Laporan Dokumentasi Sambutan Hari Guru 2011 Di SKCBM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM

LAPORAN DOKUMENTASI

PROGRAM SAMBUTAN
HARI GURU 2011
PERINGKAT SEKOLAH
SKCBM
TARIKH
27HB MEI 2011
MASA
8.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI

DEWAN

TEMPAT
SK CONVENT BUKIT MERTAJAM

DISEDIAKAN OLEH:
AJK DOKUMENTASI
CIK FARAHIYAH BINTI JAAFAR
CIK NORAZLIA BT ZAKARIA
CIK NURULAIN BT MALIK

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas segala
keizinannya, Program SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
2011 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
KELAB GURU SKCBM merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Guru Besar SKCBM, Pn. Rosnah bt Omar, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Siti Suria bt. Walat, Guru
Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Mazlina bt Abd Muthaliff, ,GURU
PENOLONG KANAN
KO-KURIKULUM PN.HAMIDAH BT
HUSSAIN, Guru Penyelia Petang, Pn. Che Mahizan bt Saad,serta
semua
AJK yang terlibat secara langsung dan tidak dalam
menjayakan program ini. Sekiranya semua perkara dijalankan
secara kerjasama serta toleransi pasti akan memberikan hasil yang
baik. Kepada semua warga SKCBM sokongan dan kerjasama semua
amatlah dihargai, jadikanlah ia sebagai satu pengalaman dan
kenangan
KAMI memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang program ini
berlangsung samada sebelum , semasa mahupun selepas terdapat
sebarang kelemahan atau menyinggung mana-mana pihak. Segala
yang baik dan sempurna itu datang daripada Allah S.W.T dan
segala kekurangan dari diri hambu mu ini.
Sekian, terima kasih.

.................................................
FARAHIYAH BINTI JAAFAR
NORAZLIA BT. Zakaria
NURUL AIN BT. Malik

AJK DOKUMENTASI
SAMBUTAN HARI GURU SKCBM 2011

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN


HARI GURU 2011 PERINGKAT
SEKOLAH SKCBM
PENGENALAN:
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Oleh yang demikian SKCBM turut mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan
sambutan hari guru peringkat sekolah pada 27 Jun 2011 di dewan Sekolah SKCBM.
Sambutan Hari Guru 2011 adalah kali ketiga diadakan pada sebelah pagi dengan
menggabungkan sesi pagi dan petang dengan mengumpulkan kira-kira 800 orang
termasuk guru-guru sesi pagi dan petang serta murid-murid tahap 1 dan tahap 2.
MATLAMAT SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan Hari Guru adalah bagi memperingati jasa dan bakti guru kepada
masyarakat, bangsa, ugama dan negara. Secara khusus matlamat Hari Guru
adalah:

Memberi penghormatan dan penghargaan khas kepada guru-guru bersara


yang pernah berjasa kepada negara.
Meninggikan imej dan status serta mutu kerja profession keguruan di negara
ini.
Mendorong guru-guru untuk bekerja dengan penuh dedikasi terhadap
profesion mereka dan memberi khidmat kepada masyarakat serta bersedia
menambah dan memperbaharui pengetahuan dan kaedah pengajaran dari
masa ke semasa.
.

OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU :

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk


perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru sesi pagi
dan petang.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminarseminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari
Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia


dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Menjadikan sambutan Hari Guru pada tahun ini pemangkin kepada program
bersama yang lebih kreatif dan inovatif.

TEMA
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT


TARIKH

: 27 MEI 2011

HARI

: JUMAAT

MASA

: 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN SKCBM

ANJURAN
KELAB DAN KEBAJIKAN GURU SKCBM

JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI

: PN. ROSNAH BT OMAR


: PN. SITI SURIA BT WALAT
PN. HJH MAZLINA BT ABD MUTHALIFF
PN. HAMIDAH BT HUSSAIN
PN. CHE MAHIZAN BT SAAD

JAWATANKUASA PERLAKSANA
PERSIAPAN TEMPAT DAN KEMAS TEMPAT
EN. MISBAH B. ABU BAKAR
PN. TANG YOO KAM
PN. NOR AZIMAH BADRI
PN. SITI ZALEHA SULAIMAN
EN. MOHD AMRAN SAID
PN. CHITRA DEVI

KAWALAN MURID
SEMUA GURU-GURU KELAS TAHUN 1 HINGGA 6 MENGAWAL KELAS MASINGMASING.

