Peranan Bahasa Sebagai Alat Perpaduan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Nilaikan peranan bahasa

sebagai alat perpaduan


dalam sistem pendidikan
kebangsaan.
Disediakan oleh: Vivian Wong Shieh Ying
Shereen Choo Lih Jiuan
Opsyen

PISMP RBT SEM 3 Ambilan Jan 2014

Mengapakah Bahasa
Melayu Dipilih Sebagai
Bahasa Kebangsaan?

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah


diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi
utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke-15 lagi.

Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang


perdagangan dan hubungan diplomatik.

Bahasa Melayu telah memudahkan para pedagang untuk


berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat
yang telah lama menggunakan bahasa ini.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi


dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu
bertulis jawi.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang


tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa
Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium.

Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama


sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa
komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah
dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin
pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa
kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka
pada tahun 1957.

Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan


dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu
Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan
Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum


sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk
mencapai matlamat perpaduan.

Bagaimanakah bahasa
Melayu boleh berfungsi
secara berterusan sebagai
bahasa perpaduan?

Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa


Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan
tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini
sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Secara konseptualBahasa Melayu Teras Perpaduan


Bangsa Malaysiabolehlah didefinisikan sebagai bahasa
utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada
penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan


bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan
secara bersama dan meluas.

Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa


basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.

Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di


sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya
menjangkau ke peringkat antarabangsa.

Buktinya Dato Seri Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa


Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa
lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa


Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa
Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk
semua.

Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di


negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan
bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan
dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang
standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan
digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan
majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama


mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu
bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu
bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan
mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan
semasa.

Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju


dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan
bahasa Melayu .

Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap


keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada
kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.

Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan


Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada
bahasa Sanskerta.

Kita hendaklah mempertahankan bahasa Melayu jangan


sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti
dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk
menyesyuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan
persekitaran.

Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan


yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan
istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan
seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan,
perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa


Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah
disangsikan oleh kaum-kaum lain.

Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman


kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan
menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan
menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah
kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan
Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa
lain masih boleh digunakan.

Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus


dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

GerakanCintailah Bahasa Kitayang dilancarkan pada 11


Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak
kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai
bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak
kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.

Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan


Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT
dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan
bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan
dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan


bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu
identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi
model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

Soalan:

Sila kemukakan beberapa cadangan


untuk merealisasikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan negara.

Cadangan-cadangan untuk
merealisasikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan negara
dan untuk mengelak berlakunya
krisis dasar bahasa sehingga bole
menjejaskan perpaduan kaum
dan kemajuan negara.

Mengubah Persepsi Masyarakat


Terhadap Bahasa Melayu
Sikap kaum lain yang menganggap bahasa
Melayu sebagai milik orang Melayu sahaja
perlu diubah.
Oleh itu, setiap agenda, perancangan atau
program yang dianjur oleh Kementerian
Pendidikan harus diselitkan elemen-elemen
yang dapat mengubah persepsi kaum lain
terhadap bahasa Melayu yang mempunyai
nilai kesarwajagatan dalam pelbagai bidang
ilmu.

Masyarakat celik sejarah haruslah berusaha


dalam menanam kesedaran dan semangat
patriotisme bagi mengukuh perpaduan kaum
dalam masyarakat berbilang kaum.
Semua kaum perlu mengetahui dan menghayati
sejarah bahasa Melayu dan mengetahui sebab ianya
layak dijadikan bahasa perpaduan kaum.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa rasmi negara hendaklah
dilaksanakan dengan tegas dalam semua
bidang.

Memahami dan menghayati peranan bahasa


Melayu sebagai alat perpaduan di peringkat
sekolah dan institusi pengajian tinggi aktiviti.
Program bahasa Melayu hendaklah diberi perhatian
serius supaya perananannya sebagai alat penjana
perpaduan dapat direalisasikan, di mana setiap pelajar
benar-benar memahami pentingnya perpaduan secara
dalaman dan luaran.
Penghayatan adalah penting kerana kita tidak mahu
mewujudkan masyarakat yang bertopeng.
Setiap program yang dilaksanakan hendaklah dipantau
bagi memastikan keberkesanan sesuatu program bagi
mengelak sikap syok sendiri.

Apakah ancaman-ancaman
terhadap bahasa Melayu?

Ancaman bahasa Melayu


Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila
golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan
istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih
pantas dan ringkas.
Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi
terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel
elektronik dan chating.
Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilahistilah baru tercipta.
Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah
digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah
digantikan dengan SMS dan MMS.

Kesimpulan
Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah
menguasai bahasa Melayu dan mengetahui
kepentingannya sebagai alat perpaduan bagi
menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB Dato
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi
sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi
satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti
mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

JOM~!

Menyanyi

Sekian,
Terima
Kasih.

You might also like