Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Bab 1

Latar belakang Asia Barat


Membicarakan tentang latar belakang sejarah geografi Asia Barat merupakan
suatu perkara yang amat indah untuk direnungkan bersama. Adakah apa yang terjadi di
rantau Asia Barat hari ini adalah merupakan rantaian, gambaran, dan kesinambungan
daripada sejarah lampau Asia barat itu sendiri atau sebaliknya. Sejarah perkembangan
peradaban dunia telah membuktikan kepada kita bahawa Asia Barat memainkan peranan
yang amat significant kepada dunia semalam dan hari ini. Seperti yang kita selalu baca
dalam surat khabar, majalah, internet, dan tontoni di televisen mengenai apa yang sedang
berlaku di rantau Asia Barat yang sebenarnya bukan bermula pada hari ini, namun telah
lama iaitu sejak daripada keruntuhan Empayar Uthmaniyah lagi. Seperti konflik Israelpaleastin(Arab), perang salib, pencerobonan Amerika di Iraq, perang Iran-Iraq dan isu-isu
semasa yang ada kaitan dengan rantau asia barat.
Menurut definisi geografi yang khusus, kawasan Asia Barat paling sesuai dinamai
Asia Barat Daya dan Afrika Utara, walaupun sebahagian terletak di kawasan Eropah
terutamanya Greece dan Balkan, namun masih terangkum dalam kawasan Asia Barat
kerana kawasan ini adalah bekas tanah jajahan Empayar Uthmaniyah 1. Terdapat
sesetengah sarjana menyifatkan Negara-negara yang berbahasa Arab sebagai kawasan
Timur Tengah atau Asia Barat iaitu meliputi Iran, Israel, Turki Afghanistan dan Cyprus.
Walau apa pun untuk memudahkan kita daripada skop persoalan ini dapat kita ringkaskan
bahawa Rantau Asia Barat adalah kawasan bekas tanah jajahan Emapyar Uthmaniyah.

Lois A. Aroian, Richard P. Mitchell (terjemahan Mohd Redzuan Othman) 1991. Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Dari sudut pandangan sejarah kawasan Asia Barat atau Timur Tengah merupakan
pusat perkembangan tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Rom, Parsi, Byzantine, Mesir
Kuno, Mesopotamia, Islam dan Karajan Bani Israel. Seterusnya kawasan Asia Barat turun
menjadi pusat kepada perkembangan tiga agama utama di dunia atau agama semawi yang
terdiri daripada agama Islam, Kristian dan Yahudi yang memiliki tempat suci masingmasing seperti Jurusalem, Mekah, Madinah, Karbala, Iskandariah dan Esfahum. Tidak
dapat di nafikan bahawa kawasan Asia Barat menjadi pusat kepada perkembangan
keilmuan terutamanya ilmu sains dan matematik. Keadaan ini telah menjadikan kawasan
ini sangat significant kepada peredaran dunia khususnya dan amnya keadaan semasa di
rantau tersebut.
Manakala dari sudut pandangan geografi kawasan Asia Barat memberikan banyak
manfaat kepada rantau Asia Barat secara khususnya dan dunia amnya. Walaupun secara
rambang boleh kita katakan terdapat kepelbagaian unsur geografi hujud di kawasan Asia
Barat iaitu banjaran gunung, Padang pasir dan sungai2. Namun kedudukan geografi Asia
barat yang sangat strategit iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan Barat dan Timur
yang menghubungkan benua barat dan timur atau jambatan bagi Asia-Barat. Kedudukan
Asia barat ini bertambah penting dengan adanya laut Maditerranean, Terusan Seuz dan
Laut Merah yang merupakan laluan perdagangan tersibuk di dunia. Rantau Asia barat
juga merupakan kawasan yang terkaya dengan sumber galian seperti petroleum yang
telah menyebabkan kuasa besar dunia berebut-rebut untuk mendapatkan hak cari-gali
melalui campurtangan politik, ketenteraan, dan ekonomi sejak daripada zaman
pertengahan sehingga ke hari ini.
2

Lois A. Aroian, Richard P. Mitchell (terjemahan Mohd Redzuan Othman) 1991. Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Bagi membicarakan tentang Sejarah Geogafi rantau Asai Barat secara lebih lanjut
dan teperinci kami telah cuba membahagikan kepada beberapa bahagia yang kami
fikirkan perlu bagi menjelaskan dan menentukan samaada keadaan semasa di rantau Asai
Barat memiliki Kerelevenan dengan Sejarah Geografi rantu tersebut atau sebaliknya.

