Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 4
KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGASAAN (KSPK)
4.1 PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Latar Belakang
Petunjuk Prestasi Utama (KPI} Sub-NKRA : Peningkatan kadar penyertaan murid
prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua
prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Penyemakan Kurikulum
1970an KEMAS dan Jab. Perpaduan mulakan kelas prasekolah awam
1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 KPM memulakan Prasekolah
1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 KPK disemak semula
2010 Pelaksanan KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan


kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan,
mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:


Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran
kritis, kreatif dan inovatif

Perubahan yang dilakukan:


Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
keusahawanan.
Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,
beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh
kepada ajaran agama
Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui
program prasekolah
Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan
menyeronokkan
Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

94

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal bersandarkan kepada


Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasar kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberI sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Matlamat KSPK
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab
di sekolah rendah kelak.

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur


4-6 untuk mencapai objektif berikut:
Jasmani:
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi:
Mempunyai konsep kendiri yang positif
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai jati diri
Berani mencuba
Mempunyai kematangan emosi
Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek:
95

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa


Malaysia
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
Memperolehi kemahiran proses sains asas
Memperolehi kemahiran matematik asas
Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian murid
Mempunyai daya kreatif dan estetika
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:
Mengamalkan nilai murni
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.

Sosial:
Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
Menyuarakan pandangan dan perasaan.
Bekerjasama dengan orang lain.

Fokus

pembelajaran berpusatkan murid


Kumpulan murid berumur 4-6 tahun
proses pengajararan- inkuiri penemuan
pendekatan bertema, bersepadu dan belajar melalui bermain.
prinsip Developmentaly Appropriate Practice (DAP) diutamakan
Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan dalam Kurikulum Transformasi:
perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, sikap dan nilai, persediaan ke
sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul )

4 kata kekunci:
Menyuburkan (Enriching)
Aktif Penglibatan (Engaging)
Selamat (Safe)
Seronok (Fun)

Organisasi kurikulum

Digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard


pembelajaran yang perlu dicapai oleh kanak-kanak.
Berpaksikan kepada pengetahuan,kemahiran asas serta nilai
Terkandung di dalam 6 tunjang: komunikasi, kerohanian sikap dan nilai,
kemanusian,Literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta
perkembangan ketrampilan diri.

96

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Rekabentuk kurikulum

2 ciri utama iatu kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

1). Kurikulum berasaskan standard


Ekuiti dan kualiti
Standard kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam satu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.
Standard pembelajaran
Objektif tingkah laku.
2) Kurikulum berbentuk modular
2 jenis modul diwujudkan iaitu modul asas dan modul bertema
Modul asas
komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil) ,Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
Waktu khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini
Modul Bertema
Modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang
dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Dibina menggunakan isu kehidupan
seharian kanak-kanak.
Pelaksanaan Kurikulum
Peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah

4 jam sehari (termasuk waktu rehat)


Jika bahasa pengantar selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Malaysia
hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu
Jika bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris
hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu
Jika bahasa pengantar adalah selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa
Inggeris diajar hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu.
Jika terdapat 5 orang atau lebih murid beragama Islam maka pengajaran agama
islam hendaklah diajar oleh guru yang bertauliah sekurang-kurangnya 2 jam
seminggu.
Jika terdapat 5 orang atau lebih murid bukan beragama Islam maka pengajaran
pendidikan moral hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu

Jadual 1: Peruntukan masa mengikut Akta Pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran bahasa, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kelas
Prasekolah

97

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Bil

PERKARA

Peruntukan masa
seminggu utk kelas
prasekolah yang bahasa
pengantarnya (minit)

Bahasa Malaysia

2
3
4

Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Bahasa Cina/ Bahasa Tamil

180

180

180
120

180
120
180

Waktu pengajaran berdasarkan modul asas dan teras. Lebih fleksibel.


