Contoh Proposal Sejarah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ATIRAH WARDAH BINTI MAZMAN 6A3

Tema 1
Sejarah Tokoh
Tajuk
Sumbangan Aminuddin Baki Dalam Memartabatkan Bangsa Melayu Melalui
Pendidikan Negara dari tahun 1942 sehingga 1965.
Pengenalan
Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam bidang
pendidikan. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan
nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat
bangsa Melayu sendiri amat dikagumi dan harus dibanggakan. Aminuddin adalah
tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS.
Perjuangan beliau dianggap sebagai vanguard iaitu pelapor dalam
membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang
pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang
tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status
bangsa Melayu itu sendiri.
Objektif Kajian
1. Dapat mengkaji sejarah kehidupan Aminuddin Baki
2. Dapat mengkaji usaha Aminuddin Baki dalam memartabatkan bangsa
Melayu dalam dunia pendidikan.
3. Dapat mengetahui tentang sumbangan beliau dalam membentuk sistem
pendidikan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
4. Dapat mengetahui perubahan yang dibawa oleh Aminuddin Baki dalam
dunia pendidikan
Permasalah Kajian
1. Esei ini akan menjelaskan tentang kehidupan Aminuddin Baki sepanjang
riwayatnya.
2. Di samping itu, esei ini juga akan mengupas sumbangan dan peranan
beliau dalam memartabatkan bangsa Melayu dalam dunia pendidikan
serta mengubah sikap orang Melayu itu sendiri.
3. Bukan itu sahaja, esei ini juga akan menjelaskan sumbangan yang
dilakukan oleh beliau dalam dunia pendidikan Negara.
Skop Kajian
1. Sejarah riwayat hidup Aminuddin Baki dan sumbangannya untuk
memartabatkan bangsa Melayu semasa tahun 1942 sehingga 1965.
2. Kajian ini akan memfokuskan tentang penglibatan beliau dalam aktivitiaktiviti persatuan serta dalam dunia pendidikan Negara.

Kajian Terdahulu
Hasil daripada kajian saya,terdapat kajian yang ditulis oleh penulis buku yang
bernama Siti Ezaleila Mustafa dalam tajuk bukunya yang bertajuk 20 Tokoh
Ilmuwan.
Kaedah Kajian
Kaedah temubual Melalui kaedah ini saya telah menemu ramah beberapa
orang yang rapat dengan beliau atau mengetahui tentang Aminuddin Baki.
Kaedah Lapangan Melalui kaedah ini saya akan melawati tempat beliau seperti
Institut Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Galeri Aminuddin Baki.
Kajian Perpustakaan Saya akan mencari maklumat untuk kajian saya melalui
internet,surat khabar, rujukan dari buku dan bahan bahan media yang
menyatakan sumbangan tentang Aminuddin Baki.
Pembahagian Struktur Esei

Pendahuluan Pada bahagian ini, saya akan bermula dengan


memperkenalkan latar belakang Aminuddin Baki serta menerangkan serba
ringkas tentang beliau.

Isi isi Pada bahagian ini saya akan membahagikan penulisan ilmiah saya
kepada beberapa subtajuk seperti sejarah pendidikan beliau, sejarah
penyertaan beliau dalam menubuhkan beberapa persatuan yang masih
aktif sehingga kini. Seterusnya saya akan menerangkan peranan dan
sumbangan yang dilakukan oleh beliau sebagai pendidik,ilmuwan dan
intelektual serta kenapa beliau digelar sebagai Artkitek Pendidikan
Negara.

Penutup
Saya berharap kajian saya ini akan dapat menjawab persoalan yang berlegar di
minda saya seterusnya memenuhi aspek penyelidikan saya dalam kajian PBS
Sejarah STPM.
Bibliograf
Sumber diperoleh dari -:

Buku
Artikal jurnal
Tesis
Laman web-Internet

You might also like