Contoh Sorotan Literatur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOROTAN LITERATUR.

Tempat letak kereta atau boleh diistilahkan sebagai parkir merupakan satu kawasan
perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di
sesebuah kawasan. Aspek ini kerana sesebuah kenderaan tidak mungkin akan bergerak secara
berterus kerana akan ada waktu tertentu kenderaan tersebut harus berhenti sama ada dalam
tempoh yang sementara atau dalam jangka masa yang lama. Elemen ini dapat diperkukuhkan
lagi berdasarkan pandangan OFlaherty C.A (1995) di dalam buku penulisannya yang
bertajuk Town,Transport and Parking,. Merujuk kepada kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa secara purata dalam setahun , sesebuah kenderaan itu berada dalam
keadaan berhenti selama 8360 jam dan kira-kira 95% daripada tempoh hayat kenderaan
tersebut bukan dalam keadaan bergerak tetapi dalam keadaan berhenti. Sejajar dengan itu,
keadaan seperti ini secara tidak langsung memerlukan tempat-tempat khas bagi menampung
peningkatan permintaan kenderaan-kenderaan yang perlu berada dalam keadaan berhenti.
Penciptaan kawasan tempat letak kereta secara asasnya bukan merupakan satu elemen
penggunaan informasi kawasan yang baru bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Berdasarkan rentetan sejarah, kemudahan tempat letak kenderaan ini telah diaplikasikan sejak
zaman pemerintahan Kaiser Juleus di Rom lagi. Buktinya, beliau telah mewujudkan satu
bentuk undang-undang yang melarang kenderaan secara berlebihan daripada memasuki
Bandaraya Rom dalam satu tempoh masa yang tertentu ekoran situasi ini dilihat boleh
mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Hal ini jelas memperjelaskan bahawa kepentingan
penyediaan infrastuktur tempat letak kereta telah diperlukan sejak era dahulu lagi.
Lebih pentinng lagi, kini penyediaan tempat letak kenderaan ini adalah berdasarkan
Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan yang menyatakan sesebuah penyediaan tempat
letak kereta adalah merujuk kepada sesuatu ruang yang disediakan secara terancang sebagai
tempat untuk meletak kereta atau pun kenderaan lain. Hal ini kerana Garis Panduan dan
Piawaian Perancangan ini telah mengambil kira akan semua jenis kenderaan untuk tujuan
peyediaan kawasan perletakan kenderaan. Secara umumnya, tempat letak kereta ini boleh
dikelaskan pada dua bahagian utama iaitu tempat letak kereta diatas jalan onstreet parking
dan tempat letak kereta diluar jalan off-street parking. Seperti yang kita ketahui, aspek
penyediaan dan penempatan kawasan letak kereta seharusnya mengambil kira faktor-faktor
keselamatan, lokasi, tempat tuju pengguna dan keadaan kesesakan lalu lintas setempat.

Selain itu, berdasarkan kaji selidik penawaran dan permintaan tempat letak kereta yang
telah dijalankan berdasarkan sorotan kajian yang pernah dilakukan. Kaji selidik penawaran
dan permintaan tempat letak kereta lebih tertumpu pada memperolehi maklumat terperinci
tentang ciri-ciri on-street dan off-street yang mempengaruhi penyediaan ruang letak
kereta.

You might also like