Laporan Permainan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

DAM AJI

LAPORAN PERMAINAN DAM AJI

1.0

LAPORAN SEBELUM
Pada 11 Januari 2015 yang lalu, AJK Induk untuk Karnival Permainan Tradisional

telah dilantik. Permainan tradisional pula telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
permainan laman dan permainan anjung. Undian telah dilakukan bagi menentukan ahli
jawatankuasa untuk setiap permainan. Untuk acara laman, sebanyak empat permainan
telah dipilih iaitu permainan Tarik Upih, Konda Kondi, Galah Panjang, dan Tuju Tin. Untuk
permainan anjung pula terdapat hanya tiga permainan yang dipilih iaitu permainan Dam Aji,
Ceper, dan Laga Ayam. Setelah dicabut undi, kami berempat telah terpilih untuk permainan
Dam Aji.
Ahli jawatankuasa permainan dam aji terdiri daripada empat orang iaitu Amira
Nazneen (ketua), Anis Suraya, Shaareny, dan Norhaidah. Kami telah membahagikan kerja
masing-masing yang perlu dilaksanakan agar aktiviti permainan dam aji yang dimainkan
ketika hari kejadian berjalan dengan lancar. Pada mulanya kami telah mencari tentang latar
belakang dam aji, bilangan peserta, cara bermain dam aji, syarat permainan dam aji, tempat
bermain dan sistem pemarkahan yang akan digunakan. Kami juga turut mencari kaedah lain
dalam permainan dam aji. Kebiasaannya orang hanya menggunakan penutup botol tetapi
kami ingin membuat sedikit inovasi dalam permainan ini. Maka, kami berempat telah
bersepakat untuk menggunakan batu yang telah diwarnakan dengan pelbagai jenis warna
menggantikan penutup botol yang kebiasaannya digunakan.
Kami telah pergi membeli segala peralatan yang berkaitan dengan permainan dam
aji. Antara peralatan yang telah kami beli adalah polisterine, pewarna air, dan kertas manila
kad.

Kami juga telah mencari batu yang agak sama saiz di kawasan yang berbatu di

belakang Dewan Besar. Untuk papan dam aji, kami telah menggunakan polisterine yang
ditampal manila kad di atasnya. Seterusnya, manila kad tersebut telah di buat petak-petak
kecil sama saiz dan diwarnakan berselang seli dengan warna-warna yang kontra. Hal ini
supaya kotak-kotak tersebut dapat dibezakan oleh para peserta permainan.
Seterusnya, kami telah mewarnakan batu kecil yang diambil di belakang Dewan
Besar. Kami telah membuat lima buah papan dam bagi melancarkan masa permainan ketika
karnival dijalankan. Di samping itu, kami juga telah menguji cara bermain permainan dam aji
untuk mengetahui sama ada sesuai mahupun tidak permainan dam aji yang menggunakan
batu yang telah diwarnakan. Selain itu, kami juga telah membuat pertandingan dam aji
1

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
dalam kelas dan meminta mereka memberikan cadangan penambahbaikan sekiranya
terdapat kekurangan dalam permainan kami.
Hazman Azhar telah memberikan cadangan supaya kami menerapkan masa tertentu
untuk permainan dam aji. Hal ini kerana terdapat peserta yang tidak mencapai Haji
walaupun sudah bermain selama 15 minit. Maka, kami berempat bersepakat untuk
meletakkan

masa

selama

10

minit

untuk

satu

permainan.

Kami

juga

turut

memperbanyakkan batu yang berwarna sebagai langkah simpanan. Kami juga turut
meminta pandangan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Yusainy berkaitan
dengan pembaharuan yang dilakukan oleh kami dalam permainan ini. Beliau sejujurnya
memberikan pendapat bahawa sekiranya bermain menggunakan penutup botol lebih mudah
dan jimat. Namun, kami menjelaskan semula kepada beliau bahawa kami telah melakukan
percubaan permainan dalam kelas dan kesemua rakan kelas menyatakan persetujuan
bahawa permainan yang menggunakan batu ini boleh diguna pakai. Dalam masa yang
sama, kami juga turut memikirkan cara untuk menghias pameran kami supaya nampak
menarik dan selesa untuk bermain.
Sehari sebelum hari karnival permainan tradisional, kami berempat telah menghias
tempat pameran dengan penuh cantik. Anis Suraya telah memberikan pandangan beliau
berkaitan dengan hiasan yang harus diletakkan dalam pameran kami. Tema tradisional telah
menghiasi tempat pertandingan kami supaya peserta berasa seperti berada pada zaman
lama. Kami juga turut menambahbaik syarat-syarat permainan dan cara bermain supaya
peserta berasa seronok dan tidak bosan ketika bermain. Sebelum memulakan pertandingan,
kami sekali lagi bermain menggunakan peraturan yang telah diperbaiki supaya ketika
keesokan hari pertandingan, kami selaku juri tidak akan keliru dengan syarat dan cara
bermain.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
2.0

LAPORAN SEMASA
Sepatutnya masa permainan Dam Aji adalah bermula pada pukul 11.00 pagi. Namun

disebabkan permainan Konda Kondi telah mengambil masa yang banyak, maka permainan
Dam Aji terpaksa dimulakan pada pukul 11.30 pagi. Kami selaku pihak penganjur Dam Aji
telah meminta maaf kepada pensyarah yang menilai dan telah menerangkan kepada
mereka sebab kelewatan permulaan permainan Dam Aji. Alhamdulillah pensyarah
memahami masalah tentang masa yang dihadapi kami semua. Maka, pertandingan hanya
boleh dimulakan setelah semua peserta mendaftar ke tempat permainan Dam Aji.
Apabila semua peserta sudah hadir, maka ketua permainan Dam Aji iaitu Amira
Nazneen telah memberikan penerangan tentang cara bermain dan syarat permainan
kepada semua peserta. Nazneen juga telah menunjukkan cara bermain kerana terdapat
segelintir peserta yang agak keliru dengan syarat yang telah diterangkan sekiranya tidak
ditunjukkan cara bermain sekali. Peserta juga telah menunjukkan minat yang mendalam
apabila bertanyakan banyak soalan kepada Nazneen. Hal ini supaya mereka tidak
melakukan kesilapan yang mana akan membawa kepada kekalahan dalam pertandingan
nanti.
Permainan dimulakan apabila semua peserta sudah memahami syarat pertandingan.
Seramai lima orang pengadil tambahan telah diambil untuk mengadili permainan Dam Aji ini.
Untuk setiap permainan, hanya seorang sahaja pengadil yang akan mengadili setiap
pertandingan. Seorang penjaga masa akan memegang jam randik dan mengatakan
permainan Mula dan Tamat. Salah seorang pengadil akan menulis di papan Carta
Pertandingan supaya peserta yang berjaya bersedia untuk bermain di pusingan yang
seterusnya. Sistem pemarkahan telah menggunakan sistem kalah mati, iaitu sekali bermain
jika kalah, terus mati. Manakala untuk peserta mengundi siapa yang akan memulakan dulu,
kami telah menggunakan sistem Wan to som dan Tekaan Barang.

