Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Keturunan dan variasi

Bab 3

Gen, DNA dan kromosom


Badan kita terbina dari berjuta-juta sel.
Dalamselini terdapat pusat aktiviti
yang disebut sebagai nukleus.
Dalam nukleus pula terdapat
kromosom yang mengandungi gen.
Gen inilah yang mengawal sifat kita.
Contohnya ia mengawal samaada
rambut kita kerinting atau tidak.

Kromosom dan gen terdiri daripada


molekul besar yang disebut sebagai
asid deoksiribonukleik (DNA)
Kromosom dan gen wujud secara
berpasangan

Organisma bagi spesies yang sama


mempunyai bilangan kromosom
yang sama dalam selnya
Organisma

Bilangan kromosom di dalam


nukleus

Manusia

46

Lembu

60

Tikus

40

Jagung

Bawang

20

Lalat buah

16

Kromosom manusia

Pembahagian sel
Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya
boleh membahagi.
Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan
meiosis.
Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan
menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan
kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen
asal [kadang kala digelar 'gen induk'].
Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk
menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan
kromosom dalam sperma ialah separuh dari
bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23
kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk
(46 kromosom).

Mitosis
Proses pembahgian sel menghasilkan
dua sel yang serupa dengan sel induk

Kepentingan mitosis
1. Menghasilkan sel baru untuk
pertumbuhan
2. Menggantikan sel yang lama atau sel
yang sudah mati
3. Pembiakan aseks
4. Menjamin sel anak mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan sel induk

Meiosis
Meiosis berlaku dalam organ pembiakan
untuk menghasilkan gamet (sel seks)

Mitosis vs meiosis

MITOSIS

MEIOSIS

a) Berlaku dalam sel soma

a) Berlaku dalam organ


pembiakan (testis/ovari)

b) Untuk pertumbuhan fizikal

b) Untuk pembentukan sel


gamet (sperma/ovum)

c) Menghasilkan 2 "sel anak"


setiap pembahagian

c) Menghasilkan 4 "sel anak

d) Tidak menyebabkan variasi

d) Menyebabkan variasi

Penentuan seks anak dan


kejadian kembar pada
manusia
Sel badan manusia mempunyai 46
kromosom atau 23 pasang kromosom
22 pasang kromosom autosom
1 pasang kromosom seks

Terdapat dua kromosom seks iaitu X dan Y


Perempuan mempunyai 44 autosom dan
sepasang kromosom X (44 + XX)
Lelaki mempunyai 44 autosom dan satu
kromosom X dan satu kromosom Y (44 + XY)

Penentuan seks
Semasa proses meiosis
Perempuan menghasilkan satu jenis ovum
sahaja iaitu 22 + X
Lelaki menghasilkan dua jenis sperma iaitu
22 + X dan 22 + Y

Seks jantina bayi ditentukan oleh jenis


sperma
Sekiranya 22 + X disenyawakan zigot
berkembang menjadi bayi perempuan
Sekiranya 22 + Y disenyawakan zigot
berkembang menjadi bayi lelaki

Kejadian kembar pada


manusia
Kembar seiras
Satu ovum disenyawakan oleh satu
sperma
Satu zigot terbentuk dan membahagi
secara mitosis membentuk dua embrio
Dua embrio berkembang menjadi dua
fetus dan berkongsi satu plasenta
Embrio berkembang menjadi bayi yang
mempunyai sama jantina

Ciri- ciri kembar seiras


Mempunyai maklumat genetik yang
sama
Mempunyai sifat fizikal yang sama

Kembar tak seiras


Dua ovum dibebaskan oleh ovari
Kedua-dua ovum disenyawakan
serentak oleh dua sperma
Dua zigot terbentuk dan berkembang
menjadi fetus
Setiap fetus mempunyai plasenta
tersendiri

Ciri-ciri
Mempunyai maklumat genetik
berbeza
Boleh mempunyai jantina yang sama
ataupun berbeza
Mempunyai sifat fizikal berbeza

You might also like