Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1

1.0

Pengenalan

Apabila kita berbincang mengenai topik masyarakat Melayu tradisional


adalah siknifikan untuk mengetahui pengertian Melayu itu sendiri, hal ini
penting bagi kita untuk mengetahui asal usul masyarakat Melayu yang
merupakan bangsa dominan di Tanah Melayu dan wilayah nusantara yang
lain. Oleh itu, dalam menelusuri estimologi perkataan Melayu pelbagai
pendapat

mengenainya.

Menurut

Werndly

perkataan

Melayu

berasal

daripada perkataan Melaju yang merupakan kata terbitan daripada kata


dasar laju yang bermakna tangkas dan cepat. 1 Van der Tuuk pula
berpendapat, perkataan Melayu bermaksud penyeberang dengan pengertian
bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada
Hindu-Buddha kepada Islam.2 Manakala Harun Aminurrahid pula mengatakan
bahawa perkataan Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Malaya
ataupun daripada perkataan Tamil iaitu Malai yang bererti bukit atau tanah
tinggi.
Sebagai kesimpulanya, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial
dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami
Semenanjung

Tanah

Melayu

dan

gugusan

pulau-pulau

Melayu

atau

nusantara. Oleh yang demikian kelompok bangsa Melayu amat besar di


dunia, namun disebabkan dasar penjajah telah memecah-belahkan orang
Melayu bagi memudahkan mereka diperintah, maka batasan Melayu
hanyalah merujuk kepada Malaysia sahaja.3
Masyarakat Melayu tradisional merupakan satu masyarakat yang unik, hal
ini kerana masyarakat Melayu tradisional mampu mengekploitasi alam
sekeliling dalam kehidupan seharian meraka. Perkara ini dapat dilihat
dengan bagaimana masyarakat Melayu tradisional menjadikan sumber alam
1 Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm1
2 Ibid, hlm 1
3 Ibid, hlm 3

sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka, contohnya pembuatan


bakul atau bekas daripada rotan, tembikar tanah liat, senjata tombak serta
keris dan lain-lain lagi. Tambahan lagi masyarakat Melayu amat terkenal
dengan nilai sopan santunnya dan semestinya keindahan serta keunikan
adat dan istiadat Melayu. Lantaran itu, adat Melayu adalah tulang belakang
dalam pembinaan peradaban Melayu yang tinggi, hal ini kerana terdapat
pelbagai kepentingan yang boleh digarap menerusi pengamalan adat Melayu
ini.

Menurut Aziz Deraman (1975), adat itu adalah satu daripada perkara
baharu

yang

lahirnya

mengikut

cara

berfikir

sesuatu

bangsa

itu,

tambahannya lagi peraturan yang dijelmakan melalui adat resam, lembaga,


tradisi, nilai budaya, keprcayaan dan peralatan-peralatannya telah dapat
menggambarkan sesuatu penyata kehidupan manusia itu sendiri.

Adat

merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab, dengan makna


kebiasaan. Namun dalam konteks masyarakat dan budaya Melayu dan Alam
Melayu perkataan adat telah menjadi istilah dengan mengandungi makna
yang luas dan mendalam, sehingga secara tradisi ia dapat disamakan
dengan kebudayaan. Ia dapat dianggap sebagai asas sistem sosial dan
kebudayaan Melayu. Tanggapan ini dapat dilihat pada penggunaaan konsep
adat dalam karya-karya sejarah, perundangan dan bahan sastera lama dan
juga dalam penggunaanya dalam kalangan kelompok masyarakat rumpun
Melayu yang masih tradisional.5
Pekembangan adat Melayu juga mengambil kira dengan pengaruh agama
Hindu dan Buddha sebelum datangnya Islam di Tanah Melayu, merupakan
ujian pertama terhadap perkembangan adat yang mana telah melibatkan
4 Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. t.tp: Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan. hlm 10-15.
5 A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.). 1994.
Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas Zaman. Negeri
Sembilan: t.pt. hlm148

proses diffiusi assimilasi dan akultrasi terjadi hasil daripada pertembungan


masyarakat dan budaya. Agama

Hindu yang berasal dari India

ini

sememangnya telah mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan


Tanah Melayu

. Hal ini dapat dibuktikan

menurut Coedes we can say

about the process of Indianization is no archaeological remains showing a


trace of Indian origin from earlier that the 2 nd century .6

Namun setelah

kedatangan Islam, pengaruh Hindu dalam pelaksanaan sedikit sebanyak


telah dicorak mengikut landasan syariah Islam. Oleh itu proses-proses
pengislaman ini dapat dilihat menerusi tulisan-tulisan oleh sejarawan seperti,
sufis played in the spread of Islam in the Malay Penisula and the
surrounding islands of South-East Asia they were not so rigid and orthodox
as the theologians.. 7 manakala menurut Hooker pula the foreign trade
was in Muslim hands and thus the culture and ethos of the city-part were
Muslim. 8

2.0Konsep adat dalam masyarakat Melayu.


Pembentukan masyarakat nenek moyang kita dizaman dahulu dibina
atas permuafakatan, bekerjasama, tolong-menolong, bantu membantu
antara satu sama lain.9 Oleh itu, dalam memahami adat Melayu terdapat
pelbagai takrifan yang boleh didapati. Antaranya, Menurut Dr. R. Van Dijk,
adat merupakan semua kesusilaan dan kebiasaan masyarakat , manakala
6Coedes,G. 1962. The Making of South East Asia. London: Redwood Press Limited.
hlm 50.
7Jessy, Joginder Singh. 1972. Malaysia Singapore and Brunei. Pahang: t.pt. hlm 57.
8Hooker, M.B. 1983. Islam in South-East Asia. Netherland: t.pt. hlm 1.
9 Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja. hlm 5

menurut Surjoyo adat ialah pencerminan daripada keperibadian sesuatu


bangsa, merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa yang bersangkutan
dari
(

abad

ke

abad

kemudian

Colloquirally ), Adat can mean law,

menurut

A.J.N

Richards

pula

fashion or personal and social

behaviour, tambahan lagi menurut Mohd Koesnoe,


Adat merupakan keseluruhan daripada ajaran-ajaran dan
amalannya yang mengatur cara hidup dalam masyarakat.
Amalan ajaranya yang mana langsung dilahirkan daripada
tanggapan rakyat tentangnya .10
Selain itu, menurut Hazairin adat ialah renapan (sediment) kesusilaan
dalam masyarakat dan menurut Dato Haji Mohd Said ( Buku kaitan P.B
MPB ) adat ialah ketetapan atau aturan yang telah jadi biasa dengan orang
ramai .11 Seterusnya dengan merujuk Kamus Melayu, karangan Tuan Haji
Shamshuddin Mohd Yunus J.P

adat merujuk kepada perbuatan berulang-

ulang hingga menjadi tabiat keperangaian yang payah dipinda atau dibuang
.12
Maka di sini dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan peraturan atau
tatacara kehidupan bagi masyarakat Melayu yang mesti dipatuhi dari hari ke
hari.

