripada kesesatan dan azab api neraka
Manusia menyembah Allah swt dengan melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan segala laranganNya
Manusia memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat
Manusia mengamalkan akhlak yang mulia dalam semua aspek kehidupan
Manusia dapat membezakan yang halal dengan yang haram
2.12 Kesan negatif jika manusia berfikir tidak mengikut wahyu Allah.
Manusia akan berada di dalam kesesatan kerana hilang petunjuk dari
Allah.
Mereka akan memikir tentang kepentingan diri dan kepuasan nafsu
mereka sahaja tanpa memikir akibat kepada orang lain.
Maksiat akan berleluasa dalam masyarakat
Hidup mereka tidak harmoni
2.13 Terangkan perbezaan antara wahyu dan akal
Kerana wahya adalah perkara benar yang datang daripada
Allah swt
Kerana akal adalah dari manusia yang dipelajari.
Dengan wahyu manusia dapat mengetahui perkara-perkara
ghaib tetapi akal tidak dapat memikir perkara ghaib
Wahyu boleh membimbing manusia pada jalan yang benar
dan selamat di dunia dan di akhirat sedangkan akal akan terpengaruh
oleh hawa nafsu
2.14 Siapakah dia rasul
Rasul ialah orang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah kepadanya dan
wajib sampai kepada orang lain
2.15 Terangkan tujuan-tujuan Allah mengutuskan Rasul
Mengajar manusia ikhtikad yang sebenar
Mengajar manusia cara beribadat yang betul

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

Menjadi contoh akhlak yang baik


Menerangkan perkaran samiyat /ghaib
Menerangkan cara hidup yang sempurna
Menjelaskan adanya alam akhirat

2.16 Jelaskan hikmat perutusan rasul


- Manusia dapat beriman kepada Allah dan beribadat kepadaNya
- Manusia menemui jalan kebenaran
- Manusia memiliki akhlak yang mulia dan terhindar daripada maksiat
- Kehidupan manusia mempunyai peraturan
- Manusia mencapai ketamadunan
- Semua aktiviti dilakukan mengikut syariat Islam
2.17 Tugas manusia
Hendaklah mengikut ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw untuk
mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat
Kita dilarang mengunjungi tukang tilik nasib untuk mengetahui
kehidupan yang akan datang
Kita hendaklah berusaha dan berikhtiar meneroka khazanah dilautan,
di dalaran dan di angkasa bagi kepentingan hidup
Kita hendaklah berusaha menyelidik alam ini bagi mendapat
manfaatnya.
2.18 Jelaskan perbezaan antara orang yang celik dengan orang yang sesat
Orang buta sentiasa mengingkari perintah Allah manakala orang celik
menerima perintah Allah
Orang buta tidak mahu mensyukuri perintah Allah menakala orang
celik sentiaa mensyukuri nikmat Allah.
Orang buta tidak mahu mengakui kekuasaan Allah manakala orang
celik sentiasa mengakui kekuasaan Allah.
2.19 Pengajaran ayat
Para rasul merupakaan penyampai wahyu Allah kepada manusia
Allah tidak memerlukan pembantu untuk menolong membahagikan
khazanahnya
Kita wajib mentaati rasul kerana mereka utusan Allah
Nabi dan rasul yang dilantik Allah swt ialah manusia pilihan.
Allah membuat perumpamaan tidak sama orang yang celik dengan
orang yang buta dari segi keupayaan dalam membuat perbandingan
antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk
Kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu supaya hidup selamat di
dunia dan di akhirat

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA


Surah al-Anam ayat 70

3.1

3.2

3.3

Terjemahan ayat:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka
sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya
tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka)
dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan
keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang
lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis
tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka
itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan
sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan
minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak
terperit sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Terangkan golongan-golongan dan ciri yang suka mempersendakan ajaran
Islam sejak zaman rasulullah ialah
Golongan musyrikin
Golongan munafik
Golongan murtad
Golongan Asi
Golongan Kafir
Terangkan tingkahlaku-tingkahlaku dan perkataan yang mempersendakan
agama Islam
Memperkecilkan tuntutan agama
Bangga apabila melanggar larangan Allah
Menghina orang yang bertakwa

