Taksonomi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 51

ARAS TAXONOMY

Taxonomy
-Benjamin Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education
Objectives:Handbook I:Cognitive Domain bahawa terdapat 6 aras kognitif yang disusun daripada
yang paling rendah kepada yang paling tinggi
-Dalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras
iaitu pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis.
-Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia
menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya.

Aras Pengetahuan
-Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini
memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan
yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri
definisi.

Aras Pemahaman
-Objektif aras ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan
secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya
terjemahan,tafsiran.

Perkataan

yang

kerap

digunakan

untuk

soalan

jenis

ini

ialah

huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.


Aras Aplikasi
-Pada peringkat ini,pelajar perlu memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah
am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu
prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah
pilih,buat,kira,selesaikan.
Aras Analisis
-Peringkat analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan
struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi
mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran
kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan
untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.
Aras Sintesis
-Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya
sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti

kerana

akan

membataskan

kreativiti.

Perkataan

yang

kerap

digunakan

ialah

ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.


Aras Penilaian
-Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak
dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah
pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

Posted by Myra Edora at 02:55 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tuesday, 23 April 2013

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Definisi Pembelajaran Konstruktivisme
-Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
-Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransuransur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks sosial melalui interaksi idea-idea apabila
maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan kesedaran atas apa yang telah
dipelajari.
Konsep Pembelajaran Konstruktivisme
-Setiap manusia mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada,
pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar. Pembelajaran berlaku apabila
pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan semula idea dapat

ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman.
Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual
bermakna dan menyeronokkan.
Ciri-ciri Pemebelajaran Konstruktivisme
a)Menggalakkan proses inkuiri murid
b)Menggalakkan murid bersoal jawab
c)Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru
d)Pembelajaran secara koperatif

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme

Secara

ringkasnya,konstruktivisme

mengaplikasikan

prinsip

yang

utama,iaitu:

a)Melibat
b)Meneroka
c)Menjelas
d)Mengembang
e)Menilai
*Melibat
-Guru menyoal dan merangsangkan minat dan rasa ingin tahu murid.Secara tidak
langsung,murid-murid

melibatkan

diri.

*Meneroka
-Guru

mencungkil,murid

diminta

untuk

mengumpulkan

maklumat

dan

meneroka.

*Menjelas
-Murid diminta untuk memberikan penjelasan,justifikasi dan mempersoalkan jawapan kepada
guru.

*Mengembang
-Murid

membuat

perkaitan

dan

melanjutkan

konsep

*Menilai
-Guru

mentafsir

pemahaman

murid,murid

menunjukkan

Model Pengajaran Konstruktivisme

Posted by Myra Edora at 21:17 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

pemahaman

konsep.

TEORI PEMBELAJARAN MASTERI

Definisi Pembelajaran Masteri


-Menurut Bloom

(1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala
menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang
sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

-Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan
pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan
amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi
masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai
masteri berpadukan kriteria yang jelas.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Master suatu


pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit

pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Konsep Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa
pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran
utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi
pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

Model

Pembelajaran

Masteri

Penentuan Hasil Pembelajaran


-Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir
sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang
perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran


-Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara
seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi
gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan
bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru
mestilah

membuat

kepelbagaian

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran.

Seterusnya

mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitupendekatan berpusatkan
guru dan pendekatan berpusatkan murid.Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah
penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi. Pendekatan
berpusatkan murid pula boleh menggunakan kaedah bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran
akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah,
sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.

Penilaian
-Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan
pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

-Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru.
Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua
penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang
telah ditetapkan.

Tindakan Susulan
-Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan
murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat
memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan
pengembangan).

Aktiviti Pemulihan
-Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum
melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
telah dikenal pasti.
-Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula
menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara
yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan
mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan
sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid
menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid
mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan
-Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti
pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh
kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua
aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan
-Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh
dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam
pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti
peta minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid
mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid
dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh
dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat
projek, membuat tugasan dan membuat kajian.

