Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEMPEN PEMAKANAN SIHAT

PENDAHULUAN:
Kebanyakan proses tumbesaran termasuk perkembangan mata, minda, pertumbuhan
fizikal dan pembelajaran berlaku ketika di peringkat kanak-kanak dan ini boleh diperoleh
menerusi pengambilan pemakanan. Di peringkat ini, tabiat pemakanan yang sihat dan
seimbang sangat penting bukan saja untuk fizikal tetapi minda kanak-kanak.

Memupuk tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak dari kecil
adalah penting bagi kanak-kanak membina asas yang sihat. Antara yang diperlukan
anak bagi zat pemakanan sihat ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A.
Kekurangan zat makanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.

OBJEKTIF:
Diharapkan murid-murid dapat:

1.

Mengenal makanan yang sihat dan seimbang yang dibeli samada di kantin sekolah
atau di luar sekolah.

2.

Mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk dimakan serta mengurangkan
makan makanan segera dan ringan.

3.

Mengetahui keperluan makanan berzat pada diri supaya dapat memberi tumpuan
dalam pelajaran, badan sihat dan otak cergas .

PERLAKSANAAN:
Kempen Makan Makanan Sihat Dan Seimbang Kurangkan Makanan Segera Dan
Ringan telah disampaikan oleh salah seorang Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Bukit
Selambau iaitu Adik Mohd. Afiq Akmal. Kempen tersebut hanya mengambil masa 10
minit sahaja.
Perkara yang disampaikan ialah:
i.

Maksud makanan sihat dan seimbang iaitu makanan yang mengandungi

komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat.
ii.
Maksud makanan segera atau fast food dan ringan atau snek (snack foods) ,
snek kurang zat (junk foods)
iii.
Contoh makanan sihat dan seimbang ialah buah-buahan, sayur-sayuran, roti,
bijirin dan lain-lain.
iv.
Contoh makanan segera dan ringan ialah burger, nuget, gula-gula, minuman
berkarbonat dan lain-lain
v.
Kesan makan makanan sihat dan seimbang iaitu otak cergas, badan sihat,
sentiasa gembira dan lain-lain.
vi.
Kesan makan makanan segera dan ringan iaitu obesiti, lemah daya ingatan,
badan tidak cergas dan lain-lain.

KESIMPULAN:

Amalan pemakanan sihat dan seimbang akan memberi kesan yang baik kepada
individu terutama murid-murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah
dan juga di dalam aktiviti kokorikulum. Badan sihat akan menjadikan otak cergas.
Amalan banyak mengambil makanan segera dan ringan yang mudah disediakan akan
mengundang obesiti dan juga kekurangan zat di dalam badan.

You might also like