Bab 2
Bentuk Muka Bumi Yang Utama
Kedudukan Asia Barat merujuk kepada kawasan di sisi Timur Tengah iaitu Mesir,
negara asia yang rakyatnya berbahasa Arab,Israel, Iran, Cyprus, Turki dan termasuk juga
Libya dan Sudan3. Kewujudan Asia Barat telah memainkan peranan yang penting dalam
ketamadunan dunia. Hal ini disebabkan disinilah terlataknya dan bermulanya
perkembamgan tamadun di dunia ini seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir, Rom, Parsi,
Byzantine, Mesir Kuno, Bani Israel Dan Tamadun Islam. Selain itu di sini juga
terletaknya ketinggian tamadun dan pemikiran manusia dengan terbinanya Piramid dan
Taman tergantung Babylon. Di samping itu, kedudukan Asia Barat yang sangat strategic
dan berada ditengah-tengah jalan perdagangan Timur dan Barat. Hal ini disebabkan
disinilah terlataknya Terusan Seuz, Teluk Parsi, dan Laut Mediteranian yang menjadi
jalan penghubung yang cepat ke Timur Jauh. Kekayaan Asia Barat yang utama ialah
minyak. Hal ini menyebabkan banyak negara Barat berlumba-lumba untuk menguasai
Asia barat untuk kepentinga ekonomin mereka sehinggakan mereka sanggup
mengunakan kekuasaan ketenteraan. Asia Barat dan Afrika Utara mempunyai bentuk
muka bumi yang pelbagai seperti bajaran gunung, Padang pasir, dan sungai. Topografi di
kawasan darat Timur Tengah dan Afrika Utara ialah banjaran gunung, dataran pamah dan
dataran tinggi. Di Maghribi terdapat kawasan pergunungan yang di kenali sebagai
pergunungan Atlas yang menganjur dari barat daya ke timur laut.Kawasan ini
merangkumi sebahagian besar kawasan pedalaman Maghribi. Di Turki, bentuk Topografi
3

LOIS A. AROIAN & RICHARD P.MITCHELL (terjamahan Mohd. Redzuan


Othman),1991,Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

yang jelas dan menjadi latar belakang negara tarsebut ialah dua buah banjaran gunung
yang besar, iaitu Banjaran Pontus di utara dan Banjaran Taurus di selatan. Banjaran
gunung ini talah bersatu dengan Banjaran Elburz di Iran dan menyebabkan kesukaran
manusia untuk melaluinya sejak dahulu lagi. Kawasan pergunungan Turki dan Iran ini
telah menyebabkan Evolusi Islam iaitu negara bukan Arab yang terletak di kawasan ini
telah dinaungi oleh orang Islam. Walau bagaimanapun pergerakan geologi di kawasan ini
telah menyebabkan berlakunya gempa bumi yang dahsyat.
Kawasan pergunungan di Timur Tengah memainkan peranan yang penting iaitu
kawasan pergunungan ini dapat melindungi kumpulan-kumpulan menoriti Timur Tengah,
terutamanya orang kristian Maronite dan kaum Druze, penyokong kepada satu cabang
Islam Syiah. Terdapat satu lagi sistem pergunungan yang memainkan peranan yang
penting iaitu Pergunungan Republik Yaman di Yaman utara. Pergunungan ini memainkan
peranan pemencilan kepada penghuninya secara perbandingan walau pun terdapat
kegiatan perdagangan .Hal ini kerana kawasan ini terletak di jalan perdagangan yang
melibatkan Laut Mediterranian, Laut Merah dan Timur Jauh.
Pada keseluruhannya kawasan Timur Tengah di liputi kawasan tanah datar dan
tanah tinggi. Kawasan Timur Tengah yang sebahagian besarnya Padang pasir tidak
pernah

menghalang

pergerakan

penghijrah dan

tentera.

Gurun Sahara

telah

membahagikan Afrika kepada dua kawasan yang berbeza dari sudut budaya dan bangsa
yang telah di huni dan dilalui oleh orang Namad dan para pedagang. Sementara itu,
walaupun terdapat Padang pasir yang luas di Syria, namun keadaan ini tidak sedikit pun
mengecualikan Syria daripada di serang malah serangan musuh kerap kali berlaku dari
timur dan utara. Walau bagaimanapun berbeza pula keadaanannya dengan

kawasan di

pedalaman Tanah Arab, keluasan saiz padang pasir di semananjung Tanah Arab telah
menghalang

dan

menyelamatkan

kawasan

pendalaman

tanah

Arab

daripada

pencerobohan dan serangan musuh. Padang pasir seperti gunung telah memisahkan dan
mengasingkan daerah-daerah di Timur Tengah dan Utara Afrika.

