Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hubungkait Pembentukan Persekutuan dan Kedaulatan Malaysia

Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan
Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan Persekutuan memberikan
kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British. Manakala urusan seperti
ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula semuanya dibawah kuasa
seorang Residen Jeneral.

Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur
tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan sendiri oleh
seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem demokrasi.

Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama
rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan.
Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam
kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.

Rumusan Persetiaan Persekutuan 1895- PT3 Sejarah


Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalam Pesetiaan
Persekutuan 1895 ini adalah, pentingnya kebijaksaan pemimpin dalam mentabir
negeri ataupun negara. Jika pemerintah mentadbir dengan teratur dan
sistematik, nescaya kuasa luar tidak akan campur tangan dalam urusan
pemerintah.

Memberikan kepercayaan kepada orang luar untuk menguruskan hal ehwal


dalam negeri merupakan satu keputusan yang tidak bijak. Orang luar akan
sedaya upaya untuk menjadikan mereka di pihak yang beruntung manakala satu
pihak lagi dalam keadaan rugi.

Sebagai contoh, apabila raja-raja melayu bersetuju menerima seorang Residen


Jeneral dari British , maka bermulanya era kuasa sultan berkurangan dan sultan
tidak lagi dapat mentadbir secara keseluruhan.

Moga-moga dengan peristiwa persekutan 1895 ini dapat memberi iita


pengajaran agar pemimpin memainkan peranan bijak dalam mentabidr negara
dan tidak membiarkan kuasa luar untuk campur tangan dalam segala urusan
pemerintahan seterusnya akan terus mengekalkan Malaysia sebagai negara
berdaulat.

Faktor dan Kronologi Pemeteraian Persetiaan Persekutuan


Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1985
1.Ditandatangai pada tahun 1885.
2. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.
3. Perak selangor, negeri sembilan dan pahang disatukan mejadi NNMB.
4. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur
5. Diketuai oleh Residen Jeneral
6. Jawatan Residen kekal di negeri
7. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama
8. Syarat perjanjian Persekutuan:
a. Raja-raja gabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan.
b. Terima pegawai British sebagai Residen Jeneral.
c. Raja-raja bersetuju ikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali agama Islam dan
adat-istiadat Melayu.
d. Raja-raja setuju bantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
e. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di
Singapura.
Faktor Penubuhan NNMB
1. Kelemahan pentadbiran Sistem Residen.
2. Masalah krisis kewangan Pahang.
3. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang menanggung banyak hutang.
4. Jika Pahng digabungkan dengan negeri yang kaya seperti
Perak,Selangor,masalah diringankan
5. Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar -jimatkan bayaran perkhidmatan
pakar seperti
jurutera, juruukur dan doktor.
6. Sistem perhubungan jalan raya dan landasan kereta api antara negeri Melayu
dimajukan

7. Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

Sumber: http://www.musadun.com/2015/06/faktor-dan-kronologipemeteraian.html
http://www.musadun.com/2015/06/hubungkait-pembentukanpersekutuan-dan.html
http://www.musadun.com/2015/06/rumusan-persetiaan-persekutuan1895-pt3.html

You might also like