Strategi

Pembelajaran

Masteri

a)Clarify
- Menjelaskan

kepada

pelajar

apa

yang

mereka

jangkakan

untuk

belajar.

b)Inform
-Mengajar pelajaran, bergantung kepada arahan keseluruhan

c)Pretest
-Memberi kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan, -pelajar boleh memeriksa kuiz mereka
sendiri.

d)Group
-Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan tidak masteri (80%
boleh dianggap masteri).

e)Enrich and correct


-Beri pengayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan pemulihan kepada kumpulan yang
tidak masteri.

f)Monitor

-Pantau pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru dan beri sokongan untuk setiap
kumpulan berdasarkan saiz dan juga persembahan.

g)Posttest
-Beri kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri.

h)Assess performance
-Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai masteri dengan ujian sumatif.

i)Reteach
-Jika tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan
dan pemulihan pengajaran (belajar dalam kumpulan kecil,

utorial bersendirian, bahan

pengajaran alternatif, kerja rumah tambahan, membaca banyak bahan, praktikal dan latih tubi)

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Masteri

-Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk
pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga
mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

-Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran
masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

-Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
anda.
Posted by Myra Edora at 11:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SENI VISUAL TAHUN 4

Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Seni Visual

Tahun: 4 Anggerik
Tarikh: 19 April 2013
Bilangan Murid: 20 orang
Masa Interaksi Kelas: 8.30-9.30 pagi
Bidang Kegiatan: Membuat corak dan rekaan
Tajuk: Kad Hari Ibu
Masa: 1 Jam
Objektif:
(i)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu melatih diri supaya memahirkan diri dengan
kegiatan membuat corak dan rekaan supaya lebih kemas dan menarik.

(ii)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu memahami dan menghasilkan karya yang baik
berdasarkan teknik geometri.
Penerapan Nilai:Kesabaran,tekun,kebersihan,kekemasan dan kekreatifan.
Pengetahuan Sedia Ada:
(i)Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis kad.
(ii)Kemahiran melukis,melipat dan menggunting.
(iii)Murid-murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan kad.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
(i)Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
(ii)Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)
Kemahiran:
(i)Melukis
(ii)Menggunting
(iii)Melipat
Keperluan Bahan: Kertas lukisan,kertas warna,gam,gunting dan pensel

Bantuan Alat Mengajar: Papan putih,marker dan contoh hasil kerja guru
Hasil Pembelajaran:
(i)Murid dapat mengenali teknik gometrik bagi menghasilkan kad.
(ii)Memahami cara-cara untuk membuat corak dan rekaan pada kad dengan menggunakan
teknik geometri,lipatan dan guntingan.

(iii)Murid-murid mampu untuk menghasikan corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik
geometri.
Pelaksanaan
Langkah P&P

Hasil Pembelajaran

Strategi Pengajaran

Set Induksi(5 min)


a)Guru

memulakan

pembelajaran

sesi a)Murid

dapat

menyanyi -Muzik

menyanyikan

dengan mengikut nyanyian guru.


lagu

Ibu
-Melihat secara aktif

Kaulah Ratu Hatiku.


b)Guru menerangkan bentukbentuk

geometri

yang

terdapat pada kad.

Aktiviti 1 (10 min)


a)Guru

b)Murid juga mampu dalam


mengenalpasti bentuk-bentuk
geometri.

Langkah 1

menerangkan a)Murid dapat menerangkan -Interpersonal

mengenai aktiviti yang akan mengenai aktiviti membuat


dilakukan oleh murid-murid

corak dan rekaan kad dengan


teknik -Menghubungkait

iaitu membuat corak dan menggunakan


rekaan

kad

menggunakan

dengan geometri.
teknik

geometri serta menunjukkan


hasil karya yang telah siap.

b)Murid

menyenaraikan

alatan

bahan yang diperlukan.

b)Guru menerangkan alat dan


bahan yang diperlukan untuk
melakukan aktiviti tersebut.
Aktiviti 2 (15min)

mampu

Langkah 2

untuk
dan

-Berbincang dan menyoal

a)Guru

menunjukkan a)Murid

demonstrasi

mampu

untuk menceritakan

menghasilkan kad
menggunakan

untuk -Kecerdasan ruang


langkah-

dengan langkah bagi menghasilkan


teknik kad

geometri.

dengan

menggunakan -Pemerhatian yang aktif

teknik geometri yang betul.

b) Murid-murid

diminta b)Murid

menghasilkan kad hari ibu menghasilkan

mampu
karya

yang

berdasarkan corak dan rekaan lebih kemas.


tersendiri.

c)Guru meminta murid untuk


melipat

dan

menggunting

kertas lukisan dan kertas


warna yang telah dilukis
dengan

pelbagai

bentuk

geometri.
d) Guru meninjau proses
menggunting kertas warna
dan kertas lukisan oleh murid
dan memberikan penekanan
terhadap aspek keselamatan.
Aktiviti 3 (15min)

Langkah 3

a)Guru membimbing murid- a)Murid telah mampu untuk -Mendengar secara aktif
murid

di

dalam

proses menghasilkan kad hari ibu

menyiapkan kad hari ibu dengan menggunakan teknik


dengan menggunakan teknik geometri.
geometri.