2.1 Tanah
Timur Tengah mempunyai komposisi tanah yang pelbagai dan sangat subur seta
sesuai untuk aktiviti pertanian.Tanah lanar meliputi kawasan Lembah Nil Mesir dan
Sudan serta kawasan Tigris-Euphrates yang lebih hilir, Lembah Iraq, dan Iran Barat
Daya, Pantai Laut Kaspia di utara Iran dan di sepanjang pantai Algeria. Sementara itu
terdapat tanah ferra rossa dan tanah kemerahan di Syria, utara Iraq, pantai Levantine,
Sudan, dataran rendah di utara Maghribi serta sebahagian kecil Libya dan Turki. Jenis
tanah ini sangat sesuai untuk tanaman bijirin. Manakala Tanah yang sesuai bagi tanaman
kontang yang tidak memerlukan pengairan dan untuk tanaman secara bergilir-gilir
terdapat di Maghribi, sebahagian kawasan Syria dan di kawasan atas kawasan dataran
tinggi Anatolia yang pada hari ini membentuk sebahagian negara Turki.
Walau bagaimanapun kebanyakan kawasan tanah yang luas di Timur Tengah Dan
Afrika adalah tidak subur dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian. Hal ini disebabkan
kawasan tanah di Timur tengah lebih kepada kawasan gurun panas dan Padang Garam di
Afrika. Walaupun Maghribi, Turki, Lubnan, dan Tunisia tidak mampunyai gurun namun
terdapat kawasan tanah tinggi yang menghalang aktiviti pertanian secara besar-besaran di
jalankan. Walaupun Tunisia dan Maghribi memiliki hampis keseluruhan tanah yang
sangat sesuai bagi tujuan pertanian tetapi keluasan negara tersebut sangat terhad.

2.3 Iklim
Keadaan iklim di Timur Tengah dan Afrika adalah panas sepanjang tahun. Hal ini
telah menyebabkan kawasan Timur Tengah menjadi kering kerana hujan yang turun
terlalu kurang dan tidak mencukupi dalam mengekalkan kelambapan di kawasan ini.
Hujan hanya turun di kawasan tertentu dan mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian
yang kecil dan tidak memerlukan simpanan air khas atau tali air. Pergerakan angin secara
besaran yang berlaku akan membawa hujan ke kawasan Timur Tengah dan Afrika.
Namun, pada musim luruh dan bunga faktor angin ini akan menyebabkan rebut pasir dan
habuk. Angin-angin ini di kenali sebagai Khamsin bagi orang Mesir, shlur di Syria serta
Lubnan, Sharqi di Iraq, Simun di Iran, dan Ghibli di Libya. Sementara itu, keadaan suhu
pada waktu malam dan siang adalah sangat berbeza. Pada waktu siang suhu meningkat
dan naik sehingga mencecah 40 darjah, manakala pada waktu malam pula suhu turun
menjunam ke paras negatif. Keadaan ini tidaklah berlaku di keseluruhan Asia Barat tetapi
meliputi semua kawasan gurun panas. Keadan Iklim yang tidak menentu ini talah
menghalang rantau Asia Barat daripada memiliki kawasan tanah yang sesuai bagi tujuan
pertanian yang luas serta mempunyai daya pengeluaran yang tinggi seperti yang di miliki
oleh orang Barat.
Ketandusan yang berlaku di Asia Barat bukanlah disebabkan oleh faktor cuaca
semata-mata. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh bahagan matahari yang sangat terik.
Seperti yang di ketahui Kawasan asia Barat berada pada kedudukan 30 darjah selari dari
utara. Keadaan ini menyebabkan kadar penyajatan menjadi semakin tinggi sehinggakan
tubuh-tumbuhan mudah kehilangan kelambapan melalu proses penyajatan dan

perpeluhan. Di beberapa kawasan di Asia Barat seperti Mesir, Kuwait, Laut Merah dan
sebahagian besar semananjung tanah Arab mengalami kadar penyajatan yang terlalu
tinggi akibat daripada bahangan matahari yang begitu tinggi dan berlaku selama
sepanjang tahun. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini menjadi kawasan yang sangat
kering kontang dan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Disamping
menyebabkan masalah kekurangan kawasan pertanian keadaan iklim yang sengat panas
ini telah menyukarkan masyarakat yang tinggal di kawasan Asai Barat mencari bekalan
air kerana hujan yang turun adalah sangat sedikit. Oleh yang demikian kerajaan di Asia
Barat telah menjalankan penyulingan air laut bagi kegunaan seharian supaya dapat
menampung dan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

