Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

2.16.

1 Pengenalan
1.

Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan perkhidmatan pos yang mengambil masa
yang agak lama untuk sampai ke destinasinya.

2.

Kini, telefon, telegraf, teleks, dan mesin faks digunakan untuk menghantar dan menerima
maklumat dengan lebih cepat.

2.16.2

Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia

1.

Di Malaysia, sistem perhubungan berkembang dengan kemajuan teknologi.

2.

Di Malaysia, sistem perhubungan dalam bentuk media elektronik yang pertama ialah radio.

3.

Di seluruh negeri di Malaysia dibina stesen-stesen radio.

4.

Siaran radio dibahagikan kepada siaran tempatan dan kebangsaan yang menghiburkan pendengar.

5.

Kerajaan (governan) menyampaikan polisinya kepada rakyat di seluruh negara melalui radio bertujuan
untuk meningkatkanintegrasi nasional.

6.

Pada 29 Disember 1963, televisyen diperkenalkan. Medianya lebih menarik kerana dipaparkan dalam
bentuk gambar bergerak dan berbunyi.

7.

Siaran radio dan televisyen disalurkan melalui gelombang radio dan gelombang elektromagnetik
oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Penerangan.

8.

Perkhidmatan radio dan televisyen lebih ditingkatkan dengan penggunaan satelit.

9.

Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT I dan MEASAT II).

10. Perkembangan teknologi satelit ini telah menjadikan Malaysia sebagai:


a.

pusat perhubungan serantau dan antarabangsa di Asia Tenggara;

b.

mempunyai hubungan telekomunikasi dengan negara lain di seluruh dunia;

c.

menerima siaran langsung radio dan televisyen dari luar negara.

11. Stesen satelit bumi yang menerima maklumat ialah di Kuantan, Sematan, Pulau
Langkawi, Labuan, dan Melaka.

Peta 2.15.1 Kedudukan stesen satelit bumi


12. Fungsi MEASAT ialah untuk memodenkan perkhidmatan perhubungan dan penyiaran.
13. Contohnya perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara dapat disiarkan secara langsung ke
negara Malaysia mengikut waktu tempatan.
14. Satelit mikro pertama, TiungSAT-I membolehkan:
a.

pertukaran pendidikan dan teknologi;

b.

pengurusan alam sekitar dan kaji cuaca.

15. Teknologi MEASAT juga memperkenalkan siaran televisyen bersatelit, iaitu ASTRO.
16. Penduduk dapat menikmati lebih banyak rancangan televisyen.
17. Satu lagi alat perhubungan yang penting di negara Malaysia ialah telefon.
18. Telefon membolehkan perhubungan antara individu yang berada di tempat lain.
19. Dengan teknologi satelit, penggunaan telefon yang lebih canggih seperti telefon satelit dan telefon
tanpa wayar (telefon selular) diperkenalkan.
20. Kedua-dua alat perhubungan ini menyebabkan perhubungan dan penyaluran maklumat menjadi lebih
cepat.
21. Telefon selular menawarkan perkhidmatan berhubung tanpa wayar di samping perkhidmatan
mesej ringkas (sms),mel suara, dan internet (wap).
22. Komputer adalah satu lagi jenis alat perhubungan yang dapat menerima, memproses, menyimpan,
dan mengeluarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, dan video.