Untuk pusingan pertama iaitu selama

10 minit sahaja, PPISMP SEM 2 TESL

melawan PPISMP SEM 2 PEMULIHAN; PPISMP SEM 3 BIMBINGAN melawan PPISMP


SEM 2 PEND KHAS; PPISMP SEM 2 MATEMATIK melawan PPISMP SEM 2 BAHASA
ARAB; dan PPISMP SEM 3 SAINS melawan PPISMP SEM 3 SEJARAH. Hasilnya, kelas
PPISMP SEM 2 PEMULIHAN menang. Maka, kelas PPISMP SEM 2 PEMULIHAN akan
berlawan dengan kelas PPISMP SEM 2 SEJARAH. Kelas yang berjaya ke pusingan kedua
adalah kelas PENDIDIKAN KHAS SEM 2, BAHASA ARAB SEM 2, dan SAINS SEM 2.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Untuk pusingan kedua pula, PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan BAHASA ARAB
SEM 2 serta SAINS SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2. Untuk pusingan ketiga, kelas
PENDIDIKAN KHAS SEM 2 melawan SEJARAH SEM 2 untuk menentukan tempat ketiga.
Untuk pusingan terakhir, BAHASA ARAB SEM 2 melawan PEMULIHAN SEM 2.
Keputusannya, tempat ketiga dimenangi oleh PENDIDIKAN KHAS SEM 2. Naib Johan pula
dimenangi oleh PEMULIHAN SEM 2 manakala Johan Pertandingan Dam Aji dimenangi
dengan jayanya oleh kelas PPISMP SEM 2 BAHASA ARAB. Untuk pusingan terakhir masa
permainan telah ditambahkan sedikit iaitu sebanyak 20 minit. Hadiah tidak diberi mengikut
pemenang bagi setiap pertandingan tetapi setiap peserta mendapat mata yang berbeza
mengikut kedudukan tempat yang mereka peroleh. Johan mendapat 10 mata, naib johan
mendapat 8 mata, tempat ketiga mendapat 6, tempat keempat dan ke atas mendapat 5
markah.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas selesai semua pertandingan
diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan iaitu Tuan Haji Salim Bin Awang Ngah dan juga pensyarah Pendidikan Jasmani
kelas PISMP SEM 5 SEJARAH iaitu Encik Yusainy Bin Azizan.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
3.0

LAPORAN SELEPAS
Permainan Dam Aji tamat pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai sahaja majlis

penyerahan hadiah kepada para pemenang. Setelah selesai majlis penyerahan hadiah
kepada setiap pemenang, kami semua telah berkumpul semula di hadapan pentas Dewan
Sri Banai bersama-sama dengan Encik Yusainy bagi sesi refleksi. Dalam sesi ini kami telah
membuat refleksi berkaitan dengan segala kelebihan dan kekurangan yang dialami dan
memberi cadangan untuk penambahbaikan. Antara kekurangan yang dialami ialah pertama
ialah dari aspek masa. Penggunaan masa bagi setiap permainan yang tidak begitu
konsisten. Contohnya, permainan dam aji bermula sedikit lewat daripada masa yang telah
ditetapkan dan menyebabkan permainan sedikit lewat untuk habis. Selain itu terdapat juga
segelintir peserta yang datang untuk mendaftar sedikit lambat menyebabkan permainan
tidak dapat dijalankan dengan masa yang sepatutnya dijalankan.
Dalam sesi refleksi ini, kesemua ketua dari setiap permainan tradisional telah
memberikan refleksi serta pandangan masing-masing terhadap permainan yang kumpulan
mereka anjurkan. Untuk kumpulan permainan Dam Aji, ketua kumpulan iaitu Amira Nazneen
telah memberitahu bahawa beliau sangat berpuas hati dengan penyertaan yang ditunjukkan
oleh semua peserta Dam Aji. Hal ini kerana peserta telah memberikan kerjasama yang
sangat bagus. Walaupun terdapat segelintir peserta yang hadir lewat ke tempat
pertandingan, namun mereka telah meminta maaf kerana permainan Konda Kondi telah
mengambil masa selama dua jam untuk bermain.
Selesai sesi memberikan pandangan, kesemua pihak penganjur telah menyusun dan
mengemas semula tempat permainan. Segala peralatan yang digunakan telah disusun dan
dikembalikan ke tempat yang asal. Pembersihan kawasan tapak permainan yang dilakukan
di Dewan Sri Banai sehingga jam 3.00 petang. Manakala sesi mengemas khemah yang
terdapat di Padang IPDA telah dilakukan oleh semua pihak penganjur yang terlibat sehingga
jam 6.30 petang. Kesemua peralatan yang digunakan disimpan dan peralatan yang dipinjam
dikembalikan semula ke tempat yang asal.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
4.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selepas pelaksanaan permainan dam aji ini, kami telah mendapati kelebihan dan

kekuatannya yang tersendiri. Kelebihan dan kekuatan yang kami dapati ini boleh diperbaiki
lagi pada masa depan. Antara cadangan penambahbaikan yang ingin kami laksanakan ialah
masa. Hal ini dapat dilaksanakan melalui apabila kami dikeluarkan arahan untuk mula
menghias tempat tersebut dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan,
kami sepatutnya telah menyediakan bahan yang diperlukan untuk menghias kawasan kami.
Kami juga seharusnya bersedia dengan hiasan beberapa hari sebelum bermula menghias.
Kami sepatutnya mula merancang hiasan kami lebih awal. Kami juga seharusnya memberi
kepentingan yang sama seperti memberi perhatian kepada persediaan bahan permainan
dam aji.
Lebih-lebih lagi, perkara yang ingin kami menambah baik dalam pelaksanaan
permainan dam aji semasa Karnival Permainan Tradisional ini ialah menambah sesuatu
unsur tarikan kepada kawasan atau permainan kami yang boleh menarik perhatian para
penonton. Kami seharusnya menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian penonton
supaya penonton boleh menonton perlawanan kami lebih lama walaupun terdapat tarikan
daripada permainan lain. Kami seharusnya menyediakan aktiviti khas atau bahan
menyokong peserta yang boleh mendorong mereka untuk berada di kawasan kami bagi
memberi sokongan sepanjang masa perlawanan tersebut dijalankan. Kami juga seharusnya
menyediakan satu ruangan khas bagi pihak penonton supaya mereka boleh menonton
permainan yang dijalankan dengan selesa. Kami juga sepatutnya menambah unsur menarik
dan kreatif dalam permainan kami supaya dapat menarik perhatian penonton

secara

langsung. Hal ini demikian kerana akan adanya sifat ingin tahu akan perkara yang menarik
dalam permainan yang kami anjurkan.
Cadangan penambahbaikan yang lain ialah kami sepatutnya membuat cubaan main
dengan orang lain selain ahli anjuran Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian
supaya kami boleh dapatkan purata masa yang tepat yang boleh ditetapkan bagi permainan
ini. Hal ini adalah demikian supaya kami tidak menghadapi masalah penetapan masa bagi
perlawanan.

