Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Kerjaya luas dalam bidang sains nuklear

SAINS nuklear adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian


untuk memanfaatkan sinaran yang terbit daripada nukleas radioaktif dan
juga sinaran lain seperti sinar x dan alur elektron.
Pendidikan sains nuklear memberi tumpuan kepada aspek
teknologi dan gunaan di samping memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ia
bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu yang berkaitan dengan
penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian,
perubatan, industri, alam sekitar dan sains asas.

Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang


dipelajari, program latihan industri diatur untuk setiap
pelajar semasa cuti semester di sektor industri yang
berkaitan, institusi penyelidikan dan hospital.
Dari segi peluang kerjaya, lulusan bidang ini tidak
menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan
kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama
ada disektor awam dan swasta.

Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah


jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan
alam sekitar, perunding, pegawai ujian tanpa musnah
(NDT) pegawai saintis serta pegawai-pegawai di
syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri


rawatan sisa radioaktif, radiografi, perubatan serta
institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan
tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi
sinaran.
Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah
lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaranmata pelajaran Sains dan Matematik.
Bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka
perlu mengikuti program Matrikulasi selama satu
hingga satu setengah tahun sebelum diterima masuk
ke program peringkat sarjana muda.
Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun
pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata
pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang
berkaitan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satusatunya universiti menawarkan pengajian dalam bidang
ini.

Kerjaya untuk penggemar makanan


JIKA anda seorang penggemar makanan dan dalam masa yang sama
meminati subjek-subjek sains di sekolah, mungkin kerjaya yang paling

sesuai untuk anda fikirkan ialah saintis makanan atau ahli teknologi
makanan.
Tugas utama seorang saintis atau ahli teknologi makanan adalah untuk
mencari cara terbaik untuk memilih, menyimpan, memproses,
membungkus dan mengedarkan hasil keluaran makanan.

Selain itu, seorang saintis dan ahli teknologi makanan


juga bertanggungjawab untuk memastikan bahanbahan yang akan digunakan dalam makanan yang
dihasilkan.
Bersesuaian dengan kerjanya, seorang saintis dan ahli
teknologi makanan perlu mempunyai pengetahuan
yang mendalam mengenai sifat-sifat semulajadi dan
komposisi sesuatu makanan.
Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa akan terjadi
kepada rasa, warna dan juga kandungan zatnya apabila
sesuatu makanan itu dimasak atau disimpan.

Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini, mereka


yang berhajat untuk menjadi ahli teknologi atau saintis
makanan perlu mendalami bidang-bidang sains seperti
biologi, mikrobiologi, kimia dan kejuruteraan.
Pengetahuan dalam bidang ini akan memastikan
makanan yang diperoleh pengguna adalah selamat dan
berkualiti tinggi.

Justeru, bagi yang berminat untuk mendalami bidang


ini, mereka perlulah memilih aliran sains di peringkat
sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke
universiti-universiti yang menawarkan bidang ini sama
ada di peringkat diploma atau ijazah pertama.

Antara universiti tempatan yang menawarkan bidang


pengajian yang akan melayakkan seseorang itu
menjadi ahli teknologi atau saintis makanan ialah
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
Gaya hidup masyarakat kini yang semakin gemarkan
kepada makanan-makanan yang diproses dan
ditambah dengan perkembangan pesat industri
makanan, masa depan mereka yang memiliki kelulusan
dalam bidang ini sangat cerah.

Sains Marin bukan sekadar di laut

ROHANA MAN
TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam
bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini
maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.
Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya
yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.

Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di


kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang
selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan;
ekonomi atau komputer.
Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi
pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah


sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja
berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.
Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan
Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr.
Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para
graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.
Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang

mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain
adalah biasa bagi graduan sains marin.

Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan;


pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.
Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi;
ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur
bioteknologi marin.
Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut
mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.
Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang
kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.

Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi
pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.
Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang
pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.
Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor
falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.
Ahli farmasi pastikan bidang perubatan lancar

RAMAI daripada kita hanya biasa dengan profesion doktor


apabila bidang perubatan di bincangkan. Sebenarnya, selain
doktor, satu lagi bidang yang sangat penting ialah farmasi.
Farmasi atau bidang pengurusan serta penggunaan ubatanubatan penting dalam memastikan bidang perubatan berjalan

lancar.
Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam
menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan
berkesan.
Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di hospital,
kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit
penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal
Kebangsaan, universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian
Kesihatan.
Seorang ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan
menguruskan semua aspek yang berkaitan penggunaan ubat
bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar.