23. Komputer juga dapat digunakan untuk memperoleh maklumat tanpa batasan serta berhubung
melalui sistem internet dengan teknologi satelit.
24. Internet ialah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia.
25. Internet membolehkan maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan murah melalui emel dan www (world wide web).
26. Seseorang yang mempunyai alamat e-mel dapat berhubung dengan individu yang lain di merata
pelosok dunia dengan kos panggilan tempatan.
27. Di negara Malaysia, pembekal khidmat internet ialah TMNet, MaxiNet, dan Jaring.
28. Perkembangan sistem teknologi dan maklumat di seluruh dunia pada hari ini menyebabkan sistem
perhubungan yang lebih pantas dan cepat.
29. Telefon selular menghantar dan menerima data dengan lebih cepat.
30. Telefon selular 3G membolehkan seseorang berbual dengan individu yang lain dengan melihat
wajah individu tersebut.
31. Kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkan Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) bagi
meningkatkan sistem perhubungan negara ke arah lebih moden, canggih, dan dinamik.
32. Di bawah Rancangan Malaysia ke-7, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) diperkenalkan.
ICT ialah cantuman antara teknologi komunikasi (IT), penyiaran, dan komputer.
33. Penggunaan ICT diperluaskan dengan memperkenalkan Koridor Raya Multimedia MSC.
34. Kerajaan Malaysia telah menyediakan kemudahan multimedia dengan menubuhkan bandar siber.
35. Tindakan ini bertujuan menarik syarikat besar berteknologi dan bertaraf dunia untuk beroperasi
di koridor ini.
36. Objektif MSC adalah untuk menjadi pusat tele-kesihatan, kerajaan elektronik, sekolah bestari, pusat
penyelidikan dan pembangunan (R&D), pusat pemasaran tanpa sempadan, dan penggunaan kad
pintar.
37. Tele-kesihatan bertujuan mempercepat peningkatan tahap kesihatan di negara Malaysia. Contohnya,
pembinaan Hospital Selayang.
38. Sekolah bestari diperkenalkan untuk melahirkan generasi baru yang celik IT, kreatif, dan inovatif
serta berupaya membawa ekonomi ke era maklumat.
39. Pembelajaran dilaksanakan dengan lebih efisien.
40. Murid-murid menggunakan CD-Rom dan digalakkan untuk melayari laman web bagi mencari
maklumat.

41. Kerajaan telah mengadakan kempen pemilikan komputer peribadi (PC) untuk menggalakkan
penggunaan komputer di kalangan rakyat.
42. Kursus jarak jauh universiti tempatan dan luar negara dapat diikuti dengan menggunakan komputer
melalui telesidang.
43. Pusat Internet Desa (PID) telah ditubuhkan untuk meningkatkan penggunaan IT di kawasan luar
bandar.
44. Peningkatan teknologi membolehkan penggunaan kad pintar (smart kad) seperti MyKad dan MyKid.
45. Kerajaan juga menubuhkan Perkampungan Hiburan (e-village) yang menggalakkan ilham kreatif
serta pelaburan tempatan dan antarabangsa.
46. Sistem komputer juga digunakan oleh kerajaan dalam sistem pertahanan negara dan keselamatan
negara.
47. Perkembangan pesat dalam sistem telekomunikasi telah membantu menarik banyak pelabur asing.

2.16.3

Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia Dan


Kanada

1.

2.

Pentingnya sistem perhubungan di negara Malaysia dan Kanada:


a.

menyampaikan dan menerima berita, pesanan, dan maklumat dengan cepat dan mudah;

b.

mempercepat perhubungan antara penduduk dan antara negara kita dengan negara lain;

c.

menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar;

d.

menggalakkan perniagaan dan perdagangan tempatan dan antarabangsa.

Malaysia telah merancang meningkatkan penggunaan ICT dengan memperkenalkan Koridor Raya
Multimedia (MSC).

3.

Di Kanada, kawasan Niagara International Teleport (NIT) mempunyai fungsi yang sama dengan MSC.

4.

Kawasan ini merangkumi bandar Erie di Kanada hingga ke bandar Buffalo di Amerika Syarikat.

5.

Menara Kuala Lumpur didirikan bagi memajukan sistem perhubungan penyiaran radio dan
televisyen di negara Malaysia.

6.

Menara ini berfungsi sebagai menara perhubungan yang menjadi penghubung dalam satu sistem
komunikasi yang pantas.

7.

Menara KL juga merupakan tarikan pelancong.

8.

Di Kanada, Menara CN mempunyai fungsi yang sama dengan Menara KL, iaitu sebagai sistem
perhubungan radio dan televisyen.

9.

Dalam bidang pendidikan pula kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkan sekolah bestari.

10. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia/ komputer bagi tujuan pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan sekolah.
11. Rangkaian Sekolah Global diperkenalkan bagi membolehkan sekolahsekolah di negara Malaysia
dihubungkan dihubungkan secara elektronik dengan sekolahsekolah terpilih di seluruh pelosok dunia.
12. Di Kanada, terdapat sekolah bestari yang mengamalkan projek Grass Roots Twin School yang
bertujuan memperluas kebudayaan dan mata pelajaran Sains.