Dalam

masyarakat Melayu tradisional, adat

peraturan

hidup

sesuatu

mengikut

perkembangan

masyarakat yang
masyarakat

itu

mana
sendiri

digunakan sebagai
ianya

berkembang

dan

masyarakat

berkembang mengikut keadaan sekelilingnya. Menurut Ahmad Hj. Yusof


(1959) adat terbentuk melalui pemuafakatan masyarakat

nyatalah

pembentukan masyarakat (adat) nenek moyang kita di zaman dahulu dibina


atas pemuafakatan, kerjasama, tolong-menolong, bantu membantu di antra

10 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 4.
11 Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja. hlm 7
12 Ibid, hlm 7.

sama lain . Mememetik kata-kata Ismail B. Abu Bakar, Dato Penghulu


Istiadat Johor.1959,

cara-cara dan aturan yang menunjukan bentuk dan rupa

suatu

bangsa

daripada

segi

pembawaan

hidupnya

yang

membezakan dan memperkenalkan ia daripada bangsa-bangsa


lain maka jadilah adat dan istiadat itu perkara-perkara yang
dipegangi kuat dan sangat di cemburukan hingga terjadilah
bidal atau sebutan orang-orang dahulu .13
Oleh itu, amalan adat yang disampaikan melalui ungkapan adat meliputi
pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu, iaitu sosial budaya berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing, ekonomi, sosial politik bulat air keranan
pembentung, bulat manusia kerana muafakat, hukum pusaka selingkar
kaum,

adat

bernegeri

selingkar

berpagar

negeri,

negeri

hakam

dan

berkampung

keagamaan

syara

pagar

kampong,

mengata

adat

memakai.14 Lantaran itu, apabila bercakap tentang istilah adat istiadat,


ianya lebih merujuk kepada aturan atau adat dalam pengertian upacara
tertib-tertib yang berlaku pada zaman raja-raja yang melibatkan penobatan,
pengurniaan dan juga pemakaman. Mengenai tatasusila pula merangkumi
susunan kaedah-kaedah baik, kerana melaluinya ditetapkan batas antara
buruk dan baik.
Perbezaan antara Islam dan sistem adat memang ada, namun pada tahap
sistem ekonomi sosio budaya Melayu telah berlaku rationalisasi di mana
hukum Islam diberi keutamaan mengatasi hukum adat. Sebaliknya di mana
hukum adat itu berbeza seperti dalam sistem pembahagian harta, jurai
keturunan ataupun upacara tertentu seperti perkahwinan maka selama
hukum adat itu tidak dilarang oleh hukum syara maka ia boleh dilakukan.
Adat menjadi demensi tempatan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang
13 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm X.
14 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal Intelligent
Publishing. hlm 6

sudah menyebatikan Islam sepenuhnya. Justeru, kedua-dua wujud selari


tanpa terlalu banyak perselisihan kerana kedua-duanya mendukung nilai
yang sama dalam perjalanan masyarakat.
Secara umumnya adat Melayu disebut adat istiadat atau adat resam
Melayu dapat dibezakan melalui 3 kelompok adat. Pertamanya, adat sebenar
adat, iaitu adat yang berasaskan ajaran agama Islam yang berbentuk hukum
syara. Adat inilah yang tidak boleh dianjak alih, tidak boleh diubah dan
ditukar salian. Dalam ungkapan adat dikatakan, dianjak layu, diumbut mati
atau dikatankan, bila dianjak ia membunuh, bila dialaih ia membinasakan.15
Seterusnya ialah adat yang diadatkan, ianya merujuk semua ketentuan adat
istiadat yang diberlakukan atas dasar musyawarah dan muafakat serta tidak
menyimpang daripada adat sebenar adat. Adat ini dapat berubah sesuai
dengan perubahan zaman dan masyarakat pendukungnya. Adat yang
diadatkan ini dahulu dibentuk melalui sidang-sidang kerapatan adat,
terutama di pusat-pusat kerajaan, sehingga terbentuklah ketentuan adat
yang diberlakukan bagi semua kelompok masyarakat. 16 Pembahagian adat
yang ketiganya ialah adat yang teradat, yakni kebiasaan yang diperlakukan
dalam masyarakat, yang tidak jelas asal usulnya, tetapi tidak bertentangan
dengan adat sebenar adat dan adat yang diadatkan.17
3.0Kepentingan adat dalam masyarakat Melayu.
Sejajar dengan itu, perlbagai kepentingan yang dapat digarap menerusi
amalan adat dalam masyarakat Melayu tradisional yang mana ia mencakupi
dari aspek cara kehidupan seharian serta hidup bermasyarakat, adat istiadat
raja atau sultan di peringkat istana mahupun dalam kalangan rakyat, dan
juga sosio ekonomi masyarakat yang lebih merujuk kepada sistem warisan
15 Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat
Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 61
16 Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat
Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 61
17 Ibid. hlm 61

atau pembahagian harta. Dalam pada itu juga, menerusi perkembangan adat
ini maka lahirnya Hukum Adat yang mana menjadi undang-undang atau
peraturan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Hukum adat ini
terbahagi kepada 3 iaitu Adat Istiadat Raja, Adat Temenggung dan Adat
Pepatih, ketiga-tiga hukum adat ini adalah cukup penting bagi masyarakat
Melayu yang mana masih lagi didapati kelangsungan pengamalannya hingga
kini.
3.1

Kepentingan adat dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat

Melayu.
Pertamanya, di peringkat permulaannya pengamalan adat masyarakat
Melayu dapat dilihat menerusi institusi kekeluargaan. Hal ini adalah penting
bagi memastikan seluruh ahli keluarga mempunyai tanggungjawap dan
sentiasa menjaga tatasusila, perkara ini adalah mesti bagi setiap ahli
keluarga kerana setiap anggota keluarga membawa nama baik keluarga
yang

menjadi

masyarakat

kebanggaan.

Melayu

ini

Walaubagaimanapun,

adalah

lebih

berbentuk

pengamalan
lembut

dan

adat
santun

keadaannya. Ibu bapa merupakan pemerintah dalam rumah tangga seperti


raja dan permaisurinya yang mesti ditaati dan dihormati oleh sekalian yang
ada di dalam rumah.18 Maka muncullah pepatah Melayu mengenai didikan
anak-anak, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak-anak wajib taat kepada ibu bapa dan beradab sopan. Contohnya bagi
anak lelaki hendaklah apabila duduk mengadap ibu bapa, dilarang duduk
terkangkang dan bersengkeling kaki di atas kaki atau dengan cara baiknya
bersila. Manakala bagi Anak perempuan pula dimestikan duduk dalam
keadaan tetap dan dirapatkan kedua paha dan kakinya atau dengan cara
baiknya lagi duduk bersimpuh, tidak bersila tetapi berdiri lulut. 19 Kepentingan
yang diperolehi menerusi adat ini ialah untuk mendidik anak-anak untuk
18 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6

beradap sopan dengan orang tua di samping memenuhi tuntutan agama


Islam, yang mewajibkan anak taat kepada ibu bapa.
Selain

itu,

menerusi

adat

Melayu

juga

turut

disebut

mengenai

tanggungjawap anggota keluarga terhadap masyarakat perkara ini adalah


penting bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan
saling bantu- membantu. Adat ini lebih dikenali sebagai adat resam
sekampung, menurut Syed Alwi (1986);
Adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dari zaman dahulu
supaya tiap-tiap seorang penduduk di dalam sesebuah kampong
atau mukim yang sudah dewasa, yang laki-laki daripada mereka
terutamanya, berhubung rapat dengan ketua kampong atau
penghulu mukimnya supaya hal keadaannya diketahui dan ada
dalam perhatian ketuanya .20
Perkara ini dapat dilihat apabila menjadi adat kebiasaan bagi setiap keluarga
untuk prihatin terhadap masyarakat setempat. Contohnya, apabila terdapat
jiran baharu yang berpindah ke kawasan kediaman atau kampung, maka
perlu anggota keluarga sebagai jiran keluar bertegur sapa dan membantu
jiran tersebut.
Kemudian jika terdapat terdapat jiran yang sakit atau kemalangan, anggota
keluarga juga perlu menghulurkan bantuan atas kesusahan yang mereka
alamai dan jika pula terdapat jiran yang meninggal dunia, maka bukan saja
anggota keluarga malah masyarakat setempat yang lain juga perlu hadir
untuk menziarah dan menguruskan jenzah hal ini kerana dalam pengurusan
jenazah adalah fardhu kifayyah dalam Islam.21

19Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6
20Ibid. hlm 7
21Ibid. hlm 8

Malah menurut Islam juga, apa yang dikatakan jiran ialah orang yang tinggal
di sekeliling kita dalam lingkungan 40 buah rumah. Maka apabila berlakunya
peristiwa yang dinyatakan tadi maka dimestikan untuk ziarah jiran tersebut.
Adat Melayu mengkehendakan supaya berbuat baik dan memahami
terhadap jiran. Dalam pada itu, terdapat juga adat atau tatacara apabila
hendak berkunjung ke rumah jiran, dimestikan memakai pakaian dengan
lengkapnya menutup aurat dan perlu membuka selipar atau kasut di luar
jiran tersebut. Perkara ini adalah penting bagi menghormati tuan rumah
yang diziarahi serta bagi menjaga hati mereka agar senang hati menerima
kita sebagai tetamu.
Dalam pada itu juga, menerusi adat yang terdapat dalam institusi
kekeluargaan turut juga dinyatakan adat bersunat ataupun berkhatan.
Apabila telah dirasanya seorang anak lelaki itu sudah cukup umur oleh ibu
bapa yang mana menurut kebiasaan masyarakat Melayu ialah pada umur 10
hinnga12 tahun. Maka anak itu akan disunatkan, dengan bantuan Tok
Mudin. Anak-anak yang bakal bersunat akan dimandikan, diandamkan dan
dipakaikan

pakaian

indah-indah

seperti

pengantin.

Seterusnya

akan

diadakan kenduri dan dijemput kaum kerabat dan jiran untuk hadir. Terdapat
sesetengah tempat, anak-anak akan khatam mengaji al-Quran terlebih
dahulu dihadapan gurunya. Antara persiapan untuk bersunat ialah termasuk
kain putih sepanjang 5 hasta, seekor ayam jantan, sebiji buyong air,
sebatang batang pisang, sirih pinang, duit pengeras atau upah dan juga
dikenali dalam istilah sedekah. Sebelum upacara anak tersebut akan mandi
sepuah-puasnya.22 Kepentingan bagi pelaksanaan adat ini ialah untuk
memenuhi kehendak ajaran Islam yang mana anak lelaki perlu disunatkan
dan juga acara kenduri diadakan untuk menghebahkan kepada masyarakat
bahawa anak lelaki mereka telah bersunat.
Di samping itu, tidak ketinggalan juga dengan adat beranak atau bersalin.
Menerusi adat ini Terdapat lima peringkat dalam menjalankan adat ini.
Peringkat pertama iaitu adat lenggang atau kirim perut yang dilakukan
22 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 10-11

10

semasa ibu mengandung. Peringkat kedua pula ialah adat semasa hari
beranak atau bersalin. Peringkat ketiga ialah adat mencukur kepala dan
memberi nama anak. Peringkat keempat ialah adat semasa ibu berpantang
setelah bersalin dan peringkat yang kelima ialah adat ibu mandi bersintok
limau bagi membersihkan diri selepas bersalin. Sehubungan dengan itu, adat
berlenggang atau kirim perut dijalankan kepada wanita yang genap tujuh
bulan hamil. Kelengkapan yang biasa digunakan, 7 helai kain, 1 gantang
beras, 1 biji kelapa, beberapa urat benang mentah, satu batang damar,
sedikit minyak kelapa, 1 tepak sirih dan pengeras. Bagi masyarakat Melayu
tradisional adat ini penting kerana kononya untuk mengetahui jantina anak
yang bakal dilahirkan, disamping untuk menjaga kandungan daripada jatuh
atau gugur. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan Islam adat ini tidak
lagi diamalkan kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.23
Sebagai tambahan, semasa bayi dilahirkan dia disambut oleh bidan dengan
jampi

serapah,

kemudian

pusat

bayi

tersebut

dipotong

dengan

menggunakan cincin emas, setelah pusat tersebut luruh dengan sendiri


ianya tidak akan dibuang tetapi disimpan demi kepentingan sebagai alat
berhikmat untuk berdamai sebarang kekeruhan dalam keluarga. Manakala
untuk

kepentingan

bagi

memastikan

anak-anak

tersebut

mengingati

keluarganya apabila telah besar, uri yang lahir bersama-sama dengan bayi
tersebut akan dimasukan ke dalam tempurung kelapa dan dicampurkan
dengan garam sedikit, bagi anak lelaki urinya akan ditanam di bawah rumah
berhampiran dengan tiang seri, manakala bagi anak perempuan urinya akan
ditanam dipintu gerbang rumahnya kerana dipercayai apabila ia besar akan
mudah dilamar orang.24
Lantaran itu, menurut kepercayaan masyarakat dahulu kala, apabila ibu
bakal melahirkan anak akan ada hantu syaitan yang akan datang untuk
23 Abdul Jalal Ajmain, Sim Chee Wing & Sim Hock Hye. 1960. Adat-adat Melayu.
Singapura: Educational Book Centre. Hlm 35-37
24 Ismail Hamid.1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm94

11

memakan darahnya dan akan ada yang merasuk bayi tersebut. Maka
langkah-langkah diambil untuk mengelakkannya iaitu kelengkapan seperti
kelapa, damar dan beras disediakan sekali lagi. Digantungkan dibawah
rumah tepat-tepat dibawah ibu yang akan digantung daun mengkuang dan
duri-duri salak, serta dipangkahkan dengan kapur dibilik ibu bersalin dengan
disertakan jampi serapah. Kemudian dikepala bayi juga akan dipangkahkan
dengan minyak yang dicampurkan dengan arang kayu.25
Kemudian semasa

hari mencukur kepala dan memberi nama anak-

kebiasaan akan diadakan majlis ini selepas 7 hari anak tersebut dilahirkan
dengan kenduri nasi kunyit. Kaedahnya, bayi tersebut akan digunting sedikit
rambutnya, kemudian akan ditepung tawar sedikit, ditebarkan sedikit kunyit
dan bertih. Rambut bayi tersebut akan dimasukan ke dalam air di dalam
kelapa. Aturan cara ini dilakukan oleh orang lelaki terlebih dahulu dan
kemudiannya orang perempuan. Setelah itu barulah anak tersebut diberikan
nama, kelapa yang berisi rambut akan ditanam beserta anak pokok.
Kepentingannya ialah untuk meraikan dan tanda kesyukuran akan lahirnya
anak tersebut. Di samping, sebagai peringatan atas masa anak tersebut
dilahirkan, maka akan diukur jangka umur anak tersebut berdasarkan besar
pokok yang ditanam pada waktu majlis adat dijalankan.
Kemudian menerusi adat ibu berpantang ialah selama 40 hari bermula
dari waktu bersalin, di adatkan ibu itu berpantang yang mana dilarang untuk
membuat sesuka hati termasuk apa yang hendak dimakan, kerja rumah.
Sehinggakan ditegah untuk bagun dari tempat rehatnya yang mana pada
waktu ini ibu diberi makan jamu dan bertungku oleh bidan. Perkara

ini

adalah penting bagi memastikan ibu benar-benar sihat dan memberi masa
untuknya

mengumpul

tenaga

serta

pulih

daripada

luka-luka

atau

pendarahan sewaktu bersalin.


