Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 - ROSSA CALLA

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

Privacy Policy

HOME

Waktu Solat

PANDUAN

Site Map

INFORMASI

Tawaran Iklan

Penafian

PENDIDIKAN

Contact Us

SUKAN

LIVE

Search...

Home INFORMASI PANDUAN PENDIDIKAN PT3 SEJARAH Latar


Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Rossa Calla Tuesday, June 23, 2015


PENDIDIKAN , PT3 , SEJARAH

INFORMASI , PANDUAN ,

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan


Persekutuan 1895
Latar
Belakang
Perjanjian

POPULAR POSTS

Tugasan Geografi PT3 1


2015 Kegiatan
Ekonomi
2

Contoh Borang Soal


Selidik Tugasan
Geografi PT3 2015

3
Latar Belakang
Perjanjian Persetiaan
Persekutuan 1895
Konsep Dan Takrifan 4
Kegiatan Ekonomi
Tugasan Geografi
PT3 2015

Persetiaan Persekutuan 1895. Satu perjanjian yang


dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah
ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir
Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan
Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam
Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong,
Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa

Tips Dan Panduan


Lengkap Tugasan
Geografi PT3 2015
Kegiatan Ekonomi
Faktor Terjadinya
Perjanjian
Persekutuan 1895
Kerja Kursus
Sejarah PT3 2015
Perjanjian
Persekutuan 1895

Tampin.
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

1/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

PANDUAN CARA BUAT KAEDAH KAJIAN


TUGASAN KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2015
KLIK Perjanjian Persekutuan 1895

Menurut Perjanjian Persekutuan 1895 ini, Raja-Raja


yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka dan
negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British
dan menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan
yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang
akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.
Faktor-faktor termeterai Perjanjian Persekutuan 1895 ini
ada diterangkan di Terjadinya Perjanjian Persekutuan
1895.

Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895


Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank
Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negerinegeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith
menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan
mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri
daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan
persekutuan akan menguntungkan British dan negeri
tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank
Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan
persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan
persekutuan.

MY BLOG LIST

Bubblynotes
Kelebihan Seorang Ibu
Yang Bekerja...

dePalmaSP
Kisah Pencuri Telur Tidak
Ditangkap Malah Dibantu
Lagi

Sentiasa Panas
Awas Seluar Skinny Jeans
Merosakkan Otot Dan
Saraf Kaki

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

2/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani


perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell
menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. 4 buah negeri iaitu
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan
menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana
pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur. NNMB

Amanz
Oppo Joy 3 Diperlihatkan
Peranti Kelas Permulaan
Dengan Binaan Logam

Bintang Sukan
Keputusan Pasukan
Malaysia Bawah 13 Tahun
Di IberCup Sepanyol 2015
Show All

diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen


masih kekal di negeri masing-masing. Frank Swettenham
adalah Residen Jeneral Pertama NNMB dari tahun 1896
hingga 1900.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem
persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah
Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri
Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada

ARKIB BLOG

Arkib Blog
PALING HOTS
Myboutique2ucom

Baju Kurung Moden Murah


Dan Terkini

tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila


ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-

Ads by Rossa Calla

negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi


membentuk Malayan Union.
Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada
tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan
Sabah, Sarawak dan Singapura.
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
1.

Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan

digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai


Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi
negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai
oleh British.
2.

Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian

yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.


3.

Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri

tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan


dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4.

Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

3/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

5.

Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai

Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.


6.

Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut

arahan kerajaan pusat.


7.

Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8.

Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan

menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan


persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10.

Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam

politik, ekonomi dan sosial.


11.

Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan

undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan


yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12.

Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13.

Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan

pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan


ditubuhkan.
14.

Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan

mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.


Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NegeriNegeri Melayu Bersekutu)

Pesuruhjaya Tinggi British


(Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) di
Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur dan tinggal di
Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

4/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

Pahang

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan


1896Kesan-kesan
1.

Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya


mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di
seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang
stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh
persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan
seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undangundang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana
semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan
kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang
mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran,
beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam,
perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi
ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen
Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu
Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam
erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik.
Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan
kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa
penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan.
Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan
kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan
negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya
mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran.
Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan
besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut
arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan
Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa
dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya.

Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam


menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri
Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen
Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

5/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi


kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran
tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis
Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa
Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan,
Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.
Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam halehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak
lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka
tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa
meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal
oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai
Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada
kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang
yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah
menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil
tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negerinegeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh
British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah
menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis
Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun
1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat
pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai
orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan.
Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak,
Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama
kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja
sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak
1909.
2.

Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri


Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa
kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan,
keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

6/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan


dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua
gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang
ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negerinegeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri
dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan
getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan
berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat
kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem
jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang
menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan
ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun
1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan
jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903,
terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan
disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya
pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang
Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada
tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000
tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang
Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas
perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai
oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan
getah yang semakin berkembang selepas penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya
terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3.

Sosial

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya


mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan
keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang
telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi
terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan
perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah
menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga
mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan
India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

7/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu.


Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan
perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala
Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti
perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai
kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan
yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909,
terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904
kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya
dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran,
banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah
Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911,
50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah
Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada
tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas
untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu,
kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk
menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan
keretapi.
Kesan-Kesan Akibat Kuasa Sultan Dikurangkan
Sultan-sultan NNMB tidak puas hati. Tahun
1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR
iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi
mengatasi masalah
Ahli-ahli Durbar ialah;

1. Pesuruhjaya Tinggi
2. Raja-Raja Melayu
3. Residen Jeneral
4. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang)
Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala
Kangsar, Perak
Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di
Kuala Lumpur
BAHAN RUJUKAN
Berikut disertakan bahan rujukan untuk panduan pelajar
semua :-

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

8/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

Pengenalan : Latar Belakang Perjanjian


Persetiaan Persekutuan 1895
Menjelaskan Faktor Terjadinya Perjanjian
Persekutuan 1895
Faktor-faktor dan kesan Perjanjian
Persekutuan 1895
Negeri Sembilan sebagai sebuah persekutuan
1889 - 1898
Hari Ini Dalam Sejarah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896
Nota Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Follow @rossacalla

264 follow ers

Perling PUTIH
Like 10,295

70
Like

70
Share

6
Tw eet

Share

RELATED POSTS :

Sumber Sejarah PT3 2014 Isu Perpaduan Kaum Di


Malaysia
PT3 Sejarah Kerangka / Draf Tugasan 2014
& PT3 Sejarah Huraian / Panduan Tugasan
2014Read
more: http://rossacalla.blogspot.com/2014 Read
More...

Panduan Lengkap Cara Buat Tugasan Sejarah PT3


2014
Panduan Lengkap Cara Buat Tugasan Sejarah
PT3 2014 Sila Klik : Bahan Rujukan Tugasan /
Pentaksiran Sejarah PT3 Tahun 2014 Sila Klik :
Read More...

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara


Geografi PT3 2014
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

9/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

merupakan bahagian terakhir untuk kajian


kes PT3 Geografi. Markah penuh adalah 20
markah di Read More...

Contoh Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3 Perpaduan Kaum Di Malaysia


Contoh Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3
Semoga contoh tugasan ini dapat membantu
pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapk Read
More...

Masalah Pencemaran Air Contoh Tugasan Geografi


PT3 2014
Masalah Pencemaran Air Tugasan Geografi PT3
2014 : Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
pencemaran air didefinikan sebagai apa-a
Read More...

Add a comment...
Also post on Facebook
Facebook social plugin

0 RESPONSE TO " LATAR BELAKANG PERJANJIAN


PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895 "

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Newer Post

Google Account

Preview

Home

Older Post

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

10/11

25/06/2015

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 | ROSSA CALLA

Copyright 2014 ROSSA CALLA

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/latar-belakang-perjanjian-persetiaan-persekutuan-1895.html#axzz3e3l5FkSw

Pow ered by Blogger.com

11/11

You might also like