Pentaksiran Dalam Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

0 Pengenalan
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu
proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar
dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara
berterusan
1.1

Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut


meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan halhal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk
pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula
melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Oleh itu, aspek-aspek utama dalam
pentaksiran adalah (i) instrumen, (ii) kumpulan yang ditaksir, (iii) respons,
(iv)kumpulan yang menaksir, dan (v) skor. (Faridah Nazir et.al, 2012).
Sehubungan

itu,

proses

mendapatkan

maklumat

dan

melakukan

penghakiman tentang pendidikan memerlukan para pendidik dan guru


melakukan pengukuran. Oleh hal yang demikian, Rajah 1 berikut menunjukkan
lima kaedah yang digunakan dalam kaedah pentaksiran

Kaedah
Portfolio

Kaedah
Pertimbangan
Profesional

Kaedah
Lisan

Kaedah
Pentaksiran

Kaedah
Penulisan

Kaedah
Pemerhatian

Rajah 1: Kaedah Pentaksiran


1.2

Pengujian
Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat

tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu
set soalan atau tugasan berkehendakkan murid memberi satu set tindak balas
atau respons. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah
matematik melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu
perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya
membenarkan kita mengukur pencapaian murid (dalam bentuk markah) sahaja.
(Faridah Nazir et.al, 2012).
Oleh hal yang demikian, terdapat empat tujuan utama pengujian iaitu (i)
mengesan hasil pembelajaran yang dicapai, (ii) mengesan kemajuan yang
diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, (iii) ujian
petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid
sebelum pengajaran dan (iv) ujian diagnostik menentukan punca masalah
2

pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan


yang perlu digunakan.
Sehubungan dengan itu, terdapat enam jenis ujian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut:

p
c
P
r
e
iU
s
lD
o
K
d
n
ja
t
k
B
g

Rajah 2: Jenis-Jenis Ujian


1.3

Penilaian
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi

memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.


Dalam Kurikulun Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu
proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan
atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan
pembelajaran. (Faridah Nazir et.al, 2012).
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian
mengesan

penguasaan,

penilaian

mengesan

kemajuan,

dan

penilaian

mengesan pencapaian seperti yang digambarkan dalam Rajah 3 berikut:

JENIS

Penialaian Mengesan
Penguasaan

Penilaian Mengesan
Kemajuan

Penilaian Mengesan
Pencapaian

HURAIAN
Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di bilik
darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran
yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu
dapat dibetulkan dengan serta merta.
Gaya penilaian ini dilakukan selepas beberapa
kamahiran dalam sesuatu topik telah selesai
diajarkan. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan
kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari supaya dapat menentukan
siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pemulihan.
Penilaian ini dijalankan selepas guru telah
mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya
dalam tempoh satu penggal. Tujuan penialaian ini
diadakan adalah untuk mengesan pencapaian
murid dalam beberapa topik pelajaran untuk
menentukan kedudukan murid-murid dalam
kumpulan masing-masing.
Rajah 3: Jenis Aktiviti Penilaian

Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran untuk pengajaran dan pembelajaran


dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran. Oleh hal yang demikian, kaedah pentaksiran
pelbagai yang bersifat autentik dan holistik digunakan. Perkara ini selari dengan
matlamat KSSR untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

2.0 Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom merupakan taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.
Taksonomi pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan
dikhususkan untuk domain kognitif.
Perkembangan pemikiran adalah satu proses yang mengambil masa yang lama dan
berlaku dengan pesat sewaktu murid-murid bersekolah sejajar dengan pertumbuhan
dan perkembangan fizikal mereka. Oleh itu, domain kognitif menjadi fokus utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan
domain kognitif ini kepada enam peringkat. Domain tersebut bermula dari tahap yang
mudah dicapai kepada tahap yang sukar, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi
(penggunaan), analisis, sistesis dan penilaian (Faridah Nazir et.al, 2012) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5 yang berikut :
TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,

Nyatakan,

hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran

terangkan,

yang lepas.
Pemahaman

namakan, labelkan.

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu

Pilih, terangkan,

bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat

tulis semula.

sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,


menterjemah draf.
Aplikasi
(Penggunaan) Menggunakan maklumat dalam situasi yang

Selesaikan,

baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan

ramalkan, cari

prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf dari data-

kesilapan, bina

data lain.
Analisis

alat.