Modul asas diberi peruntukan waktu lebih pada awal tahun untuk penguasaan
membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul
Bertema di kelas Prasekolah yang Bahasa Pengantarnya Bahasa Malaysia

Modul Teras Asas

50%

35%
Modul
Bertema
0% (Awal tahun)

(akhir tahun)

Peruntukan waktu untuk Modul bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal
tahun ke akhir tahun secara beransur-ansur

Jadual 2: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di
Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil

Modul

Peruntukan masa
Seminggu (minit)

Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)


98

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

1
2
3
4

Rutin pagi
Perbualan pagi
Rehat
Refleksi sebelum balik
Jumlah
Modul asas (lebih kurang 35%)
4
Bahasa Malaysia
5
Bahasa Inggeris
6
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
7
Permainan Luar
8
Matematik
Jumlah
Modul bertema (lebih kurang 35%)
9
Modul bersepadu merangkumi elemenelemen dalam keenam-enam tunjang
termasuk bahasa, pendidikan moral dan
matematik
Jumlah
Jumlah minit seminggu

50
100
150
50
350
90
90
120
80
40
420
430

430
1200

Jadual 3: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema
di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Cina.Bahasa Tamil dan Bahasa
Pengantar lain
Bil

Modul

Peruntukan masa
Seminggu (minit)

Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)


1
Rutin pagi

50
99

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

2
3
4

Perbualan pagi
Rehat
Refleksi sebelum balik
Jumlah
Modul asas (lebih kurang 40%)
4
Bahasa Malaysia
5
Bahasa Inggeris
6
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
7
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa
Pengantar lain

100
150
50
350

8
8

80
40
510

90
90
120
80

Permainan Luar
Matematik
Jumlah
Modul bertema (lebih kurang 30%)
9
Modul bersepadu merangkumi elemenelemen dalam keenam-enam tunjang
termasuk bahasa, pendidikan moral dan
matematik
Jumlah
Jumlah minit seminggu

340

340
1200

Jadual 4: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah


yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil

Bidang Pembelajaran

Peruntukan masa
Seminggu
(minit)

1
2

Rutin pagi
Perbualan pagi

50
100
100

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

3
4
5

150
50

Rehat
Refleksi sebelum balik
Bahasa Malaysia
-modul asas BM
-*modul bertema yang menyepadukan
elemen dalam keenam-enam tunjang yang
dikendalikan dalam BM
Bahasa Inggeris
-Modul asas BI
-* modul teras bertema yang
menyepadukan elemen dalam keenamenam tunjang yang dikendalikan dalam BI*
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Permainan Luar

80

Matematik
Jumlah minit seminggu

40
1200

90
340

45 min x 2 hari
70 min x 5 hari

90
90

45 min x 2 hari
45 min x 2 hari

120

40 min x 3 hari
Atau
60 min x 2 hari
40 min x 2 hari
40 min x 1 hari

*elemen yang dimaksudkan termasuk bahasa, sains, matematik, kemanusian, muzik,


seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moral

Jadual 5: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang


bahasa pengantarnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain
Bil

Bidang Pembelajaran

Peruntukan masa
Seminggu
(minit)

1
2
3

Rutin pagi
Perbualan pagi
Rehat

50
100
150
101

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

4
5

8
9

Refleksi sebelum balik


Bahasa Malaysia (BM)
-modul asas BM
-*modul bertema yang menyepadukan
elemen dalam keenam-enam tunjang yang
dikendalikan dalam BM
Bahasa Inggeris (BI)
-Modul asas BI
-* modul teras bertema yang
menyepadukan elemen dalam keenamenam tunjang yang dikendalikan dalam BI*
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Bahasa Cina/Bahasa Tamil/ Bahasa


Pengantar Lain
-modul asas
-*Modul bertema yang menyepadukan
elemen dalam keenam-enam tunjang yang
dikendalikan dalam bahasa pengantar
Permainan Luar
Matematik
Jumlah minit seminggu

50
90
90

45 min x 2 hari
45 min x 2 hari

90
90

45 min x 2 hari
45 min x 2 hari

120

40 min x 3 hari
Atau
60 min x 2 hari

90
160

45 min x 2 hari
30 min x 5 hari

80

40 min x 2 hari

40
1200

40 min x 1 hari

4.2. TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN


(Rujuk Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)

102

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

4.2.1. Tunjang Komunikasi

Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib diajar kepada semua kanak-kanak
prasekolah.

Bahasa Cina dan Tamil diajar kepada prasekolah aliran cina dan tamil.

Bahasa Malaysia diajar 2 jam seminggu , Bahasa Inggeris diajar 2 jam seminggu
bagi prasekolah bahasa penghantarnya Bahasa Malaysia dan 1 jam seminggu jika
bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia.

