Laporan Jawatankuasa Dokumentasi Big Siri 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI

Pada 19 Julai 2012 yang lalu, unit PISMP Prasekolah ambilan Januari 2012
telah mengadakan program Bina Insan Diri (BIG) fasa kedua bertempat di prasekolah
IPG Kampus Perlis yang sebelum ini merupakan tempat untuk kanak-kanak
prasekolah belajar dan kini mereka telah berpindah ke prasekolah baru iaitu
di dalam kawasan sekolah SK Institut Pendidikan Guru. Dalam program yang
dijalankan selama sehari ini, saya dan rakan sejawatan saya, Tie Cheou Ling telah
ditugaskan untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi.
Sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi, kami telah ditugaskan untuk mengambil
gambar sepanjang perancangan dan persiapan serta perlaksanaan program ini
dijalankan. Kami telah mengambil gambar dan merakam video untuk menjadi bahan
bukti kami. Contohnya, semasa perbincangan tentang pemilihan ahli jawatankuasa,
pengurusan program, proses penyediaan

makanan untuk peserta serta pensyarah

yang terlibat, gambar menjamu selera dan sebagainya. Kami juga turut mengambil
gambar sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek-projek tersebut . Antara
projek yang dilaksanakan semasa program ini adalah projek taman sains, penanaman
sayur, pembersihan kolam, penghiasan dalam bilik darjah, pengurusan pusat sumber
mini, dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, kami turut menangkap pelbagai kenangan
yang menarik semasa ceramah yang diberikan oleh Puan Rohana di mana beliau telah
menyediakan aktiviti simulasi untuk

menyampaikan peranan dan akaunbiliti guru

kepada kami. Pelbagai aksi dan lakonan yang menarik telah kami tangkap dan
rakamkan. Selepas tamat program Bina Insan Guru fasa ke-2 ini, kami telah membuat
satu salinan gambar-gambar tersebut ke dalam CD-Rom dan diserahkan kepada Puan
Normala.
Kesimpulannya, semuanya berjalan dengan lancar melalui kerjasama yang amat
baik yang diterima daripada semua.
Disediakan oleh,

(JAZMYN DARIUS)
Ketua JK Dokumentasi,
PISMP Prasekolah Januari 2012.

You might also like