3.2

Kepentingan adat perkahwinan masyarakat Melayu

25 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 15

12

Sejajar dengan itu tidak ketinggalan juga dengan adat yang berkaitan
dengan hubungan sosial seperti perkahwinan. Justeru, adat resam nikah
kahwin ini merupakan antara adat yang paling dititik beratkan dan
kebiasaannya berkehendakan modal dan belanja yang besar. Terdapat tiga
fasa dalam pengamalan adat ini,

fasa pertama ialah mengandungi adat

menilik atau menengok, adat meminang atau bertunang dan adat hantar
belanja. Hal ini bagi memastikan calon menantu dan pasangan hidup
anaknya merupakan daripada keturunan anak baik-baik dan mempunyai
akhlak budi pekerti yang tinggi. Maka ibu bapa akan menilik atau menengok
apabila ibu bapa dirasakan telah sampai waktunya anak-anak meraka sesuai
untuk mendirikan rumah tangga maka, meraka akan mencari calon yang
sesuai dengan mengambil kira keturunan dan dengan siapa dia bersahabat.
Kemudian barulah meminang dan bertunang apabila telah mendapat calon
yang sesuai dan kata sepakat, maka ibu bapa pihak lelaki akan menghantar
rombongan untuk meminang pihak perempuan.26
Namun pihak perempuan kebiasaannya akan minta waktu untuk mendapat
kata sepakat keluarga. Setelah itu pihak perempuan akan menghantar wakil
untuk tanda setuju atau tidak. Seterusnya pada kebiasaan waktu inilah
diletakkan kadar belanja,syarat-syarat, mas kahwin dan tarikh langsung.
Apabila telah mendapat keputusan pihak lelaki akan menghantar tanda iaitu
apabila pinangan telah diterima. Kebiasaan sebentuk cincin daripada pihak
lelaki kepada perempuan dijadikan tanda. 27 Kepentingannya ialah sebagai
satu

tanda

perjanjian yang

mana

kedua-dua

pihak

bersetuju

untuk

dijodohkan. Jika pihak perempuan menolak atau membatalkan sebarang


tanda ikat janji harus dipulangkan.

26 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 20
27 Ibid. hlm 22

13

Akhirnya adat hantar belanja


belanja

akan

dilakukan

dan akad, mengikut adat lama hantaran

dahulu

kemudiannya

majlis

akad.

Namun

kebiasaannya kedua-dua majlis ini djalankan serentak. Hantaran berupa,


mas kahwin, cincin, kain dan baju, kuih juadah, buah-buahan, tepak sirih dan
air mawar. Hantaran dibawa dengan cara berarak. Sebelum diakad nikah
akan diserah dahulu barang hantaran.28 Adat ini penting kerana sebagai
hadiah atau penghargaan kepada pihak perempuan yang bakal menjadi
teman hidup. Di samping menunaikan hukum syara terlebih dahulu untuk
resminya sebagai suami isteri.
Sejajar dengan itu, fasa kedua pula merujuk kepada adat berendam dan
berasah gigi dan adat berinai. Berandam dan berasah gigi- akan dilakukan 3
hari sebelum majlis persandingan, maka anak dara akan diandamkan oleh
tukang andam yang diupah. Apabila selesai diandamkan, giginya pula diasah
kemudian dimandikan dengan ayer daun dan buah limau purut. Maka tangan
dan kaki diinaikan. Kepentingan menerusi pelaksanaan adat ini ialah bagi
mencantikkan bakal pengantin dan meratakan gigi yang tidak rata. Di
samping kepercayaan untuk membuang sial dan malang. Berinai di pelaminkebiasaannya dilakukan dalam kalangan keluarga sahaja. Merangkumi 3
peringkat iaitu, berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Kepentingan bagi
adat berinai di pelamin ini pula tidak mempunyai peranan yang besar dalam
acara majlis perkahwinan, melainkan untuk memeriahkan lagi suasana majlis
dalam kalangan keluarga.29
Fasa 3 pula meliputi, adat bersanding. Persandingan dilakukan di atas
singgahsana

bagi

persemayaman

Raja

Sehari

dengan

Permaisurinya.

Sebelum pengantin disandingkan, acara perarakan akan diadakan terlebih


dahulu dengan telah persiapkan pakaian Melayu Asli. Kemudian hadirin yang
datang menepung tawar pengantin di pelamin dengan dimulakan kaum
keluarga dahulu. Maka tetamu yang hadir disediakan juadah makanan dan
28 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.. hlm 24-25
29Ibid. hlm 27-30

14

majlis dijalankan secara rewang dengan bergotong-royong. 30 Kepentingannya


ialah sebagai acara kemuncak majlis perkahwinan, bagi menunjukkan dan
menghebahkan kepada masyarakat bahawa pasangan telah sah menjadi
suami isteri. Di samping meraikan pasangan yang baru saja diijab kabulkan.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, adat masyarakat Melayu tradisional


sememangnya mencakupi seluruh gaya hidup masyarakat Melayu iaitu
bermula daripada rumah dan kemudiannya diperingkat komuniti atau
masyarakat. Oleh itu, setiap adat-adat yang diamalkan ini sememangnya
mempunyai

kepentingannya

yang

tersendiri

yang

mana

akhirnya

membentuk satu identiti masyarakat Melayu.


4.0

Konsep hukum adat dan kepentinganya terhadap masyarakat

Melayu tradisional
Falsafah hukum adat ialah didasarkan pada cara berfikir secara kongkrit.
Manusia sejak mula ia dicipta tidak bebas, yang mana ia selalu bergantung
dengan alam sekelilingnya, sama ada alam zahir mahupun ghaib. Maka
dengan itu seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat malah
merupakan satu kesatuan yang harmoni. Kesatuan tersebut diibaratkan
seperti jasad manusia dengan bahagian tubuhnya, jika satu bahagian sakit,
bahagian lain juga sakit.31 Pengertian dan konsep hukum adat pula dapat
dijelaskan melalui sistem hukum adat terdapat perpaduan daripada prinsip
kebebasan yang memperhatikan sepenuhnya kaedah-kaedah susila dengan
prinsip taat kepada kebulatan kehendak daripada masyarakat.32
Oleh itu, hukum adat dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan daripada adat
yang ternyata dalam kerukunan, iaitu keseluruhan daripada keputusan30Ibid. hlm 31-37
31 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 12.
32 Ibid. hlm 13.

15

keputusan dan aturan-aturan yang mengenai hubungan masyarakat. Dalam


erti kata lain, hukum adat merupakan sebahagian adat, iaitu kaedah-kaedah
yang mempunyai pengukuhan ( sanction ).Hukum adat juga merupakan
norma-norma atau kaedah yang bersumberkan pada perasaan keadilan
rakyat yang selalu berkembang dan meliputi peraturan-peraturan tingkah
laku manusia dalam kehidupan seharian masyarakat.Setiap pelanggaran
hukum adat (sivil/jenayah) merupakan satu gangguan kepada masyarakat.
Oleh itu, jika seseorang melanggar hukum adat dia perlu menyeimbangkan
kembali. Contohnya, bagi seorang perogol atas kesalahan yang dilakukannya
menyebabkan dusunnya kotor maka ianya perlu disucikan dengan membuat
kenduri dan memohon maaf secara terbuka seterusnya dikahwinkan dengan
perempuan tersebut.

Dalam pelaksanaan hukum adat, dilaksanakan secara musyawarah yang


mana orang-orang tua terlibat secara langsung dalam penggubalan dan
menjatuhkan hukum. Penyelesaian masalah adalah secara kekeluargaan dan
tiada konsep mahkamah. Maka dengan itu, ciri-ciri

hukum adat secara

umumnya ialah sama seperti dengan adat, hukum adat tidak ditulis
disampaikan

secara

lisan

daripada

satu

generasi

ke

generasi

yang

seterusnya. Hukum adat ini berasaskan tingkah laku manusia dan budaya
setempat.Berbentuk

kebudayaan,

kesusilaan

dan

pendidikan

ketua

masyarakat merupakan ketua bagi hukum adat, yang menjadi tempat


rujukan dan boleh bertindak sebagai penguatkuasa. Dalam pada itu, dalam
masyarakat Melayu terdapat 3 bentuk hukum adat iaitu Adat Istiadat Raja,
Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
Seterusnya jika ditelusuri faktor-faktor kemunculan dan perkembangan
hukum adat masyarakat Melayu ini juga berkait rapat dengan kepercayaaan
animisme dalam kalangan masyarakat yang berbentuk Fetishism (alam) dan
Spiritualism (roh). Contohnya, sebelum membersihkan hutan terdapat hukum
adat

untuk

menyediakan

habuan

untuk

penunggu

hutan

tersebut.

