Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT1103
INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION
September 2012

TAJUK TUGASAN:
PROGRAM PEMULIHAN MATEMATIK

Name : AZIAN BINTI MOHD HANIP


Matric number: 830710085946001
NRIC: 830710-08-5946
Telephone number: 019-4629362
E-mail address: kimi_nizar@yahoo.com
Tutors name: MR. SIEW FOOK CHEONG
Learning Centre: OUM Ipoh, Perak

Semester September 2012

Bil
1.0
2.0
3.0

4.0
5.0
6.0

Isi Kandungan
Pengenalan
Rumusan Ringkasan Artikel
Huraian Pelaksanaan Program Pemulihan
3.1 Mengenal pasti Pelajar
3.2 Perancangan Aktiviti Pemulihan
3.3 Laporan Pelaksanaan Kelas Pemulihan
Refleksi dan Cadangan Program Pemulihan
4.1 Refleksi
4.2 Cadangan Penambahbaikan Terhadap Program Pemulihan
Kesimpulan
Rujukan

M/s
3
4-8
8
8-9
9-12
13-16
17
17
18
19
20

1.0 Pengenalan
Program pemulihan merupakan satu program untuk murid-murid yang mengalami masalah
dalam pembelajaran. Murid-murid ini diberi alternatif yang praktikal dan pendekatan yang
berkesan dalam pendidikan khususnya dalam bidang membaca, menulis dan mengira.
2

Sebagai pendidik, bantuan yang diberi kepada murid-murid ini perlu melibatkan keseluruhan
aspek psikologi dan pedagogi yang telah dikuasi guru melalui latihan-latihan khas yang telah
diikuti. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997), menyatakan
bahawa dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan
merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan oleh pihak kementerian bagi membantu
murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis, dan mengira).

Sehubungan dengan itu, mereka diberikan program

pemulihan setelah masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.


Ab. Rahman et. al. (1997) juga menjelaskan, program pemulihan perlu dilaksanakan kepada
murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu yang memperoleh pencapaian di bawah
paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan,
samada di bandar atau di luar bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid
ini mungkin merupakan masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas
biasa. Namun demikian, murid-murid yang menghadapi masalah yang kritikal dan kompleks,
mereka perlu dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.
Konsep pendidikan pemulihan adalah berasaskan kepada diagnosis yang dilakukan bagi
mengenal pasti di mana kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid ini. Muridmurid ini akan ditempatkan dalam kelas pemulihan setelah melalui beberapa prosedur
sepertimana yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas.
Di dalam kelas pemulihan khas, pendekatan p&p yang digunakan adalah secara individu
supaya murid-murid ini benar-benar dapat menguasai kemahiran yang ditetapkan. Arahan dan
gerak kerja yang diberi oleh guru perlulah lebih jelas di samping latih tubi dan tunjuk cara
supaya murid boleh melaksanakan kerja mengikut arahan dan mendapat kepuasan terhadap
kemahiran yang dipelajari.

2.0 Rumusan Bacaan Artikel


2.1: Artikel 1
: F & f dan Matematik: Dilema Seorang Konstruktivis
Oleh
: Christina Agang
Kajian telah dijalankan terhadap dua orang murid pemulihan dari kelas Tahun Dua yang
dinamakan sebagai murid Fdan f. Kedua-dua orang murid ini difokuskan dengan
kemahiran menambah nombor satu digit. Dalam setiap sesi p&p Cikgu Christina Agang,
beliau banyak menggunakan kaedah konstruktivisme yang lebih berpusatkan kepada
murid untuk memperolehi kefahaman mendalam melalui pengalaman sendiri. Proses
3

