Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.


2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang


yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang


cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan


hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz
pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan
belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah /
kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala
garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah
manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang
gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh
manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang
hadapan.

HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK RUANG


WARNA Jenis-jenis Garisan Fungsi
Garisan Garisan Halus Garisan Tebal Garisan Beralun
Garisan Berpancar Garisan Berlingkar Garisan
Berserabut Garisan Bersudutsudut Garisan Bergeriji
Garisan Berbiji Garisan Berbulu Garisan putus-putus
Garisan Berduri Garisan Menimbulkan rupa
GarisanMenimbulkan Bentuk Garisan Menimbulkan
Ilusi Cahaya dan Bayang Garisan Mewujudkan Ruang
Garisan Menghasilkan Jalinan Garisan Menghasilkan
Motif pada Reka Corak Garisan Menghasilkan Ton
Garisan Menghasilkan pelbagai Asas Corak Garisan Grid
LATIHAN

6. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA APLIKASI GARISAN DALAM KARYA
SENI 1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5.
Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan 10.
Resis (batik / ikat celup) LATIHAN

7. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG JALINAN Jalinan merupakan kesan yang
terdapat pada permukaan Sesuatu benda, seperti kesan
pada permukaan kulit durian, kulit rambutan,tapak kasut,
kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lainlain. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan
nilai-nilai yang tersendiri. WARNA LATIHAN

8. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA JENIS JALINAN JALINAN SENTUH
JALINAN TAMPAK Mr. Azham_Art For Life! kesan
permukaan yang dapat dilihatdan dirasa melalui
sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit
kerang Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke
permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti
capan, cetakan, gosokan dan sebagainya. Merupakan
kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit
tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak
tekstil dan sebagainya. LATIHAN

9. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA LATIHAN Rupa ialah hasil daripada
pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
MAKSUD RUPA Rupa boleh dihasilkan daripada
garisan, warna dan jalinan.

10. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA LATIHAN JENIS-JENIS RUPA
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti
bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang
bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu
pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
Contoh Geometri Rupa organic merujuk kepada rupa
bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan
secara spontan Contoh Organik

11. HOME GARISAN JALINAN RUPA RUPA


POSITIF PERBEZAAN BENTUK RUANG WARNA
LATIHAN RUPA NEGATIF Rupa positif ialah rupa Rupa
negatif ialah ruang di sesuatu objek yang terletak di
sekeliling rupa objek tersebut. dalam satu kawasan
tertentu. Contoh rupa negatif Contoh rupa positif

12. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA LATIHAN Rupa dalam Aktiviti
Mencorak Rupa dalam aktiviti mencorak merupakan
susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan
kedudukan tertentu. Rupa dan Lambang / logo Rupa
boleh di ubah menjadi lambang atau simbol kepada
sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa dan
Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenisrupa berbentuk
huruf.

13. HOME GARISAN MAKSUD BENTUK CIRICIRI


BENTUK JALINAN RUPA BENTUK RUANG WARNA
LATIHAN Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi
padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D) Bersifat tiga dimensi (3D)
mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan
membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna Boleh dilihat dari semua arah mempunyai
lebih dari satu permukaan Terdapat bayangan
mempunyai kesan cahaya dan bayang

14. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA LATIHAN JENIS-JENIS BENTUK
Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat
dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
Contoh bentuk konkrit Bentuk ilusi ialah bentuk yang
dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur
seni seperti warna, garisan dan lain-lain Contoh bentuk
ilusi

15. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA RUANG MAKSUD RUANG
JENISJENIS RUANG Ruang ialah kawasan kosong di
sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga
dalam sesuatu objek. Ruang nyata ruang sebenar
yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit Ruang
tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni
tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan
sebenar) LATIHAN

16. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


Warna asas Merah, biru, dan kuning (tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain) RUANG
LATIHAN Warna tertier Campuran warna asas dengan
warna sekunder Warna sekunder Campuran dua warna
asas (Hijau=Biru +Kuning, Jingga= Kuning + Merah dan
Ungu=Merah + Biru) WARNA

17. HOME GARISAN JALINAN RUPA Warna


harmoni GUBAHAN WARNA BENTUK RUANG WARNA

LATIHAN Warna bersebelahan dalam roda warna(warna


sekeluarga, selesa dan seimbang) Warna yang
bertentangan dalam roda warna Warna (menimbulkan
kesan segar, penggenap kaya, kontra, getaran dan
pergerakan) Warna sewarna Hanya satu warna yang
mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

18. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA SUHU WARNA Warna panas Warna
sejuk Warna antara warna merah ungu hingga kuning
hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga,
garang, harapan, perang, meriah dsb) Warna antara
hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan
sejuk, sedih, damai dan tenang) LATIHAN

19. HOME GARISAN JALINAN RUPA BENTUK


RUANG WARNA LATIHAN LATIHAN PENGUKUHA N

JALINAN
Apa Itu Jalinan
1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian,

kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang


pada harimau dan lain-lain.
2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan
Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilainilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang

jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada kulit durian


Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa
melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit
kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi
melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan
sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal


2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak

dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit


tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil
dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga,
harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah


2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding

corak
4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan

teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai


subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas
benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu.
Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel
warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi
mendapat kesan jalinan.

capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah
rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti
daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu
warna dan dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup

menggunakan kaedah pengasingan warna dengan


menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang
tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau
tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye
mengikut warna yang dikehendaki

pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air.
Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak.
Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang
mengandungi cat tersebut.

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan
sebagainya

lukisan dan catan


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat
menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar
dan sebagainya

tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan
kesan jalinan sentuh

sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat,
quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

kolaj

merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj


juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang,
pasir, kulit siput dan lain-lain

RUPA
A. Pengenalan

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan


dengan permulaannya.

Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan


jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan


menghasilkan rupa

rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri

Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti


bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.

dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris,


set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

2. Rupa Organik

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak


dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan
dan sebagainya.

Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di


dalam satu kawasan tertentu.

Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negatif

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak


Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain
dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa
yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada
perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun
berulang-ulang dalam susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli
2. Susunan turun separa
3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee
5. susunan cerminan
6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo

Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada


sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.

Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu


barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata

logo daripada huruf

jenis logo huruf

logo jenis representasi


F. Rupa dan Muka Taip

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.

Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif


( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

muka taip serif

muka taip san serif

muka taip hiasan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

karya yang berasaskan rupa muka taip

BENTUK
. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai
lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam
penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan
bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang
dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah
pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar
dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan
membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu
permukaan
4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa,
disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di
hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu,
meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola


B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-

lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan,
catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat
dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati
melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta
bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan
faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit


Bentuk boleh dihasilkan melalui :1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang,
tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas
(seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat,
plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman


dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan


bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

RUANG
Ruang dan Perspektif
1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku
apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang
kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan
pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk
menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus)
jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila
hampir dengan kita.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap


Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan
memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian
terdekat atau paling hadapan.

You might also like