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,


bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara

Bezakan, pasti,

bahagian, kenali struktur organisasi.

pilih.
5

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha

Bina, hasilkan,

tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan

susun,

membuat klasifikasi
Penilaian

kembangkan.
Pilih, berikan

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas

alasan, kritikan,

dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

buktikan.

Rajah 5: Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom

2.1 Aras Pengetahuan


Pengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus, kaedah,
universal, proses dan juga struktur pengetahuan tentang perkara-perkara khusus
merujuk terminologi seperti simbol, lisan dan pengetahuan fakta khusus
misalnya, mengetahui kejadian yang sebenar. Domain pengetahuan juga
mempunyai kaitan dengan cara mengkritik, mempertimbangkan, mengkaji dan
mengolah.
2.2 Aras Kefahaman
Merujuk kepada kemahiran memahami sesuatu perkara yang juga merupakan
unsur penting objektif tingkah laku. Sehubungan itu, untuk memahami sesuatu
perkara, proses mengingat adalah diutamakan kerana dengan mengingat
sesuatu, murid dapat mengemukakan pendapatnya sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan. Seterusnya, murid-murid juga dapat menterjemahkan satu
bahasa kepada bahasa lain dan menginterpretasikannya melalui proses
mengingat.

2.3 Aras Aplikasi

Aplikasi amat penting kepada murid-murid yang ingin menghubungkaitkan


sesuatu situasi dengan situasi lain. Sebagai contohnya, kemahiran bertutur yang
dipelajari dibilik darjah ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
dapat diaplikasikan oleh murid-murid ketika berada ditempat misalnya, ketika
membeli belah di pasar raya.
2.3 Aras Analis
Murid-murid memerlukan daya kreativiti yang baik untuk menganalisis sesuatu
perkara. Disamping itu, murid-murid juga perlu memahami perkara yang
dianalisis khususnya, isu utama yang diketengahkan. Berdasarkan isu utama
tersebut, murid-murid berupaya pula membezakan isu sampingan ketika
menganalisis.
2.3 Aras Sintesis
Merujuk kepada keupayaan untuk menggabungkan komponen-komponen kecil
kepada bentuk baharu. Sehubungan itu, kematangan yang tinggi perlu dimiliki
oleh murid-murid untuk mencapai objektif ini.
2.3 Aras Penilaian
Merupakan bidang kognitif tertinggi kerana pada peringkat ini murid-murid
mampu membuat keputusan yang munasabah. Murid-murid seharusnya mampu
melakukan pertimbangan yang wajar dan pengukuran yang tepat untuk
mengenal pasti sejauh mana sesuatu penilaian yang dilakukan oleh orang lain
dapat diterima atau tidak.

3.0 Jadual Spesifikasi Ujian


Jadual Spesifiikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu
ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap
konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan,
7

kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut
sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Penggubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses terlebih dahulu
sebelum menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini
setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif
pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh
menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua
kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
Ringkasnya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat
penilaian tentang pencapaian murid-murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, guruharus
memastikan bahawa bahan ujian yang diberikan itu betul-betul dapat menguji apa yang
hendak diuji dan semestinya sentiasa tekal (Faridah Nazir et.al, 2012).

3.1 Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Terdapat empat langkah dalam pembinaan JSU iaitu seperti yang diterangkan
pada Rajah 6 berikut :

mengkaji sukatan
pelajaran

menentukan jenis
soalan

menganalisis
objektif pengajaran

menentukan
bilangan soalan

Rajah 6: Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Mengkaji sukatan

pelajaran

merupakan

langkah pertama

dalam

pembinaan JSU. Pada langkah ini guru perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk
memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan
8

tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah skop dan
kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk, pendekatan yang telah diambil dalam
pengajaran sesuatu tajuk, kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan
tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang
diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
Langkah kedua pula adalah menganalisis objektif pengajaran. Di
samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran perlu dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang akan diuji dan pada tahap
kesukaran yang mana murid perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan
kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakanrakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat
di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.
Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua
paksi utama, iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran. Tujuannya
adalah untuk mewujudkan ruang-ruang yang perlu diisi dengan pemberatan
soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan atau tajuk-tajuk
kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.
Menentukan jenis soalan merupakan langkah ketiga dalam penghasilan
JSU. Tujuannya, untuk menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih
dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau
sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita
ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah
soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis
Subjektif yang berbentuk menggubal ayat.
Menentukan bilangan soalan adalah langkah keempat iaitu jumlah
soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana hal ini mempengaruhi kebolehpercayaan dan
9

kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud


keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar
menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

3.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu
ujian itu. Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topiktopik dan aras-aras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, guru perlu
menyenaraikan topik-topik yang telah guru ajar dan sepatutnya telah dikuasai
oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU, guru akan memilih
topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama guru dapat merasakan
kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.
Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan.
Bentuk-bentuk soalan sama ada objektif, subjektif, struktur ataupun esei.
Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya sesuatu topik itu
atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu,
guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada
soalan-soalan yang telah dijawab murid. Selain itu, JSU juga dapat menjimatkan
masa guru untuk menyemak kertas jawapan murid. Contohnya, bagi soalan yang
berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk
memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk
struktur atau esei.