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

10

Menyanjung perbuatan maksiat


Melanggar hukum syariat seperti tidak solat, makan di bulan Ramadan
di khalayak ramai dan tidak membayar zakat yang difardhukan
Mengunjung tempat maksiat dan melakukan berbagai maksiat
3.4

Jelaskan apakah akibat jika mempersendakan agama


Rosak akidah
Segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia
Susah mendapat hidayat dan rahmat Allah swt
Dimurkai Allah dan mendapat azab di akhirat
Dibenci dan tidak dihormati oleh masyarakat
Jiwa dan perasaan sentiasa dalam kegelisahan

3.5

Terangkan cara-cara mengatasi perbuatan mempersendakan agama Islam


Beri didikan ajaran Islam dalam diri masyarakat dan negera
Menjaga kesucian agama dengan melaksanakan perintah dan
menjauhi segala larangnya
Hendaklah sentiasa melakukan amal soleh
Berakhlak mulia sesama insan dan makhluk lain
Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempermain
agama Islam.
Setiap perlakuan yang mempermainkan dan mempersenda ajaran
agama Islam handaklah ditentang dengan sedaya upaya.

3.6

Bagaimana cara-cara untuk menjauhi diri daripada perubatan


mempersendakan agama Islam
- Hendaklah taat dan patuh pada perintah Allah swt dengan sungguh
- Meninggalkan segala larangan Allah
- Sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
- Tidak terpengaruh dengan pangkat dan kekayaan
- Menggunakan nikmat dan kurniaan Allah pada jalan kebaikan
- Berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka
mempersendakan agama

3.7

Cara-cara hendak memperkukuhkan umat Islam supaya mempunyai ciri-ciri


kekuatan yang boleh menggerunkan orang lain
Mempertingkatkan penguasaan sains dan teknologi
Perkukuhkan keupayaan dalam ekonomi
Memperkuatkan pertahanan negara
Memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran hidup
Menjana kemantapan sahsiah umat Islam dari segi fizikal dan spritual.

3.8

Cara memelihara agama


Melafazkan dua kalimah syahadat
Mengamalkan ajaran Islam

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

11

Menjauhikan diri daripada melakukan larangan Allah


Pamerkan ketinggian peribadi diri
Berusaha bersungguh sungguh untuk tingkatkan taraf hidup supaya
dipandang mulia
Tidak mengharap belas daripada orang lain
Tingkatkan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi kerana ia
boleh memertabatkan umat Islam
3.9

Terangkan akibat tidak memelihara agama


- Umat Islam akan mundur
- Agama Islam akan diperkecilkan
- Umat Islam akan tersisih dan tidak dihormati
- Kesucian Islam akan tercemar
- Kemungkaran dan kemaksiatan akan semakin berleluasa
- Wujud ajaran sesat yang memesongkan akidah

3.10

Bagaimana hendak menjadi umat yang kuat dan disegani dunia


Bersungguh-sungguh menghidupkan ajaran Islam dalam diri,
masyarakat, dan negara.
Menjaga kesucian agama dengan melaksanakan perintah allah san
menjauhi larangannya.
Sentiasa melakukan amal soleh
Sentiasa berakhlak mulia sesama manusia dan makhluk lain
Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempersendakan
agama lslam
Hendaklah menentang sebarang perlakuaan yang mempersendakan
ajaran Islam.

3.11

Peranan harta kekayaan dan pangkat


Ia adalah sebagai alat untuk menikmati kebahagiaan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat
Ia adalah ujian Allah kepada pemiliknya
Islam galak mencari harta mengikut prinsip prinsip syarak

3.12

Contoh sahabat Rasulullah saw dan harta kekayaannya


- Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Abd Rahman bin Auf dipuji
membelanjakan hartanya untuk kepentingan Islam
- Abu Lahab dan Umaiyah bin Khalaf mendapat siksa kerana mereka
menyakini hartanya dapat menebus segala dosa-dosa mereka.