Bab 3
Perang Salib
Perang Salib merupakan perang yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian
di benua Eropah pada zaman pertengahan. Perang Salib atau dalam bahasa inggeris di
sebut sebagai The Crusades dan bahasa Arab di istilahkan sebagai Al-Hurub Al-Solibiyah
buat pertama kalinya berlaku pada tahun 1095 M. Istilah salib ini digunakan kerana
tentera-tentera kristian yang terlibat dalam perang salib mengunakan tanda atau lambing
salib di baju mereka. Perang salib telah dimulakan oleh orang yang beragama Kristian
dan tujuan utama perang ini adalah merampas kembali tanah suci orang kristian iaitu
Baitul Muqaddis tempat lahir Nabi Isa a.s. Jelaslah bahawa perang salib berlaku
disebabkan oleh faktor keagamaan. Pada tanggal 25 November 1095 M, di Konsili
Clermont, Paus Urban II telah menyeru agar dilancarkan perang salib Pertama 4. Beliau
telah berkotbah dan menyeru orang Kristian memerangi orang Islam dan menegakkan
agama kristian. Selain itu, Beliau juga menyeru orang kristian supaya berhenti bergaduh
sesama sendiri dan bersatu menentang kerajaan Islam.
Beberapa faktor yang membawa kepada perang salib selain faktor agama ialah
faktor sejarah. Agama Islam merupakan pesaing yang hebat kepada kristian di Eropah
dan Asia Barat.Selain itu, kedudukan Constentinople sebagai sebuah negara kristian akan
terancam dengan perluasan kuasa kristian di Timur Tengah. Seterusnya, keadaan ekonomi
yang teruk di Eropah pada ketika itu menyebabkan tuan-tuan tanah berharap dapat
mencari kawasan tanah baru untuk memantapkan kembali ekonomi. Hal ini
menyebabkan mereka bersatu dan menyokong peperangan menentang islam supaya dapat
4

KAREN ARMSTRONG 2001, perang suci dari perang salib hingga perang Teluk (Terjamahan
Hikmat Darmawan) Indonesia.

kawasan baru yang lebih luas dan subur. Selain itu, keadan politik juga menjadi
pendorong berlakunya perang salib. Hal ini dapat di lihat apabila pemerintahan kerajaan
Saljuk yang mengetatkan peraturan bagi orang kristian yang mahu mengerjakan ibadat di
tanah suci mereka. Hal ini mendatangkan kemarahan orang kristian dan mereka pun
bersatu bangkit memerangi orang islam seterusnya merampas kembali tanah suci mereka.
Walaupun terdapat banyak siri perang salib namun semuanya menemui kegagalan di
pihak kristian. Walau bagaimanapun pihak kristian telah berjaya menawan Baitul
Muqaddis pada 1099 M namun berjaya dirampas kembali Sultan Salahuddin Al-Ayubi
pada tahun 1192 M.
Perang salib telah membawa kesan yang sangat besar sama ada kepada Islam
mahupun Kristian. Perang Salib telah menjadi punca utama perpecahan Islam di Asia
Barat yang berlarutan sehingga ke hari ini. Perpecahan ini telah menyebabkan orang
Islam membina dan membentuk

Imarah-imarah mereka mengikut kepercayaan dan

fahaman mereka. Walau pun mereka seagama namun mereka sering berperang dan
berbalah sesama sendiri. Hal ini telah menguatkan semangat orang Kristian yang mahu
memusnahkan ketamadunan islam yang dikatakan agung dan kuat. Mereka dengan
mudah menceroboh dan merampas kawasan dan tahah orang islam sambil mengetawakan
kelemahan ornag islam yang berperang sesama sendiri. Mereka juga sengaja melagalagakan kerajaan di Asia Barat demi mencapai maksud mereka.
Sementara itu, Walau pun pihak kristian telah mengalami kekalahan dalam perang
salib. Namun, mereka telah berjaya melemahkan kerajaan Islam yang terdapat di Asia
Barat. Mereka telah berjaya menyatukan kristian yang telah lama berpecah disebabkan
perbezaan mazhab. Mereka telah berjaya menguatkan dan mengerahkan hubungan

