Morfologi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Definisi Morfologi

Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan
mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Di samping itu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1993) (dalam modul) pula
mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang
perkataan dan cara-cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu
Yaacob (1993) (dalam modul) turut mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur
dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau
mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata
terhadap golongan dan erti kata.
Pelbagai pandangan turut diberikan berhubung dengan bidang morfologi ini di mana
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) (dalam modul) menyatakan ianya merupakan kajian
tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan dan
pemajmukan. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu
(tatabahasa) dikenali sebagai morfem. Morfem merupakan unit terkecil yang menjadi unsur
perkataan. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang
lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataanajar,
misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua
morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud
bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama
morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi
imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh
sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan
morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses
pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Jelas, morfologi merupakan satu bidang
bahasa yang penting dan harus difahami dengan baik.

Kajian : Morfologi
Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah memartabatkan
bahasa Melayu
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1,
Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi

morfologi dalam buku

Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, prosesproses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
, 2004 :43berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan
kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana
morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada
kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan
bahagian kata.
MORFOLOGI
1.1Pendahuluan
Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya,
semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari
segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis
merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan
perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya
penggunaannya

yang

meluas

dalam

kehidupan

sehari-harian

seseorang

pelajar.

1.2DefinisiMorfologi
Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan
Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang
mengkaji

tentang

perkataan

dan

cara-cara

pembentukanya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain
dalam

golongan

yang

sama.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses
pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang
menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya.
Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut
akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam
proses yang dilalui tersebut.
http://astakanusantara.blogspot.com/2009/10/konsep-dalam-morfologi.html
1.0

PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang
diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian
yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa
Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am
Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang
linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsurunsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk
perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa
ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata
dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam
proses pembentukan kata.
Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang
disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah

menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun,
termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah
dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk
memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini
haruslah difahami terlebih dahulu.
http://witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.html
JENDELA
Dewan

SELATAN
Bahasa

(BIL.11/APRIL

dan

Pustaka

2005)

Wilayah

Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata.
Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan
pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk
infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur
terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi
bermula

di

Eropah

pada

awal

kurun

ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang
dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis
atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis
morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang
dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan
kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna
sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu
morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem
bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan
an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan
perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan.
Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi,
pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam

kehakiman

menjadi

morfem

terikat

dan

bukanlah

perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses
morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan
untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah,
proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada
bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi
itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan,
dan pengakroniman.
http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm
SINTAKSIS

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian
(ii)membuat kerja rumah.

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau
ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat

Predikat Ayat

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Ahmad

mengulangkaji

Frasa Nama

Frasa Kerja

Rumus
Ayat
FN + FN

Pola

tatabahasa
Cikgu

ke sekolah

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama FN + FS

Fatimah

amat rajin

Frasa Nama

Frasa Adjektif

FN + FA

Frasa Nama

Frasa Nama

FN + FN

Ah Chong

seorang
usahawan

Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan
frasaeksosentrik.

Binaan Ayat

Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.

Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Bah. Ayat

Subjek
Unsur

Bah. Ayat

Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas


itu
Munainady

serak-serak basah
menoreh getah

Unsur

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh
frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Perhatikan ayat berikut:


Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu
predikat (membaca buku).

Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.

Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu
dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan
kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan

enam itu

membaca

buku.

(tingkatan

enam menjadi penerangkepada pelajar, iaitu subjek ayat)


Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.

Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK),
Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)

Lihat contoh berikut:


Subjek Ayat
Jamilah
Atan

Predikat Ayat
pengurus
sumber manusia
budak pandai

Rumus

Frasa Subjek

Frasa Predikat

Frasa Nama

Frasa Nama

FN+FN

Frasa Nama

Frasa Adjektif

FN+FA

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/03/sintaksis.html

Ayat

Pola

SINTAKSIS
Sintaksis adalah salah satu cabang tata bahasa yang membicarakan struktur-struktur kalimat,
klausa,

dan
Definisi

atau

batasan

Hari

frase.

sintaksis

Murt

menurut

para

ahli

Kridalaksana

(1993)

Sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup tentang kata yang sering dianggap bagian dari
gramatika

yaitu

morfologi

dan

cabang

linguistic

yang

mempelajari

tentang

Ramlah

kata.

(2001:18)

Istilah sintaksis (Belanda, Syntaxis) ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasa yang
membicarakan

seluk

beluk

wacana,

kalimat,

klausa

Gleason

dan

frase.
(1955)

Syntax maybe roughly defined as the principles of arrangement of the construction (word) into
large

constructions

of

various

kinds.

Artinya: sintaksis mungkin dikaitkan dari definisi prinsip aransement konstruksi (kata) kedalam
konstruksi

besar

dari

bermacam-macam

Ramlah

variasi.
(1976:57)

Sintaksis adalah bagian dari tata bahasa yang membicarakan struktur farase dan kalimat.
-

Hari

Murt

Kridalaksana

(1993)

Mendefinisikan sintaksis sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan
satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuan terkecil dalam bidang ini adalah kata.

Grady,

et.

al.,

(1997)

the system of the rules and categories that underlines sentence formation in human language.
Artinya:

Aturan

dalam

sistem

pola

kalimat

dasar

dalam

bahasa

manusia.

Sumber:
Buku

Ihwal

Ilmu

Bahasa

dan

Cakupannya.

Pengajaran Sintaksis Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan.

Karangan

Suherlan

dan

Odien.

You might also like