Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 450

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK

UNTUK EJEN INSURANS

Cetakan Pertama 1996 (Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute)


Cetakan Kedua 1996
Cetakan Ketiga 1997
Cetakan Keempat 1998
Cetakan Kelima 1999
Cetakan Keenam 2000
Cetakan Ketujuh 2001
Cetakan Kelapan 2001
Cetakan Kesembilan 2009

Teks Pembelajaran

Hakcipta The Malaysian Insurance Institute 2009

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dari penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam sebarang bentuk atau dengan alat apa jua
pun, samada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran daripada The Malaysian Insurance Institute.

The Malaysian Insurance Institute ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan individuindividu diatas sumbangan yang diberikan yang telah memungkinkan penerbitan buku teks
pembelajaran ini.

Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445H)


No. 5, Jalan Sri Semantan 1, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Website : www.insurance.com.my

KANDUNGAN

BAHAGIAN A (1) ASAS INSURANS


BAB 1 - PENGENALAN INSURANS

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Kepentingan Insurans
Bagaimana Insurans Berfungsi
Apa itu Insurans?
Fungsi Insurans
Kelas-kelas Insurans
Aspek Sejarah Insurans
Peranan Seorang Ejen Insurans
Soalan

1
1-2
2-3
3-5
5
5-6
7
7-9
9
10-12

BAB 2 - CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO



2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Pandangan Menyeluruh
Konsep Risiko
Konsep-konsep yang Berkaitan
Kategori Asas Risiko
Kaedah Menangani Risiko
Pengurusan Risiko
Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan
Soalan

13
13-15
15
15-16
16-18
18-19
19-21
22-24

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL



3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Pandangan Menyeluruh
Prinsip-prinsip Insurans
Takaful
Majlis Pengawasan Syariah
Takaful dan Insurans
Prinsip Operasi Takaful
Aspek Operasi Takaful
Jenis-jenis Perniagaan Takaful
Soalan

25
25-37
37-39
39-40
40
40-41
41
41-42
43-44

KANDUNGAN

BAB 4 - PASARAN INSURANS



4.1
4.2
4.3
4.4
4.5

4.6
4.7
4.8
4.9

Pandangan Menyeluruh
Pasaran Insurans
Lain-lain Komponen Pasaran
Struktur Organisasi
Sentralisasi Berbanding Desentralisasi
Lembaga Pengawasan Insurans dan
Persatuan-persatuan Mandatori
Biro Perantaraan Insurans
Lain-lain Persatuan
Perkhidmatan Pasaran
Institusi Pendidikan Insurans
Soalan

45
45-50
50
50-54
54
54-63
63-64
65-68
68
68-72
73-75

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT



5.1
5.2
5.3
5.4

Pandangan Menyeluruh
Industri Insurans dan Pengguna
Swa Peraturan
Undang-undang Statut
Akta Syarikat, 1965
Soalan

76
76-77
78-79
79-86
87
88-90

BAB 6 - KONTRAK INSURANS



6.1

Pandangan Menyeluruh
Undang-Undang Kontrak
Soalan

91
91-94
95-97

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI



7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
7.7

Pandangan Menyeluruh
Peruntukan Perundangan Mengenai Undang-Undang Agensi
Tugas Seorang Ejen
Hak Seorang Ejen
Tanggungjawab Prinsipal
Penamatan Agensi
Ciri-ciri Ejen Insurans
Kesimpulan
Soalan

98
98-101
101-102
102
102
102
102-107
107
108-110

KANDUNGAN

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN



8.1
8.2
8.3
8.4

Pandangan Menyeluruh
Jualan
Perkhidmatan Lepas Jualan
Ciri-ciri Umum Proses Pembaharuan Insurans Am
Daftar Polisi
Soalan

111
111-117
117-119
120
120
121-123

BAHAGIAN A (2) INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

9.1

9.2

9.3

9.4
9.5
9.6
9.7

9.8
9.9

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan kepada Insurans Perubatan
dan Kesihatan (MHI)
Prinsip dan Amalan yang berkaitan dengan
Insurans Perubatan dan Kesihatan
Perundangan dan Peraturan berkaitan Insurans
Perubatan dan Kesihatan
Tanggungjawab Pemberitahuan
Kategori Insurans Perubatan dan Kesihatan
Bayaran Tuntutan Tidak Menamatkan Perlindungan Polisi
Risiko Insurans Perubatan Dan Kesihatan Semakin
Meningkat Mengikut Peredaran Masa
Kaedah Kawalan Kos
Kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai
Soalan

124
124-125
125
125-128
128-129
129
130
130
130
130
131-133

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN



10.1
10.2
10.3
10.4
10.5
10.6

Pandangan Menyeluruh
Jenis-jensi Insurans Perubatan dan Kesihatan
Insurans Perbelanjaan Perubatan
Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan
Insurans Manfaat Tunai Penghospitalan
Insurans Penyakit Kritikal
Insurans Pendapatan Hilang Upaya
Soalan

134
134-135
135-137
137-139
139
139
139
140-142

KANDUNGAN

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN



Pandangan Menyeluruh
11.1 Tujuan pengunderaitan
11.2 Anti Pemilihan
11.3 Premium yang Munasabah
11.4 Proses Pemilihan Risiko
11.5 Pengunderaitan Perubatan
11.6 Sumber-sumber Maklumat Pengunderaitan
11.7 Keputusan Pengunderaitan
11.8 Menawarkan Perlindungan Yang Dipinda
11.9 Pembaharuan Insurans Perubatan dan Kesihatan
11.10 Bayaran Premium
11.11 Penamatan Polisi

Soalan

143
143-144
144
144
144-145
145-148
148-149
149
149-151
151-153
153
153
154-156

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI



12.1
12.2
12.3
12.4
12.5
12.6

Pandangan Menyeluruh
Pandangan Menyeluruh Tentang Pentadbiran Polisi
Borang Cadangan
Dokumen Polisi
Endorsemen
Notis Pembaharuan
Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran
Premium Insurans Perubatan dan Kesihatan
Soalan

157
157-158
158-159
160-161
162
162
162-163
164-166

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN



13.1
13.2
13.3
13.4
13.5
13.6
13.7
13.8
13.9

Pandangan Menyeluruh
Pemberitahuan Kerugian
Bukti Kerugian/Tuntutan
Memeriksa Perlindungan
Penyiasatan Tuntutan
Borang Tuntutan Insurans Perubatan dan Kesihatan
Penyelesaian Tuntutan Insurans Perubatan dan Kesihatan
Penafian Liabiliti oleh Insurer
Pertikaian
Contoh Tuntutan
Soalan

167
167-168
168
168
169
169-170
170
170
170-172
172
173-175

KANDUNGAN

BAHAGIAN B INSURANS AM
BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM

14.1
14.2
14.3

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Ciri-ciri Produk Insurans Am
Prinsip Asas Insurans yang Digunakan dalam Insurans Am
Soalan

176
176
177-178
178
179-180

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM



15.1
15.2
15.3
15.4
15.5

Pandangan Menyeluruh
Insurans Marin
Insurans Kebakaran
Insurans Motor
Insurans Kemalangan Pelbagai
Jenis Perniagaan Takaful Am
Soalan

181
182-184
184-191
191-196
196-220
220-221
222-224

BAB 16 AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO, PENGUNDERAITAN


DAN PENGKADARAN

Pandangan Menyeluruh
16.1 Pengunderaitan
16.2 Proses Pengunderaitan
16.3 Penetapan Premium, Terma dan Syarat
16.4 Pengesahan Penerimaan
16.5 Insurans Semula dan Insurans Bersama
16.6 Pengkadaran
16.7 Premium Minimum
16.8 Bayaran Premium
16.9 Pengembalian Premium
16.10 Cara Menggunakan Tarif Kebakaran
16.11 Cara Menggunakan Tarif Motor
16.12 Tarif Pampasan Pekerja

Soalan

225
225-226
226-228
229
229
229-230
230-232
232-233
233-234
234-235
235-237
237-240
240-242
243-245

KANDUNGAN

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS



17.1
17.2
17.3
17.4
17.5
17.6
17.7
17.8
17.9

Pandangan Menyeluruh
Borang Cadangan
Nota Lindung
Sijil Insurans
Bentuk Polisi
Endorsemen
Notis Pembaharuan
Sijil Pembaharuan
Borang Tuntutan
Borang Pelepasan
Soalan

246
246-249
249-250
250
251-253
253-254
254
254
255
255-256
257-258

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN



18.1
18.2
18.3
18.4

18.5
18.6
18.7
18.8
18.9

Pandangan Menyeluruh
Prosedur Tuntutan
Dokumen Tuntutan
Penyelesaian Tuntutan
Tuntutan Kembali dari Reinsurer, Insurer Bersama,
Subrogasi dan Sumbangan
Penolakan Liabiliti oleh Insurer
Averaj
Penyelesaian Tuntutan : Persetujuan Pasaran
Perselisihan
Tindakan Selepas Penyelesaian
Soalan

259
260-262
262-264
264-265
265
265
265
266-269
269-270
270-271
272-274

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI



19.1
19.2

Pandangan Menyeluruh
Polisi Kebakaran
Polisi Motor Kenderaan Persendirian
Soalan

275
275-281
281-288
289-291

KANDUNGAN

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN



20.1
20.2
20.3
20.4

Pandangan Menyeluruh
Intipati Perjanjian Antara Syarikat bagi Urusniaga Insurans Am
Komisen
Tunai Sebelum Lindung
Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan
Soalan

292
292-307
307-308
308-309
309-310
311-313

BAHAGIAN C INSURANS HAYAT


BAB 21- PENGENALAN INSURANS HAYAT

21.1
21.2
21.3
21.4

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Ciri-ciri Produk Insurans Hayat
Prinsip Asas Insurans yang Digunakan dalam Insurans Hayat
Risiko yang Dilindungi oleh Polisi Insurans Hayat
Soalan

314
314-315
315-317
317
317-318
319-320

BAB 22 PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA



22.1
22.2
22.3
22.4

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat
Keterangan Kontrak Insurans Hayat
Jenis-jenis Perniagaan Takaful Keluarga
Soalan

321
321-322
322-323
323-343
343-345
346-348

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI



23.1
23.2
23.3
23.4

Pandangan Menyeluruh
Definisi Polisi Insurans Hayat
Kemudahan dan Syarat-Syarat
Transaksi Polisi
Pindaan Polisi
Soalan

349
349
350-354
354-355
355-357
358-359

KANDUNGAN

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU PEMILIHAN


HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU

24.1
24.2
24.3
24.4

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Pengurusan Risiko
Perakaunan Premium Perniagaan Baru
Insurans Hayat dan Cukai Pendapatan
Soalan

360
360
361-368
368
368-371
372-373

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM

25.1
25.2
25.3
25.4
25.5
25.6

Pandangan Menyeluruh
Menilai Risiko
Mengira Kos Risiko
Pengiraan Kadar Premium
Lain-lain Pertimbangan
Penyelarasan Premium Kasar dalam Buku Kadar
Sistem Perkadaran Berangka
Kesimpulan
Soalan

374
374-377
378-380
380-383
383-384
384-386
386-387
387
388-389

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS



26.1
26.2
26.3
26.4

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Penilaian Liabiliti
Penilaian Aset
Surplus
Soalan

390
390-391
391
392
392-395
396-398

KANDUNGAN

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI



27.1
27.2
27.3
27.4
27.5

Pandangan Menyeluruh
Sumber Maklumat untuk Penilaian Risiko
Borang Cadangan
Laporan Perubatan/Pemeriksaan Kesihatan
Bentuk & Struktur Polisi
Endorsemen
Soalan

399
399-400
400-401
401-402
402-403
403-404
405-407

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN



28.1
28.2
28.3
28.4
28.5

28.6

Pandangan Menyeluruh
Pengenalan
Tuntutan Kematian
Tuntutan Kematangan
Tuntutan Hilang Upaya Kekal
Tuntutan Di bawah Polisi Insurans Kemalangan Diri,
Sakit dan Kesihatan Kekal
Daftar Tuntutan
Soalan

408
408
409-410
410-411
411
411-412
412
413-415

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK



29.1
29.2
29.3
29.4

Pandangan Menyeluruh
Pengiraan Umur
Menggunakan Buku Kadar untuk Mengira Premium
Caj Faedah
Pengiraan Nilai Serahan Terjamin
Soalan

416
416-417
417-422
422
422
423-426

KANDUNGAN

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN



30.1
30.2
30.3
30.4

Pandangan Menyeluruh
Bahagian I : Garis Panduan Kod Perlakuan
Bahagian II : Penjualan Insurans Hayat
Bahagian III : Kenyataan Amalan Insurans Hayat
Bahan Penjualan/Pengiklanan
Soalan

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI


DISERTAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI

427
427-430
430-433
433-434
434
435-436

437-438

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS

Pandangan Menyeluruh

1.1

Pengenalan

PANDANGAN MENYELURUH

1.2

Kepentingan Insurans

1.3

Bagaimana Insurans Berfungsi

Bab ini merupakan pengenalan kepada


pelbagai topik yang merangkumi keseluruhan
buku ini. Penekanan diberikan kepada tajuktajuk berikut;

1.4

Apa itu Insurans?

Kepentingan Insurans

1.5

Fungsi Insurans

Bagaimana Insurans Berfungsi

1.6

Kelas-kelas Insurans

Apa itu Insurans

1.7

Aspek Sejarah Insurans

Fungsi Insurans

1.8

Peranan Seorang Ejen Insurans

Kelas-kelas Insurans

Aspek Sejarah Insurans

Peranan Seorang Ejen Insurans

1.1 PENGENALAN

Manusia sering terdedah kepada pelbagai


bentuk risiko ketika melakukan aktiviti dalam
kehidupan harian mereka dan terpaksa
menanggung akibat dari sesuatu kecelakaan.
Kecelakaan atau kemalangan boleh berlaku
dalam pelbagai cara dan seterusnya
mengakibatkan berlakunya pelbagai bentuk
dan tahap kerugian.
Antara contoh-contoh risiko berkenaan ialah:

Seorang pencari nafkah tunggal


untuk sebuah keluarga terlibat dalam
kemalangan dan meninggal dunia.
Pastinya, tanggungan yang ditinggalkan
akan
mengalami
dua
bentuk
kesangsaraan atau kerugian iaitu emosi
dan kewangan.

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS

Apabila sebuah kilang hangus dijilat


api,
tuan
punya
kilang
akan
menanggung kerugian dan juga
kehilangan punca pendapatan yang
dijana oleh kilang berkenaan jika
kebakaran tidak berlaku. Dalam masa
yang sama, pekerja kilang akan
berhadapan dengan kemungkinan
kehilangan kerja.

Pelbagai contoh lain boleh diberikan dan


kesemuanya menjurus kearah kesengsaraan
dan kerugian kewangan.
Biasanya, persoalan yang perlu diutarakan
ialah : Apakah perancangan yang perlu dilakukan
untuk
mengatasi
atau
setidak-tidaknya
mengurangkan kesan kesengsaraan yang
mungkin menimpa seseorang?
Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu
mengakui hakikat bahawa tidak semua bentuk
kerugian boleh diatasi atau dinyatakan dalam
bentuk kewangan. Sebagai contoh, trauma
emosi yang dialami akibat kematian seseorang
yang dikasihi tidak mungkin dapat diatasi
walaupun terdapat sistem pampasan yang
adil.
Mungkin, apa yang boleh dilakukan ialah
merangka suatu sistem bayaran pampasan
yang setidak-tidaknya dapat :

1.2 KEPENTINGAN INSURANS

Keperluan Memperolehi Pendapatan


Setiap masa seseorang individu, keluarga dan
perniagaan akan terdedah kepada kerugian
kewangan melalui harta yang dimiliki, pekerjaan,
aktiviti dan tanggungjawab. Siapakah yang akan
menanggung kerugian kewangan ini dan dari
manakah dana akan diperolehi bagi mengatasi
kerugian berkenaan?. Lazimnya, sekiranya tiada
remidi undang-undang, penyediaan kontrak
atau usahasama; kerugian akan ditanggung
sepenuhnya oleh individu atau unit perniagaan
itu sendiri. Untuk mengatasi masaalah ini,
suatu perancangan akan diperkenalkan bagi
menangani sebahagian dari risiko berkenaan
atau kemungkinan kerugian yang ditanggung
oleh individu atau sesuatu perniagaan.
Perancangan ini berfungsi berdasarkan
Peraturan Bilangan Jumlah Besar, iaitu
dengan menyebarkan risiko kerugian yang
ditanggung oleh individu atau unit perniagaan
tertentu kepada semua pihak yang bersetuju
mengemblingkan sumber kewangan bagi
membayar pampasan atau menampung
kerugian berkenaan. Konsep berkongsi
kerugian ini dikenali sebagai insurans.

mengurangkan
kesan
kerugian
kewangan akibat berlakunya sesuatu
kejadian yang tidak diingini.

Insurer bertindak sebagai pengantara yang


akan mengumpul dan mengurus dana risiko ini.
Insurer akan menyimpan dan melabur premium
secara amanah bagi pihak pemegang polisi, dan
membayar gantirugi kepada mereka sekiranya
berlaku kerugian yang dilindungi insurans.

Bersedia atau membuat persediaan


menghadapi kemungkinan berlakunya
kerugian atau masaalah kewangan
yang tidak dijangka.

Cuba kita bayangkan untuk seketika, apakah


yang akan berlaku dalam masyarakat
moden masakini tanpa wujudnya organisasi
insurans?.

Salah satu perancangan bagi mengatasi


kerugian kewangan yang timbul akibat sesuatu
peristiwa yang tidak diingini, seperti kematian
atau kebakaran, ialah dengan membeli polisi
insurans.

Menjalani kehidupan harian memerlukan


wang. Wang amat diperlukan untuk membeli
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal; selain dari keperluan untuk
mendapatkan kemudahan atau keselesaan

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


hidup yang lainnya. Sekiranya seseorang itu
ingin menjalani kehidupan dengan sempurna, ia
perlu memiliki aliran sumber pendapatan yang
berterusan sepanjang hayatnya. Pendapatan
yang berterusan ini boleh dijamin dengan dua
cara sahaja.

Pengalaman yang memilukan akibat kejadiankejadian luar jangka ini kerap terjadi dan boleh
diperhatikan disekeliling kita.

1.3 BAGAIMANA INSURANS BERFUNGSI.

Sumber Pendapatan
Seseorang individu itu memperolehi sumber
pendapatan samada melalui aktiviti urusniaga
syarikat perniagaan yang dimiliki atau bekerja
dengan orang lain bagi mendapatkan upah,
gaji, elaun atau komisen.
Sumber pendapatan juga boleh didapati melalui
aktiviti pelaburan dimana pendapatan diperolehi
dalam bentuk dividen, bonus atau faedah atas
modal yang dilaburkan.

Mari kita cuba memahami bagaimana insurans


berfungsi memberi pampasan atas kerugian
kewangan akibat berlakunya sesuatu risiko
atau peril.
Selain dari memberi takrifan formal tentang
risiko dan peril ( sila lihat Bab 2), mari kita
lihat beberapa keadaan yang boleh dikatakan
sesuatu risiko atau peril telah berlaku. Contohcontoh berkenaan ialah :Beberapa bentuk risiko

Walau bagaimanapun, kedua-dua sumber ini


sentiasa terdedah kepada keadaan atau risiko
yang diluar kawalan individu tersebut.

Kejadian Luar jangka atau Risiko

Keupayaan
individu
itu
memperolehi
pendapatan mungkin terputus dengan tibatiba disebabkan berlakunya kematian, usia
lanjut, sakit atau kemalangan yang mungkin
mengakibatkan hilangupaya (kekal atau
sementara)

Begitu juga dengan pelaburan. Sesuatu


pelaburan itu mungkin mengalami susut nilai
dengan tiba-tiba atau barangan yang dibiayai
pembeliannya melalui wang modalnya sendiri
telah musnah dijilat api.
Untuk setiap keadaan luar jangka yang
dinyatakan di atas, individu terbabit atau
tanggungannya terpaksa menanggung kerugian
kewangan atau gangguan emosi. Mereka yang
menanggung beban tersebut mungkin tidak
memiliki sumber-sumber lain untuk berkongsi
sebahagian atau kesemua kerugian yang
dialami.

Kapal karam dilaut


Kebakaran yang merebak
mengakibatkan kerosakan harta
benda
Hilang punca pendapatan disebabkan
hilang upaya atau kematian

Penggemblengan Risiko
Adalah mustahil bagi seseorang individu dapat
meramal atau mencegah dari berlakunya peril
di atas, tetapi melalui insurans kita berupaya
membuat persediaan menghadapi masaalah
kewangan, iaitu kerugian harta benda dan/atau
kehilangan pendapatan.
Insurans yang boleh didapati dalam pelbagai
bentuk
adalah
bertujuan
memelihara
kepentingan individu yang diinsuranskan.
Objektif ini boleh dicapai dengan memberi
pampasan atas kerugian yang ditanggung
oleh segelintir individu malang, yang mana
dana diperolehi dari sumbangan premium
sekumpulan besar individu yang terdedah
kepada risiko yang sama.
3

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


Penjelasan Konsep Insurans
Konsep ini dijelaskan dalam Rajah 1.1, yang
berkaitan dengan portfolio insurans pemilik
rumah atau insurans hayat sementara. Bagi
memberi gambaran yang lebih jelas, diandaikan
portfolio berkenaan mengandungi 1000 buah
rumah yang sama nilainya iaitu RM100,000
setiap satu, atau 1000 hayat yang diinsuranskan
dengan amaun yang sama dengan premium
sebanyak RM200 dikenakan bagi setiap hayat
yang diinsuranskan.

Premium
Perlu
Mencukupi
Dalam
Persekitaran Urusniaga Yang Kompetitif
Berdasarkan dari situasi di atas, adalah
jelas bahawa untuk mengendalikan operasi
perniagaan yang menguntungkan dalam
persekitaran yang amat kompetitif, insurer perlu
menetapkan paras premium yang mencukupi
serta mengawal perbelanjaan pengurusan dan
lain-lain perbelanjaan. Adalah diluar skop buku
ini untuk membincangkan persoalan tentang
tahap premium yang difikirkan mencukupi
untuk sesuatu risiko. Walau bagaimanapun,
kita akan memberi maklumat mengenai asas
teknik dan penakrifan dalam bab-bab selepas
ini dan seterusnya. Tetapi sebelum itu, marilah
kita membiasakan diri dengan peraturan
berikut :Peraturan Bilangan Jumlah Besar

Rajah 1.1 Ilustrasi Mengenai Konsep Insurans

Dana Perlu Memenuhi:


Sumbangan dari 1000 pemilik rumah atau
hayat yang diinsuranskan membentuk suatu
dana insurans berjumlah RM200,000. Insurer
akan menggunakan amaun ini untuk membayar
tuntutan, perbelanjaan pengurusan dan lainlain perbelanjaan seperti komisen, cukai
dan sebagainya. Baki, jika ada, merupakan
keuntungan insurer.
Dana Akan Menjadi Difisit
Berdasarkan dari situasi di atas, dana yang
terbentuk hanya mencukupi untuk membayar
dua tuntutan maksimum sahaja. Ini bermakna
perbelanjaan dan wang keluar insurer tidak
diambil kira. Sekiranya terdapat lebih dari dua
tuntutan, dana insurans ini tidak mencukupi
dan adalah jelas yang insurer akan mengalami
kerugian bagi portfolio ini.

Insurans sebagai suatu kaedah menyebarkan


kerugian segelintir individu dikalangan orang
ramai hanya akan berjaya apabila insurer
berpeluang mengunderait sebilangan besar
risiko yang sama. Apabila insurer telah
mengunderait sebilangan besar risiko yang
sama, maka peraturan bilangan jumlah besar
mula berfungsi.
Peraturan bilangan jumlah besar menyatakan
bahawa apabila jumlah kerugian terdedah
semakin meningkat, ramalan kerugian akan
semakin menghampiri kerugian sebenar.
Walaupun peraturan bilangan jumlah besar
adalah konsep yang mudah, ia hanya boleh
beroperasi dengan berkesan sekiranya faktorfaktor berikut dipenuhi :-

Sebilangan besar risiko terdedah


kepada kerugian yang sama
Kerugian terdedah mestilah bebas
dari yang lain
Kemungkinan terjadi kerugian adalah
secara rawak

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


Operasi peraturan bilangan jumlah besar akan
memastikan ramalan kerugian dimasa hadapan
menjadi lebih tepat. Ini adalah penting bagi
insurer kerana mereka perlu mengenakan
premium (berdasarkan ramalan kerugian
dimasa hadapan) yang mencukupi bagi
membolehkan pembayaran kerugian sepanjang
tempoh insurans.

iii.


objektif insurans ialah untuk


mengumpul dana bagi membayar
tuntutan akibat berlakunya risikorisiko tertentu

iv.



hanya risiko tertentu sahaja yang


boleh diinsuranskan iaitu risikorisiko yang kemungkinannya berlaku
boleh dianggarkan dengan tahap
keyakinan dan ketepatan yang tinggi.

1.4 APA ITU INSURANS?


1.5 FUNGSI INSURANS
Setelah memahami peranan insurans dan
bagaimana secara amnya ia berfungsi,
sampailah masanya untuk kita mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang insurans dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Di dalam seksyen ini, pelbagai fungsi insurans


akan dijelaskan dengan lebih lanjut.

Insurans sebagai sebuah organisasi berperanan


menyediakan perlindungan terhadap kerugian
kewangan akibat kejadian yang tidak dijangka.
Definisi insurans
Insurans boleh didefinisikan sebagai :
Satu institusi ekonomi yang berasaskan
prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan
menubuhkan dana am. Keperluannya timbul
daripada berlakunya risiko yang tidak
diduga, yang kebarangkaliannya berlaku
boleh dianggarkan dengan munasabah.

1.5.1 Fungsi Utama

Fungsi utama insurans ialah mengagihkan


kerugian kewangan secara saksama kepada
segelintir
individu
yang
diinsuranskan
dikalangan sekumpulan besar insured. Ini
membawa kita kepada faedah atau fungsi
tambahan.

1.5.2 Fungsi Sekunder

Perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran


manfaat atau pampasan secara kontrak kepada
insured atau pihak ketiga terhadap kerugian
yang tidak dijangka.

Melalui pembelian polisi insurans,


pengusaha atau ahli perniagaan tidak
perlu membuat peruntukan pembekuan
modal bagi menyediakan perlindungan
kewangan sekiranya berlaku kerugian.
Cara ini dapat membantu menstabilkan
kos berkaitan pengurusan risiko.

Ciri-ciri penting insurans


Ciri-ciri penting mengenai insurans adalah
seperti berikut :i.
ii.

Menstabilkan kos

Merangsang usaha niaga

ia adalah institusi ekonomi


ia berasaskan prinsip bersaling atau
kerjasama

Mekanisma pemindahan risiko yang


ditawarkan
oleh
insurans
telah
memungkinkan kepada perkembangan
5

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


bidang perindustrian dan perdagangan
secara
besar-besaran.
Aktiviti
perdagangan
dan
perindustrian
berskala besar ini mungkin tidak dapat
diusahakan sekiranya pengusaha tidak
dapat memindahkan risiko mereka
melalui insurans.

Sumber Modal Pelaburan


Insurer
mengumpulkan
dana
yang besar dan bertindak sebagai
pemegang amanah kepada dana
berkenaan dan dari dana inilah semua
tuntutan kerugian akan dibayar.
Dana ini biasanya dilaburkan (untuk
mendapatkan pulangan faedah) dalam
sektor awam dan swasta. Pelaburan
berkenaan membantu pertumbuhan
ekonomi secara keseluruhannya.

Jaminan untuk mengembangkan


perniagaan
Peranan yang dimainkan oleh insurans
telah
membantu
menghilangkan
perasaan takut dan bimbang akan
kerugian yang mungkin dialami oleh
individu dan ahli-ahli perniagaan.
Kehilangan perasaan takut dan bimbang
ini membantu mengukuhkan keyakinan
dan membolehkan mereka merancang
aktiviti perniagaan masa hadapan.

Menyediakan peluang pekerjaan


Industri insurans di Malaysia telah
menyediakan banyak peluang pekerjaan
kepada orang ramai. Berikut adalah
statistik jumlah pekerja dalam industri
insurans dalam tahun 2007:-

Mengurangkan kerugian
Kehadiran insurer dapat membantu
mengurangkan
tahap
kerugian
(kekerapan dan ketenatan) melalui
tindakan dan nasihat yang diberi
berkaitan
dengan
pengkadaran,
tinjauan, urus khidmat pemeriksaan dan
salvaj.

Kaedah simpanan
Insurans berfungsi sebagai satu kaedah
menyimpan wang terutama melalui
insurans endowmen.
Insurans endowmen adalah gabungan
elemen perlindungan dan simpanan.
Elemen pelaburan dalam kontrak ini
ialah pengumpulan simpanan. Dengan
menggabungkan dua elemen ini
dalam satu pelan, insurans endowmen
menawarkan
perlindungan
dan
simpanan kepada insured.

Walaupun skop bidang kerja broker dan


penyelaras adalah bebas dan memainkan
peranan yang lebih khusus, fungsi kerja dalam
syarikat insurans adalah saling berkaitan
antara satu sama lain. Ia meliputi bidang
pengunderaitan, memproses tuntutan, akaun,
audit/pematuhan, pentadbiran/sumber manusia,
pemerosesan data elektronik, pemasaran dan
perkhidmatan, pelaburan dan lain-lain fungsi
sokongan.

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS

1.6 KELAS-KELAS INSURANS

Risiko yang Dilindungi Dibawah Insurans


Am

Penggemblengan risiko adalah prinsip asas


perniagaan insurans dan adalah lebih wajar
mengkelaskan secara umum yang perniagaan
insurans terbahagi kepada dua iaitu Insurans
Hayat dan Insurans Am.

Kontrak insurans am boleh didapati bagi


menyediakan perlindungan kepada insured
dan/atau pihak ketiga terhadap risiko-risiko
berikut :-

Apakah Insurans Hayat?


Insurans hayat boleh ditakrifkan sebagai
suatu kontrak yang membayar sejumlah
wang yang telah ditetapkan, setelah berlaku
sesuatu kejadian atau beberapa kejadian, dan
bergantung kepada hayat manusia.
Setelah kita memahami secara lebih mendalam,
definisi tersebut mungkin didapati tidak begitu
tepat apabila ia dikaitkan dengan polisi beserta
keuntungan kerana polisi ini tidak menetapkan
terlebih dahulu jumlah wang yang perlu
dibayar.
Kontrak insurans hayat boleh didapati bagi
menyediakan perlindungan terhadap risikorisiko berikut :-

Kematian pramasa
Kehilangan aliran pendapatan yang
berterusan ketika bersara (lanjut usia)
Sakit atau hilang upaya

Apakah Insurans Am?


Perniagaan insurans am boleh ditakrifkan
sebagai semua bentuk perniagaan insurans
(termasuk insurans semula liabiliti dibawah
sesuatu polisi) yang bukan dibawah bidang
perniagaan insurans hayat, seperti yang
ditakrifkan dibawah Akta Insurans 1996.

Kerosakan atau kehilangan harta


seperti kenderaan, kapal, bangunan,
barangan dagangan dan sebagainya
Liabiliti undang-undang yang timbul
disebabkan produk atau barangan
yang dijual atau proses yang
dijalankan.
Kematian atau kecederaan disebabkan
kemalangan.

Lebih banyak konsep asas yang digunapakai


dalam operasi perniagaan kelas-kelas Insurans
Hayat dan Insurans Am diterangkan dalam
Bahagian B dan Bahagian C buku ini.

1.7 ASPEK SEJARAH INSURANS

Kita akan meneliti secara ringkas pengenalan


sejarah awal aspek-aspek sejarah insurans.
Sejarah awal insurans bermula dalam
bidang insurans marin. Para pedagang
yang terlibat dalam urusniaga penghantaran
barangan dengan kapal laut berusaha untuk
meminimumkan kerugian yang timbul akibat
peril laut, iaitu dengan cara menyebar atau
berkongsi kerugian dikalangan semua yang
terlibat dalam transaksi urusniaga yang sama.
Kebiasaannya, kebanyakan kapal dagang
selamat sampai ke pelabuhan dan hanya
segelintir sahaja yang ditimpa kecelakaan.
Pedagang yang terselamat akan membuat
sumbangan bagi mengurangkan kerugian
yang ditanggung oleh pedagang yang tidak
bernasib baik. Dengan kata lain, nasib malang
segelintir individu ditanggung bersama oleh
mereka yang ramai.
7

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


Kaedah ini ternyata berjaya melalui caruman
premium yang dikumpul dalam satu dana
umum. Melihat kepada kejayaan dan manfaat
yang diperolehi dari kaedah ini, para pedagang
mula memperkenalkan idea tersebut ke
beberapa negeri. Lama kelamaan, wujud
beberapa kumpulan yang pakar dalam bidang
pengurusan dana dan membuat penyelidikan
mengenai kadar kerugian yang berlaku dalam
pelbagai jenis perjalanan laut atau maritim.
Disinilah bermulanya insurans marin.

Satu pencapaian penting dalam perkembangan


insurans hayat ialah penggunaan Jadual
Kemortalan dengan kadar faedah berkompaun.
Pada tahun 1762, The Equitable Assurance
buat pertama kalinya telah menetapkan kadar
premium dengan menggunakan sistem premium
paras berasaskan amalan moden.

Lama selepas itu, insurans hayat dan pelbagai


bentuk insurans moden mula diperkenalkan.
Semua jenis insurans ini berfungsi atas prinsip
menyebarkan kerugian yang dialami oleh
segelintir dengan dana yang ditubuhkan melalui
sumbangan dari yang ramai.

Sejarah insurans di Malaysia bermula ketika


era penjajahan British pada abad ke 18 dan ke
19 apabila syarikat perdagangan British atau
rumah agensi ditubuhkan. Syarikat-syarikat
seperti Harrison & Crossfield, Boustead dan
Sime Darby adalah antara agensi yang bertindak
bagi pihak syarikat-syarikat insurans British.

Pada awalnya, polisi insurans hayat dijual


sebagai insurans sementara jangka pendek
dimana perlindungan boleh diperbaharui atas
pilihan insurer diakhir tempoh polisi. Pendekatan
seperti ini mempunyai keburukannya tetapi
mungkin itulah satu-satunya cara pendekatan
yang boleh diambil disebabkan ketiadaan jadual
kemortalan.
Tahun
1706
menandakan
kemunculan
Amicable Society for a Perpetual Assurance,
yang memperkenalkan satu skim insurans
dimana setiap ahli dikehendaki mencarum
sejumlah tetap wang setiap tahun. Pada akhir
tahun, sumbangan terkumpul akan dibahagikan
kepada tanggungan atau waris ahli yang
meninggal dunia.
Keahlian terbuka kepada individu yang
berumur diantara 12 tahun hingga 45 tahun
dengan sumbangan diseragamkan pada 5
setahun (yang kemudiannya dinaikkan kepada
6.20 setahun). Pada peringkat awal operasi,
pihak syarikat tidak menjamin jumlah insurans
yang tetap tetapi selepas tahun 1757, jumlah
insurans minimum telah ditetapkan dan dibayar
sekiranya berlaku kematian. Pada tahun 1807,
bayaran premium pelbagai berdasarkan umur
insured mula diperkenalkan.

1.7.1 Insurans di Malaysia

Industri insurans di Malaysia lebih mirip kepada


sistem British dan pengaruhnya masih dapat
dilihat sehingga hari ini. Malah, sehingga lewat
tahun 1955, dilaporkan syarikat insurans asing
menguasai 95% dari keseluruhan urusniaga
insurans tempatan.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, usaha yang lebih bersepadu
telah dilaksanakan demi memperkenalkan
syarikat-syarikat insurans tempatan. Pada awal
tahun 1960an telah menyaksikan penubuhan
beberapa syarikat insurans tempatan yang
tidak berapa lama kemudian terpaksa ditutup
kerana operasi kendalian yang tidak cekap dan
kelemahan aspek-aspek teknikal.
Kawalan Urusniaga Insurans
Situasi yang tidak sihat dan kurang
menyenangkan itu menyebabkan pihak
kerajaan terpaksa campurtangan dengan
memperkenalkan enakmen Akta Insurans 1963
sebagai usaha mengawal industri insurans
tempatan. Akta Insurans 1963 ini kemudiannya
diganti dengan Akta Insurans 1996.

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


Akta Insurans 1996 yang diperkenalkan pada
Januari 1997 menjadi asas perundangan utama
yang mengawal urusan perniagaan insurans di
Malaysia.

1.8 PERANAN SEORANG EJEN INSURANS

Peranan sebagai
meliputi :-

seorang

insurans

Untuk menjadi seorang ejen yang efektif,


seseorang itu perlu mempunyai kemahiran
untuk mengenalpasti keperluan insurans
pelanggannya.
Pelanggan
perlu
diberi
penerangan dan khidmat nasihat mengenai
jenis-jenis produk yang memenuhi keperluan
insurans mereka dan polisi tidak luput. Para
ejen diharap dapat memberi khidmat nasihat
yang bertepatan dengan keperluan pelanggan

ejen

Memberi kelegaan kewangan kepada


tanggungan
individu
yang
diinsuranskan yang mungkin menemui
ajal sebelum masanya.

Para ejen diharap mempunyai kesungguhan


untuk memahami keseluruhan isi kandungan
buku ini bagi memperolehi pengetahuan
teknikal serta teknik penjualan yang berkaitan
demi mencapai kejayaan dalam kerjaya ini.

Memberi kelegaan kewangan sekiranya


berlaku
kerosakan/kerugian
harta
benda.
Menyemai
tabiat
atau
disiplin
menyimpan dikalangan orang ramai
Menyediakan
lain-lain
bentuk
perkhidmatan berkaitan insurans
kepada orang ramai.

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 1
1.

Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai Peraturan


Bilangan Nombor Besar?
a.
b.
c.
d.

2.

Yang manakah diantara berikut BUKAN ciri-ciri penting insurans?


a.
b.
c.
d.

3.

semua risiko boleh diinsuranskan.


insurans adalah institusi ekonomi.
insurans berasaskan prinsip saling bekerjasama.
ia adalah pengumpulan dana bagi tujuan membayar tuntutan akibat berlaku
nya risiko tertentu.

Yang manakah diantara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans?


a.
b.
c.
d.

4.

kerugian terdedah mestilah bebas dari elemen-elemen lain.


sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama.
kemungkinan terjadi kerugian adalah secara rawak.
sebahagian besar insured mengalami kerugian yang sama, pada masa yang
sama dan berpunca dari peril yang sama.

kematian disebabkan kemalangan motosikal.


kerugian atau kerosakan akibat kemalangan motosikal
liabiliti terhadap pihak ketiga disebabkan produk yang dijual.
kerugian kewangan akibat kejatuhan harga pasaran saham syarikat

Fungsi sekunder insurans termasuk perkara-perkara berikut KECUALI


a.
b.
c.
d.

mekanisma pemindahan risiko.


kaedah simpanan.
menstabilkan kos.
mengurangkan kerugian.

10

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


5.

6.

Kontrak insurans hayat dirangka bagi menyediakan perlindungan terhadap risikorisiko berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

pinjaman bank.
kematian pra-masa.
sakit atau hilang upaya.
sumber pendapatan berterusan ketika persaraan (iaitu usia lanjut).

a.
b.
c.
d.

I dan II.
I, II dan IV.
III dan IV.
kesemua di atas.

Kontrak insurans am memberi perlindungan terhadap risiko-risiko berikut,


KECUALI:
a.
b.
b.
c.

7.

Insurans sebagai satu institusi, mempunyai matlamat untuk menyediakan


perlindungan terhadap _____________________ disebabkan berlakunya
malapetaka yang tidak dijangka.
a.
b.
c.
d.

8.

harta.
kemalangan.
kematian biasa.
liabiliti perundangan.

kerugian/trauma emosi.
kerugian perasaan/sentimental.
kerugian kewangan.
kerugian bukan-kewangan.

Yang manakah diantara fakta berikut TIDAK BENAR mengenai insurans hayat dan
juga insurans am?
a.

b.

c.


d.

Polisi insurans hayat adalah tertakluk kepada prinsip indemniti, manakala


polisi insurans am tidak tertakluk kepada prinsip tersebut.
Polisi insurans am adalah tertakluk kepada prinsip indemniti, manakala polisi
insurans hayat tidak tertakluk kepada prinsip tersebut.
Kedua-dua polisi insurans hayat dan insurans am menyediakan bayaran
pampasan sekiranya insured mengalami hilang upaya kekal akibat
kemalangan.
Insurans hayat adalah kontrak jangka panjang, manakala kontrak insurans
am merupakan kontrak yang boleh diperbaharui setiap tahun.

11

BAB 1 - PENGENALAN INSURANS


9.

Operasi peraturan bilangan jumlah besar akan memastikan


a.
b.
c.
d.

10.

ramalan kerugian masa hadapan yang lebih tepat.


memahami keadaan pasaran dengan lebih baik.
memahami pelanggan dengan lebih baik.
aliran tunai yang lebih baik untuk insurer.

Ciri-ciri utama insurans ialah:


i.
ii.
iii.

iv.

Ia adalah institusi ekonomi.


Ia berasaskan prinsip bersaling atau bekerjasama
Objektif insurans ialah mengumpul dana bagi membayar tuntutan akibat
berlakunya risiko-risiko tertentu.
Hanya risiko tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan, iaitu risiko yang
kejadiannya boleh dianggarkan dengan tahap ketepatan yang tinggi.

a.
b.
c.
d.

I dan II.
II dan IV.
II, III dan IV.
kesemua di atas.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

12

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

Pandangan Menyeluruh

2.1

Konsep Risiko

2.2

Konsep-konsep yang Berkaitan

2.3

Kategori Asas Risiko

2.4

Kaedah Menangani Risiko

2.5

Pengurusan Risiko

PANDANGAN MENYELURUH

Bab ini memberi tumpuan kepada risiko dan


membincangkan dengan lebih mendalam
mengenai perkara-perkara berikut :-

2.6

Ciri-ciri Risiko Boleh


Diinsuranskan

Ciri-ciri risiko
Konsep-konsep yang berkaitan
dengan risiko
Penilaian risiko
Pengurusan risiko
Ciri-ciri risiko yang boleh diinsuranskan.

2.1 KONSEP RISIKO

Kita hidup didunia yang sentiasa terdedah


kepada peril-peril. Peril biasanya penyebab
terjadinya kerugian. Contoh peril termasuklah
kebakaran, perlanggaran, banjir, sakit dan
kematian luar jangka. Apabila peril berlaku,
harta benda mungkin musnah atau hilang
dan seseorang itu mungkin mengalami
kecederaan atau menemui kematian. Sebarang
kemusnahan yang berlaku kepada harta benda
atau kematian pastinya akan menyebabkan
kerugian kewangan.

Rajah 2.1 merupakan contoh peril dan kerugian


yang mungkin berlaku
13

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


Walaupun kita sentiasa terdedah kepada peril,
kita tidak pasti bila kejadian-kejadian yang
boleh membawa kerugian ini akan berlaku.
Dalam lain perkataan, kerugian yang mungkin
dialami dimasa hadapan tidak boleh ditentukan.
Ketidakpastian mengenai kerugian/kehilangan
dipanggil risiko. Oleh kerana risiko wujud apabila
keadaan masa hadapan tidak diketahui, ia boleh
dikatakan akan hadir dimana-mana dan dalam
apa jua keadaan. Risiko wujud dalam kehidupan
harian dan dalam mana-mana industri.

mempunyai purata pengalaman kemalangan


melibatkan 50 buah kenderaan pada tahun
sebelumnya.
Oleh
itu,
kebarangkalian
kemalangan akan berlaku pada tahun hadapan
ialah 50/1000 atau 0.05. Asas konsep yang
membolehkan kebarangkalian empirikal dapat
dinilai dengan tepat ialah peraturan bilangan
jumlah besar. (Lihat 1.3)

Penilaian Risiko

Kebarangkalian Penganggaran ditentukan


berdasarkan anggaran seseorang untuk meramal
sesuatu akibat. Kebarangkalian penganggaran
digunakan apabila kurang atau tiada data-data
terdahulu atau statistik yang boleh dipercaya.
Sebagai contoh, kebarangkalian penganggaran
digunakan dalam insurans loji nuklear kerana
kekurangan statistik yang boleh diyakini.

Walaupun kita tidak pasti akan berlaku kerugian


pada masa hadapan, tetapi adalah tidak
mustahil kita boleh menentukan kemungkinan
berlakunya kerugian dengan menggunakan
satu cabang matematik yang dikenali sebagai
teori kebarangkalian. Istilah kebarangkalian
merujuk kepada satu bidang pembelajaran
yang mengukur akan kemungkinan berlakunya
sesuatu kejadian. Kajian mengenai peluang/
kemungkinan, kejadian/peristiwa serta
kebarangkalian boleh didapati dengan
menggunakan tiga pendekatan :- Priori,
Empirikal dan Anggaran.
Keadaan yang membolehkan penggunaan
kebarangkalian Priori
Kebarangkalian priori boleh ditentukan apabila
jumlah sesuatu kejadian yang mungkin
berlaku dapat diketahui. Sebagai contoh,
kebarangkalian untuk mendapat angka lima
setelah menggolekkan buah dadu ialah 1/6 atau
0.1666. Penggunaan konsep priori dalam kajian
risiko dan insurans secara praktikalnya adalah
terhad kerana keadaan yang berkemungkinan
berlaku sesuatu dapat diketahui lebih awal
adalah tersangat luar biasa.
Penggunaan Kebarangkalian Empirikal

Penggunaan Kebarangkalian
Penganggaran

Hakikatnya, Akibat Sebenar Berbeza Dari


Akibat Yang Dijangka
Hakikatnya,
setiap
syarikat
insurans,
bergantung kepada wujudnya data-data
yang
boleh
dipercayai,
menggunakan
teknik kebarangkalian penganggaran atau
penentuan empirikal untuk meramal kerugian
masa hadapan. Untuk setiap keadaan,
kesemua teknik hanya mampu mengira
anggaran kerugian masa hadapan. Ini
membayangkan akibat sebenar mungkin
tidak menyamai akibat yang dijangka.
Sebagai contoh, sebuah syarikat insurans
meramalkan 30 buah kenderaan daripada
kesemua kereta yang diinsuranskan akan
mengalami kemalangan pada tahun hadapan.
Realitinya, kemungkinan jumlah kenderaan
yang rosak sebenarnya ialah 20 atau 40 atau
50 atau 100. Timbulnya kepelbagaian dalam
akibat sebenar ini adalah kerana keperluan
peraturan jumlah besar tidak dipatuhi.

Kebarangkalian
Empirikal
ditentukan
berdasarkan dari data pada tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, sebuah syarikat pengangkutan
yang mengendalikan 1000 buah kenderaan
14

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


Lain-lain Definisi Risiko

Terdapat dua jenis utama bahaya :

Sungguhpun sesebuah syarikat insurans itu


mempunyai pengalaman pendedahan kerugian
yang sama dalam jumlah yang cukup besar, ia
masih tertakluk kepada masaalah ketidakpastian
kerana kerugian sebenar mungkin tidak
sama dengan kerugian yang diramal. Apabila
wujud ketidakpastian, risiko akan terus kekal.
Sehubungan dengan itu, kita boleh mengambil
langkah seterusnya iaitu dengan mendefinisikan
risiko sebagai kepelbagaian akibat bagi
sesuatu keadaan. Sebagai tambahan kepada
dua definisi yang diberikan, risiko juga boleh
dianggap sebagai :-

Definisi Bahaya Fizikal

Kemungkinan berlaku kerugian

Terdedah kepada bahaya

Perkara pokok insurans

Kesimpulannya, risiko mempunyai banyak


pengertiannya dan makna risiko itu adalah
bergantung kepada keadaan bagaimana ia
digunakan.

2.2 KONSEP-KONSEP YANG BERKAITAN

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut


tentang aspek-aspek risiko, adalah penting
untuk kita membezakan risiko daripada konsepkonsep berikut :-

Kerugian adalah penyusutan atau


kehilangan nilai ekonomi
Peril adalah sebab terjadinya sesuatu
kerugian
Bahaya adalah keadaan yang akan
meningkatkan kebarangkalian terjadi
sesuatu kerugian

Bahaya fizikal ialah ciri-ciri atau sifat fizikal yang


boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya
kerugian. Contoh-contoh bahaya fizikal
termasuklah pembinaan sesebuah bangunan
yang diperbuat dari kayu, keadaan mekanikal
sesebuah kereta yang tidak diselenggara
dengan baik dan lain-lain.
Definisi Bahaya Moral
Bahaya moral ialah keperibadian atau sikap
yang kurang menyenangkan pada seseorang
individu yang boleh meningkatkan kemungkinan
berlakunya kerugian. Contoh bahaya moral
ialah tidak amanah, cuai, tidak mahu bertolak
ansur dan sebagainya.

2.3. KATEGORI-KATEGORI ASAS RISIKO

Risiko boleh dikelaskan kepada dua kategori


utama :-

Risiko asas dan khusus

Risiko tulen dan spekulatif

2.3.1 Risiko Asas dan Khusus

Definisi Risiko Asas


Risiko asas memberi kesan kepada keseluruhan
ekonomi atau sebahagian besar individu/
kumpulan dalam suatu kelompok ekonomi.
Contohnya ialah risiko kerosakan harta benda
akibat gempa bumi, banjir dan taufan (bencana
alam), risiko kerosakan harta benda dan
kehilangan nyawa akibat peperangan dan risiko
pengangguran yang berleluasa.

15

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


Definisi Risiko Khusus
Risiko khusus memberi kesan kepada individu
tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan
anggota masyarakat atau negara. Contohnya
ialah risiko kerosakan harta benda disebabkan
kebakaran atau risiko kecederaan akibat
kemalangan.
Siapakah yang Bertanggungjawab?
Oleh kerana terdapat perbezaan dalam
kesannya,
risiko
khusus
menjadi
tanggungjawab individu, manakala risiko
asas adalah tanggungjawab kerajaan dan
masyarakat keseluruhannya.
Rajah 2.2 Ciri-ciri utama risiko tulen dan
spekulatif

2.3.2 Risiko Tulen dan Spekulatif

Definisi Risiko Tulen

2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO

Risiko tulen wujud apabila terdapat kemungkinan


terjadi kerugian atau tiada kerugian. Contohnya
ialah risiko kerosakan harta benda akibat
kebakaran atau kematian pramasa.

Dalam seksyen ini kita akan melihat caracara menangani risiko tulen. Pada dasarnya,
terdapat empat cara menangani risiko :

Definisi Risiko Spekulatif

Pengelakan risiko

Pengawalan kerugian

Pembendungan risiko

Pemindahan risiko

Risiko spekulatif wujud apabila terdapat


kemungkinan untuk mengaut keuntungan,
berlaku kerugian atau tiada kerugian.Contohnya
ialah membuat pelaburan dalam pasaran saham
atau hartanah, melibatkan diri dalam bidang
perniagaan dan bertaruh dalam lumba kuda.
Ciri-ciri Lain Mengenai Risiko Tulen
Selain dari perbezaan kesan atau akibat,
risiko tulen lebih mudah untuk diramal kerana
peraturan jumlah bilangan besar boleh
digunakan keatas risiko-risiko seperti ini. Ini
juga bermakna risiko tulen secara amnya
boleh diuruskan melalui penggunaan teknik
menginsuranskan, manakala risiko spekulatif
biasanya tidak boleh diinsuranskan.

2.4.1 Pengelakan Risiko

Teknik ini bertujuan mengelakkan harta benda,


individu atau aktiviti yang menimbulkan risiko.

16

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


Contoh,

i.



Pengeluar barangan yang bimbang


akan tindakan mahkamah disebabkan
liabiliti produk yang dihasilkannya, ia
boleh mengelakkan risiko ini dengan
tidak menghasilkan barangan tersebut.

Iaitu dengan cara mengurangkan ketenatan


atau amaun sesuatu kerugian. Sebagai contoh,
pemasangan sistem perenjis air automatik
akan dapat membantu mengurangkan amaun
kerugian sekiranya berlaku kebakaran.

ii.



Individu yang bimbang menghadapi


masaalah
kesihatan
disebabkan
barah jantung boleh mengelakkan
risiko ini iaitu elakkan diri dari
merokok.

2.4.2 Pengawalan Kerugian

Teknik ini bertujuan mengurangkan amaun


kerugian. Jumlah kerugian dipengaruhi oleh
kekerapan dan keterukan (ketenatan) sesuatu
kerugian.

2.4.3 Pembendungan Risiko

Kaedah ini melibatkan pembendungan risiko


oleh individu atau organisasi. Apabila risiko
dapat dibendung, kerugian yang dialami akan
ditanggung oleh pihak yang membendung
risiko berkenaan. Pembendungan risiko
mungkin dirancang atau tidak dirancang.
Sekiranya pembendungan risiko dirancang,
risiko diterima secara terkawal. Sementara
pembendungan risiko tidak dirancang pula
melibatkan penerimaan risiko tanpa menyedari
kewujudannya.

Kekerapan sesuatu kerugian ialah berapa kali


kejadian yang mengakibatkan kerugian akan
berlaku dalam jangkamasa tertentu.
Ketenatan sesuatu kerugian adalah kos atau
amaun kerugian yang dinilai dalam wang ringgit,
yang berpunca dari kejadian yang membawa
kerugian.

Meminimumkan Kerugian

2.4.4 Pemindahan Risiko

Teknik pengawalan kerugian dapat menangani


risiko dengan :

Kaedah ini melibatkan pemindahan risiko


kepada sesebuah organisasi atau individu.
Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan
ditanggung oleh organisasi atau individu yang
menerima risiko berkenaan. Terdapat dua cara
pemindahan risiko :

Menghalang Kerugian

Iaitu dengan cara mengurangkan kekerapan


berlakunya
kerugian.
Sebagai
contoh,
penggunaan bahan kalis api dalam pembinaan
bangunan akan membantu menghalang
kerugian disebabkan kebakaran.

Kontrak Insurans

Contoh: Seorang pemilik rumah boleh


memindahkan kerugian yang dialami apabila
rumahnya musnah dijilat api, dengan membeli
kontrak insurans kebakaran.

17

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

Kontrak Bukan Insurans

Contoh: Sebuah pasaraya boleh memindahkan


bakal liabiliti yang berpunca dari jualan produk
yang rosak, dengan menandatangani perjanjian
dengan pengeluar barangan tersebut agar
pengeluar bersetuju membayar pampasan
sekiranya timbul liabiliti berpunca dari produk
berkenaan.

Mengenalpasti

Penilaian

Pemilihan:
Pengelakan

Pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai suatu


pendekatan sistematik untuk mengendali risiko
yang mengancam aset dan sumber pendapatan
sesuatu perniagaan atau perusahaan. Proses
pengurusan risiko melibatkan langkah-langkah
berikut:

Mengenalpasti pendedahan kerugian

Menilai amaun kerugian yang


mungkin ditanggung

Memilih teknik-teknik mengawal risiko

Melaksana program pengurusan risiko

Mengawal program pengurusan risiko

Carta aliran proses berkenaan ditunjukkan


secara sistematik dalam Rajah 2.3

Kawalan Kerugian
Pemindahan

2.5.1 Mengenalpasti Pendedahan


Terhadap Kerugian

Pembendungan

Perlaksanaan

Kawalan
Rajah 2.3 Proses Pengurusan Risiko

2.5 PENGURUSAN RISIKO

Sebelum ini kita telah difahamkan bahawa risiko


itu sentiasa wujud dalam kehidupan harian
kita dan risiko tulen biasanya akan diakhiri
dengan kerugian kewangan. Dalam seksyen
ini kita akan mempelajari bagaimana risiko
dikendalikan melalui proses yang dipanggil
Pengurusan Risiko.

Langkah pertama dalam pengurusan risiko ialah


mengenalpasti semua pendedahan kepada
kerugian tulen termasuk:

Kerosakan fizikal terhadap harta benda

Kerugian akibat gangguan perniagaan

Dakwaan undang-undang

Kerugian berpunca dari penipuan,


perbuatan jenayah dan pekerja yang
pecah amanah
Kerugian akibat kematian atau hilang
upaya pekerja penting.

Pendedahan kepada kerugian boleh


dikenalpasti melalui pelbagai sumber termasuk
kajiselidik, penyata kewangan, carta aliran dan
pemeriksaan peribadi keatas kemudahan fizikal
yang disediakan.
18

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

2.5.2 Menilai Potensi Kerugian

Setelah
mengenalpasti
kerugian
yang
mungkin ditanggung, langkah seterusnya
ialah menilai amaun kerugian yang mungkin
ditanggung oleh sesebuah firma. Proses
penilaian meliputi anggaran kekerapan dan
ketenatan pendedahan terhadap kerugian
serta menentukan tahap kedudukan mengikut
kepentingannya. Pendedahan kerugian yang
paling berkemungkinan akan berlaku perlu
diberi keutamaan dalam program pengurusan
risiko.

2.5.3 Memilih Teknik Mengendali Risiko

Teknik-teknik mengendali risiko meliputi


pengelakan risiko, pengawalan kerugian,
pembendungan risiko dan pemindahan risiko.
Pemilihan mana-mana teknik pengendalian
risiko boleh dibuat berdasarkan kriteria
kewangan atau kriteria bukan kewangan.
Pemilihan berdasarkan kriteria kewangan perlu
mengambilkira bagaimana pilihan berkenaan
akan memberi kesan kepada keuntungan
syarikat atau kadar pulangan. Pemilihan yang
tidak melibatkan kriteria kewangan termasuklah
aspek-aspek kemanusiaan dan keperluan
undang-undang.

2.5.5 Mengawal Program


Pengurusan Risiko

Setelah dilaksanakan, program pengurusan


risiko perlu diawasi bagi menentukan matlamat
yang diharapkan dapat dicapai. Sekiranya perlu,
pengubahsuaian program boleh dilakukan.

2.6 CIRI-CIRI RISIKO BOLEH


DIINSURANSKAN

Tidak semua risiko boleh diinsuranskan. Risiko


yang boleh diinsuranskan perlu memenuhi
beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri utama
berkenaan ialah :

2.6.1 Nilai Kewangan

Insurans amat berkait rapat dengan keadaan


dimana gantirugi kewangan boleh dibayar
setelah berlaku sesuatu kerugian. Oleh itu,
risiko yang boleh diinsuranskan seharusnya
meliputi kerugian yang boleh dinilai dari segi
kewangan. Berikut adalah beberapa contoh
risiko-risiko yang dimaksudkan:

2.5.4 Melaksanakan Program


Pengurusan Risiko

Selepas memilih teknik atau kombinasi beberapa


teknik yang sesuai, langkah seterusnya ialah
untuk melaksanakan program pengurusan
risiko.

19

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

2.6.2 Jumlah Besar Risiko Yang Sama

Sesuatu risiko yang hendak diinsuranskan


mestilah mempunyai persamaan ciri-ciri dan
terdapat jumlah yang banyak. Terdapat dua
sebab mengapa keperluan tersebut perlu
dipenuhi :

Membolehkan pihak insurer membuat


ramalan kerugian dengan lebih tepat
Sekiranya hanya terdapat segelintir
risiko, prinsip kerugian segelintir
ditanggung oleh yang ramai tidak
boleh digunakan

membawa kepada malapetaka ialah kerugian


akibat peperangan dan gempa bumi.

2.6.5 Kerugian Yang Tidak Dijangka

Satu lagi ciri risiko boleh diinsuranskan


ialah kerugian yang dialami mestilah secara
kebetulan. Kerugian tidak dijangka ialah sesuatu
yang tidak disengajakan dan tanpa niat untuk
melakukannya. Insurans tidak dapat berfungsi
dengan baik dan berkesan sekiranya kerugian
yang berlaku adalah disengajakan oleh insured
atau melakukannya dengan niat untuk menipu.

2.6.6 Kepentingan Boleh Diinsuranskan


2.6.3 Risiko Tulen Sahaja

Insurans hanya melindungi risiko tulen sahaja


kerana didalam situasi risiko tulen, seseorang
akan mengalami kerugian atau tidak mengalami
sebarang kerugian. Ini bermakna tidak ada
kemungkinan seseorang itu meraih keuntungan
dari risiko tulen. Risiko spekulatif memberi
kemungkinan berlaku kerugian, pulang modal
atau keuntungan. Oleh itu, ia jarang sekali
boleh diinsuranskan kerana insured tidak
akan berusaha mencari keuntungan kerana
dia mengetahui yang insurer akan membayar
pampasan sekiranya berlaku kerugian.

2.6.4 Kerugian Tidak Membawa


Malapetaka

Sekiranya
sesuatu
risiko
itu
hendak
diinsuranskan, kerugian yang berlaku tidak boleh
membawa malapetaka atau bencana sehingga
membebankan pihak insurer. Kerugian yang
boleh membawa malapetaka ini berpunca dari
beberapa risiko yang menyebabkan kerugian
berlaku pada masa yang sama atau satu risiko
yang mengakibatkan berlakunya kerugian yang
amat besar. Contoh-contoh kerugian yang

Kebiasaannya,
seseorang
yang
ingin
menguatkuasakan
perlindungan
insurans
mestilah mempunyai kepentingan boleh
insurans keatas harta benda, hak, kepentingan,
hayat, anggota badan atau liabiliti yang ingin
diinsuranskan. Kewujudan kepentingan boleh
insurans dalam kontrak insurans merupakan
faktor utama yang membezakan antara insurans
dan perjudian. (Kepentingan boleh insurans
akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
Bab 3).

2.6.7 Sah dan Tidak Bertentangan


Dengan Kepentingan Awam

Objek yang hendak diinsuranskan mestilah sah


disisi undang-undang dan tidak bertentangan
dengan kepentingan awam. Sebuah kapal
yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan
atau pertaruhan atas suatu hayat tidak
boleh dianggap sebagai risiko yang boleh
diinsuranskan kerana risiko sedemikian adalah
tidak sah disisi undang-undang. Denda atau
penalti yang dikenakan oleh undang-undang
tidak boleh diinsuranskan kerana ia adalah
bertentangan dengan kepentingan awam untuk
dilindungi insurans.
20

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

2.6.8 Premium Yang Munasabah

Ciri terakhir risiko boleh diinsuranskan ialah


premium yang dikenakan mestilah berpatutan,
bersesuaian dengan jumlah kerugian yang
mungkin ditanggung. Risiko yang mempunyai
kebarangkalian yang tinggi atau kejadian
yang hampir pasti akan berlaku biasanya
mengenakan premium yang amat tinggi dan
insured mendapati ianya tidak munasabah.
Sebaliknya, premium yang perlu dibayar bagi
melindungi risiko kebakaran ke atas pen yang
hanya bernilai beberapa sen sahaja dianggap
tidak munasabah
kerana insurer akan
menanggung perbelanjaan kos tuntutan yang
tinggi.

21

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 2
1.

Diantara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan?


a.
b.
c.
d.

2.

Diantara berikut, yang manakah pendekatan pengurusan risiko yang paling


tidak berkesan?
a.
b.
c.
d.

3.

pengelakan risiko.
pemindahan risiko.
pembendungan risiko.
tidak mempedulikan risiko.

Yang manakah diantara berikut BUKAN teknik pengawalan dan meminimumkan


kerugian dalam insurans kebakaran?
a.
b.

c.

d.

4.

Ia mestilah tidak bertentangan dengan dasar dan kepentingan awam.


Ia mestilah berlaku secara kebetulan sahaja.
Ia mestilah tergolong dalam risiko spekulatif.
Ia mestilah tergolong dalam risiko tulen.

latihan pencegahan kebakaran kepada pekerja.


melupuskan bahan buangan mengikut peraturan dan menjaga
kebersihan.
menggunakan bahan tidak mudah bakar dalam industri pembinaan
bangunan.
pemasangan sistem penggera keselamatan.

Yang manakah diantara berikut BUKAN teknik pengawalan dan meminimumkan


kerugian dalam insurans hayat dan kesihatan?
a.
b.
c.

d.

latihan bantuan kecemasan kepada pekerja.


elakkan diri dari merokok.
menginsuranskan hayat dengan amaun insurans yang bersesuaian dengan
kedudukan kewangan.
Insured memasang jeriji di rumah kediamannya.

22

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO


5.

Yang manakah diantara berikut BUKAN risiko tulen?


a.
b.
c.
d.

6.

Yang manakah diantara keterangan berikut tidak benar?


a.
b.
c.
d.

7.

pencegahan kerugian.
pengelakan risiko.
pemindahan risiko.
pembendungan risiko.

Keterangan yang paling tepat mengenai risiko tulen ialah


a.
b.
c.
d.

9.

peril adalah penyebab utama berlakunya kerugian.


bahaya akan mempengaruhi kesan kerugian.
ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko.
bahaya moral boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko.

Apabila seseorang itu berhenti bermain bola sepak kerana khuatir mengalami
kecederaan, kaedah kawalan risiko tersebut dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

8.

kebakaran.
banjir.
kecurian.
mengendali perniagaan pasaraya.

tiada kerugian, untung atau kerugian.


tiada kerugian atau kerugian.
keuntungan atau kerugian.
kerugian.

Yang manakah diantara berikut menentukan jumlah kerugian dibawah kaedah


kawalan kerugian dalam menangani risiko tulen?
i.
ii.
iii.
iv.

kekerapan.
ketenatan kerugian.
bahaya fizikal.
bahaya moral.

a.
b.
c.
d.

I dan II.
II dan III.
III dan IV.
kesemua di atas.

23

BAB 2 CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO

10.

Definisi yang paling tepat mengenai kepentingan boleh insurans ialah


a.

b.

c.

d.

sebarang bentuk hubungan antara pencadang dengan perkara pokok


insurans.
sebarang bentuk hubungan masa hadapan yang mungkin terjadi antara
pencadang dengan perkara pokok insurans.
kepentingan yang wujud dari kemungkinan akan mewarisi perkara pokok
insurans.
hak disisi undang-undang untuk menginsuranskan kepentingan kewangan
yang sah, dimana insured mempunyai kepentingan keatas perkara pokok
insurans berkenaan.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

24

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

Pandangan Menyeluruh

3.1

Prinsip-prinsip Insurans

3.2

Takaful

3.3

Majlis Pengawasan Syariah

3.4
3.5
3.6
3.7

Takaful dan Insurans


Prinsip Operasi Takaful
Aspek Operasi Takaful
Jenis-jenis Perniagaan Takaful

PANDANGAN MENYELURUH

Prinsip-prinsip asas insurans berikut merupakan


perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam
bab ini:

Kepentingan boleh insurans

Penuh percaya mutlak

Indemniti

Subrogasi

Sumbangan

Sebab hampiran

Bab ini juga menyediakan penerangan tentang


prinsip-prinsip asas takaful yang meliputi:

Pengenalan Takaful

Majlis Pengawasan Syariah

Takaful dan Insurans

Prinsip Operasi Takaful

Aspek Operasi takaful

Jenis Perniagaan Takaful

3.1 PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Kontrak insurans bukan sahaja tertakluk kepada


prinsip-prinsip am undang-undang kontrak,
malah ia juga tertakluk kepada prinsip-prinsip
perundangan khas tertentu yang terkandung
dalam kontrak insurans. Prinsip insurans yang
dimaksudkan ialah:

25

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Prinsip-prinsip khas yang terkandung dalam
kontrak insurans;

insurans, dan begitu juga dengan jenis-jenis


insurans yang ditawarkan dipasaran. Antara
contoh-contoh perkara pokok insurans dibawah
polisi-polisi insurans dinyatakan dalam rajah
3.1.

Kepentingan boleh insurans

Penuh percaya mutlak

Indemniti

Jenis Polisi

Perkara Pokok

Subrogasi

Motor

Kereta, Motorsikal dll

Sumbangan

Marin

Kapal, Kargo

Hayat

Nyawa, Anggota Badan dll

Sebab hampiran

Penerbangan

Kapalterbang, Nyawa dll

Kebakaran

Bangunan, Barangan dll

3.1.1 Kepentingan Boleh Insurans


Rajah 3.1 Perkara Pokok Insurans

Insurans Hendaklah Bersandarkan Kepada


Prinsip Kepentingan Boleh Insurans
Insurans adalah berbeza dengan perjudian.
Salah satu sebab utama mengapa ia berbeza
ialah insurans mestilah disokong atau
berlandaskan kepada prinsip kepentingan
boleh insurans.
Sebelum dijelaskan konsep kepentingan boleh
insurans secara lebih mendalam, adalah
penting untuk kita mengetahui dua konsep yang
berkaitan dengannya iaitu:

Perkara pokok insurans

Perkara pokok kontrak insurans

3.1.1.1 Perkara pokok insurans

3.1.1.2 Perkara Pokok Kontrak Insurans

Perkara pokok insurans tidak boleh disamakan


dengan perkara pokok kontrak insurans.
Perkara pokok kontrak insurans ialah
kepentingan kewangan insured terhadap
perkara pokok insurans. Untuk membezakan
dua perkara tersebut, andaikan seseorang
telah menginsuranskan rumahnya dengan nilai
RM100,000 perlindungan terhadap kebakaran
atau menginsuranskan hayatnya RM100,000
perlindungan terhadap kematian.
Rumah atau hayat yang dinyatakan itu adalah
perkara pokok insurans, sementara kepentingan
kewangan insured terhadap rumah atau
nyawanya yang dinilai sebanyak RM100,000 itu
adalah perkara pokok kontrak insurans.

Dalam urusniaga insurans, perkara pokok


insurans adalah seperti harta benda, liabiliti
perundangan, hak, nyawa dan anggota badan
yang dilindungi dibawah polisi insurans.
Terdapat berbagai-bagai jenis perkara pokok

26

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.1.1.3 Apa itu Kepentingan


Boleh Insurans

Kepentingan Boleh Insurans


Kepentingan Boleh Insurans ialah suatu
hak yang sah disisi undang-undang untuk
menginsuranskan kepentingan kewangan
yang sah terhadap perkara pokok insurans
berkenaan. Frasa kepentingan kewangan
yang sah merujuk kepada kepentingan
kewangan yang diiktiraf oleh undangundang. Oleh itu, sekiranya kepentingan
kewangan seseorang itu tidak sah
maka dia tidak mempunyai Kepentingan
Boleh Insurans untuk mengikat kontrak
yang sah. Seorang pencuri tidak boleh
menginsuranskan
barangan
yang
dicurinya, atau seorang individu tidak
boleh memiliki polisi insurans hayat keatas
hayat orang lain yang ia tidak mempunyai
kepentingan kewangan yang sah disisi
undang-undang (ini dianggap perjudian).

3.1.1.4 Bila Kepentingan Boleh Insurans


Mesti Wujud?

Untuk Kontrak Insurans Am, Kepentingan


Boleh Insurans Harus Wujud Ketika
Permulaan Kontrak dan Masa Berlakunya
Kerugian. ( Insurans Marin Terkecuali ).
Secara amnya, seseorang yang mengikat
kontrak insurans am mesti mempunyai
kepentingan boleh insurans pada permulaan
kontrak dan semasa kerugian berlaku. Tanpa
kepentingan tersebut, maka kontrak insurans
tersebut dianggap batal. Walau bagaimanapun,
syarat ini tidak digunakan dalam insurans marin.
Di bawah insurans marin, insured hanya perlu
mempunyai kepentingan boleh insurans ketika
berlakunya kerugian. Contohnya, pengimport
boleh menginsuranskan barangan yang diimport
asalkan ia akhirnya boleh membuktikan yang ia
mempunyai kepentingan boleh insurans, iaitu

menjadi pemilik barangan sebelum peril yang


diinsuranskan berlaku. Sebaliknya, seseorang
itu tidak boleh menguatkuasakan kontrak
insurans motor sebelum ia memiliki kenderaan
berkenaan.
Untuk Kontrak Insurans Hayat, Kepentingan
Boleh Insurans Mesti Wujud Ketika
Permulaan Kontrak Sahaja.
Berbeza dengan insurans am, syarat
mewajibkan kepentingan boleh insurans dalam
insurans hayat adalah lebih mudah. Insured
hanya perlu ada kepentingan boleh insurans
semasa mengikat kontrak insurans hayat.
Subseksyen 152(1) Akta Insurans 1996 juga
menyediakan peruntukan untuk perkara ini.
Siapa yang Mempunyai Kepentingan Boleh
Insurans
Dibawah insurans harta benda, pemilik,
pemegang
amanah,
ejen,
pemiutang
atau penyewa mempunyai kepentingan
boleh insurans keatas harta yang dimiliki,
diamanahkan, pegangan berkomisen, digadai
atau disewa: Sebaliknya dalam insurans liabiliti
sesiapa sahaja yang mungkin menanggung
liabiliti tersebut boleh membelinya.Dibawah
insurans hayat dan insurans kemalangan diri
pula, seseorang itu mempunyai kepentingan
boleh insurans yang tidak terbatas keatas
nyawa dan anggota badannya. Subseksyen
152(2) menyatakan seseorang itu dikatakan
mempunyai kepentingan boleh insurans
terhadap orang lain sekiranya orang tersebut
adalah:
a.

teman hidup, anak atau kanak-kanak


dibawah jagaan dan dibawah umur
majoriti ketika insurans mula berkuatkuasa

b.

pekerjanya; atau

27

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


c.

seseorang yang pada ketika insurans


berkuatkuasa adalah dibawah jagaan
sepenuhmasa atau sebahagiannya.

kontrak baru perlu diwujudkan antara insurer


dengan penerima hak polisi awal. Pindaan ini
dipanggil novasi.

3.1.2 Penyerahan Hak

3.1.2.2 Pengecualian

Secara amnya penyerahan hak ialah


pemindahan hak dan liabiliti dari seseorang
kepada seseorang yang lain. Dalam konteks
insurans, pemindahan semua hak dan liabiliti
insured kepada insured yang lain disebut
sebagai penyerahan hak polisi. Penerima serah
hak iaitu pihak yang menerima hak milik polisi
memiliki kesemua hak yang pernah dimiliki oleh
penyerah hak dan tidak boleh lebih dari itu.
Oleh itu, sekiranya pihak insurer boleh menolak
liabiliti terhadap penyerah hak atas sebarang
alasan, maka alasan yang serupa boleh
digunakan terhadap penerima serah hak.

Walaupun persetujuan awal secara bertulis dari


insurer adalah diperlukan sebelum penyerahan
hak polisi boleh dikuatkuasakan, namun
terdapat tiga pengecualian iaitu:

3.1.2.1 Persetujuan Awal

Persetujuan Awal Dari Insurer Diperlukan


Untuk Menjadikan Penyerahan Hak Sah
Disisi Undang-Undang.
Kontrak insurans secara amnya dikenali
sebagai kontrak peribadi kerana keputusan
insurer untuk terikat dengan kontrak banyak
bergantung kepada kelayakan insured. Oleh
itu, apabila insurer mengikat kontrak dengan
insured tertentu, insured berkenaan tidak boleh
menyerahkan hak polisinya kepada individu lain
kecuali setelah mendapat persetujuan terlebih
dahulu dari pihak insurer.
Sebagai contoh, penjual rumah tidak boleh
memindahkan hak polisi kebakarannya kepada
pembeli, kecuali pihak insurer bersetuju
dengan penggantian hak dari penjual kepada
pembeli dan pembeli menjadi insured baru.
Mengikut peruntukan undang-undang, apabila
insurer telah memberi persetujuan mengenai
penggantian insured kepada insured yang lain,

Insurans marin

Polisi ini bebas untuk diserah hak dibawah


peruntukan Akta Insurans Marin 1906. Secara
praktik, hanya polisi kargo boleh diserah hak
secara bebas manakala polisi badan kapal (hull)
biasanya mengandungi fasal yang melarang
polisi diserah hak tanpa persetujuan insurer.
Polisi kargo bebas diserah hak kerana polisi ini
merupakan dokumen penting yang berperanan
sebagai cagaran bank yang membiayai urusan
dagangan luar negara.

Insurans hayat

Penyerahan hak boleh dibuat mengikut Akta


Polisi Insurans 1867, tertakluk kepada syaratsyarat yang dinyatakan dalam seksyen 23.3.
bab 23.

Penyerahan mengikut wasiat atau


kuatkuasa undang-undang

Terdapat polisi tertentu umpamanya polisi


insurans kebakaran yang menyediakan
kemudahan penyerahan hak secara automatik
sekiranya penukaran kepentingan perkara
pokok insurans dibuat secara wasiat atau
kuatkuasa undang-undang
Penyerahan Hak Amaun Tuntutan
Penyerahan hak juga boleh digunakan dalam
konteks penyerahan hak prosid polisi.
28

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Penyerahan hak prosid polisi ini boleh berlaku
apabila insured mengarahkan insurer supaya
membayar amaun tuntutan kepada pihak ketiga.
Contohnya pemilik polisi insurans kebakaran
membuat serah hak prosid polisi kepada orang
yang membaiki kerosakan rumahnya iaitu
dengan mengarahkan pihak insurer membayar
amaun tuntutan (jumlah kerosakan) tersebut
kepada penerima serah hak prosid sebagai
bayaran membaiki kerosakan rumahnya.
Didalam polisi insurans hayat, penyerahan
hak prosid polisi berlaku apabila pemegang
polisi menamakan waris untuk menerima
manfaat kematian dibawah polisinya. Dibawah
penyerahan hak ini, pemegang polisi masih
lagi pihak yang mengikat kontrak (insured)
dan masih tertakluk kepada liabiliti walaupun
penyerahan hak tuntutan telah diserahkan
kepada orang lain. Prosid untuk semua polisi
boleh diserah hak kepada pihak lain kecuali
kontrak insurans menyatakan sebaliknya.
Bahagian XIII Akta Insurans 1996 menyatakan
peruntukan mengenai bayaran wang polisi
dibawah suatu polisi insurans hayat, termasuk
polisi insurans hayat dibawah Seksyen
23 Akta Undang-Undang Sivil 1956, dan
polisi kemalangan diri yang diambil oleh
pemegang polisi atas hayat dirinya sendiri
yang menyediakan bayaran manfaat kematian.
Seksyen 163, Bahagian XIII memperuntukkan
iaitu pemilik polisi yang telah mencapai usia
18 tahun boleh menamakan seseorang untuk
menerima wang polisi selepas kematiannya,
iaitu dengan memberitahu insurer secara
bertulis butiran-butiran penting penama iaitu:
a.

Nama

b.

Tarikh lahir

c.

No Kad Pengenalan/sijil kelahiran

d.

Alamat

Penamaan tersebut hendaklah disaksikan


oleh seorang saksi yang waras fikiran, berusia
18 tahun keatas dan bukan penama yang
dimaksudkan.

3.1.3 Prinsip Penuh Percaya Mutlak

3.1.3.1 Kontrak Perdagangan

Kebanyakan kontrak perdagangan tidak


mensyaratkan pihak-pihak yang terlibat
memberitahu maklumat yang tidak diminta.
Setiap pihak berusaha mendapat manfaat yang
terbaik dari kontrak tersebut, asalkan ia tidak
cuba mengelirukan pihak lain. Prinsip undangundang yang menguasai kontrak sedemikian
ialah caveat emptor (pembeli harus berhatihati).

3.1.3.2

Kontrak Insurans

Insured Dikehendaki Memberitahu Semua


Fakta-Fakta Penting Mengenai Risiko Yang
Ingin Diinsuranskan.
Kontrak insurans mempunyai syarat yang
berbeza. Apabila pihak insurer membuat
penilaian atas cadangan insurans, ia tidak
mengetahui semua fakta matan insurans yang
dicadangkan. Sebaliknya, pencadang tahu
atau sepatutnya tahu akan semua maklumat
berkaitan risiko yang dicadangkannya itu. Situasi
ini meletakkan insurer berada dalam kedudukan
yang tidak memihak kepadanya. Insurer tidak
dapat membuat penilaian lengkap mengenai
risiko yang akan diinsuranskan sehinggalah
pencadang bersetuju memberitahu semua fakta
matan yang diketahuinya. Untuk memperbaiki
keadaan yang tidak seimbang ini, undangundang telah mewajibkan
tanggungjawab
penuh percaya mutlak kepada semua pihak yang
terlibat dalam kontrak insurans. Oleh kerana
insured lebih mengetahui tentang risiko yang
29

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


dicadangkan, tanggungjawab memberitahu
lebih diberatkan kepada insured, berbanding
dengan insurer.

c.

insurer telah mengetahuinya atau


sepanjang
insurer
melaksanakan
tugasnya, insurer sepatutnya tahu; atau

Tanggungjawab ini ditakrifkan sebagai tugas


untuk menyatakan dengan lengkap dan tepat
semua fakta matan berkaitan dengan risiko yang
dicadangkan, yang diketahui atau sepatutnya
diketahui, samada ditanya atau tidak.

d.

insurer memutuskan untuk menyisihkan


atau tidak menggunakan keperluan
untuk memberitahu.

3.1.3.3 Tanggungjawab Penuh


Percaya Mutlak

Seksyen 150 Akta Insurans 1996 memberi


penekanan
terhadap
tanggungjawab
Penuh Percaya Mutlak iaitu tanggungjawab
memberitahu,
khususnya
dari
pihak
pencadang.
Subseksyen 150(1) menyatakan sebelum
sesuatu kontrak insurans berkuatkuasa,
pencadang hendaklah memberitahu insurer
perkara-perkara yang:
a.



dia ketahui adalah penting dan diambil


kira dalam keputusan insurer samada
untuk menerima risiko atau tidak dan
kadar premium serta syarat-syarat
yang akan dikenakan; atau

b.


seseorang yang waras akal fikiran dan


didalam situasi demikian adalah
difikirkan wajar ia mengetahui yang
perkara tersebut adalah penting.

Subseksyen 150(2) seterusnya menyatakan


bahawa tanggungjawab memberitahu tidak
memerlukan pencadang menyatakan perkaraperkara yang
a.

mengurangkan risiko kepada insurer;

b.

menjadi pengetahuan umum;

Subseksyen 150(3) menyatakan bahawa


sekiranya pencadang gagal menjawab atau
memberi keterangan yang tidak lengkap atau
tidak berkaitan terhadap soalan-soalan yang
terkandung dalam borang cadangan atau yang
ditanya oleh insurer dan perkara tersebut tidak
disusuli tindakan selanjutnya oleh pihak insurer;
maka pematuhan terhadap tanggungjawab
memberitahu fakta lengkap dianggap telah
diketepikan oleh pihak insurer.
Rujuk Bab 7 Seksyen G-7.6.2 mengenai
pengetahuan dan kenyataan ejen insurans.

3.1.3.4 Fakta Matan

Fakta Matan
Insured

Harus

Didedahkan

oleh

Fakta matan ialah fakta penting yang boleh


mempengaruhi keputusan pengunderait dalam
menentukan penerimaan sesuatu risiko atau
amaun premium yang dikenakan. Kematanan
sesuatu fakta bergantung kepada bentuk
perlindungan insurans yang dicadangkan.
Sebagai contoh, pengambilan alkohol oleh
pencadang adalah fakta matan bagi insurer
motor atau kemalangan diri tetapi fakta ini tidak
matan bagi insurer marin kargo. Kematanan
sesuatu fakta juga bergantung kepada keadaan
risiko yang dicadangkan. Sehubungan itu, faktafakta berkaitan penggunaan alkohol mungkin
juga tidak penting sekiranya pencadang
mempunyai pemandunya sendiri.

30

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.1.3.5 Jangkamasa Tanggungjawab


untuk Memberitahu

Dibawah undang-undang lazim, pencadang


dikehendaki memberitahu semua maklumat
matan ketika dalam proses rundingan.
Tanggungjawab memberitahu fakta matan
ini berterusan sehingga kontrak insurans
dikuatkuasakan.
Dalam kontrak insurans am, tanggungjawab
ini kerapkali dilanjutkan tempohnya sehingga
melepasi tarikh kuatkuasa polisi. Perkara ini
biasanya dinyatakan dalam syarat-syarat
polisi atau melanjutkan tempoh waranti yang
menghendaki insured memberitahu insurer
tentang sebarang perubahan penting terhadap
risiko sepanjang tempoh kuatkuasa polisi. Ketika
kontrak insurans diperbaharui, tanggungjawab
memberitahu ini dihidupkan semula kerana
pembaharuan polisi merupakan pembentukan
kontrak baru.

Prinsip Penuh Percaya Mutlak telah dimungkiri


apabila pencadang mengetahui atau dianggap
mengetahui fakta-fakta matan tetapi;

Gagal memberitahu fakta matan, atau

Menyalah-nyatakan fakta matan.

Apabila insured gagal memberitahu fakta


matan,
mengingkari
tanggungjawab
penuh percaya mutlak ini dikenali sebagai
ketidakdedahan atau
penyembunyian,
iaitu penipuan kerana ketidakdedahan; dan
sekiranya ia menyalah-nyatakan fakta matan,
pengengkaran ini dikenali sebagai salahnyata
tidak sengaja atau salahnyata yang
disengajakan. Apabila insured memungkiri
tanggungjawab penuh percaya mutlak,
kontrak insurans akan terbatal samada
tindakan tersebut dibuat secara sengaja atau
tidak. Sungguhpun demikian, penyembunyian
atau salahnyata fakta secara sengaja
membolehkan pihak insurer menyaman pihak
terlibat.

3.1.4 Indemniti

Prinsip Indemniti Menjelaskan


Kontrak insurans berjanji akan membayar
pampasan atas kerugian atau kerosakan yang
diinsuranskan. Janji ini adalah tertakluk kepada
prinsip indemniti yang mana insurer dikehendaki
mengembalikan insured kepada keadaan
kewangan yang sama seperti sebelum berlaku
kerugian. Tujuan utama prinsip ini ialah untuk
memastikan agar selepas gantirugi dibayar,
insured tidak berada dalam keadaan kewangan
yang lebih baik dari sebelum berlaku kerugian.
Kesimpulan dari prinsip ini ialah insured tidak
boleh menerima jumlah yang lebih besar dari
amaun kerugian yang dialami, walaupun ia
mungkin menerima jumlah yang kurang dari
jumlah kerugian sebenar disebabkan batasan
pada polisi seperti jumlah insurans yang
rendah, penggunaan prinsip purata (average),
had lebihan dan had tertentu.

31

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Kaedah atau cara bayaran indemniti termasuklah
bayaran tunai, pembaikan, penggantian atau
pengembalian semula.

3.1.4.1 Kontrak Indemniti

Kontrak insurans
indemniti

am

adalah

kontrak

Kontrak insurans jenis ini merupakan kontrak


dimana kepentingan boleh insurans boleh diukur,
umpamanya kontrak insurans harta benda,
pekuniari dan liabiliti. Apabila kepentingan
boleh insurans tidak terbatas seperti insurans
kemalangan diri yang melindungi nyawa sendiri,
anggota badan dan anggota fizikal lainnya,
maka prinsip indemniti tidak boleh digunakan.
Jadual 3.2 Kelas Insurans dan Kaedah Indemniti

Kontrak Insurans Kemalangan Diri &


Insurans Hayat Adalah Bukan Kontrak
Indemniti.
Sehubungan dengan itu, insurans kemalangan
diri secara umumnya tidak dianggap sebagai
kontrak indemniti. Atas alasan yang serupa,
kontrak insurans hayat juga bukan kontrak
indemniti.

3.1.4.2 Penilaian dan Cara Bayaran


Indemniti

Ukuran atau penilaian indemniti bergantung


kepada bentuk dan keadaan insurans itu
sendiri. Secara amnya, didalam insurans harta
benda, indemniti bergantung kepada samada
dalam bentuk kos penggantian ditolak susut
nilai, atau nilai pasaran; sementara insurans
liabiliti, indemniti dinilai mengikut amaun
yang diputuskan oleh pihak mahkamah atau
penyelesaian luar mahkamah bersama kos
dan perbelanjaan yang dipersetujui. Indemniti
dalam insurans pekuniari dinilai mengikut
kerugian kewangan yang dialami oleh insured.
Contohnya dalam insurans jaminan kesetiaan,
indemniti diukur mengikut jumlah kerugian yang
ditanggung akibat ketidakjujuran pekerja.

3.1.5 Prinsip Subrogasi

Prinsip subrogasi membolehkan insurer yang


telah membayar indemniti kepada insured
atas kerugian yang dialami, menggunakan hak
insured untuk menuntut amaun yang sama dari
pihak ketiga. Prinsip subrogasi diperkenalkan
bagi menghalang insured menerima amaun
gantirugi lebih dari jumlah indemniti yang
diterimanya apabila insured mempunyai
dua atau lebih polisi yang sama untuk dibuat
tuntutan. Contohnya, insured menginsuranskan
suatu objek dengan nilai RM1,000.00 dan objek
berkenaan mengalami kerosakan disebabkan
kecuaian pihak ketiga. Tanpa subrogasi, insured
boleh menuntut kerugian dari dua pihak iaitu
daripada insurer dan pihak ketiga. Sekiranya
insured berjaya membuat tuntutan gantirugi
dari kedua-dua belah pihak, insured akan
memperolehi RM2,000.00. Untuk mengelakkan
insured meraih keuntungan dari kerugian yang
dialami, insurer yang telah membayar gantirugi
itu akan mengambil hak insured dibawah prinsip
subrogasi dan berusaha memperolehi jumlah
yang sama dari pihak ketiga yang cuai itu.

32

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Subrogasi boleh dianggap sebagai turutan
indemniti, iaitu akibat yang mengikuti selepas
indemniti. Oleh kerana subrogasi terjadi
selepas wujudnya indemniti, maka ia tidak
boleh digunakan pada kontrak yang tidak ada
indemniti.

3.1.5.1 Bagaimana Timbulnya Subrogasi

Subrogasi boleh berlaku dengan cara-cara


berikut:

Subrogasi melalui Tort


Apabila berlaku tort, contohnya kecuaian
yang dilakukan oleh pihak ketiga
sehingga menyebabkan kerosakan
atau kemusnahan harta benda yang
dilindungi oleh insurans, insured berhak
menerima bayaran indemniti dan juga
hak menuntut kerugian dari pihak ketiga.
Sekiranya insured menerima bayaran
gantirugi dibawah polisi insuransnya,
maka insurer mendapat hak subrogasi
terhadap pihak ketiga di atas. Keadaan
ini boleh dianggap sebagai subrogasi
melalui tort.

Subrogasi melalui kontrak


Dalam situasi lain, insured mungkin
mengalami kerugian yang bukan sahaja
dilindungi dibawah polisi insurans
(contohnya polisi wang), tetapi ia juga
dilindungi dibawah kontrak antara
insured dan pihak ketiga, iaitu syarikat
keselamatan yang membawa wang.
Insured boleh membuat tuntutan
kerugian samada dari pihak insurer atau
pihak syarikat keselamatan. Sekiranya
insured bercadang untuk menuntut
bayaran gantirugi dari insurer, maka
insurer boleh mengambil hak insured
dan memperolehi jumlah ini dari pihak
ketiga iaitu syarikat keselamatan.
Keadaan ini boleh dinyatakan sebagai
subrogasi melalui kontrak.

Subrogasi melalui Statut

Kadangkala statut membenarkan seseorang


itu menuntut bayaran kerugian dari pihak
ketiga. Contohnya, Akta Rumah Tumpangan
1952 (Inkeepers Act1952) membenarkan
penginap sesebuah hotel menuntut jumlah
harga barangan yang hilang sewaktu dibawah
penjagaan hotel tersebut. Andaikan beberapa
barang milik penginap hotel telah hilang
semasa dibawah jagaan pihak hotel. Barangan
berharga ini dilindungi dibawah polisi insurans
semua risiko yang dimiliki oleh penginap
hotel. Sekiranya insured bercadang menuntut
gantirugi dari insurer, maka insurer boleh
mengambil hak insured dibawah statut untuk
menuntut semula pampasan dari pihak hotel
pula. Situasi ini dikenali sebagai subrogasi
melalui statut.

Subrogasi melalui perkara pokok

Apabila sesuatu harta benda yang dilindungi


insurans
telah
musnah
sepenuhnya,
insurer biasanya akan membayar gantirugi
sepenuhnya kepada insured. Selepas insurer
membayar gantirugi tersebut, ia berhak
mengambil hak insured untuk memperolehi
baki yang tinggal dari perkara pokok
insurans; atau lebih dikenali sebagai salvaj
menyelamatkan barang-barang. Apabila
insurer mengambil alih tugas salvaj, ia
dikatakan melaksanakan hak subrogasi yang
timbul dari perkara pokok insurans.
.

33

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.1.5.2 Pindaan Terhadap


Prinsip Subrogasi


Tindakan Subrogasi Boleh Dilaksanakan
Meskipun Gantirugi Belum Dibayar Kepada
Insured
Dalam kebanyakan kelas insurans am, prinsip
subrogasi telah diubahsuai dan dinyatakan
dalam syarat-syarat polisi yangmana ia
membenarkan insurer melaksanakan tindakan
subrogasi sebelum atau selepas indemniti
dibayar kepada insured. Dengan lain perkataan,
insurer boleh melaksanakan tindakan subrogasi
walaupun indemniti belum lagi dibayar kepada
insured.

3.1.6 Prinsip Sumbangan

Apabila sesuatu kerugian itu dilindungi oleh dua


atau lebih polisi insurans, prinsip sumbangan
membenarkan insurer yang telah membayar
indemniti, meminta insurer lain yang samasama menanggung risiko berkenaan supaya
membuat sumbangan (bayaran) mengikut
nisbah atau bahagian masing-masing. Prinsip
sumbangan merupakan akibat turutan indemniti
yang
diperkenalkan
bagi
mengelakkan
insured yang mempunyai dua atau lebih polisi
melindungi kerugian yang sama dari menerima
amaun indemniti lebih dari sepatutnya.

3.1.6.1 Syarat Perlaksanaan Prinsip


Sumbangan
Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi sebelum
prinsip sumbangan boleh dilaksanakan:

Terdapat dua atau lebih polisi indemniti


yang berkuatkuasa

Polisi-polisi berkenaan mestilah


melindungi kepentingan yang sama
Polisi-polisi berkenaan mestilah
melindungi peril yang sama yang
mungkin menyebabkan kerugian
Kerugian yang dialami melibatkan
perkara pokok yang sama dan
dilindungi dibawah kesemua polisi
berkenaan.

3.1.6.2 Pindaan Prinsip Sumbangan

Perlaksanaan prinsip sumbangan boleh


dipinda melalui syarat-syarat polisi. Didalam
kebanyakan insurans am, syarat-syarat polisi
biasanya menyatakan bahawa sekiranya wujud
keperluan sumbangan maka insurer hanya
perlu membayar kerugian mengikut kadar atau
bahagian masing-masing.

3.1.7 Prinsip Sebab Hampiran

3.1.7.1 Kepentingan Prinsip


Sebab Hampiran

Beban membuktikan kerugian ditanggung


oleh insured.
Yang mana satukah diantara banyak sebabsebab kerugian boleh dianggap sebagai sebab
utama kerugian?. Sebab inilah yang dinamakan
sebab hampiran.
Apabila berlaku kerugian, insured dibebankan
tanggungjawab untuk membuktikan bahawa
tuntutan kerugian yang dikemukakannya adalah
disebabkan peril yang dilindungi. Sekiranya
kerugian itu berlaku berpunca dari satu sebab
sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk
menentukan liabiliti.

34

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Insurer Tidak Bertanggungjawab Terhadap
Peril Yang Tidak Dilindungi atau Peril Yang
Dikecualikan.
Insurer perlu menanggung kerugian yang
disebabkan oleh peril yang dilindungi.
Sebaliknya, insurer tidak bertanggungjawab
terhadap peril yang tidak dilindungi atau peril
yang dikecualikan. Kerugian berlaku mungkin
disebabkan oleh dua punca atau lebih, yang
terjadi pada masa yang sama atau secara
berturutan. Masaalah akan timbul apabila
sebab-sebab berkenaan melibatkan peril yang
dilindungi dan juga peril yang dikecualikan.
Dalam situasi seperti ini, insured menghadapi
kesukaran untuk menentukan punca sebenar
kerugian. Untuk menyelesaikan masaalah ini,
sistem perundangan telah mewujudkan doktrin
sebab hampiran yang berpandukan kepada
pepatah Latin maxim causa proxima non remota
spectator yang bermaksud tumpukan kepada
sebab hampiran dan bukan sebab terpencil.
Oleh itu, sekiranya berlaku kerugian akibat
daripada beberapa punca, perlu dikenalpasti
sebab hampiran iaitu punca yang paling unggul
atau efektif yang menyebabkan kerugian itu
berlaku.
Nota-nota penting:
-

Peril yang diinsuranskan ialah peril


yang secara nyata dilindungi oleh
polisi insurans.

Peril tidak diinsuranskan adalah peril


yang tidak disebut didalam polisi dan
oleh itu ia tidak dilindungi dibawah
polisi, kecuali ia berlaku disebabkan
peril yang diinsuranskan. Contoh
peril tidak diinsuranskan dalam polisi
kebakaran ialah asap dan kerosakan
disebabkan air.

Peril yang dikecualikan adalah peril


yang secara nyata dikeluarkan dari
perlindungan polisi.

3.1.7.2 Aplikasi Doktrin Sebab Hampiran

3.1.7.2.1 Punca Serentak

Apabila kerugian berlaku disebabkan oleh lebih


dari dua peril dimana salah satu daripadanya
adalah peril yang dilindungi, berlaku secara
serentak dan kesannya dapat diasingkan,
maka insurer bertanggungjawab atas kerugian
yang disebabkan oleh peril yang diinsuranskan.
Walau bagaimanapun, sekiranya kerugian
tidak dapat diasingkan puncanya, insurer
bertanggungjawab membayar sepenuhnya
jumlah kerugian, dengan syarat ia tidak
melibatkan peril yang dikecualikan.
Apabila peril yang dikecualikan merupakan
salah satu dari punca yang berlaku serentak,
insurer bertanggungjawab keatas kerugian
yang disebabkan oleh peril yang dilindungi,
hanya apabila kerugian itu dapat diasingkan.
Sekiranya kerugian itu tidak dapat diasingkan,
insurer tidak akan bertanggungjawab terhadap
kerugian berkenaan.

35

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


Gambarajah 3.2 dibawah menjelaskan situasi
yang dimaksudkan.

Rajah 3.2 Liabiliti Insurer jika berlaku punca serentak

3.1.7.2.2 Rantaian Kejadian

Apabila terdapat rantaian kejadian atau peristiwa


yang tidak terputus, insurer bertanggungjawab
atas kerugian yang berlaku akibat peril pertama
yang diinsuranskan, dengan syarat peril yang
dikecualikan tidak mendahului peril yang
diinsuranskan.

Sungguhpun litar pintas adalah peril


yang tidak dilindungi tetapi ia adalah
sebab hampiran yang mengakibatkan
kerugian. Insurer bertanggungjawab
terhadap sebarang kerugian yang
berlaku disebabkan secara langsung
oleh kebakaran dan juga kerugian yang
disebabkan oleh air yang digunakan
oleh pihak bomba kerana kerosakan
yang berlaku adalah sebab langsung
kebakaran.

Dua contoh yang diberikan dibawah menjelaskan


tentang prinsip tersebut:
1.

Contoh kejadian yang tidak


melibatkan peril yang dikecualikan

a.

Sebuah bangunan dilindungi


insurans kebakaran

berlaku litar pintas yang kemudiannya


menyebabkan kebakaran.

anggota bomba yang dihubungi berjaya


mengawal kebakaran dalam tempoh
satu jam.

polisi

bangunan dan barangan mengalami


kerosakan teruk akibat kebakaran dan
juga kerosakan disebabkan oleh air.

b.

Seorang pejalan kaki yang memiliki


polisi insurans hayat telah dilanggar
oleh sebuah kereta ketika ia sedang
menyeberang jalan. Insured mati
ditempat kejadian. Kemalangan yang
mengakibatkan kematian adalah sebab
hampiran kepada kerugian/kematian
dan insurer bertanggungjawab atas
kerugian berkenaan.

36

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


2.

Contoh kejadian yang melibatkan


peril yang dikecualikan

a.

Sebuah kedai motor dan stok barangan


diinsuranskan dibawah polisi kebakaran.
Tangki gas acetylene yang digunakan
untuk kerja-kerja pengimpalan telah
meletup dan menyebabkan kebakaran.
Gas yang digunakan bagi tujuan
komersial adalah peril terkecuali.
Sekiranya letupan tangki gas (peril
terkecuali) berlaku sebelum kebakaran
(peril yang dilindungi), insurer tidak
bertanggungjawab terhadap kerugian
yang berlaku disebabkan kebakaran
berkenaan. Walau bagaimanapun,
sekiranya letupan berlaku selepas
kebakaran, insurer bertanggungjawab
terhadap kerugian akibat kebakaran
sebelum berlakunya letupan.

b.

Seorang
pemilik
polisi
insurans
hayat yang merasa tertekan telah
bertindak membunuh diri dengan
terjun dari balkoni disebuah bangunan
10 tingkat. Insured mati ditempat
kejadian. Kematian tersebut berlaku
dalam tempoh setahun dari tarikh
kuatkuasa polisi insurans hayat seumur
hidupnya. Fasal bunuh diri yang tercatat
dalam polisi merupakan peril yang
dikecualikan dan oleh itu, insurer tidak
boleh dibertanggungjawabkan.

3.1.7.2.3 Rantaian Kejadian Yang Terputus

Apabila terdapat rantaian kejadian yang


terputus, sebab hampiran kerugian ialah punca
yang menyusuli kejadian terakhir.

ke dalam sungai. Ketika di dalam sungai,


insured diserang sakit jantung lalu lemas dan
seterusnya meninggal dunia. Dalam kes ini,
sebab hampiran ialah mati lemas dan bukannya
sakit jantung kerana terdapat rantaian kejadian
yang terputus diantara lemas dan sakit jantung
dan mati. Insurer bertanggungjawab membayar
tuntutan kematian.
Contoh 2:
Insured terlibat dalam satu kemalangan dan
dimasukkan kehospital tetapi kemudiannya
insured meninggal dunia akibat penyakit yang
tiada kaitan dengan kemalangan. Dalam kes ini,
insurer bertanggungjawab membayar manfaat
atau faedah mingguan akibat kemalangan
sahaja. Tiada bayaran pampasan kematian
dibawah polisi insurans kemalangan diri
kerana kematian disebabkan oleh peril yang
dikecualikan iaitu penyakit.

3.2 TAKAFUL

Didalam bab ini kita akan membincangkan


suatu pilihan insurans selain dari insurans
konvensional. Walaupun objektif menyediakan
perlindungan dilihat mempunyai persamaan
tetapi operasi pengendalian Takaful adalah
berbeza dari insurans konvensional.

3.2.1 Pandangan Menyeluruh


Tentang Takaful

Contoh 1:

Manusia
sentiasa
terdedah
kepada
kemungkinan ditimpa bencana dan malapetaka
yang
mengakibatkan
mereka
terpaksa
menanggung nasib malang dan kesengsaraan
akibat kematian, kemusnahan harta benda,
kerugian dalam perniagaan dan sebagainya.

Insured yang dilindungi dibawah polisi insurans


kemalangan diri cuba menyeberangi sungai
tetapi secara tidak sengaja insured terjatuh

Ajaran Islam menggalakkan keamanan,


persaudaraan dan jaminan kestabilan ekonomi
anggota masyarakat. Islam menggalakkan
37

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


umatnya sentiasa saling membantu antara satu
sama lain tanpa mengira perbezaan agama.
Apabila seseorang itu ditimpa kesusahan,
anggota masyarakat lainnya diharap dapat
membantu meringankan beban kewangan
atau ketegangan emosi. Sikap tersebut
menggambarkan fitrah kejadian manusia
iaitu saling membantu dalam menyelesaikan
masaalah yang dihadapi. Prinsip yang sama ini
digunakan dalam insurans dimana sumbangan
atau bantuan dari orang ramai diperlukan untuk
membantu meringankan beban kerugian atau
kesusahan yang ditanggung oleh segelintir
anggota masyarakat. Konsep insurans ini
secara amnya diterima pakai oleh para pakar
perundangan Islam dan mengakui ia tidak
bertentangan dengan Syariah Islam. Secara
dasarnya, konsep insurans adalah seiring
dengan sistem saling membantu dan menjamin
antara satu sama lain.

Elemen-elemen penting dalam Takaful


Dalam kepercayaan Islam, konsep-konsep
asas berikut mendasari perlaksanaan dan
penerimaan sistem takaful:

Apa itu Takaful?


Takaful adalah alternatif kepada kontrak
insurans masakini. Ia adalah satu skim insurans
berasaskan prinsip saling membantu. Takaful
ialah katanama bahasa Arab bagi perkataan
Kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga
atau memelihara. Secara amnya Takaful
bermaksud saling membantu dan bekerjasama
dikalangan peserta bagi meringankan beban
mereka yang memerlukan melalui dana yang
disumbangkan oleh kumpulan peserta.
Konsep Takaful telah wujud sejak zaman
Rasulullah S.A.W dimana orang-orang Muslim
mendermakan sebahagian dari harta mereka
ke dana yang ditadbir dibawah sistem aqila
bagi tujuan membantu ahli-ahli komuniti yang
terpaksa membayar pampasan wang darah
(diyat) dalam situasi dimana seseorang itu telah
mati dibunuh tanpa niat atau membayar wang
tebusan untuk membebaskan tawanan perang.

Ketaatan beriman dan beramal soleh.


Seseorang
itu
bertanggungjawab
kepada Allah atas segala perbuatannya
dan kebahagiaan hidup di akhirat kelak
bergantung kepada amalan yang dibuat
di dunia.
Persaudaraan taawun atau saling
membantu. Pemegang polisi
bekerjasama dan saling membantu
atas tujuan dan kebaikan bersama.
Kebajikan melalui tabarru atau derma.
Setiap pemegang polisi bersetuju untuk
memberi sumbangan (premium) bagi
membantu mereka yang memerlukan.
Saling menjamin; dan
Operasi atau kendalian kerja secara
berhemah dan bukannya bermotifkan
untuk memaksimumkan keuntungan.
Kerugian akan dikongsi bersama
sementara keuntungan akan diagihagihkan mengikut model takaful yang
dipersetujui bersama.

Prinsip saling membantu dalam takaful adalah


berdasarkan dari nilai-nilai murni Islam iaitu:
1.

Niat ikhlas yang ditunjukkan oleh


para peserta (pemegang polisi) dan
juga pengendali dana untuk membantu
mereka yang memerlukan.

2.

Mematuhi
prinsip-prinsip
Syariah
dimana perniagaan dikendalikan secara
telus mengikut prinsip penuh percaya
mutlak, jujur, memberitahu sepenuhnya,
amanah dan adil dalam setiap urusan
serta menjauhi perkara-perkara yang
dilarang.
38

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.2.2 Pembentukan Syarikat Takaful


Di Malaysia

Malaysia dikenali sebagai model negara


Islam yang berusaha dengan bersungguhsungguh untuk melaksanakan sistem ekonomi
Islam, seiring dengan sistem ekonomi
konvensional. Kesungguhan ini ditunjukkan
melalui pengenalan produk kewangan Islam
di Malaysia pada tahun 1980an iaitu dengan
tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad, bank
Islam yang pertama di Malaysia. Kejayaan yang
dicapai melalui pengenalan bank Islam ini telah
membuka laluan kepada pengenalan lain-lain
produk kewangan Islam dipasaran tempatan.
Pembentukan syarikat-syarikat takaful adalah
antara aspirasi kerajaan untuk membangunkan
sistem kewangan secara Islam di Malaysia.
Syarikat-syarikat takaful memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan produk dan
perkhidmatan insurans berlandaskan sistem
operasi yang mematuhi undang-undang Islam
atau Syariah.
Akta Takaful 1984 yang diluluskan oleh
Parlimen pada November 15, 1984 adalah
enakmen undang-undang yang mengawal
operasi perniagaan takaful di Malaysia serta
pematuhannya
terhadap
prinsip-prinsip
Syariah. Syarikat takaful pertama di Malaysia
iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah
memulakan operasinya pada tahun 1984.
Operasi perniagaan takaful dikawal dan diselia
oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun
1988 dengan perlantikan Gabenor BNM sebagai
Ketua Pengarah Takaful.

Akta Takaful 1984 terbahagi kepada empat


bahagian:
Bahagian I : menyatakan tentang tafsiran,
klasifikasi dan rujukan perniagaan takaful.
Perniagaan takaful dibahagikan kepada dua
kategori utama: takaful am dan takaful keluarga.
Mereka yang menyertai pelan-pelan berkenaan
dikenali sebagai peserta takaful. Mana-mana
skim persaraan pekerja yang membayar faedah
persaraan, kematian atau hilang upaya tidak
dianggap sebagai perniagaan takaful.
Bahagian II : menerangkan tentang
kaedah dan pengendalian perniagaan
takaful
seperti:
pembatasan
dalam
penggunaan perkataan takaful, syaratsyarat pendaftaran, pembatasan keatas
pengendali
takaful,
penubuhan
dan
penyelenggaraan dana takaful serta
peruntukan surplus, penubuhan dan
penyelenggaraan dana skim jaminan
takaful, keperluan berkaitan perniagaan
takaful dan lain-lain keperluan dalam
mengendali perniagaan takaful.
Bahagian III: memperincikan bidang kuasa
BNM dan perlantikan Gabenor BNM sebagai
Ketua Pengarah Takaful untuk mengawasi
operasi perniagaan takaful, kuasa BNM
untuk menjalankan siasatan serta peruntukan
pembubaran dan pemindahan perniagaan
pengendali takaful.
Bahagian IV:
memperuntukkan hal-hal
berkaitan pentadbiran dan penguatkuasaan
perkara-perkara
melibatkan
indemniti,
penyerahan laporan tahunan dan penyata
kewangan, pengengkaran dan sabitan
pengengkaran.

3.2.3 Akta Takaful 1984


3.3 MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH
Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan
takaful di Malaysia. Akta Insurans 1963 menjadi
asas kepada Akta Takaful 1984.

Salah satu ciri-ciri penting dalam Akta Takaful


1984 yang tidak terdapat dalam akta insurans
konvensional ialah peruntukan Artikel Persatuan
39

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


pengendali-pengendali takaful bagi penubuhan
Majlis Pengawasan Syariah atau Lembaga
Pengawasan Syariah.
Fungsi majlis ini ialah untuk memberi nasihat
kepada syarikat pengendali takaful mengenai
operasi kendalian perniagaan, agar syarikat
tidak terlibat dalam mana-mana elemen atau
perkara yang tidak mendapat kelulusan majlis.
Anggota majlis terdiri dari cendiakawan Islam
/ para ulamak yang mahir dalam perundangan
syariah.
Majlis tidak terlibat secara langsung dalam
kumpulan pengurusan syarikat. Tugas ahli majlis
ialah untuk menentukan yang aktiviti-aktiviti
perniagaan syarikat dilaksanakan mengikut
keperluan Syariah. Juru Audit syarikat perlu
memastikan yang keputusan majlis dipatuhi
sepenuhnya. Keputusan yang dibuat oleh ahli
majlis hendaklah sentiasa mengikut peraturan
Syura atau perundingan dan persetujuan
bersama, dan bukannya berdasarkan keputusan
majoriti.

3.4 TAKAFUL DAN INSURANS

Insurans jika dilihat dari perspektif konsepnya


adalah tidak bertentangan dengan amalan
dan keperluan Syariah. Walau bagaimanapun,
para ulamak bersepakat dan mengambil
ketetapan bahawa insurans konvensional yang
berasaskan urusan jual beli tidak menepati
keperluan dan perundangan Syariah kerana
urusniaga insurans melibatkan elemen-elemen
berikut dalam aspek perjanjian jual beli, operasi
kendalian dan juga aspek pelaburan:
1.
Al-Gharar ketidakpastian dalam

kontrak insurans
2.
Al-Maisir

perjudian sebagai akibat


wujudnya ketidakpastian

3.
Al-Riba

faedah atau bunga


dalam aktiviti-aktiviti
pelaburan.

Bertentangan
dengan
sistem
insurans
konvensional, sistem takaful berlandaskan
semangat saling bekerjasama dan tolongmenolong
dimana
peserta
bersetuju
membuat sumbangan kepada suatu dana
yang dipersetujui bagi tujuan berkongsi
tanggungjawab, saling menjamin, perlindungan
dan memberi pertolongan dikalangan ahli
kumpulan atau peserta-peserta takaful. Ia
adalah permuafakatan dikalangan sekumpulan
individu yang bersetuju untuk menanggung
bersama kerugian atau kerosakan yang dialami
oleh segelintir individu dikalangan mereka,
melalui dana yang telah terkumpul.

3.5 PRINSIP-PRINSIP OPERASI TAKAFUL

Operasi perniagaan takaful menerapkan konsep


takaful yang menggunakan konsep tabarru dan
prinsip mudharabah.

3.5.1 Konsep Takaful

Takaful adalah kaedah jaminan bersama


dikalangan sekumpulan individu dalam satu
skim untuk berkongsi beban kerugian kewangan
luar jangka yang mungkin menimpa sebahagian
dari mereka. Ia adalah skim yang berlandaskan
prinsip perkongsian tanggungjawab, saling
membantu dan bekerjasama.

3.5.2 Konsep Tabarru

Tabarru bermaksud derma, pemberian atau


sumbangan. Tabarru ialah persetujuan (aqad)
peserta untuk menghulur derma, sebahagian
tertentu sumbangan takaful yang ia setuju atau
berjanji untuk membayar, membolehkannya
melaksanakan kewajipan saling membantu
dan menjamin sekiranya terdapat mana-mana
peserta yang tidak bernasib baik kerana ditimpa
musibah. Konsep tabarru menghapuskan
elemen ketidakpastian dalam kontrak takaful.
40

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.5.3 Prinsip Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan)


didefinisikan sebagai perjanjian berkontrak
antara pengeluar modal dan pengusaha dengan
tujuan menjalankan perniagaan dan keduadua pihak bersetuju dengan kaedah berkongsi
keuntungan.
Prinsip mudharabah yang digunakan dalam
kontrak takaful mentakrifkan syarikat takaful
sebagai pengusaha yang akan menjalankan
aktiviti perniagaan. Peserta mengamanahkan
dana yang dipanggil sumbangan takaful
kepada syarikat takaful. Kontrak takaful akan
menetapkan bahagian atau kadar agihan
keuntungan (surplus) yang akan dikongsi antara
peserta dan syarikat takaful.

3.6 ASPEK-ASPEK PERNIAGAAN


TAKAFUL

Aspek-aspek penting peniagaan takaful adalah


seperti berikut:
1.

2.

Pengendali
takaful
menawarkan
pelbagai pelan takaful untuk melindungi
risiko, antaranya risiko perniagaan dan
risiko tulen iaitu risiko yang dibenarkan
oleh Syariah. Mereka yang menyertai
pelan ini dipanggil peserta takaful.
Perniagaan takaful bukanlah kontrak
perpindahan risiko. Pengendali takaful
tidak mengambil alih risiko tersebut.
Semua peserta takaful yang bersetuju
menjamin secara bersama terhadap
kerugian atau kerosakan yang menimpa
sesiapa sahaja antara mereka.

3.

Pengendali takaful bertindak sebagai


pengurus
harta
dan
pengagih
keuntungan
bagi
pihak
semua
peserta takaful. Dalam perniagaan
takaful,
perkongsian
keuntungan
adalah mengikut prinsip mudharabah.
Pengagihan
keuntungan
dibuat
mengikut nisbah yang ditetapkan.

4.

Peserta
takaful
bersetuju
untuk
menderma (tabarru) atau bayaran
ansuran yang akan terkumpul dalam
dana takaful. Dana ini akan dilaburkan
dalam bidang-bidang pelaburan yang
dibenarkan oleh Syariah. Pembayaran
manfaat takaful dibuat melalui dana ini.

Sebagai memenuhi tanggungjawab


saling
membantu
menurut
konsep
takaful,
peserta
akan
menyempurnakan aqad (persetujuan)
pada permulaan perjanjian bagi
membenarkan
sebahagian
atau
semua sumbangan takaful sebagai
tabarru (derma). Perjanjian berkenaan
merupakan aqad untuk membantu
dan bekerjasama, bukan aqad jual
beli. Walau bagaimanapun, nisbah
tabarru
menyatakan
bahagian
perkongsian risiko peserta yang dikira
menggunakan prinsip aktuari seperti
dalam insurans konvensional.

Akta Takaful 1984 membahagikan perniagaan


takaful kepada dua bahagian umum iaitu
perniagaan takaful keluarga dan perniagaan
takaful

3.7 JENIS PERNIAGAAN TAKAFUL

Perniagaan Takaful yang dijalankan oleh


pengendali takaful di Malaysia secara amnya
boleh dibahagikan kepada perniagaan takaful
keluarga (insurans hayat) dan perniagaan
takaful am (insurans am).

41

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL

3.7.1 Perniagaan Takaful


Keluarga

Pelan takaful keluarga adalah gabungan


pelaburan jangka panjang dan skim sama-sama
bersetuju memberi sumbangan kewangan.

Pelan takaful pendidikan

Pelan takaful berkumpulan

Pelan takaful perubatan/kesihatan

3.7.2 Perniagaan Takaful Am

Objektif utama pelan tersebut ialah:1.



memupuk tabiat menyimpan secara


berterusan
dalam
tempoh
yang
ditetapkan;

2.

memperolehi
pulangan
pelaburan
mengikut prinsip-prinsip Islam; dan

3.

mendapatkan perlindungan dari skim


bantuan bersama sekiranya berlaku
kematian sebelum tempoh matang.
Setiap sumbangan yang dihulurkan
oleh para peserta akan dibahagi dan
dikreditkan kedalam dua akaun yang
berbeza iaitu:-

Akaun Khas Peserta (AKP)


Sebahagian dari sumbangan (premium)
akan dikreditkan ke akaun ini berasaskan
prinsip tabarru (derma). Jumlah
sumbangan adalah bergantung kepada
umur peserta dan tempoh perlindungan

Skim takaful am adalah semata-mata bantuan


kewangan bersama untuk tempoh jangka
pendek iaitu dalam tempoh 12 bulan, bertujuan
membayar gantirugi kepada peserta yang
menanggung kerugian harta benda, kerosakan
atau kemusnahan harta akibat ditimpa
malapetaka yang boleh menjejaskan harta
yang dimiliki. Sumbangan, iaitu amaun yang
perlu dibayar oleh peserta (insured) ke dana
takaful am adalah berasaskan prinsip tabarru
semata-mata.
Sekiranya
pada
penghujung
tempoh
perlindungan takaful terdapat lebihan bersih
dalam dana takaful am, amaun lebihan
tersebut akan dikongsi bersama antara peserta
dan pengendali takaful mengikut prinsip
mudharabah, dengan syarat peserta tidak
mengemukakan sebarang tuntutan atau tidak
menerima apa-apa manfaat dibawah sijil takaful
am.
Pelbagai skim takaful am yang ditawarkan oleh
pengendali takaful termasuklah:-

Akaun Peserta (AP)

Skim Takaful Kebakaran

Baki sumbangan akan dikreditkan ke


akaun ini iaitu akaun yang berfungsi
sebagai akaun simpanan dan pelaburan
sahaja.

Skim Takaful Motor

Skim Takaful Kemalangan / Pelbagai

Skim Takaful Marin; dan

Skim Takaful Kejuruteraan.

Contoh perlindungan yang ditawarkan dibawah


perniagaan takaful keluarga ialah:-

Pelan takaful keluarga individu

Pelan gadai janji takaful

42

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 3
1.

Ketiadaan kepentingan boleh insurans akan _________________


a.
b.
c.
d.

2.

Di bawah insurans marin kargo, kepentingan boleh insurans mesti wujud


a.
b.
c.
d.

3.

ketika berlaku kerugian


sepanjang tempoh kuatkuasa polisi.
ketika menguatkuasakan kontrak insurans
ketika permulaan kontrak dan ketika berlaku kerugian

Sekiranya berlaku pengengkaran prinsip penuh percaya mutlak, pihak yang


teraniaya boleh
a.
b.
c.
d.

5.

ketika berlaku kerugian.


sebelum kapal belayar.
ketika menguatkuasakan kontrak insurans.
ketika permulaan kontrak dan ketika berlaku kerugian.

Di bawah insurans hayat, kepentingan boleh insurans mesti wujud


a.
b.
c.
d.

4.

menyebabkan kontrak batal.


tidak mendatangkan apa-apa kesan ke atas kontrak polisi.
menyebabkan kontrak tidak boleh dikuatkuasakan pada tahap tertentu
hanya beroperasi apabila berlaku kerugian disebabkan peril yang
diinsuranskan.

membatalkan kontrak.
mengemukakan saman gantirugi kerosakan
mengenepikan pengengkaran
melakukan salah satu perkara di atas.

Indemniti boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut:


a.
b.
c.
d.

bayaran tunai dan membaiki sahaja.


bayaran tunai atau penggantian sahaja.
bayaran tunai, membaiki atau mengganti sahaja.
bayaran tunai, penggantian, pembaikan atau pemulihan semula.

43

BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL


6.

Syarat sumbangan memerlukan insured mengemukakan tuntutan terhadap setiap


pengunderait yang terlibat ______________.
a.
b.
c.
d.

7.

Peril yang dilindungi dalam polisi juga dikenali sebagai


a.
b.
c.
d.

8.

tidak memberitahu fakta matan


menyembunyikan fakta dengan sengaja
salahnyata bertujuan untuk menipu
tuntutan item yang dilindungi

Diantara berikut, yang manakah BUKAN syarat-syarat penting penguatkuasaan


prinsip sumbangan?
a.
b.
c.
d.

10.

peril yang diinsuranskan


peril yang dikecualikan
peril yang tidak diinsuranskan
peril pengecualian .

Yang manakah diantara berikut TIDAK dianggap sebagai pengengkaran prinsip


penuh percaya mutlak?
a.
b.
c.
d.

9.

mengikut kadar/bahagian masing-masing.


secara ansuran
secara berkala.
secara tahunan

Polisi-polisi hendaklah melindungi kepentingan yang sama.


Polisi-polisi hendaklah melibatkan perkara pokok yang sama.
Terdapat lebih dari 2 polisi yang melindungi insured yang berlainan.
Polisi-polisi berkenaan hendaklah melindungi peril yang sama yang
mungkin menyebabkan kerugian.

Undang-undang di Malaysia yang mengawal insurans secara Islam ialah


a.
b.
c.
d.

Akta Takaful 1984 .


Akta Insurans 1996.
Ordinan Bank Pusat Malaysia 1958.
Ordinan Orang Islam (Gelaran dan Pembentukan)1952.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


44

BAB 4 - PASARAN INSURANS

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

4.1

Pasaran Insurans

4.2

Lain-lain Komponen Pasaran

4.3

Struktur Organisasi

4.4

Sentralisasi Berbanding
Desentralisasi

Bab ini akan memberi tumpuan kepada:-

4.5

Lembaga Pengawasan Insurans


dan Persatuan-persatuan
Mandatori

4.6

Biro Perantaraan Insurans

Komponen Utama Pasaran Insurans


Lain-lain komponen Pasaran
Insurans
Struktur Organisasi Syarikat
Insurans
Perbandingan diantara Sentralisasi
dan Desentralisasi Syarikat Insurans

4.7

Lain-lain Persatuan

Lembaga Pengawasan Insurans dan


Persatuan-persatuan mandatori

4.8

Perkhidmatan Pasaran

Biro Perantaraan Insurans

4.9

Institusi Pendidikan Insurans

Lain-lain persatuan

Perkhidmatan Pemasaran

Institusi Pendidikan Insurans

4.1 PASARAN INSURANS

Pasaran adalah istilah yang digunakan untuk


menyatakan kemudahan yang disediakan
untuk menjalankan urusniaga jual beli sesuatu
barangan. Pasaran insurans pula merujuk
kepada kemudahan untuk menjual dan membeli
produk insurans. Insurans dalam ertikata yang
lebih luas meliputi insurans persendirian, skim
gantirugi kerajaan dan perniagaan takaful.
Dalam bab ini, untuk tujuan yang lebih praktikal,
bidang insurans akan dihadkan skopnya kepada
pasaran insurans persendirian sahaja.

45

BAB 4 - PASARAN INSURANS

4.1.1 Komponen Utama

Secara
umumnya,
pasaran
insurans
persendirian adalah sama seperti lain-lain
pasaran yang terdiri dari komponen utama
berikut iaitu:

Pembeli

Penjual, dan

Perantara

4.1.1.1 Pembeli

Pembeli insurans persendirian terdiri dari


individu perseorangan, persatuan, pertubuhan,
usahawan kecil, syarikat korporat tempatan dan
antarabangsa serta syarikat awam.

4.1.1.2 Penjual

Penjual insurans persendirian terdiri dari


syarikat-syarikat insurans di Malaysia. Dalam
tahun 2007, terdapat 41 insurer langsung dan
7 reinsurer profesional yang menjalankan
perniagaan insurans di Malaysia. Insurer
yang menjalankan perniagaan insurans
hayat sahaja dikenali sebagai insurer
hayat, sementara insurer yang menjalankan
perniagaan insurans am sahaja dikenali
sebagai insurer am. Insurer yang menjalankan
kedua-dua perniagaan insurans hayat dan
am dipanggil insurer komposit. Daripada 41
insurer langsung, terdapat 6 insurer hayat, 25
insurer am dan 10 insurer komposit. Daripada
7 reinsurer profesional, 5 didaftarkan untuk
menjalankan perniagaan insurans semula
- insurans am sahaja, 1 didaftarkan untuk
menjalankan perniagaan insurans semula
insurans hayat sahaja dan 1 lagi didaftarkan
untuk menjalankan perniagaan insurans hayat
insurans am dan hayat.

Selain dari pengkelasan mengikut jenis


perniagaan insurans yang dijalankan, syarikat
insurans berkenaan juga boleh dikelaskan
mengikut bentuk pendaftaran perniagaan.
Dalam pengkelasan ini, terdapat 48 syarikat
keempunyaan (termasuk 7 syarikat reinsurer
professional) yang menjalankan perniagaan
insurans di Malaysia.
Syarikat keempunyaan adalah syarikat
liabiliti terhad dengan jumlah modal terjamin
atau dilanggan. Sebarang keuntungan yang
diperolehi dari operasi perniagaan syarikat
adalah milik pemegang saham, iaitu pemilik
syarikat berkenaan. Urusniaga insurans
boleh dijalankan oleh syarikat tempatan
yang didaftarkan di Malaysia atau syarikat
yang didaftarkan di luar negara tetapi
mempunyai premis perniagaan di Malaysia
semasa Akta Insurans 1963 dikuatkuasakan.
Daripada 48 insurer dan reinsurer profesional
keempunyaan yang beroperasi di Malaysia, 42
syarikat ditubuhkan di Malaysia dan 6 syarikat
ditubuhkan di luar negara.
Melalui enakmen Akta Insurans 1996
yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1997
(menggantikan Akta Insurans 1963), Seksyen
9 Akta berkenaan memperuntukkan bahawa
tiada sesiapa, kecuali telah dilesenkan
dibawah Akta ini (oleh Menteri Kewangan)
dibenarkan menjalankan perniagaan insurans.
Sebagai tambahan, Seksyen 14 Akta yang
sama menyatakan bahawa tiada sesiapa
yang boleh memohon lesen menjalankan
perniagaan insurans, melainkan ianya adalah
syarikat awam.
Sekiranya sesebuah syarikat insurans itu
adalah syarikat persendirian, ia hendaklah
berusaha untuk menjadi syarikat awam,
selaras dengan peruntukan dibawah Akta
Syarikat 1965 dalam tempoh 12 bulan mulai
dari 1 Januari 1997.

46

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Jika sesebuah syarikat insurans itu adalah
insurer asing selain dari reinsurer profesional,
ia hendaklah memindahkan harta, perniagaan
dan liabilitinya kepada satu syarikat awam
yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965,
iaitu yang berkaitan dengan perniagaan
insuransnya di Malaysia, pada atau sebelum
30 Jun 1998.
Jika
sesebuah
syarikat
insurans
itu
adalah persatuan koperasi, ia hendaklah
memindahkan
harta,
perniagaan
dan
liabilitinya kepada satu syarikat awam yang
didaftar dibawah Akta Syarikat 1965, iaitu yang
berkaitan dengan perniagaan insuransnya
dalam tempoh 12 bulan, bermula 1 Januari
1997. Sebelum 1 Januari 1998, terdapat
sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan
insurans di Malaysia. Koperasi tersebut telah
memindahkan perniagaannya kepada syarikat
awam pada 1998.
Pemilik koperasi adalah pemegang polisi
dan keuntungan yang diperolehi akan diagihagihkan kepada pemegang polisi dalam
bentuk pengurangan premium atau bonus
polisi. Biasanya, keuntungan yang diperolehi
akan dipindahkan ke akaun surplus bagi
mengukuhkan lagi kedudukan kewangan
syarikat.
Koperasi yang diperbadankan sebagai
sebuah syarikat dipanggil syarikat bersama.
Syarikat bersama dimiliki oleh pemegang
polisi dan keuntungan akan dikongsi
dikalangan pemegang polisi atau digunakan
untuk meningkatkan jumlah surplus. Syarikat
bersama banyak terdapat di United Kingdom
dan Amerika Syarikat.

4.1.1.3

Perantara

Perantara atau orang tengah dalam pasaran


insurans terdiri dari ejen dan broker. Fungsi
utama perantara ialah menyesuaikan dan
memadankan kehendak pembeli dengan
produk insurans yang ditawarkan oleh penjual.
Seksyen 184 Akta Insurans 1996 menyatakan
bahawa tiada sesiapa boleh bertindak bagi
pihak orang lain yang tidak dilesenkan dibawah
Akta ini menjalankan perniagaan insurans di
Malaysia kecuali mendapat kebenaran bertulis
dari BNM. Hukuman bagi kesalahan tersebut
ialah penjara selama tiga tahun atau denda
RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 186 Akta pula memperuntukkan
bahawa tiada sesiapa boleh mempelawa orang
lain untuk membuat tawaran atau cadangan
untuk membuat kontrak insurans tanpa
menyatakan;
a.

nama insurer,

b.

hubungannya dengan insurer, dan

c.

premium yang dikenakan oleh insurer.

Seksyen 186 seterusnya menyatakan bahawa


tiada sesiapa yang boleh mengurusniaga
polisi berkumpulan untuk seseorang yang ia
tiada kepentingan boleh insurans serta tanpa
menyatakan kepada setiap ahli kumpulan
tersebut mengenai;
a.

nama insurer,

b.

hubungannya dengan insurer,

c.

syarat-syarat polisi, termasuk imbuhan


yang akan dibayar kepadanya; dan

d.

premium yang dikenakan oleh pihak


syarikat.

47

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Hukuman bagi pengengkaran Seksyen 186 ini
ialah denda RM1 juta.

4.1.2 Ejen Insurans

Seksyen 2 Akta Insurans 1996 mendefinisikan


ejen insurans sebagai seseorang yang
melakukan semua atau sebahagian dari
perkara-perkara berikut:

Untuk ejen insurans hayat pula, mereka mesti


lulus (atau dikecualikan) peperiksaan kelayakan
yang dikendalikan oleh Malaysia Insurance
Institute (MII), didaftar dan dilesenkan oleh
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
sebelum berurusan atau terlibat dalam urusan
perniagaan insurans hayat. Ejen insurans hayat
tidak dibenarkan mewakili lebih dari satu (1)
syarikat insurans pada satu-satu masa.

4.1.3 Broker Insurans


menjalankan atau mendapatkan
cadangan insurans bagi pihak insurer;
menawarkan atau bertindak bagi pihak
insurer dalam perundingan mengenai
polisi insurans; atau
melakukan apa-apa tindakan bagi
pihak insurer yang berkaitan dengan
pengeluaran, pembaharuan atau
penerusan sesebuah polisi insurans.

Bergantung kepada syarat-syarat yang


terkandung dalam perjanjian agensi, ejen
insurans mungkin diberi kuasa untuk
mendapatkan perniagaan insurans, mengutip
premium dan mengeluarkan nota lindung bagi
pihak syarikat insurans. Ejen diberi imbuhan
melalui bayaran komisen oleh insurer.
Sejak Perjanjian Antara Syarikat mengenai
Agensi yang dikeluarkan oleh Persatuan
Insurans
Am
Malaysia
(PIAM)
mula
dikuatkuasakan pada tahun 1988 (kini telah
dimasukkan dalam Perjanjian Antara Syarikat
untuk Perniagaan Insurans Am 1992),
seseorang ejen insurans samada individu
atau perseorangan atau badan korporat atau
badan bukan korporat, dikehendaki lulus (atau
dikecualikan) peperiksaan kelayakan kelolaan
Malaysian Insurance Institute (MII) , berdaftar
dan dilesenkan oleh PIAM sebelum berurusan
atau menjalankan perniagaan insurans am.
Sebagai tambahan, ejen insurans am tidak
dibenarkan mewakili lebih dari dua (2) syarikat
insurans pada satu-satu masa.

Di bawah Seksyen 2 Akta Insurans 1996,


broker insurans ditakrifkan sebagai seseorang
yang bertindak sebagai kontraktor bebas,
menjalankan perniagaan pembrokeran insurans
dan juga broker insurans semula. Semua broker
insurans perlu memiliki lesen dibawah Akta
oleh Bank Negara Malaysia. Seksyen 14 dalam
Akta ini menyatakan tiada siapa pun boleh
memohon lesen untuk menjalankan perniagaan
broker insurans kecuali ianya sebuah syarikat.
Broker insurans adalah ejen yang biasanya
bertindak bagi pihak insured dan ia tidak terikat
dengan mana-mana insurer. Tugasnya ialah
menasihati pelanggan tentang perlindungan
insurans yang paling sesuai dengan kos yang
paling ekonomik. Broker dianggap memiliki
pengetahuan dalam bidang insurans dan
dengan itu ia dianggap memiliki pengetahuan
yang cukup mendalam tentang pelbagai
perlindungan insurans yang ditawarkan serta
kadar premium yang dikenakan. Selain dari
memberi khidmat nasihat dan menempatkan
perniagaan bagi pihak pelanggan, broker
juga membantu mengemukakan tuntutan dan
memastikan semua tuntutan dibayar. Broker
diberi imbuhan melalui bayaran brokeraj
yang biasanya dikira sebagai peratusan dari
premium. Semua broker yang beroperasi di
Malaysia wajib mendapatkan lesen dari Bank
Negara Malaysia.

48

BAB 4 - PASARAN INSURANS

4.1.4 Ahli Profesional Insurans

Pengunderait
Istilah ini pada asalnya bermula di kedai kopi
di Lloyd, London bilamana para saudagar
meletakkan nama dan menandatanganinya
pada slip kertas sebagai tanda persetujuan
menerima sebahagian dari risiko di lautan.
Ia merujuk kepada insurer atau individu yang
memiliki kemahiran dalam memproses dan
menilai risiko untuk dikemukakan kepada
syarikat insurans.
Penyelaras Kerugian
Dalam Seksyen 2 Akta Insurans 1996,
istilah ini ditafsirkan sebagai seseorang
yang menjalankan perniagaan penyelarasan
siasatan sebab-sebab dan keadaan berlakunya
sesuatu kerugian, mengenalpasti kuantum atau
kadar kerugian, untuk dikemukakan kepada
insurer atau pemilik polisi atau kedua-duanya.
Penyelaras kerugian adalah entiti bebas yang
biasanya dilantik oleh insurer apabila kerugian
berlaku.
Selepas menjalankan siasatan, mengenalpasti
sebab dan menilai tahap kerugian, penyelaras
kerugian akan membuat laporan mengenai
fakta-fakta yang diperolehi dan seterusnya
mengemukakan cadangan kepada pihak
insurer atau prinsipal. Biasanya, pihak insurer
yang akan memutuskan samada kerugian
tersebut dilindungi atau sebaliknya dan amaun
indemniti atau jumlah pampasan yang perlu
dibayar. Khidmat penyelaras kerugian dibayar
oleh insurer yang melantiknya, berdasarkan caj
perkhidmatan yang dikenakan atau tempoh masa
siasatan. Penyelaras kerugian perlu dilesenkan
dibawah Akta Insurans yang dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia. Sebagai tambahan,
Seksyen 14 Akta Insurans 1996 menyebut
tiada siapa pun boleh memohon lesen untuk
menjalankan perniagaan penyelarasan insurans
melainkan ianya adalah sebuah syarikat.