asimilasi dan akomodasi juga dapat diterapkan secara langsung apabila kaedah
konstruktivisme diapklikasikan dalam proses p&p. Asimilasi berlaku apabila
pengetahuan baru yang diterima bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada murid.
Manakala akomodasi pula tercetus apabila pengetahuan sedia ada distrukturkan semula
untuk disesuaikan dengan pengetahuan baru.
Bagi Cikgu Christina, beliau menghadapi masalah dengan murid F dan f yang hanya
mahir dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Selain itu, mereka juga tidak tahu ABC
dan hanya tahu menyebut nombor 1 hingga 20. Namun begitu, murif F sudah boleh
menghafal sifir 3 dan murid f sudah menghafal sifir 2.
Strategi pertama yang digunakan oleh Cikgu Christina untuk kemahiran menambah
nombor dua digit ialah menggunakan batu sebagai pembilang. Bagaimanapun kedua-dua
murid ini tidak dapat menggunakan batu yang disediakan tanpa bimbingan daripada
beliau. Contohnya sekiranya beliau meminta mereka mengambil tiga biji batu, muridmurid ini akan mengira dengan lantang walaupun jumlah batu yang diambil sudah
melebihi dari tiga. Bagi mengatasi keadaan ini, beliau cuba mengubah strategi dengan
memberi soalan yang mempunyai bilangan objek mengikut nilai nombor yang
dikehendaki dan objeknya diletakkan di atas nombor tersebut. Bagaimanapun muridmurid ini tidak tahu untuk menjumlahkan nombor tersebut. Mereka hanya akan
menyebut soalan, mengira objek dan kemudian mengisi jawapan mengikut apa yang
terlintas di fikiran mereka.
Selain itu, Cikgu Christina turut menguji mereka untuk menyebut nombor 1 hingga 10.
Hasilnya, murid F boleh menyebut hampir kesemua nombor kecuali nombor 6 dan 9.
Manakala murid f menghadapi masalah menulis nombor 3 dan 7 dalam keadaan terbalik.
Cabaran Cikgu Christina yang seterusnya ialah menerangkan cara bagaimana untuk
menjumlahkan dua objek. Beliau telah menyediakan sehelai kertas manila untuk keduadua muridnya meletakkan bilangan batu yang bersesuaian dengan nombor setiap kali
melakukan operasi penambahan. Masalah yang timbul dalam kaedah yang digunakan
ialah murid F dan f akan mengambil batu yang tidak terlibat dengan pengiraan
mereka untuk dimasukkan ke petak jawapan.
Kaedah seterusnya yang digunakan untuk menjelaskan konsep ini adalah menggunakan
sejenis boardgame yang diberi nama The Addition Game. Berdasarkan kepada
penggunaan The Addition Game selama hampir tiga bulan, murid F dan f dapat
4

menggunakannya dengan mudah. Setiap kali mereka melakukan aktiviti dengan The
Addition Game, Cikgu Christina akan mencatat pengiraan mereka. Hasilnya, banyak
perubahan yang telah berlaku seperti murid F sudah boleh mengenal nombor 1 hingga
20 dan murid f pula sudah boleh kenal nombor 1 hingga 10. Mereka juga boleh
membuat semula latihan-latihan yang lepas iaitu dengan membuat operasi penambahan
dengan mengira bilangan objek hinggalah kepada aktiviti penambahan dengan melukis
bilangan pembilang. Kedua-dua murid ini menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan hasil daripada strategi-strategi yang difikirkan dan dilaksanakan
serta pemantauan berterusan oleh Cikgu Christina.
2.2: Artikel 2
Oleh

