Addie

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi


yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat
membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih
menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan
untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich,
Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap
aspek pendidikan.
Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah
lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer
IBM. Satu projek PPBK yang telah dibangunkan untuk membangunkan bahan perisian kursus
untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan
melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993.
Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama
MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan
empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah
pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya
Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha
sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat
ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian
PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.
Sesungguhnya, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah
pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dan akan menghasilkan
pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan, aktif dan bermutu.
Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK
yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkahlangkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang
menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan
aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.
Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian
masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan
abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang
mampu merangsang pelajar.
ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan
secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum
balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan
rawak
iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil
bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif
permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).
iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang
mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar
berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu
tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.
Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan
dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran
sebenar.
v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami
sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan
sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan
kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.
Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah
ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi
kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.
vi. Ujian
Guru boleh mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan semerta. Soalan-soalan jenis
objektif, isi tempat kosong, padanan, benar- salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi
PPBK ini.
Pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta dalam
situasi terkawal. Pencapaian didiagnogsis untuk menilai pencapaian pelajar dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dengan mengesan kelemahan pelajar dan kenal pasti tindakan
seterusnya dalam merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.
REKA BENTUK MODUL
Reka bentuk modul atau secara lebih khusus, reka bentuk pengajaran (instructional
design) adalah satu sistem prosedur bagi membentuk program pendidikan atau
modul
pembelajaran secara konsisten dan dapat dipercayai. Dewasa ini, terdapat pelbagai
model reka bentuk pengajaran dan sebahagian model tersebut merupakan

pengubahsuaian kepada Model ADDIE (Gustafson & Branch, 2007). Istilah ADDIE
merupakan

satu

akronim

bagiAnalysis

(analisis),Design

(reka

bentuk),Development
(perkembangan), Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation
(penilaian). Dalam
Model ADDIE, terdapat lima tahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang
memandu amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran.
Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi
memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi
sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (lihat Rajah 3.1).

Tahap analisis merupakan asas bagi semua tahap yang lain dalam reka
bentuk
pengajaran. Istilahanalisis merujuk analisis seting pengajaran dan pelajar,
termasuk
5
identifikasi keperluan khusus pelajar dan tujuan pengajaran. Dengan kata lain,
analisis membabitkan proses mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari. Pada
tahap ini, masalah pengajaran, tujuan dan objektif pembelajaran, persekitaran
pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh sasaran pelajar dikenal
pasti dengan teliti. Dalam konteks pembinaan modul pembelajaran, terdapat
beberapa persoalan asas yang diberi tumpu pada tahap analisis: Siapakah sasaran
pelajar bagi modul pembelajaran? Apakah ciri utama mereka? Apakah hasil
pembelajaran yang diharapkan? Apakah jenis masalah atau kekangan pembelajaran

yang perlu diatasi? Apakah kaedah pembelajaran yang berkesan? Apakah aspek
pedagogi

yang

perlu

diberi

perhatian?

Apakah

teori

pembelajaran

yang

sesuaidigunakan?
Ringkasnya, tahap analisis membabitkan aktiviti menentukan masalah yang
dihadapi, mengenal pasti sumber bagi masalah tersebut, dan menentukan
penyelesaian yang munasabah bagi masalah itu. Tahap analisis mungkin
membabitkan penggunaan teknik inkuiri atau kaedah kajian yang khusus seperti
analisis atau taksiran keperluan, analisis pelajar, analisis kandungan, analisis
teknikal, analisis kerja, dan analisis tugas. Antara lain, hasil atau output bagi tahap ini
terdiri dari tujuan pengajaran dan satu senarai tugas yang perlu diajar. Output
tersebut akan menjadi input bagi tahap reka bentuk.
Tahap reka bentuk pula membabitkan penggunaan output dari tahap analisis
untuk merancang strategi bagi membentuk pengajaran. Istilah reka bentuk merujuk
reka bentuk spesifikasi bagi konteks pembelajaran yang berkesan dan juga reka
bentuk produk dan proses untuk mencapai tujuan pembelajaran yang ditetapkan.
Dengan kata lain, reka bentuk melibatkan proses menjelaskan cara untuk
mempelajari perkara tertentu. Pada tahap ini, objektif pembelajaran dibentuk,
pelajaran dirancang, butir ujian dibina, sumber pembelajaran dikenal pasti, cara
untuk mencapai tujuan pengajaran yang telah dikenal pasti pada tahap analisis
digariskan, dan asas pengajaran dikembangkan. Beberapa aktiviti pada tahap reka
bentuk termasuklah menulis penerangan tentang populasi sasaran, menjalankan
analisis pembelajaran, menulis objektif pembelajaran, menulis butir ujian, memilih
sistem penyampaian, dan menyusun pelajaran dalam urutan tertentu. Output bagi
tahap reka bentuk akan menjadi input kepada tahap perkembangan.
Seterusnya, tahap perkembangan dibentuk berlandaskan kedua-dua tahap
analisis
dan reka bentuk. Istilahperkembangan merujuk pembinaan semua artifak
pelajar dan
pengurusan yang relevan. Dengan kata lain, perkembangan membabitkan proses
penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini
adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita

dibentuk, kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan,


halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan
dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh
melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta
perisian komputer seperti Geometers Sketchpad dan pengajaran berasaskan
komputer.
Tahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian atau pelaksanaan
pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, makmal
matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer. Istilahpelaksanaan
merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang dibentuk dalam konteks
pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses
menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar.
Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan
efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman pelajar tentang bahan
yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu, membantu
pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan prosedur bagi melatih
fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan mencuba pelajaran yang disediakan.
Akhir sekali, tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan
keefisienan pengajaran. Istilahpenilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan
sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan.
Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran
atau modul yang disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam
seluruh proses reka bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap,
penilaian antara tahap, dan penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif
merupakan penilaian berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara
tahap. Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi
mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi pengajaran
mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk mentaksirkan keberkesanan
keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data
dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang
pengajaran, sama ada

untuk meneruskan pengajaran atau tidak.


Model ADDIE adalah berlandaskan behaviourisme, bersifat preskriptif, dan
menggambarkan proses reka bentuk pengajaran sebagai kemajuan satu hala yang
linear. Model tersebut tidak menggambarkan hakikat dan suasana yang sebenar
tentang interaksi antara proses pengajaran dan pembelajaran (Rowley, 2005). Satu
penambahbaikan bagi Model ADDIE ialah penggunaan prototaip cepat dalam mana
maklumat balas berterusan dan formatif diterima semasa bahan pengajaran sedang
dibentuk. Melalui cara ini, masa dan wang dapat dijimatkan sebab masalah dikenal
pasti semasa mereka masih di peringkat awal dan mungkin lebih mudah untuk
diatasi. Walaupun Model ADDIE mempunyai kelemahan tertentu, ia adalah berguna,
sekurang-kurangnya dari segi membekalkan rangka menyeluruh tentang aktiviti reka
bentuk pengajaran (Reiser, 2007). Namun begitu, seseorang perlu memberi
perhatian kepada konteks reka bentuk pengajaran, di samping tumpuan kepada ciri
reka bentuk pengajaran. Misalnya, Cennamo dan Kalk (2005) menegaskan bahawa
unsur paling penting dalam pembinaan modul pembelajaran ialah pemahaman
tentang pengguna modul tersebut.
Untuk membantu perbincangan, Gustafson dan Branch (2002) telah
membentuk satu taksonomi bagi model reka bentuk pengajaran berdasarkan
beberapa ciri tertentu seperti orientasi model, amaun kemahiran reka bentuk
pengajaran yang diperlukan untuk menggunakan model, amaun analisis bahagian
depan yang terkandung dalam model, dan amaun penilaian formatif yang terkandung
dalam model. Taksonomi tersebut membincangkan tiga jenis orientasi: (a) Model
berorientasikan bilik darjah dalam mana model tersebut antara lainnya mengandungi
output berbentuk satu atau beberapa jam pengajaran, (b) model berorientasikan
produk dalam mana model tersebut mengandungi output berbentuk satu pakej
pengajaran, dan (c) model berorientasikan sistem dalam mana model tersebut
mengandungi output berbentuk kursus atau kurikulum. Model berorientasikan bilik
darjah memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki atau meningkatkan
kualiti guru, murid, suasana bilik darjah, atau kandungan pelajaran, manakala model
berorientasikan produk pula bertumpu kepada usaha untuk membuat proses
pengeluaran menjadi lebih efisien. Seterusnya, model berorientasikan sistem

dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang


pengajaran, sama ada
untuk meneruskan pengajaran atau tidak.
keputusan tentang pengajaran, sama ada
untuk meneruskan pengajaran atau tidak.
Kadang kala tujuan modul ditulis dalam bentuk pernyataan khusus. Berikut
adalah
satu contoh pernyataan tujuan modul:

PENUTUP
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi
pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun
kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik,
fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan
matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut
mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu
kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

Bibliografi
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
1994.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN.
1999.
Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri
Pendidikan Fajar Bakti. 1997.

You might also like