Fokus utama Bahasa Komunikasi ialah mengajar kemahiran bahasa dan seni
bahasa.

Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menuis.

Bahan yang digunakan mesti sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

4.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi

Merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti menggunakan blok dan ICT.


103

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Memberi peluang kanak-kanak meneroka alam sekitar dengan deria dan peralatan
mudah.

Mencungkil sifat ingin tahu,sistematik dan teliti.

Mengenal konsep pranombor, nombor,operasi nombor yang mudah,konsep


waktu,wang, bentuk dan ruang.

Memberi peuang kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan


tertentu.

4.2.3. Tunjang Kemanusiaan

Tunjang ini memberi peluang kanak-kanak mengenali diri sendiri. perhubungan


antara keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar.

Kanak-kanak diajar tanggungjawab terhadap perhubungan ini.

Pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.

4.2.4. Tunjang Fizikal Dan Estetika


Merangkumi perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta perkembangan
Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan


kemahiran motor halus,motor kasar dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.

Mengajar teknik yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek dan


postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan diri,kebersihan


persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat juga aspek keselamatan.

Perkembangan Kreativiti

Merangkumi seni visual,pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif.

Kanak-kanak diberi peluang menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan
diri dengan aktiviti kreativiti.

Seni visual
-aplikasi seni (mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu karya)
-aspresi kreatif ( proses penghasilan karya)
104

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

-apresiasi seni ( proses menceritakan hasil kerja sendiri dan menunjukan


penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain)

Pendidikan Muzik-aktiviti menyanyi,bermain perkusi, penghasilan muzik menerusi


bahan atau objek improvisasi dan aspresiasi muzik.

Drama dan Gerakan Kreatif aktiviti drama dan gerakan. Kanak-kanak main
peranan, berlakon, menari dan gerakan kreatif.

4.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri

Merangkumi mengenali dan pengurusan emosi diri , pencapaian emosi positif,


pembinaan konsep kendiri positif.

Perkembangan sosio emosi berlaku sepanjang masa, tidak dicapai melalui aktiviti
spesifik, boleh melalui aktiviti rutin, rehat dan semasa makan.

4.2.6 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Merangkumi Pendidikan Islam dan pendidikan Moral.


Pendidikan Islam dipelajari selama 2 jam seminggu.
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam
memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman, Sirah
Rasulullah, dan Kalimah Syahadah.

Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakkan solat,


mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan mengikut adab ,
jawi, surah pendek dan doa pilihan.

Pendidikan Moral

merangkumi nilai-nilai murni, kepercayaan kepada Tuhan

4.3. PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN


Rancangan Pengajaran Tahunan
Merupakan satu kerangka perancangan pengajaran & pembelajaran lengkap dengan
komponen, hasil pembelajaran & aktiviti serta bahan yang disusun mengikut kesesuaian
masa yang dirancang dari minggu ke minggu.
Dilaksanakan dalam tempoh setahun
Objektif

105

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Guru dapat merancang, merangka, menyedia dan menyelaras secara tersusun Rancangan
PengajaranTahunan/Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk mencapai Hasil
Pembelajaran

Prosedur menyediakan rancangan pengajaran tahunan

Memilih dan menentukan tema

Membina web tema umum & web tema khusus

Menyediakan senarai semak hasil pembelajaran

Menulis Rancangan Pengajaran Tahunan/Mingguan

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan


106

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG


MINGGU

Standard Kandungan
TUNJANG
KOMUNIKASI
BAHASA MALAYSIA
(BM 1) Kemahiran
Mendengar.

Standard Pembelajaran
(BM 1.1.6) Mendengar dan
bertindak balas terhadap
ucapan selamat dan
bertatasusila dengan
bimbingan.

1. Majlis suaikenal dengan murid-murid


Prasekolah.

(BM2.1.1) Berbual dengan


sebutan perkataan yang betul.

