Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Laporan Perjumpaan Satu

Badan Beruniform Pengakap 2015


Tarikh

: 14/1/2015

Hari

: Rabu

Masa

: 2.30 petang 4.30 petang

Kehadiran Pensyarah : 1. En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah


2. Pn. Zetty Akhmar Bt Amran,
3. En. Hj. Ghazali Bin Omar
4. En. Abdul Satar Bin Hamzah
5. En. Ghazali Bin Omar
Kehadiran Ahli

: 18/18 orang

Tidak Hadir

:-

Aktiviti:
1. Pada mulanya, Tn. Haji Abdul Rahim telah menjelaskan Laungan Agung
Pengakap. Laungan Agung Pengakap merupakan tradisi dalam Istiadat
Pengakap

Kanak-Kanak

yang

diamalkan

di

seluruh

dunia. Istiadat

ini

mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya BUAT HABIS BAIK dan


melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina displin. Selepas
penjelasan, semua ahli pun mengikut arahan jurulatih untuk membuat Laungan
Agung Pengakap.
2. Seterusnya, Tn. Haji Abdul Rahim juga menjelaskan sejarah pengasas pengakap
kepada peserta pengakap. Pengasas pengakap adalah Baden Powell dan latar
belakangnya seperti tempat lahir, pekerjaan, keluarga turut diceritakan.

3. Kemudian, sejarah penubuhan pengakap dunia dan Malaysia juga diceritakan


oleh En. Abdul Satar Bin Hamzah.
4. Selepas mendengar sejarah penubuhan pengakap, En. Abdul Satar Bin Hamzah
juga memberitahu kepada peserta pengakap tentang tujuan penubuhan
pengakap supaya peserta pengakap lebih memahami dan menghargai unit
pengakap.

Refleksi:
Nota Tambahan:
Sejarah Pengakap Dunia (rujuk nota depan)
Sejarah Pengakap Malaysia (rujuk nota depan)
Biodata Pengasas (rujuk nota depan)
Riwayat Hidup Lord Baden Powell:

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau


singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral
pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu
perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu
rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22
Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama
penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama
Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford.
Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik.
Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa
kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah
di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat
memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan
derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik.

Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa
memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu
memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta
ditempatkan di India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5
Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersamasama askarnyamelawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu
beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga
beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana
keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat
menjadi Kolonel.
Huru-hara

telah

tercetus

di

antara

kerajaan

British

dengan

negeriTransvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan


Powell telah diberi tugas untuk menubuhkandua batalion askar berkuda untuk ke Afrika
Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 haridaripada
kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini
berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak
British datang menembusi kepungan musuh.

Bandar Mafeking pada 1899


Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telahmenggunakan kanakkanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan
Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan

kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas


peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.
Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula
merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap
menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah
dikumpulkan dalam buku tersebut.
Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja
muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal diPulau Brownsea di
Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau
merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G
W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

Batu Peringatan di Brownsea Island


Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis
dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys". Buku ini
merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga
diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia.
Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk
meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah
berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap


turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah
pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell
telahmengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan
dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli
dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak
6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut.
Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP
telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atauChief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila
genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang.
Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah
kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of
Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron.
Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan
terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama
isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu
puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang
aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama33 tahun.
Pada

Januari

1941,

beliau

meninggal

dunia

di Paxtu,

Kenya.

Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu


nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February
22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada
batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkanbatu-batu berbentuk bulat dengan satu
titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah
seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

Tujuan Penubuhan
PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA (SELEPAS INI DISEBUT PPRM)
ditubuhkan dengan tujuan:

1.1 Memelihara serta menyemarakkan Semangat Pengakap di kalangan Pengakap


Raja dan Pengakap di semua Peringkat;
1.2 Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi
pengetahuan, kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya
yang telah diperolehi melalui Pengakapan;
1.3 Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam sebarang
bidang yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan;
1.4 Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM") peringkat
Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti;
1.5 Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka; dan
1.6 Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM.

You might also like