Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBEF2703
KO-KURIKULUM
JANUARI 2014
TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 2
PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN
Sebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, perancangan yang rapi amat perlu. Oleh itu,
anda perlu:
(i) membentuk satu Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Ahli Jawatankuasa ini boleh
terdiri daripada rakan guru sama sekolah atau murid-murid anda sendiri. Contoh murid Tahun
Enam. Antara aktiviti Jawatankuasa Pengelola adalah:

merangka jadual kerja (contoh Carta Gantt)

mempromosi pertandingan

menyediakan tempat pertandingan

menyediakan peralatan yang diperlukan

merangka carta pertandingan

melantik pengadil pertandingan

menyediakan syarat-syarat pertandingan

surat menyurat panggilan lantikan ahli jawatankuasa; mesyuarat Jawatankuasa;


pinjaman peralatan

lain-lain perkara berkaitan.


Name

: Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis

Matric number

: 840726135564001

NRIC

: 840726-13-5564

Telephone number : 013-3992617


E-mail address

: huda_idz@yahoo.com

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Nama Tutor: En. Mohamad Arif bin Abdul Rani


Learning Centre: OUM Mentakab
September 2013 Semester

KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0

PENGENALAN
1.1

Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

2.0

MERANGKA JADUAL KERJA (CONTOH CARTA GANTT)

3.0

MEMPROMOSI PERTANDINGAN

3.0

MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

4.0

MENYEDIAKAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN

5.0

MERANGKA CARTA PERTANDINGAN

6.0

MELANTIK PENGADIL PERTANDINGAN

7.0

MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.0

SURAT MENYURAT PANGGILAN LANTIKAN AHLI


JAWATANKUASA; MESYUARAT JAWATANKUASA;
PINJAMAN PERALATAN

9.0

KESIMPULAN

10.0

RUJUKAN

HBEF2703

1.0

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

PENGENALAN
Sebelum sesuatu pertandingan dilaksanakan, Ahli Jawatankuasa Pengelola perlu

mengatahui peraturan am pertandingan dan syarat-syarat pertandingan permainan tradisional


ini. Syarat-syarat dan peraturan am pertandingan yang dilaksanakan ini merupakan hak
mutlak pengelola kejohanan.
1.1

Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan


Di dalam pelaksanaan sesuatu pertandingan, pengelola sukan hendaklah

membnetuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Kebiasaannya, sistem giliran


digunakan bagi penganjuran pengelolaan ini. Senarai tugas Jawatankuasa Pengelola
ialah seperti menentukan tempat, masa dan arikh pertandingan setelah berbincang di
dalam mesyuarat induk, melantik pegawai yang bertauliah, menyediakan peralatan,
tempat, makanan/minuman dan kelengkapan lain sebulan sebelum kejonan.
Selain itu, Jawatankuasa ini perlu menjemput ahlijawatankuasa yang lain
mengikut senarai jawatankuasa yang telah dipersetujui bersama, mengedarkan notis
mesyuarat jawatankuasa pengelola serta semua perkara yang tidak dinyatakan di
dalam peraturan am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan rasminya
dan muktamad. Ahli-ahli jawatankuasa pengelola perlu dibentuk seperti berikut Ahli
Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja.

1.1.1

Ahli Jawatankuasa Induk


Pengerusi
Timbalan pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari

:En. Khairuddin bin Yaakob


:En. Wan Saiful Adli bin Wan Mohamad
:Pn.Noor Rulhuda bt Mohd Samjis
:Cik Nafisah bt Azemy
:Pn. Noriza bt Mohamad Nasir

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

1.1.2

Ahli Jawatankuasa Kerja


AJK Pertandingan
AJK Teknikal
AJK Publisiti
AJK Keselamatan
AJK Persiapan tempat
AJK Minuman/Makanan
AJK Protokol dan Jemputan
AJK Statistik dan Keputusan
AJK Hadiah dan Cenderamata
AJK Serantau
AJK Kewangan

2.0

:Pn. Nor faezah bt Zakaria


:En. Mohd Sahran bin Ismail
:Pn. Noor Rulhuda bt Mohd Samjis
:En. Syahirman bin Abd Sukor
:En. Faizuddin Sabunar
:Pn. Julina bt Tarikat
:Pn. Jasimah bt Jabar
:Pn. Mohaiza bt Mohamad
:Pn. Rohaida bt Muda
:Pn. Enieza bt Mohamad
:Pn. Norlizan bt Borhan

MERANGKA JADUAL KERJA (CONTOH CARTA GANTT)