3.13

Pengajaran ayat

Kita wajib menjaga kesucian agama Islam


Agama Islam bukan untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu
Orang yang mempersendakan agama akan menerima siksa uang

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

12

pedih
Kita wajib menjauhi perbuatan atau amalan yang enjatuhkan maruah
diri dan agama Islam
Kekuasaaan dan kekayaan yang tidak mengikut syariat Islam tidak
boleh melindungi dii daripada azab Allah

4.

Surah Al-Anam ayat 125


HIDAYAH MILIK ALLAH SWT

4.1

Terjemahkan:ayat di atas ke dalam bahasa Melayu


Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk
menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolaholah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak
beriman.

Hidayah:
ialah petunjuk yang dikurniakan Allah swt kepada sesiapa yang
dikehendakiNya untuk menuju kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

4.3

Maksud sesat
Ialah terkeluar daripada kebenaran Allah / ajaran Allah

4.4

Maksud lapang
Ialah senang dan tenteram dalam hidup

4.5

Maksud azab
Ialah balasan kesengsaraan daripada Allah

4.6

Maksud disempitkan dada


Ialah hidup tidak senang, tidak harmoni

4.7

Golongan yang mendapat hidayah

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

13

Orang yang melakukan ibadat


Orang yang melakukan amal kebajikan
Orang yang mendampingi ulamak
Orang yang berakhlak mulia

4.8

Golongan yang tidak mendapat hidayah


- orang yang melanggar perintah Allah
- orang yang melakukan mksiat
- orang kafir
- orang murtad
- golongan fasik

4.9

Ciri-ciri atau tanda tanda mendapat hidayah Allah


- Sentiasa melakukan amal ibadat
- Sentiasa melakukan amal kebajikan
- Sentiasa berakhlak mulia
- Telah berubah daripada sikap buruk kepada bersikap baik
-

4.10

Nyatakan ciri-ciri atau tanda tanda golongan yang sesat di sisi Allah
- Engkar perintah Allah
- Melakukan maksiat
- Melakukan kejahatan
- Sentiasa berakhlak buruk
- Telah berubah daripada sikap buruk kepada bersikap baik

4.11

Cara untuk memohon hidayah Allah


- Sentiasa berdoa untuk memohon hidayat kepada Allah
- Patuh dan taat pada perintah Allah serta menjauhi segala larangannya
- Melakukan amal kebajikan
- Hendaklah berjihad melawan nafsu .
- Melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati
- Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia
- Menjauhi akhlak-akhlak buruk
- Melakukan amalan zikir
- Memelihara anggota badan daripada melakukan perkara larangan Allah

4.12

Sebab manusia wajib memohon hidayah


Kepentingan hidayah
- Hidayah membawa ke jalan kebenaran
- Hidayat Allah dapat mengubah sikap seseorang daripada selalu
melakukan maksiat kepada sikap baik dan taat kepada perintah Allah.
- Hidayah Allah dapat menghampirkan diri kepada Allah
- Hidayat Allah, jiwa seseorang dalam keadaan tenang,
- Pembentuk atau pengawal peribadi sesorang

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

14

- Sentiasa menunaikan perintah Allah dan membuat amal kebajikan


4.13

Kesan hidayah Allah kepada manusia


- Orang itu sentiasa berdoa kepada Allah
- Orang itu akan berubah sikap daripada orang yang tidak baik kepada
baik
- Jiwa mereka sentiasa berada dalam keadaan tenang,
- Mereka sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik dan mengajak orang
lain supaya melakukan kebaikan
- Sentiasa menunaikan perintah Allah dan membuat amal kebajikan

4.14

Bukti menunjukkan bahawa hidayat adalah anugerah Allah tidak ada kaitan
dengan pertalian darah atau keturunan alah
- Kerana ada orang yang mendapat hidayat, hidup bahagia dan taat kepada
perintah Allah tetapi anaknya adalah seoarang yang setiasa melakukan
kemungkaran dan maksiat dan sebaliknya
- Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Allah mengurniakan
hidayatNya kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.
- Dalam Al-Quran Allah menggesa manusia supaya berdoa untuk
mendapat hidayat .
- Peristiwa Saidina Umar mendapat hidayat apabila adiknya membaca
beberapa potongan ayat Al-Quran di mana sebelum ini beliau adalah
penentang atau musuh Islam yang amat kuat sekali
- Abu Jahal tetap dengan kedegilannya menentang dakwah Islamiah dari
Nabi Mohammad saw

4.15

Perbuatan yang menghalang seseorang daripada mendapat hidayat Allah


Melakukan amalan mungkar atau maksiat
Berakhlak buruk
Menjauhkan diri dari mengingati Allah
Tidak melakukan ihsan sesama manusia

4.

