Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang
tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf
baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak
masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan,
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19,
masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa,
semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama
sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat
majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54),
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah
sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial
dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokohtokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah
memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga
menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,
perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh
satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga
berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar
nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan
sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau

membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat


dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang
mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat
majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai
kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu
rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat
hubungan ras.
ANALISIS SEJARAH PENDUDUK MALAYSIA
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada
luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini
berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri
yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut

W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar
ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak
pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari
Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai
selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di
Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka
ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka
(S.N. Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat


majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok
(Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada
luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia
iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun,
jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi
dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami
transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik
Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.
Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab

resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat
Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
KESERASIAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum merdeka,
selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka.
1.1 Sebelum Merdeka
Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan jurang
perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik,
ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasardasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh
asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah
mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik
terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal sehingga perang dunia
kedua. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) pihak British telah melahirkan
masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan dan pekerjaan
seperti berikut: Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani, pesawah,
nelayan, pertukangan dan sebagainya.
Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri
dalam perniagaan runcit dan sebagainya.
Etnik India tertumpu di kawasan estet dan lading-ladang. Bekerja sebagai penoreh, buruh
binaan dan sebagainya.
Pada zaman pemerintahan Jepun pula, penindasan terhadap etnik Cina berlaku. Permusuhan
ini adalah kesan daripada perang Jepun-China pada tahun 1937. Pihak Jepun menjaga
hubungan baik dengan masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu diberi peluang untuk
bekerja dalam pentadbiran. Pihak Jepun juga menjaga hubungan baik dengan orang-orang
India. Sistem pemerintahan Jepun yang berat sebelah telah mengundang permusuhan di
kalangan etnik Cina dan Melayu. Etnik Cina aktif berpolitik dan menyertai Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menentang Jepun. PKM berfungsi menjaga dan membela nasib orang
Cina yang tertindas.
Parti politik Cina telah menyiksa orang-orang Melayu sebagai tanda membalas dendam
setelah pihak Jepun berundur dari Tanah Melayu. Jurang di antara etnik pada zaman
penjajahan adalah amat besar dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pelbagai etnik di
negara ini. Etnik Cina dan India berusaha ke arah mendapatkan taraf sama rata seperti etnik
dominan Melayu. Secara tidak langsung, tindakan etnik Cina dan India telah mengundang
rasa tidak puas hati di kalangan etnik Melayu sehingga tertubuhnya Malayan Union pada 1

April 1946 dan Isu Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemerdekaan ketiga-tiga etnik ini telah bersatu
dan bekerjasama membentuk Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti UMNO, MCA dan
MIC. Pembentukan ketiga-tiga jenis parti ini telah banyak menyumbang kepada perpaduan
dan integrasi nasional di kalangan etnik di negara ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri parti
politik UMNO, MCA dan MIC: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946.
UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. UMNO ditubuhkan bertujuan untuk menentang
Malayan Union dan berjuang menuntut kemerdekaan.
Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949. MCA diasaskan
oleh Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan Cina dan
bekerjasama dengan etnik lain untuk mencapai kemerdekaan.
Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah ditubuhkan pada Tahun 1949. MIC diasaskan oleh
John Thivy. MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum India dan memperjuangkan
kemerdekaan bersama etnik lain.
Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada usahausaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.
Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis.
1.2 Selepas Merdeka

Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga
wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi
Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik
mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke
semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif
kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam
perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi
politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang
india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti
perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa
dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti berikut: Dasar Pelajaran Kebangsaan
Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk
menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran
yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam
pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan

ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi
nasional melalui elemen-elemen seperti berikut: Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan satu
program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun
1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan integrasi nasional
dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah
dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan
interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku.
Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah
seimbang.
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir
pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.
Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.
Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.
Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.
1.3 Selepas Hampir 50 Tahun Merdeka
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara mengecapi
kemerdekaan mencecah ke usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup mematangkan dalam
pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah disebabkan oleh

wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan
agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara
telah banyak membantu dalam membentuk hubungan erat di kalangan etnik di negara ini.
Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan
rancangan-rangcangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan
hubungan etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan
agama.
Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi
melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan
2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar
maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan
hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri
sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.
Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu
bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat
dicontohi oleh negara-negara membangun.
Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan warganegara Malaysia
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh piawaian etika paling
tinggi.
Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing serta pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta
berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi
menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih
mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.
Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.
Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,
bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

2.0 HUBUNGAN ETNIK: PENCAPAIAN SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN MERDEKA


Pencapaian negara selepas hampir 50 tahun merdeka sehingga kini jelas memperlihatkan
perubahan cemerlang termasuklah dalam memupuk hubungan etnik di negara ini. Hubungan
etnik yang baik dan harmoni menjadikan Malaysia cemerlang serta unik di mata dunia.
Hubungan etnik dan pencapaian selepas hampir 50 tahun dapat dilihat dalam pelbagai perkara
antaranya dalam aspek politik, ekonomi, budaya dan agama.
2.1 Politik
Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di negara ini. Melalui
perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di negara ini terpelihara
dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak diabaikan sebaliknya wujud toleran
untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini. Perlembagaan sentiasa dipinda dari
masa ke semasa mengikut kepentingan sejagat dan menyeluruh. Menurut Md. Bohari Ahmad
(1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti
berikut[4]: Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
Sebagai negara raja berperlembagaan.
Sebagai negara demokrasi berpalimen.
Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa
yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin
kebebasan beragama.
Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.
Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan bermakna
seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif
dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi
di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza.
Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas
daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk
menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan.
Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus
berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung
sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO
didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC
didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara

tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik
Melayu menceburkan diri dalam bidang politik.
Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu namun etniketnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri secara langsung
dalam pentadbiran negara.
2.2 Ekonomi

Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai
dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan
menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-9,
terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional ke arah mencapai
wawasan 2020. Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan
Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk negara yang
maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat
bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan
jauh. Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan
etnik di Malaysia seperti berikut: -

Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

o Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.


o Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.
o Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
o Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.
o Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk
Minda Kelas Pertama

o Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.


o Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.
o Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

o Memperkasakan belia dan wanita.

Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan


Produktif

o Basmi kemiskinan.
o Memacu pembangunan wilayah.
o Mengurangkan jurang kekayaan.
o Penstrukturan semula pola pekerjaan.
o Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera generasi baru.
o Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup


o Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.
o Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.
o Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.
o Menjamin bekalan tenaga mampan.
o Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.
o Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.
o Membangunkan sukan.
o Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan Negara

o Menggalakkan tadbir urus yang baik.


o Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
o Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

2.3 Budaya
Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik
tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada
pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk

berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut: -

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal


negara ini.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure
kebudayaan kebangsaan.

Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh
semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara
satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha
pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan
bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan
Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama
Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat
daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan
keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya
antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial
antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa.

2.4 Agama

Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap toleransi
beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik yang berbilang
agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik Cina
beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud juga beberapa etnik menganut
agama Kristian. Agama Islam memberi penekanan kepada aspek keamanan, hubungan baik
sesama umat manusia dan kebebasan dalam beragama. Surah Al-Baqarah ayat 256
menyatakan bahawa Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas
petunjuk itu daripada kesesatan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa

agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan
Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di
kalangan etnik berbilang agama di negara ini.
HUBUNGAN ETNIK DAN CABARAN

Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk
keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan
memupuk perpaduan etnik. Umumnya, cabaran dibahagikan kepada dua elemen utama iaitu
cabaran internal dan external seperti berikut: -

Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak etnik
masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa dominan di negara ini
memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini. Tindakan pihak ketiga
mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya mengundang kepada
perpecahan.

Dasar pecah dan perintah oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik
sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis
pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya
yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan
perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut kepentingan


etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan
bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan
yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam
kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan bahasa
ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran
wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai
untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan
impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus
dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di
kalangan etnik masing-masing.

Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk penajajahan baru oleh
kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya. Masyarakat berbilang etnik terdedah
kepada cara pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Aspek kepercayaan dan agama semakin
dipinggirkan memandangkan terlalu memikirkan keseronokkan dunia.

Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai sektor pertanian
yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan
teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-masing cuba bersaing
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa tidak
puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam menjaga
perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh dicapai tanpa
kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik
melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat
daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Cabaran dari aspek politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang
hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat

kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan,
dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke
arah masyarakat yang bersatu padu. Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti
masing-masing sehingga boleh membawa kepada hilangnya semangat memupuk semangat
taat setia kepada negara.

Cabaran dari aspek nilai-nilai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari
segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama,
bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik
dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih mengutamakan
anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan mendapatkan
perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang sama akan menimbulkan
kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah
dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan
masyarakat dalam etnik yang sama.

Cabaran dari segi globalisasi. Semua etnik perlu berani menyahut cabaran globalisasi agar
tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi dan perkembangan
komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu diambil kira dalam memupuk semangat
perpaduan etnik di Malaysia. Setiap perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu
mengambil kira cabaran globalisasi agar jurang di antara etnik dapat
Persoalannya bagaimana untuk menguruskan hubungan etnik di Malaysia?

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race
Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau
lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.Situasi
hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan. Jika
mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan
etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.Dua kerangka utama yang sering
digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model
pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian
antara etnik di sesebuah negara.Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk

mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti
rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut. Malah cadangan
pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk membina keserasian
antara kaum.Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu
asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal. Model pluralisme pula merujuk kepada
usaha menjayakan hubungan dengan meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan,
muzik, fesyen dan makanan.Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan
usaha hubungan etnik.Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat
menghayati dan memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik
sebagai asas bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali
berpolemik.Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM
mengenai Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada
semua etnik masih rendah.Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan
begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi.
Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum
dan menjejaskan kestabilan negara.Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi
perundangan negara. Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan
aturan yang termaktub di dalamnya.Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik
bila keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan
masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
RUMUSAN
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di
bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah
mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasakuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak
langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan
masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British
yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai
buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi
kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia
sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha

diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah
hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan
2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di
negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di
kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan
hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan
asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai
agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan
memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa
mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan
yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi
hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak
dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan
sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara
berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
BIBLIOGRAFI
1.Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan
Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan
Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
2.Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu
Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan
Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.10
3.Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota
Kinabalu.
4.Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated
Educational Distributors (m) Sdn. Bhd.

5.Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan


Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia
6.Azman Anuar. (2009). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan.

You might also like