3. Menyanyikan lagu ucapan selamat

(BM 1 .1) Mendengar


dengan penuh
perhatian dengan
(BM 3.1.1) Menyebut huruf
bimbingan (Contoh:
mengikut urutan
Selamat pagi, Selamat
(BM 4.1.1) Memengang alat
petang).
tulis dengan cara yang betul
(BM 2) Kemahiran
untuk menulis.
Bertutur.
(KM 1.1.2) Menceritakan
(BM 2.1) Berinteraksi tentang diri sendiri (contoh:
dengan mesra.
nama, umur, jantina, bangsa,
hobi).
(BM 3) Kemahiran
Membaca.
(BI 1.1.1) Listen to and identify
common sounds around them.
(BM 3.1) Mengenal
bentuk huruf A - Z.
(BI 2.1.1) Show awareness that
print conveys meaning by doing
(BM 4) Kemahiran
Pretend Reading.
Menulis.
(BI 3.1.1) Recognize letters of
(BM 4.1) Menguasai the letters of the alphabet by
kemahiran pratulis
their shapes.
TUNJANG
KEMANUSIAAN

Aktiviti

(BI 4.1.1) Engage in activities


requiring eye-hand coordination.

2. Guru memperkenalkan diri kepada


murid-murid.

Contoh: Selamat pagi cikgu,


Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi,
Selamat pagi,
Selamat pagi cikgu.
(Melodi: Happy Birthday)
4. Bercerita tentang diri sendiri.
5. Murid-murid menyebut nama guru,
pembantu dan diri sendiri secara
individu.
6. Bersoaljawab dengan murid
berdasarkan gambar.
7. Main peranan memberi ucapan
terima kasih kepada guru dan rakanrakan.
8. Berlakon mengikut emosi
-gembira ,sedih,takut dan marah

(KM 1.0) Diri saya

9. Permainan mimik muka

(KM 1.1) Mengetahui


tentang latar belakang
sejarah diri sendiri

1. Bercerita tentang diri sendiri.


2. Murid-murid menyebut nama guru,
pembantu dan diri sendiri secara
individu.

TUNJANG
KOMUNIKASI
BAHASA INGGERIS

3. Bersoaljawab dengan murid


berdasarkan gambar.

(BI 1)Listening
speaking

4. Teacher introduces each of the


students to the class.

(BI 1.1) Listen to and


discriminate sounds

5. The children introduce themselves to


the class, e.g : My name is Ali.

(BI 2 Pre reading skills

6. Teacher reads a short story.

107

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG


(BI 2.1) Understand
that printed materials
contain meaning.
(BI 3 ) Reading Skills.
(BI 3.1) Identify
alphabet.
(BI 4) Writing Skills.
(BI 4.1) Pre-writing
skills.

7. Teacher ask questions and the


children answer them.
8. The children act out lines from the
short story.
9. Talk to children about the letters that
represent the sounds they hear at
the beginning of their names.
10. Say childrens names and help them
match letters with the first sound of
their name Farah F.
11. Encourage children to draw and
paint and talk about
what they
have done.

Contoh Web:
Bentuk dan Jenis Rumah
Saya
Rumah batu
Rumah papan
Banglo
Teres
Flat/pangsa

Ruang Rumah Saya


Ruang tamu/bilik air/dapur/bilik
tidur
108
Peralatan setiap ruang
Cara penggunaan alatan

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

RUMAH SAYA

Kebersihan Rumah Saya


Cara-cara membersih
rumah
Peralatan yang
diperlukanpongkes/penyapu/tong
sampah/pewangi

Keselamatan
Alat-alat yang
membahayakan diri
Cara menyimpan alatan
Peti pertolongan Cemas
Pemadam api
Cara merawat

Persekitaran Rumah
Suasana ampaian/pokok
bunga/kolam Ikan/haiwan
ternakan/pokok buahbuahan/kebun sayur

Rancangan Harian

Kriteria-kriteria yang perlu ada sewaktu menulis Rancangan Harian ialah ;

Rancangan Tahunan / Rancangan Mingguan


Tema
Hari, Tarikh, Masa
Komponen, Hasil Pembelajaran
Aktiviti, Bahan
Kesepaduan
Catatan
Penutup
Refleksi

Aktiviti dalam Rancangan Harian perlu berteraskan ABP (Amalan Bersesuaian


Perkembangan) yang menjana perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.
Perlaksanaan pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu perlu seimbang di
dalam dan di luar kelas

Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dengan pendekatan yang bersesuaian.

