Kwapm 3 Prosedur Permohonan Bagi Data Sedia Ada 2015

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAMPIRAN 1

PROSEDUR PERMOHONAN KWAPM BAGI DATA SEDIA ADA 2015


PERANAN SEKOLAH
1. Sekolah mengenal pasti pendapatan ibu bapa/penjaga murid mengikut Paras
Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Tahun 2012 berdasarkan Borang Maklumat
Murid (BMM) bagi murid Tahun 1 hingga 5 pada tahun 2014.
2. Borang Permohonan Individu KWAPM hanya diberikan kepada murid Tahun 1
hingga 5 pada tahun 2014 yang pendapatan ibu bapa/penjaga mereka berada di
bawah PGK Nasional.
3. Keluarga murid mengisi borang permohonan individu KWAPM dan
mengemukakan semula kepada pihak sekolah bersama dokumen sokongan
seperti:
i)

ii)

Salinan sijil lahir/kad pengenalan murid yang disahkan;


Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan

4. Murid yang telah menerima KWAPM DSA pada tahun 2014, perlu menandakan
() SAMBUNGAN SEMULA DARI TAHUN SEBELUM di ruangan kategori pada
Borang Permohonan Individu KWAPM manakala bagi murid yang baru kali
pertama memohon KWAPM DSA, perlu menandakan () PERMOHONAN BARU
di ruangan yang sama di dalam borang tersebut.
5. Pihak sekolah mengumpul semua borang permohonan dan Jawatankuasa
Bantuan Peringkat Sekolah menyaring setiap borang berdasarkan perkaraperkara berikut:
i)
ii)
iii)

Murid tidak menerima Bantuan persekolahan dalam bentuk kewangan


daripada pihak Yayasan, kerajaan negeri dan swasta atau apa-apa elaun
seperti dinyatakan dalam SPK Bil 5 Tahun 2012 mengenai KWAPM.
Murid adalah daripada keluarga yang tidak berkemampuan berdasarkan
PGK Nasional.
Bagi permohonan baru, Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah perlu
melaksanakan pemantauan secara rawak ke rumah murid bagi
mengesahkan status kemiskinan yang diisytiharkan oleh keluarga murid.

6. Pastikan semua maklumat diisi dengan LENGKAP terutamanya:


1

(i)
(ii)

(iii)

(iv)

No Surat Beranak/ No Kad Pengenalan murid


(6 aksara bagi No SB, 12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda
sempang atau jarak-space)
Pendapatan kasar dan bilangan tanggungan TIDAK BOLEH diletak 0
(Kosong) atau tiada
Nama dan No Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga
(12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarakspace)
Umur dan Darjah murid yang diisi ialah umur dan Darjah pada tahun
2015

7. Pihak sekolah membuat pemilihan murid yang layak melalui Mesyuarat


Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah.
8. Pihak sekolah menyediakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) Format Baru
dan dikemukakan ke JPN/PPD dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

You might also like