Kelemehan Sistem Berparti D

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

AEEA 3318 : SEJARAH POLITIK NEGERA THAI (1932 1992)

Salah satu masalah pembangunan


politik di Thai berpunca daripada
kelemahan sistem berparti.
Bincangkan

Sathya a/p Eyamalay (AEF 120007) -

Yahleeni Meena a/p R.Raja Deran (AEF 120012) -

RUJUKAN
Kobkua Suwannathat, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Pulau Pinang: Sinaran Bros
Sdn.Bhd, 1991
Thawatt Mokarapong, Sejarah Revolusi Thai, Kuala Lumpur: Masadah Sdn.Bhd,
1987
Batson Benjamin. A, The End of The Absolute Monarchy in Siam, Australia: Asian
Studies Associatio of Australia, 1984.

Pengenalan
Thai merupakan sebuah Negara yang tidak pernah dijajah. Negara Thai yang berada dibawah
pemerintahan monarki mutlak telah digantikan kepada monarki perlembagaan selepas revelosi
1932.
Bagi mewujudkan satu sistem demokrasi yang kukuh, pelbagai langkah yang telah diambil
antaranya adalah penubuhan parti-parti politik. Parti-parti politik menjalankan pilihanraya dan
banyak usaha diambil oleh kerajaan.
Salah satu masalah perkembangan politik Thai menghadapi kesukaran menginstitusikan
demokrasi perlembagaan. Proses politik sebegitu tidak berjaya kerana sikap politik rakyat thai
yang tidak cenderung kepada sistem demokratik kerana amalan politik mereka yang tidak
demokratik. Rakyat harus yakin dan percaya dengan prinsip-prinsip asas demokrasi.
a)
b)
c)
d)

Pemerintahan majoriti
Kebebasan bersuara
Persamaan hak
Hak minoriti

Penyertaan rakyat yang aktif dalam politik adalah penting. Seharusnya wujud tahap toleransi
yang rendah bagi sikap autoritarian di kalangan rakyat. Satu kerajaan popular akan menghadapi
masalah untuk terus hidup sekiranya majoriti daripada rakyatnya memiliki personaliti
autoritarian. Mereka harus ada tahap kepercayaan dalam persekitaran politik serta kepercayaan
kepada institusi awam.

Dalam kes ini Negara thai ada dua ciri utama:


1)

Sikap politik tradisional di kalangan rakyat thai tidak bersesuaian atau menguntungkan
perjalanan proses demokrasi. Dengan perkataan lain, sikap demokratik tidak akan berkembang
sepenuhnya.

2)

Tahap penyertaan rakyat dalam politik adalah rendah.

PARTI POLITIK

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang
tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar
kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di
dalam pilihan raya.

Parti politik pertama yang ditubuhkan di Thailand adalah pada tahun 1932 iaitu Parti Rakyat.

Tetapi, Parti politik di Thai telah bergerak dengan bebas dan mula berfungsi sebagai sebuah parti politik
pada 5 Ogos 1946.
Parti parti politik adalah penting dalam negara
yang mengamalkan sistem demokrasi kerana ia
memainkan peranan penting sebagai penjalin hubungan
antara pemerintah dan rakyat. Parti parti politik
di Thai gagal menginstitusikan parti mereka.

KELEMAHAN SISTEM BERPARTI

Sistem

politik berparti merosot kerana :-

a)Kelemahan

berorganisasi

Cth : Pilihan raya 1975 42 parti politik mengambil bahagian.


1976 39 parti politik telah mengambil bahagian. 70 % kerusi dimenangi oleh 7 parti.
Ini menyebabkan dalam pilihan raya, tiada parti politik yang menang majoriti. Ini akan membawa kepada
kerajaan campuran. Dengan ini, wujudlah pelbagai idea daripada pelbagai parti. Perdebatan akan berlaku
bagi mengambil sesebuah keputusan. Akhirnya, tiada keputusan yang kukuh boleh diambil.
Cth : Dalam pilihanraya 1975, Parti Demokrat menang 72 (daripada 272 kerusi). Parti Demokrat, merupakan
parti tertua yang ditubuhkan sejak 1946 lagi dan disebabkan kemenangan mereka walaupun bukan satu
majoriti dan terpaksa menubuhkan satu kerajaan campuran tetapi Seni, Ketua Parti Demokrat dilantik
menubuhkan karajaan pada 13 Februari 1975. Kerajaan campuran gagal mendapat sokongan parti-parti kecil
untuk bergabung dengan mereka. Dengan ini setelah gagal mendapat undi percaya, Kukrit Pramoj (adik
kepada Seni Pramoj) ketua Parti Tindakan Sosial (SAP) yang mendapat sokongan semua parti telah
menubuhkan kerajaan campuran. Parti yang bergabung adalah Social Justice Party, Chart Thai, Social Action
Party dan Social Nationalist Party. Disebabkan masalah tidak puas hati mengenai pengagihan kuasa dan
jawatan dalam kabinet di kalangan ahli- dewan perhimpunan maka, Kukrit memansuhkan dewan pada 12
Januari 1976 dan mengumumkan pilihanraya pada 4 April 1976.

