Stategi PLC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

STATEGI PLC : LEARNING WALK

Oleh : Misri bin Thariano


SIPartners +, PPD Kulai
Apa itu Learning Walk?
Learning Walk (LEARNING WALK) merupakan aktiviti berjalan di sekeliling sekolah sambil membuat pemerhatian
terhadap pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid. LEARNING WALK yang dilakukan secara berfokus boleh
memberi tumpuan pemerhatian kepada aspek-aspek seperti; kaedah penyoalan guru (questioning
strategies), pengurusan bilik darjah (classroom management), perbezaan kaedah penyampaian (differentiated
instruction), pembelajaran secara koperatif (cooperative learning), masa menunggu(wait time) dan ekologi bilik
darjah(classroom ecology).
Siapa yang terlibat melakukan LEARNING WALK?
Semua guru di sesebuah sekolah boleh terlibat dalam melakukan LEARNING WALK, namun keutamaan seharusnya
dilakukan oleh individu seperti berikut; Pengetua atau Guru Besar, barisan penolong-penolong kanan, guru kanan
mata pelajaran dan ketua-ketua panitia. Guru baharu, guru yang memerlukan bimbingan, guru yang dicadangkan
oleh pengetua dan guru besar serta guru-guru veteran juga boleh diajak untuk turut serta melakukan LEARNING
WALK.
Apa yang perlu dilakukan sebelum melakukan LEARNING WALK?
Sebelum melakukan LEARNING WALK beberapa aspek perlu diambilkira seperti;
1.

Pemilihan kelas; merangkumi guru yang mengajar (guru berpengalaman,


guru cemerlang atau guru yang mempunyai kualiti pengajaran yang baik)

2.

Fokus LEARNING WALK; sama ada kaedah penyoalan, pelaksanaan aktiviti


murid dan sebagainya

3.

Peranan murid dan bagaimana mereka boleh terlibat secara berkesan

4.

Bagaimana guru perlu diberitahu mengenai;kelas yang akan dilawati, fokus


lawatan dan peserta yang terlibat dalam lawatan.
Pemilihan Fokus

1.

Fokus mestilah boleh diperhatikan dalam bilik darjah. (observable focus)

2.

3.
4.

Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas. (clearly articulated)Fokus mestilah berhubung dengan peningkatan
profesionalisme. (linked to profesional learning)
Fokus mestilah mempunyai kepentingan berkait dengan sekolah. (linked to school priorities)

Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian LEARNING WALK boleh melibatkan


pelbagai mata pelajaran dan kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang
boleh dipelajari atau dicontohi.

Bagaimana melakukan proses LEARNING WALK?


Beberapa perkara perlu diambikira sebelum proses LEARNING WALK dilakukan.
1.

Pengetua, guru besar, barisan penolong-penolong kanan, barisan guru

2.

kanan mata pelajaran atau ketua-ketua panitia yang bercadang untuk melakukan LEARNING WALK perlu
memaklumkan kepada kelompok guru yang dicadangkan untuk turut serta dalam proses LEARNING WALK.

3.

Instrumen semakan yang bersesuaian perlu dikenalpasti sebelum proses LEARNING WALK bermula.

4.

Sesi perbincangan ringkas tentang tatacara penggunaan instrumen perlu dilakukan sesama ahli.

5.

Menetapkan fokus LEARNING WALK .

Adalah disarankan agar pendedahan dalam kalangan guru mengenai LEARNING WALK perlu dilakukan supaya
warga sekolah memahami konsep LEARNING WALK yang sebenarnya. LEARNING WALK di sesebuah kelas
dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang 10 minit dengan menumpukan kepada aspek fokus yang telah dipersetujui
bersama. Misalnya, meninjau kebolehan murid, melihat hasil kerja murid, pembentangan atau komunikasi antara
murid dengan guru.
Protokol Learning Walk

1.

Semua peserta LEARNING WALK mesti hadir untuk perbincangan PraPemerhatian.

2.
3.

Pelajar dimaklumkan lebih awal tentang kehadiran pelawat ke dalam bilik darjah.
Peserta LEARNING WALK mesti patuh kepada fokus yang telah dipersetujui.

4.

Peserta LEARNING WALK mesti elakkan daripada memberi komen bersifat judgemental - peribadi.

5.

Peserta LEARNING WALK tidak boleh mengganggu pembelajaran dalam bilik darjah.

6.

Peserta LEARNING WALK tidak boleh bercakap sesama sendiri semasa di


dalam bilik darjah.

Cadangan langkah-langkah LEARNING WALK


Perbincangan pra lawatan
1.

Perlaksanaan LEARNING WALK di bilik darjah A 7-10 minit

2.

Sesi wawancara di pintu masuk - 2 minit

3.

Perlaksanaan LEARNING WALK di bilik darjah B 7-10 minit

4.

Sesi wawancara di pintu masuk - 2 minit

5.

Sesi refleksi dalam kalangan pelawat - 15 minit

6.

Sesi penyoalan bersama guru terlibat - 15 minit

Dapatan LEARNING WALK


Sebaik melangkah meninggalkan kelas, antara fokus perbincangan sesama ahli yang melakukan LEARNING WALK
sewajarnya berkisar tentang sama ada;
1.

Bukti amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis tugasan dan
hasil kerja murid.

2.

Aras soalan guru

3.

Apa yang murid belajar

4.

Bagaimana guru membantu proses pembelajaran

5.

Tindakbalas murid terhadap soalan yang diajukan

6.

Idea,strategi atau teknik yang digunakan secara berkesan

Kesepakatan semasa LEARNING WALK

1.

2.

Ahli lawatan bersetuju bahawa mereka tidak akan;


-

membuat penghakiman terhadap apa yang dilakukan atau tidak dilakukan


oleh guru

mengeluarkan kenyataan yang merendah-rendahkan guru dan murid

memberi komen yang boleh menyebabkan seolah-olah hasil pemerhatian


merupakan isu yang kritikal di sekolah

Ahli lawatan bersetuju bahawa mereka akan;


-

memerhati dan mengenalpasti teknik dan strategi yang boleh digunakan


oleh panel pelawat untuk digunakan di kelas masing-masing

membuat refleksi dan memikirkan bagaimana amalan terbaik yang


diperhatikan boleh digabung dan digunakan oleh mereka

Tindakan selepas LEARNING WALK


1.

2.
3.

Taklimat pasca lawatan yang diketuai oleh sama ada pengetua, guru besar atau sesiapa sahaja yang
dilantik sebagai ketua lawatan
Membuat refleksi kendiri dalam kalangan pelawat
Panel pelawat boleh mengemukakan idea, strategi atau teknik yang bersesuaian, yang boleh digunakan
secara berkesan dalam bilik darjah

Penutup
LEARNING WALK wajar dijadikan amalan profesionalisme di sesebuah sekolah. Melalui amalan ini secara tidak
langsung akan mengingatkan guru di sesebuah sekolah bahawa kerja mereka di bilik darjah sentiasa diperhatikan
oleh barisan kepimpinan mahupun oleh fakan-rakan sejawat. Situasi ini secara tidak langsung akan meningkatkan
usaha guru untuk melaksanakan tugasan di bilik darjah dengan sebaik mungkin.

We are there to SUPPORT teaching and learning NOT to EVALUATE Kevin McCune

Diolah daripada sumber;


learningleadershipstudy.org/LLS/Learning_Walk.htm

You might also like