10

seagama sehinggakan mereka menjadi semakin kuat dan berkuasa sehingga kehari ini.
Mereka juga telah mencedok segala ilmu pengatahuan orang islam yang sangat-sangat
agung dan merialisasikannya mengikut cara dan kebijaksanaan mereka. Dengan adanya
ilmu yang telah dicedok dan ditiru oleh orang Barat telah menyebabkan mereka berjaya
membina tamadun yang besar dan kuat, lebih kuat dari tamadun orang Islam. Sebagai
contohnya, Amereka Syarikat telah membangun menjadi sebuah negara yang mampu
mengawal dunia dengan mengelarkan dirinya sebagai polis duniadan sering mengelar
orang islam sebagai terroris. Keadaan ini seperti menampakkan yang perang Salib yang
telah berlaku ratusan tahun ini masih berlarutan tanpa disedari oleh umat islam
keseluruhannya.

11

Bab 4
Sosioekonomi Asia Barat.
Ekonomi Asia Barat pada awal pemerintahan kerajaan Islam bergantung kepada
gabungan kekayaan pemilik tanah pertanian, Harta rampasan perang, dan aktiviti
perdagangan yang dijalankan di kota-kota atau di kerajaan sekitar. Pada zaman
pemerintahan Empayar uthmaniyah sistem kutipan cukai talah dikukuhkan bagi
meningkatkan ekonomi negara.
Sementara itu, Asia Barat merupakan kawasan yang sangat kaya dengan sumber
galian seperti emas dan minyak. Iraq satu ketika dahulu telah menjadi pengeluar minyak
yang tebesar dunia selepas Arab Saudi. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa barat berebut
untuk mendapatkan hak carigali dan perlombongan sehinggakan mereka sanggup
campurtangan dalam soal politik, dan ekonomi Asia Barat. Apa yang lebih menyedihkan
apabila mereka sanggup menggunakan tektik-tektik kotor seperti The Great Game,
mereka sanggup menggunakan ketenteraan dan meragut banyak nyawa manusia hanya
kerana ingin menguasai ekonomi Asia Barat. Contohnya, Sekatan ekonomi yang di
lakukan oleh Amereka syarikat selepas berakirnya perang Teluk telah mengurangkan
secara drastik jumlah eksport minyak Iraq. Selain itu, Semasa perang Iran dengan Iraq
Amereka syarikat telah bersikap neutral ini seperti sengaja melaga-lagakan kedua-dua
belah pihak supaya terus berperang dan musnah sesama sendiri.
Keadaan sosial masyarakat di Asia Barat yang sentiasa tegang menyebabkan
ketidak amanan berlaku. Masyarakat di Asia Barat terbahagi kepada dua kaum utama
iaitu Badwi dan Hadari. Kaum Badwi tidak tinggal secara tetap tetapi berpindah randah.
Golongan inilah yang mempunyai semangat Assybiah yang tinggi berbanding masyarakat

12

hadari yang tinggal di bandar-bandar dan secara tetap. Masyarakat di Asia Barat hidup
secara berpuak-puak menyebabkan kerjasama tidak terjalin dan sering berlaku perang
saudara walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Semangat Assybiah yang tinggi
dalam kalangan masyarakat arab ini telah menyebabkan mereka hidup secara berpuakpuak dan berpegang teguh dengan pegangan mereka. Mereka sanggup bermati-matian
untuk mempertahankan puak dan kawasan mereka dari di ceroboh. Hal ini menyababkan
tiada kestabilan politik di Asai Barat dengan ini kuasa-kuasa barat yang sanggat rakus
ingin menguasai ekonomi Asia Barat dengan mudah masuk dan campurtangan dalam halehwal dalaman negara. Contohnya negara Palastin dengan mudah di ambil oleh orang
Israel melalui mandat british di kawasan Israel pada tahun 1948.

13

Bab 5
Kerelevenan keadaan semasa di rantau Asia Barat
Apakah yang terjadi di rantau ini hari ini adalah takdir semata-mata atau ada
jawapan yang lebih munasabah kepada persoalan ini. Secara amnya dalam bahagian ini
kita akan Cuba menghuraikan, menerangkan dan memperincikan apakah yang terjadi di
rantua Asia barat hari ini adalah rentetan, gambaran dan rantaian daripada peristiwa
lampau dipengaruhi oleh sejarah geografi Asia barat sendiri atau sebaliknya.

5.1 Konflik Israel- Palestine (Arab)


Pertama, kita melihat kepada keadaan semasa rantau Asia barat yang telah hujud
hasil daripada konflik antara Israel dengan Palestine (Arab). Israel telah mendapat
kemerdekaan pada 14 Mei 1948 melalui mandat British di Palestine.

