Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam
negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung
dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :
"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk
meningkatkan martabat wanita di negara ini"
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai
Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi
Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA
kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan
lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah
ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), ditubuhkan pada tahun 1946,

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ditubuhkan pada 1966,

Yayasan Kebajikan Negara,(YKN) ditubuhkan pada 1981,

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), ditubuhkan pada 2001,

Institut Sosial Malaysia (ISM), ditubuhkan pada 2002; dan

Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW), ditubuhkan
pada 2006

NIEW telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk
menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.
Pada 15 Mei 2013, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dengan dibantu oleh Timbalannya, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.
Pada 26 Jun 2014, YB Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengangkat sumpah sebagai senator dan dilantik sebagai
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh YAB Perdana Menteri.
YBhg. Dato' Sabariah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 7 Julai 2014 dengan dibantu oleh
Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato' Norsham Rahin mula bertugas pada 7 Julai 2014 dan Timbalan
Ketua Setiausaha (Strategik), YBhg. Encik Wee Beng Ee. pada 17 November 2014.
KPWKM terbahagi kepada 16 Bahagian/Unit yang dipecahkan kepada Sektor Operasi dan Strategik.

SEKTOR OPERASI

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Kewangan

Bahagian Akaun

Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian Pembangunan

Unit Komunikasi Korporat

Unit Audit Dalam

Unit Penasihat Undang-Undang

Unit Integriti

Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Unit National Key Result Area (NKRA)

SEKTOR STRATEGIK

Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Bahagian Dasar Sosial Negara

Urusetia Lembaga Kaunselor

VISI
Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang
dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.

MISI
Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara serta
memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.

MATLAMAT
Membentuk masyarakat yang sejahtera melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian

perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.

OBJEKTIF
1.

Meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan
penerima faedah pembangunan negara.

2.

Memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa
unsur diskriminasi.

3.

Memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi
dan politik

4.

Memantapkan institusi keluarga.

5.

Mempastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan.

Strategi2

1.

Memastikan perspektif gender, keluarga dan kumpulan masyarakat diintegrasikan dalam


penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program.

2.

Memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan masyarakat melalui


kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

3.

Mengaudit undang-undang dan peraturan sedia ada dan mencadangkan perundangan baru
bagi menjamin kelangsungan hidup, perlindungan dan pembangunan wanita, keluarga dan
masyarakat.

4.

Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender, kependudukan,


pembangunan keluarga dan masyarakat bagi memperkenalkan pendekatan-pendekatan inovatif
dalam perancangan dan pembangunan program.

5.

Membangun dan memantapkan pangkalan data sosial yang komprehensif dan bersepadu
untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian program-program untuk kumpulan sasar.

6.

Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar


bagi membolehkan penyertaan mereka yang berkesan dalam pembangunan negara.

7.

Menambah dan mempelbagaikan peluang kumpulan sasar untuk meningkatkan taraf


sosioekonomi melalui program-program pembangunan dengan kerjsama agensi-agensi
pelaksana.

8.

Memperkukuhkan jaringan kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan tujuan


berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran.

9.

Menubuhkan mekanisme pemantauan dan penilaian untuk menambah baik dasar dan
pelaksanaan program.

10.

Memperluaskan akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada wanita, keluarga dan
masyarakat.

11.

Memantap dan memperkuatkan sistem penyampaian perkhidmatan di semua peringkat melalui


pengurusan sumber manusia kewangan dan teknologi secara profesional dan optimum.

12.

Menyebarkan maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di pelbagai


agensi dan pertubuhan bagi membantu wanita, keluarga dan masyarakat mendapatkan
perkhidmatan yang diperlukan.

LATAR

BELAKANG

NKRA

LIH

Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi
Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan
dan
meningkatkan
tahap
kesejahteraan
kepada
rakyat.
Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan
memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip
1Malaysia,
Rakyat
Didahlukan,
Pencapaian
Diutamakan.
Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan - dalam bidang yang
dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama
Kementerian
(MKRA)
dengan
fokus
yang
khusus
pada
tahun
2010.
NKRA telah didefinisikan sebagai bidang utama negara. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa
pendek untuk menangani tuntutan terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang
yang
memberi
kesan
kepada
rakyat
yang
memerlukan
perhatian
yang
khusus.
Tujuh teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan
meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah,
rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana
luar bandar dan pendalaman, menambah baik pengangkutan awam dan mempertingkatkan kos sara hidup
rakyat.
Bagi setiap NKRA, seorang menteri peneraju dilantik bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai
menteri peneraju ke-4 yang bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan
rendah atau "Low Income Households" (LIH).

TUJUH KEMENTERIAN PENERAJU NKRA:


1.

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar - Kementerian Pendidikan Malaysia

2.

Mengurangkan Kadar Jenayah (Keselamatan Awam) - Kementerian Dalam Negeri

3.

