Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tugas dan Tanggungjawab 5s

Untuk memastikan program 5S berjalan dengan lancar, setiap jawatankuasa diberikan tugas
& tanggungjawab tertentu. Berikut adalah senarai tugas & tanggungjawab yang telah
ditetapkan & perlu digalas sepanjang masa.
Tugas & Tanggungjawab
Penyelaras 5S
1. Menyelaras semua aktiviti dan mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pengurusan.
2. Membantu kumpulan kerja melaksanakan aktiviti 5S.
3. Memotivasi dan memantau perlaksanaan aktiviti 5S.
4. Memastikan penglibatan semua staf dan pekerja secara menyeluruh.
5. Bertindak sebagai pemberi maklumat untuk hebahan ajk promosi.
6. Memantau rekod dan dokumen kumpulan.

Jawatankuasa Pemandu
1. Menentukan matlamat pelaksanaan sistem 5S.
2. Menetapkan piagam, peraturan dan garis panduan pelaksanaan.
3. Membentuk pelan tindakan tahunan.
4. Memperuntukan sumber dan belanjawan.
5. Membentuk Jawatankuasa Kerja.
6. Melulus dan perakui penetapan kawasan, ahli serta aktiviti setiap zon.
7. Memantau kemajuan program dengan pembentukan piawaian yang sesuai dan berkaitan
dengan sistem 5S untuk pembudayaan berterusan.
8. Menetapkan kaedah penghargaan dan ganjaran.
Setiausaha 5S
1. Menjalankan tugas sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelaras
kepada Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelaras kepada Jawatankuasa Kerja 5S.
2. Memberi panduan dan membantu kumpulan pemudahcara dan Ahli Zon 5S dengan tujuan
untuk penyelarasan aktiviti.
3. Memastikan dokumen 5S dikemaskini.
4. Menyelaras aktiviti-aktiviti promosi, latihan dan audit sistem 5S.
Fasilitator
1. Membantu memberi kesedaran, kefahaman dan motivasi kepada Ahli Zon 5S.
2. Membantu Ahli Zon 5S di bawah pengawasannya dalam pelaksanaan program 5S.
3. Membantu Jawatankuasa Kerja dalam menjalakan aktiviti promosi, latihan dan audit 5S.
4. Mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pihak atasan untuk kebaikan 5S.
5. Menilai dan mengemaskini perjalanan program 5S sepanjang masa.
Ketua Zon 5S
1. Merancang, melaksana dan memantau aktiviti 5S.
2. Mewujudkan dan mengemaskini Sudut 5S.
3. Memberi latihan kepada Ahli Zon.
4. Mengadakan perbincangan yang diminitkan setiap minggu (15 hingga 30 minit).
5. Menggalakkan Ahli Zon 5S supaya memberikan idea penambahbaikan.
6. Mewujudkan etika kerja Ahli Zon yang perlu dipatuhi.
7. Memberi laporan pencapaian aktiviti 5S kepada Jawatankuasa Pelaksana.
1

Ahli Zon 5S
1. Mematuhi etika kerja zon yang telah dipersetujui bersama.
2. Menghadiri perbincangan yang diadakan.
3. Menyertai aktiviti 5S secara aktif sepanjang masa.
4. Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti zon.
5. Bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penambahbaikan di tempat kerja secara
berkumpulan.
6. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara ahli.
7. Mampu untuk membuat persembahan tentang pencapaian aktiviti 5S apabila diperlukan.
Jawatankuasa Latihan 5S
1. Mengenalpasti dan melaksanakan latihan 5S untuk semua ahli.
2. Menjadualkan modul latihan 5S termasuk kesedaran, langkah-langkah pelaksanaan dan
audit 5S.
3. Memantau semua aktiviti latihan 5S yang dijalankan di semua peringkat.
4. Menyediakan bahan-bahan latihan yang diperlukan di peringkat zon.
5. Mengkaji semula keberkesanan latihan 5S dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Promosi 5S
1. Mengenalpasti akiviti promosi 5S.
2. Mengadakan kempen kesedaan 5S kepada semua.
3. Mengkaji keberkesanan aktiviti promosi.
Jawatankuasa Audit 5S
1. Membentuk kriteria penilaian 5S.
2. Menyediakan panduan untuk menjalankan penilaian.
3. Memberi latihan dan kefahaman kepada Juruaudit Dalaman.
4. Menjadualkan aktiviti audit bagi setiap zon.
5. Membantu penambahbaikan aktiviti 5S secara berterusan melalui komen dan cadangan
yang diperoleh melalui proses audit.
6. Mengemukakan laporan audit bulanan kepada Jawatankuasa Pelaksana.
7. Membangunkan panduan untuk mengukur dan menilai keberkesanan proses audit.
Jawatankuasa Dokumentasi 5S
1. Membuat dokumentasi segala program atau aktiviti mengenai 5s.

You might also like