Gambar seorang ahli farmasi

Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu


memberikan kaunseling kepada pesakit semasa
memberikan ubat kepada pesakit.
Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi
memainkan peranan yang sangat penting dalam

bidang penyelidikan dan pembangunan,


pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran
ubat serta permohonan.
Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai
cabang pekerjaan yang pelbagai kerana ia
melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang
berminat dalam bidang ini perlu mempunyai
kefahaman dan kelulusan yang baik dalam
bidang sains.
Pelajar mempunyai dua saluran untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu
sama ada menggunakan kelulusan di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (SPTM).
Bagi lulusan SPM, pelajar perlu menduduki
program Matrikulasi atau A Level manakala
lulusan STPM (aliran sains) boleh terus memohon
untuk mengikuti ijazah pertama di universitiuniversiti yang menawarkan program ini.
Antara universiti-universiti tempatan yang
menawarkan pengajian dalam bidang farmasi
ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

AHLI VIROLOGI :)
Hai semua!!!
Anda semua pernah tak mengalami penyakit seperti
demam dan selesema? Mesti pernah kan...
Pernah tak anda terfikir siapa yang mengkaji penyakit
seperti ini dan mengenalpasti tahap bahaya virus yang
membawa penyakit ini?
Ha, kali ini, mari kita lihat apa tugas AHLI VIROLOGI
dalam memastikan kesihatan kita semua...
VIROLOGI adalah kajian yang merangkumi pelbagai
aspek virus yang boleh menyebabkan berbagai-bagai
jenis penyakit pada manusia dan haiwan.
Virologi adalah salah satu cabang dalam sains
bioperubatan.
Terdapat banyak virus dari yang ringan seperti selsema
kepada yang berat seperti AIDS dan yang terbaru

coronavirus yang menyebabkan penyakit Sindrom


Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Ahli virologi adalah mereka yang mempunyai kelulusan
dan kepakaran dalam bidang biologi.
Memandangkan virologi melibatkan bidang kajian dan
penyelidikan, persekitaran kerja bagi seorang saintis
virologi kebanyakannya melibatkan kerja-kerja makmal.

Malah pengalaman di dalam makmal-makmal kajian


sebenarnya sangat penting bagi seorang saintis
virologi.
Selain bekerja di dalam makmal-makmal penyelidik,
seorang saintis yang mempunyai kepakaran dalam
bidang virologi ini juga diperlukan di Bahagian
Epidemiologi dan Kawalan Penyakit di Kementerian
Kesihatan.
Peranan penting seorang saintis virologi di bahagian ini
ialah untuk memantau dan mengawal merebaknya
penyakit-penyakit berjangkit.
Satu lagi elemen penting dalam bidang virologi ini ialah
epidemiologi iaitu kajian bagaimana penyakit
berjangkit daripada seseorang kepada seseorang.
Tanpa pengetahuan dalam bidang ini, seseorang saintis
itu tidak boleh memahami bagaimana mengawal
sesuatu virus atau bakteria.

Seperti biasa, jika anda berminat untuk menceburi


bidang ini, anda perlulah mempunyai asas yang kuat
dalam bidang sains terutamanya dalam bidang biologi.
Terdapat banyak universiti awam di negara ini yang
menawarkan pengajian dalam bidang ini.
Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan
Universiti Sains Malaysia (USM).
Kebanyakan program virologi ini ditawarkan sama ada
di bawah fakulti sains hayat, sains biologi ataupun sains
bioteknologi.
Ha, bagaimana? Berminat untuk menjadi ahli virologi?
Bidang kerja mereka juga unik dan mencabar dan
memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mengenalpasti
jenis virus yang mereka temui.
Apa-apapun, semoga berjaya untuk mencapai cita-cita
anda!!!

AHLI FORENSIK:)
Hai, bertemu kembali!!!
Anda semua pernah tak berangan untuk menjadi
seorang AHLI FORENSIK seperti dalam cerita CSI?
Prospek kerjaya mereka kelihatan menyeronokkan
walaupun agak mencabar emosi, mental dan fizikal.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita samasama membaca artikel di bawah ini...

Melihat siri televisyen berbentuk penyiasatan, Crime


Scene Investigation (CSI) nyata sangat mengujakan,
terutama bagi yang meminati bidang sains kerana
memperlihatkan keupayaan sekumpulan pakar dalam
merungkai pelbagai jenis kes jenayah. Sejak siri itu
disiarkan, bidang penyiasatan saintifik atau lebih
dikenali sebagai forensik semakin dikenali dan diminati,
sekali gus ramai yang mengidamkann kerjaya Ahli
Forensik sebagai cita-cita masa depan mereka.

Ahli Forensik adalah individu yang bertanggungjawab


menyiasat jenayah dengan mengumpul dan
menganalisis bukti fizikal seperti cap jari, bekas tapak
kasut, kesan laluan tayar kenderaan dan juga autopsi.