Membasteras Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

4.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah - Kementerian Pembangunan


Wanita, Keluarga dan Masyarakat

5.

Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman - Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah

6.
7.

Menambahbaik Pengangkutan Awam Kementerian Pengangkutan


Mempertingkat Kos Sara Hidup Rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kepenggunaan serta Kementerian Kewangan Malaysia

8. Latar Belakang & Sejarah Jab. Kemajuan MAsy

Latar Belakang
9. Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum
sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah
ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi
fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
10. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan
dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu
usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu
strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
11. Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar
namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan
penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata
sebenar.
12.

Sejarah KEMAS
13. KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang
merupakan singkatan daripada Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada
asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan
secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu
majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian
Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai
Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun
yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang
kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan
menulis.
14. Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan
melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan
Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia
merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang
telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut,
satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat
pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang
sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet
tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang
buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah
dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di
bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
15. Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang
rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan
strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui

Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan


penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis
rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah
diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh
YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari
Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah
dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan
Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa
Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang
pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun.
Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun,
program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara
tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada
golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar
ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga
melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini
meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik
melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi
kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerjakerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).
16. Dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaysia pada
tahun 1963, sebanyak 250 kelas telah berjaya dibuka di Sabah dan 60 kelas di
Sarawak pada tahun 1965. Sempena pengistiharan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang pada ketika itu
dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan
Bahasa secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun
1963, kerajaan mempergiatkan lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar
terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam Kempen Bulan Bahasa dan
sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan
penduduk luar bandar.
17. Bahagian Pelajaran Dewasa seterusnya memperkenalkan Kelas Ekonomi
Rumahtangga (ERT) meliputi pendidikan asas membaca, menulis dan mengira
serta bimbingan dalam pengurusan rumahtangga serta penyediaan makanan
berzat. Pada tahun 1968, Kelas Agama Islam (KAI) dan Kelas Belajar Jawi (KBJ)
mula diperkenalkan bagi menarik minat golongan berumur dalam membasmi buta
huruf di kalangan mereka dan memberi bimbingan agama. KAI telah berjaya
melatih seramai 118,045 orang pelajar melalui 4,851 buah kelas di seluruh
tanahair.
18. Menjelang 1969, Kelas Latihan Kemahiran telah diperkenalkan bagi
memberi kemahiran vokasional di samping membasmi buta huruf. Kelas
latihan ini meliputi bidang-bidang kemahiran seperti motor mekanik (motosikal
dan bot), elektronik (radio dan televisyen), kimpalan, pertukangan kayu/rotan
(membuat perabot), solekan, dandanan rambut, jahitan pakaian (lelaki dan
perempuan), pertukangan rumah dan sebagainya.

19. Majalah Bahagian Pelajaran Dewasa iaitu Majalah Dewasa serta Pendidikan
Melalui Radio (Distance Education) telah diwujudkan dengan kerjasama Radio
Malaya. Ianya merupakan salah satu medium bagi membantu usaha-usaha yang
telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan agama, kesihatan,
panduan pertanian, pembangunan diri dan sebagainya. Menjelang 1974, apabila
jumlah penduduk buta huruf telah berkurangan kepada 1.7 juta orang, Kelas
Bahasa Kebangsaan dan Kelas Belajar Rumi telah ditamatkan kecuali di Sabah dan
Sarawak. KBR kemudiannya digantikan pula dengan Program Rancangan
Pedoman Tugasan (Functional Literacy) yang dilaksanakan di semenanjung
dengan kerjasama UNESCO.
20. Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada
Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaras dengan pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang bertanggungjawab mengubah sikap masyarakat luar
bandar serta bagi memastikan mereka menerima arus perubahan dan
pembangunan progresif di samping memberi latihan agar masyarakat luar bandar
terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga
dan masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah Kelas Ekonomi
Rumahtangga (ERT), Kelas Latih Kerja (KLK), Rancangan Pedoman
Tugasan (RPT), Kelas Agama Islam (KAI), Taman Bimbingan Kanak-Kanak
(Tabika), Khutub Khanah Desa (KKD) dan Rancangan Desa Usaha (RDU).
21. Kaedah pelaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3K
sebagai panduan pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan.
Pada tahun 1980, selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat pada masa
itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini telah menyebabkan
KEMAS mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat
luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara
program yang dijalankan ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca,
Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan Bersepadu Aktiviti KEMAS,
Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan Kampung dan
Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusatpusat pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah
diwujudkan. Perpustakaan Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di
kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat
desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA)
diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan
pendidikan awal kanak-kanak.
22. KEMAS juga berusaha ke arah melahirkan pemimpin tempatan dalam aktivitiaktiviti yang dijalankan agar mereka berupaya merancang, melaksana dan
mengurus program-program pembangunan yang dijalankan di kampung-kampung
serta dapat membawa perubahan dari segi sikap dan kehidupan sosio-ekonomi
masyarakat luar bandar agar bertambah lebih baik. Pada awal tahun 1990,
komitmen KEMAS memberi tumpuan kepada usaha pembangunan
sumber manusia yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan melalui
pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan seumur hidup. Antara
program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF),
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak

(Taska),
Pendidikan
Kesejahteraan
Keluarga
(PKK),
Pendidikan
Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina Insan, Gerakan Desa
Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan Masyarakat.
23. Pada tahun 2000, KEMAS telah menumpukan perhatiannya terhadap bidang
pembangunan teknologi maklumat (ICT), pembangunan insan serta peningkatan
pengupayaan dalam aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, KEMAS
masih meneruskan aktiviti-aktiviti sedia ada. Pada tahun 2003, Gerakan Desa
Wawasan telah ditukarkan kepada Gerakan Daya Wawasan. Memandangkan
keperluan serta penglibatan KEMAS semakin meningkat, mulai 1 April 2002,
kerajaan telah memutuskan penyusunan semula struktur KEMAS melalui waran
perjawatan Bil. E8/2002 di mana fungsi dan peranan KEMAS telah dirombak.
Sepanjang tahun 2001 hingga 2009, fungsi dan peranan KEMAS adalah meliputi
tiga daripada lima teras Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan
menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara
membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan; Pendidikan Literasi
Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran, Pendidikan
Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras
dengan pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan; Program
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika dan Taska) serta Program Makanan
Tambahan untuk kanak-kanak.

Misi, Visi dan Objektif

Misi
1.

Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk


meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;

2.

Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke


arah pembangunan yang seimbang;

3.

Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;

4.

Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;

5.

Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan

6.

Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

Visi
Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.

Objektif
1.
2.

3.

Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta
menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

Peranan
1.

Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk


membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;

2.

Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat


dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;

3.

Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat


kerajaan dan negara; dan

4.

Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan


rakyat terhadap usaha pembangunan negara

Strategi
1.

Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan


Masyarakat Luar Bandar.

2.

Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan


semasa.

3.

Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan,


Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun
Masyarakat Luar Bandar.

4.

Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program


pembangunan.

TIPS PEPERIKSAAN SPA

Tiada bahan rujukan khusus. Jawapan esei dinilai oleh guru-guru berpengalaman
dalam BM & BI yang dilantik khas. Peperiksaan ada tiga jenis iaitu Ujian Aptitude, Uji
Bakat dan Ujian Fizikal.

Ujian Aptitude: Soalan Objektif iaitu Pengetahuan Am (Skim Jawatan),


Penyelesaian Masalah (IQ), dan Kefahaman Bahasa. Soalan Subjektif iaitu Esei (BM &
BI).

Uji Bakat: Muzik, Rekaan, Fotografi, Lakonan, Tarian dan Lukisan.

Ujian Fizikal: Penglihatan, BMI, Dada dan ujian kecergasan. Contoh jawatan dalam
jabatan bomba, ujian fizikal seperti angkat pemberat 54kg (Lelaki) 46kg (Perempuan),
menjulang/menegang
tangga,
naik
tangga,
dan
panjat
tali.

Soalan Pengetahuan Am: Merangkumi pengetahuan am mengenai Malaysia dan


antarabangsa. Liputan soalan berkaitan pentadbiran kerajaan, pembangunan, ekonomi,
sosial, hubungan antarabangsa, ICT, keselamatan, sejarah dan budaya.

Soalan Penyelesaian Masalah: Mengukur kebolehan berfikir (IQ test). Liputan


soalan berkaitan kemahiran logik, interpretasi data dan konsep matematik.

Soalan esei: Mengukur nahu, kematangan idea dan penyampaian bahasa. Jenis
soalan adalah berdasarkan isu-isu semasa meliputi pelbagai topik. 3 soalan akan
diberikan dan pilih satu sahaja. Yang penting ada rangka karangan, intro, isi dan
penutup. Biasanya isu-isu yang diambil sekitar 1-3 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

TIPS ASSESSMENT CENTRE SPA (PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI)

Kaedah penilaian bagi mengenalpasti traits, kualiti dan kompetensi yang sesuai
dengan jawatan. Kompetensi merujuk kepada keupayaan individu berfikir dan berdaya
tindak bagi memenuhi kefungsian sesuatu kemahiran dan kecekapan dalam
melaksanakan sesuatu tugasan.

Penilaian Kompetensi umum: Kemahiran interpersonal (20%), Keupayaan Intelek


(20%), Komunikasi Lisan (15%), Integriti (15%), Kepimpinan (15%), Berpasukan (15%).
Jumlah 100%.

Apa yang dinilai? : Kerja berkumpulan, kajian kes, pemeriksaan fizikal pancaindera
dan fitness, presentation, simulasi, ujian bakat, ujian psikometrik.

