Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.

12 Analisis Kesalahan Newman


Berdasarkan soalan subjektif yang telah dijawab, saya telah memiliih lima orang
murid yang mempunyai masalah yang sama untuk lima soalan. Soalan yang lima
orang murid ini mempunyai masalah ialah soalan subjektif nombor 4, 5, 7, 9 dan 10.
Saya menggunakan analisis kesalahan Newman untuk menganalisis masalah yang
dialami oleh murid yang terpilih. Fasa analisis kesalahan Newman adalah seperti
berikut

PEMBACAAN

Kebolehan membaca semula soalan


kepada diri sendiri dengan senyap dan
meminta bantuan guru jika terdapat
perkataan yang tidak difahami

PEMAHAMAN

Kebolehan memberitahu guru mengenai


kehendak soalan

TRANSFORMASI

Kebolehan untuk mendapatkan jawapan

KEMAHIRAN PROSES

Keupayaan menyelesaikan masalah


tersebut dan kemudiannya memberitahu
guru apa yang dia (murid) fikirkan

35

Kebolehan menulis jawapan dengan betul

PENGEKODAN

2.12.1 Pembacaan
Bagi soalan nombor 5, murid terpilih telah membacakan soalan kepada saya.
Mereka tidak dapat memahami kehendak soalan. Saya memberitahu kepada
mereka bahawa mereka perlu menggunakan operasi tolak iaitu 451 321.
2.12.2 Pemahaman
Bagi soalan nombor 9, Murid bertanya kepada saya mengenai apa yang perlu
dilakukan. Saya pun bertanya kepada mereka apa kehendak soalan itu? Mereka
menjawab bahawa mereka diminta untuk melukis pelbagai tiga bentuk berlainan
untuk melambangkan satu per tiga. Mereka pun melukis tiga bentuk berlainan.
Walau bagaimanapun, mereka mengalami masalah dalam membahagikan bentuk
yang telah dilukis kepada tiga bahagian yang sama.
2.12.3 Transformasi
Bagi soalan nombor 7, saya telah menerangkan kepada murid bahawa terdapat 5
reban ayam. Di dalam setiap reban terdapat 6 ekor ayam. Saya pun menjelaskan
kepada murid bahawa soalan ingin mencari jumlah keseluruhan ayam. Saya pun
bertanya kepada murid mengenai kaedah yang mereka perlu gunakan untuk soalan
ini.
2.12.4 Kemahiran Proses
Bagi soalan nombor 4, murid mengalami masalah dalam menulis dalam bentuk
lazim. Mereka lemah dalam menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut rumah.
Saya pun menerangkan konsep rumah kepada mereka. Selepas itu, saya menyuruh
mereka untuk menyemak setiap langkah yang telah mereka tulis dan saya meminta
mereka untuk membetulkan kesilapan mereka. Saya juga meminta mereka untuk
membuat justifikasi berdasarkan pembetulan yang telah mereka lakukan.

36

2.12.5 Kemahiran Pengekodan


Bagi soalan nombor 10, murid mengalami masalah dalam menzahirkan nilai
daripada gambarajah kepada bentuk nombor. Saya pun menerangkan kepada
mereka bahawa kawasan berlorek penuh melambangkan 1, dan kawasan yang tidak
berlorek penuh bermula dengan 0. Berdasarkan jumlah kawasan yang berlorek.
Selepas itu, saya pun bertanya kepada mereka apa jawapan untuk soalan ini. Saya
meminta mereka untuk menunjukkan jawapan mereka.

37

You might also like