Surah Al-Anam ayat 161 - 165


AKIDAH TERAS KEHIDUPAN

4.1

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan


petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama
yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari
orang-orang musyrik".

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

15

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan


matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
".

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan,
dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri


kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah
Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan
oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung
dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada
Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu
akan apa yang kamu berselisihan padanya.

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan
setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia
hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya
Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
4.2

Matlamat hidup manusia


- Menghambakan diri kepada Allah
- Untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
- Untuk mendapat keredaan dari Allah.
- Prinsip hidup berteraskan akidah tauhid

4.3

Tugas dan tanggungjawab manusia dari segi ibadat, khalafah dan


ammarah.
Segi ibadat

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

4.4

16

- Menghambakan diri kepada Allah dengan cara melakukan ibadat iaitu


melakukan ibadat khusus seperti solat, puasa dan melakukan ibadat
umum seperti mempelajari ilmu dan kemahiran
Segi khilafah
- Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah dan
sistem hidup yang berteraskan peengabdian kepada Allah
Segi imarah
- Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan untuk
membentuk negara maju dan hidup dalam kemakmuran dan selamat
Sebab manusia dipertanggungjawabkan di atas semua perbuatannya
- Allah telah mempertanggungjawabkan kepada setiap manusia supaya
beriman dan beribadat
- Kerana mereka telah di berikan akal untuk membezakan yang baik dan
yang buruk
- Kerana mereka telah diberi Al-Quran untuk membimbing ke arah
kebenaran
- Kerana manusia diutuskan para Rasul yang boleh membimbing ke arah
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Kerana manusia diberi tenaga dan usaha untuk memajukan diri mereka

4.5

Cara Allah menguji keimanan manusia


- Memberi harta
- Keturuanan
- Kejelitaan rupa paras

4.6

Ukuran kemuliaan seseorang di sisi Alla h


- Iman dan takwa
- Kemuliaan akhlak
- Ilmu pengetahuan
- kemahiran

4.7

Hikmat Allah memberi kesusahan dan penderitaan kepada manusia


- Untuk menguji sejauhmana kekuatan iman seseorang
- Supaya manusia sabar
- Supaya manusia bersifat gigih dalam kehidupannya
- Supaya reda di atas ketentuan Allah

4.8

Tawakal
ialah menyerahkan segala hajat kepada Allah sw t dengan sepenuh hati
setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping berdoa

4.9

Tujuan umat Islam disuruh bertwakal


- Mengelakkan seseorang itu daripada bersifat putus dan kecewa apabila
sesuatu yang dihayati tidak tercapai

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

17

- Menggalakkan seseorang supaya bersifat positif dalam hidupnya dan rajin


berusaha untuk dapat sesuatu
- Untuk meningkatkan keimanan kepada Allah swt di samping menyedari
kelemahan diri sebagai hamba Allah.
- Untuk memupuk sifat reda di atas segala mudharat yang menimpa dan
sedar itu adalah dugaan Allah hendak menguji keimanan seseorang
- Supaya mereka sedar kekuasaan Allah swt di atas seseuatu di muka bumi
4.10

Tujuan Allah menjadikan manusia berbeza-beza


Untuk menguji keimanan dan ketabahan seseorang dalam menjalani
liku-liku hidup
Untuk menguji sejauhmana ketakwaan seseorang itu kepada Allah
swt.
Untuk menguji sejauhmana seseorang itu dapat mengguna kurniaan
dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya

4.11

Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah dan tindakan yang harus


dilakukan
Hendaklah beriman kepada Allah swt dan bertawakal kepadaNya serta
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu
Hendaklah melakukan segala yang diperintah oleh Allah swt a dan
tidak melakukan larangannya serta membuat kerosakan di muka bumi
Hendaklah melakukan ibadat dengan ikhlas
Hendaklah mempertingkatkan usaha untuk mendapat hidayat Allah
swt dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah
swt
Hendaklah memakmurkan muka bumi ini dengan membuat ihsan dan
saling bantu membantu
Sentiasa berwaspada di atas tingkah laku dengan melakukan perkara
baik dan tinggal perkara keji kerana segala tingkah laku dan perbuatan
seseorang itu akan di hisab di akhirat.

SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 - 11

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang siasia;

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

18

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan


zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

-Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya


mereka tidak tercela: -

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


5.2

Ciri-ciri mukmin berjaya


- Beriman kepada Allah
- Khusuk dalam mengerjakan solat
- Meninggalkan perbuatan yang sia-sia
- Mengeluarkan zakat
- Menjaga kehormatan diri
- Menjaga amanah dan menunaikan janji
- Menjaga waktu solat

5.3

Maksud khusuk dalam solat


- ialah mengerjakan solat dengan sepenuh hati kerana Allah swt dan tidak memesong
kan hati kepada perkara-perkara yang lain kecuali untuk mendapat keredaan Ilahi.

5.4

Sebab disuruh khusyuk dalam solat


Untuk meningkatkan iman dan takwa kepada Allah.
Untuk lebih mengingati Allah swt dan amaranNya
Membolehkan kita menghayati dan menikmati isi kandungan al-Quran
Untuk menjauhkan diri dari perkara maksiat
Untuk menjadikan solat lebih sempurna

5.5

Cara untuk mendapat khusuk dalam solat


Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca
Tidak mengingati perkara lain yang boleh melalaikan dan tidak memberi tumpuan

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

19

dalam solatnya
Memastikan suasama dan tempat solat tenang dan aman
Menumpukan pandangan yang tepat ke tempat sujud
Memberi sepenuh perhatian kepada Allah
Ditunaikan secara ikhlas
Mengharapkan Allah menerima solatnya
Menyempurnaikan segala syaratn dan rukun dalam solat
Merasa diri seorang hamba yang berhadapan dengan pnciptanya

5.6

- Kesan-kesan yang diperolehi daripada ibadat solat yang dikerjakan dengan penuh
khusuk
- Dapat menghayati dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang dibaca ketika solat
- Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt
- Dapat mengingatkan seseorang kepada Allah swt dan takut pada hukuman Nya
- Boleh menjadikan solat yang dikerjakan lebih sempurna
- Dapat merasai nikmat ibadat solat yang dikerjakan
- Dapat merasai ketenangan jiwa dan kedamaian perasaan yang sejati

5. 7

Maksud perbuatan yang lagha (sia-sia)


- Perbuatan atau percakapan yang tidak mendatangkan faedah kepada diri, agama,
masyarakat dan negara
- Sesuatu yang boleh melalaikan
- Perkara yang tidak membawa pendidikan jiwa
- Sesuatu yang tidak dapat melahirkan nilai murni
- Perkara yang merosakkan akhlak seperti merayau-rayau di pasar raya, lepak, berbual
kosong di tepi jalan

5.8

Sebab Islam melarang umatnya melakukan perbuatan sia-sia (lagha)


- Menjatuh maruah orang Islam dan agama Islam
- Menyebabkan seseorang itu lalai menunaikan tanggungjawab kepada diri Allah swt,
keluarga dan masyarakat
- Menyebabkan umat Islam akan mundur dalam semua bidang sama ada dalam bidang
pelajaran, ekonomi, sosial atau lain-lain kerana masa dihabiskan dengan melakukan
perbuatan yang sia-sia
- Menyebabkan umat Islam akan menjadi lemah, tidak bersemangat dan tidak berani
menghadapi kemajuan dan aman

5.9

Cara pelajar menjauhi dari sifat lagha (sia-sia)