Walaupun

kami

menghadapi

masalah

tersebut,

kami

masih

dapat

mengatasinya tanpa disedari oleh sesiapa. Oleh itu, kami berpendapat yang kami
seharusnya membuat percubaan permainan ini dengan pelajar-pelajar lain. Aspek ini
memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada kami supaya kami tidak mengulangi
kesilapan ini pada masa depan. Kami akan mencuba permainan yang kami anjurkan ini
banyak kali dengan orang lain sebelum kami menganjurkan permainan ini.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Cadangan penambahbaikan lain yang ingin kami nyatakan ialah kami seharusnya
mengetahui cara untuk mengurus peserta dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila kami
menghadapi peserta bagi perlawanan kami yang sampai lewat ke kawasan permainan dam
aji. Terdapat peserta yang tiba lewat sedikit dari masa yang ditetapkan. Ada juga peserta
yang menunggu pengumuman panggilan diberikan. Hal ini seharusnya dielakkan pada
masa depan. Hal ini sebenarnya boleh dielakkan dengan kami menyediakan satu ruang
pendaftaran tersendiri bagi permainan kami. Hal ini akan memudahkan kami untuk
mengetahui peserta dari kelas mana yang tidak sampai lagi serta memudahkan peserta
untuk melihat kawasan permainan mereka.
Selain itu, cadangan penambahbaikan lain ialah berkaitan dengan masa. Masa ini
selalunya menjadi masalah yang serius. Namun demikian, kami tidak menghadapi masalah
masa yang serius. Masa tidak menjadi masalah semasa perjalanan permainan kami. Kami
menghadapi masalah apabila peserta kami punca kepada masa tersebut. Hal ini demikian
kerana peserta kami yang mengambil masa yang lama untuk bergerak dari kawasan anjung
ke kawasan laman. Oleh itu, kami berpendapat yang sepatutnya satu masa sepatutnya
diperuntukkan kepada peserta-peserta kami untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan
yang lain. Hal ini akan memudahkan supaya tidak ada peserta yang menunggu sehingga
peserta lain tiba. Malah ia akan menampakkan pengurusan permainan lebih terancang.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
5.0

REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU
AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN
931104-08-5578
Pada 4 Mac 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Rabu, PISMP SEM 5
PENDIDIKAN SEJARAH dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jasmani telah
menganjurkan Karnival Permainan Tradisional. Penganjuran karnival ini merupakan
sebahagian daripada kerja kursus yang perlu kami laksanakan di semester ini bagi subjek
Pendidikan Jasmani. Karnival permainan ini telah disertai oleh sembilan buah kelas yang
terdiri daripada pelajar PPISMP SEM 2 dan pelajar PISMP Sem 3. Terdapat tujuh jenis
permainan yang telah dimainkan iaitu tuju tin, galah panjang, konda, kondi, tarik upih, dam
aji, ceper, dan laga ayam. Kami sekumpulan berempat bernasib baik mendapat permainan
tradisional Dam Aji. Ahli kumpulan saya yang bersama-sama menguruskan permainan Dan
Aji terdiri daripada empat orang iaitu saya sendiri sebagai ketua iaitu Amira Nazneen,
Shaareny, Anis Suraya, dan Norhaidah.

KELEBIHAN
Antara kelebihan yang saya peroleh daripada anjuran permainan Dam Aji yang telah
dianjurkan oleh kumpulan saya adalah saya dapat menambahkan pengetahuan saya
mengenai permainan tradisional Dam Aji dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya
pernah mendengar nama permainan Dam Aji sahaja. Apabila kumpulan saya mendapat
undian permainan ini, saya berasa agak risau kerana saya kurang arif mengenai permainan
ini. Walau bagaimanapun, dengan adanya penganjuran permainan tradisional yang telah
lama disisihkan ini, saya telah berusaha untuk mengetahui segala perkara yang berkaitan
dengan permainan Dam Aji ini. Antara perkara yang saya dapat ketahui adalah sejarah latar
belakang Dam Aji, cara bermain, syarat bermain, cara undian dilakukan, dan sistem
pemarkahan yang digunakan dalam sesebuah pertandingan permainan tradisional. Maka,
secara tidak langsung saya sudah mahir dalam bermain permainan Dam Aji. Malah, saya
juga sangat seronok kerana saya sudah boleh menjadi pengadil dalam pertandingan Dam
Aji yang telah dianjurkan.
Tambahan lagi, penganjuran permainan Dam Aji ini juga sangat bermakna kerana
penganjurannya telah menggalakkan lagi pelajar bermain permainan tradisional ini yang
8

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
telah lama dilupakan bukan sahaja oleh peserta tetapi juga pihak penganjur permainan.
Dengan adanya pertandingan ini juga, permainan tradisional dapat dihidupkan semula dan
secara tidak langsung ia dapat menambahkan lagi minat dalam kalangan pelajar untuk
bermain permainan tradisional yang telah lama dilupakan. Penganjuran ini juga amat
bermakna apabila pelajar dapat menambahkan pengetahuan mereka dalam permainan
yang mereka sendiri tidak pernah mainkan sejak kecil lagi. Terdapat seorang pelajar Cina
yang bertanyakan kepada saya sama ada dia boleh bermain atau tidak sekiranya dia tidak
tahu mengenai cara bermain. Maka, saya menerangkan kepada dia bahawa kita boleh
belajar cara bermain dan kena harus berani untuk cuba bermain. Hal ini menunjukkan
bahawa sememangnya terdapat pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih
mendalam tentang permainan ini tetapi tiada siapa yang boleh mengajarnya. Penganjuran
pertandingan telah memberi peluang kepada pelajar lain untuk turut sama belajar tentang
syarat permainan dan cara bermain sesuatu permainan itu.
Selain itu, kelebihan penganjuran pertandingan Dam Aji ini juga telah mengajar saya
untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi. Walaupun hanya organisasi kecil dalam
sesebuah permainan sahaja, namun tanggungjawab yang perlu digalas bukanlah semudah
yang disangka. Ditambah lagi dengan kerenah ahli-ahli kumpulan yang pelbagai membuat
saya lebih tegas dalam menguruskan sesebuah organisasi kecil. Hal ini sangat penting
kerana saya sebagai ketua hanyalah mahu memastikan permainan Dam Aji ini berjalan
dengan lancar ketika hari pertandingan dan semua peserta Dam Aji dapat bermain dengan
gembira dan belajar sesuatu daripada pertandingan yang telah dianjurkan. Walau
bagaimanapun, saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang kreatif
dalam memberikan pandangan serta sama-sama membantu saya menjayakan pertandingan
permainan Dam Aji ini. Dengan penganjuran ini juga, saya dapat belajar cara menguruskan
sebuah pertandingan. Pengetahuan ini sangat berguna dan bermakna kepada saya di
sekolah nanti kerana apabila diberikan tugasan untuk menguruskan atau menganjurkan
apa-apa pertandingan kelak, saya sudah mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dan ini
tidak akan mendatangkan kejutan dan masalah buat saya.
Sehubungan dengan itu, pertandingan ini telah membuatkan hubungan saya dengan
rakan-rakan lain serta para pensyarah dan peserta lebih rapat. Sekiranya sebelum ini saya
hanya mengenali adik-adik PPISMP, namun kini apabila terserempak dengan mereka,
mereka sudah mula menegur saya. Keyakinan saya juga semakin meningkat. Sebelum ini
saya agak waswas untuk menjadi seorang ketua. Apabila diberikan tanggungjawab yang
perlu saya galas, saya tahu saya kena berusaha untuk membuat yang terbaik dan
memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Hubungan saya dengan ahli kumpulan
juga semakin rapat kerana kami selalu berbincang tentang segala perkara yang perlu
9

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
dilakukan berkaitan dengan permainan Dam Aji. Walaupun agak penat menjadi ketua,
namun saya anggap jawatan sementara ini sebagai cabaran dan jalan untuk saya lebih kuat
dalam menghadapi cabaran. Kelebihan lain yang saya dapat lihat dalam penganjuran
pertandingan ini adalah saya dan rakan-rakan lain dapat belajar dengan lebih mendalam
cara untuk merancang mengadakan sebuah pertandingan ataupun acara pada masa depan.
Sebelum ini, kami semua tidak mengetahui apa-apa yang perlu dilakukan dalam sesebuah
acara. Alhamdulillah kami telah mendapat bimbingan yang sangat mendalam daripada Encik
Yusainy mengenai perkara terperinci yang harus dilakukan.

