Latihan Perniagaan Import, Eksport Dan Entrepot

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Latihan Pengukuhan Perdagangan: Bab 4 (Tingkatan 4)

Kertas 1: Soalan Objektif


Arahan:
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
1. Perniagaan antarabangsa tidak lari daripada menghadapi halangan atau masalah. Antara yang
berikut, pilih cabaran yang terpaksa dilalui oleh para peniaga yang terlibat dalam perniagaan
antarabangsa.
I. Masalah kadar pertukaran wang asing
II. Jenis produk
III. Masalah pembungkusan barang
IV. Masalah bahasa
A. I dan II
B. I dan IV

C. II dan III
D. III dan IV

2. Halangan utama dalam perniagaan antarabangsa yang sering membawa kerugian kepada
peniaga yang terlibat ialah
A. Sekatan dan peraturan kastam
B. Risiko kecurian dengan kerosakan
C. Menetapkan sukatan dan timbang yang berbeza
D. Penentuan kedudukan kredit bakal berbeza
3. Apakah urutan prosedur yang harus diikuti oleh peniaga yang hendak mengeksport
produknya?
I. Mengiklankan produk
II. Menjalankan penyelidikan pasaran
III. Menerima inden dan melaksanakan arahan inden
IV. Menguruskan penghantaran produk
A. I, II, III, IV
B. IV, III, I, II

C. II, III, I, IV
D. II, I, III, IV

Soalan 4 hingga Soalan 7 berdasarkan petikan di bawah.


Lal, Lil dan Lol mengusahakan perniagaan masing-masing dengan harapan mendapat
keuntungan yang maksimum. Lal menggunakan sumber tempatan, iaitu getah untuk
menghasilkan pelbagai jenis keluaran untuk dijual ke negara jiran. Lil pula memenuhi kehendak
pengguna tempatan dengan membekalkan barang-barang yang tidak dapat dihasilkan di negara
Perniagaan Antarabangsa, ZMZ

Latihan Pengukuhan Perdagangan: Bab 4 (Tingkatan 4)

sendiri. Lol membeli keluaran daripada pengusaha di negara kurang maju untuk dibungkus
semula dengan cantik sebelum dijual kepada negara maju.
4. Pilih pernyataan yang betul sahaja.
I. Lal terlibat dalam perniagaan import
II. Lil terlibat dalam perniagaan eksport
III. Lol melakukan perniagaan entrepot
IV. Lil mengusahakan perniagaan import
A. I dan II
B. I dan IV

C. II dan III
D. III dan IV

5. Apakah halangan-halangan yang akan ditempuhi oleh Lal, Lil dan Lol?
I. Sekatan undang-undang
II. Cara pembayaran yang berbeza
III. Masalah bahasa
IV. Masalah duti eksais
A. I dan II
B. I dan IV

C. II dan III
D. III dan IV

6. Aturkan langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Lil mengikut urutan yang betul dalam
menjalankan perniagaannya.
I. Ketibaan barang dan menguruskan prosedur kastam
II. Menghantar inden
III. Membuat pembayaran
IV. Pengesahan dokumen
A. II, III, IV, I
B. II, IV, I, III

C. IV, II, I, III


D. I, IV, II, III

7. Langkah-langkah berikut boleh diambil oleh Lol untuk memaksimumkan keuntungannya.


I. Mencari pembekal yang dapat membekal pada harga yang lebih rendah
II. Menjual pada harga yang rendah
III. Menghiasi premis dengan cantik
IV. Mencari lebih ramai pembeli
A. I dan II
B. I dan IV

Perniagaan Antarabangsa, ZMZ

C. II dan III
D. III dan IV

Latihan Pengukuhan Perdagangan: Bab 4 (Tingkatan 4)

Menerima inden dan melaksanakan inden


Mengendalikan pembungkusan dan penandaan barang
Menempah pengangkutan

8. Apakah prosedur di atas?


A. Import
B. Eksport

C. Perniagaan borong
D. Perniagaan runcit

9. Apakah pengangkutan yang sesuai untuk perniagaan antarabangsa?


A. Kapal terbang dan lori
C. Van dan kapal
B. Kapal dan kereta api
D. Kapal dan kapal terbang
10. Perniagaan antarabangsa memberi banyak kelebihan kepada kita. Namun terdapat halanganhalangan yang terpaksa ditempuhi. Pilih pernyataan yang menunjukkan halangan perniagaan
antarabangsa.
A. Pengguna dapat memuaskan kehendak masing-masing
B. Wujudnya lebih peluang pekerjaan
C. Wujudnya kadar pertukaran wang yang sentiasa berubah-ubah
D. Wujudnya hubungan dua hala antara negara-negara dalam dunia
11. Antara yang berikut, yang manakah merupakan masalah utama import dan eksport yang
dihadapi oleh para peniaga antarabangsa ASEAN dengan negara Eropah?
I. Cara pembayaran
II. Kadar pertukaran asing
III. Prosedur dan sekatan kastam
IV. Masalah pengangkutan
A. I dan II
B. I dan IV