Pemilihan sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran dan pengetahuan sedia


ada serta minat murid.
109

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Contoh Rancangan Slot Pengajaran


Kelas

Tadika Mustika

Tarikh

05 Januari 2010

Masa

0800- 0830 pagi

Bil. murid

25 orang

Modul

Tema

Tajuk/Tema

Keluarga saya

Tunjang Utama :
KM2.0

Saya dan Keluarga

Standard Kandungan

KM2.1

Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu, bapa, adik beradik)

BM2.2

Meransang pertuturan melalui soal jawab

Standard Pembelajaran :
KM2.1.2

Menceritakan salasilah keluarga terdekat.

BM2.2.6

Menjawab soalan dengan jawapan yang bersesuaian

Kesepaduan Tunjang :
BM2.0

Kemahiran bertutur

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :(i)

bercerita tentang salasilah keluarga sendiri.

Pengetahuan Sedia ada :


Murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak.

Kemahiran Berfikir (KB)

Mengekategori umur dan jantina.


Penerapan Nilai

Kasih sayang, hormat menghormati

110

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Alat Bantu Mengajar :


Carta Pokok Keluarga, Gambar Keluarga, Lagu Kasih Sayang
Fokus MI

Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonal


Kosa Kata

:Ibu, bapa, datuk, nenek, adik, abang, kakak

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN/ ABM

Set Induksi

Kasih sayang

1.Guru perdengarkan
lagu Kasih Sayang
Keluarga.

ABM:

( 5 minit )

(Tulis senikata
lagu)

2.Guru dan murid


menyanyi lagu Kasih
Sayang Keluarga
sambil berpegang
tangan.

Ahli keluarga:
datuk, nenek, ibu,
bapa dll

1.Guru bertanya dan


murid akan

Langkah 1
( 5 minit )

Soalan guru:
Siapakah yang
kamu paling
sayang ?.
Siapakah yang
paling tua dalam
keluarga?

Langkah 2
( 10 minit )

memberitahu /
menjawab soalan.
2. Guru
mempamerkan
gambar keluarga
mengikut jawapan
murid.

Susunan gambar

1.Murid diminta

mengikut:

menyusun gambar
keluarga mengikut
umur atau jantina di
papan tulis.

Peringkat umur;
Jantina;
Pasangan

2.Murid diminta
menyusun gambar
111

CD / kaset Lagu: Kasih


Sayang Keluarga

ABM:Gambar ahli
keluarga
KB: menjana idea

PN: hormat

MI: linguistik
ABM:Gambar ahli
keluarga
KB: mengkategori
PN: hormat
MI: linguistik

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

mengikut pasangan.

Langkah 3

Pokok Keluarga/

( 7 minit )
Salasilah keluarga

Penutup
( 3 minit)

Kasih sayang
terhadap keluarga

1. Guru bahagikan
murid dalam
kumpulan secara
berpasangan dan
mengedar gambar
pokok keluarga untuk
dilengkapkan.
2. Murid bercerita
tentang pokok
keluarga yang telah
disiapkan.
Guru merumuskan
pelajaran hari itu dan
bersama-sama
menyanyi lagu Kasih
Sayang Keluarga.

ABM:Gambar pokok
keluarga
KB: mengkategori
PN: linguistik
MI: linguistik

ABM: CD/ Kaset Lagu


KB: refleksi
PN: penyayang

Refleksi Guru:

KESIMPULAN

Penulisan perancangan tahunan dan harian merupakan asas dan panduan untuk
guru mencapai hasil pembelajaran yang dirancang.

Agihan masa dan komponen akan lebih seimbang dalam P&P.

Cadangan yang diberi diharap dapat memberi idea kepada guru untuk merancang
dan menyedia dengan format penulisan yang lebih sistematik

Guru dapat melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih bermakna dan menarik minat
murid serta akhirnya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.

4.4. PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN


Konsep Pentaksiran

112

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan,


kebolehan dan pencapaian.
proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program
pengajaran, polisi dan prosedur.
(Arthur et.al.; 1996)
Ia merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid
dengan pelbagai kaedah.
Definisi Pentaksiran Prasekolah:
Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid
bagi membantu guru membuat penilaian.
Tujuan Pentaksiran di Prasekolah

mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur


mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
memberi maklumbalas kemajuan murid

Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang


dirangkumi dalam KSPK
Merangkumi keseluruhan tunjang termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap,
penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial.
Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran
kerana melibatkan banyak faktor.
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak
perlu dipatuhi.

Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah

Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.


Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
Dijalankan dalam suasana tidak formal.
Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru

Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.


Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.
Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid

Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid


113

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :


Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

Apakah yang ditaksir?


Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang
mengandungi :

terkandung dalam KSPK yang

Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Ketrampilan Diri
Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Kemanusiaan

Termasuk elemen berikut :

penerapan nilai

pembentukan sikap

penguasaan kemahiran

status kecergasan

status kesihatan

kesediaan sosial
Maksud konstruk dalam pentaksiran di prasekolah adalah:
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid
yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu
- Kemahiran Mendengar
- Kemahiran Bertutur
- Kemahiran Membaca Perkataan
- Kemahiran Membaca Ayat
- Kemahiran Menulis
Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui
Standard Prestasi.
Standard Prestasi Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap
prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah
dikuasai murid.Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.

114

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Pentaksiran di prasekolah melibatkan proses:


i)

Merancang

ii) Membina Instrumen


115

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

iii) Melaksanakan Pentaksiran


iv) Merekod
v) Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan Melapor

MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

116

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Senarai Semak
Definisi:
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan
adalah untuk menentukan sama ada :

sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan


sesuatu pelakuan telah dilakukan
kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

Prosedur
117

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Perkara yang perlu diberi perhatian :

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.


Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkahlaku yang ingin diperhatikan
Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan
yang lebih tepat / tekal
Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau
kelas

118

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

119

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana
berlaku.

Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Panduan Merekod Anekdot

Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak
tercicir

Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

Menulis apa yang dilihat secara objektif

Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang
diperhatikan

Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan


perkembangan murid

CONTOH REKOD ANEKDOT

Nama: Maria

Tarikh: 20.10.2010

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Di luar Kelas

Pemerhatian:

Interpretasi:
- Maria menunjukkan bahawa dia
mempunyai perasaan untuk menjaga dan
menyayangi lam sekitar.

Maria dan Tina duduk di bawah pokok


sambil bermain tepuk tangan. Agus
datang menghampiri mereka dan
menunjukkan bunga raya yang telah
dipetiknya di kawasan tadika. Dia
menyepak bunga itu seolah-olah seperti
bola raga.

- memiliki kecerdasan naturalis

Maria menegur: Mana boleh buat macam


tu
Rekod Berterusan
Tak apa, kata Agus.
Tak reti..itu bukan bola kata Maria lagi.
Tak apalah.. , jawab Agus lagi.
Sayang bunga tu

120

dari situ.

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan
kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh
pemerhatian.

Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh


3 5 minit.

Prosedur

Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.

Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.

Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.

Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan

Rekod perkara yang benar-benar berlaku

Guna bahasa yang mudah difahami

Guna singkatan semasa mencatat

Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.

Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental

Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik
dan sulit.

121

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

CONTOH REKOD BERTERUSAN


Nama: Asri bin Yusof

Umur: 5 tahun

Tarikh: 24.4.2010

Guru: Mohd Ismail

Masa: 11.00 pagi

Item: Peraturan

Pemerhatian

Ulasan

Asri masih berada diruang mengambil


wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf
hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri
betul untuk mendirikan solat.

Belum memahami tertib mendirikan solat


berjemaah

Asri menolak dan merempuh rakan di saf


hadapan untuk membolehkannya berada di
saf hadapan.
Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. Tadi
Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat,
kita kena masuk di saf belakang yang masih
kosong. Lain kali kalau nak di saf depan
kenalah cepat ambil wuduk
Amin menyampuk ,Tadi dia main air, cikgu.
Asri mengundur masuk ke saf belakang.

Skala Kadar

Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara angka


atau gred.

Semasa merancang guru perlu menentukan :


-

Tajuk

Kemahiran , tingkah laku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas

Penerangan skala dinyatakan

Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan

122

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

123

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

124

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Tindakan susulan
Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :
i.

Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran


- Murid yang sudah menguasai
- Perlu latihan lebih mencabar

ii. Bimbingan dan pemulihan


- Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard
- Perlu galakan dan aktiviti bimbingan

Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid

Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid

Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang
ditentukan

125

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

126

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

127

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Etika Pentaksiran
-

Hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja

Rekod tidak boleh dipamerkan

Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga

Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun

128

You might also like