4.0 Pembinaan Ujian


Ujian bermaksud bahan-bahan yang bertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk
menguji sesuatu kemahiran bahasa. Sebagai contoh guru membina ujian kloz bagi
menguji kemahiran membaca dan ujian karangan bagi menguji kemahiran menulis.
10

Oleh itu, istilah ujian boleh merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk menguji
kemahiran-kemahiran tersebut (Faridah Nazir et.al, 2012). Terdapat banyak bentuk
ujian bilik darjah yang digunakan oleh guru sejak dahulu lagi dalam mengukur dan
menilai hasil pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ujian berbentuk pensilkertas adalah ujian tradisi yang sentiasa digunakan untuk menilai kemajuan pelajar
dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003)
Walau apapun bentuk item yang dipilih oleh guru dalam ujian bilik darjah, selain
daripada kepentingan ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan, proses
perancangan dan pembinaan ujian mesti dititikberatkan oleh guru. Proses perancangan
ujian yang baik akan memandu ke arah ujian yang tinggi ciri-ciri kesahan,
kebolehpercayaan dan keobjektifannya

4.1 Jenis-Jenis Ujian


Terdapat beberapa jenis ujian seperti ujian objektif dan subjektif.
1) Ujian Objektif
Ujian objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon. Ujian objektif juga merupakan satu bentuk
instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama
ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual
dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau
memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu
semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah
jawapan yang sama. Antara item ujian ini termasuklah item jenis pendek,
item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan item jenis kloz.

11

a) Item Respon Bebas


Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menulis
sendiri jawapan tersebut. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung
soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
i) Contoh jenis soalan:
a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?(kean)
b) Apakah lawan bagi perkataan untung? (rugi)
ii) Item Melengkapkan Pernyataan
a) Kita mesti naik bas ke rumah Zulaidil kerana rumahnya ______
(jauh) dari tempat ini.
b) Suhaimie pernah ________ (tinggal) di Kuala Lumpur.
b) Item Respon Tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling
betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Item Salah-Betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua
pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju
(TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Item Padanan
Soalan

jenis

ini

memerlukan

pelajar

memilih

jawapan

dengan

memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di


sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi
mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga
tidak perlu terlalu panjang.
Item Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan
tindak balas tetap. Contoh item aneka pilihan adalah berbentuk soalan,
antonim, jenis negatif dan mengisi tempat kosong.

12

2) Ujian Subjektif
Ujian subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk
pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan,
pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif murid melalui
respon secara tulisan. Soalan subjektif terbahagi kepada dua iaitu:
a) Item Jenis Struktur
b) Item Jenis Esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi
kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan
bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini
mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya
berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian
lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak
perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras
kemahiran pelajar

13

Jadual Spesifikasi Ujian Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu


Tahun 4
20 Soalan Objektif
Kertas 1
Bil

1
2

4
5
6
7
8
9

10

Bentuk
Soalan
Objektif
Topik /
Aspek
Bahasa
Imbuhan

No.
Soala
n

Aras Taksonomi

Pengetahua
n
1

Kata
2
banyak
makna
Kata
3
banyak
makna
Ragam
4
ayat
Ayat sama
5
maksud
Ragam
6
ayat
Ayat sama
7
maksud
Bina
8
jawapan
Petikan 19, 10,
Surat tidak 11, 12,
rasmi
13, 14
Petikan 2
15, 16,
Sejarah
17, 18,
Melayu
19, 20
Jumlah Soalan

PERATUS ARAS
ITEM / SOALAN %

Kefahaman

Aplikasi

Jumlah
Item

Analisis

Sintesis

Penilaian

1
/

1
/

20

RENDAH
25 %

SEDERHANA
50 %

Soalan 1
14

TINGGI
25 %

Pilih jawapan yang paling sesuai.