Pentaksir Kerugian
Penilai kerugian biasanya dilantik oleh insured
untuk menjalankan kerja-kerja penilaian tahap
kerosakan dan kerugian atau penyelesaian
kerugian. Penilai kerugian bertindak membantu
insured membuat persediaan laporan dan
perundingan mengenai tuntutan.
Juru Marin dan Kargo
Mereka adalah pakar yang dilantik oleh insurer
untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan
dan pemeriksaan tentang kapal dan kargo
yang mengalami kerosakan serta menyediakan
laporan mengenai sebab-sebab dan tahap
kerosakan.
Aktuari
Aktuari merupakan suatu bidang perniagaan
profesional yang terlibat dalam kerja-kerja
menganalisa tentang risiko dan ketidakpastian
serta kesan kewangan yang timbul darinya.
Aktuari menggunakan konsep kebarangkalian
dan lain-lain teori statistic berkaitan insurans.
Fungsi tugasnya meliputi bidang pengkadaran,
rizab, dividen dan lain-lain penilaian. Aktuari
juga menjalankan kajian perangkaan, membuat
laporan dan memberi nasihat mengenai
kesolvenan.
Seorang aktuari adalah terlatih untuk membuat
analisa, menilai dan mengurus maklumat
perangkaan. Aktuari menilai rizab firma
insurans, menentukan kadar premium, kaedah
pengkadaran serta menentukan lain-lain
perniagaan dan risiko kewangan.
Penyiasat risiko
Apabila sesuatu risiko dan amaun yang
diinsuranskan itu terlalu tinggi, syarikat insurans
biasanya menggunakan khidmat nasihat
penyelidik risiko untuk menjadi mata dan telinga
ketika membuat penilaian tentang sesuatu
risiko. Penyiasat akan menyediakan laporan
siasatan dengan memperincikan maklumat
49

BAB 4 - PASARAN INSURANS


penting yang diperlukan oleh pengunderait
untuk menilai risiko berkenaan. Penyiasat risiko
biasanya bekerja dengan syarikat insurans.

4.2 LAIN-LAIN KOMPONEN PASARAN

Doktor
Apabila pemeriksaan perubatan diperlukan
sebelum risiko boleh diterima, adalah menjadi
kebiasaan
insurer
untuk
mengaturkan
pertemuan antara diri yang diinsuranskan
dengan doktor panel yang dilantik oleh insurer.
Hospital

4.2.1 Reinsurer

Insurer biasanya menginsuranskan semula atau


mengsidkan sebahagian dari setiap risiko yang
diunderait supaya beban membayar tuntutan,
terutama yang melibatkan amaun yang besar,
akan dapat dikongsi bersama dengan reinsurer.
Insurans semula ialah insurans yang dibeli
oleh insurer untuk melindungi risiko yang
mereka underait, sama seperti seorang individu
yang membeli insurans untuk melindungi
risiko yang mereka tanggung. Insurer boleh
menginsuranskan semula risiko kepada:

Syarikat insurans semula profesional,


iaitu syarikat yang tidak menerima
perniagaan secara langsung dari
orang awam. Contohnya syarikat
Malaysian
Reinsurance
Berhad
(Malaysian Re);
Insurer langsung yang mengunderait
perniagaan insurans semula disamping
perniagaan langsung dari orang ramai.

Apabila diri yang diinsuranskan telah menerima


rawatan perubatan, insurer boleh meminta
laporan perubatan dari pihak hospital bagi
membantu insurer menilai risiko berkaitan.
Jurutera
Firma kejuruteraan teknikal biasanya dilantik
oleh syarikat insurans (yang tidak memiliki
kepakaran dalam bidang yang sedemikian)
untuk memberikan laporan tentang risiko atau
tuntutan kerosakan dandang, pemampat, lif,
kren dan sebagainya.

4.3 STRUKTUR ORGANISASI

Syarikat insurans seperti firma perniagaan


lainnya, perlu menyusun sistem operasinya
dalam pelbagai cara. Mereka boleh menyusun
struktur organisasinya berdasarkan fungsi
kerja yang dilakukan, produk yang dijual atau
kawasan.

4.2.2 Perkhidmatan Pakar

4.3.1 Struktur Berasaskan Fungsi

Pakar-pakar perkhidmatan memberi khidmat


sokongan kepada insured dan juga insurer.
Mereka ini termasuk doktor, hospital, jurutera,
juru marin dan kargo, penyelaras dan penilai
kerugian.

Di Malaysia, struktur organisasi dikebanyakan


syarikat insurans disusun berdasarkan fungsi
tugas yang dijalankan. Apabila syarikat insurans
membentuk jabatan-jabatan berdasarkan fungsi
tugas yang dijalankan, jabatan-jabatan berikut
akan terbentuk: pentadbiran, memproses data
elektronik, perakaunan, pelaburan, pemasaran,
pengunderaitan, tuntutan dan sebagainya.

50

BAB 4 - PASARAN INSURANS

Jabatan Pentadbiran

Jabatan ini menyediakan dan mengendali


perkhidmatan umum yang diperlukan oleh
jabatan-jabatan lain. Ini termasuk perkhidmatan
pentadbiran
pejabat,
penyelenggaraan
bangunan dan pentadbiran kakitangan.
Unit personel dalam jabatan pentadbiran
bertanggungjawab
mengendali
perkaraperkara berkaitan kakitangan syarikat. Ia
merangka polisi syarikat mengenai perlantikan
kakitangan, latihan, pemberhentian kakitangan,
menentukan skala gaji bersama kesatuan
sekerja dan memastikan kakitangan mematuhi
peraturan dan undang-undang.

Jabatan Memproses Data Elektronik


(EDP)

Dalam syarikat insurans moden, fungsi


jabatan EDP melibatkan banyak jabatan
kerana komputer digunakan dalam operasi
kerja harian mereka. Jabatan EDP memberi
perkhidmatan kepada jabatan-jabatan lain
dengan menyediakan prosedur dan program
bagi membolehkan mereka menggunakan
komputer dalam kerja harian mereka. Sebagai
contoh, komputer digunakan dalam kerjakerja pengunderaitan dan menyediakan
polisi, membuat pengiraan yang diperlukan
oleh jabatan perakaunan dan pelaburan,
menyelenggara semua jenis rekod syarikat,
menyediakan penyata kewangan dan laporan
pengurusan maklumat.

Jabatan Perakaunan

Jabatan
perakaunan
bertanggungjawab
mengeluarkan bil dan mengutip premium
sebaik sahaja polisi dikeluarkan. Ia juga
bertanggungjawab menjaga rekod akaun
am syarikat, menyedia penyata kewangan,
kawalan resit dan bayaran, kawalan belanjawan
perbelanjaan jabatan-jabatan. Jabatan ini
perlu mematuhi setiap peraturan kerajaan dan
undang-undang percukaian.

Jabatan Pelaburan

Fungsi utama jabatan pelaburan ialah membuat


pelaburan dari dana sedia ada dan memastikan
supaya setiap pelaburan menghasilkan
pulangan yang mencukupi, mencapai tahap
kecairan dan sekuriti yang diperlukan oleh
pihak syarikat serta mematuhi undang-undang
yang berkenaan. Portfolio pelaburan syarikat
insurans meliputi sekuriti kerajaan, saham dan
debenture, deposit tetap di bank dan syarikat
kewangan, pelaburan hartanah dan bangunan.

Jabatan Jualan & Agensi

Jabatan ini secara umumnya menumpukan


perhatian terhadap usaha mengenalpasti
pegawai luar, merekrut dan melantik ejen,
perjanjian agensi, motivasi dan menyelia aktiviti
tenaga agensi.

Jabatan Pemasaran

Aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh jabatan


ini biasanya terhad kepada usaha menyediakan
sokongan jualan bagi meningkatkan perniagaan.
Ini termasuklah merangka dan melaksanakan
program promosi jualan, risalah jualan dan
juga mengendali latihan kepada jurujual/tenaga
agensi.

Jabatan Pengunderaitan

Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan


garispanduan pengunderaitan dan kriteria
pemilihan, pemilihan risiko dan menetapkan
kadar premium, terma dan syarat-syarat
perniagaan baru dan pembaharuan. Jabatan
ini juga bertanggungjawab menentukan amaun
yang perlu dibendung dan amaun yang perlu
diinsuranskan semula.

Jabatan Tuntutan

Jabatan ini bertanggungjawab memproses


tuntutan atas polisi yang dikeluarkan oleh pihak
syarikat. Apabila tuntutan dikemukakan ke
jabatan ini, pegawai tuntutan akan meneliti dan
51

BAB 4 - PASARAN INSURANS


mengesahkan kesahehan tuntutan berkenaan.
Jika tuntutan tersebut adalah sah, maka manfaat
dan amaun yang perlu dibayar akan ditetapkan
dan diluluskan pembayarannya.

Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan


bantuan khidmat nasihat kepada pemegang
polisi syarikat serta waris mereka. Bantuan ini
biasanya diberikan dalam bentuk menjawab
soalan tentang perlindungan polisi dan
membuat pindaan seperti yang dipohon oleh
pemegang polisi. Pindaan tersebut biasanya
adalah pertukaran alamat, nama waris, cara
pembayaran dan sebagainya.

Jabatan Aktuari

Peranan utama jabatan ini ialah menjalankan


tugas-tugas
yang
berkaitan
dengan
dokumentasi polisi insurans seperti mereka dan
memperkenalkan produk baru, menetapkan
kadar premium, pengiraan nilai serahan dan
nilai jelas dibayar, kadar bonus untuk polisi
berserta keuntungan, peruntukan dan lain-lain
nasihat yang berkaitan dengan bidang aktuari.
Selanjutnya, untuk memahami bagaimana
sesebuah syarikat insurans beroperasi, ia perlu
dilihat dari dua aspek tertentu iaitu:

struktur pembahagian geografi; dan

kakitangan

4.3.2 Struktur Geografi

Terdapat dua aspek yang perlu dilihat:


organisasi syarikat insurans yang biasa terdapat
di Malaysia: dan organisasi yang beroperasi
diperingkat antarabangsa.
Terdapat pelbagai bentuk operasi organisasi
antarabangsa, dari pejabat seorang pekerja
yang fungsi utamanya ialah menjalankan

tugas-tugas perwakilan kepada pejabat yang


memiliki ramai kakitangan dan menjalankan
urusniaga insurans sama seperti yang terdapat
di Malaysia. Negara-negara di mana mereka
beroperasi boleh dirangkumkan kepada
kelompok/zon geografi tertentu dan operasi
perniagaan diketuai oleh seorang pengurus
kanan, contohnya Pengurus Besar untuk Zon
Asia.
Kita perlu mengetahui perbezaan diantara Ibu
Pejabat dimana ia menempatkan Lembaga
Pengarah dan Kumpulan Pengurusan Kanan
, dengan Ibu Pejabat yang menjalankan fungsi
tugas pentadbiran dan pemerosesan secara
berpusat. Kedua-dua aspek ini mungkin boleh
digabungkan menjadi Ibu Pejabat tunggal
tetapi biasanya terdapat pemisahan ibu pejabat
(biasanya di ibu kota Kuala Lumpur) dan
pejabat pentadbiran ditempatkan dikawasan
dimana kos pembinaan bangunan tidak begitu
tinggi, pasaran buruh yang kurang kompetitif
dan suasana kerja yang lebih selesa.
Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pembukan
atau pertumbuhan rangkaian pejabat cawangan
berlaku dengan pesat sekali. Kini, keadaan
tersebut telah berkurangan dengan begitu
ketara, mengakibatkan jumlah pekerja juga jauh
berkurangan. Apabila sistem kerja di syarikat
insurans telah semakin canggih, semakin
banyak kerja-kerja memproses yang mudah
boleh dilakukan tanpa campur tangan atau
penyeliaan pekerja. Malah prosedur yang lebih
rumit seperti pengunderaitan risiko perdagangan
yang besar boleh dilakukan dengan bantuan
model panduan komputer. Kesimpulannya, kini
syarikat insurans boleh melakukan pelbagai
aktiviti perniagaan dengan tenaga kerja yang
paling minimum. Fenomena peningkatan
produktiviti ini juga berlaku kepada hampir
kesemua bidang atau bentuk perniagaan, tidak
terhad kepada industri insurans sahaja.
Kebelakangan ini industri insurans juga telah
melalui era penggabungan & pemilikan yang
menyaksikan pembentukan kumpulan syarikat
insurans yang lebih besar tetapi dengan jumlah
52

BAB 4 - PASARAN INSURANS


syarikat yang semakin berkurangan. Proses
ini dikenali sebagai penggabungan dan ia
tidak terhad kepada industri insurans sahaja.
Usaha penggabungan ini telah menimbulkan
pelbagai masaalah operasi kerana insurer
yang menentukan apakah jenis perniagaan
yang akan dikekalkan dan dimanakah
lokasinya, serta apakah jenama syarikat yang
perlu dikekalkan. Contoh permasaalahan ini
dapat dilihat melalui penggabungan syarikat
General Accident dengan Commercial Union,
dan kemudiannya bergabung dengan Norwich
Union untuk membentuk Aviva.

Penyumber-luaran

Kebanyakan syarikat insurans lebih memberi


tumpuan kepada perniagaan teras dan
berusaha
mengurangkan
kos
dengan
melakukan penyumber-luaran beberapa aktiviti
perniagaan kepada pakar yang mahir dibidang
yang berkaitan. Bidang teknologi maklumat (IT),
akaun dan perkhidmatan pengurusan adalah
antara bidang yang disumber-luarkan kepada
pihak lain. Terdapat syarikat insurans yang
menyumber-luarkan perkhidmatan kaunter
bantuan dan elemen yang berkaitan dengan
proses mengendalikan tuntutan. Kebanyakan
kerja-kerja penyumber-luaran berlaku di United
Kingdom, tetapi terdapat kecenderungan untuk
melaksanakan
penyumber-luaran
kepada
penyedia perkhidmatan ke negara yang mampu
menawarkan kos yang lebih rendah seperti di
China dan India. Penyumber-luaran ke luar
negara kerap dikenali sebagai luar pesisir.

4.3.3 Kakitangan

Tiada keseragaman dalam amalan, nama


jawatan dan sebagainya antara satu syarikat
dengan syarikat yang lain. Oleh itu, istilah dan
struktur yang digunakan oleh sesebuah syarikat
mungkin berbeza tetapi fungsi tugas yang
dilaksanakan tidak banyak bezanya.

Lembaga Pengarah

Fungsi lembaga pengarah ialah merangka


dasar dan pelan menyeluruh mengenai operasi
perniagaan syarikat dengan mengutamakan
kepentingan pemilik syarikat (pemegang
saham), juga mengambil kira kepentingan
pemegang polisi, kakitangan syarikat, orang
ramai, lain-lain pemegang saham serta kesan
persaingan pasaran.
Lembaga pengarah mengandungi pengarah
eksekutif dan juga pengarah bukaneksekutif.
Pengarah
eksekutif
terlibat
secara sepenuh masa dalam operasi harian
syarikat dan merupakan salah seorang ahli
kumpulan pengurusan kanan. Sementara
pengarah bukan-eksekutif pula mempunyai
latarbelakang yang pelbagai dan tidak terlibat
dalam mengendalikan tugas harian syarikat.
Pengarah bukan-eksekutif dilantik demi
memanfaatkan pengetahuan,
pengalaman
dan kepakaran yang dimilikinya dalam bidang
perniagaan atau kerjaya harian.
Lembaga pengarah juga dikenali sebagai
Badan Utama, iaitu untuk membezakannya
dengan lembaga pengarah anak syarikat atau
bahagian operasi.

Setiausaha Syarikat

Tanggungjawab setiausaha syarikat ialah


melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran
organisasi sebagai syarikat berdaftar, dan
memastikan aktiviti syarikat mematuhi dasar
& polisi syarikat dan undang-undang syarikat
insurans.

Ketua Pegawai Eksekutif

Ketua Pegawai Eksekutif juga biasanya


merupakan ahli lembaga pengarah syarikat,
disamping
memikul
tanggungjawab
melaksanakan keputusan-keputusan dasar
yang dibuat oleh pihak lembaga pengarah.
Ketua Pegawai Eksekutif biasanya mempunyai
beberapa orang pembantu yang terdiri dari
Pengurus Besar atau Penolong Pengurus
Besar, bergantung kepada saiz organisasi
syarikat.
53

BAB 4 - PASARAN INSURANS

Pengurus Besar

Setiap Pengurus Besar atau Penolong Pengurus


Besar bertanggungjawab terhadap divisyen
tertentu umpamanya bahagian kewangan,
pelaburan, pengunderaitan, tuntutan dan
sebagainya. Mereka juga mungkin salah
seorang ahli lembaga pengarah, bergantung
kepada pengalaman dan kepakaran dalam
bidang tertentu.

4.4 SENTRALISASI BERBANDING


DESENTRALISASI

4.4.1 Sentralisasi

Apabila sesebuah syarikat insurans menyusun


jabatannya berdasarkan fungsi tugas, fungsi
asas dan fungsi membuat keputusan biasanya
tertumpu di ibu pejabat. Apabila ini berlaku,
kerja-kerja pengunderaitan, mendraf polisi,
pembaharuan, tuntutan dan perakaunan
akan dikendalikan di ibu pejabat; sementara
pejabat cawangan bertindak sebagai pejabat
jualan.
Sentralisasi
memberi
beberapa
kebaikan termasuk keseragaman amalan dan
menjimatkan kos pentadbiran. Sebaliknya,
salah satu keburukan sentralisasi ialah
perkhidmatan yang tidak cekap disebabkan
jarak jauh antara pengurusan dengan
pelanggan.
Sebagai
contoh,
terdapat
kelewatan dalam penyampaian sebutharga
insurans kepada pelanggan.

4.4.2

Desentralisasi

Apabila syarikat insurans mengembangkan


operasi perniagaannya, sebahagian atau
semua fungsi asas mungkin dipindahkan
ke peringkat cawangan. Apabila ini berlaku,
pejabat cawangan diberi kuasa untuk membuat
keputusan. Sekiranya kuasa penuh diberikan
kepada pejabat cawangan untuk melaksanakan
fungsi asas, setiap pejabat cawangan akan

bertanggungjawab
melaksanakan
fungsi
pengunderaitan, mengeluarkan polisi dan
menyelesaikan
tuntutan.
Desentralisasi
biasanya mempercepatkan perkhidmatan yang
diberikan kepada pelanggan. Selain daripada
itu, desentralisasi juga membolehkan organisasi
melayan kehendak pelanggan dengan lebih
baik kerana orang tempatan lebih memahami
keadaan setempat. Walau bagaimanapun,
keburukan desentralisasi juga wujud. Salah
satu daripadanya ialah pertindihan guna
tenaga, terutamanya apabila setiap cawangan
menjalankan semua fungsi asas. Lebih ketara
lagi, pejabat cawangan mungkin terlalu
dibebankan dengan kerja rutin sehingga tidak
dapat menumpukan perhatian kepada tugastugas penjualan iaitu fungsi utama cawangan.

4.4.3 Kebaikan Dari Kedua-Duanya

Kebanyakan syarikat insurans mungkin tidak


menggunakan mana-mana dari kedua-dua
konsep ekstrem yang dinyatakan di atas, malah
mereka mungkin mengambil jalan tengah.
Apabila ini berlaku, sebahagian dari fungsi asas
mungkin dijalankan diperingkat cawangan,
sementara ibu pejabat mungkin melaksanakan
kawalan menyeluruh, membantu membuat
panduan mengenai asas pengunderaitan
dan melakukan tugas perkhidmatan seperti
perakaunan, percetakan dan pelaburan.

4.5 LEMBAGA PENGAWASAN INSURANS


DAN PERSATUAN - PERSATUAN
MANDATORI

4.5.1 Fungsi Dan Peranan

4.5.1.1 Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada


Januari 1959 dibawah Ordinan Perbankan 1958
54

BAB 4 - PASARAN INSURANS


(dipinda kepada Akta Bank Negara Malaysia
1994). Bank Negara Malaysia berfungsi
membantu membangunkan institusi dan infrastruktur yang menjadi asas pembentukan
sistem kewangan yang kukuh dan moden.
Fungsi utama BNM ialah bertanggungjawab
kearah membentuk kecemerlangan dan
kestabilan sistem kewangan, memelihara
sektor kewangan yang sihat dan progresif dan
mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan
demi kebaikan dan kemakmuran negara.
Sebelum April 1988, peraturan insurans
diletakkan dibawah pengawasan Kementerian
Kewangan. Fungsi pengawalan dan penyeliaan
dipindahkan ke Bank Negara Malaysia apabila
Akta Insurans 1963 diperkenalkan dan
kemudiannya dipinda dan digantikan dengan
Akta Insurans 1996.
Dibawah Seksyen 35 Akta, Bank Pusat
bertanggungjawab
terhadap
pentadbiran
insurans dan Gabenor Bank Negara dilantik
sebagai Ketua Pengarah Insurans. Langkah yang
diambil ini dianggap wajar bilamana timbulnya
keperluan kawalan yang lebih menyeluruh
ke atas industri insurans. Tindakan tersebut
ternyata telah mencapai objektifnya seperti yang
dibuktikan melalui pencapaian pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan persekitaran industri
yang lebih terkawal. Bank Negara Malaysia
melalui pentadbiran Tingkahlaku Pengguna
dan Pasaran (Consumer and Market Conduct
CMC) juga bertanggungjawab menyelesaikan
aduan-aduan yang dikemukakan terhadap
insurer.
Sebab-sebab
Diperkenalkan

Peraturan

Insurans

Objektif utama peraturan insurans ialah untuk


melindungi kepentingan awam. Oleh yang
demikian, aktiviti syarikat insurans dikawal
kerana sebab-sebab berikut;

pengetahuan mengenai insurans yang


rendah
memastikan penetapan kadar premium
yang berpatutan
memastikan produk-produk insurans
tersedia dipasaran

PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA


Program Pendidikan Pengguna (Consumer
Education Programme CEP) mengenai
insurans dan takaful yang dikenali sebagai info
insuransadalah usahasama antara Bank Negara
Malaysia dan industri insurans dan takaful. Info
insurans diperkenalkan sebagai program jangka
panjang bagi menyediakan maklumat bercorak
pendidikan yang membolehkan pengguna
membuat keputusan dengan lebih meyakinkan
apabila membeli produk insurans atau takaful.
Info insurans bermotifkan;

menyedia dan menyebarkan maklumat


tentang produk & perkhidmatan
insurans dan takaful, terma dan syaratsyarat penting serta pengecualian yang
terkandung dalam polisi insurans, dan
hak serta tanggungjawab pengguna,
secara jelas dan mudah;
memberikan panduan yang berguna
kepada pengguna ketika mebuat
keputusan untuk membeli produk &
perkhidmatan insurans atau takaful;
dan
menasihati pengguna tentang
bagaimana untuk mendapatkan ganti
rugi sekiranya pengguna tidak berpuas
hati dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh syarikat insurans atau
pengendali takaful.

mengekalkan kesolvenan syarikat


insurans

55

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Saluran maklumat info insurans termasuklah;-

maklumat am

insurans am

insurans hayat

takaful am

takaful keluarga

Beberapa inisiatif awal telah dirancang untuk


terus memperbaiki tahap kesedaran dan
pengetahuan pengguna mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan insurans dan
takaful. Inisiatif tersebut termasuklah:-

menyediakan maklumat mengenai


pelbagai produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan, juga mengenai hak
dan tanggungjawab berkaitan produk
dan perkhidmatan berkenaan;
menganjurkan dan menjalankan aktiviti
penyebaran maklumat bagi meluaskan
lagi liputan program; dan
melaksanakan program bagi
meningkatkan tahap kesedaran
dikalangan kumpulan pengguna
tertentu seperti para pelajar, pekerjapekerja baru dan sebagainya.

Penyediaan lebih banyak maklumat dan


kefahaman yang lebih mendalam tentang
insurans dan takaful akan membolehkan
pengguna membuat keputusan dengan tepat
dalam memilih produk & perkhidmatan insurans
dan takaful, sejajar dengan keperluan yang
perlu dipenuhi. Mengetahui tentang hak dan
tanggungjawab mengenai kontrak polisi juga
dapat membantu pengguna mebuat tuntutan
insurans dan mendapatkan bayaran gantirugi
melalui saluran yang betul sekiranya timbul
pertikaian dengan syarikat insurans atau
pengendali takaful. Pengguna bermaklumat
dan aktif mampu membentuk industri insurans
dan takaful yang cekap dan berkesan.

4.5.1.2 Malaysia Reinsurance


Berhad (MRB)

Pada awal tahun 1965, kerajaan Malaysia


menerima idea untuk menubuhkan syarikat
reinsurans
kebangsaan
dalam
usaha
membendung pengaliran keluar bayaran
premium ke luar negara yang semakin
meningkat.
Hasilnya,
syarikat
Malaysian
National
Reinsurance
Berhad
(MNRB)
telah
diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.
Syarikat ini memulakan operasinya pada 19
Februari 1973.
Pada 1 April 2005, syarikat berkenaan telah
memuktamadkan proses penstrukturan semula
dengan memindahkan perniagaan reinsurans
dan lesennya kepada Malaysian Reinsurance
Berhad (Malaysian Re), anak syarikat milik
penuh MNRB. Nama syarikat kemudiannya
diubah dari Malaysian National Reinsurance
Berhad kepada MNRB Holding Berhad bagi
mencerminkan aktiviti perniagaan baru syarikat
pelaburan induk. Pada 31 Mac 2006, Malaysian
Re telah mencatatkan perolehan sebanyak
RM684.6 juta dengan keuntungan sebelum
cukai berjumlah RM137.7 juta. MNRB Holding
Berhad kemudiannya meneroka bidang
baru iaitu perniagaan takaful yang akhirnya
menyaksikan penubuhan syarikat Takaful Ikhlas
Sdn Berhad, pada 2004.
Objektif
Objektif perniagaan syarikat ialah;-

Mempelbagaikan bidang perniagaan


yang
diceburi
demi
membentuk
portfolio perniagaan yang seimbang
dan
memastikan
pertumbuhan
perniagaan yang berterusan.

56

BAB 4 - PASARAN INSURANS

Menjalankan
usaha
perniagaan
secara berterusan dengan menerapkan
kaedah baru yang inovatif melalui
penggunaan trend terbaru teknologi
maklumat.
Meningkatkan had bendungan tempatan
dan mengurangkan pengaliran keluar
premium reinsurans.
Meningkatkan
peluang
pekerjaan
dan latihan dalam bidang reinsurans,
terutamanya untuk golongan Bumiputra
yang masih kurang penglibatannya
dalam sektor industri ini.
Meningkatkan nilai syarikat dengan
mengenalpasti peluang memperolehi
pendapatan yang berpatutan untuk
tempoh jangka panjang.

(Rujukan lanjut boleh dibuat dengan melayari


laman web: http//www.malaysian re.com.my)
Aktiviti dan Perkhidmatan
Unit Perniagaan Reinsurans Fakultatif dan
Treati
Malaysian Re terlibat secara aktif dalam
pengunderaitan Reinsurans Fakultatif dan Treati
untuk pasaran Malaysia. Bidang perniagaan ini
telah diperluaskan ke peringkat antarabangsa
dan mengunderait secara aktif perniagaan
dari pasaran Asian, Timur Tengah, Afrika dan
China. Malaysia Re juga menawarkan khidmat
penyediaan sebut harga untuk perniagaan treati
dan dianggap sebagai pemimpin dibeberapa
wilayah tertentu.
Perkhidmatan Pasaran
Perkhidmatan berikut ditawarkan untuk pasaran
insurans:-

Perkhidmatan Teknikal
Malaysian Re menyediakan perkhidmatan
pemeriksaan Risiko Kebakaran kepada industri
insurans tempatan bagi tujuan pengkadaran
khas, pengunderaitan dan juga anggaran
Kerugian
Maksimum
Mungkin
(PML).
Perkhidmatan penaksiran risiko kebakaran
dan pengurusan risiko yang diubahsuai bagi
memenuhi keperluan insured juga disediakan
melalui insurer, sekiranya diperlukan.
Biro Pentadbiran Pusat
Malaysian Re telah mengambil inisiatif
menubuhkan Biro Pentadbiran Pusat (Central
Administrative Bureau - CAB). CAB ialah
biro yang diuruskan di peringkat pusat dalam
menyelesaikan transaksi dikalangan insurer
dan reinsurer yang menjalankan urusniaga di
Malaysia. Misi utama CAB ialah menghapuskan
masaalah pentadbiran dan membetulkan
kesilapan
dan
seterusnya
memastikan
penyelesaian imbangan dan mendapatkan
kembali tuntutan diuruskan dengan lebih cekap.
Tumpuan utama operasi pengurusan ini ialah
sistem komputer yang dihubungkan kepada
setiap ahli melalui perkhidmatan internet.
Kos pembangunan dan operasi sistem ini
dibiayai bersama oleh ahli-ahli biro. Biro yang
dikendalikan oleh Malaysian Re ini memulakan
operasi secara online pada Julai 1998.
Pasukan Petugas Pemeriksaan
Malaysian Re diberi mandat oleh Persatuan
Insurans Am
Malaysia
(PIAM)
untuk
membentuk Pasukan Petugas Pemeriksaan
bagi mengendali tugas pemeriksaan dan
menjalankan siasatan terhadap perlakuan
dan aktiviti ahli-ahlinya, mengikut terma dan
peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian
Antara Syarikat, yang kini telah disepadukan
menjadi satu perjanjian tunggal yang dikenali
sebagai Perjanjian Antara Syarikat mengenai
Perniagaan Insurans Am (ICAGIB).

57

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Kumpulan Penerbangan Malaysia (Malaysian
Aviation Pool MAP)

Kumpulan Insurans Motor Malaysia (Malaysia


Motor Insurance Pool MMIP)

Malaysian Re menjalankan peranan sebagai


Pengurus kepada MAP, berkuat kuasa mulai
1 Oktober 1996. Pada masa sekarang,
keahliannya
mengandungi
14
syarikat
insurans tempatan dan 3 reinsurer dengan
keupayaan pengunderaitan sebanyak RM7.3
juta. Pengunderaitan risiko dijalankan oleh
sekumpulan ahli jawatankuasa yang dilantik
oleh syarikat yang menjadi ahli. Perniagaan
yang dijalankan oleh kumpulan ini tertumpu
kepada risiko yang terdapat di Malaysia dan
pihak-pihak di luar negara yang berminat
dengan risiko di Malaysia.

MMIP ditubuhkan pada Julai 1992 dengan hasrat


untuk menawarkan perlindungan insurans
kepada pemilik-pemilik kenderaan yang gagal
mencari insurer yang mampu menawarkan
perlindungan insurans untuk kenderaannya.
Ahli MMIP meliputi semua syarikat insurans am
yang berdaftar dibawah Akta Insurans 1996.
Mengikut Perjanjian Kolektif antara ahli-ahli
dan MMIP, penyertaan ahli dalam kumpulan
ini adalah berdasarkan perkongsian sama
rata dan Malaysia Re telah dilantik sebagai
Pengurus Pentadbiran MMIP.
Latihan Pasaran

Konsortium
Risiko
Tenaga
Malaysia
(Malaysian Energy Risks Consortium
MERIC)
MERIC ditubuhkan pada Mac 1995 dengan
objektif utamanya untuk memaksimumkan
tahap bendungan nasional, menggalakkan
minat yang lebih meluas dan memajukan
kemahiran
pengunderaitan
dengan
pengkhususan dalam kelas perniagaan tenaga.
Keahlian konsortium ini terdiri dari 15 syarikat
insurans am tempatan dan 2 reinsurer dengan
Malaysian Re mengambil peranan sebagai
Sekretariat. MERIC mempunyai kapasiti untuk
mengunderait sehingga had gabungan tunggal
sebanyak RM40 juta untuk risiko huluan dan
RM20 juta risiko hiliran, dibendung sepenuhnya
oleh Konsortium. Pengunderaitan risiko
dijalankan oleh sekumpulan ahli jawatankuasa
yang dilantik oleh syarikat yang menjadi ahli.
Portfolio utama perniagaan yang dijalankan
oleh MERIC tertumpu kepada risiko yang
terdapat di Malaysia dan pihak-pihak di luar
negara yang berminat dengan risiko di Malaysia.
Walau bagaimanapun, menyedari tentang
perlunya mempunyai sebaran risiko dan asas
premium yang lebih meluas, portfolio ini telah
diperluaskan dengan meliputi risiko dari Zon
Asia Pasifik, Timur Tengah dan negara-negara
Afrika Utara.

Malaysian Re telah dan sentiasa berusaha


secara berterusan mengendali pelbagai kursus
dan seminar berkaitan insurans dan reinsurans
kepada kakitangan syarikat insurans demi
meningkatkan tahap profesionalisma dalam
industri insurans.
Skim Insurans Risiko yang Besar dan
Khusus (Scheme for Insurance of Large and
Specialised Risks SILSR)
Skim yang telah dilancarkan pada 1 Januari
1994 ini mempunyai objektif utamanya iaitu
membangunkan kepakaran teknikal bagi
membolehkan insurer menjadi pengunderait
aktif dalam risiko besar dan khusus. Impak
yang terhasil ialah syarikat insurans akan
mempunyai kefahaman yang lebih mendalam
tentang risiko-risiko berkenaan. Lantas, ia dapat
mengoptimumkan tahap bendungan nasional
dan seterusnya meminimumkan pengaliran
keluar bayaran premium ke luar negara.
Malaysian Re telah dilantik oleh Bank Negara
Malaysia untuk menguruskan skim ini.

58

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Sihat Malaysia
Skim Sihat Malaysia yang dilancarkan secara
rasmi pada 18 Februari 2000 telah diperkenalkan
oleh Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia
(National Insurance Association of Malaysia
NIAM). Ahli NIAM yang memasarkan produk ini
menawarkan program insurans kesihatan yang
seragam, memberi perlindungan penjagaan
kesihatan, meliputi kemasukan ke hospital tanpa
wang tunai, rawatan perubatan, pembedahan
serta bantuan kecemasan kepada pemegang
polisi. Organisasi Penjagaan Terurus telah
dilantik dibawah skim ini bagi menyediakan
khidmat kepakaran kepada pemegang polisi dan
ahli NIAM. Malaysian Re telah dilantik sebagai
Pengurus Akaun skim ini yang sehingga kini
dilanggani oleh 11 ahli NIAM.

Ketika ini, had peratusan yang ditetapkan iaitu


bermula dari Januari 2007 sehingga Disember
2009 adalah seperti berikut;-

4% untuk kelas perniagaan Motor


dan Kemalangan Diri (termasuk
Hospital dan Pembedahan).
5% untuk lain-lain kelas (tanpa
sebarang had sisen)
15% untuk kelas Treati Auto dan
Fakultatif Auto, tertakluk kepada
had limit 20% sisen timbal-balik.

4.5.1.3 Persatuan Insurans Am


Malaysia (PIAM)

Pengkadaran Khas
Malaysian Re telah dilantik oleh Persatuan
Insurans Am Malaysia untuk menubuhkan
Jawatankuasa Pengkadaran yang bertujuan
menentukan kadar khas polisi insurans Semua
Risiko Kebakaran dan Perindustrian, iaitu risiko
yang melayakkan untuk dikenakan kadar khas
dibawah Tarif Kebakaran. Jawatankuasa ini
terdiri dari tidak kurang 6 orang pengunderait
insurans kebakaran atau Pentaksir Risiko yang
berkelayakan dan berpengalaman. Mereka
dipilih dari kalangan ahli NIAM dan wakil dari
Malaysian Re tidak melebih 3 orang. Pengerusi
Jawatankuasa Pengkadaran ini diperuntukkan
kepada wakil dari Malaysian Re. Malaysian
Re juga bertindak sebagai sekretariat jawatankuasa, selain dari mengendalikan tugas harian
mengenai semua perkara yang berkaitan
dengan permohonan pengkadaran khas.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah


ditubuhkan pada Mei 1979 sebagai mematuhi
peruntukan Seksyen 3(2) Akta Insurans 1963.
(Peruntukan ini telah diganti dengan Seksyen
22 Akta Insurans 1996.)
Dengan Akta ini, semua syarikat insurans
am perlu menjadi ahli mana-mana persatuan
insurer yang diluluskan oleh Bank Pusat iaitu
Bank Negara Malaysia. PIAM adalah sebuah
persatuan insurer am yang telah diluluskan
penubuhannya untuk tujuan di atas. Oleh itu,
keahlian PIAM adalah diwajibkan untuk semua
insurer am di Malaysia.
Objektif utama PIAM ialah;

Sisen Sukarela (Voluntary Cession - VC)

Malaysian Re menerima sisen sukarela dari


semua insurer langsung yang menjalankan
perniagaan insurans am dibawah Akta Insurans
1996 dan had peratusan yang ditetapkan adalah
tertakluk kepada kajian semula yang dilakukan
oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk menggalak pembentukan struktur


insurans yang kukuh di Malaysia,
dengan kerjasama dan khidmat nasihat
dari Bank Negara Malaysia.
Untuk memajukan dan mewakili
kepentingan ahli-ahli atas nama
Malaysia, melalui apa cara dan kaedah
sekalipun yang tidak bertentangan
dengan
undang-undang
dan
perlembagaan Malaysia.
59

BAB 4 - PASARAN INSURANS

Memberi khidmat nasihat dan bantuan


kepada ahli sekiranya
perlu dan
memberi manfaat
Mengambil perhatian terhadap sesuatu
peristiwa, kenyataan dan luahan
pendapat umum yang meninggalkan
kesan kepada ahli-ahli, memberi
khidmat nasihat yang sewajarnya,
mewakili kepentingan ahli dalam
menyatakan pandangan sekiranya
perlu dan memberi manfaat bersama.
Memberi kerjasama yang sewajarnya
kepada mana-mana persatuan yang
sama dengannya, di dalam dan luar
negara.
Menyebarkan maklumat yang berkaitan
dengan
kepentingan
ahli
serta
mengumpul, membuat perbandingan
dan mengeluarkan statistik atau lainlain maklumat penting berkaitan
dengan insurans am.
Bekerjasama dengan
mana-mana
badan
perundangan,
dewan
perniagaan,
jawatankuasa,
suruhanjaya yang dilantik atau akan
dilantik; untuk merangka, membuat
pertimbangan, pindaan atau perubahan
ke atas undang-undang yang berkaitan
dengan insurans.
Mengendali dan mengurus hal ehwal
kepentingan bersama, berkaitan atau
memberi kebaikan kepada ahli atau
mana-mana kumpulan ahli disamping
mengumpul dan menguruskan dana
untuk ahli.
Menyediakan
peraturan,
undangundang dan juga undang-undang
kecil mengikut peruntukan Artikel,
setelah dibincangkan dan mendapat
persetujuan dari pihak Bank Negara
Malaysia.

Demi kepentingan perniagaan insurans am


dan manfaat kepada ahli persatuan, iaitu
syarikat insurans dan orang awam, PIAM telah
merangka beberapa Perjanjian Antara Syarikat.
Pihak insurer yang menandatangani perjanjian
ini, masing-masing dan secara kolektif bersetuju
untuk mematuhi segala syarat-syarat dan
peraturan yang ditetapkan. Sebelum ini terdapat
tiga perjanjian yang kemudiannya disatukan
menjadi Perjanjian Antara Syarikat Perniagaan
Insurans Am (ICAGIB)
Perjanjian Antara Syarikat
Insurans Am (ICAGIB)

Perniagaan

Tujuan perjanjian ini diwujudkan ialah untuk


mengatur dan mengawal perlakuan dan aktiviti
setiap individu yang terlibat dalam perniagaan
insurans am.

4.5.1.4 Persatuan Insurans Hayat


Malaysia (LIAM)

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life


Insurance Association of Malaysia LIAM)
adalah sebuah persatuan perdagangan yang
didaftarkan dibawah Akta Persatuan 1966.
Ia didaftarkan atas nama Life Insurance
Association pada 26 Mac 1968.
Pada tahun 1977, nama persatuan ini telah
ditukar kepada Life Insurance Association of
Malaysia(LIAM).
LIAM telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan beberapa langkah melalui swa
peraturan, program pendidikan berterusan,
program pembangunan kemahiran profesional
demi meningkatkan tahap profesionalisma
dikalangan anggota agensi serta menerapkan
sikap berdisiplin dan amalan perniagaan yang
sihat dikalangan ahli syarikat insurans.
Pembentukan LIAM lebih mirip kepada
Malaysian Life Reinsurance Group Berhad
(MLRe) iaitu reinsurer hayat tempatan yang
60

BAB 4 - PASARAN INSURANS


pertama di Malaysia. MLRe adalah syarikat
usahasama antara ahli-ahli LIAM dan
Reinsurance Group of America Incorporated,
menjadikannya suatu permuafakatan yang unik
kerana syarikat-syarikat insurans hayat terlibat
sebagai pelanggan dan pemegang saham
syarikat MLRe.
LIAM mempunyai 18 ahli, yang mana 16
adalah syarikat insurans hayat dan 2 syarikat
reinsurans hayat. Adalah menjadi keperluan
statutori dibawah seksyen 22(1) Akta Insurans
1996, (atau seksyen 3(2) Akta Insurans 1963
yang dimansuhkan) bahawa semua syarikat
insurans hayat/syarikat reinsurans hayat
hendaklah menjadi ahli LIAM.
Objektif LIAM:

memberi kesedaran kepada orang


ramai dan menghargai kebaikan
insurans hayat
memperbaiki imej industri insurans
hayat melalui kawal selia diri atau
swa peraturan
memberi sokongan kepada pihak
berkuasa
undang-undang
dalam
usaha
membangunkan
industri
insurans yang sihat dan kukuh.
meningkatkan tahap profesionalisma
dikalangan kakitangan dan ejen
melalui program latihan dan pendidikan
yang berterusan.
bekerjasama
dengan
organisasi
insurans hayat tempatan dan luar
negara dalam usaha kearah mencapai
objektif dan faedah bersama.

4.5.1.5 Persatuan Broker Insurans


Dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance
And Takaful Brokers Association MITBA)

Persatuan Broker Insurans dan Takaful


Malaysia (MITBA) yang dahulunya dikenali
sebagai Persatuan Broker Insurans Malaysia
(Insurance Brokers Association of Malaysia
IBAM) adalah satu-satunya badan bertaraf
nasional yang mewakili broker Insurans dan
Takaful, yang didaftarkan dengan Pendaftar
Persatuan pada 3 Disember 1974.
Objektif asal persatuan ini ialah untuk
menyediakan
suatu
platform
untuk
membincangkan
masaalah
kepentingan
bersama yang dihadapi oleh ahli-ahli dan juga
mengadakan perundingan dengan lain-lain
persatuan insurans, badan perundangan dan
pihak berkuasa.
Pada 1 Ogos 2006, IBAM diberi nama baru iaitu
Persatuan Broker Insurans dan Takaful Malaysia
(MITBA), sebagai menandakan kemasukan
broker takaful sebagai ahli persatuan.
MITBA mewakili suara kolektif industri memberi
khidmat nasihat kepada ahli-ahli, penguatkuasa,
pengguna, persatuan perdagangan dan lainlain pemegang saham mengenai isu-isu penting
berkaitan insurans.
MITBA juga menyediakan program latihan,
khidmat nasihat teknikal, memberi panduan
mengenai peraturan dan undang-undang serta
memberi sokongan perniagaan. Peranan utama
persatuan ialah meningkatkan taraf broker
insurans dan takaful menerusi pembangunan
profesional dan memperkenalkan standard
kelayakan dan amalan beretika yang lebih
baik.

61

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Objektif utama persatuan ialah:

Untuk meningkatkan status kerjaya,


melindungi
dan
memperjuangkan
kepentingan ahli, menguasai kecekapan
dan perlakuan profesional. Untuk
mencapai objektif ini, pihak persatuan
telah merangka Kod Etika & perlakuan,
Standard Perakaunan untuk Broker
Insurans,
Panduan
Brokeraj
/
Perkongsian Yuran serta Piagam
Pelanggan dan Perjanjian Introducer
Insurans, untuk diamalkan dan dipatuhi
oleh semua ahli.Kesemuan dokumen
ini telah dirangka dan disiapkan dengan
kerjasama dan panduan dari Bank
Negara Malaysia serta diluluskan oleh
Pendaftar
Persatuan.
Melalui
penguatkuasaan
dokumen-dokumen
tersebut,
tahap
profesionalisma
dikalangan broker insurans/takaful
dapat dipertingkatkan.
Untuk memastikan kakitangan ahli
memiliki
kelayakan
profesional,
berkemahiran dalam bidang undangundang & amalan insurans, mengikuti
perkembangan semasa yang dijangka
akan mempengaruhi industri insurans,
khususnya yang melibatkan kerjaya
broker insurans dan takaful.
Untuk menyediakan suatu platform
yang
dapat
membentuk
sikap
berdisiplin serta mempamirkan etika
dan perlakuan profesional.
Untuk berusaha kearah membangunkan
industri insurans yang sihat, selaras
dengan aspirasi nasional.

4.5.1.6 Persatuan Penyelaras Kerugian


Malaysia (Association Of Malaysian Loss
Adjusters AMLA)

Persatuan Penyelaras Kerugian Malaysia


(ditubuhkan pada 1981) merupakan persatuan
penyelaras
kerugian
yang
diluluskan
penubuhannya
oleh
kementerian
dan
didaftarkan sebagai persatuan dibawah
Seksyen II Akta Persatuan 1966. Keahlian
persatuan adalah berdasarkan syarikat
korporat, iaitu terhad kepada syarikat yang
menjalankan
perniagaan
penyelarasan
kerugian di Malaysia.
Seksyen 10 Akta Insurans 1966 menyatakan
bahawa tiada sesiapa boleh bertindak atau
menggelarkan dirinya sebagai penyelaras
kerugian melainkan ia diberi lesen dibawah
Akta, dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Dengan adanya Seksyen 22 dibawah Akta,
penyelaras kerugian berlesen juga perlu menjadi
ahli persatuan penyelaras yang diluluskan oleh
Bank Negara Malaysia.
Pihak-pihak
yang
dinyatakan
dikecualikan dari peraturan di atas;

dibawah

Peguamcara, peguambela dan ahli


kepada mana-mana profesion yang
bertindak atau membantu dalam
penyelarasan tuntutan insurans yang
berkaitan dengan profesion mereka;
Penyelaras kerugian
penerbangan; dan

maritim

atau

Kakitangan syarikat insurans yang


fungsi
tugas
mereka
termasuk
menyelaras
atau
membantu
menyelaras tuntutan insurans tetapi
mereka bukan seorang penyelaras
kerugian.

62

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Objektif AMLA adalah seperti berikut;

Untuk
mengawal
penyelaras kerugian
Malaysia.

aktiviti/amalan
insurans di

Untuk menggalak, mengembangkan


dan
mewujudkan
profesion
penyelarasan yang sihat di Malaysia.
Untuk bekerjasama dengan lain-lain
persatuan yang sama dengannya,
samada di dalam atau di luar negara.
Menjalin hubungan kerja dengan
organisasi profesional dalam industri
insurans di Malaysia.
Mewakili ahli dalam perkara-perkara
yang melibatkan kepentingan mereka
dalam industri insurans.
Mengawasi dan mengawal ahli-ahlinya
agar mematuhi semua artikel dan
undang-undang
persatuan
serta
mematuhi peruntukan undang-undang
di Malaysia, khususnya yang berkaitan
dengan akta insurans.
Bekerjasama
dengan
mana-mana
badan perundangan atau persatuan
bagi tujuan meminda atau mengubah
undang-undang yang berkaitan dengan
penyelarasan kerugian.

4.6 BIRO PERANTARAAN INSURANS


(INSURANCE MEDIATION BUREAU - IMB)

4.6.1 Biro Insurer Motor (Motor Insurers


Bureau MIB)

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menggantikan


Ordinan Trafik Jalan 1958) menghendaki
pengguna kenderaan bermotor dilindungi
insurans terhadap liabiliti akibat kematian

atau kemalangan diri yang menimpa sesiapa


sahaja disebabkan penggunaan kenderaan
bermotor di atas jalan raya. Tujuan peruntukan
tersebut ialah untuk mewajibkan semua pemilik
kenderaan bermotor memiliki insurans motor,
agar mangsa (atau waris mangsa) kemalangan
jalanraya tidak dinafikan haknya menerima
pampasan kematian atau kecederaan anggota
badan.
Sungguhpun peruntukan ini telah termaktub
dalam Akta Pengangkutan Jalan, masih
terdapat segelintir individu yang menggunakan
kenderaan bermotor di atas jalanraya tanpa
memiliki perlindungan insurans minimum. Ini
bermakna, terdapat kemungkinan segelintir
pemandu cuai yang tidak memiliki sumber
kewangan untuk membayar gantirugi kepada
mangsa.
Untuk memperbaiki kelemahan perlindungan
tersebut, Biro Insurer Motor (MIB) telah
ditubuhkan pada Oktober 1967.
Objektif awal penubuhan MIB ialah untuk
memastikan agar mangsa kemalangan
jalanraya yang berpunca dari pemandu
kenderaan yang tidak memiliki insurans,
tidak dinafikan haknya untuk mendapat
bayaran gantirugi. Remidi atau langkah
pencegahan yang terkandung dalam Akta
Pengangkutan Jalan ini bergantung kepada
keupayaan pihak berkuasa mengenalpasti
pemandu cuai berkenaan. Peruntukan ini
tidak menyelesaikan masaalah mangsa
kemalangan langgar lari.
MIB telah memeterai perjanjian dengan
Kementerian Pengangkutan dan bersetuju
untuk bertanggungjawab membayar pampasan
kepada mangsa kemalangan jalanraya yang
gagal memperolehi bayaran gantirugi dari
pemandu berkaitan, kerana ketika kemalangan
berlaku;
1.


pemandu kenderaan
perlindungan insurans
masih berkuatkuasa
diwajibkan oleh Akta

tidak memiliki
yang polisinya
seperti yang
Pengangkutan
63

BAB 4 - PASARAN INSURANS



Jalan (tiada perlindungan insurans);


atau

2.


polisi insurans tidak sah atas sebabsebab tertentu. (umpamanya polisi


dibatalkan sebelum tarikh kemalangan
berlaku); atau

3.

insurer dapat membuktikan bahawa


Nota Lindung/Sijil Insurans telah
dipalsukan.

Perjanjian terdahulu telah dipersetujui secara


bersama untuk dibatalkan dan digantikan
dengan perjanjian baru yang ditandatangani
oleh Pengerusi MIB dan Menteri Pengangkutan
pada 30 Mac 1992. Antara peruntukan yang
terkandung dalam perjanjian baru ini ialah:

Semua tuntutan terhadap MIB akan


dikendalikan atas dasar budi bicara
(ex-gratia), dan bukannya hak disisi
undang-undang seperti yang tercatat
dalam perjanjian terdahulu;
Ini bermakna gantirugi yang dibayar
kepada pihak ketiga akan ditentukan
oleh MIB berdasarkan merit setiap kes.
Walaubagaimanapun, pihak penuntut
masih mempunyai hak perundangan
untuk memanjangkan
kesnya
ke
mahkamah bagi mendakwa individu
yang bersalah sekiranya difikirkan
wajar;
Fungsi MIB telah diperluaskan
sehingga meliputi Sabah dan Sarawak;
Ahli MIB akan terus mencarum
sebanyak RM2 juta setahun ke dana
MIB.

Fungsi utama MIB ialah untuk membayar


pampasan kepada mangsa kemalangan
jalanraya yang melibatkan pemandu tidak
berinsurans yang tidak berkemampuan
memenuhi liabiliti dari harta yang dimilikinya.

4.6.2 Biro Perantaraan Kewangan


(Financial Mediation Bureau FMB)

Biro
Perantaraan
Kewangan
(Financial
Mediation Bureau FMB) telah ditubuhkan
oleh Bank Negara Malaysia dalam tahun
2005 sebagai menggantikan Biro Perantaraan
Insurans yang diwujudkan pada tahun 1991.
FMB merupakan satu badan bebas yang
ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan
pertikaian antara pemegang polisi dan penyedia
perkhidmatan kewangan yang juga merupakan
ahli FMB. Pihak Majlis FMB menjamin bahawa
perantara yang dilantik adalah bebas dan
berkecuali. Keahlian FMB adalah terdiri dari
individu yang mewakili kepentingan awam dan
pengguna serta wakil dari pihak biro.
Pihak FMB menyediakan suatu platform secara
percuma, cepat, selesa dan cekap untuk
menyelesaikan sesuatu pertikaian, sebagai
pilihan penyelesaian melalui mahkamah.
Pertikaian yang timbul mungkin berkaitan
dengan isu perbankan/kewangan dan juga
perkara berkaitan insurans/takaful.
Setiap syarikat insurans am merupakan ahli
PIAM atau ahli FMB. Semua ahli PIAM adalah
ahli FMB.
FMB mengendali semua aduan, pertikaian dan
tuntutan berkaitan insurans dan takaful. Sebagai
tambahan, ia membantu menyelesaikan
pertikaian antara pemegang polisi, pemegang
sijil atau pihak yang menuntut dengan pihak
biro sendiri atau pihak ketiga kepada syarikat
insurans dan pengendali takaful.

64

BAB 4 - PASARAN INSURANS


ii.


aktuari, ekonomi dan aspek-aspek


berkaitan insurans hayat, insurans
am,
faedah
persaraan
pekerja,
kewangan dan pelaburan.

f.

Membantu pelajar-pelajar yang ingin


mendalami pengajian aktuari

Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) ditubuhkan


pada 5 Oktober 1978. ASM adalah satu-satunya
badan yang mewakili profesion aktuari di
Malaysia. Sejak 20 Oktober 2003, ASM menjadi
ahli penuh Persatuan Aktuari Antarabangsa.

g.

Menggalak dan meningkatkan jaringan


hubungan sosial dikalangan aktuari di
Malaysia dan di luar negara.

Objektif penubuhan persatuan ini termasuklah;

Persatuan ini telah menyiapkan satu Jadual


Kemortalan
berdasarkan
pengalaman
kemortalan hayat insured di Malaysia.

4.7 LAIN-LAIN PERSATUAN

4.7.1 Persatuan Aktuari Malaysia


(Actuarial Society Of Malaysia ASM)

a.



Menggalak dan mengekalkan tahap


kecekapan serta perlakuan yang
tinggi dikalangan profesion aktuari
di Malaysia dan mematuhi Kod
Perlakuan Profesional.

b.


Memperkenal
dan
mempromosi
profesion aktuari di Malaysia, dan
meningkatkan minat orang ramai
terhadap profesion ini.

c.



Menyediakan
sumber
rujukan
mengenai perkara-perkara berkaitan
aktuari kepada kerajaan Malaysia,
badan penguatkuasa dan lain-lain
pihak yang berminat.

d.




Mengambil tindakan yang difikirkan


wajar atas perkara-perkara yang
diputuskan ketika mesyuarat agung
persatuan, berkaitan dengan perkara
yang melibatkan kepentingan pfofesion
aktuari.

e.

Menggalakkan
penerbitan
jurnal
kajian, perbincangan dan penyelidikan
perkara-perkara berkaitan:-

i.

ekonomi gunaan, prinsip kewangan


dan
statistik
dalam
masaalah
perlaksanaannya

4.7.2 Persatuan Tuntutan Insurans


Kebangsaan (National Insurance Claims
Society NICS)

Persatuan Tuntutan Insurans Kebangsaan


(NICS) yang ditaja oleh NIAM telah dilancarkan
secara rasmi pada 15 Disember 1999. Keahlian
NICS terbuka kepada semua syarikat insurans
hayat dan am serta penyelaras kerugian bebas
/ pentaksir.
NICS ditubuhkan untuk memperkenal dan
menggalakkan amalan terbaik dalam urusan
berkaitan proses tuntutan dikalangan ahli
syarikat dan memberi pengiktirafan yang
sewajarnya
kepada
kakitangan
yang
mengendali perkhidmatan tuntutan insurans.
Oleh yang demikian, NICS menjadi suatu forum
yang aktif kepada ahli-ahli persatuan untuk
bertukar-tukar maklumat dan menyediakan
platform untuk mengenalpasti aspek-aspek
penting berikut:

Amalan Tuntutan Terbaik

Mengesan Cubaan Menipu

Latihan dan Pengurusan Tuntutan

65

BAB 4 - PASARAN INSURANS

Memberi kuasa & Anugerah


Pengiktirafan kepada Kakitangan
bahagian Tuntutan.

4.7.3 Persatuan Kebangsaan Penasihat


Insurans Hayat Dan Kewangan Malaysia
(National Association Of Malaysian
Life Insurance And Financial Advisor
NAMLIFA)

Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans


Hayat dan Kewangan Malaysia (NAMLIFA)
yang dahulunya dikenali sebagai NAMLIA
(berkuatkuasa mulai Februari 2001) telah
mendapat pengiktirafan dan dikagumi atas
peranannya sebagai organisasi barisan
hadapan dalam perkhidmatan insurans dan
kewangan profesional di Malaysia.
NAMLIFA adalah persatuan untuk ejen-ejen dan
penyelia insurans di Malaysia. Ia mengambil
berat untuk menjaga kepentingan mereka
yang terlibat dalam bidang penjualan insurans
dan juga pengurusan jualan. Persatuan juga
memainkan peranan meningkatkan tahap
profesionalisma dikalangan ahli-ahlinya melalui
kerjasama dengan organisasi-organisasi lain
yang mempunyai peranan yang sama.
Selaras dengan Pelan Dasar Sektor Kewangan
Bank Negara Malaysia, Majlis Pengamal
Insurans Hayat dan Kewangan (Financial and
Life Practitioners Council FLPC) dibawah
naungan NAMLIFA telah mengambil inisiatif
dan mengendalikan kursus-kursus berbentuk
pendidikan kepada ahli-ahlinya.
NAMLIFA
amat
komited
dengan
tanggungjawabnya membantu ahli-ahlinya
dalam:

mengedarkan
Nada
Practitioner
penerbitan rasmi NAMLIFA yang
diterbitkan
secara
sukutahunan;

mengemaskini maklumat dan data


mengenai industri serta panduan
mengenai jualan dan pengurusan
agensi.
menawarkan kadar diskaun khas
kepada ahli-ahli yang mengambil
kursus FLPC yang dikendalikan
secara in-house, konvensyen, seminar
dan
perbincangan,
disamping
menawarkan diskaun atas bahan
bacaan / barangan eksklusif.
menjadi
sebahagian
dari
ahli
keluarga pengamal insurans hayat
dan kewangan yang lebih besar dan
bertaraf
antarabangsa
seperti
MDRT, APLIC dan LUA .
menyatukan
ahli-ahli
pemasaran
insurans dan perkhidmatan kewangan,
menjaga status profesional, memperbaiki
dan menguatkuasakan garis panduan
yang dirangka oleh BNM.
menyebarkan kepada orang ramai
mengenai
pengetahuan
tentang
nilai dan kepentingan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh pengamal
insurans hayat dan perkhidmatan
kewangan yang bertauliah.
menyediakan peluang pembangunan
diri, mempertingkatkan komunikasi
antara
ahli,
mempertingkat
dan
mengawal kepentingan bersama.

4.7.4 Majlis Perancangan Kewangan


Malaysia (Malaysian Financial Planning
Council MFPC)

Majlis Perancangan Kewangan Malaysia


(MFPC) ditubuhkan dengan tujuan berusaha
meningkatkan
perkembangan
profesion
perancangan kewangan dan menyediakan
rangka kerja kawal selia diri yang dapat
66

BAB 4 - PASARAN INSURANS


membantu perkembangan industri perancangan
kewangan secara lebih teratur.

dan badan utiliti awam hinggalah syarikat


industri kecil sederhana.

Objektif penubuhan majlis adalah untuk


mentauliahkan
perancang
kewangan
dan meningkatkan taraf profesionalisma;
memperkukuhkan imej kerjaya perancangan
kewangan; menetapkan standard amalan;
dan merangka peraturan kawalselia industri
perancangan kewangan.

Objektif penubuhan MARIM termasuklah:

Dibawah naungan MFPC, industri insurans


hayat telah berjaya menerapkan dan
menerima-pakai kelulusan dalam perancangan
kewangan berdaftar (RFP) sebagai penanda
aras kelayakan yang setara bagi perancang
kewangan.
MFPC juga bertujuan untuk mencapai visi
dan matlamat Pelan Induk Sektor Kewangan
dan Pelan Induk Pasaran Modal dalam
usaha memperkemas tahap profesionalisma,
kemahiran teknikal, nasihat kewangan,
produktiviti dan kualiti anggota agensi.

MARIM adalah persatuan perdagangan


tidak
berorientasikan
keuntungan
yang
diperbadankan pada 19 Mac 1992, mewakili
perbadanan yang mengamalkan Pengurusan
Risiko dan Insurans. Persatuan ini diurus oleh
Jawatankuasa Eksekutif yang dipilih oleh ahliahli persatuan. MARIM mengambil inisiatif
untuk menggalak dan mempertingkatkan tahap
kesedaran serta standard pengurusan risiko di
Malaysia. Ahli-ahli MARIM terdiri dari pelbagai
organisasi; dari syarikat korporat multinasional

Untuk
menggalakkan
pendidikan
pengurusan risiko dan insurans di
Malaysia.
Untuk menimbang dan membincangkan
tentang undang-undang, peraturan
atau syarat-syarat yang dikenakan atau
akan dikenakan oleh pihak berkuasa
yang akan memberi kesan kepada ahliahli.
Untuk menggalakkan hubungan dan
interaksi dalam kalangan ahli.

4.7.6 Persatuan Perlindungan Kebakaran


Malaysia Berhad (Fire Protection Of
Malaysia Berhad FPAM)

Badan
pentadbir
MFPC
ialah
Majlis
Kebangsaan yang terdiri dari beberapa pejabat
perwakilan yang bertanggungjawab membentuk
kepimpinan dan hala tuju persatuan.

4.7.5 Persatuan Pengurusan Risiko Dan


Insurans Malaysia (Malaysian Association
Of Risk And Insurance Management
MARIM)

Untuk
memperkenal,
menunjuk,
menggalak
dan
mengembangkan
konsep & amalan pengurusan risiko
dan insurans dalam semua aspek.

Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia


Berhad telah diperbadankan pada 11 Oktober
1976. Persatuan ini merupakan satu badan
bebas dan organisasi tidak berorientasikan
keuntungan.
Persatuan ini diurus oleh Majlis Pengurusan
yang terdiri dari ahli-ahli yang dipilih dari
kalangan ahli biasa dan juga Ahli Majlis, yang
mengadakan perjumpaan bulanan di Wisma
PIAM, Kuala Lumpur.
Objektif utama penubuhan FPAM ialah:

mendalami
penyelidikan
saintifik
dan
menambahbaik
kaedah
perlindungan keatas individu, harta
benda di darat, laut dan udara;
67

BAB 4 - PASARAN INSURANS



khususnya yang
kebakaran.

melibatkan

risiko

memberi khidmat nasihat mengenai


perlindungan
dan
pencegahan
risiko kebakaran dan risiko yang
berkaitan
dengannya,
serta
mengedarkan penerbitan mengenai
maklumat risiko kebakaran.
mengenalpasti masaalah berkaitan
perlindungan
dan
pencegahan
kebakaran
dan
lain-lain
risiko
sebagai
satu
bidang
kajian;
menjalin kerjasama dalam bidang
penyelidikan
dan
menjalankan
siasatan
tentang
sebab-sebab
merebaknya kebakaran.
bertanggungjawab
menyebarkan
kepada orang ramai akan ilmu
pengetahuan
yang
difikirkan
berguna untuk mereka, khususnya
bidang ilmu yang berkaitan dengan
objektif persatuan.
bertukar-tukar
maklumat
dan
bekerjasama
dengan
lain-lain
badan atau individu, dan menerima
atau melayan pertanyaan mengenai
perkara-perkara
yang
berkaitan
dengan objektif persatuan.

mekanisma harga dan pengkalan data statistik


untuk kegunaan industri. ISM memulakan
operasinya pada 1 April 2005 sebagai entiti
korporat yang menawarkan pelbagai pilihan
perkhidmatan.
Objektif strategik entiti ini ialah untuk:

Menyediakan infrastruktur pengkalan


data dan kemudahan melapor sebagai
usaha
menyokong
pembentukan
suasana penetapan harga yang lebih
liberal.
Meningkatkan
tahap
kecekapan
teknikal dalam menentukan harga
insurans
am
dan
pembentukan
rezab.

Meningkatkan
melalui;

kecekapan

operasi

menyediakan ekses talian terus bagi


kemudahan
berkongsi
maklumat
industri

meningkatkan penggunaan teknologi


tersebut dalam operasi kendalian
insurans

menyediakan sistem dan keupayaan


mengesan penipuan bertaraf dunia.

4.8 PERKHIDMATAN PASARAN

4.9 INSTITUSI PENDIDIKAN INSURANS

4.8.1 Insurance Services Malaysia


Berhad (ISM)

4.9.1. The Malaysian Insurance Institute


(MII)

Insurance Services Malaysia Berhad (ISM)


telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan
nama Organisasi Penarafan Insurans Malaysia
(Malaysian Insurance Rating Organization
MIRO), salah satu jabatan di Persatuan
Insurans Am Malaysia. Projek yang dijalankan
oleh MIRO difokuskan kearah membentuk

Industri insurans, dengan sokongan berterusan


dari badan pengawal telah menubuhkan The
Malaysian Insurance Institute - MII atau Institut
Insurans Malaysia dalam tahun 1968 sebagai
sebuah badan yang diberi tanggungjawab untuk
membangun dan melaksanakan rangkakerja
pembangunan modal insan untuk industri
68

BAB 4 - PASARAN INSURANS


seluruhnya. Dalam usaha membangunkan
modal insan ini, MII telah diberi kepercayaan
untuk melaksanakan dua peranan utama,
iaitu sebagai penyedia latihan dan pusat
peperiksaan.
Untuk menjayakan keperluan latihan dan
pendidikan ini, MII sentiasa bekerjasama rapat
dengan badan pengawal dan semua persatuan
yang berkaitan. Ia juga menjalin kerjasama
dengan pelbagai institusi tempatan dan luar
negara, disamping memperkukuhkan hubungan
dengan rakan kerja yang pakar dalam bidang
masing-masing.
Melihat kepada usaha yang telah dilakukan
selama lebih dari 40 tahun, MII telah menjadi
institusi yang memperlihatkan kematangan dan
menjadi penanda aras standard pendidikan
profesional insurans di Malaysia dan pusat
serantau.
MII juga telah berjaya memperkenalkan sistem
perkhidmatan pendidikan dan latihan insurans
dikalangan pasaran insurans yang belum
membangun, dengan kesungguhan untuk
mendokong matlamat membantu negaranegara berkenaan berusaha mempertingkatkan
taraf pendidikan, pengetahuan dan kemahiran
modal insan.
Program Pendidikan dan Latihan MII
Sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan
dan latihan insurans, MII telah membangunkan
rangkakerja pendidikan dan latihan yang
sistematik untuk semua lapisan kakitangan
dari semua sektor industri dan juga tenaga
agensi. MII juga memberi penekanan aspek
pengetahuan teknikal, penunjuk kecekapan dan
kelayakan profesional tertentu yang diperlukan
oleh industri dalam usaha membangunkan
peluang pembangunan bersistematik kepada
kakitangannya.

Program pendidikan dan kursus latihan telah


direka khusus demi menyokong keperluan yang
mendesak dikalangan syarikat insurans untuk
memajukan kakitangan dalam usaha menguasai
kecekapan yang tinggi demi mempertingkatkan
tahap kemampuan menghadapi cabaran
perniagaan dalam persekitaran era globalisasi
masa kini.
Kesungguhan
MII
untuk
mencipta
kecemerlangan dalam bidang pendidikan
insurans telah mendorong kepada pertumbuhan
pesat dalam jumlah program pendidikan dan
aktiviti yang ditawarkan. MII kini menjadi
peneraju
dalam
menyediakan
latihan
dan pendidikan dalam bidang Insurans,
Pengurusan Risiko, Sains Aktuari, Pengurusan
Am, Pelaburan, Insurans Hayat, Pemasaran
dan Perkhidmatan Kewangan
MII menawarkan kepelbagaian program yang
komprehensif serta merangkumi subjek teknikal
seperti pengunderaitan dan tuntutan insurans,
penilaian dan penaksiran risiko, penyelarasan
kerugian,
pembrokeran,
komunikasi
perniagaan, kejurujualan dan lain-lain bidang
untuk menggalakkan pembangunan profesional
dikalangan individu. Tenaga pengajar terdiri
dari para pengamal, pakar dan tokoh akademik
tempatan dan luar negara.
MII menghendaki semua tenaga pengajarnya
menjalani dan lulus Program Pentauliahan
Tenaga Pengajar demi memastikan pengekalan
standard yang tinggi dalam pengendalian
program latihan dan pembelajaran. Sebagai
tambahan, untuk memastikan kewibawaan
institusi tetap terpelihara, MII telah bekerjasama
dengan Majlis Peperiksaan Malaysia, pihak
berkuasa standard peperiksaan negara
untuk memberi tauliah pengiktirafan kepada
mereka yang terlibat dalam penyediaan dan
pemeriksaan kertas soalan peperiksaan MII.

69

BAB 4 - PASARAN INSURANS


Hubungan Industri
MII terus mengukuhkan jalinan interaksi
yang meluas dalam industri bagi memastikan
setiap program yang diperkenalkan dapat
mencerminkan
pengetahuan/kemahiran
semasa yang berkaitan dengan keperluan
industri.
Penglibatan aktif MII dalam industri ini
dipamerkan melalui kejayaannya mengendali
dan
menganjurkan
pelbagai
program
seminar peringkat antarabangsa khusus
membincangkan pelbagai isu-isu semasa, topik
pilihan dan perkembangan industri. Salah satu
manfaat utama mengikuti program latihan &
pembelajaran di MII ialah pendedahan yang
diberikan kepada peserta kursus untuk terlibat
dalam perkembangan semasa industri dan
peluang melebarkan jaringan hubungan dengan
pengamal dan pakar industri yang didatangkan
khas dari pelusuk dunia untuk menyertai aktivitiaktiviti anjuran MII.
Kerjasama Antarabangsa
Kesungguhan MII untuk menyediakan standard
pembelajaran yang terbaik dimanifestasikan
melalui hubungan kerjasama antarabangsa
dengan institut insurans, universiti dan
organisasi terkemuka di dunia. Antara hubungan
kerjasama yang telah terbentuk ialah kerjasama
dengan;

The Chartered Insurance Institute


(CII,UK)

Life Office Management Association


(LOMA, USA)

Australasian Institute of Chartered Loss


Adjusters (AICLA, Australia)

Chartered Institute of Loss Adjusters


(CILA,UK)

The Australian and New Zealand


Institute of Insurance and Finance
(ANZIIF)

University of Indonesia

Oriental
Life
Insurance
Development Centre (Japan)

Cultural

Pusat Peperiksaan
Sebagai sebuah pusat peperiksaan, MII
bertindak sebagai badan pengawal standard
industri memandangkan bilangan calon yang
menduduki peperiksaan tempatan dan luar
negara semakin meningkat saban tahun. MII
juga merupakan pusat peperiksaan serantau
untuk
badan
pemeriksa
antarabangsa.
MII menyediakan kemudahan persediaan
peperiksaan yang ditawarkan oleh badan
peperiksaan antarabangsa seperti The Society
of Actuaries (SOA, USA): The Institute of Risk
Management (IRM, UK); The Chartered Institute
of Loss Adjusters (CILA, UK); and Casualty
Actuarial Society (CAS, UK).
Visi
Untuk menjadi institusi insurans pilihan dalam
pembangunan modal insan dan standard
profesional dalam bidang insurans di Malaysia
dan pasaran baru dunia.
Matlamat

Life Insurance Marketing and Research


Association (LIMRA,USA)
The Institute of Risk Management
(IRM,UK)
The American College (USA)

Memperkukuhkan industri dan menambah nilai


sebagai rakan strategis dikalangan kelompok
insurans melalui usaha:

meningkatkan tahap standard profesional

70

BAB 4 - PASARAN INSURANS


menyediakan program pembangunan


modal insan yang efektif

memperkembangkan ilmu pengetahuan


dan maklumat berkaitan insurans

menyediakan ruang bagi pembentukan


peluang memperluaskan jaringan
hubungan sosial

mendokong cita-cita dan


nasional
melalui
memperkembangkan aktiviti
dan pendidikan insurans.

agenda
usaha
latihan

Nilai Teras

1. Berilmu

Kami menjunjung usaha mencari jalan


penyelesaian dengan meneroka
pelbagai kemungkinan demi mencapai
matlamat.

2. Ketangkasan

Kami berusaha untuk menjadi yang


terpantas dan tepat sepanjang masa

dalam mempertingkatkan penguasaan


ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Anugerah Antarabangsa
MII adalah pemenang anugerah berprestij
antarabangsa di London iaitu anugerah
Professional Service Provider of the Year 2007
dari The Review Worldwide Reinsurance Award.
Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk MII dan
industri insurans, malah ia adalah pencapaian
Malaysia.
Pengiktirafan Antarabangsa
MII telah diberi pengiktirafan oleh Persekutuan
Insurer dan Reinsurer Afro-Asian (FAIR
Federation of Afro-Asian Insurers and
Reinsurers) dengan melantik MII sebagai ahli
Lembaga Pendidikan FAIR. FAIR diwakili oleh
51 ahli dari negara-negara Asia dan Afrika.
Salah satu matlamat penubuhan FAIR ialah
menawarkan program pembelajaran, latihan,
seminar dan e-pembelajaran yang berkualiti
kepada ahli-ahli syarikatnya. MII menawarkan
program-programnya kepada Kumpulan Takaful
Global secara talian laman web.
Sekretariat untuk ASEAN Insurance Training
and Research Institute (AITRI)

3. Pelanggan

Kami membandingkan pencapaian


kami dengan amalan terbaik untuk
memenuhi, malah melebihi kehendak
pelanggan


4. Kejujuran

Kami mempamerkan sikap amanah dan


keyakinan dikalangan pelanggan dan
rakan sekutu dengan menjunjung
amalan baik korporat

5. Pembelajaran

Kami memainkan peranan secara


berkesan
dengan
berusaha
berterusan kearah kecemerlangan

Sebagai pengiktirafan atas sumbangan yang


diberikan kepada industri insurans ASEAN, MII
telah dilantik dan bertindak sebagai Sekretariat
bagi penubuhan dan pengendalian operasi
AITRI
(Untuk maklumat lanjut mengenai AITRI, sila
rujuk seksyen 4.9.2 bab ini)
Keahlian
MII menawarkan hak dan keistimewaan
kepada ahli-ahlinya berdasarkan empat
kategori keahlian : Biasa, Bersekutu, Fellow
dan Institusi. Ahli bersekutu dan fellow adalah
kategori keahlian profesional dimana ahliahlinya masing-masing memiliki gelaran AMII
atau AFII.

71

BAB 4 - PASARAN INSURANS

4.9.2. Institut Penyelidikan Dan Latihan


Insurans Asean (Asean Insurance Training
And Research Institute AITRI)

Institut Penyelidikan dan Latihan Insurans


ASEAN (AITRI) telah ditubuhkan secara
rasminya pada 1 Disember 2004 di Malaysia.
Ia melibatkan 10 negara ASEAN yang menjadi
ahlinya iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia,
Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura,
Thailand dan Vietnam.
Ibu pejabat AITRI terletak di Wisma IBI dan
Malaysian Insurance Institute (MII) telah dilantik
sebagai Sekretariat.
AITRI adalah sebuah organisasi tidak
berorientasikan keuntungan, yang ditubuhkan
khusus untuk memberikan perkhidmatan dalam
melaksanakan program pembangunan sumber
manusia dikalangan negara-negara anggota
ASEAN. AITRI telah memainkan peranan
penting kearah pembangunan pesat sumber
intelektual dalam pasaran insurans dikalangan
negara-negara ASEAN melalui tiga aktiviti
utama:

menyediakan program latihan kepada


penyelia/pengawal insurans,

menyediakan program latihan untuk


industri insurans, dan

menyelia kajian penyelidikan untuk


industri insurans.

perbincangan
negara ahli.

dan

kerjasama

dikalangan

Sebagai sebuah badan penyelidik, AITRI


bertanggungjawab
melaksanakan
projek
penyelidikan serantau mengenai kepentingan
bersama dikalangan negara ahli, dimana
sokongan dan bantuan diberikan kepada
pelajar-pelajar yang menjalankan penyelidikan
dalam bidang insurans. Sehingga kini, kajian
yang telah dijalankan oleh AITRI ialah Analisa
Perbandingan Undang-Undang Insurans Masa
Kini dan Penyeliaannya dikalangan Negara
ASEAN dan Kajian Keperluan Pembangunan
Modal Insan untuk Penyelia Insurans dan
Industri Insurans ASEAN.
AITRI akan terus berusaha membantu negaranegara ASEAN (dengan memberi lebih tumpuan
kepada negara ahli yang kurang membangun)
dalam mempertingkatkan dan mengukuhkan
keupayaan kemahiran teknikal dibidang
insurans dalam usaha membentuk negara
ASEAN dimana industri insurans disetiap
negara dapat bersaing dan saling membantu
antara satu sama lain atas landasan yang
sama tarafnya. Usaha ini dilaksanakan melalui
penglibatan para pakar dan mendapatkan
pembiayaan program latihan dan pendidikan
untuk para penyelia, sektor swasta dan para
penyelidik.

Bagi menjamin pertumbuhan insurans yang


kukuh, telus dan berdaya saing, AITRI telah
menerapkan prinsip-prinsip dasar Persatuan
Penyelia-Penyelia Insurans Antarabangsa
International Association of Insurance
Supervisors (IAIS). Penerapan nilai-nilai
ini dibuat bagi memastikan perlaksanaan
peraturan dan amalan standard dalam industri
insurans dikalangan negara-negara ahli, yang
kemudiannya berjaya menggalakkan program

72

BAB 4 - PASARAN INSURANS


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 4
1.

Yang manakah diantara persatuan berikut TIDAK berkaitan dengan insurans hayat?
a.
b.
c.
d.

2.

Jabatan yang memberi tumpuan tugas mengenalpasti pegawai-pegawai luar dan


merekrut jurujual ialah
a.
b.
c.
d.

3.

broker
reinsurer
ejen insurans hayat
ejen insurans am

Salah satu keburukan disentralisasi ialah


a.
b.
c.
d.

5.

Jabatan Pemprosesan Data Elektronik (EDP).


Jabatan Agensi.
Jabatan Pengunderaitan.
Jabatan Tuntutan .

Diantara berikut, yang manakah BUKAN perantara?


a.
b.
c.
d.

4.

NAMLIFA
LIAM
ASM
PIAM

mempercepatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.


pejabat cawangan diberi kuasa membuat keputusan.
kakitangan lebih memahami dan memenuhi keperluan pelanggan tempatan.
pertindihan tenaga kerja terutamanya apabila setiap cawangan
melaksanakan semua fungsi asas tugas.

Yang manakah diantara fakta berikut TIDAK benar mengenai broker


insurans?
a.
b.
c.
d.

Broker insurans merupakan ahli profesional.


Broker insurans mewakili pencadang.
Broker insurans perlu menjadi ahli MITBA.
Broker insurans hanya boleh mewakili dua syarikat insurans.

73

BAB 4 - PASARAN INSURANS


6.

Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah benar mengenai penaksir


kerugian?
i.
Mereka biasanya dilantik oleh insured untuk membuat penilaian tahap

kerosakan atau penyelesaian kerugian.
ii.
Mereka biasanya membantu insured membuat persediaan dan membuat

rundingan mengenai tuntutan.
iii.
Mereka menjalankan perniagaan menyelaras siasatan mengenai sebab
sebab dan keadaan berlakunya kerugian dan menetapkan kuantum atau

amaun kerugian, samada untuk insurer atau pemilik polisi atau kedua
duanya sekali.
iv.
Mereka merupakan badan bebas yang biasanya dilantik oleh insurer apabila

berlaku kerugian.

a.
i dan ii
b.
ii dan iii
c.
iii dan iv
d.
kesemua di atas

7.

Kawalan dikenakan terhadap insurer disebabkan perkara-perkara berikut ,


KECUALI
a.
b.
c.

d.

8.

untuk memastikan insurer dalam keadaan solven.


untuk memastikan produk insurans ditawarkan dipasaran.
untuk mengatasi masaalah kekurangan ilmu pengetahuan mengenai
insurans.
untuk memastikan insurer mengenakan kadar premium yang berpatutan.

Apakah peranan utama penyelaras kerugian?


a.
b.

c.

d.

menentukan amaun tuntutan yang perlu dibayar.


menjalankan siasatan tentang sebab-sebab dan keadaan kerugian bagi
pihak insurer.
mempengaruhi keputusan insurer mengenai amaun tuntutan yang perlu
dibayar.
mewakili dan memastikan insured memperolehi bayaran tuntutan.

74

BAB 4 - PASARAN INSURANS


9.

Yang manakah diantara keterangan berikut paling sesuai menerangkan tentang


aktuari?
a.

b.
c.

d.

10.

seorang professional yang terlatih dalam bidang pengunderaitan dan


menangani tuntutan.
seorang profesional yang mengawal jabatan akaun.
seorang profesional yang mengamalkan teori kebarangkalian dan lain-lain
teori statistik mengenai insurans.
seorang profesional yang mengurus dana umum dan memprofil risiko.

Apakah tujuan utama penubuhan Perjanjian Antara Syarikat mengenai Perniagaan


Insurans Am (ICAGIB)?
a.

b.

c.

d.

untuk mengatur dan mengawal perlakuan serta aktiviti setiap individu yang
terlibat dalam perniagaan insurans am.
untuk mengatur dan mengawal perlakuan serta aktiviti setiap insurer yang
terlibat dalam perniagaan insurans am.
untuk mengatur dan mengawal perlakuan serta aktiviti setiap insurer yang
terlibat dalam perniagaan insurans hayat.
untuk mengatur dan mengawal perlakuan serta aktiviti semua ahli PIAM.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

75

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

Pandangan Menyeluruh

5.1

Industri Insurans dan Pengguna

PANDANGAN MENYELURUH

5.2

Swa Peraturan

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan


kepada:

5.3

Undang-undang Statut

5.4

Akta Syarikat, 1965

Perlindungan Pengguna; dan


Beberapa Aspek Undang-undang
Statut yang Melindungi Pengguna

5.1 INDUSTRI INSURANS


DAN PENGGUNA

Pada waktu dahulu, industri insurans dapat


mengelak desakan pengguna dengan alasan
insurans adalah produk yang sangat rumit
dan hanya segelintir orang yang dapat
memahaminya. Dan mungkin inilah sebabnya
kenapa kebanyakan pengguna insurans
masih tidak faham tentang insurans. Walau
bagaimanapun, situasi ini telah mula berubah
sejak beberapa tahun kebelakangan ini
dan industri insurans kini menjadi sasaran
desakan pengguna. Perubahan sikap terhadap
industri ini boleh dikaitkan dengan beberapa
perkembangan.
Pertamanya,
pengguna
Malaysia kini sudah lebih berpendidikan dan
berpengetahuan. Tambahan lagi, mereka kini
lebih sedar tentang hak mereka dan tidak raguragu untuk menuntut hak mereka sekiranya
keadaan memerlukan.
Mengikut Pergerakan Pengguna Antarabangsa,
setiap pengguna mempunyai lapan hak asasi
yang meliputi;

hak mendapat kepuasan,

hak mendapat maklumat,

hak membuat pilihan,

76

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

hak mendapat barangan dan


perkhidmatan asas,

hak untuk didengari,

hak menuntut gantirugi,

hak mendapat pendidikan


pengguna, dan
hak mendapat suasana yang
selamat dan bersih.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada


perubahan sikap pengguna adalah berkaitan
dengan masaalah ketidaksolvenan insurer dan
amalan dagangan yang tidak adil. Pada tahun
1987, 9 syarikat insurans didapati tidak mencapai
tahap minimum keperluan kesolvenan. Angka
ini telah dapat dikurangkan kepada satu syarikat
sahaja pada tahun 1988. Syarikat insurans
berkenaan dalam proses menyediakan pelan
cadangan perniagaan kepada BNM untuk
memulihkan margin kesolvenan.
Isu ketidaksolvenan dan masaalah amalan
urusniaga yang tidak adil serta pendendalian
operasi perniagaan yang tidak cekap telah
menyemarakkan publisiti buruk industri dan
seterusnya mencetuskan kritikan serta desakan
pengguna terhadap industri insurans. Industri
insurans dikritik kerana;

melewatkan penyelesaian tuntutan

penyelesaian tuntutan yang tidak adil

kos pemasaran yang tinggi, bersubahat


dalam penetapan harga
kualiti perkhidmatan yang rendah

memberi maklumat palsu dan tidak


lengkap,

mengamalkan

tahap profesionalisma yang rendah.

jualan

paksa;

dan

Jelas terdapat ketidakpuasan hati dikalangan


pengguna terhadap industri insurans tempatan
dimana jumlah aduan yang diterima oleh BNM
terhadap syarikat insurans menyokong keadaan
ini. Dalam tahun 1999, BNM menerima 1,325
aduan bertulis dimana 82.9% adalah berkaitan
perniagaan insurans am dan 17.1% berkaitan
perniagaan insurans hayat. Dalam tahun 1997,
jumlah aduan bertulis adalah sebanyak 1,259
yang merupakan angka terendah diterima oleh
pihak berkuasa sejak BNM mengambilalih
pengawalan industri insurans dalam tahun
1988. Jika dibandingkan perangkaan tahun
1999 dengan 1998, jumlah aduan bertulis yang
diterima telah meningkat sebanyak 6.4% dalam
tahun 1999, dan meneruskan arah aliran yang
meningkat.
Aduan yang dibuat dalam tahun 1999 terhadap
syarikat-syarikat
insurans
am
berkisar
kepada kelewatan menyelesaikan tuntutan,
pertikaian amaun tuntutan yang ditawarkan,
kelewatan
menjawab
surat
pengguna,
menolak liabiliti berdasarkan syarat-syarat
polisi dan hal-hal agensi. Aduan yang dibuat
terhadap syarikat insurans hayat pula berkisar
kepada permasaalahan agensi, kelewatan
menyelesaikan tuntutan, pertikaian amaun
tuntutan yang ditawarkan, kelewatan menjawab
surat pengguna, penolakan liabiliti berdasarkan
syarat-syarat polisi dan isu pembatalan polisi.
Pada 1 Julai 1998, BNM telah menubuhkan
Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP) di Jabatan
Pengawalan Insurans, yang bertindak sebagai
pusat rujukan bagi semua aduan dan pertanyaan
berkaitan hal-hal insurans yang diterima dari
orang awam. Selain dari berurusan dengan
penanggung insurans dan persatuan insurans
bagi menyelesaikan semua aduan, BPP juga
menganalisa arah aliran yang ketara tentang
aduan yang diterima untuk mengenalpasti dan
menangani masaalah yang sering timbul dalam
industri insurans sebagai meningkatkan tahap
perkhidmatan yang diberikan oleh penanggung
insurans. Biro Perkhidmatan Pelanggan
kini dikenali sebagai Jabatan Tingkahlaku
Pengguna dan Pasaran, sebuah jabatan bebas
dan ia tidak lagi diletakkan dibawah Jabatan
Pengawalan Insurans.
77

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

5.2 SWA PERATURAN

Secara umumnya, desakan dan kritikan


pengguna akan mempengaruhi modus
operandi atau cara beroperasi sektor
perniagaan berkaitan. Industri insurans
tidak terkecuali dan terpaksa akur dengan
desakan dan kritikan pengguna dengan
memperkenalkan kaedah kawalselia diri atau
swa peraturan.
Swa peraturan telah diperkenalkan oleh industri
insurans dengan objektif:

menyemai sikap berdisiplin dan


menggalakkan persaingan yang sihat
dalam industri; dan
menyediakan
perlindungan
insurans.

bentuk atau elemen


kepada
pengguna

Swa peraturan dalam urusniaga insurans


secara keseluruhannya dapat dicapai melalui
kerjasama persatuan-persatuan insurans.
Untuk perniagaan insurans am, antara
persatuan yang berkaitan dengannya ialah;

Persatuan
(PIAM)

Insurans

Persatuan
Penyelaras
Malaysia (AMLA).

PIAM dan LIAM telah secara aktif melibatkan diri


dalam swa peraturan perniagaan insurans am
dan insurans hayat. Selain dari peraturan dan
undang-undang yang mengawal perlakuan ahli,
persatuan telah mengambil inisiatif kawalselia
diri ini dengan mewujudkan perjanjian antara
syarikat dan memperkenalkan garis panduan
baru.
Objektif utama perjanjian dan garis panduan
ini ialah agar operasi kendalian perniagaan
diamalkan secara jujur dan betul. Persatuan
juga memastikan perlakuan yang beretika
dan profesional dikalangan ejen dan insurer.
Keterangan lanjut mengenai Perjanjian Antara
Syarikat serta Garis Panduan dinyatakan dalam
Bab 15 dan Bab 25 buku ini.

5.2.1 Kod Etika

Malaysia

Persatuan Broker Insurans dan Takaful


Malaysia (MITBA). Dahulunya ia dikenali
sebagai Persatuan Broker Insurans
Malaysia (IBAM), dan

Untuk perniagaan insurans


persatuan utamanya ialah;

Am

Untuk menyelaras aktiviti kawalselia diri


yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan
insurans ini, Ketua Pengarah Insurans telah
menetapkan bahawa keahlian dalam persatuanpersatuan yang berkaitan adalah mandatori.
Sebagai tambahan, persatuan-persatuan ini
diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan
dan undang-undang yang telah ditetapkan demi
memelihara tingkahlaku profesional dalam
urusniaga masing-masing.

Kerugian

hayat

pula,

Persatuan Insurans Hayat Malaysia


(LIAM)

Untuk menerapkan tahap disiplin dan


profesionalisma yang tinggi dikalangan
pekerja industri insurans am, PIAM telah
memperkenalkan Kod Etika dan Perlakuan
dalam tahun 1991.
LIAM pula telah memperkenalkan Kod Etika
dan Perlakuan untuk ahli-ahlinya Kod tersebut
menyentuh beberapa aspek perniagaan
insurans hayat seperti;

penjualan insurans hayat; dan

amalan insurans hayat

78

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


Keterangan lanjut mengenai Kod Etika dan
Perlakuan disediakan dalam Bab 20 (untuk
insurans am) dan Bab 30 (untuk insurans hayat)
buku ini.

5.2.2 Kebaikan Swa Peraturan

membantu
menerapkan
sikap
berdisiplin dikalangan syarikat-syarikat
insurans
mengelakkan keperluan mewujudkan
undang-undang
untuk
mengawal
industri;
apabila undang-undang diluluskan,
sokongan birokrasi diperlukan untuk
menguatkuasakan
undang-undang
tersebut; dan
tindakan dapat dilakukan dengan lebih
berkesan berbanding dengan undangundang.

5.2.3 Keburukan Swa Peraturan

Kod etika yang diperkenalkan secara


sukarela tidak mempunyai kuasa
undang-undang.
Sekirannya
keengkaran dilakukan oleh ahli
persatuan, pengguna tidak dapat
mengambil tindakan terhadap syarikat
tersebut.;
Kenyataan amalan dan perjanjian
antara syarikat yang dirangka oleh
syarikat-syarikat
insurans
melihat
keperluan pengguna dari kacamata
mereka sendiri; dan
Undang-undang
dikuatkuasakan
oleh mahkamah, tetapi kenyataan
amalan
dikuatkuasakan
oleh
penggubalnya iaitu syarikat insurans.

5.2.4 Biro Perantaraan Insurans Dan


Takaful

Penubuhan biro ini memperlihatkan bahawa


tindakan swa peraturan yang diambil adalah
sebagai tindakan susulan kepada pertambahan
jumlah pertikaian insurans dan aduan terhadap
syarikat insurans dan takaful, termasuk sectorsektor lain yang berkaitan dengan penyedia
perkhidmatan kewangan.
Di Malaysia, terdapat dua biro perantaraan
untuk syarikat insurans dan takaful dimana
tujuan dan manfaat yang dirangka adalah
berbeza antara satu sama lain. Biro yang
dimaksudkan ialah;

Biro Insurer Motor (MIB)

Biro Perantaraan Kewangan (FMB)

Tujuan penubuhan MIB ialah untuk memberi


pampasan kepada mangsa kemalangan
jalanraya kerana gantirugi berkenaan tidak
mungkin diperolehi dari pemandu-pemandu
yang cuai. Sementara tujuan penubuhan
FMB pula ialah untuk menyediakan prosedur
menyelesaikan pertikaian kepada pengguna,
pemegang
polisi
dan
insurer.
Walau
bagaimanapun, biro ini tidak menghalang
tindakan pengadu untuk merujuk kes mereka
ke mahkamah.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Bab 4
seksyen 4.6.1 dan 4.6.2.

5.3 UNDANG-UNDANG STATUT

5.3.1 Keperluan Undang-Undang

Semua bidang perniagaan adalah tertakluk


suatu bentuk kawalselia samada oleh
pengguna, swa peraturan atau undangundang kerajaan. Walau bagaimanapun,
79

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


terdapat beberapa bidang perniagaan yang
tertakluk kepada ketiga-tiga bentuk kawalselia
di atas, dengan tahap kawalan yang berbeza
dari setiap kawalselia dan jenis perniagaan.
Perniagaan insurans secara keseluruhannya
dikawal oleh undang-undang kerajaan, dengan
tahap kawalan yang lebih rendah dari pihak
pengguna dan swa peraturan. Perniagaan
insurans hampir keseluruhannya dikawal oleh
pihak kerajaan kerana ciri-ciri tertentu yang
terdapat dalam industri ini.
Pertamanya, apabila seseorang itu membeli
perlindungan insurans, ia membeli produk
tidak nyata iaitu janji yang dibuat oleh insurer
untuk
membayar
pampasan
sekiranya
berlaku kemalangan. Nilai janji bergantung
kepada
kemampuan
insurer
memikul
tanggungjawabnya. Kemampuan memenuhi
tanggungjawab pula bergantung kepada
kejujuran dan kestabilan kewangan insurer.
Atas sebab inilah insurans ditempatkan dibawah
kawalan rapi kerajaan.
Insurans adalah produk yang kompleks
dan hanya segelintir orang yang mampu
memahaminya. Ini adalah kerana polisi insurans
iaitu bukti kontrak biasanya ditulis mengikut
terma dan frasa undang-undang dan oleh itu
sukar difahami. Ketidak-mampuan pemegang
polisi untuk mentafsir dan memahami polisi
telah membuka peluang berlakunya amalan
urusniaga yang tidak adil. Amalan seperti
ini menjadikan insurans terpaksa diletakkan
dibawah kawalan kerajaan.
Perniagaan
insurans
dikatakan
telah
dikuatkuasakan dengan kepentingan awam
kerana ia memainkan peranan yang penting
dalam masyarakat. Insurans menyediakan
perlindungan kewangan kepada individu,
keluarga dan entity perniagaan. Jika insurer
gagal memenuhi janji-janji mereka, kedudukan
ekonomi dan kebajikan masyarakat awam akan
tergugat. Ciri-ciri insurans yang sedemikian
rupa telah mewajarkan kawalan ketat kerajaan
terhadap perniagaan insurans.

5.3.2. Tujuan Mewujudkan Peraturan

Di Malaysia, peraturan perniagaan insurans


dilaksanakan
melalui
pentadbiran
dan
penguatkuasaan
Akta
Insurans
1996
(menggantikan Akta Insurans 1963 mulai 1
Januari 1997). Akta 1996 ini hanya menetapkan
standard polisi asas, dengan syarat terperinci
dibuat melalui undang-indang (seperti undangundang insurans 1996 yang mula berkuatkuasa
pada 1 Januari 1997) atau ditetapkan melalui
penguatkuasaan garis panduan, pekeliling dan
kod amalan perniagaan terbaik.
Tujuan utama diperkenalkan
peraturan ini ialah:

peraturan-

Melindungi kepentingan awam

Iaitu dengan memastikan kedudukan kewangan


insurer adalah solven dan mampu memenuhi
semua tanggungjawabnya kepada pemegang
polisi dan pihak yang membuat tuntutan.

Menegakkan keadilan dan


kesaksamaan

Iaitu dengan memastikan semua insurer,


penyelaras kerugian dan broker (kesemuanya
dikenali sebagai penerima lesen dibawah Akta)
berlaku adil dan saksama dalam semua urusan
mereka dengan pelanggan dan pihak yang
menuntut.

Mempamerkan keupayaan

Iaitu dengan menitikberatkan keupayaan


mencapai tahap profesionalisma dan kejujuran
yang tinggi dikalangan insurer, broker dan
penyelaras.

Memainkan peranan ke arah


pembangunan

Iaitu dengan menggalakkan industri insurans


mengambil peranan aktif dalam usaha
membangunkan ekonomi negara.
80

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

5.3.3 Skop Undang-Undang

5.3.3.1 Akta Insurans 1967

Bahagian I : Pengenalan

Bahagian I menetapkan hal-hal seperti definisi


istilah yang digunakan dalam Akta 1996 dan
memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia
(BNM) ke atas semua fungsi yang terkandung
dalam Akta 1996 ini. Sebagai tambahan,
Gabenor BNM akan melaksanakan fungsi BNM
bagi pihaknya dan BNM boleh memberi kuasa
kepada pegawai-pegawai BNM atau melantik
orang lain untuk menjalankan fungsinya.

Bahagian II : Perlesenan Insurer,


Broker dan Penyelaras

Bahagian II memperuntukkan hal perlesenan


dan pembatalan lesen seseorang yang
menjalankan perniagaan insurans, broker
insurans atau penyelarasan kerugian. Diantara
syarat-syarat yang dinyatakan ialah peruntukan
untuk mengawal modal berbayar pemegang
lesen, pemegang lesen hendaklah syarikat
awam dan perniagaan broker serta penyelaras
kerugian hendaklah dijalankan oleh syarikat.
Bahagian ini juga menerangkan tanggungjawab
pemegang lesen untuk melindungi kepentingan
pemegang polisi semasa tempoh penutupan
perniagaan.

Bahagian III : Pejabat dan Pejabat


Cawangan Pemegang Lesen

Bahagian III adalah berkenaan dengan pejabat


cawangan dan pejabat syarikat insurans,
broker insurans dan penyelaras kerugian.
Ia menghendaki pihak-pihak tersebut yang
diperbadankan di Malaysia untuk mendapat
kebenaran bertulis dari BNM sebelum sesuatu
pejabat ditubuhkan di Malaysia atau di luar
negara.

Bahagian IV : Dana Insurans dan


Dana Pemegang Saham

Bahagian IV menghendaki insurer menubuhkan


dana insurans berasingan bagi polisi insurans
yang dikeluarkan di Malaysia dan diluar negara
serta perniagaan insurans hayat dan am.
Mereka juga dikehendaki menyediakan aset
yang secukupnya dalam dana insurans ini bagi
memenuhi liabailiti dana insurans. Bahagian ini
juga mengawal kaedah pengeluaran dari dana
insurans, penilaian aset dan penentuan liabiliti,
menjaga margin kesolvenan serta pendaftaran
polisi dan tuntutan.

Bahagian V : Arahan dan


Pengawalan Insurer yang Gagal

Bahagian V memperuntukkan pembentukan


sistem amaran awal. Insurer yang mencapai
tahap margin kesolvenan minimum tetapi
mengalami perniagaan yang merosot atau
gagal mencapai margin kesolvenan adalah
dikehendaki melapor dan menyerahkan
pelan atau program memperbaiki kedudukan
kewangannya kepada BNM.

Bahagian VI : Mengurus Pemegang


Lesen

Bahagian VI menyatakan adalah perlu untuk


mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan
(untuk insurer) dan BNM (untuk broker dan
penyelaras kerugian) sebelum ia boleh
memasuki perjanjian atau urusan untuk
mendapatkan atau melepaskan sebarang
kepentingan yang melebihi 5% dalam
sesebuah syarikat insurans, firma broker atau
penyelaras yang diperbadankan di Malaysia.
Bahagian ini juga menghendaki insurer, broker
atau penyelaras memohon dan mendapatkan
kelulusan BNM sebelum melantik pengarah
atau ketua pegawai eksekutif. Pengarah, ketua
pegawai eksekutif atau pengurus yang hendak
dilantik mestilah seseorang yang layak dan
sesuai dan juga bermastautin di Malaysia
semasa tempoh perlantikannya.

81

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


Kriteria seseorang yang layak dan sesuai
dijelaskan melalui peraturan yang telah
ditetapkan.

Bahagian VII : Juru Audit, Aktuari


dan Akauntan

lain liabiliti yang tidak bercagar selain daripada


hutang diutamakan dibawah Akta Syarikat 1965,
sehingga ketahap ianya diagihkan mengikut
peratusannya daripada dana insurans.

Bahagian XI : Pemindahan
Perniagaan

Bahagian VII menangani hal berkaitan dengan


juru audit, aktuari dan akaun pemegang lesen.
Akta 1996 meletakkan tanggungjawab keatas
pemegang lesen, pengarah-pengarahnya,
pengawal atau pekerja untuk bekerjasama
dengan juru audit dan aktuari dilantik, dengan
menyediakan maklumat yang diminta dan
memastikan maklumat yang disediakan adalah
lengkap dan bukan palsu atau menyeleweng.

Bahagian XI menyatakan secara jelas mengenai


keperluan mendapat kelulusan BNM untuk
sebarang skim pemindahan perniagaan insurer
sebelum penyerahan kepada Mahkamah Tinggi.
Broker insurans atau penyelaras kerugian juga
dilarang dari memindahkan perniagaan mereka
samada seluruh atau sebahagian tanpa
kelulusan BNM terlebih dahulu.

Bahagian VIII : Pemeriksaan


Bahagian VIII menyediakan peruntukan
berkaitan dengan pemeriksaan insurer, broker
insurans atau penyelaras kerugian. BNM diberi
kuasa untuk memeriksa dokumen syarikatsyarikat tersebut atau ejen mereka samada
didalam atau di luar Malaysia, dari masa
kesemasa tanpa perlu memberi notis terlebih
dahulu. Bahagian ini juga memberi BNM kuasa
untuk memeriksa pengarah-pengarah syarikat
atau ejen-ejen mereka, pemegang polisi atau
mereka yang dipercayai mempunyai maklumat
tentang kes yang sedang disiasat.

Bahagian IX : Menyiasat,
Mengeledah dan Merampas

Bahagian IX membolehkan kakitangan BNM


atau individu tertentu dilantik sebagai pegawai
penyiasat. Kuasa yang diberi kepada pegawai
tersebut termasuk memasuki, mengeledah,
merampas, menahan dan memeriksa orang
disyaki dan rakan perniagaan mereka.

Bahagian X : Penutupan Insurer

Bahagian X menangani hal yang berkaitan


dengan penutupan insurer termasuk peruntukan
bagi liabiliti pemegang polisi dan pihak yang
menuntut mendapat keutamaan di atas lain-

Bahagian XII : Peruntukan


Berkaitan Polisi

Bahagian XII menyatakan peruntukan berkaitan


polisi-polisi insurans yang dikeluarkan oleh
insurer. Bahagian ini mengekalkan kebanyakan
peruntukan Akta 1963, dengan penambahan
beberapa peruntukan baru. Antara peruntukan
baru itu ialah:
a.


Keperluan
untuk
membeli
polisi
insurans liabiliti di Malaysia sahaja,
kecuali
sebaliknya
dengan
kelulusan BNM.

b.




Kawalan ke atas jualan produk baru


insurans hayat telah diperketatkan
dengan insurer hayat dikehendaki
menyerahkan butiran polisi insurans
hayat baru kepada BNM sebelum
dijual kepada orang ramai.

c.






Insurer atau persatuan insurans am


berlesen ditegah dari mengguna
pakai
kadar
premium
bertarif,
syarat dan terma polisi untuk
penerangan polisi yang dikenakan
secara obligatori kepada semua
insurer
am,
kecuali
dengan
kelulusan dari BNM.

82

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


d.

Pemilik polisi dibenarkan memulangkan


dokumen polisi insurans hayat dalam
tempoh 15 hari selepas ianya
diserahkan, tanpa perlu memberi
sebarang
alasan.
Insurer
pula
hendaklah memulangkan premium
dengan hanya menolak perbelanjaan
pemeriksaan kesihatan.

e.

Syarat yang menyatakan bahawa


pemilik polisi perlu mengemukakan
bantahan
terhadap
syarat
dan
terma tertentu dalam polisi bagi
melayakkannya mendapat pemulangan
premium seperti yang tercatat dalam
Akta 1963, yang mana peruntukan ini
telah dibatalkan bagi memudahkan
pemilik polisi mendapatkan bayaran
pemulangan premium.

f.

Tanggungjawab
pencadang
untuk
mengemukakan
maklumat
matan
yang dijangka akan mempengaruhi
keputusan insurer dalam pertimbangan
pengunderaitannya.

g.

Hak pemilik polisi yang menyerahkan


polisinya dijelaskan dengan terperinci
dibawah peraturan baru ini.

h.

Peruntukan bagi bayaran kadar faedah


minimum 4% setahun atau lainlain kadar yang ditetapkan di atas
amaun Perlindungan insurans hayat
atau faedah kematian bagi polisi
kemalangan diri yang dikenakan
selepas tamat tempoh 60 hari dari
tarikh penerimaan dokumen tuntutan
oleh
insurer
sehingga
ketarikh
pembayaran.
Bahagian XIII : Bayaran Wang Polisi
dibawah Polisi Insurans Hayat atau
Polisi Kemalangan Diri

Bahagian XIII menyatakan memperuntukkan


pembayaran wang polisi dengan segera atas
polisi insurans hayat atau polisi kemalangan

diri. Ia juga memperuntukkan pembentukan


satu dana amanah bagi penama yang
merupakan pasangan hidup, anak atau ibubapa
kepada pemilik polisi (sekiranya pemilik polisi
belum berkahwin); untuk penama yang bukan
pasangan hidup, anak atau ibubapa pemegang
polisi, ia akan menerima wang polisi sebagai
wasi dan bukan sebagai pewaris tunggal; bagi
tuntutan seorang pemegang hak dan perjanjian
yang diberi keutamaan atas tuntutan penama
dan bagi bayaran wang polisi yang tiada
penama.

Bahagian XIV : Dana Skim Insurans


Terjamin

Bahagian XIV memperuntukkan penubuhan


dan penggunaan skim insurans terjamin
(IGSF Insurance Guarantee Scheme
Fund). Ia memberi kuasa kepada BNM untuk
menubuhkan IGSF secara berasingan untuk
polisi insurans hayat Malaysia dan polisi
insurans am Malaysia serta menetapkan
amaun boleh dibayar kepada dana-dana
tersebut.

Bahagian XV : Pelbagai

Bahagian XV menetapkan beberapa peraturan


untuk mengawal perjalanan perniagaan oleh
seseorang ejen, broker insurans dan lain-lain
pengantara yang terlibat dalam urusniaga
insurans serta tanggungjawab insurer hayat
dibawah polisi kumpulan yang pemegang polisi
tidak mempunyai kepentingan boleh insurans
keatas hayat orang yang diinsuranskan.

Bahagian XVI : Peruntukan Am

Bahagian ini mengandungi peruntukan am yang


kebanyakannya berkaitan dengan kuasa yang
diberi kepada BNM untuk memudahkannya
mentadbir Akta 1996.

Bahagian XVII : Pengengkaran

Peruntukan
berkaitan
pengengkaran
terkandung dalam Bahagian XVII, Akta 1996.
Ia memperuntukkan hukuman am sebanyak
83

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


RM500,000 dan/atau penjara untuk tempoh
6 bulan bagi sebarang pengengkaran yang
dendanya tidak dinyatakan dengan jelas.
Terdapat juga peruntukan berkaitan dengan
pemalsuan catatan dalam daftar, dokumen
dan polisi. Pengarah, penguasa, pegawai dan
rakan kongsi atau orang berkenaan dalam
pengurusan sesebuah badan korporat akan
dipertanggungjawabkan diatas pengengkaran
badan korporat tersebut. Badan korporat juga
bertanggungjawab atas tindakan pengarah,
penguasa, pekerja atau ejennya. Semua
pengengkaran dibawah Akta 1996 adalah
dianggap pengengkaran boleh rampas

5.3.3.2 Peraturan Insurans 1996

Bahagian I : Pengenalan

Bahagian ini menyatakan nama peraturan


insurans dan tarikh mula berkuatkuasa.

Bahagian II : Kelayakan Insurans

Seksyen 11(2)(a)Akta 1996 menyatakan bahawa


seseorang itu boleh menggunakan perkataan
insurans, asurans atau pengunderait atau
sebarang perkataan yang berpunca darinya
dengan cara menambah kepada namanya
oleh badan yang ditetapkan, dengan kelayakan
tersebut diikuti oleh kependekan nama badan
tersebut. Bahagian II Peraturan Insurans
1996 menyatakan nama-nama badan yang
dimaksudkan termasuk Institute of Actuaries,
The Malaysian Insurance Institute (MII dan
kelayakan dari institusi tertentu yang telah
dikenalpasti dan dipersetujui oleh MII)

Bahagian III : Modal Saham


Berbayar Minimum atau Lebihan
Aset Berbanding Liabiliti

oleh syarikat insurans, broker insurans dan


penyelaras kerugian.
Syarikat insurans tempatan dikehendaki
mempunyai modal berbayar minimum sebanyak
RM100 juta berkuatkuasa mulai Jun 2001.
Syarikat insurans asing dikehendaki memiliki
amaun yang serupa dalam bentuk dana
pusingan bersih yang disimpan di Malaysia.
Reinsurer
professional
tempatan
yang
menjalankan perniagaan insurans semula
insurans hayat dan insurans semula insurans
am dikehendaki mempunyai modal berbayar
minimum masing-masing sebanyak RM50
juta dan RM100 juta pada atau sebelum 31
Disember 1997. Bagi reinsurer profesional
asing pula, dana pusingan bersih minimum
yang diperlukan ialah RM10 juta menjelang
31 Disember 1997 dan RM20 juta pada atau
sebelum 31 Disember 1998.
Broker insurans dikehendaki menyediakan
modal berbayar minimum tidak terjejas
oleh kerugian sebanyak RM300,000 pada
penghujung tahun 1997 dan RM500,000 pada
penghujung 1998. Broker takaful dikehendaki
mempunyai
modal
berbayar
minimum
sebanyak RM600,000.
Penyelaras kerugian dikehendaki menyediakan
modal berbayar minimum tidak terjejas
oleh kerugian sebanyak RM100,000 pada
penghujung tahun 1997 dan RM150,000 pada
penghujung 1998.

Bahagian IV : Yuran Lesen

Bahagian IV menyatakan amaun yuran yang


perlu dibayar oleh syarikat insurans, broker
insurans dan penyelaras kerugian untuk lesen
serta yuran tahunan.

Bahagian III menetapkan amaun minimum


modal saham berbayar, lebihan aset berbanding
liabiliti, atau modal saham berbayar yang tidak
terjejas oleh kerugian yang perlu dikawal
84

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

Bahagian V : Pengeluaran dari


Dana Insurans Hayat

Mengikut Seksyen 43(2) Akta 1996, syarikat


insuran hayat boleh mengagihkan sebahagian
daripada lebihan aset
berbanding liabiliti
dalam dana insurans hayatnya, dalam bentuk
bonus kepada polisi berserta keuntungan dan
untuk dipindahkan keluar dari dana insurans
hayat kepada dana pemegang saham.
Antara lain, bahagian V, peraturan insurans
1996 menyatakan bahagian maksimum
daripada jumlah lebihan tersebut yang boleh
diperuntukkan untuk dipindahkan kepada dana
pemegang saham.

Bahagian VI : Penilaian Aset

Bahagian VI ditetapkan Mengikut Seksyen 44(a)


Akta 1996 dan menerangkan asas penilaian
untuk pelbagai kategori aset seperti harta tidak
boleh ubah, sekuriti korporat, pinjaman, sekuriti
Kerajaan Malaysia dan lain-lain bon, deposit
dan instrumen deposit boleh runding, premium
tertunggak, pendapatan pelaburan, perabot
dan peralatan.

Bahagian VII : Peruntukan untuk


Tuntutan Insurans Am

Bahagian IX ditetapkan lanjutan dari


Subseksyen 46(1) Akta 1996 dan menggariskan
margin kesolvenan yang diperlukan serta
kaedah margin tersebut diperolehi oleh syarikat
insurans bagi perniagaan insurans hayat dan
am. Margin kesolvenan, iaitu lebihan aset
berbanding liabiliti, adalah untuk mengurangkan
kesan turun naik luar jangka bagi kerugian
tuntutan, pengunderaitan dan pelaburan, dan
terkurang peruntukan rezab untuk tuntutan ke
atas insurer. Margin kesolvenan minimum yang
ditetapkan telah dinaikkan dari RM5 juta dalam
Akta 1963 kepada RM50 juta untuk setiap kelas
perniagaan, sejajar dengan kenaikan keperluan
modal.

Bahagian VIII : Rezab untuk Risiko


Belum Tamat Tempoh (Perniagaan
Insurans Am)

Bahagian VIII menggariskan dasar untuk


penyediaan rezab bagi risiko belum tamat
tempoh polisi Insurans Am.

Bahagian X : Daftar Polisi dan


Daftar Tuntutan

Bahagian X menghendaki insurer menyediakan


dan mengemaskini satu buku daftar untuk
polisi dan satu buku daftar untuk tuntutan serta
menetapkan maklumat minimum yang perlu
dimasukkan ke dalam kedua-dua buku daftar
berkenaan.

Bahagian VII ditetapkan lanjutan dari


Subseksyen
44(b)
Akta
1996
dan
menggariskan dasar bagi kaedah tuntutan
insurans yang lebih setara, tersusun dan
terperinci untuk digunakan oleh syarikat
insurans am. Ia memberi kuasa kepada BNM
untuk menyemak semula peruntukan tuntutan
Yang Berlaku Tetapi Tidak Dilaporkan (IBNR)
yang dibuat oleh insurer.

Bahagian IX : Margin kesolvenan

Bahagian XI : Jaminan dan


Sandaran Kemudahan Kredit

Seksyen 50 Akta 1996 memperuntukkan


bahawa tiada insurer atau broker insurans,
kecuali dalam keadaan khusus dan dengan
amaun tertentu yang diluluskan oleh BNM,
dibenarkan memberi kemudahan kredit kepada
sesiapa, kecuali kemudahan kredit tersebut
dijamin sepenuhnya atau dijamin dengan
sandaran harta yang dinilainya tidak kurang
dari peratusan kemudahan kredit seperti yang
ditetapkan oleh BNM. Peraturan dibawah
Bahagian XI bertujuan untuk memastikan
supaya sekiranya peminjam gagal membuat
bayaran, insurer atau broker insurans masih
boleh mendapat kembali amaun tertunggak
dari sandaran atau jaminan.

85

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

Bahagian XII : Kriteria Minimum


untuk Orang Yang Sesuai dan
Layak

Bahagian XII diwujudkan lanjutan dari Seksyen


70 Akta 1996 dan menggariskan kriteria yang
perlu dipenuhi oleh seseorang untuk dilantik
kejawatan pengarah atau ketua pegawai
eksekutif syarikat insurans atau broker insurans
atau penyelaras kerugian. Penetapan kriteria
tersebut termasuklah kelayakan pendidikan
dan pengalaman berkaitan, keupayaan untuk
menyumbang kepada syarikat dan kesesuaian
kelakuan seperti tiada rekod pengengkaran
undang-undang atau terlibat dalam amalan
perniagaan yang meragukan.

Bahagian XIII : Penilaian Liabiliti


Perniagaan Insurans Hayat.

Seksyen 85 Akta 1996 menghendaki syarikat


insurans hayat menilai perniagaan insurans
hayatnya setiap tahun kewangan, mengikut
dasar-dasar yang ditetapkan oleh BNM.
Bahagian XIII menggariskan dasar penilaian
yang perlu digunakan.

Bahagian XIV : Yuran Pemeriksaan

Bahagian XIV menetapkan yuran yang perlu


dibayar bagi pemeriksaan dan membuat salinan
dokumen yang diserahkan oleh insurer kepada
BNM dibawah Subseksyen 85(4) dan 87(1)
Akta 1996.

Bahagian XV : Penanggungan
Risiko

Lanjutan dari Seksyen 141 Akta 1996, syarikat


insurans am tidak dibenarkan menanggung
sebarang risiko mengikut diskripsi polisi
insurans am yang dinyatakan, kecuali premium
yang perlu dibayar telah diterima oleh syarikat
berkenaan.
Bahagian XV Peraturan Insurans 1996
menggariskan kaedah dan tempoh bagi
pembayaran premium untuk polisi insurans
motor iaitu bersamaan dengan Peraturan

Insurans 1980 (Penanggungan Risiko dan


Pengutipan Premium) yang telah dimansuhkan.
(Lihat Bab 15, Seksyen D 15.2 Tunai Sebelum
Lindung).

Bahagian XVI : Serahan Polisi


Insurans Hayat

Bahagian XVI menyediakan kaedah baru bagi


pengiraan nilai serahan untuk sesuatu polisi
mengikut perubahan dalam dasar penyediaan
rezab liabiliti insurans hayat.

Bahagian XVII : Pilihan untuk


Polisi Jelas Dibayar

Bahagian XVII menyediakan kaedah bagi


penentuan amaun insurans untuk polisi hayat
jelas dibayar.

Bahagian XVIII : Polisi Hayat


Perkhidmatan Rumah-ke-Rumah

Bahagian ini menggariskan cara bagaimana


insurer hayat harus menjalankan perniagaan
insurans hayat perkhidmatan rumah-kerumah. Antaranya, ia memerlukan maklumat
tambahan untuk dimasukkan kedalam buku
resit premium bagi menarik perhatian pemilik
polisi tentang tempoh tenggang bayaran
premium, akibat kegagalan membayar premium
dalam tempoh tenggang dan prosedur untuk
menguatkuasakan kembali polisi hayat
khidmat rumah-ke-rumah. Keperluan ini
bertujuan mendidik pemilik polisi tentang
pentingnya bayaran premium dibuat pada
masa yang ditetapkan untuk mengurangkan
kadar lupus yang tinggi dalam perniagaan
polisi insurans hayat khidmat rumah-kerumah.

Bahagian XIX : Pelbagai

Peraturan ini menyatakan bahawa undangundang sampingan yang telah dimansuhkan.

86

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT

Akta Insurans 1996 adalah undang-undang


utama yang perlu dipatuhi oleh setiap syarikat
insurans.

Perlu dimaklumkan bahawa keperluan kepada


Akta Syarikat adalah sebagai tambahan kepada
Akta Insurans 1996 dan peraturan-peraturan
lain yang diperkenalkan selepasnya. Keperluan
Akta Syarikat yang berkaitan dengan syarikat
insurans boleh diringkaskan seperti berikut:

Disamping itu, satu lagi undang-undang


kawalan yang perlu mereka patuhi ialah Akta
Syarikat 1965.

5.4 AKTA SYARIKAT 1965

Penyediaan dan penyerahan akaun


tahunan dan kenyataan yang
berkaitan dengannya

Cara menilai aset dan peruntukan


susut nilai; dan

Cara menilai liabiliti.

87

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 5
1.

Yang dimanakah diantara kenyataan berikut BUKAN peruntukan dalam Akta


Insurans?
a.
b.

c.
d.

2.

Keperluan utama Akta Syarikat yang melibatkan syarikat insurans adalah seperti
berikut, kecuali
a.
b.
c.
d.

3.

menyediakan dan menghantar laporan perakaunan tahunan.


membataskan instrumen pelaburan.
kaedah menilai liabiliti.
kaedah menilai aset.

BNM tidak mengeluarkan lesen kepada


a.
b.
c.
d.

4.

Semua insurer perlu berdaftar.


Semua program latihan yang dikendalikan oleh insurer hendaklah mendapat
kelulusan dari Gabenor BNM.
Setiap insurer perlu mematuhi margin kesolvenan tertentu pada setiap masa.
Hanya individu yang sesuai dan berkelayakan sahaja yang boleh dilantik
sebagai pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif atau pegawai utama di
sesebuah syarikat insurans.

ejen
broker.
penyelaras kerugian.
syarikat insurans.

Sekiranya BNM berpuashati yang insurer menjalankan perniagaan dengan tidak


mematuhi peruntukan Akta Insurans, BNM boleh
a.
b.
c.

d.

mengeluarkan arahan berkaitan dengan pengendalian perniagaan insurer.


melaksanakan kawalan ke atas harta, perniagaan dan hal ehwal insurer.
memohon perintah mahkamah untuk melantik penerima atau pengurus bagi
mengendalikan hak ehwal dan harta milik insurer.
kesemua di atas.

88

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


5.

Objektif memperkenalkan swa peraturan termasuklah


a.
b.

c.

d.

6.

7.

Kebaikan swa peraturan, antara lain termasuk


i.
ii.

iii.

iv.

ia membantu menyemai sikap disiplin diri dikalangan syarikat insurans.


mengelakkan keperluan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal
industri.
apabila undang-undang diluluskan, khidmat birokrasi diperlukan untuk
menguatkuasakan undang-undang tersebut.
swa peraturan mampu bertindak balas terhadap perubahan keperluan
dengan lebih cepat berbanding dengan undang-undang.

a.
b.
c.
d.

i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
kesemua di atas

Berikut adalah tujuan utama peraturan dan undang-undang, KECUALI


a.
b.
c.
d.

8.

untuk memperkenalkan peraturan statutori untuk mendisiplinkan industri.


memperkenalkan suatu mekanisma yang tidak memberi tindak balas
segera terhadap keperluan melakukan perubahan.
Untuk melaksanakan kod perlakuan yang diiringi dengan kuasa undangundang.
Untuk menyemai sikap berdisiplin dan menggalakkan persaingan yang
sihat dalam industri insurans.

untuk melindungi kepentingan awam.


untuk melindungi kepentingan insurer
untuk memupuk kemahiran
untuk menggalakkan keadilan dan kesaksamaan.

Margin kesolvenan secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai


a.
b.
c.
d.

tuntutan melebihi rezab.


aset surplus melebihi liabiliti.
liabiliti melebihi aset.
premium kasar melebihi premium bersih.

89

BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT


9.

Syarikat insurans am tempatan di Malaysia dikehendaki mempunyai modal


berbayar minimum sebanyak
a.
b.
c.
d.

10.

RM 50 juta.
RM 150 juta.
RM 100 juta.
RM 200 juta.

Peraturan waranti 60 hari adalah untuk kelas perniagaan berikut, KECUALI


a.
b.
c.
d.

insurans motor.
Insurans marin.
Insurans kemalangan diri.
Insurans kemalangan pelbagai.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

90

BAB 6 - KONTRAK INSURANS

Pandangan Menyeluruh

6.1

Undang-Undang Kontrak

PANDANGAN MENYELURUH

Dalam bab ini, pelbagai aspek perundangan


yang berkaitan dengan kontrak insurans akan
dibincangkan.

6.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

Suatu kontrak itu dikatakan telah termeterai


setiap kali polisi insurans dijual. Oleh itu, usaha
untuk mempelajari undang-undang insurans
adalah penting untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai transaksi insurans.
Semua kontrak adalah tertakluk dibawah
prinsip am undang-undang kontrak, seperti
yang dinyatakan dalam Akta Kontrak 1950.

6.1.1 Apa Itu Kontrak?

Kontrak boleh ditakrifkan sebagai perjanjian


yang sah di sisi undang-undang yang dibuat
oleh dua pihak atau lebih, iaitu, perjanjian yang
akan dikuatkuasakan oleh undang-undang
serta diiktiraf olehnya. Dengan itu, perjanjian
yang tidak sah di sisi undang-undang bukanlah
kontrak.

6.1.2 Perkara Asas Kontrak Insurans

Kontrak insurans ialah perjanjian yang sah di


sisi undang-undang antara insured dengan
insurer. Kontrak insurans seperti lain-lain
kontrak perdagangan adalah tertakluk kepada
prinsip am undang-undang kontrak. Seperti
dalam lain-lain perjanjian perdagangan, perkara
asas tertentu perlu ditepati sebelum perjanjian
insurans boleh dianggap sah di sisi undangundang.
91

BAB 6 - KONTRAK INSURANS


Perkara asas ini adalah:

Niat untuk mengadakan perhubungan


yang sah

Tawaran dan penerimaan

Persetujuan-consensus ad idem

Balasan

dengan menyerahkan borang cadangan yang


diisi dengan lengkap dan bertandatangan kepada
insurer atau ejen insurer tersebut. Insurer pula
mungkin menerima cadangan tersebut setelah
menimbang risiko yang dicadangkan dengan
teliti. Insurer mungkin juga tidak menerima
cadangan tersebut mengikut syarat-syarat
asal tetapi menawarkan perlindungan insurans
di atas syarat-syarat berbeza. Ini adalah
tawaran balas daripada insurer. Dalam hal ini,
penerimaan akan dibuat oleh pencadang.

Kemampuan di sisi undang-undang


untuk mengikat kontrak
6.1.2.3

Persetujuan

Kontrak sah di sisi undang-undang

6.1.2.1 Niat untuk Mengadakan


Perhubungan yang Sah

Adalah wajib bagi pihak-pihak kepada perjanjian


berniat untuk menjalinkan hubungan yang sah
di sisi undang-undang. Jika tidak, maka kontrak
di antara mereka tidak wujud. Niat ini boleh
disimpulkan daripada syarat-syarat perjanjian,
perlakuan dan suasana persekitaran kontrak.
Undang-undang pada amnya mengandaikan
perjanjian yang dibuat dalam persekitaran
perdagangan adalah dengan niat untuk
dijadikan sah di sisi undang-undang. Jadi
perjanjian insurans adalah diandaikan sebagai
sah dan mengikat insured dan insurer.

6.1.2.2 Tawaran dan Penerimaan

Sesuatu tawaran mestilah dibuat oleh satu


pihak kepada pihak yang lain. Pihak tersebut
kemudiannya boleh menerima atau menolak
tawaran tersebut. Tawaran dan penerima
mestilah dibuat dengan sukarela. Tawaran
dan penerima boleh dibuat secara bertulis
atau lisan, atau ianya boleh dibayangkan
melalui perlakuan. Dalam insurans, tawaran
selalunya dibuat oleh pencadang apabila dia
mencadangkan untuk mendapat insurans

Sesuatu penerimaan itu tidak akan menjadi


sah di sisi undang-undang sehingga kesemua
pihak bersetuju secara sepenuhnya. Dengan
kata lain, pihak-pihak dalam perjanjian mestilah
bersetuju atas semua syarat matan perjanjian.
Apabila ini berlaku pihak-pihak dalam perjanjian
dikatakan dalam consensus ad idem, iaitu
bersepakatan.

6.1.2.4 Balasan

Insured Membayar Premium


Setiap pihak perlu memberi balasan sebelum
perjanjian menjadi sah. Balasan adalah sesuatu
faedah yang diberi oleh satu pihak kepada
pihak yang satu lagi, atau bebanan yang akan
ditanggung oleh satu pihak untuk pihak yang
lain.
Insurer Memberi Indemniti atau Membayar
Amaun Insurans yang Dipersetujui
Dalam kontrak insurans hayat dan insurans am,
balasan insured ialah membayar atau berjanji
untuk membayar premium.
Balasan dari insurer pula adalah seperti
berikut;

92

BAB 6 - KONTRAK INSURANS

Polisi insurans am ialah janji untuk


membayar
indemniti
kepada
insured apabila berlaku kerugian
yang diinsuranskan;
Polisi insurans hayat ialah janji
untuk membayar amaun insurans
dan faedah tambahan, sekiranya
ada, apabila berlaku perkara yang
diinsuranskan.

Polisi Boleh Berkuatkuasa Sebelum


Premium Dibayar dalam Perniagaan
insurans Am.
Apabila balasan insured ialah untuk membayar
atau berjanji untuk membayar premium, polisi
mungkin boleh dikuatkuasakan sebelum
premium dibayar.
Walau bagaimanapun, dalam polisi tunai
sebelum lindung seperti polisi insurans motor,
pertimbangan insured ialah membayar premium
mengikut peruntukan undang-undang Malaysia
iaitu membayar premium kepada insurer/
ejen/broker insurans motornya dihari ia diberi
perlindungan insurans. Sesuatu risiko itu belum
dilindungi kecuali premium yang perlu dibayar
telah diterima oleh insurer. Sebaik sahaja nota
lindung atau polisi dikeluarkan, insurer tidak
boleh menyangkal liabiliti atas alasan premium
belum diterima.
Berkuatkuasa mulai Julai 2007, peraturan
tunai sebelum lindung juga meliputi polisi
kemalangan diri dan insurans perjalanan.
Peraturan ini perlu dipatuhi oleh perantara,
broker, pengendali takaful, insurer dan juga
pelanggan langsung pengendali takaful.
Selain dari kelas insurans yang dinyatakan
di atas, prinsip tunai sebelum lindung tidak
digunakan dalam kelas perniagaan insurans
am ataupun insurans hayat yang lain.

6.1.2.5 Kemampuan Disisi


Undang-Undang

Siapa yang Mempunyai Kapasiti Untuk


Mengikat Kontrak?
Pihak yang hendak mengikat kontrak insurans
mestilah mempunyai kapasiti atau kemampuan
dari segi undang-undang. Secara umumnya,
semua orang mempunyai kapasiti untuk
mengikat kontrak kecuali minor dan orang
tidak siuman. Sungguhpun minor (individu
bawah umur 18 tahun) tiada kapasiti undangundang untuk terikat dengan kontrak,
Bahagian XII Seksyen 153 Akta Insurans 1996
memperuntukkan bahawa minor yang telah
mencapai umur 16 tahun boleh mengambil
polisi insurans hayat atas dirinya sendiri atau
atas hayat orang lain yang ia mempunyai
kepentingan boleh insurans. Dia juga boleh
menyerahhak polisi insurans hayat darinya.
Seksyen 153 selanjutnya memperuntukkan
bahawa minor berumur Diantara 10 tahun
hingga 16 tahun boleh juga mengambil polisi
insurans hayat atas dirinya atau atas hayat
orang lain yang ia mempunyai kepentingan
boleh insurans serta boleh menyerahhak polisi
insurans hayat dirinya dengan kebenaran
bertulis dari ibu-bapa atau penjaganya.

6.1.2.6 Sahnya Sesuatu Kontrak

Kontrak Tidak Sah


Sesuatu perjanjian boleh diwujudkan untuk
tujuan yang sah sahaja. Ia tidak sepatutnya
melibatkan perkara-perkara yang tidak sah
atau bertentangan dengan kepentingan awam.
Perjanjian yang tidak sah atau bertentangan
dengan kepentingan awam tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang. Kontrak
tidak sah, umpamanya
perjanjian untuk
melakukan rompakan dan berkongsi harta
rompakan tersebut, atau polisi insurans yang
diambil untuk melindungi kapal yang digunakan
93

BAB 6 - KONTRAK INSURANS


untuk kegiatan penyeludupan, atau seseorang
menginsuranskan hayat orang lain untuk
tujuan pertaruhan. Contoh perjanjian yang
bertentangan dengan kepentingan awam ialah
polisi insurans yang memberi perlindungan
indemniti terhadap saman yang dikenakan oleh
statut atau pihak mahkamah.

6.1.3 Kontrak Tercela

Kontrak Batal, Boleh Batal atau Tidak Boleh


Dikuatkuasakan
Apabila terdapat kecacatan atau kesilapan
dalam kontrak ketika ianya dibuat,
kesahihannya boleh dipersoalkan. Kontrak
tersebut mungkin batal, boleh batal atau tidak
boleh dikuatkuasakan; bergantung kepada
tahap kecacatan atau kecelaannya.

6.1.4 Kontrak Batal

Kontrak batal ialah kontrak yang dari sudut


undang-undang ia tidak wujud dan/atau tidak
sah sejak dari awal lagi. Kontrak seperti ini
dianggap batal dan ianya hanya bersifat sebagai
suatu perjanjian sahaja. Kontrak batal tidak
boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Contoh kontrak batal ialah kontrak yang tidak
mempunyai balasan/pertimbangan.

6.1.5 Kontrak Boleh Batal

Tidak seperti kontrak batal, kontrak boleh


batal akan kekal sah sehinggalah pihak
yang teraniaya membuat pilihan untuk
menganggapnya sebagai batal. Kontrak
insurans boleh batal sekiranya insured
gagal memberitahu fakta matan semasa
perundingan kontrak atau melanggar waranti.
Dalam hal ini, kontrak tersebut sah sehingga
insurer membuat pilihan untuk membatalkan
kontrak berkenaan.

6.1.6 Kontrak Tidak Boleh


Dikuatkuasakan

Tidak Mematuhi Syarat Undang-Undang


Akan Menyebabkan Kontrak Tidak Boleh
Dikuatkuasakan.
Sungguhpun kontrak batal tidak boleh
dikuatkuasakan, tidak semua kontrak yang tidak
boleh dikuatkuasakan adalah kontrak batal.
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan tanpa
menjadikannya batal biasanya digelar kontak
tidak boleh berkuatkuasa. Secara umumnya,
kontrak tidak boleh berkuatkuasa timbul akibat
kegagalan mematuhi syarat undang-undang,
umpamanya sesetengah kontrak mestilah
dalam bentuk bertulis. Kontrak insurans marin
yang bukan dalam bentuk bertulis adalah satu
contoh kontrak tidak boleh kuatkuasa kerana
ia gagal memenuhi peruntukan statutori yang
memerlukan semua kontrak insurans marin
hendaklah dibuat secara bertulis.

94

BAB 6 - KONTRAK INSURANS


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 6
1.

Untuk menjadikan sesuatu kontrak itu sah disisi undang-undang,


a.
b.
c.

d.

2.

Diantara berikut, yang manakah dianggap kontrak tidak sah?


a.
b.

c.
d.

3.

perjanjian jual beli rumah.


polisi yang menginsuranskan diri sendiri terhadap kematian akibat
kemalangan.
perjanjian berkongsi keuntungan hasil dari penjualan barangan.
perjanjian untuk memasuki kawasan pihak ketiga dan memindahkan harta
milik pihak ketiga tanpa kebenaran.

Di bawah polisi insurans tunai sebelum lindung, umpamanya polisi motor,


pertimbangan atau balasan dari insured ialah
a.
b.
c.
d.

4.

ia mestilah mempunyai balasan atau pertimbangan.


ia mestilah tidak bertentangan dengan dasar/kepentingan awam.
pihak yang terlibat hendaklah mempunyai niat untuk mewujudkan hubungan
undang-undang.
kesemua di atas.

membayar premium sekiranya difikirkan perlu berbuat demikian


membayar premium seminggu selepas menerima perlindungan insurans.
membayar premium pada tarikh ia menerima perlindungan insurans.
berjanji untuk membayar premium yang perlu dibayar.

Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai kontrak batal?
a.
b.

c.

d.

Kontrak batal tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah.


Kontrak batal adalah kontrak yang disisi undang-undang dianggap tidak
wujud dan tidak sah dari mula-mula lagi.
Kontrak batal adalah kontrak tidak sah dan ianya dianggap hanya perjanjian
semata-mata.
Kontrak batal akan terus sah sehingga pihak yang teraniaya membuat
keputusan untuk membatalkannya.

95

BAB 6 - KONTRAK INSURANS


5.

Dalam kontrak insurans am dan insurans hayat, pertimbangan atau balasan dari
insured ialah membayar atau berjanji untuk membayar premium; sementara di
bawah polisi insurans am, pertimbangan atau balasan dari insurer pula ialah
a.

b.

c.

d.

6.

Berkuatkuasa mulai Julai 2007, peraturan tunai-sebelum-lindung meliputi


a.
b.
c.
d.

7.

8.

berjanji untuk membayar indemniti kepada insured sekiranya kerugian


berlaku.
berjanji untuk membayar amaun insurans tanpa mengambil kira amaun
kerugian.
berjanji untuk membayar amaun diinsuranskan berserta manfaat tambahan,
sekiranya ada, apabila berlaku kerugian atas peril yang diinsuranskan.
berjanji akan memulangkan bayaran kepada insured sekiranya tiada tuntutan
sehingga akhir tempoh polisi.

insurans perjalanan dan kemalangan diri


insurans kemalangan pelbagai
insurans kemalangan diri
insurans perjalanan

Yang manakah diantara berikut merupakan keperluan asas kontrak insurans?


i.
ii.
iii.
iv.

niat untuk mengadakan hubungan yang sah


tawaran dan penerimaan serta balasan
persetujuan - consensus ad idem
kemampuan disisi undang-undang untuk mengikat kontrak

a.
b.
c.
d.

kesemua di atas
tiada berkenaan
i, ii dan iii
ii, iii dan iv

Yang manakah diantara berikut TIDAK benar mengenai kontrak batal?


a.

b.
c.
d.