Namun pada

keesokan harinya Israel telah di serang oleh tentera Lubnan, Syaria, Jordan, Mesir dan
Iraq. Walau bagaimanapun serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh Israel dengan
kejayaan ini Israel telah berjaya menakluki 70 peratus bumi Palestin. Di sini bermulalah
konflik antara Israel-Palestine (Arab) yang telah berlalutan hingga ke hari ini seolah-olah
tiada langkah dan jalan penyelesai yang muktamat antara kedua-dua belah pihak.
Konflik Israel-Palestin merupakan konflik yang besar diantara dua bangsa iaitu
seluruh bangsa Israel atau Yahudi yang berfahaman Israel dengan seluruh bangsa Palestin
atau Arab. Bangsa Israel ingin merampas seluruh tanah Palestin dan akan berhasrat untuk
membina Negara sendiri dengan campurtangan yang minima. Dalam konflik ini Israel
telah mendapat simpati daripada kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat dan British.
Hal ini terbukti semasa perang tahun 1967 Israel telah menimbulkan persaan simpati
14

masyarakat terutamanya Amerika. Dalam masa satu minggu sekitar $500 juta derma
berjaya dikumpul di Amerika Syarikat sahaja5. Tetapi sebaliknya terjadi kepada
masyarakat Palestine peperangan ini adalah mimpi buruk kerana menghadapi perbezaan
pendapat tentang visi bangsa Palestine sendiri terutamanya diantara puak AL-Fatah dan
Hamas6. Dalam menerangkan perbezaan pendapat ini kita dapat kaitkan keadaan ini
dengan bentuk muka bumi Asia barat yang terdiri daripada Padang gurun. Keadaan ini
menimbulkan semangat Assyabiah iaitu semangat kesukuan di antara orang Arab.
Apabila menghadapi ancaman dari luar masyarakat Arab telah berpecah-belah kerana
masih mengamalkan semangat Assyabiah dalam kehidupan mereka. Sebaliknya Israel
telah menampakan kesatuan yang kuat antara agama kristean dan Yahudi dalam
menentang umat Islam di kawasan Asia Barat seolah-olah semangat perang salib yang
kita bincangkan tadi ada kesinambungan dengan keadaan konflik Israel-Palestine (Arab).
Konflik diantara Israel-Palestine ini juga di kelaskan sebagai perang antara agama
iaitu diantara agama Yahudi kadang kala termasuk Kristean dengan agama Islam. Ini
dapat di bukti dengan dakwaan Israel atau Yahudi keatas Jerusalem yang dikatakan
sebagai tanah suci bagi orang Yahudi dan Kristein. Seolah- olah konflik diantara IsraelPalestine pada hari ini ada kesinambungan dengan perang salib sewaktu zaman pererintah
Empayar Ottmaniah lagi.

LOIS A. AROIAN & RICHARD P.MITCHELL (terjamahan Mohd. Redzuan


Othman),1991,Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dna
Pustaka.

Berita Harian 5 Februari 2007; BandarRaya Gaza pejuang Hamas dan Fatah terus bertempur di
kawasan kejiranan berdepan laut di Bandaraya Gaza ..

15

5.2 Perang Iran Iraq


Perang Iran dan Iraq telah berlangsung selama lapan tahun. Iran dan Iraq sejak
dulu lagi sememangnya dingin. Iraq dahulunya merupakan sebahagian daripada empayar
Othmaniah di Turki dan selalu menyerang empayar Parsi.Iraq di bawah perintahan
Saddam Hussein yang pada mulanya memerintah dengan matlamat mahu memodenkan
Iraq sehinggakan beliau mendapat sokongan barat dan nagara-negara arab.Walau
bagaimanapun beliau telah bertindak memerintah dengan kejam. Pada 22 september 1980
tentera Iraq di bawa pimpinan Saddam Hussein telam menceroboh Iran. Ketegangan
antara kedua pihak telah lama dirasai bagi menguasai Jalan Air Shatt Al-Arab yang
memisahkan kedua buah pihak. Satu lagi matlamat Saddam menceroboh Iran adalah
untuk menuntut kembali Wilayah Khuzestan di Iran7.
Setelah dua tahun peperangan meletus pada bulan Jun 1982 kekuatan tentera Iran
melebihi kekuatan tentera Iraq. Hal ini menyebabkan Saddam mengundurkan tenteranya .
Walau bagaimanapun perang ini belum tamat setelah Iraq melakukan serangan keatas
kapal-kapal yang melalui kawasan teluk Parsi seterusnya membabitkan negara-negara
lain kekancah peperangan. Iran telah membalas dendam dengan menyerang kapal-kapal
Iraq yang mengangkut senjata Iraq. Perang Iran dengan Iraq telah menyebabkan banyak
negara-negara seperti Perancis yang bertanggungjawab menjual senjata kepada Iraq.
Kuwait dan negara arab teluk pula memberi bantuan kewangan kepada Saddam. Amerika
Syarikat (AS) pula bersikap neutral iaitu menyokong kedua belah pihak. Iraq diberi
bantuan ketenteraan dan perisikan, manakala senjata api dijual secara haram kepada Iran 8.
7