16

Masyarakat

dahulu

juga

percaya

akan

adanya

roh

jahat

dan

roh

baik.Pengaruh agama Hindu juga memberi sumbangan dalam perkembangan


kepada hukum adat. Contohnya, pengaruh kerajaan Srivijaya melahirkan
adat hidup bersuku serta warna kuning untuk Raja. Selain itu, perkembangan
hidup masyarakat Melayu juga mengambil tempat, apabila masyarakat mulai
hidup dengan lebih kompleks lagi maka adat-adat sedia ada dikukuhkan lagi
dengan menjadikannya hukum adat yang patut dipatuhi semua masyarakat.
4.1

Adat Istiadat Raja dan kepentingannya.


Sehubungan dengan itu dalam mengenali konsep Hukum Adat Istiadat

Raja dapatlah dilihat menerusi Syed Alwi (1960), iaitu Adat Istiadat Raja
mula berkembang semenjak zaman Sultan Iskandar Shah ataupun yang
digelar Sultan Muhammad Shah Zallallah Filalam (Parameswara), sultan
pertama dan pengasas kerajaan Negeri Melaka. Kemudiannya berkembang
dalam semua kerajaan negeri-negeri Tanah Melayu. Pada zaman Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah, maka teraturlah adat istiadat

yang mana

dihimpunkan dalam beberapa fasal yang menjadi rujukan hingga sekarang.

Namun setiap negeri mempunyai perbezaan dan cara yang tersendiri. 33


Sebagai contoh di Perak, antara tokoh yang bertanggungjawap dalam
pengendalian Adat Istiadat Pertabalan Perak ialah Raja Ahmad Shah,
baginda merupakan seorang pawang Diraja Perak dan juga merupakan
putera kepada Sultan Abdul Malik, Sultan Perak ke-19. Baginda berperanan
dalam menjaga Jin Kerajaan Perak di Benting Beras Basah dan Tebing
Batang Air Sungai Perak. Baginda juga berperanan dalam menjalankan
istiadat tabal pusaka dan bersiram, yang mana setiap bakal Sultan Perak
perlu menziarahi makam-makam marhum terdahulu.34
33 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 55.
34 _________ . 2000. Makam-makam Diraja dan Benting Beras Basah. Kuala Lumpur:
Jawatankuasa Kecil Cendermata, Darjah Pertabalan dan Tanda Kenangan Pertabalan
DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

17

Dalam meninjau Adat Istiadat Raja ini dapatlah dilihat menerusi beberapa
aspek antaranya, Adat Istiadat Bahasa Raja. Adat ini merujuk kepada
peraturan

dalam

bercakap

atau

berinteraksi

dengan

raja.

Oleh

itu,

perbahasaan khas kepada raja ialah titah, sabda, patik, murka, kurnia,
anugerah, santap, beradu, sila, gering, mangkat, semayam, bersiram, pacal.
Kemudian terdapat juga Adat Istiadat Pakaian Raja, sebagai tegahan bagi
golongan rakyat biasa dilarang memakai pakaian bewarna kuning dan
memakai

keris

berhulukan

harubi

emas

berat

sebunggal.

Namun

walaubagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu rakyat dibenarkan


tetapi haruslah mendapat perkenan raja itu sendiri, 35 maka bagi sesiapa
yang langgar akan dihukum oleh raja. Seterusnya,

rakyat juga ditegah

memakai pakaian yang nipis sehingga berbayang dan ternampak kulit


badannya, apabila mengadap raja di balairong seri.
Pelaksaan

adat

istiadat

ini

sememangnya

terlalu

siknifikan

dalam

masyarakat Melayu. Kepentingan yang dapat dilihat ialah warga kuning


sememang lambang kedaulatan bagi seorang raja yang menunjulkan
kekuasaan baginda. Penggunaan bahasa dan pakaian yang berlainan,
menunjukkan jurang perbezaan antara raja, pembesar dan rakyat. Hal ini
disesuaikan dengan kedudukan raja sebagai pemerintah negeri dan berkuasa
mutlak terhadap segalanya. Sultan merupakan lambang perpaduan rakyat
dan dianggap keramat serta mempunyai kuasa sakti. Sultan sesebuah negeri
juga, mempunyai daulat apabila ditabal melalui upacara pertabalan sultan
dan jika terdapat rakyat yang menderhaka kepada sultan akan ditimpa
tulah.36
Lantaran itu dalam menyemai sikap taat dan hormat kepada raja dapatlah
dijelaskan menerusi pelaksanaan Adat Istiadat Mengadap Raja. Apabila
menyembah raja haruslah dengan menyusun jari sepuluh dan mengangkat
35 Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 57.
36 Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 65.

18

kedua belah tangan hingga kedua hujung jari tangan mencecah dahi antara
dua belah kening. Kemudian semasa untuk menyembah memohon diri
hendak keluar, tidak dibenarkan untuk membelakangkan baginda sesudah ia
menyembah, dengan cara berundur 3 tapak ke belakang, kemudia berteleku
menyembah sekali lagi, sesudah itu bangun dan undur perlahan-lahan
berundur 3 tapak kemudian barulah boleh berpaling keluar daripada majlis.
Di samping itu, terdapat juga Adat Bertutur atau Berhadapan dengan
Raja, yang mana rakyat mahupun pembesar tidak dibenarkan berkata-kata
keras, menengking dan kasar dihadapan mahupun terhadap raja. Cara
bertutur dengan baik ialah dengan lembah lembut dan sopan. Hal ini kerana,
selepas kedatangan Islam, Raja-Raja Melayu telah menggunakan gelaran
Sultan dan mengamalkan konsep ajaran hadith, raja sebagai bayangan
Allah di alam atau di muka bumi Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh.
Menurut Sejarah Melayu, menerusi ajaran ini seseorang yang berbuat
kebaktian kepada raja, sama seperti berbuat kebaktian kepada Allah dan
Rasul-Nya.37
Adat Istiadat Raja juga merangkumi Adat Istiadat Penggunaan Nobat dan
Alat Kebesaran. Nobat merupakan antara alat kebesaran raja yang masih
diguna pakai hingga kini. Antaranya gendang nobat, nafiri, serunai dan
gendang nengkarah. Kemudian antara lagu nobat ialah Raja Berangkat,
Puteri Mandi Mayang dan Nobat Tabal. Kepentingan nobat dimainkan untuk
pertabalan Sultan, istiadat Hari Keputeraan Sultan, Istiadat menjungjung duli,
keberangkatan Sultan, upacara pemakaman dan semua yang berkaitan
dengan istana. Seterusnya ialah alat kebesaran yang digunakan untuk raja
ialah, Tanjak Diraja, Keris Kerajaan, Darjah Kebesaran, Pedang Kerajaan,
Cogan, Cop Mohor,
penggunaan

alat

Payung Kuning dan lain-lain. Kepentingan bagi

kebesaran

ini

ialah

kesucian

seseorang

sultan

itu

dihubungkan dengan penggunaan alat kebesaran. 38 Disamping, merupakan


alat yang penting untuk pertabalan bagi seseorang Sultan, yang mana
dengan adanya alat kebesaran ini barulah seseorang pewaris takhta itu
37 Abdullah Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum
dan Sesudah Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. hlm 378.

19

boleh menaiki takhta. Alat kebesaran juga melambangkan identiti bagi


sesebuah negeri.

5.0Adat Pepatih dan Adat Temenggung serta kepentingannya.