Undang-undang menganggap kontrak tidak wujud dan tidak sah sejak mula
lagi.
Ia dianggap tidak sah dan hanyalah perjanjian semata-mata.
Ia tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah
Ia adalah kontrak yang mempunyai pertimbangan atau balasan

96

BAB 6 - KONTRAK INSURANS


9.

Sebelum sesuatu kontrak itu dianggap sah, tawaran hendaklah diiringi dengan
a.
b.
c.
d.

10.

pengakuan.
balasan
penerimaan
syarat-syarat

Definisi yang paling tepat mengenai kontrak insurans ialah


a.

b.

c.
d.

Perjanjian yang sah disisi undang-undang diantara dua pihak atau lebih, dan
ianya boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
Perjanjian yang sah disisi undang-undang tetapi tidak diiktiraf oleh manamana pihak.
Suatu bentuk perjanjian antara dua pihak atau lebih yang waras fikiran
Suatu bentuk perjanjian antara pencadang dan insurer

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

97

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI

Pandangan Menyeluruh

7.1

Peruntukan Perundangan
Mengenai Undang-Undang
Agensi

7.2

Tugas Seorang Ejen

7.3

Hak Seorang Ejen

7.4

Tanggungjawab Prinsipal

7.5

Penamatan Agensi

7.6

Ciri-ciri Ejen Insurans

7.7

Kesimpulan

PANDANGAN MENYELURUH

Dalam bab ini, kita akan menumpukan perhatian


atas perkara-perkara berikut;
1.

peruntukan perundangan mengenai


undang-undang agensi; dan

2.

tugas-tugas dan tanggungjawab


ejen insurans.

7.1 PERUNTUKAN PERUNDANGAN


MENGENAI UNDANG-UNDANG AGENSI

Sebelum memulakan pembelajaran mengenai


hal-hal perundangan berkaitan dengan agensi
insurer, kita akan memahami pengertian
beberapa istilah penting dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
Beberapa Istilah Penting

Ejen, Prinsipal

Ejen ialah seseorang yang mewakili seseorang


yang lain. Orang yang diiwakilinya dipanggil
principal.

Perantaraan

Orang tengah atau perantara dalam pasaran


insurans boleh dipanggil ejen insurans atau
broker insurans. Melihat dari perspektif undangundang, kedua-duanya adalah ejen. Tetapi
terdapat beberapa perbezaan antara mereka.
(Rujuk Bab 4)

Agensi

Agensi boleh ditakrifkan sebagai hubungan


yang wujud apabila seseorang yang dipanggil
ejen, dilantik oleh seseorang yang lain dipanggil
98

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


prinsipal dan ejen itu diberi kuasa untuk
mewujudkan hubungan antara prinsipal dengan
pihak ketiga.
Sehubungan dengan itu, fungsi utama seorang
ejen ialah membentuk kontrak bagi pihak
prinsipal. Apabila ejen telah diberi kuasa
untuk melakukan sesuatu perkara, prinsipal
bertanggungjawab terhadap semua kontrak
yang dikendalikan oleh ejen berkenaan,
seolah-olah prinsipal sendiri yang bertindak
membentuk kontrak berkenaan.
Kesimpulannya, tindakan yang diambil oleh
ejen akan melibatkan hak dan tanggungjawab
prinsipal terhadap pihak ketiga, iaitu prinsipal
terlibat dengan hubungan yang sah disisi
undang-undang dengan pihak ketiga.

Hubungan

Hubungan yang mempunyai pertalian dengan


agensi ialah;
a.

hubungan antara prinsipal dengan


ejen;

b.

hubungan antara prinsipal dengan


pihak ketiga; dan

c.

hubungan antara ejen dengan pihak


ketiga.

syarikat insurans hayat merupakan pendokong


kuat atau pengamal sistem agensi.
Sekarang, kita akan membincangkan tentang
ejen dari aspek perundangan.

7.1.1 Kuasa Seorang Ejen

Seorang ejen boleh bertindak hanya dalam


bidang kuasa yang dibenarkan oleh prinsipalnya.
Kuasa yang diberi kepada ejen mungkin dibuat
secara nyata, tersirat atau jelas. Adalah juga
penting untuk kita mengetahui tentang kuasa
biasa dan hal-hal yang berkaitan dengan
ratifikasi.

7.1.1.1 Kuasa Nyata

Kuasa nyata boleh diberi kepada ejen secara


lisan atau bertulis. Faktor yang paling penting
ialah kuasa yang diberi hendaklah dinyatakan
secara bertulis. Kuasa nyata yang bertulis
ini tidak semestinya bercop mohor. Oleh itu,
sekiranya isi kandungan yang ditulis mempunyai
makna yang kurang jelas iaitu boleh disalah
tafsirkan, liabiliti tidak boleh dikenakan keatas
ejen sekiranya ejen itu mentafsirkannya dengan
cara yang munasabah walaupun prinsipalnya
tidak bermaksud demikian.

Beberapa Perkara Berkaitan


Walaupun sebahagian besar perniagaan
insurans am dan insurans hayat diperolehi
melalui ejen-ejen insurans, orang ramai boleh
menggunakan khidmat broker insurans yang
kebanyakannya adalah broker insurans am.
Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan
syarikat insurans. Walau bagaimanapun,
produk insurans biasanya dijual, bukan dibeli
seperti lain-lain produk. Fenomena orang
ramai pergi ke pejabat syarikat insurans untuk
membeli produk insurans jarang berlaku. Oleh
itu, kebanyakan syarikat insurans khususnya

7.1.1.2 Kuasa Tersirat

Kuasa tersirat tidak dinyatakan kepada ejen


samada secara lisan atau bertulis.
Walau
bagaimanapun,
kuasa
yang
dimaksudkan boleh dibayangkan melalui
keadaan yang berkait rapat dengan hubungan
antara prinsipal dengan ejen, dan adalah
tersirat bahawa ejen;

99

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI

boleh
bertindak
didalam
bidang kuasa nyatanya;

terma

mempunyai kuasa untuk melakukan


apa sahaja yang difikirkan perlu
atau berkaitan demi menjalankan
kuasa nyatanya.

Apabila ejen menjalankan sesuatu urusniaga


atau tugasnya, kuasa nyata dan kuasa tersirat
yang dimiliki biasanya diiringi dengan kuasa
biasa.
Bidang kuasa berkenaan membolehkan ejen
bertindak melakukan sesuatu yang biasa
dilakukan didalam sesuatu urusniaga atau
kerjaya berkenaan. Sementara itu, sekiranya
terdapat sesuatu budaya atau kebiasaan
tertentu dalam sesuatu urusniaga, ejen
mempunyai kuasa biasa untuk mematuhi
budaya atau kebiasaan tersebut. Contohcontoh bidang kuasa biasa adalah seperti
berikut;

Pengurus pelaburan yang mendapat


arahan
untuk
menjual
juga
mempunyai
kuasa
biasa
untuk
menandatangani
memorandum
kontrak jualan bagi pihak penjual.
Ejen hartanah yang mempunyai
kuasa untuk menjual harta bagi
pihak prinsipalnya juga mempunyai
kuasa biasa untuk menandatangani
kontrak bagi pihak pemilik harta.

7.1.1.3 Kuasa Jelas Atau Tidak Jelas

Sebarang kenyataan yang dibuat oleh


prinsipal yang mempengaruhi pihak ketiga
supaya mempercayai bahawa seseorang
itu adalah ejennya, maka prinsipal tersebut
bertanggungjawab atas apa-apa tindakan yang
dilakukan oleh ejen itu.

Kuasa ini dikenali sebagai kuasa jelas.


Pernyataan boleh dibuat secara lisan atau
melalui perlakuan, dan ia jelas menunjukkan
yang ejen berkenaan mempunyai kuasa untuk
bertindak bagi pihak prinsipal dan pernyataan
berkenaan mestilah dibuat kepada orang
yang akan menjadikan prinsipal tersebut
bertanggungjawab.
Kuasa jelas juga dikenali sebagai estoppel,
iaitu
tindakan
seseorang
(insurer)
mempengaruhi seseorang lain (pelanggan)
supaya mempercayai yang ia telah melantik
seseorang yang lain (ejen) dan tahu orang
berkenaan akan terus bertindak berdasarkan
kepercayaan yang diberi. Sehubungan
dengan itu, ia (insurer) tidak boleh menafikan
akan kewujudan agensi berkenaan. Kuasa
jelas adalah berasaskan kepercayaan yang
ejen berkenaan mempunyai kuasa. Oleh
itu, pihak ketiga tidak boleh bergantung
kepada alasan ini jika dia sebenarnya tahu
atau secara konstruktif mengetahui yang
ejen berkenaan tidak mempunyai kuasa,
atau keadaan mungkin telah menimbulkan
kesangsian kepadanya.
Prinsipal boleh dipertanggungjawabkan atas
alasan kuasa jelas walaupun ejen berkenaan
telah bertindak dengan cara menipu dan untuk
kepentingan diri sendiri.

7.1.1.4 Ratifikasi (pengesahan)

Ia boleh berlaku apabila seseorang ejen


melakukan suatu tindakan diluar bidang
kuasanya, yang kemudiannya telah mengikat
prinsipal disebabkan tindakan tersebut, setelah
prinsipal bersetuju untuk menerima tindakan
tersebut sebagai telah dilakukan bagi pihaknya.
Tindakan ini mungkin dibuat secara nyata atau
tersirat.
Prinsipal
boleh
meratifikasikan
atau
mengesahkan sesuatu tindakan yang dibuat
oleh seseorang yang kebetulan adalah ejennya
100

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


yang telah melampaui bidang kuasanya, atau
oleh seseorang yang pada ketika tindakan
tersebut dilakukan ia bukanlah ejen kepada
prinsipal berkenaan. Apabila prinsipal memilih
untuk menerima kontrak berkenaan, ia juga
perlu bersetuju untuk mengikat dirinya sebagai
salah satu pihak dalam kontrak tersebut.

secara lisan. Perjanjian tersebut mengandungi


terma dan syarat yang berkaitan dengan
perlakuan agensi serta bayaran atau ganjaran
yang diberikan kepada ejen.

Kelas-kelas Ejen

Ejen adalah seorang ahli perniagaan bebas


yang tidak perlu meluangkan masa tertentu
bagi mendapatkan jumlah perniagaan yang
perlu diperolehi.

Setiap ejen tergolong dibawah salah satu


dari tiga kategori berikut. Mereka dikelaskan
mengikut kuasa yang diberi kepada mereka:

Kebiasaannya, sebahagian besar masanya


diluangkan kepada menjalankan urusniaga
agensi diluar waktu pejabat.

Ejen Khas

Ejen khas ialah seseorang yang dilantik untuk


melakukan sesuatu tindakan atau urusan
tertentu sahaja, contohnya seorang individu
dilantik sebagai wakil untuk menghadiri
mesyuarat agung tahunan syarikat bagi pihak
pemegang saham.

Ejen Am

Ejen Am ialah seseorang yang boleh melakukan


apa sahaja bagi pihak prinsipalnya, terbatas
kepada kuasa am yang diberi kepadanya.
Sebagai contoh, seorang ejen insurans yang
diberi kuasa untuk mendapatkan perniagaan
baru tetapi tidak ada kuasa untuk memberi
pinjaman polisi dan mengikat prinsipalnya.

Seseorang
ejen
bertanggungjawab
melaksanakan tugasnya dengan cermat,
penuh kemahiran dan ketelitian serta mematuhi
syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian
agensi.
Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
oleh seseorang ejen, selain dari tanggungjawab
ternyata dalam kontrak adalah seperti berikut;

Ejen Universal

Ejen universal ialah seseorang yang mempunyai


kuasa tanpa had. Dia boleh melakukan apa
sahaja bagi pihak prinsipal, yang mana prinsipal
berkenaan mampu untuk melakukannya
sendiri.

7.2 TUGAS SEORANG EJEN

Kontrak atau perjanjian agensi antara prinsipal


dengan ejen biasanya dibuat secara bertulis.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh dibuat

menyedia dan mengemukakan laporan


penyata akaun kepada prinsipal,
sekiranya diperlukan.
tidak boleh membenarkan kepentingan
diri mengatasi atau bercanggah dengan
tanggungjawab kepada prinsipal.
tidak boleh menyebarkan maklumat
sulit
yang
diperolehi
semasa
menjalankan tugas sebagai ejen,
kepada pihak lain kecuali syarikat
insurans yang menjadi prinsipalnya.
tidak boleh mencari keuntungan
secara sulit atau menerima rasuah
dari mana-mana pihak yang berurusan
dengannya bagi pihak prinsipal.
tidak boleh menyerahkan tugastugasnya kepada sub-ejen tanpa kuasa
nyata atau tersirat.

101

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI

mematuhi
arahan
prinsipal
dan
memberitahu
prinsipal
sekiranya
sesuatu tugasan itu tidak dapat
dilaksanakan.

7.3 HAK SEORANG EJEN

Hak yang paling penting bagi seorang ejen ialah


hak untuk menerima upah atas perkhidmatan
yang telah diberikan, biasanya dalam bentuk
komisyen.

7.5 PENAMATAN AGENSI

Hubungan diantara prinsipal dengan ejen boleh


ditamatkan melalui tindakan oleh pihak-pihak
yang terlibat atau dengan berkuatkuasanya
undang-undang seperti berikut;

Ejen juga layak menerima bayaran balik


berbentuk wang yang telah didahulukannya
dengan kebenaran nyata prinsipal. Walau
bagaimanapun,
perbelanjaan
tersebut
hendaklah munasabah dan terbatas kepada
suatu tahap yang dipersetujui.

Ejen mempunyai hak untuk menjalankan


tugasnya dengan cara yang dianggap
wajar. Ejen boleh menolak sebarang usaha
oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia
menjalankan tugasnya.

7.4 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL

Prinsipal mempunyai tanggungjawab berikut


terhadap ejen-ejennya:

Untuk
membayar
upah
dan
menanggung perbelanjaan seperti
yang dipersetujui; atau sekiranya
gagal mencapai persetujuan amaun
yang biasanya dibayar; atau jika
tidak,
dibayar
mengikut
amaun
yang difikirkan wajar;
Untuk membayar gantirugi kepada
ejen terhadap sebarang akibat dari
tindakan yang sah dilakukan dalam
batasan kuasa ejen, bagi pihak
prinsipalnya.

dengan memberi notis penarikan balik


oleh prinsipal kepada ejen;
dengan memberi notis pelepasan oleh
ejen kepada prinsipal;
dengan tamatnya urusniaga kerana
kuasa yang diberi adalah untuk
urusniaga tersebut sahaja;
dengan tamatnya tempoh seperti yang
termaktub dalam kontrak agensi;
dengan persetujuan bersama;
dengan
berlakunya
kematian,
ketidaksiuman atau kebankrapan ke
atas prinsipal dan/atau ejen.
dengan
sebab
berkuatkuasanya
sesuatu undang-undang, menyebabkan
kontrak ejen menjadi tidak sah.

7.6 CIRI-CIRI EJEN INSURANS

Ciri-ciri utama sebagai seorang ejen insurans


ialah ia mempunyai kuasa sah untuk menjalin
atau membentuk hubungan kontrak diantara
prinsipal dengan pemegang polisi.
Walaupun kebanyakan ejen insurans direkrut
oleh penyelia atau pengurus agensi yang
mempunyai kontrak agensi dengan prinsipal, ini
tidak menukar ciri asas seorang ejen insurans
kerana pada dasarnya ejen-ejen berkenaan
mempunyai kontrak menawarkan perkhidmatan
dengan prinsipal, dan bukannya dengan orang
yang merekrutnya.
102

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI

7.6.1 Ejen Siapa

Undang-undang yang digunakan terhadap


agensi ialah qui facit per alium facit per se
yang bermaksud sesiapa yang bertindak
melalui orang lain dianggap melakukannya
sendiri.
Oleh yang demikian, ejen insurans yang dilantik
dan menjalankan tugas dalam lingkungan
skop kuasanya, mengikat prinsipalnya melalui
tindakannya itu sama seperti seolah-olah
prinsipal itu sendiri yang melakukan tindakan
tersebut. Disebabkan itu, adalah sangat penting
untuk menentukan untuk siapa ejen insurans
itu bertindak atas sesuatu tindakan yang
dilakukannya pada ketika itu. Sehubungan
dengan itu, adalah tidak mustahil bagi seorang
ejen insurans dianggap sebagai ejen insured
yang sah pada sesuatu tugas yang dilaksanakan
dan begitu juga sebaliknya.

7.6.2 Implikasi Akta Insurans 1996

Ejen perlu memahami implikasi Seksyen 151


Akta Insurans 1996 atas maklumat berkaitan
ejen kepada syarikat insurans prinsipal.
Keadaan yang dianggap paling genting
ialah ketika borang cadangan insurans
ditandatangani. Borang cadangan mungkin
dilengkapkan samada oleh pencadang sendiri
atau dengan bantuan ejen insurans.
Sebelum Akta Insurans 1963 diluluskan,
yang kini diganti dengan Akta Insurans 1996,
sekiranya ejen membantu pencadang untuk
mengisi borang cadangan atau kenyataan
peribadi, pada ketika itu ejen dianggap bertindak
sebagai ejen pencadang atau pemegang polisi,
dan bukannya ejen insurer. Oleh itu, sekiranya
ejen melakukan sebarang kesilapan secara
tidak sengaja atau dengan sengaja memberi
maklumat yang mengelirukan, dia dianggap
melakukannya bagi pihak pemegang polisi.

Sekiranya polisi terbatal atau ditolak atas


alasan salah nyata, pemegang polisi tidak
boleh memberi alasan bahawa ejen berkenaan
yang telah mengisi borang cadangan tanpa
pengetahuannya. Disebabkan mungkin akan
timbul akibat yang buruk ini, ejen dikehendaki
bertanggungjawab semasa melengkapkan
borang cadangan bagi pihak diri yang
diinsuranskan atau pencadang sendiri.
Dengan adanya Akta Insurans 1996, seseorang
yang dibenarkan oleh insurer untuk menjadi
ejen insuransnya, dan yang mendapatkan
atau merundingkan sesuatu kontrak insurans,
akan dianggap ejen kepada insurer untuk
tujuan pembentukan sesuatu kontrak dan
pengetahuan ejen insurans tersebut dianggap
sebagai pengetahuan insurer juga.
Kenyataan yang dibuat atau tindakan yang
dilakukan oleh ejen insurans juga akan
dianggap sebagai kenyataan atau tindakan yang
dibuat oleh insurer untuk tujuan pembentukan
kontrak, tetapi tidak termasuk pengengkaran
ejen dibawah Subseksyen 150(4) (yang
menggantikan Seksyen 16A Akta Insurans
1963) atau lain-lain peruntukan dalam Akta
Insurans 1996.
Seksyen 151 tidak boleh digunakan;

apabila terdapat pertikaian atau


pakatan sulit antara ejen dengan
pencadang
dalam
pembentukan
kontrak insurans; atau
apabila
ejen
berkenaan
telah
menamatkan
perkhidmatannya
sebagai ejen insurer dan telah
mengambil
langkah
sewajarnya
memberitahu
bakal
pemegang
polisi dan orang ramai amnya
mengenai pemberhentian tersebut.

103

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI

7.6.3 Kutipan Premium

Apabila pemegang polisi membuat bayaran


premium kepada ejen insurans yang sah,
bayaran tersebut dianggap telah dibuat kepada
pihak insurer walaupun ejen berkenaan tidak
mengemukakan bayaran tersebut kepada
insurer. Insured dianggap telah dilindungi.
Sebaliknya, sekiranya ejen yang tidak diberi
kuasa menerima bayaran premium dari insured
atau dari orang ramai, tindakannya itu tidak
boleh menyebabkan insurer bertanggungjawab
atas perbuatan tersebut. Perlu diambil
perhatian bahawa selagi ejen berkenaan tidak
mendepositkan bayaran tersebut kepada
insurer, dia masih lagi bertanggungjawab
kepada pemegang polisi.
Seksyen 160 Akta Insurans 1996 telah
membuat peruntukan khusus mengenai
kutipan premium di alamat pemegang polisi,
terutamanya untuk polisi hayat perkhidmatan
rumah-ke-rumah. BNM menetapkan cara
bagaimana insurer hayat menjalankan
perniagaan insurans hayatnya, berkaitan
polisi insurans hayat yang premium
biasanya dikutip di alamat pemegang polisi,
oleh seseorang yang dilantik oleh insurer
hayat untuk tujuan tersebut. Pembayaran
yang dibuat kepada individu tersebut akan
dianggap sebagai pembayaran kepada
insurer.

7.6.3.1 Bayaran Premium dalam


Perniagaan Insurans Am

Waranti Premium Fasal Waranti Premium


Enam Puluh (60) Hari
Insurer yang menjalankan perniagaan insurans
am dikehendaki menguat- kuasakan peraturan
Waranti Premium dalam kebanyakan polisi
insurans kecuali insurans motor, insurans
kemalangan diri, insurans perjalanan, insurans
marin dan insurans bon.

Dibawah
peraturan
tersebut,
insured
dikehendaki
membayar
premium
yang
dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kuatkuasa perlindungan insurans (Tarikh
kuatkuasa perlindungan biasanya dinyatakan
dalam polisi insurans, nota lindung dan/atau sijil
pembaharuan).
Sekiranya premium tidak dibayar dalam tempoh
60 hari, perlindungan insurans akan dibatalkan
bermula dari hari yang ke 61 dan insurer berhak
menentukan kadar premium pro rata untuk
tempoh perlindungan yang diberikan.
Mengikut waranti ini, setiap bayaran premium
yang diterima oleh ejen yang dilantik, ia
dianggap telah diterima oleh pihak insurer.
Sebaliknya, sekiranya premium dibayar
kepada individu yang tidak mempunyai kuasa
termasuk ejennya, insurer bertanggungjawab
membuktikan penerimaan bayaran berkenaan.
Waranti Premium menyatakan bahawa;
Adalah menjadi syarat penting dan khusus
dalam kontrak insurans iaitu premium yang
perlu dibayar hendaklah dijelaskan dan diterima
oleh insurer dalam tempoh 60 hari dari tarikh
permulaan kuatkuasa polisi/endorsemen/sijil
pembaharuan.
Sekiranya syarat berkenaan gagal dipatuhi,
kontrak insurans akan terbatal secara automatik
dan insurer berhak menetapkan kadar premium
pro rata untuk tempoh perlindungan yang telah
diberikan.
Sekiranya premium yang perlu dibayar
dibawah waranti ini telah diterima oleh ejen
yang dilantik oleh insurer, bayaran tersebut
dianggap telah diterima oleh pihak insurer, dan
tanggungjawab membuktikan yang premium
berkenaan diterima oleh seseorang, termasuk
ejen insurans yang tidak diberi kuasa untuk
mengutip premium berkenaan, adalah terletak
pada pihak insurer.

104

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


Peraturan Tunai-Sebelum-Lindung
Peraturan (Tanggungan Risiko dan Kutipan
Premium) Insurans 1980 (diperuntukkan
dibawah Akta Insurans 1963, sekarang Akta
Insurans 1996), umum mengenalinya sebagai
Peraturan Tunai Sebelum Lindung (CBC) dan
telah dikuatkuasakan pada 1 November 1980.
Untuk perniagaan insurans motor, ia telah
dinyatakan dalam undang-undang bahawa
nota perlindungan insurans motor hanya boleh
dikeluarkan oleh insurer atau ejen-ejennya
berdasarkan konsep tunai sebelum lindung.
Ini bermakna premium perlu dibayar terlebih
dahulu sebelum nota lindung atau polisi boleh
dikeluarkan.
Seksyen 141 Akta
Tanggungan Risiko

Insurans

1996

Mengikut Seksyen 141 Akta Insurans 1996


mengenai tanggungan risiko, Bahagian
XV Peraturan 65 Peraturan Insurans 1996
mengenalpasti polisi-polisi insurans motor
yang pihak insurer atau ejen-ejennya tidak
boleh diberi perlindungan insurans, kecuali
premium untuk polisi berkenaan telah dibayar
sepenuhnya (tunai sebelum lindung),

Bahagian XV Peraturan 66 memperuntukkan


bahawa ejen insurans yang menerima bayaran
premium polisi insurans motor hendaklah
mengkreditkan amaun berkenaan ke akaun
insurer dalam tempoh 7 hari bekerja, bermula
dari tarikh menanggung risiko. Penalti bagi
pelanggaran waranti ini ialah RM500,000.

Tiada mana-mana insurer am berlesen


yang boleh menanggung risiko seperti yang
dinyatakan dalam polisi am atau sebagaimana ia
ditentukan, kecuali premium yang perlu dibayar
telah diterima oleh pihak insurer am melalui
kaedah dan dalam tempoh masa tertentu yang
telah ditetapkan

Peraturan 65 juga menyatakan bahawa


sekiranya amaun premium polisi insurans
motor
yang
melindungi
kenderaan
perdagangan melebihi RM5,000, insurer
boleh menguatkuasakan perlindungan apabila
sekurang-kurangnya 30% dari jumlah premium
tersebut dikreditkan ke akaun insurer atau ke
akaun ejen insuransnya dan baki bayaran
diterima dalam tempoh 45 hari dari tarikh
perlindungan berkuatkuasa.

Sehubungan dengan itu, ejen perlu mempunyai


dan mengemaskini akaun bank yang
dikhususkan kepada syarikat insurans am yang
diwakilinya dan mendepositkan semua premium
dan/atau wang tunai yang dikutip bagi pihak
syarikat insurans prinsipal ke akaun tersebut.
(kutipan kasar sebelum ditolak komisen).
Definisi mengenai pembayaran yang dinyatakan
dibawah Bahagian XV Peraturan Insurans 1996
telah diperluaskan sehingga meliputi bayaran
melalui kad kredit/debit/charge dan pindahan
dana secara elektronik bagi bayaran premium
insurans motor. Kaedah bayaran cara lama
hanya meliputi bayaran secara tunai, cek,
kiriman/arahan wang dan draf bank/arahan
juruwang.

ejen-ejennya;

Ejen perlu memastikan agar semua cek atau


draf bank yang diterima dari insured tertulis
nama syarikat insurans prinsipal.

dijamin melalui jaminan bank tidak


boleh batal dan dibayar pada atau
sebelum penghujung bulan selepas
perlindungan
mula
berkuatkuasa.
Sekiranya
peraturan
ini
gagal
dipenuhi, bayaran akan diperolehi
melalui jaminan bank berkenaan.

Pada Julai 2007, dengan termeterinya perjanjian


antara Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
dan Persatuan Broker Insurans & Takaful
Malaysia (MITBA) dan Persatuan Takaful
Malaysia (MTA) dan dengan persetujuan pihak
BNM, peraturan Tunai-Sebelum-Lindung untuk
polisi insurans kemalangan diri dan insurans

kepada
atau

insurer

atau

105

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


perjalanan mula dikuatkuasakan. Peraturan
baru ini melibatkan perantara, broker,
pengendali takaful, insurer dan pelanggan
langsung pengendali takaful.

melalui statut (Seksyen 151 Akta


Insurans 1996)

7.6.5 Had Kuasa Ejen


Modaliti Penggantungan Tugas/Pembatalan
Pendaftaran Ejen
Selaras dengan pembentukan rangkakerja
keperluan pematuhan peraturan tunai sebelum
lindung (CBC) yang dikeluarkan oleh BNM,
Lembaga Agensi PIAM telah merangka
keperluan hukuman penggantungan tugas /
membatalkan pendaftaran ejen yang gagal
mematuhi peraturan CBC.
Melalui garis panduan ini, ejen insurans am
dikehendaki memastikan agar semua premium
untuk polisi CBC (contohnya polisi insurans
motor) dikutip sepenuhnya sebelum tarikh
kuatkuasa perlindungan insurans. Tambahan
lagi, premium polisi CBC hendaklah diserahkan
kepada insurer prinsipal dalam tempoh 7 hari
dari tarikh menanggung risiko.
Kegagalan mematuhi peraturan ini akan
mengakibatkan
tindakan
penggantungan/
pembatalan pendaftaran boleh dikenakan
keatas ejen yang engkar.

7.6.4 Jalinan Hubungan

Hubungan antara insurer dan ejen insurans


boleh terjalin dengan beberapa cara berikut:

melalui perlantikan nyata;


melalui implikasi undang-undang yang
mungkin timbul;

i.

dari perlakuan pihak-pihak yang terlibat

ii.

dari kepentingan kes yang berkaitan

dengan
cara
ratifikasi
tindakan tanpa kebenaran;

berikutan

Di bawah sistem agensi yang kerap diamalkan,


seseorang ejen itu dilantik oleh insurer untuk;
i.

memenuhi
tujuan
utama
mendapatkan
perniagaan
insurans, dan

iaitu
baru

ii.


menjalankan
tugas-tugas
tanggungjawab yang diarahkan
insurer dari masa ke semasa
bukan
untuk
tujuan-tujuan

atau
oleh
dan
lain.

Seperti lain-lain perjanjian agensi, ejen insurans


juga mempunyai had bidang kuasanya.
Terdapat beberapa perkara yang ejen insurans
dilarang melakukannya bagi pihak insurer.
Dalam kebanyakan perjanjian agensi diantara
ejen dengan insurer, seseorang ejen dengan
jelas tidak dibenarkan melakukan perkaraperkara berikut;

mewakili lebih dari satu syarikat


insurans
hayat
dan/atau
lebih
dari dua syarikat insurans am,
selain dari syarikat-syarikat yang
telah melantiknya, semasa tempoh
kuatkuasa
perjanjian
agensi;
menanggung
sebarang
bentuk
liabiliti bagi pihak insurer berkaitan
sebarang
hutang
samada
peribadi atau rasmi, penerimaan
risiko,
menghidupkan
kembali
polisi-polisi
yang
telah
luput,
penukaran kontrak polisi, penepian
sebarang
bayaran
premium,
lanjutan
tempoh
bayaran
atau
pengeluaran resit rasmi, melainkan
dengan
kebenaran
insurer;
dan

106

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


Walaupun tiada undang-undang khas bagi
membendung perlakuan ejen-ejen insurans,
Subseksyen 150(4), Seksyen 151 dan Seksyen
160 (kedua-dua seksyen telah dijelaskan), Akta
Insurans 1996 mengenakan beberapa kawalan
keatas perlakuan dan aktiviti ejen insurans
ketika membuat kerja luar.
Subseksyen 150(4) diperturunkan dibawah
sebagai panduan kepada ejen:

7.7 KESIMPULAN

Adalah dijangkakan bahawa seiring dengan


pertumbuhan yang pesat dalam perniagaan
insurans di Malaysia, beberapa peraturan baru
akan dikuatkuasakan, yang tujuan utamanya
ialah untuk melindungi kepentingan pemegangpemegang polisi.

Bagi tujuan memujuk seseorang untuk


memasuki atau membuat tawaran untuk
memasuki kontrak insurans dengan insurer
berlesen atau melalui seseorang ejen insurans,
insurer atau ejen insurans tidak boleh;
a.

membuat
kenyataan
yang
mengelirukan atau tidak benar, samada
secara penipuan atau sebaliknya;

b.

menyembunyikan sesuatu fakta matan


untuk tujuan menipu; atau

c.

menggunakan risalah jualan atau


ilustrasi jualan yang tidak diluluskan
oleh insurer berlesen.

Denda : Satu Juta Ringgit

107

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 7
1.

Hubungan agensi boleh diwujudkan melalui


a.
b.
c.
d.

2.

4.

Dalam bidang insurans, ejen bertindak bagi pihak atau menjadi ejen untuk
a.
b.
c.
d.

3.

perlantikan nyata.
implikasi undang-undang
ratifikasi berikutan tindakan tanpa kebenaran
kesemua di atas

pencadang / pemegang polisi


insurer
a dan b
tiada berkenaan

Ejen tidak dibenarkan


I.

II.

III.

IV.

mengutamakan kepentingan peribadi melebihi tanggungjawabnya terhadap


insurer
bersubahat dan menerima rasuah dari mana-mana pihak yang berurusan
dengannya.
mendedahkan maklumat peribadi yang diperolehi ketika menjalankan tugastugas penjualannya kepada pihak lain, kecuali syarikat insurans prinsipalnya.
menyerahkan tugasnya kepada sub-ejen yang tidak mempunyai kuasa,
samada kuasa nyata atau tersirat.

a.
b.
c.
d.

I dan II sahaja
II dan IV sahaja
III dan IV sahaja
Kesemua di atas.

Di bawah Perjanjian Agensi, ejen dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut,


KECUALI
a.
b.
c.

d.

menjalankan urusniaga insurans bagi pihak insurer


mewakili lebih dari dua syarikat insurans am
bertindak bagi pihak insurer dalam hal-hal berkaitan pengeluaran dan
pembaharuan polisi
merundingkan tentang terma dan syarat polisi dengan menggunakan kuasa
yang diberi oleh insurer kepadanya.

108

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


5.

Yang manakah diantara berikut TIDAK benar mengenai Waranti Premium?


a.

b.

c.

d.

6.

7.

Hubungan agensi antara insurer dan ejen boleh diwujudkan dengan cara :
i.
ii.

iii.
iv.

melalui perlantikan nyata


melalui implikasi undang-undang, yang mungkin timbul dari perlakuan pihakpihak atau dari sudut kepentingan kes berkenaan
melalui ratifikasi berikutan tindakan tanpa kebenaran.
melalui statut (Seksyen 151, Akta Insurans 1996).

a.
b.
c.
d.

i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
kesemua di atas

Peraturan insurans biasanya dikuatkuasakan untuk melindungi


a.
b.
c.
d.

8.

Insured dikehendaki membayar premium yang dikenakan dalam tempoh 60


hari dari tarikh mula kuatkuasa perlindungan insurans
Sekiranya premium tidak dibayar dalam tempoh 60 hari, perlindungan
insurans akan dibataIkan bermula dari hari yang ke 61.
Insurer berhak mengenakan premium tempoh jangka pendek untuk tempoh
perlindungan risiko yang telah diberi
Mana-mana bayaran yang diterima oleh ejen yang dilantik adalah dianggap
telah diterima oleh insurer.

persatuan insurans.
pemegang polisi
reinsurer.
insurer.

Ejen yang diberi kuasa untuk membuat penilaian risiko, mengenakan terma dan
syarat penerimaan risiko bagi pihak insurer/prinsipal dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

ejen khas
ejen am
ejen universal
ejen pengunderaitan

109

BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI


9.

Hubungan yang mempunyai kaitan dengan agensi adalah seperti yang


dinyatakan dibawah, KECUALI
a.
b.
c.
d.

10.

hubungan antara prinsipal dengan ejen


hubungan antara prinsipal dengan pihak ketiga
hubungan antara ejen dengan pihak ketiga
hubungan antara suami dengan isteri

Diantara berikut, yang manakah kenyataan TIDAK benar mengenai kuasa


nyata?
a.
b.
c.

d.

Kuasa nyata diberi kepada ejen secara lisan atau bertulis


Faktor terpenting ialah kuasa yang diberi perlu dinyatakan secara bertulis
Ia tidak semestinya dibuat secara bertulis tetapi tumpuan utama ialah
hubungan antara prinsipal dan ejen
Kuasa nyata bertulis dibuat samada dimeterai atau pun tidak

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

110

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN

Pandangan Menyeluruh

8.1

Jualan

8.2

Perkhidmatan Lepas Jualan

8.3

Ciri-ciri Umum Proses


Pembaharuan Insurans Am

8.4

Daftar Polisi

PANDANGAN MENYELURUH

Dalam bab ini, penekanan diberikan untuk


mempelajari aspek-aspek asas berkaitan;

Pemasaran,

dan

Perkhidmatan lepas jualan.

8.1 JUALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan


pertimbangan-pertimbangan
asas
yang
diperlukan untuk membentuk proses jualan
polisi insurans.

8.1.1 Jualan Berbanding


Dengan Pemasaran

Institut
Pemasaran
pemasaran sebagai:

mendefinisikan

Proses pengurusan yang bertanggungjawab


mengenalpasti,
membuat
andaian
dan
memuaskan kehendak pelanggan secara
menguntungkan.
Walaupun perkembangan pemasaran kerap
dikaitkan dengan penjualan produk fizikal,
bidang pemasaran telah menjadi fungsi penting
dalam industri perkhidmatan seperti insurans.
Produk Berorientasikan Jualan Selalunya
Tidak Memenuhi Kehendak Pengguna
Pada waktu dahulu, syarikat insurans mirip
organisasi berorientasikan penjualan. Dalam
syarikat insurans seperti ini, peranan jabatan
111

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


jualan dan pemasaran adalah untuk menjual
polisi insurans yang disediakan oleh pihak
syarikat, Oleh kerana penekanan adalah keatas
jualan, teknik jualan paksa kerap digunakan
untuk menarik minat pelanggan untuk membeli
produk insurans. Pelanggan yang telah membeli
polisi insurans dari syarikat berkenaan mungkin
tidak memahami produk yang dibeli, membeli
polisi yang mereka tidak perlu atau diluar
kemampuan mereka.
Produk
Berorientasikan
Pemasaran
Berkembang dan Dipasarkan Dengan
Menumpukan Perhatian Kepada Keperluan
Pengguna
Ekoran dari perubahan penting yang berlaku
dalam persekitaran pasaran, kebanyakan
syarikat insurans telah berubah menjadi
syarikat berorientasikan pemasaran. Peranan
jabatan penjualan dan pemasaran adalah
untuk mengenalpasti keperluan pelanggan dan
berusaha memenuhi kehendak mereka dengan
membentuk dan memasarkan produk yang
bersesuaian. Secara amnya, jabatan pemasaran
di syarikat berorientasikan pemasaran perlu
mengambil langkah-langkah berikut:
Fungsi Jabatan Pemasaran :

Pembangunan Produk

Setelah segmen pasaran dikenalpasti, syarikat


akan membangunkan produk/ polisi yang
bersesuaian untuk memenuhi keperluan
pelanggan.

Penetapan Harga

Ia melibatkan penetapan
bagaimana ia harus dibayar.

premium

dan

Pemilihan Saluran Pengedaran

Ia melibatkan proses mengenalpasti dan memilih


saluran pengedaran yang paling sesuai untuk
memperkenalkan polisi kepada pelanggan.
Saluran pengedaran yang digunakan oleh
syarikat insurans termasuk: ejen, broker,
pekerja dibayar gaji, mel massa, bank, syarikat
kad kredit dan syarikat kad diskaun.

Promosi

Fungsi
promosi
melibatkan
usaha
mengenalpasti dan memilih aktiviti promosi
yang bersesuaian meliputi pengiklanan,
promosi jualan dan jualan persendirian yang
dapat menyokong usaha pengedaran.

Perancangan dan Kawalan

Perancangan
adalah
penting
dalam
membangunkan pelan pemasaran, sementara
kawalan melibatkan perbandingan hasil dengan
perancangan asal dan kemudiannya membuat
perubahan yang difikirkan perlu. Pelan
pemasaran adalah dokumen yang menyatakan
objektif pemasaran syarikat dan anggaran
jualan bagi setiap produk atau barisan produk.

Mengenalpasti Pasaran

Proses ini melibatkan pemilihan segmen


pasaran yang mempunyai keperluan yang
boleh dipenuhi melalui polisi-polisi insurans
yang dimajukan oleh pihak syarikat. Segmen
pasaran adalah sekumpulan pelanggan yang
mempunyai keperluan yang sama.

8.1.2 Peranan Ejen Dalam Fungsi


Pemasaran

Ejen Boleh Membantu Dalam Pembangunan


Produk
Yang
Memenuhi
Keperluan
Pengguna
Ejen insurans kerap terlibat dalam beberapa
aspek pemasaran. Ejen dapat mempengaruhi
rekabentuk produk kerana insurer biasanya
mendapatkan pandangan ejen-ejen sebelum
merangka polisi baru. Apa yang penting, ejen
merupakan saluran pengedaran produk yang
terpenting. Walaupun lain-lain faktor pemasaran
(pelan pemasaran, mengenalpasti pasaran,
pembangunan produk, penetapan harga dan
112

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


promosi) boleh mempengaruhi berapa banyak
polisi insurans yang boleh dijual, ejenlah
yang menjadi tenaga utama dalam jualan
insurans. Kejayaan usaha pemasaran syarikat
insurans bergantung kepada sejauh mana
ejennya juga berorientasikan pemasaran.
Dengan lain perkataan, untuk memastikan
kejayaan
usaha
pemasaran,
syarikat
insurans yang berorientasikan pemasaran
mestilah mempunyai anggota agensi yang
berorientasikan pemasaran juga.

8.1.3 Apakah Yang Dimaksudkan Ejen


Berorientasikan Pemasaran?

Objektif Utama Ejen Berorientasikan


Pemasaran :- Memenuhi Keperluan Insurans
Pelanggannya.
Sebelum ini telah dinyatakan bahawa ejen
insurans membentuk saluran pengedaran yang
paling utama. Oleh kerana ejen dilantik oleh
insurer untuk mengedarkan polisi kepada
pelanggan, ejen berorientasikan pemasaranlah
yang ditugaskan mengedarkan polisi bagi
tujuan memenuhi keperluan pelanggan.
Ini bermakna ejen yang berorientasikan
pemasaran mestilah berusaha untuk memenuhi
kehendak pelanggan dan dalam masa yang
sama mendapatkan sedikit keuntungan untuk
dirinya sendiri.

Kepentingan Pelan Jualan, Menetapkan


Matlamat
Dan
Menilai
Pencapaian
Berbanding Matlamat
Pelan penjualan adalah penting kerana ia
membolehkan ejen membuat perancangan
dan kawalan. Apabila ejen terlibat dalam usaha
membuat perancangan, ia akan merangka
matlamat untuk agensinya dan kaedah untuk
mencapai matlamat tersebut. Pelan penjualan
sama pentingnya dengan pengawalan, iaitu
untuk menilai atau mengukur hasil yang dicapai
dibandingkan dengan pelan perancangan
serta membuat perubahan dimana perlu.
Sebagai contoh, sebuah agensi mungkin
menetapkan matlamat untuk menghasilkan
jumlah
perniagaan
mencukupi
untuk
memperolehi RM100,000 premium setahun.
Pelan penjualan akan disediakan dan ianya
termasuk perkara-perkara berikut:

Kuota Jualan

Untuk menghasilkan RM100,000 premium.

Matlamat

Matlamat adalah lebih terperinci berbanding


dengan kuota jualan. Ia menyumbang kepada
pencapaian matlamat keseluruhan. Contohnya,
matlamat yang ditetapkan untuk menghasilkan
RM100,000 premium meliputi:
a.

Dalam perniagaan insurans am

RM20,000 premium insurans motor

RM20,00 premium insurans


kebakaran

RM20,000 premium kejuruteraan

RM20,000 premium insurans marin


kargo

RM20,000 premium insurans gangguan


perniagaan

Kaedah Untuk Mencapai Objektif


Oleh kerana ejen yang memasarkan polisi
insurans atas usaha jualan peribadinya,
matlamat
untuk
memenuhi
keperluan
pelanggan secara menguntungkan boleh
dicapai melalui perlaksanaan pelan penjualan
dimana kuota jualan, strategi dan objektif
diselaraskan dengan analisa, pembahagian
dan sasaran pasaran.

113

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


b.

Dalam perniagaan insurans hayat

Analisa Pasaran & Kegunaannya

RM70,000 premium tahun pertama


daripada insurans hayat asas

RM10,000 premium tahun pertama


daripada rider kemalangan diri

RM10,000 premium tahun pertama


daripada rider penyakit kritikal

RM10,000 premium tahun pertama


daripada rider pembedahan dan
penghospitalan.

Terdahulu kita ada membincangkan tentang


pelan penjualan yang perlu diselaraskan
dengan analisa, segmen dan sasaran pasaran.
Penelitian aspek-aspek tersebut adalah antara
usaha penting yang perlu dilaksanakan oleh
setiap ejen. Analisa pasaran membantu ejen
mengenalpasti segmen penduduk (pasaran)
yang mana ejen boleh memberi khidmat secara
menguntungkan. Segmen pasaran ditakrifkan
sebagai satu kumpulan pelanggan yang
mempunyai kehendak atau keperluan yang
sama. Sebaik sahaja segmen pasaran telah
dikenalpasti, ejen akan menumpukan perhatian
terhadap sasaran pasaran bagi menentukan
usaha-usaha pemasaran yang berkesan
dan bersesuaian dengan segmen tertentu
pasaran tersebut. Untuk ejen yang mempunyai
sumber yang terhad, membuat pembahagian
pasaran mungkin hanya melibatkan proses
mengenalpasti jenis polisi dan pendekatan
jualan yang bersesuaian bagi segmen pasaran
yang dipilih.

Matlamat ini boleh dipecahkan lagi kepada


beberapa matlamat kecil dalam bentuk tempoh
masa (matlamat bulanan atau suku tahunan)
atau sasaran pasaran (pasaran perseorangan
atau komersil).

Strategi Jualan

Strategi jualan adalah cara untuk mencapai


matlamat jualan. Beberapa contoh strategi
ialah:

menjual pelbagai produk insurans


kepada pelanggan sedia ada

menambah
dan
memperluaskan
pengkalan data pelanggan agensi

menjual polisi dikalangan


pasaran tertentu.

segmen

Strategi atau beberapa strategi jualan yang


digabungkan untuk menghasilkan kuota
jualan sebanyak RM100,000 mungkin salah
satu diatas, atau mungkin lebih. Strategi
jualan mungkin lebih terperinci berbanding
dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.
Usaha menjual insurans persendirian kepada
kakitangan pelanggan korporat memerlukan
strategi penjualan yang lebih terperinci.

Perlaksanaan dan Kawalan Pelan


Jualan

Penilaian Berterusan Terhadap Pencapaian


Berbanding Objektif Adalah Penting.
Untuk memastikan matlamat jualan yang
dirancang mencapai kejayaan, pelan jualan
perlu dilaksanakan secepat mungkin. Bahagian
yang paling kritikal dalam mana-mana pelan
perancangan ialah mengawal atau menyelia
pelan tersebut. Pengawalan melibatkan usaha
membuat beberapa perubahan terhadap
matlamat jika didapati ianya tidak bersesuaian.

114

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN

8.1.4 Jualan Persendirian

8.1.5 Proses Membuat Keputusan


Belian Pengguna

Ejen Perlu Menguasai Kemahiran dalam:


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ejen
merupakan individu yang memasarkan polisi
insurans melalui usaha jualan peribadinya.
Ejen yang bergiat dalam penjualan peribadi
/persendirian perlu memiliki pengetahuan
mengenai produk, pasaran, proses jual-beli dan
teknik penjualan.
Pengetahuan Mengenai Produk
Pengetahuan mengenai produk adalah
penting kerana pengguna insurans biasanya
bergantung kepada ejen untuk membantu
mereka dalam memilih polisi yang sesuai,
yang memenuhi keperluan dan membantu
dalam hal berkaitan dengan tuntutan jika
berlaku kerugian.
Pengetahuan Mengenai Pasaran
Pengetahuan mengenai pasaran juga penting
kerana kemampuan ejen untuk memenuhi
keperluan pelanggan bergantung kepada
pengetahuan ejen tentang pasaran. Ejen yang
menguasai pengetahuan secara mendalam
mengenai pasaran akan dapat mengenalpasti
segmen pasaran, berjaya membantu memenuhi
keperluan dan kepuasan pelanggan dan dalam
masa yang sama memperolehi keuntungan
yang munasabah.
Teknik Penjualan
Seterusnya, ejen yang berjaya perlu memiliki
pengetahuan mengenai proses jual beli dan
teknik penjualan yang boleh digunakan dalam
bidang jualan insurans.

Pengetahuan mengenai proses membuat


keputusan belian pelanggan adalah penting
kerana ia dapat membantu ejen membuat
penyesuaian dan seterusnya akan menjadikan
proses jualan menjadi lebih mudah dan
berkesan.
Terdapat lima tahap dalam proses keputusan
belian pengguna iaitu:

Mengenalpasti Masaalah

Dalam tahap ini, pengguna mula menyedari


tentang kehadiran ancaman sesuatu risiko
dan memikirkan keperluan insurans untuk
melindungi mereka dari masaalah kewangan.

Mengumpul Maklumat

Apabila keperluan telah mula dirasakan,


pengguna akan berusaha mencari maklumat
berkaitan. Kesungguhan usaha mencari
maklumat bergantung kepada faktor-faktor
seperti:
-

pengalaman
pengguna
pembelian produk

kepentingan
pembelian
(faedah
yang
diperolehi
dari
pembelian
tersebut) dan

nilai pembelian

Penilaian
Polisi

Pemilihan

dalam

Lain-lain

Dari
maklumat
yang
diperolehi
dan
dikumpulkan,
pengguna
akan
menilai
polisi berkaitan berdasarkan kriteria yang
ditetapkan. Kriteria adalah ciri-ciri yang
diperlukan (atau dielakkan) oleh pengguna.
Pengguna kemudiannya akan memilih insurer
yang menawarkan produk berkenaan. Kajian
115

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


yang dijalankan di USA menunjukkan bahawa
faktor penting dalam memilih insurer adalah:

Bakal pelanggan juga dikenali sebagai prospek.


Dalam sesetengah perniagaan, jurujual
dibekalkan dengan senarai prospek. Dalam
lain-lain perniagaan, bakal pelanggan perlu
dicari sendiri oleh jurujual.

60% reputasi insurer

26% kualiti perlindungan dan


perkhidmatan

14% manfaat polisi

Penerangan jualan boleh dibuat secara tidak


formal atau diatur dengan rapi dan formal. Ramai
jurujual menggunakan bantuan visual (risalah,
carta atau gambar rajah) dalam persembahan
jualan mereka. Penerangan jualan hendaklah
fleksibel atau boleh disesuaikan dalam pelbagai
situasi. Walau bagaimanaapun, adalah penting
untuk diambil perhatian bahawa Seksyen
150(4) Akta Insurans 1996 menghendaki semua
ejen menggunakan risalah atau ilustrasi jualan
yang dibenarkan oleh insurer (lihat juga Bab 7
Seksyen G 7.6.5)

Lain-lain faktor yang mempengaruhi keputusan


belian pengguna ialah:
-

personaliti dan kemesraan ejen;

kemampuan profesional ejen; dan

premium dan lain-lain syarat.

Pembelian

Selepas menilai semua pilihan berdasarkan


kriteria dan faktor-faktor yang ditetapkan oleh
pengguna sendiri, pengguna akan membuat
keputusan membeli salah satu dari pilihan polisi
yang ada.

Penilaian Selepas Pembelian

Apabila pembelian telah dibuat, pembeli


akan mula menilai hasil beliannya. Ejen yang
menyerahkan dokumen polisi tepat pada
masanya, sentiasa menghubungi pelanggan,
dan menyediakan maklumat penting mengenai
penilaian risiko akan mempunyai peluang cerah
untuk mendapat kepercayaan pelanggan ketika
pembaharuan polisi kelak.

8.1.6 Proses Penjualan

Proses penjualan dalam jualan


melibatkan lima langkah asas:

peribadi

Mengesan Lokasi Bakal Pelanggan

Menyediakan Penerangan Jualan

Mengendalikan Temuduga Jualan

Jurujual mestilah pada peringkat awal lagi telah


dapat menarik perhatian bakal pelanggan.
Setelah dapat menarik perhatian, penerangan
jualan pula hendaklah menimbulkan minat
bakal pelanggan. Untuk menimbulkan kesan
yang lebih efektif, penggunaan contoh produk
atau model dapat membantu menarik perhatian
pelanggan. Setelah berjaya menimbulkan
minat, jurujual kemudiannya perlu mewujudkan
keinginan prospek untuk memiliki produk
tersebut.

Menangani Bantahan

Kejayaan mengendali temuduga jualan


juga bergantung kepada kemahiran dan
keberkesanan jurujual menangani bantahan.
Pelanggan mungkin memerlukan masa untuk
memikirkan idea yang telah diterangkan atau
tidak bersetuju dengan harga produk. Kualiti
produk juga mungkin boleh menimbulkan
persoalan. Jurujual perlu belajar bagaimana
untuk menjawab soalan dan menangani
bantahan dengan cara yang bersesuaian
dan berhemah agar temuduga tersebut
menghasilkan kejayaan.

116

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN

Memuktamadkan Jualan

Pada suatu ketika tertentu, pelanggan akan


membuat keputusan samada untuk membeli
atau pun tidak. Sekiranya penerangan
jualan tersebut berjaya maka jualan boleh
dimuktamadkan. Penjualan tidak semestinya
dihasilkan pada penghujung sesi penerangan
yang
pertama.
Sekiranya
perjumpaan
seterusnya diperlukan, jurujual perlu berusaha
mendapatkan tarikh pertemuan untuk tujuan
tersebut.

8.1.7 Teknik Penjualan

Ejen yang berjaya perlu memiliki pengetahuan


tentang teknik penjualan. Bahagian ini akan
membincangkan tiga teknik penjualan yang
berbeza yang biasanya digunakan dalam
bidang jualan insurans.

Memproses Pesanan

Teknik ini sangat berguna dalam situasi dimana


pelanggan dapat mengenalpasti keperluannya
dengan serta merta. Dalam teknik ini, ejen
mengenalpasti keperluan, menarik perhatian
pelanggan kepada keperluan tersebut dan
membuat penjualan. Memproses pesanan
adalah teknik yang biasa digunakan ketika
pembaharuan polisi.

Penjualan kreatif

Teknik ini digunakan apabila pelanggan


tidak mengetahui atau tidak menyedari
keperluannya.
Pada
dasarnya,
teknik
ini memerlukan penglibatan ejen untuk
membantu
pelanggan
mengenalpasti
keperluan dan mencadangkan polisi-polisi
yang dapat memenuhi keperluan tersebut.
Teknik ini kerap digunakan oleh ejen-ejen.

Penjualan Misionari

Ia adalah merupakan satu teknik dimana


penjualan dibuat secara tidak langsung dengan
menjalinkan persahabatan antara ejen dengan
pelanggan. Secara amnya, sesuatu agensi akan
mendapat menjalinkan hubungan persahabatan
melalui bantuan teknikal dan perkhidmatan
lepas jualan yang efektif.
Oleh kerana perbincangan mendalam mengenai
teknik penjualan adalah diluar skop buku ini,
ejen adalah digalakkan untuk menambah
pengetahuan mereka dengan menyertai kursus
teknik-teknik penjualan.

8.2 PERKHIDMATAN LEPAS JUALAN

Kejayaan membuat jualan kontrak insurans


tidak melepaskan ejen dari terus berinteraksi
dengan pelanggan. Malah, kontrak insurans
memerlukan ejen memberi khidmat lepas jualan
yang berterusan, lebih-lebih lagi sekiranya ia
melibatkan polisi-polisi insurans hayat.
Khidmat lepas jualan menguntungkan keduadua belah pihak. Melihat dari perspektif ejen,
antara kebaikan yang diperolehi ialah:

kemungkinan
polisi
luput
atau
kehilangan
perniagaan
dapat
diminimumkan;
keperluan
pelanggan
terhadap
perlindungan insurans yang baru
dapat dikenalpasti, jualan polisi baru
dimuktamadkan dengan segera dan
seterusnya dapat meningkatkan jumlah
jualan ejen; dan
meningkatkan reputasi insurer sebagai
organisasi
yang
berorientasikan
perkhidmatan.

117

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


Perkhidmatan ejen sangat diperlukan dalam
keadaan-keadaan berikut:-

8.2.1 Perkhidmatan Kepada


Pemegang Polisi

Premium adalah pertimbangan yang diberi oleh


insured kepada insurer sebagai balasan kepada
janji perlindungan insurans yang ditawarkan.
Untuk memastikan kontrak insurans akan terus
berkuatkuasa, premium hendaklah dibayar
pada atau sebelum tarikh jatuh bayaran atau
dibayar ketika dalam tempoh tenggang (grace
period) yang dibenarkan untuk bayaran lewat.
Atas pelbagai alasan, segelintir pemegang polisi
mungkin terlupa untuk membayar premium
tepat pada waktunya.
Membantu pelanggan mengingati tarikh
bayaran premium adalah antara aspek
perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh ejen
sepanjang tempoh kuatkuasa polisi.

8.2.2 Kekerapan dan Kaedah bayaran

Pemegang polisi dibolehkan untuk membayar


premium secara tahunan, setengah tahunan,
suku tahunan atau bulanan, kecuali polisi
insurans premium tunggal. Ia dikenali sebagai
mod atau kekerapan bayaran.
Premium yang bayarannya dibuat selain dari
tahunan adalah lebih tinggi sedikit berbanding
dengan premium tahunan. Terdapat dua sebab
mengapa perkara ini berlaku.
Pertama, ia melibatkan banyak kerja-kerja
pentadbiran untuk membuat kutipan premium
dan ini menyebabkan kos pentadbiran
meningkat.

Kedua, oleh kerana pengiraan premium dibuat


berdasarkan dari andaian yang ia akan dibayar
pada awal tahun polisi dan premium tersebut
dilaburkan serta-merta, maka insurer akan
menanggung kerugian perolehan faedah
apabila premium dibayar dengan kekerapan
selain dari tahunan.
Secara amnya, bayaran premium secara
bulanan tidak digalakkan kecuali ia dibayar
melalui arahan bank atau melibatkan polisi
perkhidmatan rumah-ke-rumah atau skim
potongan gaji. Kaedah bayaran premium
bulanan ini adalah seperti berikut;-

Arahan Bank

Mengikut kaedah bayaran premium secara


arahan bank, pemegang polisi membenarkan
banknya membuat bayaran sejumlah amaun
premium kepada insurer, dan amaun tersebut
kemudiannya didebitkan dalam akaun bank
pemegang polisi. Pihak bank akan mengenakan
yuran perkhidmatan terhadap pemegang
polisi. Jelasnya, pemegang polisi perlu
memastikan agar akaunnya mempunyai baki
yang mencukupi bagi pembayaran premium
berkenaan.

Perkhidmatan Rumah-ke-Rumah

Skim perkhidmatan rumah-ke-rumah berkait


rapat dengan insurans hayat perindustrian yang
biasanya memberi perlindungan kepada mereka
yang hanya mampu mendapatkan amaun polisi
yang rendah. Contohnya golongan pekerja
industri yang bergaji rendah menyebabkan
skim ini dikelaskan sebagai Insurans Hayat
Industri.
Kekerapan bayaran premium untuk polisi ini
ialah secara mingguan, setengah bulanan atau
bulanan. Premium dikutip di rumah pemegang
polisi oleh pengutip wang yang diberi kuasa
oleh insurer. Pengutip wang ini mungkin terdiri
dari ejen insurans, tetapi mereka biasanya
adalah kakitangan insurer. Insured diberi
buku resit premium (buku simpanan wang)
118

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


dimana pemungut wang akan mencatatkan
setiap premium yang dikutip. Bahagian
XVIII Peraturan Insurans 1996, antara lain
menyatakan keperluan maklumat tambahan
untuk dimasukkan kedalam buku resit premium
supaya ia dapat menarik perhatian pemegang
polisi tentang tempoh tenggang bagi bayaran
premium dan akibat kegagalan membayar
premium dalam tempoh tersebut. (rujuk juba
Bab 5 Seksyen D 5.3.2.2. Polisi Hayat Khidmat
Rumah-ke-Rumah).

Skim Potongan Gaji

Skim berkenaan adalah berdasarkan perjanjian


antara insurer dengan majikan pemegang
polisi dimana majikan akan membuat potongan
premium daripada gaji pemegang polisi dan
menyerahkannya kepada insurer setiap bulan.
Majikan akan hanya berbuat demikian dengan
kebenaran bertulis dari pekerja/pemegang
polisi.

8.2.3 Notis Premium

Untuk memastikan pemegang polisi membayar


premium tepat pada masanya, insurer biasanya
akan menghantar notis premium tiga atau empat
minggu sebelum tarikh jatuh premium. Jika
premium masih tidak dibayar, Notis Peringatan
Premium akan dihantar kepada pemegang
polisi.
Perlu dijelaskan bahawa insurer menghantar
notis premium ini atas dasar etika urusniaga
untuk memberitahu dan mengingatkan
pemegang
polisi.
Mengikut
keperluan
kontrak,
pemegang
polisi
dikehendaki
membayar premium mengikut tarikh yang
ditetapkan. Walau bagaimanapun, insurer
menitikberatkan soal pengeluaran notis ini
kerana ia secara langsung dapat membantu
insurer memperolehi pendapatan premium
yang disasarkan. Penghantaran notis ini telah
menjadi amalan biasa perniagaan.

8.2.4 Tempoh Tenggang

Syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak


menyatakan bahawa premium perlu dibayar
pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan
dalam polis. Tetapi kebanyakan kontrak juga
memperuntukkan tempoh tertentu selepas
tarikh tersebut bagi tujuan yang sama. Biasanya
tempoh yang diberikan ialah 30 hari. Tempoh ini
dipanggil tempoh tenggang.
Terdapat dua faedah penting dalam peruntukan
ini;
Pertama, bayaran premium yang diterima dalam
tempoh ini tidak dikenakan denda.
Kedua, jika berlaku kematian atas diri yang
diinsuranskan dalam tempoh ini dan premium
masih belum dibayar, tuntutan kematian akan
dibayar dan premium yang tertunggak berserta
lain-lain hutang (sekiranya ada) akan ditolak
dari amaun tuntutan.
Terdapat juga kemungkinan pemegang polisi
membayar premium selepas tempoh tenggang.
Premium tersebut mungkin diterima dengan
bersyarat (umpamanya penyerahan borang
waranti kesihatan) dan dikenakan denda.
Pengiraan denda tidak dikira dari tarikh tamat
tempoh tenggang, tetapi dari tarikh premium
perlu dibayar sehingga tarikh bayaran dibuat.

8.2.5 Resit Premium

Insurer akan mengeluarkan resit rasmi apabila


bayaran premium telah diterima. Resit rasmi
mengandungi cop tandatangan Ketua Eksekutif
atau lain-lain pegawai utama, berserta
tandatangan juru wang. Resit rasmi ini menjadi
bukti pembayaran premium yang dibuat oleh
pemegang polisi.

119

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN

8.3 CIRI-CIRI UMUM PROSES


PEMBAHARUAN INSURANS AM

Kebanyakan perlindungan polisi-polisi insurans


am adalah untuk tempoh dua belas bulan.
Insurer berharap insured akan memohon
perlindungan untuk tempoh seterusnya, dengan
lain perkataan, insured akan memperbaharui
kontrak. Tiada tanggungjawab khusus untuk
kedua-dua belah pihak memperbaharui
kontrak, tetapi dalam kebanyakan situasi,
insurer akan mengambil langkah sewajarnya
untuk mengekalkan perniagaan tersebut untuk
setahun lagi. Dalam keadaan pasaran yang
berkembang pesat iaitu apabila persaingan
mendapatkan perniagaan begitu sengit, peluang
untuk mendapat perniagaan pembaharuan
agak sukar.
Mengikut
kebiasaan,
insurer
akan
mengeluarkan notis pemberitahuan kepada
insured. Surat notis pembaharuan ini akan
menarik perhatian insured bahawa tempoh
perlindungan insurans hampir tamat, dan
premium pembaharuan turut tertera dalam
notis berkenaan. Sesungguhnya bukanlah
tanggungjawab insurer untuk mengeluarkan
notis pembaharuan berkenaan tetapi ia
jelas menunjukkan minat insurer untuk
mendapatkan
perniagaan
pembaharuan
polisi.

Sekiranya
insured
berminat
untuk
memperbaharui polisinya, ia boleh membayar
amaun premium berkenaan kepada insurer atau
menguruskan pembayaran premium, menerima
surat pengesahan pembaharuan polisi berserta
sijil yang berkaitan, iaitu biasanya berbentuk
sijil insurans.

8.4 DAFTAR POLISI

Adalah menjadi keperluan undang-undang


melalui peruntukan Seksyen 47 Akta Insurans
1996 dan Bahagian X Peraturan Insurans 1996,
bahawa setiap insurer perlu menyedia dan
menyelenggara daftar terkini setiap polisi yang
dikeluarkan dan tiada satu pun polisi boleh
dikeluarkan dari buku daftar berkenaan selama
insurer masih bertanggungjawab ke atas polisi
tersebut. Daftar polisi adalah rekod rasmi bagi
polisi yang dikeluarkan oleh insurer.
Daftar polisi mesti mengandungi secara tepat
maklumat minimum yang perlu disediakan
mengikut Akta dan Peraturan tetapi boleh
disimpan dalam bentuk kad atau helaian ledger,
malah dalam bentuk cetakan komputer juga,
kerana Akta Insurans tidak menetapkan bentuk
rekod untuk tujuan ini.

120

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 8
1.

Segmen pasaran merujuk kepada


a.
b.
c.
d.

2.

Teknik penjualan yang digunakan dalam penjualan produk insurans hayat tidak
termasuk
a.
b.
c.
d.

3.

tunai atau cek dibayar terus kepada insurer


debit dari akaun bank milik pemegang polisi
potongan gaji
kesemua di atas

Strategi jualan ialah kaedah yang digunakan untuk mencapai sasaran jualan.
Berikut adalah BUKAN contoh strategi yang dimaksudkan:
a.
b.
c.
d.

5.

membantu pelanggan mengenalpasti keperluan


membantu pelanggan mengetahui dan menyedari akan keperluannya
mewujudkan hubungan dengan pelanggan
tiada berkenaan

Pembayaran premium boleh dibuat secara


a.
b.
c.
d.

4.

sekumpulan pengguna yang mempunyai keperluan yang sama


pengeluar barangan atau produk tertentu
ejen dari syarikat insurans tertentu
sekumpulan pemegang polisi dari kelompok umur yang sama

menjual pelbagai produk insurans kepada pelanggan sedia ada


mengembangkan memperbanyakkan senarai pelanggan agensi
menjual polisi dikalangan segmen pasaran tertentu sahaja
menjual produk kepada pelanggan yang tidak memerlukannya atau tidak
mampu memilikinya

Secara amnya, jabatan pemasaran di syarikat insurans yang berorientasikan


pasaran bertanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsi berikut, KECUALI
a.
b.
c.
d.

merancang dan mengawal


mengenalpasti pasaran
penetapan harga dan promosi produk
pemilihan ejen

121

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


6.

Ejen yang melakukan jualan persendirian perlu memiliki kemahiran berikut


KECUALI
a.
b.
c.
d.

7.

8.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan belian pelanggan adalah seperti


berikut, KECUALI
i.
ii.
iii.
iv.

keperibadian dan keramahan ejen


keupayaan profesional ejen
reputasi insurer
premium dan syarat yang dikenakan

a.
b.
c.
d.

i, ii and iii
ii, iii and iv
i, iii and iv
kesemua di atas

Dalam keadaan yang bagaimanakah ejen perlu menggunakan teknik penjualan


kreatif?
a.
b.

c.

d.

9.

kemampuan menentukan harga


pengetahuan tentang produk
pengetahuan mengenai pasaran
teknik penjualan

apabila pelanggan tidak mengetahui atau menyedari keperluannya


dalam situasi dimana pelanggan telah sedia mengetahui tentang
keperluannya
apabila penjualan berjaya dimuktamadkan secara tidak langsung kerana
hubungan yang baik antara ejen dan pelanggannya
apabila pelanggan memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya , atau
mungkin tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan

Mengapa penilaian selepas jualan merupakan faktor penting kepada ejen?


a.

b.
c.

d.

Ejen mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memupuk keyakinan dan
kesetiaan pelanggan ketika pembaharuan polisi
Ejen dapat memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik
Ejen dapat mencadangkan perlindungan yang bertepatan dengan keperluan
pelanggan
Tidak berkenaan

122

BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN


10.

Yang manakah diantara berikut TIDAK benar mengenai premium ansuran?


a.

b.

c.
d.

Premium ansuran dapat membantu aliran tunai insurer dan lebih


menjimatkan kos
Premium ansuran dapat membantu memperbaiki kadar pengekalan
perniagaan insurer
Insurer mengenakan caj tambahan melalui bayaran premium ansuran
Premium ansuran adalah sama dengan premium tahunan

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

123

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

Pandangan Menyeluruh

9.1

Pengenalan kepada Insurans


Perubatan dan Kesihatan (MHI)

9.2

Prinsip dan Amalan yang


berkaitan dengan Insurans
Perubatan dan Kesihatan

PANDANGAN MENYELURUH

Bab ini merupakan pengenalan kepada


insurans perubatan dan kesihatan , yang akan
dibincangkan di bawah tajuk-tajuk berikut:-

9.3

Perundangan dan Peraturan


berkaitan Insurans Perubatan
dan Kesihatan

9.4

Tanggungjawab Pemberitahuan

9.5

Kategori Insurans Perubatan dan


Kesihatan

9.6

Pembayaran tuntutan tidak


menamatkan perlindungan polisi

9.7

Risiko Insurans Perubatan dan


Kesihatan semakin meningkat
mengikut peredaran Masa

9.8

Kaedah Kawalan Kos

9.9

Kemasukan ke hospital tanpa


bayaran tunai

Pengenalan
kepada
Insurans
Perubatan dan Kesihatan (MHI)
Prinsip dan Amalan yang berkaitan
dengan Insurans Perubatan dan
Kesihatan
Perundangan dan Peraturan berkaitan
Insurans Perubatan dan Kesihatan
Tanggungjawab Pemberitahuan
Kategori Insurans
Kesihatan

Perubatan

dan

Bayaran tuntutan tidak menamatkan


perlindungan polisi

Risiko
Insurans
Perubatan
dan
Kesihatan semakin meningkat mengikut
peredaran Masa

Kaedah Kawalan Kos

Kemasukan ke hospital tanpa bayaran


tunai

9.1 PENGENALAN KEPADA INSURANS


PERUBATAN DAN KESIHATAN

Insurans Perubatan dan Kesihatan (juga dikenali


sebagai insurans kesihatan atau insurans
perubatan) atau MHI dirangka bertujuan
mengurangkan kesan kerugian kewangan yang
timbul akibat perubahan keadaan kesihatan
124

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


seseorang yang semakin membimbangkan.
Insurans ini biasanya dikendalikan oleh Jabatan
Kemalangan & Kesihatan atau Jabatan Insurans
Hayat Berkumpulan didalam sesebuah syarikat
insurans.

d.

indemniti

e.

penyertaan

f.

Subrogasi

Insurans Perubatan dan Kesihatan meliputi


insurans perbelanjaan perubatan, insurans
penyakit maut, faedah hilang upaya kekal,
faedah tunai penghospitalan dan lain-lain
produk insurans yang menawarkan faedah atau
pampasan sekiranya berlaku keuzuran atau
sakit.

Amalan insurans melibatkan proses-proses


berikut:
a.
Tawaran dan penerimaan

Berdasarkan statistik, seseorang individu itu


biasanya berkemungkinan besar memerlukan
salah satu bentuk rawatan perubatan. Kos
rawatan perubatan untuk penyakit merbahaya
amat mahal dan hanya segelintir individu
sahaja yang mampu membiayainya. Oleh itu,
Insurans Perubatan dan Kesihatan merupakan
salah satu cara dimana seseorang individu itu
berupaya membiayai kos rawatan perubatan
melalui penggemblengan sumber-sumber
kewangan didalam dana insurans, dikalangan
pemegang-pemegang polisi.
Teks ini hanya akan menyentuh tentang
insurans perubatan dan kesihatan peribadi dan
pelan insurans pendapatan hilang upaya.

9.2 PRINSIP DAN AMALAN BERKAITAN


DENGAN INSURANS PERUBATAN DAN
KESIHATAN

Prinsip-prinsip asas insurans digunakan


secara meluas dalam insurans perubatan dan
kesihatan, sama sepertimana ia digunakan
dalam insurans bukan-perubatan dan kesihatan.
Antara prinsip-prinsip tersebut ialah:a.

Kepentingan boleh insurans

b.

Penuh percaya mutlak

c.

Sebab hampiran

b.

Pengunderaitan

c.

Memproses polisi

d.

Penyelesaian tuntutan

e.

Insurans semula

9.3 PERUNDANGAN DAN PERATURAN


BERKAITAN INSURANS PERUBATAN DAN
KESIHATAN

Insurans Perubatan dan Kesihatan melibatkan


kemampuan insurer menguruskan risiko
melalui penggemblengan sumber premium dari
semua pemegang polisi. Walau bagaimanapun,
tidak seperti insurans hayat biasa, kepastian
berlakunya tuntutan dalam insurans kesihatan
tidak diperlukan kerana polisi ini mungkin
sebenarnya telah membuat bayaran tuntutan
lebih dari sekali dalam suatu tempoh
perlindungan yang sama.

9.3.1 Akta Insurans 1996

Akta Insurans 1996 yang berkuatkuasa mulai


1 Januari 1997, dinyatakan dalam seksyen 12
iaitu:1.


Penanggung
insurans
berlesen,
selain dari syarikat insurans semula
berlesen,
tidak
dibenarkan
menjalankan kedua-dua perniagaan
125

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN



insurans hayat
serentak;

dan

insurans

am

2.








Tanpa maksud bertentangan dengan


subseksyen (1), sesebuah syarikat
insurans hayat dibolehkan untuk
menjalankan
perniagaan
insurans
perlindungan
dari
berlakunya
penyakit atau sakit, atau insurans
perbelanjaan
perubatan
sematamata,
tertakluk
kepada
syaratsyarat
dan
keperluan
yang
ditentukan oleh pihak bank; dan

3.




Subseksyen (1) tidak digunapakai


sekiranya syarikat insurans secara
undang-undang
telah
disahkan
boleh
menjalankan
urusniaga
kedua-dua
perniagaan
insurans
pada
tarikh
berkuatkuasa.

9.3.2 JPI/GPI 16 (Pindaan)

Lanjutan dari peruntukan seksyen 201 Akta


Insurans 1996, Bank Negara Malaysia (BNM)
telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai
Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan
JPI/GPI 16 (pindaan) pada 26 Ogos 2005.
Garis Panduan ini menggantikan garis panduan
sedia ada JPI/GPI 16 - Garis Panduan mengenai
Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan
yang dikeluarkan oleh BNM pada 24 Disember
1998, dan hendaklah dibaca bersama perkara
yang berhubung dengan:-

Peruntukan-peruntukan berkaitan di
bawah Bahagian XII dan XV Akta
Insurans 1996;
JPI: 12/12003 Standard Minimum
mengenai
Pemberitahuan
Produk
dan Ketelusan dalam Penjualan Polisi
Insurans Perubatan dan Kesihatan;
dan

JPI/GPI 28 Garis Panduan mengenai


Amalan Tidak Jujur dalam Perniagaan
Insurans.

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006, semua


perkara mengenai polisi insurans perubatan
dan kesihatan yang dijual atau diperbaharui
pada atau selepas tarikh ini adalah tertakluk
kepada Garis Panduan pindaan.
Garis Panduan mendefinisikan polisi MHI
sebagai polisi insurans untuk penyakit,
sakit atau perbelanjaan perubatan yang
menyediakan manfaat tertentu dari risiko
seseorang itu mengalami hilang upaya
menyeluruh atau separa akibat dari sakit yang
dihidapi atau lemah daya tahan melawan
penyakit.
Manfaat
berikut:

yang

disediakan

adalah

seperti

bayaran kembali perbelanjaan


perubatan yang ditanggung,
bayaran sekali gus amaun
diinsuranskan, atau
bayaran elaun atau aliran pendapatan
tetap secara berkala sepanjang tempoh
pemilik polisi hilang upaya dan/atau
dirawat di hospital

Garis Panduan ini digunakan untuk semua


jenis produk MHI yang termasuk dalam definisi
yang dimaksudkan, termasuk dan tidak terhad
kepada produk berikut:

perbelanjaan perubatan atau insurans


hospital dan pembedahan (HSI);
penyakit kritikal atau insurans penyakit
maut;

insurans penjagaan jangka panjang;

insurans pendapatan hospital; dan

insurans pergigian.
126

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

9.3.3 JPI: 12/2003 Keperluan Minimum



dalam Pemberitahuan Produk dan

Ketelusan dalam Penjualan Polisi

Insurans Perubatan dan Kesihatan

Pada Mei 5, 2003, pekeliling JPI 12/2003


yang bertajuk Keperluan Minimum dalam
Pemberitahuan Produk dan Ketelusan dalam
Penjualan Polisi Insurans Perubatan dan
Kesihatan telah dikeluarkan.
Penggunaan
Keperluan atau standard minimum ini
digunapakai untuk semua jenis polisi individu
MHI, termasuk rider MHI yang disertakan
dalam polisi hayat individu, polisi berkumpulan
MHI dan semua saluran dimana produk MHI
dipasarkan.
Semua bahan promosi, pemasaran dan
penjualan yang disediakan ketika membuat
jualan produk MHI hendaklah mengandungi
maklumat yang mencukupi, jelas, jujur dan tidak
mengelirukan bakal pemilik polisi.
Untuk polisi berkumpulan dimana pemilik polisi
berkumpulan ini tidak memiliki kepentingan
boleh diinsuranskan atas hayat individu
yang dilindungi dibawah polisi ini, keperluan
pemberitahuan hendaklah dibuat kepada
semua individu yang dilindungi, selaras dengan
keperluan seksyen 186 Akta Insurans 1996.
Penerangan kepada Pelanggan
a.
Keperluan Khusus Pemberitahuan

Berikut adalah ciri-ciri penting dan khusus
mengenai produk dan kontrak polisi MHI
dimana pengantara hendaklah memberitahu
dan menyediakan penerangan yang lengkap
dan jelas kepada bakal pelanggan tentang
perkara-perkara yang dinyatakan di bawah:

Pengecualian dan Batasan Manfaat

Syarat-Syarat Sedia Ada

Tempoh Kelayakan

Deduktibel

Insurans Bersama

Menetap di Luar Negara

Rawatan di Luar Negara

Keadaan dimana pengecualian dan


pembatasan digunakan

Pemilik polisi perlu memahami dan menyedari


bahawa mereka tidak akan mendapat bayaran
penuh seperti yang dinyatakan dalam manfaat
polisi MHI, sekiranya pengecualian dan
pembatasan tersebut dikuatkuasakan.
b.

Premium

Maklumat penting mengenai premium yang


perlu diterangkan ialah:

amaun,
kekerapan
dan
tempoh
bayaran premium untuk mendapatkan
manfaat polisi;
jadual kadar premium untuk semua
umur;

keadaan-keadaan
yang
mungkin
membawa kepada situasi berikut
ketika pembaharuan polisi:

polisi diperbaharui dengan bayaran


premium paras

polisi diperbaharui dengan bayaran


premium yang bertambah; atau

polisi tidak diperbaharui.

Manfaat Polisi

127

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

samada amaun
sama
atau
pembaharuan;

premium
berbeza

adalah
ketika

hak insurer untuk mengkaji semula


kadar
premium
ketika
pembaharuan polisi.

c.

Senarai pemeriksaan

Senarai pemeriksaan dapat mengesahkan


bahawa pengantara telah menerangkan dengan
jelas semua aspek penting mengenai produk
kepada pencadang.
d.

Melaporkan semua produk MHI ke


BNM

Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2003, insurer


yang berhasrat untuk melancarkan produk
baru insurans perubatan dan kesihatan atau
membuat pindaan atas produk sedia ada,
dikehendaki melaporkan dan mengemukakan
sijil aktuari mengenai produk berkenaan kepada
Bank Negara Malaysia, sekurang-kurangnya 30
hari sebelum memasarkan produk berkenaan
kepada orang ramai.

9.3.4 JPI/GPI 28 Garis Panduan



Mengenai Amalan Tidak Jujur

Dalam Perniagaan Insurans

Garis panduan ini dikeluarkan sebagai


langkah lanjutan dari Cadangan 4.27 Pelan
Dasar Sektor Kewangan yang digubal untuk
memperkukuhkan peraturan amalan pasaran
dalam usaha menggalakkan pemberian layanan
yang adil kepada pengguna.
Antara langkah-langkah yang dilaksanakan
termasuklah menggalakkan standard ketelusan
yang lebih tinggi, profesionalisma dan
kebertanggungjawapan dalam mengendalikan
perniagaan insurans. Melalui rangka kerja
yang telah disiapkan, ia dijangka akan terus
membantu memperkukuhkan asas amalan

perniagaan demi memajukan industri insurans


secara lebih tersusun dalam mengharungi
kemunculan suasana yang lebih kompetitif
dalam sektor kewangan.

9.4 TANGGUNGJAWAB PEMBERITAHUAN

Prinsip penuh percaya mutlak digunapakai


dalam insurans perubatan dan kesihatan.
Seksyen 150 Akta Insurans 1996 menyatakan
perkara-perkara berikut:1.



Sebelum sesuatu kontrak insurans


itu
dimuktamadkan,
pencadang
hendaklah
menyatakan
kepada
insurer
mengenai
perkara-perkara
yang:-

a.

dia ketahui adalah penting yang akan


diambilkira dalam keputusan insurer
samada untuk menerima risiko atau
tidak dan terhadap kadar serta syarat
yang dikenakan; atau


b.

seseorang yang berfikiran waras dalam


keadaan normal adalah dijangka
mengetahui yang perkara itu penting.

2.

Tanggungjawab pemberitahuan tidak


memerlukan
pencadang
untuk
menyatakan perkara-perkara yang:-

a.

mengurangkan risiko kepada insurer

b.
menjadi pengetahuan umum

c.
insurer telah mengetahui atau dalam
masa menjalankan tugasnya, insurer
sepatutnya mengetahui
d.

insurer telah mengenepikan atau


mengecualikan sebarang keperluan
pemberitahuan.

128

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


3.

4.

a.

Sekiranya pencadang gagal menjawab


atau memberi jawapan yang tidak
lengkap atau tidak memberi sebarang
pengertian kepada soalan yang
terkandung dalam borang cadangan
atau yang ditanya oleh insurer dan
perkara tersebut tidak disusuli dengan
tindakan lanjut oleh pihak insurer,
pematuhan terhadap tanggungjawab
memberitahu perkara-perkara tersebut
adalah dianggap telah dikecualikan atau
diketepikan oleh pihak insurer.
Penanggung
insurans
berlesen
atau ejen insurans, dalam usaha
memujuk seseorang untuk memasuki
atau menawarkan untuk memasuki
kontrak insurans dengan penanggung
insurans berlesen atau melalui ejen
insurans, adalah tidakdibenarkan:membuat
kenyataan
mengelirukan,
salah
memperdayakan,
samada
penipuan atau sebaliknya;

1.

perubahan ciri-ciri risiko individu


atau diri yang diinsuranskan; dan/
atau

2.

perubahan menyeluruh dalam kadar


premium untuk kelas/portfolio tertentu
yang bermasaalah, contohnya risiko
yang semakin buruk dialami oleh
keseluruhan kelas yang diinsuranskan.

9.5 KATEGORI INSURANS PERUBATAN


DAN KESIHATAN

Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan boleh


dibahagikan kepada dua kategori berikut:1.

Polisi indemniti
polisi indemniti
meletakkan insured atau diri yang
diinsuranskan
didalam
keadaan
kewangan yang sama seperti sebelum
kerugian berlaku, tertakluk kepada had
maksimum amaun yang diinsuranskan.
Contoh-contoh
polisi
indemniti
ialah insurans penghospitalan dan
pembedahan dimana pemegang polisi
akan menerima kembali bayaran kos
rawatan perubatan & perkhidmatan
yang ditanggungnya.

2.

Manfaat polisi - Faedah-faedah polisi


meliputi bayaran sejumlah amaun
yang telah ditetapkan terlebih dahulu
sekiranya berlaku kejadian / perkara
yang dilindungi oleh insurans dalam
tempoh kuatkuasa polisi. Contoh-contoh
faedah polisi ialah pelan faedah tunai
penghospitalan, insurans penyakit maut
dan insurans pendapatan hilang upaya.

yang
atau
secara

b.

menyembunyikan fakta matan untuk


tujuan menipu; atau

c.
berkaitan dengan ejen insurans,
menggunakan risalah jualan atau
ilustrasi jualan yang tidak disahkan oleh
insurer berlesen.
5.

Sekiranya seseorang itu dipujuk untuk


memasuki kontrak insurans mengikut
cara seperti yang dinyatakan dalam
subseksyen (4) di atas, kontrak insurans
berkenaan adalah dianggap batal dan
individu tersebut adalah berhak untuk
memansuhkannya.

Perubahan-perubahan berikut berkemungkinan


besar akan mempengaruhi kadar premium yang
dikenakan ketika pembaharuan:-

129

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

9.6 PEMBAYARAN TUNTUTAN TIDAK


MENAMATKAN PERLINDUNGAN POLISI

2.

Jadual Peraturan Pembedahan

3.

Tempoh maksimum pampasan

Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan


biasanya menyediakan bayaran tuntutan
sehingga ke had maksimum seperti yang
dinyatakan dalam polisi insurans. Had tersebut
mungkin merupakan salah satu atau kombinasi
dari had yang dinyatakan berikut:-

4.

Tempoh masa kos perbelanjaan


akan dibayar

5.

Pembayaran bersama untuk


menaik-tarafkan bilik

6.

Deduktibel

7.

Panel hospital

1.

had bagi setiap hilang upaya

2.

had tahunan keseluruhan

3.

had sepanjang hayat

Bayaran tuntutan tidak boleh menyebabkan


kuatkuasa sesuatu polisi itu ditamatkan, kecuali
setelah bayaran tuntutan kematian telah
dibuat.

9.7 RISIKO INSURANS PERUBATAN


DAN KESIHATAN SEMAKIN MENINGKAT
MENGIKUT PEREDARAN MASA

Insurans Perubatan dan Kesihatan melibatkan


morbiditi (kemungkinan berlakunya hilang upaya
akibat kemalangan atau sakit). Secara amnya,
risiko akan meningkat mengikut peningkatan
umur seseorang. Lain-lain faktor luar seperti
jenis pekerjaan dan faktor alam sekitar juga
mempengaruhi risiko.

9.8 KAEDAH KAWALAN KOS

9.9 KEMASUKAN KE HOSPITAL TANPA


BAYARAN TUNAI

Dibawah konsep kemasukan ke hospital tanpa


bayaran tunai ini, kemasukan ke wad hospital
panel diuruskan dengan adanya surat jaminan
dan pihak hospital tidak lagi memerlukan
bayaran deposit. Apabila pemegang polisi/
penuntut mendaftar keluar dari hospital, ia
hanya perlu membayar kos perbelanjaan
yang tidak ditanggung oleh pihak syarikat
insurans. Kesemua faedah rawatan yang layak
diterima oleh pemegang polisi akan ditanggung
sepenuhnya oleh syarikat insurans.
Perlu dinyatakan bahawa urusan kemasukan
ke hospital tanpa menggunakan wang tunai
ini biasanya dibuat tanpa ikatan kontrak
tetap, kecuali sekiranya ia dinyatakan secara
khusus dalam kontrak insurans. Kemudahan
ini dianggap sebagai khidmat nilai ditambah
yang disediakan oleh syarikat insurans kepada
pemegang polisi yang layak.

Untuk mengawal kos dan penyalahgunaan


akibat dari amaun tuntutan yang sengaja
ditinggikan,
pelbagai
kaedah
kawalan
boleh digunakan oleh insurer. Antaranya
termasuklah:1.

Had Kawalan Dalaman

130

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 9
1.

Yang manakah diantara berikut TIDAK termasuk di bawah insurans perubatan dan
kesihatan.
a.
b.
c.
d.


2.

Insurans perbelanjaan perubatan.


Insurans jangka panjang.
Insurans penyakit merbahaya.
Insurans pendapatan hilang upaya.

Melalui pekeliling _____________ yang dikeluarkan pada ___________, semua


perkara mengenai polisi insurans perubatan dan kesihatan yang dijual atau
diperbaharui pada atau selepas ___________ adalah tertakluk dibawah garis
panduan pindaan berkenaan.


a.
b.
c.
d.

3.

Insurer yang melancarkan produk baru insurans perubatan dan kesihatan


hendaklah mengemukakan sijil aktuari mengenai produk berkenaan kepada BNM
sekurang-kurangnya _______ hari sebelum produk tersebut diperkenalkan kepada
orang ramai.
a.
b.
c.
d.

4.

JPI/GPI 16 (Pindaan) / 26 Ogos 2005 / 1 Januari 2007.


JPI/GPI 16 (Pindaan) / 26 Ogos 2005 / 1 Januari 2006.
JPI/GPI 16 / 26 Ogos 2005 / 1 Januari 2007.
JPI/GPI 16 / 26 Ogos 2005 / 1 Januari 2006.

31 hari.
30 hari.
60 hari.
90 hari.

Insurans perubatan dan kesihatan boleh dibahagikan kepada dua kategori


iaitu:
a.
b.
c.
d.

polisi indemniti dan polisi jangka panjang.


polisi manfaat dan polisi boleh diperbaharui tahunan.
polisi indemniti dan polisi kemalangan diri komprehensif.
polisi manfaat dan polisi indemniti.

131

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


5.

Polisi manfaat tunai penghospitalan adalah _____________ kerana ia menyediakan


bayaran sejumlah wang yang telah ditetapkan terlebih dahulu sekiranya kejadian/
peristiwa yang diinsuranskan berlaku dalam tempoh perlindungan polisi.
a.
b.
c.
d.

6.

7.

Pembayaran tuntutan polisi perubatan dan kesihatan adalah gabungan kaedah


berikut::
I.
II.
III.
IV.

had setiap hilang upaya.


had setiap kemasukan kehospital.
had sepanjang hayat.
had purata tahunan.

a.
b.
c.
d.

I dan II.
I dan III.
I, III dan IV.
Kesemua di atas.

Di bawah insurans perubatan dan kesihatan, pembayaran tuntutan tidak


menyebabkan kuatkuasa polisi ditamatkan, kecuali berlaku
a.
b.
c.
d.

8.

polisi indemniti.
polisi manfaat.
polisi hospital dan pembedahan.
polisi pendapatan hilang upaya.

tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh.


tuntutan hilang upaya sementara dan sebahagian.
tuntutan kematian.
perubahan risiko.

Kemorbidan ditakrifkan sebagai


a.
b.
c.
d.

kebarangkalian berlaku kematian.


kebarangkalian berlaku hilang upaya disebabkan kemalangan atau sakit.
kebarangkalian berlaku kematian disebabkan kemalangan atau sakit.
kebarangkalian berlaku kematian disebabkan sakit.

132

BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


9.

10.

Kaedah yang digunakan oleh insurer untuk mengawal kos dan penyalahgunaan
dari peningkatan tuntutan perubatan meliputi kaedah- kaedah berikut:
I.
II.
III.
IV.

deduktibel.
fail dan bayaran balik tuntutan.
jadual prosedur pembedahan.
bayaran bersama meningkatkan taraf bilik.

a.
b.
c.
d.

I dan II.
I dan III.
I, III dan IV.
Kesemua di atas.

Polisi hospital dan pembedahan yang bertujuan meletakkan insured pada


kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlakunya risiko yang
diinsuranskan, tertakluk kepada had maksimum amaun perlindungan dikenali
sebagai.
a.
b.
c.
d.

Polisi had sepanjang hayat.


Polisi indemniti.
Polisi manfaat.
Polisi had per maksimum.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

133

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

10.1 Jenis-jensi Insurans Perubatan



dan Kesihatan
10.2 Insurans Perbelanjaan Perubatan
10.3 Insurans Perubatan dan

Kesihatan Berkumpulan
10.4 Insurans Manfaat Tunai

Penghospitalan
10.5 Insurans Penyakit Kritikal
10.6 Insurans Pendapatan Hilang

Upaya

Dalam bab ini, kita akan membincangkan tajuktajuk berikut:-

Jenis-jensi Insurans Perubatan dan


Kesihatan

Insurans Perbelanjaan Perubatan

Insurans Perubatan dan Kesihatan


Berkumpulan

Insurans Manfaat Tunai Penghospitalan

Insurans Penyakit Kritikal

Insurans Pendapatan Hilang Upaya

10.1 JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN


DAN KESIHATAN

Produk Insurans Perubatan dan Kesihatan boleh


dijual secara perseorangan atau kumpulan. Bagi
polisi perseorangan, premium yang dikenakan
biasanya berdasarkan dari umur pemegang
polisi, dan premium semakin meningkat selaras
dengan peningkatan usia. Sementara polisi
berkumpulan pula merujuk kepada polisi yang
dikeluarkan kepada sekumpulan individu yang
mengandungi tiga orang atau lebih.
Polisi insurans perubatan
biasanya terdiri daripada:-

dan

kesihatan

1.
Insurans Perbelanjaan Perubatan,

yang meliputi:
a.
Insurans Penghospitalan &

Pembedahan, dan/atau

134

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


b.


2.

3.

4.

Insurans Perbelanjaan Perubatan


Utama
Insurans Faedah Tunai Penghospitalan
Insurans Penyakit Kritikal
Insurans Pendapatan Hilang Upaya

Terdapat sebilangan syarikat insurans yang


memberi perlindungan perbelanjaan perubatan
yang meliputi perkara-perkara berikut:1.

2.

3.

Insurans klinikal (penjagaan rapi)

10.2.1 Insurans Penghospitalan &


Pembedahan
Polisi
insurans
penghospitalan
dan
pembedahan direka bertujuan membuat
bayaran kos rawatan apabila diri yang
diinsuranskan dirawat sebagai pesakit hospital
(dimasukkan ke wad) atau perlu menjalani
pembedahan. Rawatan pembedahan dalam
bentuk pembedahan harian (tidak dimasukkan
ke wad) mungkin juga akan diberi perlindungan
insurans.

Insurans pergigian

Faedah-faedah yang terdapat dalam Polisi


Insurans Penghospitalan dan Pembedahan
biasanya adalah seperti berikut:-

Insurans ibu bersalin

1.

Bilik dan Penyediaan Makanan

2.

Unit Kawalan Rapi

3.

Perkhidmatan dan Bekalan Hospital

4.

Yuran Pakar Bius

5.

Yuran Pakar Bedah

6.

Bayaran Bilik Bedah

7.

Lawatan Doktor Pakar di Hospital

8.

Ujian Diagnosa Sebelum Kemasukan


ke Hospital

9.

Khidmat Pakar Runding Sebelum


Kemasukan ke Hospital

10.

Rawatan Selepas Kemasukan ke


Hospital

11.

Rawatan Pesakit Luar Kecemasan/


Kemalangan

12.

Bayaran Ambulans

10.2 INSURANS PERBELANJAAN


PERUBATAN

Polisi insurans perbelanjaan perubatan direka


bertujuan membuat bayaran kos rawatan
atas kehilangan upaya, tertakluk kepada had
dan syarat-syarat yang terkandung dalam
polisi. Kadangkala, faedah tambahan seperti
Faedah Tunai Hospital Harian mungkin juga
disediakan.
Terdapat
polisi
insurans
perbelanjaan
perubatan yang membayar perbelanjaan bagi
setiap ringgit yang dikenakan atau insurer
mungkin menggunakan pendekatan tertentu
seperti kaedah deduktibel atau bayaran
bersama. Bagi polisi insurans penghospitalan
& pembedahan asas, insurer biasanya
membayar kos perbelanjaan bagi setiap
ringgit yang dikenakan. Sementara dalam
polisi perbelanjaan perubatan utama, insurer
biasanya membayar amaun yang melebihi had
amaun yang dipersetujui terlebih dahulu.

135

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


Terdapat juga polisi yang menawarkan
perlindungan tambahan seperti:1.

Elaun Tunai Harian di Hospital


Kerajaan

2.

Rawatan Pesakit Luar Penyakit Barah

3.

Rawatan Pesakit Luar Dialisis Buah


Pinggang

4.

Perpindahan Organ

5.

Elaun Harian Penjagaan Kanak-Kanak


kepada Diri yang Diinsuranskan

Cukai perkhidmatan biasanya tidak dikenakan,


kecuali syarat-syarat polisi menyatakan ia perlu
dibayar.

pembayaran yang dibuat biasanya meliputi 80%


perbelanjaan, sementara baki 20% perbelanjaan
ditanggung oleh pemegang polisi.
Polisi insurans perubatan utama komprehensif
serupa dengan polisi insurans faedah asas
hospital dan insurans pembedahan. Perbezaan
utama polisi ini ialah ia mengenakan sejumlah
amaun deduktibel. Sekiranya berlaku tuntutan,
hanya amaun yang melebihi amaun deduktibel
dipersetujui sahaja yang akan dibayar.
Polisi insurans lebihan perubatan utama
biasanya dijual sebagai amaun tambahan (topup) kepada polisi insurans perubatan utama.
Walau bagaimanapun, polisi berkenaan yang
biasa terdapat dipasaran AS, tetapi kurang
popular di Malaysia.
Terdapat dua kaedah penyertaan perbelanjaan
iaitu:-

10.2.2 Insurans Perbelanjaan Utama


Perubatan

Polisi insurans perbelanjaan utama perubatan


menyediakan
perlindungan
yang
lebih
meluas serta membayar perbelanjaan utama
penjagaan kesihatan yang berlaku diluar
jangka. Polisi ini menawarkan perlindungan caj
atau perbelanjaan pelbagai bentuk penjagaan
kesihatan dengan mengenakan beberapa
had tertentu berserta faedah maksimum
keseluruhan yang tinggi; melalui bentuk faedah
seperti yang dinyatakan dibawah:-

1.

Deduktibel - polisi dikeluarkan dengan


menyertakan syarat bahawa pemegang
polisi perlu membayar sejumlah amaun
yang dipersetujui terlebih dahulu
sebelum baki perbelanjaan boleh
dibayar atau dibayar balik oleh syarikat
insurans. Amaun deduktibel mungkin
dinyatakan dalam bentuk berikut:-

a.

Jumlah tetap contohnya amaun


deduktibel ialah RM300 bagi setiap
tuntutan
Peratusan contohnya 10% dari
perbelanjaan keseluruhan
Kombinasi antara jumlah tetap dengan
peratusan contohnya 10% dari
perbelanjaan keseluruhan, tertakluk
kepada jumlah maksimum (atau
minimum) sebanyak RM500.

1.

Perubatan Utama Tambahan

b.

2.

Perubatan Utama Komprehensif

c.

3.

Insurans Lebihan Perubatan Utama

Perlindungan insurans perubatan utama


tambahan biasanya merupakan lanjutan
dari polisi insurans faedah asas hospital dan
insurans pembedahan. Secara amnya, faedah
polisi asas akan semakin berkurangan sebelum
pembayaran lanjut dibuat. Melalui polisi ini,

136

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


2.

Bayaran bersama merujuk kepada


keadaan
dimana
perbelanjaan
dikongsi bersama antara pemegang
polisi dan syarikat insurans. Melalui
pembayaran bersama, pemegang polisi
perlu membayar sejumlah peratusan
yang dinyatakan dalam polisi, dari
keseluruhan perbelanjaan perubatan
yang ia layak.
Contohnya,
pembayaran
bersama
untuk menaiktarafkan bilik memerlukan
pemegang polisi berkongsi peratusan
bayaran tertentu apabila ia menerima
rawatan dan menginap dibilik yang
lebih mahal berbanding dengan jumlah
kelayakan yang dinyatakan dalam
polisi.

10.2.3 Asas Perlindungan Insurans

Di Malaysia, polisi insurans Penghospitalan


dan Pembedahan Komprehensif juga dikenali
sebagai seperti yang dicajkan. Selain dari
perbelanjaan bilik penginapan dan makanan,
polisi ini biasanya membayar jumlah sebenar
amaun yang dikenakan oleh pihak hospital.
Walau bagaimanapun, polisi berkenaan
mungkin menghadkan jumlah tuntutan bagi
setiap hilang upaya atau had keseluruhan
tahunan.
Had dalaman polisi insurans penghospitalan
dan pembedahan merupakan bentuk polisi
tradisi yang dijual di Malaysia sejak dahulu
lagi. Polisi berkenaa biasanya menetapkan had
bayaran pampasan bagi setiap manfaat secara
berasingan. Polisi-polisi ini kadangkala tertakluk
kepada Had bagi setiap Hilang Upaya atau Had
Keseluruhan Tahunan. Contoh Perlindungan
Had Dalaman dinyatakan di bawah:-

FAEDAH-FAEDAH (had bagi setiap tuntutan)

RM

Kemudahan bilik & makanan (maksimum harian sehingga 120 hari)


Unit Kawalan Rapi (maksimum harian sehingga 20 hari)
Perkhidmatan & Bekalan Hospital
Diagnosa Sebelum pembedahan & khidmat rundingan
Yuran pembedahan (termasuk yuran pakar bius & bayaran bilik
bedah). Tertakluk kepada Jadual Prosedur Pembedahan)
Diagnosa Sebelum Kemasukan ke Hospital & khidmat rundingan
Lawatan Doktor Perubatan semasa di Wad Hospital (maksimum
harian sehingga 60 hari)
Rawatan lanjutan (dalam tempoh 31 hari dari tarikh keluar hospital)
Bayaran penggunaan Ambulans

300
400
4,000
600
31,000

10.3 INSURANS PERUBATAN DAN


KESIHATAN BERKUMPULAN

Insurans perubatan dan kesihatan secara


berkumpulan mempunyai bentuk perlindungan
yang serupa dengan insurans perubatan dan
kesihatan individu. Walau bagaimanapun,
dalam insurans perubatan dan kesihatan

600
200
600
250

berkumpulan, hanya satu polisi induk


dikeluarkan untuk melindungi sejumlah ahli
dalam suatu kelompok entiti, umpamanya
dibawah majikan yang sama.
Tidak seperti insurans perubatan dan kesihatan
individu dimana potensi risiko setiap individu
dinilai untuk menentukan kebolehinsuranannya,
dibawah polisi ini semua ahli yang layak akan

137

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


diberi perlindungan insurans, tanpa mengambil
kira umur dan keadaan fizikalnya. Premium
yang dikenakan dibawah polisi ini dikira
berdasarkan ciri-ciri kelompok berkenaan
secara keseluruhan, seperti purata umur dan
tahap bahaya pekerjaan. Biasanya polisi
insurans kesihatan ini dikeluarkan kepada
kumpulan yang mempunyai hubungan majikanpekerja, dan dianggap sebagai salah satu skim
faedah pekerja.
Insurans perubatan dan kesihatan berkumpulan
mungkin berasaskan konsep sertaan atau
bukan-sertaan. Pelan insurans kesihatan
berkumpulan bukan sertaan mesti memberi
perlindungan kepada semua ahli yang layak
dalam kelompok tersebut. Sementara insurans
kesihatan berkumpulan konsep sertaan
biasanya memerlukan penyertaan sekurangkurangnya 75% dari jumlah keseluruhan ahli
yang layak.
Kecuali dinyatakan secara berasingan, polisi
berkumpulan dikenakan cukai perkhidmatan.
Dalam polisi sertaan, cukai perkhidmatan
hanya dikenakan atas jumlah caruman majikan
sahaja.
Biasanya
bentuk
faedah,
hak
dan
tanggungjawab setiap ahli dalam kumpulan
berkenaan ada dinyatakan dalam polisi induk
yang dikeluarkan oleh syarikat insurans kepada
satu entiti sahaja iaitu pemegang polisi.

10.3.1 Seksyen 186 Akta Insurans 1996

Polisi hanya boleh dikeluarkan kepada


pemegang
polisi
yang
mempunyai
kepentingan boleh insurans terhadap diri yang
diinsuranskan. Seksyen 152 Akta Insurans
1996 mendefinasikan kepentingan boleh
insurans sebagai:1.

Bayaran polisi tidak boleh melebihi


kepentingan boleh insurans

2.

Seseorang itu dianggap mempunyai


kepentingan
boleh
insurans
berdasarkan bentuk perhubungannya
dengan individu yang dimaksudkan,
iaitu sekiranya individu tersebut
adalah:-

a.

pasangan hidup, anak atau kanakkanak dibawah jagaan yang masih


dibawah umur majoriti ketika polisi
insurans berkuatkuasa;

b.
pekerjanya; atau
c.

seseorang yang pada masa polisi


insurans berkuatkuasa, ia adalah
dibawah jagaannya secara menyeluruh
atau separa menyeluruh.

Satu polisi tunggal akan dikeluarkan bagi tujuan


memberi perlindungan kepada sekumpulan
individu yang telah dikenalpasti hubungannya
dengan
pemegang
polisi,
umpamanya
hubungan majikan-pekerja, persatuan/koperasi/
kesatuan ahli, dan penghutang-pemiutang.
Selain dari hubungan majikan-pekerja, lainlain kategori hubungan tidak termasuk dalam
definisi kepentingan boleh insurans seperti
yang didefinisikan dalam Akta Insurans 1996.
Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu polisi itu
mempunyai kuasa yang sah dari sudut undangundang, Seksyen 186 Akta Insurans 1996 perlu
dipatuhi.
Seksyen 186 Akta Insurans 1996 telah
menyatakan bahawa polisi boleh dikeluarkan
mengikut syarat-syarat berikut:1.

Tiada
individu
yang
dibenarkan
mempelawa individu lain dengan
membuat tawaran atau cadangan untuk
memasuki sesuatu kontrak insurans
dengan tidak memberitahu:-

a.

nama penanggung insurans berlesen

b.

hubungannya dengan
insurans berlesen; dan

penanggung

138

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


c.

premium yang dikenakan oleh


penanggung insurans berlesen

Tiada individu yang dibenarkan untuk


menguruskan polisi berkumpulan untuk
seseorang
dibawah
perlindungan
insurans secara berkumpulan sekiranya
tidak wujud kepentingan boleh insurans
dengan tidak memberitahu kepada
setiap dari mereka:
a.
nama penanggung insurans berlesen

10.4 INSURANS MANFAAT TUNAI


PENGHOSPITALAN

2.

b.

hubungannya dengan penanggung


insurans berlesen;

c.

syarat-syarat yang terkandung dalam


polisi berkumpulan termasuk jumlah
ganjaran yang dibayar kepadanya; dan

d.

premium yang dikenakan oleh pihak


penanggung insurans berlesen.

3.

Penanggung insurans berlesen adalah


bertanggungjawab
terhadap
diri
yang diinsuranskan dalam polisi
berkumpulan
berkenaan
apabila
didapati
pemegang
polisi
tidak
mempunyai kepentingan insurans
terhadap diri yang diinsuranskan dan
diri yang diinsuranskan telah pun
membayar premium kepada pemegang
polisi, tanpa mengambil kira yang
penanggung insurans berlesen tidak
menerima bayaran premium berkenaan
dari pemegang polisi berkumpulan.

4.

Bagi penanggung insurans berlesen


atas polisi berkumpulan berkenaan;
sekiranya didapati pemegang polisi
tidak
mempunyai
kepentingan
boleh insurans terhadap diri yang
diinsuranskan,
maka
penanggung
insurans bertanggungjawab membayar
wang tuntutan yang sepatutnya dibayar
dibawah polisi tersebut kepada diri yang
diinsuranskan atau kepada mana-mana
individu yang layak menerima bayaran
tersebut.

Insurans
faedah
tunai
penghospitalan
boleh dipasarkan sebagai polisi asas atau
sebagai faedah sampingan kepada insurans
hayat atau polisi insurans perubatan. Pelan
insurans ini membayar sejumlah amaun yang
telah dipersetujui bagi setiap hari diri yang
diinsuranskan berada di hospital.

10.5 INSURANS PENYAKIT KRITIKAL

Insurans penyakit kritikal ini juga dikenali


sebagai insurans penyakit maut. Polisi
insurans ini membayar sejumlah amaun
sekaligus apabila diri yang diinsuranskan
didiagnosa mengalami atau mengidap salah
satu dari penyakit kritikal yang dinyatakan
dalam polisi tersebut. Pelan insurans ini
boleh dipasarkan sebagai polisi asas atau
sebagai faedah sampingan kepada polisi
insurans hayat.

10.6 INSURANS PENDAPATAN HILANG


UPAYA

Polisi insurans pendapatan hilang upaya ini


juga dikenali sebagai Insurans Kesihatan
Kekal. Ia merupakan insurans kesihatan yang
menyediakan bayaran secara berkala apabila
diri yang diinsuranskan tidak dapat bekerja
seperti biasa akibat sakit, mengidap penyakit
atau mengalami kecederaan.Walaupun polisi
ini agak biasa di AS dan United Kingdom, tetapi
di Malaysia, polisi ini jarang dipasarkan sebagai
suatu polisi asas.

139

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 10
1.

Secara konvensional, produk insurans perubatan dan kesihatan biasanya dijual


secara:

a.
b.
c.
d.

2.




Polisi perbelanjaan perubatan utama biasanya membayar sejumlah amaun:

3.

Empat kategori utama polisi insurans perubatan dan kesihatan yang ditawarkan
dipasaran ialah.

a.
b.
c.
d.

a.

b.

c.

d.

4.

polisi individu atau berkumpulan.


polisi sementara atau berganda.
polisi tanpa wang tunai atau berkumpulan.
polisi berganda atau pos terus.

bagi setiap ringgit perbelanjaan yang dikeluarkan


bagi manfaat tunai hospital harian
bagi bayaran bersama
bagi lebihan amaun deduktibel yang dipersetujui

insurans perbelanjaan pergigian, manfaat tunai penghospitalan, penyakit


kritikal dan pendapatan hilang upaya.
insurans perbelanjaan perubatan, manfaat tunai penghospitalan, penyakit
kritikal dan pendapatan hilang upaya.
insurans perbelanjaan pergigian, manfaat tunai penghospitalan, insurans
klinikal dan pendapatan hilang upaya.
perbelanjaan perubatan, manfaat tunai bersalin, penyakit kritikal dan
pendapatan hilang upaya.

Beberapa perlindungan tambahan yang boleh disertakan dalam polisi insurans


perubatan ialah.
I
II
III
IV

insurans penjagaan mata


insurans bersalin
insurans klinikal
insurans pergigian

a.
b.
c.
d.

I dan II
I, II dan IV
II, III dan IV
Kesemua di atas

140

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


5.

Dua kaedah penyertaan bayaran yang biasa digunakan dalam polisi insurans
perbelanjaan perubatan utama ialah:
a.
b.
c.
d.

6.

deduktibel dan insurans bersama.


insurans bersama dan bayaran bersama.
bayaran bersama dan deduktibel.
tanpa wang tunai dan bayaran balik.

Polisi insurans perbelanjaan perubatan utama kaedah deduktibel mungkin


dinyatakan dalam bentuk berikut:
a.

b.

c.


d.

amaun tetap bagi setiap tuntutan atau peratusan dari jumlah perbelanjaan
keseluruhan atau kombinasi antara setiap hilang upaya dan amaun tetap.
amaun tetap bagi setiap tuntutan atau peratusan dari jumlah perbelanjaan
keseluruhan atau kombinasi antara setiap hilang upaya dan peratusan.
amaun tetap bagi setiap tuntutan, peratusan dari jumlah perbelanjaan
keseluruhan atau kombinasi antara setiap hilang upaya dan had keseluruhan
tahunan.
amaun tetap bagi setiap tuntutan atau peratusan dari jumlah perbelanjaan
keseluruhan atau kombinasi antara amaun tetap dan peratusan.

7.

Pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak skim insurans perubatan dan kesihatan
berkumpulan ialah

a.
b.
c.
d.

8.

___________ membayar amaun insurans sekali gus apabila diri yang


diinsuranskan didiagnosa menghidap salah satu dari penyakit kritikal yang
dinyatakan dalam jadual polisi

a.
b.
c.
d.

pekerja dan majikan.


pekerja, majikan dan insurer.
majikan dan insurer.
waris, pekerja, majikan dan insurer.

Polisi berkait pelaburan


Polisi insurans kesihatan kekal
Polisi insurans hilang upaya kekal
Insurans penyakit merbahaya

141

BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


9.

Premium yang dikenakan untuk polisi perubatan dan kesihatan individu biasanya
berdasarkan.
a.
b.
c.
d.

10.

kelompok umur dan meningkat mengikut usia.


umur tertentu dan berkurangan mengikut usia.
kelompok umur dan berkurangan mengikut usia.
umur tertentu dan meningkat mengikut usia.

Skim insurans perubatan dan kesihatan berkumpulan bukan sertaan (non


contributory) mesti melindungi.
a.
b.
c.
d.

semua ahli yang layak dalam kelompok tersebut.


sekurang-kurangnya 75% dari ahli yang layak dalam kelompok tersebut.
sekurang-kurangnya 50% dari ahli yang layak dalam kelompok tersebut.
sekurang-kurangnya 90% dari ahli yang layak dalam kelompok tersebut.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

142

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

11.1 Tujuan pengunderaitan


11.2 Anti Pemilihan
11.3 Premium yang Munasabah

Dalam bab ini kita akan membincangkan


tentang pengunderaitan insurans perubatan
dan kesihatan mengikut tajuk-tajuk berikut:-

Tujuan pengunderaitan

Anti Pemilihan

Premium yang Munasabah

11.6 Sumber-sumber Maklumat



Pengunderaitan

Proses Pemilihan Risiko

11.7 Keputusan Pengunderaitan

Pengunderaitan Perubatan

11.8 Menawarkan Perlindungan Yang



Dipinda

Sumber-sumber Maklumat
Pengunderaitan

Keputusan Pengunderaitan

11.4 Proses Pemilihan Risiko


11.5 Pengunderaitan Perubatan

11.9 Pembaharuan Insurans



Perubatan dan Kesihatan
11.10 Bayaran Premium
11.11 Penamatan Polisi

Menawarkan Perlindungan Yang


Dipinda

Pembaharuan Insurans Perubatan dan


Kesihatan

Bayaran Premium

Penamatan Polisi

11.1 TUJUAN PENGUNDERAITAN

Pengunderaitan boleh didefinisikan sebagai


suatu proses penilaian dan pemilihan risiko,
dan juga penentuan kadar premium, terma dan
syarat-syarat.
Untuk mana-mana pelan insurans, diri yang
diinsuranskan dikehendaki membuat caruman
atau sumbangan yang dikenali premium, dan
caruman ini dimasukkan kedalam dana umum
143

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


yang digunakan untuk membayar kerugian.
Untuk memastikan dana umum tersebut
mencukupi untuk membayar tuntutan, syarikat
insurans perlu:
1.
berhati-hati terhadap anti pemilihan

2.
mengenakan kadar premium yang
sepadan dengan risiko yang
ditanggung.

11.2 ANTI PEMILIHAN

Anti pemilihan merujuk kepada keadaan dimana


lebih banyak risiko substandard
diterima
untuk diinsuranskan yang kemudiannya
menyebabkan
keputusan
pengunderaitan
tidak begitu menguntungkan. Hal ini berlaku
apabila pemohon insurans yang mengetahui
dirinya berkemungkinan besar akan mengalami
kerugian, memohon dan menghantar cadangan
insurans.
Biasanya premium yang dikenakan adalah
berdasarkan dari contoh yang mewakili profil
risiko pasaran secara keseluruhan. Berkenaan
dengan anti pemilihan, syarikat insurans yang
tidak memiliki kawalan pengunderaitan yang
berkesan akan mengakibatkan wujudnya
portfolio yang sebahagian besar daripadanya
berisiko tinggi.
Untuk
mengelakkan
anti
pemilihan,
pengunderait perlu berhati-hati dalam membuat
penilaian keatas semua permohonan insurans
dan perlu mengenakan kadar premium yang
berpadanan dengan risiko yang ditanggung
serta mengenakan syarat pengecualian,
sekiranya perlu.

11.3 PREMIUM YANG MUNASABAH

Insurans secara asasnya merupakan suatu


pelan dimana sekumpulan individu yang
menghadapi risiko yang serupa mencarum
kedana umum dalam jumlah yang sama,
dan dana ini digunakan untuk membayar
kerugian yang menimpa sebilangan kecil
individu terbabit. Realitinya, pemohon
insurans berhadapan dengan kemungkinan
menghadapi kerugian yang pelbagai bentuk.
Untuk memastikan premium yang dikutip
untuk satu kelas risiko adalah munasabah,
syarikat insurans perlu mengenakan kadar
premium yang seimbang dengan risiko yang
dihadapi. Dengan lain perkataan, syarikat
insurans akan mengenakan kadar premium
yang tinggi terhadap pemohon insurans yang
berkemungkinan menghadapi kerugian yang
lebih tinggi berbanding dengan kadar purata.
Mengikut amalan biasa, pengunderait dari
syarikat insurans akan melaksanakan suatu
proses yang dipanggil pengunderaitan untuk
memastikan mereka tidak membuat pemilihan
yang salah dan kadar premium yang dikenakan
haruslah berpatutan secara menyeluruh.

11.4 PROSES PEMILIHAN RISIKO

Didalam
risiko
insurans
perubatan
dan kesihatan, pengunderait membuat
pertimbangan pemilihan risiko yang meliputi
perkara berikut:1.

Faktor perubatan - Pertimbangan


mengenai aspek perubatan adalah
penting
dalam
pengunderaitan
insurans pendapatan hilang upaya dan
perlindungan perbelanjaan perubatan.
Sejarah rawatan kesihatan dan keadaan
fizikal terkini merupakan petunjuk
asas akan kebarangkalian berlakunya

144

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


masaalah pada masa hadapan, yang
boleh menyebabkan hilang upaya atau
menanggung
perbelanjaan rawatan
& perubatan apabila dimasukkan ke
hospital.
2.


3.

4.

Faktor
kewangan

Kedudukan
kewangan
pencadang
secara
keseluruhan merupakan pertimbangan
penting dalam menentukan amaun dan
kesesuaian tahap perlindungan yang
diperlukan. Pertimbangan ini akan
menjadi semakin kritikal dalam insurans
pendapatan hilang upaya berbanding
dengan
insurans
perbelanjaan
perubatan kerana amaun perlindungan
insurans pendapatan hilang
upaya
yang terlalu tinggi mungkin seolaholah tidak menggalakkan mereka
yang hilang upaya untuk meneruskan
kerja masing-masing. Kecenderungan
untuk memanjangkan tempoh hilang
upaya bertujuan mendapatkan wang
pampasan insurans dikenalpasti sebagai
malingering (berpura-pura sakit untuk
mengelakkan diri dari bertugas)
Faktor pekerjaan Kemungkinan
berlaku kecederaan ditempat kerja
dapat membantu untuk menentukan
kadar premium untuk perlindungan
insurans hilang upaya, kemalangan dan
perbelanjaan perubatan. Hilang upaya
pekerjaan akibat berlakunya gangguan
kecil adalah antara faktor yang
diambil kira dalam membuat penilaian
permohonan insurans pendapatan
hilang upaya.
Faktor umur dan jantina Masaalah
kesihatan akan sentiasa meningkat
seiring
dengan peningkatan usia
seseorang.
Statistik
menunjukkan
bahawa wujud trend yang berbeza
antara lelaki dan wanita dalam
penggunaan ubat-ubatan. Oleh itu,
umur dan jantina adalah antara
pertimbangan
penting
didalam
pengunderaitan insurans kesihatan.

Pengunderaitan
juga
akan
memberi
pertimbangan terhadap lain-lain faktor
seperti : risiko penerbangan, kegiatan masa
lapang atau avokasi, tabiat dan ciri-ciri moral,
dan aspek-aspek tertentu dalam kes-kes
pengunderaitan yang melibatkan banyak
nyawa. Samada kepentingan setiap faktor
tersebut akan diambilkira atau sebaliknya
adalah bergantung kepada jenis dan amaun
perlindungan insurans yang dipohon.

11.5 PENGUNDERAITAN PERUBATAN

Pengunderaitan mengenai sejarah perubatan


pemohon insurans perubatan dan kesihatan
memerlukan pertimbangan dari sudut sejarah
perubatan dan keadaan fizikal masa kini untuk
menentukan apakah asas insurans yang boleh
ditawarkan atau adakah permohonan insurans
berkenaan perlu ditolak. Pengunderait menilai
risiko dengan membuat anggaran tentang
pengaruh-pengaruh yang berkemungkinan
wujudnya gangguan semasa dan menilai
sejarah perubatan terdahulu keatas tuntutan
masa akan datang.
Melihat dari perspektif pengunderaitan,
pemohon insurans dianggap mempunyai risiko
terjejas sekiranya ia pernah atau memiliki
sejarah kesihatan & perubatan yang berpotensi
untuk menyumbang kearah kecederaan
atau penyakit pada masa akan datang, atau
menimbulkan komplikasi yang mengakibatkan
hilang upaya berpanjangan.
Pengunderait mengklasifikasikan pemohon
insurans berdasarkan sejauh mana perbezaan
sejarah kesihatannya dan keadaan fizikal masa
kini berbanding dengan hayat biasa / hayat
yang tidak terjejas.

145

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

11.5.1 Sejarah Perubatan

Penilaian sejarah perubatan bermula dengan


mengkaji semula maklumat yang terkandung
dalam borang cadangan. Sejarah perubatan
yang dinyatakan mungkin memerlukan siasatan
lanjut. Contohnya, sekiranya pemohon mengaku
pernah menerima rawatan tekanan darah
tinggi, laporan lanjut perubatan dari doktor
panel adalah diperlukan. Selain berusaha
mendapatkan laporan perubatan berkaitan,
pengunderait akan membuat pertanyaan lanjut
terhadap doktor yang mengendalikan rawatan
tersebut mengenai catatan bacaan tekanan
darah, ubat-ubatan yang disyorkan, dan tahap
kawalan yang telah dicapai. Sebaliknya,
apabila kenyataan yang diperolehi melalui
borang cadangan menyatakan terdapatnya
rawatan perubatan dan pemohon telah sembuh
sepenuhnya dari kecederaan patah tangan,
perkara ini tidak memerlukan maklumat lanjut.
Syarikat insurans mengkaji semula sejarah
keadaan
kesihatan
seseorang
untuk
menentukan:1.

kemungkinan berlaku berulang


penyakit

2.

kesan sejarah perubatan terhadap


keadaan kesihatan pemohon secara
keseluruhan

3.

komplikasi yang mungkin timbul pada


masa akan datang

4.

perkembangan normal terhadap


sebarang kelainan/kecacatan

5.

kemungkinan
berlakunya
interaksi
antara perkembangan normal ini
dengan kecacatan/hilang upaya dimasa
akan datang disebabkan faktor yang
langsung tidak berkaitan dengannya.

Terdapat penyakit yang cenderung untuk


berulang semula. Contohnya, pemohon insurans
yang menghidap ulcer sistem penghadaman
berkemungkinan besar akan dimasukkan ke
hospital pada masa akan datang disebabkan
penyakit yang sama, berbanding dengan
mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit
ulcer.
Kebanyakan sakit teruk tidak perlu diberi
perhatian sekiranya ia telah sembuh
sepenuhnya tanpa menunjukkan sebarang
tanda yang gangguan tersebuat akan berulang.
Contohnya termasuklah apendektomi atau
keretakan tulang.
Komplikasi
yang
terpendam,
atau
perkembangan terhadap sesuatu kekurangan/
kelainan sehinggalah ke peringkat dimasukkan
ke hospital atau hilang upaya merupakan
antara
kemungkinan-kemungkinan
yang
disertai dengan pelbagai keadaan. Contohnya
masaalah berat badan, tekanan darah tinggi
walaupun dalam keadaan biasa ia tidak
menyebabkan keadaan hilang upaya tetapi
ia dianggap petunjuk kemungkinan berlaku
gangguan kardiovaskular pada masa hadapan.

11.5.2 Keadaan Fizikal Terkini

Kenyataan
pemohon
insurans
yang
terdapat dalam borang cadangan serta
laporan pemeriksaan perubatan (sekiranya
perlu) merupakan petunjuk penting yang
menerangkan keadaan fizikal pemohon
pada masa sekarang. Pengunderait mungkin
mengenakan keperluan tambahan untuk
membuat penilaian lanjut mengenai keadaan
fizikal terkini atau wujudnya sebarang
gangguan.
Contohnya,
pengunderait
mungkin memerlukan pemohon menjalani
ujian toleransi kandungan gula dalam
darah
sekiranya
ujian
air
kencing
mendapati terdapatnya elemen tersebut
atau memerlukan laporan analisa contoh
darah untuk menilai sejarah penyakit buah
pinggang atau hati.
146

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

11.5.3 Sejarah Keluarga

Bertentangan dengan pengunderaitan insurans


hayat, sejarah keluarga bukanlah faktor penting
dalam pengunderaitan insurans kesihatan.
Statistik morbiditi tidak menunjukkan sejarah
keluarga perlu diberi perhatian serius kecuali
dalam kes-kes tertentu yang bersifat khusus.
Contohnya, sejarah keluarga yang berkait rapat
dengan penyakit diabetis atau haemophilia
mungkin memerlukan ujian tambahan atau
pendekatan yang berbeza.

11.5.4 Faktor kewangan

Status kewangan pemohon merupakan antara


pertimbangan utama dalam pengunderaitan
insurans perlindungan pendapatan hilang
upaya.
Syarikat insurans akan menghadkan amaun
insurans perlindungan pendapatan hilang
upaya dengan menetapkan peratusan tertentu
berdasarkan sumber pendapatan pemohon.
Kebanyakan syarikat insurans tidak akan
menawarkan insurans pendapatan hilang
upaya kepada individu yang mempunyai
pendapatan yang kurang dari tahap minimum
pendapatan tahunan yang diperlukan atau
mempunyai pendapatan yang tidak tetap atau
bermusim. Pengunderaitan kewangan ini perlu
diteliti secara mendalam untuk mengenalpasti
kemampuan pemohon membayar premium
tidak menjadi bebanan, yang akhirnya boleh
menyebabkan polisi lupus.
Syarikat insurans juga tidak akan menawarkan
perlindungan pendapatan hilang upaya
kepada pemohon yang jumlah pendapatannya
mengandungi peratusan yang tinggi dalam
kategori pendapatan diperolehi tanpa kerja
(unearned) seperti pendapatan dari faedah
kerana pendapatan berkenaan akan berterusan
walaupun pemohon mengalami hilang upaya.

Atas sebab-sebab tersebut, pengunderait


insurans kesihatan memerlukan maklumat lanjut
berkenaan sumber-sumber pendapatan dan
jumlah keseluruhan pendapatan pemohon.
Dalam insurans perbelanjaan perubatan,
status kewangan pemohon tidak begitu
diutamakan berbanding dengan permohonan
insurans pendapatan hilang upaya. Secara
amnya, syarikat insurans akan menawarkan
amaun perlindungan yang paling maksimum
sekiranya diputuskan bahawa pemohon perlu
diberi perlindungan hospital dan perbelanjaan
perubatan.
Untuk polisi insurans penghospitalan dan
pembedahan,
syarikat
insurans
yang
menghadapi masaalah kewangan mungkin
tidak berminat untuk memasarkan polisi ini
kerana berkemungkinan akan berlaku banyak
tuntutan dari pemohon yang tidak memiliki
motivasi untuk bekerja. Atau mungkin juga akan
berlaku masaalah kutipan bayaran premium,
disamping kemungkinan berlakunya penipuan
dalam tuntutan.

11.5.5 Faktor Pekerjaan

Kadar morbiditi adalah berbeza menurut


kategori
pekerjaan
seseorang.
Kadar
morbiditi ini menggambarkan tahap bahaya
yang terdapat dalam pekerjaan tersebut,
kestabilan pekerjaan dan juga tempoh masa
yang diperlukan untuk seseorang itu kembali
semula menjalankan tugasnya.
Syarikat insurans biasanya mengklasifikasikan
risiko
berdasarkan
kategori
pekerjaan,
terutamanya dalam pengunderaitan insurans
pendapatan hilang upaya dan insurans kematian
akibat kemalangan. Pertimbangan mengenai
pekerjaan secara relatifnya tidak begitu penting
dalam pengunderaitan insuran perlindungan
perbelanjaan
perubatan.
Kebanyakan
syarikat insurans akan menolak permohonan
perlindungan insurans dari individu yang terlibat
147

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


dalam pekerjaan berisiko tinggi seperti petinju
profesional atau penyelam laut dalam.
Syarikat insurans biasanya menggunakan
jadual pengkelasan pekerjaan berikut dalam
pengunderaitan insurans perubatan dan
kesihatan:Kelas1

-Pekerjaan
yang
kurang
bahaya
seperti
eksekutif,
tugas pentadbiran atau tugas
perkeranian. Biasanya individu
profesional tidak termasuk
dalam kategori ini kerana
mereka
dianggap
berada
dalam kategori risiko yang
diutamakan. Oleh itu, individu
profesional layak diberi had
perlindungan yang lebih tinggi.

Kelas 2

-Pekerjaan
yang
banyak
melibatkan
aktiviti
fizikal
berbanding dengan pekerjaan
Kelas 1. Terdapat kategori
pekerjaan yang tidak begitu
bahaya tetapi sejarah tuntutan
tidak sebaik pekerjaan Kelas 1.
Contoh-contoh pekerjaan kelas
ini ialah penjual kereta terpakai
atau pemilik restoran.

Kelas 3

Kelas 4

-Pekerjaan yang melibatkan


tugas-tugas
fizikal
pada
tahap minimum atau
tugas
yang memerlukan kepakaran
tertentu, termasuklah bidang
perniagaan kecil-kecilan dimana
pemilik perniagaan mempunyai
kepakaran
yang
khusus.
Contohnya ialah juru elektrik,
tukang paip dan juru teknik.
-Pekerjaan yang melibatkan
tugas-tugas berat atau terdedah
kepada bahaya kemalangan.
Contohnya
ialah
pekerja
ditapak pembinaan dan buruh
pertanian.

11.5.6 Umur dan Jantina

Masaalah kesihatan akan semakin meningkat


seiring dengan peningkatan usia seseorang.
Seperti kadar kemortalan, kadar morbiditi
biasanya meningkat selaras dengan umur
penduduk secara keseluruhan. Apabila usia
seseorang semakin meningkat, mereka lebih
terdedah kepada ancaman penyakit dan
sekiranya mereka menghidap sesuatu penyakit,
tempoh menghidap penyakit berkenaan juga
meningkat. Kemungkinan individu mengalami
kecederaan disebabkan kemalangan semakin
meningkat mengikut umur, juga akan mengambil
masa yang lebih lama untuk sembuh. Oleh itu,
kadar premium untuk polisi insurans kesihatan
individu adalah lebih tinggi untuk orang yang
telah berusia, berbanding dengan individu yang
masih muda.
Pengunderait juga lebih cenderung membuat
penilaian yang lebih mendalam mengenai
sejarah kesihatan & perubatan permohonan
insurans individu yang telah berusia kerana
meningkatnya
kemungkinan
masaalah
kesihatan yang berkaitan yang mungkin tidak
dinyatakan dalam borang cadangan.
Syarikat insurans yang menawarkan polisi
insurans pendapatan hilang upaya biasanya
akan mengurangkan had gantirugi atau
indemniti kepada pemohon yang berusia 50
tahun atau lebih kerana pengalaman terdahulu
jelas menunjukkan risiko yang tinggi perlu
ditanggung terhadap pemohon yang telah
berusia.

11.6 SUMBER-SUMBER MAKLUMAT


PENGUNDERAITAN

Pengunderait perlu memilih risiko yang mampu


ditanggung dan berada ditahap penerimaan
syarikat insurans, selaras dengan apa yang
telah ditetapkan melalui objektif pengunderaitan

148

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


syarikat, ke atas jenis-jenis polisi yang
dikeluarkan dan kebarangkalian berlakunya
tuntutan. Ketika melakukan proses pemilihan
dan mengkelaskan risiko, pengunderait
insurans kesihatan menggunakan sumber
pengumpulan maklumat yang sama digunakan
oleh pengunderait insurans hayat lainnya. Ini
termasuklah:1.

Borang cadangan;

2.

Keterangan dari ejen;

3.

Laporan pemeriksaan kesihatan &


paramedik;

4.

Keterangan dari doktor yang merawat


pesakit; dan

5.

Rekod perubatan dari pihak hospital

11.7 KEPUTUSAN PENGUNDERAITAN

Pengunderait menilai risiko berdasarkan dari


borang cadangan dan lain-lain sumber maklumat
yang diperolehi untuk menentukan keputusan
pengunderaitan. Di bawah ini dinyatakan 3
kategori keputusan pengunderaitan:1.

standard (dipersetujui menurut apa


yang dipohon)

2.


3.

sub-standard/diubahsuai (dipersetujui
selain dari apa yang dipohon)

sama dengan pengkelasan risiko standard


dalam
pengunderaitan
insurans
hayat
biasa. Pemohon yang dikategorikan sebagai
mempunyai risiko standard akan ditawarkan
perlindungan insurans dengan kadar premium
yang standard; polisi tidak mengenakan
sebarang pengecualian atau pengurangan
faedah insurans.

11.7.2 Penerimaan sub-standard/dipinda


(dipersetujui selain dari apa yang dipohon)

Keputusan pengunderaitan yang meluluskan


penerimaan permohonan risiko kategori substandard atau setelah dibuat pengubahsuaian
merupakan antara aspek yang paling sukar
dalam pengunderaitan insurans kesihatan.
Pindaan yang dibuat mungkin melibatkan
pengecualian faedah sampingan, mengenakan
premium tambahan, perubahan dalam faedah
insurans yang diperuntukkan, atau kombinasi
dari beberapa pilihan di atas.

11.7.3 Ditolak

Keputusan pengunderaitan yang paling drastik


ialah menolak atau tidak boleh menerima
permohonan insurans berkenaan. Keputusan
ini dibuat terhadap pemohon yang mungkin
tidak boleh diinsuranskan kerana individu
berkenaan terlibat dalam pekerjaan/hobi yang
amat merbahaya atau keadaan kesihatan yang
begitu buruk.

ditolak.

11.7.1 Penerimaam standard (dipersetujui


menurut apa yang dipohon)

Keputusan pengunderaitan yang biasa dibuat


ialah meluluskan permohonan insurans
tersebut. Pengkelasan risiko standard dalam
pengunderaitan insurans kesihatan adalah

11.8 MENAWARKAN PERLINDUNGAN


YANG DIPINDA

Pengunderait
insurans
perubatan
dan
kesihatan menggunakan pelbagai kaedah atau
pendekatan dalam mengendalikan risiko substandard. Pendekatan tersebut termasuklah:-

149

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


1.

Endorsemen pengecualian

2.

Premium tambahan (bebanan


premium)

3.

Perubahan faedah insurans


(pengubahsuaian faedah)

11.8.1 Endorsemen Pengecualian

Insurans perubatan dan kesihatan telah


lama menggunakan pendekatan membuat
endorsemen pengecualian sebagai salah satu
cara persetujuan penerimaan permohonan
perlindungan insurans, selain dari keputusan
menolak permohonan berkenaan. Endorsemen
berkenaan menyatakan bahawa syarikat
insurans tidak akan membayar sebarang
tuntutan hilang upaya atau perbelanjaan
perubatan atas kecederaan atau sakit akibat
dari masaalah kesihatan tertentu (umpamanya
darah tinggi) atau terlibat dalam aktiviti yang
amat merbahaya (umpamanya penyelam laut
dalam).
Endorsemen mungkin dibuat dalam bentuk
mengecualikan perlindungan dari sesuatu
penyakit tertentu sahaja umpamanya penyakit
darah tinggi atau mungkin mengecualikan
keseluruhan sistem atau bahagian dalam tubuh
manusia seperti mengecualikan penyakit
atau kelainan pada jantung. Pembentukan
atau penulisan ayat endorsemen ini biasanya
ditentukan berdasarkan sifat/ciri-ciri dan
keseriusan sejarah kesihatan pemohon atau
terdapat kelainan, selain dari sudut falsafah
pengunderaitan sesebuah syarikat insurans.
Keburukan membuat endorsemen pengecualian
adalah seperti berikut:1.

pengecualian tersebut menimbulkan


atau mengakibatkan gangguan yang
lebih
serius
terhadap
kesihatan
seseorang dan ianya tidak pula dilindungi
oleh insurans.

2.

Pengecualian
tersebut
mungkin
tidak difahami sepenuhnya oleh diri
yang diinsuranskan dan kemudiannya
menyebabkan pemegang polisi tidak
berpuashati,
hilang
kepercayaan,
meningkatkan kos mengurus tuntutan
dan menamatkan kuatkuasa polisi.

Sebaliknya, mengenakan syarat pengecualian


boleh memberi kebaikan dalam aspek- aspek
berikut:1.

Untuk mengelakkan dari dikenakan


premium
tambahan,
mengenakan
syarat pengecualian adalah dianggap
lebih baik.

2.