MARIA OSHEA ,Negara Serata Dunia IRAN (terjamahan Nik Naemah Nik Mahir ,Singapore:
Time Book International ,2002.
MARIA OSHEA ,Negara Serata Dunia IRAQ (terjamahan Nik Naemah Nik Mahir ,Singapore:
Time Book International ,2002.

16

Apakah motif Amereka Syarikat berbuat demikian?. Perang iran dengan Iraq ini dengan
kuasa Amereka Syarikat telah terhenti dengan gencatan senjata. Namun mengapakah
Amereka Syarikat sengaja melengah-lengahkan sehingga menyebabkan perang ini
berlarutan selama bertahun-tahun dengan korban nyawa dan jiwa raga yang ramai
sedangkan Amerika Syarikat boleh bertindak lebih awal bagi mengelakkan dan
menghentikan perang daripada terus berlaku. Amereka Syarikat dan negara Eropah lain
seperti sengaja membiarkan perang ini berlaku supaya orang islam berperang sesama
sendiri dan menjadi lemah. Mereka takut Empayar islam akan bersatu kerana sekiranya
penyatuan berlaku Empayar islam mampu menyayingi Eropah dalam semua sudut seperti
ekonomi dan ketenteraan. Persengkitaan ini tidak pernah tamat sehingga sekarang
sepertinya negara barat benar-benar mahu memusnahkan empayar Islam keseluruhannya..

5.3 Perang Teluk Parsi


Pada 2 ogos 1990, tentera Iraq telah menceroboh Kuwait dan Saddam Hussein
mengistytiharkan Kuwait sebagai wilayah Iraq yang kesembilan belas. Untuk
mempertahankan pencerobohan ini, Saddam mendakwa yang Kuwait pernah dimiliki
oleh Basra di bawah wilayah Ottoman sehingga kejatuhan Empayar Ottoman, sempadan
yang ada sekarang tidak dibuat sehinggalah selepas Perang Dunia Pertama. Tambahan
juga, Baghdad telah memerdekakan Kuwait pada tahun 1963. Saddam juga mendakwa
tanpa bukti yang Kuwait telah menyedut minyak Iraq secara haram.
Majlis keselamatan PBB telah meluluhkan 12 resolusi yang mengecam tindakan
Iraq dan telah mengundurkan diri secara aman dari Kuwait pada 15 Januari 1991.
Berikutan dengan keengganan Iraq, Perang Teluk Parsi pun bermula pada 16 Januari

17

1991. Perikantan ketenteraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk menghalau Iraq
keluar dari Kuwait terdiri daripada tentera beberapa negara. Amerika Syarikat
menyumbang jumlah tentera yang paling ramai iaitu 500,000 askar, 1,800 pesawat perang
dan 100 kapal perang. Tentera Amerika Syarikat mendarat di Arab Saudi dan memulakan
Operasi Desert Shield untuk melindungi Arab Saudi dan jirannya daripada serangan Iraq.
Pada bulan November 1990, apabila tentera perikatan mula menghalau tentera Iraq dari
Kuwait, nama Operasi ini diubahkan kepada Operasi Desert Storm.
Untuk mengurangkan korban, komander tentera Amerika, Jeneral Norman
Schwarzkopf telah mengarahkan banyak serangan dari udara, dengan melepaskan peluru
berpandu ke atas tumpuan ketenteraan iraq. Bagaimanapun, Schwarzkopf sedar yang
beliau akan terpaksa menghadapi perang yang lebih sukar di darat. Perang di darat yang
bermula pada 23 Februari berlangsung hanya selama 100 jam. Schwarzkopf
mengerahkan bala tentera ke behagian barat daya Iraq. Dari situ, anggota tentera dikerah
masuk untuk mengepungi tentera Iraq di Kuwait dan di selatan selatan Iraq. Tentera Iraq
yang sudah dilemahkan melalui serangan udara selama lima minggu, dengan mudah
ditewaskan. Pada tengah malam 28 Februari, presiden Amerika Syarikat, George H. W.
Bush mengisytihrkan tamat perang darat.
Walaupun tempoh Perang Teluk Parsi tidaklah lama, kesan-kesannya kepada
Iraq masih terasa hingga ke hari ini. Selepas perang, ekonomi Iraq runtuh disebabkan
sekatan ekonomi PBB yang dikenakan ke atasnya yang menyekat perdagangan Iraq
dengan negara-negara lain.