Carta Gantt di bawah ini adalah merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan ahli

jawatankuasa Pengelola sepanjang pelaksanaan pertandingan yang diadakan nanti. Dengan


adanya jadual kerja berikut, semua ahli jawatankuasa akan berkerjasama untuk menjayakan
dan melancarkan pertandingan permainan tradisional yang akan di lakukan nanti. Contoh
carta gantt yang dibuat adalah seperti berikut:

CARTA GANTT PERTANDINGAN BATU SEREMBAN


SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH
4

HBEF2703

BIL

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

JA
N

AKTIVITI

FEB

MA
C

AP
R

MEI

JUN

JUL

OGS

SEP

OKT

PELAKSANAAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

MESYUARAT
AJK
INDUK
PERLANTIKAN AJK
KERJA
MESYUARAT AJK
MEMPROMOSI
PERTANDINGAN
PENDAFTARAN
PESERTA
MENYEDIAKAN
TEMPAT
MENYEDIAKAN
PERALATAN
MERANGKA CARTA
PERTANDINGAN
MELANTIK
PENGADIL
MENYEDIAKAN
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
LATIHAN MURID
SURAT
MESYURAT
PANGGILAN
PERTANDINGAN

X
X
X

X
X
X
X
X
X
X
X

X
X
X

Jadual 1.1 Carta Gantt Pertandingan Batu Seremban

3.0

MEMPROMOSI PERTANDINGAN
Setelah membina carta gantt yang dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa,

pengelola perlu membuat promosi pertandingan untuk kemukakan kepada semua pelajar
sasaran yang telah dibincangkan. Promosi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar yakni
peserta agar berminat dan cintakan permainan tradisional ini. Setiap peserta dikehendaki
mendaftar nama kepada guru yang menganjurkan dan menghantar borang senarai nama
peserta pertandingan yang akan diedarkan kepda pelajar. pertandingan permainan tradisional
ini dilakukan seramai 8 orang secara individu yang mana kumpulan sasaran adalah pelajar
perempuan tahap 2. Contoh borang peserta ialah seperti di bawah:

BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN


5

HBEF2703

BIL

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

NAMA PESERTA

KUMPULAN

NO. KAD
PENGENALAN

1
2
3
4
5
6
7
8
Jadual 1.2 Borang Senarai Nama Peserta Pertandingan

PROMOSI PERTANDINGAN

Rajah 1.1 Promosi Pertandingan


3.0

MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN


Para peserta yang telah dipilih untuk dipertandingkan, mereka akan membuat latihan

bagi persediaan hari bertanding yang telah ditetapkan. Jawatankuasa pengelola akan

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

menyediakan persiapan tempat untuk peserta bertanding. Tempat yang diadakan adalah di
Dewan Sekolah Rendah Agama At-Taqwa seperti dalam rajah berikut:
DEWAN SRA AT-TAQWA TEMERLOH
KEDUDUKAN PESERTA

KEDUDUKAN
HAKIM
KEDUDUKAN PENONTON

Rajah 1.2 Dewan SRA At-Taqwa

4.0

MENYEDIAKAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN


Setelah persiapan tempat sudah dirancang, pengelola perlu memikirkan dan bertindak

untuk penediaan peralatan yang diperlukan semasa pertandingan diadakan. Peralatan yang
biasa digunakan ialah seperti meja dan kerusi untuk para hakim dan penonton, P.A sistem
untuk juruacara dan pengerusi majlis untuk membuat pengumuman dan sebagainya semasa
hari bertanding. Untuk menepati prosedur pertandingan, pengelola hendaklah membuat satu
surat pinjaman peralatan kepada pihak sekolah. Contoh surat tersebut akan di lampirkan pada
bilangan 8.0 di bawah.

5.0

MERANGKA CARTA PERTANDINGAN


Berikut adalah merupakan carta pertandingan semasa hari pertandingan permainan

tradisional tersebut diadakan. Pemenang yang merangkul tempat Johan, Naib Johan dan
ketiga akan mendapat hadiah sebuah hamper istimewa.
7

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

JOHAN
E

Rajah 1.3 Carta Pertandingan


6.0

MELANTIK PENGADIL PERTANDINGAN


Semasa pertandingan permainan tradisional ini dilaksanakan, pihak pengelola perlu

melantik pengadil pertandingan untuk mengadili sesuatu pertandingan yang diadakan. Peserta
perlu mematuhi arahan dan peraturan serta syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
Pihak pengelola perlu menyediakan surat perlantikan pengadil untuk pertandingan yang
8

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

dilancarkan. Kemudian, surat tersebut hendaklah diberi kepada pihak yang ingin dilantik
sebagai pengadil dalam pertandingan itu. Berikut adalah contoh surat perlantikan pengadil
pertandingan:
SEKOLAH RENDAH AGAMA AT- TAQWA (SABK)
KM 4,JALAN TANJONG LALANG,JALAN MENTAKAB,
28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR
______________________________________________________________________________