Perlindungan insurans masih boleh


diberikan sungguhpun telah diketahui
keadaan kesihatan pemohon tidak begitu
baik, dan untuk mengenakan premium
tambahan mungkin tidak begitu sesuai.

11.8.2. Premium Tambahan (bebanan


premium)

Keadaan kesihatan yang mempunyai risiko


seperti kelainan kardiovaskular mempunyai
skop yang begitu luas dan amat sukar
untuk didefinisikan dan diberi perlindungan
secukupnya melalui pengecualian faedah
tambahan. Lain-lain keadaan seperti tekanan
darah tinggi, diabetis atau obesiti, mempunyai
terlalu banyak komplikasi yang menyebabkan ia
terpaksa dikecualikan. Melihat kepada keadaan
tersebut, skop faedah tambahan adalah terlalu
luas untuk ditawarkan kepada pemohon atau
terlalu kecil untuk melindungi kepentingan
syarikat insurans. Jalan penyelesaian kepada
masaalah mengecualikan faedah tambahan
yang skop perlindungannya terlalu luas atau
terlalu kecil itu ialah dengan menawarkan
kepada
pemegang
polisi
perlindungan
sepenuhnya dengan menerapkan pendekatan
bayaran premium tambahan.

150

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


Bayaran
premium
tambahan
yang
membolehkan diri yang diinsuranskan
menikmati
perlindungan
sepenuhnya,
biasanya lebih mudah diterima oleh
pemohon berbanding dengan keputusan
mengecualikan
faedah
tambahan.
Syarikat insurans meletakkan diri yang
diinsuranskan dalam kelas pengkadaran
khas dan dikenakan premium tambahan
yang dinyatakan dalam bentuk peratusan
dari premium standard. Premium tambahan
biasanya dikenakan sekitar 25% hingga
100% dari premium standard, walaupun
kemungkinannya ada syarikat insurans
yang mengenakan kadar yang lebih tinggi.

11.8.3 Perubahan Manfaat (Manfaat


yang Diubahsuai)

Kaedah pengubahsuaian yang lain antaranya


ialah mengubah bentuk faedah kepada sesuatu
yang lain dari apa yang dipohon oleh pemegang
polisi. Contoh perubahan faedah tersebut
umpamanya menawarkan amaun perlindungan
yang lebih kecil, memanjangkan tempoh
penghapusan atau memendekkan tempoh
faedah atas polisi pendapatan hilang upaya,
atau mengenakan amaun deduktibel yang lebih
besar dalam polisi perbelanjaan perubatan.
Perubahan-perubahan
tersebut
biasanya
digunakan apabila keadaan kewangan, situasi
perniagaan atau masaalah kesihatan yang
berada ditahap garis sempadan menunjukkan
bahawa
perlindungan
standard
boleh
ditawarkan tetapi akan timbul pula persoalan
sejauh mana seriusnya risiko keseluruhan yang
perlu ditanggung. Kadangkala pengubahsuaian
keatas perubahan faedah akan digunakan
selaras dengan penetapan bayaran premium
tambahan
atau
mengecualikan
faedah
tambahan.

11.9 PEMBAHARUAN INSURANS


PERUBATAN DAN KESIHATAN

Syarat-syarat pembaharuan polisi mungkin


berbeza dari satu polisi ke polisi yang lain.
Umumnya, jenis-jenis polisi berikut boleh
didapati dipasaran:1.

Polisi Boleh Diperbaharui Beropsyen

2.

Polisi Pembaharuan Terjamin

3.

Pembaharuan Bersyarat (Tidak Boleh


Diperbaharui Atas Sebab-Sebab Yang
Dinyatakan Sahaja)


4.

Polisi Tidak Boleh Batal

11.9.1 Polisi Boleh Diperbaharui


Beropsyen

Apabila hak untuk memperbaharui polisi


dipegang oleh syarikat insurans, ia boleh
dibatalkan ketika polisi masih dalam tempoh
atas kehendak pemegang polisi, dengan syarat
membuat bayaran balik baki premium dalam
jumlah yang bersesuaian. Syarikat insurans
mempunyai hak untuk tidak memperbaharui
polisi pada tarikh premium patut dibayar atau
pada tarikh ulang tahun polisi, tetapi syarikat
insurans tidak boleh membatalkannya pada
masa diantara tarikh tersebut.
Bagi polisi yang boleh diperbaharui beropsyen,
syarikat insurans biasanya memilih untuk
membuat pindaan ke atas polisi berbanding
dengan keputusan tidak memperbaharui polisi
tersebut. Pindaan atau ubahsuai polisi mungkin
melibatkan:a.

endorsemen
pengecualian
mengenakan premium kelas
kerana wujudnya gangguan.

atau
khas

151

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


b.

menaikkan bayaran premium asas


kerana berlakunya perubahan yang
menyebabkan peningkatan bahaya
pekerjaan

11.9.3 Pembaharuan Bersyarat (Tidak


Boleh Diperbaharui Atas Sebab-Sebab
Yang Dinyatakan Sahaja)

c.

menambahkan tempoh penghapusan


untuk mengelakkan tuntutan kecil dan
tuntutan berulang

Terdapat polisi insurans perubatan dan


kesihatan yang tidak boleh diperbaharui hanya
atas sebab-sebab yang dinyatakan sahaja,
contohnya ialah:-

11.9.2 Polisi Pembaharuan Terjamin

Pengunderaitan untuk memperbaharui polisi di


atas adalah terhad kepada tindakan pembatalan
polisi ketika tempoh pertikaian sahaja atau
menolak permohonan untuk menghidupkan
semula polisi.
Apabila syarikat insurans mendapati wujudnya
salah tafsir fakta matan dalam tempoh
pertikaian, polisi boleh dibatalkan sekiranya
perbuatan tidak memasukkan fakta matan
itu boleh mempengaruhi risiko, dan syarikat
insurans tidak mungkin mengeluarkan polisi
sekiranya maklumat yang tepat diketahui
terlebih dahulu. Syarikat insurans mungkin
menolak permohonan menghidupkan semula
polisi selaras dengan amalan pengunderaitan
semasa.
Perlindungan untuk polisi-polisi pembaharuan
terjamin adalah tertakluk kepada perubahan
kadar premium sekiranya syarikat insurans
telah membayar tuntutan lebih dari jangkaan
dalam portfolio produk tertentu. Perubahan
premium tersebut tidak boleh dibuat atas
dasar individu, tetapi hendaklah berdasarkan
kepada keseluruhan blok polisi dalam kategori
berkaitan.

1.

apabila
diri
yang
diinsuranskan
memperolehi perlindungan tambahan
yang melebihi had pengunderaitan
syarikat.

2.

perubahan kepada kategori pekerjaan


yang tidak boleh diterima

3.

tamat perkhidmatan dengan majikan


atau keahlian dengan persatuan
berkaitan telah ditamatkan

4.

apabila syarikat insurans mengalami


pengalaman
tuntutan
melampau
merugikan dalam portfolio produk
tertentu.

Polisi-polisi jenis ini biasanya diperbaharui


setiap tahun, dan syarikat insurans tidak boleh
menolak permohonan memperbaharui polisi
atas perlindungan yang sedia ada dengan
sebab-sebab selain dari yang dinyatakan dalam
polisi. Walau bagaimanapun, kadar premium
boleh diubah ketika tarikh pembaharuan.
Syarikat insurans biasanya menyertakan
Syarat-Syarat Pembatalan Portfolio dalam
Polisi
Pembaharuan
Bersyarat
untuk
menerangkan dengan jelas mengenai
keadaan-keadaan dimana syarikat insurans
boleh untuk tidak memperbaharui satu-satu
portfolio produk.

152

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

11.9.4 Polisi Tidak Boleh Batal

11.11 PENAMATAN POLISI

Kecuali untuk kajian semula secara berkala


mengenai pencapaian blok perniagaan yang
dipasarkan secara berterusan, pengunderaitan
untuk memberbaharui polisi di atas adalah
terhad kepada tindakan pembatalan kontrak
ketika tempoh pertikaian sekiranya terdapat
perbuatan tidak memasukkan fakta matan
dalam borang cadangan dan menolak
permohonan untuk menghidupkan semula polisi
yang telah lupus. Oleh kerana perlindungan
insurans perlu diperbaharui pada tahap umur
dan premium yang telah dinyatakan, satusatunya tindakan yang boleh dilakukan ialah
dengan memberhentikan usaha pemasaran /
penjualan produk berkenaan. Syarikat insurans
secara kontrak adalah bertanggungjawab
memperbaharui polisi yang sedia ada.

Polisi insurans perubatan dan kesihatan akan


ditamatkan secara automatik sekiranya berlaku
perkara-perkara berikut, yang mana lebih
awal:1.

berlaku kematian terhadap diri yang


diinsuranskan

2.

ketika tarikh ulang tahun polisi dan


diri yang diinsuranskan telah mencapai
umur maksimum kelayakan.

3.

sekiranya jumlah faedah yang dibayar


dibawah polisi berkenaan sejak tarikh
ulang tahun terakhir polisi tersebut,
telah melebihi had maksimum yang
ditetapkan
dalam
jadual
faedah
polisi untuk tahun polisi berkenaan.

11.10 BAYARAN PREMIUM

Terdapat polisi yang dikeluarkan berdasarkan


tunai sebelum lindung, sementara sebahagian
lagi jenis polisi mungkin tertakluk kepada
waranti premium 60 hari.
Untuk polisi pembaharuan terjamin, polisi
pembaharuan bersyarat dan polisi tidak boleh
batal, suatu tempoh tenggang dibenarkan
untuk pembayaran premium dibuat. Sekiranya
bayaran premium dibuat dalam tempoh
tenggang tersebut, syarikat insurans tidak
menganggap yang polisi tersebut telah lupus.
Walaupun polisi berkenaan dianggap telah
diperbaharui, sebarang tuntutan yang dibuat
dalam tempoh berkenaan tidak akan dibayar.
Sekiranya premium masih tidak dibayar sebelum
tamat tempoh waranti atau tempoh tenggang,
polisi akan lupus iaitu tidak berkuatkuasa.

153

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 11
1.

Anti-pemilihan merujuk kepada situasi dimana.


a.

b.

c.

d.

2.

lebih banyak risiko standard diterima untuk diinsuranskan yang


menyebabkan keputusan pengunderaitan kurang memuaskan.
lebih banyak risiko sub-standard diterima untuk diinsuranskan yang
menyebabkan keputusan pengunderaitan kurang memuaskan.
lebih banyak risiko standard diterima untuk diinsuranskan yang
menyebabkan keputusan pengunderaitan lebih memuaskan.
lebih banyak risiko sub-standard diterima untuk diinsuranskan yang
menyebabkan keputusan pengunderaitan lebih memuaskan.

Apakah faktor-faktor umum dibawah insurans perubatan dan kesihatan yang


biasanya dinilai oleh pengunderait ketika melakukan pemilihan risiko?
I.
II.
III.
IV.

faktor perubatan.
faktor kewangan.
faktor umur dan jantina.
faktor pekerjaan.

a.
b.
c.
d.

I dan II.
I dan III.
I, III dan IV.
Kesemua di atas.


3.

Kadar kemortalan dan kemorbidan biasanya meningkat mengikut


a.
b.
c.
d.

4.

usia penduduk.
peningkatan pendapatan penduduk.
tempoh untuk sembuh dari kecederaan.
kegawatan ekonomi.

Diantara berikut, yang manakah pertimbangan penting dalam mengunderait polisi


perlindungan pendapatan hilang upaya?
a.
b.
c.
d.

kawan.
umur.
jantina.
status kewangan.

154

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


5.

Pengunderaitan merujuk kepada proses


a.
b.

c.
d.

membuat sebutharga kadar premium dan terma serta mengeluarkan polisi.


menilai dan memilih risiko, menentukan kadar premium, terma dan syarat
polisi.
menentukan kadar premium sahaja.
menilai kemungkinan sakit akan berulang semula.

6.

Tindakan paling drastik yang boleh diambil oleh pengunderait ketika mengunderait
polisi insurans perubatan dan kesihatan ialah

a.
b.
c.
d.

7.

Yang manakah diantara berikut tidak dianggap sebagai faktor penting ketika
mengunderait insurans perubatan dan kesihatan?
a.
b.
c.
d.

8.

keadaan fizikal.
sejarah perubatan.
sejarah keluarga.
faktor pekerjaan.

Insurer yang mengunderait insurans perubatan dan kesihatan telah lama


menggunakan ___________ sebagai suatu kaedah menawarkan perlindungan
insurans kepada seseorang yang pada asalnya telah ditolak permohonannya.
a.
b.
c.
d.

9.

menerima risiko berkenaan sebagai standard.


menolak penerimaan risiko.
menawarkan premium bebanan.
menawarkan perlindungan yang diubahsuai.

endorsemen pengecualian.
premium bebanan.
manfaat diubahsuai.
tempoh menunggu.

Pengunderaitan ketika pembaharuan polisi ___________ adalah terhad kepada


tindakan pembatalan dalam tempoh boleh tanding atau menolak dari menerima
permohonan untuk menghidupkan semula polisi.
a.
b.
c.
d.

pilihan pembaharuan.
pembaharuan terjamin.
pembaharuan bersyarat.
tidak boleh batal.

155

BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


10.

___________ pencadang tidak begitu penting dalam pengunderaitan insurans


perbelanjaan perubatan, berbanding dengan pengunderaitan ____________.
a.
b.
c.
d.

11.

Tiga kaedah yang digunakan dalam pengunderaitan insurans perubatan dan


kesihatan bagi menangani risiko sub-standard ialah:
a.
b.
c.
d.

12.


Status sejarah keluarga / polisi endowmen.


Sejarah perubatan / insurans pendapatan hilang upaya.
Status kewangan / insurans pendapatan hilang upaya.
Pertimbangan mengenai pekerjaan / insurans penyakit merbahaya.

endorsemen pengecualian, premium tambahan dan perubahan manfaat.


menamatkan tempoh, perubahan manfaat dan pengeluaran polisi standard.
tempoh kelayakan, perubahan risiko dan endorsemen pengecualian.
perubahan risiko, endorsemen pengecualian dan penangguhan.

Berdasarkan perspektif pengunderait, pemohon dianggap sebagai _________


sekiranya ia mempunyai sejarah atau keadaan kesihatan yang boleh menyumbang
kepada kecederaan atau sakit atau komplikasi yang menyebabkan hilang upaya
berpanjangan.
a.
b.
c.
d.

risiko terpilih.
risiko subjektif.
risiko objektif.
risiko terjejas.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

156

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

12.1 Pandangan Menyeluruh Tentang



Pentadbiran Polisi
12.2 Borang Cadangan
12.3 Dokumen Polisi

Dalam bab ini, isu-isu yang berkaitan dengan


pentadbiran polisi insurans perubatan dan
kesihatan akan dibincangkan dibawah tajuktajuk berikut:-

12.4 Endorsemen

Pandangan Menyeluruh Tentang


Pentadbiran Polisi

12.5 Notis Pembaharuan

Borang Cadangan

Dokumen Polisi

Endorsemen

Notis Pembaharuan

12.6


Dokumen untuk Pelepasan


Cukai bagi Bayaran Premium
Insurans Perubatan dan
Kesihatan

Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi


Bayaran Premium Insurans Perubatan
dan Kesihatan

12.1 PANDANGAN MENYELURUH


TENTANG PENTADBIRAN POLISI

Pentadbiran polisi melibatkan pertukaran dan


pengeluaran dokumen sebagai bukti kewujudan
kontrak insurans yang sah. Dokumen berkenaan
termasuklah perkara-perkara berikut;1.

Borang cadangan

2.

Polisi

3.

Endorsemen

4.

Notis pembaharuan

5.

Bukti bayaran premium insurans


kesihatan untuk tujuan pelepasan cukai

157

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


Seksyen 149 Akta Insurans 1996 menyatakan
tentang kawalan dan penghantaran borang
cadangan, polisi dan risalah-risalah dari
syarikat insurans kepada pihak Bank Negara
Malaysia. Sebagai tambahan, Seksyen 149 juga
menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia
akan menjelaskan tentang kod amalan terbaik
mengenai diskripsi borang cadangan, polisi dan
risalah.

12.2.2 Struktur Borang Cadangan

Perlu diambil perhatian bahawa soalan-soalan


yang terkandung dalam borang cadangan
tidaklah sempurna keseluruhannya dan
sekiranya jawapan lengkap yang diberikan
masih tidak menyatakan fakta matan, pencadang
bertanggungjawab untuk memberitahu hal
sebenarnya.

12.2 BORANG CADANGAN


12.2.3 Kandungan Borang Cadangan
Seperti lain-lain kontrak, kontrak insurans akan
menjadi lebih efektif apabila tawaran yang
dibuat oleh satu pihak (pencadang) diterima
oleh pihak yang satu lagi (syarikat insurans).
Dalam insurans, tawaran bermaksud pencadang
menghantar borang cadangan yang telah
lengkap diisi kepada pihak syarikat insurans.

Borang cadangan biasanya


perkara-perkara berikut;1.

Kenyataan
pemberitahuan
seperti
yang disyaratkan dalam Akta Insurans
1996 Tiada perubahan dalam keperluan
memberi kenyataan yang sepenuhnya
mengenai fakta-fakta matan oleh
pencadang, selaras dengan keperluan
Subseksyen 149(4) Akta Insurans 1996.
Kenyataan tersebut berbunyi Anda
dikehendaki menyatakan dalam borang
cadangan, keterangan yang lengkap
dan jujur mengenai segala fakta-fakta
yang anda ketahui atau anda sepatutnya
mengetahui; sekiranya tidak, polisi
mungkin akan menjadi tidak sah.

2.

Soalan-soalan mengenai maklumat


peribadi - Borang cadangan insurans
kesihatan mengandungi soalan tentang
maklumat peribadi, yang biasa terdapat
dalam semua borang cadangan
insurans, dimana keterangan lanjut
yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a.

Nama pencadang Maklumat ini


diperlukan sebagai pengenalan diri,
dan mungkin juga dapat memberi
petunjuk mengenai aspek risiko yang
dicadangkan.
Contohnya,
nama
syarikat mungkin dapat menunjukkan
maklumat tentang jenis perniagaan

12.2.1 Kepentingan Borang Cadangan

Borang cadangan merupakan dokumen


yang disediakan oleh pihak syarikat insurans
dalam bentuk soalselidik bagi setiap kelas
insurans untuk membantu syarikat insurans
mengumpulkan maklumat yang diperlukan,
dan kemudiannya membuat penilaian tentang
risiko yang dicadangkan. Penggunaan borang
cadangan dapat membantu syarikat insurans
memberi pertimbangan dengan cepat dan tepat
terhadap kerana maklumat mengenai risiko
kelas insurans tertentu yang dicadangkan itu
boleh diperolehi dalam bentuk yang tersusun
dan seragan. Dari segi amalan, borang
cadangan kerap digunakan untuk perkara yang
berkaitan dengan risiko yang mudah, dimana
maklumat boleh disediakan dalam bentuk
format yang tersusun.

mengandungi

158

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


yang dijalankan. Nama seseorang
individu yang diketahui mempunyai
reputasi buruk mungkin mendorong
syarikat insurans menolak permohonan
perlindungan risiko berkenaan.
b.

c.

Alamat
pencadang

Maklumat
ini diperlukan untuk tujuan urusan surat
menyurat.
Alamat tentang risiko Maklumat ini
adalah
penting
kerana
lokasi
yang berisiko tinggi bukan sahaja
meningkatkan
kemungkinan
berlakukerugian tetapi juga tahap
keseriusan kerugian yang akan
ditanggung.
Contohnya, seseorang yang tinggal
di kawasan berhampiran kilang kimia
mungkin terdedah kepada risiko yang
tinggi akibat pencemaran bahan kimia
dan kemungkinan berlakunya letupan.

d.

3.

Pekerjaan pencadang merupakan


maklumat terpenting kerana terdapat
pekerjaan yang mempunyai risiko
yang lebih tinggi berbanding dengan
pekerjaan lain. Contohnya, dari
perspektif
insurans
kesihatan,
pekerja ditapak pembinaan dianggap
melibatkan pekerjaan yang berisiko
tinggi.
Insurans yang dimiliki sekarang &
terdahulu Keterangan mengenai
syarikat insurans terdahulu dan syarikat
insurans terkini merupakan antara
syarat yang diperlukan, berserta dengan
maklumat yang diperolehi terus dari
syarikat insurans terdahulu akan dapat
memberi gambaran mengenai bahaya
moral dan bahaya fizikal tentang risiko
yang dicadangkan.

4.

Soalan-soalan
khusus
mengenai
insurans kesihatan Maklumat yang
diperlukan termasuklah:-

a.

Sejarah rawatan perubatan diri &


keluarga

b.
Tabiat merokok/minum

c.
Penglibatan dalam aktiviti merbahaya/

avokasi

d.
Soalan-soalan berkaitan AIDS
5.

Pengisytiharan Hampir kesemua


borang cadangan yang digunakan
oleh syarikat insurans mengandungi
fasal pengisytiharan yang memerlukan
pencadang;

a.

mengistiharkan yang jawapan yang


diberikan adalah benar;

b.

mengisytiharkan yang kenyataan yang


diberikan adalah lengkap;

c.

bersetuju bahawa borang cadangan


berkenaan akan menjadi asas kepada
kontrak; dan

d.
menerima polisi perlindungan biasa

untuk
kelas
perniagaan
yang

dicadangkan.

Fasal
pengisytiharan
telah
menukar
tanggungjawab
pencadang
memberitahu
kesemua fakta matan dibawah common law
kepada tanggungjawab kontrak. Sehubungan
dengan itu, kesemua kenyataan yang
dinyatakan dalam borang cadangan ditukar
menjadi waranti.
6.

Tandatangan

Dibawah
fasal
pengisytiharan, terdapat peruntukan
yang
memerlukan
tandatangan
pencadang berserta tarikh tandatangan.
Pencadang
perlu menandatangani
borang cadangan berkenaan kerana ia
menandakan tawaran kontrak tersebut.
159

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

12.3 DOKUMEN POLISI

3.

Polisi merupakan dokumen yang disediakan


oleh pihak syarikat insurans. Ia bukanlah
kontrak insurans tetapi sebagai tanda atau
bukti kewujudan kontrak berkenaan. Polisi perlu
disetem sebagai mematuhi peruntukan Akta
Setem. Sekiranya tidak disetemkan, dokumen
tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti
di mahkamah. Dokumen polisi yang biasa
disediakan oleh syarikat insurans mengandungi
bentuk jadual polisi. Jadual polisi terbahagi
kepada beberapa bahagian yang berbeza,
dimana keterangan lanjut mengenai risiko yang
dilindungi ada disertakan dalam salah satu
bahagian dalam polisi yang dikeluarkan oleh
pihak syarikat insurans berkenaan.

Fasal Operasi atau Insurans (intipati


kontrak) Fasal ini menerangkan
tentang kandungan penting kontrak. Ia
menyatakan peril yang diinsuranskan
dibawah polisi ini dan keadaan
yang menjadikan syarikat insurans
bertanggungjawab untuk membuat
bayaran atau seumpamanya kepada
diri yang diinsuranskan.

4.

Pengecualian (peril yang dikecualikan


tidak dilindungi oleh polisi ini)
Pengecualian merupakan had atau
batasan skop perlindungan insurans.
Pengecualian dimasukkan dalam polisi
kerana sesetengah peril dan kerugian
tidak boleh dilindungi dibawah polisi
berkenaan. Sebelum bentuk polisi
berjadual diperkenalkan, pengecualian
biasanya disertakan dalam fasal operasi
dan syarat. Dengan pengenalan bentuk
polisi berjadual, ia menjadi amalan
syarikat insurans untuk meletakkan
semua pengecualian di satu bahagian
khusus dalam polisi.

5.

Jadual Faedah Bahagian ini


mengandungi
semua
maklumat
bercetak yang berkaitan dengan
kontrak berkenaan. Faedah-faedah
yang disediakan dibawah polisi ini
hendaklah dinyatakan dengan jelas
agar pemegang polisi dapat memahami
kandungannya serta boleh dijadikan
rujukan. Hal ini biasanya dilakukan
dengan menyediakan jadual faedah
yang berasingan atau dinyatakan dalam
mukasurat khas. Contohnya, dalam
polisi insurans kesihatan standard,
jadual faedah menyediakan maklumatmaklumat berikut:-

a.

nama dan alamat diri yang


diinsuranskan

b.

premium

c.

nombor polisi

12.3.1 Struktur Dokumen Polisi Insurans


Perubatan dan Kesihatan

Dokumen polisi berjadual dibahagikan kepada


bahagian seperti berikut:1.

Pendahuluan

Bahagian
ini
menyatakan nama penuh dan alamat
berdaftar syarikat insurans, dibahagian
atas muka hadapan..

2.

Fasal Pengenalan Fasal ini


memperkenalkan pihak-pihak dalam
kontrak: syarikat insurans dan diri yang
diinsuranskan. Sekiranya insurans ini
berdasarkan dari borang cadangan
berserta perisytiharan, fasal ini akan
merujukkan hal tersebut. Fasal ini juga
merujuk tentang premium sebagi telah
dibayar atau diri yang diinsuranskan
berjanji akan membayar premium
sebagai balasan.

160

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


d.
e.
f.

tarikh dikeluarkan
agensi
tarikh lahir pemegang polisi

g.

tempoh perlindungan insurans

h.

pekerjaan pemegang polisi

Syarat-syarat yang Melibatkan Masa


Sebagai Elemen Penting

Syarat-syarat Sebelum Kontrak


Syarat-syarat di atas perlu dipenuhi
sebelum sesuatu kontrak itu menjadi
sah.
Contoh;

i.

fasa pengecualian tertentu


Termasuk semua syarat-syarat tersirat.

j.
6.

7.

pelbagai jenis dan amaun faedah


Fasal Penyaksian atau tandatangan
Fasal ini dinamakan sedemikian
kerana ia memperuntukkan kepada
syarikat insurans untuk menyatakan
tugas dan tanggungjawabnya. Polisi ini
ditandatangani oleh pegawai yang diberi
kuasa di syarikat insurans berkenaan.
Syarat-syarat Syarat-syarat mungkin
dinyatakan secara tersurat dan tersirat.
Syarat nyata/tersurat biasanya tertera
dalam dokumen polisi. Syarat nyata
inilah yang mengawal kontrak insurans.
Tanpa syarat nyata/tersurat ini, kontrak
insurans akan tertakluk kepada syarat
tersirat yang berkaitan dengannya.
Syarat tersirat/tidak nyata adalah
berkaitan dengan tanggungjawab penuh
percaya mutlak, kewujudan kepentingan
boleh diinsuranskan, kewujudan perkara
pokok insurans dan pengenalpastian
perkara pokok insurans.
Selain dari membezakan syarat samada
ianya tersurat atau tersirat, syarat-syarat
boleh dikelaskan mengikut masa bila ia
perlu dilaksanakan, iaitu:-

Syarat-syarat Semasa Kontrak


Ia merupakan syarat-syarat yang mesti
dipatuhi semasa tempoh kontrak.
Syarat polisi yang memerlukan insured
memaklumkan kepada insurer sebarang
perubahan dalam risiko adalah syarat
semasa kontrak.

Syarat-syarat Sebelum Liabiliti


Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum
syarikat insurans menanggung sebarang
tuntutan. Syarat pemberitahuan dan
syarat subrogasi dalam polisi kebakaran
adalah contoh syarat ini.

8.

Daftar Polisi Adalah menjadi syarat


disisi
undang-undang
mengikut
seksyen 47 Akta Insurans 1996,
bahawa setiap insurer dikehendaki
menyimpan daftar terkini tentang
semua polisi yang dikeluarkan dan tiada
satupun polisi ini boleh dikeluarkan
daripada daftar berkenaan selama
insurer tersebut masih menanggung
liabiliti keatas polisi-polisi tersebut.
Daftar polisi ini digunakan sebagai
rekod rasmi polisi yang dikeluarkan oleh
insurer.Daftar polisi boleh boleh disimpan
dalam bentuk kad atau diatas lembaran
ledger atau cetakan computer kerana
Akta Insurans tidak menetapkan bentuk
catatan rekod bagi tujuan tersebut.
161

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

12.4 ENDORSEMEN

Adalah menjadi amalan syarikat insurans untuk


mengeluarkan polisi dalam bentuk standard
meliputi peril tertentu dan mengecualikan
yang lainnya. Sekiranya ia bertujuan untuk
mengubah syarat dan terma polisi pada
masa polisi dikeluarkan, syarikat insurans
biasanya mengepilkan satu atau lebih dari
satu memorandum atau endorsemen kepada
polisi. Endorsemen merupakan sebahagian
dari kontrak. Kedua-dua endorsemen dan polisi
menjadi bukti kontrak.
Endorsemen boleh juga dikeluarkan semasa
tempoh polisi untuk merekodkan pindaan pada
kontrak. Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan
dengan salah satu yang berikut:a.

perubahan amaun faedah insurans

b.

perubahan kepada mana-mana tempoh


faedah maksimum

c.

perluasan perlindungan insurans untuk


melindungi tambahan ahli keluarga

d.

perubahan risiko pekerjaan

e.

pembatalan insurans

f.

perubahan nama dan alamat

12.5 NOTIS PEMBAHARUAN

Produk asas insurans perubatan dan kesihatan


biasanya dipasarkan/dijual secara pembaharuan
tahunan dan oleh itu ia tertakluk kepada proses
memperbaharuinya oleh syarikat insurans pada
penghujung tempoh polisi. Walaupun tiada
obligasi dari segi undang-undang bagi pihak
syarikat insurans untuk memberitahu diri yang
diinsuranskan bahawa polisinya akan tamat
tempoh pada tarikh tertentu, syarikat insurans
biasanya akan menghantar notis tersebut satu

atau dua bulan lebih awal, mengingatkan diri


yang diinsuranskan akan tarikh tamat tempoh
polisi.
Notis tersebut mengandungi semua maklumat
penting polisi termasuk nama, nombor
polisi, tarikh tamat polisi, premium tahunan
dan perubahan syarat-syarat pembaharuan
(sekiranya ada). Adalah menjadi amalan
biasa syarikat insurans untuk memasukkan
nota menasihati diri yang diinsuranskan
untuk menyatakan sebarang perubahan fakta
matan terhadap risiko sejak permulaan tarikh
kuatkuasa polisi (atau tarikh pembaharuan
terakhir)
Tidak seperti kontrak insurans am, kontrak
insurans hayat adalah kontrak jangka panjang.
dan biasanya premium dibayar berdasarkan
mod kekerapan bayaran yang dipersetujui.
Mod bayaran mungkin berbentuk bulanan,
suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.
Untuk memastikan pemegang polisi membayar
premium tepat pada waktunya, syarikat
insurans biasanya menghantar notis tiga atau
empat minggu sebelum tarikh jatuh bayaran.
Jika premium masih tidak dibayar dua atau
tiga minggu selepas tarikh jatuh bayaran, Notis
Peringatan Premium akan dihantar kepada
pemegang polisi. Tidak seperti insurans am,
biasanya tiada keperluan untuk menyatakan
sebarang perubahan fakta matan terhadap
risiko yang dilindungi.

12.6 DOKUMEN UNTUK PELEPASAN


CUKAI BAGI BAYARAN PREMIUM
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

Peraturan percukaian masa kini membenarkan


individu pembayar cukai pemastautin Malaysia
menikmati tambahan potongan cukai dari
pendapatan kena cukai sehingga kehad
maksimum RM3,000 atas bayaran premium
insurans pendidikan dan insurans kesihatan.
Pelepasan cukai ini diberikan sebagai tambahan
dari potongan RM6,000 dari pendapatan boleh
162

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


cukai yang dibenarkan atas bayaran premium
polisi insurans hayat dan caruman skim
persaraan yang diluluskan.
Berdasarkan dari garis panduan percukaian
terkini, jenis-jenis polisi insurans perubatan
dan kesihatan berikut adalah layak mendapat
pelepasan cukai:a.

Tempoh perlindungan polisi insurans


perubatan dan kesihatan hendaklah
sekurang-kurangnya 12 bulan atau
lebih.

b.

Perbelanjaan
yang
dikeluarkan
hendaklah berkaitan dengan rawatan
perubatan akibat penyakit, kemalangan
atau hilang upaya.

c.

Polisi
boleh
ditawarkan
secara
bersendirian (stand alone) atau sebagai
rider kepada polisi insurans hayat.
Sekiranya ia adalah rider, hanya
premium rider sahaja yang layak
mendapat potongan.

Untuk melayakkan pelepasan cukai, bukti


pembayaran premium adalah diperlukan oleh
pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Apabila
membuat tuntutan untuk kali pertama, salinan
polisi insurans perubatan dan kesihatan perlu
dihantar berserta borang penyata pendapatan.
Sekiranya tuntutan pelepasan cukai dibuat
setiap tahun, salinan yang diakui sah tentang
resit payaran premium insurans yang
dikeluarkan oleh syarikat insurans perlu dihantar
ke Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai bukti
bayaran. Walau bagaimanapun, dibawah
sistem penilaian sendiri cukai pendapatan yang
diamalkan sekarang, syarat-syarat di atas tidak
lagi diperlukan. Pemegang polisi dinasihatkan
menyimpan semua dokumen tersebut bagi
tujuan audit percukaian dan pengesahan.

163

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 12

1.

__________ ialah dokumen yang dirangka oleh insurer dalam bentuk soalan
kajiselidik setiap kelas insurans yang bertujuan membantu mendapatkan maklumat
untuk membuat penilaian terhadap risiko yang dicadangkan.
a.
b.
c.
d.

borang kajiselidik perubatan.


borang cadangan.
lembaran pengunderaitan.
borang perisytiharan kesihatan.


2.

_____________________ menghendaki insurer melaporkan kepada Bank Negara


Malaysia mengenai borang cadangan, polisi dan risalah yang dikeluarkan olehnya.
a.
b.
c.
d.

3.

_________ ialah dokumen yang dirangka oleh insurer. Ia bukanlah kontrak insurans
tetapi lebih merupakan bukti bertulis.mengenainya. Dokumen ini ialah.
a.
b.
c.
d.


4.

Seksyen 149 Akta Insurans 1996.


Seksyen 159 Akta Insurans 1996.
Seksyen 139 Akta Insurans 1996.
Seksyen 148 Akta Insurans 1996.

Borang kajiselidik perubatan.


Polisi.
Lembaran pengunderaitan.
Borang perisytiharan kesihatan.

Diantara berikut, yang manakah merupakan syarat-syarat dibawah kategori syarat


tersirat/tidak nyata?
I.
II.
III.
IV.

a.
b.
c.
d.

tanggungjawab penuh percaya mutlak.


kewujudan kepentingan boleh insurans.
kewujudan perkara pokok insurans.
pengenalan perkara pokok insurans.
I dan II.
I, II dan III.
II, III dan IV.
Kesemua di atas.

164

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


5.

Fasal yang menyatakan tentang peril diinsuranskan dibawah sesuatu polisi dan
keadaan yang menyebabkan insurer bertanggungjawab untuk membayar tuntutan
dikenali sebagai.
a.
b.
c.
d.

Fasal operasi atau insurans.


Fasal pengenalan.
Fasal pengecualian.
Fasal penyaksian.


6.

Yang manakah diantara Fasal berikut yang memperkenalkan pihak-pihak yang


terlibat dalam kontrak?

a.
b.
c.
d.

7.

Polisi asas insurans perubatan dan kesihatan biasanya dijual berasaskan

a.
b.
c.
d.

8.

Di bawah _____________ , adalah menjadi keperluan undang-undang iaitu


insurer dikehendaki menyimpan dan menyelenggara ___________ berkaitan
semua polisi yang dikeluarkan dan tiada satu pun polisi ini boleh dikeluarkan
daripada daftar berkenaan selama insurer tersebut masih menanggung liabiliti
keatas polisi-polisi tersebut.
a.
b.
c.
d.

9.

Fasal operasi atau insurans.


Fasal pengenalan.
Fasal pengecualian.
Fasal jadual manfaat.

boleh diperbaharui secara setengah-tahunan.


boleh diperbaharui secara tahunan.
boleh diperbaharui secara bulanan.
boleh diperbaharui secara suku-tahunan.

Seksyen 54 Akta Insurans 1996 / daftar terkini.


Seksyen 47 Akta Insurans 1996 / daftar terkini.
Seksyen 55 Akta Insurans 1996 / daftar terkini.
Seksyen 46 Akta Insurans 1996 / daftar terkini.

___________ adalah syarat-syarat polisi yang memerlukan insured memaklumkan


kepada insurer sebarang perubahan atau pindaan dalam risiko.
a.
b.
c.
d.

Syarat-syarat sebelum kontrak


Syarat-syarat sebelum liabiliti
Syarat-syarat semasa kontrak
Syarat-syarat semasa liabiliti

165

BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


10.

Tawaran di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan biasanya


melibatkan
a.

b.

c.

d.

11.

Di bawah undang-undang percukaian semasa, amaun tambahan pelepasan diri


sebanyak RM3,000 dibenarkan atas premium yang dibayar untuk
a.
b.
c.
d.

12.

penghantaran borang permohonan pertukaran yang telah lengkap diisi dan


ditandatangani oleh pencadang.
penghantaran borang kajiselidik perubatan yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani oleh pencadang.
penghantaran borang kenyataan pemberitahuan yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani oleh pencadang.
penghantaran borang cadangan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
oleh pencadang, berserta dengan bayaran premium awal.

polisi insurans pendidikan atau perubatan.


polisi berkait pelaburan.
polisi pelaburan jaminan modal.
polisi endowmen dan berkait pelaburan.

Nama penuh dan alamat berdaftar insurer terkandung dalam.


a.
b.
c.
d.

pengenalan jadual polisi.


pengecualian jadual polisi.
pendahuluan jadual polisi.
jadual manfaat polisi.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

166

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

13.1 Pemberitahuan Kerugian

13.3 Memeriksa Perlindungan

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara


yang berkaitan dengan tuntutan polisi insurans
perubatan dan kesihatan. Antara tajuk-tajuk
penting ialah:-

13.4 Penyiasatan Tuntutan

Pemberitahuan Kerugian

Bukti Kerugian/Tuntutan

Memeriksa Perlindungan

13.6 Penyelesaian Tuntutan Insurans



Perubatan dan Kesihatan

Penyiasatan Tuntutan

13.7 Penafian Liabiliti oleh Insurer

13.2 Bukti Kerugian/Tuntutan

13.5 Borang Tuntutan Insurans



Perubatan dan Kesihatan

13.8 Pertikaian
13.9 Contoh Tuntutan

Borang Tuntutan Insurans Perubatan


dan Kesihatan

Penyelesaian Tuntutan Insurans


Perubatan dan Kesihatan

Penafian Liabiliti oleh Insurer

Pertikaian

Contoh Tuntutan

13.1 PEMBERITAHUAN KERUGIAN

Polisi insurans menghendaki pemegang


polisi memberitahu syarikat insurans secara
bertulis tentang apa-apa tuntutan dalam
tempoh tertentu. Tempoh tersebut, seperti
yang dinyatakan dalam polisi, biasanya dalam
tempoh 14 hari hingga 30 hari.
Pihak yang menuntut perlu menyediakan butiran
lengkap segala dokumen sokongan yang dapat
membantu proses tuntutan. Sebagai tambahan,
borang tuntutan yang lengkap diisi berserta
laporan perubatan juga diperlukan. Kesemua
dokumen ini perlu disediakan oleh orang yang
menuntut atas tanggungan sendiri. Sekiranya
167

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


syarikat insurans memerlukan siasatan
lanjut, kos siasatan tambahan tersebut akan
ditanggung oleh pihak syarikat insurans.

13.2 BUKTI KERUGIAN / TUNTUTAN

Peruntukan
pembuktikan
kerugian
menghendaki
diri
yang
diinsuranskan
menyediakan
laporan
secara
bertulis
mengenai bukti kerugian, dalam kes tuntutan
faedah hilang upaya, dalam tempoh yang
dinyatakan
selepas
tamatnya
tempoh
dimana syarikat insurans bertanggungjawab
terhadapnya.

c.

adakah kerugian disebabkan peril yang


diinsuranskan?

d.

adakah perkara pokok yang terlibat


dalam kerugian sama dengan apa yang
diinsuranskan dalam polisi?

e.

sudahkah
pemberitahuan
tentang
kerugian telah dibuat tanpa sebarang
kelewatan?.

2.

Borang Tuntutan - Setelah pegawai


tuntutan selesai membuat pemeriksaan
awal dan jika maklumat yang diterima
menunjukkan yang tuntutan tersebut
adalah sah, pihak yang menuntut akan
diberi borang tuntutan atau borang
laporan kemalangan termasuk memberi
arahan yang jelas mengenai prosedur
yang betul yang perlu dilakukan dalam
membuat tuntutan, dan senarai
dokumen yang perlu diserahkan
berserta borang tuntutan. Walau
bagaimanapun, jika pegawai tersebut
mendapati tuntutan yang dikemukakan
adalah tidak sah, pihak yang menuntut
akan diberitahu tentang keputusan
tersebut dan proses penyelesaian
tidak akan diteruskan.

3.

Daftar Tuntutan
- Adalah menjadi
keperluan undang-undang mengikut
seksyen 47 Akta Insurans 1996, bahawa
setiap syarikat insurans hendaklah
menyimpan satu buku daftar terkini
bagi semua tuntutan insurans sebaik
sahaja syarikat insurans diberitahu
mengenainya. Tiada satu pun daripada
tuntutan ini boleh dikeluarkan dari
buku daftar ini selagi syarikat insurans
masih bertanggungjawab di atas
tuntutan berkenaan. Daftar tuntutan ini
dianggap sebagai rekod rasmi tuntutan
yang dilaporkan kepada pihak syarikat
insurans.

Dalam kes tuntutan faedah hospital atau faedah


perubatan, bukti sah kemasukan ke hospital
(borang tuntutan dan resit bayaran yang asal)
hendaklah dikemukakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Kegagalan mengemukakan
dokumen tuntutan dalam tempoh masa yang
dikehendaki tidak boleh membatalkan tuntutan
berkenaan sekiranya terbukti bahawa kesemua
dokumen tuntutan tersebut disiapkan dalam
tempoh yang dianggap wajar dan didapati
dokumen tuntutan telah disediakan dalam
tempoh yang dianggap munasabah.

13.3 MEMERIKSA PERLINDUNGAN

Sebaik sahaja notis pemberitahuan kerugian


diterima, pegawai tuntutan akan membuat
pemeriksaan awal untuk memastikan kesahihan
tuntutan tersebut. Ketika membuat pemeriksaan
awal, Pegawai tuntutan juga akan memeriksa
perkara-perkara berikut:1.

Syarat-syarat tuntutan yang sah

a.
adakah polisi masih berkuatkuasa?

b.
adakah premium telah dibayar?

168

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

13.4 PENYIASATAN TUNTUTAN

Apabila borang tuntutan dikeluarkan, ia tidak


bermakna syarikat insurans mengaku untuk
menanggung liabiliti. Sebaliknya, ia bermakna
selepas membuat pemeriksaan awal, syarikat
insurans mendapati tiada sebarang bukti
untuk menafikan tuntutan tersebut. Untuk
memastikan samada syarikat insurans boleh
dipertanggungjawabkan terhadap tuntutan
tersebut, siasatan terperinci mungkin perlu
dilakukan. Walau bagaimanapun, cara dan
tahap penyiasatan adalah berbeza mengikut
saiz dan kerumitan tuntutan. Tuntutan kecil
mungkin diselesaikan berdasarkan dokumen
yang diserahkan oleh pihak yang menuntut.
Tuntutan yang melebihi tahap tertentu akan
disiasat dengan lebih teliti oleh pegawai
syarikat insurans atau penyelaras kerugian
yang dilantik.
Amnya, siasatan mengenai tuntutan adalah
untuk memastikan perkara-perkara berikut;
1.
Kesahihan tuntutan melibatkan

keputusan untuk menentukan:
a.
kewujudan kerugian

b.
kerugian yang berlaku adalah akibat

peril yang diinsuranskan

c.
kerugian tersebut tidak termasuk dalam

skop pengecualian polisi

d.
pihak yang menuntut adalah pihak

yang sah untuk berbuat demikian
2.

Dokumen tuntutan - Borang tuntutan


adalah merupakan dokumen yang
yang disediakan oleh pihak syarikat
insurans untuk mendapatkan maklumat
penting bagi menilai tuntutan yang
dibuat. Secara amnya, semua
borang tuntutan dibuat bertujuan
mendapatkan maklumat tentang
identiti diri yang diinsuranskan,

kepentingannya terhadap kerugian,


keadaan dan tahap kerugian yang telah
berlaku.
Penyerahan
borang
tuntutan
tidak
bermaksud yang pihak syarikat insurans
akan bertanggungjawab terhadap tuntutan
berkenaan. Syarikat insurans menerangkan
kedudukan tersebut dengan jelas dengan
membuat makluman yang dicetak dalam
borang tuntutan. Urusan surat menyurat dari
syarikat insurans kepada pihak yang menuntut
adalah dibuat tanpa prejudis dan berdasarkan
hak masing-masing. Oleh itu, borang tuntutan
dikeluarkan tanpa prejudis, yang bermaksud
dengan penyerahan borang tuntutan berkenaan
ia tidak bermakna tanggungjawab telah diakui
oleh syarikat insurans.

13.5 BORANG TUNTUTAN INSURANS


PERUBATAN DAN KESIHATAN

Bukti berlakunya kerugian biasanya disertakan


dalam borang tuntutan yang disediakan
oleh syarikat insurans. Borang tuntutan
insurans perubatan dan kesihatan biasanya
mengandungi kenyataan pihak yang menuntut
dan kenyataan dari doktor yang yang merawat.
Format kenyataan pihak yang menuntut
mungkin berbeza antara syarikat insurans
dengan syarikat insurans yang lain.
Soalan-soalan dalam borang tuntutan dirangka
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
sahaja bagi menentukan liabiliti syarikat
insurans dibawah polisi berkenaan. Dalam
kenyataan biasa diri yang diinsuranskan, pihak
yang menuntut diminta untuk menyediakan
maklumat pengenalan diri seperti nama penuh,
umur, alamat surat menyurat, nama pesakit
atau mereka yang tercedera, sekiranya pihak
yang menuntut adalah ahli keluarga, selain dari
diri yang diinsuranskan. Sebagai tambahan,
terdapat borang yang meminta keterangan
lanjut mengenai kecederaan atau sakit yang
menyebabkan berlakunya kerugian, tarikh
169

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


kejadian, tempat dan bagaimana sakit berkenaan
bermula atau bagaimana kecederaan tersebut
terjadi. Nama hospital dimana pesakit menerima
rawatan dan nama pegawai perubatan juga
perlu dinyatakan.
Borang tuntutan juga mengandungi makluman
keizinan dari diri yang diinsuranskan atau
individu yang dilindungi yang membenarkan
syarikat insurans mendapatkan laporan &
maklumat lanjut dari pihak yang menyediakan
rawatan, pegawai perubatan atau majikan.
Laporan yang dikehendaki terhad kepada
maklumat sejarah perubatan dan/atau taraf
pekerjaan. Keizinan ini adalah penting
bagi syarikat insurans untuk mendapatkan
maklumat terperinci dan seterusnya dapat
menilai tuntutan secara lebih menyeluruh.
Tanpa keizinan tersebut, proses tuntutan akan
tertangguh dan memakan masa.

13.6 PENYELESAIAN TUNTUTAN


INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN

Setelah dibuat penilaian serta pertimbangan


yang sewajarnya terhadap tuntutan yang
dikemukakan, dan keputusan telah dibuat untuk
membayar tuntutan berkenaan, tindakan penting
seterusnya ialah menentukan amaun bayaran
dan akhirnya membuat bayaran tuntutan.

13.7 PENAFIAN LIABILITI


OLEH INSURER

Tidak semua tuntutan yang dikemukakan akan


berjaya kerana syarikat insurans mungkin boleh
menolak liabiliti berkenaan berasaskan kepada
beberapa sebab yang kukuh. Antaranya ialah:
a.
tiada laporan kerugian yang dilaporkan.
b.

c.

polisi telah diisytiharkan batal kerana


telah melanggar syarat-syarat (tersurat
atau tersirat) atau melanggar waranti.

Biasanya terdapat dua pendekatan bagaimana


penolakan tuntutan dikendalikan. Pendekatan
yang dimaksudkan ialah:a.


b.

memberitahu pemegang polisi secara


bersurat oleh pejabat tuntutan.
memberitahu
secara
surat
dari
pejabat
tuntutan
kepada
ejen,
mengarahkan ejen untuk menghubungi
pemegang polisi, memberitahunya
tentang penolakan tuntutan serta
memberikan sebab-sebab penolakan.

Sekiranya penolakan tuntutan itu merupakan


satu kes yang memerlukan kemahiran
memahami dan menerangkan peruntukanperuntukan dan interpretasi amalan syarikat
insurans, adalah lebih wajar wakil tuntutan
dari syarikat insurans menemui pihak yang
menuntut.

13.8 PERTIKAIAN

Daripada pelbagai tuntutan yang diselesaikan


oleh syarikat insurans setiap tahun, terdapat
sebahagian kecil tuntutan menimbulkan
pertikaian. Perselisihan faham antara pihak
yang menuntut dengan syarikat insurans pada
amnya melibatkan salah satu dari perkara
berikut:a.


b.

persoalan samada syarikat insurans


boleh dipertanggungjawabkan
kuantum
atau
jumlah
sekiranya
syarikat
bertanggungjawab

kerugian,
insurans

kerugian atau kerosakan yang berlaku


bukan disebabkan oleh peril yang
dilindungi
atau
peril
berkenaan
dikecualikan dari polisi.
170

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


Sekiranya timbul perselisihan, ia
diselesaikan melalui saluran berikut:a.

boleh

Penyelesaian secara rundingan dan


kompromi - apabila berlaku perselisihan
pihak yang menuntut biasanya akan
ditemui oleh pegawai tuntutan yang
akan cuba menyelesaikan perselisihan
melalui rundingan. Sekiranya bantahan
tersebut berkaitan dengan tuntutan yang
telah ditolak, pegawai tuntutan akan
cuba menjelaskan mengapa tuntutan
itu ditolak. Sebaliknya, sekiranya
perselisihan itu berkenaan kuantum
atau jumlah kerugian, pegawai tuntutan
akan cuba untuk merundingkan satu
amaun yang dipersetujui oleh keduadua belah pihak.

b.

Perundangan - Apabila pihak yang


menuntut tidak berpuas hati dengan
amaun
yang dirundingkan dengan
pegawai
tuntutan,
ia
mungkin
mengambil
tindakan
mahkamah
terhadap syarikat insurans. Biasanya
syarikat
insurans
menganggap
tindakan ini sebagai langkah terakhir
dan oleh itu syarikat insurans akan
cuba menyelesaikannya secara luar
mahkamah, kecuali ia melibatkan
amaun tuntutan yang besar atau
bertentang dengan prinsip-prinsip
utama.

c.

Timbangtara - Mengikut amalan biasa,


kebanyakan
polisi
insurans
am
mempunyai
fasal
timbangtara
yang mana ia memperuntukkan
semua perbalahan atau perbalahan
mengenai kuantum/jumlah bayaran
sahaja yang akan dirujuk untuk
ditimbangtara sebelum tindakan
mahkamah boleh diambil oleh
pihak yang menuntut. Biasanya
proses timbangtara menjadi pilihan
berbanding
dengan
tindakan
mahkamah
kerana
kaedah
timbangtara
lebih
cepat
dan
tidak melibatkan kos yang tinggi
berbanding dengan penyelesaian
dimahkamah,
serta
perbicaraan
dibuat secara tertutup berbanding
dengan
perbicaraan terbuka di
mahkamah.

d.

Perantaraan
Biro Perantaraan
Kewangan (Financial Mediation Bureau
FMB) bertindak sebagai pusat resolusi
pelbagai aduan pelanggan terhadap
institusi kewangan yang dikawal oleh
Bank Negara Malaysia. Bagi industri
insurans, skop aduan yang dikendalikan
oleh FMB termasuklah aduan dari
individu, syarikat korporat dan tuntutan
pihak ketiga (kerosakan harta sahaja).
Kes-kes yang dikendalikan oleh FMB
dihadkan kepada jumlah tidak melebihi
RM200,000 bagi perniagaan insurans

Sungguhpun
demikian,
terdapat
tuntutan yang ditolak secara sah dari
dari sudut undang-undang, dan dengan
mengemukakan
pelbagai
alasan,
pihak yang menuntut percaya yang ia
berhak untuk mendapat sedikit bayaran
dan pasti perbalahan mengenai isu
berkenaan akan mengambil masa dan
menelan belanja yang tinggi kepada
kedua-dua belah pihak. Sekiranya
tuntutan
berkenaan
melibatkan
kelompok kecil, penyelesaian secara
kompromi kadangkala dianggap suatu
cara penyelesaian terbaik bagi keduadua belah pihak.
Penyelesaian
secara
kompromi
biasanya
menyebabkan
timbulnya
persoalan tentang tahap keseriusan
hilang upaya ; persoalan tentang sebabsebab kematian sekiranya ia melibatkan
faedah kematian akibat kemalangan
(contohnya soalan mengenai bunuh diri):
atau dalam kes polisi perubatan utama,
persoalan timbul mengenai kesesuaian
atau kewajaran caj yang dikenakan.

171

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


motor dan kebakaran, dan RM100,000
untuk lain-lain kelas insurans. Tuntutan
dari pihak ketiga dihadkan kepada
jumlah RM5,000 sahaja.
FMB menawarkan khidmat siasatan dan
khidmat perantaraan secara percuma
kepada pemegang polisi. Keputusan
yang dibuat oleh FMB yang menyebelahi
pihak pengadu perlu dipatuhi oleh
syarikat insurans. Pengadu yang
tidak berpuashati dengan keputusan
FMB boleh merujuk kes berkenaan ke
mahkamah.
Alamat FMB ialah:
Biro Perantaraan Kewangan
Level 25, Darul Takaful
4 Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur

Oleh kerana had penggunaan manfaat tahunan


dan had manfaat seumur hidup belum mencapai
ke tahap maksimum, tuntutan bil rawatan di
atas mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak
insurer. Dalam kebanyakan kes, polisi insurans
perubatan tidak membayar sepenuhnya
bil rawatan kerana terdapat amaun yang
dinyatakan dalam polisi dimana polisi insurans
perubatan mentakrifkannya sebagai tidak layak
mendapat bayaran kembali.
Andaikan hanya RM2,300 dari RM2,780 layak
diberi pertimbangan untuk dibayar balik, Ali
perlu menanggung kos sebanyak RM460
iaitu 20% dari amaun yang ia layak dibawah
prinsip bayaran bersama. Setelah dicampur
dengan amaun bahagian yang ia tidak layak
dituntut (RM480), Ali perlu menanggung sendiri
kos rawatan sebanyak RM940 dari jumlah
keseluruhan bil RM2,780, sementara bakinya
ditanggung oleh pihak insurer.

13.9 CONTOH TUNTUTAN

Ali membeli polisi insurans perubatan pada 2


Januari 2004. Beliau dimasukkan ke hospital
pada 28 Disember 2004 dan keluar hospital tiga
hari kemudian. Jumlah keseluruhan bil rawatan
ialah RM2,780. Ali tidak pernah dimasukkan ke
hospital sebelum ini. Polisi insurans perubatan
yang dimilikinya menyediakan manfaat tahunan
sebanyak RM100,000 dan had maksimum
seumur hidup ialah RM300,000. Polisi miliknya
itu menyatakan keperluan 20% bayaran
bersama.

172

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 13

1.

___________ ialah dokumen yang dirangka oleh insurer bertujuan untuk


mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan proses penilaian tuntutan
insurans perubatan dan kesihatan.
a.
b.
c.
d.

2.

Biasanya, tempoh masa yang bersesuaian untuk memberitahu tentang tuntutan


kerugian di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan ialah diantara.
a.
b.
c.
d.

3.

14 hari hingga 60 hari.


14 hari hingga 30 hari.
14 hari hingga 45 hari.
14 hari hingga 90 hari.

Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi sebelum tuntutan insurans perubatan dan


kesihatan boleh dibayar, KECUALI.
a.
b.
c.
d.

4.

Borang permohonan pertukaran.


Laporan sulit ejen.
Borang tuntutan.
Borang penguatkuasaan semula.

polisi batal.
tiada tunggakan premium.
kerugian yang berlaku disebabkan peril yang dilindungi.
tiada kelewatan dalam pemberitahuan tentang kerugian.

_______________ biasanya boleh diterima sebagai bukti sah kemasukan ke


hospital dibawah penilaian tuntutan manfaat perbelanjaan hospital / perubatan
a.
b.
c.
d.

Dokumen polisi dan borang tuntutan.


Bil asal penghospitalan dan dokumen polisi.
Surat indemniti dan dokumen polisi.
Bil asal penghospitalan dan borang tuntutan.

173

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


5.

Sekiranya berlaku pertikaian mengenai tuntutan, kaedah penyelesaian melalui


perantaraan lebih diutamakan berbanding dengan kaedah perundangan kerana
a.

b.

c.

d.

perundangan lebih cepat, menjimatkan kos dan perbicaraan dibuat


secara terbuka berbanding dengan perbicaraan mahkamah persendirian.
timbangtara lebih cepat, menjimatkan kos dan perbicaraan dibuat secara
terbuka berbanding dengan perbicaraan mahkamah persendirian.
timbangtara lebih cepat, menjimatkan kos dan perbicaraan dibuat secara
tertutup berbanding dengan perbicaraan terbuka.
timbangtara lebih lambat, menjimatkan kos dan perbicaraan dibuat secara
tertutup berbanding dengan perbicaraan terbuka.


6.

Yang manakah diantara saluran berikut boleh digunakan untuk menyelesaikan


pertikaian mengenai tuntutan?
a.
b.
c.
d.

7.

Apabila borang tuntutan insurans perubatan dan kesihatan dikeluarkan, ia tidak


bermakna syarikat insurans
a.
b.
c.
d.

8.

membuat pengakuan untuk menanggung liabiliti.


membuat pengakuan untuk menangguhkan tuntutan.
membuat pengakuan untuk menolak tuntutan.
membuat pengakuan untuk melakukan endorsemen semula liabiliti.

Tuntutan yang sah dibawah proses penyiasatan tuntutan melibatkan usaha


menentukan perkara-perkara berikut, kecuali
a.
b.

c.
d.

9.

penyelesaian secara rundingan dan kompromi.


perundangan.
timbangtara dan perantaraan.
kesemua di atas.

kewujudan kerugian.
kerugian yang berlaku adalah akibat peril yang tidak diinsuranskan dibawah
polisi berkenaan.
kerugian tersebut tidak termasuk dalam skop pengecualian polisi.
pihak yang menuntut adalah pihak yang sah untuk berbuat demikian.

Biasanya pertikaian yang timbul diantara pihak yang menuntut dan insurer
melibatkan persoalan
a.
b.
c.
d.

liabiliti insurer dan kaedah premium.


liabiliti insured dan kuantum kerugian.
liabiliti insurer dan kuantum kerugian.
kestabilan insurer dan kaedah premium.
174

BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN


10.

______________ menghendaki insured menyediakan laporan bukti bertulis


mengenai kerugian yang dialami dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas
tamatnya tempoh dimana insurer menanggung liabiliti terhadapnya.
a.
b.
c.
d.

11.

Borang tuntutan insurans perubatan dan kesihatan biasanya mengandungi


kenyataan pihak yang menuntut dan
a.
b.
c.
d.

12.

Peruntukan pembuktian dokumentasi.


Peruntukan pembuktian penghospitalan.
Peruntukan pembuktian umur.
Peruntukan pembuktian kerugian.

kenyataan dari doktor yang merawat.


perisytiharan ejen.
kenyataan penafian dari doktor yang merawat.
kenyataan kerugian dari pihak hospital.

_____________ biasanya menghasilkan keputusan dimana insurer membayar


sejumlah pampasan yang melebihi dari interpretasi fakta yang sepatutnya, sementara
pihak yang menuntut bersetuju menerima bayaran tersebut yang lebih rendah dari
jumlah tuntutan asal.
a.
b.
c.
d.

Timbangtara.
Perundangan.
Perantaraan.
Penyelesaian secara kompromi/rundingan.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

175

BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM

Pandangan Menyeluruh

PANDANGAN MENYELURUH

14.1 Pengenalan
14.2 Ciri-ciri Produk Insurans Am

Bab ini adalah pengenalan kepada insurans


am. Kita akan membiasakan diri dengan ciri-ciri
produk insurans am.

14.3 Prinsip Asas Insurans yang



Digunakan dalam Insurans Am
14.1 PENGENALAN

Insurans am memberi perlindungan terhadap


risiko yang biasanya tidak diperuntukkan
dalam insurans hayat. Seperti yang telah kita
bincangkan dalam Bab 1, kontrak insurans
hayat menjanjikan pembayaran amaun yang
telah ditetapkan apabila berlaku kontingensi
yang ditetapkan ke atas nyawa manusia.
Ada kalanya, perbezaan yang dinyatakan di
atas menjadi kabur. Umpamanya, kematian
mungkin berlaku akibat suatu kecederaan yang
dialami oleh seorang pejalan kaki iaitu pihak
ketiga akibat dilanggar sebuah kenderaan.
Kenderaan tersebut adalah perkara pokok
kontrak insurans am. Ini akan menyebabkan
timbulnya satu tuntutan di bawah kontrak
insurans am berkenaan.
Dalam insurans hayat, setiap polisi (jika premium
telah dibayar), akan akhirnya menjadi suatu
tuntutan, kecuali untuk insurans sementara yang
melindungi risiko kematian dalam tempoh yang
terhad. Dalam insurans am, ianya tidak begitu.
Sesuatu kemalangan di bawah polisi motor atau
kebakaran di bawah polisi kebakaran mungkin
berlaku atau tidak akan berlaku.
Selain daripada di atas, kontrak insurans am
mempunyai ciri-ciri yang akan kita bincangkan
dalam bahagian-bahagian seterusnya dalam
bab ini.

176

BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM

14.2 CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM

14.2.1 Kontrak Insurans Am Adalah



Kontrak Jangka Pendek

Dengan Premium Yang Berbeza
Ketika Pembaharuan

Kontrak diperbaharui dengan persetujuan


bersama
Kontrak insurans am biasanya dibuat untuk
tempoh satu tahun atau kurang dan pada
penghujung tempoh polisi, kontrak boleh
diperbaharui dengan persetujuan bersama
antara insurer dan insured.
Lain-lain implikasi
Kontrak insurans jangka pendek mempunyai
implikasi-implikasi lain ketika mengendalikan
kelas perniagaan ini.
a.

Premium yang dikenakan mungkin


berubah

Pada penghujung tempoh kontrak, insurer akan


menilai semula risiko. Berdasarkan penilaian
semula ini, kemungkinan kadar premium
yang dikenakan akan berubah. Perubahan ini
biasanya disebabkan oleh:-

terdapat perubahan ciri risiko individu


yang akan diinsuranskan; dan/atau
terdapat perubahan yang menyeluruh
dalam kadar premium untuk kelas
perniagaan
insurans
berkenaan
disebabkan
misalnya
berlaku
kemerosotan yang menyeluruh terhadap
risiko yang akan diinsuranskan.

b.

Prinsip Penuh Percaya Mutlak


dari insured memerlukan
tanggungjawab insured
memberitahu insurer mengenai
sebarang perubahan terhadap risiko
yang diinsuranskan.

Prinsip uberrima fides iaitu penuh percaya


mutlak mesti dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu
insurer dan juga insured. Walau bagaimanapun,
ketika pembaharuan polisi, insured dibebankan
tanggungjawab untuk memberitahu insurer
sebarang perubahan fakta matan mengenai
risiko yang diinsuranskan. Ini membolehkan
insurer membuat penilaian yang sewajarnya
ke atas risiko tersebut agar premium yang
dikenakan bersesuaian dengan risiko yang
ditanggung.

14.2.2 Kontrak Indemniti

Kebanyakan kontrak insurans am adalah


kontrak indemniti.
Didalam kontrak insurans hayat (terutamanya
polisi tanpa keuntungan) dan sesetengah
kontrak insurans am seperti insurans
kemalangan diri, amaun yang dituntut
ditetapkan pada awal kontrak.
Sungguhpun demikian, tujuan insurans am ialah
untuk menempatkan insured pada kedudukan
kewangan yang sama (iaitu membayar gantirugi
kepada insured) seperti sebelum berlakunya
risiko yang diinsuranskan, tertakluk kepada had
maksimum amaun yang diinsuranskan.

177

BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM


Membayar pampasan akan membawa
kepada penyebaran meluas amaun tuntutan
Bagi kebanyakan kontrak insurans am, tindakan
membayar gantirugi/indemniti atas kerugian
yang dialami oleh insured akan menyebabkan
nisbah amaun tuntutan bagi setiap unit
premium memperlihatkan perbezaan yang
besar walaupun dalam kelas insurans yang
sama, yang dianggap mempunyai persamaan
jenis risiko yang diinsuranskan.
Biasanya terdapat sejumlah besar tuntutan
beramaun kecil dan hanya segelintir
tuntutan yang beramaun tinggi.
Oleh itu, apabila kita melihat satu portfolio
kontrak insurans am, terdapat banyak
perbezaan dalam amaun tuntutan dan
biasanya terdapat sejumlah besar tuntutan
kecil dan hanya sedikit tuntutan besar. (Rujuk
Bab 3 Seksyen B 3.1.4 Indemniti).

14.2.3 Pembayaran Tuntutan Tidak


Menamatkan Kontrak Insurans Am

Lebih dari satu tuntutan boleh dibuat setiap


tahun perlindungan insurans dibawah polisi
yang sama.
Dalam kontrak insurans hayat, bayaran
penyelesaian tuntutan akan menamatkan
kontrak insurans. Walau bagaimanapun, dalam
kontrak insurans am pula, selagi tiada tuntutan
penuh, kontrak tidak boleh ditamatkan dengan
membayar satu tuntutan. Malah, beberapa
tuntutan boleh dibuat dalam tempoh kuatkuasa
kontrak, terhad mengikut amaun diinsuranskan.
(rujuk Bab 18 Seksyen 18.9.2)

14.2.4 Risiko Yang Diinsuranskan Tidak


Semestinya Akan Meningkat Mengikut
Peredaran Masa

Risiko
yang
diinsuranskan
mungkin
tidak meningkat seiring dengan tempoh
insurans.
Untuk kontrak insurans hayat, risiko kemortalan
meningkat mengikut umur dan juga tempoh
kontrak.
Dalam kontrak insurans am, risiko yang
diinsuranskan mungkin tidak meningkat
mengikut masa, malah risiko mungkin menurun
jika insured mengambil langkah-langkah
keselamatan (contohnya pemasangan sistem
perenjis air)

14.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS


YANG DIGUNAKAN DALAM
INSURANS AM

Kita telah membincangkannya dalam bab 3


mengenai prinsip-prinsip asas yang menguasai
pengendalian perniagaan insurans dibawah
tajuk-tajuk berikut:

Kepentingan boleh insurans

Penuh percaya mutlak

Subrogasi

Sumbangan

Sebab hampiran

Melalui perbincangan sebelum ini telah


dijelaskan bahawa prinsip-prinsip asas yang
dinyatakan di atas mempunyai kaitan yang
lebih rapat dengan perniagaan insurans am,
berbanding dengan insurans hayat. Ejen
disarankan membuat ulangkaji prinsip-prinsip
berkenaan untuk lebih memahami perkaraperkara yang dibincangkan seterusnya.
178

BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 14
1.

Yang manakah diantara fakta berikut adalah benar mengenai polisi insurans hayat
dan kemalangan diri?
a.
b.
c.
d.

2.

Yang manakah diantara fakta berikut adalah benar mengenai insurans perjalanan?
a.
b.
c.
d.

3.

4.

Ia adalah kontrak indemniti.


Ia hanya boleh dibeli oleh individu.
Ia tidak tertakluk kepada prinsip indemniti.
Ia tidak tertakluk kepada prinsip kepentingan boleh insurans.

Insurans ini tidak tertakluk kepada prinsip indemniti.


Insurans ini adalah tertakluk kepada peraturan tunai sebelum lindung.
Insurans ini sesuai untuk badan korporat sahaja.

Insurans ini hanya untuk perjalanan domestik sahaja.

Berdasarkan dari penilaian semula risiko insurans am ketika pembaharuan polisi,


kadar premium yang berbeza mungkin dikenakan kerana faktor-faktor asas berikut.
i.
ii.
iii.

iv.

Risiko biasanya akan menjadi lebih buruk mengikut peredaran masa.


Terdapat perubahan ciri-ciri dalam risiko individu yang diinsuranskan.
Kadar premium akan terus meningkat ketika polisi diperbaharui bagi
meningkatkan margin keuntungan.
Terdapat perubahan menyeluruh dalam kadar premium untuk kelas
perniagaan insurans berkenaan sehingga menyebabkan risiko keseluruhan
yang diinsuranskan berada pada tahap yang tidak memuaskan.

a.
b.
c.
d.

i dan ii.
ii dan iii.
ii dan iv.
i dan iv.

Yang manakah diantara jenis polisi insurans berikut akan tamat perlindungan
secara automatik setelah insurer membayar tuntutan?
a.
b.
c.
d.

harta.
liabiliti.
marin.
hayat.

179

BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM


5.

Prinsip Penuh Percaya Mutlak perlu dilaksanakan oleh.


a.
b.
c.
d.

6.

Prinsip indemniti menghendaki insurer.


a.

b.

c.

d.

7.

menempatkan insured pada kedudukan kewangan yang sama seperti yang


dinikmatinya sebelum berlakunya kerugian.

menempatkan insured pada kedudukan kewangan yang sama seperti yang
dinikmatinya selepas berlakunya kerugian.
menempatkan insured pada kedudukan kewangan yang sama ketika ia
membeli polisi insurans.
menggantikan item milik insured dengan item yang baru.

Di bawak kontrak insurans hayat, risiko kemortalan ________dengan pertambahan


umur dan tempoh kontrak.
a.
b.
c.
d.

8.

insured.
insurer.
pencadang.
insured dan insurer.

menurun.
meningkat.
menghilang.
mengukuh.

Yang manakah diantara kenyataan berikut tidak benar mengenai kontrak insurans
am?
a.
b.

c.
d.

Kontrak insurans am adalah kontrak tahunan/jangka pendek.


Kontrak insurans am biasanya mengenakan premium yang berbeza ketika
pembaharuan.
Kontrak insurans am boleh diperbaharui secara persetujuan bersama.
Kontrak insurans am mestilah diperbaharui dengan insurer yang sama.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

180

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

15.1 Insurans Marin


15.2 Insurans Kebakaran
15.3 Insurans Motor
15.4 Insurans Kemalangan Pelbagai
15.5 Jenis-jenis Perniagaan Takaful

Am

Kelas-kelas utama Perniagaan Insurans


Am akan dibincangkan dibawah tajuk-tajuk
berikut:-

Insurans Marin

Insurans Kebakaran

Insurans Motor

Insurans Kemalangan Pelbagai

Insurans Liabiliti

Insurans Kemalangan Diri

Jaminan Kesetiaan dan Bon

Insurans Kejuruteraan

Insurans Penerbangan

Kami akan menerangkan dengan terperinci


setiap kelas yang dinyatakan di atas, sekiranya
bersesuaian, akan meliputi tajuk-tajuk berikut:-

Skop perlindungan

Pengecualian

Perluasan

Sebagai tambahan, bab ini juga membincangkan


Jenis Perniagaan Takaful Am seperti berikut :

Jenis-jenis Skim Takaful Am

Prinsip dan Operasi Perniagaan Takaful


Am

181

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.1 INSURANS MARIN


Kelas insurans ini menyediakan perlindungan
terhadap kerugian atau kerosakan harta
dan kepentingan daripada peril marin
termasuk peril laut, cuaca buruk, terbengkalai
atau pelanggaran, kebakaran dan peril
seumpamanya. Perkara pokok insurans
termasuk:
-

badan kapal dan jentera

liabiliti undang-undang yang timbul


akibat pelanggaran

kargo dan tambang

Jenis Polisi

Dengan pengecualian risiko liabiliti pelanggaran


yang dilindungi dibawah polisi marin badan
kapal, secara amnya perlindungan perkara
pokok insurans yang berlainan dilindungi oleh
pelbagai polisi insurans marin seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 15.1.

Perkara Pokok Insurans

Polisi Marin Badan Kapal

Kapal, jentera & liabiliti pelanggaran

Polisi Marin Kargo

Kargo (barang dagangan dimuatkan


dalam kapal)

Polisi Marin Tambang

Tambang (bayaran yang dikenakan untuk


mengangkut barangan dengan kapal)

Polisi Marin Risiko Bangunan

Kapal dalam pembinaan

Jadual 15.1 Jenis-jenis polisi marin

182

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.1.1 Butiran Lanjut Polisi

15.1.1.1 Polisi Marin Kargo

Fasal Institut Kargo A

Fasal Institut Kargo B

Fasal Institut Kargo C

Terdapat tiga bentuk perlindungan yang


dinyatakan dalam tiga set fasal kargo bagi polisi
marin kargo baru iaitu:

PERIL
Tenggelam, tersadai, binasa, karam
Kebakaran, letupan
Pelanggaran
Terbalik, terbabas dari landasan pengangkutan
Gempa bumi, letusan gunung berapa, petir
Pengorbanan purata am
Jetison (membuang barangan untuk meringankan
kapal)
Pemunggahan kargo di pelabuhan kecemasan
Caj salvaj dan purata am
Dihanyutkan kelaut
Kemasukan air laut, tasik, sungai kedalam kapal
Kehilangan semua bungkusan/pakej ketika memunggah
Lanun dan kecurian
Kerosakan atau kemusnahan yang disengajakan
Salah laku yang disengajakan oleh insured
Bocor biasa, kehilangan berat isipadu, haus & lusuh
Pembungkusan tidak sesuai atau tidak sempurna
Keadaan semulajadi atau
- ciri-ciri perkara pokok
Kapal tidak layak berada di laut (insured
mengetahuinya)
Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik
kapal
Peperangan, mogok, huru-hara & rusuhan awam
Senjata atom & nuklear

FASAL A
/
/
/
/
/
/
/

FASAL B
/
/
/
/
/
/
/

FASAL C
/
/
/
/
x
/
/

/
/
/
/
/
/
/
x
x
x
x
x

/
/
/
/
/
x
x
x
x
x
x
x

/
/
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

x
x

x
x

x
x

Jadual 15.2 dibawah menyenaraikan peril


yang diinsuranskan ( / ) dan dikecualikan (x)
dibawah ketiga-tiga fasal.

183

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Ringkasan
Ciri-Ciri Utama Polisi Insurans Marin

Perlindungan terhadap

Kerugian atau kerosakan harta dan kepentingan akibat


peril maritime termasuk;
Peril lautan,
Cuaca buruk,
Pelanggaran atau terbengkalai,
Kebakaran dan peril seumpamanya

Perkara Pokok Insurans

Berikut adalah perkara pokok insurans:Badan kapal dan mesin


Liabiliti undang-undang akibat pelanggaran
Kargo dan tambang
Dengan pengecualian liabiliti pelanggaran yang dilindungi
dibawah polisi marin kapal, polisi marin yang berlainan
biasanya digunakan, bergantung kepada perkara pokok
insurans.

Jenis polisi

Perkara pokok insurans

Polisi marin Kapal


Polisi Marin Kargo
Polisi Marin Tambang
Polisi Marin Risiko Pembinaan

Kapal, mesin & Liabiliti pelanggaran terhad


Kargo
Tambang
Kapal dalam pembinaan

Jadual 15.3 Ciri-Ciri Utama Polisi Insurans Marin

15.2 INSURANS KEBAKARAN

15.2.1 Butiran Lanjut Polisi

Kelas insurans ini memberi perlindungan


terhadap kehilangan atau kerosakan keatas
harta akibat kebakaran dan peril tertentu
lain. Jenis utama insurans dalam kelas ini
termasuklah:-

15.2.1.1 Polisi Kebakaran

Polisi Kebakaran

Insurans Empunya Rumah

Insurans Isi Rumah

Insurans Kerugian Turutan/Gangguan


Perniagaan

Kemusnahan harta benda boleh berlaku dengan


pelbagai cara. Anda hanya perlu berfikir sejenak
tentang satu unit kilang kecil dan bayangkan
kesemuanya itu musnah dan kerugian yang
perlu ditanggung.
Harta benda yang diinsuranskan meliputi
bangunan (kilang, kedai, pejabat, rumah
kediaman dll), loji dan mesin, peralatan pejabat,
barangan dagangan, barangan persendirian
dan barangan isi rumah.

184

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

Perlindungan Asas
Polisi ini memberi perlindungan terhadap
kerugian atau kerosakan bangunan (kilang,
kedai, pejabat, kediaman dan sebagainya)
dan isi kandungan (perabut, peralatan dan
kelengkapan, loji dan mesin, peralatan pejabat,
barangan dagangan, barangan persendirian
dan isi rumah), disebabkan peril berikut:

Kebakaran;

Petir; dan

Pengecualian

i.



ii.

iii.

Letupan gas yang digunakan domestik


sahaja.

Polisi kebakaran
berikut;-

mengecualikan

perkara

kerugian atau kerosakan disebabkan


secara langsung atau tidak langsung
oleh peril berikut;

Risiko Peperangan dan seumpamanya;

kerugian atau kerosakan terhadap


harta benda berikut, kecuali secara jelas
dinyatakan dalam polisi;
barangan yang disimpan bagi pihak
orang lain samada dengan tujuan
mendapatkan upah atau sebaliknya;
jongkong atau batu permata yang
belum ditatah;
barangan antic atau hasil seni yang
nilainya melebihi RM500.00;

manuskrip, pelan, lukisan atau


rekabentuk;

lakaran, model atau acuan;

Gempabumi, letusan gunung berapa


atau lain-lain bencana alam;
Taufan, putting beliung, rebut dan
seumpamanya;

pembakaran hutan, belukar, lalang,


prairie, pampas atau belantara dan
pembersihan tanah melalui
pembakaran

sekuriti, sebarang bentuk dokumen


penting atau obligasi, setem, not mata
wang atau syiling, cek, buku akaun atau
lain-lain rekod perniagaan atau rekod
sistem komputer;

kerugian lombong arang batu akibat


pembakaran secara spontan; dan

letupan

iv.

kerugian yang dinyatakan dalam


syarat-syarat polisi

Risiko nuklear
kerugian atau kerosakan yang berlaku
sebagai sebab hampiran kepada peril
berikut;

pembakaran harta benda dengan


perintah pihak berkuasa;

kebakaran bawah tanah; dan

letupan selain dari letupan gas untuk

menerangi & kegunaan domestik;

kecurian yang berlaku sebelum atau


selepas kebakaran; dan
kerugian atau kerosakan terhadap
harta disebabkan oleh pencapaian,
pemanasan semulajadi atau
pembakaran secara spontan.

185

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Perluasan

fee / bayaran khidmat arkitek dan


juruukur; dan

Kerosakan harta benda boleh berlaku melalui


pelbagai cara dan perlindungan tambahan
atau perlindungan peril khusus boleh
disertakan dalam polisi asas. Polisi kebakaran
boleh diperluaskan untuk melindungi satu atau
lebih perkara berikut dengan bayaran premium
tambahan:

kebocoran sistem perenjis.

i.

Peril khusus termasuk:

Perlindungan Asas

rusuhan, mogok dan kerosakan yang


disengajakan;

gempa bumi dan letusan gunung


berapi;

Polisi insurans empunya rumah direka khusus


untuk mereka yang ingin menginsuranskan
rumah kediamannya (rumah, flat atau
pangsapuri).
Polisi
ini
menawarkan
perlindungan terhadap risiko-risiko seperti:

letupan;

i.

kebakaran belukar atau semak samun;

ribut atau taufan;

kerosakan disebabkan kapal terbang;

kerosakan akibat dilanggar kenderaan


yang menggunakan jalan raya, kuda
dan lembu;

tangki air, peralatan atau paip pecah


atau melimpah;

tanah runtuh;

pembakaran secara spontan;

banjir; dan

pemasangan peralatan elektrik.

ii.

kehilangan pendapatan sewaan

iii.

Lain-lain seperti:

pembersihan puin;

15.2.2 Polisi Insurans


Empunya Rumah

kerugian atau kerosakan kepada


bangunan
kediaman
(termasuk
peralatan & kelengkapan, bangsal,
bangunan tambahan, dinding, pagar &
pintu pagar) disebabkan oleh peril yang
diinsuranskan seperti berikut:

kebakaran,
petir,
halilintar
kebakaran bawah tanah;

letupan;

dan

bahagian
pesawat
dan
lain-lain
peralatan atau objek terbang yang
terjatuh;
kerosakan akibat dilanggar oleh
kenderaan yang menggunakan jalan
raya, kuda dan lembu;
tangki air, peralatan atau paip pecah
atau melimpah tidak termasuk RM50.00
yang pertama untuk setiap kerosakan
atau kerugian semasa bangunan yang
diinsuranskan tidak dihuni.
kecurian
yang
diiringi
dengan
terdapatnya atau cubaan pecah masuk
atau keluar bangunan;

186

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

puting beliung, siklon, taufan, ribut


petir;

Gempa bumi, letusan gunung berapa;

Banjir (termasuk limpahan air laut)

ii.

iii.

hilang pendapatan sewaan (tidak


melebihi 10% dari jumlah insurans) jika
bangunan rosak teruk sehingga tidak
boleh diduduki.
Liabiliti insured sebagai pemilik premis
terhadap orang awam (ini termasuk
liabiliti yang timbul daripada kecacatan
bangunan, perabut dan kelengkapan
atau kecacatan pada dinding, pagar, pintu
pagar dan pokok disekeliling bangunan)
sehingga ke had maksimum RM10,000
serta bayaran kos perundangan,
tertakluk kepada persetujuan insurer.

Pengecualian
Polisi ini mengecualikan perkara berikut:
i.



ii.



iii.

kerugian
daripada

atau

kerosakan

akibat

peperangan, rusuhan dan risiko-risiko


seumpamanya; dan
pencemaran radioaktif.
kerugian atau kerosakan akibat ribut,
siklon, taufan atau ribut petir ke atas;
mana-mana
bangunan
dalam
pembinaan, diubahsuai atau dibaiki;
dan
sengkuap, bidai, papan tanda dan
lain-lain peralatan & kelengkapan luar
rumah termasuk pagar dan pintu pagar.
kerosakan atau kerugian akibat tanah
runtuh, kecuali ia berlaku disebabkan
oleh gempa bumi atau letusan gunung
berapi.

Perluasan
Polisi insurans empunya rumah boleh
diperluaskan untuk melindungi peril berikut
dengan bayaran premium tambahan;

rusuhan, mogok dan kerosakan yang


disengajakan;

tanah runtuh; dan

plat kaca bernilai melebihi RM500


setiap satu.

Polisi insurans empunya rumah menawarkan


perlindungan
untuk
bangunan
sahaja.
Berbanding dengan polisi kebakaran yang
standard dimana perlindungan terhad kepada
peril kebakaran atau petir, polisi empunya rumah
memberi perlindungan peril tambahan yang
meliputi letupan (disebabkan gas kegunaan
domestik), bahagian pesawat dan lain-lain
peralatan atau objek terbang yang terjatuh,
kerosakan disebabkan kenderaan, paip pecah,
kecurian, taufan, siklon, ribut taufan, angin
kencang, gempabumi, letusan gunung berapi
dan banjir.
Di bawah Seksyen 1, polisi ini melindungi
kerugian atau kerosakan bangunan milik
insured disebabkan peril-peril yang dinyatakan
di atas dan ia juga meliputi semua ofis domestik,
kandang, bangsal dan sambungan bangunan
termasuk peralatan dan kelengkapan, dinding,
pintu pagar dan pagar.
Seksyen 2 polisi berkenaan melindungi
kerugian atau kerosakan isi kandungan rumah
iaitu barangan yang terdapat di dalam rumah,
barangan milik peribadi serta lain-lain barangan
milik insured atau ahli keluarga insured yang
tinggal bersamanya.
Seseorang itu mungkin memilih polisi insurans
empunya rumah yang hanya melindungi
bangunan, atau polisi insurans isi rumah yang
melindungi isi kandungan rumah atau keduaduanya sekali.
187

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.2.3 Polisi Insurans Isi Rumah

Perlindungan Asas
Polisi insurans isi rumah direka khusus
untuk mereka yang ingin menginsuranskan
kelengkapan rumah dari berlakunya kerosakan
atau kerugian. Polisi ini memberi perlindungan
terhadap risiko-risiko;

Harta yang diubah untuk sementara waktu


tetapi masih berada di Malaysia akan dilindungi
dari peril yang dinyatakan di atas. Harta
yang dalam perjalanan atau dibawah jagaan
seseorang tidak dilindungi dari kerosakan atau
kerugian akibat gempa bumi, letusan gunung
berapi, ribut, siklon, taufan dan banjir. Liabiliti
dibawah perluasan ini adalah terhad pada 15%
dari amaun diinsuranskan.
ii.

kerugian atau kerosakan ke atas isi


rumah (termasuk perabut, kemasan,
barangan rumah, barangan persendirian
dan barang kemas) disebabkan;

hilang pendapatan sewaan (seperti


dalam polisi insurans empunya rumah).

iii.

pecah cermin (selain dari cermin


tangan)
ketika
dalam
kediaman
persendirian sahaja.

kebakaran, petir, halilintar dan


kebakaran bawah tanah;

iv.

letupan;

Kecederaan yang boleh membawa


maut
kepada
insured,
berlaku
dirumah kediaman persendirian akibat
penggunaan kekerasan yang nyata oleh
pencuri atau disebabkan kebakaran.
Insurer akan membayar RM10,000 atau
separuh dari nilai diinsuranskan, yang
mana lebih rendah,

v.

Kerugian atau kerosakan terhadap


pakaian dan barangan persendirian
milik pembantu rumah, akibat sebarang
peril yang diinsuranskan,

vi.

Liabiliti insured terhadap orang awam


sekiranya berlaku kemalangan di dalam
atau di sekitar premis yang didiami oleh
insured. Had maksimum gantirugi ialah
RM50,000 berserta kos perundangan,
tertakluk kepada persetujuan insurer.

i.

bahagian
pesawat
dan
lain-lain
peralatan atau objek terbang yang
terjatuh;
kerosakan akibat dilanggar oleh
kenderaan yang menggunakan jalan
raya, kuda dan lembu;
tangki air, peralatan atau paip pecah
atau melimpah (kecuali kerosakan
disebabkannya);
kecurian yang diiringi atau terdapat
cubaan pecah masuk atau keluar
bangunan (jika bangunan tidak dihuni
lebih dari 90 hari, perlindungan terhadap
peril ini akan digantung kecuali insurer
sebaliknya bersetuju secara bertulis
untuk melindunginya);

Pengecualian
Polisi ini mengecualikan perkara berikut;

puting beliung, siklon, taufan, ribut


petir;

i.

gempa bumi, letusan gunung berapi;


dan

banjir (termasuk limpahan air laut).

kerugian atau kerosakan akibat:


peperangan, rusuhan dan risiko
seumpamanya;

188

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

arahan dari pihak kerajaan, pihak


berkuasa awam atau pihak berkuasa
tempatan
risiko nuklear
tanah mendap atau tanah runtuh,
kecuali disebabkan gempa bumi atau
letusan gunung berapi
kerugian atau kerosakan barangan
dalam rumah akibat dari proses
pencapaian, pemanasan semulajadi
dan letupan secara spontan.

Perluasan

Polisi
kebakaran
hanya
menyediakan
perlindungan terhadap kerugian material atau
kerugian modal, iaitu yang berkaitan dengan
nilai harta yang mengalami kerosakan atau
musnah. Ia tiada kaitan dengan kerugian atau
kos tambahan yang terpaksa ditanggung ketika
tempoh membaiki kerosakan dan lain-lain kos
sehinggalah operasi perniagaan dipulihkan
sepenuhnya. Kerugian berlaku disebabkan:

Polisi ini boleh diperluaskan untuk melindungi


peril berikut dengan bayaran premium
tambahan:

kecurian semua barangan (tanpa perlu


disertai oleh pecah masuk atau keluar
secara kekerasan);

rusuhan, mogok atau kerosakan yang


disengajakan
plat kaca yang nilainya melebihi RM500
setiap satu.

15.2.4 Insurans Gangguan Perniagaan /


Kerugian Turutan

Insurans Gangguan Perniagaan (Business


Interruption BI) ini sebenarnya tidak
tergolong dibawah kelas insurans harta
benda tetapi ia biasanya diunderait oleh
jabatan harta komersil. Polisi ini juga
dikenali sebagai insurans kerugian turutan,
kehilangan keuntungan atau lebih popular
dikenali
sebagai
insurans
gangguan
perniagaan kerana polisi ini menawarkan
perlindungan dari berlakunya kehilangan
keuntungan akibat kerosakan fizikal harta
benda/premis perniagaan.

Sebahagian kos overhed dalam bentuk


caj sedia ada atau kos tetap seperti
bayaran gaji, sewa, caj faedah/bank dan
lain-lain akan terus ditanggung walaupun
jumlah jualan mungkin berkurangan.
Sekiranya stok barangan/pengeluaran
rosak atau hilang, jangkaan keuntungan
juga akan merosot dan seterusnya
syarikat kehilangan pelanggan.
Terdapat kemungkinan kos yang
ditanggung akan meningkat hanya
untuk mengekalkan operasi perniagaan
sementara (contohnya menyediakan
premis sementara) atau lain-lain
kos berkaitan yang secara langsung
meningkatkan kos operasi perniagaan.

Perlindungan Asas
Insurans gangguan perniagaan memberi
perlindungan kepada perkara berikut yang
mungkin
ditanggung
akibat
gangguan
perniagaan berikutan berlakunya kerosakan/
kemusnahan kepada premis perniagaan
selepas berlaku kebakaran, petir atau letupan
gas untuk kegunaan domestik/menerangi
rumah kediaman;
i.

kehilangan keuntungan kasar kerana


pulangan
modal
yang
semakin
berkurangan; dan

ii.

perbelanjaan
tambahan
untuk
meminimumkan kekurangan pusingan
modal.

189

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Polisi gangguan perniagaan ini biasanya
dikeluarkan bersama dengan polisi insurans
kebakaran atas premis perniagaan untuk
memastikan kecukupan dana bagi membaiki
kerosakan fizikal harta agar perniagaan insured
dapat terus beroperasi seperti biasa tanpa
sebarang kelewatan.
Dalam hal ini, polisi insurans gangguan
perniagaan mengandungi waranti kerosakan
material yang memperuntukkan iaitu ketika
berlaku kerosakan, insured mesti mempunyai
insurans untuk melindungi kepentingannya ke
atas harta dalam premis dan bayaran telah
dibuat dibawah insurans tersebut.
Dalam usaha mengatasi masaalah kehilangan
keuntungan kasar, insurer menyediakan
perlindungan terhadap caj tetap perniagaan
dan juga keuntungan bersih. Caj tetap
merupakan perbelanjaan yang perlu ditanggung
walaupun aktiviti pengeluaran atau urusniaga
terganggu. Contoh caj tetap ialah bayaran
sewa, gaji, faedah atas pinjaman, premium
insurans dan juga bayaran khidmat auditor.

Polisi insurans gangguan perniagaan yang


biasa ditawarkan dipasaran adalah polisi yang
memberi perlindungan dari berlakunya kerugian
akibat;-

kebakaran dan peril khusus;

risiko gangguan kejuruteraan; dan

risiko gangguan dan kerosakan


komputer.

Pengecualian
Pengecualian dibawah polisi ini adalah sama
dengan polisi kebakaran
Perluasan
Polisi ini boleh diperluaskan bagi melindungi;
i.

peril khusus seperti yang ditawarkan


dibawah polisi kebakaran

ii.


kehilangan keuntungan kasar akibat


gangguan perniagaan di premis
lain (contohnya premis pelanggan/
pembekal).

190

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Ringkasan
Ciri-Ciri Utama Polisi Insurans Kebakaran

Perlindungan Terhadap

Kerugian atau kerosakan harta akibat


Kebakaran, kilat dan lain-lain peril khusus

Perkara Pokok Insurans

Sebarang harta yang boleh diinsuranskan

Jenis Polisi

Perkara Pokok Insurans

Polisi Kebakaran

Bangunan dan isi kandungannya

Insurans Empunya Rumah

Kediaman persendirian

Insurans Isi Rumah

Isi kandungan rumah

Insurans Gangguan Perniagaan

Keuntungan insured dan caj tetap

Jadual 15.4 Ciri-Ciri Utama Polisi Insurans Kebakaran

15.2.5 Premium Minimum

Premium minimum untuk polisi


kebakaran adalah seperti berikut;-

insurans

Kebakaran komersil/kerugian turutan


RM75.00
Empunya Rumah/Isi Rumah
RM60.00

15.3 INSURANS MOTOR

Insurans motor di Malaysia adalah tertakluk


dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa
ke semasa. Bahagian IV Akta berkenaan
memperuntukkan bahawa setiap pemandu/
penunggang kenderaan mestilah memiliki
insurans yang dikeluarkan oleh insurer

berlesen. Ia menyediakan perlindungan dari


sebarang liabiliti yang mungkin ditanggung,
yang melibatkan kematian atau kecederaan
pihak ketiga, yang berpunca dari penggunaan
kenderaan bermotor di atas jalan raya.
Jenis-jenis kenderaan
Bagi tujuan insurans, kenderaan bermotor telah
dikelaskan di bawah Tarif Motor seperti berikut;

Kenderaan Persendirian

Kenderaan persendirian termasuklah kereta


roda tiga dan station-wagon yang digunakan
untuk tujuan sosial, domestik dan keseronokan;
dan juga untuk tujuan perniagaan atau kerjaya
profesional insured sahaja.
Polisi ini secara jelas hanya memberi
perlindungan
kepada
kenderaan
yang
digunakan atas tujuan sosial, domestik dan
keseronokan sahaja. Oleh itu, kenderaan
yang digunakan untuk tujuan disewakan atau
191

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


mendapat ganjaran, perlumbaan, pengatur
kelajuan
perlumbaan,
ujian
ketahanan
dan kelajuan, sebarang tujuan berkaitan
perdagangan, membawa barangan dagangan
kecuali barangan contoh dan membawa
penumpang yang membayar upah atau sewa
adalah dikecualikan.

iii.

Kereta sewa

1.

Sewa awam teksi

2.

Sewa pandu kenderaan disewa tanpa


pemandu

3.

Sewa dengan pemandu kenderaan


disewa berserta pemandu

Kenderaan yang digunakan untuk tujuan


perdagangan seperti van, teksi, pick-up, lori,
trailer, kenderaan bersambung dan sebagainya
tidak dilindungi dibawah polisi kenderaan
persendirian, tetapi ia diletakkan dibawah polisi
insurans kenderaan perdagangan. Ia meliputi
semua kenderaan (termasuk kenderaan beroda
tiga) yang tidak diletakkan di bawah kategori
kenderaan persendirian atau motorsikal.

iv.

Bas

1.

Bas awam membawa penumpang


untuk mendapatkan upah atau bayaran

2.


Bas persendirian digunakan oleh


pihak hotel atau organisasi
persendirian untuk mengangkut
kakitangan dan tetamu.

Pelanggan korporat yang memiliki sejumlah


besar kenderaan biasanya akan membeli polisi
motor tunggal atau polisi fleet. Perbezaan antara
dua polisi ini ialah pilihan penyertaan Bonus
Tanpa Tuntutan (NCB) atau Diskaun Fleet.

3.

Bas sekolah digunakan untuk


mengangkut kanak-kanak sekolah bagi
mendapatkan upah atau bayaran

v.

Kenderaan khas

Berikut adalah pembahagian kecil kenderaan


perdagangan dibawah Tarif;-

Kenderaan jenis ini termasuklah trak forklift,


kren mudah alih, bulldozer dan ekskavator,
kenderaan pertanian & perhutanan, kenderaan
membersih dan meratakan tapak pembinaan,
mesin penanam pokok boleh ubah, trak
penghantaran (kawalan dari luar kenderaan),
lori sampah (dikendalikan mesin), mesin
penyodok, mesin pengaut, kereta sorong dan
traktor pengangkut barangan, kereta bomba,
(penggelek jalan), (mesin pengisar), kereta
jenazah, van kedai bergerak & kantin, van
penjara, penyembur tar, mesin penyedut habuk,
traktor & jentera penarik.

i.

Kenderaan Perdagangan

Perniagaan motor

Perlindungan insurans jenis ini biasanya dibeli


oleh pengeluar, pembaik pulih atau penjual
kereta dimana perniagaan utama mereka
melibatkan urusan penjualan kenderaan
bermotor.
ii.

Kenderaan membawa barangan


dagangan

1.

Permit Pengangkutan A lesen


pengangkutan awam

2.

Permit Pengangkutan C lesen


pengangkutan persendirian

Kenderaan yang dinyatakan diatas boleh


bergerak di jalanraya, di tapak pembinaan dan
lain-lain kawasan persendirian. Kenderaan
khas yang tidak boleh digunakan di jalanraya
akan diangkut dari satu tempat ke satu tempat
dan adalah lebih sesuai untuk diinsuranskan
dibawah polisi semua risiko peralatan,
sementara liabiliti dilindungi dibawah polisi
192

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


liabiliti awam kerana kenderaan tersebut
sememangnya digunakan sebagai peralatan
perniagaan (tool of trade), dan bukannya
kenderaan digunakan di jalanraya.

i.

motosikal persendirian;

ii.

motosikal perdagangan;

iii.

motosikal (dengan atau tanpa kereta


sisi) untuk disewa

iv.

perniagaan motosikal

Jenis-jenis Utama Perlindungan Motor


Jenis utama perlindungan yang ditawarkan
untuk setiap kelas kenderaan bermotor adalah;

Motosikal

Kenderaan jenis ini termasuklah motosikal


berserta atau tanpa kereta sisi (side-car), skuter,
basikal automatik atau basikal yang dijalankan
secara bantuan mekanikal. Tarif seterusnya
mengkategorikan kelas motosikal ini kepada;

Perlindungan yang diperlukan ialah yang


meliputi:

Akta sahaja;
Pihak Ketiga;

Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian;


dan

Komprehensif

15.3.1 Perlindungan Akta Sahaja

Perlindungan ini menyediakan indemniti


minimum
yang
diwajibkan
oleh Akta
Pengangkutan Jalan 1987, juga dikenali sebagai
perlindungan Akta.

liabiliti undang-undang atas kematian


atau kecederaan anggota badan pihak
ketiga (tidak termasuk penumpang)
disebabkan atau akibat dari penggunaan
kenderaan bermotor milik insured di
atas jalan raya.

Pada masa sekarang, perlindungan akta ini


jarang ditawarkan atas permintaan pemegang
polisi kerana perlindungan ini biasanya
dikhaskan untuk situasi tertentu sahaja iaitu
apabila risiko yang terlalu buruk atau amat
tinggi.

15.3.2 Perlindungan Pihak Ketiga

Bentuk perlindungan ini sama seperti


perlindungan
Akta,
dengan
tambahan
perlindungan liabiliti kerosakan atau kerugian
harta pihak ketiga akibat penggunaan kenderaan
insured di atas jalanraya.
Perlindungan pihak ketiga biasanya merupakan
pilihan terakhir pemegang polisi kerana
perlindungan yang ditawarkan tidak melindungi
kerugian atau kerosakan kenderaan milik
pemegang polisi, dan perlindungan dihadkan
kepada;

kerosakan harta milik pihak ketiga

liabiliti undang-undang atas kematian


dan kecederaan anggota badan pihak
ketiga

Perlindungan ini biasanya menjadi pilihan


pemilik kenderaan yang tidak mampu
membayar premium yang lebih tinggi untuk
nilai/harga pasaran kenderaan yang rendah
atau usia kenderaan telah melepasi had
penerimaan perlindungan komprehensif.
193

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


c.

pelanggaran atau terbalik disebabkan


haus dan lusuh.

d.

kerosakan akibat dihempap oleh objek


yang jatuh; tanpa kejadian banjir, taufan,
ribut, angin kencang, ribut taufan,
letusan gunung berapi, gempa bumi,
tanah runtuh, tanah mendap atau lainlain bencana alam.

e.

letupan kebakaran atau kilat.

f.

rompakan, pecah rumah atau kecurian.

g.

perbuatan khianat.

h.

ketika dalam perjalanan (termasuk


semasa memunggah dan menurunkan
barang)
dengan
menggunakan
pengangkutan;

jalan raya, keretapi, laluan air.

laluan laut merentasi selat antara Pulau


Pinang dan tanah besar.

2.

Kenderaan Perdagangan

Perlindungan adalah sama seperti polisi


kenderaan persendirian.

Seksyen A Kerugian atau kerosakan


kenderaan insured

3.

Motosikal

Seksyen B Liabiliti kepada pihak


ketiga

Perlindungan adalah sama seperti polisi


kenderaan persendirian.

4.

Perniagaan motor

a.

Tidak seperti lain-lain kelas insurans


motor, polisi ini menyediakan indemniti
hanya
apabila
kenderaan
yang
dimaksudkan;

15.3.3 Pihak Ketiga, Kebakaran


Dan Kecurian

Sebagai tambahan kepada perlindungan


polisi pihak ketiga, polisi ini juga menyediakan
perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan
kepada kenderaan insured disebabkan
kebakaran atau kecurian.
Elemen risiko berlakunya kecurian dan
kebakaran menyumbang kepada kadar
premium yang dikenakan untuk polisi ini hampir
sama dengan premium polisi komprehensif dan
oleh itu ia bukanlah pilihan yang bijak. Premium
yang dikenakan untuk perlindungan ini adalah
lebih kurang 75% dari premium perlindungan
komprehensif.

15.3.4 Perlindungan Komprehensif

Polisi motor komprehensif adalah gabungan


perlindungan ke atas harta dan liabiliti.
Perlindungan yang ditawarkan dibawah polisi
ini boleh dibahagikan kepada dua seksyen
utama iaitu;-

Risiko am atau perlindungan yang mampu


dimiliki dibawah polisi komprehensif adalah
berbeza mengikut jenis-jenis polisi yang
dinyatakan dibawah;
1.

Kenderaan Persendirian

a.

pelanggaran
kemalangan.

b.

pelanggaran atau terbalik disebabkan


kerosakan mekanikal.

atau

terbalik

ketika

berada di atas jalan raya, atau

194

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

b.

diletakkan sementara di garaj ketika


melakukan perjalanan jauh, diletakkan
di premis milik peribadi atau digunakan
oleh insured sendiri.

g.

perlindungan adalah sama seperti polisi


kenderaan persendirian, kecuali item
(d), (g) dan (h) dimana perlindungan
tidak disediakan.

kegagalan
atau
ketidakmampuan
mana-mana peralatan atau program
komputer untuk mengenalpasti atau
menginterpretasi secara tepat atau
Memproses mana-mana tarikh yang
boleh dianggap sebagai benar atau
tarikh yang tepat atau masih terus
berfungsi selepas tarikh berkenaan.

Motosikal
15.3.5 Pengecualian

Berikut adalah pengecualian kepada Seksyen


A (dimana perlindungan diterangkan di atas),
yang terdapat dalam hampir kesemua polisi
motor;
Kenderaan Persendirian
a.

sebarang bentuk kerugian turutan.

b.

kenderaan tidak boleh digunakan.

c.

susut nilai, haus dan lusuh, berkarat,


kerosakan mekanikal/ elektrikal /
elektronik, komputer & peralatan tidak
berfungsi, kerosakan kenderaan kecuali
pecah cermin hadapan, cermin pintu,
sunroof, termasuk laminasi / filem tinted
untuk cermin (sekiranya ada).

d.

kerosakan tayar, kecuali kenderaan


juga rosak pada masa yang sama.

e.

sebarang kerugian atau kerosakan


berpunca dari tindakan penipuan / pecah
amanah oleh mana-mana individu
yang boleh ditakrifkan sebagai suatu
kesalahan kerana menipu atau pecah
amanah, seperti yang termaktub dalam
peruntukan Kanun Jenayah.

f.

ekses (lebihan), seperti yang tercatat


dalam polisi.

Pengecualian yang terdapat dalam polisi


insurans motosikal adalah sama seperti polisi
kereta persendirian.
Kenderaan Perdagangan
Dibawah
polisi
insurans
kenderaan
perdagangan, pengecualian polisi adalah sama
seperti yang terdapat dalam polisi insurans
kereta persendirian, dengan dua pengecualian
tambahan iaitu:
1.

kerosakan disebabkan lebih muatan


atau bebanan.

2.

kerosakan
disebabkan
letupan
dandang yang merupakan sebahagian
atau disambungkan ke kenderaan
insured.

Perniagaan Motor
Polisi perniagaan motor mempunyai fasal
pengecualian yang serupa dengan polisi
kereta persendirian, dengan tiga pengecualian
tambahan iaitu;
1.

kerosakan disebabkan lebih muatan


atau bebanan;

2.

perbuatan khianat,

3.

kerugian atau kerosakan aksesori


atau barangan ganti disebabkan
kecurian, pecah rumah atau samun,
kecuali kenderaan berkenaan juga dicuri
pada masa yang sama.
195

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Jadual 15.5 Ciri-Ciri Utama Polisi Insurans Motor.

15.4 INSURANS KEMALANGAN


PELBAGAI

Kelas insurans ini merangkumi semua jenis


insurans yang tidak termasuk dalam kelas
insurans Marin, Kebakaran dan Motor. Ia boleh
dibahagikan kepada beberapa tajuk:

Insurans kecurian

Insurans liabiliti

Insurans kemalangan diri

Insurans jaminan kesetiaan dan bon

Insurans kejuruteraan

Insurans penerbangan

15.4.1 Insurans Kecurian

Jenis utama insurans yang tergolong dalam


kelas ini termasuk;

Insurans pecah masuk

Insurans semua risiko

Insurans barangan dalam transit, dan

Insurans wang

15.4.1.1 Insurans Pecah Masuk (premis


perniagaan)

Perlindungan Asas
Polisi insurans pecah masuk memberi
perlindungan
terhadap
kerugian
atau
kerosakan barangan dalam premis perniagaan
(contohnya: stok dan barangan perniagaan,
196

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


perabut, peralatan pejabat, loji dan jentera,
barangan rumah dan barang persendirian
pekerja), berikutan berlakunya kecurian yang
melibatkan pecah masuk atau keluar dari
premis yang diinsuranskan dengan cara paksa
atau kekerasan.
Sebagai tambahan kepada kerugian disebabkan
kecurian, polisi ini juga melindungi kerosakan
terhadap bangunan yang diinsuranskan dan
kandungannya akibat daripada kejadian
kecurian atau tindakan seumpamanya.

Jenis-jenis perlindungan yang disediakan:


1.

2.

Berasaskan Nilai Penuh Jumlah


keseluruhan
nilai
harta/barangan
dianggap sebagai amaun insurans.
Asas ini digunapakai apabila terdapat
kemungkinan keseluruhan harta akan
dicuri pada satu-satu masa.
Berasaskan Kerugian Terawal asas
ini
digunapakai
apabila
insured
memutuskan bahawa adalah mustahil
keseluruhan harta benda akan dicuri
pada satu-satu masa. Oleh itu, peratusan
dari nilai keseluruhan harta ditetapkan
sebagai amaun insurans, iaitu sekurangkurangnya 20% dari jumlah keseluruhan
nilai harta.

Nota : Perlindungan dari kecurian untuk isi


kandungan rumah kediaman persendirian
disediakan di bawah polisi insurans isi rumah.
Pengecualian
Pengecualian biasa yang terdapat dalam polisi
ini ialah:

Kerugian atau kerosakan akibat


kebakaran
tanpa
mengambilkira
bagaimana ianya berlaku;
Kerosakan kepada plat kaca/berwarna
atau hiasan atau sebarang perhiasan
atau tulisan seumpamanya;

Kerugian
atau
kerosakan
yang
disabitkan dengan seseorang yang
secara sah berada di premis atau
disabitkan dengan seseorang pekerja
atau ahli keluarga insured;
Kerugian atau kerosakan kepada surat
ikatan, bon, bil pertukaran, nota aku
janji, wang atau sekuriti, wang syiling,
setem, batu permata, dokumen hak milik
tanah, rekod perniagaan, manuskrip,
sistem komputer, rekod, kurio, ukiran,
buku lama, pelan, corak, acuan,
model atau rekabentuk, kecuali ianya
diinsuranskan;
Rusuhan, mogok, peperangan dan
risiko seumpamanya atau dirampas atau
dimusnahkan dengan perintah pihak
kerajaan atau pihak berkuasa awam;
Kerugian disebabkan kuasa semula
jadi seperti letusan gunung berapi,
kebakaran bawah tanah, gempa bumi
dan seumpamanya; dan
Risiko nuklear.

15.4.1.2 Insurans Semua Risiko

Perlindungan Asas
Ketidakpastian tentang berlakunya kerugian
adalah terhad kepada samada peristiwa yang
membawa kepada berlakunya kebakaran /
kecurian atau ianya dihadkan kepada kejadian
yang berlaku di premis insured. Keadaan
ini membawa kepada wujudnya bentuk
perlindungan yang lebih meluas, yang dikenali
sebagai semua risiko
Skop perlindungan adalah luas dan ianya
melindungi semua risiko kebakaran,
kecurian dan semua bentuk kemalangan,
selain dari yang dikecualikan dari polisi.

197

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Polisi insurans semua risiko biasanya
dikeluarkan untuk memberi perlindungan
kepada barangan berharga seperti barang
kemas, jam, kamera, lukisan dan hasil seni.
Amaun diinsuranskan hendaklah berdasarkan
nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui.
Istilah semua risiko digunakan secara
umum sahaja kerana dalam situasi sebenar,
perlindungan tidak dapat diberikan kepada
semua risiko yang wujud. Masih terdapat
beberapa pengecualian atau dikecualikan.
Pengecualian
Pengecualian yang biasa adalah;

Kerugian atau kerosakan akibat


rusuhan, mogok, huru hara awam,
gempa bumi atau letusan gunung
berapi;
Peperangan atau risiko
seumpamanya;
Kerugian atau kerosakan akibat haus
dan lusuh, susut nilai, kemerosotan
berterusan, gegat, serangga perosak
atau lain-lain proses pembersihan atau
pemuliharaan sebarang artikel;
Lensa terguris dan pecah, gelas atau
lain-lain bahan mudah pecah, kerosakan
mekanikal / elektrikal atau tersilap
pasang sebarang peralatan mekanikal
/ elektrikal;
Kerugian atau kerosakan akibat
dirampas atau ditahan oleh pihak kastam
atau lain-lain pihak berkuasa; dan
Risiko nuklear

15.4.1.3 Insurans Wang

Perlindungan Asas
Polisi ini memberi perlindungan dari berlakunya
kehilangan wang disebabkan semua risiko,
tertakluk kepada pengecualian tertentu semasa
wang berkenaan;

dalam transit antara premis insured


dengan bank
berada di premis insured dalam waktu
kerja
dalam peti besi berkunci atau bilik
kebal, dipremis insured, diluar waktu
kerja
dalam kediaman persendirian milik
salah seorang pengarah atau pegawai
utama insured; dan
lain-lain situasi yang ditetapkan.

Polisi ini juga menyediakan perlindungan


terhadap:1.

kos membaiki atau mengganti peti besi


atau bilik kebal sekiranya item
berkenaan tidak diinsuranskan secara
khusus dan sebagai akibat dari tindakan
atau cubaan mencuri;

2.

bayaran pampasan kepada pekerja


yang tercedera ketika rompakan berlaku
semasa pekerja menjalankan tugas
menghantar wang berkenaan.

Biasanya had liabiliti jumlah wang yang


dibawa dikenakan untuk sesuatu situasi yang
berkaitan.
Takrif wang meliputi wang tunai, nota bank dan
wang kertas, cek, arahan pos, mata wang, setem
pos dan setem hasil kepunyaan insured atau
insured dipertanggungjawabkan keatasnya.
198

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Pengecualian
Polisi ini tidak melindungi kerugian akibat:a.

pekerja tidak jujur;

b.

dirampas, dimiliknegarakan, diarah


atau sengaja dimusnahkan oleh pihak
berkuasa kerajaan;

Polisi berkenaan biasanya menawarkan


perlindungan tahunan yang boleh diperbaharui
atau perlindungan jangka pendek ke atas
barangan dalam transit yang menggunakan
jalan raya atau keretapi di Semenanjung
Malaysia dan Singapura.

c.

jumlah terkurang disebabkan kesilapan


atau tertinggal;

Sekiranya
transit
barangan
melibatkan
penghantaran ke luar negara, atau ia melibatkan
perjalanan dengan menggunakan pengangkutan
air atau udara, barangan berkenaan perlu
dilindungi dibawah polisi insurans marin.

d.

di luar had kawasan;

Pengecualian

e.

peti besi atau bilik kebal dibuka dengan


menggunakan kunci;

f.

risiko nuklear;

g.

susut nilai; dan

h.

rusuhan, mogok, peperangan dan risiko


seumpamanya.

15.4.1.4 Insurans Barangan Dalam Transit

Perlindungan Asas
Polisi ini memberi perlindungan berdasarkan
semua risiko, membayar gantirugi kepada
insured atas kerugian atau kerosakan kepada
barangan disebabkan kebakaran, kemalangan,
kecurian atau disamun semasa dimuatkan,
dibawa atau dipunggah turun daripada
kenderaan bermotor berserta trailer, dan ketika
disimpan sementara semasa dalam transit
dimana-mana di Malaysia.
Polisi yang berbeza boleh dibeli bergantung
kepada samada barangan berkenaan diangkut
dengan menggunakan kenderaan peribadi
pemilik atau kenderaan syarikat. Sehubungan
dengan itu, kenderaan pengangkut barang
sepatutnya dilindungi insurans kerana ia
bertanggungjawab atas barangan yang dibawa
dan dibawah jagaannya.

Pengecualian biasa yang terdapat dalam polisi


ini ialah;-

pencemaran radioaktif;
peperangan, rusuhan dan huru-hara
awam;
gempa bumi dan kebakaran bawah
tanah;
anai-anai, serangga, kelembapan,
kulapok atau karat;
lewat, kehilangan pasaran atau
sebarang kerugian turutan;
kemerosotan dan perubahan secara
semula jadi;
kecurian atau samun yang melibatkan
pekerja insured;
barangan yang dibawa oleh
pengembara komersil; dan
harta
yang
tidak
diinsuranskan,
contohnya; bahan letupan, asid, nota
bank, wang kertas, sekuriti, barang
kemas dan rekod perniagaan.

199

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.4.2 Insurans Liabiliti

Secara amnya, polisi liabiliti memberi


perlindungan kepada insured terhadap tuntutan
pihak ketiga atas kecederaan anggota badan
atau kerugian atau kerosakan harta, yang mana
insured dikatakan bertanggungjawab dari segi
undang-undang kepada pihak ketiga tersebut.
Bentuk utama insurans liabiliti ialah:-

Insurans Pampasan Pekerja

Skim Pampasan Pekerja Asing (FWCS)

Insurans Liabiliti Majikan

Insurans Liabiliti Awam

Insurans Indemniti Profesional

Insurans Liabiliti Produk

15.4.2.1 Insurans Pampasan Pekerja

Sekiranya kakitangan atau pekerja meninggal


dunia disebabkan kemalangan maut atau
ditimpa sakit berpunca dari pekerjaan yang
dilakukan, Ordinan Pampasan Pekerja 1952
memperuntukkan bayaran pampasan kepada
tanggungan pekerja/kakitangan. Akta ini ditadbir
oleh Jabatan Buruh dan digunapakai di seluruh
Malaysia.
Polisi insurans penting untuk setiap majikan,
samada sebagai prinsipal atau kontraktor yang
mengupah pekerja (mengikut pengertian yang
ditakrifkan dibawah Akta Pampasan Pekerja),
untuk melindungi liabilitinya terhadap para
pekerja dibawah undang-undang berkanun.
Berkuatkuasa mulai 1 Julai 1992, pekerjapekerja di Malaysia tidak lagi tertakluk dibawah
Akta Pampasan Pekerja 1952. Sebaliknya, kini
para pekerja perlu mencarum ke Pertubuhan
Keselamatan Sosial (SOCSO), iaitu sebuah
organisasi yang ditubuhkan untuk mengurus
dan menguatkuasakan perlaksanaan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan
Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja
1971.
Pengecualian

Insurans ini melindungi liabiliti majikan


dibawah
Ordinan
Pampasan
Pekerja
1952, iaitu peruntukan bayaran pampasan
kepada pekerjanya yang meninggal dunia
atau mengalami kecederaan disebabkan
kemalangan
atau
penyakit
berkaitan
pekerjaan ketika dalam perkhidmatan.
Bayaran dibuat mengikut skala pampasan
yang ditetapkan dibawah Ordinan.

1.

Mana-mana kakitangan yang bukan


pekerja mengikut takrifan undangundang

2.

Liabiliti kepada kakitangan kontraktor


kepada insured

3.

Peperangan dan risiko seumpamanya

4.

Sebarang liabiliti kontraktual

5.

Sebarang amaun yang layak diterima


dan insured memperolehinya dari pihak
tertentu berdasarkan perjanjian antara
kedua-dua belah pihak

6.

Sebarang liabiliti disebabkan atau


berpunca dari penggunaan senjata
nuklear,
ionizing,
radiasi
atau
pencemaran radioaktif

Akta Pampasan Pekerja 1952


Dengan Ordinan ini, setiap majikan diwajibkan
menyediakan bayaran pampasan kepada
pekerja-pekerjanya iaitu dengan menyediakan
perlindungan insurans seperti yang ditawarkan
melalui polisi insurans pampasan pekerja.

200

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.4.2.1 (A) Skim Pampasan Pekerja


Asing (FWCS)

Berkuatkuasa mulai 1 November 1996, semua


pekerja asing yang sah (kecuali ekspatriat) wajib
dilindungi dibawah satu Polisi Skim Pampasan
Pekerja Asing yang berasingan.
Skim (insurans) Pampasan Pekerja Asing
1998 diperkenalkan dibawah Akta Pampasan
Pekerja 1952 menghendaki setiap majikan
yang menggajikan pekerja-pekerja asing agar
menginsuranskannya dengan panel syarikat
insurans yang dilantik oleh pihak berkuasa dan
membuat bayaran pampasan atas kecederaan
akibat kemalangan yang dialami oleh pekerja
ketika atau selepas waktu kerja.
Akta Pampasan Pekerja 1952 dipinda pada
Ogos 1996 Seksyen 26(2) Akta Pindaan
adalah syarat mandatori yang perlu dipatuhi
oleh setiap majikan agar menginsuranskan
semua pekerja asing yang berkhidmat
dengannya, bagi melindungi liabiliti yang
mungkin ditanggung dibawah Akta Pampasan
Pekerja 1952.

Penghospitalan dan perbelanjaan


perubatan
Penyakit yang berpunca dari pekerjaan,
umpamanya
sakit
jantung
yang
disebabkan oleh asbestos.
Perbelanjaan pemindahan pampasan
dibayar untuk membawa pulang mayat
pekerja ke negara asal atau menghantar
pulang pekerja yang mengalami hilang
upaya kekal.
Insurans kemalangan diri (diluar waktu
kerja)

Pengecualian
1.

Kes pampasan yang dibawa ke


mahkamah di mana-mana kawasan
tetapi bukan di Malaysia.

2.

Mana-mana kakitangan yang bukan


pekerja mengikut takrifan undangundang Malaysia.

3.

Liabiliti kepada kakitangan kontraktor


kepada insured

4.

Peperangan dan risiko seumpamanya

5.

Sebarang liabiliti kontraktual

6.

Sebarang amaun yang layak diterima


dan insured memperolehinya dari pihak
tertentu berdasarkan perjanjian antara
kedua-dua belah pihak

7.

Sebarang liabiliti disebabkan atau


berpunca dari penggunaan senjata
nuklear,
ionizing,
radiasi
atau
pencemaran radioaktif

Perlindungan Asas
Skim pampasan pekerja asing (FWCS)
diwujudkan bagi melindungi kepentingan dan
kebajikan semua pekerja asing di Malaysia
Polisi ini menyediakan manfaat bayaran
pampasan kepada pekerja asing yang memiliki
dokumen dan permit kerja yang sah, sekiranya
mengalami kecederaan anggota badan akibat
kemalangan atau penyakit yang timbul semasa
dalam tempoh pekerjaan, ataupun berlaku
kematian akibat kemalangan.
Secara ringkas, polisi ini menawarkan
manfaat kepada pekerja disebabkan;

Kematian, hilang upaya kekal atau


hilang upaya sebahagian akibat
dari kecederaan yang dialami ketika
menjalankan tugas.
201

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


15.4.2.2 Insurans Liabiliti Majikan

Perlindungan Asas
Polisi ini menyediakan perlindungan kepada
insured terhadap liabiliti undang-undang atas
kos kerosakan atau kecederaan anggota badan
atau penyakit yang menimpa pekerja, berpunca
dari atau disebabkan pekerjaan yang dilakukan
oleh pekerja berkenaan.
Apabila majikan didapati bertanggungjawab
dari sudut undang-undang untuk membayar
gantirugi kepada pekerja yang tercedera atau
waris kepada pekerja yang meninggal dunia,
mangsa boleh menuntut gantirugi melalui
polisi insurans liabiliti majikan. Polisi ini akan
menyediakan amaun bayaran yang sama
jumlahnya dengan kos yang mungkin telah
dikeluarkan oleh pekerja. Sebagai tambahan,
polisi ini juga akan menanggung perbelanjaan
tertentu seperti bayaran yuran peguam atau
bayaran rawatan/pemeriksaan perubatan.
Tujuan polisi ini ialah untuk memastikan agar
majikan tidak menanggung beban kewangan,
yang mana tuntutan pampasan pekerja akan
ditanggung oleh insurer, bukan majikan.
Manfaat polisi dihadkan kepada bayaran
pampasan akibat kecederaan pekerja sahaja,
dan tiada bayaran gantirugi atas kerosakan
harta benda milik pekerja.
Sekiranya boleh dibuktikan melalui undangundang yang majikan bertanggungjawab atas
kecederaan pekerjanya, pekerja berkenaan
mungkin lebih berminat untuk mengambil
tindakan mahkamah bagi mendapatkan jumlah
pampasan yang lebih tinggi daripada menerima
pampasan yang ditetapkan dibawah Ordinan
Pampasan Pekerja.
Insurans liabiliti majikan ini melindungi liabiliti
majikan di bawah common law atau statut
(selain daripada Ordinan Pampasan Pekerja
dan Akta Keselamatan Sosial) atas kecederaan

berkaitan pekerjaan yang dialami atau penyakit


yang dihidapi oleh pekerja-pekerjanya.
Dibawah Seksyen 42 Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 (SOCSO), ia memperuntukkan
bahawa apabila seseorang itu layak menerima
sebarang manfaat yang disediakan dibawah
akta ini, ia tidak boleh menerima apa-apa
manfaat yang serupa dibawah mana-mana
peruntukan sebarang undang-undang bertulis.
Lanjutan dari kesan Seksyen 42 itu, majikan
tidak digalakkan mengambil polisi insurans
liabiliti majikan sekiranya Akta Keselamatan
Sosial telah mewajibkan majikan untuk
mencarum ke SOCSO.
Pengecualian
Pengecualian umum yang terdapat dalam polisi
ini ialah:
a.

liabiliti majikan terhadap pekerja


kontraktornya;

b.

liabiliti berkontrak;

c.

kecederaan yang dialami di luar


kawasan geografi yang dilindungi oleh
polisi;

d.

liabiliti dibawah Ordinan Pampasan


Pekerja 1952;

e.

risiko peperangan;

f.

risiko nuklear,

15.4.2.3 Insurans Liabiliti Awam

Setiap organisasi perniagaan terdedah kepada


risiko menanggung liabiliti undang-undang
yang berpunca dari operasi perniagaan yang
dijalankan. Orang ramai mungkin mempunyai
urusan dengan organisasi tersebut, atau firma
perniagaan mungkin terletak di premis milik
202

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


orang lain, atau berhampiran dengan jalan
utama atau ofis mungkin terletak di tapak
pembinaan.

f.

liabiliti berkontrak;

g.

risiko nuklear;

Perlindungan Asas

h.

risiko peperangan dan risiko


seumpamanya; dan

i.

letupan sonik.

Polisi liabiliti awam ini direka untuk melindungi


insured dalam memenuhi liabiliti undangundang atas kecederaan anggota badan dan/
atau kerosakan harta benda pihak ketiga,
berpunca dari aktiviti perniagaan yang
dijalankan oleh insured.
Polisi ini juga menyediakan perlindungan
termasuk membayar semua kos dan
perbelanjaan litigasi (tuntutan guaman), dengan
kebenaran insurer terlebih dahulu.
Pengecualian
Pengecualian umum termasuk:
a.

liabiliti yang boleh diinsuranskan


dibawah Polisi Pampasan Pekerja, Polisi
Liabiliti Majikan dan Skim PERKESO
(ditubuhkan dibawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969);

b.

kerugian atau kerosakan keatas harta


milik insured atau dibawah jagaan
insured;

c.

kerugian atau kerosakan keatas harta


yang berkaitan dengan dandang wap
atau mana-mana kapal atau peralatan
dandang;

d.

liabiliti yang timbul akibat kecederaan


atau kerosakan disebabkan;

15.4.2.4 Insurans Indemniti Profesional

Secara
amnya,
polisi
liabiliti
awam
mengecualikan liabiliti yang timbul akibat
kecuaian profesional. Situasi sedemikian timbul
apabila seorang profesional gagal melakukan
tugasnya dengan penuh kepakaran dan
prihatin seperti yang diharapkan kepakaran
dan keprihatinan adalah sesuatu yang diluar
kebiasaan tanggungjawab normal yang
biasa dilakukan oleh individu biasa atau orang
awam.
Didalam situasi biasa kontrak perkhidmatan
antara seorang profesional dan pelanggan,
terdapat syarat tersirat yang mengharapkan
khidmat yang diberi haruslah mempamerkan
kepakaran dan keprihatinan. Kegagalan
melaksanakan tugas secara profesional boleh
menyebabkan berlakunya kerugian kepada
pelanggan yang diinsuranskan dibawah
insurans indemniti profesional.
Contoh kerjaya profesional yang dilindungi
dibawah polisi ini ialah peguam, akauntan,
akitek dan surveyor, broker insurans, doktor,
doktor gigi dan lain-lain pengamal perubatan.
Perlindungan asas

i.

lif atau eskalator kepunyaan


dibawah jagaan insured; dan

atau

ii.

kenderaan yang bergerak secara


mekanikal yang dilesenkan untuk
kegunaan di atas jalan raya;

e.

liabiliti profesional;

Polisi ini melindungi insured yang gagal


mematuhi
tanggungjawab
profesional
disebabkan
tindakan,
kesilapan
dan
peninggalan yang melibatkan kecuaian
insured, pemegang jawatan terdahulu atau
mana-mana individu yang diambil bekerja
oleh insured atas sifatnya sebagai seorang
203

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


profesional. Perlindungan meliputi bayaran
kos guaman yang mungkin ditanggung oleh
insured, dengan syarat mendapat persetujuan
insurer terlebih dahulu.

Indemniti kepada pengarah dalam


keadaan dimana bayaran pampasan
tidak dibayar oleh syarikat apabila
pengarah
gagal
mempertahankan
kesnya di mahkamah.

Pengecualian
Polisi insurans indemniti profesional ini biasanya
mengecualikan tuntutan yang melibatkan;
a.

fitnah atau tohmahan;

b.

ketidakjujuran, penipuan, Jenayah

c.

tindakan berniat jahat atau pengabaian


oleh insured, pemegang jawatan
terdahulu atau pekerjanya;

Liabiliti mungkin timbul kerana cuai atau


kurang cekap ketika melaksanakan tugas,
contohnya memberi nasihat secara cuai dan
mengelirukan khususnya dalam konteks usaha
penggabungan atau pengambilalihan sesuatu
syarikat dimana pengarah gagal memahami
petunjuk arah aliran ekonomi masakini
sehingga ia menjejaskan prestasi syarikat
secara keseluruhan.

d.

pencemaran radioaktif; dan

Berbanding dengan lain-lain polisi liabiliti, polisi


ini hanya membayar kos kerosakan dan kos
mempertahankan tuntutan.

e.

insured boleh mendapat pampasan


dari polisi lain

Pengecualian
Polisi ini mengecualikan;

15.4.2.5 Liabiliti Pengarah dan Pegawai

Selama
beberapa
dekad,
terdapat
kecenderungan yang semakin meningkat bagi
pihak mahkamah meletakkan tanggungjawab
ke atas pengarah syarikat, dan lain-lain pegawai
kanan syarikat atas kecuaian mereka mengurus
dan mentadbir syarikat. Undang-undang
juga menegaskan bahawa pengarah syarikat
bertanggungjawab terhadap segala tindak
tanduk syarikat. Dengan cara ini, pemegang
saham, pemiutang, pelanggan, kakitangan dan
individu lain boleh mengambil tindakan ke atas
pengarah syarikat sebagai seorang individu.
Perlindungan Asas
Polisi
liabiliti
pengarah
dan
pegawai
menyediakan perlindungan terhadap;-

Indemniti kepada syarikat meliputi kos


yang ditanggung untuk membayar
pampasan kepada pengarah atas
tuntutan pembelaan yang berjaya
dipertahankan;

Tuntutan kecederaan anggota badan


atau kerugian
Tuntutan peribadi yang dikemukakan
terhadap seseorang direktor atas
ketidakjujuran, penipuan atau tindakan
khianat yang dilakukan oleh pengarah
itu sendiri.
Tuntutan yang timbul kerana bertindak
atas kepentingan & keuntungan atau
manfaat peribadi.
Mengingkari tanggungjawab
profesional

15.4.2.6 Insurans Liabiliti Produk

Berbeza dengan kebanyakan polisi liabiliti


awam, polisi ini adalah berkaitan dengan liabiliti
yang wujud berpunca dari produk yang dijual.
Liabiliti ini dianggap merumitkan dan insurer
204

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


lebih cenderung untuk menangani masaalah
ini secara berasingan. Sekiranya seseorang itu
tercedera/jatuh sakit disebabkan oleh produk
yang dibeli, umpamanya produk makanan, dan
dapat membuktikannya kepada penjual atau
pengeluar produk makanan tersebut, besar
kemungkinan ia akan berjaya membuat tuntutan
gantirugi.
Polisi liabiliti produk menyediakan perlindungan
kepada pengeluar atau penjual produk
terhadap liabiliti undang-undang atas kematian
atau kecederaan atau kerosakan harta benda
disebabkan kecacatan produk yang dibekal
atau dijual kepada orang ramai. Contoh produk
yang boleh menimbulkan liabiliti ialah barangan
elektrik, mesin, ubat-ubatan, alat solek dan
barang permainan.
Perlindungan yang disediakan termasuk
membayar kos perundangan yang ditanggung
oleh firma, dengan mendapat kebenaran insurer
terlebih dahulu.
Pengecualian
Pengecualian umum ialah;
a.

kecederaan kepada pekerja

b.

liabiliti berkontrak kecuali liabiliti


tersebut wujud walaupun ketiadaan
sebarang kontrak

c.

liabiliti
yang
timbul
disebabkan
kesilapan formula atau spesifikasi
produk

d.

kerugian atau kerosakan kepada


produk yang dibekal atau dijual selepas
kerja-kerja membaiki atau mengubahsuai
produk berkenaan.

15.4.3 Insurans Kemalangan Diri

Perlindungan Asas
Polisi ini menyediakan manfaat apabila insured
mengalami kecederaan anggota badan akibat
secara langsung dari kemalangan yang berlaku
secara kekerasan dan ganas. Perlindungan
yang disediakan dibawah polisi ini ialah manfaat
kematian, hilang upaya dan/atau perbelanjaan
perubatan disebabkan kecederaan. (lihat
Jadual 15.6)
Manfaat polisi biasanya diperluaskan dengan
memasukkan faedah mingguan sehingga ke
had maksimum 104 minggu; atau bayaran
pampasan sekiranya insured mengalami hilang
upaya sementara disebabkan kemalangan; dan
faedah mingguan yang berkurangan sekiranya
hilang upaya berkenaan menjadi halangan
sementara kepada insured untuk melakukan
tugas-tugas biasanya.
Sebagai tambahan kepada pembelian polisi
insurans kemalangan diri oleh seseorang
individu, pihak syarikat juga boleh membeli
polisi ini untuk melindungi pekerja-pekerjanya.
Sesungguhnya telah menjadi trend masa kini
dimana kita menyaksikan bank, pasaraya dan
lain-lain pembekal perkhidmatan menawarkan
insurans kemalangan diri secara percuma
kepada
pemegang
akaun
individu/ahli,
pemegang kad kredit/debit atau pelanggan
sebagai salah satu tarikan program kesetiaan
ahli.
Perlu dinyatakan disini bahawa insurans
kemalangan diri adalah salah satu dari dua
kelas insurans yang tidak terikat dengan prinsip
indemniti insurans. Ini bermakna perlindungan
yang diberikan adalah dianggap sebagai
manfaat/faedah, bukan indemniti seperti yang
kita fahami. Antara perkara penting yang perlu
diketahui ialah;-

tiada prinsip sumbangan atau bayaran


pampasan dari lain-lain polisi.
205

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


-

tiada prinsip subrogasi yang boleh


digunakan untuk mendapatkan balik
amaun gantirugi.

Pengecualian
Polisi ini tidak melindungi;
a.

b.

kematian, hilang upaya atau


perbelanjaan perubatan akibat;
peperangan, operasi mirip peperangan,
mogok, rusuhan, huru-hara awam;

kematian,
hilang
upaya
atau
perbelanjaan perubatan yang ditanggung
oleh insured;
ketika mengembara dengan
terbang sebagai anak kapal;

kapal

ketika
bermotosikal,
memburu,
mendaki gunung, bermain polo, lari
berhalangan, meluncur ski air, kegiatan
dasar laut; dan
ketika melakukan atau cuba melakukan
kegiatan Jenayah.

tidak siuman, membunuh diri atau


cubaan seumpamanya;
penyakit kelamin, jangkitan atau
parasit;
mabuk akibat alkohol atau dadah; dan
melahirkan anak, keguguran atau
hamil.

206

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Jadual 15.6 . Manfaat yang biasa terdapat dalam polisi insurans kemalangan diri

KONTINGENSI

FAEDAH

Kematian

Amaun prinsipal

Hilang Upaya Kekal


Kehilangan kedua-dua daya penglihatan
atau anggota badan

Amaun Prinsipal

Kehilangan satu penglihatan atau


anggota badan

50% dari Amaun Prinsipal

Hilang Upaya Separuh Kekal. Ia merujuk


kepada hilang upaya yang tidak ketara
seperti hilang satu mata atau anggota badan

Peratusan dari Amaun Prinsipal.


Angka peratusan berbeza
mengikut tahap kecederaan.

HilangUpaya Kekal & Menyeluruh

Amaun Prinsipal

Hilang Upaya Sementara


Hilang Upaya Sementara Sepenuhnya dari
melakukan pekerjaan seperti biasa

Faedah mingguan sehingga


ke had maksimum 104 minggu

Hilang Upaya Sementara Separa dari


melakukan pekerjaan seperti biasa.

Faedah mingguan berkurangan


ke had maksimum 104 minggu

Perbelanjaan Perubatan

Amaun sebenar (sehingga ke had


maksimum amaun prinsipal

15.4.4 Jaminan Kesetiaan Dan Bon

15.4.4.1 Jaminan Kesetiaan

Perlindungan Asas
Polisi ini melindungi majikan terhadap
kehilangan wang atau stok barangan
disebabkan perbuatan tidak jujur atau penipuan
pekerjanya.
Jaminan kesetiaan berkait rapat dengan
situasi dimana pekerja diberi tanggungjawab
menjaga hal ehwal kewangan atau harta milik
majikan. Contohnya pekerja yang berurusan

dengan wang tunai (sebagai juruwang


atau pembantu jualan) atau mengendali
akaun syarikat (sebagai akauntan, operator
komputer atau pengurus belian).
Insurer bertindak sebagai penjamin kepada
individu yang diinsuranskan dan sekiranya
insured melakukan penipuan atau bertindak
tidak jujur terhadap majikannya, penjamin iaitu
insurer akan membuat bayaran pampasan
gantirugi atas ketidakjujuran dan penipuan yang
telah berlaku.
Perlakuan tidak jujur atau penipuan itu mestilah
berlaku ketika;
a.

dalam tempoh kuatkuasa insurans;

207

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


b.

pekerja dalam tempoh perkhidmatan


yang berterusan;

c.

perbuatan tersebut diketahui dan


dilaporkan dalam tempoh tidak melebihi
6 bulan selepas tarikh letak jawatan,
kematian, dipecat, atau tarikh bersara
pekerja yang didapati bersalah atau
selepas tamat tempoh kuatkuasa polisi;
yang mana terdahulu.

