Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MASAKAN

SOTONG
SOTONG GORENG
KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cara Masak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan
daun kari hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul
rata.
4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga
sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong
terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
1

MASAK KICAP SOTONG PEDAS BERKENTANG


Bahan-bahan:
250 gm sotong ~ bersihkan dan potong bulat
1 biji kentang (berat dlm 200gm) ~ belah 2 dan hiris
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
10 biji cili api**
**dikisar/tumbuk (saya suka kisar/tumbuk kasar)
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar/makan sos tiram
1 sudu besar/makan sos tomato
Kicap ~ secukup rasa (saya guna kicap manis)
Garam ~ jika perlu
Minyak.
Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar dan tumis
bahan2 kisar/tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan masukkan
sotong.
4. Masukkan hirisan bawang besar dan kicap, gaul rata. Rasakan
masim, masam dan manisnya(tambahlah garam, sos tomato mengikut
citarasa).
5. Akhir sekali masukkan kentang yg telah digoreng tadi dan gaul rata,
3

matikan api dan bolehlah diangkat.


**Kalau ingin berkuah, tambahkan air. Sotong akan mengeluarkan air
bila dimasak.

You might also like