Ruj. Kami
Tarikh

:
: 15 APRIL 2014

Kepada :
Tn. Hj. Busah bin Abu Bakar
Melalui dan Salinan
Pengetua/Guru Besar
SMK TEMERLOH JAYA,
TEMERLOH
Tuan
PELANTIKAN

SEBAGAI

PENGADIL

PERTANDINGAN

PERMAINAN

TRADISIONAL BATU SEREMBAN SRA AT-TAQWA 2014


Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk .
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Permainan Batu Seremban Peringkat

Sekolah akan diadakan seperti berikut:-

3.

Hari

: RABU

Tarikh

: 14 Mei 2014

Masa

: 2.00 5.00 ptg

Tempat

: Dewan SRA At-Taqwa Temerloh

Sehubungan dengan itu, tuan /puan dilantik sebagai pengadil dalam pertandingan

tersebut.

HBEF2703

4.

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Dipohon kerjasama tuan pengetua/guru besar agar dapat memberi pelepasan kepada

pegawai berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.


Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KAEDAH TERBILANG
Saya menurut perintah,
..
(EN. WAN SAIFUL ADLI BIN WAN MUHAMMAD)
GPK KOKURIKULUM
SRA AT-TAQWA
Rajah 1.4 Surat Pelantikan Pengadil Pertandingan

7.0

MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Berikut

merupakan

syarat-syarat

pertandinagan

permainan

tradisional

batu

serembanyang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BATU SEREMBAN
SEK. REN. AGAMA AT-TAQWA
1.0

PERATURAN PERTANDINGAN
1.1
PENGENALAN
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SEK.
REN. AGAMA AT-TAQWA 2014 anjuran Unit Kokurikulum Sek. Ren. Agama
At-Taqwa Temerloh.
1.2

TARIKH DAN TEMPAT


1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari
: RABU
Tarikh
: 14 Mei 2014
Masa
: 2.00 5.00 ptg
10

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Tempat
2.0

: Dewan SRA At-Taqwa Temerloh

SISTEM PERTANDINGAN
2.1
lapan orang peserta bagi satu pasukan (perempuan sahaja). Sistem
pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

3.0

PERATURAN PERMAINAN
3.1
Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentu mana3.2

mana buah yang berhampiran.


Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang

3.3

dilambung jatuh kelantai.


Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk

3.4

peringkat yang lain.


Pemain lain akan mengambil giliran mereka bermain apabila sesuatu kesilapan

3.5

yang telah dilakukan.


Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung pemain-pemainnya
diperingkat ia telah melakukan kesalahan.

4.0

CARA BERMAIN
Buah Satu Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang
dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan
tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah dilantai
dan dengan sekali lambing masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.
Buah Dua Sama seperti buah satu, Cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.
Buah Tiga Sama juga seperti buah satu dan buah dua, bezanya sekali lambung
pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.
Buah Empat Sama, Cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.
Buah Lima Serakkan biasa, ambil tiga buah ditangan kanan dan dua buah ditangan
kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan, sambil meletakkan kelantai buah-buah
yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi
lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua buah
ditangan kiri dan dua buah ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali
lambung kumpulkan buah ketangan kanan.
Buah Sentuh Seperti buah satu, Cuma sentuh sahaja setiap buah dilantai dengan
sekali lambung pungut kesemua buah.
Buah Pungut Sama, Cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan
ketangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ketangan kanan semuala.
Buah Tukar Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi
lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah dilantai. Ulang hingga

11

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

kesemua buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah ditangn kelantai
dan sekali lambung pungut kesemua buah.
Buah Lambung Sama seprti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan
cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah
dilantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ketangn kanan.
Buah Timbang Untuk menentukan mata timbang buah kebelakang tapak tangan
sekiranya dapat lima, disambut semula ketapak tangan dengan angka lima juga dan
mata dikira lima.
5.0
6.0

CARA MENENTUKAN KEMENANGAN


Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.
HUKUMAN DAN LARANGAN
6.1
MATI
a) Jika pemain tidak layak dapat menyambut buah yang dilambung.
b) Ketika memungut buah dilantai, tersentuh buah lain.
c) Pada langkah timbang, ketika menyambut semula ketapak tangan,

6.2

jumlahnya tidak sama.


d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.
Berbuat diluar permainan dia akan dibuang gelanggang.

7.0

YURAN PENYERTAAN
Setiap individu akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 5 per individu.