Perniagaan Antarabangsa, ZMZ

C. II dan III
D. III dan IV

12. Antara yang berikut, yang manakah ditakrifkan sebagai perniagaan tak nyata?
A. Penjualan buku dan alat tulis kepada pelajar negara asing
B. Penerimaan daripada menjual cenderahati kepada pelancong
C. Pendapatan daripada industri pelancongan
D. Pendapatan daripada membuat kerja sambilan
13. Apakah kesan langsung kepada pengeluar tempatan di pasaran antarabangsa jika kadar
pertukaran mata wang asing sentiasa berubah-ubah?
A. Pengeluar akan menghadapi masalah menetapkan harga pasaran
B. Pengeluar harga pasaran
C. Pengeluar terpaksa menyimpan stok bahan mentah yang berlebihan
D. Pengeluar menghadapi masalah mendapatkan pinjaman
14. Syarikat X mengusahakan perniagaan menjual hasil tempatan ke luar negara. Syarikat ini
akan mempunyai seorang wakil di Amerika yang berfungsi sebagai wakil
A. Pengimport Malaysia di Amerika Syarikat
B. Pengimport Amerika Syarikat di Malaysia
C. Pengeksport Malaysia di Amerika Syarikat
D. Pengeksport Amerika Syarikat di Malaysia
15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan import tak nyata?
A. Pelajar tempatan melanjutkan pelajaran ke Australia
B. Membeli keju dari New Zealand
C. Pelancong China melawat ke Malaysia
D. Syarikat insurans tempatan menjual insurans kepada rakyat asing
16. Antara berikut, yang manakah bukan perniagaan antarabangsa?
A. Perniagaan import
B. Perniagaan eksport
C. Perniagaan borong
D. Perniagaan entrepot
17. Sebuah negara akan mencatatkan imbangan dagangan negatif apabila
A. Nilai eksport nyata melebihi nilai import nyata
B. Nilai eksport tak nyata melebihi nilai import tak nyata
C. Nilai import nyata melebihi nilai eksport tak nyata
D. Nilai eksport tak nyata melebihi nilai import nyata
Soalan 18 berdasarkan maklumat yang berikut.

Syarikat Dwi-double telah menyertai pameran perdagangan pertanian di Rusia.


18. Apakah kelebihan aktiviti yang disertai oleh Syarikat Dwi-double tersebut kepada peniaga di
Rusia?
I. Dapat pendedahan awal tentang industri di Malaysia
II. Dapat menghubungi secara langsung pengeluar
III. Memperoleh maklumat dan fakta yang tepat
IV. Harga barang akan meningkat tinggi
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV

19. Pilih pasangan yang benar tentang dokumen eksport dan import.

A
B
C
D

Dokumen
Nota perkapalan
Invois konsular
Invois eksport
Polisi insurans

Kategori
Dokumen pengangkutan
Dokumen pengangkutan
Dokumen perniagaan
Dokumen insurans

20. Sebelum seorang pengimport boleh mengeluarkan barangnya daripada pelabuhan, dia perlu
membayar
A. Cukai import
B. Cukai import dan caj kargo
C. Cukai eksais
D. Cukai kastam

Kertas 2: Bahagian A
1. (a) Gambar berkaitan empat masalah dalam perniagaan antarabangsa.
RENCANA PENGARANG

KESTABILAN THAILAND PERLU BAGI


ASEAN
Pengeksport
Malaysia

RINGGIT MALAYSIA

Kg / gm

Jurubahasa

Pengimport
Perancis

DOLAR AMERIKA

lbs / oz

GAMBAR 1
Terangkan setiap masalah tersebut.

[8 markah]

(b) Apakah prosedur yang harus dilakukan sebelum seseorang pengeksport dapat mengeksport
barang kepada pelanggannya di luar negara?
[10 markah]
(c) Senaraikan saluran eksport yang boleh digunakan oleh pengeksport untuk mengeksport
barang-barangnya.
[7 markah]

Kertas 2: Bahagian B
Shuit Thang menubuhkan Thang International, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan
dua hala dengan Vietnam. Selain mengimport, beliau juga mengeksport barang keluaran negara
kita ke negara berkenaan. Namun begitu, beliau menghadapi masalah untuk menguruskan
dokumen-dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut kerana tiada pengetahuan dan
pengalaman. Ini telah mengakibatkan beliau didakwa melakukan kesalahan kerana tidak
mengikut prosedur yang sepatutnya.
Selain masalah rasmi yang berkaitan dengan hal pengurusan dan dokumentasi perniagaan, beliau
juga menghadapi masalah biasa yang berkaitan dengan perniagaan antarabangsa. Antaranya
termasuklah masalah penghutang yang tidak membayar yang telah menyebabkan beliau
menghadapi kerugian. Kos pengangkutan dan kos komunikasi yang meningkat telah merumitkan
lagi masalah beliau untuk mengejar penghutangnya.
(a) Huraikan prosedur import dan eksport yang sepatutnya dipatuhi oleh Shuit Thang dalam
menguruskan perniagaan Thang International.
[15 markah]

You might also like