JURUACARA
EN. MOHD RODHI HJ DAUD

BACAAN DOA
EN. MOHD AMRAN BIN MOHD SAID
SIARAYA
EN. MAKADEVAN A/L SINNASAMY

SENAMSENI
PN. HAMIDAH BT AHMAD
CIK NUR ADILA BT AMRAN

PERSEMBAHAN
PN. LISA SAI PHAIK LENG
PN. RASHIMAH BT HARUN
PN. PUZIAH MELATI BT MOHD TAHIR
PN. ROSHIDAH BT ABU HASSAN
PN. PREMAVATHY A/P SUBRAMANIAM
CIK IFFAH SYAMIMI BT KAMARULIZHAM
PN. FARIDAH BT MOHAMAD

PN.AZRIYATI BT MD RASHID

HADIAH
PN SITI ZALEHA BT SULAIMAN
PN NURUL HUDA BT ABDUL HAMID
PN CHOONG NGET FAH
PN. ZAWIYAH BT ZULKAPHLI

CENDERAHATI HARI GURU


PN. LISA SAI PHAIK LENG

DOKUMENTASI
CIK FARAHIYAH BT JAAFAR (laporan)
CIK NURUL AIN BT MALIK (editing gambar)

JURUKAMERA
CIK NOR AZLIA BT. ZAKARIA

JAMUAN
PN FAZLIYANA BT JAMALUDIN
PN SUHAILA BT SHAARI
PN. SALMA BT HAMZAH
PN. SHARIFAH BT AWANG

PN. NORADILA BT WAHAB

TENTATIF PROGRAM

7.25 PAGI
7.30 Pagi

: Murid Dan Guru Berkumpul Di Dewan


: Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Bacaan Perutusan
Nyanyian Lagu Guru Malaysia

8.00 Pagi

: Murid Bergerak Ke Padang


Senamseni

9.00 Pagi
10.00 Pagi

: REHAT
: Persembahan Murid
Penyampaian Hadiah

12.00 Tengah Hari

: Bersurai

KELEMAHAN PROGRAM
1.

Penggabungan 2 sesi menjadi satu menyebabkan keadaan menjadi sesak


dan tidak selesa untuk berkumpul di dewan terbuka yang sememangnya
terhad kapasitinya untuk menampung anggaran 800 orang untuk sambutan
hari guru kali ini.
2. Tiada aturcara program menyebabkan perjalanan program tidak lancar dan
memakan masa yang lama sehinggakan ada diantara pelajar tidak dapat
membuat persembahan pada hari ini.
3. Pengurusan masa yang kelam kabut menyebabkan perjalanan program
melebihi masa yang telah ditetapkan yang mengundang kemarahan
sesetengah ibubapa kerana terpaksa menunggu lama memandangkan
kekangan tempat menunggu untuk mengambil penumpang terhad dan
sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas di hadapan pintu pagar sekolah.
KEKUATAN PROGRAM
1. Kerjasama dan komitmen guru-guru melancarkan perjalanan program
meskipun tanpa aturcara program disediakan untuk panduan perjalanan
program.
2. Guru Besar yang memainkan peranan utama menjadi pendokong kekuatan
program dan kelancaran perjalanan program.
3. Penggabungan 2 sesi dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan muridmurid 2 sesi untuk berinteraksi.
4. Guru-guru yang berpengalaman serta pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia
teklah berjaya menghidupkan perjalanan persembahan pada sambutan hari

guru 2011.
PENUTUP
Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011 SKCBM telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua semua yang
terlibat secar langsung dan tidang langsung dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program ini mampu mengeratkan perhubungan dan sifat silaturrahim
yang erat dan kerjasama yang padu dari semua pihak.
Laporan disediakan Oleh :-

Disahkan Oleh :

.......

................................................

Farahiyah Binti Jaafar

Pn. Rosnah Binti Omar

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Program Sambutan Hari Guru 2011

Guru Besar
SK Convent Bukit Mertajam

LAMPIRAN

You might also like