5.1

Adat Pepatih.
Dalam membincangkan konsep Adat Pepatih dalam masyarakat Melayu

dapatlah diketahui bahawa adat ini berasal dari Pulau Sumatera, daerah
Minangkabau, Indonesia. Adat ini hanya diamalkan

di Negeri Sembilan,

Naning dan Alor Gajah di Melaka. Namun didapati bahawa Adat Pepatih ini
masih banyak yang tidak ditulis, sedangkan yang tertulis sangat sedikit iaitu
kumpulan Hukum Adat dari Sungai Ujong, kumpulan undang-undang
Minangkabau dari Perak dan satu lagi dari Kuala Pilah. Pada dasarnya Adat
Pepatih dan

Adat Temenggung dikatakan sama di sebabkan datang dari

punca yang sama, tetapi berubah corak dibawah pengaruh Hindu. Adat ini
diasaskan oleh Sikalokduni ( Datuk Pepatih Nan Sebatang ). Hukuman adat
adalah berkonsepkan pemulihan.39
Kepentingan pelaksanaan Adat Pepatih ini dapat dilihat menerusi struktur
pemerintahannya. Menurut Adat Pepatih, Negeri Sembilan dibahagikan
kepada 13 Luak iaitu Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Sungai Ujong,
Jelebu, Johol, Rembau, Inas, Linggi, Gemencheh, Ayer Kuning, dan daerah
Tungku Besar Tampin. Menurut perlembangan adat kedudukan Luak-luak
tidak setaraf. Menurut Adat Pepatih lagi pemerintah pertama sekali terletak
dalam tangan mamak ( saudara lelaki tertua kepada ibu ), kemudian ketua
perut, buapak, lembaga, luak, undang seterusnya Yamtuan Besar. Sistem

38 Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 66.
39 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 111.

20

pemerintahan menurut konsep Adat Pepatih adalah sistem demokrasi dalam


istilah moden.40
Raja memerintah alam,
Undang memerintah luak,
Lembaga memerintah suku dan
Buapak memerintah anak buahnya.
Di samping itu, Adat Pepatih juga memainkan peranan yang penting dalam
susunan masyarakatnya.

Adat Pepatih bersendi pada sistem unilateral-

matrilineal, iaitu setiap orang lelaki mahupun perempuan menarik garis


keturunan melalui orang perempuan sahaja, merujuk kepada nasab ibu.
Masyarakat dibentuk melalui suku, suku merujuk kepada kesatuan gabungan
daripada perut yang masing-masing mengakui sama nenek moyangnya.
Terdapat 12 suku dalam Adat Pepatih. Antaranya, Biduanda, Batu
Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Batu, Tiga nenek, Tanah Datar, Seri
Melenggang,

Seri

lemak,

Batu

Belang,

Anak

Acheh

dan

Anak

Melaka.Biduanda merupakan suku yang mempunyai kedudukan istimewa,


kerana menurut anggapan Adat Pepatih mereka ialah suku peribumi dan
mempunyai hak mutlak untuk menjadi Undang luak.41
Menerusi aspek kekeluargaan pula, terdapat banyak kepentingan yang
diperolehi menerusi apa yang telah digariskan oleh Adat Pepatih ini.
Pertamanya, dalam soal perkahwinan dan penceraian., banyak dipengaruhi
dengan hukum syara terutamanya mengenai nikah dan talak. Adat Pepatih
melarang keras perkahwinan dalam satu suku, di samping larangan-larangan
perkahwinan menurut syara. Jika seorang suami hendak menceraikan
isterinya mestilah ia melalui satu pertimbangan yang mendalam tentang
alasan bagi sesuatu penceraian. Pada umumnya, golongan orang tua akan
turut hadir bagi membantu untuk mencapai penyelesaian bagi pertikaian
yang kecil atau bagi sesuatu keputusan yang diambil secara tergesa-gesa.
40 Ibid. hlm 113-114
41 Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 115.

21

Keputusan

menjatuhkan

talak

adalah

langkah

terakhir

iaitu

apabila

pendamaian tidak mungkin tercapai lagi.


Kemudian, dalam pewarisan harta pula Adat Pepatih membawa konsep
kolektif terhadap sistem pewarisan harta pusaka, iaitu setiap ahli wairs tidak
mempunyai hak milik atas harta peninggalan atau harta pusaka tetapi hanya
mempunyai hak pakai. Harta pusaka ialah hak milik suku dan lazimnya
terdiri daripada tanah-tanah kampung, sawah, dusun dan rumah keluarga.
Disamping itu, terdapat juga harta pusaka sendiri yang merujuk harta
warisan perempuan daripada ibu bapanya. Namun secara keseluruhannya
yang berhak mewaris adalah digalurkan kepada anak perempuan sahaja.
Mengenai harta pembawaan, iaitu harta suami yang diperolehi sebelum
perkahwinan dan harta dapatan iaitu harta isteri yang diperolehi sebelum
berkahwin, apabila pemiliknya mati maka berpindah kepada keturunan
perempuan.42

5.2Adat Temenggung
Selesai dengan Adat Pepatih, kemudian akan dijelaskan berkenaan
dengan konsep Adat Temenggung. Adat ini berasal dari Palembang,
Indonesia dan diamalkan di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor,
Terengganu,

Kelantan

dan

juga

Melaka.

Kumpulan

peraturan

Adat

Temenggung antaranya Undang-undang Melaka, Undang-undang Johor dan


Sembilan Puluh Sembilan Undang-undang Perak. Namun karangan penuh
mengenai Undang-undang Adat Temenggung masih lagi belum ditulis secara
lengkap. Hukuman adat adalah berkonsepkan untuk memberi pengajaran.

42 Ibid. hlm 116.

22

Adat

Temenggung

diasaskan

oleh

Sutan

Paduka

Basa

Datuk

Tamanggungan ). Secara keseluruhannya Adat Temenggung mengamalkan


konsep pemerintahan aristokrasi. Raja/Sultan berkuasa mutlak memerintah.
Istilah Adat Temenggung pada asalnya tidak digunakan, tetapi istilah Adat
Melayu atau Adat Kampung. Kemudian istilah Adat Temenggung digunakan
bagi adat yang bukan daripada Adat Pepatih.43
Adat Temenggung yang berkembang dipesisiran pantai ini juga telah
menghapuskan suku kerana banyak terjadinya perkahwinan endogamy dan
pemerintah daerahnya beraja yang banyak kuasa penuh dan harta pusaka
turun menurun kepada waris anak lelaki dan perempuan serta harta
sepencarian dibahagi dua jika terjadi penceraian.
Justeru,

menerusi

sistem

masyarakat

dan

perkahwinan

Adat

Temenggung dapatlah dilihat apabila Mengamalkan sistem masyarakat


bilateraal, maka sistem perkahwinan yang digunakan ialah sistem endogami.
Masyarakat Adat Temenggung tidak mengamalkan hidup secara suku. Sama
seperti Adat Pepatih, sistem perkahwinan banyak dipengaruhi dengan hukum
syara meliputi soal larangan kahwin, nikah, cerai, rujuk dan nafkah. Adat
Temenggung, memberi kelebihan kepada jurai keturunan lelaki, hal ini
kerana lelakilah yang bertanggungjawap ke atas keluarga termasuklah
dalam member nafkah.

Maka dengan itu dalam aspek pemberian harta lelaki mempunyai


autoriti yang lebih.Setiap pihak yang bercerai hendaklah mengembalikan
harta kepunyaan masing-masing. Diperuntukan bahawa jika suami lalai
dalam menaruh wang simpanan nafkah atau gagal untuk mengembalikan
harta kepunyaan isterinya. Maka dia bersalah menurut undang-undang. Pada
43Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.hlm 157-158.