b) Masalah disiplin

Cth : Ramai pemimpin yang menukar parti ( lompat Parti ) bila melihat ada peluang yang lebih
menguntunkan mereka seperti dalam pilihanraya 1975, 26% daripada calon-calon yang berjaya menukar
parti semasa pilihanraya 1976. Gejala melompat parti disebabkan oleh kesetiaan kepada rakan ( Cliques kadangkala parti yang berkemampuan boleh membeli ahli-ahli politik.Ini memberikan kesan negatif
kepada perkembangan parti politik di negara Thai).
c) Bertindak secara kumpulan asingan
Cth : 1974- berlaku perselisihan dalaman Parti Demokratik. Kukrit, adik Seni mengundurkan diri daripada Parti
Demokratik dan menubuhkan satu parti berasingan iaitu Parti Tindakan Sosial (Social Action Party).
d) Memberi keutamaan kepada personaliti daripada isu-isu kenegaraan.
e) Pembelian undi
Cth : Pilihan Raya : Pibul (Parti Seri Manangkasila) vs Khuang Aphawong (Parti Demokrat). Ketika pilihan raya,
2000 pelajar Universiti Chulalangkorn membuat bantahan di hadapan pejabat kerajaan kerana pilihan raya kotor.
Berlaku kudeta pada 16 September 1957 dan Pote Serasin menjadi PM. Seterusnya, berlaku kudeta 20 Oktober
1958, Thanom Kittikachon menjadi PM.

f) Parti diwujudkan atas keinginan sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan kumpulan,


kepentingan setempat mereka.
Cth: Thanom dan Praphat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam tentera telah membentuk Parti
Bersatu Rakyat Thai ( UTPP ) Disember 1968. Keahliannya terdiri daripada pegawai tentera,
pegawai awam dan ahli peniaga. Thanom sebagai Perdana Menteri. UTPP secara langsung menjadi
parti kerajaan. Parti-parti lain yang ditubuhkan di bawah perlembagaan baru bersaing dengan UTPP
di dalam pilihan raya Februari 1969.Sebanyak 15 parti bukan kerajaan menyertai pilihan raya
tersebut termasuk Parti Demokrat.
UTPP

- 34% daripada kerusi yang dipertandingkan.

Demokrat - 26 %
UTPP akhirnya dibubarkan oleh pemimpinnya sendiri

Ini juga menyebabkan rakyat tidak percaya parti politik dan ketua politik.

BUDAYA POLITIK THAI

Gabriel Almond mendifinasikan budaya politik sebagai satu carak orientasi dan sikap individu
terhadap sistem politik. Ia juga boleh merujuk kepada nilai, sistem kepercayaan, dan sikap emosional
berkaitan dengan tindakan politik.

Kepercayaan Thai masih mempengaruhi kehidupan politik semasa terutama sekali berkenaan dengan
hak mutlak dan paternalism.

Negara Thai 7 abad(1237-1932) di bawah pemerintahan monarki.

Semasa era Sukhotai sistem kerajaan Paternalistik berdasarkan sistem Khun (Father Lord). Raja
dilihat bapa kepada rakyatnya.

Era Ayudhya konsep perajaan kudus (Divine Kingship). Raja dianggap sebagai seorang yang mulia
dan mempunyai kuasa mutlak. Konsep ini diamalkan sehingga ke Dinasti Chakri.

Raja Rama IV(Mongkut) & Raja Rama V(Chulalangkorn) sistem paternalistik. Raja dianggap
sebagai bapa kepada semua rakyat dan raja dibantu oleh pegawai-pegawainya yang menghormati dan
mematuhi Raja.

Sejak 1932, percubaan untuk menggantikan prinsip keesahan tradisi kepada demokrasi telah dibuat.

Walaubagaimanapun, kepercayaan lama terus kekal dan meninggalkan kesan ke atas politik Thai
sehingga kini.

AMALAN AGAMA BUDDHA YANG


DIAMALKAN OLEH
RAKYAT THAI

Agama Buddha mengajar rakyat Thai untuk menerima keamanaan dan bukan keganasan. Mereka
dipupuk dengan beberapa nilai-nilai :1.

Greng Chai sikap rakyat Thai yang pasif, akur, tidak pandai mengkritik

2.

Self Discipline Ini adalah keinginan untuk tidak memalukan sesiapa dan mengambilkira
perasaan orang lain. Sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan air muka seseorang harus
dielakkan.

3.

Nam Chai keikhlasan hati seseorang kepada orang lain, membuat pengorbanan dan melayan
tetamu atau orang luar dengan ikhlas dan baik.

4.

Jai Yen (Cool Heart) seseorang itu harus pandai mengawal perasaan marah dan emosi diri
bagi mengelakkan konflik terbuka.

5.