-Pemerhatian secara aktif

b)Murid-murid
kertas

menampal b)Murid dapat menjalankan -Interpersonal

warna

yang aktiviti

dengan

lancar

di

mempunyai bentuk geometri bawah penyeliaan guru.


-Intrapersonal

di atas kad.

c)Guru meminta murid untuk


memperkemas kad supaya
kelihatan kemas dan menarik.

d)Guru memberikan markah


berdasarkan kad hari ibu
yang telah dihasilkan oleh
murid-murid.
Sesi

apresiasi

dan

refleksi(10min)

TKP:
a)Murid-murid

berasa -Interpersonal

a)Murid-murid diminta untuk gembira dan berpuas hati


mempamerkan hasil karya dengan hasil kerja masingmasing-masing.

masing.

b)Sesi apresiasi dan refleksi


hasil

karya

dihasilkan:
-Baik
-Sederhana

murid

yang

b)Murid-murid mampu untuk


menilai tahap keupayaan diri
dan rakan-rakan.

-Intrapersonal

-Kurang mencapai tahap

c)Murid-murid diberi peluang


memberikan

pendapat

mengenai hasil kerja masingmasing.


Penutup(5min)
a)Guru

melaksanakan

penutup

dengan

sesi a)Murid-murid

mendapat Sosialis

memberi pengajaran mengenai nilai-

penerapan nilai-nilai murni nilai


ke dalam diri murid-murid.

murni

diterapkan

yang
di

perlu
dalam

kehidupan.
b)Guru memberikan motivasi
kepada murid-murid untuk b)Guru

menyahut

seruan

menjadikan

karya

yang kerajaan untuk melahirkan

dihasilkan

sebagai

batu modal insan yang berkualiti

loncatan untuk masa depan tinggi.


kelak.

Posted by Myra Edora at 08:18 No comments:

Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan
Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama
domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek
intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif
yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,

sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor
yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom
pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu
elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

Domain Taksonomi Bloom


Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen
tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah
dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek
taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi
Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah.
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini
iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk
perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran,
pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat
sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila
dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan
proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa
lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau
intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat
sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa
yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri
soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan
menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk
diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah.
Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan
aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian
antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur
unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur
iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid
perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan

sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras
analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan
pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid
cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.
Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk
menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan
atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang
abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang
abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau
mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan
maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor
yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai
sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea
atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,
berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini
adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah
bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu
bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga
dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai
ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh
kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria
luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau
yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan
fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri

dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen
tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah
kepada aras pemikiran tinggi.
Posted by intan_isna at 9:18 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BAHASA MELAYU, BMM 3103, PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SR,Taksonomi Bloom

PENGENALAN BIDANG MENGAMBAR


Definisi Menggambar
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan
rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej
atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar,
majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya
amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual
dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman


Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan
berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan
mencuba secara spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang
disukai dan yang tidak isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihan serta mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea
yang kreatif
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi
merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan
cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz,
warna dan jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.

Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek
seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Lukisan
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam
usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media
basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen,
krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan
adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa
menggunakan warna atau warna yang terhad.
Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif

1. Objek / item
* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna
Kesan Cahaya dan Bayang

* Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah penting.
* Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.
* Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan
bayang
2. Pencahayaan
* Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
* Kesan arah cahaya
* Kesan bayang objek
* Kualiti ton yang wujud
* Kesan Pantulan cahaya

3. Perspektif

* Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita
lukis.
* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza
Jenis-jenis titik perspektif
1. Perspektif 1 titik lenyap

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap

Peralatan
Alatan asas yang digunakan ialah :

pensil
pen
dakwat
arang/ charcoal
pastel
krayon

* pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa


* pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan
struktur objek yang dilukis.
* pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
* apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk
memdapatkan kesan yang dikehendaki.
* garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten
* jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang
dikehendaki.

Teknik Lukisan
Teknik Garisan

menggunakan pen, pensil atau dakwat


garisan disusun membentuk imej dan menimbulkan bentuk - untuk menimbulkan bentuk
objek hendaklah menggunakan kualiti garisan.
Teknik Garisan Silang

Teknik Titik / Pointilistik

* Menggunakan pensil, pen atau pen teknikal.