KEKURANGAN
Walau sebaik manapun perancangan kita sebagai seorang manusia, namun masih
lagi terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Antara kekurangan
yang saya dapat kesan adalah kekurangan dari segi masa untuk memulakan pertandingan.
Seperti yang kita dapat lihat, permainan Dam Aji bermula agak lambat iaitu sebanyak 30
minit dek kerana anjakan masa permainan Konda Kondi di padang. Permainan konda kondi
telah mengambil masa selama 2 jam dan ini telah menyebabkan permainan Dam Aji
terpaksa bermula lambat. Hal ini kerana terdapat pemain Dam Aji yang turut bermain dalam
permainan Konda Kondi. Kelewatan ini menyebabkan terdapat pensyarah yang mengadili
kami mengadu dan bertanyakan kepada kami bila hendak memulakan permainan.
Kekurangan lain yang saya lihat adalah sambutan yang diberikan oleh penonton
sendiri. Pada awalnya saya sudah boleh mengajak bagaimana sambutan permainan ini
kerana permainan ini agak kurang popular dalam kalangan jenis permainan tradisional.
Selain itu, sambutan juga agak kurang kerana penonton lebih menumpukan perhatian
kepada permainan anjung yang lebih menyeronokkan serta menarik perhatian iaitu
permainan Ceper dan Laga Ayam. Kekurangan lain juga adalah kehadiran pemain yang
agak lambat menyebabkan permainan terpaksa bermula lambat. Terdapat pemain yang
bermain dalam dua acara yang bersambungan contohnya seperti acara Konda Kondi dan
Dam Aji. Sepatutnya, dalam peraturan juga telah ditulis supaya setiap pemain hanya boleh
menyertai sekurang-kurangnya satu acara laman dan satu acara anjung tetapi bukan secara
bersambungan.
Kekurangan yang lain adalah masa yang diberikan untuk menghias tempat dan
kawasan permainan adalah sangat singkat dan terhad. Perkara ini telah menyebabkan kami
berempat kesuntukan masa untuk menghias dengan lebih cantik dan teratur. Kami juga
menjadi kelam kabut
10

kerana hanya tinggal sebelah malam sahaja untuk menghias.

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Keesokan harinya kami sudah harus memastikan bahawa kawasan permainan tidak
diganggu sehingga masa permainan bermula. Tambahan lagi, kekurangan lain yang dapat
dikesan dengan mata ini adalah walaupun pihak penganjur sudah tahu permainan anjung
bermula lambat, namun tiada pengumuman yang dibuat di kawasan permainan Konda
Kondi. Hal ini telah menyebabkan masa habis dan berlalu begitu sahaja. Tiada
pengumuman juga dibuat di Dewan Sri Banai untuk mengumpulkan peserta mengikut
tempat permainan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setiap kekurangan boleh dibaiki dengan cadangan penambahbaikan yang betul.
Antara cadangan yang boleh diterima pakai untuk segala masalah yang dinyatakan di atas
adalah setiap pengadil dan penganjur pertandingan mestilah tegas dengan masa. Antara
sebab mengapa permainan Konda Kondi tamat lewat kerana pengadil tidak peka dengan
masa. Seharusnya pengadil permainan tersebut peka dan tahu bahawa terdapat pemain
yang bermain Konda Kondi turut bermain Dam Aji. Pengadil tidak sedar bahawa kelewatan
mereka telah menyebabkan pertandingan permainan lain turut tergendala. Mereka
sepatutnya tegas dalam menguruskan masa. Sekiranya dari awal mereka sedar bahawa
hanya sebuah gelanggang tidak boleh mencukupi masa yang dihadkan, maka mereka perlu
membuat dua gelanggang supaya masa lebih jimat.
Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah seharusnya permainan Laga Ayam
dibuat selepas permainan Dam Aji dan Ceper habis dimainkan. Hal ini kerana kebanyakan
penyokong dan penonton lebih berminat dengan permainan Laga Ayam yang mana telah
menyebabkan permainan Dam Aji kekurangan sambutan penonton. Hanya terdapat
segelintir sahaja penonton yang memberikan semangat kepada peserta pertandingan.
Apabila sudah selesai pertandingan Dam Aji dan Ceper, barulah semua penonton
menumpukan sepenuh perhatian kepada Laga Ayam. Jika perkara ini dilaksanakan, saya
percaya bahawa penonton akan memberikan galakan yang banyak kepada peserta Dam Aji.
Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang lain adalah pemain Dam Aji tidak
boleh bermain dalam permainan Konda Kondi. Hal ini kerana takut masa permainan keduadua pertandingan ini akan bertindih. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak
penganjur adalah sebelum memulakan pertandingan, penganjur akan bertanyakan dahulu
kepada peserta tentang permainan apa yang mereka masuk selain permainan yang sedang
dimainkan. Sekiranya terdapat kelas yang mengalami pertindihan masa bermain, wakil dari
setiap kelas harus dihantar secara segera untuk menyertai pertandingan yang lain supaya
11

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
tidak membuang masa menunggu peserta dalam acara lain habis dahulu. Setiap kelas juga
harus membahagikan peserta dengan baik agar setiap aktiviti berjalan dengan lancar.
Tambahan lagi, cadangan penambahbaikan yang lain adalah masa yang diberikan
untuk menghias kawasan pertandingan haruslah mencukupi berbanding dengan sebelum
ini. Hal ini kerana kami harus mencari bahan-bahan hiasan dahulu sebelum mula menghias.
Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan kami kesuntukan masa untuk menghias
kerana kami perlu merancang terlebih dahulu cara bagaimana untuk menghias kawasan
pertandingan yang kami anjurkan.
Cadangan yang terakhir adalah pihak penganjur perlulah dari semasa ke semasa
membuat pengumuman di padang apabila mengetahui bahawa sesebuah permainan itu
telah mengambil masa yang sangat lama untuk dihabiskan. Hal ini supaya pengadil peka
dengan masa dan akan segera menyuruh setiap kelas mencari wakil lain bagi menggantikan
pemain yang sedang bermain untuk bermain permainan lain di Dewan Sri Banai. Bukan
sahaja pengumuman di padang, di Dewan Sri Banai juga pengumuman haruslah dibuat
supaya pensyarah yang mengadili mengetahui situasi sebenar kelewatan permulaan
pertandingan permainan yang lain. Pengumuman juga penting untuk memberi hint kepada
pemain untuk bersiap sedia bagi menyertai pertandingan yang lain pula.
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan pertandingan yang telah
dianjurkan oleh pihak permainan Dam Aji walaupun terdapat kelompongan di mana-mana.
Saya berharap agar dapat menggunakan segala pengetahuan serta pengalaman yang
diperoleh melalui penganjuran pertandingan seperti ini di masa hadapan. Ribuan dan jutaan
terima kasih tidak terhingga diucapkan juga kepada pensyarah yang tidak pernah jemu
memberi tunjuk ajar kepada kami semua iaitu Encik Yusainy Bin Azizan.
Terima kasih.

