Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sejarah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan.
Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk
tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke
utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing
sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada
seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya
Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui
kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan
bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan
utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk,
Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua
terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
1. Mukim Chegar Galah
2. Mukim Kota Lama Kiri
3. Mukim Lubok Merbau
4. Mukim Kampung Buaia
5. Mukim Senggang
6. Mukim Sayong
7. Mukim Kota Lama Kanan
8. Mukim Sungei Siput
9. Mukim Pulau Kemiri

Sejarah

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum
hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan
sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah
peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang
Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak.
Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah,
tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala
sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya,
"Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi
mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja
sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam,
untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai
hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang
dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di
sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang
pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di
perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

Rekreasi / Pelancongan
Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar

Istana Iskandariah di Bukit Chandan


Masjid Ubudiah di Bukit Chandan
Galeri Sultan Azlan Shah
Istana Kenangan / Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik
kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku
Resort Sungai Perak
Pusat Rekreasi Jabatan Pengairan & Saliran
Taman Rekreasi Raja Intan Suraya
Kelab Polo Sultan Iskandar
Kelab Golf Kuala Kangsar

Bot Penambang Sungai Perak (Foto Ihsan Chan Sow Yan)

Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.

Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )


Industri Kraftangan

Labu Sayong
Tekatan Benang Emas
Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya. Di sini terkenal
dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis
yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong
Jambatan Sayong
Melihat pokok getah tertua di Malaysia
Melawat kubur Tok Temong

Kemudahan-kemudahan
Pendidikan
Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:

SMK Raja Perempuan Kelsom


Madrasah Idrisiah (MIBCKK)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Kolej RISDA
SMK Clifford
SMK Tun Perak, Padang Rengas
SMK Raja Muda Musa
SK Talang
SK Raja Perempuan Muzwin
SRJK(C) Tsung Wah
SMJK Tsung Wah
SRK Clifford
SRK Datin Khadijah
SRK Sultan Idris II
SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sg Siput (U) (STMAA)
SMK RLKT Lasah Sg Siput (U) Perak
SM (Persendirian) Tsung Wah
SMK Bukit Mercu
SK Padang Ampang

SK Legap
SMK Simpang Beluru
SMK SAYONG
SK PADANG ASAM
SM TEKNIK KUALA KANGSAR Padang Rengas
SMK TEMENGGONG KATI
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN (KIDR)
KOLEJ KOMUNITI

Pengangkutan
Stesen Keretapi Kuala Kangsar

Hentian Bas Tempatan / Ekspres


Pengangkutan Air (Perahu) iaitu menghubungkan Sayong dengan bandar Kuala Kangsar
Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.

Jambatan Iskandar dibina tahun 1928


Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan)
Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar ini dengan Kampung Sayong)
Jambatan Victoria (jambatan keretapi pertama di Malaysia)
Jambatan Keretapi Landasan Berkembar

Masjid

Masjid Ubudiah
Masjid Ridzuaniah
Masjid KUISAS

Pejabat pos

Pejabat Pos Kuala Kangsar

Bekalan elektrik

Tenaga Nasional Bhd,Bangunan Tenaga Nasional Bhd, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000
Kuala Kangsar
Tenaga Nasional Bhd,Istana Iskandariah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Tenaga Nasional Bhd,No. 5276, Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Tenaga Nasional Bhd,No. 831, Jalan Lubuk Merbau, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar

Perkhidmatan kesihatan

Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
Klinik Kesihatan dan Pergigian
Farmasi Kangsar Sdn Bhd,No. 29, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
Healthtronics (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris
Shah, 33000 Kuala Kangsar
Kedai Ubat Swee On,No. 64, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
Pusat Perubatan Homoeopathy Kuala Kangsar,1st Floor, Perhentian Bas, Jalan Raja
Bendahara, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan
Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar

Koperasi / Persatuan

Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah ((P.B.P.I)), Madrasah idrisiah, 33000 Bukit Chandan,Kuala
Kangsar
Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, 48B, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar
Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, No. 94, Tingkat 2, Jalan Kangsar, 33000
Kuala Kangsar

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bhd, No. 88, Tingkat 3, Jalan Kangsar, 33000 Kuala
Kangsar
Koperasi Peniaga & Penjaja Daerah Kuala Kangsar Bhd, Tingkat 1, Pej Kop Peniaga &
Penjaja, 33040 Kuala Kangsar
Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, K3, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, No. 67, Jalan Kangsar, 33000 Kuala
Kangsar
Persatuan Kwang Tung Kuala Kangsar, No. 393, 2nd Floor, Jalan Stesyen, 33000 Kuala
Kangsar
Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, No. 42, 4th Floor, Mcoba, Jalan
Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
Persatuan Pemborong Bumiputera Kuala Kangsar, 68A, Bangunan Rsb, Jalan Dato Maharaja
Lela, 33000 Kuala Kangsar

Bank

AmFinance Bhd, No. 318, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, PT2041, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak Arah Utara, 33040
Kuala Kangsar
Bumiputra-Commerce Bank Bhd ,No. 96, Tingkat bawah, Jalan Kangsar, 33000 Kuala
Kangsar
Hong Leong Bank Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
Public Bank Bhd,No. 12, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
RHB Bank Bhd, No. 6, Tingkat bawah, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
Bank Simpanan Nasional, 33000 Kuala Kangsar
Public Finance, 33000 Kuala Kangsar
Bank Muamalat, 33000 Kuala Kangsar
Agro Bank, 33000 Kuala Kangsar
Malayan Banking, 33000 Kuala Kangsar
Bank Tabung Haji 33000 Kuala Kangsa

You might also like