Pengecualian
Secara amnya, jarang terdapat pengecualian
bagi polisi jaminan kesetiaan.
Jenis-jenis Polisi Kesetiaan
Jenis-jenis polisi kesetiaan yang dikeluarkan
oleh insurer adalah seperti berikut;
a.

Polisi Kolektif
Dinamakan secara kolektif polisi
ini
memasukkan
senarai
yang
mengandungi nama dan tugas individu
yang dijamin. Amaun jaminan ditetapkan
bagi setiap nama, samada amaun bagi
setiap individu atau amaun terapung
keseluruhan.
Tidak dinamakan secara kolektif
polisi ini melindungi majikan terhadap
kerugian disebabkan ketidakjujuran atau
penipuan pekerja dari kategori tertentu
seperti pengurus, juruwang, penjaga
stor dan kerani.

c.

15.4.4.2 Bon

Syarikat insurans kerap mengeluarkan bon


sebagai tambahan kepada polisi insurans.
Insurer bukanlah satu-satunya organisasi yang
dibenarkan mengeluarkan bon; mana-mana
individu atau organisasi (contohnya bank) yang
bersedia untuk menjadi penaja jamin untuk
individu lain boleh mengeluarkan bon.
Adalah penting untuk kita membezakan antara
bon dan polisi insurans:

Bon adalah kontrak khusus yang


dikeluarkan dibawah perjanjian yang
dimeterai dan biasanya melibatkan
hubungan tiga pihak

Polisi insurans secara perundangannya


ditakrifkan sebagai suatu kontrak mudah
yang melibatkan hubungan dua pihak
iaitu insured dan insurer.

Polisi individu
Polisi ini melindungi pekerja yang
dinamakan untuk amaun yang telah
ditetapkan

b.

penipuan oleh semua pekerja tanpa


menyenaraikan nama atau kedudukan
mereka.

Polisi Sarwa (menyeluruh)


Polisi ini melindungi majikan terhadap
kerugian akibat ketidakjujuran atau

Di Malaysia, kebanyakan bon yang dikeluarkan


oleh syarikat insurans adalah bon prestasi,
sementara lain-lain jenis bon yang dikeluarkan
termasuklah bon tender, bon pembayaran
pendahuluan, bon selenggara dan bon
membekal.
Bon perniagaan biasanya tidak dikeluarkan
secara berasingan tetapi dikeluarkan bersamasama dengan polisi insurans seperti insurans
Semua Risiko Kontraktor dan Semua Risiko
Pembinaan.
Bon prestasi digunakan terutamanya yang
melibatkan projek membina bangunan atau
kejuruteraan yang kebiasaannya majikan
memerlukan
khidmat
kontraktor
untuk
menyediakan bon prestasi ini sebagai jaminan
terhadap kemungkinan kontraktor gagal
208

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


menyiapkan projek mengikut terma dan syarat
kontrak.
Bon prestasi melibatkan tiga pihak iaitu;

15.4.5.1 Polisi Letupan Dandang

Perlindungan Asas

1.

Prinsipal (majikan) pihak yang


memberi kontrak kerja dan yang
akan menerima pampasan sekiranya
kontraktor tidak melaksanakan kontrak
tersebut.

2.

Kontraktor seseorang yang menerima


kontrak kerja dan bertanggungjawab
melaksanakan kerja seperti yang
dinyatakan dalam kontrak.

Polisi Letupan Dandang menyediakan khidmat


pemeriksaan dan perlindungan terhadap;
a.

kerosakan kepada loji milik insured;

Penjamin (insurer) penyedia iaitu


insurer yang bersetuju untuk membayar
sejumlah wang sekiranya kontraktor
gagal melaksanakan tanggungjawab
kontraknya.

b.

kerosakan harta disekeliling loji milik


insured;

c.

kerosakan harta dan kecederaan


anggota badan pihak ketiga disebabkan
letupan dan runtuhan dandang dan loji
tekanan.

3.

Polisi ini bertujuan menyediakan bayaran


pampasan kepada insured sekiranya loji milik
insured mengalami kerosakan disebabkan
anasir luar atau gagal berfungsi.

15.4.5 Insurans Kejuruteraan


Pada asasnya, terdapat dua kategori dandang;
Jenis utama polisi yang dikeluarkan dibawah
kelas insurans ini adalah seperti berikut;
-

Polisi Letupan Dandang;

Polisi Kerosakan Mesin;

Polisi Peralatan Elektronik/Komputer;

Polisi Semua Risiko Kontraktor

Polisi Semua Risiko Pembinaan

Kesemua polisi ini merupakan kelas insurans


yang khusus dan boleh dibahagikan kepada
polisi pembaharuan dan polisi bukan
pembaharuan.
Polisi bukan pembaharuan iaitu polisi Semua
Risiko Kontraktor dan Semua Risiko Pembinaan
hanya menyediakan perlindungan sepanjang
tempoh projek sahaja dan polisi akan dibatalkan
apabila projek telah disiapkan.

dandang wap

dandang air panas

Contohnya ialah alat penerima wap, enjin wap,


alat penjimatan, alat pemanas dan lain-lain yang
serupa dengannya serta kapal menggunakan
tekanan. Semua loji yang beroperasi
menggunakan kuasa tekanan adalah terdedah
kepada risiko letupan atau runtuh.
Pengecualian
Pengecualian biasa yang terdapat dalam polisi
ini ialah;
a.

haus dan lusuh, tetapi letupan atau


runtuhan dari penghausan dandang dan
loji tekanan adalah dilindungi;

209

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


b.

kegagalan bahagian mesin yang boleh


diganti (iaitu bahagian yang memerlukan
penyelenggaraan berkala), kecuali
kecacatan tersebut mengakibatkan
letupan atau runtuhan;

2.

c.

kerosakan harta insured disebabkan


kebakaran;

Kerugian atau kerosakan yang dilindungi


dibawah polisi ini biasanya disebabkan oleh
salah satu dari perkara berikut;

d.

kerosakan atau liabiliti akibat tindakan


yang disengajakan atau kecuaian
insured;

sedang dibaiki (tujuan pembersihan,


pemeriksaan, baikpulih,) dipindahkan
atau digerakkan dalam premis yang
sama untuk membolehkan ia beroperasi
seperti biasa.

a.

kecacatan bahan, rekabentuk,


pembinaan dan pemasangan;

e.

kerugian akibat pemberhentian kerja


loji;

b.

kemalangan berpunca dari keadaan


tempat kerja;

f.

kerugian atau kerosakan akibat;

c.

arus elektrik berlebihan

taufan, ribut, letusan gunung berapi,


gempa bumi dan seumpamanya;

d.

kegagalan penebat

e.

litar pintas, litar terbuka atau arking;

peperangan
dan
operasi
mirip
peperangan, rusuhan awam dan mogok;
dan

f.

kerosakan lain-lain mesin yang


berkaitan atau alat kawalan;

g.

ketidakcekapan, kecuaian pekerja


insured atau lain-lain individu; dan

h.

kerosakan disebabkan elemen luar.

g.

kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat


risiko nuklear.

15.4.5.2 Polisi Kerosakan Mesin


Pengecualian
Polisi ini melindungi kemalangan yang
dijangka dan berlaku secara mengejut
kerosakan kepada item milik insured
memerlukan kerja-kerja pembaikan
penggantian.

tidak
atau
yang
atau

Pengecualian utama termasuk;


a.

haus dan lusuh biasa;

b.

kerugian atau kerosakan akibat;

Elemen utama perlindungan insurans ialah


kerosakan elektrikal dan mekanikal serta
kerosakan disebabkan kemalangan berpunca
dari sebab-sebab luaran.

kebakaran dan letupan

kebanjiran, tanah runtuh, gempa bumi


dan seumpamanya;

Perlindungan meliputi premis milik insured yang


dinyatakan dalam polisi dan loji berkenaan;-

peperangan, rusuhan dan risiko


seumpamanya;

1.

c.

risiko nuklear

sedang digunakan atau sebaliknya;

210

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Seksyen III Peningkatan Kos Kerja

15.4.5.3 Insurans Peralatan


Elektronik/Komputer

Dalam konteks insurans, peralatan elektronik


meliputi semua sistem elektrik yang berfungsi
dengan bekalan kuasa tahap normal.

Seksyen ini melindungi kos perbelanjaan seperti


caj sewaan, caj pengangkutan data media dan
pekerja, kos penginapan, bayaran kerja lebih
masa atau bekerja pada hari minggu/cuti umum
dan sebagainya.

Peralatan elektrik yang berfungsi menggunakan


kuasa
tahap
rendah
dan
sederhana
termasuklah;-

Pengecualian

a.

deduktibel;

b.

kecurian;

c.

kerugian disebabkan;

sistem dan peralatan pemerosesan


data elektronik
peralatan elektrik dan radiasi (elektromedikal) seperti pengimbas anggota
badan
kemudahan telekumunikasi peralatan
media,
pertukaran
telefon
dan
seumpamanya;

Pengecualian utama termasuk;

Perlindungan Asas
Polisi ini menyediakan perlindungan terhadap
kerugian atau kerosakan fizikal atau kerosakan
peralatan
elektrik
disebabkan
daripada
sebarang sebab, selain dari pengecualian yang
dinyatakan dalam polisi.
Terdapat 3 seksyen perlindungan
ditawarkan dibawah polisi ini;
Seksyen
I
(Perkakasan)

Kerosakan

yang

Seksyen II Data Media Luaran (Perisian)

kesilapan atau kecacatan yang wujud


ketika perlaksanaan dasar dan diketahui
insured.
Kegagalan atau gangguan bekalan
gas, air atau elektrik

Keadaan persekitaran

d.

kos kendalian

e.

kerugian atau kerosakan yang menjadi


tanggungjawab
pembekal
atau
pengeluar mengikut undang-undang
atau berdasarkan kontrak

f.

kerugian
atau
kerosakan
pada
peralatan yang disewa yang menjadi
tanggungjawab
pemilik
mengikut
undang-undang
atau
berdasarkan
kontrak

g.

kerugian turutan atau liabiliti

Material

Menyediakan perlindungan berasaskan Semua


Risiko terhadap kerugian fizikal atau kerosakan
pada item yang diinsuranskan, kecuali
dinyatakan sebaliknya.

gempa bumi, letusan gunung berapi,


ribut, siklon atau taufan,

Perlindungan disediakan berdasarkan mana


yang terdahulu bagi kedua-dua nilai material
data media dan/atau kos memproses semula
dan menyimpan maklumat yang hilang.
211

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.4.5.4 Insurans Semua


Risiko Kontraktor

Ini adalah suatu bentuk insurans yang


diperkenalkan untuk memenuhi keperluan yang
lebih khusus dalam industri pembinaan. Apabila
sesuatu bangunan baru atau projek kejuruteraan
awam seperti lebuhraya atau jambatan sedang
dibina, modal yang besar diperlukan untuk
membiayai dan menyiapkan projek berkenaan.
Risiko yang mungkin timbul ialah bangunan
atau jambatan yang dibina mengalami
kerosakan teruk, tempoh menyiapkan projek
yang dipanjangkan dan kegagalan mematuhi
tarikh siap. Risiko menjadi lebih serius apabila
tempoh menyiapkan projek semakin hampir.
Terdapat banyak contoh projek yang mengalami
kerosakan/kecacatan pembinaan yang teruk,
malah terpaksa diruntuhkan, hanya beberapa
hari menjelang tarikh yang sepatutnya ia
diserahkan kepada pemiliknya.

Seksyen II Liabiliti Pihak Ketiga

Selanjutnya, terdapat
penyelenggaraan iaitu;

Seksyen I Kerosakan Material

kerugian atau kerosakan mutu kerja,


loji dan mesin ketika dalam pembinaan/
pembangunan.
kerugian atau kerosakan loji, mesin
dan peralatan milik kontraktor,
kerugian atau kerosakan bangunan/
harta sedia ada milik prinsipal
pembersihan bahan binaan/runtuhan
bangunan.

dua

jenis

lawatan

1.

lawatan penyelenggaraan

liabiliti
insurer
dalam
tempoh
penyelenggaraan adalah terhad kepada
kerugian atau kerosakan disebabkan
oleh insured ketika melakukan kerjakerja operasi bagi memenuhi keperluan
dan tanggungjawab dibawah peruntukan
penyelenggaraan kontrak.

2.

penyelenggaraan lanjutan

sebagai tambahan kepada kerja


penyelenggaraan di atas, perlindungan
juga meliputi kerugian dan kerosakan
ketika kerja-kerja pembinaan sedang
dijalankan.

Perlindungan Asas
Polisi Semua Risiko Kontraktor menyediakan
perlindungan yang luas untuk menyiapkan
suatu projek kejuruteraan awam atau struktur.
Ia memberi perlindungan sepanjang tempoh
projek, termasuk kerja penyelenggaraan. Ia
boleh dibahagikan kepada dua seksyen iaitu;

kerugian atau kerosakan harta benda


dan kematian atau kecederaan anggota
badan pihak ketiga

Pengecualian
Pengecualian umum termasuk;
a.

kerugian atau kerosakan disebabkan


rekabentuk yang tidak sempurna;

b.

kos penggantian bahan atau mutu kerja


yang tidak sempurna;

c.

haus dan lusuh, karat dan susut

d.

kerugian atau kerosakan disebabkan


kerosakan mekanikal dan/atau elektrikal
kepada loji pembinaan dan mesin

e.

kerugian atau kerosakan kepada


kenderaan yang dilesenkan untuk
kegunaan di daratan, air atau udara;

212

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


f.

kerugian atau kerosakan kepada fail,


lukisan, akaun, bil, mata wang, nota
sekuriti dan cek;

g.

kerugian yang disedari semasa


membuat semakin inventori,

h.

lebihan (excess) yang perlu ditanggung


oleh insured;

i.

kerugian turutan;

j.

setiap mesin, peralatan dan


pemasangan
loji kuasa dan pengeluaran yang telah
siap dan boleh digunakan.

2.

Kerja-kerja kejuruteraan awam yang


difikirkan perlu untuk menyiapkan projek
juga boleh dilindungi, dengan syarat
kerja-kerja tersebut amat penting dalam
pembinaan tersebut.

kerugian disebabkan tindakan yang


disengajakan oleh pengarah, pengurus
atau pengurus tapak yang bekerja
dengan insured;

3.

Sebagai tambahan, perlindungan juga


boleh meliputi;

k.

risiko nuklear;

l.

kerugian
atau
kerosakan
akibat
peperangan, mogok dan huru hara
awam.

15.4.5.5 Insurans Semua Risiko


Pembinaan

Perlindungan Asas
Polisi ini memberi perlindungan terhadap
kerosakan tidak disengajakan semasa kerjakerja pembinaan dan kerja tambahan yang
dilakukan berkaitan dengan pembinaan &
pemeriksaan loji dan mesin.
Seksyen Liabiliti Pihak Ketiga iaitu sama
seperti polisi semua risiko kontraktor, polisi
Semua Risiko Pembinaan menyediakan
perlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta
dan kecederaan anggota badan pihak ketiga.

loji, mesin dan peralatan yang


diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan
harta benda ditapak pembinaan yang
dimiliki, dibawah jagaan atau dikawal
oleh insured
perbelanjaan yang ditanggung untuk
kerja-kerja pembersihan selepas berlaku
kerosakan
perbelanjaan
tambahan
yang
ditanggung seperti kerja lebih masa dan
kos penghantaran
liabiliti undang-undang yang timbul
atas kerosakan harta dan kecederaan
anggota badan pihak ketiga, yang
berlaku ketika kerja-kerja pembinaan
sedang berjalan di tapak pembinaan.

Pengecualian
Pengecualian utama adalah lebih kurang sama
dengan yang terdapat dalam polisi semua risiko
kontraktor.

Secara ringkas, polisi insurans semua risiko


pembinaan menyediakan perlindungan untuk:
1.

Tapak pembinaan
pengujian terhadap;

dan

kerja-kerja

213

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.4.6 Insurans Penerbangan

Kebanyakan polisi penerbangan dikeluarkan


berdasarkan semua risiko, tertakluk kepada
pengecualian tertentu. Pembeli polisi ini
biasanya adalah pemilik atau pengendali
syarikat penerbangan samada penerbangan
komersil (contohnya syarikat penerbangan)
atau kegunaan peribadi (contohnya kelab
penerbangan). Lain-lain pesawat yang juga
boleh dilindungi dibawah kelas insurans
penerbangan ini ialah helikopter, pesawat
luncur, pesawat ringan dan belon udara panas.
Selain dari syarikat penerbangan, lain-lain
kumpulan atau individu yang memerlukan
perlindungan polisi insurans ini ialah pengendali
pesawat korporat, pengendali pesawat peribadi,
pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat
pengeluar pesawat dan peralatan pesawat.
Berikut adalah jenis-jenis polisi insurans
penerbangan dan perlindungan yang disediakan
dibawah polisi-polisi berkenaan;
1.

Insurans Kapal (pesawat udara) &


Liabiliti

liabiliti kontraktual;

risiko nuklear.

Pengecualian
berkaitan
perlindungan
kerugian atau kerosakan pesawat

Pengecualian
Pengecualian umum

peperangan, rampasan kapal terbang


dan lain-lain peril;
pesawat digunakan untuk kegiatan
yang melanggar undang-undang atau
tujuan-tujuan yang tidak dinyatakan
dalam jadual polisi;

kerosakan pada mana-mana unit


pesawat atas sebarang sebab yang
membawa kepada kesan yang lebih
teruk.

Pengecualian berkaitan perlindungan liabiliti


undang-undang terhadap pihak ketiga

Perlindungan Asas
Polisi insurans kapal (pesawat udara) & liabiliti
menyediakan bayaran gantirugi kepada insured
untuk bayaran kos mengganti, kerugian atau
kerosakan kapal pesawat (termasuk kapal
hilang) serta liabiliti undang-undang pihak
ketiga dan juga penumpang.

haus dan lusuh, susut, kerosakan,


gagal berfungsi atau kecacatan/
kekurangan atas sebarang sebab ke
atas mana-mana unit/bahagian dalam
pesawat

kecederaan kepada pengarah, pekerja


dan lain-lain individu ketika mereka
menjalankan tugas atau tanggungjawab
untuk insured
anak kapal dan kakitangan kabin atau
lain-lain kakitangan ketika mereka
mengendali/ bertugas di pesawat dalam
penerbangan
kerugian atau kerosakan harta benda
yang dimiliki, dibawah jagaan atau
dibawah kawalan insured
bunyi bising, pencemaran dan lain-lain
peril seumpamanya

Pengecualian berkaitan perlindungan liabiliti


undang-undang terhadap penumpang

kecederaan kepada pengarah, pekerja


dan lain-lain individu ketika mereka
menjalankan tugas atau tanggungjawab
untuk insured

214

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

anak kapal dan kakitangan kabin atau


lain-lain kakitangan ketika mereka
mengendali/ bertugas di pesawat dalam
penerbangan

akan mengarahkan semua pesawat berkenaan


ditahan dari berlepas sehingga semua
kecacatan diperbaiki.
Pengecualian

2.

Insurans Liabiliti Produk Penerbangan


Pengecualian Umum

Terdapat dua perlindungan utama dibawah


polisi ini;
Perlindungan A Liabiliti Kecederaan
Anggota Badan dan Kerosakan Harta Benda

Pengecualian umum polisi adalah sama seperti


pengecualian dalam polisi insurans kapal
(pesawat udara) & liabiliti.
Pengecualian Perlindungan A

Polisi ini menyediakan indemniti kepada insured


berdasarkan amaun yang ia bertanggungjawab
dari sudut perundangan untuk membayarnya
atas kecederaan anggota badan, kerosakan
atau kerugian harta, berpunca dari penggunaan
sebarang pesawat atau produk penerbangan
yang dibuat/dihasilkannya.
Produk dalam konteks ini bermaksud apa
sahaja yang diperbuat, dikendalikan atau
dijual oleh insured, samada ia berupa pesawat
yang telah siap atau komponen bahagian
pesawat atau kerja-kerja yang dibuat ke atas
pesawat (contohnya membaiki kerosakan atau
penyelenggaraan).

Kos dan perbelanjaan yang ditanggung


oleh insured berkaitan kerosakan
yang berpunca dari produk pesawat
atau kerja-kerja yang disiapkan oleh
atau untuk insured atau produk yang
ditarik
dari
pasaran
disebabkan
terdapat kekurangan atau kecacatan
pembuatan.
Kerosakan, kemusnahan atau tidak
boleh digunakan kerana pesawat
menggunakan produk penerbangan
tentera.

Pengecualian Perlindungan B
Istilah diperbuat diperluaskan pengertiannya
dengan meliputi aktiviti memasang, membaiki
dan merekabentuk.

Perlindungan B Liabiliti Terkandas


Polisi ini akan membayar pampasan kepada
insured sekiranya pesawat yang telah siap
dipasang tidak boleh digunakan/diterbangkan
disebabkan
berlakunya
kejadian
atau
kemalangan berpunca dari bahaya produk
seperti yang dinyatakan dalam Perlindungan A
di atas.

Mana-mana pesawat yang dikeluarkan


dari senarai operasi penerbangan
kerana sijil layak terbang telah
dibatalkan oleh pihak berkuasa
penerbangan
Produk pesawat tentera.
Mana-mana pesawat yang dikeluarkan
dari senarai servis penyelenggaraan
utama, rutin, baikpulih, penggantian
atau ubahsuai pesawat

Terkandas bermaksud apabila berlaku


kemalangan melibatkan sesuatu pesawat dan
ia membawa penemuan bukti kecacatan yang
serius pada kesemua pesawat yang sama
rekabentuknya, pihak berkuasa penerbangan

215

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


3.

Liabiliti Pemilik dan Pengendali


Lapangan Terbang

Perlindungan Asas
Risiko yang dilindungi dibawah polisi ini
biasanya berkaitan dengan operasi kendalian
lapangan terbang. Polisi ini menyediakan
perlindungan terhadap kecederaan anggota
badan yang dialami oleh mana-mana individu
semasa berada lapangan terbang atau
penumpang, anak kapal, kakitangan kabin
yang mengalami kecederaan berpunca dari
keadaan dimana pengendali lapangan terbang
bertanggungjawab terhadapnya.
Polisi ini juga melindungi kerosakan harta
benda milik individu lain. Ia mungkin melibatkan
pesawat yang diletakkan diruang letak
pesawat, melalui kawasan lapangan terbang
atau dibawah kawalan perkhidmatan lapangan
terbang atau diletakkan di hangar milik insured
untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan
atau pembaikan.
Dibawah ini diterangkan ringkasan perlindungan
yang ditawarkan dibawah jenis-jenis polisi
dan pengecualian khusus yang berkaitan
dengannya.
Seksyen 1 (Liabiliti Premis)
Di bawah seksyen ini, ia melindungi liabiliti
insured terhadap kecederaan anggota badan
dan kerosakan harta benda milik mana-mana
individu disebabkan kesalahan atau kecuaian
insured atau kakitangan insured, berpunca
dari kecacatan yang berlaku ke atas mesin,
peralatan atau premis terbabit.

Kerugian atau kerosakan harta benda


yang dimiliki, disewa atau diduduki,
dibawah
jagaan
atau
dibawah
tanggungjawab
insured
ketika
pesawat sedang dibaiki, diservis atau
diselenggara oleh insured.

Kerugian disebabkan oleh manamana kapal, kenderaan atau pesawat


udara yang dimiliki, disewa khas,
digunakan atau dikendalikan /dibawah
tanggungjawab insured
Pertemuan, perlumbaan, pertunjukan
udara atau dipamirkan dalam suatu
acara yang berkaitan dengannya
Kerugian
atau
kerosakan
yang
berlaku berpunca dari kerja-kerja
pembinaan, meruntuhkan, pemasangan
atau pengubahsuaian bangunan atau
landasan yang diselenggara oleh
insured atau sub-kontraktornya.
Kerugian atau kerosakan disebabkan
produk
yang
terdedah;
walau
bagaimanapun, tiada pengecualian atas
penjualan makanan atau minuman di
premis terbabit.

Seksyen 2 (Liabiliti Penjaga Hangar)


Seksyen ini melindungi liabiliti insured terhadap
kerugian atau kerosakan pesawat atau peralatan
pesawat yang bukan milik insured ketika ia
dibawah jagaan, tanggungjawab atau kawalan
insured; atau ketika ia diservis, dijaga atau
diselenggara oleh insured atau kakitangannya.
Pengecualian

Pengecualian:

Kerugian disebabkan oleh mana-mana


kenderaan yang digerakkan secara
mekanikal dan diinsuranskan dibawah
Akta Pengangkutan Jalan.

Kerugian atau kerosakan terhadap


pakaian, barangan milik peribadi dan
barangan dagangan;
Kerugian atau kerosakan terhadap
pesawat atau peralatan pesawat yang
disewa, dipajak atau dipinjamkan
kepada insured;

216

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

Kerugian atau kerosakan terhadap


mana-mana pesawat ketika ia sedang
terbang.

Seksyen 3 (Liabiliti Produk)

Seksyen ini melindungi liabiliti insured terhadap


kecederaan anggota badan atau kerosakan
harta berpunca dari pemilikan, penggunaan,
pemakaian atau penjagaan sebarang produk
atau barangan yang dihasilkan, dibangunkan,
diubahsuai, dibaiki, diservis, dirawat, dijual,
dibekalkan atau diedarkan oleh insured atau
kakitangannya.

Rampasan oleh pejabat pendaftaran


pesawat;
Sebarang hutang;
Pemilikan semula (atau cubaan untuk
memiliki semula) oleh pemegang hak
milik atau berdasarkan perjanjian
kontraktual;
Lewat atau hilang
menggunakannya;
Kerugian akibat
senjata nuklear.

peluang

letupan

untuk

sebarang

Pengecualian:

4.

Kerosakan harta milik insured atau


harta dibawah jagaan, tanggungjawab
atau kawalan insured;
Kos
membaiki
atau
barangan
yang
pembuatannya;

a.

Polisi Liabiliti Tambang melindungi


pengendali
pesawat
dari
liabiliti
perundangan untuk memulangkan
bayaran tambang kepada pemilik
kargo.

b.

Polisi Kemalangan Diri melindungi


juruterbang dan anak kapal terhadap
kecederaan anggota badan atau
kematian akibat kemalangan

c.

Polisi Kehilangan Lesen Penerbangan


melindungi juruterbang, juru pandu
penerbangan atau jurutera penerbangan
terhadap kerugian kewangan akibat
kehilangan lesen.

mengganti
rosak/cacat

Kerugian
disebabkan
kecacatan/
kekurangan rekabentuk, prestasi atau
spesifikasi;
Hilang peluang untuk menggunakan
pesawat kerana pesawat terlibat dalam
kemalangan
yang
menyebabkan
kerosakan atau sebaliknya.
Risiko Peperangan Kapal Terbang &
Peril Seumpamanya

Polisi ini menyediakan perlindungan badan


kapal (iaitu menarik balik sebahagian dari
pengecualian), terhadap sebahagian dari
peril yang dikecualikan seperti peperangan,
rampasan pesawat, mogok, kerosakan akibat
perbuatan khianat dan lain-lain peril.
Pengecualian

Sebagai tambahan, polisi-polisi berikut juga


terdapat dipasaran:

Peperangan diantara lima kuasa besar


dunia;

15.4.7 Insurans Perubatan Dan


Kesihatan (MHI)

Insurans Perubatan dan Kesihatan (Medical


and Health Insurance MHI) ditakrifkan sebagai
polisi insurans berkaitan penyakit, sakit atau
perbelanjaan perubatan yang menyediakan
manfaat tertentu terhadap risiko mengalami
hilang upaya menyeluruh atau separa
menyeluruh akibat kemalangan atau sakit.
217

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


Manfaat polisi biasanya dibayar mengikut jenis
polisi atau perlindungan yang dibeli iaitu;

Manfaat/perluasan polisi:

Insurans Klinikal Pesakit Luar

Bayaran balik perbelanjaan perubatan


yang ditanggung oleh pemilik polisi,
Bayaran sekali gus jumlah insurans,
atau
Bayaran elaun atau pendapatan
berterusan yang dibayar secara berkala
sepanjang tempoh pemilik polisi
dimasukkan ke hospital dan/atau tidak
berupaya.

Ini adalah perlindungan yang diperluaskan atau


manfaat dibawah polisi insurans hospital dan
pembedahan dimana ia biasanya ditawarkan
sebagai polisi berkumpulan. Ini bermakna
polisi akan membayar perbelanjaan perubatan
apabila pemegang polisi mendapatkan rawatan
sebagai pesakit luar dimana rawatan tersebut
bukanlah disebabkan oleh kemalangan atau
pemegang polisi perlu dimasukkan ke hospital.
Manfaat Bersalin

Polisi MHI menyediakan pelbagai bayaran


perbelanjaan perubatan dan penghospitalan
yang ditanggung oleh pemilik polisi sekiranya
pemilik polisi jatuh sakit atau mengalami
kecederaan disebabkan penyakit yang
dilindungi atau kemalangan. Sebahagian
polisi MHI juga menyediakan faedah
bayaran/pendapatan sekiranya seseorang
itu tidak boleh bekerja disebabkan masaalah
kesihatan.
Perlindungan Asas
Beberapa jenis polisi insurans kesihatan dan
perubatan yang terdapat dipasaran ialah;
1.

Insurans Hospital dan Pembedahan

Polisi insurans ini adalah antara jenis insurans


yang paling popular dan kerap diunderait oleh
kebanyakan penanggung insurans tempatan.
Polisi ini direka untuk membayar balik
perbelanjaan hospital dan pembedahan yang
ditanggung oleh insured akibat penyakit yang
dilindungi. Ia biasanya melindungi perbelanjaan
penginapan dan rawatan hospital; perbelanjaan
pembedahan; bayaran rawatan pakar dan
pemeriksaan perubatan. Sebahagian produk
mungkin menyediakan faedah kematian
disebabkan kemalangan dan perlindungan
pemeriksaan pesakit luar atau khidmat pakar
runding.

Polisi ini ditawarkan kepada pekerja wanita atau


isteri kepada pekerja yang dilindungi dibawah
polisi berkumpulan. Polisi ini membayar
balik perbelanjaan yang ditanggung ketika
melahirkan anak dan bayaran adalah terhad
kepada sejumlah amaun tertentu sahaja.
2.

Insurans Perubatan Utama

Polisi ini direka dengan had menyeluruh yang


lebih tinggi bagi meliputi kos pembedahan
utama. Ia biasanya dibeli sebagai tambahan
(top-up) kepada polisi asas insurans hospital
dan pembedahan, tertakluk kepada syarat
insurans
bersama
dan/atau
deduktibel
hendaklah ditanggung oleh pemegang polisi.
3.

Insurans Penyakit Kritikal/Penyakit


Membawa Maut

Berbeza dengan polisi di atas, polisi ini


menyediakan bayaran tunai sekali gus apabila
pemegang polisi didiagnosa menghidap
mana-mana dari senarai 36 jenis penyakit
kritikal atau penyakit yang telah ditetapkan.
Antara jenis penyakit yang biasa dilindungi
termasuklah kanser, sakit jantung, strok, sakit
buah pinggang, sklerosis berganda, penyakit
alzheimer, penyakit parkinson, penyakit motor
neuron dan sebagainya.

218

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


4.

Insurans Pendapatan Hilang Upaya

Polisi ini menyediakan aliran pendapatan bagi


menggantikan bahagian pendapatan sebelum
mengalami hilang upaya, apabila pemegang
polisi tidak mampu bekerja disebabkan sakit
atau kecederaan.
5.

Insurans Pendapatan Hospital

Polisi ini membayar suatu amaun tertentu


secara harian, mingguan atau bulanan, tertakluk
kepada had tahunan, apabila pemegang polisi
dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit
yang dilindungi, sakit atau kecederaan.

perbelanjaan yang boleh dituntut (tidak


termasuk deduktibel) bagi setiap hilang upaya,
tertakluk kepada had maksimum muktamad
sebanyak RM3,000 (termasuk deduktibel) bagi
setiap hilang upaya.
Pengecualian
Berikut adalah pengecualian umum yang biasa
terdapat di bawah polisi MHI dimana kos rawatan
atau caj yang dikenakan tidak termasuk;
1.

Syarat-syarat sedia ada;

2.

Ketidaknormalan sejak lahir atau


kecacatan
termasuk
sifat
turun
temurun;

Insurans Perubatan dan Kesihatan tidak


menyediakan manfaat dengan serta merta atau
perlindungan sepenuhnya kerana terdapatnya
terma dan syarat polisi atau fasal-fasal
berikut;-

3.

Pembedahan plastik/kosmetik,
berkhatan dan pemeriksaan mata;

4.

Mengandung, bersalin (termasuk


melalui pembedahan) atau keguguran;

a.

5.

Hilang upaya ketika dalam tempoh


bertugas atau kerjaya yang dilindungi
dibawah insurans pampasan pekerja;

6.

Psikotik, gangguan mental atau saraf;

7.

Sakit atau kecederaan disebabkan


terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti
perlumbaan (kecuali lumba jalan kaki);

8.

Perbelanjaan menukar jantina;

Beberapa jenis penyakit mungkin dikecualikan


dari perlindungan polisi ketika tempoh
menunggu, yang biasanya tidak melebihi 120
hari dari tarikh kuatkuasa polisi.

9.

Kajian dan rawatan tingkah laku tidur


dan
gangguan
dengkur,
terapi
penggantian
hormon
dan
terapi
alternatif;

c.

10.

Kos/bayaran perkhidmatan yang bukan


perubatan seperti TV, telefon, mesin
fax, radio dan lain-lain kemudahan yang
seumpamanya;

11.

Aktiviti penerbangan peribadi selain


dari sebagai penumpang berbayar.

Had Batasan Manfaat Polisi

Tempoh menunggu

Dalam tempoh menunggu ini, pemilik polisi tidak


dilindungi terhadap apa-apa penyakit atau sakit
yang mungkin dihidapi. Walau bagaimanapun,
pembatasan ini tidak boleh melebihi 30
hari dari tarikh kuatkuasa polisi dan tidak
termasuk sebarang kecederaan disebabkan
kemalangan.
b.

Penyakit tertentu sahaja

Bayaran bersama

Fasal ini bermaksud pemilik polisi perlu


menanggung atau swainsurans sebahagian
dari perbelanjaan dibawah syarat perkongsian
kos atau insurans bersama, yang mana ia
hendaklah tidak melebihi 20% jumlah dari

219

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

15.4.8 Insurans Pemain Golf

Pengecualian


Perlindungan Asas
Terdapat 4 seksyen utama dibawah polisi ini
iaitu;
1.

Liabiliti Terhadap Orang Awam

Di bawah seksyen ini, polisi menyediakan


perlindungan liabiliti undang-undang kepada
insured terhadap kecederaan anggota badan
mana-mana individu atau kerosakan harta
secara tidak sengaja semasa insured berlatih
atau bermain golf di mana-mana padang golf
yang diiktiraf.
2.

Peralatan Golf

Polisi ini melindungi kerosakan atau


kemusnahan yang tidak disengajakan ke
atas golf club termasuk beg, bola, kereta
pembantu pemain golf (caddie) dan payung
golf kepunyaan insured ketika insured sedang
berlatih atau bermain golf di mana-mana
padang golf yang diiktiraf.
4.

Perbelanjaan Pukulan Yang


Memasuki Lubang

Polisi ini menyediakan bayaran perbelanjaan


wang saku yang ditanggung oleh insured
sehingga ke had amaun tertentu, disebabkan
tindakan insured melewatkan pukulan dari
tempat permulaan ketika bermain golf di manamana padang golf yang diiktiraf.

Haus
dan
lusuh,
susut
nilai,
kemerosotan yang berterusan atau
sebarang proses baik pulih;
Kerugian atau kerosakan disebabkan
secara langsung oleh atau menyumbang
kepada atau berpunca dari risiko
radioaktif atau nuklear;
Risiko keganasan

15.5 JENIS-JENIS PERNIAGAAN


TAKAFUL AM

Kemalangan Diri

Sekiranya insured sedang berlatih atau bermain


golf di padang golf yang diiktiraf mengalami
kecederaan anggota badan disebabkan
kekerasan nyata yang tidak disengajakan,
secara langsung dan bebas dari lain-lain sebab
menyebabkan kematian atau hilang upaya.
3.

Risiko peperangan, rusuhan, mogok &


huru hara awam;

Pengenalan
Perniagaan takaful am meliputi semua insurans
takaful yang diletakkan dibawah perniagaan
insurans am dan tidak termasuk takaful
keluarga. Skim takaful am adalah kontrak
tabarrujangka pendek yang menyediakan
perlindungan kepada peserta terhadap
kerugian atau kerosakan akibat malapetaka
atau bencana yang biasanya berlaku kepada
harta benda atau aset milik peserta.

15.5.1 Jenis-Jenis Skim Takaful Am

Jenis-jenis utama akim Takaful Am termasuk


yang berikut;
1.

Skim Takaful Kebakaran seperti:

a.

kebakaran biasa

b.

empunya rumah

c.

isi rumah, dan

220

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


d.

semua risiko industri

2.

Skim Takaful Motor untuk kereta dan


motosikal.

3.

Skim Takaful Kemalangan Pelbagai


yang meliputi:

a.

kemalangan diri

b.

kemalangan diri untuk jemaah haji

c.

semua risiko

d.

pampasan pekerja

e.

liabiliti awam

f.

wang

g.

semua risiko peralatan, dan

h.

liabiliti majikan

4.

Skim Takaful Marin untuk kargo

5.

SkimTakaful Kejuruteraan yang


meliputi:

a.

b.

c.

d.

e.

f.

kerosakan mesin

15.5.2 Prinsip Dan Operasi


Takaful Am

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, skim


Takaful Am adalah kontrak tabarru (derma).
Peserta skim bersetuju membayar kesemua
sumbangan/ansuran sebagai derma bertujuan
mewujudkan satu dana (Dana Takaful Am).
Dalam menentukan amaun sumbangan, prinsip
yang sama digunakan seperti dalam insurans
konvensional.
Dana takaful am akan digunakan untuk
membayar pampasan atau indemniti kepada
peserta yang mengalami kerugian yang
ditetapkan. Jika terdapat lebihan pada
dana tersebut dan selepas ditolak semua
kos operasi, lebihan akan dikongsi antara
peserta dan pengendali takaful mengikut
prinsip mudharabah (berkongsi keuntungan).
Perkongsian keuntungan ini adalah mengikut
nisbah yang dipersetujui, umpamanya 60:40
seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
Pembayaran bahagian peserta akan dibuat
pada penghujung skim dengan syarat peserta
tidak membuat atau menerima sebarang
tuntutan semasa tempoh penyertaan.

semua risiko pembinaan


dandang
kapal tekanan
semua risiko kontraktor dan
bon

221

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 15
1.

Insurans semua risiko menyediakan perlindungan terhadap


a.

b.

c.

d.

2.

Yang manakah diantara berikut merupakan Fasal Marin Kargo baru (pindaan)?
a.
b.
c.
d.

3.

kerosakan akibat petir.


peperangan dan peril seumpamanya.
kebakaran disebabkan kecuaian pekerja.
kebakaran akibat letupan dandang domestik.

Polisi insurans kemalangan diri tidak melindungi peril kematian, hilang upaya dan/
atau perbelanjaan perubatan akibat
a.
b.
c.
d.

5.

Fasal Institut Kargo A, Semua Risiko.


Fasal Institut Kargo WA, FPA.
Fasal Institut Kargo B,C.
Fasal Institut Kargo M.

Polisi kebakaran tidak melindungi ____________


a.
b.
c.
d.

4.

kerugian, kerosakan atau kemusnahan harta insured disebabkan


kebakaran dan kecurian.
kerugian, kerosakan atau kemusnahan harta insured disebabkan haus dan
lusuh.
kerugian, kerosakan atau kemusnahan harta insured disebabkan anai-anai
dan serangga perosak.
kerugian, kerosakan atau kemusnahan harta insured disebabkan kebakaran,
kecurian atau kemalangan atau kecelakaan yang tidak dikecualikan secara
khusus.

perbuatan bunuh diri.


ketika melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
bersalin, keguguran atau mengandung.
kesemua di atas.

Polisi insurans empunya rumah boleh diperluaskan untuk melindungi peril berikut
dengan premium tambahan, kecuali
a.
b.
c.
d.

rusuhan, mogok dan kerosakan yang disengajakan.


tanah mendak dan tanah runtuh.
plat kaca yang nilainya melebihi RM500 setiap satu.
paip air pecah/melimpah.
222

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


6.

Polisi insurans gangguan perniagaan menyediakan perlindungan terhadap kerugian


yang dinyatakan dibawah, kecuali.
a.
b.
c.

d.

7.

Polisi insurans motor pihak ketiga, kebakaran dan kecurian menyediakan


perlindungan tambahan terhadap kebakaran dan kecurian keatas
a.
b.
c.
d.

8.

kenderaan milik pihak ketiga.


kerosakan harta pihak ketiga.
kenderaan milik insured.
kerosakan harta insured.

Polisi insurans pecah masuk yang standard menyediakan bayaran pampasan


akibat kehilangan dan kerosakan:
a.
b.
c.

d.

9.

sebahagian kos overhed dalam bentuk caj sedia ada atau kos tetap.
kerosakan material terhadap harta akibat peril yang dilindungi.
keuntungan dari stok barangan yang mungkin gagal diperolehi sekiranya
insured kehilangan pelanggan.
peningkatan kos operasi/kendalian untuk memastikan urusniaga berjalan
secara sementara.

kecurian barangan milik insured akibat pecah masuk secara kekerasan


kerosakan harta dan premis insured akibat pecah masuk secara kekerasan
kecurian barangan milik insured termasuk kerosakan harta dan premis
insured akibat kecurian
kecurian barangan milik insured, termasuk kerosakan harta dan premis
insured berikutan berlakunya kecurian secara kekerasan dan
melibatkan pecah masuk atau keluar

Polisi insurans wang menyediakan perlindungan dari berlakunya kehilangan wang


disebabkan semua risiko, ketika wang berkenaan
i.
ii.
iii.

iv.

dalam transit antara premis insured dan bank, dan sebaliknya


berada dipremis insured semasa waktu kerja
dalam peti besi berkunci atau bilik kebal, di premis insured, diluar waktu
kerja
berada di kediaman persendirian milik salah seorang pegawai utama atau
pengarah insured

a.
b.
c.
d.

kesemua di atas
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii dan iv

223

BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM


10.

Tujuan polisi insurans liabiliti produk ialah untuk


a.


b.

c.
a.

melindungi pengilang/pembekal terhadap tuntutan dari pihak ketiga atas


kecederaan anggota badan dan kerosakan harta disebabkan penggunaan
produk berkaitan
melindungi individu profesional dari tuntutan kecuaian profesional dari pihak
ketiga
melindungi majikan dari tuntutan pekerja
melindungi pelanggan korporat dari tuntutan pihak ketiga

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

224

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

16.1 Pengunderaitan
16.2 Proses Pengunderaitan
16.3 Penetapan Premium, Terma dan

Syarat
16.4 Pengesahan Penerimaan
16.5 Insurans Semula dan Insurans

Bersama
16.6 Pengkadaran
16.7 Premium Minimum
16.8 Bayaran Premium
16.9 Pengembalian Premium
16.10 Cara Menggunakan Tarif

Kebakaran
16.11 Cara Menggunakan Tarif Motor

Aspek-aspek amalan insurans am berikut


merupakan fokus pembelajaran bab ini:

Pengunderaitan

Proses Pengunderaitan

Penetapan Premium, Terma dan


Syarat

Pengesahan Penerimaan

Insurans Semula dan Insurans


Bersama

Pengkadaran

Premium Minimum

Pembayaran Premium

Pengembalian Premium

Cara Menggunakan Tarif


Kebakaran

Cara Menggunakan Tarif Motor

Cara Menggunakan Tarif Pampasan


Pekerja

16.12 Tarif Pampasan Pekerja

16.1 PENGUNDERAITAN

16.1.1 Tujuan Pengunderaitan

Dalam mana-mana pelan insurans, insured


dikehendaki membuat caruman yang dikenali
sebagai premium ke dalam sebuah kumpulan
wang bersama yang akan digunakan untuk
membayar kerugian. Untuk memastikan dana
225

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
adalah mencukupi untuk membayar tuntutan,
insurer hendaklah:

Mengelakkan anti-pemilihan
Mengenakan premium yang setimpal
dengan risiko yang diterima

Berdasarkan amalan kerja, insurer melalui


pengunderait akan melaksanakan proses yang
dipanggil pengunderaitan bagi memastikan
mereka tidak memilih risiko yang bertentangan
dan premium yang dikenakan adalah
memadai.

16.2 PROSES PENGUNDERAITAN

16.1.2 Anti Pemilihan

Keadaan ini terjadi apabila pemohon yang sedar


bahawa ia mempunyai risiko kerugian yang
sangat tinggi mengemukakan permohonan
untuk membeli insurans. Apabila anti pemilihan
atau pemilihan sakal berlaku dalam sebarang
jenis risiko, kerugian sebenar yang dialami
adalah lebih besar dari yang dijangkakan
kerana risiko itu tidak mewakili kumpulan
yang dipilih secara rambang (sila rujuk hukum
bilangan nombor besar)Oleh kerana premium
yang dikenakan berdasarkan kerugian yang
dijangkakan bagi kumpulan yang dipilih secara
rambang, maka amaun premium yang dikutip
tidak akan mencukupi untuk membayar tuntutan
sekiranya wujud anti pemilihan.

16.1.3 Premium Yang Dikenakan Perlu


Mencukupi

Pada dasarnya, insurans adalah suatu


perancangan dimana sekumpulan individu
yang berhadapan dengan risiko yang sama
menyumbang kepada dana yang akan
digunakan bagi menampung kerugian yang
dialami oleh segelintir. Tetapi pada hakikatnya,
pemohon insurans mempunyai pelbagai
tahap kemungkinan berlakunya kerugian.
Bagi memastikan premium yang dikutip untuk
suatu kelas risiko adalah mencukupi, insurer
terpaksa mengenakan kadar premium yang
setimpal dengan risiko yang dikemukakan
oleh pemohon. Dengan lain perkataan, insurer
akan mengenakan kadar premium yang lebih
tinggi kepada pemohon yang mengemukakan
kemungkinan berlakunya kerugian yang lebih
tinggi dari biasa.

Pengunderaitan boleh didefinisikan sebagai


proses menilai dan memilih risiko, menentukan
premium serta syarat-syarat penerimaan.
Proses pengunderaitan bagi kesemua jenis
insurans mempunyai persamaan ciri-cirinya.
Ciri-ciri ini diterangkan dibawah tajuk-tajuk
berikut:

16.2.1 Mengenalpasti Dan Menilai Risiko

Apabila cadangan insurans dikemukakan


kepada insurer, pengunderait perlu meneliti
dan menilai bahaya fizikal dan bahaya moral
yang terdapat dalam risiko yang dicadangkan.
Maklumat berkaitan bahaya tersebut boleh
diperolehi dari borang cadangan yang lengkap
diisi oleh pencadang. Walau bagaimanapun,
sekiranya maklumat tambahan diperlukan,
pengunderait boleh mengambil tindakantindakan berikut:

meminta pencadang mengemukakan


laporan tinjauan/penilaian risiko
membuat pertanyaan terus kepada
pencadang

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh


mendedahkan bahaya fizikal dalam pelbagai
kelas insurans.
Insurans Kebakaran

jenis pembinaan;

226

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN

ketinggian bangunan;

jenis lantai;

kegunaan bangunan;

Meskipun bahaya fizikal merupakan elemen


yang jelas kelihatan, bahaya moral yang
berkait rapat dengan keperibadian moral pula
adalah tidak jelas dan oleh itu lebih sukar untuk
diperhatikan dan dinilai.

jenis barangan yang disimpan; dan

Berikut adalah beberapa bentuk bahaya moral:

situasi risiko

Kecuaian

jenis kenderaan;

Ini merupakan bahaya moral yang paling biasa.


Sikap cuai boleh timbul dari insured sendiri,
pekerjanya atau pihak ketiga.

kuasa padu atau keupayaan enjin;

usia dan keadaan kenderaan;

kegunaan;

pengubahsuaian pada kenderaan;

umur pemandu/pemegang polisi

pekerjaan pemandu/pemegang polisi

Insurans Motor

Sikap tidak munasabah

Bahaya moral bentuk ini jelas kelihatan ketika


proses penyelesaian tuntutan apabila insured
cuba menuntut amaun pampasan yang tidak
patut

Penipuan

Ini adalah bahaya moral yang paling buruk.


Contoh-contoh penipuan dalam insurans
termasuklah:

Insurans Kecurian

jenis stok/barangan;

situasi risiko;

jenis pembinaan premis; dan

langkah keselamatan yang diambil

Kemalangan Diri

umur diri yang diinsuranskan;

jenis pekerjaan

keadaan fizikal dan kesihatan; dan

hobi atau kegemaran

sengaja merosakkan atau mewujudkan


kerugian
palsu
kerana
insured
mengalami masaalah kewangan; dan

sengaja
memperbesarkan
amaun
tuntutan dengan niat untuk menipu
insurer.

16.2.2 Pemilihan Risiko

Setelah pengunderait mengenalpasti dan


menimbang bahaya-bahaya dalam risiko
yang dicadangkan, pengunderait kini bersedia
membuat keputusan samada untuk menerima
atau menolak cadangan berkenaan. Secara
amnya, pengunderait tidak akan menolak
cadangan insurans kecuali sekiranya bahaya
fizikal dan/atau bahaya moral dianggap terlalu
buruk sehingga tidak boleh diinsuranskan.
227

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
Walau bagaimanapun, pengunderait biasanya
tidak bersedia menerima risiko yang mempunyai
bahaya moral yang tinggi kerana ia lebih sukar
ditangani atau dikendalikan. Umpamanya,
jika terdapat niat untuk menipu, tiada jumlah
premium yang mencukupi untuk menampung
risiko berkenaan. Sebaliknya, unsur kecuaian
dapat diatasi dengan mengenakan lebihan
(excess) dan waranti yang akan dibincangkan
kelak.

16.3 PENENTUAN PREMIUM, TERMA DAN


SYARAT

Premium adalah harga perlindungan insurans.


Bagi kebanyakan kelas insurans,
penentuan premium ialah kadar premium bagi
setiap unit perlindungan didarabkan dengan
jumlah unit perlindungan yang diperlukan.
Kadar premium untuk setiap unit perlindungan
boleh dinyatakan samada dalam bentuk RM
X per sen (RM X per RM100 perlindungan)
atau RM X per mille (RM X per RM1000
perlindungan). Unit perlindungan dikira secara
berbeza mengikut jenis insurans.
Untuk menentukan premium bagi sesuatu
risiko, pengunderait perlu memastikan kadar
yang dikenakan berpadanan dengan tahap
bahaya dan jumlah unit perlindungan yang
diperlukan pula hendaklah mencerminkan nilai
sebenar risiko berkenaan. Jika tidak, premium
yang dikenakan tidak cukup untuk menampung
kerugian yang mungkin dialami.
Oleh itu, apabila terdapat dua risiko yang sama
nilainya dicadangkan untuk diberi perlindungan
insurans, risiko yang mempunyai bahaya normal
akan dikenakan kadar premium standard atau
normal. Sementara risiko yang tidak normal
atau merbahaya akan dikenakan kadar premium
yang tinggi.

Terma dan syarat-syarat yang dikenakan


adalah bergantung kepada samada risiko yang
diterima mempunyai bahaya yang normal atau
tidak normal. Risiko yang mempunyai bahaya
normal akan diterima dengan terma dan syarat
yang standard bagi setiap kelas insurans. Risiko
yang mempunyai bahaya tidak normal boleh
diterima, tetapi tertakluk kepada keperluan
pengunderaitan berikut ;-

Penambahbaikan Risiko

Syarat ini memerlukan pencadang mengambil


tindakan tertentu untuk memperbaiki risiko sedia
ada (umpamanya memasang sistem perenjis
air, penggera api dan sebagainya) pada risiko
berkenaan sebelum ia dapat diterima oleh
pengunderait.

Waranti

Syarat ini dikenakan untuk mengawal bahaya


dan memastikan agar:
-

tiada bahaya baru/tambahan yang


diperkenalkan dalam tempoh kuatkuasa
polisi; atau

syarat yang dikenakan oleh pihak


insurer
hendaklah
dipatuhi
oleh
insured.

Pengecualian

Ini dilakukan dengan meletakkan syarat


pengecualian
tanggungan
syarikat
dari
melindungi kerugian tertentu. Dalam keadaan
normal, risiko berkenaan biasanya dilindungi
dibawah polisi standard.

228

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN

Menghadkan Perlindungan

Melalui kaedah ini, pencadang ditawarkan


perlindungan insurans yang lebih rendah
berbanding dengan amaun perlindungan
asal yang dicadangkan. Contohnya di
bawah insurans motor, insurer menawarkan
perlindungan pihak ketiga sahaja dan
bukannya perlindungan komprehensif.

Lebihan (excess)

Apabila syarat lebihan dikenakan, insured


dikehendaki menanggung sendiri amaun
tertentu atau bahagian tertentu bagi setiap
kerugian yang dialami.

Francais

Sama seperti syarat lebihan, insured tidak


boleh membuat tuntutan sekiranya amaun
kerugian lebih rendah berbanding dengan
amaun francais. Walau bagaimanapun,
bertentangan dengan lebihan, sekiranya
kerugian yang berlaku melebihi amaun
francais, insured tidak perlu mematuhi
amaun francais yang dikenakan.
Selain dari insurans marin, syarat francais
jarang diamalkan dalam insurans am.

16.4 PENGESAHAN PENERIMAAN

Sekiranya terma dan syarat yang ditawarkan


dipersetujui oleh pencadang, insurer biasanya
akan mengeluarkan nota lindung atau
e-lindung dalam insurans motor, sebagai bukti
perlindungan sementara sehingga polisi asal
dikeluarkan.

16.5 INSURANS SEMULA DAN


INSURANS BERSAMA

Apabila pengunderait menilai sesuatu risiko,


dia juga perlu mengambilkira saiz risiko
berkenaan. Ada kemungkinan risiko yang
dicadangkan tidak mampu ditanggung oleh
insurer bersendirian dan oleh itu terpaksa
diinsuranskan semula atau diinsuranskan
bersama. Risiko-risiko seperti ini mungkin
terpaksa ditolak sekiranya kemudahan
insurans semula atau insurans bersama gagal
diperolehi.
Mujur risiko sedemikian jarang ditemui
dan insurer selalunya mudah memperolehi
kemudahan insurans semula atau insurans
bersama apabila ia diperlukan.
Insurans semula ialah suatu kaedah dimana
insurer
menginsuranskan
semula
atau
mengesid sebahagian risiko yang ditanggung
tetapi melebihi had pembendungan, kepada
syarikat insurans semula atau reinsurer.
Pembendungan ialah bahagian risiko yang
mampu ditanggung oleh insurer dan tidak
diinsuranskan semula.
Insurans bersama ialah persetujuan diantara
dua atau lebih insurer untuk berkongsi bersama
risiko asal dan setiap insurer bertanggungjawab
secara langsung atas bahagian risiko yang
dilindungi.
Dalam rajah 16.1, terdapat beberapa lagi kotak
yang mewakili jumlah risiko yang diinsuranskan
semula. Sekiranya berlaku tuntutan, amaun
yang dituntut akan dikongsi mengikut bahagian
risiko yang diterima.

229

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
Rajah 16.1 - Penjelasan mengenai insurans semula

Indemniti dibayar oleh:

RM1.0 juta
RM0.4 juta
Ditanggung
sendiri

Risiko
yang
dibendung

Sekiranya timbul
tuntutan dimana
jumlah pampasan
RM0.5 juta,
maka
pembahagian
adalah :

Reinsurer
RM0.3 juta

RM0.6 juta

Risiko asal

Insurans semula

16.6 PENGKADARAN

16.6.1 Jenis-Jenis Kadar Premium

Kadar premium yang


dikategorikan kepada;

Insurer
RM0.2 juta

dikenakan

Kadar individu

Kadar Mengikut Kelas

Kadar Merit

boleh

16.6.1.1 Kadar Individu

Apabila pengunderait menetapkan bahawa


kadar premium yang dikenakan untuk setiap
risiko adalah secara berasingan tanpa merujuk
buku panduan atau formula tertentu, kadar

Jumlah = RM0.5 juta

yang ditetapkan itu dikenali sebagai kadar


individu. Kadar individu yang ditentukan
mengikut keputusan pengunderait dikenali
sebagai kadar judgmental. Kadar judgmental
digunakan apabila jumlah risiko yang sama
tidak cukup besar atau statistik yang ada tidak
meyakinkan.

16.6.1.2 Kadar Mengikut Kelas

Apabila terdapat banyak risiko yang perlu


dilindungi dibawah satu kelas insurans, risikorisiko berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut
ciri-ciri tertentu dalam pelbagai kelas insurans.
Contohnya, dalam insurans kebakaran, risiko
akan dikelaskan mengikut tiga ciri-ciri utama
iaitu jenis binaan, kegunaan bangunan dan
lokasi. Objektif utama mengkelaskan risiko
berdasarkan ciri-ciri yang serupa ialah untuk
menentukan kadar premium yang dikenali
sebagai kadar mengikut kelas bagi risiko
230

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
berkenaan, yang boleh menjana jumlah
premium yang mencukupi untuk menampung
kerugian yang mungkin timbul dari kelas
berkenaan. Dalam mana-mana kelas insurans,
pelbagai klasifikasi boleh ditentukan melalui
kepelbagaian ciri-ciri pengkelasan. Insurans
kebakaran adalah contoh kelas insurans
dimana pelbagai klasifikasi telah ditentukan
melalui kepelbagaian ciri-ciri pengkelasan.

Berdasarkan amalan kerja, kadar mengikut


kelas ditentukan bagi setiap kelas risiko yang
ada. Setiap kelas insurans yang mempunyai
pelbagai klasifikasi akan mempunyai pelbagai
kadar mengikut kelas. Apabila kadar mengikut
kelas dikumpul dalam sebuah buku panduan,
ia dikenali sebagai buku panduan kadar
premium.

Kadar mengikut kelas boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:



Jumlah Kerugian
Jumlah Nilai Risiko


x 100 = Kadar Per RM100 Amaun Perlindungan

Contohnya, jika kerugian purata setahun bagi kelas risiko (insurans empunya rumah) selama lima
tahun ialah RM100,000 dan purata nilai harta yang dilindungi setahun adalah RM10,000,000, maka
kadar peratusan bagi kelas risiko ini adalah:

RM100,000
RM10,000,000

x 100 = RM1% (iaitu RM100 amaun perlindungan)

16.6.1.3 Kadar Merit

16.6.2 Kadar Premium Kasar

Pelan kadar merit adalah kombinasi kadar


mengikut kelas dan kadar individu. Apabila
sesuatu risiko tertakluk kepada kadar merit,
pengunderait akan menentukan kadar kelas
dan kemudian membuat penyelarasan
kadar dengan menaikkan atau menurunkan,
bergantung kepada merit risiko berkenaan.
Merit setiap risiko akan ditentukan melalui
penilaian faktor-faktor fizikal (selain dari ciriciri pengkelasan) risiko berkenaan. Dalam
insurans kebakaran, faktor yang dinilai
termasuk pemasangan sistem pendawaian
elektrik, barangan merbahaya yang disimpan,
sistem perenjis air dan sebagainya. Kadar
merit digunakan dalam kebanyakan kelas
insurans
termasuk
kebakaran,
motor,
pampasan pekerja dan insurans kecurian.

Apabila kadar premium (samada individu,


kelas atau merit) dikira berdasarkan kos
tuntutan yang dijangka, ia dikenali sebagai
kadar premium tulen. Oleh kerana insurer perlu
menanggung pelbagai perbelanjaan, bayaran
komisen, peruntukan variasi kerugian dan
mendapat sedikit keuntungan dalam urusan
menanggung risiko; kadar premium sebenar
yang dikenakan ialah kadar premium kasar.
Kadar premium kasar mengandungi empat
komponen utama iaitu:

kadar premium tulen

perbelanjaan dan margin komisen

margin kontingensi (peruntukan variasi


kerugian)

margin keuntungan
231

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
Secara amnya, kadar tarif yang ditetapkan
oleh PIAM mampu menyediakan maklumatmaklumat berikut:-

16.6.2.1 Menentukan Kadar


Premium Kasar

Salah satu kaedah untuk menentukan kadar


premium kasar adalah dengan membuat
tambahan yang diperlukan untuk menyediakan
lain-lain komponen (dari kadar premium kasar)
kepada kadar premium tulen. Tambahan yang
diperlukan yang dikenali sebagai bebanan,
ditunjukkan sebagai satu bahagian dalam kadar
premium tulen. Contohnya, sekiranya bebanan
yang diperlukan untuk lain-lain komponen ialah
40%, kadar premium kasar ditentukan dengan
menambah kadar premium tulen sebanyak
40%, iaitu;
Kadar Premium Kasar = Kadar Premium Tulen x 140

100

Perlu diingatkan bahawa pihak insurer perlu


membuat siasatan lanjut mengenai tahap
perbelanjaan, kos modal, pengaruh persaingan
dan lain-lain faktor yang berkaitan, sebelum
dapat menetapkan kadar bebanan.

16.6.3 Kadar Tarif

Kadar premium untuk insurans kebakaran,


motor dan pampasan pekerja adalah
tertakluk kepada tarif masing-masing yang
ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am
Malaysia (PIAM). Apabila kadar premium
sesuatu kelas insurans ditentukan oleh
tarif, kadar yang dikenakan tidak boleh lebih
rendah dari apa yang telah ditetapkan untuk
kelas risiko berkenaan dan perlindungan
yang ditawarkan tidak boleh melebihi dari
apa yang terdapat dalam polisi standard,
termasuk endorsemen. Objektif utama
diadakan tarif ialah untuk memastikan
persaingan harga (premium) dikalangan
insurer tidak akan merugikan dan tidak
ekonomik.

Jadual kadar minimum bagi kelas risiko


yang berbeza;
Kadar tambahan (surcharges) untuk
bahaya khusus yang terdapat dalam
setiap kelas risiko;
Diskaun atas usaha penambahbaikan
risiko;
Syarat dan peraturam am yang
mengawal amalan dalam industri
insurans; dan
Susunan ayat dalam dokumen polisi,
endorsemen, fasal, waranti dan
sebagainya.

16.7 PREMIUM MINIMUM

Adalah menjadi amalan biasa bagi insurer


untuk menetapkan kadar premium minimum
bagi setiap polisi untuk sekurang-kurangnya
menampung kos pentadbiran dan urusan
mengeluarkan polisi.
Jadual 16.1 Contoh kadar premium minimum

232

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
16.7.1 Kadar Tempoh Jangka Pendek

16.8 BAYARAN PREMIUM

Kebanyakan polisi menetapkan peruntukan


iaitu sekiranya polisi telah dikeluarkan atau
diperbaharui dengan tempoh kurang dari
setahun, premium yang perlu dibayar akan
dikira berdasarkan dari skala tempoh pendek.
Adalah tidak ekonomik untuk pemegang polisi
membeli polisi insurans tempoh jangka pendek
kerana premium yang dikenakan secara
perbandingan adalah lebih tinggi berbanding
premium tahunan bagi menampung kos
pentadbiran dan kemungkinan pemilihan risiko
yang tidak memihak kepada insurer, misalnya
yang berkaitan dengan kegunaan kenderaan.

16.8.1 Waranti Premium Fasal Waranti


Premium Enam Puluh (60) Hari

Polisi yang dikeluarkan untuk tempoh jangka


pendek mungkin tidak boleh dilanjutkan tempoh
perlindungannya walaupun perbezaan amaun
premium untuk jangka pendek dan tempoh
lanjutan dibayar sepenuhnya.

16.7.2 Cukai Perkhidmatan Kerajaan

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992, kerajaan


mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak
5% kepada organisasi / industri perkhidmatan
terpilih, termasuk syarikat insurans.
Cukai perkhidmatan 5% dikenakan atas amaun
premium yang dibayar, kecuali insured tinggal
di zon perdagangan bebas atau individu yang
tidak mengurusniaga sebarang bentuk aktiviti
perniagaan.
Contohnya, jika amaun premium yang perlu
dibayar berserta premium tambahan untuk
perluasan perlindungan dan selepas Bonus
Tanpa Tuntutan (NCD) ialah RM500.00, cukai
perkhidmatan yang dikenakan ialah RM25.00.

Insurer yang mengunderait perniagaan


insurans am dikehendaki menguatkuasakan
peraturan waranti premium untuk sebahagian
besar kelas insurans kecuali insurans motor,
kemalangan diri, perjalanan, marin dan bon.
Dibawah
peraturan
tersebut,
insured
dikehendaki membayar premium yang
dikenakan dalam tempoh 60 hari, bermula
dari tarikh kuatkuasa perlindungan insurans.
(Tarikh kuatkuasa polisi ditunjukkan dalam
dokumen polisi, nota lindung dan/atau sijil
pembaharuan).
Sekiranya premium tidak dibayar pada atau
sebelum hari ke 60, perlindungan insurans
akan dibatalkan bermula pada hari ke 61 dan
insurer berhak menuntut premium pro rata
untuk tempoh perlindungan tersebut.
Lanjutan dari fasal waranti premium ini,
sebarang bayaran yang diterima oleh ejen
yang dilantik hendaklah dianggap sebagai
telah diterima oleh insurer dan beban untuk
membuktikan yang individu yang tidak diberi
kuasa termasuk ejennya menerima bayaran
premium, adalah terletak dan menjadi
tanggungjawab insurer.
Waranti Premium menyatakan:
Adalah menjadi syarat utama, khusus dan
muktamad dalam kontrak insurans bahawa
premium yang sepatutnya kena bayar hendaklah
dibayar dan diterima oleh insurer dalam tempoh
60 hari dari tarikh kuatkuasa polisi/endorsemen/
sijil pembaharuan.
Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi maka
kontrak ini secara automatik akan dibatalkan
dan insurer berhak menuntut premium pro rata
untuk tempoh perlindungan tersebut.
233

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
Apabila premium yang sepatutnya kena bayar
mengikut waranti premium, telah diterima oleh
ejen yang diberi kuasa oleh insurer, bayaran
tersebut dianggap telah diterima oleh insurer
mengikut waranti premium ini dan beban untuk
membuktikan yang premium kena bayar telah
diterima oleh seseorang individu, termasuk
ejen insurans, yang tidak diberi kuasa untuk
menerima bayaran premium tersebut, adalah
terletak dan menjadi tanggungjawab insurer.

Peruntukan Akta Insurans 1996, Seksyen


141 Penerimaan Risiko
- Penanggung insurans am berlesen tidak
dibenarkan menerima/menanggung apa-apa
risiko yang berkaitan dengan polisi insurans am
seperti yang dinyatakan, kecuali dan sehingga
premium yang sepatutnya dibayar telah diterima
oleh insurer melalui cara dan tempoh masa
yang ditetapkan.

16.8.2 Peraturan Tunai-Sebelum-Lindung


16.9 PENGEMBALIAN PREMIUM
Peraturan (Penerimaan Risiko dan Kutipan
Premium) Insurans 1980 (dimasukkan dibawah
Akta Insurans 1963, kini Akta Insurans 1996),
yang lebih dikenali sebagai Peraturan CBC
Cash Before Cover (tunai sebelum lindung)
dan mula dikuatkuasakan pada 1 November
1980.
Pada masa sekarang peraturan tersebut bukan
sahaja dikuatkuasakan kepada perniagaan
insurans motor, malah ia juga meliputi insurans
kemalangan diri dan insurans perjalanan, yang
berkuatkuasa mulai 1 Julai 2007.
Dibawah polisi insurans motor, undang-undang
telah menetapkan
bahawa perlindungan
insurans motor hanya boleh dikeluarkan
oleh insurer atau ejen-ejennya berdasarkan
peraturan tunai sebelum lindung. Ini bermakna
premium hendaklah dibayar terlebih dahulu
sebelum perlindungan, nota lindung atau polisi
boleh dikeluarkan.
Peraturan berkenaan perlu dipatuhi oleh
pengantara, broker, pengendali takaful dan
juga insurer serta pelanggan terus pengendali
takaful, untuk kelas perniagaan baru yang
dinyatakan di atas.

Mengikut undang-undang adat, apabila


sesuatu risiko yang ditanggung oleh insured
telah diterima dan dilindungi, insured tidak
berhak menerima pengembalian premium
yang telah dibayar, samada sebahagian
atau keseluruhannya; walaupun harta yang
dilindungi insurans itu telah dijual atau
perlindungan berkuatkuasa dalam tempoh
yang amat pendek. Walau bagaimanapun,
premium boleh dikembalikan sekiranya
terdapat peruntukan dalam polisi atau
balasan atau pertimbangan dalam kontrak
gagal dilaksanakan.

16.9.1 Kegagalan Melaksanakan Balasan/


Pertimbangan

Kegagalan melaksanakan pertimbangan atau


balasan timbul apabila liabiliti yang dilindungi
atau bersetuju untuk dilindungi oleh insurer tidak
dilaksanakan atau dikuatkuasakan, seolaholah insurer langsung tidak menanggung risiko
berkenaan. Kegagalan sepenuhnya memberi
pertimbangan/balasan dikatakan wujud dalam
situasi berikut;

Kapal pengangkutan yang dilindungi


insurans untuk tempoh dua belas bulan
dari tarikh tertentu telah mengalami
kerugian menyeluruh sebelum tarikh
kuatkuasa, atau
234

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN

Polisi marin kargo telah dikeluarkan


tetapi kontrak jualan telah dibatalkan dan
penghantaran kargo juga dibatalkan.

Sebagai contoh, sekiranya risiko tersebut


adalah:Pembinaan Kelas (1A)

Bayaran premium boleh dikembalikan sekiranya


insurer gagal melaksanakan sebahagian dari
pertimbangan atau balasan. Contohnya, jika
sebahagian barangan yang diinsuranskan
dibawah polisi insurans marin tidak dihantar
ke destinasinya, sebahagian bayaran premium
boleh dipulangkan kerana insurer tidak
menanggung risiko atas barangan yang gagal
dihantar.

Lokasi Kelas (1) dan Penghunian Kediaman


(Berasingan). Kadar kelas yang dinyatakan
dalam Tarif adalah 0.15% (sila lihat jadual 16.2
di bawah).

Jadual 16.2 Cabutan dari Tarif Kebakaran

16.9.2 Peruntukan Dalam Polisi

Bayaran premium juga boleh dikembalikan


sekiranya
terdapat
peruntukan
dalam
syarat polisi yang membolehkan premium
dikembalikan, iaitu sekiranya polisi dibatalkan
samada oleh insurer atau atas permintaan
insured. Kaedah pengiraan amaun kembalian
premium bergantung kepada situasi (sebabsebab) dan siapa yang memohon agar polisi
dibatalkan.

16.10 CARA MENGGUNAKAN TARIF


KEBAKARAN

Penentuan kadar premium insurans kebakaran


dikawal oleh Tarif Kebakaran. Pengkadaran
yang disediakan dibawah Tarif kebakaran
adalah sama seperti pelan kadar merit yang
telah dibincangkan sebelum ini. Apabila terdapat
cadangan perlindungan insurans dibawah
polisi kebakaran standard dikemukakan untuk
ditentukan kadar premium, pengunderait akan
menentukan klasifikasi risiko yang dicadangkan
sebelum menentukan kadar kelas dan waranti
(jika ada) yang bersesuaian dengan kelas risiko
berkenaan seperti yang diperuntukkan dibawah
Tarif Kebakaran.

Jadual 16.3 Contoh Faktor Risiko Fizikal


yang Memuaskan & Tidak Memuaskan

Setelah kadar kelas dikenalpasti, langkah


seterusnya melibatkan penilaian faktor/
bahaya fizikal (selain dari pembinaan, lokasi
dan penghunian) yang berkaitan dengan
risiko tersebut. Proses pengasingan
ini dibuat untuk memastikan risiko yang
mempunyai faktor fizikal yang buruk akan
235

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
dikenakan kadar premium yang tinggi,
manakala diskaun akan diberikan kepada
risiko yang mempunyai faktor fizikal yang
memuaskan.
Kadar premium yang ditetapkan menggunakan
langkah di atas adalah kadar premium untuk
perlindungan asas di bawah polisi kebakaran
standard. Sekiranya terdapat satu atau lebih
peril khusus yang akan dilindungi, kadar
premium akan dinaikkan seiringan dengannya.

16.10.1 Contoh

Satu
cadangan
pelindungan
insurans
kebakaran (perlindungan diperluaskan untuk
melindungi peril khusus banjir, rusuhan,
mogok dan kerosakan atas sebab khianat) telah
diserahkan untuk ditetapkan kadar premium.
Cadangan tersebut ialah Kelas 1A Pembinaan
dan Penghunian Cucian Kering, dengan
jumlah insurans RM300,000. Laporan penelitian
mendapati risiko yang dicadangkan mempunyai
sistem pendawaian yang tidak sempurna, tetapi
ia dilengkapi dengan beberapa alat pemadam
api yang diluluskan.

** 5% Cukai perkhidmatan hanya dikenakan untuk insurans yang


dikuatkuasakan atas firma perniagaan
236

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
16.10.2 Kadar Premium Jangka Pendek

Apabila cadangan perlindungan insurans


kebakaran adalah untuk tempoh kurang dari
12 bulan, kadar premium jangka pendek yang
disediakan di bawah Tarif Kebakaran akan
dikenakan.
Jadual 11.4 Skala Jangka Pendek

perlumbaan, pengatur masa perlumbaan,


ujian ketahanan, ujian masa atau digunakan
untuk tujuan yang berkaitan dengan urusniaga
motor.
Tarif Motosikal adalah untuk motosikal
(bersama atau tanpa kereta sisi), termasuk
skuter dan basikal automatik. Untuk tujuan
pengkadaran dan insurans, Tarif Motosikal
seterusnya dikelaskan kepada motosikal
persendirian,
motosikal
perdagangan,
motosikal digunakan untuk disewakan dan
urusniaga motosikal.
Tarif Kenderaan Perdagangan adalah untuk
semua kenderaan (termasuk kenderaan
beroda tiga) yang tidak tertakluk dibawah
Tarif Kenderaan Persendirian dan Tarif
Motosikal. Untuk tujuan pengkadaran dan
insurans, Tarif Kenderaan Perdagangan
seterusnya mengklasifikasikan kenderaan
kepada perniagaan motor (risiko jalanraya),
kenderaan
mengangkut
barangan,
kenderaan untuk disewa, bas awam
kenderaan khas.

16.11 CARA MENGGUNAKAN TARIF


MOTOR

Seperti polisi insurans kebakaran, kadar


premium untuk insurans motor di Malaysia
dikawal dibawah Tarif Motor oleh Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM). Di bawah Tarif
ini, risiko motor dikelaskan dibawah tiga kategori
utama iaitu Tarif Kenderaan Persendirian, Tarif
Motosikal dan Tarif Kenderaan Perdagangan.
Tarif Kenderaan Persendirian adalah untuk
kereta jenis persendirian termasuk kereta roda
tiga dan station wagon, digunakan untuk tujuan
sosial, domestik dan keriangan serta untuk
tujuan perniagaan atau kerjaya profesional
(tidak termasuk kegunaan mengangkut
barangan selain dari barangan contoh) oleh
insured sendiri. Ia juga tidak termasuk kegunaan
bagi tujuan memperolehi sewaan, ganjaran,

Di bawah setiap kategori umum Tarif


Motor, faktor asas pengkadaran biasanya
mengambilkira perkara-perkara berikut;a.

Skop perlindungan yang diperlukan;


samada Komprehensif, Pihak Ketiga/
Kebakaran & Kecurian, Pihak Ketiga
sahaja atau Akta sahaja.

b.

Keupayaan enjin (cc)

c.

Nilai anggaran kenderaan

Apabila perlindungan yang diperlukan tidak


meliputi kerosakan sendiri, (a) dan (b)
digunakan untuk memastikan amaun premium
dalam buku tarif. Sekiranya perlindungan yang
dipilih ialah komprehensif, faktor (a), (b) dan (c)
akan diambilkira.

237

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
16.11.1 Contoh Bagaimana Menentukan Premium Untuk
Insurans Kereta Persendirian

238

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
16.11.2 Contoh Jadual Pengiraan Premium Insurans
Kenderaan Persendirian

239

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
16.11.3 Premium Jangka Pendek

Apabila polisi motor dikeluarkan untuk tempoh


kurang dari 12 bulan, premium jangka pendek
akan dikenakan seperti berikut
Jadual 16.5 Kadar Premium Jangka Pendek

Kumpulan Insurans Motor Berisiko Tinggi


kemudiannya ditukar nama kepada Kumpulan
Insurans Motor Malaysia (Malaysian Motor
Insurance Pool MMIP) pada 1 Oktober
1995. Ahli kumpulan terdiri dari semua syarikat
insurans am yang didaftarkan di bawah Akta
Insurans 1996. Mengikut Perjanjian Kolektif
yang ditandatangani oleh ahli-ahli dan MMIP,
penyertaan ahli-ahli dalam kumpulan ini adalah
berdasarkan perkongsian sama rata dan
Malaysian Re Bhd dilantik sebagai Pengurus
Pentadbiran.

16.12 CARA MENGGUNAKAN TARIF


PAMPASAN PEKERJA

Polisi yang dikeluarkan untuk tempoh jangka


pendek mungkin tidak akan dilanjutkan
tempohnya walaupun perbezaan premium
antara tempoh jangka pendek dan tempoh
lanjutan dibayar sepenuhnya.

Tarif Pampasan Pekerja menentukan kadar


premium perlindungan insurans pampasan
pekerja. Tarif ini digunakan untuk semua polisi
berkaitan kemalangan atau penyakit yang
berlaku di tempat kerja, yang dikeluarkan
kepada majikan yang;a.

menyediakan
bayaran
pampasan
kepada pekerja-pekerjanya mengikut
skala yang diperuntukkan dalam
Undang-Undang Pampasan Pekerja
berkaitan, dan

b.

menyediakan
indemniti
terhadap
liabiliti
kepada
pekerja-pekerjanya
mengikut peruntukan Common Law.

16.11.4 Kumpulan Motor Tak Bertempat

Kumpulan Motor Tak Bertempat ini diwujudkan


bagi menyediakan perlindungan insurans
motor kepada jenis kenderaan tertentu dimana
industri insurans menganggapnya sebagai
risiko sub-standard dan pemilik kenderaan
menghadapi masaalah untuk mencari insurer
yang sanggup menawarkan perlindungan
insurans atas kenderaannya. Kumpulan ini
bertindak menyediakan elemen perlindungan
kepada pengguna yang juga mempunyai hak
untuk mendapatkan perlindungan insurans.
Peranan yang dimainkan oleh kumpulan ini
telah diambilalih oleh Kumpulan Insurans Motor
Berisiko Tinggi (ditadbir oleh MNRB yang kini
dikenali sebagai Malaysian Re Berhad) pada
24 Julai 1992.

Di bawah Tarif ini, kadar premium yang


dikenakan adalah bergantung kepada faktorfaktor berikut;a.

jenis
pekerjaan
seperti
yang
diklasifikasikan
mengikut
bentuk
perusahaan atau perniagaan majikan,
dan

b.

pendapatan pekerja

Seterusnya,
Tarif
Pampasan
Pekerja
mengklasifikasikan tiga kategori skop indemniti
polisi iaitu;-

240

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
i.

ii.

iii.

Polisi Jadual A membayar gantirugi


kepada majikan berkaitan dengan:
liabiliti majikan untuk membayar
pampasan kepada pekerja-pekerjanya
di bawah Akta Pampasan Pekerja, dan
liabiliti disisi common law untuk
membayar
pampasan
kepada
pekerja-pekerjanya yang meninggal
dunia, mengalami kecederaan atau
menanggung kesakitan berpunca dari
tugas-tugas yang dilakukan.
Polisi Jadual B - membayar gantirugi
kepada majikan berkaitan dengan
liabiliti majikan disisi common law untuk
membayar pampasan kepada pekerjapekerjanya (yang bukan pekerjanya
mengikut definisi Akta Pampasan
Pekerja) atas kematian, kecederaan
dan sakit berpunca dari tugas-tugas
yang dilakukan.
Polisi Jadual C dikeluarkan
berhubung dengan pekerja yang bukan
pekerja seperti yang ditakrifkan di
bawah Akta Pampasan Pekerja, tetapi
perlindungan yang diberikan adalah sama
dengan perlindungan Polisi Jadual A.

Polisi Jadual C ini menyediakan bayaran


gantirugi kepada majikan berkaitan
dengan liabiliti undang-undang disisi
common law atau bayaran pampasan
dibuat kepada pekerja bukan pekerja
berdasarkan skala yang diperuntukkan
dalam Akta Pampasan Pekerja. Dengan
lain perkataan, kakitangan yang bukan
pekerja adalah dianggap sebagai
pekerja mengikut definisi dan tujuan
insurans yang ditakrifkan dibawah Polisi
Jadual C.
Polisi-polisi yang dikeluarkan di bawah Jadual A
hendaklah menyenaraikan nama pekerja yang
dilindungi mengikut takrifan Akta Pampasan
Pekerja, dan kadar Tarif yang dikenakan adalah
berdasarkan jumlah pendapatan pekerja.
Untuk Jadual B, premium dibayar ialah 25% dari
kadar Tarif, tertakluk kepada kadar minimum
0.10%.
Di bawah polisi Jadual C, kadar tarif dikenakan
berdasarkan amaun pendapatan semua
pekerja.
Contoh yang diberikan di bawah menunjukkan
bagaimana
untuk
mengira
premium
bagi polisi insurans pampasan pekerja

16.12.1 Contoh : Pengiraan Premium Insurans Pampasan Pekerja

241

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
Pengiraan Premium:

Keterangan lanjut
Jumlah Pendapatan
mengenai pekerjaan pekerja tahunan

Kadar %

Premium
(RM)

Pekerja Am

10,000

2.10

210

Pembantu kedai

6,000

1.50

90

Keterangan pekerja dan kadar premium

Premium

: RM300.00

Cukai Perkhidmatan

: RM 15.00

Duti Setem

: RM 10.00

Jumlah Premium

: RM325.00

242

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 16
1.

Yang manakah diantara berikut BUKAN sebahagian dari Kadar Premium Kasar?
a.
b.
c.
d.

2.

Pengunderaitan adalah proses


a.
b.
c.
d.

3.

pengeluaran polisi
pengeluaran polisi dengan penetapan terma, waranti dan syarat yang
berkaitan
membuat sebutharga kadar premium dan terma
kesemua di atas

Sekiranya sesuatu risiko itu didapati tidak normal, buruk atau sub-standard,
pengunderait akan
a.
b.
c.
d.

5.

menentukan kadar premium


penilaian dan pemilihan risiko
menentukan terma dan syarat polisi
kesemua di atas

Matlamat terakhir penilaian risiko ialah


a.
b.

c.
d.

4.

perbelanjaan pejabat dan lain-lain perbelanjaan overhed insurer


bayaran komisen kepada ejen
perbelanjaan pejabat ejen
margin keuntungan insurer

menolak risiko berkenaan


mengenakan kadar standard
mengenakan kadar yang lebih tinggi
mengenakan syarat-syarat khas

Apabila mengunderait risiko yang merbahaya, perkara-perkara berikut perlu


dipenuhi, KECUALI
a.
b.
c.
d.

borang cadangan yang lengkap diisi


laporan pemeriksaan risiko
maklumat mengenai pengalaman tuntutan masa lalu
nota lindung yang baru

243

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
6.

Yang manakah diantara berikut BUKAN faktor pengunderaitan risiko insurans


kebakaran?
a.
b.
c.
d.

7.

Yang manakah diantara berikut BUKAN faktor risiko fizikal yang dikehendaki untuk
insurans kebakaran?
a.
b.
c.
d.

8.

kecuaian
kejahilan
tidak bertimbang rasa
penipuan

Sekiranya polisi dikeluarkan atau diperbaharui untuk tempoh kurang dari setahun,
premium yang perlu dibayar akan dikira berdasarkan
a.
b.
c
d

10.

sistem perenjis air


pintu kalis api
alat pemadam kebakaran
pembakaran terbuka di kawasan berhampiran

Berikut adalah beberapa bentuk bahaya moral, kecuali


a.
b.
c.
d.

9.

keadaan risiko
jenis pembinaan
keadaan dan sifat barangan yang disimpan
alamat surat menyurat

tempoh jangka pendek


pro-rata
bulanan
mingguan

Kadar premium untuk insurans kebakaran dan motor dikawal melalui tarif masingmasing yang disediakan oleh
a.
b.
c.
d.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).


Bank Negara Malaysia (BNM).
NAMLIA.
AMLA.

244

BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO,


PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN
11.

Yang manakah diantara berikut menerangkan dengan tepat berkenaan kadar


merit?
a.


b.


c.

d.

Pengunderait akan menentukan kadar kelas dan membuat penyelarasan


kadar dengan menaikkan atau menurunkan, bergantung kepada merit risiko
berkenaan
Sekiranya terdapat sejumlah besar risiko dilindungi dibawah sesuatu kelas
insurans, risiko boleh dikelaskan mengikut merit tertentu dalam pelbagai
kelas.
Pengunderait menentukan kadar premium yang akan dikenakan untuk setiap
risiko secara berasingan, tanpa merujuk buku panduan
Pengkadaran premium dikawal melalui tarif masing-masing yang dikeluarkan
oleh Persatuan Insuran Am Malaysia.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

245

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

Pandangan Menyeluruh

PANDANGAN MENYELURUH

17.1 Borang Cadangan


17.2 Nota Lindung
17.3 Sijil Insurans
17.4 Bentuk Polisi
17.5 Endorsemen
17.6 Notis Pembaharuan
17.7 Sijil Pembaharuan
17.8 Borang Tuntutan
17.9 Borang Pelepasan

Dalam bab ini kita akan membincangkan dengan


lebih mendalam tentang dokumen-dokumen
yang digunakan dalam urusniaga insurans.
Dokumen yang dimaksudkan ialah;

Borang cadangan

Nota lindung

Sijil insurans

Polisi

Endorsemen

Notis pembaharuan

Sijil pembaharuan

Borang tuntutan

Borang penyelesaian

Seksyen
149
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan kuasa pengawalan dan
penyerahan borang cadangan, polisi dan
risalah yang dibuat oleh insurer kepada Bank
Negara Malaysia (BNM). Selanjutnya, Seksyen
149 juga memperuntukkan bahawa BNM boleh
menetapkan kod amalan terpuji berkaitan
dengan
penerangan
mengenai
borang
cadangan, polisi dan risalah.

17.1 BORANG CADANGAN


Seperti kontrak komersil lain, kontrak insurans
mula berkuatkuasa apabila tawaran yang dibuat
oleh satu pihak (pencadang) telah diterima oleh
pihak yang satu lagi (insurer). Dalam insurans,
cadangan biasanya dikemukakan dalam bentuk
borang cadangan yang telah lengkap diisi dan
ditandatangani oleh pencadang.
246

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


Kelebihan Menggunakan Borang Cadangan

Kandungan Borang Cadangan

Borang cadangan adalah suatu dokumen yang


dirangka oleh insurer dalam bentuk soalselidik
setiap kelas insurans untuk membantu insurer
mengumpul maklumat bertujuan untuk menilai
risiko yang dicadangkan. Penggunaan borang
cadangan membolehkan insurer menilai
cadangan insurans dengan lebih cepat dan
tepat kerana maklumat tentang risiko yang
dicadangkan untuk kelas insurans tertentu telah
disediakan secara seragam. Mengikut amalan
yang biasa dipraktikkan, borang cadangan
kerap digunakan untuk mengenalpasti risiko
yang rendah dimana maklumat diberi dalam
format yang lebih tersusun.

Borang cadangan biasanya


perkara-perkara berikut:
1.

Untuk makluman, borang cadangan jarang


digunakan dalam insurans marin kargo kerana
keperluan maklumat adalah berbeza antara satu
risiko dengan risiko yang lain. Ini menjadikan
usaha pengumpulan maklumat secara teratur
tidak praktikal. Atas sebab yang sama, borang
cadangan tidak digunakan dalam insurans
yang melibatkan risiko yang besar. Sebaliknya,
suatu tinjauan mengenai risiko tersebut akan
dijalankan.

17.1.1 Struktur Borang Cadangan

a.

Satu kenyataan berkaitan Subseksyen


149(4) Akta Insurans 1996:

Soalan-soalan Am
Soalan-soalan umum yang terdapat
dalam semua borang cadangan adalah
yang berkaitan dengan perkara-perkara
berikut:
Nama Pencadang:

Nama diperlukan untuk tujuan pengenalan, tetapi


ia juga mungkin melambangkan suatu aspek
tentang risiko yang dicadangkan. Contohnya,
nama syarikat mungkin menunjukkan jenis
perniagaan yang dijalankan. Nama seseorang
yang diketahui umum dikaitkan dengan perkaraperkara buruk akan mendorong insurer menolak
cadangan insuransnya.
b.

Adalah penting untuk difahami bahawa soalan


dalam borang cadangan tidak berakhir di situ
sahaja kerana jika jawapan lengkap bagi
sesuatu soalan telah diberikan tetapi masih
terdapat fakta matan yang tidak diberitahu,
maka pencadang dikehendaki memberitahu
tentang fakta-fakta tersebut.

Keperluan Akta Insurans 1996

Anda dikehendaki memberitahu dengan


lengkap dan jujur akan semua fakta,
samada anda mengetahui atau patut
mengetahuinya, jika tidak polisi yang
akan dikeluarkan adalah tidak sah.
2.

Borang Cadangan Tidak Digunakan Dalam


Insurans Marin Kargo dan Risiko Besar

mengandungi

Alamat Pencadang:

Maklumat ini diperlukan untuk tujuan surat


menyurat.
c.

Alamat Risiko:

Risiko selalunya bergantung kepada lokasi


Maklumat ini penting kerana lokasi yang
berisiko tinggi bukan sahaja akan meningkatkan
kemungkinan berlaku kerugian malah ketenatan
kerugian pun mungkin turut meningkat.
Contohnya, sebuah kilang yang didirikan
247

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


dikawasan yang padat penduduknya akan
meningkatkan kemungkinan berlaku kebakaran
besar dan sukar dikawal. Sementara kilang yang
terletak dikawasan pedalaman juga mungkin
menanggung kerugian yang tinggi akibat
kebakaran kerana balai bomba berhampiran
mungkin 50 batu jauhnya dari tempat kejadian.
d.

Pekerjaan Pencadang:

Pekerjaan
Penting

Adalah

Faktor

Risiko

Yang

Polisi Insurans Sekarang dan


Terdahulu:

Amaun Diinsuranskan:

Petunjuk kepada Liabiliti


Perolehan Premium

Insurer

dan

Maklumat ini memberikan gambaran tentang


amaun liabiliti maksimum yang akan ditanggung
oleh insurer dan menjadi faktor penting untuk
menentukan kadar premium bagi kebanyakan
jenis insurans termasuk insurans kebakaran,
motor dan kecurian.
h.

Maklumat pekerjaan adalah penting kerana


pekerjaan tertentu mempunyai risiko yang
tinggi berbanding dengan yang lain-lain.
Contohnya, pengeluar bahan plastik dianggap
pekerjaan berisiko tinggi dari perspektif insurans
kebakaran. Sementara tukang emas pula
adalah pekerjaan berisiko tinggi dari perspektif
insurans kecurian.
e.

g.

Perkara Pokok:

Ia menjelaskan tentang perkara yang hendak


diinsuranskan.
3.

Soalan Berkaitan Insurans


Soalan yang khusus berkaitan dengan
jenis insurans biasanya menyentuh
tentang
bahaya
yang
selalunya
dikaitkan dengan jenis insurans yang
dicadangkan.

Contohnya:-

Sejarah Insurans Boleh Memberi Maklumat


Berguna Tentang Bahaya Moral dan Fizikal

Insurans Kebakaran

Maklumat mengenai insurer sekarang dan


terdahulu, berserta maklumat yang diperolehi
secara langsung dari insurer-insurer berkenaan
akan menjelaskan keadaan bahaya moral dan
bahaya fizikal risiko yang dicadangkan.

jenis bahan binaan dan kegunaan


bangunan;

samada bangunan dibina berasingan


atau bersambung dengan bangunan
lain;

f.

jenis tenaga yang digunakan;

penghunian bangunan bersebelahan


(kiri dan kanan)

Pengalaman Kerugian:

Menunjukkan
Dicadangkan

Kualiti

Risiko

Yang

Maklumat yang dikehendaki termasuklah


keterangan lanjut mengenai semua kerugian
yang pernah dialami oleh pencadang tanpa
mengira samada ianya diinsuranskan atau pun
tidak. Ia juga perlu memasukkan maklumat
tentang kerugian yang tuntutannya belum dibuat
oleh pencadang terhadap sebarang insurer.

Insurans Motor
-

keupayaan enjin;

tahun diperbuat;

kesalahan/saman lalulintas;

perlindungan yang diperlukan


248

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


Insurans Marin Kargo

5.

kaedah pembungkusan;

pelabuhan memunggah turun kargo;

nama, usia, kelas berat kasar kapal;

perlindungan yang diperlukan

Di bahagian bawah fasal perisytiharan,


terdapat peruntukan ruang untuk tandatangan
pencadang dan tarikh tandatangan tersebut
diturunkan. Pencadang mesti menandatangani
borang cadangan berkenaan kerana ia
merupakan tawaran kontrak.

17.2 NOTA LINDUNG

Insurans Hayat
-

sejarah keluarga & perubatan;

tabiat merokok & meminum minuman


keras;

pekerjaan berbahaya;

soalan berkaitan AIDS

4.

Perisytiharan

Tandatangan

Nota Lindung Kegunaan dan Batasan

Kebanyakan
borang
cadangan
yang
digunakan oleh insurer am mengandungi fasal
perisytiharan yang memerlukan pencadang
untuk:
-

semua jawapan yang dikemukakan


adalah benar;

menyatakan bahawa maklumat yang


diberi adalah lengkap;

bersetuju menjadikan borang cadangan


sebagai sebahagian daripada kontrak;
dan

menerima bentuk polisi biasa bagi


kelas perniagaan yang dipohon.

Fasal
perisytiharan
ini
mengubah
tanggungjawab pencadang disisi undangundang adat dari hanya memberitahu
semua fakta matan kepada tanggungjawab
kontraktual. Ini menjadikan semua pernyataan
yang dibuat dalam borang cadangan menjadi
waranti.

Apabila perundingan mengenai perlindungan


telah dimuktamadkan, nota lindung akan
dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dokumen
polisi disiapkan. Nota lindung adalah bukti
perlindungan untuk tempoh sementara.
Sebagai alternatif, perlindungan boleh diberi
oleh insurer sewaktu perundingan sedang
dijalankan atau ketika tinjauan/pemeriksaan
sedang dibuat. Dalam keadaan ini, nota lindung
akan dikeluarkan untuk memberi perlindungan
sementara kepada pencadang. Insurer berhak
menarik balik perlindungan jika rundingan gagal
dimuktamadkan atau laporan tinjauan tidak
memuaskan.
Nota lindung adalah polisi sementara dan ianya
adalah bukti kontrak antara insured dengan
insurer. Nota lindung biasanya menyediakan
perlindungan biasa yang terdapat dalam polisi
standard untuk kelas insurans yang dipohon,
tertakluk kepada terma dan syarat polisi. Nota
lindung juga memperuntukkan bahawa insurans
ini tertakluk kepada waranti tarif sekiranya risiko
yang dicadangkan dikawal oleh Tarif. Nota
lindung boleh juga tertakluk kepada fasal khas
jika berkaitan.
Kandungan Nota Lindung

Nama dan Alamat insured;


Masa dan tarikh permulaan
perlindungan;

249

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

Tempoh insurans;

Keterangan mengenai risiko yang


dilindungi;

Amaun perlindungan;

Kadar dan premium (jika kadar


premium tidak diketahui, amaun
premium sementara akan ditunjukkan);

Sebarang terma-terma khusus;

Nombor siri nota lindung;

Tarikh dikeluarkan;

Pemilik polisi akan menerima slip


pengesahan dari insurer / pengendali
takaful / ejen masing-masing sebagai
bukti
pembelian
insurans/takaful
(pengesahan belian polisi insurans).

c.

Setelah
mendapat
pengesahan
penerimaan maklumat oleh insurer/
pengendali takaful/ejen berkenaan,
pemilik polisi boleh menghubungi JPJ
atau Pos Malaysia untuk pembaharuan
cukai jalan.

17.3 SIJIL INSURANS

Tandatangan pegawai yang


bertanggungjawab;
Syarat pembatalan biasanya 24 jam
selepas diberi notis; dan
Satu kenyataan yang menyatakan
bahawa insured dilindungi dalam bentuk
polisi biasa syarikat untuk risiko yang
dicadangkan, tertakluk kepada syarat
khas yang tercatat dalam nota lindung.

17.2.1 E-lindung

Dibawah perniagaan insurans motor,


berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005,
pengeluaran nota lindung dan pembaharuan
cukai jalan secara manual tidak lagi
diamalkan. Proses tersebut kini diganti
dengan e-JPJ atau sistem nota lindung
elektronik. Sistem nota lindung elektronik ini
adalah sebahagian dari inisiatif e-kerajaan
yang
dikendalikan
oleh
kementerian
pengangkutan. Semua pihak yang terlibat
bersetuju bahawa:
a.

b.

Sijil insurans biasanya dikeluarkan kerana


polisi insurans berkenaan adalah diwajibkan
oleh undang-undang Malaysia. Sijil ini
mengesahkan bahawa perlindungan insurans
telah dikuatkuasakan oleh insurer yang sah disisi
undang-undang berkaitan. Sebagai contoh,
sijil insurans dikeluarkan sebagai mematuhi
peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,
dan ia merupakan bahan bukti perlindungan
insurans untuk ditunjukkan kepada pihak polis
atau pegawai penguatkuasa pendaftaran kereta
motor.
Sementara sijil insurans biasanya dikeluarkan
berhubung dengan insurans yang diwajibkan
oleh undang-undang, sijil insurans marin
dikeluarkan dengan persetujuan bersama
antara insured dengan insurer. Sijil marin
biasanya dikeluarkan berkaitan dengan polisi
pengapungan. Apabila semua penghantaran
kargo diinsuranskan dibawah satu polisi
pengapungan, sijil marin akan dikeluarkan
apabila penghantaran itu diisytiharkan oleh
insured. Sijil marin adalah penting kerana
ia adalah bukti insurans kepada pihak yang
berkepentingan termasuk bank dan penerima
kargo.

syarikat insurans dan pengendali


takaful
hendaklah
menghantar
maklumat insurans/takaful ke JPJ
secara elektronik.
250

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

17.4 BENTUK POLISI

Polisi adalah dokumen yang dirangka oleh


insurer. Ia bukanlah kontrak insurans tetapi
merupakan bukti bertulis sesebuah kontrak.
Dokumen polisi hendaklah disetemkan
mengikut peruntukan Akta Setem; tanpanya
polisi tidak boleh digunakan sebagai bahan
bukti di mahkamah. Apabila insurans dikawal
oleh Tarif dan susunan ayat polisi telah
ditetapkan, ia menjadi kewajipan insurer
untuk menggunakan frasa yang disediakan
oleh Tarif.
Bentuk polisi yang kerap digunakan oleh insurer
adalah polisi bentuk jadual. Polisi berjadual
dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
berbeza dengan keterangan risiko tertentu yang
diinsuranskan disertakan dalam satu bahagian
dalam dokumen polisi yang dikeluarkan oleh
insurer.

dibayar atau insured berjanji akan membayar


premium berkenaan sebagai balasan. (Perlu
diketahui bahawa mengikut peruntukan Akta
Insurans 1996, risiko insurans motor tidak boleh
ditanggung oleh insurer sehingga premium telah
dibayar sepenuhnya terlebih dahulu). Sila lihat
juga Bab 5 Seksyen D 5.3.3.2 Penerimaan
Risiko.

17.4.1.3 Fasal Operasi atau Insurans

Intipati Kontrak
Fasal ini menerangkan tentang intipati
kandungan kontrak. Ia menyatakan peril
yang diinsuranskan dibawah polisi berkenaan
dan situasi yang menjadikan insurer
bertanggungjawab untuk membuat bayaran
atau seumpamanya kepada insured.

17.4.1.4 Pengecualian
17.4.1 Struktur Bentuk Polisi Berjadual

Struktur polisi berjadual dibahagikan kepada


beberapa seksyen berikut:-

17.4.1.1 Pendahuluan

Bahagian ini menyediakan nama penuh dan


alamat berdaftar syarikat insurans, tercatat di
bahagian atas muka surat hadapan.

17.4.1.2 Pengenalan atau Fasal Deklamasi

Fasal ini memperkenalkan pihak-pihak dalam


kontrak; insured dan insurer. Jika insurans ini
berdasarkan borang cadangan yang terdapat
juga fasal perisytiharan, fasal ini akan merujuk
kepada perisytiharan tersebut. Fasal ini juga
merujuk tentang premium sebagai telah

Peril Yang Dikecualikan Tidak Dilindungi


Dibawah Polisi Ini
Pengecualian adalah batasan bagi skop
insurans. Pengecualian dimasukkan dalam
polisi kerana sesetengah peril dan kerugian
tidak boleh dilindungi oleh sesetengah polisi
insurans. Sebelum bentuk polisi berjadual
diperkenalkan,
pengecualian
biasanya
disertakan dalam fasal operasi dan syaratsyarat. Dengan pengenalan polisi berjadual, ia
telah menjadi amalan biasa untuk meletakkan
semua pengecualian dalam satu bahagian
khusus dalam polisi. Dalam keadaan dimana
fasal operasi dibahagikan kepada beberapa
seksyen seperti dalam polisi insurans motor,
pengecualian yang khusus untuk bahagian
tersebut boleh dimuatkan dalam bahagian
yang berkaitan, sementara pengecualian yang
berkaitan dengan polisi secara menyeluruh
disatukan dalam satu seksyen dalam polisi dan
dikenali sebagai Pengecualian Umum.
251

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

17.4.1.5 Jadual

17.4.1.7 Syarat-Syarat

Bahagian ini mengandungi semua maklumat


bercetak yang berkaitan dengan keterangan
kontrak. Contohnya, dalam polisi kebakaran
standard, seksyen jadual menyediakan
maklumat-maklumat berikut:

Syarat Nyata Dicetak Dalam Dokumen Polisi


Dan Ia Mengawal Kontrak.

nama dan alamat insured

premium

nombor polisi

Semua polisi mengandungi syarat-syarat yang


dinyatakan dalam polisi. Ia adalah syarat nyata
dan syarat inilah yang mengawal kontrak
insurans. Syarat nyata, bersesuaian dengan
namanya, ialah syarat yang dicetak dalam
dokumen polisi. Tanpa syarat nyata, kontrak
insurans akan hanya tertakluk kepada syaratsyarat tersirat.

tarikh dikeluarkan

Syarat Nyata Adalah Berkaitan Dengan:

agensi

tanggungjawab penuh percaya mutlak,

risiko yang dilindungi

kewujudan kepentingan boleh insurans,

tempoh perlindungan insurans

kewujudan perkara pokok insurans,


dan

harta yang dilindungi

jumlah perlindungan

waranti yang berkaitan

Sebagai tambahan kepada pengkelasan


syarat-syarat samada ia syarat nyata atau
syarat tersirat, syarat-syarat polisi juga boleh
diklasifikasikan mengikut masa yang ianya
perlu dilaksanakan.

17.4.1.6 Fasal Penyaksian atau


Tandatangan

Fasal ini dinamakan fasal penyaksian kerana


ia menyediakan peruntukan kepada insurer
memperakui akan tanggungjawabnya. Polisi ini
ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa
oleh pihak insurer.

pengenalpastian perkara pokok


insurans

Syarat-syarat Yang Melibatkan


Sebagai Suatu Elemen

Masa

Syarat-syarat sebelum kontrak


Syarat-syarat ini hendaklah dipenuhi
sebelum kontrak menjadi sah. Contoh
syarat sebelum kontrak ialah semua
syarat-syarat tersirat

252

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

Syarat-syarat semasa kontrak


Ini adalah syarat-syarat yang mesti
dipatuhi sekiranya kontrak berkenaan
masih kekal sah. Syarat polisi yang
memerlukan insured memberitahu
insurer tentang pertukaran atau
perubahan dalam risiko yang dilindungi
adalah contoh syarat semasa kontrak.

Syarat-syarat sebelum liabiliti


Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum
syarikat insurans bertanggungjawab
menanggung
tuntutan.
Syarat
pemberitahuan dan subrogasi dalam
polisi kebakaran adalah antara contoh
syarat sebelum liabiliti.

17.4.2 Daftar Polisi

Adalah menjadi keperluan disisi undangundang mengikut Seksyen 47 Akta Insurans


1996, bahawa setiap insurer dikehendaki
menyediakan dan mengemaskini tentang
semua polisi yang dikeluarkan dan tiada satu
pun polisi itu boleh dipindah keluar daripada
daftar berkenaan selagi insurer tersebut masih
menanggung liabiliti ke atas polisi-polisi yang
dimaksudkan. Daftar polisi ini digunakan
sebagai rekod rasmi polisi yang dikeluarkan
oleh insurer.
Daftar polisi ini boleh disimpan dalam bentuk kad,
helaian ledger atau bentuk cetakan komputer
kerana Akta Insurans tidak menetapkan bentuk
catatan rekod bagi tujuan tersebut.

17.5 ENDORSEMEN

Kaedah Ini Digunakan Untuk Meminda Terma


& Dokumen Polisi Standard
Adalah menjadi amalan insurer untuk
mengeluarkan polisi dalam bentuk standard
meliputi peril tertentu dan mengecualikan
yang lain-lain. Sekiranya insurer berhasrat
untuk mengubah sebarang terma dan syarat
polisi pada masa polisi dikeluarkan, insurer
selalunya mengempilkan satu memorandum
atau endorsemen kepada polisi. Kedua-dua
endorsemen dan polisi menjadi bukti kontrak.
Dalam
kelas
perniagaan
tertentu,
pengempilan endorsemen kepada polisi
adalah wajib. Sebagai contoh, Tarif
Pampasan
Pekerja
memperuntukkan
bahawa jika terdapat sebarang perubahan
kadar tertentu, endorsemen yang berkaitan
mestilah dimasukkan kedalam polisi.
Begitu juga dengan Tarif Motor yang
memperuntukkan
supaya
endorsemen
tertentu mesti digunakan dalam situasi
tertentu.
Endorsemen Boleh Memasukkan Pindaan
Atas Polisi Sedia Ada
Endorsemen boleh dikeluarkan ketika dalam
tempoh kuatkuasa polisi untuk merekodkan
Pindaan ke atas polisi. Pindaan yang dibuat
hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara
berikut:-

perubahan amaun diinsuranskan;


perubahan kepentingan boleh
diinsuranskan
melalui
penjualan,
pajakan polisi dan sebagainya;
perluasan perlindungan insurans untuk
memasukkan peril tambahan;

perubahan risiko;

pemindahan harta ke lokasi lain;


253

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

pembatalan insurans; dan

pertukaran nama dan Alamat

17.6 NOTIS PEMBAHARUAN


Amalan Dalam Insurans Am
Kebanyakan polisi insurans am dikeluarkan
untuk tempoh satu tahun dan tertakluk kepada
pembaharuan oleh insurer pada penghujung
tempoh perlindungan polisi. Sungguhpun tiada
obligasi undang-undang ke atas insurer untuk
memaklumkan insured bahawa polisinya akan
tamat tempoh pada tarikh tertentu, insurer
biasanya akan menghantar notis makluman
satu bulan sebelum tarikh tamat tempoh.
Notis tersebut mengandungi semua maklumat
yang diperlukan tentang polisi termasuk nama
insured, nombor polisi, tarikh tamat polisi,
amaun diinsuranskan dan premium. Adalah
menjadi amalan insurer untuk memasukkan
nota memberitahu insured untuk menyatakan
sebarang perubahan matan dalam risiko
sejak bermula kuatkuasa polisi (atau tarikh
pembaharuan terakhir). Notis pembaharuan
yang dikeluarkan oleh insurer motor selanjutnya
mengingatkan insured untuk mengkaji semula
nilai amaun diinsuranskan (iaitu nilai anggaran
insured terhadap kenderaannya) supaya
selaras dengan nilai semasa pasaran. Notis
tersebut juga menarik perhatian insured tentang
keperluan untuk mematuhi keperluan statutori
yang menyatakan tiada risiko yang akan
ditanggung kecuali premium dibayar terlebih
dahulu.
Amalan Dalam Insurans Hayat
Tidak seperti kontrak insurans am, kontrak
insurans hayat adalah kontrak jangka panjang
dan biasanya premium dibayar sepanjang
tempoh kontrak. Jadi, untuk memastikan insured
membayar premium tepat pada masanya,
insurer biasanya akan menghantar notis
pemberitahuan tiga atau empat minggu sebelum
tarikh pembayaran, Jika premium masih belum

diterima selepas dua atau tiga minggu selepas


tarikh tersebut, Notis Peringatan Premium akan
dihantar kepada pemegang polisi.
Perlu difahami bahawa usaha insurer
menghantar Notis Premium adalah sematamata atas dasar etika urusniaga ini adalah untuk
mengingatkan pemegang polisi, iaitu pihak
yang sebenarnya mempunyai tanggungjabwab
berkontrak untuk membayar premium tepat
pada masanya. Walau bagaimanapun, insurer
juga menganggap penghantaran notis ini adalah
penting kerana ia membantu secara berkesan
untuk memperolehi pendapatan premium yang
mencukupi. Oleh itu, penghantaran notis ini
menjadi amalan biasa dalam perniagaan.
Tidak seperti dalam perniagaan insurans am,
perniagaan insurans hayat tidak memerlukan
insured untuk memberitahu perubahan matan
atas risiko yang diinsuranskan.

17.7 SIJIL PEMBAHARUAN

Pembaharuan
Mungkin
Boleh
Dikuatkuasakan Dengan Beberapa Pindaan
Terma
Apabila polisi insuran am diperbaharui untuk
tempoh selanjutnya, kontrak baru akan
terbentuk. Jika pembaharuan itu berdasarkan
syarat-syarat yang sama dengan kontrak asal,
insurer akan mengesahkan pembaharuan
dengan
mengeluarkan
dokumen
yang
dipanggil sijil pembaharuan. Sebaliknya,
jika pembaharuan polisi dikenakan syaratsyarat baru, polisi baru akan dikeluarkan. Sijil
pembaharuan mengandungi maklumat yang
sama seperti yang terdapat dalam jadual polisi
asal. Sekiranya terdapat pindaan dalam polisi,
sijil pembaharuan akan menyatakan perubahan
tersebut.
Polisi insurans hayat diperbaharui secara
automatik selagi insured terus membayar
premium yang dikenakan tanpa sebarang
kelewatan
254

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS

17.8 BORANG TUNTUTAN

Maklumat Am Adalah Diperlukan Dalam


Semua Borang Tuntutan
Borang cadangan merupakan dokumen
yang dirangka oleh insurer yang bertujuan
mengumpulkan maklumat penting untuk menilai
tuntutan. Secara umumnya, semua borang
tuntutan dirangka untuk mendapatkan maklumat
mengenai identiti insured, kepentingan insured
dalam kerugian yang dituntut, keadaan dan
tahap kerugian.
Dengan mengeluarkan borang tuntutan,
ia tidaklah bermakna pihak insurer telah
menerima liabiliti berkenaan. Insurer dengan
jelas menyatakan kedudukan sebenar mereka
dengan mencatatkannya dalam borang
tuntutan. Urusan surat menyurat yang dihantar
oleh insurer kepada insured yang berkaitan
dengan tuntutan tidak menjejaskan hak
dan kedudukannya dan surat-surat tersebut
akan disertakan dengan kenyataantanpa
prasangka. Kenyataan ini dibuat dengan niat
untuk menjadikannya lebih jelas dan walaupun
insurer terlibat dengan urusan surat menyurat
dan memproses tuntutan, persoalan mengenai
liabiliti dibawah polisi yang dimaksudkan masih
tidak dijelaskan. Oleh itu, borang tuntutan
dikeluarkan tanpa prasangka, yang bermaksud
dengan mengeluarkan borang tuntutan, ia tidak
bermakna insurer mengakui liabilitinya dibawah
polisi tersebut.
Terdapat perbezaan dalam borang tuntutan
yang digunakan dalam polisi insurans kebakaran
atau kemalangan diri. Borang tuntutan tidak
digunakan dalam insurans marin kecuali
tuntutan transit dalam negeri.
Kelas Insurans Yang Memerlukan Maklumat
Khusus

tuntutan insurans motor memerlukan lakaran


kemalangan, sementara borang tuntutan
insurans kecurian mengandungi soalan tentang
sama ada laporan polis mengenai kecurian
telah dibuat. Sekiranya insurans tertakluk
kepada averaj pro-rata, soalan yang ditanya
ialah nilai harta ketika kerugian berlaku. Borang
tuntutan yang dirangka untuk kelas insurans
yang memberi perlindungan berdasarkan
indemniti biasanya mengandungi soalan
bertanyakan samada terdapat polisi lain yang
melindungi perkara pokok yang sama, dan
samada terdapat mana-mana pihak ketiga yang
bertanggungjawab atas kerugian berkenaan.
Maklumat yang diperolehi adalah penting untuk
insurer menguatkuasakan hak subrogasi dan
sumbangan .

17.9 BORANG PELEPASAN

Kaedah Penyelesaian Tuntutan


Kaedah penyelesaian tuntutan yang diamalkan
oleh insurer adalah salah satu dari pilihan
berikut;a.

penyelesaian dengan insured berkaitan


dengan kerugian yang diinsuranskan;
atau

b.

penyelesaian dengan pihak ketiga bagi


pihak insured, di atas liabiliti insured
berkaitan kerugian yang dialami oleh
pihak ketiga.

Tujuan Borang Pelepasan


Setelah sesuatu tuntutan dapat diselesaikan,
insurer menghendaki pihak yang menuntut
mengambil langkah penyelesaian. Ini adalah
untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya
tuntutan serupa dibuat atas kerugian yang
sama, samada terhadap insurer atau insured.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam


borang tuntutan adalah berbeza mengikut kelas
insurans yang berkaitan. Contohnya, borang
255

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


Seksyen Deklarasi Borang Pelepasan
Borang pelepasan yang dikeluarkan berkaitan
dengan (a) di atas biasanya akan memasukkan
suatu deklarasi atau perisytiharan yang
menyatakan insured/pihak yang menuntut:

telah menerima sejumlah bayaran dari


insurer, dan
bayaran yang diterima adalah sebagai
penyelesaian penuh tuntutan dibawah
polisi yang dimaksudkan dan berkaitan
dengan kerugian yang dialami.

Borang pelepasan yang dikeluarkan berkaitan


dengan (b) pula akan memasukkan deklarasi
menyatakan pihak ketiga yang membuat
tuntutan mengakui bahawa:

jumlah tersebut adalah penyelesaian


penuh dan menepati hak pihak ketiga
membuat tuntutan terhadap insured
berkaitan dengan kerugian yang
dialami.

ianya telah dilaksanakan mengikut


kehendak dan memuaskan hati pihak
yang menuntut.

Maklumat Lain Yang Terdapat Dalam Borang


Pelepasan
Sebagai
tambahan
kepada
keperluan
deklarasi di atas, borang pelepasan biasanya
menyediakan maklumat tentang;-

telah menerima sejumlah bayaran dari


insurer,
jumlah yang diterima adalah sebagai
penyelesaian yang dibuat oleh insurer
bagi pihak insured, dan

kerja membaiki, mengganti dan/atau


mengembalikan semula telah dilakukan
pihak tertentu (bagi pihak insurer), dan

nama dan pengenalan pihak yang


menuntut, dan
keterangan lanjut mengenai kerugian
yang berlaku (yang berkaitan dengan
tuntutan) termasuk;

tarikh dan waktu kejadian,

tempat kerugian berlaku

pihak-pihak yang terlibat

perkara pokok kerugian

tandatangan saksi, sekiranya perlu.

Sekiranya Penyelesaian Tidak Dibuat Melalui


Bayaran Tunai
Kadangkala terdapat penyelesaian tuntutan
tidak dibuat dalam bentuk wang tunai, sebaliknya
ia dibuat dalam bentuk lain seperti membaiki,
mengganti atau mengembalikan semula dan
ianya dilakukan oleh pihak lain yang bertindak
bagi pihak insurer. Dalam situasi seperti ini,
insurer akan mengeluarkan borang pelepasan
yang dikenali sebagai nota penyempurnaan/
kepuasan hati yang biasanya memasukkan
deklarasi yang menyatakan bahawa;

256

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 17
1.

Yang manakah diantara berikut tidak terdapat dalam borang cadangan insurans
kebakaran?
a.
b.
c.
d.

2.

Yang manakah diantara berikut tidak terdapat dalam borang cadangan insurans
motor?
a.
b.
c.
d.

3.

Akta Insurans Jenayah


Kanun Jenayah Malaysia

Akta Pengangkutan Jalan
Pejabat Ketua Pengarah Insurans

Dokumen polisi ialah


a.
b.
c.
d.

5.

keupayaan enjin
nama pencadang

kesalahan/saman lalu lintas
berat badan pemandu

Sijil Insurans Motor dikeluarkan sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh
a.
b.
c.
d.

4.

amaun diinsuranskan
nama pencadang
keadaan risiko yang dilindungi
jumlah ahli keluarga insured

kontrak insurans
bukti kontrak insurans
rekod perkara pokok yang diinsuranskan
nota mengenai amaun premium yang perlu dibayar

Secara amnya, semua borang cadangan bertujuan mendapatkan maklumat berikut,


kecuali
a.
b.
c.
d.

mengenalpasti insured dan pihak yang menuntut



mengenalpasti peguam kepada pihak yang menuntut
kepentingan insured atah kerugian yang berlaku
tahap kerugian

257

BAB 17 - DOKUMEN INSURANS


6.

Yang manakah diantara berikut TIDAK berkaitan dengan syarat-syarat tersirat?


a.
b.
c.
d.

7.

Yang manakah diantara berikut merupakan syarat-syarat sebelum liabiliti?


a.
b.
c.
d.

8.

Insurer bertanggungjawab mengeluarkan notis pembaharuan


Insurer berharap berjaya mendapatkan perniagaan pembaharuan berkenaan
BNM menghendaki insurer mengeluarkan notis pembaharuan
Insurer ingin memenuhi tanggungjawabnya

Yang manakah diantara berikut TIDAK diperlukan ketika menilai bahaya yang
biasanya terdapat pada hayat yang diinsuranskan?
a.
b.
c.
d.

10.

Syarat pemberitahuan
Syarat subrogasi
Syarat sumbangan
Syarat pembatalan

Mengapa insurer mengeluarkan notis pembaharuan?


a.
b.
c.
d.

9.

timbangtara
tanggungjawab penuh percaya mutlak
kewujudan kepentingan boleh diinsuranskan
kewujudan perkara pokok insurans

sejarah keluarga dan sejarah perubatan


tabiat merokok dan meminum minuman keras
kesalahan lalu lintas
soalan-soalan berkaitan AIDS

Kebanyakan borang cadangan yang digunakan oleh syarikat insurans am


mengandungi fasal perisytiharan yang menghendaki pencadang
i.
ii.
iii.

iv.

mengakui bahawa jawapan yang diberi adalah benar




mengakui maklumat yang diberi adalah lengkap
bersetuju bahawa cadangan berkenaan menjadi sebahagian dari asas
kontrak
menerima bentuk polisi biasa untuk kelas perniagaan berkenaan.

a.
b.
c.
d.

i, ii dan iii

i iii dan iv

ii, iii dan iv
kesemua di atas
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
258

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

18.1 Prosedur Tuntutan


18.2 Dokumen Tuntutan
18.3 Penyelesaian Tuntutan
18.4 Tuntutan Kembali dari

Reinsurer, Insurer Bersama,

Subrogasi dan Sumbangan
18.5 Penolakan Liabiliti oleh Insurer

Kontrak insurans adalah satu dokumen yang


menjanjikan pembayaran sekiranya berlaku
kejadian tertentu. Oleh kerana pembayaran
tuntutan adalah sebab utama insurans
diwujudkan, ujian terpenting terhadap insurer
yang bertanggungjawab dan cekap ialah sejauh
mana kepantasan dan kesaksamaan insurer
membayar pampasan kerugian ekonomi yang
dialami oleh insured, dan kecekapannya
membayar gantirugi kepada mereka atas liabiliti
pihak ketiga.

18.6 Averaj
18.7 Penyelesaian Tuntutan :

Persetujuan Pasaran

Bab ini menumpukan perhatian terhadap


pelbagai perkara yang timbul dari urusan
berkaitan penyelesaian tuntutan, iaitu;-

18.8 Perselisihan

prosedur tuntutan

18.9 Tindakan Selepas Penyelesaian

dokumentasi tuntutan

penyelesaian tuntutan

mendapatkan kembali bayaran dari


reinsurer, insurer bersama, hak
subrogasi dan sumbangan

penolakan liabiliti oleh insurer

averaj

perjanjian penyelesaian tuntutan

pertikaian

tindakan selepas penyelesaian

259

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

18.1 PROSEDUR TUNTUTAN

Tanggungjawab Penuh Percaya Memerlukan


Insured Bertindak Mengurangkan Kerugian

18.1.1 Pemberitahuan Kerugian

Tanggungjawab penuh percaya biasanya


dimasukkan dalam polisi, contohnya, polisi
motor komprehensif mempunyai pasal yang
memperuntukkan supaya insured mengambil
langkah-langkah yang wajar untuk menghindari
kenderaan dari berlakunya kerugian atau
kerosakan, dan sekiranya berlaku kemalangan
atau kerosakan, kenderaan tidak sepatutnya
ditinggalkan tanpa penjagaan.

Pemberitahuan Segera Tentang Kerugian


Setiap kali berlaku kerugian, kebanyakan polisi
meletakkan syarat bahawa insurer hendaklah
diberitahu dengan segera mengenai kerugian
tersebut. Bergantung kepada ayat atau frasa yang
digunakan dalam syarat-syarat pemberitahuan,
notis boleh diberi secara lisan atau bertulis.
Biasanya insured dikehendaki mengemukakan
butir-butir lengkap sekiranya kerugian berlaku
dalam tempoh yang dinyatakan. Selain dari
keperluan memberitahu insurer dengan segera,
insured adalah tertakluk kepada tanggungjawab
penuh kejujuran dan bertindak seolah-olah
ianya tidak diinsuranskan, termasuk mengambil
langkah untuk mengurangkan kerugian.
Mengikut Kod Amalan Perniagaan Insurans
Am untuk semua pengantara selain dari Broker
Insurans Berdaftar (rujuk Bab 15 Seksyen B
15.1.1.5) di bawah Perjanjian Antara Syarikat
untuk Perniagaan Insurans Am, sekiranya
pemegang polisi memberitahu pengantara
mengenai kejadian yang mungkin boleh
menyebabkan berlakunya tuntutan, pengantara
kemudiannya
hendaklah
memberitahu
syarikat insurans dengan segera, iaitu dalam
tempoh tidak melebihi tiga hari. Pengantara
juga perlu memberitahu pemegang polisi
tentang keperluan dokumentasi tuntutan
yang biasanya diperlukan oleh pihak
insurer, termasuk keperluan menyegerakan
penyerahan maklumat yang diperlukan bagi
mengenalpasti keadaan dan tahap kerugian.
Maklumat yang diterima dari pemegang polisi
hendaklah dikemukakan dengan segera
kepada pihak insurer. (Rujuk bab 20, seksyen
20.1.5).

18.1.2 Pemeriksaan Perlindungan

Sebaik sahaja notis pemberitahuan kerugian


diterima, pegawai tuntutan akan membuat
pemeriksaan awal untuk memastikan bahawa
tuntutan yang sah memang wujud. Apabila
membuat pemeriksaan awal, pegawai tuntutan
akan memastikan beberapa perkara berikut:Syarat Tuntutan Yang Sah

Adakah polisi masih berkuatkuasa?

Adakah premium telah dibayar?

Adakah kerugian yang berlaku


disebabkan oleh peril yang dilindungi?
Adakah perkara pokok yang mengalami
kerugian itu sama dengan apa yang
diinsuranskan?
Adakah notis pemberitahuan kerugian
telah
dibuat
tanpa
sebarang
kelewatan?

Setelah pegawai tuntutan membuat pemeriksaan


awal dan sekiranya maklumat yang diterima
menunjukkan tuntutan yang sah telah wujud,
pihak yang menuntut akan diberi borang tuntutan
atau borang laporan kemalangan termasuk
arahan yang jelas tentang prosedur yang betul
yang perlu diambil dalam membuat tuntutan
260

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


serta senarai dokumen yang perlu dikemukakan
bersama-sama dengan borang tuntutan. Walau
bagaimanapun, sekiranya pegawai tuntutan
mendapati bahawa tuntutan tidak wujud, pihak
yang menuntut akan diberitahu mengenai
keputusan tersebut dan proses tuntutan
seterusnya tidak akan diteruskan.

18.1.3 Daftar Tuntutan

Adalah menjadi keperluan undang-undang


mengikut Seksyen 47 Akta Insurans 1996,
menyatakan bahawa setiap insurer hendaklah
mempunyai daftar terkini bagi semua tuntutan
insurans sebaik sahaja insurer mengetahui
tentangnya. Tiada satu pun tuntutan berkenaan
boleh dikeluarkan dari daftar berkenaan selagi
insurer masih bertanggungjawab atas tuntutan
tersebut. Daftar tuntutan ini dianggap sebagai
rekod rasmi tuntutan yang dilaporkan kepada
insurer.
Daftar tuntutan boleh disimpan dalam bentuk
kad, helaian ledger atau cetakan komputer
kerana Akta Insurans tidak menetapkan bentuk
catatan rekod bagi tujuan tersebut.

dengan lebih teliti oleh pegawai tuntutan yang


dilantik oleh insurer atau pakar bebas yang lebih
dikenali sebagai adjuster/penyelaras kerugian.
Khidmat
Ajuster/Penyelaras
Kerugian
Diperlukan Untuk Menyelesaikan Tuntutan
Yang Besar Dan Rumit
Insurer biasanya akan melantik adjuster
kerugian untuk menyiasat dan membuat laporan
mengenai tuntutan yang besar dan rumit/
Secara amnya, siasatan tuntutan melibatkan
pengesahan perkara-perkara berikut:Kesahihan Tuntutan

18.1.4 Penyiasatan Tuntutan


Apabila borang tuntutan dikeluarkan, ia tidak
bermakna insurer mengaku untuk menanggung
liabiliti. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa
selepas insurer membuat pemeriksaan awal,
tiada sebarang sebab atau bukti dijumpai untuk
menolak tuntutan tersebut. Untuk menentukan
samada insurer bertanggungjawab atas
sesuatu tuntutan kerugian atau sebaliknya,
satu siasatan lengkap dan terperinci mungkin
diperlukan. Sungguhpun demikian, kaedah dan
tahap siasatan adalah berbeza mengikut saiz
dan kerumitan tuntutan. Tuntutan kecil mungkin
diselesaikan berdasarkan dokumen yang
diserahkan oleh pihak yang menuntut. Tuntutan
yang melebihi tahap tertentu akan disiasat

kewujudan kerugian
kerugian berlaku akibat peril yang
dilindungi dibawah polisi
kerugian tidak termasuk dalam skop
pengecualian polisi
perkara pokok yang terlibat dalam
kerugian adalah sama dengan yang
diinsuranskan dalam polisi
kerugian berlaku di lokasi/kawasan
geografi yang tercatat dalam polisi
pihak yang menuntut adalah pihak
yang sah untuk berbuat demikian
sebarang perlanggaran syarat/waranti
oleh insured yang mungkin boleh
membatalkan tuntutan.

Amaun Kerugian

Amaun/kuantum kerugian

261

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

18.1.5 Memastikan Amaun Kerugian

Apabila harta benda mengalami kerosakan


atau hilang, amaun kerugian ditentukan
mengikut bukti nilai setiap item yang rosak
atau nilai anggaran membaiki, mengganti
atau memulihkan kembali. Dalam tuntutan
liabiliti, amaun yang akan dibayar kepada
insured adalah tertakluk kepada rundingan
antara syarikat insurans dengan pihak yang
mengalami kecederaan atau kerosakan harta.
Biasanya peguam akan bertindak bagi pihak
yang menuntut, sementara pegawai tuntutan
(atau peguam yang dilantik oleh insurer) akan
mewakili insurer dalam perundingan tersebut.
Apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata
sepakat, tuntutan akan diselesaikan melalui
timbangtara seperti yang diperuntukkan
dalam polisi. Jika pihak yang menuntut masih
tidak bersetuju dengan keputusan yang telah
dibuat, ia boleh mengemukakan tuntutan ke
mahkamah.

yang diperlukan adalah pelbagai dan ianya


bergantung kepada jenis dan keadaan
tuntutan.
Dokumen tambahan yang diperlukan dibawah
tuntutan kelas perniagaan insurans am
termasuklah:Insurans Kebakaran

Gambar foto
Laporan juruteknik (sekiranya
berkenaan)
Invois belian, bil pembaikan, rekod
jualan dan lain-lain dokumen berkaitan
Laporan polis (sekiranya kerosakan
yang berlaku adalah serius)
Laporan bomba (sekiranya kerosakan
yang berlaku adalah serius)

Insurans Pecah Masuk


18.1.6 Memastikan Hak Subrogasi
Dan Sumbangan

Sekiranya dapat dipastikan yang hak subrogasi


wujud, insurer akan mengambil langkahlangkah tertentu untuk mendapatkan kembali
bayaran tuntutan dari pihak ketiga. Sementara
itu, sekiranya hak sumbangan wujud dalam
syarat-syarat polisi, insurer dikehendaki
membayar nisbah atau bahagian kerugian yang
ditanggungnya.

18.2 DOKUMEN TUNTUTAN

Sebagai tambahan kepada borang tuntutan


yang lengkap diisi, borang laporan kemalangan
dan/atau laporan ajuster kerugian, beberapa
dokumen lain perlu dikemukakan atau
pegawai tuntutan perlu mendapatkannya untuk
menyokong tuntutan berkaitan. Dokumen

Laporan polis

Gambar foto

Invois belian, bil pembaikan, rekod


jualan dan lain-lain dokumen berkaitan

Insurans Liabiliti Awam

Surat rasmi pihak ketiga


Gambar foto atau lakaran tempat
kejadian

Laporan pakar (jika berkenaan)

Laporan polis (jika berkenaan)

Laporan perubatan dan/atau sijil


kematian dan laporan bedah siasat jika
mengalami kecederaan tubuh badan.

262

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

Resit pelepasan dan borang indemniti


atau perintah mahkamah

Perhatian : Semua tuntutan pihak ketiga mesti


dirujuk kepada syarikat insurans untuk tindakan
segera.

Insurans Kemalangan Diri


a.

Tuntutan Kecederaan Anggota


Badan

Surat cuti sakit

Laporan perubatan



b.

Slip gaji
Gambar foto menunjukkan kecederaan
yang dialami (sekiranya berkaitan)

Nilai anggaran kerja pembaikan (jika


perlu)
Laporan ajuster mengenai cadangan
kos membaiki
Laporan ajuster mengenai keadaan
kemalangan dan lain-lain butiran penting
tentang kemalangan maut/serius
Bil kos pembaikan untuk tujuan
pembayaran
Nota penyelesaian/kepuasan hati dari
insured
Kerosakan sendiri tuntutan untuk
kerugian
menyeluruh/kecurian.
Selain dari dokumen di atas (nota
penyelesaian
tidak
diperlukan),
dokumen lain yang perlu ialah;-

b.

Tuntutan kematian

Kad pendaftaran kenderaan yang asal

Laporan bedah siasat

Borang MV3 yang telah ditandatangani

Sijil kematian

Kunci kenderaan

Sijil pengkebumian

Laporan polis

Surat pengesahan perkhidmatan

Salinan surat pengenalan yang


disahkan

Insurans Motor
a.

Tuntutan kerosakan sendiri

Laporan polis

Salinan kad pengenalan dan cukai


jalan yang disahkan

Surat dari syarikat kewangan,


menyatakan amaun baki pinjaman yang
perlu diselesaikan (jika berkenaan)
Surat pelepasan dari syarikat sewa beli
(jika berkenaan)
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
yang telah disahkan (hanya untuk
kenderaan pendaftaran syarikat)
Laporan penilaian dari pengedar
francais atau pengesahan nilai pasaran
oleh ajuster
Baucer penerimaan dan pelepasan.

Salinan lesen memandu dan kad


pengenalan pemandu yang disahkan
263

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


c.

Tuntutan kerosakan cermin hadapan


sahaja

Salinan kad pengenalan dan lesen


memandu pihak ketiga yang disahkan

Gambar foto kerosakan

Laporan penyelaras

Laporan polis (jika dibuat)

Laporan pakar (jika berkenaan)

Bil dan resit asal pembaikan

Tuntutan kerosakan kenderaan pihak


ketiga

d.










e.

Resit pelepasan dan borang indemniti


atau perintah mahkamah.

Surat rasmi dari pihak ketiga


Laporan polis

Perhatian : Semua tuntutan pihak ketiga mesti


dirujuk kepada syarikat insurans untuk tindakan
segera.

Pelan lakaran polis, kunci dan gambar


foto dari pihak polis
18.3 PENYELESAIAN TUNTUTAN
Salinan kad pengenalan dan lesen
memandu pihak ketiga yang disahkan
Salinan polisi pihak ketiga
Salinan kad pendaftaran kenderaan
dan cukai jalan yang disahkan

Apabila insurer berpuashati yang semua


dokumen dan proses tuntutan dibuat mengikut
prosedur yang ditetapkan, penyelesaian akan
dibuat dengan cara:
Kaedah Penyelesaian Tuntutan

Surat sokongan dari ajuster atas


laporan yang dikemukakan oleh pihak
ketiga

Bayaran tunai melalui cek; atau

Pembaikan; atau

Pengesahan dan kelulusan knock-forknock (jika perlu)

Penggantian; atau

Baucer pelepasan dari pihak ketiga

Pemulihan semula

Tuntutan kecederaan anggota badan


pihak ketiga

Keterangan Bukti Dokumentasi Adalah


Penting Untuk Menentukan Penuntut Yang
berhak

Surat rasmi dari pihak ketiga

Laporan polis

Laporan perubatan dan/atau sijil


kematian dan laporan bedah siasat

Pelan lakaran polis, kunci dan gambar


foto dari pihak polis

Apabila tuntutan dibayar melalui cek, perlu


dipastikan yang bayaran dibuat kepada pihak
yang berhak. Kepastian perlu dibuat dengan
memeriksa dokumen seperti surat probat
atau surat kuasa yang diserahkan oleh wakil
sah pihak yang menuntut. Dalam insurans
marin, pihak yang menuntut dikehendaki
menyerahkan polisi marin yang telah disahkan
264

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


bahawa pembayaran dibuat atas namanya.
Berdasarkan amalan industri, pihak yang
menuntut perlu membuat pelepasan yang betul
sebelum sebarang pembayaran dibuat oleh
insurer.
Kadar Faedah Amaun
Kemalangan Diri

Tuntutan

Polisi

Dibawah polisi kemalangan diri yang diambil


oleh pemilik polisi atas hayatnya sendiri
dimana ia menyediakan wang polisi sekiranya
berlaku kematian pemegang polisi, Seksyen
161 Akta Insurans 1996 memperuntukkan
bahawa apabila tuntutan dibuat atas kematian
pemegang polisi tidak dibayar dalam tempoh
60 hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan
tuntutan, insurer hendaklah membayar faedah
kompaun sekurang-kurangnya 4% setahun,
atau lain-lain kadar faedah yang ditetapkan
atas amaun wang polisi selepas tamat tempoh
60 hari tersebut sehingga ke tarikh pembayaran
tuntutan

18.4 MENDAPATKAN KEMBALI BAYARAN


DARI REINSURER, INSURER BERSAMA,
SUBROGASI DAN SUMBANGAN

Proses penyelesaian tuntutan juga melibatkan


usaha mendapatkan kembali bayaran dari
pihak yang berkaitan seperti insurer bersama
dan/atau reinsurer, pihak ketiga dibawah
hak subrogasi dan insurer lain dibawah hak
sumbangan, sekiranya hak sedemikian wujud
dalam polisi.