2.16.4 Dunia Tanpa Sempadan


1.

Perkembangan perhubungan telah membawa negara Malaysia ke era globalisasi atau dunia tanpa
sempadan.

2.

Globalisasi ialah suatu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi
oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara.

3.

Ruang udara dan langit sesebuah negara itu akan terbuka luas untuk dimasuki pelbagai media
komunikasi seperti internet,media elektronik, dan teknologi siber.

4.

Perkembangan perhubungan telah menimbulkan beberapa kesan positif dan kesan negatif.

Kesan-kesan Positif
1.

IT dapat membantu kita mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah seperti melalui
internet, penggunaan komputer, dan sistem telekomunikasi lain mudah dan cepat.

2.

Pelanggan dapat mengeluarkan wang melalui ATM yang beroperasi 24 jam.

3.

Kini, bank juga memperkenalkan khidmat tele-perbankan bagi kemudahan pelanggan.

4.

Pelanggan tidak perlu ke bank untuk berurusan tetapi hanya menggunakan teknologi ICT di rumah.

5.

Sistem pembelajaran telah menjadi lebih cekap dan mudah.

6.

Contohnya, teknologi multimedia interaktif yang membolehkan kandungan sesebuah buku di


sembahkan secara berkomputer melalui penggunaan CD-Rom.

7.

Pelajar di peringkat universiti, dapat juga berinteraksi dengan pensyarah secara langsung dengan
menggunakan internet.

8.

Mereka dapat bertukar-tukar nota kuliah dan terlibat dalam sesi interaktif yang membolehkan semua
orang dalam rangkaian mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

9.

Konsep pembelajaran ini dinamakan Universiti Maya. Contohnya adalah seperti yang dilaksanakan
di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Universiti Multimedia.

10. Teknologi maklumat dapat juga digunakan dalam tele-kesihatan.


11. Kepakaran doktor yang berada di luar negara dapat digunakan untuk membuat diagnosis terhadap
pesakit yang berada di negara Malaysia.
12. Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputer yang dipancarkan dari hospital di
Malaysia untuk membuat analisis, rujukan, dan cadangan rawatan.
13. Perkhidmatan ini terdapat di Hospital Selayang.
14. Kerajaan juga dapat memberikan perkhidmatan yang berteraskan IT kepada rakyatnya.
15. Kerajaan Malaysia membangunkan rancangan kerajaan elektronik di Kerajaan Persekutuan di
Putrajaya.
16. Contohnya, pembayaran dan pembaharuan lesen diuruskan melalui rangkaian komputer.
17. Penggunaan e-dagang telah mencepatkan perdagangan dan membangunkan ekonomi di kawasan Asia
Pasifik (termasuk negara Malaysia).
18. Sistem perhubungan negara Malaysia telah dimajukan oleh kerajaan lagi dengan
penyediaan teknologi gentian optik.
19. Kerajaan telah memasangkan rangkaian gentian optik sejauh 62 600 km untuk menghubungkan
negeri dan bandar utama di seluruh negara.
20. Teknologi ini membolehkan pelbagai bentuk maklumat seperti data, suara, dan video diterima oleh
penduduk.

Kesan-kesan Negatif
1.

Pelanggan memperoleh banyak maklumat dengan melayari internet.

2.

Terdapatnya juga bahan internet yang tidak sesuai bagi golongan kanakkanak dan remaja.

3.

Oleh sebab maklumat tersebut tidak dapat dikawal dan ditapis, kemungkinan maklumat negatif yang
diterima dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

4.

Terdapat juga individu yang menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan menyalurkan maklumat
berunsur hasutan dan fitnah.

5.

Maklumat sebegini akan menjejaskan keharmonian negara dan ketenteraman awam.

6.

Perkembangan IT dapat juga mengancam keselamatan negara jika disalahgunakan.

7.

Contohnya berlaku pencerobohan masuk ke dalam sistem komputer agensi kerajaan termasuk
sistem pertahanannya.

8.

Cetak rompak perisian komputer juga semakin meningkat.

9.

Masalah ini dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Hakcipta Pindaan
1997 dengan hukuman penjara dan denda.

You might also like