Model Penilaian Kompetensi: Pengucapan Awam, Penyelesaian Masalah (Kajian


kes) dan Kerja Berpasukan.

Siapa menilai? : Pegawai-pegawai kanan Kementerian/Jabatan yang telah dilatih


khusus untuk menilai aktiviti yang dilalui oleh calon-calon.

Contoh: Dalam satu kumpulan, diberi satu jawatan, kemudian ditimbulkan satu isu
dalam jabatan, semua calon yang mempunyai jawatan tersebut dikehendaki
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam penilain public speaking, diberi tajuk kemudian
dikehendaki berucap di depan ramai orang secara spontan dalam masa 5 minit. Debat
ala parlimen.

TIPS TEMUDUGA SPA


Persediaan sebelum temuduga SPA:

Salinan dokumen asal dan salinan yang mesti dibawa ialah resume bergambar, kad
pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip akademik/surat pengesahan pelajar akhir
tahun (asal sahaja) dan sijil-sijil penghargaan (asal sahaja).

Fizikal: Sihat dan berketrampilan, persiapan dokumen dan pakaian sopan dan
bersesuaian.

Bertenang, minat, pengetahuan dalam organisasi, dasar kerajaan, tugas jawatan


yang dipohon, pengetahuan am/hal ehwal semasa dan etika berkomunikasi.

Persediaan semasa temuduga SPA:

Nisbah 1:15, 15 calon untuk 1 kekosongan sahaja. Dijalankan selama 10-20 minit.

Awal temuduga: Latarbelakang/Profail calon, ice breaking, penilaian perwatakan,


keperibadian dan sikap calon.

Pertengahan Temuduga: Kompetensi teras, tingkahlaku sasaran, pengetahuan dan


kemahiran jawatan.

Akhir Temuduga: Menilai kesesuaian calon dan menilai potensi lantikan

Penilaian: Penilaian prestasi keseluruhan calon

Contoh soalan temuduga berdasarkan kaedah CBI : Situation, Action & Result.

Situation- Terangkan satu keadaan di mana anda diminta melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan peraturan @ etika jabatan. Apa yg berlaku?

Action- Apa peranan anda? Siapa yg terlibat? Bila/di mana ia berlaku? Bagaimana
anda membuat keputusan? Kenapa faktor tersebut dipertimbangkan?

Result- Apakah kesannya? Bagaimana anda menilai kesan drpd tindakan/keputusan


anda tersebut?

Kriteria pemilihan calon:

C.T.I - Cepat (Prompt), Tepat (Accurate), Integrity

F.O.L - Facilitate, Open minded, Loyalty

P.C.I - Productivity, Creativity, Innovation

Boleh faham tak setakat ni? Okey bah kan? hehe. Kadang2 soalan 'bodoh2' pun kena soal,
tapi sebenarnya di situlah penilaian perwatakan dibuat. Jangan ambil remeh, okey? Contoh
situasi yg pegawai tu kongsikan, dia siap minta maaf lagi manatau ada calon tu dalam
dewan hehe. Pegawai tu tanya jam berapa sekarang? Walhal pegawai tu tahu ada jam di
dinding. Calon tu dengan selamba main tunjuk ja guna jari telunjuk ke arah jam di dinding.
Nampak tak, pegawai tu dah boleh nilai sikap calon tu. Sepatutnya, calon tu sebut bukan
tunjuk. Contoh kalau anda ditugaskan di kaunter, ada pelanggan tanya "mana borang
permohonan?". Sikap 'tunjuk' tadi tak mustahil akan dibuat, tak mustahil calon tu pun main
tunjuk jugak borang tu, sepatutnya menjawab dengan jawapan yg menyenangkan hati
pelanggan dan membantu. Bukan senang tau jadi pegawai kerajaan, segala gerak geri kita
diperhatikan oleh rakyat.
TAPISAN

Tapisan ialah proses menyenarai pendek calon-calon dipanggil temuduga.

Nisbah calon temuduga ialah 1:15 manakala dipanggil ujian 1:20

Untuk mendapatkan jumlah calon yg munasabah berdasarkan nisbah, beberapa


asas tapisan digunakan, antaranya; peperiksaan khas, CGPA, bidang pengkhususan
pengajian dan kelayakan lebih tinggi diutamakan.

KESILAPAN RESUME
terlalu ringkas, kurang maklumat, tidak kemas, memasukkan maklumat yg tidak perlu, tidak
disertakan foto, foto yg tidak sesuai, terlalu panjang, hal emosi, kertas kurang sesuai
KENAPA GAGAL TEMUDUGA?
Calon tidak bersedia, gagal tunjukkan minat terhadap jawatan yg dipohon, tidak tahu
peranan dan tanggungjawab jawatan malah tidak kenal jabatan berkaitan.

You might also like