Laporan Penyimpanan Air Hujan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pendahuluan,

Air hujan merupakan sumber air yang wujud secara berterusan. Pelbagai pihak
telah berusaha untuk mencipta satu sistem yang terbaik untuk mengatasi masalah
pengumpulan air hujan. Antara masalah yang timbul ialah kawasan yang terhad,
maintenance, penggunaan dan kos. Diatas kesedaran ini, saya cuba untuk
menyumbangkan buah fikiran agar sistem ini boleh digunakan oleh semua pihak
dengan mengurangkan masalah masalah yang disebutkan tadi.

Pengenalan sistem.
Sistem pengumpulan air hujan yang saya perkenalkan ini ada mempunyai
persamaan dengan lain lain sistem, tetapi ada sedikit inovasi yang mungkin terlepas
pandang oleh pencipta sebelum ini. Penyelesaian mudah ini, mungkin boleh digunakan
oleh pemaju perumahan baru, sekolah-sekolah, tandas awam dan sebagainya. Sistem
ini juga tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk memahaminya.

Cara sistem berfungsi.


Pengumpulan dan penggunaan semula air hujan ini menggunakan kemudahan
yang sedia ada, air hujan dikumpulkan ke dalam tangki pengumpulan dengan
menggunakan paip PVC berukuran 4 inci. Air hujan akan ditapis menggunakan jaring
nyamuk sebelum dikumpulkan di dalam tangki untuk menapis sampah yang boleh
menyebabkan paip dan pam air tersumbat.

Tangki
Tangki yang digunakan dalam kajian ini adalah dari jenis poly tank dan
berkapasiti 400 gallon. Tangki jenis ini ringan, fleksibel dan tahan dalam semua
keadaan cuaca.Tangki air hujan mempunyai dua inlet dan 2 outlet.
a) inlet untuk air hujan
b) inlet untuk air paip.
c) outlet untuk overflow
d) outlet untuk ke pam air atau terus ke flush tandas( penggunaan ).

Gambarajah tangki simpanan air hujan.

Salur air
hujan

Overflow

Had maksimum
tangki
Isipadu air hujan
Injap bebola
dan
pelampung

Had maksimum air


paip

Salur air
paip
Isipadu air hujan

Pergi ke water
pump

Sekiranya air hujan tiada, air paip akan masuk kedalam tangki hanya sehingga
tahap had maksima air paip ( maksimum 150 gallon* ). Air paip tidak akan melebihi had
maksima air paip kerana kemasukkan air paip akan dikawal oleh injap bebola dan
pelampung. Kemasukkan air paip ini dapat mengelakkan pam air rosak/terhenti kerana
ketiadaan air.
Sekiranya hujan turun, air hujan akan dimasukkan kedalam tangki dan
dikumpulkan sehingga had maksima tangki secara automatik ( maksimum 250 gallon* ).
Air hujan yang berlebihan akan dikeluarkan ke dalam longkang melalui lubang
overflow.Penapis akan dipasang di bahagian hujung salur air hujan sebelum air masuk
kedalam tangki. Ini bertujuan untuk menggelakkan sampah masuk kedalam tangki yang
boleh menyebabkan paip atau pam air tersumbat.
*Anggaran jumlah air jika menggunakan tangki 400 gallon
Perbandingan kaedah biasa dan Sistem Baru.
Bil

Sistem Lama

Sistem Baru

1.

Sistem tidak berfungsi jika tiada

Sistem akan terus berfungsi

hujan

walaupun tiada hujan kerana


air hujan akan diganti oleh air
paip secara automatik.

2.

3.

Memerlukan tangki khusus untuk

Tangki boleh menggunakan air

mengumpulkan air hujan.

hujan atau air paip.

Memerlukan petugas untuk

Penggunaan air adalah secara

menutup paip untuk air hujan atau

berterusan.

air paip.
4.

PENUTUP

Memerlukan tangki yang banyak/

Hanya memerlukan satu tangki

besar dalam satu satu masa.

sahaja.

Tangki yang diperkenalkan ini boleh digunakan didalam projek perumahan baru
atau rumah yang sedia-ada. Sekiranya sistem ini dipraktikkan di kawasan tumpuan
umum seperti tandas, banyak penjimatan air yang boleh dilakukan. Sistem ini juga
tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar terhadap struktur bangunan. Sekolah
merupakan tempat yang paling sesuai untuk mengaplikasikan sistem ini kerana ia
mempunyai pengguna yang ramai.

Disediakan oleh:
..
..
( HIRMADI BIN HAMDANI )
PEREKACIPTA
KURIKULUM
SK.SERI CHERAS

Disahkan oleh:

( JAMILAH BT. HJ.JANTAN )


GURU PENOLONG KANAN
SK.SERI CHERAS

You might also like