PENGETAHUAN
1. Ketibaan rombongan pengantin lelaki itu _________ dengan meriah oleh tuan
rumah dan penduduk kampong.
A.
B.
C.
D.

disambut
sambutan
penyambut
menyambut

Soalan 2 3
Pilih penggunaan ayat bergaris dengan betul.

APLIKASI
2. I Air milo di dalam peti sejuk itu telah beku.
II Bihun itu sukar dimasak kerana masih beku.
III Setelah lama berenang di dalam kolam, kaki dan tangannya beku.
IV Musa tidak dapat memberikan idea yang baik kerana fikirannya beku.
A.
B.
C.
D.

I dan II
I, II, dan III
II, III, dan IV
I, II III, dan IV

3. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I.
II.
III.
IV.

A.
B.
C.

Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.


Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.
Majlis perkahwinan anak bangsawan itu memakan belanja yang besar.
Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.

I dan II
I, II, dan III
II, III, dan IV
15

D.

I, II III, dan IV

ANALISIS
4. Pilih ayat yang betul.
A.
B.
C.
D.

5.

Dia menjumpai bungkusan itu di tepi jalan.


Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.
Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.
Bang Teong menjagakan beberapa ekor burung.

Tiba-tiba aku tersedar,


Lamunan yang merugikan terlepas kini,
Sejarah hempedu pahit ku lupakan,
Kini, ku semaikan benih-benih harapan,
Bersama jutaan impian,
Aku kan tempuh segala cabaran.
Ku semaikan benih-benih harapan pada petikan di atas bermaksud
A.
B.
C.
D.

Penulis menanamkan cita-cita untuk berjaya.


Penulis belajar dengan bersungguh-sungguh.
Penulis mengharapkan dirinya tidak dilupakan.
Penulis menanam benih-benih baru di ladangnya.

6. Pilih ayat-ayat yang betul.


I.
II.
III.
IV.

Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.


Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.
Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.
Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

A.
B.
C.
D.

I dan IV
II dan III
III dan IV
II,III dan IV

16

7. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Kuah sate ini sedap tetapi agak masin, kata Wati kepada Nurul.
A.
B.
C.
D.

Wati diberitahu oleh Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.
Wati menjemput Nurul makan kuah sate yang masin tetapi sedap.
Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate itu masin tetapi sedap.
Wati memberitahu Nurul bahawa kuah sate ini sedap tetapi agak masin.

SINTESIS
8. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.
I.
II.
III.
IV.
V.

Kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.


Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.
Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.
Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans
Tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan
motosikal.

A.
V, II, IV, I, III
B.
I, III, II, V, IV
C.
II, III, V, IV, I
D.
IV, I, III, II, V
A. Baca dan fahami petikan di bawah.

Elwa Gloria Justin,


Kampung Maukab,
89300 Ranau,
Sabah.
26 Mei 2015.

17

Menemui sahabatku, Nadia, yang kini berada di Manek Urai Baru, Kelantan. Semoga
saudari dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga. Saya di sini juga
berada dalam keaadan sihat sejahtera.
Saudari,
Saya telah menerima warkah saudari dengan selamat pada minggu lalu. Saya
mengucapkan terima kasih kerana saudari sudi mengirim warkah buat saya. Hajat
saudari untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadazan Dusun
di Sabah akan saya perjelaskan dalam warkah ini.
Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di
Sabah. Kaum etnik Kadazan Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek
dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di
dalamnya. Antaranya ialah Liwan, Tindal, Pahu, Lotud, Bagahak, Labuk, Kimaragang,
Tagahas, Tangara, Rungus, Kuijau, Tambanuo, dan Orang Sungai.
Pada awalnya, Tun Fuad Stephens sebagai Huguan Siou atau Pemimpin Agung
pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi penyatuan 14 suku
kaum yang berkongsi kumpulan bahasa untuk memberikan mereka suara yang lebih
besar. Memandangkan suku kaum Dusun ialah kumpulan etnik yang terbesar maka
istilah kadazan Dusun dipilih sebagai tanda permuafakatan. Istilah Kadazan Dusun ini
wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa kumpulan
etnik keil lain.
Saudari yang saya ingati,
Kaum Dusun merupakan satu pertiga daripada penduduk Sabah. Suku kaum
Dusun ini tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli,
Tenghilan, Kota Belud, Tambunan, Keningau, dan juga di lembah bukit Ranau.
Kebanyakan mereka merupakan petani tradisi yang menanam padi sawah dan padi
huma. Ada juga yang memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka ini pula tinggal
di kawasan lembah pantai barat dan kawasan pedalaman.