8.0

HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah berupa hamper istimewa akan diberikan kepada pemenang Johan, Naib Johan
dan tempat ke tiga sahaja setelah bertanding ke peringkat akhir.

9.0

TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Semua borang penyertaanyang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia
pertandingan pada atau sebelum 31 Mac 2014 (Isnin).

__________________________________________________________________________
8.0

SURAT MENYURAT PANGGILAN LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA;


MESYUARAT JAWATANKUASA; PINJAMAN PERALATAN.
Sebelum memulakan pertandingan, Jawatankuasa Pngelola mestilah menghantar Surat

Panggilan Lantikan Ahli Jawatankuasa, Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Dan Surat
Pinjaman Peralatan. Di bawah adalah contoh bagi ketiga-tiga jenis surat tersebut.

12

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

SEKOLAH RENDAH AGAMA AT- TAQWA (SABK)


KM 4,JALAN TANJONG LALANG,JALAN MENTAKAB,
28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR
______________________________________________________________________________

Ruj. Kami
Tarikh

:
: 15 APRIL 2014

En. Mohd Idzuwan bin Abu Kuasim.


Melalui;
Guru Besar
SRA At-Taqwa,
Temerloh
Tuan,
MESYUARAT

PELANTIKAN

AHLI

JAWATANKUADA

PENGELOLA

PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SRA AT-TAQWA 2014


Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.

3.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:Hari

: RABU

Tarikh

: 17 April 2014

Masa

: 2.00 4.00 ptg

Tempat

: Bilik Mesyuarat SRA At-Taqwa Temerloh

Pengerusi

: Guru Besar SRA At-Taqwa Temerloh

Agenda Mesyuarat
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Ucapan Pengerusi
Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Catur
Lantikan Ahli Jawatankuasa Pengelola
Maklumat Pertandingan Peringkat Sekolah
Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan
Kewangan
Hal-hal lain.
13

HBEF2703

4.

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Kerjasama

serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.


Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya menurut perintah,
..
(EN. WAN SAIFUL ADLI BIN WAN MUHAMMAD)
GPK KOKURIKULUM
SRA AT-TAQWA
______________________________________________________________________
Unit Kokurikulum,
Sek. Ren. Agama At-Taqwa,
KM 4 Tanjong Lalang,
Jln Mentakab, 28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tuan Guru Besar,
Sek. Ren. Agama At-Taqwa,
KM 4 Tanjong Lalang,
Jln Mentakab, 28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
17 APRIL 2014
Tuan.
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PERALATAN PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL 2014
Sukacita dimaklumkan perkar di atas dirujuk.
2.

Unit Kokurikulum sekolah ini akan mengadakan pertandingan permainan tradisional

batu seremban peringkat sekolah pada 14 Mei 2014. Pelbagai aturcara yang telah dirancang
14

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

di dalam pertandingan tersebut. Sehubungan itu, pihak kami memohon meminjampelbagai


peralatan yang diperlukan sempena pertandingan yang akan dilancarkan.
3.

Berikut adalah senarai peralatan yang kami perlukan:


a) 5 buah meja
b) 5 buah kerusi
c) 4 buah jam randix
d) 4 buah loceng masa
e) 1 buah papan putih

4.

Pihak kami akan memastikan semua peralatan yang digunakan akan dijaga dengan

baik. Kami juga akan memulangkannya selepas aktiviti tersebut berlangsung.


5.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang

diberikan oleh pihak tuan untuk menjayakan pertandingan tersebut.


Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,
..
(PN. NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS)
Setiausaha,
Unit Kokurikulum,
SRA AT-TAQWA
___________________________________________________________________________
9.0 KESIMPULAN
Betapa pentingnya mewujudkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di
sekolah ini kerana pelajar dapat pengetahuan dan pengalaman mengenai cara bermain
permainan tersebut. Untuk tidak mengabaikan tradisi permainan ini sejak diwarisi dari nenek
moyang kita, pihak sekolah hendaklah menyelitkan ia di dalam program kokurikulum untuk
diadakan pertandingan. Oleh yang demikian, semua guru perlu berkecimpung bersama-sama

15

HBEF2703

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

untuk menjayakan program ini dengan melibatkan diri menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola
Sekolah. ( 2076 patah perkataan)
10.0

RUJUKAN:
1.) http://pssskstfrancis.blogspot.com/2012/08/surat-rasmi-memohon-kebenaran.html
2.) http://www.mpob.gov.my/mpic/img/pdf/peraturan/peraturanBatuSeremban.pdf
3.) http://www.slideshare.net/nurhafizahajlan/asgnmnt-koku-final
4.) www.epic.oum.edu.com.my

16

You might also like