: Menulis Nombor 0 Hingga 10


: Law Hie Hieng @ Law Hui Hui

Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid bernama Ah Yew yang berada di Tahun 2.
Murid ini mengalami masalah untuk menulis nombor 0 hingga 10 dalam petak yang
disediakan. Cikgu Law telah mencuba beberapa kaedah yang difikirkan sesuai dan
releven untuk diaplikasikan kepada murid berkenaan. Ah Yew mengalami masalah
pertuturan, penampilan dan pergerakan.
Pada peringkat awal pelaksanaan tindakan, strategi yang digunakan untuk mengenalpasti
masalah ialah Cikgu Law telah meminta semua murid pemulihannya menyebut,
membaca, mengecam dan menulis nombor 0 hingga 10. Ketika itu, Ah Yew tidak dapat
melakukan seperti yang diminta dan ketika menulis, Ah Yew seolah-olah hanya membuat
contengan di atas kertas yang diberinya. Strategi kedua pengajaran Cikgu Law kepada
Ah Yew adalah dengan mengecilkan fokus nombor iaitu hanya kepada nombor 0 dan 1.
Hasilnya, Ah Yew didapati tidak dapat menulis nombor tersebut dengan baik. Pergerakan
Psikomotor tangannya terlalu lemah dan menyebabkan dia tidak dapat menulis bentuk
nombor sepertimana yang diharapkan. Disebabkan itu, dalam sesi pembelajaran yang
seterusnya Cikgu Law membimbing Ah Yew untuk menulis nombor 2 dengan cara
memegang tangannya.
Strategi seterusnya dilaksanakan oleh Cikgu Law semasa mengajar penulisan nombor 3
ialah dengan membuat garis putus-putus untuk Ah Yew. Harapannya adalah supaya Ah
Yew akan menulis mengikut garis putus-putus yang dibuatnya. Pada mulanya, Ah Yew
menulis mengikut garis putus-putus tersebut. Namun, lama-kelamaan tulisan nombornya
mula bertaburan dan tidak lagi di dalam petak yang disediakan dengan garis putus-putus
tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk mengulang semula nombor 0 dan 1. Beliau
5

telah menyediakan petak yang lebih besar untuk Ah Yew menulis nombor 0 dan 1. Pada
kali ini, Ah Yew dapat menulis nombor tersebut lebih baik dari yang sebelumnya.
Untuk terus menarik minat Ah Yew menulis nombor, Cikgu Law memberinya peluang
untuk mewarnakan gambar yang disukainya. Maka, Ah Yew telah memilih untuk
mewarnakan gambar kek. Selepas menyiapkan tugasan mewarna gambar kek, Cikgu
Law telah meminta Ah Yew menulis nombor 0, 1 dan 3 dalam petak yang disediakan.
Terdapat peningkatan dalam hasil kerjanya pada kali ini kerana sudah terdapat nombornombor yang dapat ditulis dengan baik. Semasa menulis nombor 2 pula iaitu pada hari
yang berlainan, Ah Yew juga telah dapat menulis dengan baik apabila dipegang
tangannya dan diberi petak yang lebih besar. Aktiviti menulis nombor 2 diulang pada hari
yang lain tanpa bantuan darpiada Cikgu Law lagi. Setelah Ah Yew mahir menulis
menulis nombor 0,1,2 dan 3, dia diberi menulis nombor-nombor yang lain seperti 6
hingga 10. Perubahan Ah Yew amat menggembirakan Cikgu Law. Walaupun Ah Yew
sudah boleh menulis dengan baik, namun bimbingan dan tunjuk ajar daripada Cikgu Law
tetap diperlukan oleh Ah Yew untuk memastikan kemajuannya dalam aktiviti menulis.
Strategi-strategi p&p yang dilaksanakan oleh Cikgu Law telah menjadikan Ah Lew
berkebolehan untuk menulis nombor 0 hingga 10 dengan jayanya.
2.3: Artikel 3
Oleh

: Daripada Grid Ke JSPG


: Janting Ak Ringkai & Jamin Nangtang

Kajian ini dijalankan oleh Cikgu Janting ke atas seorang murid yang bernama Bonnia
yang belajar di Tahun Lima, menghadapi masalah slow learner. Murid ini difokuskan
dengan kemahiran melengkapkan grid 100 untuk membentuk Jadual Sifir Pelbagai Guna
(JSPG). JSPG adalah dilihat sangat berkesan dan berguna untuk memudahkan murid
menguasai kemahiran mendarab, membahagi dan pecahan.
Strategi pertama yang digunakan oleh Cikgu Janting ialah menemubual Bonnia dengan
memintanya melafazkan sifir darab secara lisan. Perkara pertama yang dapat dikesan
ialah Bonnia hanya dapat melafazkan sifir dua dan tiga sahaja tetapi bermasalah apabila
melibatkan angka 6, 7, 8 dan 9. Begitu juga dengan sifir 4, Bonnia hanya dapat
memberikan jawapan untuk 1 x 4 dan 2 x 4 sahaja itupun dengan mengambil masa yang
lama. Jadi, sebagai permulaan kelas Cikgu Janting bersama Bonnia dan rakan-rakannya,
beliau telah mempersembahkan Powerpoint berkaitan cara-cara membina JSPG. Cikgu
Janting kemudiaannya meminta Bonnia dan murid lain membina grid 100 dalam buku
6