18.5 PENOLAKAN LIABILITI OLEH


INSURER

Tidak semua tuntutan yang dibuat oleh pemilik


polisi akan berakhir dengan pembayaran
tuntutan kerana insurer boleh menyangkal
liabiliti berdasarkan beberapa sebab termasuk;

tiada laporan kerugian atau kerosakan;

kerugian atau kerosakan yang dituntut


bukan akibat peril yang dilindungi atau
merupakan peril yang dikecualikan;
atau
polisi disahkan batal kerana melanggar
syarat (nyata atau tersirat) atau waranti

18.6 AVERAJ

Apabila wujud insurans terkurang dan polisi


tertakluk kepada averaj atau purata, tuntutan
hanya boleh dibuat mengikut peratusan
amaun yang diinsuranskan, berbanding
dengan nilai penuh harta semasa berlaku
kerugian. Dengan lain perkataan, amaun yang
akan dibayar apabila dikenakan averaj adalah
seperti berikut;Amaun boleh bayar = amaun diinsuranskan x amaun kerugian

Nilai harta

Apabila harta yang diinsuranskan adalah


dibawah nilai sebenar, premium yang dibayar
oleh insured adalah berdasarkan amaun
diinsuranskan dan bukannya nilai sebenar
harta. Ini bermakna insured menyumbang
kepada dana am (untuk bayaran kerugian)
dengan amaun yang kurang daripada risiko
yang dipindahkan kepada insurer. Prinsip
averaj adalah untuk mendenda insured yang
menginsuranskan harta mereka dibawah nilai
sebenar. Apabila kerugian tertakluk kepada
averaj, insured akan dianggap sebagai insurer
untuk bahagian yang dibawah nilai dan dengan
itu insured terpaksa menyumbang kepada
kerugian tersebut.
Tanggungjawab Ejen ialah Mengenalpasti
Insurans Terkurang
Untuk mengelakkan perselisihan faham
akibat penggunaan averaj, ejen perlu menarik
perhatian pelanggan terhadap prinsip averaj
dari awal lagi dan memastikan yang amaun
insurans yang dicadangkan adalah mencukupi
bukan sahaja pada permulaan kontrak, malah
sepanjang tempoh kuatkuasa polisi.
265

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

18.7 PENYELESAIAN TUNTUTAN


PERSETUJUAN

18.7.1 Biro Insurer Motor (Motor Insurers


Bureau MIB)

MIB perlu diinterpretasikan dibawah Seksyen


89 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai
biro yang dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan perjanjian yang ditandatangani
dengan
Menteri
Pengangkutan,
untuk
mendapatkan bayaran pampasan kepada
mangsa kemalangan jalanraya (pihak ketiga)
sekiranya hak mereka untuk mendapatkan
bayaran pampasan dinafikan kerana tiada
insurans atau insurans tidak berkuatkuasa
seperti yang disyaratkan dibawah Seksyen 90
Akta yang sama.
Seksyen 89 seterusnya memperuntukkan
definisi statutori berkaitan ayat atau frasa yang
digunakan dalam konteks Bahagian ini di dalam
Akta ini:
Insurer yang sah bermaksud seseorang
yang sah disisi undang-undang untuk
menjalankan perniagaan insurans di Malaysia
dan merupakan seorang ahli Biro Insurer
Motor.
Disebabkan peruntukan tersebut, setiap insurer
yang menjalankan perniagaan insurans di
Malaysia mestilah telah disahkan dan menjadi
ahli Biro Insurer Motor.
Perlu diingat bahawa MIB mempunyai
kedudukan yang unik kerana ia ditubuhkan
setelah termeterainya perjanjian antara industri
insurans motor dengan pihak kerajaan.
Usaha menetapkan tahap tertentu untuk
mewajibkan insurans dan menghadkan
peluang insurer mengelak dari memikul
tanggungjawab liabiliti membayar pampasan,
Akta Pengangkutan Jalan terpaksa melalui
tempoh yang panjang untuk merealisasikan

idea berkenaan. Adalah menjadi harapan umum


agar mangsa kemalangan jalanraya yang tidak
bersalah tidak sepatutnya dinafikan hak untuk
mendapat pampasan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna
kenderaan tidak menghiraukan undang-undang
yang ditetapkan atau terdapat kelemahan dalam
kontrak insurans yang ada sekarang, ia memberi
alasan terbaik kepada insurer untuk mengelak
dari memikul tanggungjawab membayar
pampasan dibawah Akta Pengangkutan
Jalan. Maka, beberapa langkah perlindungan
pengguna perlu diperkenalkan. Sebagai
tambahan, tindakan pembetulan dibawah Akta
Pengangkutan Jalan amat bergantung kepada
samada individu cuai yang ingin didakwa telah
dikenalpasti atau sebaliknya. Dalam kebanyakan
kes, keadaan menjadi semakin sukar sekiranya
berlaku kemalangan langgar lari.
Sebagai sebuah syarikat terhad melalui
jaminan, ini bermakna syarikat tidak memiliki
aset untuk menampung potensi liabiliti. Oleh
itu, ahli-ahli biro memberi jaminan yang mereka
akan membayar pampasan apabila timbul
keperluan untuk berbuat demikian.

18.7.2 Pindaan Perjanjian Langgar-sama


Langgar (Knock-for-Knock - KfK)

Melalui pindaan perjanjian langgar-sama


langgar (KfK) bertarikh 18 Mac 1987 (selepas
ini dirujuk sebagai Perjanjian Utama) yang
dibuat dikalangan syarikat-syarikat insurans,
mereka bersetuju dengan terma dan syarat,
prosedur dan amalan yang ditetapkan di bawah
Seksyen 1 Perjanjian Utama dan dimasukkan
dalam Tarif Motor Malaysia.
Majoriti Insurer motor menyertai perjanjian
penyelesaian tuntutan KfK dimana setiap
insurer bersetuju menanggung kerugian
atau kerosakan kenderaan milik pemegang
polisinya,
dengan
syarat
kenderaan
berkenaan dilindungi dibawah insurans
komprehensif,
tanpa
mengambil
kira
siapa yang bertanggungjawab terhadap
kemalangan berkenaan.
266

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


Perjanjian KfK berfungsi atas prinsip dimana
setiap insurer motor bersetuju untuk tidak
melaksanakan hak subrogasi terhadap insurer
lain. Sekiranya perjanjian ini dilaksanakan dalam
jangka masa panjang, tiada insurer yang akan
memperolehi keuntungan atau menanggung
kerugian dengan menyertai skim ini.

sebarang kenderaan berlesen atau


dilindungi insurans untuk disewa,
termasuk disediakan pemandu oleh
pemiliknya bagi tujuan mendapatkan
ganjaran. Contoh: teksi berserta
pemandu, kereta sewa pandu sendiri
atau berserta pemandu

Tambahan lagi, ia adalah antara kaedah yang


membolehkan insurer motor mempercepatkan
proses tuntutan serta mengurangkan kos
pentadbiran dan perundangan.

c.

perjanjian ini tidak melindungi kerugian


atau kerosakan dibawah polisi kebakaran
sahaja.

d.

Perjanjian ini hanya melindungi


kemalangan
dimana
indemniti
disediakan dibawah polisi yang
dikeluarkan di Malaysia, Singapura
dan Brunei.

Perjanjian
KfK
melindungi
kerosakan
disebabkan oleh kenderaan yang dilindungi
dengan indemniti terhadap risiko kerosakan
dan/atau pihak ketiga;

akibat pelanggaran atau cubaan untuk


mengelak pelanggaran
ketika memunggah atau menurunkan
barangan dari kenderaan
akibat objek/barangan yang jatuh dari
kenderaan

Setiap pihak perlu menanggung sendiri


kos kerosakan, tertakluk kepada had yang
ditetapkan dalam polisi.
Peruntukan utama dibawah perjanjian ini
ialah:a.

penetapan lebihan (excess) (jika


berkenaan)

b.

perjanjian KfK mengecualikan


kenderaan berikut:

sebarang kenderaan berlesen atau


dilindungi insurans yang membawa
penumpang bagi tujuan mendapatkan
upah atau bayaran. Contoh: teksi, bas
awam, bas ekspres, bas sekolah dan
bas kilang

Perjanjian KfK kemudiannya dikajisemula


pada Jun 2001 (Perjanjian Tambahan
Perjanjian Pindaan Knock-for-Knock) dan
memasukkan peruntukan iaitu sekiranya
berlaku
kemalangan
yang
melibatkan
kenderaan insured dan kenderaan pihak
ketiga, insured yang dilindungi polisi
komprehensif mempunyai pilihan untuk
membuat tuntutan kerosakan kenderaannya
dari insurernya sendiri jika insured atau
pemandu yang dibenarkan berpendapat
bahawa mereka tidak bersalah dan memilih
untuk membuat tuntutan kerosakan dibawah
polisi insuransnya sendiri dan bukannya
membuat tuntutan kepada Insurer Pihak
Ketiga, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) milik
insured tidak terjejas.
Tuntutan Langgar-sama Langgar (Own
Damage KfK) bermaksud tuntutan kerosakan
kenderaan yang dikemukakan oleh insured
terhadap insurernya sendiri dan bukannya
insurer pihak ketiga dan tuntutan ini tidak
menjejaskan hak NCDnya, sekiranya insurer
memutuskan bahawa insured tidak bersalah.
Insurer akan menggunakan budibicaranya
untuk membuat keputusan samada insured
bersalah atau sebaliknya.

267

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

18.7.3 Motordata Research Consortium


Sdn Bhd (MRC)

Melalui sokongan dari pihak Bank Negara


Malaysia, industri insurans melaksanakan
projek pengkalan data berpusat bagi tujuan
membuat anggaran kos membaiki kenderaan.
Projek ini dibangunkan oleh Motordata Research
Consortium Sdn Bhd (MRC) pada tahun 2001.

Objektif utama penubuhan pengkalan data ini


ialah untuk meminimumkan ketidakseragaman
dalam membuat anggaran kos membaiki
kenderaan, disamping ia juga memberi manfaat
nilai tambah dalam usaha meningkatkan tahap
ketelusan membuat anggaran kos tuntutan
serta elemen anti-penipuan.
Carta dibawah menunjukkan maklumat dan
aliran kerja dalam memproses tuntutan insurans
motor

268

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


Pengkalan Data Berpusat untuk Membuat
Anggaran Kos Membaiki Kenderaan
Bengkel membaiki kenderaan akan membuat
penilaian terhadap kerosakan sesebuah
kenderaan. Gambar kerosakan diambil untuk
dikemukakan sebagai dokumen sokongan
tuntutan. Pemilik bengkel kemudiannya akan
membuat kos anggaran secara elektronik,
menyenaraikan setiap bahagian kenderaan
yang perlu dibaiki atau diganti dan jangka
masa yang diperlukan untuk kerja-kerja
pembaikan. Anggaran yang lengkap dengan
imej kerosakan kenderaan dan dokumen
yang telah diimbas akan dihantar kepada
insurer melalui Pusat Memproses Tuntutan
(Claims Processing Centre CPC). Sekiranya
terdapat tuntutan yang serupa (dikenalpasti
melalui nombor pendaftaran kenderaan), MRC
akan memberitahu kedua-dua insurer tentang
kemungkinan berlaku cubaan menipu tuntutan.
Insurer akan menilai tuntutan secara elektronik
dan menyerahkan tugas kepada ajuster
(sekiranya perlu) sebelum meluluskannya juga
secara elektronik.
Semua transaksi akan direkodkan secara
elektronik dan sebarang tuntutan berganda
akan ditunjukkan dengan serta merta untuk
tindakan lanjut. Sesungguhnya, masih terdapat
bidang yang boleh diterokai oleh insurer melalui
penggunaan pengkalan data untuk mengesan
dan mencegah cubaan menipu dalam tuntutan.
Contohnya, persepsi umum yang menyatakan
pemilik kenderaan dan pemilik bengkel
membaiki kenderaan sama-sama berpakat/
bersubahat untuk menipu/mengemukakan
tuntutan palsu terhadap insurer.

18.8 PERSELISIHAN

Daripada pelbagai tuntutan yang telah


diselesaikan oleh insurer setiap tahun, terdapat
sebahagian kecil tuntutan yang menimbulkan
perselisihan atau pertikaian. Pertikaian antara
pihak yang menuntut dan insurer pada amnya
melibatkan salah satu daripada perkara
berikut;

Persoalan samada insurer boleh


dipertanggungjawabkan (liable); atau
Amaun/kuantum kerugian, jika didapati
insurer bertanggungjawab.

Apabila timbul perselisihan, ia boleh diselesaikan


melalui saluran-saluran berikut:

perundingan;

perundangan;

timbangtara;

perantaraan

18.8.1 Perundingan

Apabila timbul perselisihan, pihak yang


menuntut akan ditemui oleh pegawai tuntutan
dan kedua-dua pihak akan cuba menyelesaikan
perselisihan tersebut melalui rundingan.
Sekiranya perselisihan tersebut berkaitan
dengan tuntutan yang ditolak oleh insurer,
pegawai tuntutan akan cuba menerangkan
kenapa tuntutan tersebut ditolak. Sebaliknya,
jika perselisihan itu berkaitan dengan amaun/
kuantum kerugian, pegawai tersebut mungkin
cuba merundingkan satu amaun yang boleh
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

18.8.2 Perundangan

Apabila pihak yang menuntut tidak berpuashati


mengenai amaun yang dirundingkan dengan
pegawai tuntutan, si penuntut boleh mengambil
tindakan mahkamah terhadap insurer. Biasanya
insurer mengambil pendekatan bahawa
rundingan secara perundangan adalah sebagai
pilihan terakhir. Seboleh mungkin insurer
akan cuba menyelesaikan pertikaian ini di
luar mahkamah, kecuali jika ianya melibatkan
amaun tuntutan yang besar atau prinsip dasar
syarikat.
269

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

18.8.3 Timbangtara

Kebanyakan polisi insurans am mempunyai


fasal timbangtara yang memperuntukkan
bahawa semua perselisihan atau pertikaian
mengenai amaun/kuantum tuntutan sahaja
yang akan dirujuk untuk ditimbangtara sebelum
tindakan mahkamah diambil oleh insured.
Biasanya insurer lebih cenderung untuk
menggunakan khidmat timbangtara berbanding
dengan kaedah perundangan kerana ianya lebih
cepat, menjimatkan kos dan timbangtara dibuat
secara tertutup berbanding dengan perbicaraan
mahkamah yang dibuat secara terbuka.

18.8.4 Perantaraan

Perantaraan
adalah
antara
alternatif
kepada proses pendakwaan tradisional
atau lebih dikenali sebagai proses alternatif
penyelesaian pertikaian. Perantara akan
bertindak sebagai pemudahcara antara pihak
yang mengadu dengan penyedia institusi
perkhidmatan kewangan (insurer) bagi
menyelesaikan perselisihan dengan cara
membuat penyiasatan terhadap aduan yang
diterima, termasuk mengenalpasti semua
isu-isu berkaitan yang terlibat dalam proses
berkenaan.
Proses perantaraan melibatkan siasatan
terhadap aduan atau pertikaian melalui
pelbagai sumber berdasarkan fakta yang
diberikan, mengadakan perbincangan secara
bersemuka, mengadakan mesyuarat dengan
semua pihak yang terlibat atau mengendalikan
sesi soal siasat mengumpulkan keterangan,
memahami kebiasaan atau amalan dalam
industri serta mendapatkan sumber/nasihat
perundangan sebelum membuat keputusan.
Proses yang dilalui ini akan membolehkan
kedua-dua pihak iaitu pengadu dan institusi
kewangan berbincang mengenai isu yang
ditimbulkan, membetulkan silap faham,
mengenalpasti kepentingan & isu dasar,
mencari titik persamaan & persetujuan dan
bersetuju untuk menyelesaikan masaalah.

Watak utama dalam proses ini ialah Perantara


(mediator). Sekiranya kedua-dua pihak yang
terlibat dalam pertikaian ini gagal mendapat
kata sepakat dalam menyelesaikan masaalah,
Perantara
akan
membuat
keputusan
berdasarkan dari maklumat siasatan, amalan
industri dan peruntukan undang-undang yang
berkaitan.
Melalui
proses
perantaraan,
amalan
menampilkan
saksi
perbicaraan
jarang
dilakukan. Sebaliknya, tindakan mengemukakan
salinan dokumen yang berkaitan serta surat
menyurat dianggap memadai.
Bagi pihak pengadu pula, perselisihan atau
tuntutan melibatkan kerugian kewangan, mereka
perlu sedar bahawa biasanya had amaun
tertentu telah ditetapkan terlebih dahulu.

18.9 TINDAKAN SELEPAS


PENYELESAIAN TUNTUTAN

Apabila tuntutan telah dibayar, insurer boleh


mengambil salah satu tindakan berikut;

menamatkan kontrak polisi;


mengurangkan amaun diinsuranskan
atau menyambung semula kontrak
sekiranya diminta oleh insured, iaitu
dengan mengenakan terma dan syarat
yang baru.

18.9.1 Menamatkan Kontrak Polisi

Kontrak polisi insurans akan tamat secara


automatik apabila insurer telah membayar;

kerugian penuh yang timbul dibawah


polisi berkaitan; atau
jumlah penuh amaun insurans dibawah
polisi berkaitan; atau
270

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN

manfaat amaun pokok dibawah polisi


kemalangan diri; atau
sebarang tuntutan dibawah polisi
jaminan kesetiaan.

18.9.2 Mengurangkan Amaun Insurans


Atau Disambung Semula, Jika Perlu

Apabila tuntutan kerugian separa telah dibayar,


amaun berkenaan akan ditolak dari amaun
diinsuranskan. Walau bagaimanapun, peraturan
ini tidak dikenakan kepada polisi marin dan polisi
yang tidak menyatakan amaun diinsuranskan,
umpamanya polisi kaca, polisi wang dan polisi
motor.

18.9.3 Mengenakan Terma Dan


Syarat Baru

Dalam keadaan tertentu, sesuatu tuntutan


mungkin mendedahkan ciri-ciri yang merugikan
yang
menyebabkan
insurer
terpaksa
mengenakan terma dan syarat baru. Dalam
keadaan ini, insured mempunyai pilihan samada
untuk menerima terma dan syarat baru yang
dikenakan atau menolak perlindungan insurans
yang ditawarkan.

Apabila amaun insurans dibawah sesuatu polisi


dikurangkan kepada amaun setelah ditolak
tuntutan separa yang telah dibayar oleh insurer,
maka insured akan berada dalam keadaan
insurans terkurang. Oleh itu, insured biasanya
dinasihatkan agar mengembalikan semula
perlindungan ke amaun asal dengan membayar
premium pro rata.

271

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 18

1.

Ketika menerima notis pemberitahuan tentang kerugian akibat kebakaran, insurer


TIDAK perlu mengesahkan
a.
b.
c.
d.

2.

Timbangtara ialah kaedah penyelesaian pertikaian antara pihak yang menuntut


dengan insurer mengenai
a.
b.
c.
d.

3.

peguam
ejen
penyelaras
pengunderait

Di bawah polisi motor, insurer boleh menolak liabiliti tuntutan kerosakan harta pihak
ketiga sekiranya
a.
b.
c.

d.

5.

fakta undang-undang
amaun kerugian
keadaan kerugian
harta yang menjadi perkara pokok insurans

Penilaian mengenai amaun kerugian dilakukan oleh


a.
b.
c.
d.

4.

samada polisi berkuatkuasa atau tidak


peril yang menyebabkan kerugian atau kerosakan
pekerjaan pemegang polisi
samada premium telah dibayar atau tidak

insured dan pihak yang menuntut adalah individu yang berbeza


tiada kerugian atau kerosakan yang dilaporkan oleh insured
kerugian atau kerosakan adalah disebabkan peril yang secara khusus
dikecualikan dari polisi
polisi telah disahkan terbatal kerana melanggar syarat polisi atau waranti

Apakah tujuan diadakan daftar tuntutan?


a.

b.
c.
d.

Daftar tuntutan bertindak sebagai rekod rasmi pemberitahuan tuntutan dari


insured kepada insurer
Daftar tuntutan bertindak sebagai peringatan tentang bilangan tuntutan
Daftar tuntutan menyediakan maklumat semua insured
Daftar tuntutan bertindak sebagai mekanisma kawalan


272

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


6.

Prinsip averaj akan digunakan oleh insurer apabila


a.
b.
c.
d.

7.

8.

9.

dokumen lengkap tidak dikemukakan kepada insurer


terdapat lebih dari satu polisi yang melindungi risiko yang sama
pihak ketiga yang menyebabkan berlakunya kerugian
jumlah diinsuranskan tidak mencukupi

Apakah sebab-sebab yang membolehkan insurer menolak liabiliti tuntutan?


i.
ii.
iii.

iv.

apabila tiada kerugian atau kerosakan seperti yang dilaporkan


apabila insured cedera parah didalam kemalangan berkenaan
apabila kerugian atau kerosakan yang dituntut bukan akibat peril yang
dilindungi atau merupakan peril yang dikecualikan
apabila polisi disahkan batal kerana melanggar syarat (nyata atau tersirat)
atau waranti

a.
b.
c.
d.

i, ii, dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
i, ii dan iii

Perjanjian langgar-sama-langgar melindungi kerosakan disebabkan oleh kenderaan


yang dilindungi dengan indemniti terhadap risiko kerosakan dan/atau pihak ketiga;
i.
ii.
iii.
iv.

akibat pelanggaran atau cubaan mengelak pelanggaran


ketika memunggah atau menurunkan barangan dari kenderaan
akibat objek/barangan jatuh dari kenderaan
akibat menunda kenderaan

a.
b.
c.
d.

i, iii dan iv
i, ii dan iii
i, ii dan iv
kesemua di atas

Tujuan utama penubuhan Biro Insurer Motor (MIB) ialah untuk


a.
b.

c.

d.

membayar pampasan kepada mangsa pemandu dibawah pengaruh alkohol


membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalanraya melibatkan
pemandu yang tidak dapat dikesan atau tidak memiliki insurans
membayar pampasan kepada mangsa pemandu tidak memiliki insurans dan
tiada lesen memandu
membayar pampasan kepada mangsa pemandu yang tidak dapat dikesan
dan tidak memiliki lesen memandu

273

BAB 18 - AMALAN INSURANS AM TUNTUTAN


10.

Motordata Research Consortium Sdn Bhd telah mempertingkatkan tahap


kecekapan memproses tuntutan motor melalui cara-cara berikut, kecuali


a.


b.


c.


d.

mempertingkatkan tahap ketelusan dalam membuat anggaran kos tuntutan


dan elemen penipuan
menghalang berlakunya tuntutan palsu yang melibatkan kenderaan yang
sama
melaksanakan kaedah membaiki kenderaan dengan cepat dengan kos
yang tinggi
memperbaiki sistem amaran mengesan dan menghalang elemen penipuan
tuntutan

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

274

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

19.1 Polisi Kebakaran


19.2 Polisi Motor Kenderaan

Persendirian

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa


hanya segelintir pemegang polisi atau mungkin
juga terdapat sebilangan ejen sahaja yang
membaca dan memahami isi kandungan polisi
insurans. Keadaan ini tidak mengejutkan kerana
polisi insurans adalah dokumen undang-undang
yang rumit. Bab ini akan membincangkan dua
jenis polisi iaitu polisi kebakaran dan polisi
insurans motor persendirian.

19.1 POLISI KEBAKARAN

Pengenalan
Ia menyatakan nama syarikat dan alamat
pejabat berdaftar syarikat.
Fasal Deklamasi
Ayat atau frasa yang digunakan dalam fasal
deklamasi tidak ditetapkan oleh Tarif dan ia
mungkin menyatakan perkara-perkara berikut:1.

insured telah membuat


kepada insurer;

cadangan

2.

borang cadangan dan perisytiharan


akan menjadi asas kontrak antara
insured dan insurer;

3.

insured telah membayar atau bersetuju


untuk membayar premium pertama
seperti yang dinyatakan dalam jadual
polisi sebagai balasan/pertimbangan.

275

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


Fasal ini antara lain menyatakan;

perlindungan yang diberi adalah untuk


kerosakan
atau
kerugian
yang
dinyatakan dalam jadual polisi, untuk
tempoh insurans atau pembaharuan
tertakluk kepada pembayaran premium
pertama atau premium pembaharuan
sekiranya berkaitan;
bayaran
tuntutan
kerugian
juga
tertakluk kepada batasan, pengecualian
dan syarat-syarat dalam polisi;

Insured hendaklah memastikan yang borang


cadangan diisi dengan lengkap dan soalan
dijawab dengan betul serta menyediakan
fakta matan yang tidak ditanya dalam borang
cadangan.
2.

Premium dianggap telah dibayar


hanya apabila resit bayaran yang
ditandatangani oleh pegawai syarikat
atau ejen yang dilantik oleh insurer
diserahkan kepada insured

3.

Insured
hendaklah
memberitahu
syarikat tentang lain-lain polisi insurans
yang melindungi harta yang sama, yang
dikuatkuasakan sebelum atau selepas
polisi ini berkuatkuasa. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan
penarikan balik semua manfaat dibawah
polisi ini.

syarat yang ditetapkan sebagai syarat


sebelum liabiliti hendaklah dipatuhi
sebelum insured membuat tuntutan;
amaun yang akan dibayar oleh insurer
adalah nilai harta ketika berlakunya
kerugian;
insurer mempunyai pilihan untuk
membayar tuntutan secara tunai,
membaiki, memilih semula atau
mengganti harta yang rosak atau
musnah;
liabiliti maksimum insurer adalah
anggaran nilai harta yang dibuat oleh
pemegang polisi dan dinyatakan dalam
jadual polisi.

Insurer perlu mengetahui setakat mana


harta berkenaan diinsuranskan untuk
memastikan insured tidak mendapat
keuntungan apabila berlaku kerugian
dengan polisi-polisi lain menyumbang
kepada pembayaran kerugian tersebut
4.

Jika bangunan tersebut runtuh atau


tertanggal
(sebahagian
atau
keseluruhannya), perlindungan insurans
akan ditamatkan. Kejadian tersebut
boleh menyebabkan risiko kebakaran
bangunan atau isi kandungannya
semakin meningkat. Runtuhan tersebut
bukan sebab berlakunya kebakaran.
Beban pembuktian sebab berlakunya
runtuhan atau beralih kedudukan
adalah atas tanggungjawab insured
(syarat 5, 6,7 & 8 menyatakan tentang
pengecualian).
Polisi ini tidak melindungi;

Syarat (termasuk pengecualian)


Seksyen ini menyatakan syarat-syarat yang
perlu dipatuhi oleh insured , batasan kepada
perlindungan yang disediakan, pengecualian
dan lain-lain terma yang berkaitan dengan
kontrak.
1.

Sekiranya terdapat salah nyata matan


atau tertinggal pada;

nilai harta yang diinsuranskan; atau

5.

bangunan tempat harta disimpan; atau

Kerugian disebabkan kecurian, samada


sebelum atau selepas kebakaran;

sebarang fakta penting untuk penilaian


risiko;
276

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI

Kerugian yang sebab hampirannya


ialah pembakaran atas perintah pihak
berkuasa;
Kerugian yang sebab hampirannya
ialah kebakaran bawah tanah.

Insurans ini tidak melindungi sebarang kerugian


akibat secara langsung atau tidak langsung
daripada senjata, pencemaran dan radiasi
nuklear.
6.

a.

gempa bumi, letusan gunung berapi


atau lain-lain bencana alam;

taufan, ribut, tornado, siklon atau lainlain gangguan atmosfera;

c.

peperangan, pencerobohan, tindakan


keganasan musuh asing atau tindakan
ketenteraan (samada diisytiharkan atau
pun tidak), perang saudara;
pemberontakan, rusuhan,
pengambilalihan
kuasa
secara
ketenteraan,
penderhakaan,
revolusi, perebutan kuasa, undangundang tentera atau dalam keadaan
terkepung atau lain-lain tindakan yang
menyebabkan undang-undang darurat
atau ketenteraan diisytiharkan.

Sekiranya kerugian disebabkan oleh manamana peril yang dinyatakan dalam a) hingga d)
di atas, beban pembuktian adalah atas insured
untuk membuktikan yang kerugian yang berlaku
adalah bebas dari peril-peril berkenaan.
7.

Insurans ini tidak melindungi sebarang


kerugian disebabkan secara langsung
atau tidak langsung akibat;

b.

d.

8.

Insurans ini tidak melindungi liabiliti


kerugian atau kerosakan disebabkan
pencemaran atau jangkitan kecuali
ianya berlaku dibawah keadaan yang
dilindungi dibawah polisi.

Harta-harta berikut tidak dilindungi


kecuali dinyatakan sebaliknya dalam
polisi;
harta orang lain yang disimpan oleh
insured dan insured menerima upah
atau seumpamanya;
ketulan emas, batu permata belum
ditatah;
hasil seni atau barangan antik yang
nilainya melebihi RM500;
manuskrip, pelan, lukisan, rekaan,
paten, model dan acuan;
sekuriti, tanggungan, dokumen penting
dan seumpamanya, setem, wang tunai,
cek, rekod perniagaan termasuk buku
akaun dan rekod sistem komputer;
bahan letupan;
kerosakan atau kemusnahan harta
disebabkan
proses
penapaian,
pemanasan atau pembakaran atau
melalui proses pemanasan;

Insurans ini tidak melindungi kerugian yang


sebab hampirannya adalah peril berikut;
a.

letupan, kecuali letupan gas yang


digunakan untuk lampu dan kegunaan
domestik, dengan syarat bangunan
tersebut bukanlah sebahagian dari
usaha penjanaan gas; dan

b.

kebakaran belukar,
prairie,
pampas
dan
pembersihan
pembakaran.

semak,
atau
tanah

lalang,
hutan
secara

Sebab-sebab pengecualian;

perlindungan boleh diberikan dibawah


polisi lain yang lebih sesuai;

277

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI

insurer tidak bersedia menawarkan


perlindungan tanpa membuat siasatan
rapi terhadap risiko berkenaan;

pemegang polisi telah diberi notis oleh


pihak berkuasa tempatan untuk
mengosongkan tanah yang diduduki.

insurer tidak bersedia menawarkan


perlindungan kecuali premium tambahan
dibayar;

10.

Jika
mana-mana
harta
yang
diinsuranskan juga dilindungi oleh polisi
marin, polisi kebakaran tidak akan
menggantirugi harta tersebut. Tetapi
jika amaun perlindungan dibawah polisi
marin tidak mencukupi, polisi kebakaran
akan membayar baki amaun yang tidak
dilindungi oleh polisi marin.

11.

Insured boleh memohon pembatalan


polisi dan insurer akan memulangkan
baki premium untuk tempoh yang
belum dilindungi. Insurer akan mengira
dan memulangkan premium, iaitu
perbezaan antara premium yang
telah dibayar dengan premium jangka
pendek bagi tempoh perlindungan yang
diberi. Insurer juga boleh membatalkan
perlindungan dengan cara;

merupakan risiko yang tidak boleh


diinsuranskan (seperti peperangan dan
risiko nuklear).

Adalah penting bagi ejen untuk menarik


perhatian
pemegang
polisi
mengenai
pengecualian supaya ia sedar bahawa polisi
yang diambilnya hanya melindungi risiko tertentu
dan mengecualikan yang lain. Sebahagian
dari risiko terkecuali boleh dimasukkan dalam
perlindungan sekiranya diminta, dan menjadi
tugas ejen untuk mengetahui samada insured
perlukan perlindungan tambahan atau perluasan
berkenaan.
9.

Jika salah satu dari perkara berikut


berlaku
kepada
harta
yang
diinsuranskan, perlindungan akan
ditamatkan serta merta, kecuali
insurer diberitahu dan kebenaran telah
diterima sebelum kerugian berlaku
sekiranya;

kegunaan bangunan diubah sehingga


meningkatkan risiko kebakaran;

12.

bangunan ditinggalkan tanpa penghuni


untuk tempoh melebihi 30 hari;

harta dipindahkan ke lokasi yang


berlainan dan tidak dinyatakan dalam
polisi;
kepentingan pemegang polisi telah
bertukar samada disebabkan kematian
insured atau melalui penguatkuasaan
undang-undang. Perlindungan akan
diberikan kepada pemilik baru harta
berkenaan.

menghantar notis tempoh 14 hari


kepada insured melalui surat berdaftar
di alamat terakhir insured; dan
atas permintaan insured, insurer perlu
memulangkan premium yang dikira
secara pro rata.
Sekiranya berlaku sebarang kerugian
atau kerosakan, insured perlu;
memberitahu insurer dengan segera;
dalam tempoh 15 hari dari tarikh
kejadian,
insured
dikehendaki
mengemukakan keterangan bertulis
mengenai tuntutan dengan menyatakan
mana-mana item yang mengalami
kerosakan, nilai harta dan memberitahu
sekiranya terdapat lain-lain polisi yang
melindungi item yang sama;

278

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


Insurer
mungkin
bertanya
tentang
punca dan sebab berlakunya kebakaran, nilai
harta yang rosak atau musnah dan lain-lain
keterangan. Insured perlu menyediakan semua
maklumat di atas dengan belanja sendiri
dan sekiranya perlu, surat angkat sumpah
memperakui semua tuntutan adalah benar
perlu dikemukakan.
Jika insured gagal mematuhi terma dan syarat
yang ditetapkan, tiada bayaran tuntutan dibuat
dibawah polisi ini.
Ejen juga perlu mengetahui dan memahami
tentang apa yang perlu insured sediakan ketika
mengemukakan tuntutan dan memastikan
insured mematuhi syarat-syarat tersebut.
Kebanyakan masaalah yang timbul adalah
berkaitan dengan ketidakpatuhan insured
terhadap syarat yang dikenakan. Tiada insurer
yang akan memproses tuntutan sebelum ia
diberitahu bila kerugian berlaku, bagaimana
ia berlaku, apa yang rosak atau musnah, nilai
harta yang rosak atau musnah serta dokumen/
bukti sokongan tuntutan.
13.

14.

Perlindungan
dibawah
polisi
ini
diperluaskan bagi melindungi gaji
pekerja, kos menggantikan peralatan
memadam api dan caj khidmat bomba
yang membantu memadamkan api
di premis insured atau premis yang
berhampiran dengannya.
Apabila berlaku sebarang kerugian
atau kerosakan kepada harta yang
diinsuranskan, insurer mempunyai hakhak berikut;
memasuki,
memegang
berkenaan;

mengambil
hakmilik

alih
dan
bangunan

mengambil mana-mana harta atau


menghendaki
barangan
berkaitan
dihantar ke premis insurer;

menyimpan dan memeriksa harta


berkenaan, menyusun, mengalihkan
atau melakukan apa saja dan dengan
apa cara sekali pun; dan
menjual harta tersebut bagi pihak
insured.

Meskipun insured belum mengemukakan


sebarang tuntutan, insurer boleh melaksanakan
hak-hak tersebut, sehingga kesuatu tempoh
dimana;

insured menyerahkan notis bertulis


menyatakan ia tidak akan membuat
tuntutan; atau
sekiranya tuntutan telah dikemukakan,
insured
kemudiannya memutuskan
untuk
menarik
balik
tuntutan
berkenaan.

Dengan melaksanakan salah satu hak di atas


tidak bermakna insured boleh membebankan
insurer dengan liabiliti diatas kerosakan
atau kerugian harta, atau hak insurer untuk
melaksanakan mana-mana syarat polisi boleh
dinafikan. Insured juga tidak boleh melepaskan
harta berkenaan kepada insurer sungguhpun
harta tersebut berada dalam jagaan insurer.
Jika insured, pekerjanya atau ejennya bertindak
menghalang insurer menggunakan haknya
atau insured gagal mematuhi syarat yang
dinyatakan, semua manfaat dibawah polisi ini
akan ditarik balik.
Syarat-syarat polisi telah menyatakan hak-hak
insurer selepas berlakunya kerugian walaupun
liabiliti masih belum diputuskan.
15.

Semua manfaat dibawah polisi akan


ditarik balik sekiranya;
tuntutan yang dikemukakan didapati
palsu;
membuat kenyataan
menyokong tuntutan;

palsu

untuk

279

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI

menggunakan apa-apa cara atau alat


pemalsuan untuk memperolehi manfaat
di bawah polisi;

yang dianggap sebagai mencukupi untuk


membina semula harta tersebut kepada
keadaan asalnya.

kerugian disebabkan perbuatan yang


disengajakan oleh insured;

17.

Sekiranya
terdapat
hak
untuk
mendapatkan
kembali
bayaran
pampasan dari pihak ketiga, insurer
perlu diberi hak subrogasi walaupun
belum membuat bayaran pampasan
kepada insured.

18.

Sekiranya pada masa kerugian,


terdapat
polisi insurans lain yang
melindungi harta yang sama, insurer
hanya bertanggungjawab membayar
bahagian penyertaannya sahaja.

19.

Jika insurer memilih untuk membina semula atau


mengganti, insured dikehendaki menyediakan
pelan, spesifikasi dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya dan menyerahkannya
kepada insurer dengan kos ditanggung oleh
insured sendiri.

Sekiranya ketika berlaku kerugian, nilai


harta adalah lebih tinggi dari amaun
insurans, prinsip averaj akan digunakan.
Oleh kerana kecukupan amaun insurans
dikira semasa berlaku kerugian dan
bukan ketika permulaan kuatkuasa
polisi, ejen hendaklah menerangkan
kepada pelanggannya tentang kesan
atau akibat syarat ini. Ejen perlu
memberitahu tentang kepentingan
untuk memastikan amaun diinsuranskan
adalah mencukupi sepanjang tempoh
insurans.

20.

Sebarang tindakan yang diambil oleh insurer


atau menyebabkan ia berlaku berkaitan dengan
usaha pemulihan atau penggantian tidak boleh
dianggap sebagai pilihan insurer untuk memilih
atau mengganti.

Setelah berlaku kerugian, jumlah


perlindungan hendaklah dikembalikan
kepada amaun insurans sepenuhnya
dan insured bertanggungjawab untuk
membayar premium tambahan secara
pro rata.

21.

Apabila berlaku perselisihan antara


insurer dan insured berkaitan dengan
amaun tuntutan, perselisihan tersebut
hendaklah dirujuk terlebih dahulu
kepada timbangtara sebelum insured
mengambil tindakan mahkamah. Fasal
ini juga memperuntukkan bahawa pihak
yang berselisih akan melantik seorang
penimbangtara yang akan mendengar
dan menyelesaikan pertikaian tersebut.

16.

tiada tindakan lanjut atau saman dibuat


oleh insured dalam tempoh tiga bulan
selepas tuntutan ditolak, atau sekiranya
memilih saluran timbangtara, tiada
apa apa tindakan tiga bulan selepas
penimbangtara / hakim membuat
keputusan.
Insurer mempunyai pilihan samada
untuk memulihkan kembali atau
mengganti harta yang rosak, tanpa
membuat pembayaran tunai. Jika
insurer
memilih
untuk
memulih
kembali harta tersebut, maka insurer
bertanggungjawab
untuk
berbuat
demikian dengan betul dan sempurna.
Walau bagaimanapun, insurer tidak
dikehendaki
membelanjakan
lebih
daripada kos pemulihan ketika kerugian
berlaku atau lebih daripada amaun
diinsuranskan.

Jika selepas memilih untuk membina


semula, insurer tidak mampu untuk berbuat
demikian kerana mematuhi peraturan pihak
berkuasa tempatan, maka insurer akan hanya
bertanggungjawab untuk membayar amaun

280

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


Seandainya pihak-pihak yang berselisih
tidak bersetuju dengan penimbangtara
yang dilantik, setiap pihak boleh
melantik seorang penimbangtaranya
sendiri. Kedua-dua penimbangtara
ini seterusnya akan melantik seorang
pengadil yang akan membuat keputusan
muktamad.
22.

23.

Penyaksian
Fasal ini mengikat insurer atas kontrak insurans
yang dikeluarkan.

19.2 POLISI MOTOR KENDERAAN


PERSENDIRIAN

Insurer tidak bertanggungjawab atas


sebarang kerugian atau kerosakan
selepas 12 bulan dari tarikh berlakunya
kerugian, kecuali tuntutan masih dalam
tindakan insurer atau dibincangkan
diperingkat timbangtara.

Dalam seksyen ini, perbincangan adalah


tertumpu kepada aspek-aspek yang mempunyai
persamaan dalam konteks polisi insurans kereta
persendirian.

Sebarang notis atau komunikasi


kepada insurer hendaklah secara
bertulis seperti yang dikehendaki oleh
syarat polisi.

Bahagian ini menyatakan nama dan alamat


berdaftar syarikat insurans, dicetak dibahagian
atas muka surat hadapan dokumen polisi.

Pengenalan

Fasal Deklamasi

Jadual

Fasal ini menyatakan perkara-perkara berikut;


Seksyen ini mengandungi perkara-perkara
berikut;
a.

insured telah membuat cadangan


kepada insurer;

b.

cadangan dibuat dalam bentuk


cadangan bertulis berserta dengan
perisytiharan (dibuat oleh pencadang);

c.

cadangan bertulis dan perisytiharan


akan menjadi asas kontrak antara
insured dan insurer;

d.

insured telah membayar atau bersetuju


untuk membayar premium yang
dinyatakan mengikut undang-undang
Malaysia sebagai balasan kepada
perlindungan insurans yang diberikan.

Nama insurer

b.

Nama dan alamat insured

c.

Pekerjaan/bidang perniagaan

d.

Lokasi harta yang diinsuranskan

e.

Tempoh perlindungan insurans

f.

Amaun premium

g.

Keterangan lanjut mengenai harta


yang diinsuranskan dan amaun
insurans untuk setiap item serta jumlah
keseluruhan amaun insurans

h.

a.

Endorsemen, waranti, dan sebagainya


yang perlu disertakan.

Lanjutan dari Seksyen 141 Akta Insurans


1996
dan
Bahagian
XV
Peraturan
Insurans 1996 berkaitan penanggungan
risiko, syarikat insurans tidak dibenarkan
menanggung
sebarang
risiko
motor
kecuali bayaran premium telah diterima
oleh syarikat insurans tersebut. Oleh yang
demikian, insured dengan ini dikehendaki
281

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


membayar premium insurans motor pada
atau sebelum tarikh permulaan perlindungan
insurans. Lanjutan dari itu, syarikat insurans
tidak boleh menyangkal kesahihan kontrak
berkenaan dengan alasan tiada balasan yang
disediakan oleh insured. (Lihat Bab 5 Seksyen
D 5.3.3.2 Penerimaan Risiko dan Bab 7
Seksyen G 7.6.3)
Fasal Kuatkuasa/Operasi
Fasal ini dibahagi kepada beberapa seksyen
dan perlindungan dibawah setiap seksyen
adalah tertakluk kepada pengecualian dan
syarat yang dinyatakan dalam polisi.

perjalanan laut menyebrang selat


antara Pulau Pinang dan tanah besar.

Berkaitan dengan bayaran gantirugi kepada


insured, insurer mempunyai pilihan untuk:
a.

membayar secara tunai,

b.

membaiki,

c.

mengganti, atau

d.

membina semula

Kerugian dan kerosakan kenderaan insured

Dalam hal ini, liabiliti maksimum insurer adalah


nilai pasaran kereta yang diinsuranskan pada
ketika berlaku kerugian atau amaun insurans
yang dinyatakan dalam polisi, yang mana lebih
rendah.

1.

Dibawah
Seksyen
ini,
insurer
bertanggungjawab
membayar
pampasan kepada insured atas kerugian
atau kerosakan kepada kenderaan
disebabkan:

2.

a.

pelanggaran atau terbalik akibat


kemalangan, pelanggaran atau terbalik
akibat haus dan lusuh atau kerosakan
mekanikal;

b.

kebakaran, letupan, kilat, pecah masuk,


pecah rumah dan kecurian;

c.

kerosakan akibat hentaman objek yang


jatuh dengan syarat tiada banjir,
taufan, ribut, letusan gunung berapi,
gempa bumi, tanah runtuh, tanah
menggelongsor atau lain-lain bencana
semula jadi;

d.

perbuatan khianat

e.

semasa dalam transit (termasuk


ketika kenderaan dimuat masuk dan
keluar) menggunakan:

Seksyen A

Kos membaiki kenderaan adalah kos


bagi
memulihkan
kereta
yang
diinsuranskan kepada keadaan sebelum
berlaku kerosakan (keadaan yang
sehampir mungkin sebelum kenderaan
mengalami kerosakan). Sekiranya alat
gantian baru digunakan, insured perlu
menanggung kos bahagian keadaan
lebih baik (betterment) atas manamana alat ganti baru yang digunakan,
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah:

jalanraya, keretapi, kapal laut;

282

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI

oleh mana-mana individu mengikut


makna definisi kesalahan penipuan/
jenayah pecah amanah dalam Kanun
Keseksaan.

Keputusan untuk menggunakan betterment


adalah atas budi bicara insurer. Skala
betterment mewakili kadar maksimum yang
boleh digunakan.
3.

Sekiranya kenderaan tidak boleh


bergerak akibat kemalangan atau
kerosakan yang dilindungi, insurer akan
membayar kos tunda atau membawa
kenderaan rosak tersebut samada
ke bengkel terdekat atau ke suatu
tempat yang selamat untuk disimpan
atau dihantar ke alamat tempat tinggal
insured, tertakluk kepada amaun
maksimum RM200 sebagai caj tunda.

f.

Ekses atau lebihan seperti yang


dinyatakan dalam jadual polisi.

Seksyen B
Liabiliti Kepada Pihak Ketiga
1.

Insurer akan membayar gantirugi


menyeluruh kepada insured jika berlaku
kemalangan yang disebabkan oleh
atau akibat penggunaan kenderaannya
(termasuk kos dan perbelanjaan pihak
yang menuntut) untuk:-

a.

kematian atau kecederaan anggota


badan mana-mana individu, kecuali
kematian atau kecederaan yang dialami
adalah disebabkan;

individu berkenaan melakukan


pekerjaan untuk insured;

ahli keluarga pemegang polisi yang


turut serta dalam kenderaan berkenaan,
kecuali individu tersebut dibawa
bersama kerana melaksanakan suatu
kontrak pekerjaan;

penumpang yang membayar tambang

b.

kerosakan
kepada
harta
akibat
kemalangan
yang
melibatkan
penggunaan
kenderaan
insured,
kecuali

Pengecualian kepada Seksyen A


Insurer tidak akan menanggung liabiliti atas:a.

kerugian turutan atas apa bentuk


sekalipun;

b.

hilang kemudahan untuk menggunakan


kenderaan;

c.

d.

e.

susut nilai, haus dan lusuh, karat,


kerosakan mekanikal atau elektrikal,
gagal berfungsi atau kenderaan rosak
kecuali pecah cermin hadapan atau
tingkap;
kerosakan kepada tayar kenderaan,
kecuali kenderaan tersebut juga rosak
pada masa yang sama;
sebarang kerugian atau kerosakan
akibat atau berkaitan dengan tindakan
penipuan/jenayah
pecah
amanah

283

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


-

harta yang dijaga atas amanah atau


dibawah kawalan insured; dan

harta tersebut adalah hak milik ahli


keluarga pemegang polisi.

Jumlah liabiliti insurer dibawah seksyen B1(a)


adalah tidak terhad, berbanding dengan
jumlah liabiliti insurer dibawah seksyen B1(b)
iaitu terhad kepada RM3 juta bagi sebarang
tuntutan atau siri tuntutan yang timbul dari satu
kejadian.
2.

Selain dari insured, pihak lain yang


dilindungi
dibawah
seksyen
termasuk:

b.

semua kos dan perbelanjaan guaman


yang tidak ditanggung atau boleh
diperolehi
semula
di
Malaysia,
Singapura dan Brunei.

Diskaun Tanpa Tuntutan


Seksyen ini menyatakan peratusan diskaun
yang ditawarkan ketika memperbaharui polisi
insurans, dengan syarat tiada tuntutan dibuat
sepanjang tempoh polisi. Diskaun yang
ditawarkan adalah antara 25% hingga 55%.

ini

Penghindaran Terma Tertentu dan Hak


Mendapatkan Kembali Bayaran

a.

mana-mana pemandu yang


dibenarkan, dengan syarat ia tidak
berhak untuk mendapat indemniti dari
lain-lain polisi; dan

b.

wakil peribadi (sekiranya insured dan


pemandu yang dibenarkan meninggal
dunia)

Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan


semua
pemandu
kenderaan
memiliki
perlindungan dari liabiliti kematian atau
kecederaan anggota badan pihak ketiga
disebabkan penggunaan kenderaan bermotor.
Sekiranya insured telah melakukan kesalahan
atau mengabaikan mana-mana terma sehingga
membatalkan polisi atau tuntutan, insurer
masih menanggung liabiliti seperti yang tercatat
dalam Akta. Apabila insurer membuat bayaran
pampasan dalam situasi yang sedemikian rupa,
insurer boleh menuntut kembali bayaran dari
insured.

Individu-individu berkenaan dianggap seolaholah ia adalah insured, perlu memenuhi dan


tertakluk kepada terma dan syarat polisi.
3.

Insured
boleh
meminta
insurer
mengaturkan dan membayar khidmat
guaman bagi membeli sebarang tuduhan
mengakibatkan kematian selain dari
membunuh. Amaun maksimum boleh
dibayar oleh insurer ialah RM2,000.

Begitu juga, sekiranya insurer diarahkan


untuk membuat bayaran pampasan selaras
dengan peruntukan perjanjian antara Menteri
Pengangkutan dan Biro Insurer Motor, insurer
boleh mendapatkan kembali bayaran dari
insured.

Pengecualian kepada Seksyen B


Pengecualian Am
Insurer tidak akan menanggung liabiliti untuk
membayar:
a.

sebarang tuntutan terhadap manamana individu dari mana-mana


negara di mahkamah di luar Malaysia,
Singapura dan Brunei;

a.

Sebarang kerugian, kerosakan atau


liabiliti yang timbul:
di luar kawasan geografi yang
ditetapkan;

284

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


sekiranya kenderaan dipandu oleh
individu yang tidak mempunyai lesen
memandu;

b.

sekiranya kenderaan dipandu oleh


seseorang tanpa kebenaran insured;

sekiranya kenderaan digunakan untuk


tujuan Jenayah;
sekiranya kenderaan sedang dipanduuji dalam persiapan menghadapi sukan
permotoran atau perlumbaan (selain
dari perlumbaan mencari harta karun),
termasuk (tidak terhad setakat ini
sahaja) ujian ketahanan, ujian mendaki
bukti dan reli;
sekiranya
kenderaan
ditinggalkan
tanpa penjagaan dan tidak mengambil
sebarang langkah pencegahan bagi
mengelakkan kerugian atau kerosakan
yang lebih serius berlaku atau kenderaan
dipandu dalam keadaan yang tidak
sepatutnya dipandu sebelum dibaiki
atau sebelum kerosakan kenderaan
menjadi lebih teruk;
akibat banjir, taufan, ribut, putting
beliung, letusan gunung berapi, gempa
bumi, tanah runtuh, pergerakan tanah
atau lain-lain bencana semula jadi.
Sebarang kerugian, kerosakan atau
liabiliti yang timbul disebabkan secara
langsung atau tidak langsung;
pencerobohan, peperangan, tindakan
keganasan anasir luar;

pemberontakan,
penderhakaan,
revolusi, penentangan, rampasan kuasa
tentera.

c.

Liabiliti yang timbul dari perjanjian yang


dibuat oleh insured. Tanpa perjanjian
ini, tidak akan timbul liabiliti.

d.

Risiko nuklear

sekiranya kenderaan digunakan untuk


tujuan selain dari apa yang dinyatakan
dalam batasan penggunaan;
sekiranya kenderaan dipandu oleh
pemandu dibawah pengaruh alkohol
atau dadah sehingga menyebabkan
hilang kawalan pemanduan;

rusuhan, mogok, huru-hara awam;

Syarat-syarat
1.

Tanggungjawab Memberitahu

Insured perlu memberitahu dengan tepat


dan benar akan semua fakta yang ia ketahui
atau sepatutnya diketahui. Insured juga perlu
mengetahui dan mematuhi segala Terma,
Syarat, Endorsemen, Fasal atau Waranti polisi.
2.

Kemalangan dan Prosedur Tuntutan

a.

Sekiranya berlaku sebarang kejadian


yang mungkin boleh menimbulkan suatu
tuntutan, insured hendaklah dengan
segera memberi keterangan lengkap
secara bertulis kepada insurer.

b.

Sekiranya kenderaan insured terlibat


dalam kemalangan yang membabitkan
kenderaan pihak ketiga, insured boleh
mengemukakan tuntutan membaiki
kerosakan kepada pihak insurer.
Kelayakan NCD insured tidak terjejas
sekiranya pihak insurer memutuskan
insured tidak bersalah. Penentuan
samada insured bersalah atau tidak
adalah bergantung kepada budi bicara
insurer. Tuntutan adalah dengan
syarat iaitu kenderaan pihak ketiga
mempunyai perlindungan insurans,
dapat dikenalpasti dan/atau kenderaan
tidak digunakan untuk membawa
penumpang bagi mendapatkan upah/
ganjaran (contohnya teksi, kereta sewa,
bas awam, bas ekspress, bas sekolah,
285

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


bas kilang dan sebagainya), kenderaan
tidak diinsuranskan dengan insurer
di luar Malaysia dan kemalangan
tidak melibatkan tuntutan kecederaan
anggota badan.
c.

Semua
kemalangan
hendaklah
dilaporkan kepada pihak polis, seperti
yang dikehendaki oleh undang-undang.

d.

Semua
urusan
surat
menyurat,
tuntutan, writ saman dan proses
perundangan yang diterima oleh
insured hendaklah diberitahu atau
dimajukan kepada pihak insurer dengan
segera. Insurer juga perlu diberitahu
sebaik sahaja insured mendapat tahu
tentang sebarang tindakan undangundang yang akan diambil atau apaapa siasatan mengenai kemalangan
melibatkan kematian. Sekiranya ia
melibatkan kejadian kecurian atau
perbuatan jenayah yang mungkin boleh
menimbulkan tuntutan, insured perlu
melaporkannya kepada pihak polis
dengan segera dan bekerjasama dengan
insurer dalam usaha mengenalpasti/
menangkap mereka yang bersalah.

e.

Insured tidak boleh membuat sebarang


rundingan,
pengakuan
atau
penyangkalan sebarang tuntutan tanpa
persetujuan bertulis dari insurer.

f.

g.

h.

Insurer
mempunyai
budi
bicara
sepenuhnya
dalam
menjalankan
tindakan,
pembelaan
dan/atau
penyelesaian sebarang tuntutan.
Sebarang
kerja-kerja
pembaikan
kenderaan insured adalah tidak
dibenarkan tanpa mendapat persetujuan
bertulis dari insurer.
Sekiranya berlaku kemalangan yang
menimbulkan
tuntutan,
kenderaan
hendaklah dihantar ke bengkel yang
diluluskan oleh PIAM untuk dibaiki.

Kegagalan berbuat demikian akan


menyebabkan pengengkaran syarat
polisi dan insurer mempunyai hak untuk
menyangkal liabiliti di bawah Seksyen A
polisi insurans.
i.

Sekiranya berlaku kejadian yang


boleh menimbulkan tuntutan atau
siri tuntutan di bawah Seksyen B1(b)
polisi ini, insurer mungkin membayar
pampasan kepada insured amaun
penuh liabiliti, membatalkan tindakan
pembelaan dan penyelesaian atau
prosiding. Insurer kemudiannya tidak
akan bertanggungjawab atas sebarang
kerugian yang didakwa ditanggung
oleh insured akibat dari tindakan atau
kecuaian yang didakwa dilakukan oleh
insurer berhubung dengan tindakan
pembelaan,
penyelesaian
atau
prosiding atau insurer tidak mengambil
sebarang tindakan. Insurer tidak
akan menanggung liabiliti kos atau
perbelanjaan yang ditanggung oleh
mana-mana pihak yang menuntut atau
mana-mana individu setelah insurer
melepaskan tanggungjawab/perlakuan
tersebut.

3.

Pembatalan

a.

Insured boleh membatalkan polisinya


pada bila-bila masa dengan memberi
insurer notis bertulis dan insured berhak
mendapat semula premium berdasarkan
kadar tempoh jangka pendek, dengan
syarat tiada sebarang tuntutan dibuat.

b.

Insurer boleh membatalkan polisi


dengan;

memberi notis 14 hari kepada insured,


dihantar secara pos berdaftar ke alamat
terakhir yang diketahui,

memulangkan premium pada kadar pro


rata (dengan syarat tiada sebarang
tuntutan dibuat dalam tempoh kuatkuasa
polisi).

286

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


c.

4.

Dalam tempoh 7 hari dari tarikh


pembatalan dibawah perenggan (a)
dan (b) di atas, insured hendaklah
menyerahkan sijil insurans kepada
insurer atau sekiranya sijil berkenaan
telah hilang atau rosak atau insurer tidak
menerima sijil berkenaan, insured perlu
mengemukakan perisytiharan statutori
kepada insurer.

b.

Insured telah mengambil semua


langkah-langkah
wajar
penjagaan
kenderaannya supaya ia sesuai untuk
digunakan di jalanraya.

c.

Insured telah mengambil semua


langkah-langkah wajar untuk menjaga
kenderaan
dari
kerosakan
atau
kecurian.

Polisi insurans lain

d.

Insured hendaklah memberi kebenaran


kepada insurer untuk memeriksa
kenderaan pada bila-bila masa yang
difikirkan wajar.

Insured hendaklah memberitahu insurer secara


bertulis sekiranya terdapat polisi-polisi lain yang
melindungi kenderaan yang sama. Jika terdapat
polisi lain, liabiliti insurer hanya pada bahagian
mengikut kadar atas sebarang kerugian,
kerosakan, kos atau perbelanjaan pampasan.
5.

Subrogasi

Insurer boleh mengambil alih dan bertindak


atas nama insured untuk mempertahankan
dan menyelesaikan sebarang tuntutan
atau pendakwaan, bagi faedah syarikat
untuk menuntut indemniti atau kerugian
atau
sebaliknya.
Insurer
mempunyai
budi bicara mutlak dalam menjalankan
atau menyelesaikan sebarang tuntutan,
sementara insured harus memberi segala
maklumat dan bantuan yang diperlukan
oleh insurer.
6.
Fasal Timbangtara

Fasal ini menerangkan prosedur timbangtara.
Ia juga menyatakan bahawa tuntutan yang telah
ditolak oleh insurer akan dianggap sebagai
batal dan tidak boleh dikaji semula sekiranya ia
tidak dirujuk untuk ditimbangtara dalam tempoh
satu tahun dari tarikh penolakan.
7.

Hal-hal Lain

Polisi ini hanya akan berkuatkuasa sekiranya;


a.

mana-mana individu yang memohon


perlindungan telah mematuhi semua
Terma, Syarat, Endorsemen, Fasal atau
Waranti.

Jadual
Butiran berikut ada dinyatakan dalam jadual
polisi;
1.

nama insurer

2.

nama, no kad pengenalan, alamat dan


pekerjaan insured

3.

tempoh perlindungan insurans

4.

Butiran mengenai kenderaan:


-

tarikh pendaftaran

buatan

jenis badan

nombor enjin

nombor casis

keupayaan enjin/isipadu kebuk

tahun diperbuat

jumlah tempat duduk, dan

nilai anggaran termasuk


aksesori

287

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


5.

perlindungan yang diberi

10.

had atau batasan penggunaan

6.

ekses yang dikenakan

11.

premium, dan

7.

kawasan geografi

12.

tarikh menandatangani cadangan dan


deklarasi

8.

perundangan
Penyaksian

9.

nama pemandu yang dibenarkan


Fasal ini mengikat insurer pada kontrak ini.

288

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 19

1.

Pengecualian dimasukkan ke dalam polisi atas sebab-sebab berikut, kecuali


a.
b.
c.
d.

2.

Pemberitahuan tentang tuntutan oleh insured dibawah polisi kebakaran mestilah


dibuat
a.
b.
c.

d.

3.

dengan segera
dengan segera dan secara bertulis
dengan segera dan kemudiannya diikuti dengan notis secara bertulis dalam
tempoh 15 hari
dengan segera dan kemudiannya diikuti dengan notis secara bertulis,
dengan menyertakan semua dokumen dan maklumat lanjut mengenai
tuntutan berkenaan

Individu berikut dilindungi dibawah polisi motor pihak ketiga:


a.
b.
c.
d.

4.

perlindungan boleh diberikan dibawah polisi lain yang lebih sesuai


risiko tidak boleh diinsuranskan
Insured tidak memerlukan perlindungan berkenaan
insurer memerlukan premium tambahan bagi menyediakan perlindungan
berkenaan

mana-mana pemandu
insured.
insured dan mana-mana pemandu yang dibenarkan
tiada berkenaan

Ayat atau frasa yang digunakan dalam fasal deklamasi polisi kebakaran tidak
ditetapkan oleh Tarif dan ia mungkin menyatakan perkara-perkara berikut, kecuali
a.
b.

c.

d.

insure telah membuat cadangan kepada insurer


borang cadangan dan perisytiharan akan menjadi asas kontrak antara
insured dan insurer
premium hendaklah dibayar sebelum risiko berkuatkuasa atau diterima oleh
insurer
insured telah membayar atau bersetuju untuk membayar premium pertama
seperti yang dinyatakan dalam jadual polisi sebagai balasan/pertimbangan

289

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


5.

Kegagalan untuk memberitahu insurer tentang polisi-polisi lain yang berkuatkuasa


atas harta yang sama, sebelum atau selepas menguatkuasakan polisi baru,
membolehkan insurer
a.
b.
c.
d.

6.

Komponen terakhir dalam dokumen polisi ialah


a.
b.
c.
d.

7.

jaket polisi .
jadual polisi
pengecualian
syarat-syarat

Item yang tidak dinyatakan dibawah fasal deklamasi polisi motor ialah
a.
b.
c.

d.

8.

membatalkan semua manfaat dibawah polisi berkenaan


membayar bahagian tuntutan yang berkaitan sahaja
meminta penjelasan bertulis dari insured
membayar hanya manfaat tertentu sahaja dan bukan amaun penuh jumlah
diinsuranskan

nota lindung hendaklah dibaca bersama dengan dokumen polisi


borang cadangan merupakan sebahagian dari asas kontrak
memberitahu tentang bayaran premium atau bersetuju untuk membayar
premium
insurer akan menyediakan keterangan lanjut mengenai perlindungan dalam
dokumen polisi

Yang manakah diantara berikut BUKAN pengecualian dibawah polisi motor


komprehensif standard?
a.

b.
c.

d.

kematian atau kecederaan anggota badan pemegang polisi disebabkan


kemalangan
liabiliti terhadap tuntutan dari penumpang kenderaan insured
kerosakan atau pecah cermin hadapan kenderaan insured disebabkan
kemalangan
kerosakan sendiri kenderaan insured disebabkan kemalangan

290

BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI


9.

Premium akan dianggap telah dibayar hanya apabila


a.

b.

c.

d.

10.

resit bercetak yang ditandatangani oleh pegawai syarikat atau ejen yang
dilantik oleh syarikat, diserahkan kepada insured
pemegang polisi mengemukakan kenyataan bertulis dan memberitahu
bahawa premium telah dibayar
pemegang polisi mengemukakan salinan cek bayaran premium kepada
insurer
pemegang polisi menyimpan salinan nota lindung

Polisi insurans kebakaran boleh diperluaskan untuk melindungi perkara berikut,


kecuali
a.
b.
c.
d.

upah atau gaji pekerja pemegang polisi


kos penggantian peralatan memadam kebakaran
perbelanjaan yang ditanggung untuk menyediakan dokumen tuntutan
caj khidmat bomba yang berusaha memadamkan kebakaran di premis
insured atau premis yang berhampiran dengannya

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

291

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

20.1 Intipati Perjanjian Antara



Syarikat bagi Urusniaga

Insurans Am
20.2 Komisen

Dalam bab ini kita akan meneliti aspek swaperaturan dalam industri insurans am di
Malaysia. Ia dibincangkan mengikut tajuk-tajuk
berikut:

20.3 Tunai Sebelum Lindung

20.4 Garis Panduan Amalan



Penyelesaian Tuntutan

Komisen

Tunai-Sebelum-Lindung

Asas Perjanjian Antara Syarikat dalam


Urusniaga Insurans Am

Garis panduan Amalan Penyelesaian


Tuntutan

20.1 ASAS PERJANJIAN ANTARA


SYARIKAT BAGI URUSNIAGA INSURANS
AM (ICAGIB)

Perjanjian Antara Syarikat bagi Urusniaga


Insurans Am dikuatkuasakan pada 24 April 1992.
Perjanjian ini menggantikan tiga Perjanjian
Antara Syarikat mengenai Tarif, Kebakaran dan
Agensi yang terdahulu.
Perjanjian ini, seperti perjanjian sebelum
ini, dibuat dikalangan semua ahli Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan objektif
untuk:

mendokong
dan
melindungi
kepentingan industri insurans am, untuk
manfaat bersama dikalangan semua
ahli PIAM dan orang ramai berkaitan
dengan perniagaan insurans am;
mengatur dan mengawal perlakuan
dan aktiviti setiap individu yang
menjalankan urusniaga insurans am di
Malaysia;
292

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN

mengawal tarif, komisen dan ganjaran


yang bersesuaian untuk perniagaan
insurans am.

g.

untuk menimbang dan meluluskan


rayuan pengecualian syarat dalam
Peraturan dan/atau Garis Panduan;

Bagi tujuan mengatur dan mengawal perlakuan


dan aktiviti semua ejen berdaftar dan untuk
memastikan ahli mematuhi peraturan yang
ditetapkan, sebuah Lembaga telah dilantik
oleh Jawatankuasa Pengurusan PIAM dengan
persetujuan dan penerimaan dari semua ahli
PIAM.

h.

untuk menimbang dan meluluskan


perlantikan atau penyingkiran pemegang
francais dalam Jadual Kedua.

Kuasa yang dimiliki oleh Lembaga ini antara


lain ialah:
a.

untuk menerima dan menimbangkan


permohonan pendaftaran mana-mana
pihak untuk menjadi ejen berdaftar
bagi mengendali, menjual, mengurus,
merunding
dan/atau mendapatkan
perniagaan insurans am bagi pihak
insurer;

b.

unuk mengeluarkan, memperbaharui


atau
melanjutkan
tempoh
Sijil
Pendaftaran kepada mereka yang
dibenarkan;

c.

untuk meluluskan dan mengesahkan


perlantikan mana-mana ejen korporat
yang dilantik oleh ejen berdaftar.

d.

untuk mengawasi dan mengawal


perlakuan dan aktiviti semua ejen
berdaftar dan memastikan ahli mematuhi
Peraturan dan/atau Garis panduan;

e.

untuk
mencadangkan
kepada
Jawatankuasa Pengurusan mengenai
perlantikan Pendaftar bagi mentadbir
urus fungsi tugas Lembaga;

f.

untuk memberitahu Jawatankuasa


Pengurusan
tentang
sebarang
pelanggaran
atau
kemungkinan
pelanggaran Peraturan dan/atau Garis
Panduan yang dilakukan atau mungkin
dilakukan oleh ejen berdaftar atau
mana-mana individu yang berkaitan;

Pelajar yang berminat boleh merujuk kepada


Artikel VII Perjanjian Antara Syarikat bagi
Perniagaan Insurans Am untuk mendapatkan
keterangan lanjut mengenai Kuasa Lembaga
Penguatkuasaan perjanjian ini dinyatakan
di bawah Artikel VII Perjanjian yang
memperuntukkan
antara
lain
tentang
pembentukan dan perlantikan Jawatankuasa
Bertindak Pemeriksaan. Jawatankuasa ini
diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan
dan penyiasatan terhadap perlakuan dan
aktiviti sebarang ahli PIAM mengikut kaedah
yang diperuntukkan dalam Perjanjian. Ini
termasuklah kuasa untuk memasuki premis ahli
dan memeriksa dokumen di premis berkenaan.
Artikel IX Perjanjian memperuntukkan prosedur
tindakan disiplin, denda/penalti dan rayuan. Ia
menyatakan bahawa sebarang pelanggaran
peruntukan Perjanjian dan/atau peraturan
akan
dikendalikan
oleh
Jawatankuasa
Pengurusan PIAM mengikut peruntukan Artikel
18 Perlembagaan Persatuan. Artikel dibawah
Perlembagaan memperuntukkan pembentukan
Jawatankuasa Disiplin oleh Jawatankuasa
Pengurusan. Apabila pelanggaran peruntukan
Perjanjian
telah
diakui
atau
apabila
Jawatankuasa Disiplin membuat keputusan
yang kesalahan telah dilakukan, penalti yang
bersesuaian (termasuk mengenakan denda) or
kedua-duanya sekali akan dikenakan.

20.1.1 Berurusan Dengan Ejen

Artikel IV Perjanjian memperuntukkan perkaraperkara berikut:

293

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Ejen yang dibenarkan

Apabila urusan yang melibatkan


pengantara, semua ahli PIAM hanya
dibenarkan
berurusan
dan/atau
menjalankan perniagaan insurans am
dengan ejen berdaftar atau broker: (Ejen
berdaftar hendaklah memiliki kelayakan
yang ditetapkan dan berdaftar dengan
Pendaftar PIAM)

Penggantungan Ejen Berdaftar


Ahli
PIAM
hendaklah
menggantung
dengan serta merta aktiviti perniagaan ejen
berdaftarnya yang didapati, oleh Lembaga
melalui siasatan yang sepatutnya, telah
melanggar Peraturan. Penggantungan tugas
ini hendaklah dikuatkuasakan sehingga
diberitahu oleh Lembaga.
Pembatalan Sijil Pendaftaran

Pembatasan Pembayaran

Komisen dalam bentuk apa sekali


pun tidak boleh dibayar kepada sesiapa
yang bukan ejen atau broker berdaftar
samada secara langsung atau tidak
langsung, yang mendapatkan, menjual,
menjalankan, mengendalikan atau
merundingkan sebarang perniagaan
insurans am.

Pematuhan kepada Peraturan


Semua ahli PIAM hendaklah memastikan agar
ejen-ejen berdaftar mereka mematuhi semua
peraturan pendaftaran dan peraturan ejen
insurans am seperti yang dinyatakan dibawah
Jadual Ketiga Perjanjian ICAGIB. (sila lihat
20.1.4)

Maklumat
Setiap ahli PIAM akan:

Skop Agensi

Ahli PIAM tidak boleh membenarkan


atau mengizinkan ejen-ejennya:

mengeluarkan atau melengkapkan


polisi insurans;

mengendalikan tinjauan atau


pemeriksaan kerugian atau membuat
penyelarasan kerugian;

menyelesaikan atau meluluskan


tuntutan insurans.

Ahli PIAM hendaklah menamatkan


perlantikan / perkhidmatan ejen
berdaftarnya dalam tempoh 30 hari dari
tarikh penerimaan notis dari Lembaga,
yang menyatakan sijil pendaftaran ejen
telah ditarik balik, dibatalkan atau tidak
diperbaharui oleh Lembaga.

menyimpan rekod dengan lengkap dan


mengemas kini rekod semua ejenejennya; termasuk ejen korporat
berserta pengarah, pemegang saham
dan penama korporat;
menyelenggara akaun dengan teratur
dan tepat bagi menunjukkan amaun
komisen yang dibayar oleh insurer
kepada ejen;
menyediakan
sebarang
maklumat
tentang ejen apabila diperlukan oleh
Lembaga

20.1.2 Tarif Motor

Artikel V Perjanjian ICAGIB menyediakan


peruntukan berikut:

294

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Tarif Motor Malaysia
Tarif Motor Malaysia digunakan untuk semua
kelas insurans kenderaan bermotor di Malaysia,
Singapura dan Brunei.
Tarif Motor ini menyediakan:
1.

2.

kadar premium yang dikenakan untuk


pelbagai kelas kenderaan bermotor
mengikut kegunaan kenderaan dan
bentuk perlindungan yang disediakan.
penggunaan ayat atau frasa yang
standard dan mudah difahami dalam
dokumen polisi, endorsemen dan
waranti

3.

dokumen contoh untuk Jadual Polisi,


Sijil Insurans dan Nota Lindung

4.

syarat-syarat dan peraturan am


mengenai pengendalian perniagaan
insurans motor di Malaysia.

Tiada sebarang perbezaan yang ketara


untuk kedua-dua pengunderaitan tersebut
kecuali kadar premium di Sabah & Sarawak
adalah lebih rendah. Secara tradisinya,
pengalaman tuntutan di Sabah & Sarawak
adalah lebih baik kerana jaringan sistem
perhubungan
jalanraya
dan
jumlah
kenderaan adalah kurang berbanding
dengan yang terdapat di Semenanjung.
Semua polisi yang memberi perlindungan risiko
motor di Malaysia yang dikeluarkan, diterima
dan dipersetujui oleh ahli PIAM hendaklah
mengenakan
sekurang-kurangnya
kadar
minimum premium seperti yang termaktub
dalam Tarif Motor Malaysia.
Tarif motor dibahagikan kepada 11 seksyen
iaitu:

Perjanjian Sama-Sama Melanggar


(knock-for-knock agreement)

Peraturan Am

Tarif motor seterusnya menyatakan bahawa:

Panduan Melengkapkan Jadual Polisi

a.

Panduan Melengkapkan Sijil

Tarif Kereta Persendirian

Tarif Kenderaan Perdagangan

Tarif Motosikal

Endorsemen

Waranti

b.

c.

Tarif motor hendaklah digunakan dalam


perniagaan insurans motor, kecuali
dinyatakan sebaliknya. Untuk kes yang
tiada tarif disediakan, permohonan
untuk mendapatkan tarif berkenaan
hendaklah dimajukan kepada PIAM.
Tarif tidak boleh digunakan untuk
kenderaan motor yang tidak dilesenkan
dan tidak digunakan di jalanraya.
Sebarang perlindungan untuk manamana kenderaan bermotor yang
menggunakan jalanraya tidak boleh
dilindungi melainkan perlindungan di
bawah polisi motor sahaja.

Terdapat
dua
segmen
dalam
tarif
motor iaitu Tarif untuk pengunderaitan
risiko di Semenanjung dan Tarif untuk
pengunderaitan risiko di Sabah & Sarawak.

Undang-undang dan peraturan di bawah


Tarif Motor Malaysia meliputi perkara-perkara
berkaitan dengan:

Perniagaan yang tidak ditawarkan


Bentuk polisi (termasuk Endorsemen,
Fasal dan Waranti)

295

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN

Perlindungan yang ditawarkan

Nilai kenderaan

Semua Risiko Peralatan

Tempoh perlindungan

Kadar premium tempoh jangka pendek

Polisi insurans yang melibatkan kenderaan


bermotor yang dilesenkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan untuk kegunaan di atas
jalanraya hendaklah ditetapkan kadarnya dan
mematuhi sepenuhnya Tarif Motor Malaysia.

Premium bayaran, pengiraan,


pengurangan dan premium
ditunjukkan dalam polisi

yang

Pertukaran atau kenderaan tambahan


Menukar kepentingan polisi dan yuran
perpindahan
Pembatalan polisi (termasuk manfaat
tambahan)

Nota lindung
Sijil insurans salinan asal,
pemulangan, pembatalan dan pendua

Diskaun tanpa tuntutan

Pengkadaran fleet

20.1.3 Tarif Kebakaran

Artikel
VI
Perjanjian Antara
Syarikat
bagi Perniagaan Insurans Am (ICAGIB)
memperuntukkan perkara-perkara berikut:
Pindaan Tarif Kebakaran

Ahli PIAM, ejen atau broker insurans tidak


dibenarkan menawarkan kepada mana-mana
insured atau pemegang polisi, sebarang
diskaun atau potongan harga atau apa-apa
sahaja dari komisen yang dibayar atau akan
dibayar atau sebahagian daripadanya dibawah
polisi insurans motor

Pemberitahuan awam mengenai polisi


Akta

Larangan Memberi Potongan Harga atau


Diskaun

Sewa beli

Perlindungan yang dibenarkan dan


diskaun dibawah polisi Akta

Waranti kenderaan melebihi muatan

Polisi bersama (polisi dikeluarkan atas


nama bersama)

Kenderaan terbiar ditempat awam atau


di garaj persendirian

Mogok, rusuhan & huru-hara awam

Premium minimum

Semua polisi insurans yang melindungi risiko


hilang keuntungan, kebakaran dan risiko peril
seumpamanya di Malaysia; yang dikeluarkan,
diterima dan diiktiraf oleh ahli PIAM akan
dikenakan sekurang-kurangnya kadar minimum
yang ditetapkan dalam Tarif Kebakaran
(pindaan). Ahli juga dikehendaki mematuhi
peraturan dan undang-undang yang disediakan
di bawah Tarif kebakaran (pindaan).
Peraturan dan undang-undang dibawah Tarif
Kebakaran (pindaan) meliputi perkara berkaitan
penetapan kadar berikut:

penggunaan dan interpretasi tarif


polisi kebakaran, syarat dan maklumat
yang perlu ditunjukkan
296

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN

tanggungjawab syarikat

insurans semula

Pembatalan

Premium pemulangan, kadar


minimum dan ansuran

komisen/brokeraj/kos insurans
bersama

Waranti, fasal dan endorsemen

pemberitahuan kerugian

Polisi pakej atau gabungan

penyerahan ststistik

Polisi kebakaran kerugian turutan

polisi apungan

Polisi semua risiko

asas penyelesaian

peril khusus

pengubahan sementara

Insurans pokok

pembersihan runtuhan/puin

Simpanan sementara

Yuran arkitek, juruukur dan jurutera


perunding

Perenjis air bocor

Lain-lain isi kandungan

Tanah runtuh/menggelongsor

Modal tambahan

Pemegang gadaijanji/penerima caj

Tempoh insurans

Penguatkuasaan semula

Perisytiharan polisi

Bangunan dalam pembinaan

Duti setem

Kadar dan pengkadaran khas

Loji jana elektrik dan pemasangan

Insurans jangka pendek

Insurans dan perjanjian jangka panjang

Peruntukan tiada kebenaran memberi


diskaun kecuali seperti yang ditetapkan
dalam tarif berkaitan dengan peril
khusus

Pembinaan dan klasifikasi pekerjaan/


perdagangan

20.1.4 Peraturan Pendaftaran


Ejen Insurans Am (GIARR)

Peraturan pendaftaran dan pengawalan


ejen insurans am telah dikuatkuasakan
dibawah Jadual Ketiga ICAGIB. Peraturan
yang dinamakan Peraturan Pendaftaran
Ejen Insurans Am (General Insurance Agent
Registration Regulation GIARR) telah
dirangka dan rundingan bersama BNM bagi
menyediakan kaedah merekrut dan menyelia
aktiviti pengantara dengan tujuan mengatur,
membimbing
dan
mengawal
perlakuan
profesional pengantara, tugas dan aktiviti
harian agar dapat membentuk sekumpulan
pengantara yang berdedikasi dan berdisiplin
serta mempunyai standard profesionalisma
yang tinggi.
297

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Peruntukan dibawah Peraturan ini antara lain
meliputi:
I.

Takrifan agensi korporat

II.

Perlantikan Pendaftar Ejen Insurans


Am yang akan mentadbir GIARR

III.

Penyelenggaraan satu daftar yang


mengandungi nama, alamat dan lainlain butiran yang ditetapkan bagi individu
yang didaftarkan dibawah GIARR

IV.

Prosedur permohonan pendaftaran


sebagai ejen insurans am

V.

VI.

VII.

Keperluan bagi semua pemohon


untuk memiliki kelayakan peperiksaan
seperti Peperiksaan Pra Kontrak untuk
Ejen-Ejen Insurans yang dikendalikan
oleh Malaysia Insurance Institute (MII)
Pemberitahuan
dan
pembatasan
bagi lain-lain keperluan permohonan
untuk
didaftarkan
sebagai
ejen
termasuk larangan dimana seseorang
ejen insurans atau sebarang individu
yang digaji atau terlibat dengan
agensi korporat tidak boleh menjadi
pekerja, pengarah, pemegang saham,
pemegang debentur atau mempunyai
kepentingan dalam syarikat insurans,
firma broker dan/atau firma penyelaras
kerugian, tanpa mendapat kebenaran
bertulis terlebih dahulu dari Lembaga
yang dilantik dibawah ICAGIB. Larangan
ini tidak dikenakan jika saham syarikat
disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pembatalan
atau
penggantungan
pendaftaran
atau
penolakkan
pendaftaran oleh Lembaga bagi
seseorang yang memohon untuk
didaftarkan atau yang telah berdaftar
dalam buku Daftar, adalah mereka yang
didapati:





VIII.

Tidak siuman
Telah dihukum atas jenayah
penyalahgunaan kuasa/wang, pecah
amanah, menipu, memalsu atau
cubaan untuk melakukan jenayah
seumpamanya
Telah dihukum atas kesalahan menipu,
tidak amanah atau salah nyata yang
dilakukan oleh mana-mana ahli PIAM
atau terhadap sesiapa yang mempunyai
hubungan rasmi dengan mana-mana
ahli PIAM
Telah diisytiharkan muflis atau tidak
mampu membayar hutang
Mempunyai
hutang
premium
bertunggak atau lain-lain tanggungan
kewangan dengan lain-lain insurer yang
ia pernah mempunyai perjanjian agensi
pendaftarannya dengan PIAM pernah
ditamatkan
tertakluk
kepada
pembatasan
kepentingan lain yang dinyatakan dalam
(vi) di atas
membuat pendaftaran palsu atau
memberi kenyataan yang tidak benar
tidak mempunyai perjanjian agensi
dengan sebarang syarikat insurans am
atau syarikat yang didakwa diwakilinya.
Pematuhan kepada penguatkuasaan
Tunai-Sebelum-Lindung
(Peraturan
CBC) yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia, oleh mana-mana
ejen termasuk lain-lain syarat yang
dikehendaki oleh BNM bagi tindakan
Penggantungan atau pembatalan Sijil
Pendaftaran yang dikeluarkan kepada
ejen.

298

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


IX.

Pengeluaran sijil pendaftaran yang sah


untuk tempoh dua tahun (kecuali
dibatalkan lebih awal) kepada seseorang
yang berdaftar dalam buku pendaftaran

X.

Mempamerkan sijil pendaftaran oleh


ejen insurans pada setiap masa
dipremis perniagaannya dan disetiap
pejabat cawangan sijil pendaftaran
bagi cawangan tersebut

XI.

Syarat dan keperluan yang perlu


dipatuhi setiap masa oleh ejen insurans
ialah memastikan agar setiap pejabat
cawangan mempunyai:

XII.

premis pejabat yang sempurna untuk


menjalankan perniagaan insurans am
lesen yang sah diperolehi dari pihak
berkuasa tempatan untuk menjalankan
operasi perniagaan tersebut

Fungsi tugas yang perlu dilaksanakan


oleh ejen insurans am berdaftar. Setiap
ejen insurans am dikehendaki mencari
dan mendapatkan perniagaan baru
insurans am, seperti yang disyaratkan
dalam perlantikannya sebagai ejen dan
akan berusaha untuk mengekalkan
pencapaian perniagaannya.

Dalam usaha mendapatkan perniagaan baru,


ejen hendaklah:

membuat pertanyaan dan penyelidikan


yang sewajarnya tentang risiko dan
memberitahu
prinsipalnya
tentang
sebarang
keadaan
yang
akan
mempengaruhi risiko yang diunderait
mengambil langkah-langkah wajar
untuk memastikan borang cadangan
diisi sepenuhnya dengan lengkap dan
tepat oleh setiap pencadang

Dalam usaha untuk menerapkan dan


meningkatkan tahap profesionalisma serta
tanggungjawab dikalangan ejen, setiap ejen
insurans am perlu:
a.

memastikan agensinya menghasilkan


perniagaan
insurans
am
yang
mencukupi (samada perniagaan baru
atau pembaharuan) dengan jumlah
kutipan premium kasar sekurangkurangnya
RM20,000
(Keperluan
Minimum Pengekalan jawatan);

b.

Keperluan
Minimum
Pengekalan
Jawatan hendaklah dicapai sekurangkurangnya samada pada tahun pertama
atau tahun kedua dalam tempoh 2
tahun tempoh sah sijil pendaftaran.
Dalam usaha untuk mencapai keperluan
minimum pengekalan jawatan, ejen tidak
boleh mengambilkira amaun kumulatif
premium kasar yang telah diterima
dalam tempoh sah sijil pendaftarannya;

c.

Keperluan
Minimum
Pengekalan
Jawatan perlu dipatuhi oleh semua
ejen berdaftar atau mereka yang Sijil
Pendaftarannya telah diperbaharui
selepas pindaan terhadap GIARR untuk
memasukkan
Keperluan
Minimum
Pengekalan Jawatan;

papan tanda perniagaan yang sesuai


bagi memaparkan nama ejen dan
syarikat yang diwakilinya
sekurang-kurangnya seorang pekerja
berkelayakan yang memiliki sijil
peperiksaan yang diiktiraf seperti
sijil PCE yang dikeluarkan oleh MII,
ditempatkan di pejabat cawangan
untuk mengendalikan urusan harian
perniagaan insurans am cawangan
berkenaan

mengambil kira keperluan pelanggan


terhadap produk insurans am dan
kemampuannya
untuk
membayar
premium

299

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


d.

Mana-mana ejen yang gagal memenuhi


keperluan
minimum
pengekalan
jawatan tidak berhak diperbaharui sijil
pendaftarannya atau memohon untuk
didaftarkan sebagai ejen untuk tempoh
12 bulan.

Untuk
mengekalkan
perniagaan
yang
telah diperolehi, ejen hendaklah berusaha
meneruskan hubungan baik dengan pelanggan
yang telah menjadi pemegang polisi melaluinya.
Ejen digalakkan memberi khidmat sewajarnya
kepada pihak yang membuat tuntutan dengan
cara membantu mereka melengkapkan borang
tuntutan, disamping mematuhi syarat-syarat
yang ditetapkan berkaitan dengan penyelesaian
tuntutan. Walau bagaimanapun, ejen insurans
tidak dibenarkan menjalankan tugas berkaitan
dengan penyiasatan kerugian, menyelaras
kerugian, menyelesai atau meluluskan
sebarang tuntutan insurans.
XIII.

a.

Perlakuan seseorang ejen insurans


am hendaklah berpandukan kepada
Kod Amalan Perniagaan Insurans
Am untuk Semua Pengantara Selain
Dari Broker Insurans Berdaftar, yang
disertakan dalam sebagai lampiran III
ICAGIB (lihat 20.1.5 dalam bab ini).
Suatu ikrar perisytiharan pematuhan
kod perlu ditandatangani oleh semua
ejen insurans am yang berdaftar. Broker
insurans di Malaysia dikecualikan dari
kod ini kerana mereka telah secara
khususnya dikawal oleh Kod Etika
dan Perlakuan yang dikeluarkan oleh
Persatuan Broker Insurans Malaysia.
Sebagai tambahan kepada Kod Amalan
Perniagaan Insurans Am untuk Semua
Pengantara kecuali Broker Insurans
Berdaftar, ejen insurans :
tidak dibenarkan membuat, mengeluar
atau menyebabkan berlaku atau
mengeluarkan sebarang kenyataan
perbandingan secara bertulis atau
lisan
yang
menyalahnyatakan
atau menyeleweng, tidak adil atau

perbandingan berat sebelah berkaitan


dengan syarat, tempoh dan faedah
sebarang polisi;
b.

tidak boleh menghalang mana-mana


individu
untuk
menguatkuasakan
insurans
dengan
memberitahu
fakta matan kepada insurer atau
mempengaruhi individu berkenaan
supaya tidak memberitahu fakta
berkenaan;

c.

tidak boleh mempengaruhi seseorang


menguatkuasakan insurans dengan
membuat salah nyataan kepada insurer
am berkaitan dengan fakta matan;

d.

tidak boleh pada bila-bila masa


mewakili lebih dari dua insurer am;

e.

tidak boleh melantik mana-mana


individu untuk mendapatkan perniagaan
insurans bagi pihaknya dan tidak
boleh membayar apa-apa komisen
kepada individu berkenaan atau lainlain imbuhan yang berkaitan dengan
urusniaga tersebut. Larangan ini tidak
melibatkan agensi korporat yang
melantik pekerja sepenuh masa bagi
mendapatkan perniagaan insurans;

f.

hendaklah mematuhi semua terma dan


syarat yang ditetapkan dibawah ICAGIB
yang dibuat diantara dan dikalangan
ahli-ahli PIAM (yang dipinda dan
mungkin akan dipinda dari masa ke
semasa) serta semua undang-undang
dan peraturan yang dikeluarkan dan:

menghendaki ejen menjaga tingkah


laku secara wajar dan bersesuaian
dalam keadaan yang memerlukan ia
berbuat demikian;
menghendaki prinsipal kepada ejen
berkenaan memastikan yang ejen
tersebut memelihara tingkah lakunya
agar bersesuaian dengan keadaan yang
memerlukan ia berbuat demikian.
300

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


XIV.

Bayaran Premium atau Wang yang


Dikutip Bagi Pihak Prinsipal:

a.

hendaklah diserahkan terus kepada


prinsipal
(insurernya)
atau
mendepositkan ke dalam akaun bank
atas nama prinsipal, akan semua
premium dan wang yang dikutip bagi
pihak prinsipal.

b.1.

Ejen perlu memastikan perkara-perkara


berikut:

aa.

Tunai-Sebelum-Lindung dalam polisi


motor semua premium hendaklah
dikutip
sepenuhnya
sebelum
mula
menanggung
risiko,
dan
menyerahkannya kepada prinsipal
dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
kutipan premium atau tarikh kuatkuasa
polisi, yang mana terdahulu;

bb.

Tunai-Sebelum-Lindung
dalam
insurans kemalangan diri individu dan
insurans perjalanan individu, semua
premium hendaklah dikutip sepenuhnya
sebelum mula menanggung risiko, dan
menyerahkannya kepada prinsipal
dalam tempoh 15 hari kalendar dari
tarikh kutipan premium atau tarikh
kuatkuasa polisi, yang mana terdahulu;

cc.

Untuk lain-lain kelas perniagaan


dengan pengecualian pada polisi
marin kargo, marin kapal, bon,
semua risiko kontraktor dan semua
risiko pembinaan, ejen dibolehkan
menawarkan
kemudahan
kredit
kepada pelanggannya untuk tempoh
maksimum 60 hari dari tarikh
kuatkuasa polisi, dengan syarat
kemudahan
tersebut
diluluskan
secara bertulis oleh prinsipal. Semua
premium hendaklah dikutip dan
diserahkan kepada prinsipal dalam
tempoh 15 hari kalendar dari tarikh
kutipan premium.

b.2.


aa.

Lanjutan dari Garis Panduan Keperluan


CBC (pindaan) yang dikeluarkan oleh
PIAM dibawah Pekeliling Ahli No 187
2008 bertarikh 15 September 2008
(Garis Panduan Keperluan CBC), setiap
insurer dikehendaki:
mengawasi
pematuhan
ejen-ejen
terhadap keperluan tunai-sebelumlindung (motor) (Keperluan CBC).

bb.

mengawasi pematuhan Keperluan


CBC oleh ejen-ejennya melalui laporan
setiap tiga bulan (Laporan Suku
Tahunan) dalam tempoh masa 2
tahun kalendar (Tempoh). Dua
tahun pertama berkenaan adalah
bermula dari 1 Julai 2005 dan tamat
pada 31 Disember 2006. Pengawasan
pematuhan Keperluan CBC ini akan
bermula semula bagi setiap tempoh
berikutnya;

cc.

menghantar laporan kepada Lembaga


dalam tempoh 14 hari bagi setiap
Laporan Suku Tahunan (Laporan)
mengenai sebarang kes kegagalan
pematuhan Keperluan CBC oleh ejenejen.

dd.

memberitahu
Lembaga
mengenai
sebarang tindakan penggantungan
tugas ejen-ejen. Makluman ini hendaklah
dibuat secara bertulis (Pemberitahuan
Mengenai Tindakan Penggantungan)
kepada Lembaga dalam tempoh 14 hari
dari tarikh tamat tempoh laporan suku
tahunan.

ee.

menguatkuasakan
tindakan
menggantung
tugas
ejen
yang
dimaksudkan,
dari
menjalankan
sebarang aktiviti perniagaan melibatkan
Keperluan CBC untuk tempoh 6 bulan
(Penggantungan) dimana tarikh
penggantungan bermula 14 hari dari
tarikh pengeluaran Notis Tindakan
Penggantungan.
301

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


ff.

memutuskan atau menamatkan dengan


serta merta hubungan ekses komputer
bagi menghalang ejen berkenaan dari
menjalankan sebarang perniagaan
CBC.

b.3.

Tindakan Penggantungan mengikut


Garis Panduan Keperluan CBC dan
peraturan penggantungan ialah:

aa.

sekiranya ejen yang mempunyai satu


(1) prinsipal dan didapati bersalah
kerana tidak mematuhi keperluan CBC
sebanyak tiga (3) kali Laporan Suku
Tahunan (samada secara berturutturut atau sebaliknya) dalam tempoh
tersebut.

bb.

sekiranya ejen yang mempunyai dua


(2) prinsipal dan didapati bersalah
kerana tidak mematuhi keperluan CBC
sebanyak tiga (3) kali Laporan Suku
Tahunan (samada secara berturutturut atau sebaliknya) dalam tempoh
perkhidmatan dengan salah satu atau
kedua-dua prinsipal.

b.4.

Lembaga hendaklah diberitahu dan


menghendaki lain-lain prinsipal yang
ejen tersebut menjalani hukuman
gantung tugas, agar mengambil
tindakan penggantungan dalam tempoh
14 hari dari tarikh notis dikeluarkan oleh
Lembaga.

b.5.

Apabila ejen telah digantung tugas,


ejen berkenaan tidak dibenarkan dilantik
oleh prinsipal lain (sekiranya ejen terikat
dengan satu prinsipal sahaja) dan/
atau bertukar prinsipal dalam tempoh
penggantungannya.

b.6.

Apabila tamat tempoh penggantungan


dan berdasarkan Laporan Suku Tahunan
didapati ejen berkenaan sekali lagi
melakukan kesalahan di bawah manamana prinsipal kerana tidak mematuhi
Keperluan CBC, Lembaga hendaklah

membatalkan sijil pendaftaran yang


dikeluarkan
olehnya.
Pembatalan
sijil pendaftaran berkenaan adalah
muktamad dan mengikat ejen tersebut.
Ejen juga dilarang menjalankan apa-apa
perniagaan insurans am dalam tempoh
dua belas (12) bulan.
b.7.

Laporan
dan
Notis
Tindakan
Penggantungan yang telah dikeluarkan
mengikut ketetapan Garis Panduan
Keperluan CBC hendaklah dianggap
sebagai muktamad dan tidak boleh
dipertikaikan oleh Lembaga.

b.8.

Keperluan peraturan 9(iii), 19, 20 dan


21 di bawah peraturan ini tidak
boleh digunapakai untuk perkaraperkara yang diperuntukkan dalam
Peraturan termasuk menggunakan
kuasa Lembaga yang dianugerahkan
dibawah Peraturan ini. Syarat-syarat
yang dinyatakan dalam Garis Panduan
Keperluan CBC hendaklah digunakan
bagi tujuan menjalankan Peraturan ini.

XIVI. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005,


semua pengamal dikalangan tenaga
agensi insurans am mestilah mematuhi
Garis Panduan Program Pembangunan
Profesional
yang
Berterusan
(Continuing Professional Development
Program CPD).
Objektif program CPD ini ialah untuk
meningkatkan
tahap
kecekapan
dan profesionalisma anggota agensi
insurans am. Program CPD dijadikan
panduan untuk mengenalpasti apakah
program latihan yang perlu dijalani oleh
anggota agensi demi mengekal dan
meningkatkan kemahiran, memastikan
anggota agensi dapat menguasai dan
mengatasi cabaran pembangunan
masakini serta berupaya memenuhi
permintaan dalam industri perkhidmatan
kewangan

302

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Terdapat 4 Seksyen dalam program CPD iaitu:

v.

Pelbagai

Seksyen 1

vi.

Motor

Keperluan Minimum Tempoh Latihan CPD

Subjek bukan Teknikal

i.

Penjualan & Pemasaran

ii.

Komputer

iii.

Pengurusan Sumber Manusia

iv.

Pembangunan Diri

v.

Pengetahuan Am

Seminar/Kongres/Persidangan

Semua ejen berdaftar diwajibkan mengikuti


latihan memenuhi keperluan minimum 20 jam /
latihan program CPD setiap tahun.

Seksyen 2
CPD Skop Pembelajaran
Sejumlah mata kredit akan diperolehi samada
melalui kedatangan ke program latihan atau
melalui penilaian kerja seperti tugasan, ujian
penilaian, peperiksaan dan sebagainya.
Inisiatif latihan adalah lebih menitikberatkan
program
berasaskan
kemahiran
dan
pengetahuan, sementara itu program bercorak
motivasi sepenuhnya tidak digalakkan.
Pembahagian masa 20 jam/latihan CPD yang
diperuntukkan kepada pelbagai kursus formal
dan tidak formal adalah seperti berikut:
I.

Latihan Teknikal - minimum 60%


(12 jam)

II.

Latihan bukan Teknikal - minimum


40% (8 jam)

Program latihan yang


dikategorikan kepada;

Subjek Teknikal

i.

Harta/Kejuruteraan

ii.

Liabiliti

diluluskan

iii.

Marin

iv.

Penjagaan Kesihatan/Perubatan

Seminar/kongres/persidangan tidak boleh


melebihi 20% dari jumlah masa CPD pada
tahun berkenaan.
Senarai
Pengendali
Diluluskan

Latihan

Yang

Jam kredit CPD akan diberikan kepada ejen


yang menghadiri seminar/ kongres/kuliah/
persidangan/bimbingan yang dikendalikan oleh
pembekal, pengendali atau syarikat insurans
yang disenaraikan di bawah:
i.

Kursus-kursus yang diluluskan yang


dikendalikan
oleh
pembekal
perkhidmatan
industri
pendidikan
seperti MII, CII, AII dan lain-lain badan
berkaitan insurans am

ii.

Kulian Tahunan anjuran MII

iii.

Konvensyen Tahunan Agensi Insurans


Am, Kongres Kecemerlangan Peringkat
Kebangsaan, Konvensyen dan Kongres
anjuran Insurer.

iv.

Kursus/latihan in-house berkaitan


produk baru yang dilancarkan oleh
insurer.

boleh

303

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


v.

Kursus teknikal yang ditawarkan oleh


institusi berkaitan seperti Lembaga Hasil
Dalam Negeri, Persatuan Aktuari, MIA,
ACCA, ICMA, MICPA dan sebagainya.

vi.

Ejen yang dibimbing oleh pihak insurer.

Seksyen 3
Jam Kredit dan Akreditasi

Pemberian mata kredit adalah tertakluk kepada


syarat-syarat berikut:

Mata kredit CPD hanya diberi sekali


sahaja untuk program latihan yang
sama, iaitu setiap individu akan
memperolehi kredit dari program yang
sama hanya sekali bagi setiap kontrak
agensi.
Mata kredit yang diberikan melalui
prinsipal
yang
pertama
boleh
dipindahkan ke prinsipal yang kedua,
dimana ejen berkenaan telah berdaftar
dengan PIAM.

Mata kredit tambahan yang diperolehi


pada tahun berkenaan tidak boleh
dibawa ke tahun berikutnya.

Seksyen 4
Pematuhan
Setiap insurer adalah bertanggungjawab
mengawasi
pematuhan,
mengikuti
perkembangan dan merekodkan semua
keperluan CPD ejen-ejennya dan menghantar
laporan tahunan melalui borang yang telah
ditetapkan ke Lembaga agensi PIAM

304

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Dalam situasi dimana ejen mempunyai dua
prinsipal, adalah menjadi tanggungjawab
kedua-dua prinsipal untuk memastikan ejennya
mematuhi keperluan CPD.

Penalti
Berikut adalah bentuk penalti yang akan
dikenakan keatas ejen insurans am yang tidak
memenuhi keperluan 20 jam kredit program
latihan CPD:-

Kesalahan pertama : Surat amaran


akan dikeluarkan oleh insurer kepada
ejen

a.

Pengantara yang menjadi sasaran


aduan pemegang polisi hendaklah
memberi
kerjasama
sepenuhnya
dengan
syarikat
insurans
bagi
mendapatkan
fakta-fakta
yang
berkaitan. Pengantara juga perlu
memberitahu pemegang polisi akan
haknya untuk membawa perkara
tersebut terus ke pengetahuan syarikat
insurans.
Prinsip am penjualan yang
dinyatakan di bawah hendaklah
dipatuhi oleh semua pengantara:

Pengantara hendaklah:-
Kesalahan
berikutnya
:
Surat
penggantungan akan dikeluarkan oleh
insurer kepada ejen (bermula pada
tahun 2006) dan ejen juga dikehendaki
menampung kekurangan 20 jam kredit
CPD pada tahun berikutnya.

Seksyen 4 juga melindungi:


Tindakan meminta keterangan (inquiry)
dan tindakan disiplin mungkin akan diambil
oleh Lembaga untuk kes-kes yang melibatkan
pelanggaran Peraturan Pendaftaran Ejen
Insurans Am (GIARR), dan

i.

membuat panggilan temu janji terlebih


dahulu
sebelum
mengadakan
pertemuan, sekiranya bersesuaian.
Panggilan yang tidak dirancang mestilah
dibuat mengikut kesesuaian masa bakal
pemegang polisi;

ii.

ketika bersemuka dengan bakal


pemegang polisi, pengantara akan;

memperkenalkan dirinya,
memberitahu bakal pemegang polisi
bahawa
ia
ingin
mengadakan
perbincangan mengenai insurans

Kuasa
yang
dimiliki
oleh
Lembaga
untuk merangka peraturan bagi melaksanakan
matlamat dan tujuan GIARR.

20.1.5 Perniagaan Insurans Am Untuk


Semua Pengantara, Kecuali Broker
Insurans Berdaftar

iii.

memastikan sebaik mungkin bahawa


polisi yang dicadangkan adalah
bersesuaian dengan keperluan dan
kemampuan bakal pemegang polisi;

iv.

memberi nasihat hanya tentang hal-hal


insurans
yang
ia
benar-benar
mengetahuinya, dan mencadangkan
pakar rujuk lain untuk mendapatkan
nasihat, sekiranya perlu;

PIAM telah merangka perkara-perkara berikut


dibawah appendiks III ICAGIB:

adalah
menjadi
tanggungjawab
pengantara pada bila-bila masa untuk
menjalankan perniagaan dengan penuh
percaya mutlak dan kejujuran.

menerangkan kepada bakal pemegang


polisi tentang syarikat yang diwakilinya
dan menyatakan bahawa syarikat
berkenaan akan bertanggungjawab
atas semua tindakannya.

305

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


v.

menganggap semua maklumat yang


diberikan oleh bakal pemegang polisi
sebagai rahsia kepada dirinya dan
syarikat insurans

Pengantara tidak boleh:i.

ii.

iii.

iv.

v.

memberitahu bakal pemegang polisi


yang
namanya
telah
diperolehi
dari orang lain, kecuali ia sanggup
memberitahu nama individu tersebut
dan juga mendapat kebenaran individu
tersebut untuk berbuat demikian;
membuat sebarang kritikan yang tidak
tepat serta tidak munasabah tentang
insurer lain;
membuat perbandingan dengan lainlain polisi, kecuali menjelaskan tentang
perbezaan antara ciri-ciri setiap polisi;
melarang bakal pemegang polisi
daripada
memberi
fakta
matan
kepada syarikat
insurans atau
mempengaruhinya
supaya
tidak
berbuat demikian;
mempengaruhi bakal pemegang polisi
supaya melakukan salahnyata tentang
fakta matan kepada syarikat insurans.

iii.

menarik perhatian bakal pemegang


polisi tentang sebarang pembatasan
dan pengecualian yang terdapat dalam
polisi tersebut;

iv.

jika perlu, dapatkan nasihat pakar dari


syarikat insurans berhubung dengan
perkara i) dan ii) di atas;

v.

tidak mengenakan sebarang caj


tambahan selain premium yang
dikenakan oleh syarikat insurans,
kecuali ia boleh menjelaskan amaun
dan tujuan caj tersebut;

c.

Perkara berikut perlu diberi


perhatian ketika menyatakan
maklumat pengunderaitan:-

Ketika memperolehi borang cadangan yang


telah lengkap diisi atau menerima sebarang
maklumat, pengantara hendaklah
-

mengambil segala langkah yang perlu


untuk memastikan borang cadangan
telah dilengkapkan sepenuhnya dan
tepat oleh setiap bakal pemegang
polisi;

elakkan dari mempengaruhi bakal


pemegang polisi dan menjelaskan
bahawa
setiap
jawapan
atau
kenyataan yang diberi adalah menjadi
tanggungjawab bakal pemegang polisi;

memastikan bahawa bakal pemegang


polisi
faham
tentang
akibat
ketidaknyataan dan ketidaktepatan iaitu
dengan menarik perhatiannya kepada
kenyataan yang berkaitan dalam borang
cadangan dan menerangkan kenyataan
tersebut kepada bakal pemegang polisi;
dan

membuat
penyelidikan
dan
mendapatkan
keterangan
yang
sewajarnya
tentang
risiko
dan
memberitahu
prinsipal
tentang

Faktor yang perlu diberi perhatian apabila


menerangkan tentang kontrak
b.

Faktor-faktor berikut mestilah berada


dalam pengetahuan pengantara
ketika
menerangkan
tentang
kontrak:-

Pengantara akan;
i.

memperkenalkan syarikat insuransnya;

ii.

menerangkan
semua
peruntukan
perlindungan asas yang ditawarkan
oleh polisi yang dicadangkan supaya
bakal pemegang polisi memahami
dengan sebaik mungkin tentang apa
yang dibelinya;

306

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


sebarang kemudaratan pada risiko
yang akan diunderait.
d.

Perkara yang berkaitan dengan


aspek akaun dan kewangan berikut
hendaklah dipatuhi:


g.

memberi perkhidmatan lepas jualan


dengan tujuan untuk mengekalkan
perniagaan yang telah diperolehi.
Berkaitan dengan tuntutan:

Pengantara hendaklah
Sekiranya pengantara dibenarkan mengutip
bayaran mengikut syarat dalam perjanjian
perlantikan agensi, pengantara hendaklah
-

menyediakan akaun yang tepat tentang


semua urusan kewangan yang dibuat
dengan pemegang polisi, iaitu mengenai
penyerahan wang kepada pengantara
yang berkaitan polisi insurans;

menyerahkan semua wang yang dikutip


dengan cara yang menepati kehendak
dalam perjanjian perlantikan agensi.

e.

Berkaitan dengan dokumentasi:

Pengantara tidak boleh menyembunyikan dari


pemegang polisi sebarang bukti bertulis atau
dokumen berkaitan dengan kontrak insurans
(termasuk endorsemen, diskaun, wang
yang patut dibayar kepada pemegang polisi
yang dibenarkan oleh syarikat insurans dan
sebagainya).
Berkaitan dengan pemegang polisi
sedia ada:

Pengantara hendaklah

selepas diberitahu oleh pemegang


polisi tentang kemalangan yang mungkin
mengakibatkan tuntutan,

memberitahu syarikat insurans dengan


segera (iaitu dalam tempoh tiga hari
bekerja);

memberitahu pemegang polisi dengan


segera tentang keperluan syarikat
insurans mengenai tuntutan, termasuk
peruntukan mendapatkan maklumat
yang diperlukan bagi mengenalpasti
keadaan dan tahap kerugian;

menyerahkan segala maklumat yang


diterima daripada pemegang polisi
kepada syarikat insurans dengan
segera

ii.

mengambil perhatian bahawa kod ini


secara jelas melarang pengantara
menjalankan fungsi tugas ajuster
kerugian atau penyelidik; menyelesaikan
atau meluluskan sebarang tuntutan
insurans.

mengakui penerimaan semua wang


yang
diserahkan
kepadanya
berkaitan dengan polisi insurans dan
mengasingkan
premium
daripada
lain-lain bayaran yang dibuat melalui
pembayaran berkenaan; dan

f.

i.

mematuhi prinsip yang dinyatakan


dalam Kod Perlakuan untuk Pengantara
Insurans dan mengakui bahawa ia
adalah penting dalam urusannya dengan
pemegang polisi sedia ada;

20.2 KOMISEN

Insurer yang cekap dan bertanggungjawab


adalah
insurer
yang
menjalankan
perniagaannya secara berhemah termasuk
melaksanakan kawalan Pengutipan premium,
perbelanjaan dan strategi pembangunan
perniagaannya.

307

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Garis Panduan Kawalan Kos Operasi
Perniagaan Insurans Am yang dikeluarkan oleh
BNM, disemak semula pada 31 Disember 1993,
antara lain menyatakan amaun maksimum
komisen kasar dan perbelanjaan berkaitan
agensi untuk kelas perniagaan yang dinyatakan
di bawah yang diunderait di Malaysia hendaklah
dihadkan kepada peratusan premium kasar
langsung seperti berikut:

menyatakan bahawa jika pelanggan berurusan


terus dengan insurer tanpa menggunakan
khidmat ejen atau broker, insurer dibenarkan
memberi diskaun premium tidak melebihi 15%.

Mengikut Seksyen 141 Akta Insurans 1996


mengenai penanggungan risiko, Bahagian XV
Peraturan 65 dalam Peraturan Insurans 1996
menyatakan bahawa perlindungan insurans
motor tidak boleh ditanggung oleh insurer
atau ejen insurans, kecuali premium untuk
polisi berkenaan telah dibayar (tunai sebelum
lindung);

MAT (Marin, penerbangan dan


Pengangkutan
15%

Motor

10%

Kebakaran

15%

Badan Kapal

15%

Kejuruteraan

15%

Bon

10%

Lain-lain kelas

25%

Had maksimum ini digunapakai bergantung


kepada merit setiap kes, bermula dari tarikh
mula perlindungan risiko. Bagi polisi pakej, had
maksimum yang dikenakan adalah mengikut
perlindungan yang mempunyai bahagian
premium terbesar.
Perjanjian Antara Syarikat bagi Perniagaan
Insurans
Am
(ICAGIB)
selanjutnya
memperuntukkan bahawa tiada diskaun atau
rebat yang akan diberikan kepada insured atau
pemegang polisi, yang diperolehi dari sebarang
komisen yang dibayar atau akan dibayar kepada
ejen dibawah polisi insurans motor (sila rujuk
Seksyen 20.1.2 - Larangan memberi potongan
harga atau diskaun).
Had komisen untuk kelas insurans kebakaran
dibawah Garis Panduan BNM telah diberi
penekanan dalam Tarif Kebakaran (pindaan)
yang menyatakan amaun maksimum komisen
boleh dibayar kepada ejen, ejen pengunderaitan
dan boker adalah 15%. Ia selanjutnya

20.3 TUNAI SEBELUM LINDUNG

kepada insurer atau ejennya, atau


diperolehi melalui jaminan bank tidak
boleh batal dan dibayar sebelum
penghujung bulan risiko diterima.
Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan jaminan bank akan
digunakan.

Peraturan 65 juga menyatakan jika premium


untuk polisi insurans motor melindungi
kenderaan komersil melebihi RM5,000, insurer
boleh menanggung risiko tersebut apabila
bayaran dibuat ke dalam akaun insurer atau
akaun ejen dengan amaun tidak kurang dari
30% daripada jumlah premium, dan bakinya
disahkan akan dibayar dalam tempoh 45 hari
dari tarikh mula menanggung risiko.
Bahagian XV Peraturan 66 memperuntukkan
bahawa seseorang ejen insurans yang
menerima bayaran premium polisi motor
akan menyerahkan amaun tersebut ke akaun
insurer dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
penanggungan risiko. Denda bagi pengengkaran
ialah RM500,000.

308

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


Sehubungan dengan itu, ejen perlu mempunyai
akaun bank atas nama prinsipal yang diwakilinya
dan akan mendepositkan kedalam akaun
tersebut semua premium dan/atau wang yang
dikutip bagi pihak prinsipalnya (amaun kasar
sebelum ditolak sebarang komisen).
Takrifan bayaran dibawah Bahagian XV
Peraturan Insurans 1996 telah diperluaskan
untuk memasukkan bayaran melalui kad kredit/
debit atau caj dan pindahan wang elektronik
sebagai bayaran premium insurans motor.
Peraturan terdahulu hanya menyediakan
bayaran secara tunai, cek, arahan wang atau
pos dan draf bank.Dalam kelas perniagaan lain
(pengecualian untuk polisi marin,kargo, badan
kapal, bon, semua risiko kontraktor dan semua
risiko pembinaan), ejen boleh menawarkan
kemudahan kredit kepada pelanggannya
untuk tempoh maksimum enam puluh (60)
hari dari tarikh mula kuatkuasa polisi, dengan
syarat persetujuan bertulis dari prinsipal telah
diperolehi.
Ejen hendaklah memastikan agar semua cek
atau draf bank daripada insured dikeluarkan
atas nama prinsipalnya. Dalam kes insurans
bersama, sebarang cek atau draf bank daripada
insured hendaklah dikeluarkan atas nama
prinsipal yang utama.

20.4 GARIS PANDUAN AMALAN


PENYELESAIAN TUNTUTAN

Insurer yang cekap dan bertanggungjawab


adalah
insurer
yang
menjalankan
perniagaannya secara adil dan ini
termasuk membayar tuntutan dengan
saksama dan tepat pada waktunya.
Jika khidmat dan bayaran tuntutan
dilengahkan
atau
tertangguh
tanpa
sebab
yang
munasabah,
pemegang
polisi akan hilang keyakinan pada insurer
dan industri insurans keseluruhannya.
Berdasarkan dari pertimbangan tersebut,
BNM telah mengeluarkan garis Panduan
Amalan Penyelesaian Tuntutan yang

dikuatkuasakan pada Februari 1995, yang


meletakkan prinsip asas pemprosesan
tuntutan yang perlu diamalkan dalam
industri insurans. Garis panduan ini adalah
standard minimum yang ditetapkan bagi
pengendalian tuntutan insurans am dan
ia tidak membataskan atau menggantikan
keputusan terbaik insurer yang bertujuan
mengekalkan
hubungan
baik
dan
kepercayaan pelanggan.
Garis panduan ini dibahagikan kepada dua
bahagian: Bahagia I menangani tuntutan
selain dari tuntutan insurans motor, sementara
Bahagian II meliputi tuntutan insurans motor.
Garis panduan ini juga memperuntukkan bagi
menyelenggara buku daftar dan fail tuntutan
yang mesti sentiasa lengkap dan kemaskini,
dengan sekurang-kurangnya mengandungi
maklumat yang wajib untuk setiap tuntutan.
Bahagian I (tuntutan selain daripada
insurans motor), antara lain garis panduan
ini menangani:
i.

Prosedur tuntutan

pemberitahuan tuntutan

pengesahan fakta

penilaian tuntutan

penyelesaian

pembayaran tuntutan

ii.

Memberitahu fakta matan

Bahagian II (tuntutan insurans motor) antara


lain garis panduan ini menangani:
i.

Tuntutan kerosakan sendiri

pemberitahuan tuntutan

penilaian tuntutan

309

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN

penyelesaian


ii.

Tuntutan kerugian menyeluruh

iii.

Tuntutan kecurian
pemberitahuan

Tuntutan kerosakan harta

perjanjian langgar-sama-langgar
(knock-for knock)

fasal lebihan (excess)

penyelesaian

lewat/tiada laporan tuntutan kerosakan


harta pihak ketiga

iv.

Perjanjian subrogasi

kehilangan penggunaan

v.

Tuntutan pihak ketiga

Tuntutan kecederaan anggota badan

pemberitahuan tuntutan

penyiasatan tuntutan

pemprosesan penyelesaian

310

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 20

1.

Dibawah Perjanjian Antara Syarikat, ejen dibenarkan


a.
b.
c.
d.

2.

Apabila bersemuka dengan bakal pemegang polisi, ejen tidak boleh


a.

b.

c.

d.

3.

membuat kejutan terhadap bakal pemegang polisi dengan membuat


panggilan ketika pelanggan tidak bersedia
menjelaskan sepenuhnya peruntukan-peruntukan penting mengenai
perlindungan
menarik perhatian pelanggan tentang mana-mana pembatasan dan
pengecualian
memperkenalkan insurer

Apabila diberitahu oleh pemegang polisi mengenai tuntutan, ejen tidak dibenarkan
a.
b.

c.

d.

4.

mengeluarkan atau melengkapkan polisi insurans


menyelesaikan dan meluluskan tuntutan
menjalankan tugas-tugas pemeriksaan kerugian
mengutip bayaran premium

memberitahu insurer mengenalinya


menyerahkan semua maklumat yang diterima dari pemegang polisi kepada
insurer
menilai kerugian dan memberitahu pemegang polisi mengenai amaun
penyelesaian
memberitahu pemegang polisi tentang maklumat dan dokumen yang
diperlukan dan mengemukakan tuntutan yang lengkap kepada insurer

JPI/GPI (pindaan) Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan tidak


membenarkan insurer menolak liabiliti tuntutan atas alasan
a.

b.
c.
d.

pengengkaran teknikal terhadap waranti atau syarat-syarat polisi yang tidak


berkaitan dengan kerugian
pengengkaran waranti yang boleh menjejaskan kepentingan insurer
pengengkaran waranti yang memberi kesan kepada amaun kerugian
salah nyata yang tidak disengajakan mengenai fakta matan

311

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


5.

6.

Objektif Program Pembangunan Profesional yang Berterusan ialah


i.

ii.
iii.


iv.

untuk meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisma anggota agensi


insurans am
untuk memastikan bilangan ejen dipasaran dihadkan
untuk dijadikan panduan dalam mengenalpasti apakah program latihan yang
perlu dijalani oleh anggota agensi demi mengekal dan meningkatkan
kemahiran
memastikan anggota agensi dapat menguasai dan mengatasi cabaran
pembangunan masakini serta berupaya memenuhi permintaan dalam
industri perkhidmatan kewangan

a.
b.
c.
d.

i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
kesemua di atas

Semua ejen-ejen yang berdaftar diwajibkan mengikuti latihan memenuhi keperluan


minimum
a.
b.
c.
d.

7.

20 jam latihan CPD tahunan


25 jam latihan CPD tahunan
20 jam latihan CPD setengah-tahunan
25 jam latihan CPD setengah-tahunan

Ahli PIAM tidak boleh membenarkan atau memberi kuasa kepada ejen-ejennya
untuk melakukan perkara-perkara berikut, kecuali
a.
b.
c.
d.

mengeluarkan atau melengkapkan polisi insurans


mengendalikan pemeriksaan kerugian atau membuat penyelarasan kerugian
menyelesaikan atau meluluskan tuntutan insurans
menjalankan urusniaga bagi pihak insurer

312

BAB 20 - AMALAN INSURANS AM KOD ETIKA & PERLAKUAN


8.

Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai peraturan TunaiSebelum-Lindung?
a.

b.

c.


d.

9.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi petunjuk bagaimana insurer


sepatutnya mengendalikan perniagaannya dengan melaksanakan garis panduan,
perjanjian dan panduan, termasuk perkara-perkara berikut, kecuali
a.
b.
c.
d.

10.

Insurer atau ejennya tidak boleh menguatkuasakan perlindungan kecuali


premium telah dibayar
Insurer atau ejennya boleh menguatkuasakan perlindungan setelah
pencadang berjanji akan membayar premium yang dikenakan
Sekiranya premium insurans kenderaan perdagangan melebihi RM5,000,
perlindungan risiko boleh dikuatkuasakan setelah bayaran premium
sekurang-kurangnya 30% telah diterima oleh insurer
Ejen insurans yang menerima bayaran premium untuk polisi insurans motor
hendaklah mengkreditkan amaun berkenaan ke akaun insurer dalam tempoh
7 hari bekerja, bermula dari tarikh mula menanggung risiko

Perjanjian Antara Syarikat mengenai Perniagaan Insurans Am


Perjanjian Antara Syarikat mengenai Perniagaan Insurans Hayat
Tarif Motor Malaysia
Tarif Kebakaran (pindaan) .

Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai ahli PIAM?
a.


b.

c.

d.

Mereka hendaklah menyimpan rekod semua ejen-ejennya dengan lengkap


dan kemaskini, termasuk ejen korporat, pengarah, pemegang saham dan
penama korporat
Mereka hendaklah menyimpan rekod perakaunan yang sempurna dan tepat
dalam menunjukkan amaun komisen yang dibayar kepada ejen-ejennya
Mereka hendaklah menyediakan maklumat mengenai ejen-ejen kepada
lembaga pengarah pada bila-bila masa ia diperlukan
Mereka hendaklah menyimpan maklumat mengenai pelanggaran peraturan
tunai sebelum lindung (CBC) oleh ejen-ejen, dari pengetahuan PIAM

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

313

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

21.1 Pengenalan
21.2 Ciri-ciri Produk Insurans Hayat
21.3 Prinsip Asas Insurans yang

Digunakan dalam Insurans

Hayat
21.4 Risiko yang Dilindungi oleh

Polisi Insurans Hayat

Bab ini merupakan pengenalan kepada Insurans


Hayat. Kita akan membiasakan diri dengan:-

Ciri-ciri Produk Insurans Hayat;

Prinsip-prinsip Asas Insurans Hayat;

Risiko yang Dilindungi Dibawah Polisi


Insurans Hayat.

21.1 PENGENALAN

Kes insurans hayat pertama dikesan dalam


tahun 1583 di England atas hayat William
Gybbon. Ketiadaan statistik kemortalan
menyebabkan polisi insurans hayat dikeluarkan
untuk tempoh jangka pendek.
Keadaan ini menimbulkan beberapa kelemahan
utama dan diantaranya ialah:-

perlindungan selalunya tidak diberi


apabila ianya sangat diperlukan;
premium cenderung untuk meningkat
mengikut
tempoh
untuk
menggambarkan peningkatan risiko
yang ditanggung.

Seiring dengan peredaran masa, jadual


kemortalan yang boleh dipercayai berasaskan
hayat mereka yang diinsuranskan telah
diperolehi. Kaedah matematik telah dimajukan
untuk membangunkan insurans hayat secara
saintifik. Ini telah membuka jalan kepada
Equitable Society mengeluarkan polisi insurans
hayat dalam tahun 1762 berdasarkan prinsipprinsip berikut:-

314

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT

perlindungan akan diberi kepada


sesiapa sahaja yang memenuhi syarat
kesihatan pada permulaan kontrak dan
meneruskan pembayaran premium;
setelah layak menerima perlindungan,
bukti kesihatan seterusnya tidak
diperlukan;
premium paras akan dikenakan
sepanjang tempoh kontrak. Premium
ini ditetapkan pada permulaan kontrak
berdasarkan umur insured dan tempoh
insurans yang diperlukan; dan
premium tambahan akan dikenakan
untuk risiko pekerjaan khas dan risiko
kesihatan sub-standard.

Apa yang mengkagumkan ialah kebanyakan


prinsip ini masih digunakan sehingga
kini. Kontrak insurans hayat moden boleh
ditakrifkan sebagai sesuatu yang memastikan
pembayaran sejumlah amaun wang apabila
berlaku kontingensi, atau beberapa kontingensi,
bergantung kepada hayat seseorang [Fisher
Young Actuarial Practice of Life Assurance,
Cambridge University Press, 1971].
Urusniaga insurans hayat yang berdasarkan
prinsip di atas menimbulkan beberapa masaalah
teknikal dan pentadbiran. Dalam bahagian
tertentu buku ini, kita akan membincangkan
hal-hal teknikal dan pentadbiran yang dianggap
penting untuk pengetahuan ejen insurans
hayat.

21.2 CIRI-CIRI PRODUK INSURANS HAYAT

KONTRAK INSURANS HAYAT ADALAH


KONTRAK JANGKA PANJANG DENGAN
BAYARAN PREMIUM PARAS

menimbulkan implikasi lain dalam pengendalian


kelas perniagaan insurans ini.
Ciri-ciri jangka panjang kontrak ini menghendaki
insurer mengambil langkah berhati-hati
terhadap beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi pengiraan kadar premium.
Antara faktor itu ialah:
- kemortalan

- perbelanjaan

- kadar pulangan pelaburan

- cukai
Insurer
dikehendaki
menyimpan
rizab
(contohnya aset) yang mencukupi mengikut
jumlah kontrak insurans yang berkuatkuasa.
Keperluan undang-undang yang menetapkan
jenis rizab statutori minimum dan margin
kesolvenan mestilah dipatuhi.
Insurer biasanya menjalankan urusniaga
dalam
persekitaran
perdagangan
yang
penuh persaingan. Ini pada dasarnya akan
menghadkan amaun premium yang dikenakan
dan peratusan pasaran yang boleh dikuasai
bagi setiap kelas perniagaan.
KEDUA-DUA PIHAK MESTI MEMATUHI
PRINSIP PENUH PERCAYA MUTLAK
Prinsip Uberrima fides iaitu penuh percaya
mutlak hendaklah dipatuhi oleh keduadua pihak , insurer dan insured. Walau
bagaimanapun, bagi insurans hayat, insured
tidak dipertanggungjawabkan untuk melaporkan
sebarang
perubahan
setelah
kontrak
berkuatkuasa, kecuali dalam hal pekerjaan dan
pertukaran alamat.
(Rujuk bab 3 Seksyen B 3.1.3 Prinsip Penuh
Percaya Mutlak)

Kontrak insurans hayat adalah kontrak jangka


panjang yang biasanya mengenakan premium
paras. Penggunaan premium paras ini
315

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT


KONTRAK ALEATORI
Dalam kontrak aleatori, satu pihak menyediakan
sesuatu yang bernilai kepada pihak satu lagi
sebagai tukaran untuk janji pihak tersebut
melaksanakan tindakan tertentu jika berlaku
peristiwa yang ditetapkan.
Dalam insurans hayat (terutama polisi tanpa
keuntungan) dan beberapa kontrak insurans
am seperti polisi kemalangan diri, amaun
tuntutan ditetapkan pada permulaam kontrak.
Ini menjadikan kontrak sebegini dianggap
sebagai kontrak aleatori.
Keadaan ini adalah berbeza jika dibandingkan
dengan insurans am yang bertujuan untuk
meletakkan semula insured pada keadaan
kewangan yang sama seperti sebelum risiko
yang diinsuranskan berlaku (iaitu insured diberi
indemniti), tertakluk kepada had maksimum
amaun insurans.
KEPENTINGAN BOLEH INSURANS
Kewujudan kepentingan boleh insurans adalah
syarat utama sebelum kontrak insurans hayat
boleh dikuatkuasakan. Kepentingan boleh
insurans wujud apabila pembeli polisi insurans
hayat pasti akan menanggung kerugian
kewangan sekiranya berlaku kematian ke atas
orang yang diberi perlindungan insurans hayat
berkenaan.
Untuk menjelaskan perkara yang dinyatakan di
atas, berikut adalah beberapa situasi dimana
kepentingan boleh insurans wujud:-

Seseorang yang memberi hutang


mempunyai kepentingan boleh insurans
keatas hayat orang yang diberi hutang,
tetapi hanya setakat amaun hutang
yang diberi;
Majikan mempunyai kepentingan boleh
insurans keatas hayat kakitangan
utamanya seperti pengarah
urusan atau pengurus;
Rakan kongsi niaga mempunyai
kepentingan boleh insurans keatas
hayat lain-lain rakan kongsi, terutama
jika terdapat perjanjian untuk membeli/
mengambil alih bahagian rakan yang
meninggal dunia.

Adalah penting untuk menyedari bahawa


bagi polisi insurans hayat, kepentingan boleh
insurans hanya perlu wujud pada permulaan
kontrak iaitu apabila polisi tersebut mula
berkuatkuasa. Ketika membuat tuntutan,
ketiadaan
kepentingan
tersebut
tidak
membatalkan kontrak.
Seksyen 152 Akta Insurans 1996 menerangkan
dengan lebih lanjut tentang kepentingan boleh
insurans. Seksyen ini secara jelas membatalkan
polisi yang dikuatkuasakan tanpa kepentingan
yang dimaksudkan.
(Rujuk bab 3 Seksyen B 3.1.1 Kepentingan
Boleh Insurans)

PEMBAYARAN TUNTUTAN MENAMATKAN


KONTRAK INSURANS HAYAT

setiap orang dikatakan mempunyai


kepentingan tanpa had keatas;

- nyawanya,

- nyawa pasangan hidupnya.

Ibu/bapa mempunyai kepentingan


boleh insurans keatas hayat anaknya
yang dibawah umur majoriti;

Dalam insurans hayat (kecuali polisi insurans


kesihatan)
penyelesaian
tuntutan
akan
menamatkan kontrak insurans.
Sebaliknya, dalam kontrak insurans am, kontrak
tidak akan ditamatkan kerana pembayaran
tuntutan, malah tuntutan selanjutnya boleh
dibuat dalam tempoh kuatkuasa kontrak;
316

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT


walaupun jumlah amaun diinsuranskan untuk
mana-mana bahagian perlindungan yang
disediakan oleh kontrak telah pun dibayar,
bahagian perlindungan berkenaan sahaja yang
akan ditamatkan.
KONTRAK INSURANS HAYAT TIDAK BOLEH
DIBATALKAN SECARA SEBELAH PIHAK
(UNILATERALLY) OLEH INSURER
Insurer dan insured mempunyai hak dan
tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun,
perlu diketahui bahawa ketika polisi masih
berkuatkuasa atau belum mencapai tarikh
matang, insurer tidak berhak membatalkan
atau menjadikan kontrak tidak sah, kecuali
disebabkan ketiadaan bayaran premium
atau polisi tersebut dipertikaikan disebabkan
penyembunyian fakta matan, dan pemegang
polisi tiada obligasi untuk meneruskan
pembayaran premium. Ini adalah kesan dari
prinsip kontrak secara sehala.
RISIKO YANG AKAN DIINSURANSKAN
MENINGKAT
MENGIKUT
PEREDARAN
MASA
Untuk insurans hayat, risiko kemortalan
akan meningkat mengikut umur dan juga
tempoh kontrak. Dalam insurans am, risiko
yang diinsuranskan mungkin tidak meningkat
mengikut masa, malah ia mungkin menurun
disebabkan langkah-langkah keselamatan
yang diambil oleh insured (seperti pemasangan
sistem perenjis air dan sebagainya)

21.3 PRINSIP ASAS INSURANS YANG


DIGUNAKAN DALAM INSURANS HAYAT

Kita telah membincangkannya dalam bab 3


tentang prinsip asas yang mempengaruhi
amalan perniagaan insurans dibawah tajuktajuk berikut:-

kepentingan boleh insurans

penuh percaya mutlak

indemniti

subrogasi

sumbangan

sebab hampiran

Adalah jelas tentang apa yang telah dikatakan


iaitu prinsip indemniti, subrogasi, sumbangan
dan sebab hampiran mempunyai kesan yang
lebih besar dalam perniagaan insurans am,
berbanding dengan perniagaan insurans
hayat.

21.4 RISIKO YANG DILINDUNGI OLEH


POLISI INSURANS HAYAT

Risiko yang dilindungi oleh insurans hayat boleh


dikumpulkan mengikut tajuk-tajuk berikut:-

kematian pra-masa

hilang upaya kekal

usia lanjut

Penerangan mengenai ciri-ciri utama di atas


dinyatakan selepas ini.

KEMATIAN PRA-MASA
Manusia terdedah dengan risiko ini sepanjang
masa. Oleh itu, adalah penting untuk melindungi
nilai kewangan hayat manusia.
Dalam
sebahagian
besar
kehidupan
berkeluarga, hanya sedikit risiko yang mungkin
wujud iaitu melalui kerugian harta atau lainlain kerugian aset yang menjana pendapatan.
Risiko utama ialah sumber pendapatan semasa
yang diperolehi oleh ketua keluarga / pencari
nafkah dimana ia merupakan asas kewangan
keluarga berkenaan.

317

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT


Kematian pra masa ke atas pencari nafkah akan
menyebabkan kehilangan sumber kewangan
bagi keluarga berkenaan. Insurans hayat adalah
satu-satunya jawapan paling tepat yang mampu
menyediakan perlindungan keselamatan atau
jaminan kewangan ketika dalam keadaan
kontingensi yang sedemikian rupa.
HILANG UPAYA KEKAL
Situasi seperti ini biasanya dikenali sebagai
kematian dari sudut ekonomi kerana
kehidupan individu yang terlibat telah menjadi
tidak produktif dan keperluan hidup serta
kos perubatan mungkin menambahkan lagi
beban sumber pendapatan yang kini telah
berkurangan.
Peruntukan yang dibuat dalam polisi insurans
hayat untuk memastikan pendapatan hilang
upaya atau pembayaran sekali gus dibuat jika
berlaku hilang upaya kekal serta melegakan
insured dari beban membayar premium
seterusnya.
USIA LANJUT
Ketika mencapai usia persaraan, seseorang
itu tidak lagi memperolehi pendapatan tetapi
ia masih memerlukan sumber pendapatan
meskipun telah bersara.

Adalah penting untuk individu yang telah


bersara mempunyai kemampuan kewangannya
sendiri dimana ia boleh menyara diri sendiri
dan keluarga bagi menghadapi kehidupan
seterusnya.
Walaupun persaraan merupakan suatu
fenomena yang diketahui, kebanyakan orang
tidak bersedia atau membuat persediaan
untuknya. Insurans hayat adalah kaedah yang
cukup sesuai untuk melindungi kehilangan
kemampuan memperolehi pendapatan ketika
bersara disamping memastikan perlindungan
terhadap satu lagi bahaya ekonomi iaitu
kematian pra-masa.
Polisi insurans hayat terutamanya polisi
endowmen mempunyai elemen simpanan
sebagai ciri asas. Polisi ini menyediakan
pembayaran amaun insurans dan faedah
tambahan lainnya (jika ada) sekiranya
pemegang polisi masih hidup pada tarikh tamat
tempoh polisi.
Amaun yang boleh dibayar, terutamanya amaun
perlindungan asas adalah dijamin. Dengan
menyediakan jaminan ini, insurer menanggung
sebahagian risiko pelaburan dimana prestasi
aset yang dimiliki tidak berada dibawah paras
pulangan yang dinyatakan dalam jaminan yang
disediakan.

318

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 21

1.

Apakah Seksyen di dalam Akta Insurans 1996 yang menerangkan tentang


prinsip kepentingan boleh insurans?
a.
b.
c.
d.

2.

Kontrak insurans hayat yang terawal dikesan di England pada tahun 1583 atas
hayat
a.
b.
c.
d.

3.

ketika membuat tuntutan


ketika menyerahkan polisi
ketika mula berkuatkuasa perlindungan insurans
ketika membuat pertukaran nama waris

Kontrak insurans hayat adalah kontrak


a.
b.
c.
d.

5.

Edmund Halley.
William Gybbon.
William Cybban.
William Halley.

Di bawah kontrak insurans hayat, kepentingan boleh insurans perlu wujud


a.
b.
c.
d.

4.

Seksyen 144 Akta Insurans 1996


Seksyen 152 Akta Insurans 1996
Seksyen 142 Akta Insurans 1996
Seksyen 151 Akta Insurans 1996

kematian pramasa
jaminan kewangan
hilang upaya kekal
uberrima fides (penuh percaya mutlak)

Andaian paling asas yang digunakan dalam pengiraan kadar premium insurans
hayat ialah
a.
b.
c.
d.

kadar kemortalan, kadar faedah, kadar perbelanjaan dan kadar cukai


kadar kemortalan, kadar pembatalan, kadar faedah dan kadar cukai
kadar kemortalan, kadar serahan, kadar pembatalan dan kadar cukai
kadar kemortalan, kadar jelas berbayar, kadar serahan dan kadar cukai

319

BAB 21 - PENGENALAN INSURANS HAYAT


6.