18

Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang


mengumpulkan antara 150 hingga 200 orang daripada beberapa institusi keluarga.
Walaubagaimanapun, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini pada masa kini.
Mereka telah banyak berubah dari segi fizikal dan mental mengikut arus pemodenan.
Sekian sahaja buat kali ini. Semoga penerangan saya dapat memenuhi hajat
saudari. Akhir kata, sampaikan salam saya buat keluarga saudari disana.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Elwa Gloria Justin

B. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan

PENGETAHUAN
1. Dimanakah Nadia tinggal?
A.
B.
C.
D.

Kota Bharu
Penampang
Manek Urai
Kampung Makub

KEFAHAMAN
2. Apakah hajat Nadia mengirim surat kepada Elwa Gloria Justin?
A.
B.
C.

Untuk mengenali Elwa Gloria Justin dengan lebih dekat


Untuk membalas warkah yang dikirim oleh Elwa Gloria Justin
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadazan Dusun di

D.

Sabah.
Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang asal usul kaum Kadzan Dusun di
Sabah.

19

APLIKASI
3. Kesemua yang berikut merupakan suku kaum Kadazan Dusun kecuali
A.
B.
C.
D.

Kiulu.
Rungus.
Bagahak.
Kimarangang.

ANALISIS
4. Berdasarkan petikan,
permuafakatan
A.
B.
C.
D.

pilih

perkataan

berlawanan

Persaingan
Perbalahan
Perpecahan
Perundingan

SINTESIS
5. Perkataan dialek dalam petikan bermaksud
A.
B.
C.
D.

kata.
adat.
resam.
loghat.

PENILAIAN
6. Frasa asal usul dalam petikan membawa maksud
A.
B.
C.
D.

punca.
bangsa.
salasilah.
permulaan.

20

dengan

perkataan

A. Baca dan fahami petikan di bawah.

Bahasa ialah alat perhubungan. Manusia bertutur menggunakan bahasa untuk saling
memahami antasa satu dengan yang lain segala tindakan dan perbuatan menjadi
mudah melalui perantaraan bahasa. Di Negara kita, bahasa juga menjadi alat
penyatuan bangsa. Pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, dan
lain-lain bersatu untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu belum ada kepastian yang jelas dari mana asalnya.Cuma dapat
dikatakan bahasa Melayu dituturkan oleh golongan manusia Austronesia yang berasal
dari Yunan. Golongan ini bergerak ke merata tempat di Asia Tenggara dang
mengambangkan bahasa masing-masing di setiap daerah
Bahasa Austronesia berpecah menjadi empat kelompok. Salah satunyaiallah
kelompok Nusantara dan bahasa Melayu termasuk dalam kelompok ini. Lainlain bahasa
seperti Tagalog, Aceh, Bali, Bugis, Iban, Melanau dan sebagainya juga termasuk dalam
kelompok Nusantara
Walaupun wujud pelbagai bahasa setempat, bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa perantaraan di daerah kepulauan Melayu sejak awal lagi. Pedagangpedagang
21

luar dari China dan Eropah juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan ketika mereka datang berdagang.
Sejak abad ke- hingga abad ke-13, bahasa Melayu kegemilangan sebagai
lingua franca di bawah empayar Sriwijaya. Ketika kegemilangan Kerajaan Melaka pada
abad ke-14, bahasa Melayu berkembang pesat dan menjadi alat penyebaran agama
Islam. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, keduduan bahasa
Melayu tetap teguh surat-menyurat antara pentadbir Eropah dengan raja-raja di
Kepulauan Melayu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Kerajaan Belanda dan
Inggeris juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran ketika
berkuasa.
Seiring dengan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan Negara, pejuang
bahasa mahukan bahasa Melayu dijadikan bahasa ibunda perjuangan ini akhirnya
tercapai dengan termaktubnya dalam perlembagaan, mengiktiraf bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kita seharusnya tidak mengabaikan bahasa Melayu jika mahukan bahasa kita
terus hidup dan berkembang. Memang terdapat bukti bahawa bahasa juga boleh pupus
kerana penuturnya tidak memberikan keutamaan untuk menjaga dan memeliharanya.
Semua ini berlaku kerana masyarakat tersebut tidak berbangga dengan bahasa mereka
sebaliknya

mengutamakan

bahasa

lain

sebagai

bahasa

pendidikan,

bahasa

pentadbiran, dan komunikasi

B. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan

PENGETAHUAN
A.
B.
C.
D.

