Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SENIORITI DAN JUNIORITI

Ramai orang mengenali istilah senior dan junior semasa di sekolah


berasrama atau pusat pengajian tinggi. Istilah ini ada yang menghantui
mereka sehingga tua terutama jika ia melibatkan penderaan fizikal atau
mental oleh senior mereka.
Pada bulan April 2015 yang lalu, kita dikejutkan oleh kematian seorang
pelajar politeknik akibat disepak dikepala oleh seorang pelajar senior
hanya kerana pelajar junior itu tidak hormatkan senior.
Apakah ertinya peristiwa ini. Ini bermakna bahawa pelajar asrama telah
pun sesat dalam sistem senioriti ini.Perasaan hormat bukannya boleh
dipaksa-paksa hanya kerana kesenioran mereka. Kalau nak orang hormat
kita, taburlah jasa dan sumbangan yang membawa kebaikan kepada
junior mereka. Barulah mereka hormat, kalau hormat secara membuta
tuli itulah tandanya mereka orang bodoh, jadi tak payahlah belajar
tinggi-tinggi di asrama. Kes ini menampakan keiblisan budaya senioriti
yang telah masuk kepada para pelajar.
Memang benar nabi menyarankan agar umatnya menghormati ibu bapa
dan orang yang lebih tua, itulah kerana ibu bapa dan orang-orang
tersebut menpunyai jasa tertentu kepada kita, lebih-lebih lagi ibu bapa
kita. Tanyalah kepada pelajar senior yang melakukan tendangan maut
itu, adakah dia menghormati ibu bapanya. Nabi tak suruh pun memaksa
orang untuk hormatkan kita apatah lagi mencederakan atau membunuh
orang yang tak hormatkan kita.
wassalam.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR

You might also like