Perkataan "forensik" bermaksud "yang berkaitan


dengan hukum". Yang mana sains forensik
menyelesaikan masalah hukum dengan menerapkan
prinsip-prinsip saintifik. Ahli forensik melakukan
komprehensif saintifik kimia dan analisis tentang bukti
fizikal yang diajukan oleh lembaga penguatkuasa
undang-undang. Pekerjaan mereka seringkali
berperanan dalam menangkap dan membasmi
jenayah. Walaupun kebanyakan tumpuan sains forensik
adalah berkenaan tentang kes-kes jenayah dan kadangkala disebut sebagai criminalist, mereka turut bekerja
di dalam sistem penghakiman sivil, contohnya
melakukan perbandingan tulisan tangan untuk
menentukan kesahihan tanda tangan terhadap surat
wasiat.

Kerjaya forensik boleh dibahagikan kepada 2 bahagian


utama iaitu di makmal dan lapangan. Setiap satu
daripadanya saling kaitan antara satu sama lain.
Kesukaran sesuatu kes adalah bergantungan kepada
jumlah bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian,
sebelum dikumpulkan untuk dianalisis.
Lapangan. Penyiasatan terhadap kes jenayah yang berlaku di tempat
kejadian seperti kebakaran, letupan, dan pembunuhan. Segala bukti-bukti di
tempat kejadian seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar
kenderaan, tompokan darah, kesan kebakaran atau letupan direkodkan dan
dikumpulkan untuk dianalisis. Kerjaya Forensik ini memerlukan penglihatan
yang tajam kerana sehelai rambut yang melekat pada kertas hitam di dalam
kawasan yang hitam dan gelap boleh dijadikan bukti yang sahih untuk
membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan. Makmal. Segala
bahan bukti yang telah dikumpulkan semasa di tempat kejadian di perhalusi
dan dianalisis untuk mendapatkan kaitan terhadap kes.

Berikut merupakan 4 skop utama bidang kerja ahli


forensik

Merakam jejak penemuan dan mengumpul bukti daripada adegan-adegan jenayah atau kemalangan.
Menganalisis sampel seperti rambut, cairan tubuh, kaca, cat dan ubat-ubatan di makmal.
Mengaplikasi pelbagai teknik yang sesuai seperti perbandingan DNA profil, menjangka masa kejadian,
serta deduksi terhadap kes.
Memberikan bukti di mahkamah, sebagai bukti sahih untuk mensabitkan tertuduh bersalah.

Antara skop-skop bidang tugasan kerja ahli forensik


yang lain adalah

Memeriksa, menguji, dan menganalisis sampel rangkaian, zat kimia, fizikal bahan, dan bukti balistik.

Merakam, mengukur, dan membuat pengujian data-data dan bukti-bukti jenayah di tempat kejadian
dengan menggunakan peralatan khas.

Menginterpretasikan penemuan-penemuan makmal dan keputusan ujian untuk mengenalpasti dan


mengelaskan bahan, material, dan bukti-bukti lain yang dikumpulkan di tempat kejadian.

Mengumpul dan mengekalkan bukti-bukti jenayah yang digunakan untuk menyelesaikan kes-kes.
Membuat perbandingan balistik, cap jari, tulisan tangan, dokumen, elektronik, perubatan serta bahan
kimia, mengenai bukti dan deduksi terhadap bagaimana jenayah dilakukan.

Melakonkan semula jenayah di tempat kejadian untuk menentukan hubungan di antara bukti-bukti sedia
ada.

Menyiapkan laporan kes, deduksi penemuan, kaedah penyiasatan, serta hasil daripada kajian makmal.

Seorang ahli forensik perlulah mempunyai ciri-ciri krediabiliti seperti


berkemahiran berkomunikasi dengan lancar, mempunyai daya fokus
dan pemerhatian yang tajam, bekerja secara logikal dan berstruktur,
berkebolehan untuk bekerja dalam suasana yang tegang,
berkemahiran untuk membuat deduksi bayangan serta
mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Oleh itu, bagi adik-adik yang berminat untuk menjadikan kerjaya forensik ini sebagai satu profession, adik-adik
bolehlah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) sebelum melanjutkan pengajian ke
bidang Sarjana Sains (Sains Forensik) yang mana ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Melalui kursus ini
juga, adik-adik berpeluang untuk merasai suasana kerja ahli forensik yang sebenar melalui penempatan
praktikum makmal (Lab Practicium) di Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia(PDRM) semasa Latihan Industri
serta merasai sendiri suasana di dalam mahkamah sebagai saksi pakar melalui sesi Moot Court.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke


FacebookKongsi ke Pinterest
13 ulasan:
1.
Rohana Rahman13 November 2012 3:55 PG
Amboi banyaknya tugas ahli farmasi ye cikgu. Tak kesahlah tu cikgu ,yang
penting maklumat yang saya dapati daripada blog cikgu.Tambahkan lagi
informasi cikgu untuk rakan-rakan pembaca blog yang lain.
Balas

You might also like