latihan berpetak dengan baris pertama dan lajur pertama diisi dengan sifir darab satu.
Setelah itu, beliau memberikan masa selama 2 minit untuk Bonnia dan murid lain
melengkapkan JSPG dengan sifir paling senang. Hasilnya, Bonnia hanya dapat
melengkapkan sifir 1 dan 10 sahaja pada JSPG nya. Cikgu Janting meneruskan tugasnya
dengan

membimbing

mereka

untuk

melengkapkan

sifir

sembilan.

Beliau

memperkenalkan corak peembentukan sifir sembilan dengan hanya menulis angka 0


hingga 9 dari atas ke bawah dan di belakang angka tadi dituliskan 0 hingga 9 dari bawah
ke atas. Bonnia dan rakan-rakannya sangat seronok dengan teknik yang diajarnya dan
mereka dapat mengikuti langkah tersebut.
Bagi meneruskan aktiviti murid-muridnya, Cikgu Bonnia menekankan tentang teknik
penambahan berulang-ulang semasa mereka melengkapkan JSPG. Contohnya, sifir darab
empat adalah hasil tambah setiap jawapannya dengan empat. Selain itu, Cikgu Janting
juga memperkenalkan cara penguasaan sifir darab dengan menggunakan jejari. Teknik
ini adalah menarik tetapi mengelirukan Bonnia. Maka, untuk mengatasi masalah ini
Cikgu Janting menekankan latih tubi kepada Bonnia dan murid-murid lain. Setiap kali
waktu p & p, Cikgu Janting akan memperuntukkan 2-3 minit untuk murid-muridnya
melengkapkan grid 100. Untuk memantapkan lagi penguasaan murid-muridnya, beliau
turut mengadakan ujian melengkapkan grid 100 dengan memberi masa 2-3 minit sahaja.
Hasil ujian, Cikgu Janting mendapati Bonnia hanya dapat melengkapkan sifir darab satu,
dua, tiga, sembilan dan sepuluh. Cikgu Janting kemudiannya mengambil keputusan
untuk meminta Bonnia melengkapkan grid 100 tanpa diberi had masa. Maka, Bonnia
dapat melengkapkannya dengan betul dan masa yang diambil adalah selama 10 minit. Ini
bermakna faktor masa amat mempengaruhi kebolehan Bonnia untuk melengkapkan grid
100 dengan menggunakan teknik penambahan berulang.
3.0 Pelaksanaan Program Pemulihan.
Bagi melaksanakan program pemulihan dengan jayanya saya telah melakukan prosedurprosedur yang ditetapkan bagi program ini berpandukan kepada hasil bacaan saya
daripada artikel-artikel tentang strategi mengajar murid pemulihan.
3.1 : Mengenalpasti Murid
Menurut Zulkifley (2006), proses pertama dalam menentukan murid-murid ke kelas
pemulihan adalah dengan melakukan ujian saringan. Ujian saringan ini diadakan
bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses
7