12

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI

REFLEKSI INDIVIDU
SHAARENY A/P M,.SARAVANAN
930819-07-5934
Pada hari Rabu bersamaan dengan 4 Mac 2015, telah diadakan satu Karnival
Permainan Tradisional di bawah anjuran pelajar PISMP Semester Lima Pendidikan Sejarah
dan Jabatan Pendidikan Jasmani. Karnival ini merupakan satu program wajib yang perlu
dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani sebagai
minor dalam semester lima. Kami telah merancang karnival dari bulan Januari dan kami
berjaya laksanakannya pada 4 Mac 2015.

Bagi Karnival Permainan Tradisional ini, saya

bersama ahli kumpulan saya, iaitu Amira Nazneen Binti Abd Rahman, Anis Suraya Binti
Zulkifly dan juga Nurhaidah Binti Jusain telah mengendalikan permainan dam aji.
Dalam pelaksanaan permainan Dam Aji semasa Karnival Permainan Tradisional, saya
telah dapat melihat banyak kelebihan dalam pelaksanaan permainan kami. Kelebihan ini
menunjukkan keberkesanan rancangan kami bagi permainan yang kami kendalikan.
Kelebihan ini juga boleh dijadikan sebagai garis panduan pada masa depan apabila saya
menjalankan Karnival Permainan Tradisional sepert ini. Antara kelebihan yang saya dapat
lihat melalui pelaksanaan permainan dam aji ialah pelaksanaan permainan kami yang
berjalan dengan lancar. Hal ini dapat dilihat apabila permainan yang kami kendalikan dapat
tamat pada masa yang tepat. Hal ini demikian kerana walaupun kami telah mulakan
permainan itu lewat dari masa yang ditetapkan, kami masih dapat menghabiskan permainan
pada masa yang tepat. Hal ini jelas menunjukkan yang kami berjaya menguruskan masa
dengan baik. Kami dapat menghabiskan permainan dalam masa yang diperuntukkan
kepada kami.
Kelebihan lain yang saya dapat lihat dalam pelaksanaan permainan dam aji ialah kami
dapat menerangkan cara bermain dan syarat permainan dengan jelas kepada pesertapeserta. Hal ini menunjukkan dengan jelas yang kami berjaya menguasai permainan ini. Hal
ini demikian kerana kami dapat menunjukkan contoh dengan jelas. Dengan penerangan
kami, peserta tahu dengan jelas syarat permainan yang boleh batalkan mereka dan juga
cara bermain yang betul. Kelebihan yang lain yang saya dapat lihat ialah kami dapat
membuat pengadilan yang baik kerana tidak ada peserta yang mempersoalkan pengadilan
kami. Hal ini demikian kerana kami telah cuba bermain permainan tersebut sebelum
permainan ini dijalankan dan kami telah mengetahui selok-belok permainan serta
kemungkinan yang akan berlaku semasa permainan ini dijalankan.
13

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Di samping itu, kelebihan lain yang saya dapat lihat ialah kami dapat sediakan tempat
bagi pertandingan ini tepat pada masa. Walaupun kami telah mula menghias lambat, namun
kami dapat menyiapkan tempat tersebut tepat pada masa. Kami dapat menguruskan tempat
kami dengan baik. Kami telah dapat sediakan bahan yang berkaitan dengan permainan dam
aji. Kami telah susun meja secukupnya supaya banyak perlawanan dapat dijalankan pada
masa yang sama selain supaya menjimatkan masa perlawanan kami. Bahan-bahan kami
juga telah berjaya disiapkan sebelum pertandingan kami bermula. Pada pagi karnival
tersebut dijalankan, kami hanya memastikan semua berada di tempat sepatutnya seperti
papan dam diletakkan di atas meja-meja. Buah-buah telah disusun siap di atas papan dam.
Hal ini bagi memudahkan perlawanan dijalankan apabila peserta semua tiba di kawasan
pertandingan kami.
Lebih-lebih lagi, kelebihan lain yang kami dapaat lihat ialah keadaan di kawasan kami
terkawal apabila permainan dijalankan. Tiada peserta yang melanggari kawasan penonton
yang kami tetapkan bagi mereka. Kami telah tetapkan kawasan larangan penonton supaya
tidak berlaku pengaruhan penonton terhadap peserta semasa peserta sedang berlawan.
Selain itu, kami juga tetapkan begitu bagi mengelakkan gangguan kepada peserta. Hal ini
adalah bagi membolehkan peserta berlawan dengan tenang semasa pertandingan
dijalankan. Selain itu, hal ini juga begitu kerana permainan ini memerlukan satu situasi yang
tenang supaya peserta boleh menyusun strategi dan berfikir dengan tenang apabila mereka
bertanding. Saya juga bersyukur kerana tidak berlakunya apa-apa gangguan sepanjang
masa pertandingan itu berlangsung.
Di samping itu, kelebihan lain yang saya dapat lihat sepanjang permainan ini dijalankan
ialah banyak penonton lain turut datang untuk memeriahkan kawasan kami. Hal ini dapat
dilihat apabila ada dalam kalangan penonton yang turut datang bermain selepas semua
perlwanan tamat. Mereka seronok bermain permainan yang kami anjurkan. Terdapat banyak
di antara peserta-peserta permainan lain pun turut ingin bermain kerana ini merupakan kali
pertama bermain bagi sesetengah golongan peserta Karnival Permainan Tradisional.
Banyak di antara peserta Cina yang ingin mencuba permainan ini kerana kebanyakkan
mereka tidak pernah bermain permainan dam aji. Saya berasa sangat gembira kerana kami
dapat memberi pendedahan mengenai permainan ini kepada banyak peserta yang tidak
pernah bermain.
Kelebihan ini merupakan satu perkara yang harus dikekalkan. Kelebihan ini juga harus
dijadikan sebagai satu panduan supaya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan
dengan semua kelebihan di atas pada masa depan. Kelebihan ini seharusnya dikekalkan