- Memberikan tumpuan kepada pelajaran
- Menghabiskan masa lapang mengulangkaji di perpustakaan awam, berbincang
pelajaran
- Mememuhi masa dengan kerja kebajikan seperti melibatkan drii dengan persatuan
akedamik, persatuan di kampung-kapung
- Menghadirkan diri ke manlis-majlis ilmu
- Menolong ibu bapa semada di ladang atau berniaga atau menguru rumah menolong
ibu

5.10

Maksud Zakat
ialah mengeluarkan harta yang tertentu untuk dibahagikan kepada golongan
yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu

5.11

Kepentingan zakat dalam masyarakat Islam


Untuk mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni, aman dan sejahtera - orang

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

20

kaya tolong orang miskin


Dapat memajukan masyarakat Islam - harta zakat digunakan untuk membina
kemudahan-kemudahan sosial, projek untuk umat Islam terutama kepada masyarakat
yang tinggal di pedalaman
Dapat membangunkan ekonomi umat Islam . Dengan wang zakat kerajaan boleh
gunakan untuk membina projek-projek ekonomi seperti membina kilang-kilang
peursahaan, memberi pinjaman modal kepada mereka yang berdaya maju, melabur
dalam sektor sektor yang mendatang keuntungan dan sebagainya.
Ibadat zakat dapat mendidik kepada sifat-sifat yang mulia seperti suka membantu
golongan yang susah, mengikis perasaan tamak, kedekut dan bersikap mementing-kan
diri sendiri
Orang yang mengeluarkan zakat beroleh ganjaran yang istimewa dari Allah swt
-

5.12

Maksud menjaga kehormatan diri


ialah menjaga maruah diri daripada tercemar oleh perbuatan-perbuatan yang
dilarang oleh Islam

5.13

Cara menjaga kehormatan diri


Memakai pakaian menutup aurat
Tidak melakukan perkara maksiat
Bergaul mengikut batas-batas yang ditentu oleh Islam

5.14

Tujuan Islam menyuruh menjaga kehormatan diri daripada perbuatan-perbuatan yang


dilarang
Melahirkan umat Islam yang bemaruah dan dihormati oleh umat-umat yang lain
Menghindarkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
Melahirkan masyarakat penyayang yang berasaskan keluarga bahagia yang
diredai oleh Allah swt
Untuk melahirkan keturunan yang suci dan bertanggung jawab
Untuk mengelakkan diri dari melahirkan penyakit sosial yang melanda dalam
masyarakat akibat dari perbuatan larangan Allah

5.15

Cara-Cara menunaikan janji dan amanah dengan Allah


Melakukan segala perintah Allah swt dengan sempurna
Melaksanakan syariat Allah swt yang dipertanggungjawabkan dengan baik
Meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah swt
Memakmurkan bumi ini berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah
Manjaga alam ciptaan Allah swt dengan baik agar dapat dinikmati oleh seluruh
makhluknya

5.16

Cara-cara menunaikan janji dan amanah sesama manusia


Melaksanakan segala
Menjalankan apa yang diamanahkan dengan baik
Tidak memungkiri janji
Tidak mengkhianati apa-apa yang diamanahkan kepadanya

5.17

Hikmat ibadat solat


Melatih diri berdisiplin dalam semua perkara
Meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt
Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar
Mengeratkan perpaduan di kalangan masyuarakat Islam
Mendidik diri kepada akhlak-akhlak yang mulia, rendah diri, tawaduk dan sentiasa
mengingati kebesaran Allah swt

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

5.18

6.

21

Pengajaran ayaat
Tunaikan solat dengan khusuk kerana ia merupakan tiang agama
Allah telah menjelaskan beberapa ciri-ciri mukmin berjaya sebagai panduan
Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan diri dan maruah
Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi
muslim
Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan di
dunia dan di akhirat
SURAH LUKMAN AYAT 12 - 29
NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta
Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya
kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
.kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
."yang besar

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
.ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu


sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka
janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan
cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan
tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu
semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah
.kerjakan

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

22

Wahai anak kesayanganku," :(Luqman menasihati anaknya dengan berkata )


sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat
bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah
tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya
.Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, "
serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas
segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
.perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada "
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
.membanggakan diri