pembelajaran umum. Bentuk ujian saringan yang saya jalankan adalah secara tidak
formal iaitu melalui pemerhatian terhadap 4 orang murid yang agak lambat membuat
kerja dan mempunyai kesalahan yang banyak semasa menjawab soalan. Masalah ini
berpunca daripada murid tidak fokus semasa pengajaran guru dan keupayaan berfikir
yang lambat berbanding murid-murid lain.
Proses seterusnya, saya berikan ujian diagnostik yang berfokuskan kepada kemahiran
menolak dalam bentuk lazim sebarang nombor dua digit dengan nombor dua digit
melibatkan kumpul semula. Ujian ini bertujuan untuk mengesahkan kelemahan muridmurid ini terhadap kemahiran yang dikenal pasti bermasalah bagi mereka. Melalui
pemeriksaan kertas jawapan dan analisa keputusan yang dibuat, terbukti bahawa muridmurid ini mengalami masalah dalam kemahiran yang diuji. Setelah kelemahan dikenal
pasti, saya mula membuat perancangan aktiviti pemulihan kepada murid-murid ini
supaya kemhiran yang tercicir dapat difokuskan semula mengikut kadar kebolehan
mereka. Pemberian masa yang mencukupi juga sangat penting semasa murid menjawab
soalan supaya mereka merasa kebih tenang dan selesa. Keterangan dan data juga perlu
diberi untuk membantu murid menjawab berbanding markah ujian mereka. Sebagai guru,
pastikan meneliti jawapan dengan terperinci supaya guru benar-benar tahu apa yang
murid tidak tahu dan benar-benar mengenal pasti kesilapan untuk direkodkan seterusnya
dapat menjadi panduan pada masa akan datang.
3.2: Rancangan Aktiviti Pemulihan
Rancangan Mengajar
Mata pelajaran

: Matematik

Kelas

: 1 Cerdas

Bilangan Murid

: 3 orang

Tarikh

: 30 Oktober 2012

Masa

: 8.40 9.40 pagi

Bidang

: Nombor dan Operasi

Standard Kandungan

: Murid dibimbing untuk menolak dalam lingkungan 100

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk melaksanakan pengiraan tolak dalam


bentuk lazim melibatkan sebarang nombor dua digit dengan
nombor dua digit.
Punca masalah

: 1) Tidak faham proses mengumpul semula


8

2) Menolak nombor dinilai tempat sa dari bawah ke atas


3) Masih tidak mahir mencerakinkan nombor dua digit
menjadi nombor puluh dan sa

Perkara /

Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Masa

a)

puluh

a)

4
1puluh

sa

5
1
1) Bimbing murid menolak sebarang nombor dua digit Bahan Bantu
2
4
dengan nombor- dua digit tanpa kumpul semula mengajar

Set Induksi
(5 Minit)

b)

puluh

Catatan

sa

berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.


2) Contohnya:

Kad imbasan

8
sa5

5
puluh
4 2

sa 6
2 4

2
puluh

6
sa

(BBM)

3) Guru membincangkan jawapan bersama-sama murid.


4) Guru memperkenalkan tajuk kemahiran yang akan
diajar iaitu menolak sebarang nombor dua digit
dengan nombor dua digit dengan mengumpul
semula.

Langkah 1
(12 minit)

1) Beberapa soalan dipaparkan melalui kad imbasan BBM:


yang dilekatkan di papan putih.
Pembilang
2) Kemukakan satu soalan tolak dua digit seperti
(straw)
berikut:
Kad imbasan
Petak rumah
puluh dan sa

3) Minta murid buatkan kumpulan 51 ikatan pembilang


dalam bentuk 5 ikatan sepulu-sepuluh dan 1 sa.
4) Bimbing murid menolak 24 daripada kumpulan
pembilang tadi.
Soal murid:
Bolehkah 1-4? Tidak Boleh
Apa perlu kita buat? Buka satu ikatan sepuluh
5) Tegaskan :
i)
Disebabkan 1 tidak boleh tolak 4, kita boleh
buka satu ikatan puluh dan campurkan

10

3.3: Laporan Perlaksanaan Aktiviti Pemulihan


3.3.1 : Ujian Saringan

Gambar 1(a) dan (b)


Semua murid tahun 1 cerdas menjalani ujian saringan untuk memastikan di mana
kekuatan dan kemelahan mereka dalam bidang nombor dan operasi.
3.3.2 : Ujian Diagnostik

Gambar 2(a) dan (b)


Setelah saya mengenal pasti kemahiran yang tidak dikuasai murid-murid berkenaan, saya
telah menjalankan ujian diagnostik untuk kemahiran operasi tolak melibatkan sebarang
nombor dua digit dengan dua digit.

