Professional Documents
Culture Documents
13 Startermotor Kertas Penerangan Ikm
13 Startermotor Kertas Penerangan Ikm
Jasin, Melaka
INFORMATION SHEET
PROGRAMME :
SESSION :
SEMESTER :
CODE/COURSE :
SHEET NO :
A14/M01/IS02
LECTURER :
WEEK :
16
TOPIC :
SUB-TOPIC :
LEARNING
OUTCOME :
1.
2.
3.
4.
IGNITION AND
STARTER
Enijn pembakaran dalam perlu
dipusingkan dahulu sebelum beroperasi dengan kuasanya sendiri.
SWITCH
Sistem penghidup merupakan gabungan bahagian mekanikal dan elektrikal di mana bekerja
bersama untuk menghidupkan enjin. Sistem penghidup direka untuk mengubah tenaga elekrik
yang disimpan di dalam bateri kepada mekanikal.
BATTERY
LIGHTING AND
OTHER SYSTEM
STARTER
CHARGING
SYSTEM
Gambarajah 2.2 Komponen asas dalam sistem penghidup kenderaan. Garisan tebal menunjukkan
litar penghidup manakala garisan pututs-pututs menunjukkan litar kawalan motor
penghidup.
MOTOR PENGHIDUP
Enjin masa kini diengkol dengan kuasa elektrik iaitu dengan motor penghidup. Keupayaan motor
penghidup menghasilkan tenaga mekanikal bergantung kepada keadaan peralatan. Pemahaman
binaan dan prinsip asas motor penghidup akan membolehkan kita mengenal pasti kerosakan yang
berlaku dengan cepat dan berkesan.
Litar penghidup merangkumi gabungan penting peralatan elektrik dan peralatan mekanikal yang
membuat kerja bersama dengan tepat. Jika tidak, enjin tidak boleh dihidupkan. Litar penghidup
mestilah mampu mengengkol enjin (sehingga 250 p.s.m) dalam semua keadaan cuaca. Ianya tidak
direka mengikut keadaan satu cuaca untuk satu negara sahaja. Contohnya negara Jepun yang
cuacanya sejuk, mereka tidak membuat litar penghidup untuk kegunaan musim sejuk sahaja tetapi
ia mestilah dibuat untuk kegunaan musim panas dan sebagainya jika tidak enjin tidak akan dapat
beroperasi dengan sempurna dan lancar. Oleh itu pihak pengeluar membuat litar tersebut
bersesuai dengan semua keadaan cuaca.
Motor penghidup biasanya menghasilkan 0.5 hingga 2.6 hp (0.4 - 2.0 kw) dan boleh menghasilkan
hampir 8 hp (6kw) pada jangkamasa yang pendek dipermulaan mengengkol. Bateri mestilah
mempunyai kapasiti tenaga yang mencukupi sekurang-kurangnya 75 % cas untuk membolehkan
arus dibekalkan kepada motor penghidup.
Arus tinggi yang diperlukan oleh motor penghidup mestilah boleh disambungkan dan diputuskan.
Suis yang besar diperlukan jika arus dikawal terus oleh pemandu. Dengan ini suis penyalaan
digunakan untuk menggerakkan solenoid yang memindahkan arus tinggi.
BINAAN MOTOR PENGHIDUP
Motor penghidup yang digunakan pada kenderaan adalah sama binaannya dan pergerakkannya,
walaupun ia terdiri dari berbagai-bagai saiz, volt, bilangan pole dan carbon brush. Antara
komponen yang terdapat pada sesebuah motor penghidup seperti solenoid (magnetic switch), field
coil, armature, pinion gear, plunger dan lain-lain lagi. Lihat gambarajah dibawah.
Akan menggerakkan pinion gear supaya selari dan bersambung dengan roda
tenaga.
Sebagai suis atau relay yang membenarkan arus daripada bateri mengalir ke motor
penghidup.
Merupakan alat elektromagnetik yang menggunakan pergerakkan plunger untuk
menghasilkan gerakan menolak dan menahan. Solenoid diletakkan terus di atas motor
penghidup. Apabila kunci dipusingkan pada keduddukan menghidup, arus yang kecil akan
bergerak melalui lilitan solenoid. Ini akan menghasilkan medan magnet di mana akan
menolak plunger solenoid. Plunger dan cakera sesentuh akan ditolak ke dalam gegelung
lilitan. Cakera sesentuh akan menyentuh ke dua-dua terminal iaitu terminal 30(B) dan
terminal C untuk melengkapkan litar bateri ke motor penghidup. Dianggarkan 150 amps
sehingga 200 amps arus akan mengalir melalui solenoid ke motor penghidup. Arus adalah
berbeza mengikut rekabentuk motor penghidup dan saiz enjin. Apabila kunci dilepaskan
daripada kedudukan menghidup, arus akan terputus dari lilitan solenoid dan mengakibatkan
medan magnet runtuh atau hilang. Ini membolehkan plunger bergerak bebas keluar dari
lilitan solenoid. Pergerakan plunger ini menyebabkan cakera sesentuh melepaskan
sentuhan pada ke dua-dua terminal dan memutuskan bekalan arus ke motor penghidup
serta mematikannya.