* Titik-titik diolah dan disusun bagi menghasilkan ton yang dapat menimbulkan bentuk
objek yang dilukis.
Gabungan Teknik Melukis

Kaedah Melukis

Langkah 1

Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah
Langkah 2

Mulakan dengan membuat bentukbentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu
Langkah 3

Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada
kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.
langkah 4

Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah
dan juga ton gelap.
Langkah 5

Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan
pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap
dalam subjek.
Contoh-contoh Latihan Melukis
1. Latihan Alam Benda

Timbulkan bentuk pada objek-objek dalam lakaran di atas dengan memperlihatkan kesan
cahayanya.

hasil siap
2. Latihan Pemandangan

hasil siap
3. Latihan Alam Semulajadi

hasil siap
Latihan Amali Melukis
1. Penentuan Tema : Alam semulajadi
2. Penentuan Tajuk : Buah-buahan
3. Lokasi : Dalam kelas / studio
Langkah 1
* Perhatian objek : buah-buahan dengan teliti
* Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan
* Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri
* Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk
Langkah 2
* Lakarkan ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya

* Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk ber-ton


* Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi
Langkah 3
* Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis
* Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik
Contoh Karya Lukisan

AKTIVITI RESIS DALAM MENGGAMBAR

Aktiviti Resis adalah merupakan satu aktiviti menggambar untuk menghasilkan sesuatu
hasil karya dengan menggunakan medium warna basah dan gabungan contengan lilin dan
juga bahan lain seperti krayon.Penggunaan bahan-bahan seperti lilin dan juga krayon lilin
dapat bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan atau lakaran di atas kertas atau

kain.Teknik ini akan membolehkan permukaan kertas yang disapu dengan lilin tidak akan
menyerap warna dan bahagian ini akan diresiskan.

Tema : Bahan Organik


Tajuk : Alam Semula jadi 1
Bahan : Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus
mewarna.
Teknik : Resis dengan kain

Tema : Bahan Organik


Tajuk : Alam Semula jadi II
Bahan : Lilin, Kertas lukisan, berus, warna air dan bekas air.
Teknik : Resis dari warna air

Tema : Campuran bahan organik dan geometri


Tajuk : Corak tidak terancang
Bahan : Kertas lukisan, krayon, warna air, pensel, berus dan bekas air dan
tisu.
Teknik : Krayon resis batik

Tema : Bahan geometri


Tajuk : Kertas pembalut hadiah
Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin warna, warna air, pensel, berus dan
bekas air
Teknik : Krayon resis dengan warna air

Tema : Campuran Bahan Organik dan Geometri


Tajuk : Corak Batik
Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin, warna air, berus mewarna dan bekas air.
Teknik : Krayon Resis Batik

Tema : Bahan Geometri


Tajuk : Corak Bebas
Bahan : Kertas lukisan, warna poster, lilin biasa, pensel, berus mewarna.
Teknik : Resis dengan warna poster

Tema : Bahan Organik


Tajuk : Pemandangan
Bahan : Lilin biasa, warna air, kertas lukisan, berus mewarna dan bekasair.
Teknik : Resis dengan warna air

Tema : Organik
Tajuk : Alam Semulajadi
Bahan : Warna air, lilin biasa, kertas lukisan, berus dan bekas air.
Teknik : Resis dari warna air dan lilin biasa

Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan Stensil

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajarpelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah
lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh
mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini
terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji (digunakan untuk mencetak)


Peralatan bahan yang diperlukan ialah:1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun.
Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas
dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika
menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan
kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak


semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga
hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak
berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu
banyak.

Karya cetakan yang telah siap

Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan
dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa
warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang
dikehendaki dan skrin yang berbez

Jom Belajar Seni Visual...

Tuesday, 19 March 2013

PENGENALAN MENGGAMBAR
PENGENALAN MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan .Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan dalam menggambar adalah untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek.Menggambar merupakan Representasi visual yang dihasilkan
dalam bentuk 2 dimensi.Aktiviti menggambar juga boleh didefinasikan sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

Aktiviti menggambar melibatkan penggunaan pelbagai peralatan ,bahan ,media dan


teknik .Oleh itu membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak seperti yang
disarankan dalam Falsafa Pendidikan Kebangsaan . Iaitu menghasilkan individu yang seimbang
dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek . Oleh demikian Pendidikan seni visual di anggap
sebagai matapelajaran yang penting bagi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sekolah

rendah . Ini kerana aktiviti menggambar dapat meningkatkan perkembangan murid dari aspek
psikomotor,kognitif social dan emosi kanak-kanak .