1. Apakah kegunaan bahasa?


Untuk berhubung
Untuk memartabatkan bahasa Melayu
Untuk memudahkan segala tindakan dan perbuatan
Untuk menyatukan kaum seperti Melayu, Cina, India Kadazan, Murut, dan lainlain
22

KEFAHAMAN
2. Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada bahasa
A.
B.
C.
D.

Yunan.
Nusantara.
Austronesia.
Asia Tenggara.

APLIKASI
3. Kesemua yang berikut merupakan bahasa yang berasal dari kelompok
Nusantara kecuali
A.
B.
C.
D.

Iban.
Cina.
Bugis.
Tagalog.

ANALISIS
4. Berdasarkan

petikan,

pilih

perkataan

berlawanan

kegemilangan.
A.
B.
C.
D.

kejatuhan
kegelapan
kebangkitan
kemusnahan

SISTESIS
5. Frasa lingua franca dalam petikan membawa maksud
A.
B.
C.
D.

bahasa ibunda.
bahasa kebangsaan.
bahasa perhubungan.
bahasa antarabangsa.

23

dengan

perkataan

PENILAIAN
6. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah
A.
B.
C.
D.

mengutamakan bahasa lain


mengabaikan bahasa Melayu
berbangga dengan bahasa lain
memartabatkan bahasa Melayu

24

Refleksi
Saya Muhammad Zaidiee Iqram bin Osman bersyukur kerana dapat menyiapkan
tugasan BMM3033E ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan. Pada mulanya,
setelah mendapat kerja kursus ini, saya agak tertekan sedikit kerana terpaksa
memikirkan banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh terdekat.. Di sini saya
sertakan laporan refleksi tentang pengalaman melaksanakan tugasan. Saya turut
sertakan kekuatan serta kelemahan yang saya perolehi sepanjang tempoh saya
menyiapkan tugasan ini.
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dalam tugasan ini, terdapat beberapa
perkara yang telah saya fahami. Antaranya ialah, dasar penting bagi pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan
penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap
kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa maklumat penting yang telah saya kemukakan dalam tugasan ini
mengenai penggunaan kaedah Taksonomi Bloom dalam penggubalan soalan
peperiksaan merupakan kaedah yang utama digunakan dalam pendidikan negara.
Kaedah Taksonomi Bloom digunakan untuk menilai tahap pencapaian murid-murid.
Penggunaan kaedah Taksonomi Bloom yang menyeluruh dapat melahirkan murid-murid
yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mampu mengiplementasikan ilmu yang
dipelajari. Keadaan ini dapat disokong melalui penghasilan soalan peperiksaan yang
telah saya gubal dan analisis berdasarkan aras-aras Taksonomi Bloom.

Kekuatan

25

Bersemangat untuk melakukan perancangan aktiviti ini. Saya mula mencari


bahan dari pelbagai sumber seperti Internet, buku dan guru yang lain. Berbincang
dengan rakan tentang kerja kursus yang hendak dilakukan. Hasil dari perbincangan ini
saya telah mengetahui sedikit sebanyak apa yang hendak dilaksanakan. Ia
memudahkan saya untuk menyusun isi kerja kursus nanti.
Kelemahan
Kelemahan yang saya alami di sini ialah kurang memahami soalan yang diberi
sehinggalah berbincang dengan rakan saya. selain itu,saya turut menghadapi masalah
dalam pengurusan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Keadaan ini disebabkan
terdapat banyak tugasan sekolah yang turut perlu disiapkan dalam tempoh yang
terdekat. Saya terpaksa berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan kedua-dua
tugasan tersebut. Selain itu, saya turut menghadapi masalah dalam mendapatkan
maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan tugasan ini. Keadaan ini disebabkan
di kawasan asrama saya mempunyai jalur lebar yang lemah dah memakan masa yang
lama untuk membuka sesuatu laman sesawang. Saya terpaksa ke pusat bandar untuk
mendapatkan akses Internet dengan kelajuan yang maksimum. Kesulitan ini memakan
masa untuk saya menyiapkan tugasan tersebut.

26

Bibliografi
Aida Hisyam. (2015). On Fun Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: QPS Press
Sdn.Bhd
Faridah Nazir et. al. (2012).Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Mok Soon Sang (2013) Pedadogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jenis-jenis

Ujian.

(n.d.)

Retrieved

Februari

17,

2015,

http://tankantsaiblogspot.com/2012/05/jenis-jenis-ujianhtml

27

from

blogspot.com:

You might also like