14

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
sebagai kekuatan diri kita dan mencontohinya pada masa depan apabila menjejakkan kaki
ke alam sekolah iaitu tidak lama lagi.
Dalam pelaksanaan permainan Dam Aji semasa Karnival Permainan Tradisional, saya
telah dapat melihat sedikit kekurangan dalam pelaksanaan permainan kami. Kekurangan ini
menunjukkan kelemahan kami yang kami perlu baiki. Kekurangan ini juga merupakan satu
aspek penting yang perlu diberi penekanan. Hal ini demikian kerana kekurangan ini boleh
dijadikan sebagai pengajaran. Antara kelemahan yang terdapat dalam permainan yang kami
anjurkan ialah dari masa. Hal ini dapat dilihat apabila permainan kami bermula lewat.
Permainan kami terpaksa mula lewat apabila permainan di bahagian laman tamat lewat dan
juga sebab semua peserta mengambil masa untuk bergerak dari kawasan padang ke
Dewan Banai. Oleh sebab itu, kami telah mulakan permainan kami dengan lewat. Ada juga
dalam kalangan peserta yang tiba awal dan terpaksa menunggu sehingga peserta lain untuk
sampai. Pensyarah penilai juga terpaksa menunggu sehingga peserta-peserta tiba di
kawasan permainan kami.
Selain itu, kelemahan lain yang saya dapat lihat ialah sambutan dari pihak penonton.
Walaupun kami telah mendapat sambutan penonton, tetapi kami tidak mendapat sambutan
pada tahap tinggi. Permainan lain lebih mendapat sambutan berbanding dengan permainan
kami. Hal ini demikian kerana permainan yang kami anjurkan kurang menarik bagi pihak.
Pada peringkat permulaan, kami mendapat sedikit sambutan, namun pada pengakhiran
perlawanan kami mula hilang sambutan daripada pihak penonton. Pihak penonton lebih
tertarik dengan permainan lain yang dijalankan di sekitar kawasan permainan dam aji.
Bukan banyak pihak penonton yang menunjukkan minat semasa perlawanan, hanya rakan
peserta yang tinggal di kawasan permainan kami untuk menyokong peserta.
Kekurangan lain yang saya dapat lihat melalui pelaksanaan permainan dam aji ini ialah
masa permainan yang ditetapkan oleh kami terpaksa diubah semasa waktu perlawanan.
Pada mulanya, kami merasakan masa yang kami tetapkan terlalu lama. Oleh itu, kami telah
memendekkan masa perlawanan kami. Namun apabila pertandingan dimulakan, kami
merasakan masa kami sepetutnya dipanjangkan. Selepas kami sedar, kami telah
melanjutkan masa yang telah kami tetapkan. Masa yang ditetapkan pada peringkat awal
ialah tujuh minit, namun kemudian kami telah lanjutkan kepada sepuluh minit. Hal ini
demikian kerana kami tidak cuba permainan tersebut dengan orang lain selain pihak
penganjur Karnival Permainan Tradisional.
Di samping itu, kekurangan lain yang saya dapat lihat semasa pelaksanaan permainan
dam aji ini ialah dari segi persiapan tempat. Hal ini demikian kerana kami telah mula

15

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
menghias tempat yang diberikan dengan lewat. Oleh sebab, kami tidak mula
mempersiapkan tempat kami awal. Kami terpaksa berkelam-kabut untuk menyiapkan
tempat kami. Kami terpaksa menghias tempat kami sehingga ke tengah malam. Kami juga
terpaksa mencari bahan-bahan bagi perhiasan kawasan kami pada masa-masa terakhur.
Oleh sebab itu, kami lambat habis menyiapkan tempat kami. Sepatutnya kami mula
menghias Dewan Banai dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dilangsungkan,
namun kami tidak dapat mulakan pada hari tersebut kerana kami tidak bersedia dengan
bahan-bahan hiasan kami.
Selain itu, kekurangan yang saya dapat lihat ialah dari segi pengurusan peserta yang
kurang teratur. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa penonton yang masuk ke
dalam kawasan permainan dan duduk di tempat pemain. Hal ini menjadikan kami keliru
antara pemain dengan penonton. Peserta yang tiba pun

tidak terus melaporkan diri di

kawasan. Oleh sebab mereka tidak melaporkan diri pada masa yang ditetapkan, kami
terpaksa membuat pengumuman untuk memanggil peserta permainan dam aji. Terdapat
juga peserta yang tiba di kawasan kami dan duduk sesuka hati di tempat permainan tanpa
mendengar arahan daripada pihak penganjur. Kami juga telah mengambil sedikit masa
untuk menguruskan kesemua peserta. Namun demikian, kami dapat menghabiskan
kesemua perlawanan pada masa yang tepat.
Selepas menilai semua kelebihan dan kelemahan yang saya perhatikan semasa
permainan dam aji ini, saya telah memikirkan beberapa cadangan penambahbaikan. Saya
ingin menambahbaik semua kelebihan yang saya dapati semasa kami menjalankan
permainan ini, manakala bagi kekurangan pula, saya ingin menambahbaik sebagai
pengajaran dan menambahbaiknya ke arah lebih banyak kelebihan. Antara cadangan
penambahbaikan yang ingin saya laksanakan ialah dari segi pengurusan masa. Hal ini
dapat dilaksanakan melalui apabila kami dikeluarkan arahan untuk mula menghias tempat
tersebut dua hari sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan, kami sepatutnya telah
menyediakan bahan yang diperlukan untuk menghias kawasan kami. Kami juga seharusnya
bersedia dengan hiasan beberapa hari sebelum bermula menghias. Kami sepatutnya mula
merancang perhiasan kawasan kami lebih awal. Kami juga seharusnya memberi
kepentingan yang sama seperti memberi perhatian kepada persediaan bahan permainan
dam aji.
Lebih-lebih lagi, cadangan penambahbaikan yang lain ingin saya usulkan ialah kami
sepatutnya membuat cubaan main dengan orang lain selain ahli anjuran Karnival Permainan
Tradisional. Hal ini demikian supaya kami boleh dapatkan purata masa yang tepat yang
boleh ditetapkan bagi permainan ini. Hal ini adalah demikian supaya kami tidak menghadapi
16