Oleh itu Aktiviti menggambar sangat diperlukan

kepada kanak-kanak dalam proses

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak .Ini kerana aktiviti menggambar memainkan


peranan penting sebagai medium komunikasi murid-murid.Ativiti menggambar merupakan
bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan
alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi .Selain daripada itu murid-murid
juga memerlukan aktiviti menggambar bagi mencapai kepuasan diri .Ini kerana aktiviti
menggambar merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot murid tetutamanya murid tahap satu. Aktiviti menggambar juga sangat diperlukan
kepada murid-murid bagi Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) .Iaitu Aktiviti
menggambar dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang
dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

2.0 BIDANG MENGGAMBAR


Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun
dalam empat bidang kegiatan iaitu-:
1.

Menggambar

2.

Membuat Corak dan Rekaan ,

3.

Membentuk dan Membuat Binaan

4.

Mengenal Kraf Tradisional


Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual
serta
menghargai
nilai
baik.
Pengajaran
akan
dilakukan
secara
bersepadu.Menggambar merupakan salah satu bidang Pendidikan seni visual

sekolah
rendah. Pelbagai
teknik
menggambar antaranya ialah -:

a)

boleh digunakan

dalam dalam

bidang

Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata
untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering
atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran
ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad
kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Hasil karya lukisan dalam bidang menggambar :-

THARSHINI A/P BALASUBRAMANIAM TAHUN 5

Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Tharsni .Murid ini berumur
11 tahun . Tema lukisan ini adalah pemandangan di tepi sungai . Dia telah
menggunakan teknik lukisan dalam menghasilkan gambar ini . Teknik lukisan
merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering .Murid ini
telah menggunakan media kering iaitu crayon pada permukaan kertas lukisan
untuk menghasilkan gambar pemandangan tepi sungai .Oleh itu murid ini boleh
dikatakan menggunakaan teknik
lukisan untuk menghasilkan
gambar
pemandangan tepi sungai . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan
pemandangan tepi sungai .

Berdasarkan kepada teori perkembangan Artistik oleh Hurwits dan day murid
ini berada pada peringkat pra remaja.Iaitu peringkat transisi zaman kanak-kanak ke
zaman remaja.Pada peringkat ini kanak-kanak dapat melukis gambar dengan saiz
yang betul .Mereka mula menggunakan kaedah perspeksif bagi membezakan saiz
imej.Mereka juga memahami konsep ruang.Selaian daripada itu lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini namapak lebih realistic dan mula
menggunakan warna yang lebih tepat.
Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan
pertumbuhan seperti dikatakan oleh Artistik oleh Hurwits dan day.Ini kerana Hasil
Karya murid ini dapat menggambarkan pemandangan tepi sungai . Murid ini
juga telah menggunakan konsep dan skema yang betul dalam menggunakan
teknik lukisan bagi menggambarkan pemandangan tepi sungai secara realistic .
Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia telah menggunakan crayon
secara berhati-hati bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan ,imbangan ,harmoni
dan pengerakan pada gambar ini .Murid ini juga telah menggunakan crayon yang
berwarna- warna secara kreatif bagi menghasilkan setiap imej dalam gambar
ini .Murid ini juga telah memilih dan menggunakan warna yang lebih tepat bagi
menghasilkan setiap imej dalam gambar ini .contohnya murid ini sedar akan warna
hijau sesuai digunakan untuk melukis gunung, warna biru dan putih sesuai
digunakan untuk melukis pengaliran sungai dan awan .warna oren sesuai digunakan
untuk melukis imej matahari .Dia telah menggunakan kaedah perspeksif bagi
membezakan saiz setiap imej iaitu Setiap imej yang berlainan saiz iatu imej dekat
nampak besar dan imej jauh kelihatan kecil .Dia juga memahami konsep
ruang.Oleh itu menyusun setiap imej dalam kertas lukisan ini secara

sistematik bagi
lebih realistic.

menggambarkan

pemandangan

tepi

sungai

namapak

Sebagai kesimpulannya murid boleh dikatakan mengalami perkembangan


seperti yang dinyatakan oleh Hurwits dan day dalam menggunakan Unsur-unsur
seni seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang dalam teknik
lukisan untuk menghasilkan gambar pemandangan tepi sungai .Murid ini juga
boleh katakan mengalami pertumbuhan mengikut tahap umurnya kerana dapat
menggunakan otot tanggan dan pancainderanya secara teratur dan sistematik
dalam

usaha

menghasilkan

gambar

pemandangan

tepi

menggunakan media kering .

Posted by kanmani munusamy at 18:19


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

sungai

dengan

You might also like