11

Contoh hasil ujian diagnostik Murid A

Contoh hasil ujian diagnostik Murid B

3.3.3 : Sesi Kelas Pemulihan


Sesi pemulihan dijalankan di Kelas Permata (Pemulihan). Murid-murid ini dibawa ke
Kelas Permata supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa dan dapat memberi fokus
terhadap kemahiran yang mereka tidak kuasai. Sesi pertama p&p dimulakan dengan
aktiviti set induksi.

Gambar 3 (a) dan (b)


Guru menguji pengetahuan sedia ada murid dengan memberi soalan melibatkan operasi
tolak sebarang nombor dua digit dengan dua digit tanpa kumpul semula
Aktiviti Langkah 1:

12

Gambar 4(a) dan (b)


Guru mengedarkan straw (pembilang) dan minta murid mengira pembilang sepuluh-sepuluh,
kemudian mengikatnya.

Gambar 5 (a) dan (b)


Aktiviti membimbing murid untuk membuat operasi tolak dengan mengumpul semula bagi
soalan-soalan yang diberi dengan menggunakan pembilang dan kad rumah puluh dan sa yang
disediakan.
Aktiviti Langkah 2:

Gambar 6 (a) dan (b)


Murid melakukan aktiviti secara berpasangan untuk melakukan operasi tolak dengan
berpandukan kad soalan. Guru memberi bimbingan.
13

Aktiviti Langkah 3:

Gambar 7 (a) dan (b)


Murid melakukan operasi menolak nombor tanpa menggunakan pembilang. Guru
membimbing murid.
Aktiviti Langkah 4:

Gambar 8 (a) dan (b)


Murid menjawab soalan pada lembaran kerja yang diedarkan.

Gambar 9 (a) dan (b)


Semakan lembaran kerja murid dan antara hasil kerja mereka.
Aktiviti Penutup:
1) Murid menceritakan semula bagaimana melakukan operasi tolak apabila melibatkan
kumpul semula
2) Murid sebutkan istilah-istilah mudah yang ditegaskan guru sepanjang sesi p & p
seperti rumah siapa, minta siapa, pinjam dan bagi.
14

Sesi bergambar bersama murid-murid pemulihan yang telah berjaya dipulihkan dan diberi
hadiah sebagai menghargai hasil usaha dan kebolehan mereka.
4.0 Refleksi dan Cadangan Terhadap Program Pemulihan
4.1 Refleksi
Pendidikan pemulihan matematik menekankan kepada murid yang mempunyai masalah
pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu murid yang belum menguasai kemahiran selepas
proses pengajaran di dalam kelas. Melalui program ini, murid dapat mengembangkan
potensi diri dan menunjukkan kebolehan mereka. Masalah-masalah pembelajaran tidak
berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Pada masa yang sama,
guru dapat memberi perhatian dan bimbingan secara berterusan secara berkumpulan atau
individu.
Namun setiap kelebihan yang diberikan pasti ada kekurangan. Di antara kekurangan
yang dapat dikenalpasti ialah kurangnya pemantauan berkala daripada pentadbir,
pegawai pelajaran daerah dan negeri, nazir serta pegawai kementerian. Pemantauan perlu
bagi memperbaiki program ini dan memberi bimbingan kepada guru. Selain itu,
pergaulan sosial murid yang tidak matang menjadikan mereka kurang berpengalaman
dalam pengurusan diri dan sukar bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Kematangan
mental murid yang lemah menyebabkan murid pemulihan kurang berkebolehan dalam
memahami pelajaran dan membina konsep matematik. Mereka juga tidak mahir
membaca dan kurang fasih berbahasa. Kelemahan inilah yang menyebabkan pencapaian
matematik mereka menjadi lemah. Seterusnya, pentadbir juga perlu didedahkan dengan
program pendidikan pemulihan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Bengkel, kursus dan taklimat dari masa ke semasa perlu supaya pentadbir tidak alpa dan
leka dengan keperluan murid pemulihan khasnya.
15

Program pendidikan pemulihan matematik adalah satu aktiviti pengajaran untuk


menguasai kemahiran asas matematik tertentu yang dihadapi semasa aktiviti p&p di
dalam kelas. Justeru itu, bagi memantapkan lagi program pendidikan ini terdapat
beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian.