_____________ ditakrifkan sebagai kaedah penukaran premium yang seragam


sepanjang tempoh polisi tanpa mengambil kira peningkatan risiko disebabkan umur
insured yang bertambah.
a.
b.
c.
d.

7.

Risiko yang dilindungi dibawah insurans hayat adalah seperti yang dinyatakan
dibawah, kecuali
a.
b.
c.
d.

8.

ia adalah kontrak aleatori


ia adalah kontrak jangka panjang
kontrak ini tidak boleh dibatalkan secara sebelah pihak (unilateral) oleh
syarikat insurans hayat
tiada berkenaan

Polisi insurans hayat sebelum ini yang dikeluarkan secara tempoh jangka pendek
mempunyai banyak keburukan. Apakah keburukan tersebut?
a.
b.
c.
d.

10.

manfaat persaraan
kematian pra-masa
kerugian kewangan
hilang upaya kekal

Berikut adalah ciri-ciri kontrak insurans hayat, kecuali


a.
b.
c.

d.

9.

Sistem premium paras


Sistem bayaran paras
Sistem tempoh paras
Sistem premium meningkat

bayaran premium akan meningkat mengikut peredaran masa


cadangan insurans ditolak ketika ia amat diperlukan
a dan b
tiada berkenaan

Yang manakah diantara prinsip insurans berikut adalah penting dalam


mengendalikan perniagaan insurans am berbanding dengan perniagaan insurans
hayat?
a.
b.
c.
d.

Kepentingan boleh insurans


indemniti
subrogasi
b dan c
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
320

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

22.1 Pengenalan
22.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat
22.3 Keterangan Kontrak Insurans

Hayat
22.4 Jenis-jenis Perniagaan Takaful

Keluarga

Dalam bab ini kita akan menumpukan perhatian


kepada bentuk-bentuk utama produk insurans
hayat serta ciri-cirinya, yang ditawarkan oleh
insurer di Malaysia. Ia boleh diklasifikasikan
dibawah tajuk-tajuk berikut:

Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat


Penerangan Mengenai Kontrak
Insurans Hayat

Polisi Insurans Hayat Sementara

Polisi Insurans Hayat Seumur Hidup

Polisi Insurans Hayat Endowmen

Anuiti

Polisi Insurans Kesihatan Kekal

Perlindungan Penyakit Kritikal

Polisi Insurans Berkait Pelaburan

Polisi Insurans Pelbagai

Jenis-jenis Perniagaan Takaful


Keluarga

22.1 PENGENALAN

Insurans hayat adalah kaedah sukarela


dengan sejumlah besar orang bersamasama mencarum kepada satu dana, supaya
suatu amaun wang dapat dikumpulkan dan
dibayar ketika berlaku kematian atau lainlain kontingensi yang berkaitan dengan hayat
manusia. Insurer berjanji akan membayar

321

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


kepada insured amaun tertentu (dikenali
sebagai jumlah diinsuranskan) dan sebarang
bonus terakru ketika berlaku kontingensi yang
ditetapkan umpamanya berlaku kematian
pra masa atau insured masih hidup/kemandiri
dipenghujung tempoh kontrak. Pemegang
polisi pula bersetuju untuk membayar amaun
secara berkala (dikenali sebagai premium)
kepada insurer untuk suatu tempoh tertentu
atau sehingga insured meninggal dunia atau
insured membayar amaun tersebut sekali gus
(digelar premium tunggal) pada permulaan
kontrak.

22.2 JENIS-JENIS POLISI INSURANS


HAYAT

Kejadian-kejadian yang berlaku disepanjang


hayat manusia menjadi pertimbangan utama
insurans hayat. Ianya mungkin kematian pra
masa, hilang upaya atau usia lanjut. Setiap
situasi berkenaan mewujudkan keperluan. Inilah
tujuan utama insurans hayat iaitu memenuhi
keperluan berkenaan. Untuk mencapai tujuan
tersebut, syarikat insurans telah merangka
beberapa polisi insurans hayat. Setiap
satunya dirangka untuk memenuhi satu atau
lebih keperluan yang timbul dari kontingensi
berkenaan.
Secara umumnya terdapat tiga jenis kontrak
insurans hayat, iaitu:-

insurans hayat biasa


insurans hayat perkhidmatan rumahke-rumah, dan
insurans berkumpulan

Insurans hayat biasa membentuk kelompok


terbesar insurans hayat yang diunderait
diseluruh dunia. Kontrak insurans hayat yang
paling asas ialah:-

polisi insurans seumur hidup

polisi insurans endowmen

polisi insurans anuiti

Insurer biasanya menawarkan pelbagai


kombinasi kontrak asas berkenaan untuk
disesuaikan dengan kepelbagaian keperluan
individu seperti tempoh perlindungan, kaedah
bayaran premium dan pengagihan prosid/nilai
muka polisi.
Insurans
perkhidmatan
rumah-ke-rumah
menyediakan perlindungan insurans kepada
golongan
berpendapatan
rendah
yang
kebanyakannya terdiri daripada mereka yang
tidak berminat dengan polisi insurans biasa.
Bayaran premium dibuat dengan lebih kerap,
biasanya setiap minggu agar amaun bayaran
menjadi lebih rendah.
Pembayaran
premium
dipermudahkan
dengan wakil perkhidmatan datang mengutip
premium dari rumah pemegang polisi supaya
kemungkinan pemegang polisi membiarkan
polisinya luput adalah rendah. Insurans hayat
seumur hidup dan endowmen dengan jumlah
diinsuranskan yang rendah adalah bentuk
kontrak insurans yang paling popular dalam
sektor perkhidmatan rumah-ke-rumah.
Produk-produk yang ditawarkan oleh insurer
secara umumnya boleh dikategorikan secara
lebih mendalam kepada:-

Kontrak tanpa penyertaan

Kontrak tanpa penyertaan adalah khusus


untuk tujuan perlindungan dimana manfaat
utama iaitu jumlah diinsuranskan biasanya
terjamin. Kontrak ini biasanya lebih ringkas dan
mudah untuk dibuat perbandingan; bermakna
persaingan yang lebih tinggi dalam menentukan
kadar premium

polisi insurans sementara


322

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA

Kontrak penyertaan

Kontrak penyertaan biasanya digunakan untuk


tujuan simpanan. Manfaat polisi biasanya
dijamin yang meliputi jumlah diinsuranskan,
nilai tunai, bonus jangkaan dan bonus jangkaan
terakhir. Oleh itu, manfaat terakhir yang akan
dibayar adalah bergantung kepada dasar
pelaburan yang diamalkan oleh syarikat serta
kejayaan dasar tersebut. Dalam seksyen
berikutnya, kita akan mempelajari dengan lebih
mendalam tentang ciri-ciri produk utama yang
ditawarkan oleh insurer di Malaysia.

22.3

KETERANGAN KONTRAK
INSURANS HAYAT

22.3.1 Insurans Hayat Sementara

Insurans Hayat Sementara Paras

Ini adalah bentuk kontrak insurans hayat yang


terawal dan teringkas dan juga dikenali sebagai
insurans sementara. Jumlah diinsuranskan
akan hanya dibayar jika berlaku kematian
dalam tempoh polisi keatas hayat yang
diinsuranskan. Tiada pembayaran akan dibuat
jika insured masih hidup selepas tamat tempoh
polisi. Ciri utama polisi ini ialah menyediakan
perlindungan hayat yang maksimum dengan
kos yang paling minimum.
Tempoh insurans mungkin satu tahun, dua
tahun, lima tahun, malah 20 tahun atau 25
tahun atau hingga insured mencapai usia 55
atau 75 tahun. Sebelum penemuan wabak
AIDS, polisi ini biasanya mempunyai pilihan
perlindungan terjamin. Maksudnya, polisi ini
boleh diperbaharui untuk tempoh seterusnya
mengikut kehendak insured tanpa memerlukan
bukti boleh diinsuranskan. Permohonan
insurans sementara diunderait dengan teliti
dan mengenakan beberapa pembatasan
seperti menghadkan jumlah diinsuranskan
atau menghadkan umur pencadang yang boleh
dilindungi.

Polisi insurans sementara tidak menyediakan


sebarang bayaran sekiranya kematian tidak
berlaku dalam tempoh kuatkuasa kontrak.
Polisi ini boleh dikaitkan dengan lain-lain
insurans liabiliti dan harta seperti insurans
kebakaran, motor dan kemalangan diri dimana
perlindungan diberikan hanya sekiranya berlaku
kejadian/peril yang dilindungi. Premium yang
dibayar untuk polisi sementara ini adalah lebih
rendah berbanding dengan kontrak insurans
kekal. Oleh kerana hanya risiko kematian yang
berlaku dalam tempoh yang ditetapkan sahaja
yang dilindungi, polisi ini tidak menawarkan
lain-lain manfaat seperti nilai serahan tunai,
nilai jelas dibayar, kemudahan pinjaman polisi
dan sebagainya; serta tiada peruntukan tidak
lucut hak untuk pemegang polisi. Polisi ini
secara umumnya dikeluarkan berasaskan
tanpa penyertaan.

Insurans Sementara Boleh


Diperbaharui (Opsyen Boleh
Diinsuranskan Terjamin)

Secara amnya polisi sementara bertempoh


lima dan sepuluh tahun mempunyai opsyen
boleh diperbaharui untuk tempoh perlindungan
tambahan terhad. Pemegang polisi diberi
pilihan pada penghujung tempoh pertama
atau penghujung tempoh berikutnya, untuk
memperbaharui polisi tersebut tanpa perlu
mengemukakan bukti kesihatan yang baik
secara berterusan (iaitu tanpa mengambil
kira keadaan kesihatan insured semasa
memperbaharui polisi). Premium yang lebih
tinggi akan dikenakan berdasarkan umur
insured ketika memohon untuk memperbaharui
polisi. Biasanya insurer akan menghadkan
umur penyertaan (sekurang-kurangnya 60
atau 65 tahun) sebelum polisi sementara
boleh diperbaharui itu dikeluarkan. Opsyen
pembaharuan merupakan suatu keistimewaan
yang amat berharga dari perspektif insured
kerana tanpa opsyen ini, keadaan fizikal
yang tidak memuaskan atau pekerjaan yang
merbahaya akan menimbulkan masaalah ketika
memohon polisi insurans baru.

323

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA

Ciri Boleh Tukar (Opsyen Boleh


Tukar Terjamin)

Kebanyakan
polisi
insurans
sementara
juga mempunyai ciri-ciri boleh ditukar, iaitu
kemudahan kepada insured untuk menukar
polisi kepada insurans kekal seperti insurans
hayat seumur hidup atau endowmen tanpa
perlu mengemukakan bukti kebolehinsuranan,
tetapi tertakluk kepada penyelarasan premium
yang dikenakan. Terdapat insurer yang
memperluaskan kemudahan ini sepanjang
tempoh polisi. Walau bagaimanapun, segelintir
insurer hanya membenarkan penukaran dibuat
dalam tempoh yang terhad, umpamanya dalam
tempoh empat atau tujuh tahun pertama (untuk
polisi bertempoh lima atau sepuluh tahun)
atau tempoh yang lebih panjang untuk polisi
sementara yang beberapa tahun lagi akan tamat
tempohnya. Tujuan pembatasan ini adalah untuk
mengelakkan berlakunya pemilihan sakal/
substandard. Sekiranya opsyen boleh tukar
ini dibenarkan, polisi boleh dikuatkuasakan
berdasarkan umur tercapai atau umur asal.
Dibawah kaedah umur tercapai, polisi
sementara akan ditukar kepada jenis polisi
kekal yang sedia ada pada tarikh pertukaran.
Kadar premium untuk polisi baru ini adalah
mengikut umur insured semasa penukaran ini
hendak dikuatkuasakan.
Dibawah kaedah umur asal, polisi sementara
ditukar kepada polisi kekal yang mungkin boleh
ditawarkan sekiranya insured memilih polisi
berkenaan awal-awal lagi. Amaun premium
yang dikenakan untuk polisi ini adalah mengikut
kadar umur asal. Walau bagaimanapun,
premium yang dikenakan untuk polisi sementara
pada umur asal adalah lebih rendah berbanding
dengan premium yang akan dikenakan untuk
polisi kekal. Kebanyakan insurer menghendaki
insured membayar perbezaan amaun premium
diantara amaun premium yang mungkin
dikenakan jika polisi yang dikeluarkan adalah
jenis kekal dan pada masa yang sama dengan
polisi sementara yang sedia ada. Secara
amnya, penukaran ini hanya dibenarkan dalam

tempoh lima tahun dari tarikh polisi sementara


dikeluarkan. Tujuan penyelarasan premium
adalah untuk menempatkan insurer dalam
keadaan kewangan yang sepatutnya seolaholah polisi kekal telah dikeluarkan awal-awal
lagi.
Polisi ini direka untuk generasi muda yang
berpendapatan sederhana tetapi mempunyai
potensi untuk memperolehi pendapatan yang
lebih baik dimasa akan datang. Polisi ini
memberi perlindungan maksimum pada kos
yang rendah dengan opsyen jaminan boleh
diperbaharui atau ditukar.

Insurans Sementara Menyusut

Ia adalah insurans sementara biasa dengan


jumlah diinsuranskan akan menyusut secara
berkala. Polisi ini selalunya digunakan untuk
melindungi pinjaman yang pembayaran
baliknya dibuat secara beransur-ansur. Jenis
insurans ini juga biasa digunakan sebagai
rider kepada kontrak kekal dan sebagai polisi
berasingan untuk perlindungan gadaijanji.
Kontrak
insurans
sementara
menyusut
biasanya dikeluarkan sebagai polisi gadai janji
untuk tujuan perlindungan gadaian. Ini berlaku
apabila seseorang mendapat pinjaman untuk
membeli rumah, dengan pembayaran balik
secara ansuran. Dengan itu baki pinjaman
tertunggak yang perlu dijelaskan jika berlaku
kematian
peminjam
akan
berkurangan
mengikut masa. Dalam hal ini, polisi insurans
sementara mendatar dengan amaun insurans
yang tetap didapati tidak sesuai dan adalah
lebih bermanfaat jika amaun insurans
menyusut mengikut baki pinjaman. Kelebihan
utama insurans sementara menyusut ini untuk
perlindungan gadaian ialah premium yang
dikenakan adalah rendah disebabkan amaun
insurans yang menyusut secara berterusan.
Premium mendatar tidak mungkin dikenakan
untuk sepanjang tempoh polisi ini kerana
kadar yang akan diperolehi akan menjadi tidak
munasabah jika kontrak tersebut dibatalkan
324

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


pada peringkat awal kontrak. Dengan itu
premium tunggal yang dibayar pada permulaan
kontrak atau premium mendatar tahunan
terhad untuk tempoh yang lebih pendek
daripada tempoh polisi akan dikenakan adalah
untuk tidak menggalakkan pemegang polisi
memberhentikan perlindungan pada beberapa
tahun penghujung polisi kerana baki pinjaman
telah menjadi rendah.
Kegunaan dan Kesesuaian Polisi Insurans
Sementara
Polisi insurans sementara direka khusus
untuk menghadapi kontingensi yang samada
memerlukan perlindungan insurans sementara
atau memerlukan amaun perlindungan insurans
yang besar untuk sementara waktu pada kos
yang serendah mungkin.
Insurans sementara ini sesuai untuk
mereka yang berpendapatan rendah pada
masa sekarang, mempunyai keluarga dan
tanggungan tetapi mempunyai masa depan
yang cerah dalam memajukan kerjaya yang
diceburi.
Insurans ini juga sesuai untuk mereka yang
telah melaburkan sebahagian besar sumber
pendapatannya dalam aset berbentuk barangan
perniagaan yang baru dimulakan. Jika berlaku
kematian keatas pegawai utama organisasi
perniagaan berkenaan, ia akan menyebabkan
kerugian besar atau kehilangan modal yang
telah dilaburkan.
Generasi muda masa kini mengakui keperluan
insurans hayat tambahan, terutama semasa
pendapatan dan keluarga mereka sedang
membesar dan keperluan insurans hayat juga
bertambah besar. Justeru, insurans sementara
dengan ciri boleh tukar boleh bertindak sebagai
pelindung.
Sebagai tambahan kepada insurans jenis
pelaburan, rider pendapatan keluarga yang
biasanya disertakan pada polisi hayat biasa
telah diterima baik sebagai jalan penyelesaian
kepada masaalah kehilangan pendapatan
sesebuah keluarga.

Sebagai perlindungan tambahan kepada


pinjaman yang telah diambil, insurans sementara
dianggap sebagai suatu bentuk bantuan dalam
melindungi tanggungan gadaian peminjam.
Ringkasan Insurans Hayat Sementara
Premium

Premium paras dibayar bulanan, suku


tahunan, setengah tahunan atau
tahunan.
Kadangkala premium dibayar sekaligus
(premium tunggal) terutama untuk
urusan perniagaan jangka pendek dan
insurans sementara menyusut.
Untuk insurans sementara menyusut,
tempoh pembayaran premium biasanya
lebih
pendek
daripada
tempoh
perlindungan

Manfaat

Pembayaran jumlah diinsuranskan


apabila berlaku kematian
Tiada nilai serahan atau nilai matang
Jaminan perlindungan dengan kos
terendah
Pengecualian jarang dikenakan
walaupun sesetengah polisi baru
mengenakan pengecualian penyakit
AIDS.

Jaminan

Jaminan pembayaran jumlah


diinsuranskan ketika berlaku kematian
dalam tempoh kontrak

325

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Opsyen

Insurans sementara boleh diperbaharui


untuk tempoh terhad mengikut pilihan
insured dan boleh ditukar kepada polisi
insurans hayat kekal

Ciri-ciri lain

Pemberian diskaun bukan-perokok


Polisi tertakluk kepada pengunderaitan
yang ketat

22.3.2 Insurans Hayat Seumur Hidup

Polisi Hayat Biasa

Insurans hayat seumur hidup adalah polisi


dimana perlindungan insurans disediakan
sepanjang hayat insured dengan amaun
insurans dan bonus terakru akan dibayar
hanya apabila berlaku kematian diri yang
diinsuranskan. Ia adalah bentuk kontrak kekal
yang tulen. Polisi ini boleh dikuatkuasakan
dengan penyertaan atau tanpa penyertaan.
Jika ia polisi tanpa penyertaan, hanya terdapat
sedikit sahaja elemen pelaburan. Amaun
insurans dibayar ketika berlaku kematian dan
pembayaran premium berterusan sehingga
timbul tuntutan. Jenis insurans ini menyediakan
amaun perlindungan yang lebih besar
berbanding dengan lain-lain jenis insurans
hayat kekal dan dengan itu ia adalah bentuk
perlindungan termurah untuk tanggungan
insured. Keburukan polisi ini ialah pembayaran
premium akan berterusan hingga ke usia
lanjut dimana kemampuan untuk membayar
premium semakin berkurangan kerana sumber
pendapatan yang semakin berkurangan.
Kebanyakan polisi pada masa sekarang
menyediakan bayaran amaun insurans apabila
berlaku kematian kepada diri yang diinsuranskan
atau insured mencapai tahap usia tertentu
85, 90 atau 100 tahun. Dalam kes tertentu,

pembayaran premium akan ditamatkan apabila


insured mencapai usia tertentu, misalnya 85
tahun atau lebih.
Polisi insurans hayat biasa adalah kontrak yang
sangat fleksibel dan insured tidak dibebankan
untuk
membayar
premium
sepanjang
hayatnya. Pada peringkat awal kehidupan
insured, polisi ini menyediakan perlindungan
kekal kepada tanggungan insured dengan kos
premium terendah. Pada peringkat seterusnya
apabila terdapat keperluan untuk mengubah
perancangan insurans (sekiranya difikirkan
perlu) kerana perubahan yang berlaku dalam
kehidupan berkeluarga, polisi ini boleh
disesuaikan untuk memenuhi keperluan situasi
yang berbeza. Oleh kerana polisi ini mempunyai
elemen simpanan yang sistematik, sekiranya
pembayaran premium tidak diteruskan selepas
beberapa tahun, polisi ini layak memperolehi
faedah peraturan tidak lucut hak, nilai serahan
tunai, pinjaman, nilai jelas dibayar dan
sebagainya.

Polisi Hayat Seumur Hidup Bayaran


Terhad

Di bawah terma polisi seumur hidup bayaran


terhad, amaun insurans akan dibayar apabila
berlaku kematian tetapi premium hanya perlu
dibayar untuk tempoh terhad untuk beberapa
tahun sahaja, dan selepas itu polisi tersebut
menjadi polisi jelas dibayar dengan amaun
insurans penuh. Pembatasan boleh dinyatakan
dalam jumlah bayaran premium tahunan atau
had umur premium tahunan perlu dibayar.
Tujuannya ialah untuk mendorong insured
membayar premium ketika insured masih
bekerja dan mempunyai sumber pendapatan.
Pastinya premium tahunan paras dibawah
polisi ini adalah lebih besar berbanding dengan
premium untuk polisi dimana premiumnya
perlu dibayar sepanjang hayat insured. Tujuan
pelan ini ialah menggalakkan pemegang
polisi membayar amaun premium yang lebih
besar setiap tahun untuk tempoh pembayaran
premium yang ditetapkan supaya selepas
tempoh tersebut, polisi akan tetap berkuatkuasa
326

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


dan berterusan sehingga tamat tempoh polisi
tanpa perlu memikirkan beban kewangan yang
perlu ditanggung oleh insured.
Oleh kerana premium yang dikenakan agak
tinggi, pelan bayaran terhad ini mungkin tidak
sesuai kepada mereka yang berpendapatan
kecil dan perlukan perlindungan yang tinggi
tetapi tidak mampu mengumpul dana melalui
insurer. Sungguhpun demikian, Keburukan
bayaran premium yang tinggi telah diimbangi
dengan adanya elemen pelaburan atau
simpanan yang tinggi. Nilai tunai lebih besar
yang disediakan dibawah polisi ini amat
berguna ketika dalam keadaan kesempitan
kewangan atau untuk mendapatkan pinjaman
polisi selepas bersara. Tambahan pula, polisi
ini mempunyai kemudahan tak lucut hak,
nilai serahan, nilai jelas berbayar, opsyen
penyelesaian dan sebagainya.

Bagi kebanyakan insurer, bonus tunai boleh


dibayar pada penghujung tahun polisi kelima.
Sungguhpun demikian, terdapat beberapa
insurer yang membenarkan pengeluaran
bonus tersebut pada setiap kali ulang tahun
ketiga polisi. Pemegang polisi boleh memilih
untuk meminta agar bonus dibayar kepadanya
atau disimpan oleh insurer untuk dikumpulkan
bersama faedah.
Dengan adanya ciri istimewa ini, ia membolehkan
pemegang polisi mengeluarkan bonus tunai
dalam tempoh tertentu. Oleh itu, premiumnya
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan dua
polisi insurans hayat yang telah dibincangkan
sebelum ini. Unsur simpanan juga lebih besar
tetapi sebaik sahaja bonus tunai dikeluarkan,
rizab menurun kembali ke asal dan akan
mengumpul kembali sehingga tempoh bayaran
bonus tunai berikutnya.

Pembayaran premium tunggal boleh juga


dibuat pada permulaan polisi. Melalui kaedah
ini, elemen simpanan memainkan peranan
yang penting sementara elemen perlindungan
tidak begitu ketara. Kontrak insurans seperti ini
dibeli dengan tujuan untuk pelaburan. Dibawah
pelan premium tahunan, dengan bertambahnya
jumlah pembayaran premium, premium
tahunan dan seterusnya nilai tunai atau elemen
simpanan menjadi kecil. Pilihan pembayaran
adalah bergantung kepada keadaan dan
citarasa insured.

Disebabkan premium yang agak tinggi


berbanding dengan polisi insurans hayat
yang lain, ia kurang sesuai untuk mereka
yang memerlukan perlindungan yang tinggi.
Sebaliknya, ia dapat memenuhi keperluan
mereka yang memerlukan bayaran sekali
gus pada setiap tempoh tertentu untuk tujuan
perniagaan atau untuk keperluan-keperluan
lain.

Premium
Polisi Endowmen Seumur Hidup

Ia merupakan polisi insurans hayat seumur hidup


yang diubahsuai dan premiumnya boleh dibayar
sepanjang hayat. Biasanya, ia dikeluarkan
sebagai polisi tanpa penyertaan. Ia merupakan
gandingan kontrak seumur hidup dan kontrak
endowmen dimana pemegang polisi diberikan
kebebasan mengeluarkan bonus tunai yang
dijamin yang bersamaan dengan lima belas
peratus (15%) nilai muka polisi.

Ringkasan Insurans Hayat Seumur Hidup

Premium paras bulanan, suku-tahunan,


setengah-tahunan dan tahunan
Pembayaran
premium
boleh
diberhentikan pada umur tertentu
(umpamanya pada umur 55 atau 60
tahun) atau selepas tempoh tertentu. Ini
membantu mengurangkan kos kutipan
premium khususnya bagi polisi-polisi
yang amaun insuransnya adalah kecil.

327

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Manfaat

Pembayaran jumlah diinsuranskan


dibuat ketika berlaku kematian
Biasanya nilai serahan tunai minimum
disediakan, iaitu selepas tiga tahun
Nilai jelas dibayar minimum terjamin
juga disediakan

Jaminan

Pembayaran jumlah amaun


diinsuranskan ketika kematian adalah
dijamin

Opsyen

Insurans endowmen ini boleh dianggap


sebagai insurans sementara menyusut dengan
komponen pelaburan yang meningkat. Bahagian
pelaburan kontrak ini ialah akaun simpanan
yang bertambah yang disediakan sepanjang
tempoh kontrak melalui pinjaman atau serahan
tunai polisi, kecuali untuk dua tahun pertama.
Dalam polisi endowmen jangka pendek, elemen
pelaburan adalah lebih besar sementara elemen
perlindungan tidak begitu dititikberatkan. Bagi
polisi endowmen jangka panjang, perkara
sebaliknya yang berlaku.
Kegunaan Insurans Endowmen

Biasanya tiada opsyen diberi

Kegunaan

mengumpulkan dana yang boleh digunakan


oleh pemegang polisi pada masa hadapan.

Bentuk perlindungan kekal yang paling


murah
Menyediakan faedah peruntukan tak
lucut hak, nilai serahan tunai, pinjaman,
nilai jelas berbayar dan lain-lain selepas
beberapa tahun tempoh minimum

Insurans endowmen sangat berguna dalam


beberapa cara. Kebanyakan endowmen jangka
pendek digunakan untuk tujuan pelaburan atau
menyediakan perbelanjaan pendidikan anakanak . Sementara endowmen jangka panjang
digunakan untuk tujuan persiapan menghadapi
hari tua atau menambah amaun pencen serta
melindungi kepentingan keluarga. Biasanya
kontrak ini dibiayai melalui bayaran premium
sepanjang tempoh kontrak. Premium juga boleh
dibayar secara pelan bayaran terhad, contohnya
polisi endowmen bertempoh 30 tahun dengan
premium dibayar dalam tempoh 20 tahun.

22.3.3 Insurans Endowmen

Polisi endowmen menyediakan bayaran nilai


muka polisi jika berlaku kematian diri yang
diinsuranskan semasa tempoh yang ditetapkan,
atau membayar nilai tersebut pada penghujung
tempoh polisi jika insured masih hidup. Tujuan
utama polisi yang menyediakan pembayaran
ketika berlaku kematian insured adalah
untuk dimanfaatkan oleh waris si mati. Polisi
ini menyediakan faedah yang sama dalam
tempoh tertentu, dan ia boleh dimanfaatkan
oleh insured jika ia masih hidup dipenghujung
tempoh polisi. Ciri-ciri tambahan inilah yang
dikatakan insurans, iaitu cara mudah untuk

Insurans endowmen menyediakan cara yang


berkesan untuk mengumpulkan (menyimpan)
sejumlah tertentu dana dalam tempoh yang
tertentu, disamping memperolehi perlindungan
insurans.
Konsep separa wajib melalui bayaran premium
menjadi suatu dorongan atau insentif untuk
menyimpan.
Kelebihan utama insurans endowmen ialah
ia menyediakan cara yang munasabah untuk
menyimpan dan kaedah yang pasti bagi
persediaan menghadapi hari tua atau lain-lain
kontingensi dalam tempoh masa tertentu.
328

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Kesimpulannya, insurans endowmen berguna
dalam empat cara utama:-

Ringkasan Insurans Endowmen

Premium

sebagai insentif untuk menyimpan


secara sistematik

cara yang berkesan dan mudah untuk


persediaan menghadapi hari persaraan
sebagai perlindungan terhadap
emungkinan berlaku kematian
masa

Manfaat


pra-

pengumpulan dana untuk tujuan


tertentu

Insurans Endowmen Berjangka


Insurans endowmen berjangka pada asasnya
ialah polisi endowmen dengan pembayaran
tunai secara ansuran atau lebih dikenali
sebagai manfaat kemandirian yang dibayar
oleh insurer kepada insured secara berkala
ketika tempoh polisi. Polisi ini menyediakan
faedah tambahan iaitu amaun insurans akan
dibayar sepenuhnya jika kematian berlaku ke
atas hayat yang diinsuranskan dalam tempoh
polisi. Walau bagaimanapun, jika insured hidup
hingga ke penghujung tempoh polisi, dia akan
hanya dibayar baki ansuran, biasanya 50%
daripada amaun diinsuranskan. Kebanyakan
insurer mengeluarkan polisi ini untuk tempoh
15, 20 atau 25 tahun. Contoh pelan adalah
seperti berikut:

Premium paras bulanan, suku-tahunan,


setengah-tahunan dan tahunan

Untuk polisi tanpa penyertaan, bayaran


amaun insurans dibuat jika berlaku
kematian dalam tempoh polisi atau
ketika polisi matang
Untuk polisi penyertaan, bayaran
amaun insurans berserta bonus akan
dibuat jika berlaku kematian dalam
tempoh polisi atau ketika polisi matang
Biasanya nilai serahan minimum akan
disediakan, iaitu selepas 3 tahun
Nilai jelas dibayar minimum juga
disediakan

Jaminan

Pembayaran amaun insurans apabila


berlaku kematian atau polisi matang
adalah dijamin
Premium dijamin tidak dikaji semula

Opsyen

Biasanya tiada opsyen disediakan

Polisi Endowmen Berjangka 20 Tahun Jadual


Pembayaran

22.3.4 Kontrak Anuiti Hayat Paras

Ulangtahun
Bayaran Ansuran
Polisi
( % amaun insurans)
4
10
8
10
12
10
16
20
20
50

Anuiti boleh ditakrifkan sebagai satu siri


pembayaran berkala yang dibuat untuk
tempoh yang ditetapkan atau selagi hayat
yang ditetapkan (anuitan) masih hidup. Jika
pembayaran anuiti dibuat untuk tempoh selama
anuitan masih hidup, kontrak ini digelar Anuiti
Hayat.
329

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Tujuan utama insurans hayat adalah untuk
mewujudkan harta atau mengumpul sejumlah
dana. Bagi anuiti pula, tujuan asasnya adalah
untuk mencairkan secara sistematik dana
yang telah disediakan. Dari sudut ini, anuiti
hayat boleh dikatakan bertentangan dengan
perlindungan insurans terhadap kematian.
Dalam bentuk yang lebih tulen, anuiti hayat
adalah kontrak dengan pertimbangan tunai,
insurer bersetuju membayar hayat ditetapkan
(anuitan) sejumlah amaun tertentu (anuiti),
secara berkala sepanjang hayat anuitan,
dengan persefahaman bahawa amaun prinsipal
yang sedia dikreditkan kepada anuitan akan
dianggap berbayar sebaik sahaja berlaku
kematian atas anuitan.
Anuiti bertujuan melindungi terhadap risiko
melampaui kemampuan kewangan seseorang
yang ternyata bertentangan dengan
keperluan seseorang terhadap insurans hayat,
iaitu perlindungan dari kehilangan pendapatan
akibat kematian pra-masa. Pengalaman telah
membuktikan bahawa wanita mempunyai
jangka hayat yang lebih panjang dan dengan
ini telah menjadi amalan biasa untuk memberi
syarat yang lebih ketat terhadap mereka.

masaalah ini, anuiti terjamin diperkenalkan.


Kontrak ini menyediakan jaminan bayaran
untuk tempoh yang ditetapkan dan seterusnya
sehingga berlaku kematian anuitan. Jika anuitan
meninggal dunia semasa tempoh jaminan
ini, bayaran anuiti akan diteruskan kepada
warisnya sehingga akhir tempoh jaminan.
Sebagai pilihan, peruntukan boleh dibuat untuk
memulangkan perbezaan amaun (jika ada)
antara harga belian dengan jumlah yang telah
dibayar, kepada wakil sah anuitan.

Anuiti Tertunda

Anuitan akan membuat satu pembayaran tunggal


pada permulaan kontrak, atau premium berkala
untuk tempoh tertentu. Sebagai balasan, apabila
mencapai umur tertentu atau jika anuitan masih
hidup selepas satu tempoh yang ditetapkan,
insurer akan membayar amaun tertentu anuiti
sehingga anuitan meninggal dunia.
Jika kematian berlaku sebelum pembayaran
anuiti bermula (umpamanya semasa tempoh
tertunda), premium yang telah dibayar akan
dipulangkan samada berserta faedah atau
sebaliknya, mengikut syarat polisi. Nilai serahan
juga dibenarkan semasa tempoh ini.

Terdapat banyak jenis kontrak anuiti. Berikut


adalah keterangan mengenai ciri-ciri anuiti
tersebut:

Anuiti hayat bersama adalah kontrak yang


menyediakan amaun ditetapkan sebagai
pendapatan kepada dua individu atau lebih
yang dinamakan dalam kontrak, dan bayaran
anuiti akan dihentikan selepas kematian salah
seorang hayat yang dilindungi.

Anuiti Akhiran Hayat Tunggal

Sebagai pertimbangan atas pembelian sejumlah


wang yang telah dibayar, insurer akan membuat
pembayaran berkala selagi hayat yang
dinamakan masih hidup. Penerima bayaran
dikenali sebagai anuitan dan pembayaran anuiti
dibuat dengan serta-merta.

Anuiti Akhiran Terjamin

Dibawah anuiti hayat biasa, pembayaran anuiti


akan dihentikan apabila anuitan meninggal
dunia. Oleh itu, sekiranya kematian berlaku
sebaik sahaja anuiti bermula, anuitan akan
mengalami
kerugian.
Untuk
mengatasi

Anuiti Hayat Bersama

Anuiti Pemandiri Terakhir

Tidak seperti anuiti hayat bersama yang


dibincangkan sebelum ini, kontrak anuiti
pemandiri terakhir memperuntukkan bayaran
anuiti berterusan selagi salah seorang dari
dua atau lebih hayat yang dilindungi masih
hidup. Anuiti menyediakan bayaran sehingga
semua hayat yang dilindungi meninggal dunia.
Ia menjadikan anuiti ini membuat pembayaran
330

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


yang lebih lama secara keseluruhannya dan
Pastinya anuiti ini lebih mahal berbanding
dengan bentuk anuiti yang lain.

Anuiti ini tidak bergantung kepada hidup atau


mati seseorang individu tetapi ia adalah kontrak
untuk satu tempoh yang ditetapkan.

Dalam bentuk biasa, anuiti pemandiri terakhir


ini meneruskan pembayaran amaun yang
sama sehingga kesemua anuitan meninggal
dunia. Walau bagaimanapun, peruntukan boleh
dibuat untuk menjadikan pendapatan anuiti
dikurangkan kepada dua per tiga atau separuh
dari bayaran anuiti asal (bergantung kepada
kontrak) berikutan kematian salah seorang
anuitan. Kontrak sebegini biasanya dikeluarkan
kepada suami dan isteri atau lain-lain ahli
keluarga.

Seksyen 7 Akta Insurans 1996 memperuntukkan


bahawa tiada insurer yang boleh menjalankan
perniagaan anuiti pasti di Malaysia kecuali
ia mendapat kelulusan bertulis dari BNM dan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan
oleh BNM.

Ringkasan Anuiti
Premium

Premium tunggal

Anuiti Berbalik
Manfaat

Jenis anuiti berbalik yang paling ringkas ialah


anuiti yang bermula ketika kematian hayat yang
diinsuranskan, dengan syarat anuitan (atau
penama) masih hidup. Bayaran anuiti ansuran
akan berterusan sepanjang hayat anuitan. Anuiti
ini paling popular digunakan untuk menyediakan
pendapatan kepada isteri selepas kematian
suami. Jika anuitan meninggal dunia sebelum
hayat yang diinsuranskan, kontrak akan
dibatalkan dan premium seterusnya tidak perlu
dibayar. Dalam kontrak ini, kesihatan individu
yang diinsuranskan adalah penting kepada
insurer dan pemeriksaan kesihatan adalah
diperlukan. Premium boleh dibayar sekali gus
atau secara ansuran semasa tempoh hayat
kedua-duanya, iaitu anuitan dan hayat yang
diinsuranskan.

Anuiti Pasti

Anuiti pasti bukanlah anuiti hayat. Sebagai


pertimbangan untuk pembayaran suatu
amaun tertentu yang dikenali sebagai wang
belian, insurer akan membuat pembayaran
berkala secara tahunan, setengah tahunan
atau suku tahunan untuk tempoh tertentu.
Setiap pembayaran merupakan pemulangan
sebahagian dari wang belian dan juga ansuran
faedah.

Pendapatan sepanjang hayat. Nilai


serahan tidak disediakan

Jaminan

Pembayaran pendapatan terjamin

Opsyen

tiada

Ciri-ciri

Produk ini biasanya dibeli oleh mereka


yang telah berumur yang mencari
alternatif untuk menukar wang modal
yang ada, contohnya dana gratuiti dan
manfaat polisi matang kepada sumber
pendapatan tetap sepanjang hayat.

22.3.5 Insurans Kesihatan Kekal

Insurans Kesihatan Kekal (Permanent Health


Insurance PHI) menyediakan pendapatan
semasa keuzuran atau hilang upaya untuk
tempoh yang panjang. Pendapatan yang diberi
semasa hilang upaya ini akan dihentikan pada
331

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


umur tertentu yang dipilih oleh insured ketika
polisi mula berkuatkuasa. Pendapatan yang
disediakan adalah terhad kepada amaun
maksimum sebanyak dua per tiga atau tiga per
empat daripada pendapatan insured. Ciri-ciri
penting polisi ini ialah insurer tidak dibenarkan
membatalkan polisi hanya dengan alasan
mengalami tuntutan yang buruk.
Oleh kerana pendapatan yang dibayar
merupakan pendapatan sepanjang tempoh
hilang upaya, takrifan hilang upaya mestilah
dibuat dengan tepat. Samada takrifan tersebut
boleh diterima oleh insured atau sebaliknya
banyak bergantung kepada reputasi insurer.
Polisi ini biasanya dirangka dengan menyertakan
tempoh tertangguh dan dalam tempoh ini,
manfaat tidak akan dibayar. Tempoh tertangguh
biasanya adalah sepanjang bulan pertama,
enam bulan pertama atau dua belas bulan
pertama hilang upaya berlaku. Dengan adanya
tempoh ini, premium yang dikenakan juga dapat
dikurangkan. Tempoh ini adalah syarat yang
dianggap munasabah kerana insured masih
menerima sebahagian besar gajinya untuk
tempoh insured tidak dapat bekerja.

Pembayaran
pendapatan
bermula
selepas insured jatuh sakit dan melalui
tempoh
tertangguh.
Pendapatan
berterusan sehingga sembuh atau
insured mencapai umur tertentu yang
dipilih (umpamanya 55 tahun).
Polisi ini biasanya tidak menyediakan
nilai serahan atau nilai matang
Pendapatan yang diperolehi mungkin
sama atau meningkat pada kadar yang
ditetapkan semasa permulaan polisi
Pembayaran
dikecualikan
keuzuran.

Jaminan

Pembayaran pendapatan dijamin


mengikut syarat yang ditetapkan

Opsyen

Biasanya tidak terdapat sebarang


opsyen

Ringkasan Insurans Kesihatan Kekal

Ciri-ciri lain

Premium

Premium paras bulanan, suku-tahunan,


setengah-tahunan dan tahunan
Kadangkala
premium
mungkin
meningkat mengikut kaedah yang
ditetapkan (contohnya jika jumlah
diinsuranskan juga meningkat)

premium
mungkin
ketika tempoh sakit/

Persaingan yang wujud biasanya


dalam bentuk premium yang dikenakan,
takrifan sakit/keuzuran dan reputasi
insurer membayar tuntutan
Pengunderaitan yang ketat
Mengenakan
syarat-syarat
yang
berbeza mengikut jenis pekerjaan dan
risiko

Manfaat

Menyediakan pendapatan semasa


sakit/uzur seperti yang ditakrifkan dalam
polisi

22.3.6 Perlindungan Penyakit


Merbahaya atau Kritikal

Pelan penyakit merbahaya lebih dikenali sebagai


pelan penyakit kritikal ditawarkan kepada orang
332

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


ramai sebagai rider atau manfaat tambahan
yang disertakan dalam polisi insurans hayat
kekal. Pelan penyakit kritikal yang paling asas
menyediakan perlindungan terhadap kematian,
hilang upaya sepenuhnya atau apabila telah
didiagnosis menghidap salah satu dari 36 jenis
penyakit merbahaya, dimana insurer membayar
sekali gus jumlah diinsuranskan.
36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi ialah:

Serangan sakit jantung

Strok

Penyakit koronari arteri

Kanser / barah

Kerosakan buah pinggang

Virus hepatitis fulminan

Pemindahan organ utama

Kelumpuhan / paraplegia

Multiple sclerosis

Primary pulmonary arterial


hypertension

Penyakit terminal

Penyakit neuron motor

AIDS disebabkan pemindahan darah

Penyakit parkinson

Penyakit hepar / hati yang kronik

Penyakit jantung yang kronik

Trauma kepala

Anaemia aplastik

Distrofi maskular

Ketumbuhan otak benigna

Ensephalistik

Polio

Pembedahan otak

Bakteria meningitis

Lain-lain penyakit arteri koronari yang


serius

Sindrom appalik

Hilang daya penglihatan

Penggantian injap jantung

Perlindungan AIDS untuk kakitangan


perubatan

Hilang daya pendengaran

AIDS

Pembedahan aorta

Manfaat penyakit kritikal disediakan dalam dua


bentuk yang berbeza:

Hilang daya percakapan

Penyakit alzheimer

Kelecuran utama

Koma

mempercepatkan bayaran sebahagian


atau keseluruhan manfaat kematian,
atau
menyediakan manfaat secara
berasingan

333

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Pelan penyakit kritikal menjadi semakin popular
masa kini terutamanya dikalangan mereka yang
mengutamakan kesihatan tubuh badan kerana
pelan ini menyediakan bayaran tunai sekali gus
kepada pemegang polisi yang mendapatkan
rawatan kesihatan dan menyembuhkan
penyakit.

22.3.7 Polisi Berkait Pelaburan

Seksyen 7 Akta Insurans 1996 menjelaskan


polisi insurans berkait pelaburan sebagai
kontrak insurans keatas hayat manusia atau
anuiti dimana sebahagian atau keseluruhan
manfaat ditentukan berdasarkan nilai atau
pendapatan dari harta yang mengalami turun
naik nilai, atau indeks nilai sebarang harta.
Polisi berkait pelaburan adalah polisi insurans
yang jauh berbeza dari polisi insurans biasa, dan
ia berfungsi sama seperti prinsip unit amanah.
Sebahagian besar amaun premium insurans
yang dibayar digunakan untuk membeli unit
saham di dana berkait pelaburan, ditadbir oleh
kakitangan insurer. Sebahagian kecil amaun
diperuntukkan untuk membeli perlindungan
kemortalan iaitu jumlah diinsuranskan yang
dipilih oleh pemegang polisi serta perbelanjaan
mengurus kontrak. Manfaat kematian dan nilai
tunai polisi matang tidak ditetapkan ketika polisi
mula berkuatkuasa, tidak seperti polisi insurans
biasa. Ini adalah kerana pulangan pelaburan
sentiasa mengalami turun naik nilai, seiring
dengan naik turunnya harga pasaran, dan oleh
itu ia tidak dijamin.
Tarikan utama polisi ini terletak pada bagaimana
premium yang dibayar digunakan. Premium
dibahagikan kepada beberapa komponen
iaitu:-

Perbelanjaan yang berkaitan;


Kos berkaitan kemortalan dan/atau
kemorbiditan; dan

Perbelanjaan berkaitan pelaburan.

Bagi polisi berkait pelaburan, pembahagian


komponen
premium
dijelaskan
kepada
pemegang polisi agar operasi kendalian
polisi menjadi lebih jelas dan telus. Walau
bagaimanapun, dalam usaha melindungi
kepentingan pemegang polisi, amaun maksimum
yang dibenarkan dari premium insurans asas
untuk perlindungan dibawah polisi berkait
pelaburan dihadkan kepada RM5,000 setahun
untuk setiap hayat yang diinsuranskan.
Perlaksanaan kontrak seperti ini memerlukan
insurer mengendali rekod perakaunan individu
bagi setiap pemegang polisi. Penyata yang
menunjukkan transaksi pelaburan setiap
pemegang polisi perlu dikeluarkan secara
berkala. Adalah jelas bahawa kecanggihan
sistem IT telah memudahkan pengendalian
kelas perniagaan polisi pelaburan ini.
Perlu dinyatakan disini bahawa Akta Insurans
1996 (Seksyen 7)melarang insurer menjalankan
perniagaan insurans berkait pelaburan kecuali
dengan kelulusan bertulis dari BNM dan
tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Berdasarkan dari penerangan yang diberikan,
intipati utama ialah insurans hayat berkait
pelaburan adalah seperti pelaburan unit
amanah yang digabungkan bersama dengan
insurans hayat sementara.

22.3.8 Insurans Berkumpulan

Pada asasnya, skim insurans berkumpulan ialah


usaha menginsuranskan hayat secara beramairamai dengan kadar premium yang rendah dan
kebiasaannya tanpa memerlukan pemeriksaan
kesihatan, dan tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu. Insurans ini melindungi kesemua
pekerja syarikat atau kategori pekerja tertentu
sahaja. Insurans hayat berkumpulan adalah
insurans sementara yang boleh diperbaharui
334

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


setiap tahun. Ia juga boleh dikeluarkan untuk
melindungi ahli-ahli kesatuan sekerja, ahli
persatuan, pemegang amanah dan lain-lain
entiti. Perlindungan boleh diperluaskan untuk
melindungi suami/isteri pekerja dan juga anakanak yang memenuhi kelayakan.
Walaupun secara umumnya melindungi
sekumpulan individu tanpa memerlukan
pemeriksaan kesihatan akan mengakibatkan
penerimaan nisbah yang tinggi hayat yang
keadaan kesihatan tidak memuaskan dan
memberi kesan yang buruk, mengakibatkan
pengalaman kemortalan insurer akan meningkat,
namun pada hakikatnya anti pemilihan boleh
dielakkan dengan melaksanakan langkahlangkah berikut:

Kumpulan
hayat
yang
akan
diinsuranskan mestilah wujud atas
tujuan-tujuan tertentu selain dari tujuan
insurans, contohnya pekerja industri
atau firma perdagangan atau organisasi
tertentu.
Peratusan tertentu daripada kesemua
hayat dalam kumpulan tersebut
hendaklah dilibatkan dalam skim ini
bagi membolehkan insurer dapat
mengenalpasti pengalaman purata
kemortalan berdasarkan asas pengiraan
yang ditetapkan.
Kumpulan tersebut mesti mengandungi
jumlah minimum ahli untuk melayakkan
pengecualian pemeriksaan kesihatan.
Sesetengah insurer menetapkan jumlah
minimum ahli ialah 10 orang.
Diri yang diinsuranskan hendaklah
terdiri dari pekerja sepenuh masa
dengan majikan yang mengambil
insurans. Pekerja sementara tidak layak
dilindungi. Kakitangan yang tidak hadir
bekerja ketika polisi ini berkuatkuasa
tidak akan dilindungi sehingga ia kembali
bekerja tetapi syarat ini kadangkala tidak
diperlukan semasa menguatkuasakan
polisi.

Kontrak insurans berkumpulan ini adalah


diantara insurer dengan majikan yang dinamakan
dalam Polisi Induk sebagai Grantee. Polisi
akan dikeluarkan kepada grantee dan dengan
itu insurer memberi jaminan untuk membayar
amaun diinsuranskan sekiranya berlaku
kematian kepada pekerja semasa tempoh
kuatkuasa polisi iaitu ketika mereka sedang
berkhidmat dengan majikan/grantee. Namanama pekerja yang diinsuranskan dicatitkan
dalam senarai rujukan polisi. Perlu ditegaskan
bahawa pekerja tidak mempunyai hak untuk
mengambil tindakan secara individu terhadap
insurer berkaitan dengan polisi ini.
Amaun insurans setiap pekerja ditetapkan
dengan sebegitu rupa agar pemilihan risiko
secara individu dapat dielakkan. Polisi insurans
dirangka untuk berfungsi sebagai pengganti
sementara waktu pendapatan pekerja jika
berlaku kematian semasa dalam tempoh
perkhidmatannya.
Seksyen
186
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa yang
boleh mendapatkan polisi berkumpulan untuk
sekumpulan individu yang dia tidak mempunyai
kepentingan boleh insurans tanpa menyatakan
kepada setiap individu tersebut mengenai:a.

nama insurer;

b.

hubungan dengan insurer;

c.

syarat-syarat polisi kumpulan, termasuk


imbuhan yang diberi kepadanya;

d.

premium yang dikenakan oleh insurer

Seksyen 186 seterusnya memperuntukkan


bahawa insurer bertanggungjawab kepada
setiap individu yang diinsuranskan dibawah
polisi berkumpulan sekiranya pemegang polisi
tidak mempunyai kepentingan boleh insurans
ke atas hayat diri yang diinsuranskan dan
sekiranya ia telah membayar premium kepada
pemilik polisi berkumpulan, tanpa mengambil
kira walaupun insurer tidak menerima bayaran
premium berkenaan dari pemilik polisi.
335

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Seksyen 186 juga menyatakan bahawa insurer
polisi berkumpulan, dimana pemilik polisi
tiada kepentingan boleh insurans atas hayat
individu yang diinsuranskan, akan membayar
wang yang sepatutnya dibayar dibawah polisi
berkenaan kepada individu yang diinsuranskan
atau mana-mana wakilnya yang sah. Penalti
bagi pengengkaran Seksyen 186 ialah RM1
juta.
Keperluan minimum
Jumlah minimum pekerja yang perlu dilindungi
dibawah polisi ini ialah 10 orang, walaupun
pertimbangan khas boleh dibuat untuk menerima
jumlah pekerja antara 5 orang hingga 10 orang.
Sekiranya majikan menanggung sepenuhnya
bayaran premium atau dalam erti kata lain ia
adalah skim tanpa caruman (non-contributory),
kesemua (100%) pekerja yang layak hendaklah
menyertai skim ini. Manakala sekiranya majilkan
dan pekerja berkongsi bayaran premium atau
skim berserta caruman, sekurang-kurangnya
75% pekerja yang layak perlu menyertai skim
yang dimaksudkan.
Kelayakan
Semua pekerja sepenuh masa yang berumur
antara 16 tahun hingga 55 tahun dan aktif bekerja
ketika pada tarikh permulaan kuatkuasa polisi
adalah layak menyertai skim ini. Kadangkala
umur maksimum penyertaan boleh dilanjutkan
kepada 59 tahun. Mereka yang tidak bekerja
ketika tarikh mula kuatkuasa polisi adalah layak
menyertai skim tersebut pada hari pertama
bulan berikutnya mereka kembali bekerja.

Percuma, tiada pemeriksaan kesihatan yang


dikenakan. Had perlindungan percuma ialah
amaun insurans yang boleh dipohon dimana
perlindungan insurans boleh diberikan tanpa
memerlukan bukti perubatan. Sekiranya terdapat
pekerja yang layak tetapi tidak menyertai
skim berkenaan dalam tempoh 31 hari dari
tarikh kelayakannya, bukti kebolehinsuranan
yang memuaskan pihak insurer hendaklah
dikemukakan oleh pekerja itu sendiri apabila
ia mengambil keputusan untuk menyertai
skim insurans berkumpulan ini. Perbelanjaan
menyediakan
bukti
kebolehinsuranan
ditanggung sendiri oleh pekerja. Had
perlindungan percuma akan ditentukan setiap
tahun dan dikaji semula sekiranya perlu.
Amaun Insurans
Terdapat beberapa cara untuk menetapkan
amaun insurans. Salah satu cara yang paling
mudah ialah menetapkan amaun insurans
yang serupa untuk semua pekerja. Contohnya
amaun insurans mendatar sebanyak RM10,000
bagi setiap pekerja. Ternyata kaedah ini tidak
mengambilkira tempoh perkhidmatan, gaji,
kategori jawatan, jantina atau umur pekerja.

Pekerja baru pula layak menyertai skim


berkenaan pada hari pertama bulan berikutnya
setelah tamat tempoh yang digelar tempoh
menunggu. Majikan akan menentukan tempoh
menunggu ini.

Kaedah lain ialah mengkelaskan pekerja


mengikut jumlah gaji atau jenis pekerjaan.
Amaun insurans mungkin ditetapkan mengikut
tangga gaji pekerja dan setiap pekerja akan
dilindungi amaun insurans tertentu bagi setiap
tangga gaji. Sistem pembahagian mengikut
jenis pekerjaan pula digunakan untuk jurujual
yang bekerja berdasarkan komisen atau pekerja
kilang yang dibayar upah berdasarkan kerja
yang telah disiapkan. Contoh pengkelasan
mengikut pekerjaan juga boleh dibuat dengan
mengkelaskan pekerja berdasarkan kategori
pengurusan, penyelia dan lain-lain pekerja
dimana amaun insurans yang berbeza
ditetapkan bagi setiap kategori.

Bukti kebolehinsuranan

Pengiraan Premium

Sekiranya amaun insurans bagi setiap pekerja


adalah lebih rendah dari Had Perlindungan

Premium insurans hayat berkumpulan dikira


berdasarkan umur sekiranya jumlah pekerja
336

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


yang dilindungi adalah kecil. Jika jumlah pekerja
adalah besar, premium purata yang bergantung
kepada taburan umur dan jantina kumpulan
tersebut akan dikenakan, dengan mengambil
kira pengkadaran jenis pekerjaan sekiranya
berkaitan. Pengiraan tersebut dilakukan setiap
tahun dan kecuali terdapat perubahan taburan
umur dan jantina insured, premium purata yang
dikenakan mungkin tidak berubah.
Premium boleh dibayar secara tahunan,
setengah-tahunan, suku-tahunan dan bulanan.
Sekurang-kurangnya satu bulan premium
perlu dibayar sebelum tarikh kuatkuasa polisi
dan 31 hari tempoh tenggang diberikan untuk
pembayaran premium seterusnya.
Perluasan Insurans terhadap Hilang Upaya

premium yang dikenakan pada tahun pertama


akan diselaras dengan menaik dan menurunkan
kadar premium pada tahun berikutnya
berdasarkan pengalaman tuntutan sebenar.
Kadar premium adalah mewakili pengalaman
kumpulan berkenaan dan membolehkan insurer
menetapkan kos bersih yang lebih baik kepada
majikan.
Perlindungan yang ditawarkan dibawah Jabatan
Insurans Hayat Berkumpulan adalah seperti
berikut:-

Insurans Hayat Sementara


Berkumpulan

Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan

Insurans Penyakit Kritikal Berkumpulan

Peruntukan
ini
dikuatkuasakan
untuk
memperluaskan manfaat kematian sekiranya
penyertaan dalam skim insurans hayat
berkumpulan diberhentikan disebabkan hilang
upaya akibat kemalangan atau sakit.

Permohonan, Kontrak Induk dan Sijil

Polisi insurans berkumpulan boleh dikeluarkan


dengan gabungan salah satu atau beberapa
perlindungan yang dinyatakan di atas. Kadar
komisen yang dibayar untuk perniagaan baru
atau perniagaan pembaharuan polisi insurans
berkumpulan yang diunderait oleh insurer ialah
10% dari premium kasar tahunan.

Majikan mestilah membuat permohonan


insurans melalui borang yang disediakan oleh
insurer dan perlu ditandatangani oleh pegawai
yang diberi kuasa. Setiap pekerja akan mengisi
dengan lengkap satu kad yang mengandungi
maklumat seperti nama, tarikh lahir, nama waris
dan hubungan dengan waris.

Insurans Penghospitalan &


Pembedahan Berkumpulan
Insurans Endowmen Berkumpulan

22.3.9 Manfaat Tambahan


Satu polisi induk akan dikeluarkan kepada
majikan dan ia merupakan bukti wujudnya
kontrak insurans antara insurer dan majikan. Sijil
insurans akan dikeluarkan kepada setiap pekerja.
Sijil ini mengandungi maklumat mengenai nama
pekerja dan amaun perlindungan.
Ciri-ciri lain
Pengkadaran
Berdasarkan
Pengalaman
digunakan untuk skim insurans berkumpulan
yang besar yang mengandungi lebih dari 2,000
ahli. Ia ditakrifkan sebagai proses umum dimana

Kontrak asas insurans hayat biasanya


menyediakan manfaat tunai kepada waris jika
insured meninggal dunia atau manfaat tunai
kepada insured jika insured masih hidup pada
akhir tempoh polisi. Terdapat beberapa faedah
sampingan/tambahan yang boleh disertakan
bersama-sama dengan polisi insurans hayat,
dimana faedah sampingan ini menyediakan
manfaat yang berbeza sekiranya berlaku
kejadian tertentu yang diinsuranskan. Faedah
tambahan yang biasa ditawarkan ialah yang
337

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


berkaitan dengan kematian akibat kemalangan,
hilang upaya dan sakit. Faedah-faedah ini
disertakan kepada polisi asas sebagai rider,
dengan bayaran premium tambahan.

Faedah Kematian Akibat Kemalangan

Perlindungan Manfaat Kemalangan


Diri

Rider ini menyediakan pembayaran amaun yang


telah ditetapkan jika hayat yang diinsuranskan
mengalami sebarang kecederaan secara
langsung dan semata-mata dari tindakan
luaran yang ganas dan ketara. Memandangkan
kepentingan syarat yang dinyatakan, Penjelasan
berikut perlu difahami;

Syarikat insurans hayat biasanya menawarkan


pembayaran tunai mengikut skala yang
ditetapkan untuk setiap kejadian seperti
kematian, hilang daya penglihatan kedua
belah mata, kehilangan dua tangan atau kaki
atau hilang penglihatan sebelah mata dan satu
tangan/kaki, hilang upaya kekal dan menyeluruh
(selain dari yang dinyatakan di atas); dan hilang
upaya sementara dan menyeluruh (sehingga ke
had maksimum 52 minggu).
Amaun bayaran ditetapkan mengikut kadar
jumlah diinsuranskan dibawah polisi hayat asas
dan faedah mingguan diselaraskan mengikut
kadar yang berpadanan. Premium tambahan
yang dikenakan adalah mengikut jenis pekerjaan
insured dan pengalaman tuntutan. Faedah
ini biasanya tidak ditawarkan selepas umur
tertentu (diantara umur 60 atau 65 tahun).

Kemalangan ditakrifkan sebagai nahas


yang tidak dicari atau kejadian malang
yang tidak dijangka atau sengaja
direka

Contoh klasifikasi/jenis pekerjaan adalah seperti


berikut:

Kecederaan Anggota Badan termasuk


kejutan saraf dan tidak terhad kepada
retak tulang, lebam atau kecederaan
organ.

Seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja


pejabat, iaitu individu yang menyandang
jawatan profesional, pengurusan, pentadbiran
dan perkeranian

Keganasan. Keganasan ditahap yang


paling rendah adalah mencukupi bagi
memenuhi keperluan kontrak.

Kelas 2

Luaran. Penyebab mestilah berlaku


diluar anggota badan, tetapi kecederaan
dalaman adalah mencukupi untuk
menimbulkan tuntutan yang sah
sekiranya ia disebabkan oleh tindakan
luaran.

Seseorang yang terlibat dengan perniagaan


pemborong
atau
peruncit,
penjualan,
pemasaran, atau kerja-kerja penyeliaan dimana
fungsi tugasnya juga melibatkan perjalanan
ke sesuatu destinasi atas urusan perniagaan
tetapi tidak melibatkan kerja-kerja buruh atau
penggunaan peralatan atau terdedah kepada
bahaya tertentu.

Ketara. Sesuatu kemalangan yang


jelas boleh dilihat dan disahkan
oleh saksi sekiranya saksi berada
ditempat kejadian. Syarat ini mungkin
diperkenalkan bagi membantu dalam
membuktikan
kemalangan
yang
berlaku.

Kelas 1

Kelas 3
Seseorang yang kadangkala atau biasanya
terlibat dengan kerja-kerja buruh, tidak terdedah
kepada bahaya tertentu tetapi ia melakukan
tugas dengan menggunakan peralatan atau
mesin.
338

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Pengecualian yang biasa dikenakan ialah;

Manfaat Hilang Upaya

a.

b.

c.

d.

Peperangan,
keganasan,
perang
saudara rusuhan dan huru hara awam,
Bunuh diri, mencederakan diri sendiri,
parasit, bakteria atau jangkitan virus,
kecacatan mental & fizikal atau infirmiti,
mengandung, bersalin, keguguran
atau sebarang komplikasi semasa
mengandung, HIV dan/atau penyakit
yang berkaitan dengan HIV termasuk
AIDS,
serangan/menyebabkan
berlakunya pembunuhan, pengambilan
dadah dan alkohol.
Sukan bertaraf profesional atau semiprofesional, melakukan penerbangan
sebagai seorang juruterbang atau kaki
tangan kabin mana-mana pesawat,
mendaki gunung, luncur air, polo,
kereta luncur salji, sebarang bentuk
perlumbaan
dan/atau
perlumbaan
berhalangan, tinju, gusti, payung terjun,
luncur udara, terjun udara, sukan laut,
berperahuatau berkayak,pertandingan
atau rali sukan permotoran, ujian masa,
ujian lasak atau sebarang perlumbaan
kecuali lumba jalan kaki.
Melakukan penerbangan, kecuali
sebagai penumpang berbayar.
Manfaat Kemalangan Berganda

Manfaat ini menyediakan pembayaran dua kali


ganda (atau mungkin tiga kali ganda) amaun
insurans dibawah polisi asas jika berlaku
kematian kepada insured disebabkan secara
langsung oleh kecederaan anggota badan akibat
perbuatan yang ganas, luaran dan nyata.
Seperti manfaat kemalangan diri, premium
tambahan yang dikenakan akan berbeza
mengikut kelas pekerjaan dan had umur.
Kematian disebabkan bunuh diri, mencederakan
diri sendiri, penyalahgunaan dadah dan alkohol,
penyakit dan wabak biasanya dikecualikan.

Manfaat Hilang Upaya Kekal

Manfaat ini memperuntukkan bahawa sekiranya


insured sebelum mencapai usia 65 tahun
mengalami hilang upaya sehingga ke tahap
ia tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan
untuk mendapatkan upah atau keuntungan,
atau tidak diterima untuk bekerja oleh manamana majikan pada masa akan datang, maka
insurer akan;
a.

mengecualikan semua pembayaran


premium akan datang,

b.

membayar
jumlah
diinsuranskan
berserta sebarang bonus yang berkaitan
dalam 10 bayaran ansuran tahunan.
Jika insured meninggal dunia atau polisi
matang sebelum insured menerima
kesemua 10 bayaran, baki bayaran
akan dibayar sekali gus.

Terdapat pelbagai variasi dalam mentakrifkan


hilang upaya kekal dan mengenakan
pengecualian. Biasanya fasal pengecualian
adalah selaras dengan apa yang diberi dalam
manfaat kematian akibat kemalangan.
Disamping itu, masih terdapat beberapa
perbezaan yang nyata, contohnya membuat
bayaran
pendahuluan
sekiranya
timbul
tuntutan hilang upaya kekal atau pembayaran
dilanjutkan hilang upaya berlanjutan untuk
tempoh tertentu.

Manfaat Pengecualian Bayaran


Premium

Manfaat sampingan ini membolehkan insurer


mengenepikan premium pembaharuan yang
perlu dibayar selepas insured mengalami hilang
upaya kekal dan menyeluruh untuk tempoh
berpanjangan dan bukti hilang upaya berterusan
telah diserahkan kepada insurer. Kebanyakan
syarikat insurans menawarkan faedah ini tanpa
mengenakan premium tambahan atas hilang
upaya kekal dan menyeluruh.
339

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Hilang upaya menyeluruh bermakna hilang
upaya sepenuhnya yang dialami oleh insured
disebabkan kecederaan anggota badan atau
penyakit/sakit yang dihidapi berpunca dari
tempat kerja dan ketika menjalankan tugas
untuk mendapatkan upah atau keuntungan.
Insurer berhak untuk meminta bukti hilang
upaya berterusan. Jika tiada sebarang bukti
dikemukakan atau jika insured telah sembuh
dan berupaya untuk kembali bekerja, manfaat
ini akan ditarik balik dan premium seterusnya
perlu dibayar seperti biasa.

Bayaran pendahuluan dibawah manfaat ini


tidak dikenakan faedah dan akan ditolak
daripada amaun insurans ketika bayaran
tuntutan kematian atau tuntutan polisi matang.
Pendahuluan ini tidak akan mengurangkan
amaun premium atau menjejaskan sebarang hak
untuk menerima agihan bonus masa hadapam.
Terdapat had minimum dan maksimum dalam
bayaran pendahuluan ini. Had maksimum
ialah peratusan dari amaun insurans. Untuk
mengelakkan dari disalahgunakan, beberapa
pengecualian dikenakan ke atas manfaat ini.

Manfaat Keuzuran/Sakit

Memandangkan perniagaan insurans perubatan


dan kesihatan adalah agak rumit, Bank Negara
Malaysia telah mengeluarkan pekeliling JPI/
GPI 16 mengenai Penyelarasan Susunan
Ayat Dalam Polisi Perubatan dan Panduan
Minimum Polisi Perubatan pada 26 Ogos
2005. Semua polisi perubatan yang dijual atau
diperbaharui pada dan selepas 1 Januari 2006
adalah tertakluk kepada pekeliling JPI/GPI 16
berkenaan.

Manfaat Penghospitalan

Manfaat sampingan ini menyediakan suatu


bentuk perlindungan kepada insured dari
kerugian kewangan kerana insured ditahan
dihospital untuk menerima rawatan lanjut
disebabkan sakit atau kecederaan. Biasanya
manfaat ini ditawarkan kepada mereka yang
bebas daripada sebarang kecacatan fizikal atau
infirmiti ketika polisi mula berkuatkuasa
Sesetengah insurer menghadkan manfaat ini
kepada perbelanjaan sebenar yang ditanggung,
iaitu insurer membuat bayaran kembali kepada
insured. Terdapat juga insurer yang menawarkan
manfaat ini dengan menyediakan kadar harian
atau mingguan, tertakluk kepada had maksimum
tertentu yang bergantung kepada umur insured
dan jumlah diinsuranskan polisi hayat asas.

Bagi pengendali takaful yang mengunderait


polisi perubatan, JPIT 11 boleh dijadikan
panduan berkaitan polisi perubatan yang dijual
atau diperbaharui pada dan selepas 3 Januari
2008.

22.3.10 Polisi Pelbagai

Insurans Hayat Bersama


Manfaat Bayaran Pembedahan dan
Rawatan

Satu lagi kepelbagaian dalam manfaat keuzuran/


sakit ialah manfaat bayaran/fi pembedahan
dan rawatan. Manfaat ini berbentuk bayaran
pendahuluan berdasarkan amaun insurans,
digunakan untuk membayar caj yang dikenakan
oleh pakar bedah, caj rawatan dan lain-lain
bayaran berkaitan, atas pembedahan yang
dilakukan ke atas insured semasa tempoh
polisi.

Sungguhpun kebanyakan insurans hayat


diunderait untuk satu hayat (insurans hayat
tunggal), secara teorinya adalah tidak mustahil
untuk mengeluarkan kontrak insurans hayat
untuk sebarang jumlah hayat. Jika kontrak
diunderait untuk dua hayat atau lebih, ia digelar
Polisi Hayat Bersama. Polisi ini menyediakan
bayaran amaun insurans sekiranya berlaku
kematian keatas salah seorang dari dua atau
lebih dari dua hayat yang dilindungi oleh
kontrak. Sekiranya amaun insurans dibayar
apabila berlaku kematian keatas semua hayat
340

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


yang dilindungi, polisi ini dikenali sebagai Polisi
Pemandiri Terakhir.
Polisi hayat bersama boleh dikeluarkan dibawah
sebarang jenis polisi kekal seperti polisi insurans
seumur hidup dan juga endowmen, tetapi tidak
boleh dikeluarkan dibawah polisi insurans
sementara. Kadar premium dibawah polisi
hayat bersama untuk amaun insurans tertentu
adalah lebih rendah berbanding dengan amaun
premium sekiranya polisi yang berasingan
dikeluarkan untuk kedua-dua hayat tersebut.
Walau bagaimanapun, dengan kematian
salah seorang hayat yang diinsuranskan,
kontrak insurans hayat bersama tersebut akan
ditamatkan dan hayat yang masih hidup tidak
lagi dilindungi insurans.
Terdapat dua kegunaan utama polisi insurans
ini:a.

b.

Ke atas hayat suami dan isteri, wang


polisi ini biasanya dibayar kepada
pasangan yang masih hidup.

dengan membeli kepentingan perniagaan si mati


dan menyusun semula perniagaan perkongsian
berkenaan. Polisi hayat bersama menyediakan
prosid yang akan dibayar kepada rakan kongsi
yang masih hidup atas kematian pertama yang
berlaku. Wang prosid akan digunakan untuk
membeli kepentingan perniagaan rakan kongsi
yang telah meninggal dunia.
Insurans Kanak-Kanak
Perniagaan insurans hayat telah diubahsuai
untuk memenuhi keperluan masa kini
disebabkan berlakunya perubahan kehidupan
sosial masyarakat awam. Diantara
polisi
insurans yang pelbagai dan lebih rumit, yang
berubah dari bentuk asalnya yang lebih mudah,
kewujudan beberapa polisi insurans kanakkanak adalah penting dan menarik perhatian.
Polisi yang dikeluarkan adalah tergolong
kepada dua kelompok utama iaitu:
i.

insurans
yang
menyediakan
pembiayaan pendidikan dan persediaan
kanak- kanak menghadapi kehidupan
apabila ia mencapai umur majoriti; dan

ii.

insurans tertunda yang bertujuan untuk


memulakan program insurans kekal bagi
kanak-kanak dengan kadar premium
yang rendah dan untuk memastikan
kanak-kanak
tersebut
mempunyai
perlindungan insurans hayat walaupun
mungkin dia tidak boleh diinsuranskan
pada masa hadapan.

a.

Polisi Pelajaran Terpelihara

Ke atas hayat rakan kongsi perniagaan.

Tujuan polisi ini adalah untuk menggantikan


modal perniagaan yang mungkin dikeluarkan
ketika berlaku kematian ke atas salah seorang
rakan kongsi. Secara umumnya, apabila berlaku
kematian kepada salah seorang rakan kongsi,
perkongsian perniagaan akan dibubarkan.
Rakan kongsi yang masih hidup dikehendaki
menutup perniagaan dan membayar kepada
pentadbir harta si mati suatu amaun yang
dianggap berpatutan dari nilai kecairan
perniagaan. Pembubaran perniagaan akan
melibatkan penjualan aset secara paksa yang
seterusnya akan mengakibatkan susut nilai
aset yang ketara. Melihat dari perspektif rakan
kongsi yang masih hidup, pembubaran bukan
sahaja akan merugikan mereka akibat nilai
aset yang semakin merosot, malah yang lebih
membimbangkan ia menutup mata pencarian
mereka. Melihat kepada masaalah serius yang
mungkin timbul, rakan kongsi yang masih hidup
akan berusaha untuk meneruskan perniagaan

Salah satu tanggungjawab utama ibubapa ialah


memberikan pendidikan yang mencukupi untuk
anak-anak. Dengan bertambahnya kemudahan
pengajian tinggi dan peningkatan kos kerana
memanfaatkan kemudahan berkenaan, ia
melibatkan pembiayaan yang besar sepanjang
tempoh pengajian dan latihan profesional
kanak-kanak tersebut. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab ibubapa atau penjaga untuk
membuat persediaan seperti menyimpan wang
341

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


secara selamat dan menguntungkan untuk
tempoh yang lama bagi keperluan dikemudian
hari.
Polisi pelajaran terpelihara ini dikeluarkan atas
hayat ibu atau bapa. Kanak-kanak tersebut
dinamakan sebagai waris dan wang polisi
akan dibayar kepada anak tersebut ketika ia
mencapai umur yang ditetapkan, seperti yang
tercatat dalam polisi. Prosid polisi ini akan
digunakan sebagai modal untuk membiayai
pengajian tinggi anak tersebut. Amaun insurans
boleh dibayar ketika polisi matang, samada
sekali gus atau secara ansuran untuk tempoh
yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan
sebenar. Secara dasarnya, jika ibu bapa
kanak-kanak berkenaan meninggal dunia
dalam tempoh kuatkuasa polisi, bayaran
premium akan dikecualikan tetapi wang polisi
hanya akan dibayar pada penghujung tempoh
yang ditetapkan iaitu apabila anak yang
dimaksudkan telah mencapai usia tertentu.
Kebaikan polisi ini ialah premium yang dibayar
mendapat pengecualian cukai dibawah Akta
Cukai Pendapatan.
b.

Insurans Kanak-Kanak Tertunda

Dibawah pelan ini, polisi dikuatkuasakan


oleh ibubapa keatas hayat anaknya. Polisi ini
memandang jauh kehadapan iaitu apabila
kanak-kanak berkenaan telah menjadi dewasa.
Ibubapa biasanya inginkan anak mereka
memulakan kehidupan dengan berbekalkan
modal tertentu atau dengan perlindungan
insurans hayat yang telah disediakan oleh
mereka. Dalam hal ini, ibubapa boleh mengambil
polisi insurans tertunda atas hayat anaknya
semasa anak tersebut masih kecil. Premium
akan dibayar oleh ibubapa sehingga anak
tersebut mencapai umur tertentu (biasanya 18
atau 21 tahun) dan mampu mencari sumber
pendapatan sendiri. Ketika mencapai umur
letak hak, anak tersebut akan mengambilalih
polisi tersebut dan premium seterusnya akan
dibiayai olehnya. Perlindungan risiko atau
perlindungan insurans biasanya bermula pada
umur letak hak tertentu, tanpa mengambil kira

keadaan kesihatannya pada ketika itu. Jika ia


meninggal dunia sebelum mencapai umur letak
hak, semua premium yang telah dibayar akan
dipulangkan. Sebaik sahaja polisi diserahkan
kepada anak dan terus berkuatkuasa, semua
tuntutan boleh dibuat pembayaran. Biasanya,
sebelum mencapai umur letak hak, polisi
tersebut adalah tidak berserta keuntungan,
tetapi selepas umur letak hak polisi itu menjadi
polisi berserta keuntungan.
Premium perlu dibayar sepanjang tempoh
kuatkuasa polisi walaupun ibubapa telah
meninggal dunia sebelum polisi itu diserahkan
kepada anaknya. Walau bagaimanapun,
peruntukan tambahan boleh dibuat (dipanggil
Manfaat
Penepian
Premium)
terhadap
polisi berkenaan agar insurer bersetuju
untuk mengenepikan pembayaran premium
seterusnya , bermula dari tarikh kematian ibu
atau bapa sehingga anak mencapai umur letak
hak. Ciri-ciri tambahan yang boleh disertakan
ialah menginsuranskan hayat ibu bapa dan
insurer akan menilai risiko tersebut secara
berasingan, termasuk memerlukan pemeriksaan
kesihatan ibu bapa, jika perlu. Premium untuk
faedah tambahan ini adalah berbeza mengikut
umur, risiko pekerjaan dan keadaan kesihatan
ibu bapa.
Ia boleh dilihat bahawa insurans jenis ini
merupakan kontrak endowmen tulen sehingga
anak tersebut mencapai umur letak hak dan
selepas pengambilalihan ia boleh diteruskan
sebagai polisi seumur hidup atau endowmen.
Dibawah
undang-undang
Akta
Cukai
Pendapatan 1967 di Malaysia, premium yang
dibayar dibawah pelan pendidikan kanak-kanak
dan polisi manfaat perubatan adalah layak
untuk mendapat pelepasan cukai tidak melebihi
RM3,000 setahun. Polisi pelajaran hendaklah
memenuhi keperluan berikut:1.

anak merupakan pewaris polisi


berkenaan.

2.

sekiranya diri yang diinsuranskan ialah


ibubapa, anak hendaklah menjadi
penama

342

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


3.

sekiranya diri yang diinsuranskan ialah


anak, hayat pembayar juga mestilah
dilindungi, dan

4.

Manfaat polisi matang hendaklah


dibayar apabila anak berumur antara 13
hingga 25 tahun.

1. Pelan Takaful Keluarga dengan tempoh



a) 10 tahun
b) 15 tahun
c) 20 tahun
d) 25 tahun

22.4 JENIS - JENIS PERNIAGAAN


TAKAFUL KELUARGA

e) 30 tahun
f) 35 tahun

Pelan takaful keluarga pada asasnya merupakan


pelan perlindungan jangka panjang dan
pelaburan. Pelan ini menyediakan perlindungan
dalam bentuk bantuan kewangan bersama
terhadap kemalangan disebabkan kematian
pra-masa atau sebagai pelaburan untuk
menghadapi sebarang keperluan kewangan
masa hadapan sekiranya peserta masih hidup
pada penghujung tempoh pelan.
Mana-mana individu yang berumur antara 18
hingga 55 tahun boleh menyertai pelan ini.
Walau bagaimanapun, pelan ini akan matang
sebelum peserta mencapai usia 65 tahun.
Sebagai tambahan, peserta pelan takaful
keluarga boleh memilih untuk menyertakan
manfaat tambahan berikut:1. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

2. Kemalangan Diri

3. Manfaat Penghospitalan

22.4.1 Jenis Pelan Takaful Keluarga

Syarikat takaful menyediakan jenis pelan takaful


keluarga berikut untuk penyertaan individu dan
juga badan korporat:

2. Pelan Takaful Gadaijanji


3. Pelan Takaful Pendidikan
4. Pelan Takaful Berkumpulan
5. Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan

22.4.2 Operasi Kendalian Pelan


Takaful Keluarga

Seseorang individu yang menyertai manamana pelan takaful keluarga dan menjadi
seorang peserta, ia perlu menandatangani
kontrak takaful dengan syarikat takaful,
berasaskan prinsip mudharabah. Kontrak yang
ditandatangani jelas menunjukkan hak dan
tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam
kontrak berkenaan.
Setelah menyertai pelan takaful, peserta perlu
menentukan amaun caruman (premium) takaful
yang termasuk bahagian tabarru (derma) yang
perlu dibayar secara teratur kepada pihak
syarikat. Bayaran ansuran ini akan dikreditkan
ke dalam dana yang dikenali sebagai Dana
Takaful Keluarga.

343

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


22.4.3 Akaun Peserta (AP) Dan
Akaun Khas Peserta (AKP)

Setiap bayaran ansuran takaful yang dibayar


oleh peserta akan dibahagikan dan dikreditkan
kepada dua akaun yang berbeza iaitu:
1.

Akaun Peserta (AP)

Jadual 1
Amaun Tabarru untuk Pelan Takaful Keluarga
(setiapRM1,000 Manfaat Kematian Takaful
Keluarga)

2.

Adalah penting untuk dinyatakan disini bahawa


amaun yang dikreditkan ke dalam AKP yang
mengandungi sumbangan tabarru peserta
mencerminkan kos tahunan takaful terhadap
risiko yang dilindungi. Faktor umur peserta
dan tempoh pelan adalah bersamaan dengan
faktor-faktor yang menentukan kos tahunan
polisi sementara dalam insurans konvensional.
Jadual 1 menunjukkan amaun tabarru yang
akan dikreditkan ke dalam AKP
Sumbangan

= AP + AKP

= (simpanan/pelaburan) + tabarru

=(simanan/pelaburan) + premium risiko

AP dan AKP kemudiannya disatukan dalam Dana


Takaful Keluarga untuk diuruskan oleh pihak
syarikat. Syarikat akan membuat pelaburan
dalam bidang pelaburan yang dibenarkan oleh
Syariah, Keuntungan pelaburan dan lebihan
pengunderaitan akan dikongsi bersama antara
peserta dan syarikat mengikut perjanjian
mudharabah. Sebagai contoh, pembahagian
keuntungan mungkin berdasarkan : 20%
kepada syarikat dan 80% kepada peserta.

Akaun Khas Peserta (AKP)

Pembahagian amaun ansuran/caruman dalam


pelan takaful keluarga adalah bergantung
kepada amaun yang dicadangkan oleh syarikat
takaful. Sebagai contoh, 50% daripada ansuran
akan dimasukkan ke AP dan selebihnya
kedalam AKP. Amaun yang akan dimasukkan
kedalam AKP dibuat dengan berniatkan tabarru
untuk dikumpulkan dalam dana risiko. Syarikat
takaful akan menggunakan dana ini untuk
membuat bayaran manfaat takaful kepada
waris apabila peserta meninggal dunia sebelum
menyempurnakan tempoh pelan. Bahagian
ansuran selebihnya akan dikreditkan kedalam
AP. Fungsi utama AP ialah untuk simpanan dan
pelaburan

22.4.4 Manfaat Takaful Keluarga

Manfaat takaful keluarga dibahagikan kepada 3


bahagian utama iaitu;

faedah kematian

faedah kematangan

nilai serahan

Manfaat ini bergantung kepada nisbah yang


dipersetujui antara AP dan AKP. Umpamanya,
peserta bersetuju menyumbang 50% daripada
sumbangan takafulnya sebagai tabarru iaitu
AKP, dan selebihnya sebagai sumbangan
kedalam AP. Manfaat insurans peserta akan
dikira berdasarkan kepada AKP. Keuntungan
pelaburan ialah nilai terkumpul dalam AP.

344

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


Manfaat takaful keluarga akan dibayar kepada
peserta bergantung kepada tiga kes berikut:
Kes 1 : Peserta meninggal dunia sebelum

tamat tempoh pelan takaful

Ini adalah manfaat kematian dimana
amaunnya adalah sama dengan amaun
manfaat kematian yang dinyatakan
dalam pelan, dibayar berserta dengan
nilai terkumpul dalam AP peserta.

Kes 2 : Peserta masih hidup pada



penghujung tempoh pelan takaful
Ini adalah manfaat kematangan dimana
amaun yang akan dibayar adalah jumlah
nilai terkumpul dalam AP peserta dan
perkongsian surplus dari dana risiko
ketika tarikh matang.
Kes 3 : Peserta menamatkan kontrak
Ini adalah manfaat serahan dan
merupakan amaun nilai terkumpul
dalam AP peserta.

345

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 22
1.

Opsyen yang membenarkan pemegang polisi diberi pilihan untuk menukar polisi
kepada insurans kekal seperti insurans hayat seumur hidup atau endowmen tanpa
perlu mengemukakan bukti kebolehinsuranan, tetapi tertakluk kepada penyelarasan
premium yang dikenakan dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

2.

Tiga kelas utama kontrak insurans hayat ialah


a.
b.
c.
d.

3.

biasa, jangka pendek dan perkhidmatan rumah-ke-rumah


biasa, berkumpulan dan insurans kesihatan
biasa, perkhidmatan rumah-ke-rumah dan insurans berkumpulan
jangka pendek, perkhidmatan rumah-ke-rumah dan insurans kesihatan

Apakah ciri-ciri polisi insurans sementara?


a.


b.


c.

d.

4.

opsyen kebolehinsuranan terjamin.


opsyen boleh tukar terjamin.
opsyen kesesuaian terjamin.
opsyen kekal terjamin.

Pembayaran jumlah diinsuranskan hanya apabila berlaku kematian, tiada


nilai serahan atau nilai matang dan ia memberi jaminan perlindungan dengan
kos terendah.
Pembayaran jumlah diinsuranskan ialah pada penghujung tempoh polisi
sekiranya insured masih hidup, nilai serahan dan nilai matang disediakan
dan premium dikaji semula.
Pembayaran jumlah diinsuranskan hanya apabila berlaku kematian,
pengecualian bunuh diri jarang dikenakan dan premium dikaji semula.
Pembayaran jumlah diinsuranskan ialah pada penghujung tempoh polisi
sekiranya insured masih hidup, nilai jelas dibayar disediakan dan premium
tidak dikaji semula.

Sebagai balasan kepada pembayaran sejumlah wang yang dikenali sebagai harga
belian, insurer bersetuju membuat siri bayaran secara berkala, bermula dari tarikh
yang ditetapkan sehingga berlaku kematian kepada anuitan atau insured, atau
sehingga kesuatu tarikh yang ditetapkan. Pelan ini dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

skim pencen
anuiti
manfaat pendapatan keluarga
insurans endowmen

346

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


5.

Di bawah skim insurans berkumpulan, pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak


ialah
a.
b.
c.
d.

6.

Polisi yang menyediakan sumber pendapatan ketika insured menghidap sakit atau
hilang upaya berpanjangan dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

7.

pelan takaful gadaijanji.


pelan takaful perubatan dan kesihatan.
pelan berkait pelaburan.
pelan takaful berkumpulan.

Polisi pendidikan perlu memenuhi syarat-syarat berikut bagi melayakkannya


mendapat pengecualian cukai, kecuali
a.
b.

c.

d.

9.

polisi penyakit merbahaya.


polisi berkait pelaburan.
polisi insurans kesihatan kekal.
polisi insurans hilang upaya kekal.

Yang manakah diantara pelan berikut tidak disediakan oleh pengendali takaful?
a.
b.
c.
d.

8.

majikan dan pekerja.


pekerja, majikan dan syarikat insurans.
majikan dan syarikat insurans.
waris, pekerja, majikan dan syarikat insurans.

waris adalah ibubapa.


sekiranya hayat yang diinsuranskan ialah anak, hayat pembayar premium
juga perlu diinsuranskan.
sekiranya hayat yang diinsuranskan ialah ibubapa, anak mestilah menjadi
penama.
manfaat polisi matang hendaklah dibayar apabila anak berumur antara 13
tahun hingga 25 tahun.

Perlindungan yang ditawarkan oleh jabatan insurans berkumpulan syarikat insurans


hayat tidak termasuk produk berikut;
a.
b.
c.
d.

insurans hayat sementara berkumpulan.


insurans kemalangan diri berkumpulan.
insurans isi rumah berkumpulan.
insurans endowmen berkumpulan.

347

BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA


10.

Amaun maksimum premium insurans asas yang dibenarkan dibawah polisi berkait
pelaburan ialah terhad kepada _______ setahun, untuk setiap pemegang polisi
a.
b.
c.
d.

RM 4,000.
RM 5,000.
RM 6,000.
RM 7,000.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

348

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

23.1 Definisi Polisi Insurans Hayat

23.3 Transaksi Polisi

Dalam bab ini kita akan membincangkan


pelbagai syarat-syarat polisi yang terkandung
dalam polisi insurans hayat dibawah tajuk-tajuk
berikut:-

23.4 Pindaan Polisi

Definisi Polisi

Kemudahan & Syarat-Syarat

Transaksi Polisi

Pindaan Polisi

23.2 Kemudahan dan Syarat-Syarat

23.1 DEFINISI POLISI INSURANS HAYAT


Polisi insurans hayat boleh ditakrifkan sebagai:
sebarang instrumen dimana pembayaran
wang insurans dapat dipastikan ketika berlaku
kematian (kecuali kematian akibat kemalangan
sahaja) atau berlaku sebarang kontingensi
yang melibatkan hayat manusia, atau sebarang
instrumen yang membuktikan kewujudan
kontrak yang tertakluk kepada pembayaran
premium untuk tempoh bergantung kepada
hayat manusia. (Seksyen 33 Akta Syarikat
Insurans 1958, UK)
Perbezaan antara Polisi dan Kontrak
Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa
polisi dan kontrak tidak mempunyai pengertian
yang sama. Kontrak adalah sesuatu yang tiada
bentuk (intangible), perjanjian yang mengikat
pihak-pihak yang berkenaan secara sah.
Sementara polisi pula ialah dokumen bertulis
yang menjadikan perjanjian tersebut satu
bentuk yang nyata.

349

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


23.2 KEMUDAHAN & SYARAT-SYARAT
Pembayaran jumlah diinsuranskan adalah
tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat
tertentu yang dinyatakan dalam polisi. Syaratsyarat polisi secara umumnya boleh dikelaskan
kepada tiga kumpulan:I.

Syarat yang menambah manfaat


insurans. Syarat berkenaan juga dikenali
sebagai kemudahan;

II.

Syarat
yang
menghadkan
skop
insurans. Ia dikenali sebagai syarat
pembatasan dan secara umumnya ia
melibatkan risiko yang tidak diambilkira
dalam pengiraan kadar premium;

III.

Syarat yang menerangkan ciri-ciri


kontrak

23.2.1 Kemudahan

Tempoh Tenggang
Tempoh selama tiga puluh hari (atau satu bulan
kalendar) dibenarkan sebagai tempoh tenggang
untuk pembayaran premium yang dibuat secara
tahunan, setengah-tahunan, suku-tahunan dan
bulanan.
Perlindungan insurans terus berkuatkuasa
semasa tempoh tenggang dengan amaun
penuh jumlah diinsuranskan. Jika premium tidak
dijelaskan dalam tempoh tersebut, perlindungan
insurans akan ditamatkan, tertakluk kepada
sebarang peruntukan tak lucut hak (sekiranya
berkenaan).
Nilai Serahan

Seksyen 155 Akta Insurans 1996 menetapkan


dasar nilai serahan yang bersesuaian di
Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Akta Insurans
memperuntukkan bahawa pada bila-bila masa
selepas penguatkuasaan polisi insurans hayat
berpremium tunggal atau bagi lain-lain polisi
insurans hayat selepas berkuatkuasa selama
tiga tahun atau lebih, pemegang polisi berhak
menerima nilai serahan polisi insurans hayat
apabila dia menyerahkan polisi berkenaan.
Pinjaman Polisi
Pinjaman pada amnya dibenarkan sehingga
92% nilai serahan tunai polisi.
Kadar faedah untuk pinjaman akan ditetapkan
oleh insurer yang memberi pinjaman tersebut.
Biasanya kadar faedah yang dikenakan adalah
lebih tinggi dari kadar deposit tetap.
Pinjaman berkenaan boleh dibayar balik
semasa tempoh polisi atau dibiarkan sebagai
caj keatas wang polisi ketika tuntutan dibuat,
dengan syarat faedahnya dibayar mengikut
masa yang ditetapkan.
Pemegang polisi berhak mendapatkan
pinjaman hanya selepas polisinya memperolehi
nilai tunai, iaitu selepas premium dibayar
untuk tempoh minimum sekurang-kurangnya
tiga tahun. Pengiraan faedah ke atas pinjaman
biasanya berdasarkan kekerapan bayaran
premium.
Jumlah pinjaman yang boleh dipohon akan
diberitahu ketika mengemukakan permohonan.
Pinjaman berserta faedah terakru dan faedah
tertunggak akan menjadi keutamaan insurer
untuk diselesaikan terlebih dahulu sebelum
apa-apa bayaran dibawah polisi berkenaan
dibuat kepada pemegang polisi.

Ia adalah nilai yang disertakan dalam polisi


insurans hayat apabila premium telah dibayar
untuk tempoh minimum beberapa tahun.

350

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


Polisi Jelas Berbayar
Polisi jelas berbayar (juga digelar polisi
percuma) adalah polisi yang nilai tunainya
digunakan sebagai bayaran premium tunggal
untuk menyediakan perlindungan insurans
dengan mengekalkan syarat asal tetapi pada
jumlah diinsuranskan yang lebih rendah.
Dibawah polisi insurans hayat endowmen dan
seumur hidup dengan tempoh pembayaran
premium terhad, polisi berbayar adalah
bahagian jumlah insurans asal dimana
jumlah premium yang dibayar menepati
dengan jumlah premium yang sepatutnya
dibayar. Sekiranya terdapat pinjaman polisi,
baki pinjaman akan ditolak sebelum polisi
berkenaan ditukar menjadi polisi jelas
berbayar.
Sekiranya polisi asal adalah polisi berserta
keuntungan, penukaran kepada polisi jelas
berbayar akan memansuhkan penyertaannya
untuk menerima agihan keuntungan selepas
penukaran. Tetapi bonus yang terakru sebelum
penukaran akan terus disertakan kepada
amaun insurans.
Syarat Tak Lucut Hak
Syarat ini adalah kemudahan yang paling
penting kepada insured yang kadangkala terlupa
membuat bayaran premium atau tidak mampu
untuk membayar premium buat sementara
waktu. Peruntukan tak lucut hak ini akan
digunakan hanya apabila polisi mempunyai nilai
tunai. Nilai tunai inilah yang digunakan untuk
menyediakan kemudahan tak lucut hak.
Seksyen
156
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan bahawa jika polisi hayat telah
berkuatkuasa selama tiga tahun atau lebih,
ia tidak boleh dibatalkan atau dimansuhkan
dengan sebab tiada pembayaran premium,
tetapi akan terus berkuatkuasa tertakluk
kepada pengubahsuaian tempoh polisi atau
pengubahsuaian manfaat polisi atau keduaduanya sekali. Walaupun tempoh tiga tahun

dikuatkuasakan mengikut undang-undang,


Akta membenarkan insurer membuat pilihan
untuk mengurangkan tempoh polisi perlu
berkuatkuasa kurang dari tiga tahun, kerana ini
akan memberi lebih manfaat kepada pemegang
polisi.
Pelan berikut biasanya digunakan sebagai
peruntukan tak lucut hak:

Pinjaman Premium Automatik

Dibawah pelan ini, setiap premium akan


berbayar secara automatik apabila sampai
masanya setelah tamat tempoh tenggang, iaitu
dengan mewujudkan satu pinjaman dengan
faedahnya menjadi lien atas insurans sehingga
ia dibayar sepenuhnya.
Premium akan terus berbayar sehingga
nilai tunai habis digunakan dan selepas
itu perlindungan akan ditamatkan. Insurer
menyediakan peruntukan ini dalam kontrak
insurans.
Pinjaman premium automatik menyediakan
kesinambungan perlindungan insurans apabila
insured tidak mampu atau cuai dan gagal
membayar premium. Ia juga membenarkan
insured pada bila-bila masa hak untuk
mengembalikan status asal polisi dengan
membayar amaun yang tertunggak kepada
insurer.
Bukti boleh insurans tidak diperlukan untuk
mengembalikan semula polisi kepada status
asal. Tambahan pula, dengan menggunakan
pinjaman premium automatik, ia membolehkan
faedah sampingan seperti penepian premium
dan faedah kematian akibat kemalangan dapat
diteruskan.
Kaedah penggunaan nilai tunai ini juga
mempunyai
keburukannya.
Pemegang
polisi mungkin mengambil kesempatan atas
kemudahan bayaran premium automatik seperti
ini sedangkan ia mampu untuk membayar
premium seperti biasa, kerana ciri-cirinya yang
351

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


berfungsi secara automatik. Perlindungan
insurans akan berkurangan apabila amaun
pinjaman meningkat kerana wang yang
didahulukan akan dijadikan lien (caj) terhadap
polisi.
Tujuan fasal tak lucut hak ini adalah untuk
melindungi kepentingan insured yang terlupa
membayar premium atau tidak berkemampuan
untuk berbuat demikian buat sementara
waktu. Kemudahan ini bukanlah bertujuan
untuk membolehkan insured memperolehi
perlindungan insurans hayat dengan kos
minimum.

Polisi Berbayar

Pilihan ini membenarkan insured membuat


penukaran amaun bersih nilai tunai dengan
insurans berbayar jenis yang sama seperti polisi
asal tetapi amaun muka yang berkurangan.
Sebaik sahaja polisi ini ditukar menjadi polisi
berbayar, premium selanjutnya tidak perlu
dibayar, dan semua rider serta manfaat
tambahan seperti hilang upaya dan kematian
akibat kemalangan akan dimansuhkan.
Biasanya polisi berserta keuntungan tidak
lagi layak menerima agihan keuntungan pada
masa akan datang selepas penukaran tersebut
dilakukan.
Bagi segelintir pemegang polisi, pemberhentian
bayaran premium merupakan sesuatu yang
dialu-alukan apabila insured akan mencapai
umur persaraan, yang biasanya pendapatan
mereka akan berkurangan.
Seksyen
158
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan bahawa polisi berbayar akan
dianggap sebagai telah berkuatkuasa pada
tarikh polisi hayat yang asal berkuatkuasa.

Insurans Sementara yang


Dilanjutkan

Pilihan ketiga ini membenarkan insured


menukar nilai tunai diperolehi kepada insurans

sementara berbayar dengan jumlah penuh


amaun insurans tetapi tempoh perlindungan
dipendekkan. Tempoh insurans sementara
ini adalah bergantung kepada amaun nilai
tunai yang ada dan digunakan sebagai
bayaran premium tunggal bersih ketika tarikh
penukaran.
Pilihan ini adalah sesuai ketika perlindungan
insurans masih diperlukan tetapi kemampuan
kewangan untuk membayar premium telah
terjejas.
Untuk polisi insurans endowmen, insurans
sementara yang disediakan biasanya tidak
melebihi tarikh matang polisi asal.
Syarat-syarat Pengembalian Semula
Syarat pengembalian semula membolehkan
seseorang memohon untuk menguatkuasakan
semula kontrak, setelah tempoh tenggang dan
tempoh syarat tak lucut hak telah berakhir.
Bukti
kesihatan
dan
lain-lain
bukti
mungkin diperlukan dan syarikat biasanya
berhak
mengenakan
termanya
sendiri
untuk
mempertimbangkan
permohonan
pengembalian semula polisi.
Selain dari tempoh tenggang dan tempoh tak
lucut hak, biasanya terdapat tempoh lanjutan
dimana pengembalian semula polisi boleh
dilakukan. Semasa tempoh yang dilindungi
dibawah fasal tak lucut hak, adalah kebiasaan
untuk menyambung perlindungan polisi dengan
amaun insurans penuh iaitu dengan membayar
premium tertunggak serta faedah yang
dikenakan oleh insurer. Polisi yang dikembalikan
semula adalah tertakluk kepada bukti kesihatan
yang memuaskan.
Pengembalian semula polisi biasanya tidak
dibenarkan dalam keadaan berikut:-

Untuk polisi insurans hayat seumur


hidup dan endowmen yang telah luput
lebih dari 3 tahun, dan lebih dari 6 bulan
untuk polisi insuran sementara.
352

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI

Insured seorang wanita yang


mengandung 8 bulan atau lebih.
Insured yang telah mencapai umur
harijadi akan datang 60 tahun atau
lebih.

Polisi yang telah luput hanya boleh dihidupkan


semula apabila permohonan pengembalian
semula telah diluluskan, semua premium yang
sepatutnya dibayar telah diterima oleh insurer
dan notis pemberitahuan telah dikeluarkan oleh
insurer. Adalah penting untuk diketahui bahawa
bagi setiap polisi yang dikuatkuasakan semula,
tarikh kuatkuasa untuk: (i) fasal tidak boleh
tanding dan fasal bunuh diri yang terkandung
dalam Syarat-Syarat dan Kemudahan polisi
dan (ii) tempoh menunggu yang dinyatakan
dalam polisi atau rider, adalah bermula dari
tarikh polisi berkenaan dikembalikan semula.

23.2.2 Syarat-Syarat Pembatasan


Fasal Bunuh Diri
Jika insured membunuh diri dalam tempoh yang
dinyatakan dalam polisi (biasanya setahun atau
dua tahun), dikira dari tarikh mula kuatkuasa
atau kuatkuasa semula polisi, polisi akan batal
dan insurer tidak bertanggungjawab membayar
tuntutan, kecuali mengembalikan semula
premium yang diterima.
Perjalanan & Menetap Di Luar Negara

Fasal Tanpa Tanding


Fasal tanpa tanding biasanya dimasukkan dalam
kebanyakan polisi insurans selaras dengan
Seksyen 147 (4) Akta Insurans 1996 yang
menerangkan bahawa selepas tamat tempoh
dua tahun dari tarikh polisi mula berkuatkuasa
atau dikuatkuasakan semula, tiada polisi yang
boleh dipersoalkan oleh insurer atas alasan
kenyataan yang dibuat atau tertinggal dalam
borang cadangan, laporan kesihatan atau
dalam sebarang dokumen, yang menyebabkan
polisi yang dikeluarkan tidak tepat, palsu
atau mengelirukan, kecuali insurer boleh
menunjukkan bahawa kenyataan yang dibuat
mengenai fakta matan atau penyembunyian
fakta matan yang dilakukan atau ditinggalkan
oleh insured dengan niat untuk menipu.
Ini bermakna insurer tidak boleh menolak
liabiliti ke atas polisi selepas dua tahun polisi
dikeluarkan, hanya atas alasan salah nyata
atau tidak memberitahu, kecuali insurer
dapat membuktikan kesalahnyataan atau
ketidaknyataan telah dilakukan oleh insured
dengan tujuan untuk menipu.

23.2.3 Syarat-Syarat
Menerangkan Kontrak
Pengakuan Umur
Umur insured mestilah disahkan semasa dia
masih hidup dengan menyerahkan dokumen
bukti yang memuaskan kepada pihak insurer.

Kebanyakan polisi tidak menghadkan insured


melakukan perjalanan atau menetap di luar
negara.

Dokumen-dokumen berikut biasanya diterima


sebagai bukti umur oleh insurer di Malaysia;

Pekerjaan dan Hobi yang Merbahaya

Premium tambahan mungkin dikenakan


untuk pekerjaan atau avokasi berisiko tinggi,
contohnya lumba kereta, luncur udara, pekerja
kuari, pekerja pelantar minyak, polis dan
sebagainya.

Sijil kelahiran rasmi


Sijil berhenti sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan

353

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI

Butiran dari rekod perkhidmatan


kerajaan, agensi kerajaan, sektor
awam atau organisasi swasta yang
berwibawa

Seksyen 147 (1) Akta Insurans 1996


menekankan bahawa insurer tidak boleh
menolak liabiliti dengan hanya salah nyata
umur diri yang diinsuranskan.

Butiran yang disahkan


pendaftaran baptisma

Ini bertentangan dengan common law yang


menganggap umur diri yang diinsuranskan
sebagai fakta matan dan kesalahnyataan yang
dilakukan oleh insured boleh digunakan oleh
insurer sebagai dasar yang sah untuk menolak
liabiliti di bawah polisi.

daripada

Kad pengenalan yang dikeluarkan oleh


kerajaan Malaysia (dokumen yang
paling kerap digunakan)
Passport Antarabangsa
Perisytiharan statutori oleh insured
atau ahli keluarga yang tertua jika sijil
kelahiran telah musnah atau hilang atau
salinan pendua tidak diperolehi.

23.3 TRANSAKSI POLISI

Urusan berkaitan dengan polisi boleh


dibincangkan dibawah tajuk-tajuk berikut:

Salah Nyata Umur

Polisi pendua

Jika umur insured tidak disahkan ketika


permulaan polisi, bukti umur akan diperlukan
sebelum sebarang pembayaran dibawah polisi
tersebut dibuat oleh insurer.

Penyerahan hak polisi insurans hayat

Seksyen
146
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan bahawa jika bukti umur
diri yang diinsuranskan adalah pra-syarat
kepada pembayaran manfaat dibawah polisi
insurans hayat, insurer akan mengeluarkan
bersama polisi insurans satu notis bercetak
yang menyatakan bahawa bukti umur adalah
diperlukan sebelum pembayaran boleh dibuat.
Jika terdapat salah nyata umur, langkah berikut
akan diambil:

Jika umur tersebut terkurang nyata,


amaun yang akan dibayar adalah
mengikut amaun yang diperolehi
dengan premium tersebut mengikut
umur sebenarnya, dan

POLISI PENDUA
Apabila dokumen polisi hilang, polisi pendua
boleh dikeluarkan oleh insurer. Insurer biasanya
memerlukan, antara lain, perkara-perkara
berikut sebelum mengeluarkan polisi pendua:-

surat permohonan

pengakuan untuk menggantirugi


insurer terhadap sebarang kerugian
yang diakibatkan daripada pengeluaran
polisi pendua tersebut.

Polisi pendua akan dicop dengan perkataan


polisi pendua.

Premium berlebihan yang dibayar akan


dipulangkan jika umur telah terlebih
nyata. Sebaliknya, amaun insurans dan
bonus juga boleh ditingkatkan mengikut
umur sebenar.

354

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


PENYERAHAN HAK POLISI INSURANS
HAYAT

(Rujuk bab 6 seksyen B 6.1.2.5 Kemampuan


disisi Undang-Undang)

Hak undang-undang yang ada pada polisi


insurans hayat boleh dipindah milik melalui
penyerahan hak (lihat juga seksyen 3.1.2 bab
3). Penyerahan hak boleh dibuat samada dalam
bentuk penyerahan hak mutlak atau bersyarat.
Penyerahan hak mutlak ialah menyerahkan
semua hak yang dimiliki oleh penyerah hak atas
sesuatu polisi, kecuali hak untuk membayar
premium sekiranya ia memilih untuk berbuat
demikian. Penyerahan hak bersyarat pula
memberi peruntukan kepada penyerah hak
untuk membatalkan semua hak yang telah
diserahkan sekiranya penerima hak meninggal
dunia sebelum pembayaran wang polisi dibuat
atau sekiranya hayat yang diinsuranskan masih
hidup sehingga ke tarikh polisi matang (untuk
polisi endowmen) Proses penyerahan hak ini
boleh dijalankan mengikut prosedur berikut:-

SERAH HAK SEMULA

Penyerahan hak mestilah dibuat secara


bertulis . Sekiranya tiada notis
bertulis,
insurer
tidak
boleh
dipertanggungjawabkan atas bayaran
yang dibuat kepada seseorang yang
bukan penerima serah hak.
Serah hak boleh dikuatkuasakan
melalui endorsemen atau surat kuasa
berasingan

Setelah menerima hak yang sah di bawah


polisi, penerima serah hak (assignee) adalah
bebas untuk menyerahkan semula hak tersebut
kepada pemegang polisi asal atau kepada pihak
lain.

23.4 PINDAAN POLISI

Kontrak insurans hayat adalah kontrak


berjangka
panjang,
kebiasaannya
menjangkau lebih dari 20 tahun. Adalah
tidak mustahil dalam tempoh tersebut,
keadaan yang berkaitan dengan insured
akan berubah. Struktur kontrak yang fleksibel
disediakan dengan membenarkan beberapa
bentuk perubahan dilakukan kepada polisi.
Perlu dinyatakan bahawa insurer hanya
membenarkan perubahan yang tidak akan
memudaratkan kepentingannya. Oleh itu, jika
sebarang perubahan dibenarkan sekalipun,
insurer akan melindungi kepentingannya
dengan mengenakan caj, misalnya premium
tambahan untuk kos yang ditanggung untuk
melakukan pindaan tersebut.
Bentuk pindaan yang biasa dilakukan ialah:-

Notis
bertulis
berkaitan
dengan
serahan hak mestilah diserahklan
kepada pejabat berdaftar insurer.

Dengan penerimaan notis tersebut,


insurer hendaklah mendaftarkannya.
Tindakan ini perlu untuk menentukan
aturan keutamaan tuntutan apabila polisi
mempunyai beberapa serahan hak.
Adalah penting untuk dinyatakan disini
bahawa serahan hak yang bertarikh
terawal akan diberi keutamaan daripada
serahan hak yang bertarikh berikutnya.

pertukaran alamat. Pindaan ini tidak


melibatkan sebarang perubahan dalam
syarat polisidan lazimnya diterima oleh
insurer. Perubahan pada rekod insurer
akan dibuat dan pemegang polisi akan
diberitahu mengenainya
pertukaran nama (pemohon/pemegang
polisi adalah individu yang sama).
Perubahan ini dilakukan dengan
mengeluarkan endorsemen. Dokumen
bukti diperlukan untuk melakukan
pindaan ini.

355

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI

perubahan kekerapan bayaran


premium
perubahan
jumlah
diinsuranskan
insurer
biasanya
membenarkan
pengurangan jumlah diinsuranskan
dengan syarat amaun yang dikurangkan
itu tidak menjadi lebih rendah dari
amaun insurans minimum bagi kategori
perniagaan tersebut.

Penggantian Polisi Insurans Hayat


Penggantian
polisi
boleh
merugikan
kepentingan pemegang polisi dan sekiranya
perkara ini dibenarkan berterusan, ia akan
meninggalkan kesan buruk terhadap prestasi
kewangan jangka panjang syarikat serta imej
industri keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, insurer tidak


menggalakkan peningkatan amaun
insurans kerana khuatir terdapat anti
pemilihan. Dalam keadaan ini, laporan
kesihatan yang membuktikan kesihatan
insured adalah memuaskan mungkin
diperlukan oleh insurer dan premium
akan diselaraskan untuk mencerminkan
peningkatan amaun insurans polisi
tersebut. Sebagai alternatif, pemegang
polisi disarankan untuk mengambil polisi
baru dengan jumlah diinsuranskan yang
lebih besar.

BNM JPI : 2/2005 menyatakan bahawa


sebarang
transaksi
yang
melibatkan
pembelian polisi insurans hayat ditakrifkan
sebagai penggantian polisi sekiranya dalam
tempoh 12 bulan sebelum atau selepas polisi
baru dikuatkuasakan, polisi yang sedia ada
telah:-

Penukaran waris

Perubahan tempoh insurans, contohnya


dari 10 tahun kepada 5 tahun

Polisi dipinda kepada polisi berbayar

Perubahan kelas polisi

kepentingan ke atas polisi berkenaan, dan


kebenaran dari pihak berkenaan hendaklah
diperolehi terlebih dahulu kerana ianya
sangat penting. Insurer kemudiannya akan
mengemaskinikan rekod berkaitan.

Definisi Penggantian Polisi

Penepian premium tambahan apabila


insured tidak lagi terdedah kepada risiko
tambahan, contohnya risiko melibatkan
pekerjaan atau hobi.

Setiap insurer mempunyai prosedurnya sendiri


untuk meminda polisi. Biasanya, dokumen polisi
dan permohonan bertulis dari pemegang polisi
hendaklah dihantar ke pejabat insurer kerana
perubahan tersebut akan dimasukkan ke
dalam polisi. Apabila pejabat insurer menerima
permohonan bertulis, ia akan menyemak rekod
notis serahan hak untuk mengetahui samada
ia melibatkan pihak ketiga yang mempunyai

batal, diserahkan, diserahkan


sebahagiannya atau dirampas;
ditukar atau diubah menjadi polisi
insurans jelas dibayar, diteruskan
sebagai insurans sementara yang
dipanjangkan
tempohnya
atau
pinjaman premium automatik, atau
dalam bentuk lain manfaat tanpa
rampasan atau dikurangkan nilai
insurans
dengan
menggunakan
faedah tanpa rampasan, pengumpulan
dividen, nilai tunai dividen atau lainlain nilai tunai; atau
ditukar
atau
diubah
sehingga
menjadikan amaun premium yang
perlu dibayar menjadi lebih rendah
disebabkan
pengurangan
jumlah
diinsuranskan dan/atau rider atau
membuang rider dari polisi asas, atau
dalam tempoh masa tertentu polisi
insurans hayat sedia ada akan terus
berkuatkuasa.
356

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


Kaedah Mengenalpasti Penggantian Polisi
Mengikut BNM JPI : 2/2005
Dalam usaha mengenalpasti dan membendung
secara dalaman dan luaran mengenai kegiatan
penggantian polisi, insurer dikehendaki
mengambil langkah-langkah berikut:

mekanisma kawalan yang berkesan,


terutamanya
perlaksanaan
sistem
automasi bagi mengesan kegiatan
penggantian polisi dalaman iaitu polisi
sedia ada dan polisi baru dikeluarkan
oleh insurer yang sama;
memasukkan soalan didalam borang
cadangan,
bertanyakan
samada
cadangan insurans terbaru ini dibuat
untuk menggantikan atau berhasrat
untuk menggantikan mana-mana polisi
sedia ada yang dikeluarkan oleh insurer
ini atau insurer lain; dan

menubuhkan Unit Pengekalan dengan


melantik pegawai pengekalan polisi
sepenuh masa di setiap syarikat
insurans. Pegawai berkenaan akan
membuat tindakan susulan dan
memberi khidmat nasihat secara
bertulis kepada pemilik polisi tentang
keburukan
menggantikan
polisi
insurans serta memberitahu alternatif
lain yang ada, dalam tempoh 7 hari
dari tarikh penggantian polisi dikesan.
Dalam surat berkenaan, insurer
dikehendaki menunjukkan jumlah
nilai tunai terkumpul dibawah polisi
sedia ada dan tempoh (tahun) yang
diperlukan
untuk
mengumpulkan
jumlah nilai tunai yang serupa dibawah
polisi baru, juga tunjukkan kerugian
bersih yang akan ditanggung oleh
pemilik polisi akibat dari penggantian
polisi berkenaan.

357

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 23
1.

Peraturan berkaitan asas nilai serahan yang digunapakai di Malaysia dinyatakan


dalam
a.
b.
c.
d.

2.

Tempoh selepas tarikh jatuh bayaran, dimana pemegang polisi insurans hayat biasa
dibenarkan membuat pembayaran premium tanpa dikenakan syarat tanpa rampasan
atau penalti dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

3.

polisi dilanjutkan tempoh.


polisi jelas dibayar.
polisi sementara.
polisi fi.

Tindakan memindahkan hak dibawah polisi insurans hayat dipanggil


a.
b.
c.
d.

5.

tempoh kemudahan.
tempoh tenggang.
tempoh tanpa rampasan.
tempoh pembaharuan.

Polisi insurans dimana nilai serahan digunakan sebagai premium tunggal bagi
menyediakan perlindungan insurans dengan mengekalkan terma-terma asal polisi
tetapi dengan jumlah diinsuranskan yang dikurangkan, dikenali sebagai
a.
b.
c.
d.

4.

seksyen 155 Akta Insurans 1996.


seksyen 156 Akta Insurans 1996.
seksyen 157 Akta Insurans 1996.
seksyen 158 Akta Insurans 1996.

polisi amanah..
CLA Seksyen 23 polisi.
penyerahan hak.
polisi fi.

Nilai serahan akan diberikan sekiranya polisi insurans hayat telah berkuatkuasa
sekurang-kurangnya selama
a.
b.
c.
d.

enam tahun atau lebih.


tiga tahun atau lebih.
lima tahun atau lebih.
empat tahun atau lebih.
358

BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI


6.

Yang manakah diantara dokumen berikut yang biasanya diterima oleh insurer
sebagai bukti umur insured?
a.
b.
c.
d.

7.

Rujukan terhadap fasal tanpa tanding boleh didapati di


a.
b.
c.
d.

8.

85 %.
90 %.
92 %.
95 %.

Apakah dokumen yang biasa digunakan sebagai bukti pengesahan umur dan ianya
boleh diterima oleh syarikat insurans hayat?
a.
b.
c.
d.

10.

seksyen 147(1) Akta Insurans 1996.


seksyen 147(2) Akta Insurans 1996.
seksyen 147(4) Akta Insurans 1996.
seksyen 147(5) Akta Insurance 1996.

Secara amnya, pinjaman polisi yang dibenarkan ialah _____ dari nilai tunai
terkumpul dalam polisi insurans hayat
a.
b.
c.
d.

9.

sijil kelahiran, sijil pengkebumian dan kad pengenalan.


sijil kematian, sijil kewarganegaraan dan pasport.
sijil berhenti sekolah, lesen memandu dan kad ATM.
pasport, sijil kelahiran dan sijil baptisma.

Kad pengenalan.
pasport antarabangsa.
sijil berhenti sekolah.
sijil kelahiran.

Diantara berikut, yang manakah seksyen didalam Akta Insurans 1996 yang
menyatakan bahawa insurer tidak boleh menolak liabiliti dengan alasan salah nyata
umur insured?
a.
b.
c.
d.

seksyen 145 (1).


seksyen 146 (1).
seksyen 147 (1).
seksyen 148 (1).

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


359

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

24.1 Pengenalan
24.2 Pengurusan Risiko

Dalam bab ini, kita akan membincangkan


tentang beberapa aspek perniagaan baru
iaitu:-

24.3 Perakaunan Premium



Perniagaan Baru

1.

Pengunderaitan dan Pemilihan Hayat

2.

Perakaunan Premium

3.

Insurans Hayat dan Cukai Pendapatan

24.4 Insurans Hayat dan Cukai



Pendapatan

24.1 PENGENALAN

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,


kontrak insurans hayat adalah kontrak jangka
panjang dan premiumnya ditetapkan pada
permulaan kontrak. Jadi, tidak seperti kontrak
insurans am, premium untuk kontrak insurans
hayat tidak boleh diubah semasa tempoh
kontrak sedang berkuatkuasa. Kontrak ini juga
tidak boleh dibatalkan secara unilateral/sehala
oleh insurer tanpa persetujuan insured.
Ini bermakna insurer hayat terpaksa mengambil
pendekatan jangka panjang yang lebih
menyeluruh mengenai faktor-faktor seperti
kemortalan, pulangan pelaburan, kesan inflasi
ke atas perbelanjaan, kadar cukai dan lain-lain
lagi yang mempengaruhi kadar premium dan
kemampuan insurer memenuhi liabiliti kontrak
serta perbelanjaan pengurusan.
Kita akan mempelajari tentang beberapa aspek
proses pengurusan risiko dam bab ini dan bab
seterusnya.

360

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
24.2 PENGURUSAN RISIKO

Dalam perniagaan insurans hayat, proses


pengurusan risiko boleh diteliti dibawah tajuktajuk berikut:-

Mengenalpasti faktor-faktor risiko;

Pemilihan hayat untuk diinsuranskan;

Menilai risiko

Menetapkan kos risiko

Mengawal dana insurans

Dalam bab ini kita akan cuba memahami dua


elemen atau tajuk terawal dalam pengurusan
risiko. Tajuk-tajuk lain akan dijadikan
bahan utama perbincangan dalam dua bab
berikutnya.

24.2.1 Faktor Risiko - Kemortalan

Faktor utama yang mempengaruhi kemortalan


ialah : umur, jantina, pekerjaan, status sosial,
keturunan, lokasi geografi, taraf perkahwinan,
tabiat diri, avokasi, kediaman diluar negara.
Penjelasan ringkas bagi setiap faktor akan
diberikan.

Umur

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa


kemortalan akan meningkat mengikut umur.
Peningkatan kadar kemortalan, q dengan umur
x ditunjukkan dalam rajah 24.1

Lebih
banyak
kematian
disebabkan
kemalangan apabila umur meningkat
Kadar kemortalan meningkat sebaik sahaja
selepas dilahirkan (kadar kemortalan bayi) dan
seterusnya menjunam turun ke satu tahap yang
ia menjadi datar untuk tempoh seterusnya bagi
umur generasi muda. Keadaan ini terganggu
oleh satu kenaikan secara tiba-tiba yang
berlaku disekitar umur 18 hingga 24 tahun. Ini
disebabkan bertambahnya jumlah kematian
akibat kemalangan pada umur berkenaan.
Kemudian, kadar kemortalan meningkat dengan
cepat pada peringkat umur yang lebih tinggi.
Rajah 24.1 perlu diamati kerana ia menyediakan
ciri-ciri
umum
kemortalan
dikalangan
masyarakat, iaitu skala kedua-dua garisan
yang berbeza untuk komposisi penduduk yang
berlainan.
Kadar kemortalan insured adalah lebih
rendah dari kemortalan masyarakat umum
Kadar kemortalan hayat yang diinsuranskan
adalah lebih rendah daripada kadar kemortalan
penduduk keseluruhan. Ini adalah kerana
insurer memilih hayat yang akan dilindungi.
Hayat yang mempunyai kebarangkalian yang
rendah untuk mencapai penghujung tempoh,
walaupun tempoh tersebut pendek, tidak akan
diterima
Biasanya golongan berkemampuan akan
membeli insurans
Seperkara lagi, polisi insurans hayat biasanya
dibeli oleh mereka yang terdiri dari golongan
berkemampuan yang menikmati kemudahan
perubatan dan lain-lain kemudahan sosial.

361

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU

Rajah 24.1 Pergerakan Kadar Kemortalan Dengan Umur

Jantina

Kemortalan wanita lebih rendah dari lelaki


Statistik penduduk dan hayat yang diinsuranskan
menunjukkan bahawa kaum wanita mengalami
kadar kemortalan yang lebih rendah berbanding
dengan kaum lelaki. Fenomena ini adalah benar
bagi semua peringkat umur
Premium insurans hayat lebih rendah bagi
kaum wanita
Tahap kemortalan rendah yang dialami oleh
kaum wanita dimanfaatkan dengan mengenakan
premium yang lebih rendah berbanding dengan
kaum lelaki walaupun pada umur yang sama.
Malangnya, keadaan sebaliknya juga adalah
benar bagi anuiti
Morbiditi wanita
morbiditi lelaki

lebih

tinggi

daripada

Pekerjaan

Satu lagi faktor penting yang mempengaruhi


kadar kemortalan ialah jenis pekerjaan. Insurer
hayat mengkategorikan pekerjaan secara
meluas bagi menetapkan bebanan (loading)
sebagai tambahan kepada kadar premium biasa
disebabkan risiko tambahan yang terdapat pada
jenis pekerjaan yang berbeza.
Adalah jelas bahawa seorang eksekutif dan
pekerja pelantar minyak terdedah kepada
tahap risiko pekerjaan yang amat berbeza.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk
mengkategorikan hayat yang diinsuranskan
mengikut pekerjaan mereka. Ini membolehkan
insurer mengenakan premium yang setimpal
dengan risiko yang ditanggung.
Sebagai contoh ringkas, insurer hayat boleh
menggunakan kategori pekerjaan berikut:Pengurusan, Eksekutif, Perkeranian dan Buruh

Untuk kemorbiditan , wanita mengalami kadar


penyakit yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Oleh itu, kaum wanita akan dikenakan premium
yang lebih tinggi untuk insurans hayat berkaitan
kesihatan dan penyakit.

dan kemungkinannya premium tambahan akan


dikenakan untuk kategori buruh bebanan
untuk buruh adalah lebih berat berbanding
dengan kategori-kategori lain.
362

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU

Status Sosial

Faktor ini berkait rapat dengan faktor pekerjaan.


Status sosial seseorang ditentukan melalui
pendapatan yang diperolehi. Pendapatan pula
kebiasaannya ditentukan melalui pekerjaan
yang dilakukannya.

Etnik

Kaum, keturunan dan bangsa seseorang


individu juga menjadi penyebab yang
mempengaruhi kemortalan dan morbiditi,
umpamanya orang asli. Ini mungkin
disebabkan warisan budaya seperti tabiat
pemakanan dan sikap terhadap lain-lain
aspek kehidupan.

Status Perkahwinan

Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki


bujang mengalamim kemortalan yang lebih
tinggi berbanding dengan lelaki yang telah
berkahwin.

Tabiat Diri & Sejarah Keluarga

Tabiat seperti merokok dan meminum minuman


berakohol mempunyai pengaruh yang kuat
keatas kemortalan dan morbiditi.
Sesetengah penyakit yang dihidapi adalah
kerana faktor keturunan dan oleh itu sejarah
keluarga menjadi antara faktor penting yang
diambil kira.

Avokasi

Sesetengah bentuk avokasi atau kegiatan


sukan seperti memandu kereta lumba, meluncur
layar dan sebagainya adalah merbahaya dan
mereka yang melibatkan diri dalam kegiatan
sukan sebegini dijangka akan mengalami kadar
kemortalan yang lebih tinggi daripada biasa.

Kawasan Tempat Tinggal

Kawasan tempat tinggal yang tidak sihat


atau kawasan yang kerap terjadi pergaduhan
sememangnya mempunyai kesan terhadap
bertambahnya kemortalan dan morbiditi.

24.2.2 Pemilihan Hayat Yang


Hendak Diinsuranskan

Lokasi Geografi

Menyentuh tentang lokasi geografi, perbezaan


utama ialah diantara kawasan bandar dan
luar bandar. Mereka yang tinggal di kawasan
bandar biasanya dapat menikmati kemudahan
perubatan yang lebih baik, sementara mereka
yang tinggal di desa tidak memperolehi
kemudahan yang serupa.

Seperti yang telah dibincangkan dalam bab


2, insurer perlu memilih hayat yang hendak
diinsuranskan untuk mengelak pemilihan
sakal. Ini dilakukan terutamanya melalui
proses pengunderaitan. Kontrak insurans
hayat bukanlah kontrak indemniti, sebaliknya
amaun insurans penuh akan dibayar jika
peril yang diinsuranskan berlaku. Oleh itu,
proses pengunderaitan juga sepatutnya
dapat mengenalpasti kes terlebih insurans,
selain mengunderait faktor-faktor risiko biasa
yang berkaitan dengan keadaan kesihatan
pencadang.
Pengunderaitan kontrak insurans hayat boleh
dibahagikan kepada dua bidang khusus:

Pengunderaitan Kewangan

Borang
cadangan
akan
diteliti
untuk
mengenalpasti perkara-perkara berikut:-

kewujudan kepentingan boleh


diinsuranskan,

363

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
-

samada amaun insurans yang dipohon


bersesuaian
dengan
kedudukan
kewangan
pencadang,
contohnya
keupayaan pencadang mencari dan
memperolehi sumber pendapatan,

samada pencadang memiliki beberapa


polisi insurans dengan lain-lain insurer,
dan

samada insurer lain telah menolak


permohonan
pencadang
untuk
mendapatkan perlindungan insurans,
dan jika ada, apakah alasan yang
diberi.

Sekiranya didapati kesihatan pencadang tidak


memuaskan, maka ia dianggap sebagai hayat
sub-standard atau hayat yang terjejas. Dalam
situasi ini, pengunderait perlu mengenalpasti
setakat mana tahap pendedahan risiko
tambahan yang akan ditanggung oleh insurer
jika cadangan ini diterima.
Insurer biasanya menggunakan salah satu
kaedah berikut untuk mengendali kes hayat
sub-standard:
-

mengenakan premium tambahan;

mengenakan hutang atau lien iaitu


mengurangkan amaun yang perlu
dibayar sekiranya berlaku kematian.
(Nota: melalui aturan ini, insured akan
membayar amaun insurans yang sama
seperti hayat biasa atau normal untuk
amaun insurans tertentu)

menawarkan bentuk kontrak yang lain;


dan

menolak atau menangguhkan


perlindungan.

Secara ringkas, pengunderaitan kewangan


dilakukan untuk mengenalpasti kemungkinan
wujudnya bahaya moral.

Pengunderaitan Kesihatan

Jika
pengunderaitan
kewangan
tidak
menunjukkan
sebarang
ciri-ciri
luar
biasa, langkah seterusnya dalam proses
pengunderaitan
ialah
pengunderaitan
kesihatan.
Jawapan yang diperolehi dalam borang
cadangan mengenai ketinggian dan berat
badan pencadang, sejarah kesihatan diri
dan keluarga dan gaya hidup pencadang
merupakan
titik
permulaan
proses
pengunderaitan.
Sekiranya proses awal pengunderaitan ini
menemui ciri-ciri yang meragukan, pencadang
mungkin dikehendaki menjawab soalan-soalan
tambahan, menyediakan laporan kesihatan
atau menjalani pemeriksaan lanjut kesihatan.
Sekiranya jawapan yang diberi berserta laporan
dan pemeriksaan kesihatan (jika berkaitan)
menunjukkan keadaan kesihatan pencadang
adalah memuaskan, proses pengunderaitan
akan tamat disini dan pencadang akan
ditawarkan perlindungan berdasarkan terma
biasa.

Secara ringkas, pengunderaitan kesihatan


adalah untuk memastikan sejauh mana tahap
bahaya fizikal berkaitan dengan pemohon,
apabila perlindungan insurans diberikan.

Pengunderaitan Bukan Perubatan

Sebelum timbulnya penyakit AIDS, kadar


kemortalan hayat yang diinsuranskan telah
menunjukkan peningkatan yang semakin
baik. Perubahan ini disebabkan terutamanya
daripada kemajuan bidang perubatan. Faktor
ini, dan ditambah dengan faktor meningkatnya
kos untuk mendapatkan bukti/laporan perubatan
serta keperluan untuk memproses jumlah
perniagaan yang bertambah dengan cepat,
telah mendorong kepada pengeluaran polisi
insurans tanpa memerlukan bukti kesihatan.
Walau bagaimanapun, pengeluaran polisi
364

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
dibuat dengan berpandukan garis panduan
yang ketat demi menjaga kepentingan insurer
terhadap sebarang bentuk pemilihan sakal
yang serius. Kemudahan ini biasanya diberi
kepada bentuk insurans hayat kekal iaitu polisi
seumur hidup dan endowmen serta had amaun
insurans adalah mengikut umur dikenakan.
Had yang dikenakan adalah berbeza mengikut
insurer dan jadual dibawah adalah had yang
biasa digunakan:Jadual 24.2 - Had Pengunderaitan Tanpa
Pemeriksaan Perubatan
Umur

Jumlah diinsuranskan(RM)

1 bulan hingga 16 tahun

200,000

17 tahun hingga 40 tahun

350,000

41 tahun hingga 50 tahun

250,000

51 tahun ke atas

Bukti kesihatan diperlukan

Pencadang perlu dimaklumkan bahawa ia masih


perlu melengkapkan borang cadangan tanpa
bukti kesihatan yang dirangka khusus untuk
mendapatkan maklumat sejarah kesihatan diri
dan keluarga, berat badan dan ketinggian serta
tabiat. Jika jawapan yang diberi menunjukkan
sebarang ciri-ciri yang kurang memuaskan,
insurer masih berhak meminta pencadang
menjalani pemeriksaan kesihatan
Sebelum merebaknya penyakit AIDS, wujud
kecenderungan untuk menyediakan borang
cadangan tanpa pemeriksaan kesihatan yang
lebih ringkas, iaitu menghadkan jumlah soalan
berkaitan dengan kesihatan, yang kemudiannya
mengurangkan peranan pengunderait dalam
proses pemilihan. Walau bagaimanapun,
kemungkinan pemilihan sakal akibat AIDS telah
menghentikan kecenderungan tersebut dan
pengunderait telah diberi peranannya semula.

Peranan Ejen dalam Proses


Pengunderaitan Insurans
Pemeriksaan Kesihatan

Tanpa

Tidak dapat dinafikan bahawa insurer


bergantung kepada kewibawaan, ketaatan
dan kemampuan membuat keputusan yang
tepat daripada ejen-ejennya untuk memastikan
pencadang yang memohon perlindungan
insurans tanpa pemeriksaan kesihatan, dapat
menyediakan semua fakta matan secara jujur.

Objektif Pemilihan

Tujuan utama pemilihan adalah untuk


menentukan samada risiko yang dicadangkan
untuk diberi perlindungan;
a.

dalam lingkungan had normal dan


boleh diterima oleh insurer dengan
bayaran kadar premium standard untuk
insured yang berumur mengikut jadual
yang dicadangkan contohnya hayat
yang boleh dianggap sebagai kelas
pertama, terpilih atau standard.

b.

Dibawah purata tetapi masih boleh


diterima oleh insurer, tertakluk kepada
beberapa bentuk pembatasan untuk
melindungi risiko tambahan hayat
yang dicadangkan tergolong didalam
hayat sub-standard.

c.

Dibawah purata sehingga ianya


tidak boleh diterima oleh insurer
pada ketika penilaian dibuat. Walau
bagaimanapun, dengan berlalunya masa
dan tiada insiden mungkin ia diterima
pada masa hadapan, iaitu permohonan
ditangguhkan untuk tempoh tertentu.

d.

Dibawah
purata
sehinggakan
permohonan tersebut tidak boleh
diterima dalam sebarang keadaan
hayat ini diklasifikasikan sebagai
ditolak.

365

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
Risiko-risiko yang tergolong dalam b) atau c)
di atas memerlukan maklumat lanjut tentang
perawakan, sejarah peribadi dan sejarah
keluarga, keturunan, pekerjaan atau tempat
tinggal, sebelum penilaian muktamad dapat
dilakukan.
MOD PENERIMAAN HAYAT SUBSTANDARD
Setelah diputuskan dari bukti-bukti yang
dikemukakan bahawa hayat pencadang
tidak boleh diklasifikasikan sebagai standard,
insurer perlu menentukan setakat manakah
teruknya tahap risiko tambahan berkenaan
(andaikan hayat yang dicadangkan tidak boleh
diinsuranskan) dan menentukan kos risiko
tambahan yang dimaksudkan.
Risiko tambahan secara umumnya tergolong
dalam tiga kumpulan utama:
a.

Kemortalan Tambahan Meningkat

Kekurangan yang menyebabkan kemortalan


tambahan meningkat adalah antara faktor
yang meningkatkan kebarangkalian kehidupan
pencadang menjadi lebih berisiko, lebih-lebih
lagi untuk tempoh jangka panjang. Contohnya
berat badan berlebihan akan menambah
ketenatan kepada fungsi jantung dan lain-lain
organ.
b.

Kemortalan Tambahan Mendatar

Kemortalan tambahan mendatar merujuk


kepada jenis risiko tambahan yang kekal
ditahap sama, tahun demi tahun. Sesetengah
pekerjaan yang merbahaya atau memudaratkan
kesihatan (contohnya perniagaan menjual arak)
secara umumnya dianggap mempunyai ciri-ciri
kemortalan tambahan mendatar.
c.

Contohnya anak remaja yang menghidap


batuk kering tetapi kemudiannya disahkan
telah sembuh. Kemungkinan untuk menghidap
semula penyakit berkenaan adalah agak tipis
dengan berlalunya masa.
Risiko
tambahan
mungkin
boleh
dipertimbangkan untuk diberi perlindungan
mengikut kategori kemortalan tambahan
berkenaan.
i.

Meningkatkan Amaun Premium

Ia dipanggil bebanan atau premium tambahan.


Kadar premium standard ditambah dengan
amaun tertentu yang ditetapkan berdasarkan
kepada peningkatan kadar kemortalan yang
dijangka atau bebanan mungkin dikenakan
dengan mengenakan kadar premium untuk
hayat beberapa tahun lebih tinggi dari umur
sebenar pencadang.
Kadar rata premium tambahan biasanya
dikenakan untuk risiko tambahan mendatar,
sementara bebanan umur adalah sesuai untuk
sesetengah kemortalan tambahan meningkat.
Risiko tambahan menurun mungkin dikenakan
premium tambahan sementara.
ii.

Mengurangkan Manfaat Kematian

Sebagai menggantikan bebanan premium,


risiko tambahan boleh dilindungi dengan
menggunakan
peruntukan
agar
jumlah
diinsuranskan boleh dikurangkan mengikut
peratusan tertentu sekiranya kematian berlaku
dalam tempoh yang ditetapkan. Kaedah ini
dikenali sebagai hutang kontingen atau
lien. Premium yang dikenakan adalah pada
kadar standard dan sekiranya hayat yang
diinsuranskan terus hidup melampaui tempoh
lien, polisi berkenaan akan dianggap sebagai
dikeluarkan pada kadar hayat standard.

Kemortalan Tambahan Menurun

Kemortalan Tambahan Menurun ialah jenis


risiko yang wujud pada umur yang muda tetapi
akan berkurangan apabila umur meningkat.

Hutang kontingen atau lien mungkin dikenakan


secara kekal atau mungkin akan berkurangan
untuk tempoh yang ditetapkan. Apabila lien
dikekalkan, ia dipanggil hutang kontingen
366

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
mendatar dan sekiranya lien semakin
berkurangan, ia dipanggil hutang kontingen
menurun.
iii.

Penyelarasan Bonus

Menyelaraskan kadar bayaran bonus dalam


polisi berserta keuntungan adalah kaedah yang
jarang digunakan.
iv.

Pelan Polisi Alternatif

Mencadangkan polisi lain mungkin merupakan


kaedah penyelesaian yang boleh diterima.
Contohnya, hayat yang terjejas mungkin boleh
dilindungi dengan menghadkan terma kontrak
yang akan dikeluarkan.
v.

cadangan ditandatangani. Sekiranya terdapat


perubahan yang agak ketara, pencadang
dikehendaki memberitahu insurer tentang
perubahan tersebut. Insurer boleh bersetuju
atau menolak pengesahan semula penerimaan
risiko selepas menerima maklumat berkenaan.
Insurer akan menanggung risiko sebaik
sahaja menerima pembayaran ansuran
pertama premium selepas surat penerimaan
dikeluarkan.