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu


(semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
6.2

Lukman Al-Hakim
ialah seorang yang soleh, taat pada perintah Allah swt, mempunyai ketinggian ilmu
pengetahuan, bijak dan mempunyai kefahaman yang mendalam dalam sesuatu perkara.
Beliau hidup pada zaman Nabi Daud as.
Beliau digelar sebagai al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau dan kisahnya menjadi
pengajaran dan teladan kepada manusia
Lukman sangat perihatin ketika mendidik anaknya agar anaknya dapat menjalani
kehidupan berdasarkan syariat Allah

6,3

Nasihat Lukman kepada anaknya


- Tidak melakukan perbuatan syirik kepada Alklah swt
- Berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa
- Jangan bersifat sombong
- Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
- Bersabar terhadap mala bencana
- Mendirikan solat

6.4

Sebab syirik dilarang


Kerana perbuatan tersebut dapat merosakkan dan membatalkan iman

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

23

Merupakan dosa besar


Ibadatnya tidak diterma
Mendapat azab di akhirat
Boleh menjatuhkan martabat manusia
Menjadikan manusia takut melakukan sesuatu kerana bimbang akan memberi
kesan yang buruk kepadanya kerana melanggar pantang
Menjadikan menusia malas
Allah tidak akan mengampuni dosa
6.5

Sebab seseorang wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa


- Kerana mereka bersusah payah menjaga dan mengasuh anaknya sejak kecil dengan
sempurna
- Kerana mereka menyediakan segala keperluan untuk anaknya supaya dapat hidup
dalam keadaan selesa dan sejahtera
- Kerana mereka memberi pengajaran yang berguna kepada anaknya sehingga anaknya
menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
- Kerana mereka tidak serik merawat anaknya jika anaknya sakit dan berkongsi merasai
kesakitan itu
- Kerana mereka mengorbankan segala yang miliki demi kebahagiaan anak-anak

6.6

Cara berbuat baik dan balas jasa kepada kedua ibu bapa
- Hendaklah menjaga dan memberi layanan yang sempurna kepada mereka
- Hendaklah bercakap dengan suara yang lembut bersopan santun
- Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung
kan perasaan mereka
- Sentiasa berdoa kepada Allah swt memohon keampunan dan kesejahteraan untuk
mereka di dunia dan di akhirat
- Mendengar nasihat dan mematuhi perintah mereka selagi perintah itu tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
- Melayan dan menggembirakan hati mereka.
- Hendaklah berterima kasih dan mengenang budi mereka
- Hendaklah sabar dengan perangai mereka bila mereka tua.
- Mendoai ruh mereka bila mereka meninggal dunia
- Menghormati sahabat mereka.

6.7

Kebaikan berbuat baik kepada kedua ibu bapa


- Mendapat keberkatan hidup di dunia
- Dipandang mulia oleh masyarakat
- Mendapat balasan baik di akhirat
Cara atau sikap yang perlu bila menghadapi cabaran hidup
- Sabar dan tabah
- teguhkan keimanan kepada Allah swt
- Usaha bersungguh-sungguh
- Berdoa dan bertawakal
- Tidak melakukan perkara dilarang oleh Allah

6.9

6.10

Cara menunaikan kebaikan


- Berdakwah
- Bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru, dan pemimpin yang jujur.

6.11

Adab bergaul

Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman


--------------------------------------------------------------------------

24

- Bertegur sapa
- Menunjukkan wajah yang manis
- Melihat muka ketika berbicara kerana perbuatan itu menunjukkan kemesraan dan
mengeratkan persahabatan
- Berbicara dengan lemah lembut
- Berbahasa yang baik supaya pendengar dapat memahami dengan jelas dan daapt
menerima dengna hati yang terbuka
- Hendaklah menjauhi sifat sombong dan takbur kerana sifat tersebut adalah sifat iblis
- Ketika berjalan hendaklah tenang dan jangan meninggi diri
8.12

Tujuan Lukman al-Hakim menyarankan akhalak tersebut.


- Untuk membentuk akhlak mulia
- Akan dihomati dan mengukuhkan persahabatan
- Mewujudkan kemesraan dan keharmonian dalam pergaulan
- Untuk melahirkan perpaduan umat Islam
- Supaya disayangi masyarakat

You might also like