Sejarah Project Contoh pt3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pengenalan

Menjelang tahun 1874 British melaksanakan dasar campur


tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Namun begitu langkah mencampuri urusan dalam negeri Melayu
telah bemula lebih awal di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas
termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab
campur tangan tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris
terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara
seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di
Indonesia. British tidak mahu kepentingan ekonominya di Negeri
Melayu diancam oleh kuasa ini.

Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor,


Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempatempat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai
cara pentadbiran atau pemerintahan. Kejayaan British menguasai
negeri tersebut banyak disebabkan oleh pertelingkahan antara
raja dan pembesar negeri di samping berebut pengaruh dan
kuasa.

Namun begitu sistem Residen memiliki beberapa kelemahan yang


ketara yang turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu
pada masa itu kuasa Residen telah menjadi dominan dalam
pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa pentadbiran
dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana Residenlah yang
menjalankan semua urusan pentadbiran. Nasihat resdien
sebenarnya merupakan kata putus yang perlu diikuti oleh sultan.
Namun ada sesetengah Residen juga turut

campur dalam isu berkaitan adat resam pembesar dan raja pada
masa itu.

Sistem Residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana


kuasa Residen di setiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan
tidak memiliki satu panduan tugas yang sama antara keempatempat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan terdapatnya idea
menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah
pentadbiran.

Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri


Sembilan dan Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham
pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil
Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada
Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan .
Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan
akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif
dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang
dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan
persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani
perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan

1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik


di Perak pada 1874, Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan
Negeri Sembilan(1895 ).Walau bagaimanapun, Residen tidak
diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negerinegeri Melayu. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam
pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang
kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undangundang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri
tersebut.

2. Menghadkan kuasa Residen


Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul
sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak
dapat menyekat kuasa Residen kerana terpaksa merujuk kepada
Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Semua undangundang yang diluluskan mesti ditandantangani oleh Residen
sebelum berkuatkuasa.

3. Masalah kewangan Pahang

British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai


prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang
merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil
bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi
masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British
mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir
tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600
ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu.

Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku


kebangkitan Pahang 1891-1895.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya
seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu
negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini
digabungkan sebagai satu unit politik.

4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan
menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak
pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku
lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari
segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan
persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.

Kesan-kesan

1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan


keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.
Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya
diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan
dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan,
Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana
semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan.

Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti


kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina,
kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik
sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.

2. Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan


Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam
persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak
dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan
Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.

3. kestabilan ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu


Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada
kestabilan ekonomi,lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat
digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.
contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896
berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun
1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan
perusahaan bijih timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih
timah dari negeri Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan
berjumlah 20000 tan. Dan menjadi 700000 tan pada tahun 1904.
Ianya berdasarkan faktor penggunaan kapal korek yang
digunakan oleh pelabur tersebut.

Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin


berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar
dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

4. kemajuan perkhidmatan sosial

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti


perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. . Pada tahun
1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904
kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340
batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah didirikan .Pada tahun
1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah
sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. .

PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DAN KEDAULATAN


MALAYSIA
Konsep federalisme (persekutuan) di Malaysia diguna pakai
sejak 1896
Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah
berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri
terlibat. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan
berpusat berkenaan
Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua
negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian
persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali

sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan pusatnya


berada di Kuala Lumpur
Peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1),
PerlembagaanPersekutuan 1957 dengan jelas menyatakan
bahawa Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
Konsep federalisme (persekutuan) menonjolkan ciri-ciri
pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
seperti masa kini
Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang
kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan
negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasakuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan
Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam
negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri
Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di
Malaysia ialah ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong
Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara
mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan
diperkenalkan
Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan
Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang
baginda warisi
Konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka
masih lagi berjalan dengan berkesan di Malaysia. Prinsip
pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif,
badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan
dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih lagi kukuh
dan dapat berfungsi dengan baik

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/perkaitanpembentukan-persekutuan-dan-kedaulatanmalaysia.html#ixzz3eXfocTYq

You might also like