Pengecualian Bahaya Tertentu

Polisi mungkin mengenakan fasal menghadkan


liabiliti insurer jika kematian berlaku akibat
langsung atau tidak langsung dari kekurangan/
kecacatan tertentu atau insured terlibat dalam
aktiviti tertentu.
Kombinasi kaedah yang dinyatakan di atas boleh
digunakan sekiranya perlu, bagi melindungi
risiko tambahan
PERMULAAN RISIKO
Apabila borang cadangan diserahkan tanpa
bayaran premium permulaan dan cadangan
berkenaan telah pun diluluskan oleh insurer,
surat penerimaan akan dikeluarkan kep ada
pencadang memintanya membuat pembayaran
premium dalam tempoh yang ditetapkan
(biasanya 90 hari). Jika premium tidak diterima
dalam tempoh berkenaan, penerimaan risiko
perlu disahkan semula oleh insurer. Insurer
mungkin memerlukan laporan perisytiharan
kesihatan yang baik dan berterusan sebelum
penerimaan
semula
diluluskan.
Surat
penerimaan juga ada menyatakan yang tawaran
akan terbatal jika terdapat perubahan keadaan
kesihatan, pekerjaan dan lain-lain perubahan
yang melibatkan diri pencadang sejak borang

Apabila cadangan diserahkan bersama


premium pertama dan resit rasmi bayaran
premium telah dikeluarkan, pencadang
akan dilindungi dari kematian disebabkan
kemalangan dan hanya untuk tempoh jangka
pendek seperti yang ditetapkan. Perlindungan
insurans akan bermula serta merta dan akan
terus berkuatkuasa sehingga samada insurer
menolak permohonan atau meluluskan
permohonan dan mengeluarkan polisi.
Dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan
polisi, insured boleh memulangkan polisi
dengan notis bertulis membantah terma dan
syarat polisi dan insurer perlu memulangkan
bayaran premium yang telah diterima setelah
ditolak bayaran perbelanjaan yang ditanggung
bagi pemeriksaan kesihatan insured. Tempoh
ini dikenali sebagai tempoh bertenang (cooling
off).
SURAT BEBANAN
Sekiranya terdapat bebanan tambahan pada
cadangan insurans, surat yang menyatakan
bebanan tersebut akan dikeluarkan kepada
pencadang sebagai tawaran balas. Sekiranya
pencadang bersetuju dengan terma dan
syarat yang dikenakan, pencadang diminta
memulangkan satu salinan surat persetujuan
kepada insurer.
TARIKH KUATKUASA DIKEBELAKANGKAN
Kadangkala, tarikh kuatkuasa polisi boleh
dikebelakangkan kepada suatu tarikh yang lebih
awal, biasanya untuk tempoh maksimum enam
367

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
bulan. Tindakan ini dilakukan agar pencadang
membayar amaun premium yang lebih rendah
disebabkan pengiraan premium berdasarkan
umur yang lebih muda.

24.3 PERAKAUNAN PREMIUM


PERNIAGAAN BARU

KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran premium untuk polisi berpremium
tunggal, tahunan atau setengah tahunan boleh
dibuat secara;
a.

tunai, arahan wang atau arahan pos;

b.

cek bertarikh semasa yang sah, draf


bank, arahan bank, pindahan wang
secara elektronik atau sebarang kaedah
pembayaran yang disediakan oleh
institusi kewangan berlesen; atau

c.

DAFTAR POLISI
Adalah menjadi keperluan undang-undang
dalam Seksyen 47, Akta Insurans 1996, bahawa
semua insurer dikehendaki menyelenggara
dan mengemaskini daftar polisi-polisi yang
dikeluarkan dan tiada satu pun polisi yang boleh
dikeluarkan dari buku daftar polisi selagi insurer
masih bertanggungjawab ke atas polisi-polisi
berkenaan. Daftar polisi ini diwujudkan sebagai
rekod rasmi polisi-polisi yang dikeluarkan oleh
insurer.
Daftar polisi ini boleh diselenggara dan disimpan
dalam bentuk kad, bentuk buku ledger, malah
dalam bentuk cetakan komputer, memandangkan
Akta Insurans tidak menetapkan dalam bentuk
apa ianya perlu disediakan.

24.4 INSURANS HAYAT DAN CUKAI


PENDAPATAN

menggunakan kad bayaran yang sah


dipasaran seperti kad kredit, kad debit
dan kad caj.

Selain dari kaedah di atas, lain-lain mod bayaran


premium yang boleh digunakan ialah;

i.
Arahan bank;

ii.
Perkhidmatan rumah-ke-rumah;

iii.
Skim potongan gaji
Butiran kaedah bayaran disediakan dalam bab
8 (8.2.2).
PENERIMAAN PREMIUM
Insurer akan mengeluarkan perakuan rasmi
apabila premium telah diterima. Resit rasmi
biasanya mempunyai tandatangan Ketua
Pegawai Eksekutif atau lain-lain pegawai
yang dibenarkan, dicetak bersama dengan
tandatangan juruwang. Resit rasmi ini
merupakan bukti pembayaran premium yang
telah dibuat oleh pemegang polisi.

24.4.1 Cukai Ke Atas Premium


Insurans Hayat

Untuk menggalakkan tabiat menyimpan


dikalangan orang ramai diperingkat nasional dan
mempertingkat kemampuan kewangan individu
khususnya sebagai persediaan di hari tua,
kerajaan membenarkan beberapa pelepasan
cukai bagi premium yang dibayar untuk polisi
insurans hayat dan anuiti tertangguh. Ini
merupakan suatu daya tarikan jualan polisi-polisi
insurans hayat. Premium yang layak mendapat
pelepasan adalah untuk polisi insurans hayat
dan anuiti tertunda di atas:a,

b.


c.

hayat individu
hayat pasangan hidup individu
berkenaan
hayat bersama antara individu dan
pasangan hidupnya.

368

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
Jumlah pelepasan yang dibenarkan untuk
semua premium di atas hayat individu atau
pasangan hidup dan untuk caruman ke dana
yang dibenarkan, contohnya KWSP untuk
satu tahun taksiran ialah RM6,000. Sekiranya
taksiran suami/isteri dibuat secara bersama,
jumlah pelepasan adalah sama iaitu RM6,000.
Mulai tahun taksiran 1997, jumlah pelepasan
yang dibenarkan untuk bayaran premium
insurans hayat tidak lagi tertakluk kepada had
7% daripada jumlah amaun insurans polisi
berkaitan.
Premium yang dibayar oleh majikan untuk tujuan
membeli polisi insurans hayat yang khusus
untuk manfaat pekerja atau tanggungan pekerja
apabila berlaku kejadian yang dilindungi juga
termasuk dalam potongan yang dibenarkan.
Caruman yang dibuat oleh majikan ke dana
simpanan, persaraan atau lain-lain dana
yang dibenarkan adalah dianggap sebagai
perbelanjaan yang dibolehkan untuk mendapat
pelepasan cukai. Walau bagaimanapun,
majikan perlu mendapat kelulusan terlebih
dahulu dari Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga
Hasil Dalam Negeri.

pendapatan untuk tahun taksiran adalah


pendapatan untuk tahun sebelumnya. Sebagai
contoh, pendapatan boleh cukai untuk tahun
2008 adalah pendapatan sebenar yang
diperolehi dalam tempoh 1 Januari 2008 hingga
31 Disember 2008.

Pendapatan Boleh Cukai/


Pendapatan Taksiran

Ia adalah pendapatan yang diperolehi daripada


perniagaan, pekerjaan, dividen, manfaat,
pencen, anuiti dan sebagainya, dan sebarang
keuntungan berbentuk modal semasa tahun
taksiran.
Bagi mereka yang bekerja, pendapatan boleh
cukai terdiri dari item berikut:- gaji,

- cuti bergaji,

Beberapa asas percukaian pendapatan individu


dinyatakan dibawah:-

- komisen,

- bonus/dividen

- gratuiti,

- yuran dan elaun

Kadar Cukai Pendapatan dan


Pelepasan

Dokumen
undang-undang
utama
yang
mengawal cukai pendapatan di Malaysia ialah
Akta Cukai Pendapatan 1967. Kadar cukai dan
pelepasan cukai biasanya dikaji setiap tahun
apabila Menteri Kewangan mencadangkan
Belanjawan Negara untuk sesuatu tahun.
Kadar ini kemudiannya dimasukkan ke dalam
Akta Kewangan tahun tersebut.

Tahun Taksiran

Potongan Yang Dibenarkan

Untuk ahli perniagaan atau mereka yang


bekerja sendiri, potongan yang dibenarkan
adalah perbelanjaan yang ditanggung semasa
menjalankan perniagaan. Oleh itu, untuk
majikan yang mencarum kepada insurans hayat
berkumpulan, premium yang dibayar untuk
polisi ini akan dianggap sebagai potongan yang
dibenarkan.
Untuk mereka yang memperolehi pendapatan
dari pengajian, potongan yang dibenarkan
ialah:-

Tahun taksiran adalah tempoh dari 1 Januari


hingga 31 Disember. Untuk tujuan percukaian,
Akta Cukai Pendapatan menyatakan bahawa
369

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
-


-

-

-

-

-

caruman kepada dana yang diluluskan


seperti KWSP, premium insurans hayat,
derma kepada pertubuhan kebajikan
yang diluluskan;

pembelian komputer peribadi untuk


kegunaan sendiri;

potongan sehingga RM3,000 setahun


untuk
simpanan
dibawah
Skim
Simpanan Pendidikan Negara.

pelepasan diri;
perbelanjaan perubatan untuk ibubapa;
peralatan sokongan untuk tanggungan
kurang upaya;
pembelian buku, jurnal, majalah dan
lain-lain penerbitan;
pemeriksaan kesihatan menyeluruh;

Pendapatan Boleh Cukai

Ia adalah pendapatan yang boleh dikenakan


cukai. Ia diperolehi selepas semua potongan
dibenarkan dari jumlah pendapatan untuk tahun
taksiran telah dibuat.
Bagi seseorang individu, contoh pengiraan
cukai pendapatan adalah seperti berikut:-

370

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
Contoh:
Contoh berikut memberi gambaran manfaat cukai dengan memiliki polisi insurans hayat yang
diluluskan untuk seorang individu dengan butiran dii seperti berikut:
Umur

30 tahun

Pendapatan Tahunan

RM 42,000

Tanggungan

Isteri (tidak bekerja), 1 anak

Caruman yang Dibenarkan

i)

RM 4,620 kepada KWSP @ 11%

ii)

Premium RM1,400 (jika dibeli)


polisi insurans hayat dengan
RM 100,000 jumlah Insurans

24.4.2 Cukai Atas Prosid Insurans Hayat

Prinsip-prinsip umum berhubung dengan prosid


insurans hayat berikut perlu dipatuhi:-

Pada masa sekarang, prosid insurans


hayat tidak dikenakan cukai kerana ia
tidak dianggap sebagai pendapatan. Ia
juga meliputi bayaran dividen dan bonus
yang diterima dari prosid polisi insurans
berserta keuntungan.

Walau bagaimanapun, jika prosid itu


berbentuk faedah pekerjaan yang timbul
dari polisi insurans majikan (contohnya
polisi hilang upaya kumpulan), prosid
tersebut dianggap sebagai pendapatan
kepada individu berkenaan dan oleh itu
ia dikenakan cukai.
Jika prosid polisi didepositkan dengan
insurer sebagai sebahagian daripada
pilihan penyelesaian, faedah yang
diperolehi dari deposit tersebut dianggap
sebagai pendapatan dan ia dikenakan
cukai.

371

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 24
1.

Apakah faktor yang kurang penting yang boleh mempengaruhi kemortalan?


a.
b.
c.
d.

2.

Pengunderaitan kewangan melibatkan


a.
b.
c.
d.

3.

mengenakan premium tambahan.


menawarkan pilihan kontrak insurans yang lain.
mengenakan syarat lien atau hutang.
menawarkan diskaun premium.

Apabila surat mengenai bebanan premium dikeluarkan oleh insurer, ia dianggap


sebagai
a.
b.
c.
d.

5.

mengenalpasti jumlah hutang yang ditanggung oleh seseorang.


mengenalpasti bilangan kad kredit yang dimiliki oleh seseorang.
menentukan kewujudan kepentingan boleh insurans.
menentukan bilangan kenderaan yang dimiliki oleh seseorang.

Yang manakah diantara kaedah berikut tidak digunakan oleh insurer apabila
membuat penilaian tentang hayat sub-standard?
a.
b.
c.
d.

4.

umur.
jantina.
kawan-kawan.
avokasi.

tawaran kepada insured.


penolakan permohonan insured.
tawaran balas kepada insured.
perisytiharan bonus.

Dalam aspek berkaitan dengan cukai pendapatan ke atas individu yang bekerja
makan gaji, yang manakah diantara berikut tidak layak mendapat potongan cukai
pendapatan?
a.
b.
c.
d.

caruman KWSP.
premium insurans hayat.
namk-anak dibawah tanggungan.
bil perubatan persendirian.

372

BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU


PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU
6.

Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah benar?


a.
b.
c.
d.

7.

Berapakah amaun yang layak mendapatkan potongan cukai bagi simpanan Skim
Simpanan Pendidikan Negara (SSPN)?
a.
b.
c.
d.

8.

cuti bergaji.
komisen.
gratuiti.
kesemua di atas.

Bagi pasangan yang telah berkahwin dan memilih taksiran bersama pada tahun
berkenaan, jumlah pelepasan cukai yang dibenarkan untuk premium insurans hayat
dan caruman KWSP ialah
a.
b.
c.
d.

10.

RM 2,000.
RM 3,000.
RM 4,000.
RM 5,000.

Jamie Kong bekerja di sebuah firma multinasional di Kuala Lumpur. Diantara


berikut, yang manakah pendapatan boleh cukai atau pendapatan taksiran?
a.
b.
c.
d.

9.

Kemortalan wanita adalah lebih rendah dari kemortalan lelaki.


Kemortalan wanita adalah lebih tinggi dari kemortalan lelaki.
Kemortalan wanita adalah sama dengan kemortalan lelaki.
Kemorbidan wanita adalah lebih tinggi dari kemorbidan lelaki.

RM 5,000.
RM 6,000.
RM 8,000.
RM 12,000.

Tarikh kuatkuasa polisi insurans hayat biasanya boleh dikebelakangkan (backdated)


sehingga ke tempoh maksimum
a.
b.
c.
d.

3 bulan.
4 bulan.
6 bulan.
8 bulan.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


373

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

25.1 Menilai Risiko


25.2 Mengira Kos Risiko
25.3 Pengiraan Kadar Premium
25.4 Lain-lain Pertimbangan

Insurer perlu mengenakan amaun premium


yang mencukupi supaya dapat menampung
bayaran tuntutan dan lain-lain perbelanjaan
yang ditanggung.
Dalam bab ini, kita
akan mempelajari tentang elemen-elemen
pengurusan risiko dalam amalan perniagaan
insurans hayat, yang meliputi:

25.5 Penyelarasan Premium Kasar



dalam Buku Kadar

Menilai Risiko

25.6 Sistem Perkadaran Berangka

Mengira Kos Risiko

Pengiraan Kadar Premium

Lain-lain Pertimbangan

Kesimpulan

Penyelarasan Premium Kasar dalam


Buku Pengkadaran

Sistem Pengkadaran Berangka

25.1 MENILAI RISIKO

Penggemblengan Risiko yang Sama


Prinsip asas yang diiktiraf dalam insurans
hayat dan insurans am ialah apabila terdapat
sejumlah besar risiko yang sama digembleng
atau dikumpulkan menjadi satu kumpulan,
maka ia dapat mengurangkan kebarangkalian
terhadap amaun kerugian yang akan berlaku
dalam satu tempoh tertentu.
Peraturan Bilangan Jumlah Besar
Katakanlah, sekiranya satu sahaja hayat yang
diinsuranskan terhadap kematian dalam tempoh
satu tahun, maka ia pasti dianggap sebagai
perjudian. Tetapi sekiranya terdapat sejumlah

374

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
besar hayat yang akan diinsuranskan, pola turun
naik kadar kematian dari tahun ke tahun dalam
keadaan biasa (kecuali peperangan, wabak
dan seumpamanya) tidak akan menunjukkan
perbezaan yang ketara.
Oleh itu, adalah lebih wajar dan selamat
untuk syarikat insurans menetapkan lebih
awal anggaran amaun tuntutan kematian
yang mungkin timbul untuk satu kumpulan
polisi insurans hayat. Untuk mengendalikan
perniagaan berlandaskan asas yang kukuh,
pengetahuan mengenai pengalaman kadar
kematian masa lepas perlu dikaji dan
dimanfaatkan.
Maklumat Masa Lalu Menjadi Panduan Masa
Akan Datang
Statistik kemortalan hayat insured menyediakan
keputusan pengalaman yang lepas, dan ianya
akan digunakan sebagai panduan untuk
menyediakan carta kemortalan untuk masa
hadapan.

Untuk menentukan kadar premium insurans


hayat, insurer mengandaikan bahawa kadar
kematian dimasa akan datang dikalangan
sekumpulan insured yang sama umur akan
mengikut pola yang sama dikalangan kumpulan
yang sama umur pada masa lepas.
Nisbah kematian dikalangan insured dalam
setahun adalah berbeza kerana umur insured
yang semakin meningkat.
Sebagai contoh, jika sekumpulan 100,000
orang yang semuanya berusia 40 tahun
diinsuranskan, 562 orang akan meninggal dunia
dalam tahun tersebut; dan sekumpulan 100,000
orang yang berumur 60 tahun diinsuranskan,
2,415 meninggal dunia pada tahun berkenaan.
Oleh itu, kita boleh katakan yang kemungkinan
berlaku kematian dalam satu tahun adalah
562/100,000 (atau 0.00562) pada usia 40 tahun,
dan 2,415/100,000 (atau 0.02415) pada usia
60 tahun. Situasi ini menjelaskan kemungkinan
berlaku kematian dalam satu tahun. Dalam
insurans hayat, kemungkinan ini dinamakan
kadar kemortalan.

375

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
Jadual 25.1. Contoh Jadual Kemortalan

376

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM

377

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
25.2 MENGIRA KOS RISIKO

25.2.1 Kemortalan

Dalam bab sebelum ini, kita telah mempelajari


tentang kepentingan faktor kemortalan. Dalam
bab ini, kita akan mengkaji jadual kemortalan
iaitu satu mekanisma penting yang digunakan
oleh insurer dalam membuat anggaran
kemortalan sekumpulan hayat.
Apakah Jadual Kemortalan Standard?
Insurer biasanya menggunakan Jadual
Kemortalan Standard, atau jadual yang
diubahsuai bagi tujuan pengiraan premium.
Jadual Kemortalan Standard diperolehi
dari gabungan pengalaman kemortalan
sekumpulan insurer dalam satu kawasan
tertentu dan biasanya jadual standard yang
berbeza digunakan untuk setiap jenis polisi;
menunjukkan bahawa kadar kemortalan juga
berbeza mengikut jenis polisi.
Bagaimana Jadual Kemortalan Disediakan
Dalam menyediakan jadual kemortalan,
teknik statistik digunakan untuk memperolehi
kadar kemortalan, bermula dengan setiap
umur dengan menggunakan angka rambang
(100,000 dalam Jadual 25.1) pada umur yang
paling muda, untuk mendapatkan nilai lajur
yang lain. Adalah penting untuk memahami
fakta ini dan sesungguhnya jadual kemortalan
bukanlah disediakan dengan memerhatikan
hayat seseorang pada umur yang sama dari
sejak lahir hingga kematian, seperti yang
dibayangkan oleh masyarakat umum.

25.2.2 Pulangan Pelaburan

Pulangan pelaburan adalah antara faktor


terpenting yang perlu diambilkira bagi tujuan
pengiraan premium.

Apakah yang
pelaburan?

menimbulkan

keperluan

Secara dasarnya, baki premium yang diterima


setelah ditolak perbelanjaan, cukai, tuntutan,
keuntungan pemegang saham dan sebagainya,
akan dilaburkan dalam aset pendapatan dan
modal. Walaupun amaun baki semasa yang
diterima boleh dilaburkan dalam pelaburan yang
diketahui kadar pulangannya, amaun yang akan
diterima pada masa hadapan perlu dilaburkan
pada kadar masa itu. Pulangan pelaburan
masa hadapan bergantung kepada pelbagai
faktor, seperti faktor ekonomi, politik dan
sosial. Faktor-faktor ini sukar diramal dengan
tepat, kecuali jika untuk tempoh yang singkat.
Oleh itu, insurer perlu membuat anggaran
dengan berhati-hati dan bijaksana tentang
kemungkinan kadar pulangan dari pelaburan
jangka sederhana dan jangka panjang, bagi
tujuan pengiraan premium.
Akibat dari pengabaian pulangan pelaburan
Berdasarkan dari fakta-fakta yang diberikan,
kita mungkin berpendapat insurer tidak
perlu menghiraukan faktor-faktor tersebut
dalam penentuan kadar premium. Walau
bagaimanapun, sekiranya insurer memilih
untuk tidak menghiraukan faktor berkenaan,
kadar premium yang ditetapkan kelak mungkin
lebih tinggi berbanding dengan pesaingnya
yang mengambil kira pulangan pelaburan ketika
menetapkan kadar premium.
Andaian yang dibuat secara berhati-hati
biasanya dinyatakan melalui angka peratusan
pulangan pelaburan dalam setahun, misalnya
7% setahun, dan ia selalunya dirujuk sebagai
anggaran kadar faedah.

25.2.3 Perbelanjaan

Seperti lain-lain organisasi perniagaan, insurer


juga perlu menanggung pelbagai kos untuk
menjalankan operasi kendalian perniagaannya.
378

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
Secara amnya, perbelanjaan yang ditanggung
oleh insurer bagi setiap polisi yang dikeluarkan
boleh dibahagikan kepada tiga kategori:-

Perbelanjaan penamatan

Perbelanjaan ini ditanggung setelah polisi


dikeluarkan.

Kategori Perbelanjaan

Perbelanjaan Awal

Perbelanjaan awal yang biasanya amat tinggi


adalah perbelanjaan yang ditanggung pada
tahun pertama polisi, khusus untuk memperolehi
urusniaga berkenaan. Perbelanjaan awal
lebih tinggi berbanding dengan perbelanjaan
pembaharuan.
Contoh-contoh perbelanjaan awal ialah:
-

kos pengiklanan;

komisen tahun pertama;

perbelanjaan pemeriksaan kesihatan;

perbelanjaan mengeluarkan polisi, dan


sebagainya.

Perbelanjaan pembaharuan

Antara contoh-contohnya ialah:



-
perbelanjaan bayaran tuntutan

-
perbelanjaan perundangan
Kaedah menangani perbelanjaan awal
Ketika insurer membuat pengiraan premium,
faktor perbelanjaan mestilah diambilkira.
Perbelanjaan awal yang tinggi biasanya
diagih-agihkan sepanjang tempoh polisi dan
perbelanjaan pembaharuan ditambah kedalam
premium bersih.

25.2.4 Cukai

Percukaian adalah bidang yang rumit

Perbelanjaan ini perlu ditanggung (walaupun


tidak semestinya) setiap tahun sepanjang
tempoh polisi

Syarikat insurans juga seperti lain-lain firma


perniagaan yang perlu menanggung liabiliti
cukai. Bidang percukaian syarikat insurans
adalah agak rumit dan tidak akan dibincangkan
pada tahap ini.

Antara contoh perbelanjaan pembaharuan


ialah:

25.2.5 Lain-Lain Faktor

komisen pembaharuan;

perbelanjaan mengutip premium;

perbelanjaan perkhidmatan polisi, dan


sebagainya.

Keempat-empat faktor yang dibincangkan


sebelum ini iaitu kemortalan, faedah,
perbelanjaan dan cukai adalah faktor utama
dalam menentukan kadar premium.
Secara amnya adalah memadai untuk kita
mengetahui bahawa antara faktor-faktor lain
yang juga diambilkira dalam proses penentuan
premium ialah;

379

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
-

-

-


-

kos pembiayaan

kos mengekalkan rezab statutori dan


margin kesolvenan.

kos reinsurans
bebanan bonus (untuk polisi berserta
keuntungan)
kos menyediakan opsyen dan jaminan,
sekiranya perlu

25.3 PENGIRAAN KADAR PREMIUM

Seksyen
142
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan bahawa syarikat insurans
hayat tidak dibenarkan mengeluarkan polisi
insurans hayat kecuali kadar premium yang
dikenakan untuk polisi tersebut telah disahkan
sesuai digunakan oleh aktuari yang dilantik.
Aktuari yang mengesahkan kadar premium
berkenaan mestilah berpuashati bahawa
kadar tersebut adalah mematuhi prinsipprinsip asas insurans, bertepatan dengan
pengalaman insurer dan mematuhi kod amalan
terpuji yang ditetapkan sejajar dengan dasar
aktuari bagi menentukan kadar premium
tersebut. Selanjutnya aktuari juga hendaklah
mengambil kira kadar maksimum komisen yang
dicadangkan akan dibayar atau diskaun yang
dibenarkan atas polisi berkenaan.
Pada seksyen berikutnya, kita akan mempelajari
teknik bagaimana kadar premium dikira

25.3.1 Premium Tulen Satu-Tahun Atau


Premium Risiko Satu- Tahun

Pengiraan premium tulen / risiko


Melalui pengenalan prinsip kadar kemortalan,
ia membolehkan insurer menentukan kos
menawarkan perlindungan insurans kepada
seseorang untuk tempoh setahun.

Dengan mengambil contoh seseorang yang


berumur 37 tahun dimana kadar kemortalan
untuk umur tersebut ialah 4.74 bagi setiap 1000
hayat (lihat jadual 25.1). Kita akan membuat
andaian yang insurer mempunyai 100,000
hayat yang akan diinsuranskan dalam tempoh
satu tahun dan kesemua mereka berusia 37
tahun.
Insurer menjangkakan akan terdapat 474
kematian (4.74 x 100,000/1,000) dalam
setahun. Dengan lain perkataan, insurer akan
menerima bayaran premium dari 100,000 orang
dan membayar tuntutan untuk 474 kes. Untuk
memudahkan pengiraan, kita andaikan insurer
tidak menanggung sebarang perbelanjaan
serta tidak berhasrat memperolehi keuntungan.
Sekiranya insurer bercadang untuk membayar
amaun tuntutan (dipanggil jumlah diinsuranskan)
RM1,000 setiap tuntutan, insurer perlu
menyediakan RM474,000 yang diperolehi dari
kesemua 100,000 hayat yang diinsuranskan.
Dengan lain perkataan, insurer perlu mengutip
RM4.74 dari setiap orang sebagai kos asas
(dipanggil premium) menyediakan perlindungan
insurans untuk tempoh satu tahun. Kita akan
dapati bahawa amaun yang perlu dikutip dari
setiap orang adalah sama dengan kadar
kemortalan. Sekiranya setiap tuntutan kematian
ialah RM5,000, premium yang dikenakan
kepada setiap orang akan meningkat lima kali
ganda iaitu RM4.74 x 5 = RM23.70.
Premium Risiko Meningkat Mengikut Masa
Kos asas risiko kematian digelar Premium
Risiko atau Premium Semulajadi. Premium
risiko meningkat seiring dengan peningkatan
umur insured. Sekiranya insurer mengambil
keputusan untuk mengenakan premium
berdasarkan premium risiko, insurer terpaksa
mengenakan premium yang meningkat untuk
insured yang sama setiap tahun. Kontrak
insurans terawal mempunyai ciri-ciri seperti ini
tetapi didapati kaedah ini menimbulkan pelbagai
masaalah pengendalian operasi perniagaan.

380

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
Keburukan Polisi Insurans Hayat yang
Diperbaharui Setiap Tahun
Dibawah kontrak seperti ini, insurer dan insured
mempunyai pilihan untuk memperbaharui
kontrak tersebut atau sebaliknya. Jika kontrak
tersebut diperbaharui, premium risiko yang
dikenakan akan menjadi lebih tinggi dari
tahun sebelumnya. Jika keadaan kesihatan
insured tidak memuaskan, insurer tidak akan
memperbaharui kontrak tersebut. Ini menafikan
hak insured untuk mendapat manfaat
perlindungan insurans apabila ia benar-benar
memerlukannya.

25.3.2 Premium Tulen Paras (Seragam)


Atau Premium Risiko Paras

Premium Paras
Kebanyakan polisi individu yang dijual hari
ini memperuntukkan bayaran premium paras
sepanjang tempoh polisi ditetapkan. Kontrak
yang dikeluarkan biasanya kontrak bertempoh
jangka panjang tetapi bayaran premium tetap
sama. Walau bagaimanapun, prinsip asas
Premium Risiko yang berbeza mengikut umurlah
yang mendasari konsep premium paras.
Andaikan amaun premium paras untuk sesuatu
polisi insurans hayat bagi individu berumur 37
tahun dengan tempoh perlindungan selama
5 tahun dan amaun insurans ialah RM5,000.
Dibawah kaedah premium risiko, dengan
menggunakan Jadual Kemortalan (25.1), insurer
akan mengenakan amaun premium asas yang
berlainan setiap tahun, selama lima tahun.

Jadual 25.2 Pengiraan Premium Paras

Untuk Tempoh Permulaan, Premium Paras


Adalah Melebihi Premium Boleh Diperbaharui
Setiap Tahun
Insured perlu membayar sejumlah RM133.35
untuk tempoh 5 tahun. Sekiranya tidak
mengambilkira kadar faedah dan lain-lain faktor
berkaitan dan jika insurer bercadang untuk
mengenakan premium paras, maka amaun
premium yang dikutip ialah RM26.67 (133.35 / 5)
setiap tahun. Amaun paras sebanyak RM26.67
ini adalah lebih tinggi dari premium risiko yang
diperlukan pada tahun pertama, kedua dan
ketiga (RM23.70, RM25.10, dan RM26.55) dan
lebih rendah dari premium risiko pada tahun
Keempat dan kelima (RM28.10 dan RM29.90).
Ilustrasi yang disediakan adalah jadual yang
paling ringkas dan tidak mengambil kira semua
faktor yang sepatutnya dimasukkan ketika
membuat pengiraan premium paras. Walau
bagaimanapun, ia dapat menerangkan prinsip
asas yang melibatkan pengiraan premium
paras bagi melindungi sesuatu risiko yang terus
meningkat dari tahun ke tahun.
Untuk Polisi yang Menyediakan Manfaat
Pemandirian
Perbincangan kita setakat ini hanya meliputi
caj untuk melindungi risiko kemortalan (iaitu
berlaku kematian). Biasanya polisi insurans
hayat menyediakan manfaat pemandirian
sebagai tambahan kepada manfaat kematian.
Faedah pemandirian ini selalunya berbentuk

381

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
bayaran berkala dalam tempoh polisi, dengan
syarat insured masih hidup pada ketika itu.
Sebagai contoh, dibawah polisi endowmen 10
tahun dengan amaun insurans akan dibayar
ketika berlaku kematian dalam tempoh tersebut
atau ketika polisi matang selepas 10 tahun.
Manfaat pemandirian ini memerlukan premium
tambahan yang tidak dimasukkan semasa
mengira premium manfaat kematian. Premium
tambahan ini juga akan dijadikan premium
paras dan dimasukkan sekali kedalam premium
paras perlindungan risiko kematian.

25.3.3 Premium Kasar

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Premium


Kasar
Untuk kemudahan urustadbir, insurer telah
menyediakan jadual kadar premium kasar
yang berbeza mengikut umur dan tempoh
bagi jenis polisi berasingan. Kadar premium
yang dinyatakan dalam jadual kadar premium
ini adalah berbeza dengan premium tulen
paras asas yang diterangkan pada awal bab
ini. Ketika menetapkan kadar premium kasar,
insurer bukan sahaja perlu mengambilkira kos
kemortalan, malah lain-lain faktor juga perlu
dititikberatkan. Yang paling penting dikalangan
faktor-faktor berkenaan ialah elemen faedah
dan perbelanjaan. Dalam pengertian yang
paling umum, kita perlu memahami hubungan
berikut:
Premium Kasar =

Premium Bersih (lihat di bawah) +

Bebanan perbelanjaan + Bebanan keuntungan dan


kontingensi

Faktor Kadar Faedah Diteliti Semula



Lebihan Awal Dikumpulkan Untuk


Menampung Keperluan Seterusnya

Kita telah mempelajari bahawa jika premium


paras tahunan dikenakan sebagai menggantikan
premium risiko yang berbeza-beza, amaun
setiap tahun (dikenali sebagai premium
tahunan) menjadi lebih tinggi daripada apa
yang diperlukan untuk melindungi risiko pada
tahun-tahun awal kontrak dan berkurangan
pada tahun-tahun berikutnya. Lebihan premium
tahunan dalam tahun-tahun awal ini digunakan
untuk menampung kekurangan pada tahuntahun akhir tempoh polisi. Lebihan ini dilaburkan
untuk mendapat pulangan pelaburan sehingga
tiba masanya ia diperlukan untuk menampung
kekurangan tadi. Dalam pengiraan premium
tahunan paras, insurer akan membuat
anggaran yang jelas (dan konservatif) mengenai
pendapatan pelaburan masa hadapan dan
dengan itu mengurangkan amaun premium
yang perlu dibayar.
Polisi insurans hayat pada masa kini biasanya
menyediakan manfaat pemandiri sebagai
tambahan kepada manfaat kematian. Pengiraan
premium tambahan yang perlu dibayar untuk
manfaat ini juga mengambilkira pendapatan
pelaburan masa hadapan.

Premium Bersih

Caj yang dikenakan bagi meliputi kos kemortalan


sahaja digelar Premium Risiko. Apabila caj
tersebut dikira selepas memasukkan elemen
kemortalan dan faedah, ia digelar Premium
Bersih.
Bagaimanapun,
premium
bersih
mengambilkira kos perbelanjaan.

tidak

Bebanan Bonus

Polisi berserta keuntungan menikmati hak


berkongsi keuntungan operasi perniagaan
insurer dalam bentuk bonus. Untuk menikmati
382

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
keistimewaan ini, pemegang polisi dikenakan
premium yang lebih tinggi berbanding dengan
polisi tanpa keuntungan. Tambahan ini dikenali
sebagai Bebanan Bonus.

25.3.4 Peruntukan Keuntungan

Adalah menjadi kelaziman syarikat insurans


tidak membuat peruntukan khusus untuk
keuntungan dalam menyediakan jadual
premium. Ketika membuat peruntukan
kemortalan,
faedah
dan
perbelanjaan,
insurer perlu membuat anggaran menyeluruh
tentang kemungkinan faktor-faktor berkenaan
mempengaruhi keuntungan masa hadapan
dan anggaran ini dibuat dengan berhati-hati.
Apakah Keuntungan Insurer?
Dalam keadaan sebenar, pengalaman
mengenai
elemen-elemen
ini
adalah
berbeza dengan apa yang telah dijangka
dan diperuntukkan. Jika pengalaman atau
keputusan sebenar adalah lebih baik dari
apa yang dijangkakan, maka lebihan tersebut
adalah keuntungan kepada pemegang polisi
dan insurer. Apa-apa sumber yang memberi
manfaat kepada insurer, ia juga adalah sumber
keuntungan syarikat.

25.3.5 Ringkasan

Dalam pengiraan jadual premium (kasar) untuk


polisi tidak beserta keuntungan, elemen yang
biasanya diambilkira ialah kemortalan, faedah
dan perbelanjaan. Pengiraan jadual premium
(kasar) untuk polisi berserta keuntungan,
elemen yang diambilkira ialah kemortalan,
faedah, perbelanjaan dan bebanan bonus.

25.4 LAIN-LAIN PERTIMBANGAN

Jadual premium kasar yang ditetapkan dengan


mengambilkira faktor kemortalan, faedah,
perbelanjaan dan bebanan bonus (untuk polisi
berserta keuntungan sahaja) hendaklah dibuat
ujian lanjut untuk memastikan yang premium
tersebut mencukupi, berdaya saing, adil, tetap
dan menguntungkan. Oleh itu, struktur kadar
premium yang memenuhi semua kriteria ialah
premium yang:

Mencukupi:

Premium yang dikenakan bersama dengan


pendapatan
pelaburan
yang
diterima
mestilah mencukupi untuk menampung
semua perbelanjaan insurer seperti tuntutan,
perbelanjaan pengurusan, komisen dan
sebagainya.

Berdaya Saing

Kadar premium tidak boleh terlalu berbeza


daripada yang dikenakan oleh insurer lain,
dikawasan yang sama dan untuk jenis polisi
yang sama.

Adil

Premium mestilah adil dari segi pembahagian


nisbah tuntutan dan perbelanjaan bagi setiap
pemegang polisi. Sebagai contoh, tidak adil
jika satu kelas insurans dikenakan caj yang
tidak setara dalam pembahagian belanja
pengurusan.

Tetap

Premium yang dikenakan untuk kelas polisi


yang berbeza dan umur yang berbeza pada
permulaan kontrak mestilah tidak mengandungi
sebarang kelainan yang nyata. Sebagai contoh,
premium yang dikenakan untuk polisi endowmen
bagi umur dan tempoh tertentu pada permulaan
polisi hendaklah lebih rendah dari gabungan
polisi insurans sementara dan endowmen tulen
383

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
pada umur penyertaan dan tempoh yang sama,
walaupun kedua-duanya memberi manfaat
yang serupa.

Menguntungkan

Premium yang dikenakan mestilah secara


keseluruhannya
memenuhi
keperluan
keuntungan
insurer
dibawah
suasana
perniagaan yang pelbagai.

25.5 PENYELARASAN PREMIUM KASAR


DALAM BUKU PENGKADARAN

25.5.1 Mod Pembayaran Premium

Pemegang polisi biasanya lebih cenderung


untuk memilih mod atau kekerapan bayaran
premium. Ada yang ingin membayar setahun
sekali, manakala yang lain ingin membayar
lebih kerap lagi umpamanya setengah tahunan,
suku tahunan dan bulanan.
Oleh yang demikian, insurer terpaksa memenuhi
permintaan tersebut dengan menyediakan
pilihan kepada pemegang polisi dan pilihan ini
dibuat pada permulaan kontrak. Sebaik sahaja
pilihan dibuat, pemegang polisi dikehendaki
membayar premium mengikut pilihan tersebut.
Jenis-jenis Premium
Terdapat dua jenis premium berkala iaitu:

Premium Sebenar

Untuk premium sebenar pula, pembayaran


premium akan terhenti apabila berlaku
kematian dan tiada potongan akan dibuat dari
amaun tuntutan seperti yang dilakukan dibawah
premium ansuran.
Pembayaran premium berkala menjadikan
insurer berada dalam keadaan yang tidak
menguntungkan berbanding dengan bayaran
premium tahunan.
Keburukan Pembayaran Premium Berkala
Berbanding Dengan Premium Tahunan
Pertamanya, terdapat lebih banyak kerjakerja pentadbiran untuk mengutip premium,
penghantaran notis premium dan sebagainya
yang menyebabkan peningkatan perbelanjaan.
Keduanya, terdapat kerugian pendapatan
faedah untuk bahagian premium yang belum
dibayar.
Keburukan
seterusnya,
untuk
premium sebenar sahaja, pihak insurer tidak
dapat mengutip baki premium selepas berlaku
kematian. Disebabkan oleh faktor-faktor ini,
syarikat insurans biasanya akan mengenakan
premium yang lebih tinggi untuk kekerapan
bayaran premium selain dari premium
tahunan.
Tambahan lagi, insurer mempunyai tempoh
pelaburan yang lebih lama apabila pemegang
polisi membayar premium tahunan, berbanding
dengan pembayaran setengah tahunan,
sukutahunan dan bulanan.

Premium Ansuran

Untuk premium ansuran, apabila berlaku


kematian sebelum kesemua pembayaran
premium dibuat untuk tahun tersebut, baki
premium akan ditolak dari amaun tuntutan yang
akan dibayar dibawah polisi ini.

25.5.2 Penyelarasan Menaikkan Dan


Menurunkan Jumlah Diinsuranskan

Penyelarasan Bebanan Perbelanjaan Dibuat


Bagi Menunjukkan Layanan yang Sama
Untuk Setiap Polisi

384

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
Penyelarasan biasanya dilakukan pada jadual
premium untuk jumlah yang diinsuranskan
dibawah sesuatu polisi. Dalam menentukan
kadar premium, insurer biasanya mengira kadar
saiz purata polisi yang mereka jangkakan boleh
dijual, lalu ditambah bebanan perbelanjaan
mengikut saiz polisi. Kadar yang diperolehi
kemudiannya disusun secara berskala untuk
mendapatkan kadar setiap RM1,000 amaun
insurans dan membentuk jadual premium.
Kaedah Membezakan Amaun Insurans
Jika jumlah diinsuranskan adalah lebih tinggi
dari purata amaun insurans, premium yang
dikenakan juga adalah tinggi tetapi sebahagian
perbelanjaan berkaitan dengan polisi tersebut,
terutamanya yang melibatkan pengeluaran
polisi, akan tetap sama tanpa mengira saiz
polisi. Oleh itu, insurer akan menawarkan
faedah penjimatan ini kepada polisi yang
mempunyai amaun insurans yang tinggi, iaitu
dengan memberi potongan atau diskaun pada
premium berjadual. Keadaan sebaliknya berlaku
untuk polisi yang mempunyai amaun insurans
lebih rendah dari saiz purata. Berdasarkan dari
amalan industri, skala diskaun atas amaun
insurans biasanya disediakan untuk pemegang
polisi. Contoh skala ditunjukkan dalam rajah
25.3
Jadual 25.3. Diskaun Untuk Amaun Insurans
yang Besar

Kaedah Yuran Polisi


Kadangkala
insurer
menangani
situasi
ini dengan cara yang berlainan. Mereka
mengamalkan kaedah yang digelar Yuran
Polisi. Ia adalah amaun tambahan tetap yang
ditambah kedalam jadual premium bagi amaun
insurans yang bersesuaian. Oleh kerana amaun
tambahan tersebut adalah tetap, ia secara
automatik memberi kelegaan untuk polisi yang
beramaun tinggi, berbanding dengan polisi yang
mempunyai amaun insurans yang rendah.

25.5.3 Premium Tambahan Disebabkan


Kesihatan Dan Pekerjaan

Premium
Akan
Ditambah
Bagi
Menggambarkan
Risiko
Tambahan
Kesihatan dan Pekerjaan
Kita telah mempelajari sebelum ini bahawa
premium risiko adalah berdasarkan prinsip
purata. Keberkesanan prinsip ini bergantung
kepada persamaan yang terdapat dikalangan
ahli yang berbeza dalam kumpulan berkenaan.
Sekiranya kumpulan tersebut mengandungi ahli
yang mempunyai latar belakang yang berbeza,
mereka akan mengalami kadar kemortalan
yang berbeza walaupun mereka sebaya.
Begitu juga, jika terdapat dua kumpulan dengan
standard kesihatan yang berlainan, kadar
kemortalan yang diperhatikan akan berbeza.
Untuk memastikan yang kumpulan-kumpulan
tersebut mempunyai persamaan standard
kesihatan, syarikat insurans menggunakan
kaedah meminta bakal pemegang polisi
membuat pemeriksaan kesihatan. Kadar
premium berjadual akan ditawarkan kepada
mereka yang didapati dalam keadaan
kesihatan yang memuaskan. Individu yang
didapati mempunyai tanda-tanda pasti yang
kesihatannya substandard tidak dibenarkan
mendapatkan kadar berjadual kerana setiap
ahli dalam kumpulan kesihatan substandard ini
dijangka mempunyai kadar kemortalan yang
lebih tinggi. Sudah menjadi kebiasaan dalam
385

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
kes sebegini untuk mengenakan premium
tambahan yang dipanggil Tambahan Kesihatan
sebagai tambahan kepada premium berjadual.
Kadar caj tambahan tersebut bergantung
kepada anggaran kadar kemortalan bertambah
untuk individu seperti itu.
Adalah
menjadi
amalan
biasa
untuk
membezakan mereka yang terlibat dalam
pekerjaan yang merbahaya berbanding
dengan yang lain dalam penetapan premium.
Sesetengah pekerjaan dikenalpasti kerap
berlaku insiden kematian yang tinggi kerana
faktor-faktor seperti risiko persekitaran dan
risiko industri. Dalam sesetengah pekerjaan,
terdapat lebih besar kemungkinan kemalangan
berlaku. Oleh itu, kemungkinan kematian yang
tinggi timbul bukan kerana kesihatan mereka
kurang memuaskan daripada kesihatan purata,
tetapi mereka terdedah kepada bahaya tertentu
yang tidak wujud pada orang biasa. Insurer
biasanya mengenakan premium tambahan
yang dipanggil Tambahan Pekerjaan sebagai
tambahan kepada premium berjadual dengan
mengambilkira risiko tambahan yang timbul
dari pekerjaan tersebut.

hayat insured wanita. Walau bagaimanapun,


jadual kemortalan sedemikian tidak diperolehi
kerana kekurangan statistik hayat insured
wanita. Oleh itu, sebagai langkah wajar dan
untuk mencapai keadilan secara menyeluruh,
premium untuk wanita secara amnya ditentukan
dengan mengurangkan umur antara dua
hingga empat tahun dan mengenakan premium
berjadual mengikut umur yang dikurangkan itu.

25.6 SISTEM PENGKADARAN


BERANGKA

Teknik
yang
menyediakan
kaedah
memperkenalkan tahap ketetapan yang tinggi
dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi
dengan kepelbagaian kes yang perlu diberi
pertimbangan dipanggil Sistem Pengkadaran
Berangka. Pada asalnya, pemilihan risiko secara
keseluruhannya adalah merupakan penilaian
individu oleh Lembaga Pengarah syarikat.
Kaedah penilaian individu ini terus diamalkan
sehingga tahun 1919 apabila sistem taksiran
berangka dalam pengunderaitan diperkenalkan
dan pengunderaitan banyak dipengaruhi oleh
analisa statistik.

25.5.4 Hayat Wanita

Kemortalan Yang Rendah Dalam Hayat


Wanita Ditunjukkan Dengan Mengenakan
Premium Yang Rendah
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, adalah
penting untuk mengasingkan sesuatu kumpulan
sekiranya pengalaman kemortalan kumpulan
tersebut jauh berbeza dengan kumpulan yang
lain. Hakikatnya, hayat wanita adalah lebih
panjang daripada hayat lelaki. Oleh itu, kadar
premium yang dikenakan untuk hayat wanita
sepatutnya lebih rendah daripada hayat lelaki
yang sebaya.
Sepatutnya kadar premium hayat wanita
mestilah ditentukan dengan menggunakan
jadual kemortalan berdasarkan pengalaman

Dalam tahun 1919, Arthur H Hunter dan Dr


Decar H Rudgers, yang ketika itu masing-masing
merupakan seorang Pengarah Perubatan dan
Aktuari di syarikat insurans hayat New York,
telah memperkenalkan sistem pengkadaran
berangka.
Sistem ini mengemukakan gagasan bahawa
pelbagai faktor telah mempengaruhi komposisi
risiko dan kesan setiap faktor keatas
kemortalan boleh ditentukan melalui kajian
statistik tentang manusia dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Bagi setiap faktor yang
dipertimbangkan, ia mengandaikan bahawa
risiko purata mewakili 100% kemortalan. Faktor
yang amat memberi kesan keatas kemortalan
diberikan nilai negatif yang dikenali sebagai
kredit, manakala faktor yang kurang memberi
kesan diberi nilai positif yang dipanggil debit.
386

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
Jumlah kredit, debit dan nilai pengkadaran asas
yang standard 100% mewakili nilai angka risiko
bagi setiap pencadang insurans.

Contoh
sistem
pengkadaran
ditunjukkan seperti berikut;

berangka

KESIMPULAN
Dalam bab ini kita telah mempelajari pelbagai
faktor yang diambilkira oleh insurer untuk
menetapkan kadar premium yang paling
sesuai. Kita juga telah melihat secara ringkas
bagaimana kadar premium dikira.

Dalam bab seterusnya, kita akan mempelajari


tajuk yang berkaitan dengan penilaian liabiliti dan
penyebaran bonus polisi berserta keuntungan.

387

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 25

1.

Yang manakah diantara berikut tidak dianggap sebagai perbelanjaan awal?


a.
b.
c.
d.

2.

Mengapa insurer membenarkan bebanan bonus atas polisi insurans hayat tertentu?
a.
b.
c.
d.

3.

Premium risiko meningkat mengikut usia


Perbelanjaan bayaran tuntutan dikelaskan dibawah tajuk perbelanjaan
penamatan
Setelah polisi tamat tempoh, insurer mestilah menerima dan meluluskan
permohonan pembaharuan polisi boleh diperbaharui tahunan
Premium ansuran dan premium sebenar adalah tergolong dibawah premium
berkala

Premium kasar tidak mengandungi


a.
b.
c.
d.

5.

untuk membayar bonus kepada pekerjanya


untuk meningkatkan keuntungan syarikat
untuk memastikan premium risiko yang mencukupi
untuk membolehkan pemegang polisi insurans hayat penyertaan berkongsi
keuntungan syarikat

Yang manakah diantara kenyataan berikut tidak benar?


a.
b.

c.

d.

4.

kos pengiklanan.
perbelanjaan pemeriksaan kesihatan.
perbelanjaan mengeluarkan polisi.
perbelanjaan urus khidmat polisi.

premium bersih .
bebanan untuk perbelanjaan
keuntungan dari pasaran saham
perbelanjaan kontingensi

Premium bersih telah mengambil kira elemen-elemen berikut


a.
b.
c.
d.

kemortalan dan faedah


kemortalan dan perbelanjaan .
perbelanjaan dan faedah
keuntungan dan perbelanjaan

388

BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT :


PERNIAGAAN BARU PENGKADARAN PREMIUM
6.

Struktur kadar premium yang memenuhi semua keperluan ialah premium yang
a.
b.
c.
d.

7.

Diantara berikut, yang manakah contoh perbelanjaan pembaharuan?


a.
b.
c.
d.

8.

kos pengiklanan
ujian pemeriksaan kesihatan
komisen pembaharuan
perbelanjaan perundangan

_________ ialah dimana pembayaran premium ditamatkan apabila berlaku


kematian dan tiada potongan amaun tuntutan dikenakan untuk baki premium
yang belum dijelaskan
a.
b.
c.
d.

9.

mencukupi
menguntungkan
berdaya saing atau kompetitif
kesemua di atas

Premium sebenar
Premium ansuran
Premium tunggal
Premium penuh

Berikut adalah perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat insurans hayat untuk
menjalankan operasi perniagaannya, kecuali
a.
b.
c.
d.

perbelanjaan awal
perbelanjaan pembaharuan
perbelanjaan penamatan kontrak
perbelanjaan berkongsi keuntungan

10. Siapakah yang mula-mula memperkenalkan sistem pengkadaran berangka



dalam tahun 1919?
a.
b.
c.
d.

Arthur H. Hunter
Dr Decar H. Rudger
William Gybbon
a and b

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.


389

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

26.1 Pengenalan
26.2 Penilaian Liabiliti
26.3 Penilaian Aset

Dalam bab ini kita akan tumpukan perhatian


kepada elemen pengurusan risiko yang terakhir
iaitu:-

Pengawasan Dana Insurans

26.4 Surplus
Perkara ini akan dibincangkan dibawah tajuktajuk berikut:-

Penilaian Liabiliti;

Penilaian Aset; dan

Pengagihan Surplus

26.1 PENGENALAN

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini


bagaimana premium yang dikenakan untuk
polisi insurans hayat adalah bergantung kepada
faktor-faktor seperti jangkaan kemortalan,
faedah dan perbelanjaan. Kemungkinan
pengalaman sebenar bagi setiap elemen
tersebut akan berlaku sama seperti apa yang
dijangkakan adalah amat kecil sekali. Apa yang
berlaku mungkin lebih buruk. Walau apapun
natijahnya, usaha mengawasi dan mengawal
pengalaman sebenar secara berterusan perlu
dilakukan. Pemantauan secara berkala tentang
kedudukan kewangan syarikat yang melibatkan
pengambilan stok serta penerapan ciri-ciri asas
dalam penilaian aktuari mengenai aset dan
liabiliti juga perlu dilakukan
.
Penilaian aktuari melibatkan pengiraan nilai
semasa liabiliti semua polisi-polisi yang masih
berkuatkuasa ketika penilaian dibuat, dan
membandingkannya dengan nilai semasa
pendapatan dan perolehan modal dari aset
dana insurans hayat. Jika nilai aset melebihi
390

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS


nilai liabiliti, insurer dikatakan berada dalam
keadaan solven.
Rangkakerja Modal Berasaskan Risiko
Rangkakerja
modal
berasaskan
risiko
(RBC) adalah rangkakerja yang memastikan
kecukupan modal untuk semua insurer yang
dilesenkan dibawah Akta Insurans 1996.
Cadangan rangkakerja memerlukan agar
setiap insurer mengekalkan tahap modal yang
mencukupi supaya ia seimbang dengan profil
risiko yang ditanggung.
Insurer
dikehendaki
mengira
Nisbah
Kecukupan Modal (CAR) iaitu memastikan
peruntukan modal yang mencukupi dalam
dana insurans dan dana pemegang saham
bagi menampung Jumlah Modal yang
Diperlukan (TCR). CAR bertindak sebagai
petunjuk utama kekukuhan kedudukan
kewangan
insurer
dan
menyediakan
maklumat yang diperlukan oleh Bank
Negara Malaysia bagi menentukan bentuk
penyeliaan yang bersesuaian terhadap
insurer.
Rangkakerja RBC digunapakai oleh semua
insurer samada di dalam atau di luar Malaysia,
termasuk cawangan insurer asing di Malaysia
yang dilesenkan dibawah Akta Insurans 1996.
Perniagaan yang dihasilkan oleh cawangan
reinsurer profesional asing di luar Malaysia
dikecualikan
dari
mematuhi
keperluan
rangkakerja sekiranya syarat-syarat yang
dinyatakan telah dipenuhi.
Syarikat insurans hendaklah melaksanakan
dan mematuhi Rangka kerja RBC berkuatkuasa
mulai 1 Januari 2009. Insurer yang memiliki
keupayaan untuk melaksanakan rangka kerja
berkenaan lebih awal dari tarikh tersebut, boleh
berbuat demikian untuk tahun kewangan 2008.
TUJUAN MEMBUAT PENILAIAN
Penilaian aktuari keatas insurer perlu
dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya
ialah untuk:-

menentukan samada insurer berada


dalam keadaan solven;
menentukan amaun surplus, jika ada,
yang boleh diagihkan kepada pemegang
saham dalam bentuk dividen atau
bonus;
menguji samada skala premium yang
digunakan adalah mencukupi;
menentukan samada operasi kendalian
perniagaan insurer perlu diubahsuai;
mematuhi keperluan undang-undang

26.2 PENILAIAN LIABILITI

Liabiliti syarikat insurans hayat adalah


tanggungjawab berkontrak kepada pemegang
polisi, contohnya dibawah polisi endowmen
10 tahun tidak beserta keuntungan, insurer
bertanggungjawab untuk membayar amaun
tuntutan jika berlaku kematian atau pada
penghujung tempoh 10 tahun, tertakluk kepada
kejadian yang terdahulu, sebagai balasan
kepada bayaran premium berkala yang dibayar
oleh pemegang polisi. Nilai semasa liabiliti
dibawah polisi insurans hayat boleh dinyatakan
seperti berikut:
Liabilit i =

Nilai Semasa Manfaat yang Perlu Dibayar


Ditambah
Nilai Semasa Perbelanjaan
Ditolak
Nilai Semasa Premium Akan Datang

Kesukaran yang timbul ialah untuk


mengenalpasti nilai semasa manfaat yang
perlu dibayar dan premium yang akan
diterima, ditentukan pada tarikh penilaian
syarikat, dengan mengambilkira dasar
penilaian statutori yang perlu dipatuhi oleh
insurer.

391

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS

26.3 PENILAIAN ASET

Aset milik syarikat insurans hayat meliputi


pelaburan yang dibuat dari premium yang
diterima, setelah mengambilkira peruntukan
untuk membayar tuntutan dan lain-lain
perbelanjaan. Aset tersebut mungkin meliputi
kesemua atau sebahagian dari perkara-perkara
berikut:-

Wang tunai ditangan dan di bank;

Pelaburan dalam sekuriti kerajaan dan


separuh kerajaan;

Saham di syarikat korporat;

Pinjaman dan debentur badan korporat;

Harta, tanah dan bangunan;

Pinjaman kepada pemegang polisi;

Contohnya, insurer mungkin telah membuat


pelaburan dalam pemilikan sistem komputer lima
tahun lalu pada kos RM1 juta. Kini ia mungkin
hanya bernilai RM100,000. Ketika membeli aset
ini, nilai buku ialah RM1 juta dan nilai ini semakin
menyusut dalam tempoh beberapa tahun dan
kini nilai buku aset berkenaan ialah RM100,000
sahaja sekiranya insurer mengamalkan sistem
perakaunan yang betul.
-

Nilai Pasaran

Ia adalah nilai jika aset berkenaan dijual


dipasaran terbuka. Walau apapun kaedah yang
digunakan, aset syarikat perlu dinilai pada
tarikh yang sama liabiliti syarikat dinilai. Tarikh
penilaian ini biasanya bersamaan dengan tarikh
akhir bagi tahun kewangan syarikat.

26.4 SURPLUS

Aset berkenaan dinilai dengan pelbagai cara,


bergantung kepada tujuan penilaian. Beberapa
kaedah penilaian aset termasuklah:-

Surplus adalah perbezaan antara nilai yang


ditetapkan untuk aset dengan nilai liabiliti
dan akan berbeza mengikut dasar penilaian
yang dipilih. Ianya diperolehi dari keputusan
pengalaman sebenar kemortalan, faedah
perbelanjaan dan nilai aset yang lebih baik
daripada apa yang dianggarkan ketika penilaian
dibuat.

SUMBER SURPLUS

Perabut dan peralatan kelengkapan,


kenderaan dan lain-lain peralatan
pejabat.

Harga Kos

Ini adalah harga aset ketika dibeli/diperolehi.

Berdasarkan dari amalan semasa, sumber


utama surplus adalah terdiri dari:-

Nilai Buku

Ia adalah nilai yang diletakkan atas aset dalam


buku akaun syarikat. Ketika aset ini diperolehi,
nilai buku yang tercatat biasanya menunjukkan
harga kos. Walau bagaimanapun, masa yang
berlalu memungkinkan nilai aset semakin
meningkat atau menyusut dan nilai buku juga
akan meningkat atau merosot, bergantung
kepada amalan perakaunan syarikat.

Faedah:

Ia meliputi lebihan faedah (selepas ditolak


cukai) yang diperolehi dari dana insurans hayat
yang melebihi anggaran penilaian aset, dan
merupakan sumber utama surplus khususnya
kadar faedah dipasaran adalah tinggi.

392

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS

Kemortalan:

Surplus kemortalan diperolehi disebabkan


perbezaan pengalaman kemortalan sebenar
dengan asas penilaian anggaran kemortalan.

Kaedah pengagihan Surplus


Perbelanjaan:

Lebihan ini, jika ada, diperolehi dari peruntukan


yang dibuat untuk penilaian perbelanjaan,
berbanding dengan perbelanjaan sebenar yang
ditanggung bagi menentukan amaun lebihan
perbelanjaan.

Sebahagian besar surplus diperuntukkan


kepada pemegang polisi insurans berserta
keuntungan dan akan diagihkan kepada mereka
dalam bentuk bonus.

Pelbagai:

Sebahagian surplus diperolehi dari sumbersumber seperti nilai serahan, polisi luput,
perniagaan baru dan pindaan polisi. Sumber
surplus lain ialah margin kadar premium dan
peningkatan nilai aset.
PENGAGIHAN SURPLUS
Kesemua surplus yang dinyatakan dalam
penilaian aktuari tidak semestinya boleh
diagih-agihkan. Insurer mungkin memikirkan
sebahagian dari surplus kan digunakan untuk
memperkukuhkan asas penilaian beberapa
aspek tertentu. Sebahagian dari surplus itu
mungkin dipindahkan ke rizab kontingensi.
Juga dianggap wajar untuk membawa ke tahun
hadapan akan sebahagian kecil surplus yang
tidak diperuntukkan bagi sebarang tujuan.
Amaun selebihnya adalah surplus untuk diagihagihkan kepada pemegang polisi dan pemegang
saham syarikat dalam syarikat keempunyaan.
Bahagian surplus yang akan diagihkan kepada
pemegang saham dalam bentuk dividen
biasanya dinyatakan dalam Memorandum atau
Artikel Persatuan atau melalui pendaftaran dan
ianya adalah dalam lingkungan 10% hingga
25% dari amaun surplus boleh diagihkan.

Terdapat beberapa cara untuk mengagihkan


surplus kepada pemegang polisi iaitu seperti
yang dinyatakan dibawah:

Bonus Berbalik Mudah

Di bawah kaedah ini, bonus diisytiharkan


sebagai
sebahagian
daripada
amaun
diinsuranskan dan akan dibayar mengikut
keadaan yang sama seperti amaun insurans
asal iaitu amaun ketika berlaku kematian
dibawah polisi insurans hayat seumur hidup
atau polisi matang atau kematian pra-masa
dibawah polisi endowmen. Bonus ini biasanya
dinyatakan dalam bentuk kadar setiap
RM1,000 jumlah diinsuranskan dan apabila ia
diisytiharkan, ia akan menjadi hak pemegang
polisi. Bonus mungkin diserahkan dalam
bentuk tunai (pada kadar diskaun) ketika polisi
masih berkuatkuasa.

393

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS

Amaun diinsuranskan

RM100,000

Bonus terkumpul pada penghujung tahun ke 5

RM16,911

(i) Sistem Bonus Berbalik Majmuk



Kadar Bonus Berbalik Majmuk
:

RM30 setiap RM1,000 amaun


perlindungan

Kadar faedah Kompaun ialah 6%.


Peruntukan bonus untuk tahuan ke 6 :

(a)
30/1000 x RM100,000
=

RM3,000 (untuk perisytiharan bonus



tahun ke 6)


(b)
Bonus terkumpul dengan
=

faedah kompaun RM16,911 x 1.06
Jumlah bonus terkumpul pada tahun ke 6 ialah
(a) + (b) = RM3,000 + RM17,925

=
(ii) Sistem Bonus Berbalik Mudah

RM17,925


Kadar bonus berbalik mudah
:

RM30 setiap RM1,000 amaun


perlindungan

Bonus setiap tahun ialah RM3,000

Pada penghujung tahun ke 6, bonus


terkumpul ialah RM3,000 x 6

Bonus Berbalik Majmuk

Dibawah kaedah ini, bonus yang diperuntukkan


ialah bahagian dari jumlah diinsuranskan dan
bonus terkumpul dibawah polisi berkaitan.
Amaun bonus akan dibayar sama seperti
pembayaran amaun insurans polisi asal.

Bonus Tunai

Di bawah kaedah ini, bonus biasanya dibayar


dalam bentuk tunai dan tertakluk kepada
pembayaran premium seterusnya. Pengagihan
surplus dengan cara pengurangan premium
adalah sama seperti pembayaran bonus tunai

RM20,925

RM18,000

dan juga apabila bonus berbalik diserahkan


untuk bayaran tunai serta merta.

Bonus Matang atau Bonus Akhiran

Ini adalah merupakan kaedah yang digunakan


untuk mengagihkan kepada pemegang polisi,
sebahagian dari keuntungan peningkatan
modal belum ditunaikan atas saham biasa dan
harta dibawah pegangan syarikat. Kadar bonus
yang diisytiharkan pada setiap kali penilaian
adalah sah untuk tempoh sehingga tarikh
penilaian akan datang dan ia tidak menerbitkan
sebarang hak untuk mendapat bonus melebihi
tarikh penilaian akan datang.
394

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS


Bonus Akhiran hanya dibayar kepada polisi
yang mempunyai tuntutan, samada tuntutan
kematian atau tuntutan polisi matang, dengan
syarat polisi berkenaan terus berkuatkuasa
melalui pembayaran premium sepenuhnya
sehingga
ketarikh
tuntutan.
Apabila
pembayaran premium diberhentikan, bonus
tidak akan dibayar.
Adalah menjadi perkara normal untuk
menetapkan
tempoh
minimum
polisi
berkuatkuasa ketika pengagihan bonus dibuat,
misalnya 15 tahun atau 20 tahun. Mana-mana
polisi yang berkuatkuasa kurang dari tempoh
yang dinyatakan, mungkin tidak layak untuk
menerima bonus.
Bonus biasanya dinyatakan dalam bentuk
peratusan dari bonus berbalik yang layak
diperolehi, misalnya 25% dari semua bonus
yang ia layak. Ia mungkin juga dinyatakan
sebagai peratusan dari jumlah diinsuranskan
setiap tahun kuatkuasa polisi.

Bonus Interim

Bonus biasanya diisytiharkan pada tarikh


penilaian, untuk tahun polisi sebelum tarikh
berkenaan, iaitu tunggakan. Persoalan timbul
mengenai polisi yang mengalami tuntutan
dua tarikh penilaian berkenaan. Dalam hal ini,
bonus akan dibayar dengan kadar interim dan
dipanggil Bonus Interim.
Kadar bonus berkenaan ditetapkan terlebih
dahulu dan pada dasarnya ia sepatutnya pada
kadar yang akan diisytiharkan pada tarikh
penilaian akan datang, malah kebiasaannya ia
adalah bersamaan dengan kadar bonus tahun
sebelumnya.

Bonus Terjamin

Sebahagian
polisi
insurans
hayat
memperuntukkan bonus terjamin setiap tahun.
Oleh kerana bonus ini dijamin, polisi yang
berkaitan hendaklah dari jenis polisi insurans
hayat tanpa keuntungan dengan jumlah
insurans ditingkatkan secara automatik setiap
tahun pada kadar yang ditetapkan.

395

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 26
1.

Tujuan diadakan penilaian aktuari terhadap syarikat insurans hayat ialah untuk
menguji dan menentukan
a.
b.
c.
d.

2.

Pelaburan yang dibuat oleh syarikat insurans hayat dari premium yang diterima
setelah mengambil kira peruntukan tuntutan dan lain-lain perbelanjaan dikenali
sebagai
a.
b.
c.
d.

3.

nilai buku
surplus
aset
liabiliti

Apakah bentuk bonus yang hanya dibayar atas polisi-polisi yang


berkuatkuasa, yang diperolehi ketika samada tuntutan polisi matang atau tuntutan
kematian?
a.
b.
c.
d.

4.

samada operasi kendalian perniagaan insurer memerlukan perubahan


mematuhi keperluan undang-undang
skala premium yang digunakan adalah mencukupi
kesemua di atas

bonus interim
bonus terminal
bonus tunai
bonus terjamin

Aset milik syarikat insurans hayat meliputi item-item berikut, kecuali


a.
b.
c.
d.

pinjaman kepada pemegang polisi


kenderaan dan peralatan pejabat
wang tunai ditangan
bonus terjamin

396

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS


5.

Ciri-ciri penting polisi insurans hayat yang menyediakan bonus terjamin setiap
tahun ialah
a.
b.
c.
d.

6.

Semua syarikat insurans hayat dikehendaki melaksanakan rangka-kerja


berasaskan risiko pada
a.
b.
c.
d.

7.

polisi berserta keuntungan


polisi penyertaan
polisi tanpa penyertaan
b dan c

Surplus yang diperuntukkan untuk pemegang polisi akan diagihkan melalui cara
berikut, kecuali
a.
b.
c.
d.

9.

Jan 1 2008
Julai 1 2008
Jan 1 2009
Julai 1 2009.

Polisi insurans hayat yang menyediakan bonus terjamin setiap tahun hanyalah
untuk
a.
b.
c.
d.

8.

Bayaran bonus adalah dijamin


Jumlah diinsuranskan akan meningkat secara automatik setiap tahuan pada
kadar yang diteteapkan
Ia adalah untuk polisi tanpa penyertaan sahaja
Kesemua di atas

bonus berbalik mudah


bonus kematangan
bonus interim
kesemua di atas

Aset milik syarikat insurans hayat boleh dinilai dengan menggunakan pelbagai
kaedah. Antaranya kaedah tersebut ialah
I
II
III

harga kos
harga buku
harga pasaran

a.
b.
c.
d.

I dan II
II dan III
I dan III
Kesemua di atas
397

BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS


10.

Bahagian surplus yang boleh diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk
dividen adalah dalam jajaran _______ dari jumlah surplus yang boleh diagihkan
a.
b.
c.
d.

10 % - 15 %
10 % - 20 %
10 % - 25 %
15 % - 25 %

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

398

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

27.1 Sumber Maklumat untuk



Penilaian Risiko

Dalam bab ini, kita akan memberikan penelitian


terhadap dokumen-dokumen berikut:-

27.2 Borang Cadangan


-

Borang Cadangan

27.3 Laporan Perubatan/Pemeriksaan



Kesihatan

Laporan Perubatan

27.4 Bentuk & Struktur Polisi

Bentuk Polisi

27.5 Endorsemen

Endorsemen

Seksyen
149
Akta
Insurans
1996
memperuntukkan pengawalan dan penyerahan
borang cadangan,,polisi dan risalah insurer
kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Sebagai
tambahan, seksyen 149 juga membolehkan
BNM menetapkan satu kod amalan terpuji
berkaitan dengan sebarang bentuk borang
cadangan, polisi, atau risalah.

27.1 SUMBER MAKLUMAT UNTUK


PENILAIAN RISIKO

Penilaian risiko yang tepat - untuk bahaya


moral dan fizikal - adalah syarat penting untuk
memberikan perlindungan insurans hayat
kepada pemohon.
Maklumat yang perlu untuk membuat penilaian
risiko yang tepat biasanya diperolehi daripada
sumber yang berbeza. Ini termasuk:
-

Borang Cadangan.

Laporan perubatan / pemeriksaan


khas, umpamanya sinaran X,ECG dan
sebagainya.

-
Kenyataan doktor yang merawat.

399

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


-
Laporan ejen

-
Rekod terdahulu

27.2 BORANG CADANGAN

Sebahagian besar maklumat berkaitan dengan


pemohon diperolehi daripada pemohon sendiri.

Insurer, mengikut Subseksyen 149 (4) Akta
Insurans 1996, hendaklah mempamerkan
secara jelas satu amaran dalam borang
cadangan bahawa jika seseorang pencadang
tidak secara sepenuhnya dan benar memberi
maklumat seperti yang dia ketahui atau
sepatutnya mengetahui, polisi mungkin akan
menjadi tidak sah.
Borang cadangan yang dilengkapkan oleh
pemohon mengandungi:-

Maklumat peribadi

1.
nama penuh

2.
alamat

3.
pekerjaan atau profesion

4.
tempat dan negara dilahirkan,tarikh

lahir
5.


6.

4.
berserta atau tidak berserta

5.
faedah tambahan/rider

6.
kekerapan dan cara pembayaran

premium


1.

Pekerjaan, penempatan,
pengembaraan dan hobi
merbahaya :-

yang

sebarang pertukaran dalam jenis


pekerjaan terbaru, terdahulu atau
dijangkakan akan bertukar tidak lama
lagi.

2.

menyatakan secara mendalam tentang


niat untuk membuat penerbangan bukan
sebagai penumpang yang membayar
tambang atau lain-lain kecenderungan
yang berhazad tinggi.

3.
menyatakan secara mendalam tentang
niat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan yang
berisiko tinggi yang
boleh mengakibatkan kematian akibat
daripada kemalangan.


1.

Sejarah peribadi dan keluarga:


maklumat rawatan perubatan / nama
doktor yang memberi rawatan beberapa
tahun kebelakangan.

tarikh dan sebab terakhir mendapatkan
rawatan daripada doktor.

nombor kad pengenalan;


seumpamanya

2.

sama ada sebarang cadangan pernah


ditolak, ditunda, ditarik balik, atau
diterima bersyarat.

3.
tinggi dan berat badan sekarang

4.
penggunaan rokok dan/atau alkohol
dalam sehari. Jika tidak merokok /
minum,atau telah berhenti, nyatakan
tempoh berbuat demikian.

Maklumat Insurans

1.
jenis insurans diperlukan

2.
tempoh polisi

3.
amaun diinsuranskan

400

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


5.

6.

adakah berlaku kematian dikalangan


ahli
keluarga
seperti
ibu/bapa,
kakak,abang, adik pemohon. Jika ada,
nyatakan umur ketika meninggal dunia
dan sebab kematian.

Adakah pemohon menghidap penyakit/
sakit:-

i.

penyakit mental atau saraf atau


ketidakupayaan

ii.
pitam,sawan atau lumpuh

iii.
asma, bronkitis, batuk kering atau
penyakit dada
iv.

sakit jantung, dada, atau tekanan darah


tinggi

v.
masalah limpa, prostat atau hati

vi.
rheumatisma, atau sakit dalam sendi

vii.
kurang hadam, ulser peptik atau
penyakit dalam perut
viii.
masalah penumbuhan atau glandular

ix.
lain-lain penyakit, kecacatan atau
kecederaan
-

pernahkah
pemohon
membuat
penyiasatan perubatan, pemeriksaan
kesihatan atau X ray,
adakah pemohon kini menjalani
rawatan, dalam pemerhatian doktor,
mengambil ubat atau diet khas atau
diawasi oleh hospital atau klinik?

Perisytiharan dan memberi kuasa:



Seksyen ini mengandungi:

1.

Pengisytiharan bahawa kenyataan


yang diberikan di atas adalah benar
dan lengkap mengikut pengetahuan
pemohon
serta
pemohon
tidak
menyembunyikan sebarang maklumat
matan;

2.

Kebenaran kepada insurer untuk


mendapatkan maklumat daripada doktor
yang telah memberi rawatan kepada
pemohon dan syarikat insurans hayat
yang pernah menerima permohonan
perlindungan insurans.


27.3 LAPORAN PERUBATAN/
PEMERIKSAAN KHAS

Selain daripada jawapan pemohon tentang


sejarah kesihatan, doktor yang merawat juga
menyediakan laporan perubatan. Pemeriksaan
tersebut termasuk:-

Berat badan dan ketinggian

Degupan jantung dan bacaan tekanan


darah

Ukuran lilit dada dan perut

Keadaan jantung, paru-paru, sistem


saraf dan analisa air kencing.

Dalam semua kes, terutamanya yang


melibatkan amaun diinsuranskan yang besar
atau umur lanjut atau sejarah kesihatan yang
ketara, pemeriksaan yang lebih teliti termasuk
pemeriksaan darah, sinar X untuk dada,
elektrokardiogram juga diperlukan. Pegawai
perubatan pula dikehendaki menyatakan sama
ada pemohon disyaki meminum minuman keras
yang berlebihan dan sebagainya. Dia juga
mengesahkan umur nyata pemohon, selain
daripada melaporkan keputusan pemeriksaan
fizikal dan memberi pendapatnya tentang
kebolehinsurans atau pemeriksaan selanjutnya
yang diperlukan.
401

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


KENYATAAN DOKTOR YANG MERAWAT

Seksyen Utama

Apabila didapati pemohon mempunyai sejarah


kesihatan yang tidak memuaskan, insurer
mungkin memerlukan kenyataan daripada
doktor yang merawatnya. Untuk tujuan ini,
kebenaran pemohon perlu diperolehi. Ianya
dibuat ketika pemohon melengkapkan borang
cadangan / kenyataan peribadi. Doktor tersebut
pula perlu memberi jawapan terperinci ke atas
soalan yang berkaitan dengan rawatan yang
diberi kepada pemohon pada masa lepas,
tempoh, diagnosis dan pemerhatiannya semasa
itu.

Seksyen utama yang terdapat dalam


kebanyakan polisi adalah seperti berikut:-

LAPORAN EJEN
Laporan ini menyediakan pandangan ejen
terhadap kelakuan, perawakan, ciri-ciri dan
kedudukan kewangan pemohon.(Rujuk Bab 7
Seksyen 7.6)
REKOD TERDAHULU
Insurer boleh membuat rujukan kepada rekod
dahulu untuk hayat yang sama, jika ada, apabila
ciri-ciri yang kurang memuaskan dikesan.

27.4 BENTUK DAN STRUKTUR POLISI

Polisi, sebagai instrumen membuktikan


kewujudan kontrak insurans, mesti jelas dalam
susunan perkataannya dan dalam bentuk yang
mudah difahami oleh orang biasa. Adalah
menjadi peraturan undang-undang bahawa
sebarang kekaburan dalam dokumen akan
dibebankan ke atas insurer kerana insurerlah
yang bertanggungjawab merangka kontrak
berkenaan.
Dua jenis bentuk polisi yang digunakan iaitu
jenis naratif dan jenis jadual. Bentuk naratif
sungguhpun pernah digunakan, kini telah usang
dan jenis jadual adalah lebih ringkas, mudah
difahami dan diubahsuai.

Pengenalan

Fasal perisytiharan

Fasal kuatkuasa

Proviso

Jadual

Fasal penyaksian

Syarat dan kemudahan

PENGENALAN
Pada bahagian atas polisi biasanya tercatat
nama syarikat dan alamat pejabat berdaftarnya,
bagi tujuan penghantaran semua pemberitahuan
penukaran hak polisi.
FASAL PENGISYTIHARAN
Seksyen ini memperkenalkan pihak-pihak yang
berkaitan dengan kontrak ini dan menyatakan
yang
pencadang
telah
menyerahkan
permohonan
untuk
insurans
termasuk
kenyataan mengenai kesihatan hayat yang
hendak diinsuranskan serta insured telah
membayar premium pertama dan berjanji akan
membayar premium seterusnya apabila sampai
masanya.
FASAL KUATKUASA
Tujuan fasal ini adalah untuk menyatakan
peristiwa apabila polisi ini berfungsi, iaitu
apabila sesuatu tuntutan dimulakan.
Ia biasanya menyatakan yang insurer bersetuju
membuat bayaran seperti yang dinyatakan
dalam jadual (dirujuk sebagai jumlah
diinsuranskan) apabila berlaku peristiwa yang
402

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


diinsuranskan dalam fasal kuatkuasa ini kepada
pihak menuntut yang sah atau warisnya.
Insurer biasanya memerlukan pihak menuntut
untuk menyediakan bukti kematian sebelum
tuntutan tersebut dibayar oleh insurer.

FASAL PENYAKSIAN
Ini adalah seksyen terakhir dalam polisi. Polisi
ini ditandatangani oleh pegawai tertentu syarikat
yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.
SYARAT DAN KEMUDAHAN

PROVISO
Seksyen ini termasuk perisytiharan yang
semua jawapan yang diberikan dalam borang
cadangan dan laporan perubatan akan menjadi
asas kontrak. Semua syarat yang dinyatakan
dalam polisi dianggap sebagai sebahagian
daripada kontrak, kontrak adalah tertakluk
kepada syarat berkenaan.

Syarat dan kemudahan polisi hayat boleh


dibahagi kepada kategori seperti berikut:a.

Syarat yang menghadkan skop kontrak,


umpamanya membunuh diri atau fasal
tidak boleh tanding.

b.

Syarat meluaskan skop kontrak,


umpamanya tempoh tenggang, syarat
tidak boleh batal

c.

Syarat menerangkan skop kontrak,


umpamanya syarat yang membatalkan
kontrak jika premium tidak dibayar pada
masanya atau terdapat salah nyataan
fakta matan.

JADUAL
Maklumat berikut biasanya dinyatakan dalam
bahagian ini:-

Nama dan alamat insured

Tarikh permulaan perlindungan

Tarikh cadangan dibuat

Perincian syarat dan kemudahan boleh didapati


dalam bab 23 (23.2)

Amaun diinsuranskan amaun kepada


siapa dan bila boleh dibayar; sama ada
berserta atau tidak berserta; peristiwa
pembayaran dibuat.
Jenis perlindungan
Premium amaun setiap tahun;
bagaimana dibayar; tarikh pembayaran;
tempoh bayaran dibuat; tarikh akhir
bayaran.
Tarikh lahir/umur insured; sama ada
disahkan atau tidak.\

Tarikh kematangan

Syarat khas(jika ada)

27.5

ENDORSEMEN

Dokumen polisi standard biasanya boleh dipinda


untuk memasukkan aspek yang berlainan
keadaan dan keperluan setiap individu.
Endorsemen boleh dibuat sama ada ketika;

pengeluaran polisi, atau

selepas pengeluaran polisi.

403

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI

27.5.2 Endorsemen Selepas


Pengeluaran Polisi

27.5.1 Endorsemen Ketika


Pengeluaran Polisi

Secara amnya terdapat empat syarat khas


berikut perlukan endorsemen :-

Ini melibatkan terutamanya penukaran;

bagi kekerapan pembayaran premium,

Yang melibatkan amaun premium atau


kekerapan
pembayaran
premium.
Sebagai contoh, jika melibatkan ansuran
premium, maka syarat sesuai diperlukan
untuk menyediakan potongan kepada
baki belum berbayar pada tahun
kematian.

bentuk kontrak,

Yang melibatkan amaun diinsuranskan,


atau cara pembayarannya. Sebagai
contoh, jika pilihan penyelesaian untuk
membiarkan prosid polisi sebagai
deposit dengan syarikat insurans hayat
dipohon, maka syarat khas adalah perlu
untuk membolehkannya.

Perkara di atas boleh dibahagikan secara luas


kepada kumpulan-kumpulan berikut mengikut
penukaran pada:
nama atau umur insured;

Yang memasukkan faedah khas,


contohnya pilihan untuk menukar jenis
kontrak.
Yang memasukkan pembatasan khas.

untuk mengenakan atau menarik balik


premium tambahan, atau
penyerahan bonus.

pembayaran premium kekerapan dan


tarikh pembayaran;

amaun diinsuranskan premium;

jenis insurans;

bonus yang disertakan yang boleh


diserahkan atau digunakan untuk
mengurangkan premium masa depan.

404

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 27

1.

Yang manakah diantara kenyataan berikut tidak benar?


a.

b.

c.

d.

2,

Yang manakah diantara keterangan-keterangan berikut terdapat didalam borang


cadangan?
a.
b.
c.
d.

3.

berserta atau tanpa keuntungan


kekerapan dan kaedah bayaran premium
jumlah diinsuranskan dan rider/manfaat tambahan
kesemua di atas

Tiada polisi insurans hayat selepas tempoh dua tahun bermula dari tarikh mula
kuatkuasa polisi, dipersoalkan oleh insurer atas alasan terdapat salah nyata dalam
borang cadangan insurans, laporan perubatan atau mana-mana dokumen yang
menyebabkan polisi dikeluarkan. Kenyataan ini adalah merujuk kepada the
a.
b.
c.
d.

4.

Fasal penyaksian memerlukan pemegang polisi menurunkan tandatangan


dengan penuh kepercayaan
Pekerja lombong dan ahli payung terjun dianggap bidang pekerjaan yang
merbahaya
Premium yang dikenakan kepada pemegang polisi adalah berbeza mengikut
umur
Di bawah polisi insurans hayat, bukti umur perlu dikemukakan oleh
pemegang polisi sebelum sebarang tuntutan boleh dibayar

fasal kuatkuasa
fasal bunuh diri
fasal tanpa tandingan
proviso

Nama, umur, jantina, pekerjaan dan alamat insured dicatitkan di


a.
b.
c.
d.

pengenalan
jadual
pendahuluan
penyaksian

405

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


5.

Seksyen ini menyatakan perisytiharan yang semua jawapan yang diberikan dalam
borang cadangan dan kenyataan peribadi akan menjadi asas kontrak. Ia juga
menyatakan polisi akan tertakluk kepada syarat-syarat dan kemudahan yang
dicatitkan dalam dokumen polisi. Kenyataan ini merujuk kepada
a.
b.
c.
d.

Yang manakah diantara berikut merupakan syarat-syarat pembatasan yang


terdapat dalam dokumen polisi?
a.
b.
c.
d.

7.

laporan ejen
borang cadangan
laporan perubatan
laporan polis

Endorsemen boleh dilakukan samada


a.
b.
c.
d.

9.

bunuh diri
tempoh tenggang
nilai serahan tunai
menguatkuasakan semula polisi yang telah batal

Maklumat penting untuk membuat penilaian risiko yang menyeluruh boleh


diperolehi dari sumber-sumber berikut, kecuali
a.
b.
c.
d.

8.

pengenalan
proviso
fasal kuatkuasa
syarat-syarat dan kemudahan

ketika polisi dikeluarkan


ketika mengemukakan borang cadangan
selepas polisi dikeluarkan
a dan c

Laporan ejen merupakan penilaian ejen terhadap _________hayat yang


dicadangkan untuk diberi perlindungan
a.
b.
c.
d.

keperibadian
status kewangan
tabiat dan penampilan
kesemua di atas

406

BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI


10.

Apakah seksyen dalam Akta Insurans 1996 yang menyatakan tentang kawalan
dan melaporkan tentang borang cadangan, polisi dan risalah insurer kepada pihak
Bank Negara Malaysia?
a.
b.
c.
d.

seksyen 147
seksyen 148
seksyen 149
seksyen 150

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

407

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

28.1 Pengenalan
28.2 Tuntutan Kematian
28.3 Tuntutan Kematangan
28.4 Tuntutan Hilang Upaya Kekal
28.5 Tuntutan Di bawah Polisi

Insurans Kemalangan Diri, Sakit

dan Kesihatan Kekal

Dalam bab ini, penumpuan kita adalah prosedur


penyelesaian tuntutan. Prosedur berikut akan
dijelaskan:-

Tuntutan kematian,

Tuntutan kematangan,

Tuntutan yang timbul di bawah Polisi


Insurans Kemalangan Diri, dan Insurans
Kesihatan Kekal.

28.6 Daftar Tuntutan


28.1 PENGENALAN

Pembatalan kontrak insurans hayat selalunya


dibuat dengan penyelesaian tuntutan. Tuntutan
boleh timbul dalam salah satu situasi berikut:

ketika kematian insured

ketika kematangan polisi insurans

tuntutan faedah kesakitan atau hilang


upaya

tuntutan di bawah kontrak tambahan.

Adalah diharapkan kepada ejen dan insurer


untuk memberi perkhidmatan yang baik supaya
tuntutan dapat diselesaikan dengan cepat.
Reputasi insurer biasanya bergantung kepada
kecepatan penyelesaian tuntutan. Maka adalah
penting bagi ejen untuk membiasakan diri
dengan prosedur dan dokumen yang diperlukan
supaya tuntutan dapat diselesaikan dengan
cepat.

408

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN

28.2 TUNTUTAN KEMATIAN

28.2.1. Pemberitahuan Tentang Kematian

Apabila berlaku kematian pemegang polisi,


waris atau pihak menuntut mesti memberitahu
syarikat insurans hayat dan menyediakan
maklumat berikut:-

tarikh dan sebab kematian

Syarikat insurans hayat akan memberitahu


waris atau pihak menuntut tentang prosedur
yang perlu dipatuhi dan dokumen yang
diperlukan sebagai bukti kematian.

28.2.2. Bukti Kematian

Pihak menuntut perlu member insurer dokumen


yang membuktikan kematian pemegang polisi
tanpa sebarang kesangsian.
Untuk tujuan ini, insurer menerima salah
satu daripada dokumen berikut sebagai bukti
kematian:-

sijil kematian;

laporan koroner;

sijil menyatakan kematian berlaku di


laut;
sijil perubatan dari pegawai perubatan
yang terakhir merawat insured.

28.2.3. Bukti Umur

nama dan nombor kad pengenalan


pemegang polisi
nombor polisi dan alamat pemegang
polisi

sijil mengesahkan kematian pegawai


tentera
dan
kematian
dalam
peperangan;

Insurer juga memerlukan bukti umur pemegang


polisi yang meninggal dunia. Lihat 23.2.3. untuk
mengetahui dokumen yang boleh diterima
sebagai bukti umur.

28.2.4. Bukti Hak Milik

Insurer hendaklah memastikan yang prosid


tuntutan kematian dibayar kepada pihak yang
berhak menerimanya. Untuk tujuan ini, dokumen
berikut boleh diterima sebagai bukti hak milik:-

surat serahan hak milik;


surat probet wasiat yang diperolehi dari
mahkamah;
surat pentadbiran harta yang
dikeluarkan oleh mahkamah
untuk
polisi
yang
berkuatkuasa
dibawah Seksyen 23, Akta undangundang sivil, wang tersebut akan dibayar
kepada pemegang amanah.

perintah mengisytiharkan kematian


secara andaian statutori, umpamanya
bagi orang yang telah hilang lebih
daripada tujuh tahun

409

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN

28.2.5. Kelonggaran Di Bawah Akta


Insurans 1996

28.3.1 Pemberitahuan Kepada


Pemegang Polisi

Seksyen 169, Akta Insurans1996 membolehkan


prosid tuntutan dibayar kepada pihak menuntut
yang sah tanpa menyerahkan surat pentadbiran
atau probat. Secara khusus, ia memperuntukkan
bahawa insurer boleh membayar:-

Insurer akan memberitahu pemegang polisi


tentang tarikh polisi matang dan akan meminta
pemegang polisi mematuhi prosedur yang
disediakan.

amaun penuh jika prosid polisi tidak


melebihi RM 100,000;

RM 100,000 jika prosid polisi melebihi


RM 100,000;

Insurer akan menghantar borang pengenalan,


borang pemandiri dan borang pelepasan untuk
dilengkapkan dan dipulangkan kepada insurer
berserta polisi.

28.3.2 Bukti Tuntutan


tanpa surat pentadbiran atau probat.

28.2.6. Faedah Atas Amaun Tuntutan

Perkara berikut adalah yang dikehendaki bagi


penyelesaian tuntutan kematangan:-

Berkaitan dengan polisi hayat, termasuk polisi


hayat di bawah seksyen 23, undang-undang sivil
1956, dan polisi kemalangan diri yang diambil
oleh pemegang polisi di atas hayatnya sendiri
yang menyediakan wang polisi apabila berlaku
kematian pemegang polisi, seksyen 161 Akta
Insurans 1996 memperuntukkan bahawa apabila
tuntutan dibuat atas kematian pemegang polisi
tidak dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh
penerimaan pemberitahuan tuntutan tersebut,
insurer hendaklah membayar faedah serendahrendahnya 4% setahun berkompaun atau lainlain kadar yang ditetapkan di atas amaun wang
polisi selepas tempoh 60 hari tersebut sehingga
tarikh pembayaran tuntutan.

Apabila pemegang polisi adalah


orang yang diinsuranskan

bukti umur

bukti masih hidup

baucer perlepasan yang telah


dilengkapkan oleh pemegang polisi

dokumen polisi

Surat serah hak atau lain-lain dokumen


hak milik

28.3 TUNTUTAN KEMATANGAN

Kenyataan ringkas menyatakan yang


insured masih hidup jika dia hilang
upaya atau tidak dapat hadir untuk
menandatangani sijil pemandiri.

Dalam kes insurans endowmen dan endowmen


tulen, amaun kematangan dibayar jika
pemegang polisi masih hidup pada penghujung
kontrak.

Apabila pemegang polisi bukan


merupakan orang yang diinsuranskan

410

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN

28.3.3 Pilihan Penyelesaian

2.

Polisi
insurans
endowmen
biasanya
memasukkan pilihan penyelesaian yang boleh
digunakan apabila polisi matang. Pilihan berikut
adalah yang biasa diperolehi:-

prosid kematangan tunai

menukar prosid kematangan kepada


anuiti sama ada anuiti pasti atau anuiti
hayat

Dokumen yang diperlukan untuk


tuntutan hilang upaya kekal dan
menyeluruh disebabkan kemalangan
ialah;
laporan pengesahan perubatan yang
disediakan oleh doktor yang merawat,
setelah insured mengalami hilang
upaya;
salinan yang diakui sah kad
pengenalan insured;
borang tuntutan yang telah lengkap
diisi.

membiarkan
prosid
kematangan
sebagai deposit dengan insurer dengan
syarat tertentu;

mengeluarkan tunai secara ansuran


bagi tempoh beberapa tahun. Faedah
akan dikreditkan ke atas baki dalam
akaun.

28.5 TUNTUTAN YANG TIMBUL DI BAWAH


POLISI INSURANS KEMALANGAN DIRI,
KESAKITAN DAN KESIHATAN KEKAL

Salinan diakui sah laporan polis.

28.4 TUNTUTAN HILANG UPAYA


KEKAL DAN MENYELURUH

Insured mesti membuktikan tuntutannya


mengikut kehendak insurer, dan mematuhi
semua syarat kontrak.

Terdapat dua jenis tuntutan hilang upaya kekal


dan menyeluruh, iaitu disebabkan sakit/penyakit
dan disebabkan kemalangan.

Untuk polisi kemalangan diri, prinsip sebab


hampiran adalah penting, kerana lebih daripada
satu sebab boleh berlaku yang menimbulkan
tuntutan. Adalah penting bagi perhatian
pembaca bahawa jika insured menganggap
tuntutan timbul akibat peril yang dikecualikan,
maka beban membukti ditanggung oleh
insured.

1.

Dokumen yang diperlukan untuk


tuntutan hilang upaya kekal dan
menyeluruh disebabkan
sakit/
penyakit ialah;
laporan pengesahan perubatan yang
disediakan oleh doktor yang merawat,
setelah insured mengalami hilang
upaya;
salinan yang diakui sah kad
pengenalan insured; dan
borang tuntutan yang telah lengkap
diisi.

Adalah menjadi kebiasaan bagi insurer


mengeluarkan borang bercetak, yang jika
dilengkapkan dengan sempurna, ia akan
menyediakan semua maklumat yang diperlukan,
Borang ini, sebagai tambahan kepada butiran
penyakit atau kemalangan yang diperlukan, juga
mengandungi lain-lain soalan bertujuan untuk
menjelaskan sama ada dasar asal insurans
sudah bertukar atau tidak.

411

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN


Jika insurer berpuas hati dengan kesahihan
semua dokumen yang disediakan dan lain-lain
penyiasatan yang dijalankannya serta tidak
terdapat perlanggaran sebarang syarat polisi,
maka insurer akan membayar amaun yang
dituntut. Walau bagaimanapun, jika terdapat
kesangsian atau tertakluk kepada syarat
khas, insurer akan membuat penyiasatan
selanjutnya.

28.6 DAFTAR TUNTUTAN

Ia adalah keperluan undang-undang mengikut


seksyen 47 Akta Insurans 1996, bahawa setiap
insurer hendaklah menyimpan satu daftar
terkini bagi semua tuntutan insurans sebaik
sahaja insurer tersebut mengetahui tentangnya.
Tiada satu pun daripada tuntutan ini boleh
dikeluarkan daripada daftar ini selagi insurer
masih bertanggungjawab di atas tuntutan
tersebut. Daftar tuntutan ini dianggap rekod
rasmi tuntutan yang dilaporkan kepada insurer.
Daftar tuntutan ini boleh disimpan dalam
bentuk kad atau di atas helaian ledger atau
cetakan komputer kerana Akta Insurans tidak
menetapkan bentuk catatan rekod bagi tujuan
tersebut.

412

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 28

1.

Apabila wang polisi perlu dibayar disebabkan kematian hayat yang dilindungi,
siapakah yang layak menerima wang tuntutan berkenaan?
a.
b.
c.
d.

2.

Notis pemberitahuan tentang kematian sepatutnya menyertakan sekali _______ ,


sekiranya difikirkan perlu.
a.
b.
c.
d.

3.

4.

individu yang menguatkuasakan polisi berkenaan


pemegang amanah
penyewa bersama yang masih hidup
kesemua di atas

nombor polisi
nama penuh dan alamat si mati
nama dan alamat pihak yang menuntut dan peguamnya
kesemua di atas

Apabila seseorang itu telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama lebih
dari tujuh tahun, mahkamah mungkin menganggap yang individu berkenaan telah
meninggal dunia iaitu sebagai jalan penyelesaian kepada persoalan yang ditimbulkan
oleh mereka yang ada kepentingan keatasnya. Kenyataan ini merujuk kepada
a
b.
c.
d.

andaian kematian berdasarkan bukti keterangan yang diperolehi


perisytiharan kematian secara andaian statutori
kematian tanpa didaftarkan
kematian palsu

Sekiranya kematian berlaku secara tiba-tiba atau mengejut tanpa mengetahui


sebab-sebab kematian atau sebelum mendapat rawatan perubatan, apakah bukti
kematian yang paling diperlukan?
a
b
c
d

sijil perubatan
sijil kematian
laporan bedah siasat koroner
akuan pesuruhjaya sumpah

413

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN


5.

Sebelum insurer membayar tuntutan kematangan dibawah polisi endowmen,


insurer memerlukan dokumen berikut, kecuali
a
b
c
d

6.

Bukti umur biasanya berdasarkan dari dokumen-dokumen berikut


a
b
c
d

7.

kematian waris
polisi matang
sakit atau keuzuran
hilang upaya

Apakah kadar faedah yang perlu dibayar oleh insurer atas amaun tuntutan
sekiranya tuntutan kematian tidak dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh menerima
dokumen tuntutan?
a.
b.
c.
d.

9.

sijil kelahiran
sijil membaptisma
pasport
kesemua di atas

Tuntutan boleh timbul dibawah situasi-situasi berikut, kecuali


a
b
c.
d.

8.

bukti pengesahan umur insured


bukti kematian diri yang diinsuranskan
pengenalan diri pihak yang berhak menerima wang polisi
hak pemilikan pihak yang akan menerima bayaran tuntutan

4 % setahun
5 % setahun
6 % setahun
8% setahun

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan hilang upaya akibat
kemalangan, kecuali
a.
b.
c.
d.

borang tuntutan yang telah lengkap diisi


salinan diakui sah laporan polis
laporan pengesahan dari doktor yang merawat
salinan diakui sah kad pengenalan doktor yang merawat

414

BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN


10.

Yang manakah diantara bukti berikut tidak diperlukan dalam menyelesaikan


tuntutan kematangan apabila pemegang polisi adalah juga merupakan hayat yang
diinsuranskan?
a.
b.
c.
d.

bukti umur
bukti kemandirian
sijil kematian
dokumen polisi

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

415

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

29.1 Pengiraan Umur


29.2 Menggunakan Buku Kadar

untuk Mengira Premium
29.3 Caj Faedah
29.4 Pengiraan Nilai Serahan

Terjamin

Sebagai seorang ejen insurans, anda mungkin


diminta untuk memberi khidmat nasihat dalam
beberapa hal. Salah satu darinya mungkin
melibatkan sejumlah wang apabila sesuatu
tindakan itu dilaksanakan. Dalam bab ini kita
akan memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut:-

Pengiraan Umur Mengikut Beberapa


Takrifan

Menggunakan Buku Kadar Untuk


Mengira Premium

Caj Faedah

Pengiraan Nilai Serahan Terjamin

29.1 PENGIRAAN UMUR

Umur merupakan faktor utama dalam


kebanyakan pengiraan yang dibuat dalam
insurans hayat. Insurer menggunakan asas
berlainan bagi mendapatkan umur individu.
Kaedah yang paling kerap digunakan ialah:-

Umur harijadi yang telah lepas

Umur harijadi akan datang

Umur harijadi terhampir

Bab ini akan memberikan ilustrasi pengiraan


mengikut kaedah-kaedah diatas dengan
rujukan kepada individu yang dilahirkan pada
21, Mac 1965.

416

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Pengiraan Umur Harijadi Yang Telah Lepas
Teknik yang digunakan ialah mendapatkan
tarikh harijadi yang telah lepas dan membuat
pengiraan seperti yang ditunjukkan dalam
jadual dibawah.

29.2 MENGGUNAKAN BUKU KADAR


UNTUK MENGIRA PREMIUM

Seperti yang anda sedia maklum, premium yang


dikenakan untuk polisi insurans hayat biasanya
berbeza-beza mengikut faktor-faktor berikut:1.

umur dan jantina pencadang

2.

keadaan kesihatan semasa pencadang

3.

jenis polisi dikeluarkan

4.

jumlah diinsuranskan

5.

tempoh polisi

6.

kekerapan pembayaran premium

Pengiraan Umur Harijadi Akan Datang


Teknik ini dimulakan dengan mendapatkan
tarikh harijadi akan datang dan membuat
pengiraan seperti yang ditunjukkan dalam
jadual dibawah;

Pengiraan Umur Harijadi Terhampir


Teknik ini dimulakan dengan mendapatkan
tarikh harijadi terhampir dan membuat
pengiraan seperti yang ditunjukkan dalam
jadual dibawah;

Premium yang dikenakan untuk berbagai


jenis polisi dan tempoh diringkaskan dalam
bentuk jadual buku kadar. Adalah penting untuk
diketahui bahawa kadar ini hanyalah untuk
hayat biasa, iaitu diri yang diinsuranskan berada
dalam kesihatan yang baik mengikut spesifikasi
proses pengunderaitan. Hayat yang terjejas
atau sub-standard mungkin tertakluk kepada
premium tambahan; dan kadar premium untuk
kategori ini hanya diperolehi selepas butiran
pengunderaitan telah dibuat.
Dalam seksyen ini, kita akan ditunjukkan
kaedah penggunaan buku kadar bagi pengiraan
premium ansuran tahunan.

417

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Jadual 29.1 menunjukkan seksyen taburan
premium polisi endowmen 25 tahun, untuk hayat
lelaki, bagi setiap RM1,000 jumlah insurans.
Jadual 29.1 menunjukkan seksyen taburan
premium polisi endowmen 25 tahun, untuk hayat
lelaki (hayat wanita adalah 3 tahun lebih muda)

Sekiranya insurer menawarkan diskaun untuk


amaun insurans yang besar, maka faktor ini perlu
diambilkira bagi mendapatkan kadar premium
yang sepatutnya. Contoh biasa adalah seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 29.2 dibawah.
Jadual 29.2 - Diskaun untuk Amaun Insurans
Besar, Endowmen 25 tahun, atas hayat lelaki

418

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Contoh 1 :

419

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Contoh 2 :

420

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Contoh 3 :

421

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


Pembayaran premium yang lebih kerap

Pengiraan premium bertunggak dan Caj faedah:

Jika premium dibayar dengan lebih kerap


daripada premium tahunan, penyelarasan lanjut
perlu dibuat pada pengiraan di atas, sebelum
premium perlu dibayar dapat ditentukan.

29.3 CAJ FAEDAH

Pengiraan ini biasanya timbul dalam keadaan


berikut:- caj premium bertunggak;

- bayaran balik pinjaman polisi;

- menghidupkan kembali polisi

Polisi yang mempunyai nilai tunai terkumpul


biasanya mempunyai hak untuk memperolehi
pinjaman polisi. Jika terdapat tuntutan yang
timbul dibawah polisi yang mempunyai pinjaman
dan pinjaman tersebut belum dijelaskan, prosid
polisi akan dikurangkan setelah ditolak baki
pinjaman dan caj faedah.

Polisi yang luput boleh dikuatkuasakan kembali


dengan mengemukakan bukti kesihatan yang
baik dan berterusan, dan membayar premium
bertunggak serta caj faedah terkumpul.

Pengurangan manfaat yang dibayar akan


menunjukkan baki amaun pinjaman dan faedah
berkaitan.

Sebagai contoh, sila lihat butiran polisi insurans


dibawah:-

29.4 PENGIRAAN NILAI SERAHAN


TERJAMIN

Jumlah insurans

:RM 100,000

Jenis polisi

:Seumur hidup

Premium tahunan

:RM 650

Tarikh bayaran premium

:27 Mac

Bayaran premium terakhir

: 27 Mac 2004

Tarikh permohonan
kuatkuasa kembali

:15 March 2007

Caj Faedah

:6% setahun

Polisi yang mempunyai hak nilai serahan


terjamin biasanya akan menyertakan jadual
nilai serahan berkenaan dalam Jadual polisi.
Ia merupakan proses biasa untuk mengira nilai
serahan berdasarkan butiran tempoh polisi
berkuatkuasa, dikira pada tarikh serahan polisi.
Walau bagaimanapun, sekiranya nilai serahan
tidak dijamin, penentuan nilai serahan
memerlukan pertimbangan pihak aktuari.
Pengiraan ini adalah diluar skop perbincangan
bab ini.

422

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 29

1.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan premium yang dikenakan untuk polisi


insurans hayat adalah berbeza-beza mengikut
a.
b.
c.

d.

2.

Berapakah umur harijadi akan datang sekiranya insured dilahirkan pada 21 Mac
1965 dan tarikh cadangan dikemukakan ialah pada 1 Januari 1998?
a.
b.
c.
d.

3.

umur, jantina dan bilangan anak-anak dibawah tanggungan


tahap kesihatan dan kekayaan pencadang
umur dan jantina pencadang, jenis polisi yang diperlukan dan amaun
perlindungan
tempoh polisi, kaedah bayaran premium dan keadaan sosial pencadang

31 tahun
32 tahun
33 tahun
30 tahun

Berapakah amaun premium tertunggak yang perlu dibayar berdasarkan contoh


yang diberikan dibawah:
Jumlah diinsuranskan
Jenis polisi
Premium setengah-tahunan
Tarikh jatuh bayaran
Premium terakhir dibayar
Permohonan kuatkuasa semula
Faedah yang dikenakan
a.
b.
c.
d.

:
:
:
:
:
:
:

RM100,000
Seumur hidup
RM600.00
1 April and 1 Oktober
1 Oktober 1993
1 Julai 1995
6% setahun

RM1,882.58
RM1,889.86
RM1,890.40
RM1,908.93

423

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK

4.

Butiran pencadang:
Jantina
:
Lelaki
Tarikh lahir
:
14 Julai 1970
Perlindungan bermula
:
31 Disember 1995

Butiran polisi:
Tempoh
:
Endowmen 25 tahun
Jumlah diinsuranskan
:
RM30,000
Amaun premium tahunan yang dikenakan ialah
a.
b.
c.
d.

5.

RM1,035.00
RM1,095.00
RM1,140.00
RM1,200.00

Butiran pencadang:
Jantina
:
Wanita
Tarikh lahir
:
30 Mac 1968
Perlindungan bermula
:
31 Januari 1996

Butiran polisi:
Tempoh
:
Endowmen 25 tahun
Jumlah diinsuranskan
:
RM5,000
Amaun premium tahunan yang dikenakan ialah
a.
b.
c.
d.

RM192.50
RM197.50
RM206.25
RM218.00

424

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


6.

Butiran pencadang:
Jantina
:
Lelaki
Tarikh lahir
:
3 November 1969
Perlindungan bermula
:
31 Disember 1995

Butiran polisi:
Tempoh
:
Endowmen 25 tahun
Jumlah diinsuranskan
:
RM50,000
Amaun premium tahunan yang dikenakan ialah
a.
b.
c.
d.

7.

Syarikat insurans hayat biasanya menggunakan asas-asas berikut untuk


menentukan umur pencadang:
a.
b.
c.
d.

8.

umur harijadi akan datang


umur semasa
umur harijadi yang telah lepas
salah satu di atas

Premium yang dinyatakan dalam buku kadar premium hanya boleh digunakan
untuk
a.
b.
c.
d.

9.

RM1,850.00
RM1,875.00
RM2,000.00
RM2,025.00

hayat sub-standard
hayat standard
hayat terkemuka
a dan b

Polisi yang telah dibatalkan boleh dikuatkuasakan semula dengan syarat insured
memenuhi keperluan berikut:
a.
b.
c.

d.

bukti kesihatan yang memuaskan secara berterusan


membayar premium yang bertunggak
menjelaskan sepenuhnya premium bertunggak berserta faedah yang
dikenakan
a dan c

425

BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK


10.

Syarikat insurans hayat akan mengenakan caj faedah atas perkara-perkara berikut:
a.
b.
c.
d.

premium tertunggak
pinjaman polisi
yuran perkhidmatan
a dan b

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

426

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN

PANDANGAN MENYELURUH

Pandangan Menyeluruh

30.1 Bahagian I : Garis Panduan Kod



Perlakuan
30.2 Bahagian II : Penjualan Insurans

Hayat
30.3 Bahagian III : Kenyataan Amalan

Insurans Hayat
30.4 Bahan Penjualan/Pengiklanan

Kita telah mengenali keperluan swa peraturan


dalam bab 5 : Perlindungan Pengguna dan
Peraturan Statutori. Dalam bab ini, kita akan
meneliti aspek swa peraturan dalam industri
insurans hayat di Malaysia. Garis panduan
mengenai perkara ini telah dirangka oleh
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) di
bawah tajuk-tajuk berikut:-

Bahagian 1

: Garis Panduan Kod


Perlakuan

Bahagian 2

: Penjualan Insurans
Hayat

Bahagian 3

: Kenyataan Amalan
Insurans Hayat

30.1. BAHAGIAN I : GARIS PANDUAN


KOD PERLAKUAN

Bahagian ini membincangkan aspek-aspek


berkaitant:-

Kod Etika (Kenyataan Falsafah)

Ruang Lingkup

Mekanisma Pengawasan

Tujuh Prinsip Garis Panduan

Kod Perlakuan - hanya sebagai


panduan

Kita seterusnya akan membiasakan diri dengan


perkara-perkara penting bagi aspek-aspek yang
tersebut di atas.

427

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN

30.1.1. Kod Etika (Kenyataan Falsafah)

Garis panduan ini berkisar kepada kenyataan


falsafah berikut:1.

Perniagaan
insurans
hayat
ini
berdasarkan falsafah perkongsian risiko.
Oleh itu, perniagaan seperti ini perlu
dikendali dan ditadbir dengan tahap
kewibawaan serta etika yang tertinggi.

2.

Adalah perniagaan yang berasaskan


kepercayaan dan kejujuran, yang
memerlukan sepenuh tanggungjawab
dan profesionalisma.

3.

Kepercayaan pemegang polisi dan


orang awam kepada kewibawaan dan
kejujuran insurer hayat hendaklah
dipelihara dan diperkukuhkan.

4.

Insurer
hayat
hendaklah
pada
sepanjang masa memastikan perniagaan
mereka diurus dengan baik untuk
memastikan wang simpanan pemegang
polisi terjamin serta kepercayaan
mereka terhadap syarikat terus kukuh.

5.

Insurer hayat hendaklah sentiasa


cekap dan cepat dalam menyediakan
khidmat kepada pemegang polisi dan,
membantu serta menasihati mereka
apabila perlu, atas dasar saling
membantu.

Untuk mencapai objektif dan falsafah di


atas, industri insurans hayat telah berusaha
membentuk kod etika untuk menyediakan
panduan kepada mereka yang bekerja dalam
industri supaya menyebarkan dan mengekalkan
standard etika seragam, dan untuk menegakkan
kepercayaan dan kebajikan pemegang polisi
pada setiap masa.

Terbukti kepada kenyataan falsafah di


atas, perniagaan insurans hayat hendaklah
dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan
secara professional dengan tahap yang tinggi.
Ini seterusnya membolehkan komitmen kepada
pemegang polisi, dalam berbagai bentuk
jaminan kewangan, tercapai pada setiap
masa. Adalah menjadi kewajipan semulajadi
kepada semua yang terlibat, termasuk tenaga
agensi, untuk menjalankan usaha mereka
dengan penuh tanggungjawab supaya setiap
insurer khususnya dan industri insurans amnya
dapat mencapai objektif yang dirumus dalam
kenyataan falsafah tersebut.
Bahagian seterusnya menyediakan ringkasan
peraturan kod etika yang mesti dipatuhi oleh
setiap pekerja insurer pada bila-bila masa.

30.1.2. Ruang Lingkup

Garis panduan ini meliputi semua kakitangan


syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia.
Garis Panduan ini menyediakan Standard
Minimum perlakuan yang sepatutnya diamalkan
oleh semua pekerja syarikat insurans. Insurer
juga, sekiranya perlu, boleh merangka satu
set peraturan yang lebih menyeluruh untuk
mengekalkan standard etika dikalangan pekerja
mereka.

30.1.3. Mekanisma Pengawasan

Untuk memastikan yang garis panduan


ini dipatuhi, pengurusan syarikat insurans
dikehendaki mewujudkan suatu prosedur
minimum berikut:i.

menghendaki semua pekerja (sedang


berkhidmat dan perlantikan pekerja
baru) menandatangani perisytiharan
yang mereka akan patuh kepada garis
panduan ini;

428

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


ii.

iii.

iv.

menghendaki
semua
pengantara
(sedang berkhidmat dan perlantikan
baru), menandatangani perisytiharan
yang mereka akan patuh kepada garis
panduan ini;

ii.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan


kuasa/kedudukan.

iii.

Untuk mengelakkan salahguna


maklumat.

memberi tanggungjawab kepada ketua


jabatan untuk memastikan garis
panduan dipatuhi sepanjang masa
dan menangani sebarang pertanyaan
dari pekerja berkaitan dengan kod
perlakuan;

iv.

Untuk memastikan kelengkapan dan


ketepatan rekod berkaitan.

v.

Untuk memastikan bahawa semua


bentuk komunikasi dan urusan antara
syarikat
insurans
hayat
dengan
pemegang polisi dan pelanggan adalah
sulit.

vi.

Untuk memastikan layanan yang


berpatutan dan adil diberi kepada setiap
pemegang polisi dan lain-lain individu
yang bergantung kepada atau mereka
yang mempunyai hubungan dengan
syarikat insurans hayat.

vii.

Menjalankan perniagaan dengan penuh


kejujuran dan berwibawa.

sebarang pengengkaran kod etika


hendaklah
dilaporkan
kepada
jawatankuasa Disiplin/Audit yang akan
berurusan terus Lembaga Pengarah.
Jawatankuasa ini juga dikehendaki
membuat laporan suku tahunan
kepada Bank Negara Malaysia, pihak
yang mengawasi operasi perniagaan
syarikat insurans, tentang sebarang
kes pengengkaran dan bentuk tindakan
yang telah diambil dalam tempoh
laporan berkenaan;

v.

menyelenggara rekod pusat tentang


pengengkaran;

vi.

melaporkan dengan segera keskes penipuan kepada pihak polis dan


Bank Negara.

30.1.5. Kod Perlakuan - Hanya


Sebagai Panduan

Bahagian ini menekankan tentang perkara


berikut:i.

30.1.4. Tujuh Prinsip Asas Garis Panduan

Dokumen
Kod
Etika
dan
Perlakuan,
menerangkan dengan terperinci tentang
prinsip-prinsip yang dinyatakan dibawah.
Cukup setakat ini penerangan mengenai garis
panduan, mereka yang berminat digalakkan
merujuk kepada dokumen berkaitan.
i.

Untuk mengelakkan pertentangan


kepentingan.



ii.

Garis panduan ini bertujuan untuk


dijadikan panduan atas perkara
berikut:memperkenal dan menyebarkan
standard perlakuan yang bersesuaian,
dan
menjunjung amalan perniagaan yang
berwibawa dan berhemah dikalangan
syarikat insurans hayat.
Garis panduan ini tidak berniat untuk
membatasi atau mengganti kaedah
urus tadbir pekerja yang matang dalam
429

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


mengendalikan urusan seharian.
iii.

Apabila timbul sebarang keraguan


tentang
implikasi
atau
akibat
perlaksanaan kod perlakuan ini, pekerja
hendaklah mendapatkan khidmat nasihat
dari ketua jabatan masing-masing,
yang mungkin, jika perlu, mendapatkan
penjelasan lanjut dari pihak atasan atau
Ketua Pengarah Insurans.


ii.

Kod ini khusus untuk pengantara, iaitu


kesemua mereka, termasuk kakitangan
syarikat
insurans
hayat,
yang
menjalankan fungsi tugas penjualan
insurans hayat. Broker insurans yang
berdaftar dikecualikan kerana mereka
tertakluk di bawah kod perlakuan
profesional mereka yang berasingan.

iii.

Ahli-ahli Persatuan Insurans Hayat


Malaysia (LIAM) dipertanggungjawabkan
untuk melaksana dan menguatkuasakan
kod ini dan berusaha sedaya upaya
untuk memastikan peruntukan kod ini
dipatuhi sepenuhnya oleh semua yang
terlibat dalam penjualan polisi insurans
syarikat masing-masing. Jawatankuasa
Disiplin/Audit insurer bertanggungjawab
mengawasi
aspek
kepatuhan
pengantara insurans hayat terhadap
kod berkenaan. Jawatankuasa ini juga
ditugaskan untuk menghantar laporan
suku tahunan kepada Bank Negara
tentang pengengkaran dan tindakan
pembetulan atau denda yang diambil.

iv.

Sekiranya timbul aduan daripada


pemegang polisi yang mendakwa
terdapat pengantara yang bertindak
mengengkari kod etika dan perlakuan,
pengantara
berkaitan
dikehendaki
bekerjasama dengan pihak syarikat
insurans hayat dalam mendapatkan
semua maklumat yang dikehendaki.
Pengadu perlu diberitahu bahawa
mereka boleh mengemukakan terus
aduan mereka kepada syarikat insurans
hayat terbabit, sekiranya belum berbuat
demikian.

v.

Pengantara diingatkan secara khusus


tentang tanggungjawab mereka supaya
menjalankan urusniaga dengan penuh
kejujuran dan kewibawaan pada setiap
masa.

30.2. BAHAGIAN II: PENJUALAN


INSURANS HAYAT

Bahagian menjelaskan aspek-aspek berikut;-

Pengenalan

Prinsip Am Penjualan

Penjelasan Kontrak

Pemberitahuan Maklumat
Pengunderaitan

Aspek Perakaunan dan Kewangan

30.2.1. Pengenalan

Perkara-perkara umum berikut diperkenalkan:i.

Istilah insurans hayat yang digunakan


dalam kod perlakuan merangkumi
semua jenis:

Khidmat rumah-ke-rumah

Insurans Hayat Biasa

Anuiti

Kontrak Pencen,

Insurans Berkait Pelaburan, dan

Insurans Kesihatan Kekal

430

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


30.2.2. Prinsip Am Penjualan

Seksyen ini dan seksyen seterusnya adalah


kandungan Kod Etika dan Perlakuan supaya
pembaca dapat menghayati secara menyeluruh
semangat kod tersebut.
1.

Pengantara akan:-

i.

apabila dia berhubung dengan bakal


pemegang polisi, menjelaskan yang
dia adalah ejen mewakili syarikat
insurans hayat dan menunjukkan Kad
Kuasa Pengantara Berdaftar sebagai
pengenalan diri.

ii.

memastikan sebaik mungkin bahawa


polisi yang dicadangkan adalah
bersesuaian dengan keperluan dan
tidak melampaui sumber pendapatan
bakal pemegang polisi.

iii.

memberi nasihat hanya hal yang dalam


kemampuannya dan merujuk atau
mendapatkan nasihat pakar lain jika
difikirkan perlu.

iv.

menganggap semua maklumat yang


diberi oleh bakal pemegang polisi
sebagai rahsia, dan hanya untuk urusan
dia dan syarikat insurans hayat yang
diwakilinya sahaja.

v.

dalam membuat perbandingan dengan


lain-lain polisi atau bentuk pelaburan,
dia hendaklah menjelaskan cirri-ciri
yang berbeza setiap polisi / pelaburan.

vi.

memberi khidmat berterusan kepada


pemegang polisi

2.

Pengantara tidak boleh:-

i.

Membuat
kritikan
yang
tidak
tepat atau tidak adil tentang insurer
lain;

ii.

Cuba mempengaruhi bakal pemegang


polisi untuk membatalkan polisi sedia
ada kecuali ianya dengan jelas tidak
diperlukan oleh bakal pemegang polisi
tersebut.

Semua ahli-ahli syarikat Persatuan Insurans


Nyawa Malaysia (LIAM) telah bersetuju iaitu
semua ejen akan diberi peringatan bahawa
amalan pembelitan adalah
bertentangan
dengan kepentingan pemegang polisi dan
industri
insurans
hayat.
Syarikatsyarikat yang menjadi ahli persatuan telah
juga bersetuju untuk bekerjasama dalam
pembasmian amalan pembelitan. Tindakan
sewajarnya akan diambil sekiranya perbuatan
tersebut dapat dibuktikan
Takrifan Pembelitan : Memberhentikan sesuatu
polisi atau menjadikan sesuatu polisi itu jelas
dibayar dan kemudiannya menguatkuasakan
yang baru dalam syarikat lain atau dalam
syarikat yang sama.
Kerugian-kerugian yang akan ditanggung akibat
pembelitan ialah:a.

Setiap
kali
pemegang
polisi
memindahkan polisi insurans asasnya
daripada satu syarikat kepada syarikat
yang lain, dia terpaksa memulakan
semula tempoh kelayakan (biasanya
dua atau tiga tahun) sebelum polisinya
layak mendapat nilai serahan dan
termasuk di bawah sistem tak lucut hak
(iaitu perlindungan daripada polisi luput
dan kehilangan perlindungan kematian
sekiranya dia, sama ada dengan
sengaja atau tidak sengaja, gagal
membayar premium dalam tempoh
yang ditetapkan).

b.

Amaun premium tahunan di bawah


polisi sedia ada mungkin lebih rendah
daripada amaun premium polisi baru
tetapi dengan faedah yang sama.
Sebarang penggantian polisi dari jenis

431

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


yang sama biasanya adalah pada kadar
premium yang lebih tinggi berdasarkan
umur semasa orang yang diinsuranskan
pada masa itu.
c.

d.

Oleh kerana kos asal polisi insurans


hanya berpandu kepada nilai wang
dalam tahun-tahun sebelumnya, maka
penggantian polisi lama dengan polisi
baru mengakibatkan pemegang polisi
menanggung beban kos- kos berkenaan
dua kali.

ia adalah polisi dibawah jaminan/


sandaran dimana prosid kematangan
akan digunakan untuk menjelaskan baki
pinjaman, tetapi bergantung kepada
manfaat tidak dijamin, ilustrasi jualan
hendaklah menyatakan tiada jaminan
yang jumlah penuh akan dibayar ketika
polisi matang.
3.

Jika faedah anggaran dinyatakan


dalam ilustrasi, ia mestilah dijelaskan
jika perlu, yang faedah tersebut dibuat
berdasarkan
anggapan
tertentu,
umpamanya pengisytiharan bonus
pada masa hadapan, dan tidak terjamin.
Bonus yang akan diisytiharkan pada
masa akan datang mungkin lebih tinggi
atau rendah daripada yang dianggarkan,
(pencapaian yang lepas tidak semestinya
boleh berulang di masa hadapan).

4.

Apabila pengantara telah dibekalkan


dengan illustrasi jualan oleh syarikat
insurans hayat, dia akan menggunakan
illustrasi itu secara menyeluruh berkaitan
dengan kontrak apabila dia berbincang
dengan
bakal
pemegang
polisi.
Pengantara tidak boleh menggunakan
bahan yang lain atau menokok tambah
atau memilih aspek yang baik sahaja
dalam penerangannya. Jika pengantara
dibenarkan oleh syarikat insurans hayat
untuk menyediakan illustrasi sendiri,
dia akan menyediakannya mengikut
cadangan untuk bonus/faedah/dividen/
hasil seperti yang digariskan dalam
lampiran 1. (pembaca yang berminat
boleh merujuk kepada Kod Etika dan
Perlakuan untuk mendapatkan butiran
terperinci tentang perkara ini).

Fasal membunuh diri dan fasal


ketidakcabaran (sekiranya ada) akan
bermula semula di dalam polisi baru
dan akan dinafikan oleh syarikat yang
membayar manfaat di bawah polisi yang
telah digantikan.

30.2.3. Penjelasan Mengenai Kontrak

1.

Pengantara hendaklah:-

a.

menjelaskan semua peruntukan asas


kontrak yang dicadangkan untuk
memastikan sebaik mungkin yang bakal
pemegang polisi memahami apa yang
akan ditanggungnya.

b.

menarik perhatian pemegang polisi


tentang sebarang pembatasan yang
dikenakan ke atas polisi berkenaan.

c.

menarik perhatian tentang tempoh


yang panjang bagi polisi dan kesannya
jika polisi ini diserahkan atau dihentikan
dalam tempoh tersebut.

2.

Sekiranya polisi berkaitan adalah polisi


berserta keuntungan, atau ianya
bergantung kepada faktor-faktor tidak
tetap seperti pencapaian pelaburan,
penerangan mengenai manfaat polisi
hendaklah membezakan antara faedah
tetap dan faedah jangkaan. Sekiranya

30.2.4. Pernyataan Maklumat


Pengunderaitan

Sebaik sahaja menerima borang cadangan


yang telah dilengkapkan atau menerima lainlain bahan maklumat, pengantara akan:432

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


i.

mengelak
dari
mempengaruhi
pencadang dan menjelaskan kepada
pencadang bahawa semua jawapan dan
kenyataan yang diberi adalah menjadi
tanggungjawab pencadang sendiri.

Polisi dan lain-lain Dokumen Berkaitan

Bahan Penjualan/pengiklanan

30.3.1. Pengenalan
ii.

memastikan pencadang mengetahui


tentang kesan tidak nyataan dan
ketidaktepatan
maklumat
dengan
menarik perhatian kepada kenyataan
berkaitan dalam borang cadangan
serta menjelaskan kenyataan itu sendiri
kepada pencadang.

30.2.5. Aspek Perakaunan Dan Kewangan

Pengantara akan :i.

ii.

membuat perakuan penerimaan (yang


akan dikeluarkan atas namanya sendiri,
kecuali jika pengantara tersebut
dibenarkan oleh syarikat insurans)
dan menyimpan akaun yang tepat
untuk semua wang yang diterima
berkaitan dengan polisi insurans dan
membezakan antara premium dengan
lain-lain pembayaran.
menyerahkan kepada syarikat dengan
segera sebarang wang yang diterima
bagi pihak syarikat insurans.

Tujuan bahagian ini adalah untuk mengurangkan


formaliti dalam mengeluarkan polisi baru dan
bayaran tuntutan. Dalam memperkatakan
perkara ini, garis panduan telah mengenalpasti
masalah yang timbul akibat ketidaknyataan
dan tuntutan yang tidak mengikut peraturan,
yang dibuat oleh segelintir pemegang polisi.
Disebabkan ini dan lain-lain sebab, kenyataan
amalan tidak diwajibkan untuk diikuti.
Jawatankuasa Disiplin/Audit syarikat insurans
bertanggungjawab
untuk
mengawasi
kepatuhan insurer terhadap garis panduan ini.
Ia juga menjadi tanggungjawab jawatankuasa
ini menyerahkan laporan kepada Bank Negara
tentang pengengkaran dan tindakan atau denda
yang telah diambil.

30.3.2 Tuntutan

i.

Garis panduan ini melarang insurer


menolak sebarang tuntutan tanpa
sebab yang berpatutan. Secara khusus,
insurer tidak boleh menolak tuntutan
berdasarkan
ketidaknyataan
atau
salah nyataan perkara yang di luar
pengetahuan pencadang. Pengecualian
untuk ini adalah situasi yang tertera
dalam peruntukan polisi atau peruntukan
Akta Insurans 1996.

ii.

Jika terdapat had tempoh untuk


memberitahu tuntutan, pihak menuntut
tidak akan diminta untuk melakukan
lebih daripada membuat tuntutan dan
memberitahu perkembangan seterusnya
dengan kadar segera.

30.3. BAHAGIAN III : KENYATAAN


AMALAN INSURANS HAYAT

Bahagian
berikut:-

ini

menjelaskan

Pengenalan

Tuntutan

Borang Cadangan

aspek-aspek

433

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


iii.

Setelah membuktikan peristiwa itu


diinsuranskan dan hak untuk menerima
pampasan, tuntutan tersebut hendaklah
diselesaikan tanpa dilengah-lengahkan.

iv.

Insurer tidak boleh mengenakan yuran


untuk memproses sebarang tuntutan
daripada
pemegang
polisi
atau
warisnya.

30.3.4. Polisi Dan Lain-Lain


Dokumen Berkaitan

a.

Insurer akan terus berusaha merangka


borang cadangan dan dokumen polisi
yang lebih jelas dengan mengambil kira
ciri-ciri perundangan kontrak insurans.

b.

Polisi dan lain-lain dokumen yang


disertakan hendaklah menyatakan
sama ada

30.3.3. Borang Cadangan

a.

Jika borang cadangan memerlukan


pernyataan fakta matan, maka satu
kenyataan hendaklah dimasukkan dalam
perisytiharan atau dicetak di tempat lain
yang menarik perhatian dalam borang
tersebut atau di atas dokumen yang
menjadi sebahagian daripada borang
tersebut.

wujud hak nilai serahan. Jika polisi memberi


hak tersebut, maka hak itu h e n d a k l a h
dinyatakan.
Dalam hal cadangan untuk insurans seumur
hidup atau endowmen, risalah penjualan mesti
menerangkan ciri-ciri kontrak berikut:i.

yang ianya adalah kontrak berjangka


panjang;

ii.

nilai serahan, terutamanya pada awal


tempoh, selalunya adalah kurang
daripada jumlah premium berbayar.

Kenyataan itu sepatutnya:i.

menarik perhatian kepada kesan


ketidaknyataan sebarang fakta matan.

ii.

memberi amaran jika pencadang raguragu sama ada sesuatu fakta itu matan
atau tidak, maka anggap sahaja ianya
matan dan nyatakannya.

b.

Borang cadangan atau dokumen


sokongan sepatutnya memasukkan
kenyataan yang menyatakan bahawa
salinan polisi kosong atau syarat polisi
boleh didapati daripada pengantara
untuk rujukan, jika diminta.

30.4 BAHAN PENJUALAN/PENGIKLANAN

Insurer akan memastikan maklumat yang


terkandung dalam bahan penjualan/pengiklanan
adalah betul dan benar dan ia tidak akan
mengelirukan masyarakat.

434

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


SOALAN PENILAIAN DIRI
BAB 30

1.

Berikut adalah prinsip-prinsip asas yang mendasari garis panduan Kod Etika dan
Perlakuan, kecuali
a.
b.
c.
d.

2.

Berikut adalah kenyataan benar mengenai Kod Etika, kecuali


a.

b.

c.

d.

3.

ia bertindak sebagai panduan melaksanakan amalan perniagaan yang


berwibawa dan berhemah dikalangan syarikat insurans hayat.
Ia bertujuan untuk menggantikan fungsi membuat keputusan oleh kakitangan
syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas harian
Ia bertindak sebagai panduan memperkenal dan menyebarkan standard
perlakuan yang bersesuaian
Tiada berkenaan

Kod Etika dan Perlakuan tidak dikenakan kepada


a.
b.
c.
d.

4.

untuk mengelakkan pertentangan kepentingan


untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa/kedudukan
untuk menghalang penyaluran maklumat
untuk memastikan ketepatan dan kesempurnaan rekod berkaitan

mereka yang menjual polisi insurans hayat


kakitangan syarikat insurans hayat
broker insurans berdaftar
tiada berkenaan

Sekiranya terdapat keraguan mengenai implikasi Kod Etika dan Perlakuan,


kakitangan boleh mendapatkan khidmat nasihat dari
a.
b.
c.
d.

ketua jabatan
lembaga pengarah
ketua pengarah insurans
jawatankuasa audit/disiplin

435

BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN


5.

6.

Siapakah pihak-pihak yang terlibat, sekiranya timbul aduan dari pemegang polisi
terhadap pengantara yang didapati mengengkari kod etika dan perlakuan?
I.
II.
III.
IV

pemegang polisi
pengantara
syarikat insurans hayat
majikan

a.
b.
c.
d.

I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja

Pengantara hendaklah
a.

b.

c.


d.

Menerangkan bahawa jangkaan manfaat yang dinyatakan dalam ilustrasi


jualan adalah tidak dijamin
memberi penjelasan mengenai perbezaan ciri-ciri setiap polisi ketika
membuat perbandingan
menganggap semua maklumat yang diberi oleh bakal pemegang polisi
adalah sulit dan hanya untuk pengetahuan dirinya dan insurer yang
diwakilinya sahaja
kesemua di atas

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.

436

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

BAB 1
Jawapan : 1-D, 2-A, 3-D, 4-A, 5-D, 6-C, 7-C, 8-A, 9-A, 10-D
BAB 2
Jawapan : 1-C, 2-D, 3-D, 4-D, 5-D, 6-D, 7-B, 8-B, 9-A, 10-D
BAB 3
Jawapan : 1-A, 2-A, 3-C, 4-A, 5-D, 6-A, 7-A, 8-D, 9-C, 10-A
BAB 4
Jawapan : 1-D, 2-B, 3-B, 4-D, 5-D, 6-D, 7-C, 8-B, 9-C, 10-D
BAB 5
Jawapan : 1-B, 2-B, 3-A, 4-D, 5-D, 6-D, 7-B, 8-B, 9-C, 10-A
BAB 6
Jawapan : 1-D, 2-D, 3-C, 4-D, 5-A, 6-A, 7-A, 8-B, 9-B, 10-D

BAB 7
Jawapan : 1-D, 2-C, 3-D, 4-B, 5-C, 6-D, 7-B, 8-C, 9-D, 10-C
BAB 8
Jawapan : 1-A, 2-D, 3-D, 4-D, 5-D, 6-A, 7-D, 8-A, 9-A, 10-D
BAB 9
Jawapan : 1-B, 2-B, 3-B, 4-D, 5-B, 6-C, 7-C, 8-B, 9-C, 10-B
BAB 10
Jawapan : 1-A, 2-D, 3-B, 4-C, 5-C, 6-D, 7-C, 8-D, 9-A, 10-A
BAB 11
Jawapan : 1-B, 2-D, 3-A, 4-D, 5-B, 6-B, 7-C, 8-A, 9-B, 10-C, 11-A, 12-D
BAB 12
Jawapan : 1-B, 2-A, 3-B, 4-D, 5-A, 6-B, 7-B, 8-B, 9-C, 10-D, 11-A, 12-C
BAB 13
Jawapan : 1-C, 2-B, 3-A, 4-D, 5-C, 6-D, 7-A, 8-B, 9-C, 10-D, 11-A, 12-D
BAB 14
Jawapan : 1-C, 2-B, 3-C, 4-D, 5-D, 6-A, 7-B, 8-D
BAB 15
Jawapan : 1-D, 2-A, 3-B, 4-D, 5-D, 6-B, 7-C, 8-D, 9-A, 10-A
BAB 16
Jawapan : 1-C, 2-D, 3-D, 4-D, 5-D, 6-D, 7-D, 8-B, 9-A, 10-A, 11-A
437

JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI

BAB 17
Jawapan : 1-D, 2-D, 3-C, 4-B, 5-B, 6-A, 7-A, 8-B, 9-C, 10-D
BAB 18
Jawapan : 1-C, 2-B, 3-C, 4-D, 5-A, 6-D, 7-B, 8-B, 9-B, 10-C
BAB 19
Jawapan : 1-B, 2-D, 3-C, 4-A, 5-B, 6-B, 7-D, 8-D, 9-A, 10-C
BAB 20
Jawapan : 1-D, 2-A, 3-C, 4-A, 5-A, 6-A, 7-D, 8-B, 9-B, 10-D
BAB 21
Jawapan : 1-B, 2-B, 3-C, 4-D, 5-A, 6-A, 7-C, 8-D, 9-C, 10-D
BAB 22
Jawapan : 1-B, 2-C, 3-A, 4-B, 5-C, 6-C, 7-C, 8-A, 9-C, 10-B
BAB 23
Jawapan : 1-A, 2-B, 3-B, 4-C, 5-B, 6-D, 7-C, 8-C, 9-A, 10-C
BAB 24
Jawapan : 1-C, 2-C, 3-D, 4-C, 5-D, 6-A, 7-B, 8-D, 9-B, 10-C
BAB 25
Jawapan : 1-D, 2-D, 3-C, 4-C, 5-A, 6-D, 7-C, 8-A, 9-D, 10-D
BAB 26
Jawapan : 1-D, 2-C, 3-B, 4-D, 5-A, 6-C, 7-C, 8-D, 9-D, 10-C
BAB 27
Jawapan : 1-A, 2-D, 3-C, 4-B, 5-B, 6-A, 7-D, 8-D, 9-D, 10-C
BAB 28
Jawapan : 1-B, 2-D, 3-B, 4-C, 5-B, 6-D, 7-A, 8-A, 9-D, 10-C
BAB 29
Jawapan : 1-C, 2-B, 3-A, 4-C, 5-B, 6-B, 7-D, 8-B, 9-D, 10-D
BAB 30
Jawapan : 1-C, 2-B, 3-C, 4-A, 5-D, 6-D

438

You might also like