Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert


Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh,
Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori
oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk
pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955,
beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan,
fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori
emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai
bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah
laku kognitif.
Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering
mengalami
gangguan
kesihatan.
Beliau
pernah
dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis
sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita
tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau
mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947
hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal
berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa
terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak
saintifik.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud
kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk
selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET
berdasarkan
bahawa
emosi
berpunca
daripada
kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada
situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosirasional, klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan
yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini
disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana
kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.
Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and
Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan
Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A
Guide to Rational Living.

Pendekatan Teori
RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana
merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan
teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori
Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan
oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu
kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi
penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian,
perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini
bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan
mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan
yang tidak rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem
kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu
dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan
sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam
konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula
yang mengajar individu untuk melihat semula sistem
kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan
menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang
membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri
seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah
semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga
masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.
Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan,
bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap
sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor
yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak
sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada
pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu
mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk
rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional
ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan
produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula
hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan

output.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997),
dua tujuan utama RET iaitu; pertama mendemonstrasikan
pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu
adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai
kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan
menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku
Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent
Womans
Guide
To
Man-Hunting,
Humanistic
Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach
banyak menggambarkan
sifat manusia.
Misalnya,
kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui prosesprosesnya.
Ellis
menggalakkan
manusia
supaya
menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin
jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam
mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan
mereka yang tidak boleh diperbaiki.
Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan
teorinya Ellis banyak menggunakan sistem-sistem
psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati
Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred
Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua
sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan
pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: When
people emote they also think and act. When they act, they
also think and emote. When they think, they also emote
and act. To understand self-defeating behavior , one must
understand how a person feels, thinks, perceives and
acts.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat
dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala
pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu
berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan
pembelajaran . Menurut George dan Cristiani (1995) telah
mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai,
perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan
tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap

beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi,


diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut
sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang
bahawa
manusia
dilahirkan
dengan
beberapa
kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan
diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh
kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contohcontoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.
Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa
terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia
dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara
rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk
memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan
diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang
lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia
juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak
mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu,
mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri
sendiri,
cuba
mengelakkan
pengikhtirafan
dan
pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini
dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri
mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar
untuk hidup lebih harmonis.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET,
membuat andaian tentang gangguan emosi manusia
adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional.
Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat
sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia
juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran
secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional.
Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa
terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh
sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu
itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah prosesproses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh
memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan
daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga

boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya


terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami
gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang
dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah
berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu
mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan
pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan
dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi
semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem
kepercayaan mereka.
Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia
berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional.
Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem
kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke
arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka
individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan
terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau
sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang
menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang
tidak
mengembirakan.
Oleh
itu
kaunselor
perlu
bertanggungjawab
untuk
mewujudkan
sistem
kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional
bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih
harmonis.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan
mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu belief
system yang penuh dengan kepercayaan yang tidak
rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya.
Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang
pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah
seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti
disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada
dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan.
Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan
bahawa
ia
seorang
yang
berkebolehan
dan
berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai
bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan
kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia

dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai


orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat
penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang
individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah
yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada
masa kini.
Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu
melihat kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak
dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya.
Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan
tidak baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak
dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkaraperkara
yang
merbahaya,
seseorang
individu
mempercayai bahawa ia perlu memikirkannya dan akan
risau tentangnya.
Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan
emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan
konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A
ialah penggerak pengalaman activating experience atau
peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh
seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula
adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang
persons belief system. Misalnya, saya tidak kelihatan
cantik atau hodoh. Manakala C ialah akibat consequence
iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan
ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan
tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk
berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem
kepercayaan
yang
tidak
rasional
yang
menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi
yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu
yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar
dalam hidup saya. Dan akhir sekali E ialah menjadi
normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian
yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam
teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip
asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya
akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan

pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini


menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan
sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan
semestinya. Dari perspektif RET, ramai terapis telah
membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah
hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua
peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga
terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan
dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan
dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien
melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan
pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif
kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan
hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan
perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama
untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang
mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu
menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak
matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran
yang logik, matang dan realistik. Persoalannya,
bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud
di dalam diri seseorang individu? Dalam hal ini , Ellis telah
menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan
kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang
tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat
kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan
saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya
adalah merupakan manusia yang paling bodoh
Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan
anxieti dalam diri seseorang. Keadaan ini akan
mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan
kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah
yang perlu dibantu oleh kaunselor agar klien tersebut
dapat merasionalkan dirinya dalam menghapuskan
fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional
yang ada pada dirinya.

You might also like