4.2 Cadangan Penambahbaikan Untuk Program Pemulihan


4.2.1 Penggunaan Teknologi Terkini
Hasil kajian menunjukkan penggunaan peralatan mudah alih dalam p&p
meningkatkan prestasi serta merangsang minat murid dalam mata pelajaran sains
dan metamatik (Metcalf, Milrad, & Cheek 2008). Dalam pengajaran ini, guru
menggunakan alat teknologi bagi memberi kefahaman dan menarik minat murid
untuk belajar. Sebagai contoh, memainkan video pembelajaran melalui telefon pintar
pasti mampu memberi impak yang positif dalam P&P.
4.2.2 Menambah Bilangan Guru
Bagi memastikan program pendidikan pemulihan matematik berjaya, bebanan guru
pemulihan perlu dikurangkan dengan menambah bilangan guru di sekolah. Bak kata
pepatah guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Hakikatnya di
sekolah guru terpaksa mengerah segala keringat untuk melaksanakan kerja
pengkeranian yang diarahkan oleh pentadbir berbanding dengan tugas hakiki iaitu
mengajar. Namun demikian, usaha untuk memartabatkan profesion perguruan yang
dilakukan oleh kerajaan tepat pada masanya bagi menangani masalah kekurangan
guru disamping meningkatkan kualiti pendidikan negara.
4.2.3 Ruang Pameran dan Aktiviti Rekreasi Matematik

16

Persekitaran kelas yang kondusif dapat merangsang minat dan semangat murid
untuk terus belajar. Oleh demikian, guru harus mewujudkan ruang pameran dan
aktiviti rekreasi matematik yang lebih kreatif di dalam kelas pemulihan khasnya dan
bilik darjah amnya. Aktiviti seperti cabaran matematik, mathemagic, aktiviti
manipulatif dan permainan matematik amat penting untuk murid memperkukuhkan
kefahaman dalam pembelajaran kemahiran dan konsep matematik.

5.0 Kesimpulan
Dewasa ini pendidikan negara mula menerima perubahan demi perubahan untuk
mencapai taraf negara maju dan melahirkan modal insan yang terbilang. Dengan berkat
kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh guru dan murid maka
lahirlah mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat. Jelaslah bahawa
pendidikan pemulihan mampu membetulkan sesuatu kekurangan.
Oleh itu, guru harus mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini supaya
pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara yang betul. Teknik, kaedah
dan pendekatan yang sesuai bagi setiap situasi pengajaran pemulihan perlu dititik
beratkan untuk menjamin kejayaan objektif dan matlamat pendidikan pemulihan itu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab
yang berat bagi guru. Namun demikian, guru berperanan menjadi agen perubahan di
dalam masyarakat bagi menggerakkan usaha memartabatkan pendidikan negara.

17

(3398 patah perkataan)


6.0 Rujukan
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian
Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman.
Arbakyah, Hassan. (2010). Isu-isu program pemulihan di sekolah. Retrieved: October 20,
2012 from http://lestari-intelek.blogspot.com
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan Kajian
Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Christina Agang. (2006): F & f dan Matematik: Dilema Seorang Konstruktivis, ms 91-101.
Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (2003) Exceptional learners : Introduction to special
education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon
Janting Ak Ringkai. (2006). Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama
IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak : daripada Grid ke
JSPG, ms 102-110
Kamus Dewan. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR
(Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Law Hie Hieng @ Law Hui Hui. (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
Pej. Pelajaran Gabungan Bhg Sri Aman & MP Batu Lintang. Menulis nombor 0 hingga
10, 121

18

Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Selangor : PTS Professional
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik: dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa . Selangor : PTS Professional

19

You might also like