Mai pen rai (it doesnt matter) kesopanan

Oleh itu, rakyat Thai dan pegawai dalam birokrat sukar untuk mengkritik masalah kepimpinan
secara terbuka.

Rakyat Thai bertindak terhadap masalah kepimpinan bukan secara terbuka tetapi mengelak secara
pasif.

CAMPUR TANGAN TENTERA

Rampasan kuasa telah digunakan sebagai alat untuk mengubah corak politik. Dan hal ini
menunjukkan politik thai telah mengurangkan kuasa rakyat dan kuasa tentera semakin
meningkat.

Tentera thai aktif dalam sistem politik. Hal ini dapat dilihat apabila hampir setiap kali
berlaku perubahan dalam kepimpinan dan dalam kerajaan. Ia dilakukan melalui
rampasan kuasa.

Sebagai contohnya, sejak tahun 1932 secara puratanya setiap satu dekad berlaku dua kali
rampasan kuasa. Rampasan kuasa yang berlaku 1932 telah menggantikan kuasa daripada
golongan monarki ke tangan tentera.

Selain itu, ketidakseimbangan sosial juga telah menyebabkan berlaku rampasan kuasa
oleh pihak tentera.

Pada tahun 1947 telah berlaku kerana kerajaan yang sedia ada tidak dapat menyelesaikan
masalah ekonomi seperti inflasi dan pengganguran

Perkara yang sama juga telah berlaku pada tahun 1957 yang menyebabkan Sarit
menjalankan rampasan kuasa.

Rakyat hilang kepercayaan terhadap wakil kerajaan. Hal ini menyebabkan proses
demokrasi tergangngu.

Contohnya, Kuasa pridi sebagai pegawai kerajaan pada 1947 telah diancam dengan
krisis sosial dan ekonomi. Pada 1957 pula Sarit telah merampas kuasa kerana Phibun
telah melakukan penipuan dalam pilihanraya.

Kekuatan dan keistimewaan yang ada pada organisasi tentera juga membolehkan mereka
campur tangan dalam politik thai.

Organisasi tentera thai ini merupakan sebuah badan yang kuat, disanjung tinggi, dan
banyak peruntukan telah diberikan kepada pihak tentera. Contohnya pada tahun 1976
dan 1982 sebanyak 20% daripada bajet keseluruhan telah diperuntukkan untuk tentera.

KEKURANGAN KUMPULAN SEKEPENTINGAN

Sepanjang sejarah pemerintahan monarki mutlak tidak ada persatuan sosial


dan aktiviti yang bersaing dengan Raja tidak dibenarkan.

Pegawai tinggi kerajaan akan dipilih sebagai pemimpin kumpulan


sekepentingan ini dan dengan cara ini mereka menyebarkan pengaruh
birokratik.

Ciri rakyat Thai yang mementingkan autonomi individu menyebabkan


kerjasama dalam kumpulan sukar dicapai.

Undang-undang menghadkan keberkesanan kumpulan sekepentingan ini,


mereka tidak dibenarkan mempunyai matlamat politik dan kesemua aktiviti
politik dilarang.

Pengawalan media massa oleh pihak kerajaan menyukarkan proses


sosialis, dengan ini ia juga melambatkan proses kemunculan sikap dan
tingkah laku politik baru

SIKAP RAKYAT THAI YANG PASIF

Sebahagian rakyat Thai adalah pasif dan bersikap dingin terhadap politik kebangsaan. Ini kerana,
kekurangan pengalaman dalam penyertaan politik dan tahap penyertaan masyarakat thai adalah
rendah.

80% masyarakat Thai kurang berpendidikan. Oleh itu, rakyat kurang memahami prinsip moden
politik atau prinsip-prinsip asas demokrasi. Seperti, pemerintahan majoriti, kebebasan bersuara,
persamaan hak dan hak minoriti.

Rampasan kuasa yang sering berlaku sejak 1932 mengganggu peluang rakyat untuk menyertai
demokrasi. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan bosan untuk melibatkan diri dalam
politik. Contohnya dalam pilihanra yang keluar untuk mengundi adalah 40.7%

KESIMPULAN

Ketidakstabilan sistem dan parti politik ialah perebutan dan pergelutan kuasa antara
golongan tentera dan golongan awam. Perkembangan parti selalu sahaja ditentukan
oleh rampasan kuasa. Ini membawa kepada ketidaksinambungan parti politik.
Golongan tentera menganggap parti politik sebagai penyebab kepada kekacauan
negara. Tentera menganggap mereka sebagai pembela tanah air. Mereka memonopoli
kuasa-kuasa fizikal dan tidak seperti golongan awam yang tidak bersatu padu seperti
golongan tentera dan tanpa sokongan rakyat.

Suasana politik Thai yang sentiasa bergolak dan tidak stabil telah melemahkan
keberkesanan parti-parti politik. Rampasan kuasa menyulitkan perkembangan dan
pertapakan parti-pati politik.

You might also like