Bab 6

18

Penilaian
Kembali kepada sejarah geografi asia barat, ia merupakan kawasan yang sangat stategik
yang terletak ditengah-tengah perjalanan timur-barat atau jambatan yang menghubungkan
benua eropah dengan benua afrika dan benua asia. Di kawasan ratau asia barat
terletaknya Terusan Seuz, Laut Merah dan Laut Mediterranean di Asia Barat yang
merupakan laluan utama perdagangan dunia. Kawasan Asia Barat juga merupakan pusat
perkembangan Tamadun Dunia dan Agama Semawi yang memiliki tempat suci masingmasing. Dan tidak dapat di nafikan bahawa kawasan Asia Barat adalah merupakan
kawasan terkaya dengan sumber galian dan kawasan yang subur bagi kegiatan pertanian.
Secara rasionalnya sudah pasti keistimewaan yang terdapat di kawasan asia barat
ini akan menjadi daya tarikan utama untuk kuasa-kuasa besar di dunia dan negara
serantau. Ini jelas apabila Amerika Syarikat telah menyerang Iraq yang kononnya
memikili senjata berbahaya dan selepas tidak dijumpai mereka mendakwa serangan
keatas Iraq adalah untuk menghujudkan demokrasi. Namun apa yang sudah pasti ialah
Amerika Syarikat telah mendapat hakcari cali di Iraq selama 30 tahun. Seterusnya
bagaimana kuasa besar dunia telah menggunakan Israel untuk memberikan ancaman
kepada negara sekitarnya terutamanya Palestian, ini dapat kita buktikan dengan bantuan
yang disalurkan dalam bentuk senjata dan kewangan oleh kuasa besar dunia terutamanya
Amerika Syarikan.
Keadaan semasa politik, ekonomi dan sosial di rantau asia barat telah memberi
kesempatan kepada kuasa-kuasa besar dunia untuk cuba campurtangan dengan alasan dan
tujuan keamanan. Ini jelas apabila Amerika Syarikat telah terlibat dalam Perang Teluk
yang kononnya untuk memberikan keselamatan kepada negara serantau. Daripada aspek

19

sosial bagaimana perasaan dendam dan benci orang barat terhadap orang Islam yang di
sebabkan kesan Perang Salib yang menampakan tidak berkesudahan hingga ke hari ini.
Kuasa-kuasa besar telah memonopoli ekonomi dan segala kekayaan rantau asia barat
telah di manipulasikan oleh barat untuk tujuan dan kepentingan ekonomi mereka sematamata ini dapat kita lihat bagaimana kuasa besar dunia melalui PBB telah mengadakan
sekatan ekonomi terhadap mana-mana negara di rantau asia barat yang cuba menentang
mereka. Apabila pihak atau orang Islam bertindak balas terhadap tekan dan belenggu
kuasa besar mereka akan dikelaskan oleh kuasa-kuasa besar dunia sebagai pengganas dan
mengancam kesejahtera dunia. Perang atas dasar agama di rantau asia barat juga seolaholah berlarutan hingga ke hari ini yang menyebabkan pelbagai andaian para sarjana
bahawa apa yang terjadi di rantau asia barat adalah perang salib di zaman moden.
Dapat kita simpulkan bahawa apa yang terjadi di rantau asia barat hari ini
bukanlah takdir semata-mata tetapi memiliki kerelevanan dengan latar belakang sejarah
geografi.

Bab 7

20

Kesimpulan
Jelaslah bahawa apa yang terjadi di rantua asia barat pada hari ini adalah gambaran,
rantaian dan kesinambungan daripada sejarah lampau kawasan asia barat yang di
pengarohi kuat oleh faktor geografi. Dan tidak dapat nak dinafikan lagi bahawa sejarah
geografi asia barat memiliki kerelevanan dengan keadaan semasa di rantau tersebut.

21

You might also like