23

umumnya di seluruh negeri Tanah Melayu telah ditentukan seorang isteri


yang dicerai berhak mendapat bahagian dalam harta sepencarian dan
pembahagiannya.
Seterusnya dalam menjelaskan sistem kewarisan Adat Temenggung ini,
dapatlah dilihat bahawa Adat Temenggung mengamalkan sistem individual
yang mana harta peninggalan dibahagikan kepada semua ahli waris
mengikut kadar tertentu. Hal ini berdasarkan sistem kewarisan Islam yang
menekankan sistem kewarisan secara individual. Menurut hukum Adat
Temenggung, ibu atau isteri akan mendapat satu bahagian daripada harta
peninggalan suami (sekiranya meninggal dunia), dan anak-anak akan
diagihkan mengikut kaedah islam. (Faraid).
5.3Kepentingan umum Hukum Adat Istiadat Raja, Adat Pepatih dan Adat
Temenggung.
Sehubungan dengan itu sebagai umunya pelaksanaan Hukum Adat
Istiadat Raja amat penting bagi seseorang pemerintah dalam menjadi
seorang raja atau sultan yang disegani dan berdaulat. Selain menerusi
konsep daulat dan juga penggunaan alat kebesaran yang dibincangkan
sebentar tadi. Menurut Tardjan (1964), apabila seorang raja mempunyai budi
pekeri yang baik dan sifat adilnya. Maka rakyat akan bertambah kasih dan
saying kepada raja. Oleh itu. Dalam adat atau syarat menjadi seorang raja
perlulah,
pertama tua hati betul, kedua bermuka manis dan ketiga
berlidah

fasih

dan

keempat

bertangan

murah

adanya.

Demikianlah syarat-syarat bagi segala raja itu.44


Selain itu, pengamalan Adat Pepatih dan Adat Temenggung pula dapat
dilihat kepentinganya dalam mencipta satu masyarakat yang teratur dan
memenuhi syarat keamanan dan keadilan. Hal ini kerana hukum adat yang
digubal itu meliputi sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, ianya dapat
44 Tardjan Hadidjaja. 1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara. hlm 60.

24

menghapuskan konflik antara ahli-ahli masyarakat yang berbeza status,


malah membentuk satu perilaku manusia, khususnya yang diperlukan untuk
membentuk seorang manusia yang budiman dan beradat.45 Maka dengan itu,
tidak hairanlah kepentingan adat dapat dilihat sebagai wadah penyambung
jati diri bagi masyarakat Melayu.
Di samping itu, kepentingan adat ini juga mencakupi peranan sebagai
lambang patriotisme masyarakat Melayu tradisional. Perkara ini dapat dilihat
menerusi penglibatan British dalam hal ehwal Naning yang mengamalkan
Adat Pepatih. Dalam Adat Pepatih penghulu merupakan seorang yang
mempunyai budi yang dalam dan bicara yang halus, memiliki sifat benar,
penyampai, amanah dan cerdik. Beliau juga bertanggungjawap memelihara
anak buahnya di dunia dan akhirat, dengan mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran dan dalam pada masa yang sama penghulu
hendaklah sentiasa ingat dan menjaga adat. Maka dengan itu, Penghulu Dol
Said memainkan peranan dalam mempertahankan adat, memelihara harta
dan anak buah daripada gangguan dan pencerobohan bangsa asing iaitu
British.46
Sejajar itu, melalui pengamalan adat ini juga secara tidak langsung
memberi identiti terhadap sesebuah masyarakat. Hal ini dapat dilihat,
apabila Adat Pepatih hanya diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri
Sembilan, Naning dan Alor Gajah, manakalah Adat Temenggung di negerinegeri Melayu yang lain. Perkembangan hukum adat sebenarnya merupakan
titik tolak dan penyumbang kepada perkembangan sesebuah tamadun
masyarakat, kerana hukum adat digubal mengikut kesesuaian masyarakat
selaras dengan peredaran zamannya (Fleksibel). Dalam masyarakat Melayu
juga adat yang terpenting dalam menghubungkan kepercayaan. Hal ini
kerana

adat

menyentuh

proses

kehidupan

manusia

sejak

dilahirkan

hinggalah ajalnya, seperti mana yang terkandung dalam adat resam


45 Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka:
Perbadanan Muzium Melaka. hlm 87.
46 Ibid. hlm 12.

25

kelahiran hinggalah kematian masyarakat Melayu. Peraturan-peraturan adat


ini sebernarnya bersumber daripada konsep rites de passage yang
diamalkan dalam kalangan suku-suku primitif.47
Justeru, hukum adat sebenarnya, dapat menegakkan keadilan sosial
dalam kalangan masyarakat serta menentukan tanggungjawap dan hak
setiap anggota masyarakat. Hal ini kerana, pembinaan adat juga mengambil
kira pemuafakatan antara anggota masyarakat. Adat dilihat sebagai prinsip
hidup masyarakat manusia itu yang asasi, tetap dan kekal tanpa mengalami
perubahan ataupun berubah dengan kadar yang amat kecil dalam masa
yang amat panjang.48 Oleh itu, setiap masalah yang timbul dalam kalangan
keluarga seperti pembahagian harta atau masalah di peringakat komuniti
seperti kecurian atau kehilangan akan dapat diatasi melalui hukum adat
yang sedia ada.
Lantaran

itu,

berkepentingan

pelaksanaan
terhadap

hukum

masyarakat

adat
yang

ini

juga

tidak

hanya

mengamalkannya

malah

masyarakat luar juga. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi Adat
Kedim Berkedim yang terkandung di dalam Adat Pepatih, kepentingan adat
dilihat sebagai medium bagi memperbanyakkan bilangan rakyat atau
masyarakat dalam negeri dan juga anak buah. Maka dengan itu, apabila
perantau atau anak dagang itu datang ke wilayah Adat Pepatih ini, mereka
akan dijadikan anak angkat oleh ketua suku yang tertentu. Oleh itu secara
tidak langsung anak dagang tadi secara automatiknya tertakluk dengan
hukum Adat Pepatih dan akan mendapat tempat tinggal serta berguna
mendatangkan kemakmuran yang lebih kepada suku.49
47 Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm 92.
48 A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.).
1994. Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas Zaman.
Negeri Sembilan: t.pt. hlm149
49 Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara. hlm46.

26

Seterusnya, apabila diamati kembali ungkapan adat itu sememangnya


mempunyai beberapa fungsi yang boleh kita fikirkan bersama. Antaranya,
adat sebagai punca gagasan atau idea kepada khalayak adat, yang mana
penyampaiannya penuh dengan emosi dan penghayatan. Perkara ini dapat
dilihat setiap tingkah laku masyarakat Melayu mempunyai aturan-aturannya
yang tertentu. Seperti contoh, adat perkahwinan yang mempunyai 3 fasa,
dari peringkat merisik hinggalah ke persandingan. Perkara ini adalah penting
bagi memastikan perkhwinan yang utuh serta jalur keturunan yang baikbaik.50
Kemudian, adat juga sebagai sumber penerimaan maklumat kepada
setiap anak buah atau khalayak yang mana akan dijelaskan isu-isu atau
kaedah adat dari pemimpin adat. Maka dengan secara tidak langsung
mewujudkan suasana saling kebergantungan antara masyarakat Melayu itu
sendiri. Hal ini kerana, adat dan hukum adat ini sememangnya kebanyakan
tidak ditulis, jadi ianya disampaikan secara lisan. Oleh itu, bagi sesiapa yang
ingin mengetahuinya perlulah merujuk dengan orang yang ahli ataupun
ketua adat.51

Pengamalan adat dalam masyarakat Melayu juga dapat dilihat sebagai


pembawa amanat. Hal ini dapat dilihat apabila melalui hubungan komunikasi
ungkapan adat itu mempunyai amanat yang akan disampaikan kepada
khalayak masyarakat Melayu yang lain. Oleh itu bahasa yang disampaikan
adalah secara indah, sebagai contoh dalam memperlihatkan bahawa Adat
pepatih itu menyuruh masyarakatnya mencari indok semang,