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
masalah penetepan masa bagi perlawanan. Walaupun kami menghadapi masalah tersebut,
kami masih dapat mengatasinya tanpa disedari oleh sesiapa. Oleh itu, saya berpendapat
yang kami seharusnya membuat percubaan permainan ini dengan pelajar-pelajar lain.
Aspek ini memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada saya supaya saya tidak
mengulangi kesilapan ini pada masa depan. Saya akan mencuba permainan yang saya
anjurkan ini banyak kali dengan orang lain sebelum saya menganjurkan permainan ini.
Di samping itu, perkara yang ingin saya menambahbaik dalam pelaksanaan permainan
dam aji semasa Karnival Permainan Tradisional ini ialah menambah sesuatu unsur tarikan
kepada kawasan atau permainan kami yang boleh menarik perhatian para penonton. Kami
seharusnya menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian penonton supaya
penonton boleh menontoni perlawanan kami lebih lama walaupun terdapat tarikan daripada
permainan lain. Kami seharusnya menyediakan aktiviti khas atau bahan menyokong peserta
yang boleh mendorong mereka untuk berada di kawasan kami bagi memberi sokongan
sepanjang masa perlawanan tersebut dijalankan. Kami juga seharusnya menyediakan satu
ruangan khas bagi pihak penonton supaya mereka boleh menonton permainan yang
dijalankan dengan selesa. Kami juga sepatutnya menambah unsur menarik dan kreatif
dalam permainan kami supaya dapat menarik perhatian penonton secara langsung. Hal ini
demikian kerana akan adanya sifat ingin tahu akan perkara yang menarik dalam permainan
yang kami anjurkan.
Cadangan penambahbaikan lain yang ingin saya nyatakan ialah kami seharusnya
menguasai cara untuk mengurus peserta dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila kami
menghadapi peserta bagi perlawanan kami yang sampai lewat ke kawasan permainan dam
aji. Terdapat peserta yang tiba lewat sedikit dari masa yang ditetapkan. Ada juga peserta
yang menunggu pengumuman panggilan diberikan. Hal ini seharusnya dielakkan pada
masa depan. Hal ini sebenarnya boleh dielakkan dengan kami menyediakan satu ruang
poendaftaran tersendiri bagi permainan kami. Hal ini akan memudahkan kami untuk
mengetahui peserta dari kelas mana yang tidak sampai lagi serta memudahkan peserta
untuk melihat kawasan permainan mereka. Kami juga tidak perlu memberi pengumuman
jika adanya meja khas di depan kawasan kami yang boleh menarik perhatian pesertapeserta. Hal ini akan memudahkan pengurusan.
Selain itu, cadangan penambahbaikan lain yang saya ingin usulkan ialah berkaitan
dengan masa. Masa ini selalunya menjadi masalah yang serius. Namun demikian, kami
tidak menghadapi masalah masa yang serius. Masa tidak menjadi masalah semasa
perjalanan permainan kami. Kami menghadapi masalah apabila peserta kami punca kepada
masa tersebut. Hal ini demikian kerana peserta kami yang mengambil masa yang lama
17

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
untuk bergerak dari kawasan anjung ke kawasan laman. Oleh itu, saya berpendapat yang
sepatutnya satu masa sepatutnya diperuntukkan kepada peserta-peserta kami untuk
bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Hal ini akan memudahkan supaya tidak
ada peserta yang menunggu sehingga peserta lain tiba. Malah ia akan menampakkan
pengurusan permainan lebih terancang. Kesimpulannya, penambahbaikan perlu dilakukan
pada masa depan apabila karnival seperti ini dilaksanakan lagi. Hal ini ialah bagi
menambahbaik lagi program baru yang akan dijalankan. Selain itu, cadangan ini boleh
menjadi sebagai panduan dan pengajaran.
Secara kesimpulannnya, pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini telah
memberikan saya banyak peluang untuk mendapat pengalaman. Saya juga telah mendapat
banyak ilmu berkaitan tentang permainan yang saya kendalikan bersama rakan sekumpulan
saya yang lain. Saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan dengan permainan dam aji.
Saya berasa sangat bersyukur kerana pelaksanaan pertandingan dam aji yang dianjurkan
oleh kami berjalan dengan lancar. Saya juga berasa sangat gembira kerana tidak timbul
apa-apa masalah dari pihak peserta semasa menjalankan pertandingan.
Perancangan dan pelaksanaan pertandingan ini telah memberikan saya banyak
pengalaman yang saya boleh gunakan semasa saya masuk ke alam sekolah tidak lama
lagi. Saya juga boleh mengunakan ilmu yang saya peroleh pada masa depan. Pelaksanaan
pertandingan ini juga telah mengajar saya banyak perkara. Antaranya ialah mengajar saya
untuk peka dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Bagi saya, Program
Karnival Permainan Tradisional ini merupakan satu program yang berfaedah bagi semua
yang menganjurkannya kerana program ini memberi pengalaman yang baru dan berguna
selain menyeronokkan. Walaupun agak meletihkan selepas melaksanakan karnival,
perasaan menyeronokkan itu masih ada lagi. Akhir sekali, apa yang boleh saya nyatakan di
sini ialah dengan ini Karnival Permainan Tradisional telah berjaya ditamatkan tanpa apa-apa
masalah. Saya berharap saya dapat menganjurkan banyak program seperti ini lagi pada
masa kelak.

18

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI

REFLEKSI INDIVIDU
NORHAIDAH BTE JAMAIN
921121-12-5122
Kelebihan
Permainan tradisional merupakan permainan yang sering dimainkan oleh semua
golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, dan jantina. Permainan tradisional
begitu sinonim dan dikenali oleh semua golongan masyarakat di dalam negara ini.
Sepanjang menjalankan dan menganjurkan permainan tradisional ini, terdapat kelebihan
yang diperoleh. Antaranya ialah penglibatan pelajar yang melibatkan semua kaum dan
agama. Seperti yang kita sedia maklum, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman
(IPDA) mempunyai bakal guru yang datang dari pelbagai bangsa dan agama. Contohnya
ada yang berbangsa melayu, india, cina, bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu suku kaum
dusun, murut, bajau, iban, kenyah dan juga melayu Sarawak. Dengan adanya penglibatan
daripada semua kaum membolehkan kita mengenali antara satu sama lain. Dari itu dengan
secara tidak langsung kita dapat memupuk nilai perpaduan dalam sesebuah pasukan.
Penglibatan dalam permainan tradisonal ini turut dapat memberikan ilmu
pengetahuan kepada para peserta yang bermain. Seperti yang kita semua sedia maklum,
tidak semua individu itu mengetahui dan pernah bermain dalam semua jenis permainan
terutamanya dalam permainan tradisional. Dengan melibatkan diri secara tidak langsung
memberikan peluang kepada individu tersebut untuk merasai dan menimba pengalaman
dalam sesuatu permainan. Disamping itu juga, ia dapat melatih minda individu untuk
membuat, merancang dan melaksanakan strategi serta teknik yang telah dirancang untuk
memenangi sesuatu perlawanan.
Selain itu juga, dengan wujudnya permainan seperti ini, ia dapat mengisi masa
lapang individu itu dengan melibatkan diri dalam aktiviti permainan yang mana secara tidak
langsung menyumbang kepada kecergasan tubuh badan dan juga kecerdasan minda.
Penglibatan daripada semua pihak menjadikan Karnival Permainan Tradisional ini menjadi
satu permainan yang menarik.

19

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Kekurangan
Sungguhpun demikian, terdapat juga beberapa kekurangan dalam permainan
tradisional ini. Antaranya ialah dari aspek tempat permainan. Kawasan tempat permainan
agak kurang strategik menjadikan sesetengah permainan kurang mendapat perhatian.
Sebagai contoh, untuk permainan tarik upih dilaksanakan di atas padang dengan keadaan
cahaya matahari yang agak menyilaukan menyebabkan permainan kurang menjadi
tumpuan pengunjung. Seterusnya ialah dari aspek penggunaan masa. Setiap permainan
telah diberikan peruntukan masa namun terdapat juga beberapa permainan yang melebihi
masa yang telah ditetapkan.

Cadangan Penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil ialah memastikan masa bagi
setiap permainan dijalankan dan ditamatkan seperti mana yang telah ditetapkan. Ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada semua para peserta supaya dapat bermain dan
merasai pengalaman bermain permainan tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan
permainan dikawasan yang sesuai dan tidak mendatangkan rasa bosan kepada para
peserta dan para penonton untuk berada dalam permainan tersebut. Sekiranya peserta dan
penonton kurang selesa menyebabkan permainan tidak dapat dijalankan dengan begitu baik
sehingga boleh menimbulkan rasa bosan penonton dan juga pemain itu sendiri.

