Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

5/9/2014

cikgu-zaki.blogspot.com

Pendekatan induktif | CIKGU ZAKI

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/pendekatan-induktif.html

Pendekatan induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulannya.
Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh
yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang
diberikan,murid-murid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung
dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru boleh mengemukakan
beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya
memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh
itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang
penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab
,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh contoh khusus yang dikemukakan.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagaibagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-penemuan yang banyak
diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah berlandaskan kepada pendekatan
induktif.
Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :
Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis
mata pelajaran contohnya :
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari
pelbagai jenis segitiga.
Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity daripada ujikaji bendabenda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.
Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa
daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.
Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudut-sudut dalam
pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.
Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat
satu teori pembelajaran.
Prinsip=prinsip Pendekatan Induktif.
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah memahami dan mematuhi prinsipprinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh
membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/pendekatan-induktif.html

1/2

5/9/2014

Pendekatan induktif | CIKGU ZAKI

kesimpulan yang berkenaan


Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan.
Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi
mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya.
Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.Guru tidak harus
mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid
dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar
harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti
penglihatan dan pendengaran.

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/pendekatan-induktif.html

2/2

You might also like