50 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. Bukit Mertajam:
Goal Intellegent Publishing. hlm 158
51 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. Bukit Mertajam:
Goal Intellegent Publishing. hlm 158

27

Kalau jadi pergi ke pecan,


yu beli belanak pun beli,
ikan panjang beli dahulu.
Kalau cari sanak pun cari,
Indok semang cari dahulu. 52
Oleh itu, selain dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin adat dengan
masyarakat, secara tidak langsung mendidik nilai moral melalui kata-kata
kiasan adat simbol-simbol dan lambang-lambang dalam gaya bahasa yang
digunakan untuk menyampaikan adat tersebut.
Tujuan hukum adat, di samping untuk menghapuskan konflik antara ahliahli masyarakatnya yang berbeza status, ialah untuk membentuk satu
perilaku atau peradaban yang sama. Jelasnya hukum adat adalah pemangkin
norma dan nilai sesuatu masyarakat. Dalam hal ini, adat juga boleh dilihat
sebagai satu perilaku manusia, khususnya yang diperlukan untuk
membentuk seorang manusia yang budiman dan beradat. Orang yang
kurang baik budi pekertinya dianggap sebagai orang yang tidak tahu
beradat. Orang yang beradat ialah orang yang bertertib, berhemah tinggi
dan tahu mambawa dirinya dalam majlis-majlis yang tertentu. Hal ini kerana,
salah satu nilai orang Melayu yang didukung bersama ialah konsep budi.
Peribahasa dan pantun Melayu penuh dengan rujukan-rujukan kepada
konsep budi ini. Seorang Melayu mestilah tinggi budinya dan Melayu yang
sempurna ialah mereka yang diiktiraf sebagai orang yang budiman atau
orang yang berbudi mulia.53
Sehubungan itu, adat juga penting dalam mengekalkan dan
menegakkan tuah dan maruah, harkat dan mertabat serta mengukuhkan
kedudukan dan fungsi adat itu sendiri. Hal ini kerana masyarakat Melayu
secara turun-temurun telah membentuk lembaga adat tempatan. Lembagalembaga adat inilah yang secara terus-menerus diwarisi dan menjalankan
semua hukum adatnya. Lembaga ini pula dengan penuh kearifan menjadi
penegak adat, yang selanjutnya mengfungsikannya untuk kesejahteraan
lahiriah dan batiniah masyarakatnya. Dengan kedudukan yang terhormat itu,
kelembagaan ini memiliki fungsi yang teramat luas. Salah satu fungsi

52 Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan


Pustaka Antara. hlm47.
53 Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka:
Perbadanan Muzium Melaka.. hlm 12.

28

utamanya ialah menjadi paying atau penaung masyarakat agar wujud


masyarakat yang bersatu, aman dan damai, sejahtera dan beradap.54

6.0Kesimpulan
Tuntasnya pengamalan adat dalam masyarakat Melayu adalah penting
sekali. Hal ini kerana menerusi adat-adat tersebut maka terbitlah suatu cara
hidup masyarakat Melayu yang harmonis dan tersusun. Sehubungan dengan
itu tanpa adat masyarakat Melayu tiadak akan mempunyai suatu sistem cara
hidup yang teratur, walaupun sesetengah pendapat atau pandangan
masyarakat zaman kini beranggapan bahawa adat Melayu adalah tidak
releven sememangnya tidak boleh diterima. Hal ini kerana sememangnya
adat-adat Melayu mempunyai kepentingan, fungsi dan kebaikannya yang
tersendiri malah telah disesuaikan mengikut kehendak hukum Islam selepas
kedatangan Islam. Tambahan pula, adat Melayu tersusun melalui norma
hidup dan latar belakang masyarakat Melayu itu sendiri, semestinya ianya
sesuai dengan masyarakat Melayu itu sendiri. Lantaran itu, adat Melayu juga
dapat disesuaikan dengan perkembangan semasa asalkan tidak
bercanggahan dengan konsep adat itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, ungkapan adat itu sendiri adalah suatu cabang
daripada khazanah warisan budaya Melayu yang perlu dipertahankan.
Secara keseluruhannya adat itu juga adalah bersifat lisan, diwarisi dan
disebarkan menerusi tradisi lisan. Di samping itu, sebagai ungkapan lisan ia
bersifat kolektif dan fungsional iaitu dicipta oleh pengarang yang tidak
bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Pertumbuhannya
bermula dengan ungkapan yang sederhana susunan dan sebutan ayatnya
terutama dari segi unsure estitikanya. Sebenarnya ungkapan ini telah lama
berkembang dalam masyarakat Melayu iaitu sejak zaman orang-orang
Melayu belum lagi mengenal huruf dan tulisan.55
Adalah jelas bahawa masyarakat Melayu itu kaya dengan nilai-nilai yang
seharusnya dipraktikan oleh masyarakat dewasa ini yang kononnya moden.
Tambahan lagi, nilai-nilai ini bukan sahaja penting untuk membentuk
keperibadian dan entity orang Melayu itu sendiri, tetapi nilai-nilai ini juga
seharusnya dijadikan panduan hidup individu dan masyarkat Melayu. Nilai
54 Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat
Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka. hlm 59
55 Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal Intelligent
Publishing. hlm 148

29

Melayu bukan sahaja kaya dengan ilmu pengajaran, tetapi yang penting
sekali,
nilai
tersebut
berteraskan
Islam.
Sesuatu
nilai
itu,
walaubagaimanapun murni tujuannay, tidak akan bermakna jika ia tidak
dipatuhi dengan perasaan takut, hormat dan taksub.56

Rujukan
_________ . 2000. Makam-makam Diraja dan Benting Beras Basah. Kuala
Lumpur: Jawatankuasa Kecil Cendermata, Darjah Pertabalan dan Tanda
Kenangan Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
A. Samad Idris, Nur halim Hj. Ibrahim, Hj. Muhd Tainu, Aharmala N.S (pngr.).
1994. Negeri Sembilan: Gemuk dipupuk, Segar disiram Adat Merentas
Zaman. Negeri Sembilan: t.pt.
Abdul Jalal Ajmain, Sim Chee Wing & Sim Hock Hye. 1960. Adat-adat Melayu.
Singapura: Educational Book Centre
Abdul Latiff Abu Bakar (pngr.). 2001. Adat Melayu Serumpun. Melaka:
Perbadanan Muzium Melaka..
Abdul Latiff Abu Bakar, Hapipah Husin (pngr.). 2004. Kepimpinan Adat
Perkahwinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Melaka
Abdul Rahman. 1964. Dasar-dasar Adat Pepatih. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara. hlm47
Abdullah Siddik. 1972. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Hj. 1959. Yusof, Sarenjis Mawar. Sungai Dua: PW Pustaka Remaja.
Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. t.tp:
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Coedes,G. 1962. The Making of South East Asia. London: Redwood Press
Limited
Gullick, J.M. 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm
Hooker, M.B. 1983. Islam in South-East Asia. Netherland: t.pt.
56 Norbaya Musa. 1995. Adat: Antara Tradisi dan Moden. Utusan Malaysia. 24
Januari.

30

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Jessy, Joginder Singh. 1972. Malaysia Singapore and Brunei. Pahang: t.pt.
Mohd Rosli Saludin. 2007. Hari-hari Mendatang Adat Pepatih. t.tp: Goal
Intelligent Publishing.
Norbaya Musa. 1995. Adat: Antara Tradisi dan Moden. Utusan Malaysia. 24
Januari.
Syed Alwi Sheikh al-Hadi.1986. Adat Resam dan Istiadat Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tardjan Hadidjaja. 1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara

You might also like