3. Carbon Brushes
Merupakan pengalir arus elektrik daripada bateri ke commutator. Diperbuat dari campuran
serbuk karbon dan cooper tekanan tinggi. Biasanya terdapat empat atau dua brush
ditempatkan pada motor penghidup. Pada brush dipasang wire cooper dan pemegang di
dudukan pada commutator.
dengan sempurna. Bush end frame pula selalunya berfungsi untuk memegang carbon brush
dan spring disekeliling commutator.
Solenoid
Centre Frame
Gambarajah 2.13 Perumah motor penghidup mengandungi tiga bahagian iaitu centre frame, drive
end frame dan brush end frame.
OPERASI MOTOR PENGHIDUP
1. Kunci Penghidup pada kedudukan START
Apabila kunci penghidup dipusingkan pada kedudukan START, Terminal 50 akan
menyalurkan arus elektrik daripada bateri ke hold-in coil dan pull-in coil pada solenoid.
Daripada pull-in coil, arus elektrik akan terus ke field coil dan armature coil atau terminal
C. Pada masa ini, kejatuhan voltan akan merentasi pull-in coil untuk memastikan jumlah
arus elektrik yang mengalir melalui komponen motor (field coils dan armature) adalah kecil,
menyebabkan motor berpusing pada kelajuan yang rendah. Pada masa yang sama medan
magnet yang terhasil daripada hold-in coil dan pull-in coil akan menarik plunger ke
belakang melawan spring balikan. Pergerakkan ini akan menyebabkan pinion gear
bergerak ke hadapan hasil tolakan drive lever dan berada selari dengan roda tenaga.
Motor penghidup pada kelajuan yang rendah membolehkan pinion gear dan gigi roda
tenaga bersambung dengan perlahan. Alur skru menolong pinion dan ring gear bercantum
dengan baik.
Gambarajah 2.14 Pergerakan motor penghidup semasa kunci dalam keadaan mengengkol
2. Percantuman Pinion dan Ring Gears
Apabila magnetic switch dan alur skru (screw splines) telah menolak pinion gear
bersambung dengan roda tenaga sepenuhnya, contact plate yang terdapat pada bahagian
hujung plunger menjadi suis utama untuk menghasilkan litar pintas dengan
menyambungkan Terminal 30 dengan Terminal C. Hasil daripada penyambungan ini akan
menyebabkan arus elektrik yang tinggi akan mengalir ke motor penghidup dan
menyebabkan motor berpusing pada kelajuan dan daya kilas yang tinggi. Alur skru (screw
splines) akan menolong pinion gear bersambung dengan roda tenaga dengan lebih
sempurna. Pada masa yang sama paras voltan pada hujung kedua-dua pull-in coil akan
menjadi seimbang menyebabkan tiada arus elektrik mengalir melalui gegelung ini. Plunger
akan tertarik dan berada dalam keadaan statik hasil daripada kuasa medan magnet yang
dihasilkan oleh hold-in coil.
10
Gambarajah 2.16 Pergerakan motor penghidup apabila kunci kembali pada kedudukan ON
ARMATURE BRAKE
Percubaan kedua untuk menghidupkan enjin semasa pinion gear masih berpusing disebabkan
oleh inertial (tenaga), boleh menyebabkan percantuman pinion gear dan ring gear yang tidak betul.
Untuk mengelakkan terjadinya demikian, jenis conventional stater motor yang mana merangkumi
dengan pembentukan yang ditunjukkan pada rajah dibawah. Apabila spring di dalam magnetik
menarik pinion gear, brake spring menarik armature berlawanan brush holder. Sedangkan brush
holder ini dipasang secara mati pada comutator frame. Ini membuatkan armature serta merta
berhenti berpusing.
11
Motor penghidup menggunakan empat carbon brush, dua carbon brush digunakan untuk
memindahkan arus keluar dari field windings ke armature dan dua lagi adalah pembumian selepas
arus keluar dan masuk ke dalam armature windings di mana medan magnet terbentuk disekeliling
setiap gelungan tembaga, dua medan manget yang kuat terjadi di dalam field housing
menghasilkan daya yang memusingkan armature.
12
Solenoid
Starter Motor
Ignition
Switch
Bateri
Starter relay
13
KESIMPULAN
Sistem penghidup merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam sesebuah enjin. Ia
merupakan sistem yang penting di mana ia membolehkan enjin dihidupkan dengan mudah.
Tanpa sistem ini agak sukar untuk enjin dihidupkan.
14
EXERCISE
1. Nyatakan fungsi sistem penghidup di dalam kenderaan.
2. Berikan komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem penghidup.
3. Namakan 5 komponen-komponen utama Motor Penghidup.
a)
b)
c)
d)
e)
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc
15