20

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI

REFLEKSI INDIVIDU
ANIS SURAYA BINTI ZULKIFLY
930926-02-5000
Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana Karnival Sukan Tradisional
Berjaya dilakukan sehingga penamat. Usaha rakan-rakan saya harus diberi pujian kerana
mereka tampak begitu berusaha untuk melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan
berlangsung.
Sebaik sahaja tamat program Karnival Permainan Tradisional, satu sesi pos mortem
diadakan oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Yusainy bersama-sama dengan ahli-ahli
jawatan

kuasa

Karnival

Permainan

Tradisional.

Saya

mendapati

banyak

kelebihan,kekurangan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dinyatakan sepanjang


saya dan rakan-rakan mengendalikan Permainan Dam Aji.
Kelebihan yang pertama dapat saya nyatakan ialah kerjasama yang baik ditunjukkan
daripada ahli kumpulan saya yang begitu komited memberikan yang terbaik kepada
permainan Dam Aji pada hari itu. Kami berjaya membahagikan tugas dengan baik selain itu
melakukan kerja bersama-sama. Kami bersama-sama memberikan idea baru dan kelainan
kepada permainan Dam Aji contohnya penggunaan batu yang bercat warna dan juga
melukis papan dam dan kemudian melekat kertas pada politerin yang lebih tebal. Kami juga
saat-saat akhir kehilangan idea untuk menghias kawasan permainan. Akan tetapi akhirnya
kami berusaha sekitar malam sebelum pertandingan berlangsung. Kami bersama-sama
mengerah

tenaga

untuk

menyiapkan

hiasan.

Tanpa

usaha

kami

sekumpulan,

berkemungkinan permainan Dam Aji akan menjadi hambar.


Akan tetapi saya merasakan kekurangan kepada persediaan kami walaupun
kerjasama yang diberikan baik. Yang pertama ialah bajet yang kurang. Disebabkan
kekurangan dana kami tidak dapat menyediakan papan dam yang lebih besar. Seharusnya
kami menyediakan papan yang lebih besar dan menarik perhatian. Selain itu kami juga perlu
membeli cat warna untuk mengecat batu-batu berlainan warna. Batu yang sama saiz juga
sukar untuk dicari dan memerlukan ahli kumpulan yang terlibat juga terpaksa mencari lebih
batu untuk mengelak kekalutan sekiranya batu pecah mahupun hilang. Tambahan lagi jadual
pertandingan kami juga tidak boleh dipamerkan dengan baik kerana tiada tempat untuk
menggantung.

21

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Langkah penambahbaikan yang dapat saya berikan ialah penggunaan bantuan kedai
mencetak jadual pertandingan. Saya begitu mengagumi kumpulan permainan Laga Ayam
yang mengambil inisiatif baru untuk mencetak jadual pertandingan pada banner
kemudiannya menggantung. Kita seharusnya memanfaatkan teknologi terkini berbanding
melukisnya diatas kertas. Ini kerana, lukisan jadual pada kertas akan meenyebabkan risiko
rosak sekiranya angin kuat atau orang yang lalu lalang menyentuhnya. Langkah
penambahbaikan lain ialah menyediakan papan Dam Aji yang lebih besar contohnya
melukis papan dam di atas kotak yang besar kemudian menghiasnya mengikut kreativiti.
Yang kedua ialah semasa hari pertandingan kami bersedia menerima peserta pada
waktu yang tepat walaupun kesibukkan untuk menguruskan tugas lain. Kami berusaha
mengumpul kesemua peserta agar hadir pada waktu yang tepat. Selain daripada itu, kami
memberikan penerangan dengan baik dan peserta juga memahaminya walaupun suasana
sedikit bingit dalam dewan tersebut. Pada awal perlawanan semua pengadil dapat mengadili
semua peserta dengan baik. Tidak timbul isu ketidakpuasan hati malah semua peserta
seronok sepanjang pertandingan berlansung. Kredibiliti pengadil juga tida disoal oleh
peserta. Sebelum pertandingan berlansung kami sudah meneliti kesemua syarat-syarat
pertandingan dan bagi memastikan semua kami bersedia kami sentiasa mengingati antara
satu sama lain malahan bermain bersama-sama. Ini akan menguatkan lagi cara pengadilan
kami.
Namun begitu, masih ada kekurangan. Yang pertama ialah peserta yang hadir agak
lewat berbanding waktu sebenar pertandingan. Akan tetapi kami memahami kerana
pertandingan di laman habis lewat dari masa yang ditetapkan. Semua peserta dan pelajar
terpaksa berjalan jauh ke Dewan Banai dan peserta nampak kalut sedikit. Selain itu,
suasana bising di dewan itu juga mengganggu konsentrasi peserta. Ini mungkin kerana
semua penonton seronok bersorak kepada permainan Laga Ayam yang berlansung
serentak dengan permainan ini.
Salah satu cadangan penambahbaikan ialah permainan Dam Aji dilakukan di
kawasan yang lebih selesa tanpa sorakan ramai orang. Ini kerana peserta perlu memikirkan
strategi untuk berlawan. Selain itu, digalakkan semua AJK permainan peka dengan waktu
permainan. Seharusnya setiap AJK permainan menguruskan masa pertandingan dengan
baik supaya tidak berlaku perlanggaran waktu. Ini kerana banyak masa dibazirkan di
pertandingan laman dan ini mengurangkan minat para peserta untuk bergerak ke kawasan
pertandingan anjung. Seharusnya ada pihak yang bertugas bagi mengarahkan semua
peserta bergerak dengan lebih cepat.

22

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


DAM AJI
Yang terakhir ialah kami berjaya menamatkan pertandingan dengan baik. Selesai
sahaja pertandingan kami terus mengemaskan barang-barang yang telah kami gunakan
untuk

permainan

Dam

Aji.

Kami

menyusun

barang-barang

dan

kemudian

mengembalikannya ditempat asal. Walaupun sedikit kepenatan, kami mengambil berat


tentang kebersihan kawasan pertandingan. Tiada kerosakan alatan yang berlaku dan kami
berpuas hati sepanjang proses pertandingan berlaku.
Secara keseluruhannya, kami mendapati kekurangan kami mungkin persediaan saat
akhir permainan ini. Mungkin persediaan kumpulan kami sedikit kurang berbanding
kumpulan lain misalnya kumpulan Tarik Upih perlu pergi ke sana ke mari untuk mencari upih
yang sesuai. Akan tetapi kami lebih bersikap tenang dan merasakan pertandingan ini tidak
terlalu susah untuk dikendalikan.
Langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan disini ialah mengubah sikap kami
supaya

lebih

serius

sekiranya

mengendalikan

sesuatu

pertandingan.

Ini

kerana

pertandingan harus dilakukan dengan serius dan persediaan yang rapi. Kami memohon
maaf sekiranya tidak melaksanakannya mengikut spesifikasi pertandingan sebenar. Akan
tetapi proses pembelajaran kami akan terus berjalan dari masa ke semasa. Kami mengucap
ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang sama membantu dan
memberikan kata-kata semangat untuk kami.
Sekian terima kasih.

23

You might also like